KONVENSYEN GURU CEMERLANG KEBANGSAAN 2020 KOLEKSI ABSTRAK
KANDUNGAN HALAMAN
2
SUB-TEMA 1 3
BIL TAJUK 4
1 Kesediaan Dan Keperluan Latihan Guru Dalam Pembelajaran Jarak Jauh 5
Bahagian Profesionalisme Guru, KPM
6
2 Mengaplikasikan Teknologi Digital Pendidikan dalam Menongkah Arus 7
Industri IR 4.0: Meningkatkan Penguasaan Lisan Bertutur Murid dengan 8
‘Flipped Classroom’ dan ‘Live Streaming’
Latifah binti Tarkep
SMK. Agama Johor Bahru, Johor Bharu,.Johor
3 Keberkesanan Penggunaan ‘Speedy Science’ Terhadap Pencapaian Dan
Minat Murid Dalam Tajuk Jirim, Sains Tahun Lima
Mazida binti Mohamad Mazuki,
Sekolah Kebangsaan Palekbang,.Tumpat,.Kelantan
4 Keberkesanan Quad Apps dalam Aktiviti Flipped Classroom bagi
Meningkatkan Penguasaan Murid dalam Fungsi Kuadratik
Nur Hazirah binti Baharin,
SMKA Sheikh Haji Mohd Said,.Seremban, Negeri Sembilan
5 Kajian Tindakan ‘Tip Top Sejarah’
Wan Bazlan bin Wan Idris,
Kolej Vokasional Muadzam Shah, Muadzam, Pahang
6 Kaedah Belajar Sambil Bermain: MMMI RBT Kit
Norani binti Zainal
SMK. Raja Perempuan Kelsom, Kuala Kangsar, Perak
7 Hyperdoc: Inovasi Literasi Aplikasi Digital
Dalam PdPc Sejarah
Nurhashimah Nawawi, SMK. (P) Taman Petaling, Petaling Jaya,Selangor
Badieah binti Mustakim, PPD Petaling Utama, Petaling Jaya, Selangor
i
KONVENSYEN GURU CEMERLANG KEBANGSAAN 2020 KOLEKSI ABSTRAK
SUB-TEMA 2 HALAMAN
10
BIL TAJUK 11
12
1 Galeri Cakna Sejarah: Inovasi Bilik Sejarah 13
Bahtiar bin Sukkor, 14
SMK. Benut, Pontian, Johor 15
16
2 Liquid Anthocyanin As An Alternative Ph Indicator In Low-Resource 17
Setting Schools In Malaysia
Hafizi bin Mohamad
SM. Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu, Kelantan
3 Cabaran Pembelajaran Maya dalam Melestarikan Pembelajaran Bahasa
Melayu
Norasma binti Mohamed Salleh
Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, Pasir Puteh, Kelantan
4 Kesan Teknik Komunikasi Terapeutik dalam Kalangan Murid Bermasalah
Ponteng Sekolah
Tan Hua Khim, Gan Geok Moi, Rosdi bin Mamat, Lim Seng Eee,
SMK. Kemayan, Kemayan, Pahang
5 An Exploration Of Malaysian Secondary English Language Teachers’
Expectations Through Engagement In An Online Teacher Community
Siti Nur Adilah binti Borhanudin
SMK Simpang Empat, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang
6 Impak Positif Sesi Perkongsian Guru Dapat Meningkatkan
Profesionalisme Guru Kimia Dan Pencapaian Murid Dalam Subjek Kimia
Suziyana binti Hassim
SMK King Edward VII, Taiping, Perak
7 Kajian Amalan Membaca Pelajar SMK Kota Samarahan, Sarawak
Lin Anak Asit
SMK. Kota Samarahan, Kota Semarahan, Sarawak
8 Inovasi Makmal Pendawaian Tersembunyi (Concealed Bay Wiring)
Panitia PVMA
Mohamad Faizal bin Mohd Mozlan
SMK. Tengku Idris Shah, Kapar, Selangor
ii
KONVENSYEN GURU CEMERLANG KEBANGSAAN 2020 KOLEKSI ABSTRAK
SUB-TEMA 3 HALAMAN
19
BIL TAJUK
20
1 Penggunaan Permainan Interaktif ChUno (Chemistry Uno) dalam 21
Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21 yang Berkesan dalam 22
Penulisan Formula Kimia 23
Wong Minh Chjiat Isabelle, SMK Dato’ Jaafar,Johor Bahru,Johor 24
Mohd. Hanafi bin Samad, Maktab Sultan Abu Bakar (English College), 25
Johor Bahru, Johor
2 Keberkesanan Projek Street Barber bagi Murid Berkeperluan Khas
Kursus Dandanan Rambut
Rohaya binti Mohd Hatta
SMPK Vokasional Indahpura, Kulai, Johor
3 Kajian dan Penyelidikan Pendidikan Pencetus Inovasi dan Kreativiti
“Ahmad Kecek”: Meningkatkan Penguasaan Mendengar dan Bertutur
Murid Prasekolah
Ahmad Fakhrurrazi bin Che Daud
Sekolah Kebangsaan Datu’ Hashim, Kota Bharu, Kelantan
4 Mengenal Pasti Perbezaan Simbol Ciri Pandang Darat Fizikal dan Ciri
Pandang Darat Budaya Pada Peta Topografi dengan Tepat
Menggunakan “Geog Sphere”
Nor Arlina binti Awang
SMK. Tan Sri Mohamed Yaacob, Tanah Merah, Kelantan
5 Meningkatkan Penguasaan Murid Dalam Pembelajaran Sejarah Melalui
Pendekatan Ilustrasi Tematik.
Nor Faizah binti Berahim
SM. Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu, Kelantan
6 Meningkatkan Penguasaan Murid Tingkatan 5 Taqwa Dalam Tajuk
‘Peranan Hormon Dalam Kitar Haid’ Dengan Menggunakan Kit
Pembelajaran Cov: Circle Of Venus.
Munirah binti Jaafar @ Mustapha
SMK. Zainab, Kota Bharu , Kelantan
7 Meningkatkan Penguasaan Murid Membentuk Persamaan Am Kuadratik
Menggunakan Kaedah “T.S.A”, “Butterfly” dan “Mickey Mouse” Murid
Tingkatan 4 Akaun
Y. M. Tengku Noorhalina binti Y. M. Tengku Ahmad Putra
SMK. Dewan Beta, Kota Bharu, Kelantan
iii
KONVENSYEN GURU CEMERLANG KEBANGSAAN 2020 KOLEKSI ABSTRAK
BIL TAJUK HALAMAN
26
8 Memupuk Minat dan Kefahaman Murid dalam Topik Stuktur Atom, 27
Jadual Berkala dan Ikatan Kimia Menggunakan Papan Dart Atom 28
Hairunnisa binti Khalid 29
Maktab Tentera Diraja, Kuala Lumpur
30
9 Molekul Tirani - Pembelajaran Secara Visual dan Holistik 31
Haslindar Nor binti Ismail 32
SMK. Seri Mulia, Kuala Lumpur 33
10 U-Ask U-Answer: Inovasi Bunopad Dalam Subjek Sains Rumah Tangga
Hajah Ku Mahani binti Ku Mat Desa
SMK. Alam Damai, Kuala Lumpur
11 ‘M2P’: Satu Alat Bantu Untuk Membuktikan Sudut Antara Garis Tangen
dengan Perentas Adalah Sama dengan Sudut dalam Tembereng Selang-
Seli Yang Dicangkum Oleh Perentas
Latifah binti Hj Arshad
SMK. Sentul Utama, Kuala Lumpur
12 Penggunaan Kit Smart Wuduk 2.0 bagi Meningkatkan Penguasaan
Mengingat dan Penaakulan Rukun Wuduk Murid 1 Positif
Nur Azeeyatty binti Datuk Hj. Abdul Rahim
SK. Kampung Tun Razak, Bukit Katil, Melaka.
13 RD Board: Meningkatkan Kemahiran Melukis Gambar Rajah Sinar dan
Menentukan Ciri-Ciri Imej Kanta Cembung Murid 5 Stem 1
Mohd Azif bin Shukor
SMK. Paya Rumput, Melaka
14 Permainan Speedline Entrepreneurs Dapat Meningkatkan Kemahiran
Mengira Wang & Kalori Makanan bagi Murid Berkeperluan Khas
Nor Azmidy bin Ismail
Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang, Melaka
15 Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Koperatif Model Student Teams-
Achievement Divisions (STAD) bagi Meningkatkan Kefahaman Murid bagi
Tajuk Transistor dalam Mata Pelajaran Fizik Tingkatan Lima
Amelia binti Suid
SMKA Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail, Pedas, Negeri Sembilan
iv
KONVENSYEN GURU CEMERLANG KEBANGSAAN 2020 KOLEKSI ABSTRAK
BIL TAJUK HALAMAN
34
16 Meningkatkan Kemahiran Murid Menyelesaikan Persamaan Linear 35
dengan Satu Pemboleh Ubah Menggunakan Cip X.
Mohd Nizam bin Mad Tahir 36
SMK Dato’ Sedia Raja, Rembau, Negeri Sembilan 37
17 Pendekatan Inquiry Based Science Education (IBSE) dalam Meningkatkan 38
Pencapaian Pelajar Tingkatan 4 bagi Tajuk Formula dan Persamaan 39
Kimia. 40
Norhaslinda binti Abdul Samad 41
SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban, Negeri Sembilan 42
43
18 Kata Kunci Untuk Pengajaran dan Pembelajaran Balaghah pada
Bahagian Anwa’ Tashbih.
Rosyawati binti Ab. Rahim
SMK. Seri Raub, Raub, Pahang
19 Penggunaan Inovasi DJ Card dalam Membanding Beza Hukum Nun
Sakinah atau Tanwin dan Hukum Mim Sakinah bagi Murid Tingkatan 2
Ibnu Khaldun.
Mohd Shamsury bin Abdul Rahman
SMK. Sultanah Hajjah Kalsom, Kuantan, Pahang
20 Penggunaan Permainan Silang Kata dalam Meningkatkan Tahap Ingatan
Murid Tingkatan Satu dalam Pembelajaran Sirah.
Mohd Zahid bin Zulkefly
Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, Pahang
21 Aplikasi Peta Pemikiran i-Think Dalam Pengajaran Komsas.
Jalani bin Idris
SMK Kampung Pasir Puteh, Ipoh, Perak
22 Kaedah Audivisi: Mengingati Dan Memahami Konsep Sejarah SR
Nizam bin Baharuddin, SK Gopeng Taman Gopeng Baru, Gopeng, Perak
23 Kit Pecahan Triple M: Meningkatkan Kemahiran Murid dalam
Penambahan dan Penolakan Pecahan.
Noorrezan binti Othman, SK Alor Pongsu, Serai, Perak
24 Ezy Sketch: Meningkatkan Kemahiran Melakar Lakaran 3D 9 Orang
Murid 2 Setia.
Hasliza binti Abdullah
SMK. Putrajaya Presint 9 (2), Putrajaya
25 Meningkatkan Kefahaman Murid dalam Konsep Perakaunan dengan
Menggunakan “Konsep Badleh_Teknik FDI”.
Rusilawati binti Moin, Sekolah Sultan Alam Shah,Putrajaya
v
KONVENSYEN GURU CEMERLANG KEBANGSAAN 2020 KOLEKSI ABSTRAK
BIL TAJUK HALAMAN
44
26 Kaedah Sesiku Kulat (Kurung Bulat) Meningkatkan Kemahiran
Menganalisis Data Alih Bentuk Komunikasi Pengajian Am dalam 45
Kalangan Pelajar Kolej Tingkatan Enam Datuk Pengiran Galpam.
Amit bin Awang 46
Kolej Tingkatan Enam Datuk Pengiran Galpam, Sandakan, Sabah
47
27 Penyelesaian Masalah Menguasai Rujukan Grid Enam Angka bagi Mata 48
Pelajaran Geografi Tingkatan 4 dengan Menggunakan Aplikasi Iziigrid 49
dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan.
Norlyziah binti Ali Hussein 50
SMK. Sanzac, Kota Kinabalu Sabah 51
28 Meningkatkan Penguasaan Asas Biologi Sfa (Structure, Function and
Adaptation) Murid Tingkatan Empat Dengan Menggunakan Kaedah “10
Minutes Lu-La-Fung”
Norshamsiah binti Samsudin
Sekolah Menengah Sains Kuching, Kuching, Sarawak
29 Stones And Sticks: Meningkatkan Penguasaan Operasi Tambah dan
Tolak Integer Serta Algebra dalam Kalangan Murid Tingkatan 4B.
Maslihah binti Hashim
SMK Bukit Kapar, Klang, Selangor
30 Modul PKAB-STEM: Pembangunan dan Kesahan
Norlida binti Mohd Yaacob
SMK. (P) Raja Zarina, Pelabuhan Klang, Selangor
31 Mastering The Topic Of Carbon Compound Through The Activity Of
“Coxylester Race” Among The Form Five Science Stream Students In La
Salle Petaling Jaya Secondary School, Malaysia.
Yasmin binti Noorul Amin
SMK. La Salle, Petaling Jaya,Selangor
32 Meningkatkan Kemahiran Mengenal Hukum Tajwid Khusus Melalui
Kaedah Kening Jongket (KJ) bagi Pelajar Tingkatan 5 USM.
Norislalizan binti Hj Harun
SMK. Tengku Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, Terengganu
33 Menilai Keberkesanan Stech-Nova Sebagai Pendekatan Pembelajaran
Sains 4.0
Suhaiza binti Mat Said
SM. Sains Sultan Mahmud, Kuala Nerus, Terengganu
vi
KONVENSYEN GURU CEMERLANG KEBANGSAAN 2020 KOLEKSI ABSTRAK
SUB-TEMA 1:
Normal Baharu Pendidikan
Mendepani Arus Industri 4.0
KONVENSYEN GURU CEMERLANG KEBANGSAAN 2020 KOLEKSI ABSTRAK
KESEDIAAN DAN KEPERLUAN LATIHAN GURU
DALAM PEMBELAJARAN JARAK JAUH
Rosli bin Yacob, Ph.D.
