The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by darwis.shah06, 2022-06-11 12:10:35

ASSESSMENT BM 2

BMAISHADAMIA

ayahnya, Haji Yassir. Sesampai di sana, Haji Yassir tidak berminat untuk bersama-sama Nurul
Hafsa menaiki bot untuk melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur hidupnya Haji Yassir
tinggal di Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain ke Tanah Suci Mekah.
Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak kelip-kelip terbang dalam satu gerombolan dengan
jumlah berjuta-juta ekor dan melakukan kerlipan secara serentak. Malangnya, pemandangan
hebat tersebut hanyalah khayalan semata-mata. Realitinya, menunggu kehadiran serangga
tersebut bagaikan mereka menunggu kehadiran tetamu yang sangat pemalu. Akhirnya, Nurul
Hafsa menerima kanyataan bahawa perkara inilah yang dialami oleh kumpulan pengunjung dari
Jepun yang terbang beribu-ribu batu jauhnya tetapi hanya dapat menyaksikan kelip-kelip yang
cahayanya separuh mati kerana bilangannya yang sedikit. Nurul Hafsa turut mengajak
pengemudi bot yang dinaikinya untuk melalui suatu kawasan cabang sungai milik persendirian
yang dikatakan menjadi tempat kumpulan kelip-kelip berkelip serentak seperti lampu-lampu
hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa kerana kawasan persendirian tersebut tidak dapat
dilalui oleh mereka. Sepanjang perjalanan pulang, Nurul hafsa melayan perasaan sambil
memikirkan sudut hujahan yang bakal dibentangkan dalam satu persidangan kemuncak fantasi.
Kuala Selangor yang berubah menjadi bandar pelancongan telah dicemari oleh pencemaran
cahaya dengan senyap.

Bab 4:

Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang diimpikan
oleh Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama ayah mereka, Haji Yassir.
Seusai solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul Hafsah tentang hari pertama
dia bekerja di balai cerap. Setelah mendapat jawapan yang mengecewakan daripada adiknya,
Budiman yang merupakan seorang guru Sains di Sekolah Menengah Kebangsaaan Tanjung
Keramat sejak tiga tahun yang lalu membaca laporan menggunakan Skala Langit Gelap Bortle
yang ditaip adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini dicipta oleh John E Bortle untuk membantu
peminat-peminat kaji falak amatur membandingkan tahap kegelapan langit di sesuatu tempat
pencerapan dengan tempat pencerapan lain. Berdasarkan skala ini, Kuala Selangor yang pernah
diklasifikasikan sebagai kelas 1 sebelum ini, kini berada di kelas 8, iaitu langit terbias dengan
warna putih atau oren disebabkan cahaya lampu. Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala Selangor

yang baru empat tahun ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui penduduk Kuala
Selangor belum menyedari bahawa pembangunan dan kemudahan yang dinikmati jika tidak
dirancang dengan teliti akan membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa terkejut
namun gembira apabila menyedari bahawa Budiman turut menyokong usahanya untuk
menyelamatkan Kuala Selangor daripada terus tercemar akibat pembangunan yang tidak
terancang.

Bab 5

Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu kepulangan
beliau di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan kampung tempat projek rumah
Ikhtiar TeknoAlam yang didiami anaknya Muhammad Taufik. Sepanjang pemanduannya,
beliau mengimbas kembali kenangan perpisahan antara beliau dengan isterinya Maryam
Wickham Abdullah kerana Muhammad Taufik telah menghantar pesanan ringkas tentang
kehadiran bekas isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa puas dapat membuktikan kepada
bekas isterinya bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk anak mereka. Sesampai beliau
di rumah Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah apabila dimaklumkan anaknya bahawa
Puan Maryam telah pulang. Beliau tetap bertanyakan khabar Puan Maryam kepada anaknya
ketika mereka bersama dengan pemandunya Sobirin menghadap hidangan yang dimasak Puan
Maryam sebelum bekas isterinya itu pergi. Walaupun Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan
isterinya kerana perbezaan pendapat dan membawa haluan masing-masing, namun mereka tidak
pernah bermusuh dan zuriat menjadi penyambung silaturahim mereka berdua.

Bab 6:

Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai Atasan
Pejabat Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap kecerahan langit
Kuala Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian, Nurul Hafsa hanya dinasihati agar
tidak mengharapkan sebarang tindkan diambil kerana Puan Foziah memaklumkan tiada undang-
undang alam sekitar yang telah dilanggar di Kuala Selangor. Namun demikian, Nurul hafsah
tetap mengingati janjinya terhadap kumpulan pengunjung kanak-kanak dari Jepun yang ingin
melihat bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang sejak dulu hingga kini adalah untuk
menjadikan Kuala Selangor, Bukit Melawati dan Balai Cerap Sultan Salahuddin tempat tumpuan
peminat-peminat langit seluruh dunia melihat bintang. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsah

bertanyakan abangnya Budiman sama ada dirinya telah hilang akal dan bimbang tentang hal
yang remeh-temeh. Budiman menasihati Nurul Hasfa agar bertenang dan beristighfar serta
mendengar kata hati. Akhirnya, dia bertekad tidak akan membiarkan masalah pencemaran di
Kuala Selangor daripada terus berlaku. Mereka sedar perkara ini tidak boleh dilakukan tanpa
bantuan orang lain. Budiman bersedia untuk membawa adiknya berjumpa dengan ‘ lelaki kelip-
kelip’. Lelaki tersebut merupakan individu yang memagar sungai kecil di kawasan orang melihat
kelip-kelip dan dialah juga yang menghantar Budiman pulang ke rumah dengan kereta hibrid.
Pada awalnya, Nurul Hafsa tidak senang dengan lelaki tersebut, namun Budiman menasihati
adiknya agar tidak terburu-buru bersangka buruk terhadap orang lain. Nurul Hafsa bersedia
untuk berjumpa lelaki tersebut dengan folio yang dihasilkannya dengan tajuk Kuala Selangor:
Kawasan Simpan Langit Gelap.

Bab 7:

Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan berhati-hati. Dia
beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki berpangkat bapa dan berpengaruh
seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah mereka berdua sampai di kawasan
rumah lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki muda sedang membuat kerja-
kerja pertukangan yang melibatkan pembinaan sebuah peralatan pertanian kecil-kecilan. Apabila
Nurul Hafsa melihat wajah lelaki tersebut, mindanya cuba mengingati kembali wajah-wajah
yang pernah dia lihat sepanjang usianya. Akhirnya, Nurul Hafsa mengecam wajah lelaki
tersebut. Budiman memanggil lelaki tersebut dengan nama Muhammad Taufik dan bertanyakan
beliau sama ada masih mengingati adiknya, Nurul Hafsa. Rupa-rupanya Muhammad Taufik
merupakan rakan sekolah abangnya ketika bersekolah di Tanjung Keramat. Budiman
memaklumkan bahawa selepas tahun 6, dia belajar di Otago. Dalam masa yang sama, Nurul
Hafsa menyindir perbuatan Muhammad Taufik yang memagar sebahagian daripada sungai
Selangor. Muhammad Taufik menjelaskan bahawa dia yang meminta ayahnya membelikan tanah
yang menyusuri tepi anak sungai di Kampung Kuantan, terus ke kampung Api-api yang
berkeluasan 50 hektar. Semua ini dilakukannya apabila dia mendapati populasi kelip-kelip di
Kampung Kuantan semakin berkurangan akibat kehadiran pelancong yang ramai dengan bunyi
enjin motor bot, cahaya lampu di jeti, pencemaran air sungai, pemusnahan kawasan paya bakau,
cahaya dari kawasan petempatan manusia dan cahaya roda ferris yang semuanya membawa

ancaman kepada populasi kelip-kelip. Dia memagar anak sungai tersebut dengan harapan kelip-
kelip mempunyai tempat untk bersembunyi dan akan meruntuhkan pagar itu apabila populasi
kelip-kelip sudah pulih kembali. Nurul Hafsa yang mendengar penjelasan tersebut memohon
maaf daripada En. Taufik kerana telah tersalah anggap terhadap pemuda tersebut.

Bab 8:

Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang
dilaksanakannya kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak Budiman dan
adiknya meneliti rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri berteknologi tinggi yang
dibinanya. Setelah mendengar penjelasan Muhammad Taufik tentang sistem rumah tersebut, lalu
Nurul Hafsa membuat kesimpulan bahawa Muhammad Taufik mencipta satu model tempat
tinggal di luar grid. Muhammad Taufik mengakui bahawa dia hendak mendirikan rumah di atas
tanah satu per lapan ekar untuk sebuah keluarga, yang dapat mengurangkan kebergantungan
penduduk terhadap grid utiliti yang sedia ada. Hasratnya adalah untuk menyampaikan mesej dan
menanamkan kesedaran bahawa apabila manusia kembali bergantung kepada alam semula jadi
secara terus, manusia akan menyedari betapa pentingnya alam sekitar. Hal ini disokong oleh
Nurul Hafsa. Sepanjang pertemuan tersebut, Nurul Hafsa sering bersetuju dengan pendapat
Muhammad Taufik menyebabkan abangnya, Budiman tersenyum melihat gelagat dua pencinta
alam etrsebut. Namun begitu, dia sedar bahawa adiknya Nurul Hafsa dan sahabatnya Muhammad
Taufik emmpunyai misi penting yang tidak boleh dilalaikan dengan emosi. Akhirnya,
Muhammad Taufik mengingatkan Nurul Hafsa tentang tujuan asal mereka bertemu Muhammad
Taufik menolongnya membawa kembali kegelapan ke Kuala Selangor.

