☆TAZKIRAH 37☆
SILATURRAHIM DENGAN YANG MEMERLUKAN
َو َءإ ِت َذإ ألۡ ُق ۡر َّ ٰب َحقد ُهۥ َوألۡ ِم ۡس ِكی َن َوأۡب َن أل دس ِبی ِل َو ََل تُ َب ِذ ۡر تَ ۡب ِذیرإ
"Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-
masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau" [Surah
al-Isra' 26]
#Dalam ayat ini, Allah swt memperingatkan orang-orang yang beriman agar
1. Memberikan hak kepada kerabat berupa ikatan silaturrahim
2. Berilah bantuan kepada orang miskin yang memerlukan
3. Membantu orang yang kehabisan bekal dalam perjalanan (musafir).
4. Jangan sekali-kali menggunakan harta dalam kemaksiatan atau menghambur-
hamburkannya secara boros.
#Daripada Sayidina Mus'ab bin Sa'ad bin Abi Waqqash r.a berkata: "Sa'ad merasa bahawa dirinya
mempunyai kelebihan dibanding orang yang berada di sekitarnya, kemudian Nabi saw bersabda:
"Bukankah kamu mendapatkan pertolongan dan rezeki berkat kerana adanya orang-orang yang
lemah di sekitarmu?" (HR al-Bukhari)
#Dalam kehidupan Nabi Muhammad saw, baginda sangat menjaga silaturrahim, sangat
dekat dengan orang miskin, pembela ibu tunggal, sentiasa menyantuni anak yatim,
memperjuangkan hak orang yang lemah, menyediakan bekal kepada musafir yang
terputus bekalan, suka bersedekah dan sangat pemurah.
#Daripada Sayidina Abdullah bin Busyr r.a:
َم ْن َطا َل َُ ُع ُرُه َو َح ُس َن ََ َع ُُ ُل:َأ دن َأ ْع َرإِبیا قَا َل ََّی َر ُسو َل إّ دل ِل َم ْن َخ ْ ُی إلندا ِس قَا َل
"Bahawasanya ada seorang Arab Badwi berkata kepada Rasulullah saw: “Wahai Rasulullah,
siapakah sebaik-baik manusia?”. Baginda saw menjawab: “Orang yang paling panjang umurnya
dan baik amalannya” (HR at-Tirmizi dan Ahmad)
♡Semoga kita tergolong dalam kalangan hamba Allah yang sentiasa menghubungkan
silaturrahim, menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan dan menggunakan harta
di jalan Allah swt♡
51
2021
☆TAZKIRAH 38☆
BERSEGERA UNTUK BERTAUBAT
َو َم ْن لَ ْم یَتُ ْب فَأُولَ ِئ َك ُُ ُه إل دظاِل ُمو َن
"Dan (ingatlah), sesiapa yang enggan bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah
orang-orang yang zalim" [Surah al-Hujurat 11]
#Di antara tanda orang yang zalim dan sombong ialah mereka yang enggan bertaubat
daripada dosa dan kejahatan yang dilakukan.
#Sikap enggan bertaubat adalah sikap Iblis. Iblis tidak mahu bertaubat kepada Allah
untuk pertama kalinya setelah melakukan dosa. Inilah sikap sombong yang menzalimi diri
sendiri sehingga Iblis dihukum kufur oleh Allah swt.
#Keengganan bertaubat menyebabkan seseorang itu diazab di akhirat kelak bahkan
menjadi satu penyesalan yang tiada kesudahannya. Firman Allah swt:
َأ ۡو تَ ُقو َل ِحی َن تَ َرى ألۡ َع َذإ َب لَ ۡو َأ دن َِل َك درة فَأَ ُكو َن ِم َن ألۡ ُم ۡح ِس ِنی َن
"Atau berkata semasa ia melihat azab: `Kalaulah aku dapat kembali ke dunia, nescaya menjadilah
aku dari orang-orang yang mengerjakan kebaikan!"
بَ ََ ٰل قَ ۡد َج ۤا َءتۡ َك َءإیَٰـ َِّت فَ َك دذبۡ َت ِِبَا َوأ ۡس َت ۡك َِۡب َت َو ُكن َت ِم َن أ ۡل َكٰـ ِف ِری َن
(Kata-kata yang tersebut ditolak oleh Allah dengan firmanNya): "Bahkan telahpun datang
kepadamu ayat-ayat petunjukKu (melalui RasulKu), maka engkau telah mendustakannya serta
engkau berlaku sombong angkuh mengenainya, dan engkau telah menjadikan dirimu dari orang-
orang yang kufur ingkar!"
