Berita kubah dilarikan orang menjadi isu hangat ketika ini. Beberapa orang wanita mengesyaki
angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah terkenal dengan kejahatan
lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta agar mereka tidak membuat tuduhan melulu
yang tiada kepastiannya. Datuk mengheret Rafiq dan Haziq ke halaman rumah, penduduk-
penduduk akan membelasah mereka dua beradik. Datuk meminta semua penduduk kampung
berkumpul. Mereka lihat Rafiq dan Haziq dalam keadaan lesu dan badannya lebam-lebam akibat
dibelasah. Datuk mencarikan herba untuk memulihkan mereka tetapi badan mereka langsung
tidak bermaya. Badan Haziq lebam, manakala hidung Rafiq berdarah dan rebah di lantai rumah.
Geetha memberitahu Danel, biarlah datuk yang menyelesaikan masalah masjid dan surau. Dia
hanya ingin membantu menyelesaikan masalah keluarga Che Jah.
BAB 33.
Kak Mimah dan rakannya Nadia muncul ketika datuk ingin mengadakan pertemuan di balai raya.
Che Jah juga hadir sama tanpa dicari, membuat pengakuan untuk dipanjangkan kepada pihak
berkuasa. Suaminyalah yang telah melarikan kubah surau kampung, bukannya Rafiq dan Haziq.
Tindakan Che Jah biarlah pihak berkuasa mengambil tindakan wajar supaya suaminya dihantar
ke pusat pemulihan akidah. Menurut Kak Mimah, jika Che Jah membuat laporan polis, tindakan
mahkamah boleh diambil, dan kes ini akan diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat
dan mendapat bantuan dari Jabatan Perlindungan Wanita dan Masyarakat bagi membiayai kos
rawatan pemulihan akidah suaminya. Suami Che Jah berjaya ditangkap oleh penduduk-penduduk
kampung di belakang pondok dusun. Haziq diberi herba sebagai penawar, manakala Rafiq
dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
BAB 34.
Sugi tidak mengaku terlibat dengan kemasukan dua orang wakil pemaju perumahan yang datang
memujuk penduduk-penduduk kampung menjualkan tanah mereka. Datuk pula dituduh cuba
melindungi Che Jah yang terlibat melindungi anak-anaknya dari kes culik cucunya, Lili.
Berpuluh-puluh pemuda kampung menunjuk perasaan di halaman rumah, menuduh datuk terlibat
dengan pemaju perumahan. Datuk tidak ambil kisah kerana itu bukan urusannya. Sugi pula
menjelaskan bahawa dia bukan bertujuan untuk membangunkan kampung dengan projek rumah
kos rendah, tetapi ingin memajukan tanah-tanah penduduk kampung dengan projek agropolitan,
penanaman Jatropha Cuncas dan selama ini semuanya tersalah anggap. Haziq semakin pulih dari
keletihan dan mampu tersenyum, manakala Rafiq disahkan mengambil terlalu banyak dadah
jenis syabu sehingga sistem tubuh badannya banyak yang rosak. Kak Mimah berjanji akan
membantunya sehingga pulih.
BAB 35.
Ibu pulang ke kampung tanpa ayah yang hanya menaiki bas untuk membawa Lili balik ke Kuala
Lumpur. Cadangan Danel untuk mencadangkan pembinaan sebuah masjid diterima oleh semua
penduduk dan ketua kampung.
BAB 36.
Matahari terbit dapat disaksikan oleh Lili dan Geetha seawal paginya. Ibu tiba ke kampung dan
akan membawa Lili ke Kuala Lumpur dan sempat untuk menghadiri majlis perpisahan
pengetuanya. Datuknya, Haji Abdul Rahman menceritakan maksud yang tersembunyi tentang
jendela menghadap jalan yang terlalu banyak kisah silam, sejak zaman penjajahan hinggalah ke
zaman komunis yang mereka tidak memasukkan sejarah jendela menghadap jalan. Neneknya
pula, Hajah Aisyah Tan Abdullah menceritakan kisah zaman silam berasal dari Tanah Besar
China sehinggalah pertemuannya dengan datuk di Tanah Melayu ke hari ini. Lili kerap berjumpa
dengan Geetha di Kuala Lumpur dan meneruskan pelajarannya. Haziq dan Rafiq pula akan
menduduki PMR pada tahun hadapan dan hidupnya telah banyak berubah. Danel berharap Lili
akan kembali semula ke Kampung Sentosa dan berharap Lili telah mengetahui tentang jendela
menghadap jalan, manakala Danel telah banyak menulis artikel tentang pisang
KEKUATAN NOVEL
Novel ini mengajar nilai kasih sayang kepada pembaca dengan menceritakan tentang kesayangan
seorang anak terhadap ibunya dan mengaplikasikannya ke dalam kehidupan seharian. Selain itu,
novel ini mempunyai Teknik plot yang baik kerana dapat menarik perhatian pembaca dengan
konflik yang berlaku dalam aliran cerita tersebut. Disamping itu, novel ini. Memberi pengajaran
tentang sikap keprihatinan terhadap masalah yang berlaku di persekitaran kita supaya dapat
memperbaiki dan mengatasi situasi pembaca dalam hidup. Novel ini juga menceritakan tentang
persoalan keganasan rumah tangga yang mampu membuka minda pembaca tentang pendedahan
tentang masalah yang dihadapi oleh seseorang. Akhir sekali, novel ini memberikan saspens
kepada semua pembaca seperti isu orang melarikan kubah surau.
KEKURANGAN NOVEL
Novel ini mempunyai banyak isu diceritakan yang merraituskan aliran cerita, hal ini dapat
dikaitkan dengan tidak keseimbangan dalam membahagikan bab aliran cerita. Selain itu, novel
ini tidak mempunyai watak yang paling diutamakan kerana Lili tidak mempunyai peranan yang
penting dalam perawalan novel ini. Seterusnya, penutup novel ini tidak menceritakan tentang
perkembangan watak dengan menyeluruh dan tidak lengkap. Akhir sekali. Teknik plot novel ini
amat memeningkan pembaca apabila mempunyai klimaks berbeza.
PENAMBAHBAIKAN NOVEL
Novel ini perlu menyeimbangkan lagi bilangan bab dan menapis bab dengan lebih
Konsisten aur aliran cerita tidak terjejas dan memeningkan. Selain itu, isu yang diceritakan
dalam novel ini perlu dikurangkan atau lebih jelas kerana ia boleh mempengaruhi jalan cerita.
Lili pula perlu mempunyai peranan penting pada awal cerita supaya pembaca memahami
perwatakan utama secara menyeluruh. Disamping itu, penutup novel harus diceritakan dengan
lebih lengkap dan tidak tergantung kerana pembaca tidak dapat memahami perakhiran novel
secara menyeluruh. Akhir sekali, plot klimaks perlu diringkaskan agar dapat difahami oleh
pembaca
PANTAI KASIH KARYA AZMAH NORDIN
PENGENALAN
Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk
cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan dalam
perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar
menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih
BIOGRAFI
Azmah Nordin dilahirkan pada 10 Januari 1958 di Kulim, Kedah.
Beliau merupakan anak keempat pasangan Allahyarham Nordin bin
Ahmad dan Jamilah binti Jahidin. Almarhum ayah Azmah
merupakan seorang polis, menyebabkan keluarganya sering
berpindah mengikut lokasi ayahnya bertugas. Azmah bertemu
jodoh dengan seorang anak jati Sabah bernama Hussain bin Dato’
Haji Othman pada tahun 1972, dan bermulalah kehidupan Azmah
sebagai “orang Sabah” ketika mereka menetap di Kota Kinabalu.
SINOPSIS KESELURUHAN
Novel ini mengisahkan Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai dugaan
sebelum menjadi doktor pakar bedah. Raiha menerima pelawaan Doktor Uwang untuk menyertai
Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) setelah mengalami kegagalan dalam perkahwinannya.
Sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha selalu terganggu dengan komplikasi
yang dihadapi oleh pesakitnya yang bernama Unong Siron. Raiha amat terkesan dengan arahan
Doktor Uwang supaya melakukan pembedahan kali keenam terhadap Unong Siron. Raiha berasa
curiga dengan 5 pembedahan yang dilakukan oleh Doktor Uwang terhadap Unong Siron. Fikiran
Raiha juga terganggu oleh gambaran bekas suaminya, Doktor Sadiz dan kematian anaknya, iaitu
Rohayu (Ayu) yang menghidap penyakit Sindrom Down. Selain itu, Doktor Raiha tidak
menyenangi sikap Felicia Landosi yang melayan ibu Unong Siron dengan kasar. Sewaktu Doktor
Uwang membelok masuk ke PRPK, beliau ternmpak bayangan wajah anak saudaranya yang
telah meninggal dunia akibat rentung di dalam kereta mewah yang terbakar. Kereta yang dipandu
oleh Doktor Uwang telah merempuh tembok PRPK. Doktor Uwang terpaksa menjalani
pembedahan penggantian sendi pada anggota tubuhnya yang rosak. Felicia Landosi pula
meminta maaf kepada Raiha kerana penglibatannya dalam kes kematian Rohayu, anak Raiha.
Felicia turut meminta maaf kerana tidak tampil sebgai saksi di mahkamah keluarga. Raiha
memaafkan Felicia kerana menyedari bahawa mereka ialah mangsa keadaan.
SINOPSIS SETIAP BAB
BAB 1
Raiha, seorang doktor pakar yang baharu menyertai Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK)
menghadapai masa sukar apabila sentiasa terkenang peristiwa silam yang mengiringi perjalanan
hidupnya. Raiha amat terkesan dengan tugasan yang diberikan oleh Doktor Uwang untuk
membuat pembedahan kali keenam ke atas pesakit yang bernama Unong Siron.
Raiha berasa curiga mengapa pembedahan yang sama dilakukan sebanyak lima kali ke atas
pesakit pada tempat pembedahan yang sama. Walaupun selesai menjalankan tugasan dengan
jayanya, namun Raiha berpendapat bahawa pembedahan tersebut tidak harus berulang kali
terutama kepada pesakit daripada kalangan golongan menengah dan ke bawah.
Prinsip hidup Raiha iaitu memuaskan semua pihak, sebaik mungkin dan seboleh mungkin telah
mencurigakan kredibiliti Doktor Idolanya itu. Raiha juga dibayangi dengan kenangan silam iaitu
rasa pendam cintanya terhadap Doktor Uwang tetapi telah terpadam selepas dia memilih Doktor
Sadiz sebagai suami.
Namun, kenangan itu sukar dilupakan terutama sewaktu dia memberikan bantuan kepada Doktor
Uwang dalam pembentangan seminar. Raiha juga teringat akan ayahnya yang membentak
apabila Raiha menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengan Doktor Sadiz.
Ayahnya yang berjaya membesarkan dua orang adik lelaki tirinya menjadi golongan professional
berpendapat bahawa pemilihan Doktor Sadiz sebagai suaminya adalah kurang tepat dan akan
menyebakan kesengsaraan pada masa depan. Ingatan terhadap larangan ayahnya supaya bidang
pakar pembedahan tidak menjadi pilihan kerana berpendapat bidang tersebut tidak sesuai dan
tidak berfaedah kepadanya dalam jangka masa panjang.
Sister Felicia Landosi, jururawat kanan yang banyak pengalaman begitu tidak menyenangi Raiha
apabila dia telah ditegur akibat melakukan sesuatu yang kurang menyenangkan di PRPK. Sister
Felicia ditawarkan dengan gaji yang lumayan supaya bertugas di PRPK setelah bertugas di
hospital kerajaan sebelum ini. Felicia berpendapat teguran Raiha dan amaran Doktor Uwang
terhadap aku janjinya sebelum ini menyesakkan dadanya dan tidak adil terhadap dirinya
seterusnya membakar semangatnya hingga rentung. Dia berhasrat untuk melupakan peristiwa
hitam pada malam yang menggemparkan itu. Doktor Alex pula mengesyaki bahawa beliau
bergaduh dengan Doktor Razak. Ingatannya juga kembali kepada kenangan lalu sewaktu anak
Raiha disambar api di hadapan matanya. Ingatan itu sukar dilupakan dan menghantuinya selama
ini. Dia juga sentiasa dibayangi keresahan khuatir tingkah lakunya diperhatikan terutama di
ruang farmasi.
Dalam keadaan rakan sejawat yang sedang leka melaksanakan tugas Felicia dibayangi dengan
prasangka. Sehingga jururawat Ariana yang sedang bercakap di gagang telefon dengan Doktor
Razak turut diteguri kerana asyik bergayut di telefon sahaja. Atas permintaanya sendiri dia tidak
bertugas pada sebelah pagi sebaliknya pada sebelah malam dan tugas rutin harian tidak perlu
dilaksanakannya memberi peluang kepadanya untuk mengelakkan diri daripada bertembung
dengan Rahia.
BAB 2
Doktor Uwang berpendirian tegas akan prinsip hidupnya, dia tidak mahu ada orang asing di
rumahnya, apatah lagi mengupah orang gaji. Malahan anak tunggal hasil keterlanjurannya
dahulu pun dihantar belajar di sekolah swasta berasrama seawal usia tujuh tahun lagi sehingga
anaknya itu kekok untuk bersama-samanya apabila ada peluang pulang bercuti semesternya.