Bab 9

Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri Muhaimin
untuk menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor satu kawasan simpan langit
gelap secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan profisional dan untuk menghalang
kepupusan kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri Muhaimin dengan rakan lamanya Tan Sri Yahya telah
membuka ruang kepada mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-masing. Pada akhir
perbualan, Tan Sri Muhaimin bertahmit apabila menyedari bahawa usaha-usaha anaknya selama
ini merupakan gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama Muhaimin dan Maryam.

Bab 10:
Muhammad Taufik tersinggung jika sering dikaitkan dengan kedudukan dan kemewahan
ayahnya. Muhammad Taufik ketawa mengenangkan peristiwa dia selalu didampingi oleh
perempuan-perempuan yang ingin mengambil kesempatan atas kemewahannya. Namun begitu,
mereka akan meninggalkannya setelah mengenali Muhamad Taufik yang sebenarnya. Kini, dia
berhadapan dengan seorang gadis yang terang-terangan tertarik oleh keistimewaan-keistimewaan
yang ada pada dirinya. Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa bertemu di dalam bilik tutorial di
Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor untuk berbincang tentang
pembentangan tentang projek Kuala Selangor. Di situ mereka berbalas-balas hujah bagi
memantapkan pembentangan yang akan dilaksanakan nanti. Budiman menemankan mereka
berdua tetapi tidak mengganggu perbincangan mereka. Muhammad Taufik kagun akan kesetiaan
Budiman sebagai saudara tua yang hadir untuk menjaga tatatertib perhubungan antara lelaki dan
wanita yang bukan mahram. Nurul Hafsa mengemukakan rasional pelaksanaan projek tersebut,
iaitu untuk mengembalikan populasi kelip-kelip ke Kuala Selangor sebelum pupus sepenuhnya
dan mengembalikan kegemilangan Kuala Selangor sebagai pusat kajian falak yang terkenal di
peringkat antarabangsa. Selesai perbincangan, Muhammad Taufik mempelawa mereka berdua ke
rumahnya malam tersebut untuk menebus kekecewaan Nurul Hafsa yang tidak dapat melihat
kelip-kelip di jeti Kampung Kuantan tempoh hari.

Bab 11:
Muhammad Taufik memilih untuk menggerakkan sampan menggunakan pendayung,

bukannnya dengan menggunakan enjin motobot elektrik untuk membawa Nurul Hafsa dan
Budiman ke kawasan kelip-kelip. Mereka berhenti setelah sepuluh minit mendayung.
Berdasarkan pandangan Nurul Hafsa, keadaan gelap di situ adalah pada skala dua. Sambil
menantikan kelip-kelip yang mula hadir, Muhammad Taufik menerangkan kepada dua beradik

itu tentang jenis kelip-kelip atau dalam bahasa saintifiknya pteroptyx tener. Kemudian bilangan
kelip-kelip menjadi semakin banyak lalu menjadi satu gerombolan kelip-kelip yang berkerlipan
secara serentak bagaikan lingkaran Bimasakti. Pada malam itu Nurul Hafsa terkejut apabila
dimaklumkan Muhammad Taufik bahawa Puan Wickham ialah ibunya. Nurul Hafsa bersetuju
dengan permintaan Muhammad Taufik bahawa dia akan meneruskan pencerapan data populasi
kelip-kelip andai sesuatu terjadi kepada Muhammad Taufik.

Bab 12

Muhammad Taufik akan mengambil masa seminggu untuk meminta bapanya menggunakan
pengaruh beliau agar dia dan Nurul Hafsa dapat bertemu dengan pegawai daerah dan panel
penasihatnya. Di hadapan dua insan penting tersebut, Nurul Hafsa memulakan pembentangan
dengan membaca surah al-A,raaf, ayat 56. Setelah dia dan Muhammad Taufik selesai membuat
pembentangan dan menjelaskan segala kekeliruan Dato’ Haji Mustofa , pegawai daerah Kuala
Selangor, mereka meminta Beliaumeneliti cadangan mereka untuk mewartakan Kuala Selangor
sebagai kawasan simpan langit gelap yang pertama di negara ini.

KEKUATAN NOVEL

Pada pendapat saya, novel ini mempunyai Teknik imbas muka yang menarik. Hal ini kerana
bayangan yang ditunjukkan dalam novel ini mudah untuk difahami. Selain itu, novel ini
mempunyai dialog yang menarik. Hal ini kerana pertuturan antara dua watak atau lebih amat
dramatis dan mudah untuk difahami. Seterusnya, novel ini mempunyai Teknik imbas kembali
yang menarik. Hal ini kerana pengarang menggambarkan situasi melalui ingatan, lintasan atau
imbasan seseorang dengan kemas dan jelas. Disamping itu, novel ini mempunyai monolog
dalaman yang menarik. Hal ini kerana pengarang telah membuat pengucapan atau tutur kata
dengan sangat gramatis. Akhir sekali, novel ini mempunyai Teknik pemerian yang hebat. Hal ini
kerana pengarang menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa dengan sangat bagus.

