The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by imannezamr01, 2023-07-17 14:36:55

E-MAJALAH BENTARALOKA

E-MAGIZINE BENTARALOKA

B EDISI 2023 ENTA YMU SEGENAP DIMENSI RA


3 | BENTARALOKA A G E N S I B E R I T A Y M U UNIT MAJALAH UNIT MEDIA SOSIAL INASIS YAYASAN ALBUKHARY | INASIS BANK MUAMALAT PENGARAH HAIMAN SYAMIL KETUA EDITOR ANIS OTHMAN AISYA IMANI HANIS NABILA SOBRI SARIB CHOO PUI SHAN MUHAMAD FAIZ KHAIRUNNISA SARVESNEE JAYA SRI ATHIRAH AZIZ ATIKAH ROSLAN SYAMIMI ALIA UMAIRA NATASHYA SHAHIRA FATIN HUSNA TAMIL CHELVAAN AIMAN ZAFRAN AINA NADHIRAH WONG ZHI KANG UNIT WEB


Kenali YMU lebih lagi YMU SEGENAP DIMENSI https://instagram.com/bentaraloka? igshid=MTIzZWMxMTBkOA== NAK TAHU LEBIH LANJUT? IMBAS SAHAJA! LAMAN SESAWANG BENTARALOKA https://aimanzafran259.wixsite.com/website MEDIA SOSIAL INSTTAGRAM LINKTREE BENTARALOKA https://linktr.ee/bentaraloka


Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada Agensi Bentaraloka atas kejayaan menerbitkan e-majalah khas yang istimewa ini. Terima kasih kerana memberi kesempatan untuk saya mencoretkan sepatah dua kata dalam majalah ini. Dalam mendepani cabaran sebagai wartawan, pelbagai isu dan masalah yang dihadapi dalam mendapatkan berita berita berkualiti. Walau dicemuh, dihina dan dicaci, namun wartawan Bentaraloka masih utuh dan setia mendapatkan data dan informasi untuk disaji kepada warga YMU serta UUM. Sekalung penghargaan diucapkan kepada warga JKPS YMU yang tidak menang tangan membantu para wartawan dalam mendapatkan sumber serta informasi yang jitu dan berkualiti 4 | BENTARALOKA PENGARAH BENTARALOKA Akhirulkalam, semoga berita berita ini dapat memberikan informasi berguna kepada para pelajar serta meningkatkan nilai korporat, reputasi dan imej Inapan Siswa YMU.


5 | BENTARALOKA TENTANG KAMI Bentaraloka merupakan wakil agensi berita bagi Inasis Yayasan Albukhary dan Inasis Bank Muamalat yang akan memberi informasi terkini dalam penyampaian berita berkualiti. Ahli Bentaraloka merupakan satu pasukan yang sentiasa cakna dalam tanggungjawab menyampaikan berita INASIS YMU untuk memberikan informasi tanpa had dalam penggunaan laman sesawang rasmi Bentaraloka termasuklah laman sosial Instagram. Kami berupaya untuk membawakan revolusi yang pantas bagi kebaikan pembaca mengenai INASIS YMU di UUM. Wartawan Bentaraloka yang berwibawa akan memberikan segala informasi yang berkualiti untuk setiap keluaran maklumat dalam laman sesawang kami. Sebagai salah satu agensi yang bekerja keras untuk menyalurkan berita yang komprehensif dalam segala aspek seiring dengan slogan kami iaitu YMU segenap dimensi. Kami mengharapkan berita mengenai INASIS YMU sentiasa ke hadapan dalam mencipta nama INASIS YMU dan UUM. Y M U S E G E N A P D I M E S I


