The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU2101D_Tugasan_1_NUR HAZWANI BT SAHRAPI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PDPPAKD1022 NUR HAZWANI BINTI SAHRAPI, 2023-12-05 01:28:02

Buku Log Pandu Puteri

MPU2101D_Tugasan_1_NUR HAZWANI BT SAHRAPI

LOGO PANDU PUTERI MALAYSIA Lencana Pandu Puteri Malaysia hampir sama bentuknya dengan lencana Pandu Puteri Sedunia. Reka bentuk Lencana Pandu Puteri Malaysia ini diperkenalkan dan digunakan dalam bulan Januari 1962. Lencana dicipta oleh Cik Mary Bowers, Pesuruhjaya Latihan di Ibu Pejabat Pandu Puteri Malaysia. Lencana ini mempunyai lambang daun atau cabang trefoil yang melambangkan tiga bahagian dalam ikrar Pandu Puteri. Bintang pecah empat belas melambangkan 13 buah negeri di Malaysia dan satu pecahan lagi menghala ke atas melambangkan jarum Kompas yang boleh dianggap sebagai petunjuk ke jalan yang sebenar. “Pandu Puteri” ialah “Girl Guides”. Lencana ini dipinkan di tali leher ahli Pandu Puteri dan kadet semasa upacara perlantikan.


LENCANA PANDU PUTERI MALAYSIA Diperkenalkan pada Januari 1962. Dicipta oleh Cik Mary Bowers, Putrajaya Latihan di ibu pejabat Pandu Puteri Malaysia. Cabang Trefoil (Lambang daun) – Persetiaan Pandu Puteri Cantuman tiga daun – Persaudaraan kepanduan Bintang pecah 14 – Melambangkan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan dan perpaduan antara negeri-negeri. Bintang pecah ke-14 menghala ke atas Lambang jarum Kompas – Petunjuk ke jalan yang benar.


LOGO PANDU PUTERI DUNIA BIL TANDA / SIMBOL MAKSUD 1. Trefoil (tiga cabang) - Warna emas trefoil - Persetiaan Pandu Puteri - Matahari yang bersinar-sinar di langit biru. - Payung kepada semua pandu puteri dunia 2. Bintang-bintang pada cabang trefoil - 2 biji bintang - Bintang petunjuk jalan iaitu persetiaan dan undang-undang Pandu Puteri. 3. Segi tiga ke atas Jarum Kompas tunjuk Utara sebagai petunjuk jalan yang harus dituju dalam Pandu Puteri. 4. Tangkai Perasaan kasih sayang sesama manusia yang sentiasa bernyala dalam jiwa Pandu Puteri.


BENDERA PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA • Tiga rangkaian daun melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri. • Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia. • Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak di dunia. BENDERA PERSATUAN PANDU PUTERI DUNIA • Tiga blok atau petak jingga menyerong sederet di bahagian kanan bawah melambangkan 3 bahagian Persetiaan. • Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia terhadap keamanan. • Trefoil dunia dalam latar biru melambangkan matahari menyinari kanak-kanak di dunia.


BENDERA-BENDERA MALAYSIA JALUR GEMILANG Lambang dan warna Jalur Gemilang Maksud Anak bulan dan bintang Membawa maksud Islam sebagi agama rasmi Negara Bintang Pecah 14 Menunjukkan perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan persekutuan 14 Jalur Merah dan putih (melintang) yang sama lebar, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 negeri – Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu, dan Wilayah Persekutuan Warna biru Melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum Warna kuning Bermaksud Warna Diraja bagi Duli Yang Maha Mulia Raja-raja Warna merah Melambangkan keberanian dan bersedia dalam mengharungi segala jenis cabaran demi negara yang tercinta Warna putih Melambangkan kesucian dan kehuluran hati rakyat dalam mengangkat nama negara ke perada dunia


JATA NEGARA Jata negara merupakan simbol dan identiti bagi kedaulatan sesebuah negara. Jata Negara Malaysia merupakan lambang rasmi bagi kerajaan persekutuan Malaysia. Jata ini juga digunakan dalam dokumen rasmi Kerajaan Persekutuan dan pada Panjipanji diRaja. Logo dan Lambanglambang Jata Negara Maksud Bintang Pecah 14 Mewakili 13 buah negeri dan wilayah persekutuan dalam Malaysia Bintang bersama anak bulan (bulan sabit) Melambangkan agama Islam sebagai agama persekutuan Lima bilah keris Mewakili negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, dan Johor. Ia juga dikenali sebagai negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu. Dua harimau di kiri dan kanan Ia merupakan simbol keberani yang perlu dimiliki oleh semua rakyat Malaysia. Nama harimau ini adalah Harimau Malaya Imej pokok pinang dan Jambatan Pulau Pinang Simbol pokok pinang dan jambatan Pulau Pinang yang terletak di sebelah kiri jata negara ini mewakili negeri Pulau Pinang


