MASAKAN SOLAR • Masakan solar ini amat sesuai digunakan di negara beriklim panas seperti Malaysia. • Banyak kebaikan iaitu menjadikan Tenaga solar sebagai sumber Tenaga alternatif yang murah, mengurangkan penggunaan bahan api dari kayu, tidak mempunyai ancaman bahaya kebakaran, keracunan asap dan gas. • Masakan solar ini juga amat sesuai digunakan semasa membuat aktiviti gerak kerja luar seperti perkhemahan. CARA MENYEDIAKAN DAPUR SOLAR (BAHAN UNTUK MEMBUAT DAPUR / MATERIALS FOR KIT) • 1 tin cat sembur yang sesuai untuk permukaan aluminium / 1 can aerosol paint (for aluminium) • Panic atau periuk nipis / thin pot for cooking • gam/ glue • Pelekat kertas /paper binding tape • Foil aluminium / aliminum foil • Kotak besar / big size empty boxes
UKURAN DAPUR SOLAR MENU SOLAR Telur Sausage (mix all and cut small, thin) • 3 batang sausage • 6 biji telur • 1 batang lobak merak
• 1 paha daging ayam (isi dicincang) • 1 labu bawang bawang besar • Sedikit garam Kek Lobak Merah • 1 Kotak tepung kek Nona (3 cawan) • 4 biji telur • 1 cawan mentega • 3 batang lobak merah (parut – 2 cawan) Puding Roti • 6 biji telur • 1 paket santan serbuk • 1 tin susu pekat • 2 kotak kecilkismis • 1 paket gula kastor • 1 buku roti • 4 sudu marjerin Bahan-bahan: • 4 keping roti dipotong dadu dan disusun di dalam periuk • 2 sudu gula halus • 1 sudu tepung kastard • 3 biji telur (digaul sekali) • 450ml susu segar
MALAM KEBUDAYAAN PANDU PUTERI
MALAM KEBUDAYAAN PANDU PUTERI DEFINISI - Malam kebudayaan merupakan satu acara kemuncak yang menyeronokkan dalam satu-satu pekhemahan. - Diadakan pada waktu malam dengan aktiviti bersuka ria melalui nyanyian, menari dan berlakon. - Diadakan di tempat yang lapang atau dalam bangunan atau di atas pentas. - Dahulunya dikenali dengan temasya unggun api. Unggun api digunakan tetapi kini bertukar dengan penggunaan lampu gasoline atau letrik. TUJUAN - Aktiviti malam kebudayaan dapat menghilangkan rasa bosan dan kepenatan semasa berkhemah. - Mempereratkan hubungan silaturahim atau persahabatan di kalangan ahli Pandu Puteri. - Satu latihan berinteraksi dan menghilangkan perasaan rendah diri, malu dan sikap negatif di kalangan ahli. - Dapat membina keyakinan diri dengan memperagakan kebolehan. - Bagi mengurangkan rasa ketegangan emosi. PERSEDIAAN SEBELUM • Memastikan bekalan cahaya mencukupi. Seperti kayu api bagi tempat tiada bekalan letrik. Lampu gasoline yang sempurna. • Mengatur majlis seperti pembukaan serta buku program. • Jemputan tetamu kehormat. • Tempat duduk bagi dif dan peserta. • Persediaan awal acara bagi peserta yang akan mengambil bahagian. (makluman awal dan syarat tertentu). • Memilih juru acara malam kebudayaan yang memiliki kriteria; suara yanf baik, banyak idea, boleh menyanyi, berlakon, beraksi, pandai berkecindan kreatif untuk mengelak kebosanan peserta. • Alat pembesar suara.