KEKURANGAN NOVEL

Pada pendapat saya. Novel ini kekurangan latar masa yang sesuai dikaitkan untuk menulis
sebuah novel yang cantik. Selain itu, novel ini mempunyai perwatakan seseorang watak yang
kurang menarik, Hal ini boleh menjejaskan keseronokan dan kefahaman pembaca. Seterusnya,
novel ini mempunyai jalan cerita yang kurang menarik melainkan novel yang lain. Jalan cerita
dalam novel ini amat ringkas dan tidak mencapai trend kebanyakan pembaca. Disamping itu,
novel ini menggunakan Bahasa yang sukar difahami kebanyakan pembaca. Dialog dalam novel
ini tidak mencapai tahap kefahaman untuk seorang pelajar. Akhir sekali, novel ini kekurangan
nilai-nilai murni yang menarik bagi para pembaca. Hal ini membuatkan novel ini kurang menarik
seperti novel-novel yang lain.

PENAMBAHBAIKAN NOVEL

Antara cadangan penambahbaikan yang boleh diterapkan dalam novel ini ialah penambahan latar
masa yang lebih sesuai dan relevan. Selain itu, novel ini juga memerlukan perubahan perwatakan
seorang watak yang lebih menarik agar novel ini lebih menarik untuk dibaca. Seterusnya, novel
ini pengubalan jalan cerita yang lebih jelas dan mudah untuk difahami agar pembaca mendapat
gambaran yang lebih jelas. Disamping itu, novel ini memerlukan penggunaan Bahasa yang lebih

sesuai agar pembaca lebih faham dialog cerita novel ini. Akhir sekali, novel ini memerlukan
penambahan nilai-nilai murni yang menarik agar pembaca lebih suka untuk baca novel ini.

SILIR DAKSINA KARYA NIZAR PARMAN

PENGENALAN

Kisah dalam Silir Daksina bermula apabila Haiqal mendapat sebuah o lama. Alamat pengirim
manuskrip tersebut sama dengan alamat tempat lahirnya tetapi pengirimnya berbangsa Cina iaitu
Ong See Hwa. Haiqal mendapati bahawa kisah yang terdapat dalam manuskrip tersebut seakan-
akan benar berlaku dan menceritakan kisah hidup arwah ayahnya; Abdullah bin Kayan tetapi
kisah itu dimainkan oleh watak Cikgu Nizam. Haiqal bertekad untuk pulang ke Johor untuk
menjejak warisan ayahnya walaupun niat itu ditentang oleh uminya.

BIODATA

Nizar Parman atau nama sebenarnya Md. Nizar bin Parman
dilahirkan pada 31 Ogos 1973 di Ayer Hitam, Batu Pahat,
Johor. Pada tahun 2015, beliau berjaya memperoleh Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Rendah
daripada Open University of Malaysia. Beliau mula menulis
pada tahun 1995 semasa menuntut di MPKI. Beliau terdorong
untuk menulis setelah membaca dan mengkaji karya yang
ditulis oleh Sasterawan Negara semasa menuntut di sana.

SINOPSIS KESELURUHAN

Haiqal berbekalkan sebuah manuskrip lama yang diterima daripada seorang gadis berbangsa
Cina yang tidak dikenalinya telah pergi ke kampung halaman ayahnya, Abdullah Kayan. Haiqal
dilahirkan di kampung itu sebelum menetap di Kuala Terengganu. Manuskrip yang separuh jalan
itu menarik minatnya untuk mengenali ayahnya dengan lebih dekat walaupun mendapat
tentangan daripada uminya yang seolah-olah mahu melenyapkan nama Abdullah Kayan dalam
hidup Haiqal.

Kehadirannya di Kampung Seri Purnama diterima dengan baik oleh masyarakatnya. Di kampung
itulah dia mula membongkar kehidupan sebenar ayahnya melalui orang-orang yang rapat dengan
ayahnya. Watak-watak yang dilukiskan oleh ayahnya dalam manuskrip lama itu seolah-olah
cerminan watak-watak sebenar yang wujud di kampung itu.

Abdullah Kayan bukan hanya penggiat aktiviti kebudayaan di kampung itu, malahan beliau
merupakan seorang guru yang aktif menulis sehingga pernah mewujudkan Aksara di
kampungnya. Oleh sebab kecintaannya terhadap bidang itu, beliau sanggup meninggalkan
keluarganya di Terengganu dan berpisah dengan Haiqal. Perjuangan itu kini diwariskan kepada
Haiqal. Mampukah Haiqal melaksanakan hasrat ayahnya itu? Manuskrip lama itu menyimpan
banyak rahsia yang perlu dihuraikan.