BERITA ISI KANDUNGAN Bacaan Yasin & Solat Hajat Perdana UUM by Syamimi Festival Sukan YMU 2023 07 YAB Cungkil Bakat Baharu 06 Cak-Cak Lebaran 13 16 Majlis Ramah Mesra Aidilfitri 19 Kepimpinan UUM 23 PJJ UUM Di Lima' 23 24 RENCANA by Aisya YAB - Siap Siaga, Frisbee Menjelma 39 Roslina Komited Kekal Juara 40 Bahagi Masa Kunci Kejayaan 41 Rutin Ramadan YMU: Apa Warga Buat? 48 6 | BENTARALOKA BENTARA


Festival Sukan YMU 2023 Pusat Sukan gelanggang bola tampar dan gelanggang bola jaring INASIS Bank Muamalat. Festival ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Pembangunan Siswa Inasis Bank Muamalat dan Inasis Yayasan AlBukhary (JKPS YMU). Festival sukan YMU dirasmikan oleh ketua felo YMU sesi lalu, Encik Hafidz yang juga merangkap penasihat Bahagian Sukan dan rekreasi Inasis YMU. Antara sukan yang dipertandingkan termasuk bola tampar, bola jaring, badminton, ping pong dan futsal. Tujuan festival sukan ini diadakan adalah untuk mencari bakat-bakat baru untuk diserap masuk sebagai wakil Inasis YMU di kejohanan sukan yang lebih tinggi. Para pemenang berpeluang untuk mewakili Inasis YMU bagi kejohanan Karnival Sukan Mahasiswa (KASUMA) dan Sukan SISWI yang bakal tiba tidak lama lagi. Penyertaan adalah terbuka kepada seluruh warga Inasis YMU dengan bayaran yuran pendaftaran bagi setiap sukan yang dipertandingkan. Pemenang bagi setiap kategori sukan akan memperoleh merit, sijil beserta hadiah berbentuk hamper. Menurut pengarah program, Adlilfitri, ini merupakan salah satu persiapan awal bagi menaikkan nama Inasis YMU pada kejohanan KASUMA akan datang. Menurut beliau lagi, Inasis YMU mensasarkan sekurang-kurangnya lima pingat emas bagi kejohanan KASUMA yang bakal tiba. Festival ini merupakan salah satu acara tahunan untuk memberi peluang kepada para penghuni Inasis YMU menonjolkan bakat sukan masing-masing. Festival ini mendapat sambutan hangat dengan penyertaan penuh dari penghuni Inasis YMU bagi kesemua sukan yang dipertandingkan. F OLEH: ANIS OTHMAN SINTOK estival sukan YMU telah berlangsung pada 13 dan 14 Januari 2023, bertempat di Pertandingan futsal yang berlangsung di Arena Pusat Sukan UUM 7 | BENTARALOKA


