SEKOLAH KEBANGSAAN JILID 1
BUKU AKTIVITI
PENULIS
Hasdi bin Daud
Mazura binti Sulaiman
Anisah Azian binti Mohamad Yusub
EDITOR
Zaidah binti Ahmad Rosly
Muhammad Hisyam bin Haliah
PEREKA BENTUK
Siti Norihan binti Noh
Norbaizura binti Mohd Hatta
Nurul Ain binti Ibrahim
ILUSTRATOR
Asparizal bin Mohamed Sudin
Nozaiman bin Noor Rosni
Nor Azlin bin Ngah
Ahmad Zabidi bin Othman
Dewan Bahasa dan Pustaka
Kuala Lumpur
2018
KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA
No. Siri Buku: 0003 PENGHARGAAN
KK 499-221-0302011-49-2028-20101
ISBN 978-983-49-2028-9 Penerbitan pakej buku teks ini melibatkan
kerjasama banyak pihak. Sekalung penghargaan
Cetakan Pertama 2018 dan terima kasih ditujukan kepada semua pihak
© Kementerian Pendidikan Malaysia 2018 yang terlibat:
Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan • Jawatankuasa Penambahbaikan
dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks,
semula, disimpan dalam cara yang boleh Kementerian Pendidikan Malaysia
dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan
dalam sebarang bentuk atau cara, baik • Jawatankuasa Penyemakan Pembetulan
dengan cara bahan elektronik, mekanik, Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks,
penggambaran semula mahupun dengan Kementerian Pendidikan Malaysia
cara perakaman tanpa kebenaran terlebih
dahulu daripada Ketua Pengarah Pelajaran • Jawatankuasa Penyemakan Naskhah
Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Sedia Kamera, Bahagian Buku Teks,
Perundingan tertakluk kepada perkiraan Kementerian Pendidikan Malaysia
royalti atau honorarium.
• Pegawai-pegawai Bahagian Buku Teks
Diterbitkan untuk dan Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia oleh: Kementerian Pendidikan Malaysia
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa, • Pakar Rujuk Bahasa,
50460 Kuala Lumpur. Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah
No. Telefon: 03-21479000 (8 talian) binti Abdul Karim
No. Faksimile: 03-21479643
Laman Web: http://www.dbp.gov.my • Jawatankuasa Peningkatan Mutu,
Dewan Bahasa dan Pustaka
Reka Letak dan Atur Huruf:
Penerbitan Sri Kenanga Sdn. Bhd., • Jabatan Kebudayaan dan Kesenian
19-1A, Jalan SBC 2, Taman Sri Batu Caves, Negara (JKKN)
68100 Batu Caves, Selangor.
• Tourism Malaysia, Kementerian Pelancongan
Muka Taip Teks: Azim dan Kebudayaan Malaysia
Saiz Muka Taip Teks: 16 poin
• Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan
Dicetak oleh: Pembersihan Awam (SWCorp)
Mashi Publication Sdn. Bhd.,
No. 68, Jalan Mas Jaya 1, • Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Kawasan Perindustrian Mas Jaya,
43200 Batu 9 Cheras, Selangor. • Kementerian Kesihatan Malaysia
• Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
• Suruhanjaya Tenaga Malaysia
• Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian
Malaysia (MARDI)
• M uzium Seni Asia, Universiti Malaya
• Syarikat Ipah Jaya Enterprise
• Pihak-pihak yang memberikan maklumat,
pendapat dan cadangan dalam usaha
untuk menerbitkan buku teks ini.
KANDUNGAN
TEMA 1 KEKELUARGAAN 1
Unit 1 Keluarga Cergas
Unit 2 Kejayaan Keluarga 7
Unit 3 Kenangan Manis 15
TEMA 2 KESIHATAN DAN KEBERSIHAN
Unit 4 Saya Sihat dan Bertenaga 23
Unit 5 Kebersihan Tanggungjawab Bersama 31
Unit 6 Minda Positif Badan Aktif 39
TEMA 3 KESELAMATAN 47
Unit 7 Keselamatan di Rumah
Unit 8 Rekreasi Selamat 53
Unit 9 Alatan Keselamatan 61
TEMA 4 PERPADUAN
Unit 1 0 Toleransi Kukuhkan Perpaduan
69
Unit 11 Hormat-menghormati Budaya Kita 77
Unit 1 2 Kerjasama Asas Kesejahteraan 85
iii
MAKLUMAT DIRI
Nama: ____________________________________
Umur: ____________________________________
Nama Sekolah: ____________________________________
Alamat Rumah: ____________________________________
____________________________________
____________________________________
Nombor Telefon: ____________________________________
Hobi: ____________________________________
E-mel: ____________________________________
iv
UNIT TEMA 1: KEKELUARGAAN
1
Keluarga Cergas
Aktiviti 1 3
Dengar, sebut dan susun ayat.
Keluarga Imran
12
4 5 6
INFO
Pengawalan badan dapat
dilakukan secara efektif dengan
lengan tangan.
Tegakkan badan dengan baik
sewaktu sedang meluncur. Jika
mahu berhenti, pegang lutut
anda dan tolak blade (kasut
roda) ke hadapan.
Pandangan anda perlu tajam
dan elakkan daripada
berlanggar kerana ia boleh
mengakibatkan kecederaan.
Jangan panik dan fobia apabila
anda terjatuh.
Untuk mahir meluncur ais,
tempoh tiga hingga enam bulan
diperlukan.
KAUNTER
PEMULANGAN
Imran pandai meluncur ais. Dia sangat seronok.
Encik Ismail, bapa Imran, membawa keluarganya meluncur
ais. Mereka sering meluncur ais pada hujung minggu.
Puan Sakina, ibu Imran, mengajar Irmi meluncur ais. Irmi
sangat teruja dapat belajar meluncur ais.
Encik Ismail membantu Irmi memakai kasut geluncur ais.
Beliau mengikat tali kasut Irmi dengan kemasnya.
Imran meluncur ais bersama-sama dengan bapanya. Mereka
mengelilingi gelanggang.
Setelah puas bermain, mereka memulangkan kasut geluncur
ais di kaunter pemulangan.
• Minta murid membaca ayat tunggal dengan sebutan yang betul dan susun teks BT1: 2 1
berdasarkan gambar. 1.1.1
Nota Guru (i)
Aktiviti 2
Baca teks. Kemudian, tulis ayat tunggal dan ayat majmuk.
Sarapan Berkhasiat
Bagi Puan Sakina, sarapan
yang berkhasiat sangat penting
untuk keluarganya. Beliau
membuat lempeng kelapa.