PERSIAPAN TEMPAT • Menentukan tempat untuk diadakan malam kebudayaan. Pastikan tempat itu sesuai dan tidak menganggu orang ramai dan masyarakat sekeliling/setempat. • Jauh daripada tempat binatang atau serangga berbisa, pokok yang mudah tumbang atau patah (kawasan yang selamat). • Mempunyai kawasan lapang yang boleh dibuat dalam bentuk bulatan. • Kalua dalam bangunan ada kawasan lapang atau stage yang boleh digunakan. • Elak daripada merosak persekitaran semula jadi. Tempat yang basah, lembab atau berair perlu dielakkan. Rumput perlu dijaga supaya tidak rosak. • Kemudahan kerusi disusun di hadapan untuk tempat duduk tetamu dan jemputan. Boleh disusun mengikut susunan tapak kuda untuk peserta. Jika menggunakan pentas susunan mengikut protocol untuk tetamu. • Mohon kebenaran pihak tuan punya tempat atau bangunan. GARIS PANDUAN PERSEMBAHAN LAKONAN • Pendek dan tempohnya jangan lebih daripada 10 minit. • Tema tidak menyentuh perkara yang sensitif dalam agama, bangsa dan kebudayaan kaum-kaum tertentu. • Jangan libatkan isu-isu sensitif. • Tidak perlu banyak alat. Elakkan mengguna alat yang bahaya. • Contoh: i. Lakonan bisu ii. Lakonan spontan iii. Pantomen iv. Lakonan cerita binatang atau cerita hutan v. Lakonan cerita sejarah
STUNT (AKSI LUAR BIASA) • Persembahan yang perlu difahami oleh semua orang. • Tidak merbahaya, pendek / masa yang singkat, kemas dan teratur • Perlukan latihan yang bersungguh-sungguh serta mencukupi TARIAN • Tarian kebudayaan tempatan / tradisional / binatang • Dua atau tiga tarian mencukupi untuk sepanjang malam persembahan • Contoh: I. Joget II. Zapin III. Kuda kepan g IV. Tarian gajah CERITA • Cerita perlu pendek, plot ringkas serta menarik • Boleh diaksi • Suara dikawal dan diragamkan mengikut watak • Memek muka sesuai dengan cerita • Ada peralatan yang sesuai / kostum • Ada pengajaran PERALATAN • Alat muzik yang ringkas boleh digunakan • Alat muzik boleh disediakan sendiri daripada bahan-bahan buangan seperti botol, tin, buluh, daun dan lain-lain • Alat yang besar serta bunyi yang kuat boleh dielakkan • Elok diberikan peluang kepada ahli yang pandai bermain alat muzik secara individu / beramai-ramai. • Muzik dapat mengiring lagu / nyanyian; Muzik rakaman boleh digunakan • Guna pembesar suara jika perlu
• Gubahan dam kreativiti untuk menyokong persembahan PAKAIAN • Pemimpin serta ahli Pandu Puteri berpakaian seragan lengkap. • Pakaian peserta boleh juga disesuaikan untuk aktiviti lakonan/persembahan. • Pakaian beragam yang sesuai. • Pakaian khas untuk sebarang persembahan kebudayaan.
KEMBARA DAN PANDU ARAH
KEMBARA DAN PANDU ARAH TUJUAN • Mewujudkan pengurusan aktiviti pandu arah dengan lebih berkesan dan mengikut prosedur yang ditetapkan. • Mempunyai sistem pengurusan aktiviti pandu arah yang mantap. • Melaksanakan aktiviti yang terancang mengikut prosedur pengendalian aktiviti. PERATURAN & PERSEDIAAN 1. Kebenaran Sebelum kita memulakan sesuatu aktiviti perkhemahan, perkara yang amay penting sekali alah memohon kebenaran. Kebenaran daripada ibu bapa ataupun penjaga adalah perlu dan kita harus memaklumkan menegai aktiviti serta tujuannya kepada mereka atau pun orang yang terdekat dengan kita. 2. Persediaan Alatan Titik kawalan (control point) • Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan di atas peta yang perlu dilawati oleh peserta. • Biasanya merupakan ciri-ciri muka bumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas. • Titik kawalan bukanlah “check point” kerana ia tiada penjaga dititik. Penanda Kawalan • Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul. • Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih sebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m) • Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik. Kad Kawalan
• Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acara sebagai bahan bukti atau pengesahan. • Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti. • Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa di garisan penamat untuk mencatat masa penamat. Peta Utama • Peta yang telah ditandakan dengan landasan dn disertakan dengan keterangan kawalan. • Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan Keterangan Kawalan • Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan berkenaan. Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan keterangan mengenai kedudukan titik kawalan. • Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk ‘teks’ dalam bentuk kod/gambar rajah. Landasan • Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke titik kawalan yang lain hingga ke penamat. Landasan ini akan dilukis di atas peta utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya. • Tanda yang berkenaan landasan adalah: ▪ Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi. ▪ Titik kawalan dengan tanda bulatan. ▪ Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertindik ‘Leg’ adalah perjalanan di antara 2 titik kawalan
KOMPAS • Untuk menentukan arah. • Dijadikan panduan asas bagi ahli-ahli pengembara menentukan hala tuju di dalam hutan. • Kompas hendaklah digunakan dengan teliti bagi mendapatkan arah yang tepat. • Kompas bearing sudut; diukur mengikut arah pusingan jarum jam dan jumlah sudutnya ialah 360 darjah. Perkara-perkara penting semasa guna Kompas: i. Memeriksa bearing kompas (arah yang hendak dituju) bagi memastikan arah yang betul dan tepat. ii. Tentukan sesuatu objek sebagai tanda supaya anda boleh terus menghala ke arah yang hendak dituju dengan mudah, misalnya pokok besar, benda yang ganjil atau batu besar yang berada di persekitaran. Langkah-langkah bagi mencari kedudukan sesuatu tempat di atas peta: i. Letakkan peta di atas permukaan yang rata. ii. Tandakan kedua-dua tempat yang hendak dicari bearing sudutnya, misalnya A dan B. iii. Lukiskan kedudukan arah mata angin utara selatan. Ini dapat dilakukan dengan melukis garisan yang selari dengan mana-mana garisan gred yang berhampiran. iv. Sambungan kedua-dua titik A dan B dengan satu garis lurus.
Gunakan jangka sudut bagi mengukur sudut bermula dari utara mengikut arah pusingan jarum jam sehingga ke garisan yang menyambungkan kedua-dua titik tersebut. PETA TOPOGRAFI Peta Topografi ialah peta yang menunjukkan keadaan muka bumi sesebuah kawasan, selalunya menggunakan garisan kontur dalam peta moden. Peta topografi mestilah mempunyai garisan lintang dan garisan bujur dan titik pertemuannya menghasilkan koordinat. Koordinat ialah titik persilangan antara garisan lintang dan bujur. Peta topografi yang piawai biasanya menggunakan skala 1:50,000. Skala begini dapat menunjukkan sesebuah kawasan seluas Putrajaya dengan lebih lengkap dan sempurna. Peta topografi memiliki beberapa kesamaan dan perbezaan dengan peta rupa bumi. Mengesan tanda dan simbol • Tanda dapat dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti batu, ranting, anak panah, lakaran atas pokok dan sebagainya. • Pelbagai jenis simbol juga dapat dicipta.
Laporan Pengembaraan • Disediakan oleh setiausaha aktiviti. • Melaporkan mengenai aktiviti ini kepada balai polis ataupun ranjer taman yang bertugas di tempat yang anda hendak tuju untuk memaklumkan mereka bahawa aktiviti perkhemahan akan dilakukan di dalam kawasan mereka. Tujuannya adalah untuk memudahkan mereka untuk membuat rondaan keselamatan ataupun melakukan kerja-kerja menyelamat sekiranya anda memerlukan bantuan. Bukan itu sahaja, mungkin mereka juga boleh memberikan penerangan yang lebih terpeinci mengenai keadaan kawasan tersebut. • Kandungan adalah seperti maklumat umum iaitu masa, tempat, aktiviti. • Lakaran kawasan peta jalan lasak disertakan. • Catatan perjalanan. • Pembahagian tugasan ahli. • Gambar-gambar sepanjang aktiviti jalan lasak disertakan.