Empat jalur berwarna merah, hitam, putih dan kuning Empat warna yang berada di tengah jata negara adalah mewakili warna bendera empat buah negeri Melayu bersekutu. Warna hitam, putih dan kuning mewakili negeri Perak. Merah dan kuning mewakili negeri Selangor, hitam dan putih mewakili negeri Pahang. Manakala warna merah, hitam dan kuning mewakili negeri sembilan Imej pokok Melaka Simbol pokok Melaka yang terdapat pada sebelah kanan jata negara mewakili Negeri Melaka Tiga logo di sebelah bawah Logo di sebelah bawah kiri mewakili negeri Sabah, Logo di sebelah bawah kanan mewakili negeri Sarawak. Manakala bunga raya yang terletak di tengah bucu perisai mewakil bunga Kebangsaan Warna kuning pada awanawan Melambangkan sistem beraja dan merupakan warna di Raja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Slogan “Bersekutu Bertambah Mutu” Cogan kata ini mewakili intipati bagi negara Malaysia Rukun Negara 1. Kepercayaan kepada Tuhan 2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara 3. Keluhuran Perlembagaan 4. Kedaulatan Undang-undang 5. Kesopanan dan Kesusilaan


BENDERA NEGERI-NEGERI LAIN BENDERA NEGERI PERAK


PAKAIAN SERAGAM PANDU PUTERI


PAKAIAN SERAGAM PEMIMPIN (Mempunyai Pasukan Pandu Puteri untuk Diuruskan) 5 Jenis Baju Pemimpin 1. Baju Kurung Berpesak 2. Baju Kebaya 3. Baju Perjalanan / Aktiviti 4. Baju Batik PPPM 5. Baju Perkhemahan / Aktiviti Pakaian untuk Istiadat, Upacara dan majlis Rasmi PAKAIAN KEBAYA LABUH Lencana Jalur Gemilang di lengan kiri – 5cm di bawah flash bahu. • Kebaya labuh warna biru muda potong “Princess Line” di hadapan dan berlisu pemadam di bahagian belakang, labuh di bawah punggung (paras genggaman tangan) • Lengan padanan rata panjang • Bagi yang beragama islam, boleh kelepat bertindih boleh dijahit 8-10cm dari pergelangan tangan untuk memudahkan mengambil wujuk untuk solat. Belah ini disudahkan dengan butang katup


• Kain labuh berlisu tunggal lebar 15cm dari kelim tepi di sebelah kiri. Jika suka kocek tersembunyi boleh dijahit di sebelah tangan dengan berzip di kiri. • Sepasang flashes bahu PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA dijahit di kelim bahagian lengan kanan dan kiri. • Tudung sutera rasmi PPPM dikenakan brooch dan woggle PPPM. (jika bertudung) • Penampang dipakai di sebelah dada kiri. Lencana maksima 5 sahaja tidak termasuk tag nama. Pakaian Baju Kurung Teluk Belanga • Baju rasmi berwarna biru muda berpesak (tanpa hiasan kun), labuh di bawah paras lutut, kain berlisu disusun di sebelah kiri • Sepasang flashes bahu PPPM dijahit di kelim bahagian lengan kanan dan kiri • Tudung sutera rasmi PPPM dikenakan brooch dan woggle PPPM, penampang dipakai pada baju sebelah dada kiri; klip emas dikenakan pada tudung; dan tudung tidak boleh digayakan seperti shawl iaitu dililit ke atas kepala. (jika bertudung) • Penampang dipakai atas tudung di sebelah dada kiri. Lencana maksima 5 sahaja tidak termasuk tag nama • Lencana Jalur Gemilang di lengan kiri – 5cm di bawah flashes.


Penampang Lencana asas yang perlu ada untuk pemimpin muda: 1. Lencana Dunia 2. Lencana Perlantikan Pemimpin (Emas) 3. Tanda nama yang ditempah khas Lencana asas yang perlu ada untuk pemimpin berwaran (maksima 6 termasuk tanda nama): 1. Lencana Dunia 2. Lencana Perlantikan Pemimpin: Emas – Pemimpin Perak – Pesuruhjaya 3. Lencana Pencapaian Tertinggi 4. Lencana Jawatan (Jika Ada) / Waran Pasukan 5. Tanda Nama yang ditempah khas


Pakaian Blaus dan Seluar • Blaus: Blaus hijau PPPM, potongan bush jacket, berlengan padanan rata panjang, kolar lurus, labuh blaus di bawah punggung • Seluar: Seluar berwarna biru tua potong lurus, belah berzip di hadapan, dua korek di tepi kiri dan kanan, ben pinggang dengan getah cerut di tepi kanan dan kiri. • Kasut: Kasut kulit/PVC hitam bertumit rendah (satu setengah inci) • Tudung: Tudung berwarna hitam (plain) tanpa manik atau sulaman dimasukkan ke atas blaus. Brooch PPPM disematkan pada bahagian dagu. Tudung sutera PPPM ukuran panjang dipakai di leher dan dikenakan woggle. • Aksesori dan lencana: Sepasang flashes bahu PPPM dijahit di kelim bahagian lengan kanan dan kiri & Lencana Jalur Gemilang di lengan kiri – 5cm di bawh flashes bahu • Beg tangan rasmi PPPM


Pakaian Seragam Rasmi Ketua Pesuruhjaya Ketua Cawangan dan Pesuruhjaya, Persatuan Pandu Puteri Malaysia PAKAIAN RASMI • Baju Biru Kebaya/Kurung • Tudung PPPM (sekiranya bertudung) • Penampang di dada sebelah kiri • Sekiranya Baju Kebaya – Baju menutupi punggung dan ukuran serong di hadapan baju adalah 3cm • Kain Baju Kebaya berlipat di hadapan tanpa belah • Kain untuk baju kurung – bersusun di tepi kiri PENAMPANG • Lencana dunia • Lencana Pesuruhjaya (Silver) • Lencana Waran Ketua Pesuruhjaya Cawangan Lencana Waran Pesuruhjaya PPPM • Lencana Seumur Hidup (sekiranya ada) • Satu lencana anugurah tertinggi • Tag nama • Sekiranya seorang Ketua pesuruhjaya Pandu Puteri Raja, maka ia boleh memakai Lencana Pandu Puteri Raja KASUT • Kasut “court” berwarna hitam (tutup di hadapan) • Bertumit 1 ½” BEG TANGAN • Berwarna hitam keluaran PPPM