َویَ ۡو َم ألۡ ِقیَٰـ َم ِة تَ َرى أَدِّلی َن َك َذبُو۟إ عَ ََل أّدلِل ُو ُجو ُه ُهم هم ۡس َو دد ٌُۚة َألَيۡ َس ِِف ََ َجَدَّن َمثۡوى ِللۡ ُم َت َك ِِ ِبی َن
"Dan pada hari kiamat, engkau akan melihat orang-orang yang berdusta terhadap Allah (dan yang
menyatakan kesedihan itu) - muka mereka hitam legam; bukankah (telah diketahui bahawa)
dalam neraka Jahannam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang sombong takbur?"
[Surah az-Zumar 58-60]
#Pintu taubat sentiasa terbuka. Tidak kira besar mana pun dosa dan berapa kali pun
diulanginya. Jangan berputus asa dari rahmat Allah swt.
52
2021
ََ ِجیعا إَّهلنُو َب یَ ْغ ِف ُر إّ دل َل ِإ دن إّ دل ِل ِم ْن َر ْۡ َح ِة تَ ْقنَ ُطوإ َأنْ ُف ِس ِه ْم ََل عَ ََل َأ ْْ َسفُوإ إَدِّلی َن ََّی ِع َبا ِد َي قُ ْل
إل در ِح ُی إلْ َغ ُفو ُر ِإند ُه ُه َو
Katakanlah: "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri
(dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana
sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani" [Surah az-Zumar 53]
♡Lazimkan diri bertaubat. Semoga kita tidak tergolong dalam kalangan orang-orang
yang zalim. Aamiiin♡
53
2021
☆TAZKIRAH 39☆
SABAR DENGAN UJIAN
َولَنَ ۡبلُ َوندُُك ِب َش ۡیء ِم َن ألۡ َخ ۡو ِف َوألۡ ُجوعِ َونَ ۡقص ِم َن أ ۡۡ َل ۡم َو ٰ ِل َوأ ۡۡ َلن ُف ِس َوألثد َم َر ٰ ِۗت َوبَ ِۡ ِش
أل دصٰـ ِِ ِبی َن
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh)
dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa
serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar" [Surah al-
Baqarah 155]
#Kehidupan di dunia ini dipenuhi dengan ujian. Sifat orang beriman adalah mereka akan
bersabar dalam menghadapi segala ujian yang melanda, malah ketika berdepan ujian
tersebut, mereka mampu meningkatkan tahap keimanan dan ketakwaan kepada Allah
swt.
#Rasulullah saw bersabda: "Tidaklah seseorang mendapatkan pemberian yang lebih baik
dan lebih lapang daripada kesabaran” (HR al-Bukhari dan Muslim)
#Dalam Hasyiyah Kitab at-Tauhid menyebut: "Sabar adalah menahan diri dari marah
kepada Allah, menahan lisan agar tidak mengeluh dan murka kepada takdir, serta
menahan anggota badan agar tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang seperti
menampar-nampar pipi, merobek-robek pakaian dan sebagainya".
#Berkata Ibnu Atha' rahimahullah: “Sabar adalah menangani musibah dengan
adab/cara yang baik".
#Berkata Abu Ali al-Daqqaq rahimahullah: "Hakikat sabar adalah tidak memprotes
sesuatu yang sudah ditetapkan dalam takdir".
#Jom banyakkan berdoa dengan doa ini agar kita tergolong di kalangan hambaNya
yang sabar dan mati dalam keadaan beroleh keredhaanNya:
َربدنَ ۤا َأ ۡف ِر ۡغ عَلَ ۡینَا َص ِۡبإ َوتَ َوفدنَا ُم ۡس ِل ِمی َن
"Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan
Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)" [Surah al-A'raf 126]
♡Bersabarlah dalam menghadapi ujian kehidupan dengan bergantung kepada Allah
dan sentiasa memohon pertolonganNya♡
54
2021
☆TAZKIRAH 40☆
KEJAYAAN BAGI YANG BERTAQWA
َوأتد ُقو۟إ أّ دلَل لَ َعلدُُ ۡك تُ ۡف ِل ُحو َن
"Dan bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (beruntung)" [Surah al-Baqarah 189]
#Ayat ini menunjukkan bahawa taqwa merupakan sebab kejayaan.