Puan Sakina menyediakan
sambal ikan bilis. Encik Ismail
suka makan lempeng kelapa dengan sambal ikan bilis.
Anak-anak mereka pula suka makan lempeng kelapa dengan
madu. Irmi dan Imran menolong Puan Sakina menghidangkan
makanan. Minuman mereka ialah jus oren.
Imran suka minum susu tetapi Irmi suka minum jus oren.
Mereka bersarapan bersama-sama.
Ayat Tunggal
1. ____________________________________________________
2. ____________________________________________________
3. ____________________________________________________
4. ____________________________________________________
Ayat Majmuk
1. ____________________________________________________
2. ____________________________________________________
3. ____________________________________________________
4. ____________________________________________________
2 • Minta murid membaca dan mengenal pasti ayat tunggal dan ayat majmuk dengan BT1: 3
sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai. 2.1.1
Nota Guru
(i)
Aktiviti 3 Lee Yin SaIksinmaail
Tulis huruf berangkai.
Tulisan Saya Cantik
Imran seorang murid yang cergas.
Dia suka membuat pelbagai aktiviti
bersama-sama dengan keluarganya. Imran cuba menulis
huruf-huruf yang ada pada nama anggota keluarganya dengan
tulisan berangkai.
Tulis nama seorang
anggota keluarga kamu.
Pilih lima huruf yang ada pada nama anggota keluarga kamu.
Kemudian, tulis huruf tersebut menggunakan tulisan berangkai.
1.
2.
3.
4.
5.
• Minta murid menulis huruf dalam bentuk tulisan berangkai. BT1: 4 3
3.1.1
Nota Guru
(i)
Aktiviti 4
Lengkapkan teks dengan simpulan bahasa yang betul.
Pemain Badminton yang Hebat
isi hati
cakap besar
ayam tambatan
ada hati
ambil berat
tanda mata
Irfan dan Imran amat menggemari sukan badminton. Irfan
_____________________ bagi sekolahnya dalam permainan
badminton. Pada setiap tahun, dia wakili sekolahnya ke
peringkat negeri.
Setiap kali bermain, Irfan bersungguh-sungguh. Irfan juga
tidak pernah _______________ walaupun sudah berjaya. Imran
mahu mencontohi sikap abangnya. Dia juga ________________
untuk menjadi pemain badminton seperti abangnya.
Encik Ismail dan Puan Sakina sentiasa ___________________
tentang minat anak-anak mereka. Mereka juga memahami
___________________ anak-anak mereka yang meminati
sukan badminton.
Jika ada masa, Encik Ismail akan membawa keluarganya
bermain badminton. Mereka akan bertanding sesama sendiri.
Encik Ismail dan Puan Sakina akan memberikan
____________________ kepada pemenang sebagai
kenang-kenangan.
4 • Minta murid melengkapkan ayat dengan simpulan bahasa yang betul. BT1: 5
• Minta murid bercerita berdasarkan bahan. 4.1.1
Nota Guru
(i)
Aktiviti 5
Kenal pasti kata nama am dalam gambar. Kemudian, bina ayat
menggunakan kata nama am tersebut.
Kebun Sayur Keluarga
1. ____________________________________________________
____________________________________________________
2. ____________________________________________________
____________________________________________________
3. ____________________________________________________
____________________________________________________
4. ____________________________________________________
____________________________________________________
5. ____________________________________________________
____________________________________________________
• Minta murid menyenaraikan kata nama am berdasarkan gambar. BT1: 6 5
5.1.1
Nota Guru
(i)
Aktiviti 6
Lengkapkan ayat dengan kata nama khas yang betul.
Bersiar-siar di Melaka
PPerordtoanna MMuezliaukma Aliya Si Tompok
Jalan Kota MSuenlagkaai
Bot Hang
Tuah
Encik Taufik membawa keluarganya bersiar-siar di bandar Melaka.
Mereka menaiki kereta _________________ . Aliya turut
membawa kucing kesayangannya, ___________ di dalam
sangkar. Destinasi pertama mereka ialah ____________ .
Encik Taufik melalui ________________ . Apabila tiba di
sana, Encik Taufik membeli tiket.
Pelbagai artifak sejarah dipamerkan. _____________
mencatat maklumat yang diperolehnya dalam buku nota.
Selepas itu, Encik Taufik membawa keluarganya menaiki
___________________________ . Mereka menikmati
pemandangan indah di sepanjang _________________ .
Azim mengambil gambar sebagai kenangan.
Sebelum pulang, Aliya sekeluarga singgah di Restoran Selera
untuk menikmati ais kacang.
6 • Minta murid melengkapkan ayat dengan kata nama khas yang betul berdasarkan BT1: 6
gambar. 5.1.1
Nota Guru (ii)
UNIT
2 Kejayaan Keluarga
Aktiviti 1
Dengar, sebut dan tulis ayat.
Tahniah, Abang Irfan
Imran bersorak untuk menaikkan Imran di sebelah ayahnya.
semangat pasukan abangnya.
Pasukan Irfan yang berjersi hitam putih Encik Ismail dan Imran menonton
sedang menguasai perlawanan. perlawanan kriket pasukan Irfan.
Sama ada pasukan Irfan atau Encik Ismail memegang
pasukan SK Seri Pengkalan dijangka air minuman.
ke perlawanan akhir.
2 SK SK SERI
PERDANA PENGKALAN
1
25 22
4
3
1. ____________________________________________________
____________________________________________________
2. ____________________________________________________
____________________________________________________
3. ____________________________________________________
____________________________________________________
4. ____________________________________________________
____________________________________________________
• Minta murid mendengar dan mengecam ayat majmuk yang disebut oleh guru. BT1: 7 7
• Minta murid menyebut dan menulis ayat majmuk. 1.1.1
Nota Guru (ii)
Aktiviti 2
Baca dan susun gambar berdasarkan perenggan.
Contohi Ayah
1 Encik Taufik seorang jurutera. Beliau menyambung
pelajarannya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Aliya sekeluarga sentiasa memberikan sokongan kepada
2 Encik Taufik untuk terus belajar. Kini, Encik Taufik telah berjaya
menamatkan pengajiannya pada peringkat sarjana.
3 Aliya bangga akan kejayaan ayahnya. Dia ingin berjaya
seperti ayahnya apabila dewasa nanti.
4 Aliya sekeluarga meraikan kejayaan bapanya. Mereka
mengadakan majlis kesyukuran. Majlis itu di rumah datuk
di kampung.