Pakaian Pakaian Rasmi Ketua Pesuruhjaya Cawangan & Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia Semasa Acara Luar atau Semasa Perjalanan atau Perkhemahan • BAJU o Baju logo pemimpin Berwarna hijau dengan tanda bahu (flashes) • SELUAR o Seluar “slack’ berwarna biru gelap • TUDUNG o Tudung hitam (plain) dimasukkan ke dalam blaus (sekiranya bertudung) • SKAF PANJANG o Skaf panjang di leher menggunakan woggle PPPM • KASUT o Kasut ‘Court’ berwarna hitam (tutup di hadapan) o Bertumit 1 ½ • BEG TANGAN o Berwarna hitam keluaran PPPM


Pakaian Kasual Batik Persatuan Pandu Puteri Malaysia • Baju batik kurung / kebaya • Tudung berwarna putih (sekiranya bertudung) • Kasut hitam • Beg hitam Pakaian Seragam Rasmi Pemimpin Persatuan Pandu Puteri Malaysia • PAKAIAN RASMI o Baju biru kebaya/kurung o Tudung PPPM (sekiranya bertudung) o Penampang di dada sebelah kiri o Sekiranya baju kebaya – baju menutupi punggung dan ukuran serong di hadapan baju adalah 3 cm o Kain baju kebaya berlipat di hadapan tanpa belah o Kain untuk baju kurung – bersusun su tepi • PENAMPANG o Lencana Dunia o Lencana Pemimpin (emas) o Lencana Waran o Lencana Seumur Hidup (sekiranya ada) o Sekiranya seorang pemimpin adalah Pandu Puteri Raja, maka ia boleh memakai Lencana Pandu Puteri Raja • KASUT o Kasut ‘court’ berwarna hitam (tutup di hadapan) o Bertumit 1 ½” • BEG TANGAN o Berwarna hitam keluaran PPPM


Pakaian Rasmi Pemimpin Persatuan Pandu Puteri Malaysia Semasa Acara Luar atau Semasa Perjalanan atau Perkhemahan • BAJU o Baju logo pemimpin Berwarna hijau dengan tanda bahu (flashes) • SELUAR o Seluar “slack’ berwarna biru gelap • TUDUNG o Tudung hitam (plain) dimasukkan ke dalam baju • SKAF PANJANG o Skaf panjang di leher menggunakan woggle PPPM • KASUT o Kasut ‘Court’ berwarna hitam (tutup di hadapan) o Bertumit 1 ½ • BEG TANGAN o Berwarna hitam keluaran PPPM


Pakaian Tambahan untuk Perjalanan Semua Pesuruhjaya dan Pemimpin • JAKET o Jaket kain hijau berlogo PPPM o Potongan stil busg jacket dengan potongan labuh hingga ke paras bawah punggung • SELUAR o Berwarna bitu tua potongan lurus, kelepet biasa o Belah berzip di hadapan, dua kocek di tepi kanan dan kiri o Ben pinggang dengan tujuh pembawa tali pinggang • KOT/BLAZER o Warna biru tua sepasang dengan seluar, lapel biasa o Dua poket hadapan di bawah paras pinggang o Bahagian belakang berbelah slit di tengah belakang o Perlu lebih labuh sedikit jika jaket dipakai di luar o Lencana Jalur Gemilang di lengan kiri (pertengahan di antara bahu dan siku) • KASUT o Kasut kulit /PVC hitam o Bertumit rendah (4- 5cm) • Tudung o Tudung sutera dikenakan woogle o Collar pin atau brooch PPPM disematkan di bahagian dagu atau digunakan sebagai skaf – diikat di leher mengikut gaya yang disukai dengan menggunakan woggle atau brooch PPPM


• AKSESORI DAN LENCANA o Sepasang flashes bahu “PANDU PUTERI MALAYSIA” dijahit di kelim bahagian lengan kanan dan kiri o Beg tangan rasmi PPPM PAKAIAN SERAGAM PANDU PUTERI KELIP-KELIP Skaf Pandu Puteri Kelip-Kelip berwarna jingga dan dipakai dengan ikatan atau wogel. Ahli memakai baju T PPPM dan seluar sukan Kasut sekolah/sukan.