Ibrahim bin Mohamed Zin, Ph.D.
Sharani bin Mohd Said
Hanafiah binti Hussien
Abd Basib bin Abdul Jabar
Aney Marinda binti Mohamad Amin
Aida binti Mohd Anip
Mohamad Faisal bin Mohd Noh
Bahagian Profesionalisme Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kajian ini bertujuan mengenalpasti kesediaan guru yang diukur berdasarkan pengetahuan
dan kemahiran dalam membangunkan bahan digital dan aspek teknikal/ sokongan serta
keperluan latihan guru dalam pembelajaran digital semasa Pandemik Covid-19. Data
dikutip melalui Google Form dalam masa 10 hari dan seramai 118, 581 guru menjawab
soal selidik. Dapatan utama menunjukkan 43.75% guru belum mahir membangunkan
bahan pembelajaran digital, seramai 52.87% guru pula rendah dalam pengetahuan
aplikasi digital dan 58.02% rendah dalam kemahiran aplikasi digital. Seramai 85.59%
guru memerlukan latihan dalam mengekalkan minat murid semasa pembelajaran digital.
Implikasi kajian ini menunjukkan guru memerlukan latihan dalam aspek-aspek yang
dikaji.
KONVENSYEN GURU CEMERLANG KEBANGSAAN 2020 KOLEKSI ABSTRAK
MENGAPLIKASIKAN TEKNOLOGI DIGITAL PENDIDIKAN
DALAM MENONGKAH ARUS INDUSTRI IR 4.0:
MENINGKATKAN PENGUASAAN LISAN BERTUTUR MURID DENGAN
‘FLIPPED CLASSROOM’ DAN ‘LIVE STREAMING’
Latifah Binti Tarkep
SMK Agama Johor Bahru
[email protected]
Abstrak
Kaedah ini dilakukan bagi mengatasi masalah kurang keyakinan untuk melakukan aktiviti
yang menguji kemahiran lisan dan bertutur murid. Kemahiran lisan bertutur merupakan
aspek yang ditaksir dalam PdPc Bahasa Melayu KSSM seperti yang dinyatakan dalam
DSKP. Melalui pemerhatian, saya mendapati sebahagian besar murid tidak dapat
membuat pembentangan tugasan dengan mantap dan meyakinkan kerana idea yang
terhad. Berdasarkan soal selidik dengan murid, saya mendapati bahawa faktor
pengetahuan dan kemahiran murid serta strategi pengajaran guru amat mempengaruhi
murid terhadap kemahiran ini. Tindakan awal yang saya ambil adalah memperkenalkan
kaedah “Flipped Classroom dan Live Streaming” dan kajian ini selesai dalam masa tiga
bulan iaitu ketika kelas maya PKP. Saya memilih kaedah ini kerana saya berpendapat
bahawa warga pendidik perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan teknologi
maklumat dan komunikasi(ICT) bagi mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0. Kaedah
Flipped Classroom ini merujuk persediaan awal murid yang perlu dilakukan sebelum
bermulanya PdPc yang akan datang. Flipped Classroom bermaksud, guru memberikan
pautan url video Youtube atau klip video terlebih dahulu supaya murid dapat menonton
lebih awal dan membuat persediaan. Biasanya pautan video akan diberikan sehari atau
dua hari sebelum sesi PdPc bermula, murid perlu menonton video rujukan sambil
membuat catatan maklumat penting. Maklumat tersebut akan dibincangkan dalam masa
PdPc bersama guru. Untuk membantu murid membina keyakinan diri ketika melakukan
aktiviti kemahiran lisan bertutur, guru memilih untuk menggunakan pelantar StreamYard.
Beberapa orang murid dipilih untuk bersama-sama guru dalam PdPc maya secara siaran
langsung. Walaupun pada peringkat awal murid-murid yang dijadikan sampel agak malu
dan gugup, namun selepas sesi PdPc selama satu jam, perubahan ketara dapat dilihat.
Murid semakin yakin untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat. Murid juga semakin
berfikiran positif dan terbuka ketika menerima soalan spontan daripada penonton. PdPc
ini disiarkan secara langsung di laman Youtube dan disaksikan oleh murid-murid dan
guru-guru Bahasa Melayu di seluruh negara. Impaknya, PdPc yang menarik dapat
dilaksanakan dan pada masa yang sama guru dapat memberikan ilmu baharu untuk
murid-murid iaitu pendidikan yang interaktif dan fleksibel berbantukan teknologi digital.
KONVENSYEN GURU CEMERLANG KEBANGSAAN 2020 KOLEKSI ABSTRAK
KEBERKESANAN PENGGUNAAN ‘SPEEDY SCIENCE’
TERHADAP PENCAPAIAN DAN MINAT MURID DALAM
TAJUK JIRIM, SAINS TAHUN LIMA
Mazida binti Mohamad Mazuki
Sekolah Kebangsaan Palekbang
Abstrak
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan ‘Speedy
Science’ terhadap pencapaian dan minat murid dalam tajuk Jirim, Sains Tahun Lima.
‘Speedy Science’ merupakan satu inovasi pembelajaran dan pemudahcaraan yang
menggabungkan bahan bantu belajar berbentuk fizikal dan kuiz secara dalam talian.
Murid akan bersaing dengan kepantasan masa menjawab soalan interaktif pada lima
tahap permainan dengan mengimbas kod QR yang diletakkan pada roda rawak ‘Speedy
Science’ semasa aktiviti pengayaan. Kajian keberkesanan inovasi menggunakan reka
bentuk eksperimental melibatkan responden seramai 30 orang murid Tahun Lima dari
Sekolah Kebangsaan Palekbang, Tumpat yang dibahagikan secara rawak kepada dua
kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Instrumen yang digunakan
ialah soalan ujian pra dan ujian pasca yang terdiri daripada 20 soalan objektif aneka
pilihan untuk mengukur tahap
pencapaian murid dalam tajuk Jirim. Selain itu, borang soal selidik digunakan untuk
mengukur minat murid kumpulan rawatan terhadap tajuk Jirim sebelum dan selepas
penggunaan ‘Speedy Science’ dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif nilai min.
Data ujian pra dan ujian pasca dianalisis menggunakan statistik inferensi ujian-t untuk
melihat perbezaan pencapaian murid antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.
Hasil kajian menunjukkan min pencapaian ujian pasca kumpulan rawatan adalah 88.67
berbanding 64.00 bagi kumpulan kawalan. Dapatan soal selidik juga menunjukkan
terdapat perbezaan signifikan dalam bacaan min minat murid kumpulan rawatan
terhadap tajuk Jirim setelah penggunaan ‘Speedy Science’ iaitu 4.53 berbanding 2.67
sebelum penggunaan. Kesimpulan daripada hasil kajian menunjukkan pembelajaran
berasaskan permainan interaktif seperti ‘Speedy Science’ dapat membantu menarik minat
dan meningkatkan pencapaian murid dalam tajuk Jirim, Sains Tahun Lima.
Kata Kunci: Sains, Pembelajaran Berasaskan Permainan Interaktif, ‘Speedy Science’,
Minat, Pencapaian, Jirim Tahun Lima
KONVENSYEN GURU CEMERLANG KEBANGSAAN 2020 KOLEKSI ABSTRAK
KEBERKESANAN QUAD APPS DALAM
AKTIVITI FLIPPED CLASSROOM BAGI MENINGKATKAN
PENGUASAAN MURID DALAM FUNGSI KUADRATIK
Nur Hazirah Baharin
SMKA Sheikh Haji Mohd Said
[email protected]
Abstrak
Murid-murid Tingkatan 4 perlu menguasai topik Fungsi Kuadratik kerana ianya asas
dalam Matematik Tambahan. Terdapat banyak langkah dan syarat yang perlu murid
ambil tahu menyebabkan ramai yang masih keliru bagaimana untuk menukar bentuk
persamaan am kepada bentuk verteks dan juga bagaimana untuk melakar graf dengan
betul tanpa plot menggunakan kertas graf. Aplikasi Quad Apps dibina untuk memudahkan
murid-murid mempelajari dan visualisasi Fungsi Kuadratik secara masteri dan di luar
waktu persekolahan. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk melihat jika penggunaan
Quad Apps dalam strategi pembelajaran Flipped Classroom berkesan dalam
meningkatkan penguasaan murid-murid dalam topik ini. Seramai 27 orang responden
yang terdiri daripada murid Tingkatan 4 SMKA Sheikh Haji Mohd Said telah diberi Quad
Apps selepas ujian pra dilakukan. Ujian pasca diberikan dua minggu selepas ujian pra.
Hasilnya, keputusan min markah menunjukkan peningkatan yang signifikan dan kesemua
responden dapat melonjakkan markah yang lebih baik. Murid-murid dapat menguasai
Fungsi Kuadratik dengan mudah dengan menggunakan aplikasi ini.
Kata Kunci: Flipped Classroom, Fungsi Kuadratik, Pembelajaran Digital
KONVENSYEN GURU CEMERLANG KEBANGSAAN 2020 KOLEKSI ABSTRAK
KAJIAN TINDAKAN ‘TIP TOP SEJARAH’
Wan Bazlan bin Wan Idris
Kolej Vokasional Muadzam Shah
[email protected]
Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk membantu pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Dalam
kajian yang dijalankan, pelajar tidak dapat mengingati fakta-fakta Sejarah dan tidak
minat Sejarah. Kajian “TIP TOP SEJARAH” melibatkan seorang guru dan 16 orang
pelajar 2SKM1, di Kolej Vokasional Muadzam Shah. “TIP TOP SEJARAH” diilhamkan
daripada pemerhatian dan pengalaman guru semasa mengajar di dalam kelas. Pelajar
sukar mengingati kesemua fakta di dalam sesuatu tajuk. Teknik yang saya gunakan
adalah “TIP TOP SEJARAH” yang menggunakan nama lagu kegemaran dan disukai oleh
pelajar. Pelajar hanya akan mencari lagu kegemaran mereka dan menukar lirik kepada
fakta Sejarah serta menggayakan lagu tersebut. Setiap perkataan tersebut akan
mencerminkan faktor atau topik. Lagu dan gaya yang dibuat akan menarik pelajar untuk
senang diingati. Penggunaan kaedah ini didapati mampu meningkatkan ingatan dan
hafalan pelajar berdasarkan peningkatan markah dalam ujian pasca yang diberikan.
Kata Kunci: Tidak Dapat Mengingati Fakta-Fakta Sejarah, Tidak Minat Sejarah, Lagu
Kegemaran, Menggayakan Lagu, Meningkat Ingatan dan Hafalan Pelajar
KONVENSYEN GURU CEMERLANG KEBANGSAAN 2020 KOLEKSI ABSTRAK
KAEDAH BELAJAR SAMBIL BERMAIN: MMI RBT KIT
Norani bt Zainal
SMK Raja Perempuan Kelsom
[email protected]
Abstrak
MMI RBT Kit merupakan kit permainan dalaman yang berorientasikan pembelajaran
kendiri dan dibina rentetan daripada ciptaan MMI Fun n Easy Kit yang telah
dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Kit ini berfungsi sebagai satu alat
pengukuhan, pemulihan dan pengayaan bagi memudahkan pelajar memahami dan
mengaplikasikan konsep-konsep penting dalam beberapa topik bagi mata pelajaran
Rekabentuk dan Teknologi. Selain itu ia diharapkan berfungsi sebagai bahan bantu
mengajar (BBM) atau bahan aktiviti bagi guru ganti. Kit ini digunakan oleh murid secara
berkumpulan atau individu dengan pengawasan guru yang minima atau semasa murid
bersama guru ganti. Dengan kit ini, murid boleh bermain sambil belajar dan menjadikan
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah kerana pelajar perlu melakukan
aktiviti ringkas menggunakan kit bagi menjawab soalan kuiz yang disediakan dalam
bentuk QR code dan Google Form khusus mengikut topik. Kit ini turut dibangunkan
bersama manual pengguna, video tutorial, bahan rujukan (QR code buku teks) dan kotak
bahan DIY. Antara topik Reka Bentuk dan Teknologi yang boleh diterokai melalui kit ini
ialah Teknologi Pembuatan (Lakaran Model 3D, Model 3D dan Produk Printer 3D), Reka
Bentuk Mekanikal (Komponen Mekanikal, Lakaran 3D Reka Bentuk Mekanikal dan contoh
Model Mekanikal Berfungsi) dan Reka Bentuk Elektrik (Elemen Elektrik, Sambungan Litar
Siri dan Litar Selari dan Mengkaji Hasil Sambungan Litar Siri dan Litar Selari). Aktiviti
berpusatkan murid yang disediakan sangat menarik dan mampu melatih murid berfikir
untuk menyelesaikan masalah berasaskan pembuktian konsep selain memupuk minat
murid terhadap STEM. MMI RBT Kit ini telah digunakan di SMK Raja Perempuan
Kelsom sebagai alat permainan dalaman semasa ketiadaan guru (relief). Diharap
penghasilan kit ini dalam bentuk gabungan bahan maujud dan aplikasi maya dapat
meningkatkan kemahiran, bakat dan pengetahuan yang diperlukan oleh murid supaya
dapat bergerak seiring dengan kemajuan teknologi dan inovasi.