8 • Minta murid membaca perenggan dengan betulnya dan intonasi yang sesuai. BT1: 8
2.1.1
Nota Guru (ii)
Aktiviti 3
Bina dan tulis ayat berdasarkan gambar.
Sangkar Arnab Keluarga Aliya
Keluarga Aliya telah berjaya membina sangkar arnab. Aliya amat
gembira dan bangga. Aliya sekeluarga menjaga arnab peliharaan
mereka bersama-sama.
sangat besar
memacakkan
memberikan makanan
membelai arnab
menyapu daun kering
1. ____________________________________________________
2. ____________________________________________________
3. ____________________________________________________
4. ____________________________________________________
5. ____________________________________________________
• Minta murid membina ayat. BT1: 9 9
3.2.1
Nota Guru
(i)
Aktiviti 4
Bercerita dengan menggunakan simpulan bahasa.
Pesanan Ibu
Si Kuning - anak emas mengajar - mencari cacing -
pasang telinga - melihat dengan telitinya
terang hati - mudah memahami - berjaya mencari cacing -
mengikut nasihat ibu besar hati
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
10 • Minta murid bercerita dengan gaya bahasa yang indah. BT1: 10
• Minta murid menulis cerita. 4.1.1
Nota Guru
(i)
Aktiviti 5
(a) Lengkapkan petikan dengan kata ganti nama yang sesuai.
Datukku Berwawasan
kamu sana mereka saya
kami kita itu ini
Aliya dan Azim ke kolam ikan datuknya. ___________ kagum
akan kejayaan datuk.
“Wah, banyaknya ikan di dalam kolam_______!” kata Aliya.
“Ayah memberitahu __________, datuk akan membina empat
kolam lagi,” kata Azim.
“Betul kata ayah _________. Datuk hendak menambah kolam
ikan lagi kerana ikan-ikan yang ada tidak dapat menampung
permintaan yang tinggi,” terang datuk.
“Di manakah datuk akan membina kolam baharu?” tanya
Aliya pula.
“Datuk akan membina kolam baharu di __________, iaitu
bersebelahan dengan kolam ikan keli. Apakah pendapat kamu?”
tanya datuk sambil menunjuk ke arah tanah lapang.
“Bersebelahan dengan kolam ikan keli ada pokok buluh. Pada
pendapat _________, datuk mesti menebang pokok buluh
__________ kerana daun-daunnya akan gugur ke dalam kolam
yang datuk bina nanti,” jelas Azim.
“Betul kata kamu, Azim,” kata datuk.
“Bagus, idea abang itu. Walaupun kita tidak boleh
menyumbangkan tenaga tetapi ________ dapat memberikan
idea,” balas Aliya.
Datuk tersenyum melihat gelagat Azim dan Aliya.
• Minta murid melengkapkan ayat dengan kata ganti nama yang betul. BT1: 11 11
5.1.1
Nota Guru (iii)
Aktiviti 5
(b) Bina ayat menggunakan kata ganti nama.
Restoran Haji Abdul Latif
Tuan Haji Abdul Latif, datuk Aliya, sedang menghias restorannya.
Semua anggota keluarganya turut membantu beliau.
mereka 12 situ
itu kita
3 ini
saya
45
kamu sana kami sini
1. ____________________________________________________
2. ____________________________________________________
3. ____________________________________________________
4. ____________________________________________________
5. ____________________________________________________
12 • Minta murid membina ayat menggunakan kata ganti nama berdasarkan gambar. BT1: 11
5.1.1
Nota Guru (iii)
Aktiviti 6
(a) Senaraikan objek yang terdapat dalam gambar berdasarkan
penjodoh bilangan yang diberikan.
Hasil Kami
Aliya dan Azim bekerjasama untuk menyiapkan tugasan membina
model kapal.
Penjodoh Bilangan
biji gulung 1. ikat
1. 1. 2.
3. BT1: 12
2. 2. 5.1.1
(iv)
3. 3.
buah pasang
1. 1.
2. 2.
3. 3.
• Minta murid mengenal pasti penjodoh bilangan bagi objek-objek dalam gambar. 13
• Minta murid membina lima ayat menggunakan penjodoh bilangan.
Nota Guru
Aktiviti 6
(b) Bina ayat menggunakan penjodoh bilangan berdasarkan
situasi di bawah.
Tokoh Ibu Misali
Nenek Aliya telah terpilih sebagai penerima anugerah Tokoh Ibu Misali.
Aliya serta keluarga dikehendaki membuat persiapan bagi neneknya untuk
menghadiri majlis tersebut. 4
35
6
2
1
1. Aliya bercadang untuk membelikan nenek sejambak bunga.
2. ____________________________________________________
____________________________________________________
3. ____________________________________________________
____________________________________________________
4. ____________________________________________________
____________________________________________________
5. ____________________________________________________
____________________________________________________
6. ____________________________________________________
____________________________________________________
14 • Minta murid membina ayat menggunakan penjodoh bilangan berdasarkan situasi. BT1: 12
5.1.1
Nota Guru (iv)
UNIT
3 Kenangan Manis
Aktiviti 1
(a) Dengar, sebut dan tulis ayat.
Menganyam Tikar
Puan Anita, mak long Aliya, seorang Pengajar Kraf. Beliau bekerja
di Kompleks Kraf Johor. Puan Anita mengajarkan anyaman tikar
dan jahitan.
Aliya suka ke kampung kerana dapat belajar menganyam tikar.
Dia sangat seronok. Aliya tidak dapat melupakan pengalaman
pertamanya semasa belajar menganyam tikar. Walaupun dia
berasa agak susah, namun dia gigih mempelajarinya daripada
Puan Anita.
Akhirnya, Aliya berjaya. Aliya sangat bangga. Walaupun tidak
kemas tetapi hasilnya itu menjadi kenangan manis untuk dirinya.
Ayat Tunggal Ayat Majmuk
• Minta murid mengecam ayat majmuk dan ayat tunggal. BT1: 13 15
1.1.1
Nota Guru (i), (ii)
Aktiviti 1
(b) Dengar, sebut dan tulis ayat.
Bermain Sepak Takraw
1. Ayat tunggal: 1. Imran bermain sepak takraw.
2. Faiz bermain sepak takraw.
Ayat majmuk: Imran dan Faiz bermain sepak takraw.
2. Ayat tunggal: 1. Ibu ketawa.
2. Imran tidak dapat menangkap bola.
Ayat majmuk: _________________________________________
_________________________________________
3. Ayat tunggal: 1. _______________________________________
2. _______________________________________
Ayat majmuk: Imran atau Faiz yang membaling bola?