KHIDMAT KESUKARELAWAN
KHIDMAT KESUKARELAWAN Sukarelawan Pandu Puteri ialah satu bahagian baru dalam Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 2004 melalui Program Signatur Antarabangsa (Signature Programme Volunteerism). Keahlian bahagian ini terbuka kepada lelaki dan wanita berumur 18 tahun ke atas. Bahagian ini adalah di bawah kategori Ahli Tidak Aktif dan Persatuan tidak perlu membayar yuran kuota kepada Persatuan Puteri Sedunia (WAGGGS) untuk Sukarelawan Pandu Puteri. Program Sukarelawan Pandu Puteri terbahagi kepada lima bahagian iaitu: • Perkembangan Kenduri • Perkembangan Belia • Khidmat • Penglibatan dalam acara Pandu Puteri • Penjanaan Dana dan Khidmat Sokongan
ASAS PERTOLONGAN CEMAS
ASAS PERTOLONGAN CEMAS DEFINISI - Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa yang mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum mangsa rawatan perubatan yang sempurna. TUJUAN & PRINSIP - Rawatan sementara waktu yang diberkan kepada mangsa; sebeum tibanya bantuan perubatan. OBJEKTIF a. Menyelamat nyawa b. Mengelak mangsa cedera lebih serius c. Mengurangkan kesakitan d. Menguruskan pemindahan ke hospital TUJUAN PERTOLONGAN CEMAS a. Membantu menyelamatkan nyawa mangsa. b. Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk. c. Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa. PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS • Prinsip-prinsip penting yang patut anda patuhi apabila memberi pertolongan cemas: 1. Bertindak segera, cekap dan penuh keyakinan 2. Longgarkan pakaian jika perlu 3. Hentikan darah jika berdarah 4. Kurangkan kejutan dan tenangkan pesakit 5. Jangan gerakkan pesakit melainkan perlu. 6. Dapatkan rawatan segera jika keadaan teruk atau mencemaskan berhubung dengan doctor di klinik atau rumah sakit yang terdekat.
ANDUH DAN BALUTAN JENIS ANDUH Anduh Besar Anduh Kecil Anduh Pergelangan Tangan Anduh Manarik Terdapat 5 jenis balutan anduh: • Anduh lengan • Anduh kepala • Anduh lutut atau siku • Anduh pergelangan tangan • Anduh tapak kaki ANDUH LENGAN 1. Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera. 2. Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu. 3. Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam untuk lebih kemas. ANDUH LUTUT 1. Lipat sedikit kain anduh dan letakkannya (seperti gambar rajah di bawah) di atas lutut yang tercedera.
2. Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi bawah lutut kemudian ikatkan buku sila pada atas bahagian lutut (seperti gambarajah di bawah) 3. Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas kain anduh untuk lebih kemas. ANDUH KEPALA 1. Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan letakkannya pada atas dahi mangsa dan biarkan bucu atas kain anduh berada di belakang kepala. 2. Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan silang ke belakang kepala kemudian dibawa ke dahi dan diikat buku sila. 3. Lipat kain lebihan di belakang untuk lebih kemas.