PENGHARGAAN KEPADA PENGURUSAN INASIS YMU ATAS KHIDMAT BAKTI Dinner: Glamorous Winter Night yang berlangsung di EDC Hotel, Universiti Utara Malaysia (UUM). Program ini adalah untuk memberi penghargaan kepada seluruh warga kerja Inasis YMU kerana menyumbang khidmat kepada pengurusan inasis. Menurut Pengarah Program Muhamad Aqil, program tahunan ini dilaksanakan bagi memberi penghormatan dan meraikan usaha dan khidmat pihak Pengetua, staf, Ahli Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembanguna Siswa (JKPS), pelajar warga inapan Siswa YMU dan pelajar tahun akhir di UUM. “Objektif program ini tidak lain dan tidak bukan bagi menghargai segala penat lelah seluruh warga kerja Inasis YMU kerana menyumbang khidmat dengan melakukan yang terbaik dalam pelbagai program yang telah dijalankan serta usaha menaikkan imej Inasis YMU selama ini,” katanya. Program yang disertai oleh 100 orang pada malam tersebut telah berlangsung dengan lancar. Gala Dinner YMU menyediakan pelbagai anugerah seperti penyerahan sijil, anugerah khas dan anugerah King and Queen yang disediakan untuk pelajar YMU, Pengetua, Felo dan Biro JKPSPemenang anugerah Queen, Nurul Shafina berkata, beliau sukar percaya apabila dapat memenangi anugerah tersebut dalam program yang dianjurkan oleh Inasis YMU. Sebenarnya saya tidak menyangka untuk memenangi anugerah Queen ini kerana fesyen yang saya gunakan tidak terlalu bergaya namun begitu saya amat bersyukur terhadap rezeki yang diberikan," kata Nurul Shafina. Penganjur program turut memberikan yang terbaik kepada tetamu yang hadir sepanjang majlis berlangsung supaya perjalanan program dapat berjalan dengan lancar. Pengetua Inasis YMU, Dr. Mohd Adib Bin Abd Muin berkata, program ini sangat memberi impak yang positif kepada setiap pelajar dalam usaha mengeratkan lagi hubungan dan ukhuwah yang terjalin antara satu sama lain Ujar beliau lagi, kesungguhan yang diberikan oleh setiap JKPS Inasis YMU dalam setiap program yang telah dijalankan dengan baik sebelum ini perlu diberikan penghargaan bagi memastikan program yang akan datang lebih membawa impak yang besar kepada inasis YMU termasuklah UUM sendiri. Pelbagai acara menarik yang telah berlangsung seperti persembahan tarian, persembahan teater muzikal dan persembahan artis supaya dapat menghiburkan tetamu-tetamu yang hadir. Penganjur program ini telah menjemput Kucaimars sebagai penampilan istimewa bagi menghiburkan orang ramai yang hadir. Tidak dinafikan, program ini memberi impak yang positif kepada seluruh warga Inasis YMU dalam mengeratkan lagi hubungan silahturahim antara satu sama lain untuk meningkatkan kualiti programprogram yang akan datang. Walaupun program ini hanya dijalankan tidak sampai sehari tetapi ia telah menyuntik rasa kegembiraan dalam kalangan warga Inasis YMU. B aru-baru ini, Inapan Siswa Yayasan AlBukhary dan Bank Muamalat (Inasis YMU) telah mengadakan program iaitu YMU Gala OLEH: AISYA IMANI SINTOK Persembahan tarian yang berlangsung semasa program YMU Gala Dinner pada 19 Disember 2022 8 | BENTARALOKA


KASUMA 2023 - YAB SEDIA JULANG TROFI diadakan pada tahun hadapan. KASUMA kali ke-34 ini membabitkan penyertaan daripada kesemua Inasis termasuk pelajar perumahan Sisiran Sintok, Sisiran Naib Canselor dan perumahan Taman Universiti. Sebanyak 12 acara bakal dipertandingkan antaranya aerodance, skuash, badminton, bola tampar, petanque, ping pong, renang, tenis, lumba kayak, memanah dan banyak lagi. KASUMA yang sebelum ini adalah penjenamaan semula daripada Sukan Universiti Utara Malaysia (SUKUUM) dianjurkan oleh Pusat Sukan UUM ini bertujuan memupuk semangat kesukanan dalam kalangan pelajar selain memberi pendedahan dalam pengurusan acara sukan berskala besar. Selain itu, karnival sukan ini juga bertujuan memberikan impak kepada matlamat program universiti dalam menyokong Sustainable Development Goal iaitu ‘Good Health and Wellbeing’. Bagi menghadapi karnival sukan berskala besar ini, pengurusan Inasis YAB bersama-sama dengan Inasis Muamalat bersedia awal dengan mengadakan Festival Sukan YMU. “Ini juga usaha Inasis YAB dalam memastikan para atlet sentiasa bersedia untuk bersaing bersama atlet dari inasis lain,” kata Presiden Inasis YAB. Menurut beliau lagi, persediaan awal ini bakal membuahkan hasil kerana kurangnya persediaan pada tahun lalu yang menyebabkan kemenangan tidak berpihak pada mereka. Hasil dapatan daripada Festival ini berjaya mencapai objektif apabila Inasis YAB berjaya mencungkil bakat atlet baharu yang terdiri daripada pelajar semester 2 serta mengasah bakat atlet sebelum ini yang pernah mewakili Inasis YAB di KASUMA edisi lalu. Dalam pada itu, kumpulan sokongan Inasis YAB telah ditubuhkan antaranya pasukan medik yang terdiri dari pelajar Inasis YAB sendiri. Pemilihan atlet juga telah dijalankan seawal bulan Mei dan jadual latihan secara intensif juga telah disediakan oleh Biro Sukan dan Rekreasi Inasis YAB. Majlis perasmian KASUMA juga dijadual akan disempurnakan Naib Canselor UUM. Prof. Dr. Fo’ad Sakdan di Pusat Sukan, UUM. I nasis Yayasan Al-Bukhary (YAB) bersedia menjulang trofi dalam Karnival Sukan Mahasiswa Universiti Utara Malaysia yang bakal OLEH : HAIMAN SYAMIL SINTOK KASUMA 2022: Barisan atlet dan penyokong bergambar di Pusat Sukan Universiti Utara Malaysia 9 | BENTARALOKA