Doktor Uwang berpendapat anaknya itu tidak harus pulang langsung kerana memalukannya
sahaja. Ketegasan Doktor Uwang terhadap bisnes kesihatan menjadikannya sebagai salah
seorang doktor berwibawa yang banyak membawa keuntungan kepada PRPK. Ayah mentuanya
yang menyerahkan PRPK kepadanya turut berpendapat bahawa untuk kaya tidak harus ada
halangan asalnya berusaha. Walaupun agak kesal menyerahkan PRPK kepada Doktor Uwang,
namun akur dengan kehebatan menantunya menerajui PRPK. Doktor Uwang menganggap ayah
mentuanya sama seperti Raiha yang adakalanya seperti memperkecil-kecilkannya
kewibawaannya tetapi dia berpendapat bahawa untuk mendapat kesihatan yang baik mestilah
menggunakan kecanggihan alat perubatan. Doktor Uwang juga sering mengeluh kesakitan pada
pergelangan tangannya dan kepala lututnya namun belum sempat membuat diagnosis tepat
terhadap penyakitnya itu. Oleh sebab dia kurang sihat untuk melakukan pembedahan terhadap
Unong Siron pada kali ini, tugas itu diserahkan kepada Raiha.
Namun sikap Raiha yang menjengkelkannya. Raiha mempersoalkan kejadian infeksi yang
berlaku kepada Unong Siron. Peribadi Raiha yang dikenali sewaktu menjadi siswi dengan yang
ada sekarang amat berbeza. Dahulu Raiha menaruh hati terhadapnya tetapi sekarang sudah
lenyap dan menganggap Raiha sudah angkuh dan beranggapan Raiha tidak bersyukur dengan
tawaran berkhidmat di PRPK miliknya.
Doktor Uwang juga teringat kembali terhadap kanak-kanak perempuan yang sudah meninggal
dunia dan sentiasa membayangi hidupnya. Lamunannya tersentak apabila ingatannya juga turut
dibayangi oleh peristiwa pencerobohan doktor palsu yang menyamar di PRPK miliknya.
BAB 3
Sister Felicia menjalankan rutin hariannya seperti biasa. Dia menemui pesakitnya di bilik VVIP
yang digambarkan seperti hotel bertaraf lima bintang. Dia mengambil suhu dan mengukur nadi
pesakit yang bergelar Datin itu dengan berhati-hati. Baginya merawat pesakit berkelas menengah
atas ini perlukan kesabaran dan layanan yang tinggi.
Pesakit itu perasan akan perubahan diri Sister Felicia yang kelihatan pucat lalu ditegurnya tetapi
dia mengatakan bahawa keadaannya seperti biasa sahaja, barangkali cuaca musim kemarau
panjang ini menyebabkan keadaanya begitu. Dia terbayang kembali peristiwa ketika dia bersama
Doktor Sadiz yang berkesudahan dengan gambaran kematian anak perempuannya yang rentung
akibat disambar api yang sedang marak membakar kereta mewah doktor itu.
Selepas memeriksa pesakit yang bergelar Datin itu, Felicia kemudiannya ke dapur dan
menikmati ais krim milik Raiha sambil teringat kembali zaman dia menjadi pelajar bidang
kejururawatan dahulu. Walaupun dia mempelajari bidang perubatan tetapi dia masih tidak
berupaya mengubati dirinya yang terluka. Malah dia mengambil ubat batuk sebagai penawar
kelukaan hatinya.
Felicia sering mendengar keluhan ibu Unong Sairon yang mengeluh tentang pembedahan
anaknya yang keenam sama ada berjaya ataupun tidak kerana kemampuannya hanya setakat itu
sahaja disebabkan semua wang insurans anaknya sudah dihabiskan untuk belanja perubatan
tersebut.
Raiha masih teringat akan peristiwa hitamnya. Pelbagai pertanyaan menerpa benaknya tentang
punca kematian anaknya juga tentang keputusan perbicaraan Raiha menentang Sadiz yang
akhirnya berpihak kepada bekas suaminya itu.
Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang menyalahkan dirinya atas kematian anak perempuan
mereka. Raiha pula memberitahu bahawa semuanya berpuca daripada Doktor Sadiz
menyebabkan sanak saudara yang selama ini menyokongnya semakin berundur dari hidupnya.
Raiha juga teringat akan layanan kasar Felicia terhadap ibu pesakitnya Unong Siron, masyarakat
kelas menengah bawah. Sergahan Raiha terhadap Felicia menyebabkan Felicia kecil hati dan
berasa amarah dengan tindakan Raiha walaupun sebenarnya tindakannya mengasari ibu pesakit
adalah salah.
Raiha berasa bersalah akan tindakannya menegur sikap Felicia. Dia teringat kisah lama
antaranya dengan Felicia. Mereka bersekolah di sekolah yang sama, tetapi Felicia
menghilangkan diri selepas kematian ibunya. Mereka bertemu di Hospital Kinabalu selepas
sekian lama menghilang. Pada ketika itu Felicia seorang jururawat manakala Raiha sudah
menjadi doktor.
Raiha masih teringat akan sergahan Doktor Sadiz terhadapnya. Doktor Sadiz menyatakan
bahawa Raiha sengaja melarikan kereta mewahnya. Bukan itu sahaja Doktor Sadiz juga
menyatakan bahawa barang kemas yang dibelikannya juga turut dibawa lari oleh Raiha. Namun
Raiha cuba menyangkal dengan mengatakan bahawa barang kemas yang dibawa adalah barang
kemas miliknya, hasil titik peluhnya sendiri.
Doktor Sadiz bersumpah sampai mati sekalipun dia tidak akan melepaskan Raiha. Doktor Sadiz
mahu Raiha merana, gantung tidak bertali sebagai balasan tergamak memalukannya di mata
golongan masyarakat elit.
BAB 4
Raiha tiba di rumahnya, sebuah apartment di tingkat enam yang terletak tidak jauh dari Pusat
Rawatan Pantai Kasih. Sepanjang perjalanan, Raiha teringat akan peristiwa hitam misteri
kematian anaknya, dan kekalahan kes tersebut di tangan bekas suaminya.
Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang melayani dengan baik sebelum peristiwa hitam
muncul. Raiha ingat ketika dia mengandungkan bayi hasil persenyawaan sperma suaminya itu.
Dia juga teringat akan permintaan Doktor Sadiz supaya menggugurkan bayi yang sedang
dikandungnnya itu kerana kehadiranya bayi tersebut tidak direstui apatah lagi sudah diketahui
fizikal bayi tersebut yang kelebihan kromosom akan menyebabkan dia malu dengan masyarakat.
Anak-anak dengan bekas isterinya tidak ada yang cacat. Raiha tidak tergamak hendak
membunuh bayi tersebut apatah lagi bayi tersebut sah hukum dan mempunyai hak untuk hidup.
Akhirnya bayi tersebut lahir dan diberi nama Rohayu atau panggilannya ‘Ayu’.
Kegelisahan Dotu Untong terhadap panggilan palsu tentang pencerobohan di Pusat Rawatan
Pantai Kasih miliknya. Kegelisahan turut dirasai oleh isteri Doktor Uwang, namun tidak
diendahkan oleh Doktor Uwang akan rungutan dan kegusaran isterinya itu. Doktor Uwang
berpendapat isteri serta bapanya tidak harus ambil peduli tentang pencerobohan di Pusat
Rawatan Pantai Kasih.
Doktor Uwang juga teringat akan persoalan yang diajukan oleh emak Unong Siron yang
mempersoalkan kewibawaannya menangani kes pembedahan penggantian tulang pinggul hingga
keenam kalinya itu. Namun, dia sudah menetapkan pendiriannya bahawa dia akan berbuat apa-
apa sahaja untuk memberikan hasil baik berpihak kepadanya.
Asalkan keuntungan berlipat kali ganda masuk ke ke poketnya sudah memadai, tidak perlu
memikirkan bagaimana mereka mendapatkan wang membayar kos perubatan di situ. Doktor
Uwang mengelamun sambil menonton rancangan ‘Money Matters’ di televisyen. Lamunannya
hingga ke peristiwa anak pakciknya rentung dan disaksikan di hadapan matanya sendiri.
Felicia memasuki bilik farmasi lagi. Tiba-tiba muncul seorang pesakit lelaki. Dengan garangnya
pesakit itu bertanyakan tentang infeksi yang terjadi kepadanya. Felicia bingkas ingin memanggil
Doktor Mohammad namun dihalang oleh pesakit tersebut. Lalu Felicia mencadangkan Doktor
Uwang. Cadangannya itu tidak dipersetujui oleh pesakit tersebut sebaliknya dia mahukan Doktor
Raiha. Feilcia memberitahu bahawa Doktor Raiha tidak ada dan pesakit itu tidak
memperpercayainya.
Felicia cuba menjelaskan hal yang sebenar kepada pesakit itu tetapi pesakit itu digambarkan
melemparkan simen dan splinnya ke arahnya menyebabkan Felicia terjelopok, namun itu
hanyalah hayalan Felicia semata-mata. Apabila Felicia mengangkat muka suasana menjadi
berubah apabila didapati dia berada di stor Pusat Rawatan Pantai Kasih.
BAB 5
Doktor Uwang melarikan diri daripada diganggu bayangan anak perempuan pakciknya yang
mati secara sadis dengan mengunjungi kelab malam serba eksklusif. Walaupun dia mencari
ketenangan namun tidak ditemui di kelab malam mewah itu, kerana asyik diperhatikan oleh
seorang wanita sejak dia tiba di situ. Tiba-tiba wajah Raiha muncul dalam fikiran Doktor Uwang,
begitu juga dengan Unong Siron yang baharu selesai menjalani pembedahan penggantian sendi
pinggul yang keenam. Dia tidak mahu bayangan mereka menggangu hasratnya untuk mengaut
keuntungan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu. Doktor Uwang yang menghabiskan masa
menikmati kehangatan kelab malam sememangnya seorang yang pemilih. Kupu-kupu malam
yang menjadi isteri-isteri tidak rasminya haruslah dipastikan akan kebersihan dan kesihatan
mereka terlebih dahulu. Doktor Uwang melihat gelagat pengunjung kelab malam mewah itu.
Tiba-tiba wanita yang dilihatnya dalam kelab malam itu berubah menjadi gadis mirip Unong
Siron dan seorang lagi berubah menjadi anak perempuan pakciknya. Kehadiran mereka dalam
fikirannya amat tidak disenangi. Tiba-tiba dirasainya kepala lutut dan kedua-dua pergelangan
tangan menjadi ngilu yang amat sakit. Felicia berasa kurang senang dengan Raiha yang cuba
menganggu kredibilitinya selama ini. Felicia juga berasa terkejut apabila Doktor Mohammad
menyatakan dia mendapat panggilan palsu. Sister Felicia mencadangkan supaya Doktor
Mohammad pulang sahaja dan berehat di rumah sebaliknya ditolak malah Doktor Mohammad
bercadang untuk bermalam di bilik rehat Pusat Rawatan Pantai Kasih sahaja pada malam itu.
Dalam keadaan separa khayal dan didatangi dengan beberapa peristiwa hitam yang menganggu
hidupnya, Sister Felicia pengsan di bilik air.
BAB 6
Doktor Uwang teringat kisah kereta Porsche milik Doktor Sadiz yang terbakar. Kisahnya
bermula apabila ayah Doktor Uwang iaitu Doktor Ontong meminta Doktor Uwang menghantar
pak usunya Doktor Sadiz pulang selepas sama-sama meraikan tahun baru di rumahnya.
Dalam perjalanan sewaktu hendak menghantar Felecia dan Doktor Sadiz pulang, Doktor Sadiz
mendapati pindu kondo tempat tinggalnya terbuka dan terdedah luas. Doktor Sadiz juga berasa
aneh kerana kereta Porsche yang diletakkan di garaj juga tidak ada di tempatnya. Doktor Sadiz
bergegas keluar dari kereta itu bingkas menuju ke kondominiumnya. TIdak sampai lima minit
kemudian, Doktor Sadiz muncul lagi dengan wajah muncung dan merungut-rungut.
Doktor Sadiz marah kerana Raiha membawa lari keretanya. Doktor Uwang menawarkan diri
untuk membantu pakciknya itu. Doktor Sadiz meminta Doktor Uwang menghantarnya ke lokasi
tempat tinggal Raiha.
Sister Felicia yang ada dalam kenderaan Doktor Uwang bercadang untuk pulang sendiri tetapi
dihalang oleh Doktor Uwang yang akan menghantarnya pulang selepas selesai membantu Doktor
Sadiz. Doktor Uwang juga menyatakan hasrat untuk menaikkan pangkat Sister Felicia kerana
didapati Felicia komited dengan tugasnya selama ini.
Mereka memerhatikan saat Doktor Sadiz muncul dengan gelen minyak yang kosong. Lamunan
Doktor Uwang tersentak apabila ada panggilan kecemasan dari Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Isterinya menyatakan bahawa Doktor Raiha ingin membincangkan hal pesakit Uning Siro dan
panggilan tersebut amat penting.
Di ruang tamu apartment tempat tinggal Raiha, dia dikejar perasaan takut dan tidak tenteram.
Raiha teringat bagaimana dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga terpaksa
menjalankan pembedahan kali kelima terhadap pesakit yang sama di tempat yang sama
membuatkan Doktor Uwang marah dan tersinggung.