SINOPSIS SETIAP BAB

Bab 1 :

Haiqal telah menerima sebuah manuskrip dan setiap hari pasti dibelek-belek olehnya manuskrip
itu. Manuskrip itu seolah-olah mempunyai tarikan untuk dibaca. Dia hampir-hampir kemalangan
akibat sentiasa memikirkan manuskrip itu. Manuskrip yang diterimanya itu berkaitan dengan
seorang lelaki yang bernama Abdullah bin Kayan. Haiqal teringat kembali semasa kecilnya iaitu
sewaktu ibunya memberitahu bahawa orang yang dipanggilnya walid iaitu Abdul Fatah hanyalah
bapanya tirinya. Bapanya yang sebenar ialah Abdullah bin Kayan. Sejak hari itu, dia bertekad
untuk mencari ayahnya apabila sudah dewasa.

Bab 2 :

Pada suatu petang Haiqal berada di sebuah gerai milik Ratna di tepi Pantai Batu Buruk kerana
ingin berjumpa dengan teman baiknya itu. Haiqa mengajak Ratna berjalan-jalan di tepi pantai
sambil bercerita tentang ayah kandungnya yang berpisah dengan ibunya. Dia tidak sanggup
bertanya kepada ibu sebab berlakunya perpisahan itu kerana takut menyinggung perasaan
ibunya. Haiqal memberitahu bahawa manuskrip yang baru diterimanya itu mungkin dapat
merungkaikan persoalan tentang ayahnya. Namun begitu, orang yang mengirim manuskrip itu
ialah seorang berbangsa cina yang bernama Ong Swee Hwa yang tidak dikenalinya.

Bab 3 :

Cikgu Amirulnizam (Abdullah Kayan) berada di balai raya untuk belajar dan menyaksikan
rakan-rakan dan anak muda sedang belajar dan berlatih menari zapin. Dia tertarik hati dengan
anak Tauke Lim (Tauke Ong) , Ai Ling (Ong See Hwa) yang turut serta dalam aktiviti itu.
Setelah selesai berlatih, Amirulnizam berbual-bual dengan Tauke Lim. Anak Tauke Lim itu
mengingatkannya kepada Aiman (Haiqal). Semasa di rumah, Amirulnizam berehat sambil
memandang rumah Tauke Lim. Amirulnizam teringat peristiwa sewaktu Tauke Lim mula-mula
datang ke kampungnya. Asalnya dia seorang yang susah dan datang berjumpa dengan arwah
ayahnya untuk mengambil upah menoreh kebun getah milik ayah yang terbiar selama ini. Sejak

hari itu hubungan ayah dan Tauke Lim bertambah baik. Dia seorang yang rajin sehingga mampu
mengumpul duit untuk membeli tanah kebun ayah. Sudah 18 tahun dia menetap di kampung itu
dan amat disenangi oleh penduduk kampung. Semasa arwah ayahnya masih hidup, dia
menganggap anak Tauke Lim iaitu Ai Ching dan Ai Ling seperti cucunya.

Pada suatu pagi Tauke Lim meminta Amirulnizam untuk menumpangkan anaknya ke sekolah
kerana bateri keretanya tidak berfungsi. Amirulnizam mencadangkan Ai Ling menumpang dia
sahaja ke sekolah setiap hari. Semasa di sekolah, Amirulnizam diberitahu cikgu Latifah yang Ai
Ling seperti berminat dengan kelas Pendidikan Islam. Dia rasa dia mungkin ada peluang untuk
rapat dengan Ai Ling.

Setelah membantu Tauke Lim menggantikan bateri kereta, Amirulnizam dipelawa oleh Tauke
Lim ke pekan untuk belanjanya minum. Semasa berbual-bual, Tauke Lim menyatakan
persetujuannya untuk membenarkan Ai Ling menumpangnya ke sekolah setiap hari. Amirul
berterus-terang dengan Tauke Lim yang dia kesunyian semenjak ayahnya meninggal dunia dan
dia terpisah dengan anaknya Aiman.

Setelah selesai latihan zapin, Pak Haji Salam iaitu Ketua Kumpulan Zapin Purnama meminta
Amirulnizam dan beberapa orang untuk berkumpul. Dia menjelaskan bahawa YB Samsuri akan
datang ke kampung itu dua minggu lagi dan pegawai Yayasan Wawasan Negeri juga ingin
datang kerana hendak mengkaji dan mempelajari rentak zapin jincat. Amirul diminta untuk
menyiapkan atur cara persembahan nanti agar ramai yang hadir. Tauke Lim pula berjanji untuk
menanggung kos jamuan untuk tetamu nanti. Abang Bakir mencadangkan agar majlis itu
diselitkan dengan acara deklamasi puisi dan Amirulnizam dapat memilih peserta melalui murid
sekolahnya. Amirulnizam teringat kembali zaman kegemilangannya dalam bidang tersebut.
Amirul berasa gembira kerana Ai Ling merupakan salah seorang peserta yang menyertai
pertandingan deklamasi puisi yang dirancangnya di sekolah. Ai Ling meminta agar Amirulnizam
mengajarnya cara mendeklamasikan sajak. Amirulnizam bersetuju dan setelah berjanji, petang
itu Ai Ling ditemani Ai Ching datang ke rumahnya. Ai Ling memberitahu bahawa ibu bapanya
membenarkannya mendeklamasikan sajak di rumah Amirulnizam. Amirulnizam mengajak Ai
Ling dengan bersungguh-sungguh sehinggakan dia dapat mendeklamasikan sajak dengan baik.
Setelah Ai Ling dan Ai Ching pulang, tiba-tiba sahaja Amirulnizam teringatkan Aiman.