ISTIMEWANYA 10 MALAM TERAKHIR DI BULAN RAMADAN pendedahan dan pemahaman tentang kelebihan dan fadhilat besar Lailatul Qadar kepada para pelajar yang hadir ke Surau Laluan C, Universiti Utara Malaysia. Ceramah disampaikan oleh Pengetua Inasis YAB, Kapten Dr Mohd Adib bin Abd Muin. Beliau juga bertugas sebagai koordinator program dan pensyarah kanan di Jabatan Pentadbiran Muamalat dan Pengurusan Halal, Islamic Business School (IBS). Menurut beliau, terdapat banyak keistimewaan di 10 malam terakhir Ramadan, antaranya ialah malam lailatul qadar. Malam lailatul qadar merupakan malam di mana Allah SWT akan mengampunkan segala dosa hamba-Nya yang lalu selain dikurniakan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Beliau juga menggalakkan para pelajar untuk meningkatkan amal ibadat seperti bersedekah, dan membaca Al-Quran pada 10 malam terakhir. OLEH : AIMAN ZAFRAN SINTOK C eramah Pecutan Terakhir Lailatul Qadar pada 8 April 2023 yang lalu telah memberikan Para pelajar yang menghadiri ceramah Beliau juga berharap agar keistimewaan malam tersebut akan diburu oleh para pelajar Universiti Utara Malaysia dan tidak mensia-siakan peluang ini. Menurut pengarah program, Muhammad Basyir Ashraf bin M.Fakrurazi program ini berjaya memberi pendedahan dan pemahaman tentang kelebihan dan keistimewaan malam Lailatul Qadar kepada para pelajar. Program ini juga bertujuan untuk menggalakkan para pelajar menerapkan amal ibadah yang terbaik di bulan Ramadan dalam kehidupan seharian semasa di kampus,tambah beliau. Semoga program ini dapat menjadi wadah untuk para pelajar bermuhasabah sepanjang bulan Ramadan. 10 | BENTARALOKA


