MODUL MULUS TATABAHASA
7 Ali berlari harung bendang yang baru dituai untuk sampai berita gembira itu kepada
ibunya.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
8 Ali berlari harung bendang yang baru dituai untuk sampai berita gembira itu kepada
ibunya.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
9 Ali berlari harung bendang yang baru dituai untuk sampai berita gembira itu kepada
ibunya.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
10 Ali berlari harung bendang yang baru dituai untuk sampai berita gembira itu kepada
ibunya.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
Sadur = lapisan (salutan) logam yang nipis pada logam lain, sepuh; sadur
yang dibuat dengan elektrik, sadur daripada timah;
Bersadur = bersalut atau berlapis (logam);
Menyadur = menyalut (melapis) dengan logam (emas, timah, dan lain-lain),
menyepuh; mengarang, mengolah kembali cerita isinya diambil
daripada cerita lain;
mengolah kembali (hasil penyelidikan dan lain-lain); mengikhtisarkan;
Saduran = sesuatu yang disadur (emas dan lain-lain), sepuhan, lapisan (emas);
cerita yang isinya (pokoknya) diambil daripada cerita lain;
hasil pengolahan (daripada penyelidikan dan lain-lain); ikhtisar;
Penyadur = alat untuk menyadur; orang yang menyadur (meniru dan lain-lain)
51
MODUL MULUS TATABAHASA
1 Gelang tangan Cik Syasya Syahira yang __________ emas putih itu telah tercicir
ketika dia menyertai gotong-royong membersihkan balai raya pagi tadi.
A saduran
B bersadur
C menyadur
D penyaduran
Hadiah = pemberian (kerana penghargaan, untuk kenang-kenangan,
penghormatan);
ganjaran (kerana menang dalam perlumbaan, pertandingan,
dan lain-lain);
Berhadiah = ada disediakan hadiah; memberikan (menyumbangkan) hadiah;
Menghadiahi = memberikan hadiah kepada seseorang (adik, kawan, ibu, dan
lain-lain);
Menghadiahkan = memberikan sesuatu sebagai hadiah (dompet, basikal, gelang,
cincin, dan lain-lain); menganugerahkan;
Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.
2 Pegawai Kebajikan Masyarakat __________ keluarga miskin itu pakaian seragam
sekolah dan barangan makanan.
A berhadiah
B dihadiahkan
C menghadiahi
D menghadiahkan
Imbuhan apitan meN-...-i dan apitan meN-...-kan mempunyai maksud yang berbeza.
Apitan meN-...-i menerangkan objek yang bernyawa seperti manusia.
Apitan meN-...-kan pula menerangkan objek yang tidak bernyawa seperti basikal,
buku, epal dan lain-lain lagi.
Teliti ayat contoh yang berkaitan perkara di atas.
52
MODUL MULUS TATABAHASA
1. Puan Mona menghidangi suaminya sepinggan mi kari dan secawan kopi. /
Puan Mona menghidangkan suaminya sepinggan mi kari dan secawan kopi. X
{Imbuhan apitan “meng ... i” - cerita (predikat) dalam ayat itu mesti merujuk
kepada manusia sahaja}
2. Maisara menghadiahi sejambak bunga kepada gurunya sempena Hari Guru. X
Maisara menghadiahkan sejambak bunga kepada gurunya sempena Hari /
Guru.
{Imbuhan apitan “meng ... kan” - cerita (predikat) dalam ayat itu mesti merujuk
kepada benda atau binatang}
LATIHAN 1 : Kata Berimbuhan
1 Pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar telah __________ kereta
yang digunakan oleh suspek dalam rompakan kedai emas itu.
A bertemu
B menemui
C pertemuan
D menemukan
2 Sultan Mahmud __________ lanun-lanun itu hukuman yang setimpal dengan
kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka.
A menjatuhi
B dijatuhkan
C berjatuhan
D menjatuhkan
3 Hampir dua billion ringgit Malaysia telah __________ bagi meningkatkan prasarana
sukan di negara kita.
A teruntuk
B peruntukan
C diperuntukkan
D memperuntukkan
4 Motosikal yang ditunggangnya berhenti secara tiba-tiba di kawasan taman
perumahan itu kerana telah __________ minyak petrol.
A terputus
B keputusan
C diputuskan
D memutuskan
53
MODUL MULUS TATABAHASA
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.