Raiha juga berasa resah apabila Pusat Rawatan Pantai Kasih diceroboh serta peristiwa hitam
yang sering datang dalam ingatannya. Malah Sister Felicia juga melayan kasar emak Unong
Siron. Felicia yang memanggil emak Unong sebagai ‘sapi tua’ menjelaskan apa sebenarnya yang
berlaku antaranya dengan emak Unong ketika itu. Felicia menganggap ‘sapi tua’ itu keterlaluan
dan menuduhnya tidak jujur membuat cadangan pembedahan di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Raiha berpendapat bahawa walau apa juga yang dinyatakan oleh Felicia, dia tidak sepatutnya
melayan emak Unong dengan kasar begitu. Bagi Raiha yang penting adalah kebajikan para
pesakit dan ahli keluarga yang turut terlibat dalam rawatan itu. Mengasari orang yang memang
sedia menderita sakit pada badan dan mental, adalah kejam dan meminta Felicia supaya tidak
mengulanginya lagi.
Deringan telefon menyentak lamunan Raiha. Panggilan telefon itu memintanya datang segera ke
Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia tidak terus bingkas ke sana sebaliknya wajah arwah ayahnya
menerjah dalam ingatannya. Arwah ayahnya memang tidak merestui hasratnya untuk menjadi
pakar bedah.
Walaupun arwah bapanya seorang pakar bedah tetapi dia berpendapat tugas sebegitu tidak sesuai
digalas oleh Raiha. Hati Raiha geram dengan telahan bapanya itu lalu dia bingkas bangun dan
tergopoh gapah melangkah keluar dari apartmentnya menuju ke Pusat Rawatan Pantai Kasih.
BAB 7
Felicia begitu tertekan dengan situasi di tempat kerja apatah lagi Doktor Usman sudah mulai
mempertikaikan kewibawaannya setelah mendapati bahawa dia telah melakukan kesalahan
besar. Doktor Uwang sering mempersoalkan tentang lafaz yang pernah dibuat oleh Felicia ketika
mengikuti Kursus Kejururawatan.
Felicia juga tertekan dengan serkahan ‘sapi tua’ iaitu ibu Unong Siron tentang musibah anaknnya
berpunca daripada Felicia sendiri. Felicia berasa bahawa dirinya diperendahkan hingga setaraf
dengan jiran tetangga sewaktu dia masih dalam alam kanak-kanak hingga alam remaja
menyebabkan dia sungguh malu. Kepahitan hidupnya menyebabkan dia berjinak-jinak dengan
ubat batuk supaya dia dapat melupakan kisah silamnya.
Felicia juga jengkel dengan sikap Raiha yang dahulunya adalah merupakan rakan karib
sekelasnya. Dia tertekan dengan peristiwa hitam yang mencemarkan sejarah hidupnya. Dia
sering teringat akan masyarakat jirannya yang mengatakan bahawa dia merupakan golongan
masyarakat kelas menengah bawah begitu juga tentang kelahirannya yang tiada diketahui bapa
kandungnya. Kenangan hitam itu menghantui dirinya kerana ibunya yang dianggap liar itu
menjadikan dia sebagai mangsa ejekan rakan-rakan sekolah.
Keadaannya semakin parah apabila dia mula berhalusinasi akibat kesan ubat batuk tersebut.
Tiba-tiba dia didatangi oleh seorang lelaki kacak yang siap berpakaian seperti seorang doktor.
Keadaan mamai menyebabkan Felicia tidak dapat melihat dengan jelas doktor muda itu, Doktor
Muda itu bersimpati dengan keadaan Felicia dan kerana sikap prihatinnya itulah Felicia sanggup
percaya dengan doktor muda itu.
Raiha yang dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih selepas mendapat panggilan
kecemasan tadi mengambil keputusan untuk tidak lagi mempersoalkan kewibawaan Doktor
Uwang sehingga mencetuskan ketegangan antaranya dan Doktor Uwang.
Setibanya di Pusat Rawatan itu Raiha bergegas ke wad yang dihuni oleh Unong SIron. Doktor
Alex Ng menegurnya dengan mesra dan bertanya sebab dia kembali semula sedangkan waktu
bertugasnya sudah tamat. Raiha menyatakan bahawa dia menerima panggilan kecemasan tentang
Unong Siron. Doktor Alex Ng menjelaskan bahawa mereka tidak membuat panggilan
kecemasan tersebut. Raiha teringat bahawa yang membuat panggilan tadi ialah Doktor Uwang
sedangkan menurut Alex, Doktor Uwang sudah pulang siang tadi. Mungkin ini adalah panggilan
palsu. Alex turut menjelaskan bahawa doktor-doktor lain turut juga menerima panggilan palsu
seperti itu. Terlanjur sudah berada di Pusat Rawatan Pantai Kasih, Raiha ingin menjenguk
Unong Siron yang baharu sahaja dibedah senja tadi. Dalam benak fikirannya, Raiha berharap
Unong akan berjaya pada kali ini.
BAB 8
Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama Doktor Sadiz dan
kehilangan anak perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya tanpa henti. Lamunannya
terhenti apabila dia disapa oleh ibu Unong Siron yang inginkan kepastian keadaan anaknya
selepas menjalani pembedahan kali ke-6 infeksi ke atas tulang pinggul.
Dia berjanji supaya tidak berulang lagi pembedahan yang menyebabkan ibu tua itu menghadapi
kesukaran terutama apabila semua wang simpanannya habis. Dia juga berjanji tidak akan ada
derita lagi pada Unong yang terpaksa menghabiskan masa lama di hospital.
Raiha dimaklumkan Sister Felicia Landosi ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai
doktor di situ. Keadaan menjadi huru-hara dengan berita tersebut. Ibu Unong Siron menawarkan
diri untuk berunding dengan penceroboh kerana dia kenal penceroboh yang tinggal bersebelahan
dengan kampungnya.
Ibu Unong Siron meminta penceroboh yang menyamar sebagai doktor itu membantu
menyelamatkan anaknya yang parah. Hati penceroboh itu tersentuh dan membuka pintu
kecemasan. Pengawal keselamatan meluru masuk ke dalam bilik tersebut tetapi dihalangi oleh
Raiha yang menyatakan bahawa Unong Siron begitu parah dan dibawa ke hospital lain untuk
mendapatkan rawatan dan meminta penceroboh itu ke hospital tersebut. Peristiwa itu berakhir di
situ.Ibu Unong Siron menceritakan bahawa sebenarnya penceroboh itu adalah bekas penuntut
bidang perubatan sebuah universiti tempatan yang gagal dalam peperiksaan akhir semestein
BAB 9
Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih, dia
ternampak bayangan wajah anak saudaranya yang sudah meninggal dunia akibat rentung di
dalam kereta mewah yang terbakar. Dia teringat waktu Doktor Mohammad dan Doktor Alex Ng
memintanya bertugas walaupun sebenarnya dia ingin berehat di rumahnya daripada kengiluan
pada kedua-dua belah pergelangan tangan dan kepala lututnya. Doktor Uwang juga terimbas
kembali tentang infeksi yang berulang kembali walaupun pembedahan kali keenam dilakukan ke
atas Unong Siron dan menganggap sekiranya menjadi akut sekalipun bukanlah salahnya. Dia
juga terbayang semua wajah pesakitnya yang pernah dibedah seolah-olah mahu berinteraksi
dengannya. Kemudian disusuli dengan wajah seorang kanak-kanak perempuan yang seluruh
badannya melecur. Kesemua wajah-wajah ini mengganggu hidupnya kebelakangan ini.Doktor
Uwang juga teringat saat dia menghantar Doktor Sadiz dan Felicia Landosi pulang selepas
menghadiri majlis sempena menyambut ketibaan tahun baru. Doktor Sadiz yang marah apabila
mendapati Raiha membawa pulang kereta Porsche bersama-sama anak perempuannya. Dia juga
teringat ketika membawa Doktor Sadiz untuk membeli minyak petrol selepas itu dan berhenti di
sebuah rumah tumpangan pada tengah malam dan teringat saat kereta Porsche itu dijilat api tidak
lama kemudian sehingga menyambar kanak-kanak perempuan yang secara kebetulan berada di
ssitu Doktor Uwang juga terbayang wajah perempuan tua yang memohon simpati sebagaimana
wajah-wajah waris pesakit golongan kelas menengah bawah yang lain. Perempuan tua itu
bertanya tentang kesan sekiranya komplikasi masih berlaku walaupun anaknya sudah dibedah
sebanyak enam kkali Doktor Uwang masih mengatakan bahawa urusan wang bukanlah
urusannya. Kemarahan perempuan tua itu menyebabkan Doktor Uwang tercabar apabila dicop
sebagai doktor mata duitan. Doktor Uwang tersentak apabila ingatannya kembali kepada
penceroboh yang masuk dan menyamar sebagai Doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Raiha
teringat sikap Doktor Sadiz yang tidak akan memaafkannya walaupun sampai dia meninggal
dunia. Doktor Sadiz akan membiarkan hidup Raiha tergantung tanpa tali. Raiha turut melihat
sikap Doktor Sadiz yang keluar melangkah dari mahkamah keluarga dengan senyum sinis. Dia
juga masih ingat dengan tidak dijangka-jangka kereta Doktor Sadiz yang memecut laju dan
sedang mengekori lori minyak petrol merempuh belakang lori yang berhenti secara tiba-tiba di
persimpangan lampu trafik. Doktor Uwang telah merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih,
tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik, malah tangannya berasa kebas dan lututnya kejang.
Dia dikeluarkan dari kenderaan mewah yang dipandunya dengan bantuan pekerja-pekerja pusat
rawatan tersebut. Raiha mengambil alih menyelamatkan nyawanya dan melakukan pembedahan
ke atasnya.Felicia Landosi memohon maaf terhadap Raiha atas penglibatan dirinya menjadi
budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz yang akhirnya berjaya menjejaki Raiha
dan menjadi saksi apabila Doktor Sadiz melepas geram dengan membakar kereta itu sendiri. Dia
sendiri terkejut apabila secara tiba-tiba anak Raiha muncul di situ dan langsung disambar api dan
dia turut menyatakan bahawa sewaktu di mahkamah dia tidak tampil sebagai saksi kerana takut.
Raiha akhirnya tersedar bahawa mereka adalah mangsa keadaan.
KEKUATAN NOVEL
Novel ini mendedahkan persoalan tentang keruntuhan rumah tangga yang meninggalkan kesan
trauma kepada salah seorang yang memberikan kesedaran kepada pembaca untuk rasa prihatin
terhadap orang sekeliling kita. Selain itu, novel ini bertemakan ketabahan seorang wanita
menghadapi pelbagai dugaan dalam hidup yang merangsang perasaan pembaca kerana
memberikan kebenaran tentang kehidupan wanita. Seterusnya, perwatakan watak utama Raiha
boleh dijadikan contoh kepada pembaca iaitu seorang yang tegas dan mempunyai pendirian yang
teguh kerana dapat memberikan motivasi kepada wantia untuk menghadapi dugaan hidupan
seharian. Di samping itu, novel ini menceritakan berdasarkan latar tempat sebuah hospital yang
dapat memberikan pendedahan kepada pembaca tentang pendalaman dan pengerjaan dalaman
kerana memberikan rasa realistik. Akhir sekali, novel ini mengajarkan supaya kita perlulah jujur
dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab dan tidak mengambil kesempatan perkhidmatan
kita. Atas
KEKURANGAN NOVEL
Novel ini mempunyai aliran cerita yang kadang kala membosankan kepada sesetengah pembaca
kerana mempunyai tema yang tidak menarik minat kesemua pembaca. Di samping itu, novel ini
mempunyai perwatakan beberapa watak sampingan yang terlalu ringkas kerana menyebabkan
pembaca hilang minat pada watak-watak tersebut. Kemudian, binaan plot novel ini mempunyai
perkembangan yang lambat kerana pembaca merasai perkembangan tidak memberikan
kepentingan kepada aliran cerita. Selain itu, cerita tersebut terasa mempunyai kurang
pendalaman dan ringkas agar memberikan pemahaman kepada pembaca tetapi malahnya juga
mengurangkan analisis yang menyebabkan orang hilang minat. Akhir sekali, cerita ini
mempunyai unsur terlalu realistik yang kadang kala menyebabkan orang menjauhinya kerana
terdapat sesetengah pembaca tidak meminati unsur yang terlampau realistik.
PENAMBAHBAIKAN NOVEL
Antara cadangan penambahbaikan novel ini adalah penulis perlu menambahkan kejutkan di
dalam cerita agar pembaca berasa ingin lebih semangat untuk mengetahui tentang kejadian jalan
cerita. Selain itu penulis juga perlu menambahkan konflik yang menarik di dalam cerita agar
setiap pembaca lebih tertanya-tanya tentang perkembangan jalan cerita. Seterusnya, penulis perlu
menambahkan latar tempat dalam jalan cerita novel agar menjadikan novel lebih menarik jalan
ceritanya. Disamping itu, perwatakan di dalam novel perlulah ditambahkan agar lebih banyak
perkembangan cerita yang menarik yang dapat disampaikan oleh setiap pembaca novel ini. Akhir
sekali, penulis perlu perbanyakkan teknik plot yang perlu dipertengahkan di dalam cerita agar
jalan cerita menjadi lebih tersusun dan lebih mantap di hati pembaca
SONGKET BERBENANG EMAS KARYA KHAIRUDDIN AYUP
PENGENALAN
Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi oleh teman-
temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu tumpuannya
terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya.