Kata Kunci: Pembelajaran Kendiri, Kit Permainan Dalaman, STEM, Reka Bentuk dan
Teknologi
KONVENSYEN GURU CEMERLANG KEBANGSAAN 2020 KOLEKSI ABSTRAK
HYPERDOC: INOVASI LITERASI
APLIKASI DIGITAL DALAM PDPC SEJARAH
Nurhashimah binti Nawawi
SMK (P) Taman Petaling
Badieah binti Mustakim
PPD Petaling Utama
Abstrak
Dalam ledakan arus pendidikan perdana era Revolusi Industri 4.0 aplikasi informasi,
komunikasi dan teknologi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di
sekolah menjadi tunjang penggerak kejayaaan murid. Hal ini kerana aplikasi multimedia
yang digunakan seperti Microsoft PowerPoint, Flash, video dan lain-lain dapat
memaparkan imej dan visual yang menarik serta berwarna-warni sekaligus dapat menarik
perhatian murid untuk terus mengikuti proses PdP di dalam bilik darjah. Media
memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah. Pengaplikasian ICT juga dapat merangsang daya kefahaman dan ingatan murid
serta mendorong murid supaya lebih fokus. Penggunaan teknologi multimedia dapat
membantu alam kehidupan masa lalu, masa kini dan imaginasi akan datang dibawa ke
bilik darjah. Ini akan menjadikan pembelajaran lebih realistik. Murid-murid akan
memperoleh gambaran yang lebih jelas terhadap peristiwa yang lalu sebelum hayat
mereka. Di samping itu mereka turut mendapat pertambahan perbendaharaan kata yang
berkaitan dengan Sejarah. Isu mata pelajaran Sejarah yang sering kali dikaitkan
membosankan kerana amalan dan corak pengajaran guru yang lebih berfokuskan
penerangan satu hala sahaja. Oleh iu, aplikasi Hyperdoc adalah salah satu formula
terbaik dalam mengatasi penguasaan yang efektif semasa pembentangan isi pelajaran
Sejarah. Hyperdoc secara umumnya adalah satu pakej yang terdiri daripada bahan
pengajaran dan pembelajran ynag interaktif yang digunakan oleh murid mengikut kadar
kendiri. Hal ini kerana Hyperdoc adalah berpusatkan murid.
Kata Kunci: Hyperdoc
KONVENSYEN GURU CEMERLANG KEBANGSAAN 2020 KOLEKSI ABSTRAK
SUB-TEMA 2
Profesionalisme Guru Cemerlang
Pemangkin Kelestarian
Pendidikan Berkualiti
KONVENSYEN GURU CEMERLANG KEBANGSAAN 2020 KOLEKSI ABSTRAK
GALERI CAKNA SEJARAH:
INOVASI BILIK SEJARAH
Bahtiar bin Sukkor
SMK Benut
[email protected]
Abstrak
Galeri Cakna Sejarah (GC Sejarah) merupakan satu amalan terbaik di dalam pengajaran dan
pembelajaran yang berasaskan konsep Kelas Berasaskan Mata Pelajaran atau Subject Based
Classroom. Kertas kerja ini akan berkongsikan strategi dan perlaksanaan pembinaan GC
Sejarah ini. Matlamat utama pembinaan GC Sejarah ini adalah bagi mempertingkatkan lagi
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Selain itu turut digariskan lima
objektif lain GC Sejarah ini. Pertama, menanam minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah.
Kedua, menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah sesuatu yang menyeronokkan.
Ketiga, mewujudkan dimensi baru di dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Keempat,
mendorong penggunaan pendekatan dan alatan berteknologi sebagai alat bantu mengajar.
Kelima, memberi motivasi kepada para guru. Turut dibincangkan adalah strategi
perlaksanaannya. Perbincangan akan dibuat berdasarkan kertas kerja yang disertakan bersama.
Seterusnya impak positif yang dapat diperolehi daripada perlaksanaan GC Sejarah ini. Juga
dikongsikan cabaran yang perlu ditempuhi dalam perlaksanaan GC Sejarah ini.
Kata Kunci: Galeri Cakna Sejarah, Kelas Berasaskan Mata Pelajaran
KONVENSYEN GURU CEMERLANG KEBANGSAAN 2020 KOLEKSI ABSTRAK
LIQUID ANTHOCYANIN AS AN ALTERNATIVE
pH INDICATOR IN LOW-RESOURCE SETTING SCHOOLS IN MALAYSIA
Hafizi bin Mohamad
SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra
[email protected]
Abstrak
pH scale was developed for convenience in determining the acidic or alkalic strength of a
solution. In health, the human body has a natural pH of 7.4 and body pH imbalance e.g. too
acidic can lead to a variety of health ailments, including cardiovascular disease, complications
of diabetes and bone fragility. Subsequently, this is one of the important reason to teach pH in
schools – for our young generations to appreciate health, and the quality of our drinking water
and foods. In the school laboratory or elsewhere, pH papers and chemicals are commonly used
to teach and indicate pH, respectively. However, there is another cheap method to do so. Plants
especially those that can be found in dark red to purple colour usually are rich with pH sensitive
component known as anthocyanins. Owing to this unique property of anthocyanins, plants grow
in acidic soils usually have more reddish colored parts (leave or fruit), in neutral soils they will
grow more purple, while an alkaline soil will produce rather greenish-yellow coloured.
Interestingly, juice from anthocyanins-rich-plants can be used as a simple pH indicator! In this
study, the juice from the anthocyanins-rich red cabbage or its scientific name Brassica oleracea
L. var. capitata L. was used. Accordingly, the juice from locally cultivated red cabbage was
prepared freshly, and filter papers were soaked in the juice. Once dried, the ability of the paper
to change color in the presence of acid or base was compared with litmus test/paper and
confirmed with the pH meter. Duration of changes and consistency of changes between the fresh
juices, overnight juice with litmus test/paper were observed. This study is hoped to enable the
teaching of pH in low-resource setting schools in Malaysia in support of designing younger
generations who appreciate good quality of water and food for healthy and strong citizens of the
future!
Key Words: Anthocyanin, Alkaline, Acidic, Juice, pH
KONVENSYEN GURU CEMERLANG KEBANGSAAN 2020 KOLEKSI ABSTRAK
CABARAN PEMBELAJARAN MAYA DALAM
MELESTARIKAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Norasma binti Mohamed Salleh
Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh
[email protected]
Abstrak
Kertas kerja ini membicarakan cabaran pembelajaran maya dalam melestarikan pembelajaran
Bahasa Melayu. Terdapat pelbagai cabaran dalam pembelajaran ini terutamanya ketika
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Semasa PKP baru-baru ini, kita telah menyaksikan
banyak agensi terjejas akibat daripada penularan wabak ini termasuklah dalam bidang
pendidikan. Keadaan ini telah mengubah corak pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu,
di mana kaedah pembelajaran kita telah berubah bentuk pembelajaran iaitu dengan sistem e-
pembelajaran dan lebih dikenali dengan pembelajaran maya. Jika kita lihat, sebenarnya
pembelajaran maya telah lama diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM), namun cara ini kurang dipraktikkan secara menyeluruh oleh guru-guru dan juga
pelajar. Terdapat pelbagai cabaran yang sering dirungutkan oleh guru-guru untuk mengajar
dengan metadologi ini. Antara isu yang sering dibangkitkan ialah tidak semua pelajar boleh
menerima cara pembelajaran dalam talian. Hal ini adalah kerana, mereka masih selesa belajar
dengan bimbingan secara konvensional. Dengan kaedah ini mereka lebih mudah memahami dan
lebih seronok apabila guru-guru bersemuka dengannya. Selain itu, ramai juga guru veteran yang
agak sukar menguasai pengajaran secara maya. Turut menjadi rungutan adalah dari segi
capaian akses Internet yang terlalu terbatas. Namun begitu, secara realitinya kaedah
pembelajaran maya ini amat memberi kesan yang positif kepada para pelajar. Kini, konsep
ruang siber dan universiti maya menyediakan persekitaran pembelajaran secara jarak jauh atau
atas talian (online) melalui World Wide Web (WWW) dengan bantuan alat teknologi maklumat
dan komunikasi. Alatan ini merupakan simulasi yang membolehkan pelajar mengalami
pengalaman pembelajaran sebenar dan dapat berinteraksi dengan individu lain tanpa perlu
bersemuka. Kemudahan ini menjadi agen sosialisasi terbaik yang menuntut individu sentiasa
mengemas kini ilmu, pengetahuan dan kemahiran di sepanjang hayat mereka. Seiring dengan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dengan menjadikan kesamarataan akses
kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa serta memanfaatkan teknologi komunikasi
dan maklumat (ICT) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia, jadi pembelajaran
maya ialah langkah bijak yang perlu dilaksanakan oleh guru-guru. Pelbagai medium yang
ditawarkan dalam pembelajaran maya iaitu Google Classroom, Microsoft Teams, aplikasi
latihan dalam talian serta EduwebTV. Selain itu, KPM juga telah menjalankan pelbagai kursus
bagi menyediakan guru dengan kemahiran menggunakan pelantar pembelajaran digital serta
membina bahan pengajaran supaya guru-guru dapat menjalankan pengajaran ini dengan lebih
berkesan. Kesimpulannya, bagi melaksanakan pembelajaran maya ini, peralatan mudah alih dan
Internet bukan sesuatu yang baharu bagi murid, malah mereka sudah terdedah dengan pelbagai
aplikasi dalam talian yang lebih interaktif. Oleh itu, tidak sukar untuk mereka menggunakan
pelantar pembelajaran maya dan ini satu cabaran kepada guru dalam menghasilkan bahan
pembelajaran lebih menarik.
Kata Kunci: Pembelajaran Maya, KPM, Internet, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia,
Bahasa Melayu
KONVENSYEN GURU CEMERLANG KEBANGSAAN 2020 KOLEKSI ABSTRAK
KESAN TEKNIK KOMUNIKASI TERAPEUTIK
DALAM KALANGAN MURID BERMASALAH PONTENG SEKOLAH
Tan Hua Khim
Gan Geok Moi
Rosdi bin Mamat
Lim Seng Eee
SMK Kemayan
[email protected]
Abstrak
Ponteng sekolah merupakan masalah disiplin. Ianya perlu ditangani secara serius dan
professional kerana masalah ini boleh berkembang kepada pelbagai masalah disiplin sekolah
yang lain. Ponteng sekolah boleh menyebabkan penurunan prestasi akademik diri murid,
motivasi belajar, malah tercicir dari sekolah. Menangani masalah ini secara intervensi psikologi
adalah tanggungjawab warga pendidik. Dengan itu guru harus mempunyai ilmu dan strategi
khusus. Salah satu strategi yang boleh digunakan adalah Teknik Komunikasi Terapeutik. Kajian
ini bertujuan untuk menentukan sama ada terdapat kesan teknik ini ke atas tingkah laku ponteng
sekolah murid bermasalah disiplin. Sampel kajian terdiri daripada 80 orang murid yang
bermasalah ponteng sekolah (tidak mencapai 90%). Reka bentuk kajian ini adalah kajian
eksperimental satu kumpulan ujian pra, ujian pasca. Alat ukuran yang digunakan ialah rekod
kehadiran murid untuk melihat tingkah laku ponteng sekolah. Sampel menerima rawatan
pemulihan ponteng sekolah melalui hubungan komunikasi secara terapeutik setiap hari. Data
dianalisis dengan menggunakan pendekatan deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan 45 peratus
daripada sampel berjaya mengubah tingkah laku ponteng sekolah, iaitu seramai 36 orang.
Kejayaan ini telah menyumbang sebanyak 8 peratus kepada peratus kehadiran sekolah pada
bulan berikutnya iaitu 95.60 peratus. Dengan kata lain, tanpa rawatan ini, peratusan kehadiran
sekolah pada bulan itu hanyalah 87.60 peratus sahaja. Dapatlah dirumuskan Teknik Komunikasi
Terapeutik yang dijalankan berjaya menyumbang kepada peningkatkan peratusan kenaikan
tentang kehadiran murid ke sekolah. Kajian ini mencadangkan agar masalah disiplin ponteng
sekolah ini dijalankan secara bersepadu, konsisten dan kaedah psikologi agar masalah disiplin
ponteng sekolah dapat dikurangkan.
Kata Kunci: Teknik Komunikasi Terapeutik, Eksperimental, Masalah Disiplin, Ponteng Sekolah
KONVENSYEN GURU CEMERLANG KEBANGSAAN 2020 KOLEKSI ABSTRAK
AN EXPLORATION OF MALAYSIAN
SECONDARY ENGLISH LANGUAGE TEACHERS’ EXPECTATIONS
THROUGH ENGAGEMENT IN AN ONLINE TEACHER COMMUNITY
Siti Nur Adilah binti Borhanudin
SMK Simpang Empat
[email protected]
Abstract
Traditional teacher professional development is said to have failed in meeting their purpose due
to its top-down approach and concentrated learning period. Therefore, calls have been made to
reform teacher professional development in order to provide teachers with a meaningful learning
experience that is able to cater to teachers’ learning needs. To answer these calls, interest in
teacher online community is gaining its importance in today’s technological era especially in
Malaysia. Fascinated by my own learning experience in the League of Secondary English
Language Educator (LoSELE), a Telegram-enabled community for Malaysian secondary English
teachers, I sought to explore how teachers’ engagement in the online teacher community was
able to meet their expectations. Therefore, I carried out the exploration by adopting an
interpretative paradigm combining both quantitative and qualitative techniques. For quantitative
technique, an online questionnaire was administered and responses from 25 teachers in the
community were examined. From the interest shown by the teachers in the online questionnaire,
three teachers that suited the characteristics intended were chosen to participate in semi-
structured interviews conducted using Telegram and treated as a qualitative technique to invite
richer and deeper understandings from the teachers. Based on the findings, three significant
expectations were identified to answer my research question. These three expectations were the
need for personalised learning, teachers’ pedagogical content knowledge and teachers’
classroom practices. All in all, this study was able to shed lights on the potential of online
communities of practice to meet the expectations set by Malaysian secondary English language
teachers.