5 Hairuni __________ gelas plastiknya dengan soya cincau ais sambil diperhatikan
oleh ibu kerana ibu khuatir kalau-kalau air itu tertumpah.
A tuangan
B menuang
C menuangi
D menuangkan
6 Sultan Terengganu telah berkenan __________ atlet lumba basikal itu bintang
kebesaran sempena Hari Keputeraan baginda.
A mengurniai
B dikurniakan
C pengurniaan
D mengurniakan
7 Murid-murid yang mengikuti lawatan ke Melaka itu dikehendaki berkumpul di
__________ sekolah tepat pada pukul 7:30 pagi.
A karangan
B pekarangan
C perkarangan
D pengarangan
Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.
8 Kerja-kerja __________ jalan raya itu rancak dijalankan sebelum menjelangnya
sambutan Hari Raya Aidilfitri.
A kelebaran
B dilebarkan
C memperlebar
D memperlebarkan
54
MODUL MULUS TATABAHASA
9 Sejak __________ penyanyi tersohor tanah air, Datok Siti Nurhaliza sering
mengadakan persembahan di luar negara.
A gelaran
B bergelar
C digelarkan
D menggelar
10 Pokok renek yang rimbun dan berwarna-warni itu __________ kawasan rumah
banglo Datin Zawiyah.
A dipagari
B memagari
C dipagarkan
D memagarkan
BIMBINGAN 2 : Kata Berimbuhan
Ragam = tingkah, cara, laku, olah; jenis, macam, berbagai-bagai jenis; lagu,
langgam; corak, ragi, warna, (fiilnya, lakunya);
variasi bahasa berdasarkan penggunaannya, yang berkaitan
dengan situasi (tajuk pembicaraan, bidang, dan lain-lain) yang
tertentu;
Seragam = sama potongan dan warnanya (pakaian), sama sahaja ciri-ciri,
peraturannya;
sesuai, sepakat, sehati (suami isteri, adik-beradik dan lain-lain);
Menyeragamkan = menjadikan seragam, (sama, serupa dalam perkara tertentu);
Keseragaman = perihal (keadaan, dan sebagainya) seragam atau serupa sahaja;
Penyeragaman = perbuatan menyeragamkan (pakaian, dan sebagainya);
Beragam = berbagai-bagai, bermacam-macam, berwarna-warna;
Meragam = menyanyi (bernyanyi, berlagu); mewarnai; berkelakuan
(berperangai) tidak tentu hala (tidak dapat diteka) pelbagai,
bermacam-macam, berwarna-warna;
Meragamkan = menjadikan beragam, membuat (mengubah dan sebagainya)
supaya dapat menjadi berbagai-bagai atau tidak serupa sahaja;
mengeratkan persaudaraan (persahabatan dan lain-lain),
merukunkan;
Keragaman = perihal berjenis-jenis ragam; keadaan (jiwa); kedamaian, kerukunan;
55
MODUL MULUS TATABAHASA
Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.
3 Ibu kanak-kanak itu berasa risau apabila anaknya __________ kerana mengalami
demam panas yang berlarutan.
A seragam
B beragam
C meragam
D meragamkan
Gembur = tidak padat, berderai-derai (tanah, pasir, dan lain-lain), lembut, lunak; basal,
busung air;
Menggemburkan = mencangkul (tanah) supaya gembur;
Penggembur = alat untuk menggemburkan tanah; alat penggembur tanah yang
berputar;
Gembar-gembur = bersorak-sorak, berseru-seru; cakap besar, borak;
Menggembar-gemburkan = menyorok-nyorokkan, menyeru-nyerukan, melaung-
laungkan;
Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.
4 Petani itu __________ tanah di kebun sayurnya sebelum dia mula menanam sawi,
terung dan kacang panjang.
A menggembur
B menggemburi
C mengemburkan
D menggemburkan
56
MODUL MULUS TATABAHASA
LATIHAN 2 : Kata Berimbuhan
1 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memaklumkan semua __________ bas
sekolah agar memastikan keselamatan murid-murid yang menaiki bas mereka.
A pengusaha
B perusahaan
C pengusahaan
D mengusahakan
2 Beberapa orang anggota pengakap dari daerah Perak Tengah __________ bekalan
makanan kerana mereka telah __________ di dalam Hutan Simpan Kuala Woh,
Tapah.