BIOGRAFI
Khairuddin bin Ayip lahir pada 25 Februari, 1962 di Karnpung
Jelotong, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Beliau merupakan anak
keenam daripada sembilan adik beradik. Ayahnya pekerja JPT
sementara ibunya seorang penoreh getah. Pada tahun 1969,
beliau mendapat pendidikan awal di SK Pintas Raya dan pada
tahun 1975, beliau meneruskan persekolahan di SM Tun Ismail
sehingga lulus SPM. Pada tahun 1980, Khairuddin melanjutkan
pelajaran ke tingkatan enam di SM Dato’ Bentara Luar. Setelah
lulus STP, pada tahun 1982 hingga 1984 beliau mengikuti
kursus dalam bidang Pendidikan Sekolah Menengah,
Pendidikan Seni dan Pengajian Melayu di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru.
SINOPSIS KESELURUHAN
Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi oleh teman-
temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu tumpuannya
terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa
memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah melanda keluarganya.
Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami masalah tekanan mental. Ayahnya
dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa hari. Adik lelakinya pula terpengaruh
dengan kawan-kawan sehingga tidak berminat untuk belajar. Situasi ini telah menyebabkan
Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya.Tekanan hidup Dahlia semakin
bertambah apabila hubungannya dengan Azhari dipandang serong oleh jirannya. Tindakan berani
Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana
gagal menyelamatkannya.Walau bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah
atas kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah kejayaan Dahlia yang dapat
melanjutkan pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan Azhari.
SINOPSIS SETIAP BAB
BAB 1
Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar tingkatan enam rendah, Dahlia
berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan karibnya mengenai kertas kerja yang disuruh oleh Cikgu
Hisyam. Dia memberitahu Siti Wangi, isi telah dicari tetapi fakta-fakta masih tidak lengkap.
Kemudian, Kavita datang menemui Dahlia dengan membawa pesanan seorang lelaki mahu
bertemunya di kantin. Dahlia pergi bertemu dengan lelaki itu yang bernama Azhari. Lelaki itu
memberitahu Dahlia, dia telah habis belajar dan akan mendapat segulung ijazah pada bulan Ogos
nanti. Azhari juga memaklumkan keluarganya akan datang ke rumah Dahlia untuk tujuan
merisik. Dahlia meminta Azhari mengerti bahawa dia masih belajar dan ingin membantu
keluarganya kerana dia merupakan anak sulung.
BAB 2
Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya tetapi sehingga ke jambatan
sahaja. Jirannya yang bernama Aton telah menegurnya semasa dia turun dari kereta Azhari. Aton
juga menyindir Dahlia yang selalu balik dengan mengatakan bahawa dia tidak suka tinggal di
asrama. Dahlia membalas sindiran Aton dengan mengatakan bahawa orang tuanya masih ada.
Dahlia tidak suka akan Aton kerana Aton mengatakan emaknya “tak betul”. Sewaktu sampai di
rumahnya, Dahlia terdengar adiknya, Anggerik menangis kelaparan. Melati memberitahu emak
mereka telah keluar rumah dan belum pulang lagi. Dahlia terus mendapatkan Anggerik dan
memarahi Melati kerana membuat susu yang terlalu cair. Sebenarnya, susu telah habis. Dahlia
telah menyiapkan makan malam manakala Melati disuruh pergi ke kedai Tauke Lim untuk
membeli susu dan gula pasir sekilo secara hutang. Selepas itu, Dahlia pergi mencari emaknya di
kebun getah. Dahlia terdengar emaknya bercakap sendirian dan tidak mempedulikan
panggilannya. Hati Dahlia benar-benar tersentuh apabila melihat ibunya sebegitu. Emaknya juga
tidak mengenalinya menyebabkan Dahlia menangis. Tiba-tiba, ayahnya Embong muncul dan
bertanyakan sebab Dahlia di situ kerana sudah masuk waktu Maghrib. Dahlia menuding ke arah
emaknya. Embong cuba memujuk Saleha balik ke rumah tetapi Saleha mengatakan rumahnya di
tengah kebun getah itu dan dia tidak mahu diganggu. Dahlia mencadangkan ayahnya supaya
mendapatkan bantuan orang kampung sebelum emaknya pergi lebih jauh ke dalam kebun.
BAB 3
Selepas solat Isyak, Dahlia asyik befikir tentang penyakit emaknya itu. Dia tertanya-tanya sama
ada emaknya terkena buatan orang. Akan tetapi, Dahlia tidak tahu orang yang berhasad dengki
dengan keluarganya. Akhirnya, Dahlia pasrah dan mengakui bahawa semua yang berlaku itu
adalah ketentuan Allah. Dahlia berdoa agar Allah menguatkan imannya, memberi ketabahan dan
kekuatan untuk melalui hari-hari yang mendatang. Dia juga berdoa agar emaknya pulih seperti
sediakala. Setelah habis berdoa, Dahlia terdengar suara Nek Kiah,ibu kepada emaknya. Nek Kiah
memarahi Embong kerana mengikat Saleha. Ayah Dahlia memberitahu, beliau terpaksa berbuat
sedemikian kerana takut Saleha lari. Nek Kiah memang tidak suka akan keluarga Dahlia kerana
mereka hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah membandingkan keluarga Dahlia dengan anak-
anaknya yang lain yang semuanya hidup senang-lenang. Haji Sulaiman selaku Ketua Kampung
Parit Haji Rais datang membawa orang dari Hospital Batu Pahat. Tujuan kedatangan mereka
adalah untuk membawa Saleha mendapatkan rawatan. Walaupun anak-anak dan Nek Kiah
melarang Saleha untuk dibawa ke hospital namun Embong serba salah menghadapi situasi itu.
BAB 4
Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu Melati menyiapkan latihan
Matematik. Dahlia merebahkan dirinya di sebelah Anggerik. Dahlia mengimbas kembali pantun
yang diungkapkan oleh Azhari sewaktu menghantarnya pulang pada hari Khamis yang lalu.
Dahlia tidak sanggup untuk melukakan hati sesiapa. Dia meminta agar Azhari mengerti keadaan
keluarganya yang belum sempurna. Dahlia juga meminta izin Azhari untuk membaiki diri sendiri
dan keluarganya. Pada petang Khamis itu, dia dihantar oleh Azhari pulang ke kampung tetapi
Dahlia meminta Azhari memberhentikannya jauh dari rumahnya untuk mengelakkan salah faham
orang kampung. Pada keesokan paginya,Dahlia dikejutkan oleh ayahnya yang menyuruhnya
pergi ke sekolah. Embong memberitahu Dahlia bahawa beliau akan menguruskan hal berkaitan
adik-adik Dahlia walaupun sebenarnya beliau sendiri tidak tahu akan cara untuk menyelesaikan
masalah tersebut kerana beliau terpaksa bekerja mencari nafkah keluarga. Perkara inilah yang
menjadi punca beliau tidak mahu menghantar isterinya ke hospital. Embong pasrah memikirkan
masalah tersebut, beliau menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan. Embong mengimbas
kembali perbualannya dengan Saleha mengenai ibu mentuanya, Nek Kiah yang tidak suka akan
keluarga mereka. Nek Kiah tidak suka keluarga mereka disebabkan mereka hidup miskin tidak
seperti anak-anaknya yang lain. Anak-anak Saleha dan Embong tidak diumpamakan sebagai
cucu oleh Nek Kiah. Embong juga teringat semula peristiwa isterinya pernah memberitahu
bahawa sejak belakangan ini beliau terasa ada bayang-bayang mengejarnya. Telinganya juga
sering terdengar suara yang pelik-pelik. Badannya juga terasa lemah. Embong dikejutkan oleh
suara Dahlia yang disangkakan isterinya. Embong memberitahu Dahlia doktor memaklumkan
emaknya hanya runsing, Embong tidak menceritakan perkara sebenar yang berlaku kepada
Saleha di bilik kurungan di hospital itu kerana bimbang Dahlia tidak dapat menumpukan
perhatian terhadap pelajarannya. Embong juga memberitahu bahawa beliau akan memetik buah
kelapa sawit Haji Sulaiman pada keesokannya. Mereka dikejutkan oleh Abu Bakar, adik Dahlia
yang sudah tiga hari tidak balik ke rumah dan rela menjadi gelandangan setelah mendapat gred
tiga dalam SPM.
BAB 5
Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah. Dia yang sepatutnya pulang pada
hari Sabtu ke asrama tidak berbuat demikian kerana adiknya, Anggerik asyik menangis. Dahlia
tidak rela dituduh mementingkan diri sendiri oleh sebab itu dia pergi ke sekolah pada hari Ahad
itu dari rumahnya. Dahlia sampai lewat ke Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim
iaitu lima minit pukul lapan pagi. Pintu pagar telah berkunci. Dahlia ternampak Cikgu Salwani,
warden asramanya sedang menuju ke bilik guru. Dahlia ditanya oleh Cikgu Salwani punca
kelewatannya dan meminta Dahlia berjumpa dengannya pada petang itu. Dahlia tidak dapat
menumpukan perhatiannya di dalam kelas. Dia asyik teringat emak, Anggerik dan ayahnya. Siti
Wangi mengingatkan Dahlia, mereka ada janji temu pada pukul 2:00 petang untuk
membincangkan kertas kerja yang akan dibentangkan pada hari Khamis. Dahlia memberitahu dia
tidak bersedia dan pada petang itu dia hendak melawat emaknya di hospital. Pada petang itu,
Dahlia tidak bertemu dengan Cikgu Salwani kerana dia risau akan ditanya macam-macam.
Dahlia telah keluar dari asrama tanpa kebenaran wardennya dan terus pergi ke hospital untuk
berjumpa emaknya. Dahlia terserempak dengan Haji Sulaiman ketika di hospital. Haji Sulaiman
memaklumkan emaknya telah dibawa ke Hospital Permai, Johor Bahru.
BAB 6
Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman telah memberitahu
abahnya tentang Saleha yang telah dihantar ke Hospital Permai. Abah seolah-olah menyalahkan
nasibnya yang sebegitu. Pada petang itu Nek Kiah telah datang ke rumahnya bertanyakan
emaknya yang dikatakan telah dihantar ke rumah orang gila. Dahlia amat terpukul dengan
perkataan “ orang gila” yang dilafazkan oleh Nek Kiah, nenek yang melahirkan emaknya. Nek
Kiah memberitahu beliau geram apabila semua orang bercakap mengenai emak Dahlia di balai
raya. Dia memberitahu punca emak Dahlia gila kerana rumah itu dilanggar hantu dan penuh
syaitan dan selepas ini mungkin ahli keluarga yang lain pula akan terkena. Nek Kiah telah
mengeluarkan kapur dan menggores pintu rumah dan pintu tengah dengan tanda pangkah supaya
hantu tidak masuk rumah. Dahlia mengucap dua kalimah syahadah beberapa kali kerana tidak
percaya dengan tindakan neneknya itu. Segala yang berlaku adalah ketentuan Tuhan. Tiba-tiba
Dahlia dikejutkan dengan jeritan di tebing sungai yang mengatakan Said telah hilang dibawa
arus sungai. Dahlia terus terjun ke dalam sungai untuk mencari Said. Akhirnya, Dahlia telah
menemui Said setelah dibantu oleh seorang pemuda yang bukan daripada penduduk kampung
itu. Malangnya, denyutan jantung Said sudah terhenti. Nek Kiah telah menyuruh pemuda itu
membawa Said keliling rumah tujuh kali kerana dikatakan nyawanya boleh kembali tetapi
malangnya Said telah tiada.
BAB 7
Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said. Embong kehairanan kerana
selama ini Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap dugaan. Selepas itu,
Embong ke rumah Aton untuk menziarahi mayat Said. Said merupakan anak tunggal Aton. Aton
mencari Embong dan memarahinya dengan mengatakan anaknya, Dahlialah yang menyebabkan
Said mati dan Embonglah yang mahu Said mati. Embong terdiam mendengar kata-kata Aton.
Embong turun ke bawah dan masuk ke dalam kelompok orang ramai di halaman di bawah
pokok-pokok getah. Embong membiarkan Aton berkata-kata tentang dirinya dan Dahlia, beliau
yakin kebenaran akan terbukti kelak. Embong terdengar suara-suara yang mempersoalkan
kematian Said dan percakapan mereka yang semakin menyakitkan hatinya. Namun, Embong
tetap bersabar dan beliau tidak mahu mencari musuh. Dalam perjalanan pulang ke rumahnya,
Embong bertemu dengan Tauke Lim. Tauke Lim memuji keberanian Dahlia yang cuba
menyelamatkan Said. Embong sudah tahu punca Dahlia menangis setelah pulang dari rumah
Aton. Memandangkan masa baru pukul 10.25 pagi, Embong pergi memotong buah kelapa sawit
di Parit Haji Kadir. Embong mengimbas kembali peristiwa pada petang semalam ketika Dahlia
sedang memasak di dapur dalam keadaan yang lemah selepas menyelamatkan Said. Tersentuh
hati Embong kerana sepatutnya masa remaja Dahlia dihabiskan dengan buku-buku pelajaran dan
bukan kerja-kerja dapur. Embong bertekad untuk bekerja kuat demi masa depan anak-anaknya.
