The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by asmariza76, 2021-05-04 19:54:26

HIMPUNAN TAZKIRAH 42 MINGGU

HIMPUNAN TAZKIRAH 42 MINGGU

Kandungan MS
3
Bil. Tajuk 4
1. Allah Maha Pemurah Dalam Memberikan Ganjaran 6
2. Jangan Mencari Kesalahan Dan Keaipan Orang 7
3. Ikhlas Dalam Pekerjaan 9
4. Membaca Dan Beramal Dengan Kandungan Al Quran 10
5. Menjauhi Sifat Zalim 11
6. Mencari Bekal Untuk Kebahagian Akhirat 13
7. Amalan Di Dunia Penyelamat Di Akhirat 15
8. Mati Adalah Pasti 17
9. Hindari Zina 19
10. Fitnah Besar 20
11. Bersedekah 21
12. Bersyukur 22
13. Allah Pemberi Rahmat 24
14. Allah Maha Pengampun 25
15. Kelebihan Bersedekah 26
16. Menjaga Solat 27
17. Keutamaan Solat 28
18. Kerugian Besar 29
19. Taubat Dan Solat 31
20. Pelihara Diri Dan Keluarga Dalam Bersolat 32
21. Keistimewaan Al Quran 33
22. Taqwa Kepada Allah 35
23. Sabar Dengan Ujian 36
24. Doa Mustajab 37
25. Jaga Akidah Dan Jangan Melampaui Batas 38
26. Keberkatan Dalam Pencarian 39
27. Kesenangan Dan Kemewahan Adalah Ujian Allah 41
28. Sentiasa Bersyukur Dengan Nikmat Allah 42
29. Allah Bersama Orang Yang Sabar 43
30. Mencintai Ulamak 44
31. Pengucapan Yang Baik 46
32. Kelebihan Mempelajari Al Quran 47
33. Berjihad Di Jalan Allah 48
34. Awasi Godaan Syaitan 49
35. Kejayaan Tidak Akan Dicapai Dengan Angan-Angan 51
36. Hanya Bergantung Kepada Allah 52
37. Silaturrahim Dengan Yang Memerlukan 54
38. Bersegera Untuk Bertaubat 55
39. Sabar Dengan Ujian 56
40. Kejayaan Bagi Yang Bertaqwa 57
41. Seruan Allah Dan Rasul
42. Nikmat Yang Kekal Abadi 2021

2

☆TAZKIRAH 1☆

ALLAH MAHA PEMURAH DALAM MEMBERIKAN GANJARAN

‫َوِإن تَ ُك َح َسنَة یُ َضٰـ ِع ۡفهَا َویُ ۡؤ ِت ِمن َدُّلنۡ ُه َأ ۡجرإ َع ِظیا‬

"Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan
menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar" [Surah an-Nisa'
40]

Jika seseorang hamba itu membuat kebaikan walaupun sebesar zarrah, nescaya
Allah swt akan melipat gandakan pahala. Di mana sahaja kebaikan itu berada,
maka pahalanya akan ditunaikan, bahkan digandakan oleh Allah menjadi sepuluh
kali ganda, tujuh ratus kali ganda, atau lebih daripada itu serta akan diberikan
pahala yang besar yang tidak dapat diperhitungkan oleh seseorang sesuai
keadaannya, manfaatnya, keadaan pelakunya dan keikhlasannya.

‫أ ۡۡ َل ۡر ِض‬ ‫ِِف‬ ‫َأ ۡو‬ ‫ٰ ِت‬ ‫أل دس َمٰـ َو‬ ‫فَتَ ُكن ِِف ََ ۡص َرة َأ ۡو ِِف‬ ‫َحبدة ِم ۡن َخ ۡر َدل‬ ‫ِمثۡ َقا َل‬ ‫تَ ُك‬ ‫ِإن‬ ‫ِإَدّنَ ۤا‬ ‫یَٰـ ُب ََ دن‬
‫ِإ دن أّدلَل لَ ِطی ٌف َخ ِب ٌی‬ ‫یَأۡ ِت ِِبَا أّ دلُُۚل‬

"(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya
jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia
tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa
oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus
pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi" [Surah Luqman 16]

#Rasulullah saw bersabda: “Jangan kamu memandang rendah terhadap perkara-perkara
yang kecil (iaitu kerana ia amat besar timbangannya di sisi Allah swt) walaupun hanya sekadar
berwajah manis kepada saudara kamu” (HR Muslim)

♡Ayat ini menunjukkan kemurahan Allah swt dalam mengurniakan ganjaran pahala
kepada hambaNya yang melakukan kebaikan. Marilah kita memburu pahala
dengan menggandakan amal kebajikan♡

3
2021

☆TAZKIRAH 2☆
JANGAN MENCARI KESALAHAN DAN KEAIPAN ORANG

‫ََ َت دس ُسو۟إ َو ََل‬ ‫َأبَ ۡعِخیَ ِهض َمأۡیلت داظ ِفَن َكِإ ِۡر ٌۡثمه ُت َُمو ََولُُۚه‬ ‫َأ ِمنَنیَأۡألُُ د َظك ِلنَ ِۡإح َدمن‬ ‫أ ۡجتَنِ ُبو۟إ َك ِثیإ‬ ‫أَدِّلی َن َءإ َمنُو۟إ‬ ‫ی َ ٰۤـأَُ هّیَا‬
‫َوأتد ُقو۟إ أّ دلَُۚل ِإ دن‬ ‫َأ ُُ ِی هب َأ َح ُد ُُ ۡك‬ ُۚ‫بد ۡع ُضُُك بَ ۡعضا‬ ‫یَ ۡغ َتب‬

‫أّ دلَل تَ دوإ ٌب در ِح ٌی‬

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak
menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu
adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang;
dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari
kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan
mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan
yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat,
lagi Maha mengasihani" [Surah al-Hujurat 12]

Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda:

‫َأتَ ْد ُرو َن َما إلْ ِغی َب ُة قَالُوإ إّ دلُل َو َر ُسو ُُُل َأ ْعََ ُل قَا َل ِذ ْك ُر َك َأ َخا َك ِب َما یَ ْك َرُه ِقی َل‬
k‫ه‬aُ lَ‫ت‬i‫ْب‬a‫ َت‬n‫إ ْغ‬ap‫ْد‬a‫فَ َق‬itu‫و ُل‬gh‫تَ ُق‬ib‫ا‬a‫َم‬h?‫ی” ِه‬,‫تد ِفُه‬Mَ‫ََِبن‬e‫ك‬r‫ََد‬eْ k‫َنَق‬a‫ه ِإ ْف‬mِ ‫ َیل‬e‫اِف‬nَ‫نق‬jْa‫ُكُل‬w‫یَو‬aُ‫ق‬b‫َْأم‬:َ‫نَم“ال‬Aْ ‫إخ‬lِ‫و‬lَaِhِ ‫ َأ‬d‫ف‬aِnِ ‫َأفَ َرَأیْ َت ِإ ْن ََك َن‬
"Tahukah lebih tahu.”
RasulNya yang

Baginda sawbersabda: “Iaitu engkau menceritakan tentang saudaramu yang membuatnya

tidak suka”. Lalu ditanyakan kepada baginda: “Lalu bagaimana apabila pada diri saudara saya

itu kenyataannya sebagaimana yang saya ungkapkan?” Maka baginda bersabda: “Apabila

cerita yang engkau katakan itu sesuai dengan kenyataan maka engkau telah mengghibahnya.

Dan apabila ternyata tidak sama dengan kenyataan dirinya maka engkau telah berdusta atas

namanya (berbuat fitnah)” (HR Muslim)

Ghibah atau menganjing adalah perbuatan yang dilarang oleh Islam. Ghibah

adalah perbuatan dosa besar, yang Allah menyamakan orang yang melakukan

ghibah seumpama orang yang memakan bangkai daging saudaranya.

Daripada Sayidina Ibnu Umar r.a berkata, Rasulullah saw naik mimbar dan menyeru dengan
suara yang lantang: “Wahai segenap manusia yang masih beriman dengan lisannya namun
iman itu belum meresap ke dalam hatinya janganlah kalian menyakiti kaum muslimin. Dan
janganlah melecehkan mereka. Dan janganlah mencari-cari kesalahan-kesalahan mereka.

4
2021

Kerana sesungguhnya barangsiapa yang sengaja mencari-cari keburukan saudaranya sesama
muslim maka Allah akan mengorek-ngorek kesalahan-kesalahannya. Dan barangsiapa yang
dikorek-korek kesalahannya oleh Allah maka pasti dihinakan, meskipun dia berada di dalam
bilik rumahnya" (Sunan at-Tirmizi)
Jagalah akhlak dan tingkah laku. Janganlah sesekali sibuk mencari kesalahan orang,
mengumpat, mengejek, mengeji dan memfitnah. Jagalah lidah daripada
mengungkap kata-kata yang keji. Sabda Nabi saw:

‫َمن ََك َن یُؤِم ُن ِبل ِل َوإل َیو ِم إۡلآ ِخر فَل َی ُقل َخیإ َأو ِل َیص ُمت‬

“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaknya dia berkata yang
baik atau diam” (HR al-Bukhari dan Muslim)

5
2021

☆TAZKIRAH 3☆

IKHLAS DALAM PEKERJAAN

‫ُق ۡل ِإ ِّۤن ُأ ِم ۡر ُت َأ ۡن َأ ۡع ُب َد أّ دلَل ُم ۡخ ِلصا دُُل أَِّلی َن‬

Katakanlah lagi (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah
dengan mengikhlaskan segala ibadat kepadaNya" [Surah az-Zumar 11]

Ikhlas ialah kemurnian hati seseorang dalam melakukan sesuatu semata-mata hanya
kerana Allah swt, tidak bercampur dengan perkara-perkara lain selain Allah swt.

Ikhlas adalah rahsia antara hamba dengan TuhanNya. Amal perbuatan yang tidak
dilandasi dengan keikhlasan kepada Allah adalah amal yang cacat dan tidak bernilai
pada pandangan Allah. Sebesar mana pun amal perbuatan seseorang, akan menjadi
sia-sia jika dilakukan tanpa keikhlasan. Sebaliknya, sekecil mana pun amal perbuatan
seseorang, akan bernilai besar pada pandangan Allah jika dilakukan dengan tulus ikhlas
hanya mengharapkan redha Allah semata-mata.

‫فَأ ۡد ُعو۟إ أّ دلَل ُم ۡخ ِل ِصی َن َُ ُل أَِّلی َن َولَ ۡو َك ِرَه أ ۡل َكٰـ ِف ُرو َن‬

"Oleh itu maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya (dan
menjauhi bawaan syirik), sekalipun orang-orang kafir tidak menyukai (amalan kamu yang
demikian)" [Surah Ghafir 14]

Namun begitu, perkara berkaitan keikhlasan ini adalah sesuatu yang sukar.

Berkata seorang ulamak yang bernama Sufyan as-Tsauri rahimahullah: “Sesuatu yang
paling sukar bagiku untuk aku luruskan adalah niatku, kerana seringkali ia berubah-ubah.”

♡Niat yang baik atau keikhlasan merupakan satu perkara yang sukar untuk dilakukan. Ini
kerana hati kita sering berbolak balik. Ada ketika ia ikhlas, di lain masa tidak ikhlas. Namun,
kita wajib mendidik hati kita agar sentiasa ikhlas. Berdoalah mohon pertolongan Allah♡

6
2021

☆TAZKIRAH 4☆
MEMBACA DAN BERAMAL DENGAN KANDUNGAN AL QURAN

‫َو َما عَلد ۡمنَٰـ ُه أل ِش ۡع َر َو َما یَنۢ َب ِغی ََُوُلَُِۤۥی ِدإقۡنألۡ َُقه َۡوو ُلِإ دَلعَ ََِذل ۡك ٌأ ۡلر َكَٰـو ُقِفۡ ِرریَءإَن ٌن هم ِبی ٌن * ِل ُین ِذ َر َمن ََك َن َحیا‬

"(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan
kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain
melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan. Supaya ia memberi
peringatan kepada orang yang sedia hidup (hatinya), dan supaya nyata tetapnya hukuman (azab)
terhadap orang-orang yang kufur ingkar" [Surah Ya-Seen 69-70]

#Allah swt mengatakan bahawa kitab suci al-Quran diturunkan kepada Nabi
Muhammad saw sebagai petunjuk, nasihat, khabar gembira dan sebagai peringatan
kepada orang-orang yang hidup hatinya agar dijadikan panduan dan ikutan.

#Maka menjadi kewajipan kepada orang-orang yang beriman untuk membacanya,
merenungkannya, memahaminya, mengimaninya, mengamalkan dan berhukum
dengannya.

* ‫یَٰۤـأَُهّیَا ألندا ُس قَ ۡد َج ۤا َء ۡتُُك دم ۡو ِع َظ ٌة ِمن د ِربُُ ۡك َو ِش َف ۤا ٌء ِل َما ِِف أل هص ُدو ِر َو ُهدى َو َر ۡۡ َح ٌة ِللۡ ُم ۡؤِم ِنی َن‬
‫قُ ۡل ِب َف ۡض ِل أّ دل ِل َوِب َر ۡۡ َح ِت ِهۦ فَ ِب َذ ِِٰ َل فَلۡ َی ۡف َر ُحو۟إ ُه َو َخ ۡ ٌی ِم دما ََ ۡی َم ُعو َن‬

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat
pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada
di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa
rahmat bagi orang-orang yang beriman. Katakanlah (wahai Muhammad) "kedatangan Al-Quran
itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi
kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana
ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak
kekal)" [Surah Yunus 57-58]

#Al-Quran adalah senjata paling mujarab, ubat yang paling mustajab dalam
menyelesaikan segala permasalahan kehidupan manusia. Di dalamnya dipenuhi
dengan nur hidayah, rahmat, peringatan-peringatan berguna dan panduan.