#Menurut Taisir al-Karim ar-Rahman: "Ini bererti, barangsiapa yang tidak bertaqwa
kepada Allah maka dia tidak menempuh jalan yang akan menghantarkan dirinya
menuju kejayaan".
#Dapat difahami bahawa orang yang bertaqwa beroleh kejayaan/keuntungan kerana
orang yang bertaqwa akan mendapat pertolongan dan pembelaan daripada Allah swt.
َوأتد ُقو۟إ أّ دلَل َوأ ۡعلَ ُم ۤو۟إ َأ دن أّ دلَل َم َع ألۡ ُمتد ِقی َن
"Bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya Allah beserta (menolong dan
membela) orang-orang yang bertaqwa" [Surah al-Baqarah 194]
#Di antara tanda seseorang itu bertaqwa ialah sentiasa berjuang mengagungkan
perintah dan syiar-syiar Allah.
َذ ِِٰ َمل َو َمن یُ َع ِظ ۡم َش َعٰۤـ َِِٕى أّ دل ِل فَ ِاَدّنَا ِمن تَ ۡق َوى ألۡ ُقلُو ِب
"Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar ugama Allah maka (dialah
orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati
orang mukmin" [Surah al-Hajj 32]
♡Bertaqwakah kita? Berusahalah menjadi insan bertaqwa agar kita berjaya di dunia dan
di akhirat♡
55
2021
☆TAZKIRAH 41☆
SERUAN ALLAH DAN RASUL
بَ ۡی َن َُ ُیو ُل أّ دلَل َأ دن َوأ ۡعلَ ُم ۤو۟إ َدعَا ُُ ۡك ِل َما ُُ ۡی ِییُُ ۡكم َت ِجی ُبو۟إألَِّۡمدلِۡلرِء َوِلَولقَدلۡرُِبسِهوۦ ِلَوَأِإند َُذهۤإۥ أ ۡس َءإ َمنُو۟إ أَدِّلی َن یَ ٰۤـأَُ هّیَا
ِإلَ ۡی ِه ُُ ۡت َۡ ُشو َن
"Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila
Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan
ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang
itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan"
[Surah al-Anfal 24]
#Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata: “(Ayat ini menunjukkan) bahawa kehidupan
yang bermanfaat (indah) hanya boleh diperolehi dengan memenuhi seruan Allah dan
RasulNya saw. Maka, barangsiapa yang tidak memenuhi seruan Allah dan RasulNya,
maka dia tidak akan merasakan kehidupan (yang bahagia dan indah). Maka,
kehidupan baik (bahagia) yang hakiki adalah kehidupan seorang yang memenuhi
seruan Allah dan RasulNya secara zahir mahupun batin".
#Diantara seruan Allah dan RasulNya ialah:
1. Seruan supaya melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan.
2. Seruan supaya meninggalkan perbuatan serta sangkaan buruk terhadap orang lain.
3. Juga seruan larangan mengintip hal orang lain dan mengumpat perkara bersifat
peribadi dengan tujuan jahat.
4. Seruan supaya bertakwa kepada Allah dengan sebenar-benar takwa.
5. Seruan supaya manusia yang beriman menunaikan perjanjian yang dibuat.
6. Seruan supaya memperbanyakkan selawat terhadap baginda Rasulullah saw.
7. Seruan supaya sentiasa mengingati Allah dalam setiap inci kehidupan.
8. Dan pelbagai seruan lagi yang ditujukan kepada orang-orang yang beriman.
#Semua seruan ini ditujukan kepada golongan yang beriman kepada Allah swt. Maka,
wajib kita menyahut seruan tersebut kerana semua itu demi kebaikan dan kebahagiaan
hidup kita di dunia dan akhirat. Jangan hanya sekadar mengaku beriman kepada Allah,
namun tidak menyahut seruan daripada Allah swt dan RasulNya. Sengsara dan malang
hidup kita dunia akhirat.