Setelah tiba di kebun kelapa sawit itu, Embong terbau sesuatu. Beliau ternampak ular sawa
sebesar paha melingkari pokok kelapa sawit. Sewaktu Embong pergi mencari buluh, ular sawa
itu telah hilang. Tanpa diduga, ular itu menjatuhkan tubuh ke arah Embong hingga menyebabkan
Embong panik.
KEKUATAN NOVEL
Kekuatan yang pertama ialah jalan cerita novel yang amat menarik bagi para pembaca
terutamanya golongan remaja. Selain itu, novel ini jugak sedikit membuatkan saya beremosi
kerana ia menceritakan tentang jalan hidup Dahlia sebagai anak sulung yang harus menempuhi
pelbagai cabaran kerana ingin membantu ayahnya. Di samping itu, novel ini mengandungi
banyak nilai murni iaitu pengorbanan seorang kakak yang mementingkan ilmu pendidikan demi
masa hadapan menjaga adik-adiknya kerana keluarga mempunyai masalah kesempitan wang.
Seterusnya, kisah cinta yang terdapat dalam novel ini menarik minat para pembaca golongan
remaja pada zaman kini. Akhir sekali, binaan plot yang tersusun membuatkan para pembaca
mudah fahami jalan cerita novel ini.
KEKURANGAN NOVEL
Kekurangan yang pertama ialah penduduk kampung yang tidak mempunyai semangat
kemasyarakatan untuk membantu antara satu sama lain berbanding dengan novel. Akan tetapi
dia akhir penceritaan, semua penduduk kampung telah insaf dan membantu keluarga Embong
membina rumah mereka yang telah hanyut akibat banjir yang berlaku. Selain itu, pengakhiran
jalan cerita novel ini kurang memuaskan bagi pendapat saya. Di samping itu, perwatakan ayah
Dahlia iaitu Embong yang kurang memuaskan kerana tidak mengetahui isi hati anaknya dan
mengatakan bahawa Dahlia kuat semangat mengatasi masalah sedangkan anaknya itu kusut
memikirkan masalah yang dihadapinya. Seterusnya, novel ini banyak menonjolkan watak Nek
Kiah yang hanya membenci keluarga mereka dan tidak membantu apa-apa. Akhir sekali, watak
antagonisnya yang tidak mengganggu watak utama dengan kejam dan insaf pada akhir
penceritaan
PENAMBAHBAIKKAN NOVEL
Pada pendapat saya, watak Nek Jah di dalam novel ini harus dikurangkan kerana ja tidak
memberi apa-apa impak yang besar kepada jalan cerita. Selain itu, penulis juga harus
menceritakan tentang watak utama yang hidup bahagia bersama pasangannya. Di samping itu,
penulis juga boleh meletakkan watak antagonis yang sedikit jahat untuk membuatkan jalan cerita
ini menarik Seterusnya, penulis perlu meringkaskan jalan cerita agar tidak membuatkan para
pembaca mudah bosan. Akhir sekali, penulis perlu mengurangkan perkara negative yang terdapat
dalam novel ini kerana bimbang akan mempengaruhi para pembaca.
TIRANI KARYA BEN SABARIAH
PENGENALAN
Novel ini mengisahkan bahawa kecantikan fizikal bersifat sementara dan bukan penentu
kebahagian hidup. Manakala ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang yang dapat
menutup kekurangan dan melindungi kelemahan diri.
BIODATA
Ben Sabariah atau Bibi Sabariah Hj Abang Awet yang
merupakan anak kelahiran Betong. Sarawak. Beliau telah
mendapatkan pendidikan diploma dari Maktab Perguruan
Rajang Bintangor, Sarikei dan Maktab Perguruan
Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Beliau juga mula aktif
dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999.
SINOPSIS KESELURUHAN
TIRANI mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Waheeda mahu menjadi cantik
dan berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga ingin mencapai
kemajuan atas nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid
mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri.
Bagi menjadi cantik Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit monyet melakukan
pembedahan rekonstruksi atau pembinaan semula wajahnya dengan memasang hidung
palsu menjadikannya hidungnya mancung dan cantik. Dengan kejayaannya menjadi cantik
datang jugalah kejayaannya dalam bidang kerjaya. Bidang pelancongan yang diterokainya
telah mempertemukannya dengan suaminya, Zahid, anak rakan niaganya di Sarawak iaitu
Datuk Yasser.
Kecantikan dan kejayaan dalam kerjaya yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin
kebahagiaan rumah tangga. Sebenarnya tidak menjadi kenyataan kerana apa yang
diperolehnya itu yang merosakkan kehidupannya. Kecantikannya itu menyebabkan tugasnya
bertambah berat dan harapan orang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda
tidak larat memikulnya.
Dalam novel TIRANI cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh
sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian itu berpunca daripada wajah
anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikan dirinya dan ditambah dengan rasa cemburu
oleh Zahid.
Akhirnya Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan
dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. Kemajuan chalet yang
diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong
termasuklah Zahid. Akhir mereka dipertemukan di chalet itu. Namun, di sudut hati Waheeda
dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu TIRANI.
SINOPSIS SETIAP BAB
Bab 1 :
Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang kecantikan
diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu obses dengan
kecantikan. Lalu Waheeda teringat akan hidungnya yang kemet yang menjadi ejekan kepada
kawan-kawannya seperti Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa memberontak dengan
keadaan itu. Atas nasihat ibunya, Raidah dan kawannya Nasuha serta Ustazah Ruqaiyah perasaan
benci dan bergelora terhadap kawankawannya dapat diredakan.Di pekarangan homestaynya
suasana agak riuh dan sibuk telah mematikan lamunan Waheeda. Keriuhan itu menggambarkan
kesibukan dan persediaan yang sedang dilakukan oleh pekerja homestay iaitu Fatimah, Babu
Saiyidah, Liya dan Nani untuk menyambut kedatangan pelancong Inggeris. Satu daripada
keistimewaan homestay ini adalah menyediakan makanan asli masyarakat Dayak Sarawak
seperti pansuh ayam dan bubur pedas, pansuh manok dan udang galah gulai tempoyak iaitu
masakan asli Sarawak. Selain makanan dan tempat tinggal, pengurusan homestay Waheeda
menyediakan pengalaman pergi ke dusun buah-buahan di Matang dan juga pengalaman urutan
kaki di kolam ikan kap. Selain itu, pelancong juga diberi penerangan tentang sejarah tempatan di
situ. Waheeda terus menyiapkan tugasannya untuk memajukan lagi homestay itu.
Bab 2 :
Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang 2 lawatan institusi
pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Rumah Panjang Annah Jais seterusnya ke Dusun
Tajau Emas. Mereka juga menyenaraikan barang-barang yang penting untuk dipamerkan bagi
menggambarkan identiti budaya masyarakat Sarawak kepada rombongan yang hadir.Kehadiran
para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa amat gembira. Namun di sebalik kehadiran
pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa atas penampilan dirinya yang tidak cantik dan
Waheeda memasang niat untuk membuat pembedahan plastik. Hasrat ini telah dinyatakan
kepada ibunya, Raidah. Tetapi bapa Waheeda tidak menggalakkan kerana bercanggah dengan
hukum agama. Emak Waheeda terus memujuk anaknya supaya tidak melakukan apa yang
dihajatinya.Tidak beberapa lama kemudian, keadaan chalet pada malam itu menjadi kelam kabut.
Seekor monyet Belanda telah menempa masuk ke dalam chalet. Nasib malang telah menimpa
Waheeda kerana monyet itu telah menggigit muka Waheeda. Dia luka parah dan dibawa ke
hospital untuk mendapatkan rawatan yang dikendalikan oleh Dr. Zakaria. Melalui perbincangan
antara Waheeda dengan Dr Zakaria, Waheeda telah bersetuju untuk melakukan pembedahan
plastik dengan menggunakan kepakaran di Singapura.
Bab 3 :
Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh Ibu
Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda (Prado). Ghazi
ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera di petronas telah pulang ke
pangkuan keluarga untuk memajukan perniagaan keluarganya. Pada awalnya, perjalanan mereka
agak lancar tetapi apabila menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman Yakob, keadaannya
tersekat-sekat akibat jambatan roboh kerana dilanggar oleh tongkang pasir pada malam tadi.
Dalam perjananan itu Waheeda tidak banyak berkata-kata hanya menyamput kata-kata ibunya
sekali sekala. Waheeda banyak menyendiri sahaja. Namun, ibunya Raidah banyak bercerita
tentang sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan yang dilalui oleh mereka yang semuanya
mengambil nama pembesar-pembesar negeri Sarawak. Raidah juga sangat kagum tentang bandar
raya Kuching yang dinobatkan sebagi Bandar Dalam Taman dan Bandar Selamat menurut
perisytiharan daripada Perikatan Bandar Sihat Sedunia.Mereka sempat sampai ke lapangan
terbang Kuching sebelum waktu berlepas. Raidah melihat wajah anaknya yang tidak
menunjukkan rupa kesedihan. Jelaslah Waheeda mempunyai perasaan katarsis.Sesampainya di
lapangan Terbang Changi, Singapura, Waheeda menuju ke rumah Bazilah iaitu kawan satu
university dengannya. Waheeda akan tinggal bersama Bazilah sepanjang menerima rawatan di
Silicon Medical Centre, Singapura yang dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.
Bab 4 :
Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan kebersihan bandar raya
Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai yang banyak berderet tetapi niatnya bukannya
untuk membeli belah. Dia juga amat peka kewujudan pokok-pokok semarak api yang sedang
berbunga. Rentetan daripada itu, telah menyedarkan Waheeda tentang kepalsuan fakta sejarah
yang telah dimanipulasikan oleh penjajah. Perjalanan diteruskan ke rumah Bazilah. Dia sudah
dinantikan oleh sahabatnya itu di rumah. Waheeda akan tinggal di salah sebuah bilik di rumah
kepunyaan pakcik Bazilah. Semalaman mereka berbual mengenang kembali peristiwa-peristiwa
semasa mereka sama-sama belajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Malaysia.
Keesokan harinya, Waheeda telah diperkenalkan oleh Bazilah kepada tunangnya, Dr Zahari.
Kebetulannya Dr Zahari merupakan doktor pakar pembedahan plastik di Hospital Sultanah
Aminah, Johor Bharu. Dalam sebuah restoran, Dr Zahari menjelaskan gambaran tentang
pembedahan plastik yang akan dilalui oleh Waheeda. Pada masa yang sama, Waheeda juga
menyatakan bahawa dia berhajat untuk melakukan pembetulan di kelopak matanya.Waheeda dan
Bazilah sudah berada di Silicon Medical Centre (CMC). Di sini, Waheeda berjumpa dengan Dr
Alma Chen. Waheeda telah menyerahkan dokumen perubatan dari hospital di Sarawak. Waheeda
telah melengkapkan semua borang yang diperlukan untuk proses pembedahan tersebut.
Bab 5 :
Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mel yang menceritakan rawatan yang akan dilaluinya.
Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira 10 jam kepada
ibunya, Raidah menjadi gusar lalu bertindak dengan menyediakan sejenis makanan yang
bernama ketupat lepas. Penyediaan ketupat lepas ada kaitan dengan kepercayaan masyarakat di
situ untuk menolak bala. Raidah juga menyuruh Ghazi membeli tiket kapal terbang ke
Singapura. Raidah akan memberi ketupat lepas itu kepada anaknya itu kononnya untuk menolak
bala.Di rumah Bazilah, Waheeda menerima panggilan daripada ibunya bahawa dia sudah sampai
di Singapura. Waheeda terkejut dan menyatakan kepada ibunya supaya menunggunya. Tiba-tiba
ibunya sudah berada di depan pintu rumahnya. Ibunya membawa ketupat lepas dan menyuruh
Waheeda membuka ikatan ketupat lepas bagi menolak bala lalu dimakannya. Bazilah juga
memakannya. Waheeda amat gembira dengan kehadiran ibunya.Pada keesokan pagi, Raidah dan
Bazilah menemani Waheeda ke SMC. Selepas berjumpa dengan Dr Alma Chen dan
menandatangani beberapa dokumen mereka terus ke bilik bedah. Di luar dewan bedah, Raidah
memeluk anaknya dan mendoakan keselamatan Waheeda. Begitu juga dengan Bazilah.
Kemudian Waheeda berjalan masuk ke bilik bedah dengan hati yang tabah demi kecantikan
wajahnya
Bab 6 :
Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Operasi ini
diketuai oleh Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma Chen dan Dr Averroes
(Dr.Rushdi). Di dalam bilik pembedahan, keadaan Waheeda sangat tenang dan rela menjalani
pembedahan itu demi kecantikan wajahnya. Pembedahan tersebut mengambil masa selama 12
jam.Waheeda berasa sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani oleh ibunya yang
menunggu di luar bilik pembedahan. Waheeda melangkah keluar dari SMC bersamasama ibunya
selepas membayar bil pembedahan yang jumlahnya berpuluh ribu ringgit. Waheeda berasa lega
kerana hasratnya untuk merubah wajahnya seperti yang diidamkan sudah terlaksana. Semasa
Waheeda berehat di rumah, dia telah membaca satu tawaran pakej pelancongan yang ditawarkan
oleh Timberland Medical dan SMC ke Hotel Flamingo De La Rossa, Pulau Sentosa, Singapura.