4. Ayat tunggal: 1. Nenek menjahit.
2. Nenek melihat keluarganya bermain sepak takraw.
Ayat majmuk: _________________________________________
_________________________________________
16 • Minta murid menulis ayat tunggal dan ayat majmuk yang disebut oleh rakan BT1: 13
berdasarkan gambar. 1.1.1
Nota Guru (i), (ii)
Aktiviti 2
Baca petikan.
Lawatan ke Muzium Samudera
Encik Ismail membawa keluarganya ke Muzium Samudera,
Melaka. Muzium Samudera ialah replika
sebuah kapal Portugis, Flor de La Mar.
Bahagian pertama di dalam Muzium
Samudera yang dilawati oleh Imran
ialah bilik kapten. Di bahagian atas
kapal terletaknya menara tinjau.
Selepas itu, Imran memasuki bilik
peta yang mengandungi pelbagai
peta yang digunakan pada zaman
dahulu. Kemudian, Imran ke bilik tahanan
yang terletak di bahagian bawah. Di bilik tahanan ini, terdapat
patung-patung lilin yang menggambarkan suasana di dalam
bilik tahanan.
Akhir sekali, Imran melalui ruang pameran pula. Di ruang ini,
pelbagai barang peninggalan semasa zaman Kesultanan Melayu
Melaka dipamerkan seperti mata wang dan pinggan mangkuk.
Sepanjang lawatan di Muzium Samudera, Imran mendapat
banyak maklumat. Dia dapat mengetahui sejarah perdagangan
pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Bil. Nama Bintang
1 Lemah 3 Baik 5 Cemerlang
• Minta murid membaca petikan secara berpasangan. BT1: 14 17
• Minta murid melukis bilangan bintang berdasarkan bacaan dan sebutan rakan. 2.1.1
Nota Guru (iii)
Aktiviti 3
Tulis cerita berdasarkan gambar dalam bentuk perenggan.
Kenangan di Dusun
- dusun buah-buahan
- ternampak burung
- tidak boleh bergerak
- kaki burung luka
- berasa kasihan
- membawa pulang
- merawat luka
- di dalam kotak
- telah sembuh
- melepaskan semula
- kenangan amat berharga
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
18 • Minta murid menulis perenggan berdasarkan bahan. BT1: 15
3.2.1
Nota Guru
(ii)
Aktiviti 4
(a) Bina ayat menggunakan kata kerja aktif transitif.
Pengalaman Memanggang Ikan
Semua keluarga dan saudara-mara Imran berkumpul di rumah datuk.
Imran membantu ibunya menyediakan ikan untuk dipanggang.
1. mengajar
_____________________________
_____________________________
2. menyepit
_____________________________
_____________________________
3.
_____________________________
_____________________________
4.
_____________________________
_____________________________
• Minta murid membina ayat menggunakan kata kerja aktif transitif berdasarkan gambar. BT1: 16 & 17 19
5.1.2
Nota Guru (i)
Aktiviti 4
(b) Lengkapkan karangan pendek menggunakan kata kerja aktif
tak transitif berdasarkan gambar.
Majlis Kesyukuran
duduk
berbual-bual makan
tersenyum
bersalaman
Pak long mengadakan majlis kesyukuran. Semua anggota
keluarga beliau berkumpul di rumah pak long. Pak long
menyambut kedatangan tetamu. _________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
_____________________________________________________
_____________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
20 • Minta murid membina ayat menggunakan kata kerja aktif tak transitif BT1: 16 & 17
berdasarkan gambar untuk melengkapkan cerita. 5.1.2
Nota Guru (i)
Aktiviti 5
(a) Bina ayat menggunakan kata kerja pasif.
Sayangi Mereka
ditemani dibawa
__________________________ __________________________
__________________________ __________________________
disikat disuap
__________________________ __________________________
__________________________ __________________________
disusun dihidangkan
__________________________ __________________________
__________________________ __________________________
• Minta murid membina ayat menggunakan kata kerja pasif berdasarkan gambar. BT1: 18 21
5.1.2
Nota Guru
(ii)
Aktiviti 5
(b) Bina ayat menggunakan kata kerja pasif.
Tanda Ingatan
Imran terpandang tabung pemberian Faiz, sepupunya. Dia
teringat akan kenangan bersama-sama dengan sepupunya.
dibawa dibaca
Ayat aktif: Imran membawa kotak Ayat aktif: Imran, Faiz dan Irmi
berisi buku cerita. membaca buku cerita.
Ayat pasif: Kotak berisi buku cerita Ayat pasif: ______________________
__________ oleh Imran. ______________________
diberikan dibuat
Ayat aktif: Imran memberikan Ayat aktif: Faiz membuat tabung.
buku cerita kepada Faiz. Ayat pasif: ____________________
Ayat pasif: Buku cerita __________ _____________________
____________________ ____________________
dihadiahkan
Ayat aktif: ____________________
____________________
Ayat pasif: ____________________
____________________
22 • Minta murid membina ayat dengan kata kerja pasif yang sesuai. BT1: 18
5.1.2
Nota Guru
(ii)
UNIT TEMA 2: KESIHATAN DAN KEBERSIHAN
4
Saya Sihat dan Bertenaga
Aktiviti 1
(a) Berikan respons terhadap ayat suruhan dan ayat permintaan.
Kemudian, simulasikan.
Jadilah seperti Saya
Bolehkah abang memberitahu ____________________________
saya cara abang sentiasa
sihat dan bertenaga? ___________________________________
Terima kasih, abang Irfan. Imran mesti mengamalkan
pemakanan seimbang. Imran
______________________ juga perlu makan mengikut masa.
______________________
______________________ Imran juga harus rajin
bersenam dan rajin bersukan.
Saya hendak mengikut abang
Irfan bersenam pada hujung _____________________
minggu ini. _____________________
_____________________
Terima kasih, abang Irfan.
Imran perlu memakai
____________________ pakaian yang sesuai
untuk bersenam.
_________________________
_________________________
• Minta murid memberikan respons terhadap ayat suruhan dan ayat permintaan. BT1: 22 23
1.1.2
Nota Guru (i)
Aktiviti 1
(b) Berikan respons terhadap ayat suruhan dan ayat permintaan
berdasarkan situasi yang diberikan.
Bermain Boling
Perancangan Hujung Minggu Imran
Jumaat: 3:00 - 5:00 petang • Perbincangan projek Sains di
perpustakaan sekolah
Sabtu: 5:00 - 7:00 petang • Latihan Kelab Boling
Ahad: 3:00 - 5:00 petang • Kelas tambahan Matematik
Ayah: Imran, pada hari Sabtu petang, marilah ikut ayah
bermain boling.