♡Ayat ini menjadi motivasi bagi kita semua untuk meyakini betapa indahnya menyahut,
memahami dan mengamalkan petunjuk dan seruan Allah dan RasulNya yang
dengannya seorang hamba itu dapat meraih kebahagiaan dan ketenangan jiwa yang
hakiki dalam kehidupannya. Ayuh, sahutlah seruan Allah dan Rasul!!♡
56
2021
☆TAZKIRAH 42☆
NIKMAT YANG KEKAL ABADI
َما ِعن َد ُُ ۡك یَن َف ُد َو َما ِعن َد أّ دل ِل َب ِۗق َولَنَ ۡج ِزیَ دن أَدِّلی َن َص َُِبۤو۟إ َأ ۡج َرُُه ِبأَ ۡح َس ِن َما ََكنُو۟إ یَ ۡع َملُو َن
"(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi
Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan
pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan" [Surah An-Nahl 96]
#Dihuraikan dalam Hidayatul Insan bi Tafsiril Quran berkaitan ayat ini: "Ketahuilah wahai
manusia, bahawa apa yang ada di sisimu, berupa kenikmatan duniawi, suatu saat nanti
pasti akan lenyap, hancur, hilang, dan berakhir. Dan apa yang ada di sisi Allah, berupa
kenikmatan ukhrawi dan balasan amal baik yang akan kamu peroleh adalah kekal dan
kamu akan sentiasa mendapatkannya secara abadi. Dan ketahuilah wahai orang yang
beriman, bahawa Allah pasti akan memberi balasan yang setimpal kepada orang yang
sabar dalam melaksanakan tuntutan Allah dan meninggalkan laranganNya, dengan
pahala yang berlipat kali ganda dan lebih baik daripada apa yang telah mereka
kerjakan. Barang siapa mengerjakan kebajikan sekecil apa pun, samada dia lelaki
mahupun perempuan, dalam keadaan beriman dan penuh keikhlasan, maka pasti Allah
akan berikan kepadanya kehidupan yang baik di dunia dan akan di beri balasan di
akhirat atas kebajikannya dengan pahala yang lebih baik dan berlipat ganda dari apa
yang telah mereka kerjakan".
#Rasulullah saw bersabda menggambarkan betapa bernilainya amalan ketaatan yang
dilakukan dan dijanjikan simpanan pahala serta kebahagiaan di akhirat:
“Adapun keluarmu dari rumah untuk menunaikan haji ke Kaabah maka setiap langkah
haiwan tungganganmu akan dicatat sebagai satu kebaikan dan menghapus satu
kesalahan. Sedangkan wukuf di Arafah maka pada saat itu Allah turun ke langit dunia
lalu Allah bangga-banggakan orang-orang yang berwukuf di hadapan para malaikat.
Allah swt berfirman: "Mereka adalah hamba-hambaKu yang datang dalam keadaan
kusut lagi berdebu dari segala penjuru dunia. Mereka mengharapkan kasih sayangKu,
merasa takut dengan seksaKu padahal mereka belum pernah melihatKu. Bagaimana
andai mereka pernah melihatKu?. Andai engkau memiliki dosa sebanyak butir pasir di
sebuah gunungan pasir atau sebanyak hari di dunia atau sebanyak titisan air hujan maka
seluruhnya akan Allah bersihkan. Melontar jamrahmu merupakan simpanan pahala.
Ketika engkau mencukur kepalamu maka setiap helai rambut yang jatuh bernilai satu
kebaikan. Jika engkau tawaf mengelilingi Kaabah maka engkau terbebas dari dosa-
dosamu sebagaimana ketika engkau lahir dari rahim ibumu” (HR at-Thabrani dinilai
hasan)
57
2021
#Ini menunjukkan bahawa amalan kebaikan pahalanya kekal disisi Allah dan dikurniakan
gandaan pahala yang lebih baik daripada apa yang dikerjakan.
#Kepada mereka yang berlumba-lumba mengejar dunia semata-mata dan
meninggalkan ketaatan kepada Allah, bahawa segala kenikmatan dunia itu akan
musnah dan binasa bahkan hanya akan menimbulkan konflik, kerosakan dan huru-hara
di bumi ini serta penyesalan di akhirat.
#Sedangkan mereka yang berlumba-lumba untuk meraih apa yang disediakan oleh
Allah swt mampu mengangkat dan meninggikan darjat manusia. Sesungguhnya
kenikmatan dunia itu hanya berlangsung sesaat dan sangat cepat menghilang.
Sedangkan kebaikan akhirat kekal disisi Allah serta mencerahkan masa depan akhirat.
♡Maka, utamakanlah kenikmatan yang kekal berbanding kenikmatan yang fana
(musnah). Ingatlah, bukanlah insan yang cerdik bagi sesiapa lebih mengutamakan
perkara yang akan musnah lagi bernilai rendah berbanding kenikmatan yang kekal lagi
bernilai tinggi. Jom muhasabah♡
58
2021