PAKAIAN SERAGAM PANDU PUTERI TUNAS (9 - 12 TAHUN)


PAKAIAN SERAGAM PANDU PUTERI REMAJA (13-15 TAHUN)


PAKAIAN SERAGAM PANDU PUTERI RENJER (16-17 TAHUN)


PAKAIAN SERAGAM KLOVER (18-30 TAHUN TERMASUK TINGKATAN 6, IPTA DAN IPTS) 1. Ahli klover memakai skaf berwarna maroon yang di lipat selebar 3 jari sebanyak 5 kali dan di pakai bersama wogel. 2. Lencana pelantikan Klover berwarna merah jambu. 3. Blaus berlogo yang mempunyai 2 poket dan berpotongan ‘princess cut’. 4. Lencana Dunia dipakai pada bahagian dada sebelah kanan. 5. Jata mengikut cawangan dan di jahit 3 jari (5cm) dari puncak skaf. 6. ‘Shoulder flashes’ dijahit rapat pada kelim bahu kanan dan kiri. 7. Seluar berwarna biru gelap, berpotongan lurus dan tidak ketat. 8. Kasut berwarna hitam, bertutup dan bertumit rendah. 9. Jika bertudung, tudung berwarna hitam kosong tanpa sebarang hiasan dan dimasukkan ke dalam baju. PAKAIAN SERAGAM GUILD (30 TAHUN KE ATAS) 3 Jenis Baju Ahli Guild 1. Baju Batik PPPM 2. Baju Perjalanan / Aktiviti 3. Baju Perkhemahan / Aktiviti Pakaian Rasmi Ahli Guild:


Baju batik PPPM yang tahun keluarannya berlainan Baju batik PPPM & tudung putih / selendang putih (Bagi yang tidak bertudung) - Blaus berlogo berpoket dua dan berpotongan ‘princess cut’ dipakai Ketika dalam perjalanan dan aktiviti. - 1 ‘slit’ belakang baju di bahagian punggung adalah belah bertindih. - Topi ‘bowler’ pemimpin, - Klip PPPM berwarna emas atau wogel dipakai Bersama skaf Guild berwarna hijau dan lencana perlantikan ahli Guild yang juga berwarna hijau diletakkan di atasnya. - Skaf dilipat selebar 3 jari sebanyak 5 kali, - ‘Shoulder flashes’ dijahit rapat pada kelim bahu kanan dan kiri. - Seluar biru gelap berpotongan lurus dan tidak ketat. - Kasut hitam, bertutup dan bertumit rendah. - Beg hitam kosong. - Seluar berwarna biru gelap, berpotongan longgar. - Kasut berwarna hitam, bertutup dan bertumit rendah. Jika bertudung: Tudung berwarna hitam kosong tanpa tanpa sebarang hiasan dan dimasukkan ke dalam baju.


PRINSIP Asas PerlembagaaN, Visi, misi Pandu Puteri


PRINSIP-PRINSIP ASAS PERTUBUHAN PANDU PUTERI MALAYSIA • Prinsip asas Pandu Puteri adalah berteraskan Persetiaan dan UndangUndang Pandu Puteri. • Persetiaan dan Undang-Undang Pandu Puteri membentuk sistem nilai moral bagi setiap individu yang menjedi ahli pergerakan Pandu Puteri. • Seseorang yang telah melafazkan Persetiaan Pandu Puteri di hadapan seorang pemimpin berwaran hendaklah memakai lencana pelantikan dan lencana dunia. • Seseorang anak gadis, wanita remaja dan wanita dewasa dengan sukerela menyertai Persatuan Pandu Puteri Malaysia sebagai seorang ahli. • Seseorang ahli yang telah melafazkan Persetiaan Pandu Puteri tergerak memberi penglibatan yang penuh dan padu kepada pergerakan Pandu Puteri dan sentiasa mengamalkan semangat Pandu Puteri. • Kadar bayaran yuran yang dibayar kepada ibu pejabat kebangsaan depertimbangkan oleh Majlis Kebangsaan Pandu Puteri Malaysia setiap tiga bulan. • Jumlah yuran keahlian yang dikutip oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia di peringkat cawangan dan daerah adalah mengikut budi bicara Majlis Jawatankuasa Kerja Cawangan dan Majlis Jawatankuasa Kerja Daerah.


PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MATLAMAT Untuk melahirkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab, berdikari, berdisplin, berkemahiran melalui aktiviti kokurikulum di sekolah OBJEKTIF • Melahirkan ahli yang mempunyai pengetahuan dalam kepanduan. • Menerapkan sifat-sifat kepimpinan yang tulen melalui program kepanduan. • Menampilkan ahli yang mempunyai nilai-nilai murni, sihat dan berguna sebagai warganegara. MATLAMAT DAN OBJEKTIF PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA MATLAMAT 1 Memastikan semua persatuan Pandu Puteri Cawangan menyediakan program Pandu Puteri yang berkualiti Objektif ▪ Menyediakan khidmat sokongan untuk memastikan Pandu Puteri yang berkualiti di peringkat cawangan. ▪ Membantu Majlis Kadet Pandu Puteri supaya lebih mantap dan kukuh. ▪ Mengembangkan pendidikan tidak formal di kalangan ahli. ▪ Meningkatkan prestasi pemimpin ▪ Meningkatkan jumlah ahli. ▪ Membantu Persatuan Pandu Puteri Cawangan mengukuhkan dan memantapkan struktur dan pengurusan. ▪ Meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan


MATLAMAT 2 Untuk mencapai pengiktirafkan PPPM sebagai satu persatuan unggul untuk membolehkan wanita remaja dan dewasa mengenalpasti potensi mereka sepenuhnya. Objektif ▪ Menonjolkan imej moden. ▪ Menjadi penggerak utama dalam rangkaian pertubuhan bukan kerajaan (Belia). ▪ Memainkan peranan dalam rangkaian pertubuhan bukan kerajaan (Wanita) ▪ Menjadikan Pandu Puteri sebagai pergerakan pendidikan ▪ Memperkukuhkan dan meluaskan hubungan dengan pemimpin wanita yang unggul ▪ Mempromosikan kewujudan Pandu Puteri di rantau Asia Pasifik ▪ Menghebahkan sumbanganahli PPPM/WAGGGS dalam pembentukan warga dunia MATLAMAT 3 Membina pakatan kerjasama bagi meningkatkan pengaruh dan peluang mengkukuhkan dana persatuan Objektif ▪ Menjadi rakan kerjasama lain-lain organisasi yang membantu wanita remaja dan dewasa ▪ Agar bakal penderma dan penyokong persatuan memahami betapa besarnya faedah program Pandu Puteri kepada wanita remaja dan dewasa ▪ Menyokong penubuhan pakatan antara persatuan pandu puteri, pertubuhan kerajaan dan pertubuhan bukan-kerajaan di peringkat kebangsaan ▪ Agar bekas ahli atau tokoh Pandu Puteri memainkan peranan yang berkesan dalam memupuk semangat Pandu Puteri dalam pembangunan wanita remaja dan dewasa ▪ Mempelopori perjuangan wanita remaja dan dewasa


▪ Membantu Persatuan Pandu Puteri Cawangan mengukuhkan dan memantapkan struktur dan pengurusan ▪ Meningkatkan kecekapan pengrusan kewangan VISI DAN MISI VISI Menerajui perkembangan potensi gadis dan wanita untuk membawa perubahan. MISI Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa. NILAI-NILAI TERAS PPPM percaya bahawa semua ahli perlu menonjolkan nilai-nilai seperti berikut setiap masa: - Integriti - Hormat-menghormati - Kasih sayang - Kejujuran - Toleransi - Bantu-membantu UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI - Boleh dipercayai - Taat & setia - Suka menolong orang lain - Bersahabat & bersaudara dengan semua orang - Bersopan santun - Menurut perintah - Berbuat baik dengan haiwan dan memelihara benda lain - Bersemangat & bergembira walaupun dalam kesulitan - Suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan - Berjimat-cermat


HORMAT Pandu Puteri


HORMAT PANDU PUTERI TABIK HORMAT PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA • Hormat atau tabik Pandu Puteri adalah perlakuan menerusi isyarat yang dilakukan oleh Pandu Puteri kepada pegawai-pegawai Pandu Puteri seperti Pemimpin, Ketua dan juga sesama ahli kumpulan. • Ia juga diberikan kepada ketua negara, ketua negeri, pembesar dan tetamu kehormat dalam upacara rasmi. • Umumnya, Hormat Pandu Puteri hendaklah digunakan oleh Pandu Puteri sebagai tanda menghormati seseorang di dalam acara atau hal-hal yang membabitkan kepanduan. Hormat Pandu Puteri diberikan untuk keadaan berikut: 1. Perjumpaan dengan Pemimpin, Ketua dan orang-orang kenamaan di dalam upacara yang kepanduan. 2. Upacara penerimaan hadiah atau kurniaan. 3. Upacara mengibarkan bendera. KEDUDUKAN HORMAT PANDU PUTERI Cara memberikan hormat adalah seperti berikut: 1. Tiga jari tangan kanan ditegakkan. 2. Ibu jari diletakkan di atas jari kelengkeng yang dibengkokkan, 3. Tangan di angkat sehingga sama tinggi dengan dahi. 4. Sebaik sahaja dapat hormat balas, tangan dijatuhkan dan pandu puteri bolehlah bergerak dari situ.


HORMAT KEPANDUAN 3 jari melambangkan 3 bahagian persetiaan Ibu jari di atas jari kelingking melambangkan yang kuat membantu yang lemah. ISYARAT PANDU PUTERI • Pada dasarnya, isyarat Pandu Puteri adalah sama dengan Hormat Pandu Puteri. Yang berbeza ialah kegunaan dan kedudukan tangan. • Isyarat Pandu Puteri digunakan semasa seseorang itu diterima menjadi ahli Pandu Puteri dan semasa Pandu Puteri membaharui ikrar. Dalam kedua-dua keadaan ini isyarat Pandu Puteri dilakukan. • Isyarat Pandu Puteri melambangkan persaudaraan dan rasa kasih sayang seseorang terhadap Pandu Puteri khususnya, dan dunia amnya. • Caranya adalah seperti berikut: 1. Pandu Puteri berdiri tegak dalam kedudukan sedia. 2. Tangan kanan dihanyunkan ke atas bahu dengan cergas dan tangan kiri dirapatkan terus ke badan. 3. Siku berhampiran badan. 4. Lengan tegak dengan jari di paras sama dengan bahu. 5. Kedudukan jari samalah seperti dalam hormat Pandu Puteri. 6. Kedudukan tangan kanan adalah pada jarak 15 - 25cm dari telinga kanan.


BERJABAT TANGAN PANDU PUTERI Salam Pandu Puteri • Berjabat tangan adalah tanda persahabatan bagi Pandu Puteri. • Ia juga menjadi amalan tradisi Pandu Puteri Dunia. • Pandu Puteri Malaysia menggunakan kedua-dua belah tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan orang yang tidak berpakaian seragam, bersesuaian dengan budaya kita. • Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang lain. • Semua Pandu Puteri di negara ini yang berpakaian seragam berjabat tangan menggunakan tangan kiri. • Perlakuan ini mempunyai kaitan dengan perlakuan yang serupa dilakukan oleh puak Zulu di Afrika semasa Lord dan Lady Baden-Powell melawat Kenya. • Kaum ini sering memegang senjata pada tangan kanan sehingga tidak sanggup meletaknya walaupun sebentar. • Hanya tangan kiri sahaja yang boleh digunakan untuk tujuan lain. Termasuk untuk berjabat tangan • Lantas itu Lord Baden-Powell terus mengambil perlakuan itu sebagai amalan pengakap dan kemudiannya Pandu Puteri.