7
2021

‫فَ َذ ِك ۡر ِإن ند َف َع ِت أَِّل ۡك َر ٰى‬

"Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau
peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna)" [Surah al-A'la 9]
♡Sebagai kitab wahyu yang dipenuhi mukjizat dan keagungan yang tiada tolak
bandingnya dengan kitab yang lain, maka bagi mengekalkannya dalam kehidupan kita,
ia perlu dijaga dengan sentiasa membacanya, memahami isi kandungannya serta
diamalkannya agar berada di dalam jiwa dan hati setiap umat Islam♡

8
2021

☆TAZKIRAH 5☆

MENJAUHI SIFAT ZALIM

‫َو َما ََك َن َربه َك ُم ۡه ِِ َل ألۡ ُق َر ٰى َحَدّٰت یَ ۡب َع َث ِِ ۤف ُأ ِم َها َر ُسوَل یَ ۡتلُو۟إ عَلَ ۡۡ ِی ۡم َءإیَٰـ ِتنَاُۚ َو َما ُكندا ُم ۡه ِل ِكی‬
‫ألۡ ُق َر ٰۤى ِإ دَل َوَأ ۡهلُ َها َظٰـ ِل ُمو َن‬

"Dan tidaklah menjadi kebiasaan Tuhanmu membinasakan mana-mana negeri sebelum Ia
mengutus ke ibu negeri itu seorang Rasul yang akan membacakan kepada penduduknya ayat-ayat
keterangan Kami; dan tidaklah menjadi kebiasaan Kami membinasakan mana-mana negeri
melainkan setelah penduduknya berlaku zalim" [Surah al-Qasas 59]

#Ayat ini menunjukkan bahawa orang-orang yang gemar berbuat zalim berupa
kekafiran atau maksiat memang berhak untuk menerima hukuman dari Allah. Kerana
Allah tidak akan menghukum siapa pun kecuali kerana kezaliman yang dilakukannya
dan setelah hujjah ditegakkan kepadanya (Lihat: Taisir al-Karim ar-Rahman)

#Dan kerana kezaliman jugalah umat-umat terdahulu yang derhaka dihancurkan oleh
Allah dengan berbagai macam bentuk seksaan dan bencana yang mengerikan.

#Pada suatu ketika Sayidina Ummu Salamah r.ha menceritakan: “Aku pernah
mendengar Rasulullah saa bersabda:

‫إ َذإ َظهَ َر ِت إلْ َم َعا ِِص ِِف ُأ دم َِّت ََ دع ُه ُم اللُه ِب ِع َقاب ِم ْن ِع ْن ِد ِه‬

"Apabila kemaksiatan telah bermaharajalela di kalangan umatku maka Allah meratakan azab
kepada mereka semua dari sisiNya” (HR Ahmad)

#Ingatlah bahawa segala macam bentuk kemaksiatan dan kelalaian adalah termasuk
kezaliman. Ini kerana hak Allah swt atas hambaNya adalah untuk ditaati bukan
diderhakai, diingati dan bukan dilalaikan.

♡Insaflah dan ikutilah peringatan yang telah diberikan. Jangan sesekali melakukan
kezaliman, kemaksiatan dan kederhakaan kerana semua itu merupakan punca kita
dihancurkan dan dibinasakan♡

9
2021

☆TAZKIRAH 6☆

MENCARI BEKAL UNTUK KEBAHAGIAN AKHIRAT

‫یَٰـ َق ۡو ِم ِإند َما َهٰـ ِذ ِه ألۡ َح َی ٰو ُة أَّهلنۡ َیا َمتَٰـ ٌع َوِإ دن أل َل ِخ َرَة ِه َی َدإ ُر ألۡ َق َرإ ِر‬

"Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara
waktu sahaja), dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal" [Surah Ghafir 39]

#Allah swt mengingatkan kita bahawa kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan
sementara. Kehidupan yang sebenarnya ialah di negeri akhirat.

#Jika sepanjang hidup didunia ini kita menanam kebaikan dan kebaktian, nescaya kita
akan menuai hasil yang menggembirakan di hari akhirat kelak.

‫ِإ دن أ ۡۡ َلۡب َرإ َر لَ ِفی نَ ِعی * عَ ََل أ ۡۡ َل َرۤإىِ ِك یَن ُظ ُرو َن * تَ ۡع ِرُف ِِف ُو ُجو ِههِ ۡم نَ ۡۡ َضَة ألند ِع ِی‬

"Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada di
dalam Syurga yang penuh nikmat. Mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), sambil
melihat (segala keindahan dan kemuliaan yang disediakan untuk mereka di situ). Engkau dapat
melihat pada muka mereka: cahaya nikmat yang mereka perolehi" [Surah Al-Mutaffifin 22-24]

#Namun sebaliknya, jika tanaman kita berupa dosa dan kemaksiatan, maka hasilnya
ialah buah zaqqum dan minuman mendidih yang menjijikkan untuk kita telan.

‫ِإ دن ََ َش َر َت أل دزقهو ِم * َط َعا ُم أ ۡۡ َل ِث ِی * َكلۡ ُمهۡ ِل یَ ۡغ َِل ِِف ألۡ ُب ُطو ِن * َك َغ َۡ ِل ألۡ َح ِم ِی‬

"(Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqum. (Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa
(dalam neraka). (Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam perut. Seperti
mendidihnya air yang meluap-luap panasnya" [Surah ad-Dukhan 43-46]

#Berkata Imam an-Nawawi rahimahullah: "Janganlah kamu terlalu menggantungkan
hati kepada dunia, dan jangan jadikan ia sebagai tempat tinggal, janganlah kamu
katakan kepada dirimu bahawa kamu selamanya akan tinggal di sana. Janganlah
bergantung kepadanya kecuali sekadar seperti orang asing yang memerlukan sesuatu
hal ketika berada di suatu tempat di luar daerah asalnya yang tetap memendam rasa
rindu untuk kembali kepada keluarganya”.

♡Penuhilah masa hidup kita didunia ini dengan amal soleh, kerja-kerja dakwah,
kebajikan dan kebaktian. Semoga ia menjadi benih yang membuahkan hasil
kebahagiaan di akhirat kelak. Kehidupan dunia adalah untuk beramal bukan untuk lalai
dan berhibur♡

10
2021

☆TAZKIRAH 7☆

AMALAN DI DUNIA PENYELAMAT DI AKHIRAT

‫َویَ ۡو َم تَ ُقو ُم أل دساعَ ُة یُ ۡب ِل ُس ألۡ ُم ۡج ِرُمو َن‬

"Dan semasa berlakunya hari kiamat, orang-orang yang berdosa akan dia membisu serta berputus
asa" [Surah ar-Rum 12]

#Sayidina Abdullah bin Abbas r.a mengatakan bahawa maksud

'Yublisu' ialah berputus asa. Sedangkan menurut Mujahid, ertinya dimalukan dan menurut
riwayat yang lain ialah bersedih hati.

#Ini menunjukkan bahawa pada hari terjadinya kiamat, orang-orang yang zalim, ahli
maksiat, pembuat dosa, golongan musyrik terdiam seribu bahasa dan berputus asa
kerana mereka sudah tidak mempunyai alasan lagi untuk menyelamatkan diri. Hanya
menunggu kedatangan azab dan balasan yang penuh penyesalan.

#Allah swt mengingatkan agar kita sentiasa memelihara diri daripada ditimpa azab.

‫َوأتد ُقو۟إ یَ ۡوما دَل ََ ۡت ِزی نَ ۡف ٌس َعن ند ۡفس َش ۡیـا َو ََل یُ ۡق َب ُل ِم ۡۡنَا َش َفٰـ َع ٌة َو ََل یُ ۡؤ َخ ُذ ِم ۡۡنَا عَ ۡد ٌل َو ََل ُُ ۡه یُن ََ ُصو َن‬

"Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat), yang padanya seseorang tidak
dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab), dan tidak diterima
syafaat daripadanya, dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan; dan mereka (yang
bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan" [Surah al-Baqarah 48]

#Sebenarnya terdapat sabdaan Nabi saw mengenai beberapa amalan yang jika kita

lakukan dapat menyelamatkan kita di akhirat kelak.

‫ َم ْن نَـفد َس َع ْن ُم ْؤِمن ُكـ ْربَة ِم ْن‬:‫َع ْن َأ ِِ ْب ُه َرْی َرَة َر ِِ َض إّ دلُل َع ْن ُه َع ِن إلند ِ ِب َص دَل إّ دلُل عَلَ ْی ِه َو َسَدَل قَا َل‬
‫ يَ دسـ َر اللُه عَلَ ْی ِه‬،‫ َو َم ْن يََدّ َس عَلَـى ُمـ ْعَِّس‬،‫ نَـفد َس اللُه َع ْن ُه ُكـ ْربَة ِم ْن ُكـ َر ِب یَ ْو ِم إلْ ِق َیا َم ِة‬،‫ُك َر ِب إَّهلنْ َیا‬
‫ َواللُه ِفـي َع ْو ِن إلْ َع ْب ِد َما ََك َن‬،‫ َستَـ َرُه اللُه ِفـي إَّهلنْ َیا َوإ ْۡلآ ِخ َرِة‬،‫ َو َم ْن َستَـ َر ُم ْس ِلمـا‬، ‫ِفـي إَّهلنْ َیا َوإ ْۡلآ ِخ َرِة‬
‫اه‬،ِ ‫ ْیعنََِبُوـةَم‬،‫َ ْىۡ ِلیَـُإمْلْمـإليَُجَْدندسِّة ِسِك‬،‫دِبط ِـإِهأَدَلِبـَنَطـِهَِرزیلَََق َاْعلُتـِإلَُهـعَل‬،َ‫ـ ُهاَلوبََلمُيْهَْۡننُ َُُْمبل‬،َ‫ن َدإَِعَسْنر دهَُـدس ُهَونل‬،‫ ِفم َـیَوایََْت‬،ْ‫ویَ َلَْنوَت َِذمِك َكَُتـاَرس َُُبُِهفیااِهللللُِهِهعل‬،‫ َِومَوَْحَمنفدـْبُْتنــ ُیُه َُومس َِإِلْتـَ َلمالللََِاطهئِ ِیرَیَكْتقُلُةا‬،‫ت‬،‫إإَلْو َْعجغَْبتَ َُِمدشَـعیَِـِقَْتـفـ ْهُو ٌُمَمع ِْإوفلـ ِدنريْحَأبـَـَِمْخی ُیة ِه‬

‫نَـ َس ُبـ ُه‬

11
2021

Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda: “Barangsiapa yang melapangkan satu
kesusahan dunia dari seorang Mukmin, maka Allah akan melapangkan darinya satu kesusahan di
hari Kiamat. Barangsiapa memudahkan (urusan) orang yang dalam kesulitan (dalam masalah
hutang), maka Allah Azza wa Jalla memudahkan baginya (dari kesulitan) di dunia dan akhirat.
Barangsiapa menutupi aib seorang Muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat.
Allah sentiasa menolong seorang hamba selama hamba tersebut menolong saudaranya.
Barangsiapa menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan
menuju ke Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah (masjid) untuk
membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenteraman akan turun
atas mereka, rahmat meliputi mereka, Malaikat mengelilingi mereka, dan Allah menyanjung
mereka di tengah para Malaikat yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang diperlambat oleh
amalnya (dalam meraih darjat yang tinggi), maka garis keturunannya tidak dapat
mempercepatnya" (HR Muslim)

♡Bersedialah untuk pulang ke negeri akhirat. Sediakan bekalan amal yang dapat
menyelamatkan dan memudahkan urusan kita di akhirat kelak. Jangan sesekali lakukan
amalan yang menyebabkan penyesalan yang tiada kesudahan♡

12
2021

☆TAZKIRAH 8☆

MATI ADALAH PASTI

‫ُُ هك نَ ۡفس َذۤإىِ َق ُة ألۡ َم ۡو ِۗت َوِإندفَ َمَقاۡدتُ َفَوافدَِۡۗزو ََنو َمُأا ُجألۡو ََحرَیُُ ٰۡكو ُةیَ ۡأوََمّهلنۡأَیلۡۤاِقیَِٰـإ دََمل ِمة َمفَتَٰـَمُعنألۡ ُُغزُ ۡرحوِزَِرح َع ِن ألندا ِر َوُأ ۡد ِخ َل ألۡ َجند َة‬

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan
disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke
syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini
(meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi
orang-orang yang terpedaya" [Surah Aali Imran 185]

#Dalam ayat ini Allah swt memperingatkan kita beberapa perkara penting:

1. Setiap yang hidup pasti akan mati

2. Segala amalan kita akan dibalas samada diberi pahala atau diazab.

3. Orang yang berjaya ialah yang dimasukkan ke dalam syurga

4. Kehidupan dunia hanya sementara dan segala kesenangannya tidak akan kekal.

#Ayat ini memahamkan kita bahawa setiap manusia akan mengalami kesudahannya.
Betapa hebat manapun kelazatan dan kenikmatan hidup di dunia ini yang dirasainya,
betapa panjang mana pun umurnya, betapa nikmat mana pun dia memuaskan syahwat
dan meneguk kenikmatan dunia ini, dirinya tetap akan mengalami kesudahan hidup iaitu
KEMATIAN! Itulah kesudahan hidup seseorang di dunia ini. Sesuatu yang tidak dapat
dihindari dan dielakkan.

#Berkata seorang penyair:

‫ُك إبن أنثى وإن طالت سلامته‬
‫یوما عَل أآلة حدبء محمول‬

"Setiap manusia, betapa pun panjang umurnya... Kelak di suatu hari, dirinya akan terusung di atas
keranda".

#Oleh yang demikian, pastikan kita bersedia dengan amal kebaikan, kebajikan,
kebaktian yang terhebat agar melayakkan kita mendiami syurgaNya yang terindah.

‫یَ ۡعلَ ُمو َن َما تَ ۡف َعلُو َن * ِإ دن أ ۡۡ َلۡب َرإ َر لَ ِفی نَ ِعی * َوِإ دن ألۡ ُف دجا َر لَ ِفی َج ِحی‬

"Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan. Sesungguhnya orang-orang yang banyak berbakti,
benar-benar berada di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Dan sesungguhnya orang-orang
yang derhaka, benar-benar berada di dalam neraka" [Surah al-Infithar 12-14]

13
2021

#Bersegeralah beramal dan jangan sesekali lalai dan menangguh-nangguhkan
kebaikan agar kita tidak tergolong dalam golongan yang menyesal. Firman Allah swt:

‫ََ ِك َم ٌة‬ ‫ِإَ دّنَا‬ ‫َل دَ ۤك‬ ‫تَ َر ۡك ُُۚت‬ ‫ِفیَا‬ ‫َصٰـ ِلحا‬ ‫َأ َۡ َع ُل‬ ‫لَ َع َِ ۤل‬ * ‫َر ِب أ ۡر ِج ُعو ِن‬ ‫قَا َل‬ ‫ُهَح ََدوّٰۤتقَۤاِىِإلَُذهَإام ََجوۤاِم َءنَأ ََحو ََردۤإُُُِِِٕهىمألۡبََمۡ ۡروَز ُ ٌتخ‬
‫یَ ۡو ِم یُ ۡب َعثُو َن‬ ‫ِإ ََٰل‬

"Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di

antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia).

"Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku

tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia

sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal

tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat)" [Surah Al-Mu'minun

99-100]

♡Kematian... Suatu ketetapan yang pasti dirasai. Namun, sering dilupakan. Bersedialah
dengan bekalan yang mencukupi agar tidak menjadi satu penyesalan untuk kita. Jom
gandakan amal soleh selagi masih dikurniakan nikmat kehidupan!!♡

14
2021

☆TAZKIRAH 9☆

HINDARI ZINA

‫َو ََل تَ ْق َربُوإ إل ِز ََن م ِإند ُه ََك َن فَا ِح َشة َو َسا َء َس ِبیلا‬

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji
dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)" [Surah al-Isra’ 32]

#Berkata Imam Ibnu Kathir rahimahullah dalam Tafsir al-Azim: "Bahawa Allah swt
melarang para hambaNya daripada melakukan zina dan juga perkara yang membawa
dekat kepada zina seperti sebab-sebab dan seruan-seruannya".