Tawaran ini dikhaskan kepada pelanggan SMC yang membayar 30 ribu ke atas. Waheeda
menerima tawaran tersebut
.Bab 7 :
Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari. Waheeda bersama
rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut. Kebanyakan masa dihabiskan dengan membaca
buku yang tersedia di hotel tersebut. Mereka juga menghargai anugerah alam di situ. Jenis
tumbuh-tumbuhan yang ada di situ seperti pohon putat laut dan pohon ketapang yang
mengingatkan Waheeda kepada kampung halamannya. Suasana di situ juga menjadi sumber
inspirasi kepada Wheeda untuk memajukan lagi homestay kepunyaan bapanya.Semasa Waheeda,
Bazilah dan Dr Zahari berbincang, tiba-tiba munculnya Dr Averroes. Dr Averroes juga dikenali
sebagai Dr Rushdi. Percutian ini semakin rancak dengan kehadiran Dr Rushdi. Mereka bersantai
bersama-sama berkongsi pengalaman dan pandangan.
Bab 8 :
Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa kecantikan ialah tirani
yang hadir hanya sementara sahaja. Istilah tirani menurut Dr Rashdi berasal dari Greek.
Persoalan ini menjadi topik perbualan yang panjang antara mereka berdua.Pada malamnya,
sebelum tidur, Waheeda tersenyum teringatkan cerita-cerita yang disampaikan oleh Dr Rushdi
tentang dirinya dan kehebatan orang-orang Sepanyol. Cerita Dr Rushdi juga mengingatkan
Waheeda kepada kehebatan bangsanya dan kampung halamannya. Sejurus selepas itu, Fatimah
telah menelefonnya tentang ke hadiran Persatuan Agen Pelancongan dan Perjalanan Malaysia
(MATTA) ke tempat mereka. Fatimah juga menerangkan pesta Bung Beratak yang dihadirinya
bersama-sama rombongan tersebut.Selepas itu, melalui e-mel Fatimah juga tentang projek
perhotelan yang dijalankan oleh syarikat Datuk Yaseer yang telah berjalan lancar. Waheeda
teringat semula akan chalet ayahnya yang mungkin jauh ketinggalan berbanding dengan hotel
Datuk Yasser. Waheeda memasang tekad untuk kembali ke Chalet Tajau Emas.Dengan tidak
disangka, Waheeda menerima berita gembira untuk menghadiri satu temu duga pegawai
Perhubungan di Flamingo Resort. Sebenarnya Waheeda telah membuat persiapan diri dengan
menghadiri bengkel Keusahawanan dan Keterampilan diri sebelum ini. Sebelum tidur pada
malam itu, Waheeda berfikir mungkin dia akan berpisah dengan sahabatnya, Bazilah kerana
Flamingo Resort terletak jauh di sebelah selatan Singapura.
Bab 9 :
Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di Flamingo Resort telah
mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan keramahan Waheeda amat
menyenangkan hati beberapa orang staf di situ seperti Lais, Anati dan Kong. Dalam pada itu,
Waheeda bersyukur diterima bekerja di situ. Namun, dia masih teringat kerjanya di Tajau Emas.
Waheeda makan bersama Kong di Restoran La Rosa. Selepas Kong meninggalkan Waheeda di
kafe, Waheeda sempat melihat seorang lelaki yang bernama Zahid setelah dibisikkan oleh Alex
kepadanya.Di rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr Zahari muncul. Waheeda
sedar sejak belakangan ini, Dr Zahari selalu datang ke rumah mereka. Tindakan Dr Zahari yang
mesra dan seakan-akan tidak mempedulikan Bazilah menyebabkan Waheeda kurang selesa.
Waheeda berasa Dr Zahari melemparkan pandangan mata yang cukup berlainan yang mungkin
menyebabkan Bazilah cemburu. Peristiwa ini menyebabkan Waheeda menganggap tirani itu
memang benar. Dengan alasan ini, Waheeda mengambil keputusan untuk berpindah ke Flamingo
Resort.Pada minggu pertama di tempat kerja, Waheeda telah menerima tugas yang agak berat
yang diberikan oleh Encik Halloway. Waheeda cuba mengaitkan budaya masyarakat Singapura
dengan masyarakat Sarawak. Waheeda teringat akan orang Ulu, Long Dance atau Hiven Joh,
kebudayaan suku kaum Kelabit, Kayan, Kenyah, Long Bawang dan Penan.Dalam pada
merangka program yang terbaik untuk resort tersebut, Halloway datang dan mengajak berjumpa
dengan Zahid. Dalam pertemuan ini, Halloway telah menawarkan Waheeda sebagai wakil
Flamingo Resort dalam pertandingan ratu antarabangsa yang akan diadakan pada pertengahan
hadapan. Waheeda terkejut mendengar tawaran tersebut. Keadaan itu diredakan apabila
Halloway memuji kecantikan Waheeda.Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan
Zahid. Melalui perbualan tersebut, Waheeda dan Zahid begitu teruja dan hati mereka terus
berbunga.
Bab 10 :
Datuk Yasser berkunjung ke Singapura dan menginap di Flamingo Resort dengan tujuan untuk
menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk Yasser banyak
membincangkan isu yang terkandung dalam akhbar hari itu,termasuklah tentang Islam, rasuah,
cetak rompak dan sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid tentang kepulangan
Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia tidak suka tinggal di sana
kerana beberapa isu negatif terhadap Malaysia dan Islam. Datuk Yasser berasa bersyukur atas
keputusan Zahid. Pada malam itu, perbualan anak beranak itu berkisar kepada pengembangan
perniagaan di Kuching, Seri Gading dan mungkin ke Flamingo. Dalam kerancakan
perbincangan, rupa-rupanya senyuman manis Waheeda terlekat dalam lamunan Zahid.Selepas
menikmati makanan tengah hari bersama Halloway, Waheeda didatangi oleh Zahid. Seterusnya
Zahid memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya Datuk Yasser. Perbualan Waheeda dengan
Datuk Yasser semakin rancak kerana Waheeda berasal dari Kuching dan ada kaitan dengan
Tajau Emas. Lantas ada kaitan dengan Seri Gading. Datuk Yasser sangat gembira dan
mencadangkan mereka makan bersama-sama pada malam itu.Waheeda tidak sabar untuk
menceritakan kepada Bazilah tentang pertemuannya dengan Zahid yang mungkin akan
membibitkan sesuatu yang bermakna.Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan Anati
yang sibuk memberi idea tentang pakaian yang sesuai dipakai oleh Waheeda ke Pertandingan
Ratu Cantik Miss Tourism Internasional nanti. Waheeda mencadangkan bahawa dia tidak mahu
memakai fesyen yang berbelah sampai ke paha. Sebaliknya dia akan mengenakan pakaian Gajoh
Oleng yang merupakan pakaian tradisi Sarawak.
Bab 11 :
Fatimah menerima e-mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah menceritakan
bahawa Zahid yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk Yasser, tuan punya Sri
Gading Holding. Raidah sangat gembira mendengar berita tersebutDi Flamingo, berita
kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International disebarkan kepada semua. Detik-detik
kegemilangan diceritakan oleh Anati kepada semua warga Flamingo Resort. Seterusnya
Waheeda diberi cuti satu hari. Di biliknya Waheda menerima bunga daripada Zahid dan Dr.
Rushidi. Waheeda juga menceritakan hubungannya dengan Zahid kepada Bazilah. Bazilah
sangat gembira dan berpesan supaya Waheeda menghantar kad jemputan nanti.Manakala di
Tajau Emas pula, Raidah berasa pelik bila diberitahu rombongan Datuk Yasser akan dating
merisik anaknya sedangkan Waheeda masih berada di Singapura. Acara merisik ini diteruskan
juga tanpa kehadiran Waheeda. Walau bagaimanapun, Raidah mengharapkan Waheeda akan
pulang pada majlis pertunangan itu nanti.
Bab 12 :
Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibuk. Banyak aktiviti melibatkan dirinya setelah digelar
Ratu Miss Tourism International. Halloway terus sahaja menyarankan beberapa tugas yang perlu
dilaksanakan oleh Waheeda untuk acara di Flamingo. Waheeda tetap menjalankan tugas yang
diberi kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada keluarganya yang sibuk mengurus
hal pertunangannya sedangkan dia tiada di sana.Di Sri Gading, Zahid sering menunggu
panggilan daripada Waheeda. Zahid berasa bersyukur menginap di Flamingo Resort menjurus
berkenalan dengan Waheeda. Zahid terus menelefon Waheeda dan perbualan mereka agak
panjang dan mesra. Dalam perbualan tersebut, Zahid memujuk Waheeda supaya pulang ke
Sarawak. Namun Waheeda memaklumkan kesibukan tugasnya dan kontraknya masih belum
berakhir.Kesibukan persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh Fatimah melalui telefon. Tetapi
perbualan mereka sering terganggu dengan bunyi bersin dan Waheeda menerangkan kepada
Fatimah, dia tidak berapa sihat dan sering selesema.Rentetan daripada itu, Waheeda
mendapatkan rawatan dari doktor di klinik panel Flamingo tetapi kesihatannya tetap tidak
berubah. Selesemanya masih berlarutan. Selepas bersin berpanjangan, Waheda berasa tulang
rawan hidungnya runtuh lalu menelefon Dr Rushidi. Kemudian Waheeda terus ke SMC untuk
mendapatkan rawatan.
Bab 13 :
Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaah statistik pelancongan yang
semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan Asean. Dia gembira kerana
rezeki semakin bertambah di Sri Gading. Hotel dan Pusat Peranginannya bernilai RM60 juta.
Datuk Yasser menyedari bahawa keuntungannya datangnya dari usaha Waheeda yang sangat
bijak mengiklankan Sri Gading dan Tajau Emas kepada pelancong. Dalam pada itu, Datin
Hazirah, isterinya menyatakan kerunsingan apabila melihat anak mereka Zahid yang nampaknya
gelisah, berjalan mundar mandir akibat tidak dapat menghubungi Waheeda. Datin Hazirah juga
bimbang kerana majlis pertunangan akan berlangsung hanya tinggal 3 hari sahaja lagi.
Keresahan Zahid menunggu Waheeda dapat diredakan kerana dia ditemani oleh kawan baiknya
iaitu Aiman. Zahid berasa cemburu dan curiga lalu mengimbas kembali cara Kong dan Halloway
melayan Waheeda. Dia berasakan Waheeda berubah hati.Majlis pertunangan yang sepatutnya
berlaku pada hari Ahad bertukar menjadi majlis kenduri doa selamat di rumah Datuk Yasser.
Manakala di rumah Hj Fathir dan Hjh Raidah diadakan majlis pertunangan antara Fatimah dan
Ghazi. Hal ini disebabkan ketidakhadiran Waheeda ke rumahnya kerana dia sedang berada di
SMC untuk menerima rawatan.Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia
mengambil keputusan untuk pergi ke Singapura. Dalam pada itu juga , bapa Waheeda, HJ. Fathir
marah kepada isterinya Raidah dan telah menambahkan kerunsingan kepada Raidah. Mereka
tidak mengetahui apa yang berlaku kepada Waheeda. Hanya Fatimah dan Ghazi yang
mengetahui hal sebenarnya bahawa Waheeda di masukkan semula di SMC kerana proses
rinoskopi untuk merekonstruksi hidungnya yang telah mengalami satu komplikasi. Walau
bagaimanapun, proses tersebut berjaya dilakukan oleh Dr Rushidi.Sesampainya Zahid di
Flamingo, Zahid diberitahu oleh Anati bahawa Waheeda berada di SMC. Zahid bergegas ke
sana. Di sana proses merekonstruksi sudah selesai. Semasa meninggalkan SMC, Zahid melihat
kemesraan antara Waheeda dengan Dr Rushidi. Zahid cemburu tetapi perasaan itu dapat
diredakan apabila Waheeda menyatakan bahawa situasi tersebut berlaku kerana Dr Rushidi ingin
menguji deria bau dengan menyembur minyak wangi selepas mengalami selesema yang agak
teruk. Zahid kembali tenang.
Bab 14 :
Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas. Rombongan daripada
Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak. Suasana di tajau Emas sangat meriah.
Tetamu yang diundang melebihi 1000 orang. Pelancong yang menjadi tetamu Sri Gading dan
Tajau emas juga menjadi tetamu undangan majlis ini. Antaranya pelancong dari Arab, Inggeris,
Jepun dan lain-lain lagi. Adat istiadat Melayu Sarawak dipamerkan dengan teratur dan penuh
meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan pelancong untuk dating ke daerah itu. Irama
muzik tradisional Melayu Sarawak dihidangkan termasuk paluan kompang yang mengiringi 50
orang ahli hadrah. Suasana Tajau Emas menjadi gilang gemilang. Upacara ijab kabur telah
berjalan dengan jayanya. Lafaz nikah dapat disempurnakan dengan sekali lafaz sahaja. Selepas
acara akad nikah dan menyarungkan cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin diperkenalkan
kepada saudara mara kedua-dua belah pengantin. Majlis perkahwinan ini berlangsung selama
dua hari berturut-turut melibatkan semua kaum di daerah Matang. Datuk Yasser akan
mengadakan majlis sambutan yang serupa di Hotel Seri Gading pada minggu hadapan. Kedua-
dua keluarga yang bersatu itu sungguh gembira
Bab 15 :
Pemandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran Matang yang
menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa kelihatan mengapung awan.