ISTIADATISTIADAT RASMI PERSATUAN Pandu Puteri


ISTIADAT TAPAK LADAM KUDA • Pembentukan Ladam Kuda dilakukan sebelum Istiadat Menaikkan Bendera (Panji-Panji). • Sebelum aktiviti dimulai, lebih elok jika didahului dengan pembentukan Ladam Kuda. • Melalui Ladam Kuda ini, guru pemimpin dapat mengenal pasti bilangan ahli Pandu Puteri yang akan terlibat dengan aktiviti (bagi pasukan yang kecil), memantau uniform setiap ahli, memberikan arahan untuk aktiviti yang akan dilakukan dan yang paling penting ia merupakan istiadat yang membezakan Pandu Puteri dengan beruniform yang lain. • Terdapat 2 cara bagi Pembentukan Ladam Kuda: Cara 1: Untuk Pasukan Kecil (Kurang dari 20 ahli) Cara 2: Untuk Pasukan besar


ISTIADAT MENAIKKAN PANJI-PANJI Istiadat menaikkan panji-panji diteruskan selepas Pembentukan Ladam Kuda. Seterusnya, Kapten akan meneruskan istiadat dengan memanggil seorang ahli untuk membaca doa dan seorang ahli lagi menyampaikan kata-kata hitmat. Kapten akan memberikan ucapan dan taklimat serta memaklumkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut. Kapten memberikan arahan selanjutnya: Kapten: “Pasukan, keluar baris!” (Semua ahli Pandu Puteri mengambil satu langkah ke hadapan bermula dengan kaki kiri, rapatkan kaki, pusing ke kanan dan terus keluar dan Ladam Kuda. Kesimpulannya, ketua Pasukan perlu menentukan 3 orang bagi Pasukan PanjiPanji, 1 orang Pembaca Doa dan 1 orang Penyampai Kata-kata Hikmat sebelum Pembentukan Ladam Kuda. Ladam kuda digunakan untuk Pandu Puteri Remaja manakala Formasi V untuk Pandu Puteri Renjer. ISTIADAT TAPAK LADAM KUDA PANDU PUTERI TUNAS Lingkungan Tunas dilaksanakan dan dipimpin oleh pemimpin (Kakak Setia/Siti Setia) setiap kali terdapat perjumpaan pasukan. Peralatan yang diperlukan ialah penant Tunas Puteri. Cara ahli membentuk lingkungan adalah secara rekaan iaitu menggunakan tema. Lagu yang perlu dinyanyikan semasa istiadar ini iala Lagu Pandu Puteri Tunas dan lagu kumpulan. Perjumpaan ditutup secara rekaan dan menyanyikan lagu Loceng PP Tunas. - Lagu Pandu Puteri Tunas: Puteri Tunas bertujuan, menolong dan berkawan - Lagu Ahli Baharu: Ahli baharu suka hati, menjadi Puteri Tunas - Lagu Kumpulan


ISTIADAT PERJUMPAAN PEMIMPIN (ISTIADAT LINGKUNGAN TUNAS) Pemimpin akan menentukan tempat perjumpaan dibuat dan meletakkan pennant di tengah-tengah Kawasan. Tetapkan satu tema untuk rekaan membentuk lingkungan contohnya tema haiwan, kenderaan dan lain-lain yang sesuai dan menarik. Pemimpin boleh memanggil kumpulan untuk masuk satu persatu. Arahan: Ketua kumpulan berenam akan membentuk lingkungan dimulakan dengan kumpulan. Respon: Kumpulan kesidang masuk seperti Arnab bergerak sebaris mengelilingi pennant dan kemudian berdiri dalam lingkungan besar (yang akan terbentuk setelah enam kumpulan mengambil tempat). Apabila semua kumpulan telah berada dalam lingkungan besar, semua ahli berpegang tangan dan berskip ke kiri sambal menyanyikan lagu PP Tunas. Setelah selesai skip ke kiri, skip pula ke kanan dan menyanyikan lagu PP Tunas.


Catatan: Tujuan menggunakan tema adalah sebagai satu cara yang menarik bagi ahli membentuk satu lingkungan besar. Setiap kumpulan akan masuk secara bergilir (tanpa pegang tangan), berskip dan ‘humming’ lagu kumpulan “na na na na….”’ ahli kumpulan akan membuat lingkungan kecil di sekeliling penant, pegang tangan dan skip ke kiri dan kanan sambal menyanyikan lagu kumpulan. Setelah selesai, ahli kumpulan akan melepaskan tangan dan masuk semula ke lingkungan besar didahului dengan ketua kumpulan. Semasa berskip balik ke lingkungan besar, ahli sekali lagi “humming lagu kumpulan”. Setelah selesai, keenam-enam kumpulan menyanyikan lagu masing-masing, semua ahli pegang tangan dalam lingkungan besar, skip ke kiri dan kanan beramai-ramai dan menyanyikan lagu Pandu Puteri Tunas. Setelah selesai menyanyikan lagu Pandu Puteri Tunas dan berskip, semua ahli berhenti, lepaskan tangan dan berdiri tegak. Pemimpin akan sebut perkataan “T.O.S.” tiga kali. Ahli: Tangan dalam keadaan hormat (aras bahu) dan sebut T.O.S tiga kali. Setelah selesai serentak turunkan tangan. Aktiviti semasa dalam lingkungan adalah seperti menyampaikan maklumat, memeriksa kebersihan ahli dan pakaian seragam, membuat kutipan dan lain-lain. Lingkungan boleh ditutup dengan cara rekaan atau cara yang diguna dalam ladam kuda.