A terputus … tersesat
B keputusan … tersesat
C pemutusan … kesesatan
D memutuskan … kesesatan
3 Setiap ___________ perlulah mematuhi tatacara pemanduan yang betul dan
berhemah supaya dapat mengelakkan kemalangan jalan raya.
A dipandu
B panduan
C pemandu
D pemanduan
Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.
4 Encik Zairi __________ sebuah banglo mewah kepada tunangnya semasa hari
pertunangan mereka pada 16 Mei 2014 yang lalu.
A hadiahkan
B dihadiahkan
C menghadiahi
D menghadiahkan
57
MODUL MULUS TATABAHASA
5 Baru-baru ini Persatuan Bahasa Melayu SK Seri Setia telah berjaya __________
lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur yang __________ oleh empat puluh orang
murid.
A diadakan ... disertai
B keadaan ... disertakan
C mengadakan ... disertai
D pengadaan ... disertakan
6 Siti Norkholilah telah dipilih untuk __________ kelasnya dalam pertandingan
bercerita yang __________ oleh Persatuan Bahasa Melayu.
A diwakili ... anjuran
B mewakili ... anjuran
C diwakili ... dianjurkan
D mewakili ... dianjurkan
7 Kilang bumiputera yang menghasilkan serunding segera itu menggunakan teknologi
moden untuk __________ daging ayam dan daging lembu.
A diproses
B berproses
C pemproses
D memproses
Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.
8 Cikgu Jasmine Lee __________ cara-cara untuk __________ masalah Matematik
kepada anak muridnya.
A terlihat ... selesaikan
B kelihatan ... diselesaikan
C diperlihatkan ... penyelesaian
D memperlihatkan ... menyelesaikan
58
MODUL MULUS TATABAHASA
9 Kakitangan Majlis Perbandaran Teluk Intan sedang bergotong-royong __________
Dataran Menara Condong sempena sambutan Hari Kemerdekaan.
A keindahan
B diindahkan
C memperindah
D memperindahkan
10 Kerja-kerja __________ pejabat Guru Bimbingan dan Kaunseling itu sedang
__________ secara gotong-royong.
A kekosongan ... jalanan
B dikosongkan ... dijalani
C mengosongkan ... berjalan
D pengosongan ... dijalankan
Kata Banyak Makna
Terbit = keluar dari permukaan (air dan lain-lain), keluar dari tempat terlindung
(bulan, matahari, dan lain-lain), muncul, timbul;
= berbangkit (perasaan hati, fikiran, dan lain-lain), lahir, timbul;
= siap dicetak dan diedarkan (buku, majalah), tersiar (berita, makalah);
= keluar memancar (air, cahaya), keluar (peluh, air mata, dan lain-lain);
= keluar (dari rumah, persembunyian, dan lain-lain);
= tumbuh atau keluar daripada;
= berpunca atau bermula daripada;
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
1 I Buku Strategi Penulisan UPSR saya yang terbaharu akan terbit tidak lama lagi.
II Mentol itu tidak terbit cahaya kerana bekalan elektrik terputus sejak petang tadi.
III Kami menunggu kepulangan nelayan dari laut sejak dinihari sampai matahari
terbit.
IV Pokok mempelam harum manis itu telah terbit buah yang sangat lebat pada
musim ini.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV
59
MODUL MULUS TATABAHASA
Padat = penuh, rapat sekali (isinya, kandungan, susunannya), padu, pejal, tumpat;
= penuh, sesak, berasak-asak;
= banyak sekali penduduk (daerah, dan lain-lain);
= banyak isinya (karangan, ucapan, dan lain-lain), berisi, bernas;
= pejal (tidak cair atau seperti gas);
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
2 I Komuter itu padat dengan penumpang pada waktu puncak.
II Baju kebaya moden yang dipakai oleh selebriti itu sangat padat.
III Ucapan Guru Besar itu padat dengan nasihat dan kata-kata perangsang.
IV Kasut yang dipakai oleh adik itu agak padat dan tidak sesuai dengan kakinya.
A. I dan III
B. II dan IV
C. I, II dan III
D. II, III dan IV
LATIHAN 1 : Kata Banyak Makna
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
1 I Putera bongsu Sultan Salehuddin sedang beradu di kamarnya.
II Pasukan sekolah kami telah menjadi johan dalam beradu catur itu.
III Mangsa rompakan beradu kejadian itu di balai polis yang berdekatan.