Senario pemandangan dari Tajau Emas hingga ke kaki banjaran bagaikan lukisan gambar. Ini
telah digambarkan oleh zahid semasa dia berada di kampungnya. Malahan pelancong asing juga
memuji pemandangan di kawasan tersebut. Zahid juga mengenangkan nasib yang akan menimpa
kawasan yang menghijau tersebut sekiranya rancangan untuk membina lapangan terbang kedua
bagi Bandaraya Kuching menjadi kenyataan. Dalam masa yang sama, zahid juga terkenang
kehidupannya semasa berada di luar negara bersama beberapa wanita. Malahan gaya boleh
mencairkan hati wanita.Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang
cinta dan kehidupan kini berbeza. Zahid teringat kata-kata kawannya bahawa hidup ranggi tidak
sampai ke mana sedangkan usia semakin meningkat.Dalam dua minggu bergelar pengantin baru,
keintiman semakin terpaut utuh antara Zahid dan Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana
berjaya membina kerjaya serta keterampilan sentiasa meniti di bibirnya.
Bab 16 :
Zahid membaca akhbar di bilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert banyak member
gambaran negatif kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda muncul secara tiba-tiba dan
menyatakan dua ratus ribu pelancong dari timur tengah akan melawat Negara ini pada tahun
depan. Seri gading dan Tajau Emas bakal menempatkan pelancong-pelancong tersebut yang
datang ke Sarawak nanti.Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia yang menyatakan
Malaysia jatuh ke nombor lapan dalam kemajuan ekonomi domestik, khususnya sektor
pelancongan. Kemudian dia pula mengambil sekeping wadah berkaitan alam sekitar yang ditulis
oleh NAR, singkatan daripada Nasuha Abdul rahim. NAR merupakan rakan yang sudah terputus
hubungan dengannya. Di sinilah Waheeda terkenang kembali kawan karibnya itu semasa di
sekolah dahulu.Sepanjang pagi zahid tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam masa yang sama,
zahid menanti isterinya, Waheeda untuk makan tengah hari di restoran Sri gading bersamasama.
Namun, Waheeda tidak muncul-muncul. Kesibukan masing-masing menyebabkan mereka
banyak membuat aluan masing-masing.Zahid telah bergegas ke Tajau Emas apabila diberitahu
bahawa Waheeda telah dipanggil oleh pelanggan lelaki. Di Chalet tajau Emas, Zahid ternampak
lelaki itu berjabat tangan dengan Waheeda agak lama. Zahid kenal lelaki itu datangnya dari
Dubai. Waheeda beredar cepat dari situ bagi mengelakkan ketegangan dengan suaminya,
Zahid.Zahid perasan apabila sesekali terserempak pandangan pelanggan terhadap isterinya.
Kecantikan serta keterampilan Waheeda seolah-olah kini menjadi milik masyarakat. Bagi Datuk
Yasser pula, Waheeda bukan sahaja menantu yang cekap malah berupaya mengendalikan
perniagaan dengan baik. Datuk Yasser akur dengan kehendak menantunya, Waheeda yang tidak
ingin bergabung antara Seri Gading dengan Tajau Emas kerana Waheeda ingin
berdikari.Waheeda cuba membandingkan perwatakan Datuk Yasser dengan ayahnya. Di mana
ayahnya suka berkebun manakala Datuk Yasser bekerja dalam bilik berhawa dingin. Waheeda
kagum dengan semangat dan tenaga yang dimiliki oleh ayahnya.
Bab 17 :
Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan membayangkan dirinya
seolah-olah manusia individualistik apabila enggan menerima cadangan penggabungan Seri
Gading-Tajau Emas. Waheeda ingin berdikari dan ingin membina empayar sendiri. Walaupun
begitu, Waheeda sentiasa bersedia datang ke Seri Gading untuk membantu.Waheeda banyak
terkenangkan masa-masa lalunya. Di mana masa santainya biasanya diluangkan bersama-sama
ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda mengusap-usap atas blaus ungu nipis yang melindungi
perutnya yang kini mencecah lapan bulan. Waheeda berbual-bual dengan ibunya tentang dirinya.
Raidah cukup terhibur mendengar luahan rasa anaknya.Di samping itu, Waheeda masih
memikirkan perubahan 360 darjah yang berlaku dalam dirinya. Cantik dicemburui, hodoh pula
dihina. Awal tengah hari, Waheeda ke farmasi di Mall Matang Jaya untuk membeli ubat migrain.
Namun ubat yang hendak dibelinya tiada stok di farmasi tersebut. Waheeda berasa dia perlu
bergantung kepada ubat untuk meredakan sakit kepalanya. Mungkin stres, tumpuan kerja,
kerenah suami dan macammacam lagi.Bagi Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala
Waheeda menganggap Zahid merupakan seorang yang kuat cemburu. Sedangkan Waheeda jujur
dengan suami, Zahid. Hati Waheeda begitu tergores apabila Zahid mengungkit insiden di Tajau
Emas tempoh hari dan peristiwa semasa di SMC dahulu pun masih dalam ingatan Waheeda.Pada
malam itu, Waheeda berseorangan setelah sehari suntuk tidak bersama suaminya. Waheeda
sudah pun tidur apabila Zahid pulang dari Seri Gading. Awal malam itu, Waheeda baring di atas
katil mengingatkan kenangan dalam kenangan yang melingkari hidupnya.Ibunya, Raidah tidak
menyebelahi sesiapa dan menasihati Waheeda supaya menjaga pergaulan dan agar tidak ingkar
dengan suami. Raidah faham bahawa keresahan dan sensitiviti hanyalah pembawaan anak dalam
kandungan.
Bab 18 :
Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup kehidupan
Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda bergurau tentang pendatang tanpa izin
yang ditujukan kepada Zahid. Sesampainya di bawah, Waheeda telah disambut oleh Halloway.
Halloway bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke Seri Gading tanpa pengetahuan Waheeda.
Mereka telah mengimbau semasa di Flamingo Resort. Kemesraan yang terjalin mereka
menyebabkan Zahid meminta diri untuk menyambung joging. Pada waktu inilah, Halloway dan
Dr Rushdi memuji kecantikan Waheeda dan kecantikan dan kehebatan wanita-wanita dahulu
seperti Halen of Troy, Cleopatra, Ratu Saba’ dan ramai lagi.Zahid melenting di hujung talian
telefon sekembalinya Waheeda ke biliknya. Zahid meragui kejujuran dan keikhlasan Waheeda.
Hati Waheeda tergores lagi. Malam itu Zahid tidak pulang ke rumah di Tajau emas dengan
alasan untuk menonton bola.Nostalgia pada peringkat awal begitu romantik bagi pasangan
Waheeda dan Zahid terutamanya apabila mengetahui kehadiran orang baru. Namun, sejak
peristiwa itu, hati Waheeda mudah tersentuh. Dia terkesan dinginnya perhubungan dengan
suaminya. Waheeda rimas melihat suaminya yang terlalu cemburu.Riadah, ibu Waheeda
termenung di katilnya. Kini menantunya semakin menjauhkan diri. Riadah menasihati Waheeda
supaya jangan membiarkan suaminya lalai akan tanggungjawabnya. Bertubi-tubi motivasi diri
memasuki benaknya. Waheeda pasrah dengan laluan yang dihadapinya.Waheeda bangun
sebelum mentari menyinari bumi. Selepas bersenam kecil, Waheeda ke dapur. Raidah
memberitahu Waheeda bahawa ada tetamu yang dating iaitu Nasuha dan kawannya Balqis dari
BERNAMA. Mereka datang bersama pasukan BRP bagi menyiasat kes seorang menteri kanan
yang dituduh rasuah. Waheeda berbual dengan Nasuha tentang zaman hodohnya dan mengenai
suaminya, Zahid. Nasuha terkesima mendengar cerita yang disampaikan oleh Waheeda. Menurut
Waheeda, bila-bila masa sahaja dia akan bersalin. Pada petang itu, Nasuha menemani Waheeda
dan Raidah ke Hospital Normah tanpa kehadiran Zahid.
Bab 19 :
Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad eksklusif Hospital
Normah, Raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda menyatakan bahawa
Zahid tidak datang. Pada masa itu juga, Datin Hazirah, ibu mentuanya dating menziarahinya
dengan membawa jambangan bunga pemberian Zahid. Ibu mentuanya menyatakan Zahid sibuk
kerana di hotelnya berlangsung konvensyen antarabangsa.Sebaik Datin Hazirah meninggalkan
bilik tersebut, fikiran Waheeda teringat akan nada kasar Zahid yang menuduhnya bermain kayu
tiga, nusyuz, ingkar dan banyak lagi. Zahid suka mengungkit perkara-perkara yang sudah
berlaku. Paling menyakitkan hati Waheeda apabila Zahid tidak pasti anaknya, Izzati itu anaknya.
Raidah telah menasihati Waheeda supaya banyak bersabar bagi meredakan perasaan
tersebut.Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang bekerja di
Makmal Spektro-Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan makan di Sego Center atau Sukma Ria. Di
sini, Waheeda dan Nurjihan berbincang tentang ujian DNA terhadap anaknya, Izzati. Waheeda
telah membawa sampel rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati. Waheeda telah mengetahui
maklumat tentang ujian DNA setelah disampaikan oleh Nurjihan.Di rumahnya, Waheeda tidak
sabar-sabar membaca artikel mengenai ujian DNA yang diharapkan dapat membantu
membersihkan namanya. Dia membaca berulang kali demi untuk memberi kefahaman tentang
ujian DNA. Di bilik tidurnya, Zahid memerhati wajah bayi kecil yang banyak persamaan dengan
Waheeda. Manakala rambut lebat seperti dengan. Hidungnya peset tidak sama dengan hidung
Waheeda dan Zahid. Pada masa inilah, Zahid melemparkan tuduhan terhadap Waheeda.
Waheeda telah menunjukkan DNA yang telah dibuatnya. Waheeda berusaha menyelamatkan
rumah tangganya. Namun Zahid telah meninggalkan bilik tidurnya.Sejak belakangan ini,
kompromi antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah terburai oleh sikap Zahid yang jarang balik ke
Tajau Emas. Ramai kawan-kawannya telah menenangkan Waheeda. Sekiranya Zahid dating,
datangnya untuk menambahkan luka di hati Waheeda.Raidah berasa senang dan terus ke bilik
Waheeda. Raidah perasan perubahan yang dialami oleh Waheeda. Perasaan sayang dan cintai
terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak tenteram. Kemurungan Waheeda juga dapat
diperhatikan oleh Ghazi dan mencadangkan agar Waheeda mendapat bantuan pakar perubatan
dan kaunseling.
Bab 20 :
Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak dengan Waheeda di
PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan Lais menjelaskan kepada Waheeda
bahawa kedatangannya menemani bapa saudaranya Pak Cik Aziz ke pusat rawatan tersebut. Lais
juga menerangkan bahawa Pak Cik Aziz telah diserang strok dan kedatangan mereka ke situ
bertujuan untuk mendapatkan rawatan. Lais menceritakan bahawa selepas bekerja di Flamingo
Resort dia telah membantu bapa saudaranya di chalet dan kebun strawberi di Cameron
Highlands. Selepas diisyhtiharkan bankrap, Pak Cik Aziz ingin menjualkan perusahaannya.
Selepas keluar dari bilik rawatan, Lais memperkenalkan pakciknya kepada Waheeda, Raidah dan
Ghazi. Sebelum beredar Lais sempat meninggalkan alamat mereka di Cameron Hihglands dan
nombor telefon kepada Ghazi. Selepas itu Waheeda pula dipanggil untuk bertemu dengan
kaunselor yang bernama Dr.Qamariah. Waheeda telah menerangkan segala kesedihan yang
dihadapinya, bidang kerjayanya, dan sikap suaminya Yazid seorang yang panas baran dan kuat
cemburu sehingga melafazkan cerai talak satu kepadanya di hadapan keluarganya. Setelah
mendapat nasihat daripada Dr. Qamariah, serta sokongan moral ibu dan abangnya Ghazi,
Waheeda bersyukur dan berterima kasih serta semakin berfikiran positif, Waheeda sudah
berubah dan tidak murung lagi. Waheeda ingin memulakan hidup baru. Ghazi yang sedang
berada di apartment mereka di Kajang, tiba-tiba teringat akan chalet Pak Cik Aziz. Lalu dia
menelefon Lais dan Ghazi diberitahu bahawa Pak Cik Aziz akan menjualkan chaletnya ‘Iwana-
Iwani’ . Ghazi bersetuju dan akan berjumpa mereka pada keesokan harinya.
