The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL-TATABAHASA-BM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kclow_apec, 2022-02-23 01:32:16

BM

MODUL-TATABAHASA-BM

 MODUL MULUS TATABAHASA 

Kata Kerja

Kata kerja yang membawa maksud potong

menoreh menghiris meraut
 gores kulit kayu  potongan tipis  melicinkan sesuatu
 belahan pada kulit  terasa luka atau sakit
 meretas supaya terbuka dengan pisau
hati  menyisik supaya licin
(toreh buah nangka)  meruncingkan

mencantas mencantas merepang
 memotong sesuatu • memotong sesuatu  memangkas supaya

menggunakan benda menggunakan benda rata; memepat supaya
tajam dengan sekali rata
ayun tajam dengan sekali

ayun

menebang mengecop membelah
 memotong supaya  mengupas kelapa  memotong menjadikan
 menggali tanah
tumbang dua
 merambah pokok-pokok  mengerat dan

kecil memecahkan kepada
beberapa bahagian

1

 MODUL MULUS TATABAHASA 

menebas memangkas menggergaji
 memotong atau  memotong hujung  memotong dengan

merambah pokok-pokok tumbuh-tumbuhan gergaji kepada beberapa
kecil supaya pendek bahagian
 memotong dengan
gunting

menetak mengupas mericih
 memotong atau me-  membuang atau  meracik, merincih
 memotong kecil
menggal sesuatu menanggalkan kulit
dengan benda tajam sesuatu
yang dipukulkan kuat-  membuang atau mengo-
kuat pak kulit (buah-buahan),
menguliti, mengopek

menyiang mengelar mengetam
 membersihkan ikan  menghiris tetapi tidak  melicinkan kayu dgn

(daging, sayur) dalam; menetak atau ketam
sebelum dimasak menakik tidak sampai  memotong padi dgn
putus
ketam; menuai

2

 MODUL MULUS TATABAHASA 

menyembelih melapah menarah
 memotong leher binatang  mengupas kulit dan  meratakan kayu dan

dengan benda tajam memotong-motong sebagainya dengan
sehingga putus merihnya binatang yg sudah kapak
disembelih

membedah menyelinap menyadap
 memotong atau  membersihkan ayam dll  mengeluarkan air drpd

menghiris bahagian yg sudah disembelih pokok dgn memotong
tubuh yg sakit (utk (dgn menyiat kulitnya); (menoreh) bahagian-
menyembuhkannya)  menanggalkan kulit dari bahagian yg tertentu
isi dengan cara menyiat.  mengambil / mengerat
menggunakan sadap

Latihan 1
Pilih jawapan yang paling sesuai.

1 Peniaga itu _____________ daging yang bergantung di gerainya.
A. melapah
B. menyiang
C. memotong
D. mencencang

2 Sarina membantu ibunya ___________ ranting pokok bunga di halaman rumah.
A. mencanting
B. mencantas
C. menetak
D. menebang

3 Ibu _______________ badan ikan bawal itu sebelum digoreng.
A. mengelar
B. menghiris
C. memotong
D. mengerat

3

 MODUL MULUS TATABAHASA 
4 Pak Zaidi ________ hujung batang kayu supaya tajam untuk dijadikan kayu pagar

kebunnya.
A. mengupas
B. mengikis
C. menarah
D. meraut

5 Lidia berasa gerun melihat harimau itu ________________ daging rusa dengan
taringnya yang tajam.
A. melulur
B. menyiat
C. melapah
D. mengunyah

6 Opah Midah _____________ pinang sebelum makan sirih.
A. menghiris
B. mencencang
C. meracik
D. mengikis

7 Penjaja itu ________________ timun dan bawang untuk ditaburkan ke atas laksa
sebelum dihulurkan kepada pelanggannya.
A. memotong
B. mengerat
C. menghiris
D. mengupas

Kata Kerja yang berkaitan dengan air.

siram – menyiram renjis - merenjis cedok – mencedok
 mencucurkan air  memercikkan air  mengambil sesuatu
 bersiram mandi
dengan gayung
(digunakan untuk raja- (senduk, timba dan
raja saja) sebagainya)

4

 MODUL MULUS TATABAHASA 

teguk – meneguk hirup – menghirup pancut – memancutkan
 minum atau menelan
 meneguk minuman yang  keluar dengan deras
sesuatu cecair
panas, minum sedikit-sedikit

curah – mencurah tuang – menuang bilas – membilas
 mengalir dengan  mengisi benda cair ke dalam  dibasuh bagi kali

banyaknya serta deras sesuatu bekas kedua atau
seterusnya, atau
dijirus dengan air
supaya bersih

jirus –menjirus langgah – melanggah rendam – merendam
 menyiram dengan air:  menggogok, minum banyak-  berada dalam air
 terbenam atau
mencucurkan air banyak
tenggelam dalam air

5

 MODUL MULUS TATABAHASA 
Latihan 2
Pilih jawapan yang paling sesuai.
1 Sambil duduk-duduk, dia ___________ air pada kain bajunya yang hendak

diseterika.
A. menjirus
B. mencurah
C. menyiram
D. merenjis

2 Dia ____________ baju-baju putih itu di dalam air sabun sebelum mencucinya.
A. merendam
B. membilas
C. menyiram
D. menuang

3 Pak Jali ____________ air di dalam perahunya yang bocor itu.
A. mengaut
B. menimba
C. menuang
D. menjirus

4 Ubat itu ____________ perlahan-lahan untuk melegakan batuk.
A. dilanggah
B. dihirup
C. dihisap
D. diteguk

5 Ahli-ahli bomba bertungkus-lumus ______________ air untuk memadamkan
kebakaran.
A. menuangkan
B. mencurahkan
C. memancutkan
D. memercikkan

6 Semasa proses membuat batik, lilin _______________ menggunakan canting.
A. dititikkan
B. diretaskan
C. dicelupkan
D. direndamkan

6

 MODUL MULUS TATABAHASA 
Kata kerja yang berkaitan memasak.

tumis - menumis jerang - menjerang celur - mencelur

kukus - mengukus tanak - menanak layur – melayur

rebus - merebus goreng - menggoreng bakar - membakar

panggang - memanggang salai - menyalai reneh - mereneh

Latihan 3
Pilih jawapan yang paling sesuai.

1 Penjual itu ___________ ayam yang telah disiat kulitnya supaya tidak dihurungi lalat.
A. melarik
B. melayang
C. melenggang
D. menyalai

2 Mak Leha _____________ daun pisang sebelum digunakan untuk membungkus
lepat pisang.
A. menyangai
B. membakar
C. memanggang
D. melayur

7

 MODUL MULUS TATABAHASA 
3 Kakak __________ tauge untuk dihidangkan bersama-sama kuetiau sup.

A. mendiang
B. mencelur
C. merebus
D. mengukus

4 Lisa menggunakan sudip untuk mengalihkan ikan yang ___________ di dalam kuali
supaya tidak hangus.
A. digoreng
B. direneh
C. disalai
D. ditumis

5 Emak _____________ bawang putih dan bawang besar untuk memasak sambal
tumis ikan bilis.
A. memanggang
B. menumis
C. merebus
D. membakar

6 Kuih pau ________________ oleh kakak untuk hidangan minum petang kami
sekeluarga.
A. dijerang
B. dikukus
C. direbus
D. dicelur

Kata kerja - proses sebelum memasak

uli - menguli canai - mencanai tebar - menebar

ayak - mengayak kukur - mengukur sagat - menyagat
8

 MODUL MULUS TATABAHASA 

gentel -menggentel tampi - menampi kisar - mengisar

kacau - mengacau gaul - menggaul perah - memerah

Latihan 4
Pilih jawapan yang paling sesuai.