JENIS KAIN PEMBALUT • Pembalut Tiga Segi • Pembalut Lebar • Pembalut Kecil • Pembalut Gulung PERTOLONGAN CEMAS • Melengkapkan satu kotak Pertolongan Cemas persendirian dan mengetahui penggunaan bahan-bahan yang ada di dalamnya. • Mengetahui cara-cara mengambil suhu badan dan denyutan nadi untuk tindakan dan rawatan selanjutnya. • Memberi pertolongan cemas dan bertindak apabila menghadapi keadaan tertentu seperti: Luka Terseliuh Muntah-muntah Terbakar Melecur Perut masuk angina Sengatan serangga Sawan Tidak sedar diri
PEMULIHAN PERNAFASAN Terdapat 5 cara-cara yang mudah apabila melakukan CPR iaitu DRABC. DRABC membawa maksud: D – DANGER (BAHAYA) - Situasi bergantung kepada tempat kejadian - Mengasingkan mangsa daripada perkara bahaya. R – RESPONSE (TINDAK BALAS) - Tindak balas pesakit - Kejutkan pesakit, tepuk bahu dan bertanya “kamu OK?” A – AIRWAY (SALURAN PERNAFASAN) - Teknik “angkat dagu dan angkut kepala” - Periksa lidah ada menggangu pernafasannya B – BREATHING (PERNAFASAN) - Melihat dada mangsa - Medekatkan pipi saya ke hidung dan mulut mangsa - Lihat, rasa dan dengar pernafasan selama 10 minit C – CIRCULATION (PEREDARAN DARAH) - Tiada pernafasan normal, mulakan tekanan di dada mangsa
PROGRAM PANDU PUTERI TUNAS
PROGRAM PANDU PUTERI TUNAS BIL. PROGRAM TARIKH LULUS, NAMA DAN TANDATANGAN PENGUJI 1.0 PRINSIP ASAS PANDU PUTERI TUNAS Seorang ahli Pandu Puteri Tunas hendaklah: 1.1 Mengetahui, menghayati dan mengamalkan: ● Persetiaan; ● Undang-undang; ● Cogan Kata; ● Isyarat dan Hormat; dan ● Berjabat Tangan. 1.2 Mengetahui dan memahami: ● Logo, Lencana dan Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia; ● Logo Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS), Lencana Dunia serta Bendera Dunia. 1.3 Mengenal dan mengetahui makna Bendera Malaysia dan menamakan bendera semua negeri di Malaysia; 1.4 Mengenal struktur organisasi pasukan sendiri; 1.5 Memperoleh Lencana Kecekapan Kawad dan Istiadat; 1.6 Memperoleh Lencana Kecekapan Lagu-lagu Pandu Puteri Tunas; 1.7 Memperoleh Lencana Kecekapan Sahabat Pandu Puteri Tunas; dan 1.8 Memperoleh Lencana Kecekapan Bercerita. CATATAN: PELANTIKAN SEBAGAI PANDU PUTERI TUNAS Ahli yang menyempurnakan syarat 1.1 hingga 1.8 akan dilantik sebagai ahli Pandu Puteri Tunas.
2.0 ANUGERAH TOPAZ I Seorang ahli Pandu Puteri Tunas hendaklah memperoleh lencana-lencana yang berikut untuk melayakkannya mendapat Anugerah Topaz I: 2.1 Lencana Kecekapan Pembuat Simpulan; 2.2 Lencana Kecekapan Pelayan Tetamu; 2.3 Lencana Kecekapan Pencegah Kemalangan; 2.4 Satu lencana Sustainable Development Goal (SDG) untuk Pandu Puteri Tunas daripada SDG 2, 7,1 3, 14 atau 15; dan 2.5 Satu lencana kecekapan yang belum dicapai daripada elemen Budaya dan Kreativiti. CATATAN: Ahli Pandu Puteri Tunas yang menyempurnakan syarat 2.1 hingga 2.5, akan menerima Anugerah Topaz I
3.0 ANUGERAH TOPAZ II Seorang ahli Pandu Puteri Tunas hendaklah memperoleh lencana-lencana yang berikut untuk melayakkannya mendapat Anugerah Topaz II 3.1 Lencana Kecekapan Pereka Alat Permainan; 3.2 Lencana Kecekapan Ahli Rumah Tangga; 3.3 Lencana Kecekapan Pemerhati; 3.4 Lencana Kecekapan Kesihatan; 3.5 Lencana Kecekapan Gear Up; dan 3.6 sekurang-kurangnya satu lencana WAGGGS daripada pilihan yang berikut: ● Stop The Violence (STV); ● Free Being Me (FBM); ● Action On Body Confidence (ABC); dan ● Surf Smart. CATATAN: Ahli Pandu Puteri Tunas yang menyempurnakan syarat 3.1 hingga 3.6 akan menerima Anugerah Topaz II.