IV Kedua-dua pasukan tarik tali itu beradu tenaga untuk menentukan juara.
A I dan II
B I dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV
2 I Keadaan cahaya hari ini cerah betul setelah mendung beberapa hari.
II Tidak lama lagi, kakaknya akan memperoleh seorang lagi cahaya mata.
III Air muka Puteri Sarah cahaya sekali setelah mendengar berita gembira itu.
IV Tumbuh hijau memerlukan cahaya matahari untuk melakukan proses
fotosintesis.
A I dan II
B II dan IV
C I, II dan III
D I, II dan IV
60
MODUL MULUS TATABAHASA
3 I Parti bebas gagal merebut sebarang kerusi dalam pilihan raya baru-baru ini.
II Kanak-kanak yang berkunjung ke pasar raya itu merebut belon yang
disediakan.
Chisato ingin merebut kembali gelaran Ratu Pecut Asia yang pernah
III dimenanginya.
IV Walaupun Danish Aiman anak peneroka tetapi dia berjaya merebut hati gadis
ayu itu.
A I dan II
B II dan III
C I, III dan IV
D II, III dan IV
4 I Sejak akhir-akhir ini cuaca pada waktu tengah hari sangat cerah sekali.
II Pakaian berwarna cerah yang dikenakan amat sesuai dengan kulitnya itu.
III Berikan penerangan itu dengan cerah supaya mudah difahami oleh murid-
murid.
IV Masa hadapannya cerah apabila berjaya mendapat ijazah dalam bidang
perubatan.
A I dan III
B II dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV
5 I Pada musim buah-buahan, saya selalu menolong datuk di dusunnya.
II Kejadian aneh itu berlaku pada musim usianya yang masih muda belia.
III Musim tengkujuh dijangka melanda pantai timur pada akhir bulan November.
IV Pada musim cuti yang lalu, saya dan keluarga melancong ke Pulau Langkawi.
A I dan III
B II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
6 I Opah Leha menyimpan barang kemasnya di tempat sulit.
II Pertanyaan wartawan majalah hiburan itu sulit untuk dijawab.
III Abdul Rahman sulit wang selepas dia diberhentikan kerja di syarikat itu.
IV Maklumat sulit ketenteraan itu tidak boleh dihebohkan kepada orang ramai.
A I dan III
B II dan IV
C I, II dan IV
D I, III dan IV
61
MODUL MULUS TATABAHASA
7 I Badannya terasa lemah kerana dia hilang selera makan selama beberapa hari.
II Bicaranya yang lemah itu amat sesuai sebagai penyambut tetamu di hotel
tersebut.
Kalau semangat kita lemah, kita tidak dapat mencapai hasrat yang diidam-
III idamkan.
IV Kerepek pisang itu menjadi lemah kerana tidak disimpan di dalam bekas
kedap udara.
A I dan III
B II dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV
8 I Orang atas haruslah kita hormati kerana jawatan yang disandangnya.
II Negara kita mendapat tempat atas dalam Sukan Komanwel baru-baru ini.
III Ahmad Murad meletakkan jawatan pengurus bank itu bukan atas
kemahuannya.
IV Atas kesedaran yang tinggi, dia berusaha bersungguh-sungguh dalam
pelajarannya.
A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV
9 I Mariam dan Alina bermain seremban pada masa lapang.
II Orang dahulu bermain seremban menggunakan biji getah.
III Pesta Flora itu sedang berlangsung di seremban selama seminggu.
IV Permainan seremban merupakan warisan budaya masyarakat Melayu.
A I dan III
B II dan IV
C I, II dan IV
D I, III dan IV
10 I Pak Tam ketawa berdekah-dekah apabila adik mencolok pinggangnya.
II Pakaiannya yang mencolok mata tidak sesuai dipakai oleh kakitangan awam.
III Dia terpaksa menggunakan galah untuk mencolok buah jambu batu yang
masak itu.
IV Ahli RELA mencolok kawasan yang gelap itu bagi memudahkan pergerakan
mereka.
A I dan III
B II dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV
62
MODUL MULUS TATABAHASA
BIMBINGAN 2 : Kata Banyak Makna
Tercicir = tertumpah berciciran;
= jatuh (hilang) di tengah jalan (wang, dan lain-lain yang dibawa);
= tertinggal (di belakang) daripada kumpulan atau daripada teman-temannya;
= ketinggalan (dalam proses kemajuan dan sebagainya);
3 I Hafis Syahmi tercicir bas sekolah kerana dia bangun lewat pada pagi itu.
II Buah mangga di dalam kotak itu tercicir kerana bahagian bawah kotok itu
bocor.