1 Ibu menggunakan nyiru untuk ____________ mengasingkan kulit-kulit kacang
tanah yang telah digoreng.
A mengayak
B menampi
C mengadun
D mengisar

2 Kakak ________________ doh untuk memasak kuih buah melaka.
A menggentel
B menyagat
C mengukur
D mencanai

3 Beberapa biji limau yang telah dikupas oleh ibu, ___________ untuk dijadikan jus.
A dilenyek
B diputar
C diperah
D ditapis

4 Untuk membuat jemput-jemput pisang, pisang itu hendaklah _________ sebelum
digaulkan dengan tepung.
A diperap
B dilumur
C diuli
D dilenyek

5 Sotong-sotong itu ________________ dengan telur dan dilumurkan tepung.
A dicelup
B disapu
C diperam
D ditebar

9

 MODUL MULUS TATABAHASA 

6 Chef Salmi membimbing pelajar-pelajar kulinari semasa ______________ doh
yang dicanai.
A menerap
B menurap
C menyira
D mengetus

Kata kerja yang bermaksud membawa.

galas - menggalas bimbit - membimbit jinjit - menjinjit

junjung - menjunjung tuntun - menuntun usung - mengusung

tolak - menolak pikul - memikul papah - memapah

tatang - menatang kelek - mengelek kandar - mengandar

Latihan 5
Pilih jawapan yang paling sesuai.

1 Pak Ali terpaksa _________ basikalnya kerana kedua-dua tayar basikalnya pancit.
A. menolak
B. menunggang
C. menuntun
D. mengheret

10

 MODUL MULUS TATABAHASA 
2. Pak Kahar _____________ sebuah kotak yang besar untuk dipunggah ke atas

sebuah lori.
A. menggalas
B. menyandang
C. mengangkat
D. menjinjit

3. Puan Maziah ___________ beg tangannya sambil __________ tangan anak
lelakinya semasa melintas jalan.
A. mengusung … memegang
B. menggalas … memimpin
C. mengandar … menuntun
D. membimbit … menyeret

4. Mangsa-mangsa banjir terpaksa ____________ bungkusan makanan untuk
mengelakkan daripada _______________ air.
A. menjunjung … dihanyutkan
B. menatang … dipapah
C. mengheret … ditolak
D. menjinjing … dikendong

5. Petani itu _______________ seguni beras dan _______________ bekas minuman.
A. mengelek … menjinjit
B. mendukung … mengusung
C. menuntun … memimpin
D. memikul … menyandang

Latihan 6
Pilih jawapan yang paling sesuai.
1 Pemuda itu telah __________ pintu rumah tersebut ketika kebakaran berlaku demi

menyelamatkan seorang kanak-kanak.
A. menceroboh
B. meroboh
C. menerjah
D. menyepak

2 Dua orang ahli Persatuan Bulan Sabit Merah sedang __________ kaki Halim yang
mengalami kecederaan setelah berlari.
A. membungkus
B. membelek
C. memeriksa
D. merawat

11

 MODUL MULUS TATABAHASA 
3 Seorang pengakap ditugaskan menyalakan kayu api untuk _____________ air.

A. menanak
B. merebus
C. mengukus
D. menjerang

4 Hadiah yang lumayan merangsang orang ramai untuk menyertai pertandingan
_________ sotong anjuran Persatuan Kaki Pancing.
A. mencandat
B. menggagau
C. menyauk
D. menjala

5 Rotan yang sedang _____________ itu hendak dijadikan aksesori perabot meja sisi.
A. ditempa
B. dibakar
C. dilentur
D. dilayur

6 Para delegasi disarankan agar mengambil kesempatan ________ idea yang bernas
sepanjang persidangan itu.
A. menghasilkan
B. menerangkan
C. mengutarakan
D. mengarahkan

7 Perahu nelayan di tengah laut itu kelihatan kabur kerana _________ kabus tebal.
A. ditutupi
B. dipayungi
C. dilindungi
D. diselubungi

8 Pak Cik Khalid terpaksa ___________ racun serangga ke arah sarang kerengga itu
kerana tidak tahan digigit oleh kerengga-kerengga itu.
A. merenjis
B. menyiram
C. menyimbah
D. menyembur

9 Jasnita _________ sambil mencium tangan ibunya untuk mohon kemaafan.
A. menunduk
B. mendongak
C. menilik
D. memaling

12

 MODUL MULUS TATABAHASA 
10 Husaini ______________ basikalnya kerana rantai terputus.

A. memegang
B. mengangkat
C. menyentuh
D. menuntun

11 Ramesh mengambil cat yang telah dibancuhnya lalu _________ pada kertas lukisan.
A. dicalitkan
B. dilorekkan
C. dilakarkan
D. diturapkan

12 Amin ______________ motosikal bapanya semasa pergi ke sekolah.
A. mengayuh
B. menunggang
C. membonceng
D. memandu

13 Pak Cik Halim begitu tekun ___________ anak-anak padi di tapak semaian
bendangnya.
A. menuai
B. menampi
C. mencedung
D. menyemai

14 Mizal berjaya _______________ pemain pihak lawan untuk menjaringkan gol.
A. menguis
B. merembat
C. menampan
D. menggelecek

15 Zairi sedang _______________ bekas minuman yang dihulurkan oleh sahabatnya di
tepi jalan ketika perlumbaan basikal.
A. mengambil
B. mencapai
C. menerima
D. meminta

16 Seekor burung helang telah berjaya ____________ mangsa dengan kukunya yang
tajam.
A. mencengkam
B. memegang
C. mengambil
D. membawa

13

 MODUL MULUS TATABAHASA 

17 Sultan Muzaffar Syah telah ____________ meninggalkan istana dengan diiringi oleh
pengawal dengan iram-iram.
A. bertakhta
B. bersiram
C. berangkat
D. berdaulat

18 Lelaki itu sedang _____________ kelapa untuk dijual.
A. memulas
B. meramas
C. memarut
D. menekan

19 Peserta pertandingan kayak berusaha untuk ______________ kayaknya supaya
tidak terbalik ketika berada di sebatang sungai yang deras aliran airnya.
A. menggerakkan
B. mengimbangi
C. mengawasi
D. mengawali

20 Terumbu karang yang terdapat di Pulau Redang mampu ___________ pengunjung
bercuti di sana.
A. menggamit
B. memanggil
C. memerhati
D. mencuit

21 Rizal telah __________ hutang bapanya yang baru meninggal dunia.
A. menghentikan
B. menamatkan
C. melangsaikan
D. mengosongkan

22 Nenek __________ kapur pada daun sirih sebelum dikunyah.
A. mencolek
B. melumur
C. memalit
D. mencuit

23 Semua ahli Persatuan Matematik bersetuju dengan pendapat yang _________ oleh
Rasyid dalam mesyuarat.
A. disebutkan
B. dikemukakan
C. dipamerkan
D. dinyatakan

14

 MODUL MULUS TATABAHASA 

24 Projek ternakan udang galah ____________ secara usaha sama oleh penduduk
kampung.
A. dihasilkan
B. diuruskan
C. diusahakan
D. disiapkan

25 Syafinaz ___________ pasir untuk mencari cincinnya yang hilang.
A. mencucuk
B. menggali
C. menimbus
D. mengais

26 Gadis itu ____________ matanya ke arah kami apabila mendengar namanya
dipanggil untuk ditemu duga.
A. melirikkan
B. merenung
C. memandang
D. menatap

27 Harimau belang yang kelaparan itu ________________ mangsanya dari arah
belakang.
A. menangkap
B. menerjah
C. mencekik
D. menerkam