#Jelas maksud “jangan mendekati” dalam al-Quran menunjukkan bahawa semua
perkara yang membawa kepada zina seperti pandangan mata, sentuhan dan
berkhalwat adalah haram dan dijauhi, walaupun dikira sebagai dosa-dosa kecil.

#Saat ini, pergaulan diantara lelaki dan perempuan bukan mahram semakin berleluasa
kebebasannya. Berdua-duaan tanpa mahram, ditempat sunyi, berpegangan tangan,
berpelukan, bertepuk tampar dan bebas bersentuhan. Sedangkan semua perkara ini
bakal mengundang zina dan sudah pun diperingatkan oleh Allah swt dan RasulNya.

#Daripada Sayidina ‘Uqbah bin ‘Amir r.a, Rasulullah saw bersabda: “Tinggalkanlah
olehmu bercampur baur dengan kaum wanita!” (HR al-Bukhari)

#Sabda Nabi saw lagi:

‫َأَ َل َ َل ََ ْيلُ َو دن َر ُج ٌل ِب ْم َرَأة ِإَلد ََك َن ََثِلََثُ َما إل دش ْی َطا ُن‬

"Ketahuilah bahawa tidaklah seorang lelaki dan seorang perempuan itu berdua-duaan melainkan
yang ketiganya adalah syaitan" (HR at-Tirmizi)

#Pesan Nabi saw lagi:

‫ََل ََ ْيلُ َو دن َر ُج ٌل ِب ْم َرَأة ِإ دَل َو َم َع َها ُذو َم ْح َرم‬

"Tidak boleh untuk seorang lelaki itu berdua-duaan dengan seorang perempuan melainkan
bersama-sama dengan perempuan itu mahramnya” (HR Muslim)

#Imam an-Nawawi ketika mensyarahkan hadis di atas menyebut :

‫ِب ْۡ َل ْجنَ ِبید ِة ِم ْن غَ ْ ِی ََثِلث‬ ‫إ ْۡ َل ْجنَ ِ هب‬ ‫َن َوَمَأ َدعماُه َمِإا َذإَم ْ َنخ َلََال‬..‫ك‬.ََ‫َِمبَعِت َفإاْمَِقرَأةإلْ ُِإع دَلَلَماَِوءَم ََعوَهَكا َذَإم لَْحَْور ٌم‬ ‫َر ُج ٌل‬ ‫ََل یَ ْق ُع َد دن‬
‫ِمنْ ُه ِل ِص َغ ِرِه ََكْب ِن َسنَتَ ْی ِن‬ ‫يُ ْس َت َحى‬ ‫َح َرإ ٌم‬ ‫َم َعهُ َما فَ ُه َو‬

.‫َوثَ َلاث َوََ ْن ِو َذِِ َل فَ ِا دن ُو ُجو َد ُه ََكلْ َع َد ِم‬
15

2021

"Janganlah seorang lelaki itu duduk berdua-duaan dengan seorang perempuan melainkan
bersama-sama dengannya mahramnya… Dan sekiranya seorang lelaki ajnabi itu berkhalwat
bersama-sama dengan wanita ajnabiyyah tanpa ada orang yang ketiga maka perbuatan itu adalah
haram secara sepakat para ulamak. Demikianlah juga (hukumnya) jika bersama-sama perempuan
tersebut seseorang yang mereka tidak berasa malu dengannya disebabkan kecilnya dia seperti
seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun atau tiga tahun atau seumpamanya, kerana
wujudnya anak tersebut sama seperti tiada" (al-Minhaj Syarh Sahih Muslim)
♡Wahai kaum lelaki dan wanita, jagalah diri dan ahli keluarga sebaik mungkin serta
tundukan pandangan daripada melihat perkara yang tidak sepatutnya serta pelihara diri
daripada bergaul bebas. Semoga Allah memelihara kita semua daripada terjerumus ke
dalam perkara yang dimurkaiNya. Aamiiin♡

16
2021

☆TAZKIRAH 10☆

FITNAH BESAR

‫ِإند ُهۥ‬ ‫أّ دل ِمل‬ ‫َم َعا َذ‬ ‫قَا َل‬ ‫َِ َُۚل‬ ‫ٰ َب َوقَالَ ۡت َه ۡی َت‬ ‫بَيۡ ِِتَا َعن ند ۡف ِس ِهۦ َوغَلد َق ِت أ ۡۡ َلبۡ َو‬ ‫ِِف‬ ‫ُه َو‬ ‫أل د َِّت‬ ‫ٰ َو َدتۡ ُه‬ ‫َو َر‬
‫یُ ۡف ِل ُح أل دظٰـ ِل ُمو َن‬ ‫َر ِّۤب َأ ۡح َس َن َمثۡ َوإ َمی ِإند ُهۥ ََل‬

"Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf
berkehendakkan dirinya; dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: "Marilah ke
mari, aku bersedia untukmu". Yusuf menjawab: "Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan
yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memeliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya
orang-orang yang zalim tidak akan berjaya" [Surah Yusuf 23]

#Ayat ini mengisahkan berkaitan godaan wanita bangsawan kepada lelaki yang
rupawan. Kisah cubaan isteri pembesar Mesir menggoda Nabi Yusuf Alaihissalam untuk
melakukan kekejian, namun dengan keteguhan iman, Nabi Yusuf Alaihissalam menolak
godaan tersebut dengan mengatakan: "Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan
yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memeliharaku dengan sebaik-baiknya".

#Berhati-hatilah dengan godaan dan fitnah wanita kerana ia merupakan di antara fitnah
yang terawal di kalangan Bani Israel. Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a bahawa Rasulullah
saw bersabda:

‫فَاتد ُقوإ إَّهلنْ َیا َوإتد ُقوإ إل ِن َسا َء فَ ِا دن َأ دو َل ِف ْتنَ ِة بَِِن ِإ ْْ َسإ ِئی َل ََكنَ ْت ِِف إل ِن َسا ِء‬

"Berhati-hatilah dengan dunia dan berhati-hatilah dengan (fitnah) wanita. Sesungguhnya fitnah
terawal yang berlaku pada golongan Bani Israil adalah pada wanita” (HR Muslim)

#Selain itu, baginda saw mengingatkan bahawa kaum wanita merupakan fitnah bagi
kaum lelaki. Daripada Sayidina Usamah bin Zaid r.a, bahawa Nabi saw bersabda:

‫َما تَ َر ْك ُت بَ ْع ِدي ِف ْتنَة َأ ََ دض عَ ََل إل ِر َجا ِل ِم َن إل ِن َسا ِء‬

“Tidak aku tinggalkan selepas daripadaku yang lebih berbahaya ke atas kaum lelaki daripada
wanita" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Menurut Syeikh Abdullah al-Talidi, hadis ini bermaksud selepas daripada kewafatan Nabi
saw, fitnah yang paling bahaya ditinggalkan oleh Rasulullah saw adalah fitnah wanita
iaitu Allah swt menjadikan wanita apabila dilihat akan menimbulkan syahwat dan kaum
lelaki mudah tergoda dengan mereka. Untuk itu, fitnah wanita adalah fitnah yang paling
besar kerana pada dirinya semua fitnah seperti suaranya, rupa parasnya, pergerakannya

17
2021

dan sebagainya. Disebabkan itu, Rasulullah saw berpesan kepada kaum lelaki supaya
mereka berhati-hati atau menjauhkan diri daripada melihat wanita ini (yang bukan
mahramnya), berdua-duan dengannya, bercampur dengan mereka dan
seumpamanya. Hal ini, diperakui oleh Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani bahawa wanita
adalah fitnah yang paling bahaya berbanding selain daripada mereka". (Lihat: Jawahir
al-Bihar)
#Sentiasalah berdoa dengan doa yang dilantunkan oleh Nabi Yusuf Alaihissalam dan
juga doa di bawah ini:

‫َإللدهُ دم ِإَدن نَ ُعو ُذ ِب َك ِم ْن ِف ْتنَ ِة إل ِن َسا ِء‬

"Ya Allah kami berlindung denganMu daripada fitnah wanita".
♡Marilah kita kukuhkan iman dan sentiasa panjatkan doa agar Allah swt selamatkan kita
daripada fitnah dan godaan wanita. Semoga kita sentiasa dalam perlindungan dan
keselamatan Allah swt. Aamiiin♡

18
2021

☆TAZKIRAH 11☆

BERSEDEKAH

‫ِإ دن ألۡ ُم دص ِد ِقی َن َوألۡ ُم دص ِدقَٰـ ِت َوَأ ۡق َر ُضو۟إ أّ دلَل قَ ۡرضا َح َسنا یُ َضٰـ َع ُف لَ ُه ۡم َولَهُ ۡم َأ ۡج ٌر َك ِر ٌی‬

"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang
bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik
(ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula
akan beroleh pahala yang mulia" [Surah al-Hadid 18]

#Allah swt menyatakan bahawa sesiapa yang menafkahkan sebahagian daripada
hartanya dengan sukarela tanpa disertai dengan mengungkit-ungkit pemberiannya dan
tidak menyakiti perasaan orang yang menerima, maka pahala amal perbuatan itu dilipat
gandakan sepuluh kali ganda sehingga tujuh ratus kali ganda dan lebih daripada itu. Di
samping itu, mereka akan memperoleh balasan yang terbaik di sisi Allah, iaitu balasan
Syurga.
#Rasulullah saw bersabda:

‫َما نَ َق َص َما ُل َع ْبد ِم ْن َص َدقَة‬

“Harta seorang hamba tidak akan berkurang kerana sedekah” (HR at-Tirmizi)

#Harta yang disedekahkan bukan sahaja tidak berkurang malah akan bertambah
berkat. Berkata Syaikh Muhammad al-Mubarakfuri rahimahullah dalam Tuhfatul Ahwazi:

‫تصدق ِبا منه بل یبارك ُل فیه‬

“Harta yang disedekahkan akan diberkati (diberikan kebaikan yang banyak)".

#Jom menabung dengan memperbanyakkan bersedekah di jalan Allah swt.

#Berkata Sayidina Abdullah bin Mas’ud r.a:

‫َم ِن إ ْس َت َطا َع ِمنُُْ ْك َأ ْن ََ ْی َع َل َك ْْ َنُه ِِف إل دس َما ِء َح ْی ُث َ َل یَأْ َُ ُك ُه إل هس ْو ُس َوَ َل یَنَا ُُُل إلَهّ دسإ ُق‬
‫ فَ ِان قَلْ َب إل در ُج ِل َم َع َك ْْ ِنِه‬،‫فَلْ َی ْف َع ْل‬

“Barangsiapa yang mampu untuk menyimpan harta simpanannya di langit, sehingga tidak
dimakan oleh ulat dan tidak pula dapat disentuh oleh para pencuri, maka lakukanlah. Kerana hati
seseorang bersama harta simpanannya".

*Maksud menyimpan harta di langit iaitu menginfakkannya di jalan Allah swt iaitu berupa
sedekah, infaq, wakaf, dan sebagainya.

♡Bersedekahlah pada setiap hari sebagai pelaburan akhirat kita. Semoga kita ditabalkan
sebagai jutawan di akhirat kelak dengan ganjaran yang melimpah-limpah. Aamiiin♡

19
2021

☆TAZKIRAH 12☆
BERSYUKUR

‫َوأ ۡش ُك ُرو۟إ ِّ دل ِل ِإن ُكن ُُ ۡت ِإَدّی ُه تَ ۡع ُب ُدو َن‬

"Dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya" [Surah al-Baqarah
172]
#Disebut dalam Hasyiyah al-Syabramalisi: "Syukur pada istilah ialah seorang hamba
menggunakan semua nikmat kurniaan Allah kepadanya untuk mentaatiNya".
#Berkata Muhammad bin Ka'ab al-Qurazhi rahimahullah: “Syukur adalah takwa kepada
Allah swt dan beramal soleh.
#Berkata Abu Abdur Rahman al-Hubuli rahimahullah: “Solat adalah syukur, puasa adalah
syukur dan setiap kebaikan yang dikerjakan kerana Allah swt adalah syukur. Seafdhal-
afhal syukur adalah pujian".
#Hendaklah kita sentiasa memperbanyakkan memuji Allah swt di atas segala nikmat
yang telah dikurniakan kepada kita. Ini sebagaimana ungkapan Nabi Sulaiman
Alaihissalam yang Allah rakamkan di dalam al-Quran:

‫َهٰـ َذإ ِمن فَ ْض ِل َر ِِب ِل َی ْبلُ َو ِِن َأ َأ ْش ُك ُر َأ ْم َأ ْك ُف ُر‬

“Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak
mengenangkan nikmat pemberianNya" [Surah al-Naml 40]

♡Bersyukurkah kita?? Semoga Allah swt menjadikan kita daripada kalangan hamba-
hambaNya yang bersyukur. Aamiiin♡

20
2021

☆TAZKIRAH 13☆

ALLAH PEMBERI RAHMAT

‫نَِِ ْب ِع َبا ِدي َأ ِِن َأ ََن إلْ َغ ُفو ُر إل در ِح ُی‬

"Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu (wahai Muhammad), bahawa Akulah Yang Maha
Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh)" [Surah al-
Hijr 49]

#Syeikh al-Maraghi menyebut dalam mentafsirkan ayat ini: “(Maksudnya), wahai Rasul!

Khabarkan kepada sekalian hambaKu, sesungguhnya Akulah yang akan menghapuskan

segala dosa mereka, sekiranya mereka bertaubat dan kembali kepadaKu. Maksudnya

tidak membuka keaiban mereka dan tidak menyeksa mereka kerananya, dan

sesungguhnya Aku Maha Penyayang terhadap mereka daripada mengazabkan mereka

setelah mereka bertaubat daripada dosa.

‫نَ ِِ ْب ِع َبا ِدي‬Dalam firmanNya: “” (Wahai Rasul! Khabarkan kepada sekalian hambaKu),

terdapat petunjuk bahawa rasul memberi khabar gembira kepada setiap orang yang

mahu mengakui ‘Ubudiyyahnya (kehambaannya) kepada Allah swt, maka termasuk di

dalam golongan orang mukmin yang taat dan yang bermaksiat. Di sini nampak jelas,

bahawa aspek rahmat Allah swt dapat mengalahkan aspek seksaanNya" (Lihat Tafsir al-

Maraghi)

#Imam Ibnu Jarir at-Tabari dalam Jami’ al-Bayan meriwayatkan bahawa Sayidina Abdullah bin
Mas’ud r.a berkata: “Umat ini terbahagi kepada tiga bahagian pada hari Kiamat. 1/3 akan masuk
syurga tanpa hisab, 1/3 yang lain akan dihisab dengan hisab yang mudah dan 1/3 yang lain datang
dengan dosa yang banyak sehingga Allah berfirman: “Siapa mereka?” dan Dia Maha Mengetahui,
maka malaikat menjawab: “Mereka datang dengan membawa dosa yang banyak. Hanya sahaja
mereka tidak menyekutukanMu (mensyirikkanMu) dengan sesuatu". Maka Allah berfirman:
“Masukkan mereka ke dalam luasnya rahmatKu".