4.0 ANUGERAH TOPAZ III Seorang ahli Pandu Puteri Tunas hendaklah memperoleh lencana-lencana yang berikut untuk melayakkannya mendapat Anugerah Topaz III: 4.1 Lencana Kecekapan Patriotisme; 4.2 Lencana Kecekapan Pendobi Pakaian; 4.3 Lencana Kecekapan Jurumasak; 4.4 Satu lencana Sustainable Development Goal (SDG) untuk Pandu Puteri Tunas daripada SDG 2, 7, 13, 14 atau 15; 4.5 Satu lencana kecekapan yang belum diperoleh daripada elemen Cabaran dan Kecergasan; dan 4.6 Satu lencana kecekapan yang belum diperoleh daripada elemen Sains dan Teknologi. CATATAN: Ahli Pandu Puteri Tunas yang menyempurnakan syarat 4.1 hingga 4.6 akan menerima Anugerah Topaz III.
5.0 ANUGERAH PANDU PUTERI TUNAS KETUA PESURUHJAYA CAWANGAN Calon perlu hadir dan lulus Bengkel Anugerah Ketua Pesuruhjaya Cawangan BENGKEL ANUGERAH PANDU PUTERI TUNAS KETUA PESURUHJAYA CAWANGAN Syarat-syaratnya ialah calon: ● Perlu berada dalam Tahun 5; ● Perlu menganuti agama atau mempunyai kepercayaan kerohanian; ● Telah memperoleh Anugerah Topaz I dan Anugerah Topaz II; ● Telah memperoleh dua lencana kolektif; ● Telah menyertai sekurang-kurangnya satu perkhemahan Pandu Puteri Tunas anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia (pada mana-mana peringkat); ● Telah menghantar Buku Log untuk disemak di peringkat cawangan; dan ● Perlu melengkapkan dan menghantar Borang Pencalonan Bengkel Anugerah Ketua Pesuruhjaya Cawangan ke Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
6.0 ANUGERAH PANDU PUTERI TUNAS KETUA PESURUHJAYA Calon perlu hadir dan lulus Bengkel Anugerah Ketua Pesuruhjaya BENGKEL ANUGERAH PANDU PUTERI TUNAS KETUA PESURUHJAYA Syarat-syaratnya ialah calon: ● Perlu berada dalam Tahun 5 atau Tahun 6; ● Perlu menganuti agama atau mempunyai kepercayaan kerohanian; ● Telah memperoleh Anugerah Pandu Puteri Tunas Ketua Pesuruhjaya Cawangan; ● Telah menyertai atau membantu dalam acara Pandu Puteri di peringkat sekolah, zon / daerah, cawangan atau kebangsaan; ● Telah memperoleh Anugerah Topaz III; ● Telah memperoleh lima lencana kolektif; ● Telah menghantar Buku Log Kemajuan dan Buku Log Peribadi untuk disemak di peringkat kebangsaan; dan ● Perlu melengkapkan dan menghantar Borang Pencalonan Bengkel Anugerah Ketua Pesuruhjaya ke Ibu Pejabat, Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Buku Log Peribadi Tahap pelibatan sebagai Pandu Puteri Tunas di peringkat: ● sekolah (sekurang-kurangnya empat kali); ● daerah (sekurang-kurangnya dua kali); ● cawangan (sekurang-kurangnya dua kali); ● kebangsaan (sekurang-kurangnya satu kali); ● antarabangsa (sekurang-kurangnya satu kali); dan ● khidmat khas (bonus).
7.0 UPACARA TERBANG NAIK Upacara Terbang Naik ialah satu upacara Pasukan Pandu Puteri Remaja menyambut ahli-ahli Pandu Puteri Tunas yang memenuhi syarat-syarat di bawah: i) Calon berjaya memperoleh Anugerah Ketua Pesuruhjaya; ii) Calon mesti berada pada akhir Tahun 6; iii) Calon dapat mengenal pasti sekolah menengah yang akan mereka pergi semasa berada dalam tingkatan satu; dan iv) Pasukan Pandu Puteri Remaja sekolah menengah tersebut sudi menerima Pandu Puteri Tunas berkenaan. Ahli-ahli Pandu Puteri Tunas akan menerima Lencana Sayap apabila mereka “terbang” dari Lingkungan Pandu Puteri Tunas ke Ladam Kuda Pandu Puteri Remaja.
PENGENDALIAN UJIAN PERCEKAPAN