Kemenangan Ai Ling dalam pertandingan deklamasi puisi murid-murid tahap satu telah menjadi
perbualan ramai. Tauke Lim sangat gembira. Dia mengucapkan terima kasih kepada
Amirunizam kerana mengajar anaknya sehingga menang. Tauke Lim, Abang Bakir, dan Roslan
meminta supaya Amirulnizam aktif semula dalam bidang penulisan sajak dan cerpen.
Sebenarnya, sejak perpisahannya dengan isteri dan anaknya, dia telah membuat keputusan untuk
berhenti berkarya kerana kehilangan semangat. Kehadiran Ai Ling mempengaruhi hidupnya. Ai
Ling seolah-olah pengganti kepada anaknya, Aiman sebagai tempat mencurahkan kasih sayang.

Kehadiran YB Samsuri dan beberapa pegawai Yayasan Warisan disambut meriah. Ramai orang
kampung yang datang memenuhi majlis tersebut. Semasa Ai Ling membuat persembahan
deklamasi sajak, Amirulnizam terbayang-bayang Ai Ling dan Aiman berada di pentas itu.
Lamunannya dikejutkan oleh tepukan gemuruh orang ramai setelah persembahan selesai. Selepas
itu, pelbagai persembahan lain yang dipersembahkan. Majlis malam itu diakhiri dengan
persembahan lagu Gholiyabu yang dinyanyikan beramai-ramai oleh penduduk kampung.
Sebelum pulang, YB Samsuri berjumpa dengan Amirulnizam secara peribadi dan mengucapkan
tahniah kepadanya. Beliau berharap agar Amirulnizam dapat mengembangkan sastera dan
bahasa di kampung itu dan menjadikan Kampung Seri Purnama sebagai perkampungan sastera.

Ai Ling sudah berusia dua belas tahun dan Amirulnizam menganggapnya seperti anaknya
sendiri. Kesihatan yang kurang memuaskan telah membataskan aktivitinya. Suatu petang
Amirulnizam membawa Ai Ling dan Ai Ching ke Pantai Punggur. Amirulnizam berbual-bual
dengan Ai Ling. Ai Ling bertanya tentang anak Amirulnizam iaitu Aiman. Amirulnizam
memberitahu bahawa Aiman berada di Terengganu dan seusia dengan Ai Ling. Ai Ling teringin
untuk berjumpa dengan Aiman dan berkawan dengannya. Amirulnizam semakin sibuk dengan
persiapan aktiviti untuk acara sambutan Hari Kemerdekaan peringkat mukim dan program
Berkampung Bersama Puisi yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Tahap kesihatannya semakin
merosot dan bergantung kepada ubat untuk mengurangkan kesakitan. Petang itu Ai Ling datang
ke rumah Amirulnizam. Dia bertanyakan helaian kertas kajang yang ditulis oleh Amirulnizam.
Amirulnizam berjanji akan menjadikan Ai Ling orang pertama yang membaca hasil tulisan itu
apabila siap nanti. Bagi Amirulnizam, Ai Ling merupakan orang yang menjadikan hidupnya
yang kesepian menjadi lebih bermakna. Ai Ling bertanyakan keadaan Amirulnizam yang
kelihatan pucat dan kurus. Namun dia menjelaskan bahawa dia penat dan banyak kerja. Ai Ling

juga turut bertanya tentang Aiman yang menyebabkan Amirulnizam sukar untuk menjawabnya.
Dua hari sebelum majlis pelancaran Malam Sekampung Puisi dilangsungkan, segala persiapan
majlis itu berjalan dengan rancak. Amirulnizam menggunakan masanya hingga larut malam
untuk menyiapkan puisi yang akan dideklamasikannya dan sempat menaip dan menyimpan
manuskripnya. Sakit kepalanya semakin kerap menyerang. Pada malam itu dia rasa aneh kerana
kerinduan terhadap Aiman begitu kuat . Dia hanya mampu menatap gambar anaknya sambil
menangis teresak-esak.

Bab 4 :

Setelah habis membaca naskhah manuskrip yang ditulis oleh ayahnya, Haiqal berasa terharu dan
menitiskan air mata. Malam itu Haiqal pergi berjumpa dengan Ratna. Dia meluahkan rasa
bahawa cerita yang terdapat dalam manuskrip itu seolah-olah cerita tentang ayahnya. Haiqal
sentiasa berjumpa dengan Ratna untuk meluahkan masalah yang dihadapinya. Dia juga sentiasa
mengusik-usik Ratna dengan kata-kata dan bahasanya.