Imran: _______________________________________________
Ayah: Tidak mengapa, Imran. Berlatihlah dengan
bersungguh-sungguh.
Imran: _______________________________________________
Ayah: Ayah akan bermain boling lagi pada hari Ahad ini.
Imran boleh menyertainya nanti.
Imran: _______________________________________________
_______________________________________________
Ayah: Imran akan bermain untuk pasukan ayah.
Imran: _______________________________________________
_______________________________________________
Ayah: Kita akan ke pusat boling pada pukul 5:00 petang pada
hari Ahad ini.
Imran: _______________________________________________
Ayah: Baiklah, Imran.
24 • Minta murid memberikan respons terhadap ayat suruhan dan ayat permintaan. BT1: 22
1.1.2
Nota Guru (i)
Aktiviti 2
(a) Baca teks di bawah dengan sebutan
yang betul dan intonasi yang sesuai.
Kemudian, nyatakan jenis ayat.
Sedap tetapi Tidak Berkhasiat
Tahukah anda bahawa pengambilan makanan segera dalam
kuantiti yang banyak boleh menyebabkan masalah kesihatan?
Makanan segera tidak berkualiti. Kandungan zat makanan
segera tidak seimbang. Kolesterol dan kalori juga bertambah
secara mendadak di dalam badan. Setiap jenis makanan segera
mempunyai kandungan minyak, lemak dan karbohidrat yang
tinggi. Inilah punca utama peningkatan kolesterol dan kalori
di dalam badan.
Ketahanan badan juga menjadi lemah. Hal tersebut disebabkan
terdapat banyak bahan kimia, iaitu perisa tambahan. Selain
itu, pewarna tiruan juga memberikan kesan kepada ketahanan
badan manusia.
Salah satu penyebab penyakit kencing manis ialah pengambilan
makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Air
berkarbonat merupakan sumber utama kepada kencing manis
kerana kandungan gula yang tinggi.
Oleh itu, tepuk dada, tanya selera. Jika anda ingin sihat,
jangan makan makanan segera. Ambillah makanan seimbang
dan berkhasiat. Yakin boleh.
(Sumber: http://www.gayahidupsihat.com)
• Secara berpasangan, minta murid membaca teks dengan sebutan yang betul dan BT1: 23 25
intonasi yang sesuai. 2.1.2
Nota Guru
(i)
Aktiviti 2
(b) Baca teks. Senaraikan jenis ayat.
Khasiat Buah-buahan Tempatan
Pagi hari Ahad yang lalu, Aliya dan ibunya
ke pasar tani.
“Aliya, mari kita ke gerai buah-buahan,”
ajak ibu. Di gerai buah-buahan, ibunya
memilih buah jambu batu.
“Mengapakah ibu suka membeli buah jambu batu?” tanya Aliya.
“Bukankah pada minggu lepas, ibu sudah membelinya?”
soal Aliya lagi.
“Buah jambu batu ini dapat mengurangkan kolesterol dan
membantu pencernaan,” jelas ibunya.
Ibunya turut membeli dua biji buah betik.
“Wah, segarnya buah betik ini!” kata Aliya.
“Buah betik juga membantu pencernaan seperti buah jambu
batu,” jelas ibunya.
“Oh, barulah saya tahu akan sebab ibu suka membeli buah
jambu batu dan betik!” kata Aliya.
“Makanlah buah-buahan ini kerana banyak khasiatnya,”
jelas ibunya lagi.
Ayat penyata
______________________________________________
Ayat tanya
______________________________________________
Ayat seruan
______________________________________________
Ayat perintah
______________________________________________
26 • Minta murid menulis jenis-jenis ayat. BT1: 23
2.1.2
Nota Guru
(i)
Aktiviti 3
(a) Bina ayat.
Atlet Lari Pecut 100 meter
Imran akan menyertai acara lari pecut 100 meter untuk mewakili
rumah sukan Kenyalang. Imran perlu memastikan dia cukup
sihat dan bertenaga pada hari pertandingan tersebut. Sebagai
persediaan, Imran akan makan makanan yang berkhasiat.
Imran juga perlu ______________________ AMALAN
_____________________________________. PEMAKANAN
SEIMBANG
MINUM AIR SECUKUPNYA
2 GELAS AIR Setiap hari, Imran perlu minum ____________
SETELAH BANGUN TIDUR MEMBANTU _______________________________________.
MENGUATKAN ORGAN DALAMAN
1 GELAS AIR
30 MINIT SEBELUM MAKAN
MEMBANTU PENGHADAMAN
1 GELAS AIR
SEBELUM MANDI MEMBANTU
MENURUNKAN TEKANAN DARAH
1 GELAS AIR
SEBELUM TIDUR MENGELAKKAN
SERANGAN ANGIN AHMAR DAN (Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)
SERANGAN JANTUNG
Imran juga ___________________________
______________________________________.
Imran juga mesti mendapat rehat __________
_______________________________________.
Selain itu, Imran perlu __________________
_____________________________________.
• Minta murid menulis ayat berpandukan gambar. BT1: 24 27
3.2.1
Nota Guru
(i)
Aktiviti 3
(b) Lengkapkan ayat-ayat yang diberikan berpandukan gambar.
Telur Dadar Istimewa
Puan Zaleha perlu memastikan Imran cukup sihat dan bertenaga
untuk menyertai acara lari pecut 100 meter. Puan Zaleha telah
menyediakan telur dadar untuk Imran. Telur kaya dengan
pelbagai zat yang diperlukan oleh setiap individu.
Bahan-bahan untuk membuat telur dadar ialah dua biji telur,
_______________ , ___________________ dan
_______________ . Pecahkan dua biji _________ .
Masukkan __________________ yang telah dipotong
dan _______________ yang telah dihiris nipis. Kemudian,
tambahkan secubit garam dalam ramuan ini. Pukul bahan-bahan
tersebut. Panaskan _________________________ di dalam
____________ . Apabila minyak telah panas, masukkan
ramuan tadi. Kemudian, kecilkan api dan
tunggu sehingga masak.
28 • Minta murid menulis ayat mudah. BT1: 24
3.2.1
Nota Guru
(i)
Aktiviti 4
Isi tempat kosong dengan kata adjektif jarak yang betul.
Sepuluh Ribu Langkah
hampir jauh rapat dekat
SK Perdana telah mengadakan program Sepuluh Ribu Langkah
pada hari ini. Paparan menunjukkan kedudukan peserta tepat
pada pukul 8:30 pagi.