#Ini memberi faham kepada kita bahawa bahawa Allah swt mengampuni semua dosa
bagi sesiapa yang bertaubat daripada dosa-dosa itu, walau apapun dosa yang dia
lakukan, walau besar mana sekalipun, walaupun ia sebanyak buih di lautan. Namun
tidaklah diampuni bagi mereka yang tidak bertaubat. Hal ini kerana dosa syirik tidak
diampuni bagi sesiapa yang tidak bertaubat daripadanya. Dosa syirik hanya diampuni
jika bertaubat. Maha luas rahmat dan ruang pengampunan yang Allah sediakan kepada
hambaNya.

♡Justeru, dengan bertaubat kepada Allah, sebesar mana dosa kita pun, selain daripada
dosa syirik, maka Allah swt Maha Pengampun akan mengampuni segala dosa
hambaNya. Bertaubatlah!!♡

21
2021

☆TAZKIRAH 14☆
ALLAH MAHA PENGAMPUN

‫َوِّ دل ِل َما ِِف أل دس َمٰـ َو ٰ ِت َو َما ِِف أ ۡۡ َل ۡر ُِۚض یَ ۡغ ِف ُر ِل َمن يَ َش ۤا ُء َویُ َع ِذ ُب َمن يَ َش ۤا ُُۚء َوأّ دلُل غَ ُفو ٌر در ِح ٌی‬

"Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ia mengampunkan sesiapa
yang dikehendakiNya, dan dia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah), Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani" [Surah Aali Imran 129]

#Ayat ini menunjukkan bahawa Allah swt mengampunkan sesiapa sahaja yang

dikehendakiNya asalkan tidak mati dalam keadaan syirik. Hal ini kerana dosa syirik

termasuk dalam dosa yang tidak diampuni.

‫أ ۡف ََ َت ٰۤى‬ ‫فَ َق ِد‬ ‫ِبأّ دل ِل‬ ‫يُ ۡۡ ِش ۡك‬ ‫َو َمن‬ ‫يَ َش ۤا ُُۚء‬ ‫ِل َمن‬ ‫ُدو َن َذ ٰ ِِ َل‬ ‫َما‬ ‫َویَ ۡغ ِف ُر‬ ‫ِب ِهۦ‬ ‫يُ ۡۡ َش َك‬ ‫َأن‬ ‫یَ ۡغ ِف ُر‬ ‫ََل‬ ‫أّ دلَل‬ ‫ِإ دن‬
‫ِإثۡما َع ِظیا‬

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan
sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang
dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan
sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar" [Surah an-Nisa' 48]

#Selain dosa syirik, akan diampunkan Allah jika Allah kehendaki. Jika tidak diampuni
maka akan diazab. Segalanya adalah dibawah kehendakNya.

#Berkata Imam Ahmad bin Hambal rahimahullah: “Siapa saja yang bertemu Allah dalam
keadaan masih terus-menerus melakukan dosa dan belum bertaubat darinya, yang dosa
tersebut membuat dia berhak untuk diazab, maka perkaranya tergantung kepada Allah.
Jika Allah ingin, maka Allah azab dia. Jika Allah ingin, maka Allah akan ampuni dia”.

#Diantara kisah masyhur tentang pengampunan Allah terhadap orang yang melakukan

dosa besar ialah berkaitan hadis dibawah ini:

‫ِمفَثِْا َذُلإ‬ ‫ُ دث َخ َر َج‬ ‫ِفۡیَا فَ َۡ ِش َب‬ ‫إلْ َع َط ُش فَ َو َج َد ِب ْْئإ فَ َْ َن َل‬ ‫َت دد عَلَ ْی ِه‬ ‫ِب َط ِریق إ ْش‬ ‫بَيْنَ َما َر ُج ٌل یَ ْم ِِش‬
‫إلْ َع َط ِش‬ ‫إْلََ ْك َب ِم ْن‬ ‫فَ َقا َل إل در ُج ُل لَ َق ْد بَلَ َغ َه َذإ‬ ‫إلْ َع َط ِش‬ ‫إلّدََثى ِم ْن‬ ‫ََ ْك ٌب یَلْ َه ُث یَأْ ُُ ُك‬

‫إَدِّلي ََك َن بَلَ َغ ِِب فَ َْ َن َل إلْ ِب ْْ َئ فَ َم َ َل ُخفد ُه ُ دث َأ ْم َس َك ُه ِب ِفی ِه فَ َس َقى إ ْلََ ْك َب فَ َش َك َر إّ دلُل َُُل فَ َغ َف َر َُُل‬

‫قَالُوإ ََّی َر ُسو َل إّ دل ِل َوِإ دن لَنَا ِِف إلََْبَا ِِ ِئ َأ ْجرإ فَ َقا َل نَ َع ْم ِِف ُُ ِك َذإ ِت َك ِبد َر ْط َبة َأ ْج ٌر‬

22
2021

“Ada seorang lelaki berjalan di sebatang jalan, dia merasa sangat kehausan. Lalu dia menemukan
sebuah perigi. Dia turun ke dalam perigi tersebut, lalu meminum airnya kemudian keluar. Tiba-
tiba ada seekor anjing yang menjulurkan lidahnya dan menjilat debu kerana kehausan. Lelaki
tersebut berkata: "Anjing ini sangat kehausan seperti yang aku rasakan". Lalu dia turun lagi ke
dalam telaga dan memenuhi khufnya (kasutnya) dengan air. Lalu dia menggigitnya dengan
mulutnya agar dapat naik dan memberi minum anjing tersebut. Maka Allah pun memberi balasan
pahala baginya dan mengampuni dosanya”. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah
kita akan mendapat pahala jika berbuat baik kepada binatang ternak kami?” Rasulullah saw
menjawab: “Tentu, setiap kebaikan kepada makhluk yang bernyawa, ada pahalanya” (HR al-
Bukhari dan Muslim)
#Berkata Imam Ibnu Mulaqqin rahimahullah:

‫ وأن الله یتجاوز عن إلكبیة بلعمل‬،‫دَللة عَل قبول َعل إلمرتكب إلكبائر من إلمسلمین‬
‫إليسی من إلخی؛ تفضلا منه‬

“Hadis ini adalah dalil tentang tetap diterimanya amalan kaum Muslimin yang melakukan dosa
besar. Dan bahawasanya Allah memaafkan dosa besar kerana sebab pelakunya melakukan amalan
kebaikan yang sederhana. Sebagai bentuk kurniaan dari Allah”.
♡Yakinilah bahawa Allah Tuhan yang sentiasa mengampuni hamba-hambaNya.
Sentiasalah kita memohon keampunan serta menjauhi perkara yang membawa kepada
dosa. Moga Allah ampuni kita dan menerima taubat kita. Aamiiin♡

23
2021

☆TAZKIRAH 15☆

KELEBIHAN BERSEDEKAH

‫َو َم ۤا َأن َف ۡق ُُت ِمن ََ ۡشء فَهُ َو َُ ۡي ِل ُف ُهۥم َو ُه َو َخ ۡ ُی أل در ٰ ِزِقی َن‬

"Dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-
baik Pemberi rezeki" [Surah Saba' 39]

#Allah swt memberi jaminan kelapangan rezeki dan juga jaminan akan menggantikan
sedekah tersebut bagi sesiapa yang bersedekah demi mencari keredhaan Allah swt.

#Inilah kehebatan dan keutamaan bersedekah. Bahkan sedekah dapat mengampuni
dosa serta beroleh kebaikan disisi Allah.

#Dari Sayidina Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda:

‫ُغ ِف َر َِل ْم َرَأة ُموِم َسة َم در ْت ِبََ ْكب عَ ََل َرْأ ِس َرِك یَلْهَ ُث قَا َل ََك َد یَ ْق ُت ُُ ُل إلْ َع َط ُش فَ َْ َن َع ْت ُخفدهَا‬
‫فَأَ ْوثَ َق ْت ُه ِِ ِب َما ِر َها فَ َْ َن َع ْت َُُل ِم ْن إلْ َما ِء فَ ُغ ِف َر لَهَا ِب َذِِ َل‬

“Seorang wanita pezina diampuni oleh Allah. Dia melewati seekor anjing yang menjulurkan
lidahnya di sisi sebuah perigi. Anjing itu hampir saja mati kehausan. Si wanita pelacur tersebut
lalu mencabut kasutnya, dan dengan penutup kepalanya. Lalu dia mengambilkan air untuk anjing
tersebut. Dengan sebab perbuatannya ini, dia mendapatkan ampunan dari Allah” (HR al-Bukhari
dan Muslim)

#Berkata Syeikh Mustafa al-Adawi hafizahullah:

‫ أَل ترى أن أصحاب إلنار سألوإ أهل إلجنة فقالوإ‬.‫و من أفضل إلصدقات إلجاریة سقیا إلماء‬
‫ وهذإ أیضا ِف فضل سقیا إلماء‬.‫ َأ ِفی ُضوإ عَلَ ْینَا ِم َن إلْ َما ِء َأ ْو ِم دما َر َزقَُُ ُك إّدلُل‬:

“Dan di antara sedekah jariah yang paling utama adalah memberi sedekah air minum. Tidakkah
anda melihat bahawa penghuni neraka meminta minuman kepada penghuni syurga. Mereka
(penghuni neraka) berkata: "Limpahkanlah kepada kami sedikit dari air atau dari rezeki (makanan)
yang telah dikurniakan Allah kepada kamu" (Surah al-A’raf 50). Dan hadis ini juga menunjukkan
keutamaan sedekah air minum".

#Berkata Syeikh Zakariya al-Anshari rahimahullah: "Dalam hadis ini terdapat motivasi untuk
berbuat kebaikan kepada manusia. Kerana orang tersebut mendapatkan ampunan kerana
memberikan minum seekor anjing. Maka memberikan minum kepada seorang Muslim lebih besar
lagi pahalanya”.

♡Jom bersedekah. Bantulah mereka yang memerlukan. Semoga Allah melapangkan
rezeki kita, menggantikan setiap pemberian kita dan mengampuni dosa kita. Aamiiin♡

24
2021

☆TAZKIRAH 16☆

MENJAGA SOLAT

‫ِب َما‬ ‫أّ دلَل‬ ‫ِإ دن‬ ‫أّ دلِۗل‬ ‫ِعن َد‬ ‫ََ ِت ُدو ُه‬ ‫َخ ۡی‬ ‫تُ َق ِد ُمو۟إ ِۡ َلن ُف ِسُُك ِم ۡن‬ ‫َو َما‬ ‫أل دز َك ٰو َُۚة‬ ‫َو َءإتُو۟إ‬ ‫أل دصلَ ٰو َة‬ ‫َوَأ ِقیُو۟إ‬
‫تَ ۡع َملُو َن بَ ِص ٌی‬

"Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu
dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi
Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan" [Surah al-Baqarah 110]

#Solat merupakan amalan utama yang diwajibkan oleh Allah kepada hamba-
hambaNya untuk dilaksanakan sebanyak lima kali dalam sehari semalam selagi nyawa
dikandung badan.

#Barangsiapa yang memelihara solatnya dengan baik, diberi perhatian yang lebih,
sentiasa memelihara kualitinya, dikerjakan pada waktunya, menjaga syarat, rukun, sunat
dan wajibnya, maka di hari kiamat dia akan dipermudahkan hisab oleh Allah swt.

#Manakala orang yang semasa hidupnya meremehkan solat, tidak memberi perhatian

tentang solat, tidak bersungguh-sungguh mengerjakannya, tidak menjaga syarat, rukun,

sunat dan wajib solatnya, maka di hari kiamat dia akan mendapati suasana yang sukar

lagi sulit baginya.

#Daripada Huraits bin Qabishah Rahimahullah berkata: “Aku mendatangi kota Madinah dan
meminta kepada Allah agar memberiku teman yang soleh, lalu aku duduk dengan Sayidina Abu
Hurairah r.a dan aku berkata kepadanya: "Wahai Abu Hurairah, aku telah meminta kepada Allah
‘Azza wa Jalla agar mengurniakan kepadaku teman yang soleh, maka ajarilah aku sebuah hadis
yang pernah kamu dengar dari Rasulullah, semoga Allah memberiku manfaat dengan hadis
tersebut. Sayyidina Abu Hurairah r.a berkata: "Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:

‫ِإ دن َأ دو َل َما ُُ َیا َس ُب ِب ِه إلْ َع ْب ُد یَ ْو َمفَإلْ َِقسیَ َادَم ِْةت ِمفَ َْقن ْدََ َعَخُِاِل َ َبص َلواَتُخ ُهَِّفَ ِسا ْن َصلُ َح ْت فَ َق ْد َأ ْفلَ َح َوَأ ْْ َن َح َوِإ ْن‬

"Sesungguhnya amalan seorang hamba yang pertama kali akan dihisab (dihitung) pada hari kiamat
adalah solat. Apabila solatnya bagus, maka sungguh dia telah beruntung dan berjaya. (Namun)
sebaliknya, bila solatnya rosak, maka dia akan celaka dan rugi’” (HR at-Tirmizi dan an-Nasa’i)

♡Solatlah dengan sebaik-baiknya dan paling sempurna. Bagus atau tidak solat seseorang
itu akan menyebabkan keuntungan atau kerugian untuknya di hari kiamat kelak. Jom
solat sempurna!!♡

25
2021

☆TAZKIRAH 17☆

KEUTAMAAN SOLAT

‫َوَأ ِقیُو۟إ أل دصلَ ٰو َة َو َءإتُو۟إ أل دز َك ٰو َة َوَأ ِطی ُعو۟إ أل در ُسو َل لَ َعلدُُ ۡك تُ ۡرَۡ ُحو َن‬

"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Rasul Allah;
supaya kamu beroleh rahmat" [Surah an-Nur 56]

#Perintah mendirikan solat merupakan satu perintah besar dan utama untuk
dilaksanakan oleh seluruh umat Islam. Perintah ini merupakan perintah wajib dan
dijanjikan ancaman azab bagi sesiapa yang mengabaikannya.

#Bahkan Allah swt menyatakan bahawa orang yang sentiasa sujud (solat) kepadaNya
tergolong dikalangan orang yang berjaya didunia dan di akhirat.