28 Oleh sebab kesempitan wang, Pak Leman terpaksa ___________ tanahnya.
A. menebus
B. menggadai
C. melelong
D. membangun

29 Peserta tae kwan do dapat _____________ tumbukan padu daripada pihak lawan
yang lebih berpengalaman daripadanya.
A. menolak
B. menyipi
C. menindas
D. menangkis

30 Walaupun puas dinasihati oleh rakan-rakan, tetapi Haris hanya ____________ bibir.
A. mengejek
B. mencebik
C. mengatup
D. mengetap

15

 MODUL MULUS TATABAHASA 

31 Beberapa orang anggota polis ____________ rumah itu untuk mencari senjata api
yang disembunyikan oleh penjenayah.
A. membongkar
B. menyusun
C. menghitung
D. menggeledah

32 Hazri ______________ kepala apabila mendengar namanya dipanggil oleh rakannya
dari tingkat dua.
A. mendongakkan
B. memalingkan
C. menolehkan
D. menganggukkan

33 Ibu ______________ baju yang baru dibasuh itu sebelum menyidai baju itu di
ampaian.
A. merendam
B. mengibas
C. memutar
D. memerah

34 Nenek _____________ beras untuk dimakan oleh anak-anak ayam peliharaannya.
A. menabur
B. menjemur
C. membuang
D. mengutip

35 Alice menggunakan kedua-dua tapak tangannya untuk __________ buah manggis
sebelum dimakan.
A. mengupas
B. mengopek
C. merekah
D. mencekah

36 Nasi yang telah masak ___________ oleh ibu sebelum menghidangkannya.
A. dikarih
B. dikirai
C. dikosek
D. dikacau

37 Tikus itu __________ kotak yang diletakkan di bawah tangga sehingga berlubang.
A. mengoyak
B. menggera
C. menguris
D. mengunggis

16

 MODUL MULUS TATABAHASA 

38 Pak Rudy termengah-mengah kerana ____________ dua buah baldi air untuk
menyiram sayur-sayuran di kebunnya.
A. mengangkat
B. mendukung
C. menjunjung
D. menggandar

39 Anak-anak kapal dagang diarahkan supaya ____________ sauh kerana akan
belayar ke destinasi seterusnya.
A. membongkarkan
B. menyangkut
C. menurunkan
D. melabuhkan

40 Puan Suzy ___________ beg plastik yang berisi buah delima yang dibelinya di pasar
malam.
A. mengendong
B. menjinjit
C. mengelek
D. memegang

41 Uzair leka melihat kain rentang yang digantung __________ apabila ditiup angin.
A. bergoyang
B. berkocak
C. bergegar
D. berbuai

42 Petinju negara berjaya __________ lawannya dalam perlawanan tinju peringkat
akhir.
A. menumpaskan
B. menamatkan
C. menumbangkan
D. menghentikan

43 Semua mangsa banjir itu sedang _________ bungkusan pakaian di atas kepala
menuju ke pusat pemindahan banjir.
A. menatang
B. menggalas
C. menjunjung
D. mengelek

44 Kamarul _________ air kopi itu sedikit-sedikit kerana rasanya agak pahit.
A. menelan
B. meneguk
C. menghirup
D. menghisap

17

 MODUL MULUS TATABAHASA 
45 Setelah selesai solat subuh, Maira ___________ tudung saji itu sebelum menjamah

hidangan yang disediakan oleh ibunya.
A. menyentap
B. menyengkang
C. menyingkap
D. menyendal

46 Safwan _______________ wayar yang telah digunakan untuk penyambungan
elektrik.
A. menggulung
B. menggelung
C. menggolong
D. melolong

47 Membaca buku dapat ___________ pengetahuan dan mematangkan fikiran
seseorang.
A. meluaskan
B. melebarkan
C. menajamkan
D. membesarkan

48 “Tolong _________ parang itu kepada pak cik,” kata Tok Aki kepada Johari.
A. berikan
B. hulurkan
C. hunuskan
D. sampaikan

49 Kecantikan wajah pengantin itu terserlah setelah ____________ oleh Mak Andam
Fuziah.
A. dihias
B. disolek
C. digubah
D. dikarang

50 Syimir segera _________________ buku teks untuk mencari halaman yang
dinyatakan oleh gurunya.
A. menatap
B. membelek
C. menyentuh
D. menilik

18

 MODUL MULUS TATABAHASA 

Kata Adjektif

 Kata Adjektif digunakan untuk menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama.

 Terdapat 9 jenis kata adjektif iaitu:
1. Kata Adjektif Sifatan/Keadaan
2. Kata Adjektif Warna
3. Kata Adjektif Ukuran
4. Kata Adjektif Bentuk
5. Kata Adjektif Jarak
6. Kata Adjektif Waktu
7. Kata Adjektif Perasaan
8. Kata Adjektif Cara
9. Kata Adjektif Pancaindera

Kata Adjektif Contoh
baik, gopoh, pandai, takut, sihat, lemah, kasar, jahat, garang, buas
Sifatan /
keadaan

Latihan 1
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Kain sutera Thai yang dibeli oleh ayah ___________ harganya.
A senang
B jimat
C mahal
D rendah

2 Rumah orang tua itu ________ kerana dipukul ribut.
A pecah
B patah
C roboh
D hancur

3 Pokok ketapang yang telah ________ batangnya itu perlu ditebang untuk
mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
A lembut
B muda
C elok
D reput

19

 MODUL MULUS TATABAHASA 
4 Bubur nasi yang dimasak oleh kakak pada pagi semalam tidak boleh dimakan

kerana sudah ________.
A basi
B busuk
C hapak
D tengik

5 Mak Cik Juriah yang sudah ________ itu kelihatan berjalan terbongkok-bongkok
sambil menjajakan kuih-muihnya.
A muda
B tua
C sihat
D lama

6 Sayur-sayuran di kebun Encik Lim sungguh ________ kerana mendapat siraman air
dan baja yang mencukupi.
A sihat
B subur
C rimbun
D ceria

7 Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memberi bantuan kewangan kepada golongan
________.
A miskin
B malas
C kaya
D rajin

8 Beberapa orang murid sedang berehat di bawah pepohon yang ________ itu.
A rendang
B becak
C samar
D gagah

9 Hang Tuah pahlawan Melayu yang ________ dan terkenal pada zaman Kesultanan
Melayu Melaka.
A cekap
B peramah
C kukuh
D gagah

20

 MODUL MULUS TATABAHASA 

10 Suasana di pesta itu bertambah ________ apabila pengunjung dihiburkan oleh artis
terkenal.
A meriah
B suka
C ramai
D besar

Kata Adjektif Contoh
Warna hitam, putih, biru, jingga, merah, ungu
Bentuk kemik, leper, bujur, buncit, lurus, bulat, lekuk, bengkok

Latihan 2
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Diana mengecat pagar rumahnya dengan warna ________.
A cerah
B biru
C lusuh
D kelam