KIRAN
EPIS
ALIYA
Tempat
Pemeriksaan 1
IMRAN
Tepat pada pukul 8:30 pagi, Imran ialah peserta yang paling
____________ dengan tempat pemeriksaan satu. Aliya pula
peserta yang paling ____________ dengan Imran. Epis berlari
____________ dengan pokok. Kiran ialah peserta yang paling
____________ dari tempat pemeriksaan satu.
• Minta murid mengisi tempat kosong dengan kata adjektif yang betul. BT1: 25 29
5.1.3
Nota Guru
(i)
Aktiviti 5
Bina ayat berdasarkan gambar.
Apakah Perasaan Mereka?
Dahulu 1 2 3
Kini
45 6
1. _____________________________________________
2. _____________________________________________
3. _____________________________________________
4. _____________________________________________
5. _____________________________________________
6. _____________________________________________
30 • Minta murid membina ayat menggunakan kata adjektif perasaan yang betul. BT1: 26
5.1.3
Nota Guru
(ii)
UNIT
5 Kebersihan Tanggungjawab
Bersama Ceramah Kesihatan
Menjaga Kebersihan Kulit
Aktiviti 1
Isikan respons yang sesuai kepada ayat Tarikh: 1 Oktober 20
silaan dan ayat larangan di bawah. Tempat: Dewan Besar SK Perdana
Penceramah: Dr.Ihsan bin Kamil
Jaga Kebersihan
Selesai ceramah, Imran mengambil peluang bertanyakan
beberapa soalan kepada Dr. Ihsan.
Dr. Ihsan, bolehkah saya bertanya beberapa soalan?
Dr. Ihsan, bagaimanakah caranya Boleh, silakan.
untuk menjaga kebersihan kulit? Jangan berkongsi barangan
peribadi seperti tuala kerana
_________________________ boleh menyebabkan jangkitan
_________________________ kulit seperti kudis dan ketuat.
IM _________________________
Selain itu, janganlah pakai _________________________
pakaian yang lembap. Pastikan _________________________
pakaian betul-betul kering. _________________________
Usah risau. Jika kamu menjaga _________________________ IMRAN
kebersihan diri dan persekitaran, IMRAN
kulit kamu tidak akan _________________________
menghadapi masalah. IMRAN
_________________________
DR. IHSAN
Jika menghadapi sebarang _________________________
masalah kulit, silalah pergi ke klinik _________________________
kesihatan yang berdekatan. _________________________
• Minta murid mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap ayat silaan BT1: 27 31
dan ayat larangan. 1.1.2
Nota Guru • Minta murid untuk memberikan respons terhadap ayat silaan dan ayat larangan. (ii)
Aktiviti 2
Baca petikan rencana.
Peluh Berlebihan
Situasi berpeluh boleh memberikan
kesan kepada kebersihan diri. Peluh
berlebihan boleh menyebabkan badan
berbau dan penyakit kulit. Hal ini akan
menyebabkan seseorang itu berasa
malu dan hilang keyakinan diri. Biasanya,
kita akan berpeluh semasa hari panas
atau selepas melakukan aktiviti fizikal yang
aktif. Masalah berpeluh semakin buruk sekiranya seseorang itu
mempunyai berat badan yang berlebihan.
Masalah peluh ini boleh dikawal dengan amalan meminum
lebih banyak air. Amalan meminum lebih banyak air kosong dapat
merendahkan suhu badan dan mengurangkan peluh.
Kita digalakkan memakai pakaian longgar yang dibuat
daripada poliester dan bukan daripada kapas. Selain itu, pakaian
gelap kurang sesuai. Pakaian gelap banyak menyerap haba
berbanding dengan pakaian cerah.
(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada “Menangani peluh berlebihan”, www.utusan.com.my).
Apakah yang kamu lakukan untuk menjaga kebersihan diri akibat
peluh berlebihan?
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
32 • Minta murid membaca perenggan dengan sebutan yang betul dan intonasi yang BT1: 28
sesuai. 2.1.2
Nota Guru
(ii)
Aktiviti 3
(a) Bina perenggan berpandukan poster di bawah.
Pemilihan Berus Gigi
Bahagian berus gigi pemegang leher kepala
Kepala berus sesuai Bulu berus yang lembut
dengan saiz mulut
Bulu berus lembut atau
Kepala berus gigi kecil sederhana lembut lebih
atau tirus lebih mudah mudah membersihkan plak
memberus di seluruh mulut, dan sisa makanan.
terutamanya gigi belakang.
Bersihkan kotoran
Pemegang yang selesa pada bulu berus gigi
dengan melalukan air
Saiz pemegang perlu sesuai untuk pada bulu berus.
kanak-kanak, warga emas atau orang
kurang upaya. (Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia).
Pemegang yang sesuai
adalah untuk mengelak
daripada tergelincir
semasa memberus.
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
• Minta murid membina dan menulis perenggan berdasarkan poster. BT1: 29 33
3.2.1
Nota Guru
(ii)
Aktiviti 3
(b) Tulis perenggan berpandukan gambar aktiviti di bawah.
Aktiviti di Rumah
Saya selalu membantu ibu membersihkan kawasan rumah dan
halaman rumah. Menjaga kebersihan rumah penting supaya
kita dapat tinggal dengan selesanya. Saya akan membantu ibu
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
34 • Minta murid membina dan menulis perenggan berpandukan gambar yang diberikan. BT1:29
3.2.1
Nota Guru
(ii)
Aktiviti 4
Lengkapkan cerita di bawah dengan bandingan semacam
yang betul.
Nyamuk yang Malang
kilat putera madu bidadari hempedu kapas salji
Pada suatu petang, ibu nyamuk terbang menghampiri rumah
Imran. Ibu nyamuk cuba masuk ke rumah Imran menerusi tingkap.
Namun, ibu Ibu nyamuk
nyamuk melihat pintu rumah
terbuka, lalu ibu
terlanggar jaring nyamuk terbang
yang dipasang dengan pantas
pada tingkap. macam _________
ke dalam rumah.
Ibu nyamuk bertenggek Pada ketika itu, Imran dan Lina sedang
di atas kusyen menyiapkan kerja sekolah mereka. Ibu nyamuk
yang gebu seperti berfikir untuk memilih mangsanya, sama ada
__________ dan putih Imran yang segak bak __________ atau
umpama __________. Lina yang cantik laksana __________. Bagi
ibu nyamuk, yang penting dapat menghisap
mangsa yang mempunyai darah manis seperti
__________ bukannya pahit macam __________.
Ketika hendak menggigit, ibu nyamuk terhidu bau serai wangi. Ibu
nyamuk tidak tahan akan bau itu lalu terbang keluar dari rumah.