‫یَٰۤـأَُهّیَا أَدِّلی َن َءإ َمنُو۟إ أ ۡر َك ُعو۟إ َوأ ۡۡ ُس ُدو۟إ َوأ ۡع ُب ُدو۟إ َربدُُ ۡك َوأ ۡف َعلُو۟إ ألۡ َخ ۡ َی لَ َعلدُُ ۡك تُ ۡف ِل ُحو َن‬

"Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan
beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal
kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)" [Surah al-Hajj 77]

#Besarnya nilai solat dapat juga dilihat pada wasiat terakhir baginda Rasulullah saw
sebelum wafat. Berkata Sayidina Ali r.a, ucapan terakhir Rasulullah saw adalah:

‫ إتد ُقوإ إّ دلَل ِفیَا َملَ َك ْت َأیْ َمانُُُ ْك‬،‫إل دص َلا َة إل دص َلا َة‬

“(Dirikanlah) solat, (Dirikanlah) solat. Dan takutlah kalian kepada Allah atas hak-hak hamba sahaya
kalian” (HR Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)

#Daripada Sayidatina Ummu Salamah r.ha mengatakan:

،‫ َو َما َملَ َك ْت َأیْ َمانُُُ ْك‬،‫ إل دص َلا َة إل دص َلا َة‬:‫ََك َن ِم ْن أآ ِخ ِر َو ِص دی ِة َر ُسو ِل اللِه َص دَل اللُه عَلَ ْی ِه َو َسَدَل‬
‫ َو َما یَ ِفی ُص ِِبَا ِل َسانُ ُه‬،‫َحَدّت َج َع َل نَِ هب اللِه َص دَل اللُه عَلَ ْی ِه َو َسَدَل یُلَ ْج ِل ُج َها ِِف َص ْد ِرِه‬

“Sesungguhnya wasiat terakhir Rasulullah saw menjelang wafat adalah: "Jagalah solat serta
perhatikanlah hamba sahaya kalian". Baginda terus-menerus mengulang perkataan tersebut dan
lisan baginda tidak berhenti.” (HR Ahmad dan an-Nasaie)

♡Ini jelas menunjukkan betapa tingginya kedudukan solat dalam Islam dan betapa besar
perhatian Nabi saw dalam isu berkaitan pemeliharaan solat. Pastikan seluruh ahli
keluarga kita menunaikan solat dengan sempurna!!♡

26
2021

☆TAZKIRAH 18☆

KERUGIAN BESAR

‫َما َسلَ َكُُ ۡك ِِف َس َق َر * قَالُو۟إ لَ ۡم نَ ُك ِم َن ألۡ ُم َص ِلی َن‬

(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan
kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?". Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak
termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang" [Surah al-Muddaththir
42-43]

#Penyebab seseorang dimasukkan ke dalam neraka ialah kerana tidak solat. Inilah
seburuk-buruk tempat yang disediakan kepada orang yang tidak sujud kepada Allah swt.

#Berkata Sayidina Umar bin al-Khattab r.a:

‫َل إسلام لمن ترك إلصلاة‬

“Tidak ada Islam bagi orang yang meninggalkan solat.”
#Beliau berkata lagi:

‫َل حظ ِف إَلسلام لمن ترك إلصلاة‬

"Seseorang itu tidak akan bernasib baik di dalam Islam jika dia meninggalkan solat.”

#Berkata Said bin Musayyib rahimahullah: “Maksud ‘meninggalkan solat’ adalah
seseorang yang yang tidak solat zohor kecuali sehingga datangnya waktu asar, dan tidak
solar asar sehingga datangnya waktu maghrib, dan tidak solat maghrib sehingga
datangnya waktu isyak dan tidak solat isyak sehingga datangnya waktu fajar solat
subuh, kemudian tidak menunaikan solat subuh sehingga terbitnya matahari. Maka
sesiapa yang mati di atas cara yang sedemikian itu dan tidak bertaubat (sebelum
matinya), maka Allah swt akan meletakkannya sebagai orang yang berdosa, dan kerana
itu juga dia akan dimasukkan ke dalam neraka jahannam pada bahagian yang paling
dalam sekali.

♡Dirikanlah solat dan istiqamah menunaikannya, semoga kita tidak tergolong di
kalangan ahli neraka. Aamiiin♡

27
2021

☆TAZKIRAH 19☆

TAUBAT DAN SOLAT

‫َو َظ دن َدإ ُوۥ ُد َأند َما فَتَندٰـ ُه فَأ ۡس َت ۡغ َف َر َربد ُهۥ َو َخ در َرإ ِكعا َوَأ ََن َب‬

"Dan Nabi Daud (setelah berfikir sejurus), mengetahui sebenarnya Kami telah mengujinya (dengan
peristiwa itu), lalu ia memohon ampun kepada Tuhannya sambil merebahkan dirinya sujud, serta
ia rujuk kembali (bertaubat)" [Surah Sad 24]

#Allah swt merakamkan kisah bilamana Nabi Daud Alaihissalam melakukan suatu
kesalahan dan ingin bertaubat, maka baginda memulakan taubatnya dengan
beristighfar dan mendirikan solat.

#Para nabi dan rasul, walaupun mereka maksum yakni terpelihara daripada dosa,
namun mereka tetap bertaubat dan sentiasa sujud kepada Allah (solat).

#Ini mengajar kita yang sentiasa melakukan dosa agar sentiasa bertaubat dan
melazimkan diri dengan ibadah solat.

#Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a berkata:

Aku mendengar Rasulullah saw bersabda:

‫إِّدإلَََللِإَأآلد ِخغَِرَف َإرۡلآإیَّدِةلُل‬ ‫إل هط ُهو َر ُ دث یَ ُقو ُم فَ ُی َص ِّل َر ْك َع َت ْی ِن ُ دث يَ ْس َت ْغ ِف ُر‬ ‫َع ْبد یُ ْذِن ُب َذنْبا فَ ُی ْح ِس ُن‬ ‫َما ِم ْن‬
‫فَ َعلُوإ فَا ِح َشة َأ ْو َظلَ ُموإ َأنْ ُف َسهُ ْم َذ َك ُروإ إّ دلَل‬ ‫قَ َرَأ َه ِذ ِه إۡلآیَ َة َوإَدِّلی َن ِإ َذإ‬ ‫َُُل ُ دث‬

"Tidak ada seorang hamba yang melakukan satu dosa, lalu dia memperelokkan dalam bersuci dan
dia kemudiannya bangun lalu mengerjakan solat dua rakaat dan memohon keampunan kepada
Allah melainkan Allah akan mengampunkan dosanya. Kemudian dia membaca ayat ini:

‫َوإَدِّلی َن ِإ َذإ فَ َعلُوإ فَا ِح َشة َأ ْو َظلَ ُموإ َأنْ ُف َسهُ ْم َذ َك ُروإ إّدلَل‬

"Dan mereka yang apabila melakukan satu dosa atau menzalimi diri mereka kemudian mereka

mengingati Allah" [Surah Aali Imran 135] "(HR Abu Dawud)

#Al-Quran dan petunjuk Nabi saw memberikan cara untuk seseorang yang telah
melakukan dosa itu membersihkan diri mereka dari perbuatan tersebut. Iaitu dengan
cara mengambil wuduk dengan sempurna, kemudian menunaikan solat dua rakaat dan
dituruti dengan istighfar kepada Allah swt.

♡Jom perbanyakkan taubat dan solat. Semoga dosa-dosa kita diampunkan Allah swt.
Aamiin♡

28
2021

☆TAZKIRAH 20☆

PELIHARA DIRI DAN KELUARGA DALAM BERSOLAT

‫دربدنَ ۤا ِإ ِّۤن َأ ۡس َكن ُت ِمن ُذ ِریدَِّت ِب َوإد غَ ۡ ِی ِذی َزۡرع ِعن َد بَيۡ ِت َك ألۡ ُم َح در ِم َربدنَا ِل ُی ِقیُو۟إ أل دصلَ ٰو َة‬

"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku
di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang
diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka
mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat)..." [Surah Ibrahim 37]

#Ketika mana baginda Nabi Ibrahim Alaihissalam meninggalkan isterinya Hajar dan juga
anaknya Nabi Ismail Alaihissalaam di satu lembah yang tidak ada seorang manusia pun
di sana yakni di bumi Mekah. Kemudian Nabi Ibrahim Alaihissalam berdoa kepada Allah
swt dengan doa sebagaimana di dalam ayat diatas.

#Di antara intipati permohonan doa baginda Nabi Ibrahim Alaihissalam kepada Allah swt
ialah agar keturunannya sentiasa mendirikan solat dan memakmurkan tempat tersebut
dengan amal ibadah yang lain.

#Allah swt merakamkan satu lagi doa Nabi Ibrahim Alaihissalam di dalam al-Quran:

‫َر ِب إ ْج َعلْ ِِن ُم ِق َی إل دصل َا ِة َوِمن ُذ ِریدِِت َربدنَا َوتَ َقبد ْل ُدعَاء‬

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga
zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku” [Surah Ibrahim 40]

#Baginda tidak menyebutkan amalan lain yang utama selain solat. Hal ini menunjukkan
bahawa tidak ada amalan yang lebih afdhal dibandingkan dengan solat, juga tidak ada
amalan yang setanding dengannya.

#Daripada Sayidina Muaz bin Jabal r.a, bahawa Nabi saw bersabda:

‫ َو ِذ ْر َو ُة َسنَا ِم ِه إل ِج َها ُد‬،‫ َوََ ُعو ُد ُه إل دص َلا ُة‬،‫َرْأ ُس إۡ َل ْم ِر إَ ِل ْس َلا ُم‬

“Pokok segala urusan adalah Islam, tiangnya adalah solat dan kemuncaknya adalah berjihad” (HR
at-Tirmizi. Hasan sahih)

#Daripada Sayidina Abdullah bin Umar r.a, beliau berkata bahawa telah datang seorang
lelaki kepada Rasulullah saw lalu bertanya apakah perkara yang paling disukai oleh Allah
swt di dalam Islam? Nabi saw bersabda:

29
2021

‫ َوإل دص َلا ُة َِ َعا ُد إَِّلی ِن‬،‫ َو َم ْن تَ َر َك إل دص َلا َة فَ َلا ِدی َن َُُل‬،‫إل دص َلا ُة ِل َو ْق ِِتَا‬

“Solat pada waktunya, barangsiapa yang meninggalkan solat maka tiadalah agama baginya dan
solat itu merupakan tiang agama” (HR al-Baihaqi. Dhaif)
♡Pastikan kita, anak cucu cicit kita dan seluruh keturunan kita terdiri daripada kalangan
hamba Allah yang sangat mengambil berat tentang solat. Sentiasalah berdoa kepada
Allah swt sebagaimana permohonan Nabi Ibrahim Alaihissalam♡

30
2021

☆TAZKIRAH 21☆
KEISTIMEWAAN AL QURAN

‫ِك َتا ٌب َأن َزلْنَا ُه ِإلَ ْی َك ُم َبا َر ٌك ِل َی ددبد ُروإ أآََّی ِت ِه َوِل َی َت َذكد َر ُأولُو إ ْۡ َللْ َبا ِب‬

"Al-Quran ini adalah sebuah kitab yang kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya
mereka memerhatikan ayat-ayatNya, dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang
mempunyai fikiran"[Surah Saad 29]

#Di antara matlamat al-Quran diturunkan bukan sekadar untuk dibaca bahkan Allah
menyeru seluruh hambanya untuk menghayati intipati al-Quran agar beroleh pelajaran
dan pengajaran daripadanya.

#Selain itu, terdapat ganjaran teristimewa bagi sesiapa yang mempelajari serta
mengamalkan isi kandungan al-Quran dalam kehidupannya.

#Sabda Rasulullah saw: “Sesiapa yang membaca al-Quran dan mempelajarinya serta beramal
dengannya, dipakaikan kedua ibu bapanya mahkota daripada cahaya yang sinarnya seperti sinar
matahari. Dipakaikan kedua-duanya pakaian yang tidak pernah mereka pakai di dunia!” Kedua-
duanya bertanya: ”Apakah yang menyebabkan kami dipakaikan dengan pakaian ini?” Lalu
dijelaskan kepada mereka: “Dengan sebab anakmu mengambil al-Quran (membaca, mempelajari
dan mengamalkannya)” (HR al-Hakim. Beliau berkata hadis ini sahih menurut syarat-syarat Imam
Muslim)

♡Jadikan al-Quran sebagai bacaan dan penghayatan utama dalam keluarga kita.
Pelajari dan beramallah dengan perintah al-Quran agar kita dapat membahagiakan
kedua ibubapa kita di akhirat kelak♡

31
2021

☆TAZKIRAH 22☆
TAQWA KEPADA ALLAH

‫ِإ دن أَدِّلی َن ََ ۡي َش ۡو َن َرِد ُبم ِبألۡ َغ ۡی ِب لَ ُهم دم ۡغ ِف َرٌة َوَأ ۡج ٌر َك ِب ٌی‬

"Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak
dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan
pahala yang besar" [Surah al-Mulk 12]

#Ayat ini menjadi bukti bahawa rasa takut kepada Allah swt, takut melanggar perintah
Allah merupakan satu ibadah.

#Allah swt mengatakan bahawa orang yang takut kepadaNya, takut melanggar
perintahNya, takut melakukan kemaksiatan akan dikurniakan keampunan dan diberikan
pahala yang besar.

#Keampunan dan pahala yang dijanjikan Allah swt tidak akan diberikan kepada orang
yang tidak dicintaiNya. Rasa takut melanggar perintah Allah swt ini merupakan perkara
yang dicintai oleh Allah swt, sehingga ia dinilai sebagai ibadah.

#Bahkan rasa takut ini diganjarkan dengan ganjaran syurga.

‫َوِل َم ۡن َخا َف َم َقا َم َ ِرب ِهۦ َجند َتا ِن‬

"Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya),
disediakan baginya dua Syurga" [Surah ar-Rahman 46]

♡Salah satu sifat yang perlu dimiliki oleh seorang muslim adalah takut kepada Allah swt.
Sifat ini akan menjaga pemiliknya agar tidak berbuat maksiat kepadaNya, tidak
menderhakaNya dan sentiasa mengikhlaskan diri dalam beribadah kepadaNya. Yang
istimewanya kita sentiasa beroleh keampunan dan pahala dariNya. Aamiiin♡

32
2021

☆TAZKIRAH 23☆

SABAR DENGAN UJIAN

‫َوَأیهو َب ِإ ۡذ ََن َد ٰى َربد ُهۤۥ َأ ِّن َم دس َِ َن أل هۡ هض َوَأن َت َأ ۡر َح ُم أل در ٰ ِۡ ِحی َن‬

"Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan
berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani
daripada segala (yang lain) yang mengasihani" [Surah Al-Anbiya' 83]

#Ayat ini menunjukkan bahawa bukan hanya orang biasa sahaja yang diberi ujian
namun para Nabi kekasih Allah juga diuji dengan pelbagai ujian, penyakit dan cabaran
dalam kehidupan.

#Allah swt menyatakan bahawa ujian pasti datang samada dalam bentuk kesusahan
atau kesenangan.