2 Keberanian selalu digambarkan dengan warna ________.
A biru
B merah
C hijau
D hitam

3 Warna ________ pada Jalur Gemilang melambangkan kebesaran raja-raja Melayu.
A merah
B biru
C putih
D kuning

4 Padi itu ________. Sudah tiba masanya untuk dituai.
A menguning
B ranum
C menghijau
D masak

5 Puan Salmah membeli sebuah meja makan berbentuk ________.
A bonjol
B lurus
C bengkok
D bujur

21

 MODUL MULUS TATABAHASA 

6 Besi pembahagi jalan itu ________ setelah dilanggar sebuah lori membawa beras.
A bengkok
B bujur
C lonjong
D kempis

7 Matanya ________ kerana dia menangis seharian semalam.
A kembung
B bengkak
C bonjol
D kembang

8 Ibu sedang menyusun kuih ke dalam bekas berbentuk ________ itu.
A bundar
B empat segi
C tegak
D senget

9 Tiang lampu di tepi jalan itu ________ kerana dilanggar lori petang semalam.
A bengkok
B runcing
C lurus
D curam

10 Parang dan sabit itu sangat ________ sebab belum berasah.
A leper
B tajam
C tumpul
D kejur

Kata Adjektif Contoh
Ukuran nipis, besar, pendek, tinggi, rendah, kerdil, tebal, panjang, kecil
Jarak jauh, hampir, dekat, sebelah, rapat, nyaris, sipi, jarang

Latihan 3
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Puan Maimunah menumbuk bawang itu sehingga ________.
A lumat
B labuh
C halus
D lebar

22

 MODUL MULUS TATABAHASA 

2 Mira berasa tidak selesa tinggal dengan kawannya di bilik yang ________ itu.
A pendek
B sempit
C rendah
D dalam

3 Buku itu __________ tetapi mahal harganya.
A kurus
B kerdil
C tebal
D nipis

4 Pasukan pengakap itu terpaksa meredah hutan ________ untuk sampai ke tapak
perkhemahan.
A tebal
B lebar
C nipis
D dalam

5 Perkarangan istana lama itu masih dijaga rapi dan kelihatan cantik dengan tanaman
________ yang merimbun.
A kontot
B renek
C kerdil
D kecil

6 Semua seluarnya sudah menjadi ________ kerana badannya sudah berisi.
A ketat
B singkat
C besar
D longgar

7 Perjalanan ke tempat itu memakan masa tiga hari kerana jaraknya yang amat
________.
A nyaris
B dekat
C hampir
D jauh

8 Natasha kelihatan ________ sejak akhir-akhir ini akibat diserang demam panas dua
minggu yang lalu.
A kurus
B ketot
C gemuk
D besar

23

 MODUL MULUS TATABAHASA 

9 Kain yang dipakai oleh adik ________ hingga mencecah ke lantai.
A ketat
B labuh
C longgar
D panjang

10 Paras air di Sungai Kelantan mencatatkan bacaan yang ________ setelah hujan
turun tidak berhenti-henti.
A rendah
B kecil
C tinggi
D sedikit

Kata Adjektif Contoh
Waktu
cepat, lambat, silam, segera, baharu, awal, lama, lewat, baru
Cara
perlahan, segera, deras, laju, lincah, sering, cermat, pantas,
kencang, cekap, tangkas, hebat

Latihan 4
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Dengan menaiki komuter, perjalanan ke Seremban memakan masa yang ________
sahaja.
A ringkas
B singkat
C lewat
D suntuk

2 Pihak polis telah mengambil tindakan ________ untuk mengatasi masalah jenayah
yang semakin menjadi-jadi sekarang.
A lama
B segera
C lewat
D singkat

3 Zainal membeli sebuah motosikal ________ jenama Modenas.
A cepat
B baharu
C suntuk
D baru

24

 MODUL MULUS TATABAHASA 
4 Olahragawan itu pernah menjadi pelari yang ________ di Asia.

A terderas
B terlancar
C terlaju
D terpantas

5 Labu sayung yang dihasilkannya sangat cantik, kerana dia membuatnya dengan
________.
A tertib
B lemah
C sopan
D lembut

6 Peserta pertandingan bercerita itu ________ semasa menyampaikan cerita.
A ligat
B gelojoh
C ramah
D tenang

7 Arus air sungai itu menjadi ________ setelah hujan lebat.
A nyaman
B deras
C kencang
D cepat

8 Walaupun umur budak itu baru seusia jagung, tetapi dia ________ bercakap.
A pantas
B ligat
C petah
D ringkas

9 Pemandu kereta lumba itu ________ mengawal kenderaan walaupun memandu di
jalan yang licin.
A gopoh
B kuat
C cepat
D cekap

10 Pengemis itu makan nasi dengan ________ kerana terlalu lapar.
A pantas
B perlahan
C lembut
D gelojoh

25

Kata Adjektif  MODUL MULUS TATABAHASA 
Perasaan Contoh
sayang, ragu, kecewa, gembira, rindu, marah, sayu, sedih, pilu

Latihan 5
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Kedua-dua ibu bapa Mahani sangat ________ kerana anak mereka berjaya dengan
cemerlang dalam peperiksaan UPSR.
A gembira
B muram
C bimbang
D ceria

2 Jamal berasa ________ melihat perangai Eng Kai yang mengada-ada itu.
A gembira
B bosan
C sedih
D terharu

3 Siew Yim berasa sungguh ______ apabila memandang ke bawah dari puncak
Menara Kuala Lumpur.
A gerun
B gugup
C goyah
D gayat

4 Puan Geetha berasa ______ kerana anaknya masih belum pulang dari sekolah
walaupun hari sudah senja.
A curiga
B keliru
C bimbang
D waswas

5 Ayuni berasa sangat ______ kerana permohonannya ke universiti ditolak.
A bimbang
B kesal
C hampa
D musykil

6 Lili sangat ________ akan kucingnya.
A benci
B marah
C berahi
D sayang

26

 MODUL MULUS TATABAHASA 

7 Siew Lan dan Kim Seng melawat Aida yang terlantar di hospital. Aida berasa
sungguh ________ dengan kedatangan mereka.
A sedih
B terharu
C gembira
D riang

8 Micheal Lim mengalirkan air mata kerana terlalu ________ mendengar berita itu.
A sedih
B terkejut
C hairan
D gembira

9 Penghulu itu berasa sungguh _______ terhadap penduduk kampung kerana
anaknya terlibat dalam kegiatan jenayah.
A rindu
B sayang
C malu
D benci

10 Mak Cik Jarah berasa ________ setelah anak dan cucu-cucunya pulang ke kota.
A gayat
B sunyi
C hambar
D hampa

Kata Adjektif Mata Contoh
Pancaindera Hidung tampan, anggun, jelita, ayu, kacak, indah
Lidah busuk, tengik, hancing, hanyir, hapak, harum
Telinga pahit, manis, masam, payau, kelat, masin,
Tangan gemeresik, merdu, nyaring, bingit, lunak, bising
kesat, licin, lembut, panas, lembut, halus, empuk

Latihan 6
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Air kolam itu menjadi ________ apabila semua ikan di dalamnya mati.
A wangi
B tengik
C hancing
D busuk

27

 MODUL MULUS TATABAHASA 
2 Setelah penat bersorak, suara budak itu menjadi ________.

A nyaring
B garau
C serak
D merdu

3 Ubi kayu yang empuk itu ________ dimakan.
A enak
B payau
C tawar
D kelat

4 Air kopi itu terasa ________ kerana belum dibubuh gula.
A kelat
B manis
C pahit
D masin

5 Telefon bimbit itu berbunyi sungguh ________ sehingga mengganggu tumpuan
kami.
A gemeresik
B merdu
C garau
D nyaring

6 Buah salak yang belum benar-benar masak akan terasa ________ .
A tawar
B pedas
C manis
D kelat

7 Permaidani itu masih ________ walaupun telah dijemur selama beberapa hari.
A kering
B sejuk
C lembap
D dingin

8 Buah peria yang ditanam di kebun Pak Samad ________ sekali.
A masam
B masin
C kelat
D pahit

28

 MODUL MULUS TATABAHASA 

9 Minyak di dalam botol itu tidak boleh digunakan lagi kerana berbau ________ .
A hapak
B masam
C wangi
D tengik

10 Bunyi jeritan yang ________ dari rumah di tepi hutan itu sungguh menakutkan.
A merdu
B mersik
C nyaring
D garau

Kata Ganda

 Kata Ganda ialah perkataan yang terbentuk daripada proses pengulangan kata
dasar.