Lina dan Imran terselamat daripada menjadi mangsa ibu nyamuk
kerana langkah pencegahan yang dibuat oleh keluarga Imran.
• Minta murid melengkapkan bandingan semacam dalam petikan cerita. BT1: 30 35
• Murid bercerita menggunakan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai. 4.1.1
Nota Guru (ii)
Aktiviti 5
(a) Kenal pasti jenis-jenis kata adjektif pancaindera. Kemudian,
lengkapkan peta pokok.
licin hodoh serak lazat lawa
manis
halus keras lembut
bersih
comel tampan
nyaring
pahit hanyir harum tawar
nyaman tenteram tengik merdu
semerbak bising
selesa
Kata Adjektif Pancaindera
Deria Deria Deria Deria Deria Gabungan
sentuh bau dengar pandang rasa deria
36 • Minta murid memahami dan menggunakan kata adjektif pancaindera mengikut konteks. BT1: 31
5.1.3
Nota Guru (iii)
Aktiviti 5
(b) Nyatakan kata adjektif pancaindera yang betul.
Kemudian, bina ayat.
Kata adjektif: ______________________
__________________________________
__________________________________
Kata adjektif: ______________________
__________________________________
__________________________________
Kata adjektif: ______________________
__________________________________
__________________________________
Kata adjektif: ______________________
__________________________________
__________________________________
11 12 1
10 2
9
8 3
76 4
5
Kata adjektif: ______________________
__________________________________
__________________________________
• Minta murid memahami dan menggunakan kata adjektif pancaindera mengikut konteks. BT1: 31 37
5.1.3
Nota Guru (iii)
Aktiviti 6
Cari kata hubung dalam silang kata yang berikut. Kemudian,
lengkapkan petikan dengan kata hubung tersebut.
Murid yang Rajin
a hm j g f l n l o dmn Kata Hubung
h k p ums u p a y a nm 1. ________________
jg f l ne lml on l g 2. ________________
un t ak r zxun t uk 3. ________________
l t mg n t a a u n u n t 4. ________________
ke r anakekaaun 5. ________________
l t o r b t aaunun t 6. ________________
aaun t aaunaaun 7. ________________
g p b u l u n t a a u nm 8. ________________
z i v x y t mb g l o k l
Imran murid yang rajin. Imran rajin membantu ayah _________
ibunya di rumah. Imran sering membersihkan halaman
rumahnya ___________ tidak semak. Imran akan membuang
bekas-bekas yang dapat menakung air __________ mengelakkan
pembiakan nyamuk.
Seterusnya, dia akan menyapu daun-daun kering _________
memasukkannya ke dalam plastik hitam. Sampah sarap seperti
plastik, kertas dan botol __________ tin akan diasingkan ke
dalam plastik yang berbeza. Langkah ini penting _______
bahan-bahan ini boleh dikitar semula.
Kerja-kerja pengasingan itu agak rumit __________ Imran
suka melakukannya. Usaha seperti ini penting _________
sikap mengutamakan kebersihan bermula dari rumah.
38 • Minta murid memahami dan menggunakan kata hubung mengikut konteks. BT1: 32
5.1.4
Nota Guru
(i)
UNIT
6 Minda Positif Badan Aktif
Aktiviti 1
(a) Dengar dan berikan jawapan.
Sukan Menyihatkan Badan
Nota Kuiz
Faedah Aktiviti Bersukan
• Aktiviti bersukan menyihatkan badan. Semasa bersukan,
badan kita akan berpeluh. Toksin di dalam badan akan
disingkirkan melalui peluh.
• Aktiviti bersukan dapat mencerdaskan minda. Apabila bersukan,
peredaran darah di dalam tubuh akan lancar. Oksigen yang
cukup dapat dibekalkan kepada otak.
(Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)
Imran, apakah faedah Pertama, ___________________________
aktiviti bersukan? ___________________________________
Mengapa? ___________________________________
___________________________________
Mengapa? Kedua __________________________
________________________________
Mengapakah
aktiviti sukan ________________________________
penting dalam ________________________________
amalan gaya
hidup sihat? ________________________________
________________________________
ALIYA IMRAN
• Minta murid mendengar, mentafsir dan menjawab soalan. BT1: 33 39
1.1.3
Nota Guru (i)
Aktiviti 1
(b) Berikan respons. Kemudian, simulasikan.
Warna-warna Minda Positif
meningkatkan Hijau melambangkan
Jingga kegembiraan kemurnian dan
keharmonian
dan keceriaan
Biru menambahkan Ungu meningkatkan
ketenangan keyakinan diri
(Sumber: www.myhealth.gov.my)
Warna dapat mempengaruhi minda yang positif.
Apakah warna kegemaran Warna kegemaran saya
kamu, Imran? hijau dan ungu.
Apakah kesan warna hijau _______________________
dan ungu kepada minda? _______________________
ALIYA IMRAN
1. Apakah warna kegemaran kamu?
______________________________________________________
2. Bagaimanakah warna tersebut mempengaruhi minda kamu?
______________________________________________________
3. Mengapakah kita digalakkan menanam pokok-pokok hijau?
______________________________________________________
40 • Minta murid mendengar, mentafsir dan menjawab soalan. BT1: 33
1.1.3
Nota Guru (i)
Aktiviti 2
Baca petikan dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai.
Hargai Kesihatan
Iskandar telah menemu bual beberapa orang pengunjung Karnival
Badan Sihat tentang kepentingan penjagaan kesihatan.
“Kesihatan diri perlu dijaga supaya kita dapat hidup selesa dan ZAMRI
gembira. Oleh itu, setiap orang perlu memastikan penjagaan
kesihatan diamalkan dengan sebaik-baik mungkin.”
Zamri bin Ahmad
Tahun 3, SK Perdana
“Penjagaan kesihatan diri dapat meningkatkan motivasi
diri kita. Sebagai contoh, kita bermain bola sepak sebagai
sukan kegemaran. Kesannya, kita berasa lebih gembira
kerana dapat melakukan aktiviti yang kita gemari.”
Encik Latiff bin Razak
Guru Bahasa Melayu
“Kesihatan itu lebih bernilai daripada harta benda. Jika kita
mengalami masalah kesihatan, kita tidak dapat melakukan
aktiviti harian dengan selesanya. Jika kita sakit, tentunya
makanan yang sedap tidak dapat kita makan walaupun
kita mampu membelinya.” Encik Rama a/l Sivam
Mantan Guru Besar
Mengapakah kita perlu menjaga kesihatan?