‫ُُ هك نَ ۡفس َذۤإىِ َق ُة ألۡ َم ۡو ِۗت َونَ ۡبلُوُُك ِبأل دۡ ِش َوألۡ َخ ۡ ِی ِف ۡتنَ ٌمة َوِإلَ ۡینَا تُ ۡر َج ُعو َن‬

"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan
sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan" [Surah al-Anbiya' 35]

#Sebenarnya ujian datang untuk menguji kekukuhan dan keteguhan keimanan
seseorang. Sejauh manapun kita berlari dan bersembunyi, ujian tetap akan tiba untuk
menguji tahap kesabaran, keredhaan dan keimanan kita.

‫َأ ۡم َح ِسبۡ ُُ ۡت َأن تَ ۡد ُخلُو۟إ ألۡ َجند َة َولَ دما یَأۡ ِتُُك دمثَ ُل أَدِّلی َن َخلَ ۡو۟إ ِمن قَ ۡب ِلُُكم دم دس ِۡتُ ُم ألۡ َبأۡ َس ۤا ُء َوأل دۡ دضۤإ ُء‬
‫َو ُزلۡ ِزلُو۟إ َحَدّٰت یَ ُقو َل أل در ُسو ُل َوأَدِّلی َن َءإ َمنُو۟إ َم َع ُهۥ َمََّٰت نَ َۡ ُص أّدلِۗل َأ ََ ۤل ِإ دن نَ َۡ َص أّ دل ِل قَ ِری ٌب‬

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada
kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada
kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta
digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang
beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya
pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)"
[Surah al-Baqarah 214]

#Ingatlah bahawa kita boleh bersedih dengan ujian kesusahan yang menimpa, tetapi
jangan menyalahkan Allah dan jangan sampai berputus asa. Boleh sahaja kita merasa
masalah kita sangat berat, tapi ingatlah bahawa ujian terberat adalah ujian yang
dihadapi oleh para Nabi dan Rasul. Semakin kuat iman seseorang maka semakin berat
pula ujiannya.

33
2021

#Daripada Sayidina Mus’ab bin Sa’ad daripada ayahnya Saad bin Abi Waqqash, beliau berkata,
saya bertanya: “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling hebat cubaannya?” Nabi menjawab:
“Para nabi, kemudian mereka yang seumpamanya dan seumpamanya. Seorang hamba akan diuji
sesuai kadar agamanya (keimanannya). Jika keimanannya kuat, maka cubaannya pun akan
semakin berat. Jika keimanannya lemah, maka ia akan diuji sesuai dengan kadar imannya.
Tidaklah cubaan ini akan diangkat daripada seorang hamba hingga Allah membiarkan mereka
berjalan di muka bumi dengan tanpa dosa.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

#Kita wajib sentiasa hadam dan ingat bahawa seberat mana pun ujian yang kita hadapi
saat ini, suatu masa nanti, ujian tersebut akan hilang dan berlalu pergi.

#Berkata Bilal bin Saad rahimahullah:

‫َو ِِف‬ ،‫َم َقام‬ ‫ََِّلإ ِر‬ ‫َز َوإل‬ ‫َدإ ِر‬ ‫َو ِِف‬ ،‫ِق َصار ِۡ َلَدّیم ُط َوإل‬ ‫تَ ْعلَ ُم ْو َن ِِف َأَدّیم‬ ‫َأندُُ ْك‬ ‫ِإ ْعلَ ُموإ‬ ،‫الل ِه‬ ‫ِع َبا َد‬
‫ُخ ْل‬ ‫َو ُح ْزن ََِّلإ ِر نَ ِع ْی َو‬ ‫َدإ ِر نَ َصب‬

“Wahai hamba Allah, ketahuilah sesungguhnya kalian hanya beramal pada hari-hari yang pendek
untuk hari-hari yang panjang. Kalian hanya beramal di negeri yang akan lenyap untuk negeri yang
menjadi tempat tinggal, di negeri penderitaan dan kesedihan untuk negeri kenikmatan dan
keabadian" (Shifatus shafwah)

♡Oleh itu, istiqamahlah serta bersabar dan bersemangat dalam menjalani ujian yang
menimpa diri serta memohon pertolongan kepada Allah swt dan sentiasa berprasangka
baik kepada Allah swt. Hadapilah ujian dengan iman dan taqwa agar kita sentiasa
bersabar dan redha dalam mengharunginya♡

34
2021

☆TAZKIRAH 24☆

DOA MUSTAJAB

‫أَدِّلی َن َُ ۡی ِملُو َن ألۡ َع ۡر َش َو َم ۡن َح ۡو َُُلۥ يُ َس ِب ُحو َن ِِ َب ۡم ِد َرِِ ِب ۡم َویُ ۡؤِمنُو َن ِب ِهۦ َويَ ۡس َت ۡغ ِف ُرو َن لِ دّ ِلی َن َءإ َمنُوإم َربدنَا‬
‫َو ِس ۡع َت ُُ دك ََ ۡشء در ۡۡ َحة َو ِعلۡما فَأ ۡغ ِف ۡر ِل دّ ِلی َن ََتبُو۟إ َوأتد َب ُعو۟إ َس ِبی َِ َل َوِق ِه ۡم عَ َذإ َب ألۡ َج ِح ِی‬

"Malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji
TuhanNya; dan beriman kepadaNya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang yang
beriman (dengan berdoa merayu): "Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-
galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan
peliharalah mereka dari azab neraka" [Surah Ghafir 7]

#Diantara tugasan para malaikat ialah bertasbih memuji Allah swt, beriman kepada Allah
swt dan memohon keampunan untuk orang-orang yang beriman. Maka sangat
beruntunglah bagi sesiapa yang beroleh doa daripada para malaikat.
#Berkata Abul Hasan al-Mufarakfuri rahimahullah dalam Mura’atul Mafatih:

‫دعاء إلملائكة مستجاب‬

“Doa para malaikat itu mustajab".
#Salah satu cara untuk mendapat doa daripada malaikat ialah dengan mendoakan
kebaikan untuk orang lain. Rasulullah saw bersabda:

‫َما ِم ْن َع ْبد ُم ْس َِل یَ ْد ُعو ِۡ َل ِخی ِه ِب َظهْ ِر إلْ َغ ْی ِب ِإ دَل قَا َل إلْ َم َِ ُل َو َِ َل ِب ِمثْل‬

“Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim)
tanpa pengetahuannya, melainkan malaikat akan berkata: "Dan bagimu juga kebaikan yang sama"
(HR Muslim)

#Dalam riwayat lain:

‫َد ْع َو ُة إلْ َم ْرِء إلْ ُم ْس َِ ِل ِۡ َل ِخی ِه ِب َظ ْه ِر إلْ َغ ْی ِب ُم ْس َت َجابَ ٌة ِع ْن َد َرْأ ِس ِه َم َِ ٌل ُم َو دُ ٌك َُكد َما َدعَا ِۡ َل ِخی ِه ِِ َب ْی قَا َل‬
‫إلْ َم َِ ُل إلْ ُم َو دُ ُك ِب ِه أآ ِمی َن َو َِ َل ِب ِمثْل‬

“Doa seorang muslim untuk saudaranya (sesama muslim) tanpa diketahui olehnya adalah doa
mustajab. Di atas kepalanya (orang yang berdoa) ada malaikat yang telah diutuskan. Sehingga
setiap kali dia mendoakan kebaikan untuk saudaranya, maka malaikat yang diutus tersebut akan
mengucapkan: "Aamiiin dan kamu juga akan mendapatkan seperti itu".

♡Jom doakan kebaikan untuk saudara muslim kita. Doakan ibu bapa, teman, sahabat,
guru dan saudara muslim kita tanpa pengetahuan mereka. Doakan dengan ikhlas dan
tulus agar mereka mendapat kebaikan dunia dan akhirat, agar kita beroleh doa
kebaikan daripada para malaikat♡

35
2021

☆TAZKIRAH 25☆

JAGA AKIDAH DAN JANGAN MELAMPAUI BATAS

‫َوقَالُو۟إ ََل تَ َذ ُر دن َءإِل َه َتُُ ۡك َو ََل تَ َذ ُر دن َود إ َو ََل ُس َوإعا َو ََل یَ ُغو َث َویَ ُعو َق َونََّۡسإ‬

"Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: `Jangan kamu meninggalkan
(penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa', dan Yaghuth,
dan Ya'uuq, serta Nasr" [Surah Nuh 23]

#Ibnu Abbas r.a berkata ketika menafsirkan ayat ini:

‫ فلما هلكوإ أوحى إلشیطان إَل قومهم أن إنصبوإ إَل‬،‫أسماء رجال صالحین من قوم نوح‬

‫ حَّت إذإ هِل أولئك‬،‫ فَل تعبد‬،‫مجالسهم إلِت َكنوإ َیلسون أنصاب وسموها بأسمائهم ففعلوإ‬
‫وتنسخ إلعَل عبدت‬

“Ini adalah nama-nama orang soleh di zaman Nabi Nuh Alaihissalam. Ketika mereka wafat, syaitan
membisikkan kepada kaumnya untuk membangun tugu (wajah orang-orang soleh tersebut) di
tempat mereka biasa bermajlis, lalu diberi nama dengan nama-nama mereka. Dan perkara itu
dilakukan. Ketika itu tidak disembah. Namun ketika generasi tersebut wafat, lalu ilmu hilang, maka
ia mula disembah” (HR al-Bukhari)

#Daripada Sayidina Abdullah bin Abbas r.a berkata:

‫َكن بین نوح وأآد َم عۡشُة قرون َكههم عَل شریعة من إلح ِق فاختلَفوإ فبعث اللُه إلنبيین‬
‫ُمب ِۡشی َن و ُمنذ ِرین‬

“Jarak antara nabi Nuh dan nabi Adam adalah sebanyak 10 kurun (1000 tahun). Mereka semua di
atas syariat yang benar. Kemudian setelah itu mereka berpecah-belah sehingga Allah pun
mengutus para Nabi untuk memberi khabar gembira dan memberi peringatan” (HR at-Thabrani)

#Ini menunjukkan bahawa kesyirikan pertama terjadi pada kaum nabi Nuh Alaihissalam.
Kesyirikan ini berlaku disebabkan penyembahan patung orang-orang soleh tersebut
disebabkan kejahilan dan sifat terlalu memuliakan orang soleh yang berlebihan dan
melampaui batas.
#Ingatlah jangan sesekali melampaui batas dalam sesuatu perkara. Apatah lagi tahap
melampau sehingga menyembah manusia atau tugunya. Hal ini membawa kepada
kesyirikan. Syirik termasuk dosa yang terbesar dan tidak akan diampuni oleh Allah swt.
♡Jangan terpedaya dengan pujuk rayu syaitan dan juga manusia dalam melakukan
perkara syirik dan kederhakaan kepada Allah swt. Jagalah kesucian akidah dan
kemurnian iman agar kita selamat dunia dan akhirat♡

36
2021

☆TAZKIRAH 26☆

KEBERKATAN DALAM PENCARIAN

‫َولَ ۡو َأ دن َأ ۡه َل ألۡ ُق َر ٰۤى َءإ َمنُو۟إ َوأتد َق ۡو۟إ لَ َفتَ ۡحنَا عَلَ ۡۡ ِیم بَ َر َكٰـت ِم َن أل دس َم ۤا ِء َوأ ۡۡ َل ۡر ِض‬

"Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah
Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari
langit dan bumi... [Surah al-A'raf 96]

#Dalam kesibukan dan keghairahan mencari rezeki, bukan jumlahnya semata yang
difikirkan, tetapi perlu mengambil berat dan memikirkan tentang keberkatannya.
Dengan harta yang berkat, hidup menjadi tenang, lapang, mudah dan dimudahkan
dalam menghadapi berbagai ujian kehidupan.

#Cara mendapatkan keberkatan adalah dengan keimanan dan ketaqwaan kepada
Allah, iaitu rasa takut dengan harta yang haram dan cara mendapatkannya yang
haram.

#Apabila kita benar-benar beriman dan bertaqwa, maka Allah swt akan turunkan
keberkatan yang melimpah ruah kepada kita.

‫َوِإ ۡذ تَأَ دذ َن َربهُُ ۡك لَ ِىن َش َك ۡر ُُ ۡت َۡ َل ِزی َدندُُ ۡكم َولَ ِىن َك َف ۡر ُُ ۡت ِإ دن عَ َذإ ِّب لَ َش ِدی ٌد‬

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur
nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur
ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras" [Surah Ibrahim 7]

#Imam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata: "Harta halal yang sedikit akan diberkati
daripada harta haram yang banyak. Harta haram ini cepat hilangnya dan Allah
hancurkan”.

#Jom amalkan doa memohon keberkatan harta sebagaimana Nabi saw pernah
mendoakan Sayidina Anas bin Malik r.a dengan doa ini:

‫ َو َب ِر ْك َُُل ِفیَا َأ ْع َط ْی َت ُه‬، ‫إللدهُ دم َأ ْك َِّْث َما َُُل َو َوَََّل ُه‬

“Ya Allah, perbanyaklah harta dan keturunannya dan berkatilah semua yang Engkau berikan
kepadanya” (HR al-Bukhari)

#Hasil daripada doa keberkatan harta ini, Sayidina Anas berkata: “Demi Allah, hartaku
sangat banyak. Sementara anak dan cucu-cucuku, mencapai 100 orang” (HR Ibnu
Hibban)

♡Burulah keberkatan harta agar hidup kita sentiasa dirahmati dan beroleh kebaikan
dunia akhirat♡

37
2021

☆TAZKIRAH 27☆

KESENANGAN DAN KEMEWAHAN ADALAH UJIAN ALLAH

‫بَ ۡغ َتة‬ ‫َأ َخ ۡذنَٰـ ُهم‬ ‫ُأوتُ ۤو۟إ‬ ‫ِب َم ۤا‬ ‫فَ ِر ُحو۟إ‬ ‫ِإ َذإ‬ ‫َأبۡ َو ٰ َب ُُ ِك ََ ۡشء َحَدّٰۤت‬ ‫عَلَ ۡۡ ِی ۡم‬ ‫فَتَ ۡحنَا‬ ‫ِب ِهۦ‬ ‫ُذ ِك ُرو۟إ‬ ‫َما‬ ‫نَ ُسو۟إ‬ ‫فَلَ دما‬
‫فَ ِا َذإ ُُه هم ۡب ِل ُسو َن‬

"Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami

bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila

mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami

timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka

pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan)" [Surah al-An'am 44]

#Begitulah yang terjadi kepada kebanyakan manusia zaman berzaman. Mereka tidak
peduli akan peringatan yang telah diberikan. Mereka juga tidak peduli akan amaran,
ancaman dan bala bencana yang diturunkan Allah. Mereka anggap ianya tidak
penting. Mereka tidak memikirkan langsung tentang apa yang diperingatkan itu bahkan
semakin lalai dan kufur.