 Terdapat 4 jenis kata ganda iaitu:
i. Gandaan Seluruh @ Kata Ganda Penuh
ii. Gandaan Separa
iii. Gandaan Berima
iv. Gandaan Berimbuhan

Jenis Kata Kegunaan dan Contoh
Ganda

1. menunjukkan makna ‘banyak’.

Cth: murid-murid, dahan-dahan, kereta-kereta, lembu-lembu, rumah-

Seluruh / rumah......
Penuh 2. bermaksud ‘kata nama’ bagi binatang atau benda.

Cth: rama-rama, kunang-kunang, kuda-kuda, kanak-kanak......
3. menggambarkan ‘keadaan’ bagi objek yang banyak.

Cth: besar-besar, ramah-ramah, tinggi-tinggi....
4. bermaksud ‘keadaan’ atau ‘kata adjektif’ bagi sesuatu suasana.

Cth: nyaris-nyaris, hampir-hampir, dekat-dekat, marah-marah.....

Latihan 1

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 _____________ akan mengeluarkan cahaya pada waktu malam.
A. Tupai-tupai
B. Kelip-kelip
C. Jentik-jentik
D. Kisi-kisi

29

 MODUL MULUS TATABAHASA 
Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2 _______ sedap dimakan ketika masih panas.
A. Epok-epok
B. Gado-gado
C. Gula-gula
D. Agar-agar

3 Kakak membeli sepasang ___________ di kedai emas.
A. anting-anting
B. rantai-rantai
C. cincin-cincin
D. gelang-gelang

4 Murid-murid diajar mengira menggunakan _______.
A. gado-gado
B. epok-epok
C. bulat-bulat
D. dekak-dekak

5 Siti terlihat beberapa ekor _________ dengan jelas di padang itu pada waktu malam.
A. api-api
B. labi-labi
C. kupu-kupu
D. anai-anai

6 ________ itu dibuat daripada ikan dan dibalut dengan daun pisang.
A. Otak-otak
B. Epok-epok
C. Gula-gula
D. Gado-gado

7 Ada sebuah busut __________ di bawah pokok ketapang itu.
A. jentik-jentik
B. pijat-pijat
C. anai-anai
D. kura-kura

30

 MODUL MULUS TATABAHASA 
8 Banyak ___________ terdapat di taman bunga itu.

A. kupu-kupu
B. siku-siku
C. kura-kura
D. tupai-tupai

9 Encik Razak membawa __________ dari Surabaya untuk kami.
A. oleh-oleh
B. abuk-abuk
C. otak-otak
D. obor-obor

10 Beberapa ekor _________ yang berwarna-warni terbang di dalam rumah kami.
A. rama-rama
B. labah-labah
C. pijat-pijat
D. labi-labi

11 Mak cik menghidangkan ___________ sebagai pencuci mulut.
A. kisi-kisi
B. obor-obor
C. agar-agar
D. pari-pari

12 Pesawah membuat __________ daripada kain baju yang buruk-buruk dan
meletakkannya di tengah sawah untuk menghalau burung.
A. kisi-kisi
B. obor-obor
C. orang-orang
D. otak-otak

13 _____________ adik berlegar-legar di udara kerana angin bertiup kencang.
A. kanak-kanak
B. orang-orang
C. tupai-tupai
D. layang-layang

14 Badan adik gatal-gatal kerana terkena ________ ketika mandi-manda di laut.
A. obor-obor
B. orang-orang
C. tupai-tupai
D. layang-layang

31

 MODUL MULUS TATABAHASA 

15. Siva tergaru-garu kerana digigit ___________.
A. kupu-kupu
B. labah-labah
C. pijat-pijat
D. labi-labi

Jenis Kata Kegunaan dan Contoh
Ganda
singkatan daripada kata ganda seluruh yang bermaksud ‘kata nama’
Separa untuk binatang atau benda.
Cth: rerama, kekunang, bebiri, kekisi, sesiku, bebenang..........

Latihan 2
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Ayah sedang melayan ___________ yang datang ke rumah.
A. tetamu
B. kekuda
C. bebawang
D. kekabu

2 __________ yang menjual permaidani itu berasal dari Pakistan.
A. Kekuda
B. Sesungut
C. Tetupai
D. Lelaki

3 Johan tidak berselera makan kerana _______nya luka.
A. jejari
B. sesungut
C. sesiku
D. lelangit

4 Jason didenda oleh pihak berkuasa setelah mereka menemui ___________ di dalam
air kolam di rumahnya.
A. sesungut
B. cecair
C. rerambut
D. jejentik

5 Puan Kavita mengundang para ___________nya ke majlis perkahwinan anaknya.
A. bebudak
B. tetamu
C. tetangga
D. lelaki

32

 MODUL MULUS TATABAHASA 
6 Tukang rumah itu menggunakan __________ untuk mengukur sudut 90 darjah pada

tiang rumah itu.
A. sesiku
B. sesungut
C. bebola
D. rerambut

7 Kulit Siew Kim kemerah-merahan kerana digigit ___________.
A. jejentik
B. sesungut
C. tetupai
D. pepijat

8 Pokok ___________ itu tumbuh di atas dahan pokok rambutan.
A. dedalu
B. bebawang
C. kekabu
D. jejarum

9 Swee Ling mengelap ___________ tingkap rumahnya menggunakan kain yang
basah.
A. pepenjuru
B. lelangit
C. kekuda
D. kekisi

10 ___________ air yang dibelinya di gerai kraf tangan di Kuala Kangsar itu sangat
halus coraknya.
A. Lelabi
B. Tetupai
C. Lelabu
D. Bebuli

11 Lipas mempunyai sepasang ___________ yang panjang.
A. bebuli
B. lelangit
C. jejari
D. sesungut

12 Lantai ___________ ini diperbuat daripada buluh.
A. bebalai
B. tetupai
C. kekuda
D. kekisi

33

 MODUL MULUS TATABAHASA 

13 Adik Lai Peng ditahan di wad kerana menghidap penyakit ___________ berair.
A. bebola
B. peparu
C. pepundi
D. jejari

14 ________ basikal yang berkarat itu perlu diganti dengan yang baharu.
A. Jemari
B. Jentolak
C. Jejari
D. Jejaka

15 ___________ suka hidup di tempat-tempat yang gelap dan lembap.
A. Pepijat
B. Peparu
C. Pepatung
D. Pepuyu

Jenis Kata Kegunaan dan Contoh
Ganda
membawa maksud ‘banyak’.
Berima Cth: semak-samun, kucar-kacir, tunggang-langgang, gunung-ganang,

sayur-mayur.......

Latihan 3
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Pihak polis sedang memerhatikan __________ pemuda yang disyaki pengedar
dadah itu.
A. desas-desus
B. suku-sakat
C. gerak-geri
D. lalu-lalang

2 Nenek memberikan ___________ makanan semalam kepada itik-itik peliharaannya.
A. saki-baki
B. suku-sakat
C. serbah-serbih
D. lauk-pauk

3 Sayur-sayuran dan buah-buahan yang baru dipetik oleh petani itu _________.
A. comot-momot
B. kusut-masai
C. licin-licau
D. segar-bugar

34

 MODUL MULUS TATABAHASA 
4 Gua batu kapur itu ___________ dan dipenuhi dengan kelawar.