KONVENSYEN GURU CEMERLANG KEBANGSAAN 2020 KOLEKSI ABSTRAK
IMPAK POSITIF SESI PERKONGSIAN GURU
DAPAT MENINGKATKAN PROFESIONALISME GURU KIMIA
DAN PENCAPAIAN MURID DALAM SUBJEK KIMIA
Suziyana binti Hassim
SMK King Edward VII
[email protected]
Abstrak
Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) adalah salah satu inisiatif dalam meningkatkan
kualiti guru adalah berdasarkan perkembangan pendidikan dalam kalangan pendidik dilihat
sebagai usaha yang dapat meningkatkan profesionalisme guru. Permasalahan timbul dalam
kalangan guru, kurang didedahkan ilmu profesionalisme untuk mewujudkan ekosistem amalan
kolaboratif untuk meningkatkan pencapaian murid dan meningkatkan keterampilan guru. Tujuan
Kajian Sesi Perkongsian Guru (SPG) adalah salah satu elemen di bawah komuniti pembelajaran
profesional ialah menggambarkan sebagai komuniti yang membentuk budaya belajar dalam
kalangan guru Kimia untuk turut belajar bersama. Kajian ini melibatkan dua orang guru Kimia
dalam kalangan 30 orang guru Kimia di Daerah Larut Matang dan Selama, Perak. Pemilihan
responden dipilih secara persampelan bertujuan dan data kajian ini diperoleh menggunakan
teknik kualitatif, secara temu bual, tinjauan dan pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan
SPG dapat meningkatkan pencapaian murid bagi sekolah Cikgu X dan Cikgu Y dan berlakunya
penguncupan Gred Purata Sekolah yang semakin mengecil mengikut tahunnya serta bilangan
kualiti bertambah. SPG memberikan semangat motivasi serta keyakinan diri kepada guru Kimia
untuk PdPc menggunakan pedagogi amalan yang terbaik. Saranan kepada pihak yang
berkenaan, pembudayaan SPG perlu dilaksanakan secara kolektif bersama peranan masing-
masing untuk penambahbaikan sekolah bagi menghadapi cabaran dalam meningkatkan
pencapaian murid. Impak positif SPG yang bertindak sebagai agen meningkatkan kemahiran
profesionalisme guru dan mengamalkan pengetahuan sesama rakan sejawat secara kolaboratif
amat digalakkan. Pelaksanaan SPG secara konsisten dan berkala dapat membantu guru belajar
cara mengajar secara sistematik melalui aktiviti-akvititi yang relevan bagi mencapai matlamat
pelaksanaan cara guru mengajar bertambah baik dan murid dapat belajar dengan sempurna dan
dapat meningkatkan pencapaian mereka menerusi aktiviti pembelajaran.
Kata Kunci: Sesi Perkongsian, Guru Kimia, Komuniti Pembelajaran Profesional, Pencapaian
Murid, Amalan Kolaboratif
KONVENSYEN GURU CEMERLANG KEBANGSAAN 2020 KOLEKSI ABSTRAK
KAJIAN AMALAN MEMBACA
PELAJAR SMK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
Lin Anak Asit
SMK Kota Samarahan
Abstrak
Membaca adalah jambatan ilmu kerana melalui membaca kita dapat menambah pelbagai ilmu
pengetahuan. Ironinya, kajian profil membaca rakyat Malaysia oleh Perpustakaan Negara
Malaysia pada tahun 2014 mendapati masyarakat kita hanya membaca 15 naskhah buku
setahun berbanding dengan negara maju yang rakyatnya membaca hampir 40 buah buku
setahun. Menyedari hakikat ini, maka tanggal 13 Februari 2020, mantan Perdana Menteri
Malaysia ketujuh, YABhg Tun Dr. Mahathir bin Mohamad telah melancarkan Dekad Membaca
Kebangsaan (DMK) yang bertujuan menjadikan rakyat Malaysia Negara Membaca menjelang
2030. Justeru, kajian ini meninjau amalan dan sikap membaca seramai 28 pelajar kelas
Tingkatan 5 Aliran Sains di SMK Kota Samarahan. Kajian ini bertujuan mengetahui pola
bacaan pelajar berdasarkan jantina, pendapatan ibu bapa, peranan pelbagai pihak yang
berkaitan dan kekangan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar tersebut. Pengkaji menggunakan
Borang Soal Selidik skala Likert secara dalam talian Google Form melalui Telegram kepada
responden dan data dianalisis menggunakan SPSS versi 23. Hasil kajian mendapati responden
berminat membaca walaupun mendapat ancaman daripada media sosial dan aplikasi peranti
moden. Selain itu, kajian juga mendapati sokongan daripada ibu bapa, rakan-rakan, guru-guru
dan pihak sekolah turut menyumbang kepada pembudayaan amalan membaca dalam kalangan
responden. Namun, oleh sebab kajian ini hanya melibatkan persampelan yang kecil, maka untuk
penambahbaikan dicadangkan kajian pada masa hadapan menggunakan sampel yang lebih
besar supaya benar-benar mewakili populasi sampel. Selain itu, item pada borang soal selidik
juga harus dimurnikan dan ada unsur kebolehpercayaan supaya hasil kajian lebih mantap.
KONVENSYEN GURU CEMERLANG KEBANGSAAN 2020 KOLEKSI ABSTRAK
INOVASI MAKMAL
PENDAWAIAN TERSEMBUNYI (CONCEALED BAY WIRING) PANITIA PVMA
Mohamad Faizal Bin Mohd Mozlan
SMK Tengku Idris Shah
Abstrak
Makmal ini diperlukan untuk murid menjalani proses PdPc dengan lebih kondusif dan berkesan.
Makmal ini juga berfungsi untuk memenuhi standard Pertandingan Worldskill Junior Malaysia
dan Antarabangsa bagi membolehkan murid yang berpotensi untuk diketengahkan ke
pertandingan Worldskills berlatih dalam bidang Electrical Installation. Melengkapkan bengkel
PVMA SMKTIS dengan fasiliti-fasiliti yang lebih sesuai dan selesa untuk pelajar menjalani
proses PdPc dengan lebih kondusif dan berkesan. Tambahan lagi, melengkapkan bengkel PVMA
SMKTIS dengan fasiliti-fasiliti yang lebih sesuai dan memenuhi standard Pertandingan
Worldskill Junior Malaysia dan Antarabangsa bagi membolehkan murid yang berpotensi untuk
diketengahkan ke pertandingan Worldskills berlatih dalam bidang electrical installation. Di
samping itu, persediaan untuk pentauliahan Lesen Pusat Bertauliah Cawangan (PBC) Sijil
Kemahiran Malaysia (SKM) dan memenuhi syarat yang ditetapkan dalam Panduan Pelaksanaan
Dan Syarat Pentauliahan Pusat Bertauliah Di Bawah SPKM Berasaskan SKPK. SKM PVMA
perlu mematuhi panduan dan syarat-syarat pelaksanaan pentauliahan induk di bawah Sistem
Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta 652.
Sehubungan itu, semua SMK PVMA perlu melaksanakan Persijilan Tahap Tunggal bagi
memenuhi “Key Performance Index” (KPI) Kementerian Pendidikan Malaysia seperti yang
telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (JPP) ke-206 pada
11 Mac 2015 di mana program Pendidikan Vokasional Menengah Atas (PVMA) dilaksanakan
pada tahun 2015 serta enrolmen Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional di bawah
Prestasi Pencapaian Utama KPM diambil kira. Aktiviti inovasi ini menerima dana sumbangan
pembinaan bengkel diterima oleh pihak luar yang bermurah hati menyumbang dalam projek
inovasi ini. Kerja-kerja naik taraf bengkel pendawaian tersembunyi berjalan selama tiga bulan
yang mana binaan asal ialah tandas murid dan stor bilik masakan SRT.
KONVENSYEN GURU CEMERLANG KEBANGSAAN 2020 KOLEKSI ABSTRAK
SUB-TEMA 3
Kajian dan Penyelidikan Pendidikan
Pencetus Inovasi dan Kreativiti
Guru Cemerlang
KONVENSYEN GURU CEMERLANG KEBANGSAAN 2020 KOLEKSI ABSTRAK
PENGGUNAAN PERMAINAN INTERAKTIF CHUNO (CHEMISTRY UNO)
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21
YANG BERKESAN DALAM PENULISAN FORMULA KIMIA
Wong Minh Chjiat Isabelle
SMK Dato’ Jaafar
[email protected]
Mohd Hanafi Bin Samad
Maktab Sultan Abu Bakar (English College)
[email protected]
Abstrak
Dalam usaha menghasilkan murid yang mempunyai kemahiran abad ke-21 melalui peningkatan
profil murid dalam berdaya tahan, mahir komunikasi, pemikir, kerja sepasukan, bersifat ingin
tahu, berprinsip, bermaklumat, penyayang/prihatin dan patriotik. Dengan ini, mata pelajaran
Kimia berfokuskan kepada pembelajaran berfikrah kepada murid yang bakal menjadi sumber
tenaga manusia dan menyumbang kepada pembangunan negara. Kertas kajian ini
membincangkan isu pengajaran dan pembelajaran yang memberi tumpuan dalam menyelesaikan
masalah penulisan formula kimia yang dihadapi oleh pelajar Kimia Tingkatan 5. Kemahiran
penulisan formula Kimia diajar oleh guru dalam Tingkatan 4 Bab 3 (KBSM dan KSSM) yang
merupakan satu kemahiran asas yang mesti dikuasai oleh pelajar yang mengikuti aliran STEM.
Sebelum ini, pelajar diperkenalkan dengan Bidang Pembelajaran 6 – ‘Unsur Alam terdiri
daripada Jirim’ dan ‘Pengelasan Unsur dalam Jadual Berkala’ semasa pelajar berumur 13
tahun dalam mata pelajaran Sains Tingkatan 1 (KSSM) 6 - Jadual Berkala. Penekanan
penulisan kimia dijalankan dalam sukatan Kimia Tingkatan 4 (KBSM dan KSSM). Penulisan
formula Kimia mesti dimasteri oleh pelajar di mana merupakan satu kemahiran asas paling
penting untuk penyelesaian masalah yang melibatkan pengiraan bilangan mol, jisim sebatian
dan pengimbangan persamaan kimia yang betul. Selain daripada itu, didapati pelajar tidak
dapat menguasai penulisan formula kation dan formula anion. Punca utama daripada
permasalahan ini ialah tiada stimuli otak pelajar yang berkesan. Pelajar memerlukan stimuli
yang dapat meningkatkan tahap adrenalin dan keseronokan yang membolehkan mereka
mengingati formula tersebut dengan lebih bermakna. Dengan ini, permainan ChUno telah
direka cipta dengan elemen pemusatan pelajar, penyelesaian masalah dengan pantas dan
meningkatkan tahap penguasaan penulisan Kimia pelajar.
Kata Kunci: Pendidikan STEM, Pembelajaran Berasaskan Permainan, Penulisan Formula
Kimia dan Kemahiran Kimia.
KONVENSYEN GURU CEMERLANG KEBANGSAAN 2020 KOLEKSI ABSTRAK
KEBERKESANAN PROJEK STREET BARBER BAGI MURID
BERKEPERLUAN KHAS KURSUS DANDANAN RAMBUT
Rohaya binti Mohd Hatta
SMPK Vokasional Indahpura Kulai
[email protected]
Abstrak
Sejajar dengan hasrat sekolah untuk melahirkan individu berkemahiran dan berdikari melalui
visinya “Skills for Living, Towards Excellent Future”. Satu projek diketengahkan bagi memberi
peluang lebih luas terhadap kemandirian murid terutama apabila telah menghabiskan zaman
persekolahan. Lepasan sekolah murid berkeperluan khas masih belum matang dalam alam
kerjaya serta sikap lewa tentang masa depan menyebabkan mereka seringkali bertukar-tukar
kerja. Masalah komunikasi dan sosial juga menyebabkan mereka terdedah kepada masalah yang
timbul di tempat kerja. Melalui dapatan permasalahan ini, Projek Street Barber didedahkan
kepada murid berkeperluan khas bagi memberi peluang kepada mereka bekerja tanpa
melibatkan ramai orang. Dengan pengurusan masa dan diri sendiri, tanpa ada majikan yang
akan mengawal, murid dapat bergerak sendiri dan bertanggungjawab atas kerjaya mereka
sendiri. Projek ini juga memanfaatkan sepenuhnya hubungan kekeluargaan. Kajian
keberkesanan ini telah dijalankan terhadap 10 orang murid, sebagai pelatih dalam dandanan
rambut. Sebelum tindakan dilakukan, tinjauan melalui pemerhatian dan temubual telah
dilaksanakan. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk deskriptif dan kualitatif.
Kajian ini secara teoritikalnya cuba melihat kesan faktor pencapaian Projek Street Barber dan
promosi tenaga kerja golongan berkeperluan khas ke atas kerjaya pilihan. Pada akhir kajian
didapati seramai 7 orang murid boleh melakukan Projek Street Barber secara berdikari
walaupun belum tamat belajar. Ini menunjukkan Projek Street Barber mempelopori penggerak
promosi untuk murid berkeperluan khas mendapatkan pekerjaan seawal tamat persekolahan.
Kata Kunci: Projek, Street Barber, Murid Berkeperluan Khas, Vokasional, Kerjaya, Dandanan
Rambut
KONVENSYEN GURU CEMERLANG KEBANGSAAN 2020 KOLEKSI ABSTRAK
KAJIAN DAN PENYELIDIKAN PENDIDIKAN
PENCETUS INOVASI DAN KREATIVITI “AHMAD KECEK”:
MENINGKATKAN PENGUASAAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
MURID PRASEKOLAH
Ahmad Fakhrurrazi bin Che Daud
Sekolah Kebangsaan Datu’ Hashim
[email protected]
Abstrak
Kemahiran mendengar dan bertutur adalah kemahiran utama dalam Tunjang Komunikasi yang
telah diterapkan dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Tambahan pula,
mendengar adalah kemahiran yang berkait rapat dengan kemahiran bertutur. Kajian ini
dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan intervensi pemulihan pertuturan murid
prasekolah menggunakan alat bantu mendengar dan bertutur "AHMAD KECEK”. Alat ini
terhasil daripada gabungan beberapa bahagian batang paip yang boleh diubah suai dan
dilaraskan mengikut kesesuaian murid. Gabungan batang paip tersebut boleh dibentuk kepada
beberapa alat intervensi bagi membantu murid-murid yang mempunyai masalah pendengaran
dan pertuturan. Kajian gabungan (mixed method) ini dijalankan melalui kaedah triangulasi iaitu
pemerhatian dan analisis dokumen, serta ujian pos dan pasca. Responden kajian terdiri
daripada empat orang murid prasekolah yang mempunyai masalah dalam pertuturan harian di
salah sebuah prasekolah di Kota Bharu, Kelantan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
terdapat peningkatan yang ketara dalam ujian pasca berbanding ujian pra oleh kesemua
responden. Hal ini jelas apabila perkataan yang sebelum ini disebut dengan salah dan kurang
tepat dapat disebut dengan betul dan tepat oleh kesemua responden setelah menggunakan alat
tersebut. Malahan kualiti pertuturan harian responden juga meningkat dan sebutan yang
diutarakan lebih jelas dan mudah difahami oleh pendengar. Dapatan kajian ini memberikan
maklumat kepada kita bahawa alat ini dapat membantu murid bermasalah dalam pertuturan dan
pendengaran menyebut perkataan dengan lebih jelas dan tepat. Kesimpulannya, keberkesanan
penggunaan alat ini cukup membantu mereka yang mempunyai masalah pertuturan dalam
meningkatkan penguasaan berkomunikasi dengan berkesan.