Bab 21 :
Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu akan cucunya
Izzati. Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang pengambilalihan Chalet Iwana-Iwani
sedang berjalan rancak. Pak Cik Aziz menerangkan punca dia diisytiharkan muflis kerana
penyelewengan yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya. Ghazi dan Waheeda amat berminat
untuk membantu Pak Cik Aziz untuk mengambi; alih Chalet Iwana-Iwani di Cameron Highlands
setelah pergi melihat sendiri esok. Urusan mengambil alih berlaku dan urusan dengan Bank
Rakyat berjalan lancar. Dalam pada itu Waheeda menyuarakan hasratnya untuk tinggal di
Cameron Highlands kepada Ghazi. Dia ingin melupakan kenangan pahit antara dia dan Zahid di
Tajau Emas dan Seri Gading. Dia mengharapkan Tajau Emas dapat diuruskan oleh Ghazi dan
keluarga. Chalet Iwana-Iwani diberi nama baharu dan Waheeda mengharapkan anaknya Izzati
akan menjejak langkahnya menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.
Bab 22 :
Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya berpuluh tahun
dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya dan Zahid. Dia membacanya.
Tanpa disedarinya Izzati hadir menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya semasa dia
menerima Ijazah. Mereka terus berbincang tentang rupa paras masing-masing. Izzati hairan
melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya penyet tetapi hidung ibunya mancung.
Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan diri anaknya bahawa kecantikan rupa paras tidak
semestinya membawa bahagia malah kecerdikan otak amat perlu. Waheeda terus mengharapkan
Izzati terus bersyukur kerana Allah mengurniakannya otak yang pintar. Dengan kebijaksanaan
dan kelulusan Izzati dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-Sajinah (nama baru kepada Chalet
IwanaIwani) telah berkembang maju dan dikunjungi oleh ramai pelancong dari dalam dan luar
negeri. Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan Izzati melimpah-ruah bagaikan curahan air dari
gunung. Keterampilan Izzati mengendalikan Aya-Sajinah terbukti apabila pada suatu pagi Lais
melihat Izzati menghormati dua orang pelancong warga emas yang mula mendaftar di chalet itu.
Bab 23 :
Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Café Iwani. Sambil menghirup
kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid menceritakan kisah hidupnya kepada
Aiman. Bermula dengan kecantikan bekas isterinya, kecurigaannya akan kesetiaan, kelahiran
anaknya yang tidak langsung serupa dengan wajahnya dan isterinya sehingga tindakannya
menceraikan isterinya. Aiman baru saja mengetahui bahawa Zahid sudah keseorangan semula
sekarang. Zahid juga mengatakan bahawa kecantikan itu hanyalah tirani. Zahid juga mengakui
bahawa kesempurnaan fizikal juga hanya sementara, kerana pada bila-bila masa manusia boleh
menjadi cacat sebagaimana dirinya yang menjadi tempang akibat kemalangan. Lais sentiasa
berada di kaunter dan dapat mencuri dengar akan perbualan antara Zahid dan Aiman.Lais cuba
mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu malam untuk melihat para pelancong yang
menjadi tetamu chalet itu kerana pada waktu siang mereka menghabiskan masa dengan bersiar-
siar di luar chalet. Lais juga mengajak Izzati berada di kaunter untuk mendengar perbualan
antara dua orang tetamu mereka yang mendaftar pagi tadi. Perbualan mereka agak kuat dan
mereka banyak bercerita tentang Kuching, Kuala Lumpur dan Los Angeles. Izzati bersetuju
untuk menemani Lais selepas waktu isyak di kaunter. Pada malam itu, Zahid dan Aiman masuk
ke kafe. Zahid sempat bertembung mata dengan Lais dan Izzati di kaunter. Wajah dan senyuman
Izzati amat meninggalkan kesan di hati Zahid dan menyatakan kepada Aiman bahawa gadis di
situ anggun. Perbualan antara Aiman dan Zahid berkisar tentang kekesalan Zahid yang
menceraikan isterinya akibat curiga dan menuduh isterinya curang melahirkan anak yang tidak
mewarisi wajah mereka berdua. Zahid juga menceritakan kepada Aiman tentang sikapnya yang
tidak mahu membaca laporan data DNA tentang anak mereka. Zahid juga kesal kerana telah
ditimpa kemalangan jalan raya di Los Angeles mengakibatkan kakinya tempang dan doktor
mengesahkan bahawa dia tidak lagi berdaya mendapat zuriat. Izzati yang mendengar terkedu.
Manakala Lais pula lebih daripada terkedu, malah dia dapat mengaitkan Zahid, seseorang
pemuda yang kacak yang pernah dikenalinya di Flamingo Resort ketika dia bekerja di sana
dahulu. Ketika ingin membuat pembayaran di kaunter, Zahid sempat menenung wajah Izzati
dengan satu tenungan yang agak berlainan dan menyatakan bahawa apabila dia memandang
wajah Izzati dia teringat akan anaknya. Apabila ditanya, Zahid mengatakan anaknya bernama
Izzati. Izzati terharu dan terkejut. Izzati pulang dengan wajah yang agak pelik dan berlainan
menyebabkan Waheeda juga agak hairan melihat tingkah laku anak gadisnya itu.
Bab 24 :
Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata. Ingatannya terpaku
kepada gadis di kafe tadi, yang benar-benar menggugat fikirannya. Senyuman, wajah, bulu
matanya, lekuk pada dagu, dan lesung pipit,pada wajah gadis itu seolaholah entiti dirinya dan
gerak- geri gadis itu mengingatkannya kepada seseorang yang pernah disayanginya. Zahid amat
menyesali dirinya yang enggan melihat laporan DNA dulu sekurang-kurangnya dia akan pasti
anak itu anaknya atau bukan. Zahid memohon agar Allah memberi petunjuk kepadanya. Pada
pagi esoknya Zahid muncul awal di Restoran Iwana. Harapannya akan dapat melihat wajah Izzati
dengan lebih dekat lagi. Akhirnya pertemuan Zahid dengan Izzati mengungkapkan rasa kesal,
sedih, dan reda kerana gadis yang dilihatnya dalam tiga hari itu ialah anaknya yang selama ini
dirindunya. Zahid juga ingin menemui Waheeda untuk meluahkan perasaan rindu, kesal dan
bersalah akibat tindakannya mengabaikan dan meninggalkan Waheeda dan Izzati selama 20
tahun. Pertemuan Zahid dan Waheeda pada petang itu dalam suasana marah, kesal, sedih dan
sayu seolah-olah Waheeda tidak mahu memaafkannya. Namun Waheeda berasa amat bertuah
kerana Allah telah mengurniakan seorang anak yang sangat mulia jiwanya dan meminta ibunya
memaafkan ayahnya
KEKUATAN NOVEL
Pada pendapat saya, novel ini mempunyai Teknik imbas muka yang menarik. Hal ini kerana
bayangan yang ditunjukkan dalam novel ini amat jelas dan mudah untuk difahami. Selain itu,
novel ini mempunyai dialog yang menarik antara watak Pertuturan dan perbualan antara dua atau
lebih watak amat menarik dan dramatis. Seterusnya, novel ini menerapkan Teknik imbas
Kembali dengan begitu mantap. Hal ini kerana pengarang menggambarkannya melalui ingatan,
kenangan, lintasan terhadap sesuatu perkara yang telah berlaku dengan begitu jelas. Disamping
itu, novel ini mempunyai monolog dalaman yang menarik. Hal ini kerana pengarang membuat
pengucapan atau pertuturan kata oleh sesuatu watak secara bersendirian dengan dramatis. Akhir
sekali, novel ini mempunyai Teknik pemerian yang hebat. Hal ini kerana pengarang
menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa secara langsung dengan sangat bagus.
KEKURANGAN NOVEL
Pada pendapat saya, novel ini kekurangan ayat gramatis yang mampu membuat pembaca kurang
tertarik. Hal ini menyebabkan novel ini kurang menarik untuk dibaca. Selain itu, novel ini
mempunyai binaan plot yang kurang menarik. Plot novel ini sukar untuk difahami dan
menyukarkan para pembaca untuk membaca. Seterusnya, novel ini mempunyai pengakhiran
cerita yang tergantung atau tidak menyeluruh. Disamping itu, novel ini mempunyai saspens yang
kurang menarik untuk para pembaca. Melainkan novel lain, novel ini tidak mempunyai cerita
yang begitu menarik. Akhir sekali, novel ini kurang menyampai ayat-ayat tersirat yang
menyebabkan novel ini tidak sehebat novel-novel yang lain.
PENAMBAHBAIKAN NOVEL
Antara cadangan penambahbaikan yang boleh diterapkan dalam novel ini ialah penambahan ayat
gramatis yang lebih menarik. Selain itu, novel ini memerlukan binaan plot yang lebih baik dan
mantap. Seterusnya, novel ini memerlukan pengakhiran cerita yang lengkap dan tidak
tergantung. Disamping itu, novel ini memerlukan penggunaan Teknik saspens yanglebih baik
agar dapat memuaskan pembaca. Akhir sekali, novel ini memerlukan penambahan ayat tersirat
agar novel ini lebih menarik untuk dibaca.
BIMASAKTI MENARI KARYA SRI RAHAYU MOHD YUSOP
PENGENALAN
Novel ini mengisahkan kegigihan anak muda dalam usaha melestarikan alam sekitar. Contohnya,
Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman telah bersatu hati dalam berjuang untuk
melestarikan alam sekitar. Mereka cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan mengembalikan
kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap bintang.
BIODATA
Pn. Sri Rahayu Mohd Yusop menerima pendidikan di Sekolah Tun
Fatimah dan Universiti Otago, New Zealand dalam ijazah sarjana
muda TESL kini merupkan seorang guru di peringkat sekolah
menengah. Karya ini menjadi salah satu novel di dalam komsas
tingatan 5 kerana ia mengetengahkan penceritaan yang menarik
tentang alam sekitar dan pencemaran cahaya.
SINOPSIS KESELURUHAN
Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari. Novel ini mengisahkan Nurul Hafsa
yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Beliau dikunjungi oleh
pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar,
tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun gagal kerana langit terlalu cerah. Nurul Hafsa yang
pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi
menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh
kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku
pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di
Kuala Selangor.
Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung Kuantan.
Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak sungainya dipagar untuk
menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa menemui ‘lelaki
kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan pemilik anak sungai
tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian agar populasi kelip-kelip tidak terancam. Nurul
Hafsa membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar, ahli
akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Rancangannya
ditentang oleh Dato’ Johann Arlington dan dia mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang
tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka
tidak dapat melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan Muhammad Taufik mengejutkan
Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki kemalangan itu dirancang oleh musuhnya.
Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa apabila diculik dan abangnya, Budiman
cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba membebaskan Nurul Hafsa dengan mengikut arahan
penculik untuk berjumpa di stesen minyak Petronas.
Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba
menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor. Balai
Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa terdapat aktiviti bukan
perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini menyerbu dan
berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah diri. Muhammad
Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim. Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di
Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi
meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin
menyampaikan ucapan ringkas dengan menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan
kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau dan musuh perniagaannya, Dato’ Johann
Arlington pula bakal dihadapkan kemuka pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik
meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk
menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul Hafsa.
.
SINOPSIS SETIAP BAB
Bab 1 :
Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari pertamanya
bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor. Sekumpulan
pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru pengiring dari Sekolah Rendah
Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut untuk melihat buruj Orion atau buruj
Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa
telah menghadapi masalah di luar jangkaannya apabila langit pada malam tersebut yang
sepatutnya telah benar-benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan
situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut
dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia
dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada
kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Pada malam tersebut,
Nurul Hafsa telah menanam azam dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para pengunjung
bahawa dia akan memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya upayanya. Pada mulanya,
Puan Wickham mempersoalkan kemampuan manusia untuk menggerakkan bintang kembali ke
kawasan pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya menyatakan bahawa bintang-
bintang sememangnya sedia ada di langit, hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat.
Sedikit cahaya akan membuka deria manusia, manakala banyak cahaya pula akan menutup deria
kita. Dia memaklumkan bahawa tuhan menciptakan deria manusia dengan penuh keterhadan
agar kita tidak leka dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh deria.
Bab 2:
Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir sebagai pengiring
kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu kepada salah seorang Pegawai Cerap
Sultan Salahuddin yang bernama Muhammad Taufik. Muhammad Taufik berasa kesal dengan
janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap pengunjung tersebut kerana dia benar-benar kenal
dengan ibunya, Puan Wickham yang akan datang lagi bersama kumpulan pengunjung tersebut
untuk menuntut janji yang dilafazkan oleh Nurul Hafsa. Walaupun Puan Wickham dan anaknya,
Muhammad taufik tinggal berjauhan namun kekerapan mereka berkomunikasi melalui rangkaian
sosial menyebabkan mereka tidak kekok untuk berbual setiap kali bersua muka. Mereka
mempunyai minat dalam bidang yang sama. Pada malam tersebut Muhammad Taufik menjemput
ibunya untuk bermalam di rumah prototaip Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan olehnya. Hal ini
bagi membolehkan Puan Wickham memberikan pendapat beliau tentang projek pembinaan
rumah mesra alam komersial yang sedang diusahakan oleh anaknya, Muhamad Taufik.
Muhammad Taufik bersyukur atas kepulangan ibunya walaupun dia tahu apabila subuh
menjelang, ibunya akan pergi kembali meneruskan tugas beliau.
Bab 3:
Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran kata-kata
kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat melihat kelip-kelip di
Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada abangnya, Budiman. Nurul Hafsa
telah pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip dengan menaiki kereta yang dipandu oleh