ISTIADAT LINGKUNGAN TUNAS - Setelah semua kumpulan berenam membentuk lingkungan secara rekaan, ahli baharu akan masuk ke tengan penant dan duduk bertinggung. - Setelah selesai, semua ahli menyanyikan lagu kumpulan, ahli baharu berdiri berpegang tangan dan menyanyikan lagu baharu sambal skip ke kiri dan kanan. Ahli baharu akan skip ke kumpulan berenam mereka. - Semua ahli skip ke kiri dan kanan beramai-ramai menyanyikan lagu Pandu Puteri Tunas. PENUTUPAN PERJUMPAAN MINGGUAN Di akhir perjumpaan, semua ahli berkumpul dan membentuk lingkungan dan menyanyikan lagu ‘Loceng Pandu Puteri Tunas’. Apabila pemimpin memberi isyarat akan menutup perjumpaan, semua ahli berkumpul berpegang tangan dan membentuk lingkungan besar. Semua ahli akan berdiri tegak dan menyanyikan lagu Loceng. Ahli boleh keluar dari lingkungan menggunakan rekaan masing-masing. Pemimpin boleh memberi arahan ‘keluar baris’ dan semua ahli keluar baris cara ladam kuda. Cara ahli keluar baris boleh dibuat juga secara rekaan. ISTIADAT POW WOW Istiadat ini merupakan satu cara yang menarik untuk tujuan perbincangan, mengundi, membuat keputusan dan aktiviti bercerita. Pow Wow dikendalikan oleh pemimpin. Cara melaksanakan - Pemimpin akan memanggil ahli untuk melakukan Pow Wow. Ahli akan memberikan respon dengan berpegang tangan dan menyebut Pow Wow berulang kali. - Berkumpul membuat lingkungan kecil dan duduk berlutut. - Pemimpin akan memberikan arahan kepada ahli, sekiranya mereka ingin memberikan pendapat, letak tangan atas telinga seperti Arnab (3 jari).


- Semasa ahli ingin memberi undi rahsia, letak tangan di belakang dan tunjuk isyarat seperti genggam jari: tidak setuju / buka genggaman (setuju). Pemimpin boleh bergerak mengelilingi belakang ahli untuk mengira undian. Apabila selesai, Pow Pow semua ahli boleh berdiri dan bersurai. ISTIADAT HORMAT BESAR Istiadat hormat besar dilaksanakan sebagai satu cara ahli Tunas menyambut tetamu dan orang kenamaan. Istiadat ini dilaksanakan semasa ahli dalam bentuk lingkungan. Semua ahli berdiri tegak dan kedua-dua tangan diletak di bawah dagu seperti sekuntum bunga yang belum berkembang. Tetamu akan masuk ke lingkungan dibawa oleh ahli lain. Pemimpin boleh memberi que dan ahli serentak beraksi menggayakan kuntum bunga yang tertutup beransur-ansur berkembang. Semua ahli dalam lingkungan secara serentak bertepuk tangan di atas bahu kiri empat kali sambil mengucap “selamat datang”. Kemudian bertepuk tangan di atas bahu kanan empat kali dan menyebut “selamat datang”. Semua ahli berdiri tegak dan memberi isyarat hormat sambil memberi senyuman. Ahli boleh menyanyikan lagu “Selamat Datang”.


ISTIADAT MENYAMBUT TETAMU PANDU PUTERI Istiadat ini adalah suatu istiadat khas untuk menyambut atau mengalu-alukan tetamu seperti: 1. Pesuruhjaya dan pemimpin. 2. Ahli baru yang telah dilantik. 3. Pandu Puteri Tunas yang mendapat lencana Cara Menyambut Tetamu Pandu Puteri: 1. Seorang pelajar akan mengucapkan selamat pagi kepada tetamu dan menyatakan “Selamat pagi puan, saya akan membawa puan ke lingkungan hormat besar, dipersilakan.” 2. Selepas itu, semua ahli pandu puteri akan berdiri dalam lingkungan pandu puteri dengan meletakkan tangan dalam bentuk kuntum bunga yang tertutup. 3. Tetamu khas akan diiringi oleh sekumpulan kecil Pandu Puteri dan dibawa ke dalam lingkungan besar.