Kata Kunci: Kemahiran Mendengar, Kemahiran Bertutur, Intervensi, Kanak-Kanak, KSPK
KONVENSYEN GURU CEMERLANG KEBANGSAAN 2020 KOLEKSI ABSTRAK
MENGENAL PASTI PERBEZAAN SIMBOL
CIRI PANDANG DARAT FIZIKAL DAN CIRI PANDANG DARAT BUDAYA
PADA PETA TOPOGRAFI DENGAN TEPAT MENGGUNAKAN “GEOG SPHERE”
Nor Arlina binti Awang
Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Mohamed Yaacob
[email protected]
Abstrak
“GEOG SPHERE’ adalah inovasi yang berbentuk bahan maujud 3-dimensi seperti sfera dan
mengandungi beberapa sektor bersimbol bagi mewakili setiap ciri bentuk muka bumi fizikal dan
budaya. “GEOG SPHERE adalah satu kaedah pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dalam
subjek Geografi Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5. “GEOG SPHERE” membantu murid mentafsir dan
mengenal pasti dengan tepat perbezaan antara simbol ciri pandang darat fizikal dan ciri
pandang darat budaya yang terdapat dalam peta topografi. Kaedah ini membolehkan murid
memahami proses bentuk muka bumi yang terhasil secara semula jadi dan bentuk muka bumi
yang dihasilkan oleh manusia dengan tepat, mudah dan berkesan tanpa merujuk kepada
petunjuk peta yang diberi. Ini kerana petunjuk peta topografi sangat banyak itemnya yang
menyebabkan murid keliru terutama murid Tingkatan 1, 2, 3 dan 4 yang baru mengenal ciri
pandang darat fizikal dan budaya pada peta topografi. “GEOG SPHERE”amat membantu
murid dalam mentafsir peta topografi. Objektif utama kaedah PdPc menggunakan “GEOG
SPHERE” membolehkan murid membezakan dan mentafsir peta dengan teratur. Ini dapat
membantu murid memperoleh markah yang tinggi di Bahagian A Kertas 1 dalam subjek
Geografi sama ada di peringkat PT3 dan SPM, seterusnya meningkatkan peratus lulus murid
dan peratus kecemerlangan dalam subjek Geografi. Keberkesanan kaedah PdPc ini telah
dibuktikan melalui ujian formatif yang telah dilaksanakan kepada 100 orang murid daripada
Tingkatan 1, 2, 3 dan 4. Dapatan daripada ujian pra dan ujian pasca sebelum dan selepas
kaedah “GEOG SPHERE” ini dilaksanakan didapati tahap penguasaan murid dalam mengenal
pasti perbezaan dan mentafsir peta berdasarkan ciri pandang darat fizikal dan ciri pandang
darat budaya adalah tepat dan betul. Purata markah yang diperoleh oleh responden didapati
melebihi 18 markah daripada 20 markah keseluruhan. Ini menunjukkan kaedah “GEOG
SPHERE” sangat berkesan dan membantu murid. Kaedah PdPc “GEOG SPHERE” ini telah
dilaksanakan di peringkat awal pada tahun 2015 dalam bentuk 2-dimensi sahaja tetapi telah
ditambah baik lagi kepada bentuk 3-dimensi pada tahun 2019. Kaedah ini akan terus ditambah
baik dari semasa ke semasa berdasarkan keupayaan pembelajaran murid pada setiap tahun.
Kata Kunci: Geog Sphere, Mentafsir Peta Topografi, Mengenal Pasti Perbezaan Ciri Pandang
Darat Fizikal, Ciri Pandang Darat Budaya dan Simbol
KONVENSYEN GURU CEMERLANG KEBANGSAAN 2020 KOLEKSI ABSTRAK
MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID
DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH
MELALUI PENDEKATAN ILUSTRASI TEMATIK
Nor Faizah Binti Berahim
Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra
[email protected]
Abstrak
Kajian ini dijalankan ke atas 23 orang murid Tingkatan 5 Sigma di Sekolah Menengah Sains
Tengku Muhammad Faris Petra bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid terhadap
topik-topik yang dipelajari dalam subjek Sejarah dengan lebih mudah melalui kaedah Ilustrasi
Tematik. Kaedah ini mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai pembelajaran serta
pemikiran kreatif menggunakan tema. Para murid diberi peluang berdikari dan meneroka
sendiri proses pembelajaran tersebut secara tidak langsung mereka dapat meningkatkan
pemahaman konsep, penemuan, mengolah dan memanfaatkan informasi. Kaedah ini telah dapat
menggabungkan topik atau subtopik yang mempunyai tema yang sama menjadikan
pembelajaran lebih mudah difahami dan menjimatkan masa. Kajian ini dijalankan kerana
murid-murid ini menghadapi masalah sukar menghubungkait, mengingat fakta serta
menginterpretasi peristiwa sejarah dengan lebih berkesan. Situasi ini menyebabkan mereka
hilang minat dan tidak dapat menghubung kait fakta, huraian dan contoh bagi menjawab soalan
berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kaedah ini merangkumi beberapa langkah
iaitu melukis, melabel, mengkaji punca dan kesan serta mengkaji fakta kes yang terkini. Kajian
ini juga menggunakan instrumen pemerhatian, soal selidik, ujian formatif yang terdiri daripada
ujian pra dan ujian pasca. Dapatan kajian menunjukkan perubahan perlakuan yang positif
murid dalam bilik darjah, mereka lebih berminat untuk belajar dan berkeupayaan untuk
berbincang serta bersoal jawab berkenaan topik yang dipelajari dalam skop yang lebih luas.
Mereka juga dapat menguasai dan mengingat dengan lebih cepat dan efektif. Penggunaan
kaedah ini jelas dapat menarik minat murid terhadap pengajaran guru dan telah menyebabkan
suasana seronok belajar Sejarah menjadi realiti. Kesannya, pencapaian dalam peperiksaan
telah meningkat.
Kata Kunci: Kaedah Ilustrasi Tematik, Topik dan Subtopik, Kemahiran Mengingat, KBAT,
Tingkatan 5
KONVENSYEN GURU CEMERLANG KEBANGSAAN 2020 KOLEKSI ABSTRAK
MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TINGKATAN 5 TAQWA DALAM TAJUK
‘PERANAN HORMON DALAM KITAR HAID’ DENGAN MENGGUNAKAN KIT
PEMBELAJARAN COV: CIRCLE OF VENUS
Munirah binti Jaafar @ Mustapha
Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab
[email protected]
Abstrak
Kajian ini dilaksanakan untuk membantu meningkatkan penguasaan murid Tingkatan 5 Taqwa
bagi tajuk ‘Peranan Hormon Dalam Kitar Haid’ dengan menggunakan kit pembelajaran COV:
Circle of Venus. Circle of Venus dipilih sebagai nama untuk kit pembelajaran ini kerana Circle
bermaksud kitaran dalam bentuk bulatan manakala Venus dalam bahasa Latin merujuk kepada
dewi Rom yang fungsinya meliputi kesuburan, kecantikan dan seks, bertepatan dengan tajuk
yang dipilih oleh penyelidik iaitu Kitar Haid. Amalan yang digunakan ini berfokus kepada
kecerdasan visual-ruang. Seramai 19 orang murid Tingkatan 5 Taqwa yang mempamerkan
pencapaian sederhana telah dipilih dalam kajian ini. Kajian ini juga memberi peluang untuk
menambah baik amalan pengajaran dalam mata pelajaran Biologi berhubung dengan topik Bab
4: Pembiakan dan Pertumbuhan (4.2: Peranan Hormon dalam Mengawal Atur Kitar Haid).
Instrumen yang digunakan bagi mengumpul data adalah ujian pra dan pasca, pemerhatian dan
soal selidik terhadap murid untuk mengesan kelemahan pengajaran guru dan amalan
pembelajaran murid. Hasil tinjauan menunjukkan kelemahan murid adalah berpunca daripada
kegagalan dalam menguasai topik yang memerlukan pembacaan, pemahaman dan hafalan.
Sikap murid yang malas membaca, kegagalan murid mengenal pasti kata kunci bagi topik
berkenaan dan membaca tanpa memahami apa yang dibaca mempengaruhi skor markah dan
prestasi mata pelajaran Biologi. Dalam konteks ini, hampir 80% murid tidak dapat menguasai
isi kandungan topik ini dengan baik. Ujian pra dan pasca telah dijalankan untuk
membandingkan jumlah markah yang telah diperolehi oleh responden sebelum dan selepas
kaedah ini dijalankan. Dapatan menunjukkan peningkatan markah dalam ujian pasca. Nota
berpandu yang digunakan bersama-sama kit pembelajaran COV: Circle Of Venus merupakan
elemen penting dalam proses PdPc. Konklusi daripada data yang diperolehi menunjukkan
perubahan positif dalam penguasaan kemahiran yang dikaji. Penyelidikan tindakan ini dapat
membantu murid dan guru mempamerkan keputusan penilaian yang memberangsangkan dan
menjadikan suasana proses PdPc menjadi aktif, bermakna dan ceria. Menepati era ledakan
ilmu, teknik mengajar dengan kapur dan papan hitam sahaja sudah tidak memadai dan
membosankan. Aktiviti pembelajaran dengan melaksanakannya secara hands-on learning
menggunakan kit pembelajaran COV: Circle of Venus lebih menarik dan berkesan dalam alaf
baru ini.
Kata Kunci: COV: Circle Of Venus, Biologi, Nota Berpandu, Hands-On-Learning
KONVENSYEN GURU CEMERLANG KEBANGSAAN 2020 KOLEKSI ABSTRAK
MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID
MEMBENTUK PERSAMAAN AM KUADRATIK MENGGUNAKAN
KAEDAH “T.S.A”, “BUTTERFLY” DAN “MICKEY MOUSE”
MURID TINGKATAN 4 AKAUN
Y. M. Tengku Noorhalina binti Y. M. Tengku Ahmad Putra
SMK Dewan Beta
[email protected]
Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk menyelesaikan masalah pelajar-pelajar dari Tingkatan 4 Akaun bagi
tajuk Persamaan Kuadratik iaitu membentuk persamaan am kuadratik. Seramai 24 orang
pelajar yang mengambil mata pelajaran Matematik ini diuji. Ujian pra telah dilaksanakan
melalui Ujian Bulan Mac yang baru berlalu dan juga daripada lembaran kerja dan latihan yang
diberikan sebagai kerja rumah. Hasil daripada tinjauan menunjukkan para pelajar masih belum
menguasai konsep menyelesaikan persamaan kuadratik ke dalam bentuk am yang betul sebelum
mencari nilai x menggunakan kalkulator. Kaedah “T.S.A”, “Butterfly” dan “Mickey Mouse”
telah dijalankan untuk menyelesaikan permasalahan ini. Melalui kaedah-kaedah ini, pelajar
didedahkan dengan kaedah mudah dan menarik dalam membentuk persamaan am kuadratik.
“T” yang membawa maksud TEMBAK, membolehkan pelajar menghapuskan penyebut bagi
suatu pecahan, “S” untuk SALAM yang membolehkan pelajar mendarab nombor dalam
kurungan dan ”A” untuk asing pula membolehkan pelajar menyusun dan membentuk persamaan
am kuadratik dengan betul. Kaedah “Butterfly” pula melibatkan pengembangan dua ungkapan
algebra manakala kaedah “Mickey Mouse” adalah untuk mengembangkan ungkapan algebra
yang dikuasaduakan. Perancangan tindakan difokuskan kepada penguasaan kemahiran-
kemahiran tersebut. Keputusan ujian pasca yang dijalankan seminggu selepas ujian pra yang
dilakukan telah menunjukkan peningkatan prestasi pelajar. Pelajar didapati dapat
menggunakan cara yang betul dalam membentuk persamaan am kuadratik sebelum mencari
nilai x melalui aktiviti yang dijalankan.
Kata kunci : Persamaan Am Kuadratik, Kaedah “T.S.A”, Kaedah “Butterfly”, Kaedah “Mickey
Mouse”, Nilai.