III Adela tercicir tas tangannya sewaktu keluar daripada komuter yang penuh-
sesak itu.
IV Nama Mizani tercicir daripada senarai pemain bola sepak yang akan mewakili
daerah Jempol ke peringkat negeri.
A I dan III
B II dan IV
C I, II dan IV
D II, III dan IV
Diam = tidak bercakap (bersuara, dan lain-lain), senyap;
= tidak bergerak-gerak atau berbuat apa-apa;
= tinggal (duduk, berumah, bertempat);
= tinggal (hidup) merantau;
4 I Murid-murid itu diam sahaja apabila dimarahi oleh Cikgu Zakiah.
II Sikapnya yang diam ubi itu sangat disenangi oleh kawan-kawan sekelasnya.
III Aizam diam dengan neneknya sejak ibunya meninggal dunia setahun yang
lalu.
IV Dalam diam Fakrul mencintai anak Pak Deris yang baru sahaja pulang dari
Australia.
A I dan III
B II dan IV
C I, II dan IV
D I, III dan IV
63
MODUL MULUS TATABAHASA
LATIHAN 2 : Kata Banyak Makna
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
11 I Amirul Aiman mengukir corak pucuk rebung pada jenang pintu rumahnya.
II Pasangan itu mengukir kenangan indah semasa berbulan madu di luar
negara.
Gadis tionghua itu tidak putus-putus mengukir senyuman semasa di temu
III ramah.
IV Pelukis muda itu amat gemar mengukir gambar pemandangan pada sehelai
kanvas.
A I dan II
B II dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV
12 I Encik Wahab berusaha keras untuk memancing hati bakal bapa mentuanya
itu.
Bayaran penyertaan pertandingan memancing itu ditetapkan oleh pihak
II penganjur.
III Pelbagai cara dilakukannya untuk memancing di air keruh menjelang pilihan
raya.
IV Kaki memancing ditegah turun ke laut pada musim tengkujuh kerana laut
bergelora.
A I dan III
B II dan III
C I, II dan III
D II, III dan IV
13 I Menara Telekom yang baru dibina itu dua puluh paras tingginya.
II Kebanyakan peragawati mempunyai paras yang cantik serta menarik.
III Tok Sidang mempunyai paras yang tinggi dalam kelompok masyarakat desa.
IV Air bah sudah mencecah paras amaran dan semua penduduk diarahkan
berpindah.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
64
MODUL MULUS TATABAHASA
14 I Ehsan dan Mei Mei teliti peralatan sains yang dipamerkan di galeri itu.
II Jarjit menuang air sirap bandung itu dengan teliti supaya tidak tertumpah.
III Upin dan Ipin memerhati cara menenun sutera itu dengan amat teliti sekali.
IV Cikgu Jasmin meminta murid-muridnya melukis gambar bola itu dengan teliti.
A I dan III
B II dan III
C I, II dan III
D II, III dan IV
15 I Dia mesti belajar berdikari daripada menggantungkan nasib kepada kakaknya.
Puan Suriani menggantungkan baju kurung yang masih lembap itu di
II ampaian.
III Ibu bapa menggantungkan harapan yang sangat tinggi kepada anak-anak
mereka.
IV Cikgu Khaidir menggantungkan carta mini pada tali yang direntang dalam
kelasnya.
A I dan II
B II dan III
C I, II dan III
D II, III dan IV
16 I Kerbau menarik bentang yang berisi peti-peti ikan di tepi Pantai Beserah.
II Abang Aidil diminta bentang permaidani yang baru dibeli itu di ruang tamu.
III Bentang kertas kerja projek belia itu akan disampaikan oleh pengerusinya
sendiri.
IV Kawasan hutan yang luas bentang itu dipenuhi oleh pelbagai spesies flora
dan fauna.
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV
17 I Budak lelaki itu bersikap diam-diam kerana takut dimarahi oleh ibu tirinya.
II Dalam diam-diam Faris Syahmi telah menjadi usahawan muda yang berjaya.
III Abang masuk ke rumah secara diam-diam supaya tidak disedari oleh adik-
adiknya.