A. kelam-kabut
B. lintang-pukang
C. gelap-gelita
D. terang-benderang

5 Suasana yang sunyi pada malam itu bertukar menjadi ___________ apabila
kebakaran itu disedari oleh penduduk kampung.
A. kucar-kacir
B. riuh-rendah
C. kelam-kabut
D. sorak-sorai

6 Encik Raju dan keluarganya sering ber___________ dari satu tempat ke satu tempat
yang lain.
A. gerak-geri
B. mundar-mandir
C. lalu-lalang
D. pindah-randah

7 ___________ pemuda itu mencurigakan penduduk kampung.
A. Tindak-tanduk
B. Suku-sakat
C. Desas-desus
D. Ramah-tamah

8 Muka Linda ___________ menjadi merah kerana menahan malu.
A. tunggang-langgang
B. serta-merta
C. gopoh-gapah
D. lintang-pukang

9 Beberapa bandar di Filipina berada dalam keadaan ___________.
A. karut-marut
B. kusut-masai
C. hingar-bingar
D. kacau-bilau

10 Stadium hoki itu ________ disinari lampu yang dipasang.
A. riuh-rendah
B. segar-bugar
C. sorak-sorai
D. terang-benderang

35

 MODUL MULUS TATABAHASA 

11 Ada ___________ yang mengatakan bahawa Mei Chui akan meletakkan jawatan
pada hujung bulan ini.
A. ramah-tamah
B. desas-desus
C. bongkar-bangkir
D. kumat-kamit

12 Suasana di pasar malam itu ___________ dengan suara penjual dan pembeli.
A. sorak-sorai
B. lintang-pukang
C. hingar-bingar
D. haru-biru

13 Taman kediaman saya menjadi ___________ semalam kerana bekalan elektrik
terputus.
A. kelam-kabut
B. gelap-gelita
C. samar-samar
D. hitam-legam

14 Muka Kim Seng ________ apabila disergah oleh ayahnya.
A. calar-balar
B. pucat-lesi
C. hitam-legam
D. lekak-lekuk

15 Suasana di pasar itu ___________ dengan suara penjual dan pembeli.
A. lalu-lalang
B. huru-hara
C. kacau-bilau
D. riuh-rendah

Jenis Kata Kegunaan dan Contoh
Ganda
1. bermaksud ‘berulang-ulang’.
Berimbuhan Cth: berbual-bual, teresak-esak, membeli-belah, meliang-liuk,
terkumat-kamit, berjimat-cermat....

2. bermaksud ‘saling’.
Cth: bantu-membantu, kejar-mengejar, kunjung-mengunjung,
hormat-menghormati .........

3. bermaksud ‘seperti’.
Cth: kebiru-biruan, keanak-anakan, kemalu-maluan........

36

 MODUL MULUS TATABAHASA 
Latihan 4
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 ______________ alasan diberi oleh Pak Harun apabila diajak menyertai gotong-
royong itu.
A. Berbagai-bagai
B. Berbeza-beza
C. Berderet-deret
D. Bermati-matian

2 Rantai emas kakak diragut ketika dia _____________ di taman itu.
A. berkata-kata
B. bersiar-siar
C. berlari-lari
D. bersiul-siul

3 Kanak-kanak ketawa ______________ ketika melihat telatah pelawak-pelawak di
sarkas itu.
A. teresak-esak
B. berdekah-dekah
C. tercungap-cungap
D. terhincut-hincut

4 Azizah _________ mengajak kami ke rumahnya untuk melihat kerusi yang baru
dibelinya.
A. berjela-jela
B. berebut-rebut
C. berduyun-duyun
D. bersungguh-sungguh

5 Puan Mary dan suaminya sedang _________ di ruang tamu tentang anak-anak
mereka.
A. bersiar-siar
B. berbual-bual
C. berjalan-jalan
D. berehat-rehat

6 Matanya tidak _______ apabila melihat perempuan yang jelita itu melintas.
A. merayau-rayau
B. tersengih-sengih
C. berkelip-kelip
D. terpadam-padam

37

 MODUL MULUS TATABAHASA 
Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7 Gadis itu _________ apabila dipuji oleh abangya.
A. ternganga-nganga
B. teresak-esak
C. tersedu-sedu
D. tersipu-sipu

8 Sepanjang perjalanan pulang, ayah _______ juadah yang bakal dijamahnya
setibanya di rumah nanti.
A. teringat-ingat
B. terbawa-bawa
C. terbayang-bayang
D. teraba-raba

9 Mereka ke pantai Morib untuk __________.
A. berduka-duka
B. bersiar-siar
C. bercita-cita
D. bertalu-talu

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10 Para petani itu sedang _______ padi untuk memisahkan padi dengan batangnya.
A. menuai-nuai
B. menampi-nampi
C. membanting-banting
D. memotong-motong

11 Sampan itu hanyut __________.
A. terapung-apung
B. berbelit-belit
C. terhincut-hincut
D. terburu-buru

38

 MODUL MULUS TATABAHASA 
Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

12 Mei Lan dan Anita _______ ke arah Fatimah yang dalam kesakitan.
A. berlari-lari
B. berjalan-jalan
C. berlumba-lumba
D. kejar-mengejar

13 Pemuda itu sedang asyik __________ duitnya yang banyak itu.
A. membelah-belah
B. membilang-bilang
C. mengusap-usap
D. mengukur-ukur

14 Air mata Suraya ________ apabila mendengar berita tentang kematian neneknya.
A. memancut-mancut
B. mencurah-curah
C. menitis-nitis
D. membuak-buak

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.

15 Intan __________ apabila Kak Zura mengusiknya di hadapan para tetamu.
A. terkial-kial
B. termalu-malu
C. terketar-ketar
D. termanggu-manggu

39

 MODUL MULUS TATABAHASA 

Kata Majmuk

 Kata Majmuk ialah perkataan yang terbentuk daripada dua atau lebih perkataan yang
menghasilkan makna yang baharu.

 Terdapat 4 bentuk kata majmuk iaitu:

Rangkai Kata Kata Majmuk Kata Majmuk Kata Majmuk
Bebas Istilah Khusus Kiasan Mantap
alat tulis ada hati
akar tunjang antarabangsa
ambil alih alam haiwan alas cakap beritahu
balai bomba asid lemak berat mulut
buku latihan beri muka bumiputera
campur aduk bahan api cakap besar jawatankuasa
derma kilat baja kimia cari jalan
gambar rajah denyutan jantung darah daging kakitangan
guru besar deria bau durian runtuh kerjasama
fon telinga matahari
ibu bapa garam mineral gaji buta olahraga
ibu negara gerak balas geli hati pesuruhjaya
jam tangan harga mati setiausaha
segi empat isi padu makan suap sukarela
seni lukis mandi peluh suruhanjaya
siaran langsung penyapu baru tandatangan
tanggungjawab

A. Latihan Kata Majmuk Rangkai Kata Bebas

alat tulis arang batu ibu bapa ganti rugi
surat khabar tingkah laku tanah air gambar rajah
seni kata ambil alih bandar raya hari raya