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
• Minta murid membaca petikan pendapat pengunjung. BT1: 34 41
• Murid membuat rumusan. 2.1.2
Nota Guru (iii)
Aktiviti 3
(a) Jawab soalan-soalan pemahaman yang diberikan.
Rawatan untuk Diri Sendiri
Encik Ismail mengalami sakit kepala. Beliau terus ke pusat
rawatan urutan. Pengendali pusat ini Encik Azlan. Selepas
menjalani dua kali sesi rawatan, Encik Ismail tidak lagi
mengalami sakit kepala.
Urutan untuk mengurangkan
sakit kepala.
Tdeeknagnanbajahrai gteialunntjeunkgkairhi dkaenniknagnan.
Gosok perlahan-lahan sambil
mengurut bahagian tersebut. Ulangi
langkah ini sebanyak tujuh kali.
1. Siapakah Encik Azlan?
________________________________________________________
2. Mengapakah Encik Ismail mengunjungi pusat rawatan urutan milik
Encik Azlan?
________________________________________________________
________________________________________________________
3. Bagaimanakah rawatan untuk mengurangkan sakit kepala?
________________________________________________________
________________________________________________________
4. Berapa kalikah Encik Ismail menjalani sesi rawatan?
________________________________________________________
________________________________________________________
5. Adakah kamu akan menggunakan rawatan ini? Mengapa?
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
42 • Minta murid membaca dan menjawab soalan pemahaman. BT1: 35
3.2.2
Nota Guru
(i)
Aktiviti 3
(b) Baca petikan. Jawab soalan pemahaman.
Makan Mengikut Waktu
Dr. Ahmad bin Hassan telah menyampaikan ceramah tentang
makan mengikut waktu semasa perhimpunan mingguan. Imran
telah mencatat nota.
Kita perlu mematuhi Sarapan sepatutnya Makan tengah hari
waktu makan agar diambil dalam lingkungan boleh diambil tiga
makanan yang masa setengah jam atau hingga empat jam
diambil dapat dicerna sejam selepas bangun setelah bersarapan.
dengan baiknya. daripada tidur.
Minum petang tidak Makan malam boleh Makan malam perlu
sepatutnya daripada diambil dua hingga seimbang dari segi
makanan berat. tiga jam setelah protein, karbohidrat
minum petang. dan lemak yang baik.
(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/)
1. Siapakah yang menyampaikan ceramah tentang makan mengikut waktu?
________________________________________________________
________________________________________________________
2. Mengapakah kita perlu mematuhi waktu makan?
________________________________________________________
________________________________________________________
3. Bilakah sepatutnya kita bersarapan dan makan tengah hari?
________________________________________________________
________________________________________________________
4. Apakah hidangan yang sepatutnya semasa minum petang?
________________________________________________________
________________________________________________________
5. Berapakah jarak masa antara minum petang dengan makan malam?
________________________________________________________
________________________________________________________
6. Apakah jenis makanan yang sesuai untuk makan malam?
________________________________________________________
________________________________________________________
• Minta murid menulis jawapan berdasarkan soalan bertumpu. BT1: 35 43
3.2.2
Nota Guru
(i)
Aktiviti 4
(a) Bulatkan kata sendi nama yang betul.
Chinlone
Cikgu Hafizi: Malaysia mendapat pingat emas pertama di/pada
Sukan SEA 2017 yang lalu dari/daripada
acara chinlone.
Saiful: Bolehkah saya tahu tentang permainan itu, cikgu?
Cikgu Hafizi: Kiran, boleh kamu terangkan sukan chinlone
kepada/pada kawan-kawan.
Kiran: Chinlone ialah sukan yang berasal dari/daripada
Myanmar. Chinlone mula diperkenalkan
hingga/sejak Sukan SEA Myanmar di/pada
tahun 2013.
Cikgu Hafizi: Chinlone ialah gabungan sukan dan tarian. Chinlone
dimainkan seramai enam orang bagi satu pasukan
dari/dalam bulatan. Permainan ini menggunakan
bola rotan seperti/bagai bola takraw tetapi
mempunyai saiz yang lebih besar.
Imran: Seronoknya kalau saya dapat bermain chinlone!
Cikgu Hafizi: Boleh, Imran. Kamu perlu mahir dan tahu
tentang/terhadap cara dan disiplin menimang bola
chinlone ini.
Imran: Terima kasih, cikgu.
Cikgu Hafizi: Yang penting, pastikan tubuh kamu sihat. Kamu juga
perlu sentiasa makan makanan yang seimbang
serta berkhasiat.
Imran: Baiklah, cikgu.
Cikgu Hafizi: Jika sihat dan bertenaga, kamu dapat menjalani
latihan dengan penuh bersemangat.
44 • Minta murid memilih kata sendi nama yang betul. BT1: 36
5.1.4
Nota Guru
(ii)
Aktiviti 4
(b) Isi tempat kosong dengan kata sendi nama yang betul.
untuk di kepada dalam dengan
Pendapat Warga SK Perdana Sempena Minggu Kecergasan
Generasi muda haruslah melibatkan diri ____________ aktiviti fizikal.
Guru Besar SK Perdana
Kesihatan aset penting ____________ kehidupan.
Encik Zainal, Guru Pendidikan Jasmani
Libatkan diri dalam semua aktiviti kecergasan ___________ sekolah.
Puan Siti, Guru Bahasa Melayu
Kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat ____________ senaman
yang berterusan sebanyak tiga kali seminggu.
Puan Goh, Guru Sains
Luangkan masa ___________ aktiviti fizikal pada waktu lapang.
Cik Preeti, Guru Bahasa Inggeris
Tulis pendapat kamu pula dengan menggunakan kata sendi nama
yang betul.
_________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________
• Minta murid memilih kata sendi nama yang betul. BT1: 36 45
5.1.4
Nota Guru
(ii)
Aktiviti 5
Senaraikan barang kebersihan diri mengikut kedudukan arah.
Stesen Bahasa
1. Tulis objek di hadapan Aliya.
___________________________________________________
2. Apakah objek di belakang Aliya?
___________________________________________________
3. Senaraikan objek di kanan dan di kiri Aliya.
___________________________________________________
4. Di manakah Aliya berdiri?
___________________________________________________
5. Apakah objek di utara, di barat, di timur dan di selatan Aliya?
Utara: ____________________________________________
Barat: ____________________________________________
Timur: ____________________________________________
Selatan: ____________________________________________
46 • Minta murid mengenal pasti penggunaan kata arah. BT1: 37
5.1.4
Nota Guru (iii)