Bab 5 :

Manuskrip yang diterima oleh Haiqal itu telah menimbulkan kerinduan dan pelbagai persoalan
kepadanya. Haiqal begitu kagum dengan ayahnya. Dia terkilan tidak dapat hidup lama dengan
ayahnya kerana terpaksa memenuhi kehendak ibunya menguruskan perniagaan butik dan kilang
batik. Dia teringat lagi sewaktu dia tidak dapat menziarahi ayahnya yang meninggal dunia tujuh
tahun yang lalu kerana terpaksa menduduki peperiksaan UPSR.

Bab 6 :

Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna menyokong keputusan
Haiqal dan berharap dia pandai menjaga diri. Konflik timbul antara Haiqal dan ibunya setelah
dia menyuarakan hasrat untuk pergi ke kampung halaman ayahnya. Walaupun pelbagai perasaan
dan alasan yang diluahkan oleh Haiqal, namun ibunya tetap berkeras tidak membenarkannya
pergi. Namun begitu, Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman ayahnya walaupun tidak
dibenarkan oleh ibunya. Walid memahami perasaan Haiqal dan menyokong keputusannya secara
dam-diam.

Bab 7 :

Haiqal mula bertolak menaiki bas ekspres menuju ke Johor. Sebelum itu, dia dihantar dan
ditemani oleh Ratna sementara menunggu bas di stesen bas. Haiqal menolak tawaran bapa tirinya
untuk menghantarnya ke stesen bas kerana bimbang dia menjadi mangsa kemarahan ibunya.

Bab 8 :

Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah menaiki sebuah teksi untuk ke Kampung Seri
Purnama. Pemandu teksi iaitu pak cik Salleh telah menurunkan Haiqal di sebuah warung
kampung tersebut. Setelah bertanya kepada pemilik warung itu iaitu Wak Min, Haiqal diminta
menunggu Tauke Ong yang akan membawanya dan menunjukkan rumah arwah ayahnya. Setelah
Tauke Ong datang, dia diperkenalkan kepada Haiqal oleh Wak Min. Kemudian, Tauke Ong terus
membawa Haiqal ke rumah arwah ayahnya.

Bab 9 :

Haiqal dikejutkan dengan bunyi hon kereta Tauke Ong yang telah menunggunya di halaman
rumah. Setelah bersiap, Haiqal terus menaiki kereta Tauke Ong dengan perasaannya yang gelisah
kerana dia sedar ada seorang gadis di dalam kereta tersebut. Tauke Ong memaklumkan kepada
Haiqal bahawa mereka akan ke pekan untuk makan tengah hari.

Bab 10 :

Tauke Ong memberikan sebuah motosikal kepunyaan anaknya kepada Haiqal untuk
memudahkan pergerakan Haiqal. Haiqal menggunakan motosikal tersebut untuk ke kubur
ayahnya. Setelah berjaya mencari kubur ayahnya, Haiqal diselubungi rasa sebak mengenangkan
arwah ayahnya.

Bab 11 :

Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di kampung arwah ayahnya selama seminggu. Dalam
tempoh ini telah banyak urusan berkaitan amanah yang ditinggalkan oleh ayahnya kepada Tauke
Ong berjaya diselesaikan. Namun, Haiqal tetap menyerahkan segala urusan tinggalan ayahnya
iaitu ladang kelapa sawit kepada Tauke Ong kerana dia tidak mempunyai pengetahuan mengenai
pengurusan ladang kelapa sawit. Walau bagaimanapun, Tauke Ong tetap mahukan Haiqal
mempelajari cara-cara menguruskan ladang kelapa sawit. Haiqal banyak mempelajari mengenai

kelapa sawit daripada dua orang kampung yang mengambil upah memotong buah kelapa sawit
iaitu Bidin dan Salleh. Semua yang berlaku dalam tempoh seminggu di Kampung Seri Purnama
diceritakan Haiqal kepada Ratna dan juga adik tirinya Nurul Asiyah melalui SMS. Haiqal telah
mula mengenali remaja-remaja kampung tersebut. Antaranya ialah Lazim iaitu anak kepada Haji
Salim yang seusia dengannya. Haiqal selalu diajak memancing ikan pada sebelah petang. Haiqal
telah pergi memancing ikan puyu bersama-sama dengan Lazim. Sambil mereka memancing,
Haiqal dapat melihat suasana kampung yang menyebabkan dia teringat kembali zaman kanak-
kanaknya. Lazim telah menyatakan hasratnya untuk tidur di rumah Haiqal pada malam minggu.