1. Ayah membelek halaman utama ___________________ pada setiap pagi sebelum
bersarapan.

2. Kehadiran ___________________ dalam Majlis Bertemu Waris amat dihargai oleh
pihak sekolah dan murid-murid.

3. Anak-anak istimewa sering menunjukkan ___________________ yang berbeza
untuk menarik perhatian ibu bapa mereka.

4. Semangat cintakan ___________________ perlu dipupuk kepada semua
warganegara Malaysia.

5. Pihak hotel dikehendaki membayar ___________________ kepada pelanggan yang
terlibat dalam insiden kebakaran itu.

6. Penutupan kilang-kilang ___________________ di negara China telah
menyebabkan pengangguran dalam kalangan rakyatnya.

7. Murid-murid dikehendaki menghafal ___________________ lagu Bahasa Jiwa
Bangsa dengan lancar.
40

 MODUL MULUS TATABAHASA 

8. Ibu membeli keperluan persekolahan adik seperti ___________________, buku
nota, buku rujukan di kedai buku.

9. Rumah Terbuka sempena sambutan ___________________ Aidilfitri telah diadakan
di Georgetown, Pulau Pinang.

10. Pemandangan di ___________________ Kuala Lumpur pada waktu malam sangat
indah.

B. Latihan Kata Majmuk Istilah Khusus

akar tunjang latih tubi buku teks kejutan elektrik
kelapa sawit kanta lekap gerak balas bahan toksik
asid lemak bahan pengawet deria bau garam mineral
pusat graviti bahan pengawet baja organik gizi seimbang

1. Kakak menggunakan ___________________ berwarna biru untuk menambah
kecantikan matanya.

2. Setiap pagi, murid-murid Tahun 6 menjalani ___________________ untuk
menjawab soalan dengan tepat.

3. Cikgu Salmah mengingatkan murid-muridnya agar menjaga ___________________
dengan baik sepanjang persekolahan.

4. Pokok-pokok ___________________ yang ditanam di ladang seluas lima ekar itu
hidup subur.

5. Seorang wanita mangsa banjir meninggal akibat ___________________.

6. Cikgu Erni meminta murid memerhati ___________________ tumbuhan terhadap
cahaya matahari.

7. Ibu tidak membenarkan kami menjamah makanan ringan kerana terdapat
penggunaan ___________________.

8. Petani itu menggunakan najis haiwan sebagai ___________________ untuk
menyuburkan tanaman.

9. Setiap kanak-kanak perlu mengamalkan pemakanan ___________________ untuk
kekal sihat.

10. Harimau kumbang memiliki ___________________ yang kuat untuk mencari sumber
makanan.

41

 MODUL MULUS TATABAHASA 
C. Latihan Kata Majmuk Kiasan

lintah darat kaki bangku darah daging hidung belang

sagu hati cangkul angin cahaya mata telinga lintah

hati batu cari jalan lipas kudung gila harta

sampai hati durian runtuh manis muka hidung tinggi

naik angin durian runtuh lipas kudung jauh hati

jolok mata jual minyak beri muka

1. Perbuatannya yang tidak bermanfaat itu seolah-olah seperti ___________________
sahaja.

2. Suami isteri itu amat gembira kerana mendapat ___________________ kembar
perempuan.

3. Lelaki ___________________ itu telah memperdaya ramai gadis yang rupawan.

4. Amir hanya duduk di tepi padang sahaja dan tidak turut serta bermain bola sepak
kerana dia ___________________.

5. Amira berasa kecewa kerana hanya mendapat hadiah ___________________ dan
tidak berjaya mendapat tempat pertama.

6. Mak Timah dan Pak Abu tidak dapat menerima kehadiran anak istimewa itu
walaupun merupakan ___________________ mereka.

7. Para peneroka FELDA di seluruh negara berasa amat bertuah kerana memperoleh
___________________ yang diumumkan oleh Perdana Menteri.

8. Ibu berasa ___________________ apabila abang tidak menziarahinya semasa hari
raya yang lalu.

9. Pekerja di restoran makanan segera itu bekerja seperti ___________________
ketika restoran itu dipenuhi pelanggan.

10. Pak Ahmad ___________________ apabila anak lelakinya yang baru berusia lima
belas tahun pulang ke rumah lewat malam.

42

 MODUL MULUS TATABAHASA 
D. Latihan Kata Majmuk Yang Telah Mantap

tandatangan bumiputera jawatankuasa kakitangan

tanggungjawab olahraga warganegara pesuruhjaya

setiausaha matahari sukarela kerjasama

beritahu suruhanjaya antarabangsa barangkali

sukacita dukacita darihal

1. Petugas ___________________ itu mengagihkan makanan kepada mangsa-
mangsa banjir.

2. Setiap ___________________ Malaysia perlu patuh pada undang-undang demi
kemakmuran negara.

3. Sebagai anak yang ___________________, Badar tidak pernah melupakan jasa
kedua-dua ibu bapanya.

4. Amirul terpaksa meniru ___________________ bapanya di dalam buku pelaporan
kerana keputusan peperiksaannya yang tidak memuaskan.

5. Surat permohonan kebenaran untuk program lawatan itu telah disediakan oleh
___________________ Persatuan Bahasa Melayu.

6. Nenek berasa sungguh ___________________ kerana cucu kesayangannya masih
belum pulang lagi walaupun hari sudah lewat malam.

7. Sinaran ___________________ di bumi Kundasang menyegarkan pepohon di
sekitarnya.

8. Semasa kejadian banjir itu, ramai petugas ___________________ yang membantu
mangsa banjir.

9. Syarikat telekomunikasi ___________________ itu telah membuka cawangan di ibu
kota Kuala Lumpur.

10. ___________________ Hak Asasi Manusia yang ditubuhkan telah berperanan untuk
membantu rakyat di negara ini.

E. Latihan Kata Kerja Majmuk

campur aduk kenal pasti jalan kaki lumba lari
janji temu adu domba
ambil alih temu bual ubah suai suai padan
cari jalan angkat muka
ambil berat cari gali
43
tambah baik suai kenal

 MODUL MULUS TATABAHASA 
1. Program ___________________ bersama primadona itu mendapat liputan yang

meluas.

2. Pengemis itu ber___________________ sepanjang hari untuk mencari sesuap nasi.

3. Sila ___________________ masalah anda sebelum kita mengadakan sesi
perbincangan, kata kaunselor kepada pelajar bermasalah itu.

4. Kanak-kanak itu bermain ___________________ di kawasan padang dengan
riangnya.

5. Tan Sri Ahmad terpaksa meng___________________ semula syarikatnya setelah
mengalami kerugian.

6. Program ___________________ itu dijalankan oleh pihak sekolah kepada para
pelajar baharu.

7. Kerja-kerja men___________________ rumah itu dijalankan oleh pihak kontraktor
dengan segera.

8. Shariff tidak berani ___________________ apabila bercakap dengan guru disiplin
sekolahnya.

9. Syarikat ___________________ minyak di Brunei itu telah memulakan operasinya
sejak 50 tahun yang lalu.

10. Gadis remaja itu telah mengadakan ___________________ dengan pasangannnya
di pusat beli-belah.

F. Latihan Kata Adjektif Majmuk

kuning langsat bujur sirih pucat lesi kurus kering
papa kedana ringan tulang berat mulut rambang mata
keras hati besar kepala cepat tangan putih mata
buruk siku merah darah biru laut besar hati

1. Murid yang pendiam itu ___________________ dan hanya membisu apabila disoal
oleh guru.

2. Wajah kanak-kanak itu ___________________ setelah dua malam tersesat di hutan
dan kelaparan.

3. Kakak ___________________ melihat pelbagai jenis tudung yang dijual di kedai itu.

4. Penagih dadah yang bertubuh ___________________ berjalan terhoyong-hayang di
kaki lima.

5. Gadis yang berwajah ___________________ dan berbaju ___________________
itu sangat ayu.

44

 MODUL MULUS TATABAHASA 
6. Anak-anak yang terlalu dimanjakan dikhuatiri akan ___________________ apabila

dewasa nanti.
7. Guru Besar begitu ber___________________ apabila perasmi yang dijemput dapat

menghadirkan diri.
8. Pasukan tentera negara sanggup berkorban nyawa daripada

ber___________________.
9. Anak muda yang ___________________ itu tidak langsung mahu mendengar

nasihat ibu dan ayahnya.
10. Murid yang pemalu itu ___________________ untuk berbual-bual dengan gurunya.