4. Selepas tetamu berada di tengah lingkungan Pandu Puteri akan beraksi seperti bunga berkembang besar. 5. Kemudiannya, semua Pandu Puteri Tunas akan tepuk tangan di atas bahu sebelah kanan sebanyak 4 kali dan ucapkan “Selamat Datang”. 6. Seterusnya, semua pandu puteri tunas akan tepuk tangan di atas bahu sebelah kanan sebanyak 4 kali dan ucapkan “Selamat Datang”. 7. Setelah itu, pandu puteri tunas akan menyanyi lagu iaitu: Selamat datang puan, selamat datang puan, datang kerana pandu puteri, selamat datang puan (2x). 8. Semua ahli pandu puteri akan memberi hormat kepada tetamu dan membawa masuk tetamu ke tempat yang disediakan dalam lingkungan. Contoh Istiadat Menyambut Tetamu http://www.youtube.com/watch?v=aZe_1P6kOMQ ISTIADAT MENYAMBUT PELAJAR BAHARU 1. Ahli baru akan dilantik menjadi seorang PPT selepas dia lulus semua ujian prapesetiaan. Pakaian seragam lengkap dipakainya pada hari perlantikan ini. 2. Kakak Setia akan menghulurkan tangan kiri sambil berjabat tangan dengan PPT. Kemudian, pasukan akan memberi “Hormat Besar” kepada PPT baru itu dan PPT tersebut membalas dengan tabik hormat kepada pasukan serta dibawa ke kumpulan berenamnya.


ISTIADAT TAPAK LADAM KUDA PANDU PUTERI REMAJA Ladam Kuda digunakan untuk Pandu Puteri Remaja manakala Formasi V untuk Pandu Puteri Renjer Arahan: Kapten mengambil tempat ke kiri bendera jaraknya bergantung kepada bilangan ahli yang ada. 1. Kapten: Pasukan! (Ahli Pasukan menghadap kapten dalam keadaan berSEDIA) Pasukan Panji-Panji, masuk baris! (Pasukan Panji-Panji berdiri 4 langkah sebaris di hadapan kapten dalam keadaan bersedia. Kapten kemudian bergerak ke tiang bendera dan memusing ke belakang semula untuk menghadap pasukan) 2. Kapten: Pasukan masuk baris! (Terus berada dalam keadaan senang diri) Pasukan, sedia! 3. Kapten: Pasukan, hentak kaki, hentak! (Hanya untuk pasukan yang belum mahir berkawad) 4. Kapten: Pasukan ke Ladam Kuda, cepat jalan! (Ahli Pandu Puteri maju ke hadapan dari sebelah kanan dan kiri pengiring sehingga Ladam Kuda terbentuk dngan baik) 5. Kapten: Pasukan berhenti! 6. Kapten: Ke dalam, pusing! 7. Kapten: Pasukan Panji-Panji, jalankan tugas. (Pembawa Panji-Panji yang di tengah memberi arahan kepada pengiring panji-panji di kiri dan kanan


secara perlahan untuk didengari oleh Pasukan Panji-Panji sahaja) Berhenti! Ketua Panji-Panji mengambil satu Langkah ke hadapan untuk mengibarkan bendera, ahli memberi isyarat kepanduan dan Lagu Dunia dinyanyikan. Perhatian: Pasukan Panji-Panji tidak memberi isyarat dan tidak menyanyi. 8. Selepas nyanyian Lagu Dunia, tali bendera dililitkan oleh ketua pasukan panjipanji. Ketua pasukan panji-panji akan mengundur satu Langkah ke belakang dan memberi arahan. Kapten: Pasukan panji-panji, hormat bendera, hotmat! Ketua PP memberi arahan. Ketua PP: Pasukan Panji-Panji belakang pusing! Cepat jalan! (Pasukan panji-panji balik ke tempat asal masing-masing). Ketua PP: Berhenti! Ke belakang pusing. Seterusnya, kapten akan meneruskan istiadat dengan memanggil seorang ahli untuk membaca doa dan seorang ahli lagi menyampaikan kata-kata hikmat. Kapten akan memberikan ucapan dan taklimat. (Kapten boleh memaklumkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut.) Kapten akan memberikan arahan yang selanjutnya. Kapten: Pasukan, kelaur baris! (Semua ahli Pandu Puteri akan mengambil Langkah ke hadapan semual dengan kaki kiri, rapatkan kaki, pusing ke kanan dan terus keluar dari Ladam Kuda.) ** Sekiranya hendak bersurai.


ISTIADAT TAPAK LADAM KUDA PANDU PUTERI RENJER Kapten berdiri dengan bendera di sebelah kanannya, jaraknya bergantung kepada bilangan ahli Pandu Puteri. Arahan: 1. Pasukan, sedia! 2. Penanda, masuk baris! (Penanda berdiri 4 langkah di hadapan Kapten, selari dengan tiang bendera). 3. Pasukan, masuk baris! (Dua Renjer Puteri pertama yang masuk baris mengambil tempat, seorang di depan penanda dan seorang lagi di belakangnya. Renjer Puteri yang lain berbaris bahu ke bahu di sebelah kiri dan terus berdiri SENANG DIRI). ** Kedua-dua Renjer Puteri di depan dan di belakang penanda juga berada dalam keadaan SENANG DIRI. Arahan: 1. Pasukan, sedia! 2. Pasukan, bilang! (Hanya barisan depan mula dengan 0,1,2,3 dan seterusnya). Semasa membilang, Renjer Puteri paling kepala ke kiri sambal menyebut nombornya kecuali yang terakhir. Barisan belakang menggunakan nombor yang sama seperti ahli di barisan hadapan. Kapten bergerak ke hadapan dan berdiri di sebelah kiri tiang bendera. Arahan: Penanda ke kanan, barisan belakang ke belakang, pusing!


Click to View FlipBook Version