#Kemudian Allah swt berikan langkah seterusnya iaitu dikurniakan kemewahan demi
kemewahan. Kesenangan dunia dibentangkan untuk mereka dan diberi kebaikan yang
banyak. Semua ini adalah bertujuan untuk melalaikan mereka, juga sebagai perangkap
untuk membinasakan mereka.

#Dalam suasana penuh kegembiraan dan kesenangan itu, menyebabkan mereka
semakin sombong dengan kesenangan dan kemewahan yang mereka kecapi tersebut
lalu dengan tiba-tiba Allah ditimpakan mereka dengan bala bencana yang
membinasakan serta menghancurkan sehinggakan tidak sempat untuk bertaubat dan
kembali menginsafi diri.

#Berkata Imam al-Maraghi dalam tafsirnya: “Semua pintu kesenangan itu dibuka sebagai cubaan
dan ujian bagi mereka, yang menyebabkan sebahagian daripada mereka ada yang lupa daratan
dan semakin zalim, bukannya mereka bertambah bersyukur kepada Allah swt. Kesenangan itu
kemudiannya bertukar menjadi bala bencana dan menjadi fitnah.”

♡Ingatlah bahawa kesenangan dan kemewahan itu adalah ujian samada disyukuri atau
dikufuri. Sebagai orang yang beriman, pintu kesenangan dibuka oleh Allah swt itu adalah
untuk kita bersyukur kepadaNya dan berterima kasih di atas anugerahNya serta
digunakan untuk kebaikan, kebajikan dan ketaatan kepadaNya. Jangan sesekali kufur,
kerana kesudahannya adalah kebinasaan!!♡

38
2021

☆TAZKIRAH 28☆

SENTIASA BERSYUKUR DENGAN NIKMAT ALLAH

‫فَأَ ۡع َر ُضو۟إ فَأَ ۡر َسلۡنَا عَلَ ۡۡ ِی ۡم َس ۡی َل ألۡ َع ِر ِم َوبَ ددلۡنَٰـهُم ِِ َبندتَ ۡۡ ِی ۡم َجند َت ۡی ِن َذ َوإ ََ ۡت ُأ ُُك ََ ۡخط َوَأثۡل َو ََ ۡشء‬
‫ِمن ِس ۡدر قَ ِلیل‬

"Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan,
dan Kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) itu dengan dua kumpulan kebun
yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya, dan pohon-pohon yang jarang berbuah,
serta sedikit pohon-pohon bidara" [Surah Saba' 16]

#Ayat ini mengisahkan perihal penduduk Saba' yang dikurniakan nikmat yang banyak,
tanam yang subur dan kekayaan yang melimpah ruah oleh Allah swt. Namun tatkala
nikmat itu tidak disyukuri dan dikufuri maka akhirnya mereka dibinasakan dan segalanya
musnah sekelip mata.

#Berkata Sayid Qutub rahimahullah: “Mereka enggan bersyukur kepada Allah swt, enggan
melakukan amalan-amalan kebaikan serta enggan menggunakan nikmat-nikmat yang dikurniakan
Allah itu dengan pengendalian yang baik. Lalu Allah swt merampas kembali kemewahan dan
kemakmuran hidup mereka dengan menimpakan banjir dahsyat yang menghanyutkan batu-
batuan yang ada di tengah jalannya lalu memecahkan empangan mereka yang menyebabkan
banjir besar yang menenggelamkan negeri itu. Setelah itu tidak ada lagi air yang dapat disimpan
mereka kerana kesemuanya menjadi kering. Kebun-kebun mereka yang dahulunya segar dan
tumbuh buah yang amat banyak sekali menjadi padang belantara yang di tumbuhi pokok-pokok
yang liat dan kasar".

#Imam ar-Razi rahimahullah mengatakan: "Allah swt telah melepaskan air banjir yang
membinasakan tanaman mereka, harta benda dan meruntuhkan kediaman mereka dan sebagai
ganti kebun buah-buahan yang subur itu maka tumbuhlah pokok berduri yang menghasilkan buah
yang tidak berguna".

‫ََ ۡن ُن‬ ‫َو ُكندا‬ ‫قَ ِلیلام‬ ‫ِإ دَل‬ ‫بَ ۡع ِد ُِ ۡه‬ ‫ِم ۢن‬ ‫تُ ۡس َكن‬ ‫لَ ۡم‬ ‫فَ ِت ِۡ َل َم َسٰـ ِك ُۡنُ ۡم‬ ‫َم ِعي َشَِتَام‬ ‫بَ ِط َر ۡت‬ ‫قَ ۡریَ ِۭة‬ ‫ِمن‬ ‫َأ ۡهلَ ۡكنَا‬ ‫َوَُ ۡك‬
‫ألۡ َو ٰ ِرِثی َن‬

"Dan berapa banyak Kami binasakan negeri-negeri yang penduduknya telah berlaku sombong dan
tidak bersyukur dalam kehidupannya (yang serba mewah dan senang lenang). Maka itulah dia
tempat-tempat tinggal mereka terbiar tidak didiami orang sesudah mereka (dibinasakan), kecuali
sedikit sahaja dan sesungguhnya Kamilah yang mewarisi mereka" [Surah al-Qasas 58]

39
2021

♡Antara penyebab manusia dibinasakan adalah disebabkan mereka kafir dan tidak
beriman kepada Allah, tidak mensyukuri nikmat Allah, hidup bergelumang dengan
maksiat dan kezaliman serta sombong lagi menderhakai Allah swt. Jadikanlah kisah kaum
Saba' ini sebagai pengajaran dan pengiktibaran agar kita sentiasa dalam perlindungan
Allah swt♡

40
2021

☆TAZKIRAH 29☆

ALLAH BERSAMA ORANG YANG SABAR

‫َوأ ۡص ُِِبۤو۟إ ِإ دن أّ دلَل َم َع أل دصٰـ ِِ ِبی َن‬

"Dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta
orang-orang yang sabar" [Surah al-Anfal 46]

#Allah swt memerintahkan kita agar bersabar dalam menghadapi dugaan, cabaran,
kesulitan dan kepayahan hidup. Dengan bersabar akan dirahmati Allah dan Allah
menjanjikan kebersamaanNya yang istimewa bagi orang-orang yang sabar.
Kebersamaan Allah dalam bentuk penjagaan, pertolongan dan pembelaan di saat
yang diperlukan.

#Sifat sabar juga termasuk dalam sifat para Rasul. Firman Allah swt:

‫َولَ َق ۡد ُك ِذبَ ۡت ُر ُس ٌل ِمن قَ ۡب ِِ َل فَ َص َُِبو۟إ عَ ََ ٰل َما ُك ِذبُو۟إ َوُأو ُذو۟إ َحَدّٰۤت َأتَ ٰٰىُ ۡم نَ َۡ ُص ََ ُۚن‬

"Dan demi sesungguhnya, Rasul-rasul sebelummu pernah juga didustakan, maka mereka sabar
terhadap perbuatan orang-orang yang mendustakan mereka dan menyakiti mereka, sehingga
datanglah pertolongan Kami kepada mereka.." [Surah al-An'am 34]

#Ingatlah bahawa orang yang sabar akan beroleh kejayaan dan kemenangan. Sabda
Nabi saw:

‫ َوَأ دن َم َع إل ُعَّْ ِس يَُّْسإ‬،‫ َوَأ دن إل َف َر َج َم َع إل َك ْر ِب‬،‫َوإ ْعََْل َأ دن إلند َْ َص َم َع إل دص ِْ ِب‬

"Ketahuilah bahawa datangnya kemenangan bersama dengan kesabaran, kelapangan itu bersama
kesulitan, dan bersama kesulitan itu ada kemudahan" (HR Ahmad, at-Tirmizi dan al-Hakim)

♡Bersabarlah. Sesungguhnya Allah swt sentiasa bersama dan mencintai orang yang
sabar♡

41
2021

☆TAZKIRAH 30☆

MENCINTAI ULAMAK

‫ِإند َما ََ ۡي ََش أّدلَل ِم ۡن ِع َبا ِد ِه ألۡ ُعلَ َمٰۤـ ُؤ۟إ‬

"Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-
hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu (ulamak)..." [Surah Fatir 28]

#Ar-Rabi’ bin Anas rahimahullah menjelaskan: "Barangsiapa yang tidak takut kepada
Allah bukanlah seorang alim (ulamak)".
#Berkata Imam Mujahid rahimahullah: “Sesungguhnya orang yang alim (ulamak) itu ialah
yang takutkan Allah Azza Wajalla".
#Berkata Imam at-Tabari dalam Jami’ al-Bayan: "Ulamak ialah golongan yang Allah
jadikan sebagai tiang kepada manusia untuk bersandar dan bergantung dalam
permasalahan fiqh, ilmu urusan agama dan dunia".
#Ini menunjukkan bahawa ulamak ialah mereka yang mengenali syariat Allah, faqih
dalam agama, beramal dengan ilmu, mengikut hidayah yang Allah kurniakan kepada
mereka dengan penuh hikmah.
#Bagaimana cara kita mengenali ulamak?

1. Dengan ilmu mereka.
2. Dengan kedalaman kaki mereka dalam bab syubhah sehingga dapat membezakan
dengan jelas
3. Dapat diketahui melalui jihad dan dakwah mereka serta penggunaan masa mereka
pada jalan Allah.
4. Dikenali kerana kuat ibadat dan takutnya mereka kepada Allah.
5. Dikenali dengan mulianya mereka daripada dikalahkan oleh dunia.
6. Dikenali berdasarkan syahadah dan pengakuan guru-gurunya tentang ilmunya.

#Jadilah insan yang berilmu agar takut untuk melanggar perintah Allah swt. Semoga kita
dihimpunkan bersama golongan ulamak yang takutkan Allah. Aamiiin.

‫ِإ ِّۤن َأ َخا ُف أّدلَل َر دب ألۡ َعٰـلَ ِمی َن‬

"Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam" [Surah al-
Ma'idah 28]

♡Para ulamak adalah golongan yang sangat takutkan Allah. Oleh itu, perlu bagi kita
memuliakan ulamak dan mengasihi mereka. Ini kerana jalan yang ditunjuk kepada kita
adalah jalan akhirat dengan cara ibadah yang sah serta iman yang benar. Maka amat
wajar dikasihi dan dimuliakan mereka kerana ia termasuk suruhan Nabi saw♡

42
2021

☆TAZKIRAH 31☆

PENGUCAPAN YANG BAIK

‫َو ُقل ِل ِع َبا ِدی یَ ُقولُو۟إ ألدَِّت ِه َی َأ ۡح َس ُُۚن‬

"Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka
berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran)..."
[Surah al-Isra' 53]
#Islam secara umumnya menyeru manusia agar berakhlak baik dan berkata yang baik.

‫َوإ ْلََ ِك َم ُة إل دط ِی َب ُة َص َدقَ ٌة‬

“Kata-kata yang baik adalah sedekah” (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Setiap orang harus berbuat baik dan berkata baik dalam semua hal, baik semasa
memanggil mahupun semasa berbicara samada dengan kawan atau dengan musuh.

‫أ ۡذ َه َب ۤا ِإ ََٰل ِف ۡر َع ۡو َن ِإند ُهۥ َط َغ ٰى * فَ ُقو ََل َُُلۥ قَ ۡوَل لدِینا لد َعُد ُلۥ یَ َت َذكد ُر َأ ۡو ََ ۡي ََ ٰش‬

"Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam
kekufurannya. "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-
lembut, semoga ia beringat atau takut" [Surah Ta-Ha 43-44]

#Sabda Nabi saw:

‫أثق ُل شيء ِف إلميزإ ِن إلخُل ُق إلح َس ُن‬

"Perkara yang paling berat timbangannya ialah akhlak yang baik" (HR Ibnu Hibban)
#Oleh itu, menjadi satu keutamaan bagi umat Islam untuk meninggikan keluhuran akhlak
dan budi sehingga ia mampu menawan segenap jiwa yang menyaksikannya.
#Ahmad Shauqi, seorang penyair terkenal pernah berkata:

‫ فان ُه ذهبت أخلاقـهم ذهبــوإ‬،‫إنمـا إۡلمـم إۡلخلاق مـا بقیـت‬

“Sebuah peradaban itu akan tetap terjaga kewujudannya selama akhlaknya masih ada. Apabila
akhlaknya telah lenyap maka lenyaplah peradaban itu.”
Sesebuah negara dan bangsa tatkala akhlak anak bangsanya punah dan hancur, sudah
pasti membawa kemunduran sesebuah negara".

♡Tunjukkanlah akhlak yang baik, peribadi yang tinggi, kata-kata yang indah dan sopan
serta jadikan ia sebagai perhiasan bagi diri. Hayatilah sejarah kerana ia membuktikan
kepada kita bahawa akhlak adalah senjata yang boleh mengubah persepsi dan
peribadi seseorang sekalipun dia adalah seorang yang amat zalim♡

43
2021

☆TAZKIRAH 32☆

KELEBIHAN MEMPELAJARI AL QURAN

‫َو َما عَلد ۡمنَٰـ ُه أل ِش ۡع َر َو َما یَنۢ َب ِغی َُُلۤۥ ِإ ۡن ُه َو ِإ دَل ِذ ۡك ٌر َوقُ ۡر َءإ ٌن هم ِبی ٌن‬

"Yang Kami wahyukan kepadanya itu (al-Quran) tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab
Suci yang memberi penerangan" [Surah Ya-Seen 69]

#Al-Quran sebuah kitab suci yang diturunkan oleh Allah swt. Di dalamnya mengandungi
nasihat, pengajaran, petunjuk dan juga penerangan tentang perintah dan larangan
Allah swt.
#Maka wajib untuk kita belajar dan memahami segala ilmu tentang al-Quran. Bahkan
Allah akan mempermudahkan kita untuk kita memahami al-Quran.

‫َولَ َق ۡد يََدّۡس ََن ألۡ ُق ۡر َءإ َن ِلّ ِل ۡك ِر فَ َه ۡل ِمن هم دد ِكر‬

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan
pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran
(daripadanya)?" [Surah al-Qamar 17]

#Ini kerana al-Quran adalah kalam yang paling indah lafaznya, yang paling benar
(kandungan) maknanya, dan paling jelas penafsirannya. Maka setiap orang yang
bersungguh-sungguh mempelajarinya, Allah swt akan memudahkan baginya dan
meringankannya untuk mencapai impian menguasai ilmu al-Quran.
#Al-Quran bukan sekadar memberi nasihat dan penerangan bahkan memberi petunjuk
agar manusia sentiasa berada dalam kebenaran dan sentiasa memimpin ke jalan yang
lurus menuju ke syurga.

‫ِإ دن َهٰـ َذإ ألۡ ُق ۡر َءإ َن َُّۡی ِدی لِلدَِّت ِه َی َأ ۡق َو ُم َویُبَ ِۡ ُش ألۡ ُم ۡؤِم ِنی َن أَدِّلی َن یَ ۡع َملُو َن أل دصٰـ ِل َحٰـ ِت َأ دن لَهُ ۡم َأ ۡجرإ َك ِبیإ‬

"Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam), dan
memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal
soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar" [Surah al-Isra' 9]

#Belajarlah ilmu berkaitan al-Quran dan amalkan dalam kehidupan seharian nescaya
kita akan di muliakan di dunia, saat dikebumikan dan ketika di mahsyar kelak.