G. LATIHAN LANJUTAN

1. Hakim itu menggunakan ________________nya semasa menjatuhkan hukuman
kepada pesalah itu.
A. budi bahasa
B. budi pekerti
C. budi bicara
D. balas budi

2. Jejaka itu ternanti-nantikan __________________ dengan gadis idamannya pada
minggu depan.
A. temu janji
B. temu bual
C. temu duga
D. temu ramah

3. Andrian sedang _____________________ maklumat dari internet untuk menyiapkan
tugasan yang diberi oleh gurunya.
A. mereka cipta
B. memuat turun
C. mengemas kini
D. mengatur cara

4. Pengguna kenderaan yang tidak membaharui _____________________ telah
ditahan oleh pihak polis dalam operasi itu.
A. cukai pintu
B. cukai tanah
C. cukai jalan
D. cukai pendapatan

45

 MODUL MULUS TATABAHASA 

5. ___________________ kereta nasional Iriz menepati cita rasa pengguna di
Malaysia.
A. Reka cipta
B. Reka bentuk
C. Reka letak
D. Reka corak

6. Peserta Program Khidmat Negara mengadakan sesi _________________ sebelum
memulakan latihan.
A. tegur sapa
B. ramah mesra
C. soal jawab
D. temu bual

7. Mereka sedang membaca perkara-perkara penting yang tercatat di dalam
__________________.
A. nota mesyuarat
B. notis mesyuarat
C. minit mesyuarat
D. penyata mesyuarat

8. Sebuah helikopter Nuri telah terhempas di kawasan __________________ yang
sangat tebal.
A. hutan belantara
B. tanah tinggi
C. taman rimba
D. taman rekreasi

9. Muka Ali __________________ apabila dimarahi oleh gurunya.
A. biru muda
B. hitam manis
C. kuning langsat
D. merah padam

10. Kerani sekolah itu menerima _________________ ke majlis sambutan Hari Guru.
A. surat akuan
B. surat kiriman
C. surat tawaran
D. surat jemputan

11. Nasri akan menghadiri __________________ bagi jawatan kerani esok.
A. temu ramah
B. temu janji
C. temu duga
D. temu bual

46

 MODUL MULUS TATABAHASA 

12. Pei Chen tidak ___________________ walaupun kalah dalam pertandingan
badminton yang disertainya.
A. berputus asa
B. bekerjasama
C. berbelah bagi
D. berjimat cermat

13. _______________ telah melanda kampung nelayan di Mersing menyebabkan
banyak rumah yang roboh.
A. tanah runtuh
B. ribut taufan
C. gempa bumi
D. tanah pamah

14. Sebagai ___________________ Persatuan Bahasa Melayu di sekolahnya, Aisyah
perlu menyiapkan laporan yang diminta oleh Cikgu Lily.
A. urus setia
B. setiausaha
C. kakitangan
D. ketua kerani

15. Fariza sedang meneliti _________________ rancangan televisyen yang disiarkan
dalam surat khabar.
A. inti sari
B. sari kata
C. atur cara
D. atur masa

16. Murid-murid dikehendaki memakai ________________ketika bersenam di padang.
A. pakaian beragam
B. pakaian sukan
C. pakaian seragam
D. pakaian adat

17. Perarakan Hari Kemerdekaan akan disiarkan secara __________________ dari
Dataran Merdeka.
A. lalu lintas
B. lintas akal
C. litar pintas
D. lintas langsung

47

 MODUL MULUS TATABAHASA 
18. Telefon bimbit yang lama itu sudah tidak di ________________ lagi.

A. guna pakai
B. temu bual
C. kemas kini
D. ambil alih

19. Pihak sekolah mengadakan minggu ___________________ untuk mengenali murid-
murid baharu dengan lebih dekat lagi.
A. suai kenal
B. soal jawab
C. temu duga
D. temu bual

20. Budak-budak itu ___________________ mendengar cerita Tuk Aki yang lucu itu.
A. geli hati
B. sakit hati
C. jauh hati
D. besar hati

Kata Berimbuhan

Pintar berbahasa – membetulkan yang biasa, membiasakan yang betul.
Sisipkan imbuhan “memper-” atau “memper ...kan” pada kata akar yang disediakan .

 Datin Suraya memperluaskan perniagaan fabrik batiknya ke Sabah dan ke
Sarawak.
(salah)

 Datin Suraya memperluas perniagaan fabrik batiknya ke Sabah dan ke Sarawak.
(betul)
{Apitan “memper ... kan” menerima kata nama dan kata kerja, awalan “memper-“
menerima kata adjektif}

 Para pekerja Jabatan Kerja Raya sedang memperlebarkan jalan utama di pekan
Bidor.
(salah)

 Para pekerja Jabatan Kerja Raya sedang memperlebar jalan utama di pekan
Bidor.
(betul)
{Apitan “memper ... kan” menerima kata nama dan kata kerja, awalan “memper-“
menerima kata adjektif}

48

 MODUL MULUS TATABAHASA 

Latihan

1. Model itu sedang ...... pakaian yang berasaskan fabrik batik asli tenun Terengganu.
 Jawapannya (raga) : ________________________

2. Cikgu Azizan ...... tayangan Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu kepada murid-
muridnya.

 Jawapannya (lihat) : ________________________

3. Pihak kerajaan negeri sedang ...... jalan utama menuju ke pekan Ajil, Hulu
Terengganu.

 Jawapannya (lebar) : ________________________

4. Pemaju perumahan sedang ...... longkang di kawasan itu bagi mengelak banjir kilat
berlaku.

 Jawapannya (dalam) : _______________________

5. Kita perlu ...... usaha yang berterusan untuk memperoleh pencapaian akademik
gemilang.

 Jawapannya (tingkat) : _______________________

6. Perajurit kita sanggup berkorban nyawa demi ...... negara tercinta daripada ancaman
musuh.

 Jawapannya (tahan) : _______________________

7. Murid-murid yang menyertai lawatan sambil belajar dapat ...... pengetahuan masing-
masing.

 Jawapannya (luas) : _______________________

8. Syarikat hartanah itu terpaksa ...... kakitangannya bagi mengurangkan kos belanja
mengurus.

 Jawapannya (kecil) : _______________________

9. Cikgu Abdul Hadi ...... teknik mengarang menggunakan peta minda berpandukan
komputer.
 Jawapannya (tonton) : _______________________

10. Kami berusaha untuk ...... Modul “Mudah Lulus” bagi keguaan guru-guru dan murid-
murid.
 Jawapannya (kemas) : _______________________

49

 MODUL MULUS TATABAHASA 
Latihan
Salin ayat di bawah ini semula menggunakan imbuhan yang betul bagi kata bergaris.
1 Zainal julur separuh daripada kedua-dua belah kakinya ke dalam air di parit itu.

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

2 Sikap suka penting diri sendiri harus dikikis daripada setiap hati anggota masyarakat.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

3 Pak Ngah telah ubah lagu Irama Malaysia yang bakal dendang oleh Siti Nurhaliza.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

4 Anggota keluarga Damanhuri telah berjaya satu melalui rancangan Jejak Kasih taja
TV3.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

5 Ali berlari harung bendang yang baru dituai untuk sampai berita gembira itu kepada
ibunya.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

6 Ali berlari harung bendang yang baru dituai untuk sampai berita gembira itu kepada
ibunya.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

50


Click to View FlipBook Version