KONVENSYEN GURU CEMERLANG KEBANGSAAN 2020 KOLEKSI ABSTRAK
MEMUPUK MINAT DAN KEFAHAMAN MURID DALAM TOPIK
STUKTUR ATOM, JADUAL BERKALA DAN IKATAN KIMIA
MENGGUNAKAN PAPAN DART ATOM
Hairunnisa binti Khalid
Maktab Tentera Diraja
[email protected]
Abstrak
Kajian ini dijalankan terhadap 20 orang murid Tingkatan 5 Eta yang mengalami masalah untuk
menguasai cara melukis struktur atom dan susunan elektron dalam subtopik 2.3 Struktur Atom,
Tingkatan 4. Topik ini adalah asas penting dan kukuh yang perlu dikuasai oleh murid-murid
kerana ia berkesinambungan dengan topik seterusnya iaitu Topik 4, Jadual Berkala dan Topik 5,
Ikatan Kimia kerana ianya juga melibatkan pemahaman terhadap struktur atom dan susunan
elektron. Murid-murid ini dikesan menghadapi kesukaran untuk menguasai subtopik ini selepas
gagal menjawab soalan yang diuji oleh guru di dalam kelas. Selepas sesi perbincangan bersama
murid-murid ini dijalankan, masalah ini dikesan berpunca daripada faktor lupaan dan kurang
memahami struktur atom dan susunan elektron dengan betul. Selain itu, murid-murid
menganggap topik ini mudah untuk dikuasai dan tidak peka kepada kehendak soalan. Dalam
kajian ini, Papan Dart Atom digunakan untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran
melukis struktur atom dan susunan elektron sekaligus meningkatkan juga kefahaman terhadap
topik Jadual Berkala dan Ikatan Kimia. Papan Dart Atom ini merupakan satu kaedah permainan
yang disediakan oleh guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya murid-murid
dapat belajar sambil bermain mengikut garis panduan yang ditetapkan. Kajian ini dijalankan
menerusi beberapa fasa intervensi iaitu Sit and Draw, Pin and Point dan Ujian GF. Hasil
daripada penggunaan Papan Dart Atom ini, minat murid-murid dapat dipupuk dan mereka
berjaya menguasai kefahaman terhadap struktur atom dan susunan elektron serta kepentinganya
dengan baik. Kajian ini membuahkan hasil yang positif kerana mencapai objektif yang
digariskan serta memenuhi keperluan khusus murid.
Kata Kunci: Struktur Atom, Susunan Elektron, Papan Dart Atom, Jadual Berkala, Ikatan Kimia
KONVENSYEN GURU CEMERLANG KEBANGSAAN 2020 KOLEKSI ABSTRAK
MOLEKUL TIRANI – PEMBELAJARAN SECARA VISUAL DAN HOLISTIK
Haslindar Nor binti Ismail
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mulia Kuala Lumpur
[email protected]
Abstrak
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) merupakan unsur nilai tambah yang diterapkan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru di dalam kelas. Kementerian Pendidikan
Malaysia telah menetapkan dalam Standard Kandungan (SK) sukatan pelajaran, setiap kali PdP
berlangsung mestilah digabung jalin dengan unsur nilai tambah yang terdapat dalam EMK.
Antara unsur nilai tambah yang terdapat dalam EMK yang perlu diterapkan dalam PdP ialah
sains dan teknologi. Dalam PdP mata pelajaran Bahasa Melayu guru boleh menerapkan ilmu
mata pelajaran Sains. Hal ini dapat menarik minat murid untuk mempelajari mata pelajaran
Bahasa Melayu di samping dapat menambahkan ilmu dalam bidang Sains itu sendiri. Salah satu
pembelajaran dalam Bahasa Melayu ialah mengkaji novel. Novel dikaji oleh murid tingkatan 5
bertajuk ‘Tirani’. Sebelum inovasi Molekul Tirani diperkenalkan, murid tidak bersemangat dan
bosan untuk mempelajari novel ini. Hal ini demikian disebabkan, jalan penceritaan novel ini
sangat panjang dan kompleks serta ditambah dengan bilangan muka suratnya sebanyak 344.
Oleh sebab itu, murid sukar untuk mengingat sinopsis, peristiwa penting, kata kunci dan
menghuraikan aspek sastera yang terdapat dalam novel ini. Murid juga sudah biasa dan bosan
dengan peta i-Think yang sudah sekian lama digunakan dalam PdP oleh guru-guru. Inovasi
Molekul Tirani ialah nota novel Tirani yang diilhamkan dalam bentuk molekul kerana terdapat
perkaitan antara satu bentuk dengan bentuk molekul yang lain. Penghasilan Molekul Tirani ini
mengetengahkan pembelajaran secara holistik dan visual yang mempunyai EMK. Daripada
sudut mata pelajaran Sains, molekul ialah sebatian yang terdiri daripada dua atau lebih atom.
Inovasi Molekul Tirani memberi nafas baharu kepada teknik pengajaran guru dan juga kepada
murid untuk mengingat peristiwa penting, mengenal pasti kata kunci dan aspek sastera dengan
mudah dan tepat serta dengan cara yang menarik.
Kata Kunci: Novel, Tirani, Molekul, Holistik, EMK
KONVENSYEN GURU CEMERLANG KEBANGSAAN 2020 KOLEKSI ABSTRAK
U-ASK U-ANSWER:
INOVASI BUNOPAD DALAM SUBJEK SAINS RUMAH TANGGA
Hajah Ku Mahani binti Ku Mat Desa
SMK Alam Damai Kuala Lumpur
[email protected]
Abstrak
Masalah ketiadaan buku rujukan yang dijual untuk rujukan pelajar Sains Rumah Tangga bagi
subjek Sains Rumah Tangga (SnRT) untuk murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 menjadi satu
permasalahan yang kritikal bila mana semakin ramai pelajar dari sehari bertanyakan buku
untuk dibeli di toko-toko buku. Malahan guru-guru yang mengajar subjek ini juga menghadapi
masalah yang sama. Termasuklah juga diri penulis sendiri yang mula mengajar subjek ini pada
tahun 2015. Sebagai guru baru saya juga terpanggil untuk membeli buku rujukan untuk SnRT
dan meminta supplier menghantar buku tersebut ke sekolah. Jawapan dari supplier amat mudah
dan ringkas sekali “Cikgu buatlah buku saya jual” sebab buku ini belum ada lagi di pasaran.
Kesinambungan daripada itu maka terpanggillah saya untuk menulis buku ini, tetapi saya tidak
mahu untuk menerbitkan seperti nota biasa malah saya membuat sedikit inovasi untuk buku nota
ini di masa saya menukarkan semua tajuk-tajuk di dalam buku ini daripada pernyataan kepada
soalan bertujuan untuk meningkatkan fokus murid daripada sekadar membaca kepada kepekaan
terhadap menjawab soalan dalam satu masa dan juga mendedahkan kepada mereka akan
bentuk-bentuk soalan yang boleh ditanya untuk tajuk-tajuk berkaitan. Sasaran inovasi ini adalah
murid Tingkatan 4 dan 5 yang mengambil subjek Sains Rumah Tangga dalam SPM. Penerbitan
buku ini menjadikan ia sebagai satu tanda sejarah dalam dunia penerbitan buku rujukan Sains
Rumah Tangga di Malaysia kerana ia adalah hasil yang terulung dalam sejarah penerbitan bagi
buku rujukan di bawah judul ini dan hasil telah dikongsikan dengan pelajar dan guru-guru
Sains Rumah Tangga di seluruh negara.
Kata Kunci: Sains Rumah Tangga, Buku Nota Padat, Buku Rujukan
KONVENSYEN GURU CEMERLANG KEBANGSAAN 2020 KOLEKSI ABSTRAK
‘M2P’: SATU ALAT BANTU UNTUK MEMBUKTIKAN
SUDUT ANTARA GARIS TANGEN DENGAN PERENTAS
ADALAH SAMA DENGAN SUDUT DALAM
TEMBERENG SELANG-SELI YANG DICANGKUM OLEH PERENTAS
Latifah binti Hj. Arshad
SMK Sentul Utama Kuala Lumpur
[email protected]
Abstrak
Kajian dan inovasi ini dilaksanakan untuk membantu meningkatkan kemahiran dan mengatasi
masalah murid Tingkatan 5 dalam menentukan sudut antara garis tangen dengan perentas yang
melalui titik sentuhan tangen dengan sudut dalam tembereng selang-seli yang dicangkum oleh
perentas. Seramai 19 orang murid dari tingkatan 5 Bestari yang mempunyai tahap pencapaian
sederhana dan lemah telah terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal masalah dilakukan bermula
dengan pemeriksaan kerja bertulis murid, analisis kertas ujian prestasi, ujian diagnostik dan
diikuti dengan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak dapat mengenal pasti sudut
dalam tembereng selang-seli dengan jelas jika garis tangen dilukis pada titik yang berbeza
pada lilitan bulatan. Mereka juga tidak dapat menentukan sudut yang dibentuk oleh garis tangen
dengan perentas Perancangan tindakan difokuskan kepada membantu murid untuk membuktikan
atau menghubungkaitkan bahawa sudut yang dibentuk oleh tangen dengan perentas adalah
sama dengan sudut dalam tembereng selang-seli yang dicangkum oleh perentas itu. Empat sesi
pengajaran dan pembelajaran (35-40 minit) telah dijalankan selama dua minggu dan murid
telah didedahkan dengan penggunaan alat bantu “M2P“ ( Multi Purpose Protractor). Alat
bantu ini direka khas untuk membantu murid mengatasi masalah yang telah dinyatakan di atas.
Keputusan dalam ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid dalam setiap item
yang berkaitan dengan tangen kepada bulatan. Dapatan soal selidik juga menunjukkan murid
merasa seronok menggunakan alat bantu M2P dan dapat membantu mereka mengingat langkah-
langkah bagi menentukan sudut dalam tembereng selang-seli dan seterusnya mampu untuk
menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan tangen kepada bulatan dan sifat-sifat sudut
dalam bulatan.
Kata Kunci: Garis Tangen, Perentas, Tembereng Selang-Seli
KONVENSYEN GURU CEMERLANG KEBANGSAAN 2020 KOLEKSI ABSTRAK
PENGGUNAAN KIT SMART WUDUK 2.0 BAGI
MENINGKATKAN PENGUASAAN MENGINGAT DAN PENAAKULAN
RUKUN WUDUK MURID 1 POSITIF
Nur Azeeyatty binti Datuk Hj. Abdul Rahim
Sekolah Kebangsaan Kampung Tun Razak
[email protected]
Abstrak
“Kit Smart Wuduk 2.0” adalah satu pendekatan dan inisiatif bahan bantu mengajar yang
terkini bercirikan pembelajaran modular dalam penambahbaikan untuk meningkatkan
kefahaman dan tahap penaakulan murid terutamanya bab Rukun Wuduk selain memiliki ciri-ciri
didik hibur yang melibatkan visual, auditori dan kinestetik sejajar pembelajaran PAK-21. Kajian
ini berfokuskan kepada ibadah wuduk kerana kesempurnaan wuduk menentukan kesahan solat
yang dikerjakan oleh seseorang muslim. Pada masa yang sama, pengkaji mendapati wujudnya
masalah yang dihadapi oleh murid dalam memahami konsep Rukun Wuduk dengan baik
terutamanya dalam aspek pelaksanaannya. Aktiviti bermain sesuai untuk murid sekolah rendah
kerana aktiviti bermain menjadikan pengajaran lebih menarik dan praktis. “Kit Smart Wuduk
2.0” terhasil daripada idea konsep “explosion book” yang mana ia mengandungi 7 perkara
asas wuduk iaitu erti wuduk, rukun wuduk, lafaz niat wuduk, anggota wuduk yang wajib,
perkara yang sunat dan membatalkan wuduk serta perkara yang makhruh dalam wuduk yang
didatangkan dengan pelbagai latihan kendiri seperti latihan padanan, roda impian dan soalan-
soalan KBAT. Pengkaji melaksanakan pengumpulan data dengan tiga cara iaitu pemerhatian,
analisa dokumen (ujian pra dan pos) dan temu bual berdasarkan latihan iaitu task-based
interview. Kajian ini melibatkan seramai 25 orang murid 1 Positif yang terdiri daripada 17
orang murid lelaki dan 8 orang murid perempuan. Setelah intervensi ini digunakan, didapati
“Kit Smart Wuduk 2.0 ” dapat meningkatkan penguasaan mengingat dan menaakul konsep
wuduk dengan lebih mudah dan berkesan selain keseronokan belajar.
Kata Kunci: Kit Smart Wuduk 2.0, 7 Bab Wuduk, Interaktif Buku Bermagnet, QR Code dan
Mudah
KONVENSYEN GURU CEMERLANG KEBANGSAAN 2020 KOLEKSI ABSTRAK
RD BOARD: MENINGKATKAN KEMAHIRAN
MELUKIS GAMBAR RAJAH SINAR DAN
MENENTUKAN CIRI-CIRI IMEJ KANTA CEMBUNG MURID 5 STEM 1
Mohd Azif bin Shukor
SMK Paya Rumput
[email protected]
Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam melukis gambar rajah sinar
dan menentukan ciri-ciri imej bagi kanta cembung. Kajian ini dijalankan ke atas 8 orang murid-
murid tingkatan 5 STEM 1 tahun 2019 yang terdiri daripada 5 orang murid lelaki dan 3 orang
murid perempuan. Pengkaji memilih kaedah pemerhatian berstruktur, analisis dokumen, temu
bual berstruktur, serta ujian pra (kaedah tradisional) dan ujian pos (kaedah intervensi) sebagai
instrumen kajian. Hasil dapatan ujian pra menunjukkan bahawa kesemua 8 orang murid gagal
melukis dengan betul gambar rajah sinar melibatkan situasi 4 dan situasi 5 manakala bagi
situasi 1 dan situasi 3 hanya dua orang murid sahaja yang dapat melukis dengan betul dan
situasi 2 pula hanya seorang sahaja murid. Keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan yang
signifikan terhadap kemahiran murid-murid dalam melukis gambar rajah sinar dan menentukan
ciri-ciri imej yang terbentuk. Hal ini menunjukkan bahawa penggunaan inovasi RD Board dapat
membantu murid-murid melukis gambar rajah sinar serta menentukan ciri-ciri imej yang
terbentuk bagi kanta cembung. Inovasi ini mengimplementasikan strategi pembelajaran Visual,
Auditori dan Kinestatik (VAK) yang berpusatkan murid serta mengaplikasikan konsep warna.