#Daripada Sayidina Jabir r.a:
‫َُأولَ ِْمش یَُیغَ ِإد َسَلُلوإَأ َح ِد ِِ َها‬ ‫عَلَفَِِْۡای َْذمإ‬.‫ِلیُلْ َُق ْصرأآِلِن‬ ‫َأ ْكََُّث أَ ْخذإ‬ ‫ َأُهّ ُی َما‬:‫ُأ ُحد ِِف ثَ ْوب َوإ ِحد ُ دث یَ ُقو ُل‬
‫ِد َما ِئ ِه ْم َولَ ْم‬ ‫َشهِی ٌد عَ ََل َه ُؤَ َل ِء َوَأ َم َر ِب َدفْ ِۡ ِن ْم ِِف‬ ‫ِم ْن قَ ْت ََل‬ ‫ََ ْی َم ُع بَ ْی َن إل در ُجلَ ْی ِن‬ ‫ََك َن‬
‫ َأ ََن‬:‫ قَا َل‬. ‫قَ دد َم ُه ِِف إللد ْح ِد‬

44
2021

"Nabi saw pernah menghimpunkan dua orang lelaki dari mereka yang telah dibunuh di peperangan
Uhud seraya baginda bertanya kepada mereka: "Siapakah antara mereka yang mempelajari lebih
banyak tentang al-Quran?". Dan ketika salah seorang dari mereka ditunjuk, *baginda saw
mengarahkan agar dimasukkannya (ahli Quran) di dalam liang lahad terlebih dahulu. Baginda
bersabda: "Aku saksi ke atas mereka". Maka baginda memerintahkan supaya mereka dikebumikan
dengan darah mereka, tidak boleh disolatkan, dan mereka tidak boleh dimandikan” (HR al-Bukhari)
#Berkata Imam as-Syafi’e rahimahullah: “Barangsiapa mempelajari al-Quran maka akan tinggi
kedudukannya".
♡Bersemangat dan bersungguh-sungguhlah dalam membaca al-Quran, berusaha
menghafalnya dan memahami kandungan maknanya, untuk memudahkan kita
merenungkan dan menghayati isi kandungannya agar sempurna keimanan dan
ketaqwaan kita. Aamiiin♡

45
2021

☆TAZKIRAH 33☆

BERJIHAD DI JALAN ALLAH

‫َو َمن یُ َقٰـ ِت ۡل ِِف َس ِبی ِل أّ دل ِل فَ ُی ۡقتَ ۡل َأ ۡو یَ ۡغ ِل ۡب فَ َس ۡو َف نُ ۡؤِتی ِه َأ ۡجرإ َع ِظیا‬

"Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur syahid) atau beroleh
kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar" [Surah an-Nisa' 74]
#Ini adalah janji Allah swt kepada hambaNya yang sanggup keluar berjihad di jalan
Allah. Sesiapa yang hadir berperang di jalan Allah, dia akan mendapat dua
kemungkinan sahaja samada kalah atau menang. Samada mati syahid atau pulang
dengan kemenangan (beroleh harta rampasan perang) .
#Ingatlah.. Samada mati syahid ataupun beroleh kemenangan, Allah swt telah
menjanjikan balasan pahala yang sangat besar dan lumayan. Ini menunjukkan bahawa
ornag yang berjuang dan berjihad di jalan Allah, tidak akan mengalami sebarang
kerugian. Samada kalah atau menang, tetap akan dapat balasan yang besar. Tidak ada
rugi langsung. Inilah motivasi dan vitamin yang dijanjikan kepada semua umat Islam.

‫َولَ ِىن قُ ِتلۡ ُُ ۡت ِِف َس ِبی ِل أّدلِل َأ ۡو ُم هُ ۡت لَ َم ۡغ ِف َرٌة ِم َن أّدلِل َو َر ۡۡ َح ٌة َخ ۡ ٌی ِم دما ََ ۡی َم ُعو َن‬

"Demi sesungguhnya! Jika kamu terbunuh pada jalan Allah (dalam perang Sabil), ata lebih baik
(bagi kamu) dari apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) itu himpunkan (meliputi segala
jenis kesenangan hidup)" [Surah Aali Imran 157]

‫يَ ۡس َت ۡب ِۡ ُشو َن ِب ِن ۡع َمة ِم َن أّ دل ِل َوفَ ۡضل َوَأ دن أّ دلَل ََل یُ ِضی ُع َأ ۡج َر ألۡ ُم ۡؤ ِم ِنی َن‬

"Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah),
bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman" [Surah Aali Imran 171]
#Dinukilkan daripada Imam as-Subki rahimahullah bahawa untuk mendapatkan
ganjaran syahid, seseorang itu hendaklah menepati syarat-syarat berikut iaitu: Sabar,
ikhlas, mengharapkan keredhaan Allah swt semata-mata dan tidak melarikan diri
daripada medan perang serta tidak melakukan mawani’ al-syahadah (perkara-perkara
yang boleh menghalang daripada mendapatkan ganjaran syahid) seperti mengambil
ghanimah (harta rampasan) perang orang lain, ada menanggung hutang manusia serta
mencerobohi hak manusia yang lain. Antara contoh lain (yang menghalang daripada
mendapatkan syahid) ialah seseorang yang mati dalam keadaan melakukan perbuatan
maksiat contohnya orang yang memasuki sesebuah rumah untuk mencuri lalu dia mati
kerana ditimpa runtuhan rumah tersebut atau seorang wanita yang mati ketika
melahirkan anak yang dikandung hasil daripada perzinaan" (Rujuk Fatawa al-Subki fi
Furu’ al-Syafie)

♡Berusahalah memburu kematian yang terindah yakni mati syahid. Semoga kita beroleh
syurga dan ganjaran yang istimewa disisi Allah swt♡

46
2021

☆TAZKIRAH 34☆

AWASI GODAAN SYAITAN

‫أ ۡستَ ۡح َو َذ عَلَ ۡۡ ِی ُم أل دش ۡی َطٰـ ُن فَأَن َس ٰٰىُ ۡم ِذ ۡك َر أّدلُِۚل ُأ ۟ولَٰۤـ ِى َك ِح ۡز ُب أل دش ۡی َطٰـ ُِۚن َأ ََ ۤل ِإ دن ِح ۡز َب أل دش ۡی َطٰـ ِن ُُ ُه ألۡ َخٰـَِّ ُسو َن‬

"Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa
mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak
Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi" [Surah al-Mujadilah 19]

#Lidah yang berat untuk berzikir menyebut nama Allah swt diumpamakan seperti lidah
telah diikat dan dikuasai oleh syaitan.
#Berkata Imam Ibnul Qayyim rahimahullah:

‫أول قیود إلشیطان عَل إَلنسان تقیید إللسان عن إَّلكر‬

“Ikatan yang terawal yang dilakukan oleh syaitan ke atas manusia adalah dengan mengikat lisan
(lidah) mereka daripada berzikir kepada Allah.

#Godaan syaitan sehingga seseorang melupakan Allah swt merupakan seberat-berat
hukuman yang dikenakan di dunia. Allah telah menghentikan lidah daripada
mengingatinya.

‫أشد عقوبة ِف إَّلنیا أن يمسك الله لسانك عن ذكره‬

“Seberat-berat hukuman yang dikenakan di dunia adalah Allah menghentikan lisan kamu dari
mengingatinya".

♡Ayuh, pastikan setiap saat kita mengingati Allah swt. Jangan sesekali tergoda atau
tertipu dengan bisikan syaitan untuk melupakan Allah. Jom berzikir!♡

47
2021

☆TAZKIRAH 35☆

KEJAYAAN TIDAK AKAN DICAPAI DENGAN ANGAN-ANGAN

‫لديۡ َس ِبأَ َماِن ِیُُ ۡك َو ََ ۤل َأ َما ِِّن َأ ۡه ِل أۡل ِكتَٰـ ِۗب‬

"(Balasan yang baik yang dijanjikan oleh Allah itu) tidak akan didapati hanya dengan angan-angan
kamu semata-mata, dan tidak pula dengan angan-angan ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani)" [Surah
an-Nisa' 123]

#Balasan syurga, pahala dan segala kenikmatan yang dijanjikan Allah swt, tidaklah
dicapai dengan angan-angan dan sembang-sembang kosong.
#Mengapa Allah swt menyebut tentang angan-angan??. Hal ini kerana kita merupakan
makhluk yang hidup penuh dengan angan-angan termasuk hal ehwal akhirat. Berapa
ramai di kalangan kita yang hanya melakukan beberapa amalan kecil tetapi sudah
menyangka bahawa dia sudah menjadi ahli syurga. Itu angan-angan kita.
#Ditambah pula setiap dosa yang kita lakukan hampir saban masa, namun
mengharapkan kita berada sebilik dengan Rasulullah saw di syurga kelak. Ini angan-
angan.
#Abul Qasim az-Zamakhsyari menukilkan kisah Sayidina Umar menegur seorang Badwi
yang solat sekejap (sedikit atau singkat) dan kemudian dia berdoa agar dikurniakan
bidadari syurga. Sayidina Umar lalu berkata:

‫ وأعظمت إلخطبة‬،‫أسأت إلنقد‬

"Wahai fulan, engkau hanya menyediakan wang yang sedikit (kiasan bagi solat yang sedikit), tetapi
engkau berharap pinangan yang besar (iaitu bidadari syurga)!".

#Syurga, bidadari syurga, berada sebilik dengan Rasulullah saw adalah cita-cita kita,
impian dan juga matlamat kita. Namun adakah kita bersungguh-sungguh beramal dan
berjuang untuk mendapatkannya atau hanya dengan angan-angan sahaja?.
#Bagaimana kita yang inginkan syurga tetapi tidak melakukan apa-apa amalan
kebaikan. Rasulullah saw bersabda:

"Orang cerdik ialah sesiapa yang memuliakan (muhasabah) dirinya serta membuat persediaan
untuk kehidupan selepas mati, sementara orang lemah dan bodoh ialah orang yang membiarkan
dirinya mengikut hawa nafsu tetapi mereka berangan-angan mendapat kemuliaan disisi Allah” (HR
at-Tirmizi)

♡Jangan berangan-angan lagi. Bersungguh-sungguhlah beramal, berdakwah, berjuang
dan berkorban demi untuk memperolehi syurga Allah swt dan segala kenikmatannya♡

48
2021

☆TAZKIRAH 36☆

HANYA BERGANTUNG KEPADA ALLAH

‫َوَأند ُهۥ ََك َن ِر َجا ٌل ِم َن أ َۡ ِلن ِس یَ ُعو ُذو َن ِب ِر َجال ِم َن ألۡ ِج ِن فَ َزإ ُدوُُ ۡه َر َهقا‬

"Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia,
menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin,
kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat"
[Surah al-Jinn 6]

#Menurut para mufassirin: "Orang-orang di zaman Jahiliyah meminta perlindungan
kepada para jin dengan mempersembahkan ibadah dan penghambaan diri kepada
para jin tersebut, seperti menyembelih haiwan kurban, bernazar, meminta pertolongan
dan lain-lain".

#Berkata Syaikh Abdur Rahman as-Sa’di: “Jin (syaitan) mendapatkan kesenangan
dengan manusia mentaatinya, menyembahnya, mengagungkannya dan berlindung
kepadanya (berbuat syirik dan kufur kepada Allah swt). Sedangkan manusia
mendapatkan kesenangan dengan dipenuhi dan tercapainya keinginannya dengan
sebab bantuan dari para jin untuk memuaskan keinginannya. Maka, orang yang
menghambakan diri pada jin, (sebagai imbalannya) jin tersebut akan membantunya
dalam memenuhi keperluan-keperluannya”.

#Diantara amalan syirik dan berdosa besar ialah meminta pertolongan dan bantuan Jin
serta memperhambakan diri kepadanya. Amalan ini menjadi penyebab tidak
diampunkan dosa dan diancam dengan ancaman azab neraka.

#Firman Allah swt:

‫ِإ دن أّدلَل ََل یَ ۡغ ِف ُر َأن يُ ۡۡ َش َك ِب ِهۦ َویَ ۡغ ِف ُر َما ُدو َن َذ ِِٰ َل ِل َمن يَ َش ۤا ُُۚء َو َمن يُ ۡۡ ِش ۡك ِبأّدل ِل فَ َق ِد أفۡ ََ َت ٰۤى ِإ ۡثما َع ِظیا‬

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan
sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang
dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan
sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar" [Surah an-Nisa' 48]

#Firman Allah swt:

‫بَ ۡع ُضنَا‬ ‫أأ َّۡدِللُنِۗل ِ ِإسدن َ َربدربدنَا َأك ۡس َحَت ِۡمكتَ ٌَیع‬ ‫قَأاۡ َسل َتألۡكندَّاَۡ ُثرُُت َمثِۡمَوٰىَنُُ ۡكأ َۡ ِلنَخِٰـمِ ِسلی ََونقَاِف َۡلیَۤاَأ ِۡإوِلدََیلۤا َُؤمُاُه َ ِشمۤا ََءن‬ ‫قَ ِد‬ ‫َویَ ۡو َم َُ ۡی ُۡ ُشُُ ۡه ََ ِجیعا یَٰـ َم ۡع َۡ َش ألۡ ِج ِن‬
‫عَ ِل ٌی‬ ُۚ‫لَنَا‬ ‫ِب َب ۡعض َوبَلَ ۡغنَ ۤا َأ َجلَنَا أَدِّل ۤی َأ دجلۡ َت‬

49
2021

"Dan (ingatlah) hari (kiamat yang padanya) Allah akan himpunkan mereka semua, (lalu
berfirman): "Wahai sekalian jin (Syaitan-syaitan)! Sesungguhnya kamu telah banyak pengikut-
pengikut dari manusia". Dan berkatalah pula pengikut-pengikut mereka dari golongan manusia:
"Wahai Tuhan kami, sebahagian kami (manusia) telah bersenang-senang (mendapat kemudahan)
dengan sebahagian yang lain (Syaitan-syaitan), dan kami telah sampailah kepada masa kami (hari
kiamat) yang Engkau telah tentukan bagi kami". (Allah berfirman): "Nerakalah tempat kediaman
kamu, kekal kamu di dalamnya, kecuali apa yang dikehendaki Allah". Sesungguhnya Tuhanmu
(wahai Muhammad) Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui" [Surah al-An'am 128]
♡Mohonlah pertolongan dan perhambakan diri hanya kepada Allah swt. Jangan sesekali
meminta pertolongan, perlindungan diri atau bergantung harap kepada jin dan bala
tenteranya♡

50
2021


Click to View FlipBook Version