IV Kakak menyuruh adiknya duduk diam-diam kerana dia hendak menelaah
pelajaran.
A I dan III
B II dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV
65
MODUL MULUS TATABAHASA
18 I Tongkang yang membawa pendatang tanpa izin itu karam dipukul gelombang
besar.
II Gelombang radio tidak dapat diterima dengan baik di kawasan yang berbukit-
bukau.
III Adiknya mengalami kerosakan gelombang telinga yang serius akibat terjolok
benda tajam ketika umurnya tiga tahun.
IV Peniaga kedai emas itu menggunakan penimbang jenis gelombang mikro bagi
semua urus niaga dengan para pelanggannya.
A I dan II
B III dan IV
C I, II dan IV
D II, III dan IV
19 I Budak-budak dilarang mandi di lubang sungai itu kerana airnya terlalu dalam.
II Budak lelaki itu menangis kesakitan kerana lubang telinganya dimasuki
serangga.
III Oleh sebab lubang jarum itu terlalu sempit, ibu masih terkial-kial untuk
memasukkan benang tersebut.
IV Jalan raya di kampung itu terdapat banyak lubang selepas banjir melanda
kawasan tersebut bulan lepas.
A I dan II
B II dan III
C I, II dan III
D II, III dan IV
20 I Puan Afifah mengikuti kursus faedah pengawetan makanan di Serdang.
II Encik Bakhtiar membayar kadar faedah yang rendah untuk pinjaman
keretanya.
III Banyak faedah yang dapat diperoleh jika kita mengamalkan sikap jimat-
cermat dan suka menabung.
IV Mereka menggunakan faedah yang mudah dan cepat untuk menyelesaikan
masalah Matematik tersebut.
A I dan III
B II dan III
C I, II dan III
D II, III dan IV
66
MODUL MULUS TATABAHASA
Penjodoh Bilangan
c
durian
sebiji durian seulas durian sepangsa durian
selonggok durian sebakul durian tiga bakul durian
Bina lima ayat berdasarkan durian menggunakan penjodoh bilangan yang sesuai.
1 biji
2 ulas
3 pangsa
4 longgok
5 bakul
67
MODUL MULUS TATABAHASA
bunga
Senaraikan kata nama yang boleh menerima penjodoh bilangan yang diberikan.
kuntum kalung jambak kaki
68
MODUL MULUS TATABAHASA
pisang
Bina lima ayat berdasarkan penjodoh bilangan yang diberikan.
1 biji
2 sikat
3 tandan
4 bakul
69
MODUL MULUS TATABAHASA
serai
Bina lima ayat berdasarkan serai menggunakan penjodoh bilangan yang sesuai.
1 batang
2 rumpun
3 ikat
4 berkas
Senaraikan kata nama yang sesuai berdasarkan penjodoh bilangan.
batang rumpun ikat berkas
70
MODUL MULUS TATABAHASA
buluh
71
MODUL MULUS TATABAHASA
Penjodoh Kegunaan Contoh
Bilangan
bongkah untuk benda yang berbongkah ais, kayu
cebis untuk benda yang dikoyakkan atau kain,kertas, kaca
serpihan
cekak / gemal untuk benda bersaiz secekak jari sirih, padi
lingkar dalam bentuk lingkaran ubat nyamuk, tali, dawai,
gerombolan rotan
gumpal untuk kumpulan penjahat penjahat, samseng,
untuk benda yang berkepul atau pengganas, perusuh
berketul
tanah, darah, asap
kajang untuk benda yang lebar atap, kertas
untai untuk benda yang berangkai-rangkai rantai manik, kalung
mutiara, tasbih, pantun,
sajak, syair
rangkai untuk ayat yang berangkai-rangkai doa, lagu, madah
pucuk i)untuk benda yang tajam hujungnya surat, jarum, rebung, pistol
ii)untuk senjata api
Latihan 1
1 Tukang masak itu memasukkan se________ serbuk perasa ke dalam kari ayam itu
untuk menyedapkan rasanya.
A. cucuk
B. cekak
C. cubit
D. colek
2 Di kedai itu, hanya tinggal beberapa __________ tikar sahaja.
A. ekar
B. batang
C. bidang
D. lingkar
72
MODUL MULUS TATABAHASA
3 Ainina menjerit kerana terduduk di atas se__________ jarum.
A. batang
B. berkas
C. cucuk
D. pucuk
4 Puan Maisarah membeli beberapa __________ benang emas untuk membuat tekat
pada cadar baldu itu.