Elemen warna yang diterapkan pada inovasi ini membantu murid-murid membayangkan secara
visual setiap sinar cahaya berdasarkan kod-kod warna. Elemen Kod QR yang diterapkan
melalui “Tour De Kanta” pula merangsang murid-murid auditori mempelajari setiap situasi
kanta cembung secara audio (rakaman suara) manakala elemen kinestatik pula melibatkan
aktiviti hands on secara kooperatif bersama rakan-rakan mereka di mana mereka diajar cara-
cara menggunakan RD Board.
Kata Kunci: RD Board, Gambar Rajah Sinar, Optik, Kanta Cembung, Ciri-Ciri Imej
KONVENSYEN GURU CEMERLANG KEBANGSAAN 2020 KOLEKSI ABSTRAK
PERMAINAN SPEEDLINE ENTREPRENEURS DAPAT MENINGKATKAN
KEMAHIRAN MENGIRA WANG & KALORI MAKANAN
BAGI MURID BERKEPERLUAN KHAS
Nor Azmidy bin Ismail
Sekolah Kebangsaan Bukit
[email protected]
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran mengira wang & kalori
makanan melalui permainan Speedline Entrepreneurs bagi murid berkeperluan khas dengan
menggunakan Pedagogi Pembelajaran Bermakna Baru (NPDL). Pedagogi ini menyediakan
pelajar untuk kehidupan selepas sekolah dan menggalakkan pemikiran pembelajaran sepanjang
hayat. Kumpulan sasaran kajian ini ialah murid berkeperluan khas di kelas Marikh seramai 8
orang. Saya memfokuskan kajian ini kepada kemahiran operasi tambah dan tolak dalam
pengiraan wang sehingga nilai ribu dan mengira kalori setiap makanan. Tinjauan awal telah
dilakukan dengan menganalisis markah Ujian PKSR 1, temu bual dengan murid-murid,
pemerhatian jawapan dalam buku latihan dan keputusan ujian pra. Selain itu mereka juga
diperhatikan oleh saya melalui cara mereka menjawab soalan di dalam buku latihan. Keputusan
ujian pra yang diperolehi oleh murid amat tidak memuaskan kerana 6 orang daripada 8 murid
mendapat 10 markah ke bawah. Aktiviti-aktiviti intervensi dalam permainan Speedline
Entrepreneurs ini yang dijalankan adalah mengira wang syiling dan kertas, mengira jumlah
kalori makanan dengan menggunakan teknik pengiraan baharu iaitu kaedah Speedline dan di
akhir permainan ini mereka akan menyimpan wang di bank. Pelaksanaan kajian tindakan ini
menggunakan ketiga-tiga aktiviti memfokuskan kemahiran yang sama iaitu menyelesaikan
soalan operasi tambah dan tolak melibatkan wang serta kalori makanan secara bergilir-gilir
tetapi setiap aktiviti ketika menjawab kad soalan mempunyai jenis soalan yang berbeza, bermula
dari aras rendah, sederhana dan tinggi. Perbandingan keputusan sebelum aktiviti dijalankan
dengan selepas aktiviti dijalankan amat memberangsangkan. Perbezaan skor antara ujian pra
dan ujian pos yang amat ketara bagi semua murid membuktikan tahap penguasaan murid dalam
pengiraan wang dan kalori makanan melalui kepelbagaian aktiviti. Murid-murid didapati lebih
berani dan seronok untuk menjawab soalan yang diberikan. Ini bermakna dapatan kajian dan
inovatif yang diambil dalam kajian tindakan ini adalah tepat dan berkesan. Walaupun pelbagai
halangan dihadapi sepanjang melaksanakan kajian ini, saya berasa cukup berpuas hati apabila
melihat murid berkeperluan khas yang pencapaiannya dalam kajian ini turut melibatkan diri dan
menyatakan ‘seronok’ belajar dengan menggunakan permainan Speedline Entrepreneurs.
Kata Kunci: Permainan Speedline Entrepreneurs, Wang dan Kalori Makanan, Murid
Berkeperluan Khas
KONVENSYEN GURU CEMERLANG KEBANGSAAN 2020 KOLEKSI ABSTRAK
KEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF
MODEL STUDENT TEAMS-ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD)
UNTUK MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID
BAGI TAJUK TRANSISTOR DALAM
MATA PELAJARAN FIZIK TINGKATAN LIMA
Amelia binti Suid
SMKA Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail
[email protected]
Abstrak
Kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif Model
Student Teams Achievement Divisions (STAD) bagi tajuk Transistor dalam mata pelajaran Fizik
Tingkatan Lima. Kajian ini juga turut melihat tahap kesesuaian pembelajaran koperatif model
STAD dalam pengajaran dan pembelajaran Fizik dari persepsi pelajar. Reka bentuk kajian
adalah eksperimen sebenar dengan menggunakan ujian pra, ujian pos dan set soal selidik
sebagai instrumen kajian. Responden terdiri daripada 36 orang pelajar Tingkatan Lima yang
mengambil mata pelajaran Fizik di SMKA Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail, Pedas. Dapatan
kajian menunjukkan setelah ujian pra dijalankan, didapati tahap pencapaian pelajar berada di
tahap yang rendah. Setelah intervensi dijalankan, tahap pencapaian pelajar meningkat. Hal ini
menunjukkan kaedah pembelajaran koperatif model STAD dalam pengajaran dan pembelajaran
membantu meningkatkan kefahaman murid bagi tajuk Transistor.
Kata Kunci: Pembelajaran Koperatif, Model STAD, Transistor, Fizik
KONVENSYEN GURU CEMERLANG KEBANGSAAN 2020 KOLEKSI ABSTRAK
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID
MENYELESAIKAN PERSAMAAN LINEAR
DENGAN SATU PEMBOLEH UBAH MENGGUNAKAN CIP X
Mohd Nizam Bin Mad Tahir
SMK Dato’ Sedia Raja
[email protected]
Abstrak
Tinjauan awal melalui aktiviti dalam kelas dan semakan latihan di dalam buku latihan
mendapati murid tidak dapat menguasai kemahiran menyelesaikan persamaan linear dengan
satu pemboleh ubah walaupun latihan dan penerangan telah diberikan berulang kali
menggunakan pelbagai kaedah dan strategi pembelajaran, termasuklah kaedah cuba jaya,
pematahbalikan dan konsep kesamaan. Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran
murid menyelesaikan persamaan linear dengan satu pemboleh ubah di kalangan murid
tingkatan 1. Ujian Pra dan Pasca telah dilakukan terhadap 18 orang murid Tingkatan 1 di
sebuah sekolah menengah di Daerah Rembau dan seorang guru terlibat dalam inovasi ini.
Penggunaan CIP X ini, bukan sahaja dapat membantu murid-murid menyelesaikan persamaan
linear dengan satu pemboleh ubah tetapi juga memahami konsep persamaan linear itu sendiri,
ini terbukti dengan pencapaian ujian pasca yang menunjukkan peningkatan kesemua 18 orang
murid iaitu 100% berbanding ujian pra. Selain itu, pelaksanaan inovasi CIP X ini dapat
meningkatkan minat murid dengan subjek Matematik. Ini terbukti apabila murid berjaya
menyelesaikan kesemua latihan yang diberi dan murid secara sukarela menjawab soalan di
papan putih berbanding sebelumnya. Semoga pembelajaran Matematik menjadi lebih seronok
dengan inovasi CIP X dan dapat melahirkan lebih ramai pakar Matematik di masa akan datang.
Kata Kunci: CIP X, Persamaan Linear, Matematik, Maths
KONVENSYEN GURU CEMERLANG KEBANGSAAN 2020 KOLEKSI ABSTRAK
PENDEKATAN INQUIRY BASED SCIENCE EDUCATION (IBSE) DALAM
MENINGKATKAN PENCAPAIAN PELAJAR TINGKATAN 4
BAGI TAJUK FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA
Norhaslinda Abdul Samad
SMKA Sheikh Haji Mohd Said Seremban
[email protected]
Abstrak
Pengajaran dan pembelajaran (PdP) Sains Tulen terutamanya Kimia dilihat terlalu padat dan
hanya memberi penekanan terhadap pengumpulan maklumat dan pengetahuan. Inquiry Based
Science Education (IBSE) merupakan pendekatan yang membawa sains sebagai satu cara
berfikir dan seterusnya dapat menghasilkan pembelajaran bermakna. Tujuan kajian ini adalah
untuk mengenal pasti keberkesanan pendekatan IBSE yang menggunakan Model Konstruktivis
5E dalam meningkatkan pencapaian pelajar Tingkatan 4 dalam topik Formula dan Persamaan
Kimia. Seramai 26 orang responden yang terdiri daripada pelajar 4 Ikram SMKA Sheikh Haji
Mohd Said telah diberi intervensi pendekatan IBSE dalam memahami pembentukan formula
sebatian. Ujian pra telah diberikan sebelum intervensi dan ujian pos diberikan selepas 2 minggu
intervensi. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kuasi-eksperimen. Instrumen yang
digunakan terdiri daripada 87 item dan adalah setara bagi ujian pra dan pos. Hasil dapatan
kajian menunjukkan peningkatan yang signifikan berdasarkan min markah ujian pos iaitu 49
manakala bagi ujian pra, nilai min yang diperoleh adalah 6. Selain itu, bilangan pelajar yang
mendapat julat markah yang lebih tinggi dalam ujian pos juga meningkat. Kesimpulannya, IBSE
yang menggunakan Model Konstruktivis 5E meningkatkan pencapaian pelajar dalam topik
Formula dan Persamaan Kimia.
Kata Kunci: IBSE, Model Konstruktivis 5E, Formula dan Persamaan Kimia
KONVENSYEN GURU CEMERLANG KEBANGSAAN 2020 KOLEKSI ABSTRAK
KATA KUNCI UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BALAGHAH PADA BAHAGIAN ANWA’ TASHBIH
Rosyawati binti Ab. Rahim
SMK Seri Raub
[email protected]
Abstrak
Sikap dan tingkah laku 39 orang pelajar Tingkatan 4 dan 5KAA semasa pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Bahasa Arab dalam bahagian Balaghah menunjukkan mereka
tidak begitu berminat dengan mata pelajaran tersebut. Punca masalah yang utama ialah kerana
mereka mudah lupa jenis-jenis tashbih apabila dibuang salah satu rukun tashbih sama ada
apabila dibuang adat tashbih ataupun wajah syabah ataupun tidak dibuang adat dan wajah.
Inovasi ini bertujuan untuk menyelesaikan permasalahan pelajar berkenaan dengan tajuk Nau’
Tashbih (jenis-jenis tashbih) yang berada dalam bahagian balaghah. Tajuk ini termasuk dalam
sukatan Bahasa Arab. Inovasi ini adalah untuk memudahkan pelajar mengingat seterusnya
boleh menjawab soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Seramai 39 orang pelajar dari
SMK. Seri Raub, Raub telah terlibat dalam inovasi ini. Inovasi yang dihasilkan adalah dengan
membuat huruf singkatan dan daripada huruf singkatan tersebut dijadikan ayat yang menarik
yang dekat dengan pelajar supaya pelajar mudah mengingat dan tidak ‘stress’ dalam belajar.
Tinjauan awal menunjukkan ramai pelajar gagal dalam menjawab soalan-soalan yang
berkaitan dengan jenis-jenis tashbih. Melalui inovasi ini, pelajar bukan sekadar fun learning,
tetapi mampu mencapai aspirasi murid dalam kemahiran berfikir dan berpengetahuan. Inovasi
ini bertujuan menyelesaikan masalah berkaitan kekeliruan dalam mengenal pasti yang mana
satu jenis mursal mufassal, mursal mujmal dan muakkad mufassal. Pelaksanaan inovasi ini
dapat meningkatkan daya berfikir dan imaginasi pelajar-pelajar. Sebelum inovasi
diperkenalkan, bilangan pelajar yang selalu melakukan kesalahan di bahagian jenis tashbih ini
ramai, mempunyai tahap kemahiran berbeza dan ada ciri-ciri bermasalah pembelajaran. Hasil
dapatan pemerhatian guru pula menunjukkan pelajar Tingkatan 4 dan 5 SMK Seri Raub
menunjukkan minat terhadap pengajaran guru sekiranya guru menggunakan kaedah singkatan
huruf dan ayat menarik ini. Pelaksanaan inovasi telah memberi impak positif kepada
peningkatan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Bukti awal ialah, selepas digunakan
inovasi ini, pelajar telah berjaya menjawab soalan-soalan SPM yang berkaitan dengan jenis-
jenis tashbih. Impak positif hasil inovasi ini dijangka akan sangat membantu dan memberi
manfaat kepada pencipta inovasi, guru-guru Bahasa Arab, sekolah-sekolah dan kepada pihak
yang berkenaan termasuk PPD, JPN dan KPM. Melalui inovasi ini bukan sahaja dapat
mengatasi masalah pembelajaran para pelajar malah dapat menggilap kreativiti dan inovasi
guru.
Kata Kunci: Huruf Singkatan, Rukun Tashbih, Mursal Mufassal, Mursal Mujmal Dan Muakkad
Mufassal
KONVENSYEN GURU CEMERLANG KEBANGSAAN 2020 KOLEKSI ABSTRAK
PENGGUNAAN INOVASI DJ CARD DALAM MEMBANDING BEZA
HUKUM NUN SAKINAH ATAU TANWIN DAN HUKUM MIM SAKINAH
BAGI MURID TINGKATAN 2 IBNU KHALDUN
Mohd Shamsury bin Abdul Rahman
SMK Sultanah Hajjah Kalsom
[email protected]
Abstrak
Bidang tajwid merupakan salah satu bidang yang memerlukan ketekunan murid untuk
menghafal banyak hukum terutama hukum yang sering ditanya di dalam ujian. Menyedari akan
hakikat bahawa semua murid-murid menghadapi kesukaran untuk mengingat kesemua hukum
tajwid tersebut, maka pengkaji telah menjadikan inovasi DJ CARD sebagai satu intervensi
dalam kajian. Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk menentukan keberkesanan
penggunaan inovasi DJ CARD dalam memudahkan murid Tingkatan 2 Ibnu Khaldun mengingat
dengan mudah dan cepat serta dapat membanding beza hukum nun sakinah atau tanwin dan
hukum mim sakinah dan seterusnya dapat menjawab soalan ujian dengan baik. Seramai 23
orang murid Tingkatan 2 Ibnu Khaldun telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini.