Bab 12 :

Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat keadaan balai
raya yang tidak terurus kecuali ada beberapa bahagian dalam balai raya itu yang kelihatan terurus
dan terjaga. Berbeza dengan sebelum ini, balai raya itu dikatakan lebih terurus dan mempunyai
banyak buku yang menjadi bahan bacaan penduduk kampung. Haiqal seakan tidak percaya
bahawa buku-buku yang terdapat dalam balai raya itu ialah hasil daripada penulisan arwah
ayahnya. Malah, sejarah hidup ayahnya juga turut dipamerkan di situ. Haiqal tertarik dengan
sebuah album besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya. Berdasarkan gambar-gambar
tersebut, Haiqal dapat mengetahui bahawa arwah ayahnya merupakan seorang penari zapin.
Hakikatnya, ayahnya ialah orang yang bertanggungjawab menghidupkan kumpulan zapin Seri
Purnama.

Bab 13 :

Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin dimainkan semula di balai raya kampung Seri
Purnama telah disampaikan kepada Ketua Kampung Seri Purnama oleh Pak Cik Bakar. Haiqal
juga memaklumkan perkara tersebut kepada See Hwa dan Tauke Ong.

Bab 14 :

Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai raya kampung tersebut untuk bersama-sama
dengan penduduk kampung membuat latihan zapin.

Bab 15 :

Balai raya yang sebelum ini sepi telah kembali berseri. Penduduk Kampung Seri Purnama
masing-masing sibuk membuat persiapan untuk persembahan zapin.
Bab 16 :
Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang terletak di Bumi
Kenyalang. Haiqal sedar bahawa umi tidak lagi berdendam dengan ayah apabila umi bersama
dengan walid serta adik tirinya sanggup datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan
Haiqal mempersembahkan tarian zapin jincat. Persoalan Haiqal mengenai Ratna yang selama ini
sepi tanpa berita akhirnya terjawab. Ratna telah bertunang dengan seorang usahawan muda yang
menjadi rakan kongsi dalam perniagaannya.

KEKUATAN NOVEL
Antara kekuatan yang terdapat didalam novel ini ialah, teknik imbas muka yang menarik.Hal ini
juga kerana bayangan yang digambarkan didalam novel ini amat mudah untuk difahami. Selain
itu, novel ini mempunyai pertuturan dialog yang menarik didalam perbualan mereka. Seterusnya,
novel ini juga menunjukan beberapa contoh untuk dipelajari didalam kehidupan seharian. Novel
ini juga mempunyai monolog dalaman yang menarik kerana pengarang menyampaikan
pengucapan secara bersendirian dengan gramatis. Akhir sekali, novel ini dikatakan mempunyai
teknik pemerian kerana pengarang menerangkan sesuatu perkara dengan jelas dan langsung.
KEKURANGAN NOVEL
Antara kekurangan novel ini ialah, matlamat watak utama di novel ini agak biasa berbanding
dengan novel Bimasakti Menari di mana watak utamanya mempunyai matlamat yang besar
tentang perbincangan isu alam sekitar manakala di novel ini ia hanya menceritakan watak utama

di novel ini hanya berbuat demikian untuk mengembalikan tarian zapin. Selain itu, novel ini juga
menceritakan watak yang lain yang jauh dari plot utama.Ini akan menjejaskan bacaan pembaca
kerana agak mengelirukan. Karakter sampingan kurang memberikan impak kepada cerita. Jika
kita bandingkan antara novel Songket Berbenang Emas karakter sampingan di novel itu amat
menonjol. Perkembangan cerita di novel ini amat perlahan berbanding dengan novel Songket
Berbenang Emas kerana di novel ini banyak menceritakan sesuatu di bab tiga. Tajuk novel ini
juga tiada kaitan dengan jalan cerita novel.Jika dibandingkan dengan Novel Songket Berbenang
Emas, novel tersebut mempunyai kaitan manakala novel Silir Daksina tidak

. PENAMBAHBAIKKAN NOVEL

Antara cadangan penambahbaikan yang boleh diterapkan dalam novel ini ialah penambahan
contoh peristiwa yang lebih menarik agar pembaca mendapat gambaran yang lebih jelas tentang
jalan cerita novel ini. Selain itu, novel ini memerlukan penambahan bilangan bab dalam novel
kerana novel ini mempunyai isi kandungan yang sikit. Seterusnya, novel ini memerlukan
pengubahan Teknik monolog yang lebih menarik agar novel ini lebih mudah untuk difahami
Disamping itu, novel ini memerlukan pengubahan gaya Bahasa supaya novel ini dapat menarik
perhatian pembaca dan mencapai tahap kefahaman seorang pelajar. Akhir sekali, novel ini
memerlukan penggunaan Teknik imbas muka agar novel ini lebih menurik untuk dibaca.

RUJUKAN

• https://scholleys.blogspot.com/2021/11/penghargaan-folio-bahasa-
melayu.html?m=1

• https://karangan.net/soalan-soalan-novel-di-sebalik-dinara
• https://karangan.net/sinopsis-not-novel-pantai-kasih/
• https://www.ipendidikan.my/novel-pantai-Imsih.html#Tema
• https://www.ipendidikan.my/novel-songket-berbenang-emas
• https://www.bumigemilang.com/novel-bimasakti-menari-kl-komsas-

tingkatan-5


Click to View FlipBook Version