A. lembar
B. lingkar
C. buku
D. ketul
5 Se__________ tentera udara itu sedang menjalani latihan payung terjun.
A. kawan
B. angkatan
C. gerombolan
D. barisan
6 Zaid mengambil dua __________ beras lalu diberi kepada burung itu.
A. cekak
B. genggam
C. butir
D. kepal
7 Di langit kelihatan se__________ awan hitam berarak perlahan-lahan.
A. gugus
B. deret
C. gemal
D. gumpal
8 Dalam serbuan ke gudang lama itu, pihak polis merampas lima _________
senapang patah yang digunakan pemburu haram.
A. laras
B. puntung
C. batang
D. papan
9 Se__________ lebah membuat sarang di pohon kekabu di tepi jalan itu.
A. pasang
B. kumpulan
C. pasukan
D. kawan
73
MODUL MULUS TATABAHASA
10 Azmil dibekalkan se____________ mancis dan beberapa ___________ lilin semasa
perkhemahan.
A. batang…kotak
B. kerat … bungkus
C. kotak … batang
D. puntung … ikat
11 Ibu menghidangi tetamu dengan beberapa ____________ bubur kacang.
A. piring
B. pinggan
C. kotak
D. mangkuk
12 Di dalam kotak itu masih ada lima _________ cakera padat yang belum digunakan
lagi.
A. keping
B. naskhah
C. papan
D. buah
13 Datuk saya sakit tenat, dia tidak berselera untuk makan walaupun se__________
nasi.
A. biji
B. suap
C. teguk
D. pinggan
14 Para penonton terpegun apabila mendengar Salmiza mengalunkan se________
syair.
A. baris
B. patah
C. rangkap
D. kalung
15 Maznah mengambil se_______ perca kain untuk menampal kainnya yang koyak.
A. untai
B. carik
C. kajang
D. lembar
16 Tiga ________ sayur bayam itu berharga seringgit.
A. ikat
B. genggam
C. jambak
D. helai
74
MODUL MULUS TATABAHASA
17 Puan Amitah memotong beberapa __________ bawang lalu dimasukkan ke dalam
masakannya.
A. gugus
B. gumpal
C. mayang
D. hiris
18 Beberapa __________ tali diperlukan untuk melilit tiang pada kolam hiasan itu.
A. lembar
B. kajang
C. lingkar
D. gulung
19 Dia tidak dapat bercakap walau se__________ pun apabila ditanya kerana
ketakutan.
A. petak
B. patah
C. untai
D. baris
20 Ayah membeli se__________ jam tangan untuk kakak pada hari lahirnya.
A. buah
B. urat
C. utas
D. ulas
21 Zairi menggenakan se_________ kancing pada baju Melayunya sebelum memakai
kain samping.
A. butir
B. pasang
C. rawan
D. buah
22 Pak Karim menebas beberapa ___________ pokok pandan yang telah merimbun.
A. helai
B. perdu
C. batang
D. kaki
23 Petani itu meletakkan beberapa ____________ jagung ke dalam bekas makanan
ayam peliharaannya.
A. tongkol
B. kepal
C. butir
D. genggam
75
MODUL MULUS TATABAHASA
24 Mak Cik Munah memadamkan api yang terdapat pada beberapa _______ kayu api.
A. puntung
B. kerat
C. ruas
D. batang
25 Kamal sedang membaca dua __________ pantun yang ditulis oleh gurunya.
A. cebis
B. rangkap
C. butir
D. pucuk
26 Se__________ garam dimasukkan ke dalam bubur kacang itu untuk menambah
keenakannya.
A. cubit
B. bungkus
C. genggam
D. gumpal
27 Alina menghadiahi Cikgu Chin se_________ bunga.
A. ikat
B. jambak
C. cucuk
D. ketul
28 Ayah menyuruh abang membeli dua __________ filem.
A. gulung
B. keping
C. gelung
D. botol
29 Adik telah makan dua __________ jagung yang dibeli di pasar malam.
A. ulas
B. tongkol
C. buah
D. batang
30 Kejadian tanah runtuh itu telah menyebabkan beberapa __________ jalan ditutup
kepada lalu lintas.
A. batang
B. buah
C. butir
D. baris
76