Instrumen yang digunakan ialah set soalan ujian pra dan ujian pasca yang dilaksanakan setelah
pemerhatian dilakukan. Hasil analisis data menunjukkan bahawa penggunaan inovasi DJ CARD
berupaya meningkatkan keupayaan murid untuk mengingat hukum nun sakinah atau tanwin dan
hukum mim sakinah dengan mudah dan cepat serta dapat membanding beza hukum nun sakinah
atau tanwin dan hukum mim sakinah dan seterusnya dapat menjawab soalan ujian dengan baik.
Kata Kunci: Nun Mati, Mim Mati
KONVENSYEN GURU CEMERLANG KEBANGSAAN 2020 KOLEKSI ABSTRAK
PENGGUNAAN PERMAINAN SILANG KATA DALAM
MENINGKATKAN TAHAP INGATAN MURID
TINGKATAN SATU DALAM PEMBELAJARAN SIRAH
Mohd Zahid bin Zulkefly
Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah
[email protected]
Abstrak
Pembelajaran sirah merupakan salah satu bidang yang memerlukan ketekunan murid untuk
menghafal banyak fakta, nama-nama tokoh, nama tempat, istilah, dan sebagainya. Menyedari
akan hakikat bahawa murid-murid amat menggemari permainan, maka pengkaji telah
menjadikan permainan silang kata sebagai satu intervensi dalam kajian. Kajian tindakan ini
dijalankan bertujuan untuk menentukan keberkesanan penggunaan permainan silang kata dalam
meningkatkan tahap ingatan murid Tingkatan 1 Budi tentang isi pelajaran dalam bidang sirah
yang bertajuk Riwayat Hidup Saiyidina Abu Bakar RA. Seramai 15 orang murid Tingkatan 1
Budi di sebuah sekolah di daerah Pekan telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini.
Instrumen yang digunakan ialah set soalan ujian pra dan ujian pasca yang dilaksanakan setelah
pemerhatian dilakukan. Hasil analisis data menunjukkan bahawa penggunaan permainan silang
kata dalam PdPc Sirah berupaya meningkatkan minat murid untuk belajar dan dapat
mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Keputusan kajian ini membuktikan
bahawa penggunaan permainan silang kata berjaya membantu murid mengingat isi pelajaran di
bawah tajuk Riwayat Hidup Saiyidina Abu Bakar RA. Para murid juga menunjukkan perubahan
sikap berbanding sebelum intervensi ini dijalankan.
Kata Kunci: Permainan Silang Kata, Tahap Ingatan, Sirah, Riwayat Hidup Saiyidina Abu
Bakar RA
KONVENSYEN GURU CEMERLANG KEBANGSAAN 2020 KOLEKSI ABSTRAK
APLIKASI PETA PEMIKIRAN i-THINK
DALAM PENGAJARAN KOMSAS
Jalani bin Idris
SMK Kampung Pasir Puteh
[email protected]
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk membantu pelajar yang lemah dalam penguasaan aspek sastera
dalam Komponen Sastera (KOMSAS) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Sampel kajian
melibatkan sebanyak 41 orang pelajar di dalam dua buah kelas dan seorang guru bahasa
Melayu. Saya mendapati pelajar-pelajar yang lemah tidak dapat menjawab soalan novel
disebabkan kurang penguasaan aspek sastera. Oleh itu, saya memfokuskan kajian ini dengan
menerapkan nilai-nilai murni berdasarkan peristiwa yang terdapat dalam sebuah novel dengan
menggunakan peta pemikiran i-Think. Ujian pra yang dijalankan menunjukkan murid
lemah terhadap penguasaan aspek sastera dalam novel. Melalui tinjauan awal, pelajar
menghadapi masalah untuk menentukan nilai dalam sesuatu peristiwa. Oleh itu, pendekatan
berfokus dengan menggunakan peta pemikiran i-Think jenis carta alir telah diperkenalkan
kepada pelajar sebagai satu cara untuk mengatasi masalah pembelajaran dalam menentukan
nilai berdasarkan sesuatu peristiwa. Kajian ini juga telah melaksanakan pelan tindakan
berdasarkan pendekatan berfokus yang diperkenalkan dan mendapati penguasaan kemahiran
pelajar dalam menulis aspek sastera dengan menggunakan peta pemikiran i-Think semakin
memuaskan jika dibandingkan dengan sebelumnya. Ujian pasca yang dijalankan menunjukkan
pelajar-pelajar sudah mula menguasai aspek sastera melalui peningkatan pencapaian dan
seterusnya boleh menulis jawapan novel berdasarkan soalan SPM sebenar. Hasil kajian yang
diperoleh menunjukkan pelajar-pelajar bersikap proaktif dalam proses pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) selepas menguasai aspek sastera yang terdapat dalam novel Songket
Berbenang Emas setelah pengaplikasian peta pemikiran i-Think dan mempunyai keyakinan diri
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Kata Kunci: Aspek Sastera, Nilai-nilai Murni, Peta Pemikiran i-Think, Pendekatan Berfokus
KONVENSYEN GURU CEMERLANG KEBANGSAAN 2020 KOLEKSI ABSTRAK
KAEDAH AUDIVISI:
MENGINGATI DAN MEMAHAMI KONSEP SEJARAH SR
Nizam bin Baharuddin
SK Gopeng Taman Gopeng Baru
[email protected]
Abstrak
Subjek Sejarah SR yang diperkenalkan oleh KPM sejak 2014 adalah usaha yang bertepatan
dalam memupuk nilai patriotisme dan nasionalisme seawal usia muda murid-murid. Sebelum itu,
elemen Sejarah hanya diterapkan dalam subjek Kajian Tempatan. Dengan pelaksanaan subjek
Sejarah SR ini, PdP menjadi lebih berfokus kepada sumber dan penghayatan nilai sejarah itu
sendiri. Namun, permasalahan tetap dihadapi terutama dalam meningkatkan pengetahuan dan
pemahaman konsep Sejarah dalam kalangan murid-murid. Justeru, kajian tindakan ini
dijalankan bertujuan untuk menilai keberkesanan Kaedah AudiViSi (Audio Visual dan Simulasi)
dalam meningkatkan pengetahuan dan pemahaman konsep Sejarah murid-murid Tahap 2.
Kajian ini melibatkan 24 orang responden yang dipilih dalam kalangan murid-murid Tahun 4
Tulip di SK Gopeng Taman Gopeng Baru, Perak. Gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif
telah digunakan dalam kajian ini. Data kajian diperolehi melalui pemerhatian kelas, temubual,
data elektronik (rakaman video) serta ujian pra dan pos. Dapatan kajian menunjukkan tahap
pengetahuan dan pemahaman murid-murid bertambah baik khususnya berdasarkan ujian pra
dan pos. Kaedah AudiViSi yang digunakan mecetuskan impak yang berkesan untuk mereka
mengingati dan memahami konsep sejarah dengan lebih baik. Penerokaan ilmu yang lebih
menarik secara berkumpulan menjadikan mereka lebih positif dan aktif sewaktu PdP
dilaksanakan di dalam kelas. Hasil kajian ini menunjukkan penggunaan Kaedah AudiViSi dalam
subjek Sejarah berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang santai dan lebih
menyeronokkan. Kaedah AudiViSi ini diharapkan dapat mendorong murid-murid Tahap 2 agar
berupaya menghayati nilai patriotisme dan nasionalisme dan memiliki jati diri sebagai
warganegara Malaysia.
Kata Kunci: Konsep Sejarah, Kaedah Audio Visual, Simulasi, Penerokaan Ilmu, Pembelajaran
Santai
KONVENSYEN GURU CEMERLANG KEBANGSAAN 2020 KOLEKSI ABSTRAK
KIT PECAHAN TRIPLE M:
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID DALAM
PENAMBAHAN DAN PENOLAKAN PECAHAN
Noorrezan binti Othman
SK Alor Pongsu
[email protected]
Abstrak
Pecahan merupakan topik penting dalam DSKP sekolah rendah. Topik pecahan telah mula
diajar sejak dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Namun begitu masih terdapat murid Tahap 1 dan
Tahap 2 yang tidak memahami dan menguasai konsep dan operasi dalam pecahan. Kit Pecahan
Triple M ini dibuat untuk guru Matematik sekolah rendah bagi membantu murid menguasai
fakta dan konsep sekaligus memenuhi peringkat tertinggi dalam pembelajaran iaitu
penyelesaian masalah matematik dalam topik pecahan yang merupakan topik yang dianggap
sukar dan tidak digemari oleh murid. Fokus kajian adalah untuk meningkatkan kefahaman
murid dalam penambahan dan penolakan pecahan wajar sehingga penyebut 10 melalui tiga
langkah mudah iaitu Move, Match dan Mat. Seramai 10 orang murid Tahun 4 SK Alor Pongsu
telah terpilih menjadi sampel kajian yang telah dijalankan selama dua bulan. Dapatan awal
mendapati 38.5% murid belum mencapai tahap penguasaan minimum dalam ujian pra yang
dijalankan Metadologi yang digunakan ialah pemerhatian tingkah laku ketika PdPc dan
temubual selepas PdPc manakala ujian pra dan ujian pos dijalankan untuk menguji konsep dan
kefahaman murid dalam menambah dan menolak pecahan. Keputusan ujian pos menunjukkan
peningkatan ketara sebanyak 100% peningkatan dalam penguasaan konsep pecahan. Dari temu
bual yang dijalankan didapati murid amat berminat dan sangat faham bila menggunakan Kit
Pecahan Triple M ini di dalam PdPc. Diharapkan penggunaan Kit Triple M ini akan membantu
semua guru dan murid secara kritis dan kreatif. Rekabentuk kit ini yang ringan dan mudah
dibawa amat bersesuaian digunakan oleh pelbagai tahap murid termasuk dalam aktiviti
pengayaan dan pemulihan.
Kata Kunci: Matematik, Pecahan, Konsep, Kit Pecahan Triple M
KONVENSYEN GURU CEMERLANG KEBANGSAAN 2020 KOLEKSI ABSTRAK
EZY SKETCH: MENINGKATKAN KEMAHIRAN
MELAKAR LAKARAN 3D BAGI 9 ORANG MURID 2 SETIA
Hasliza binti Abdullah
SMK Putrajaya Presint 9 (2)
[email protected]
Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam aktiviti melakar lakaran 3D.
Kajian ini dilaksanakan adalah kerana kesedaran pada diri sendiri untuk keluar dari pemikiran
yang negatif dan berikhtiar mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi dalam
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi. Jika disebut lakaran
3D, ramai murid yang mengeluh. Bagi mereka untuk menghasilkan lakaran ini adalah sangat
sukar. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui semakan hasil kerja murid, soal selidik, temu
bual serta pemerhatian. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak mahir melakar lakaran 3D.
Kemahiran melakar adalah penting bagi setiap murid yang mengambil mata pelajaran Reka
Bentuk dan Teknologi. Untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid 2 Setia, saya
mengaplikasikan satu kaedah yang unik untuk menghasilkan lakaran 3D dengan lebih mudah.
Saya telah memperkenalkan EZY Sketch di mana murid menghasilkan lakaran 3D dengan
berbantukan bahan bantu mengajar yang disediakan. Seramai 9 orang murid dan seorang guru
terlibat di dalam kajian ini. Lapan sesi pembelajaran (30 minit bagi setiap sesi)telah dijalankan
untuk melaksanakan inovasi ini bagi meningkatkan kemahiran melakar lakaran 3D.
Berdasarkan hasil kerja murid sebelum dan selepas kajian dijalankan, didapati 100% murid
kelas 2 Setia dapat menghasilkan lakaran 3D dengan kaedah yang betul. Seterusnya mereka
dapat menghasilkan lakaran reka bentuk produk iaitu reka bentuk makanan menggunakan
konsep yang telah dipelajari. Hasil pemerhatian menunjukkan murid telah memahami proses
melakar 3D dengan menggunakan lakaran perspektif. EZY Sketch akan terus digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.
Kata Kunci: Lakaran 3D, lakaran perspektif, kemahiran melakar
KONVENSYEN GURU CEMERLANG KEBANGSAAN 2020 KOLEKSI ABSTRAK
MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID DALAM
KONSEP PERAKAUNAN DENGAN
MENGGUNAKAN “KONSEP BADLEH_TEKNIK FDI”
Rusilawati Binti Moin
Sekolah Sultan Alam Shah
[email protected]
Abstrak
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang
dihadapi oleh murid yang mengambil Prinsip Perakaunan SPM dalam pemahaman konsep
perakaunan. Konsep asas dalam perakaunan amat penting untuk difahami oleh semua murid
yang mempelajari mata pelajaran Prinsip Perakaunan. Seramai 10 orang murid Tingkatan 5
Usaha, Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya dan seorang guru terlibat dalam kajian ini.
Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian pertama, peperiksaan pertama dan ujian pra.
Hasil tinjauan menunjukkan murid masih lemah dalam menjawab ke semua soalan yang diberi
dalam masa yang panjang. Perancangan tindakan diteruskan dengan Teknik FDI iaitu satu
teknik pemahaman yang mudah diingati dan berkesan dengan menggunakan Konsep BADLEH.
Kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 7 minggu. Keputusan ujian pos telah menunjukkan
murid lebih mudah menjawab soalan yang diberi dan masa menjawab lebih singkat dengan
menggunakan Konsep BADLEH_Teknik FDI. Malah kajian ini mendapati murid lebih
memahami dan mengingati serta mudah menyelesaikan soalan-soalan yang berkaitan
terutamanya menyediakan Penyata Kewangan. Guru merasakan kaedah ini boleh diperluaskan
kepada semua tajuk-tajuk lain dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan.
Kata Kunci: Penyata Kewangan