YAB CUNGKIL BAKAT BAHARU dinamakan Star Corner YAB untuk mencungkil bakat seni pelajar Program yang bertemakan “retro” ini berlangsung di Dewan Terbuka Inasis YAB, Universiti Utara Malaysia. Program ini menampilkan barisan pelajar yang berbakat dalam bidang seni. Program ini mendapat tarikan kerana kesemua ahli jawatankuasa mengenakan pakaian retro. Program ini dirasmikan oleh Pengetua YAB sesi lalu, Encik Mohd Ilyas Sofian dan turut diiringi oleh Pengarah Pusat Budaya dan Seni UUM (PBS), Cik Asmawiza Hj Hussin. Encik Mohd Ilyas Sofian menzahirkan rasa bangga dan terujanya kerana kejayaan semua AJK, peserta dan penonton terlibat yang telah berjaya menjayakan program ini dengan begitu baik sekali. Tambahnya lagi, beliau berharap agar program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang supaya dapat mencungkil lagi bakat terpendam mahasiswa mahasiswi sekaligus dapat mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti berfaedah. Pelbagai persembahan seperti tarian, nyanyian, sketsa pendek dan juga dikir barat disampaikan oleh pelajar YMU. Pengarah Program, Cik Amalia Adriana Mohd Pirdaus berkata, Star Corner YAB ini diadakan adalah untuk mengetengahkan bakat terpendam mahasiswa mahasiswi inasis YAB. Program ini juga bertujuan untuk menganjurkan aksi seni dan kebudayaan sekaligus memanfaatkan Dewan Terbuka Inasis YAB. Selain itu, program ini juga diharapkan agar dapat menggalakkan pelajar untuk melakukan persembahan dengan penuh bersemangat dan yakin. Bagi memeriahkan majlis, acara cabutan bertuah turut diadakan sepanjang program berlangsung untuk mengekalkan keterujaan penonton. Majlis diakhiri dengan ucapan khas dari pengarah program dan sesi bergambar. Penonton yang hadir juga turut diberikan peluang untuk mengisi borang kehadiran untuk tujuan merit. B aru-baru ini, Inapan Siswa Yayasan AlBukhary (Inasis YAB) telah menganjurkan sebuah program yang Persembahan Dikir Barat OLEH: NISA RASHID SINTOK 11 | BENTARALOKA


300 PELAJAR SERTAI PROGRAM IFTAR JAMA’IE dengan Inasis YMU pada 11 April 2023 Program tahunan ini dianjurkan oleh Inapan Siswa YAB Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berkolaborasi antara biro kerohanian Inasis YAB dan Bank Muamalat dengan Pusat Islam UUM serta kerjasama oleh sekretariat surau laluan C. Menurut pengarah program Nor Arsiqin Binti Mohd Yusof, program sempena Ramadan 1444H ini adalah untuk memupuk silaturahim dan mengeratkan lagi ikatan antara satu sama lain dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar beragama Islam mahupun pelajar bukan Islam. Program dimulakan dengan tazkirah oleh penceramah jemputan, Ustaz Kamil Bin Yazid mengenai kemuliaan bulan Ramadan yang menekankan tentang amalan-amalan utama sepanjang bulan Ramadhan. “Sesetengah muslimin dan muslimat bersikap acuh tak acuh terhadap kedatangan bulan Ramadan kerana mereka mengganggap mereka hanya perlu bersabar menahan nafsu dahaga dan kelaparan sahaja. Sebaliknya, terdapat banyak amalan dan perkara sunat yang boleh dilakukan bagi mendapat ganjaran puasa sepanjang bulan mulia ini”, jelas ujar beliau. Ustaz Kamil Bin Yazid menyarankan agar memperbanyakkan berdoa dan bersedekah, bertadarus Al-Quran serta solat tarawih sepanjang dalam bulan Ramadan ini. Menurut beliau lagi, kita semua jangan pernah sekali-kali melepaskan kesempatan untuk membuat amalan dalam bulan Ramadan pada setiap masa walaupun sesaat. Hal ini kerana pahala di bulan Ramadan adalah jauh lebih bernilai kerana bulan keberkahan ini menghapuskan dosa-dosa serta mengabulkan doa hamba-Nya. "Maka, kita semua perlu berpusu-pusu untuk merebut setiap ganjaran pahala apabila setiap kali tibanya kedatangan bulan penuh mulia ini dengan melakukan amal-amal ibadah sunat sepanjang Ramadan ini”, ujar beliau lagi. “Bilanya masuk bulan yang mulia ini, perkara pertama yang perlu difikirkan adalah untuk menambah amal ibadah, mengumpul pahala dan ingin mendapat ganjaran yang berganda daripada Allah SWT di bulan Ramadan Al-Mubarak ini”, tambahnya lagi. Program ini diteruskan lagi dengan solat maghrib berjemaah sesudahnya semua hadirin menjamah kurma dan air sebagai pembuka puasa. Program ini diadakan agar dapat menyampaikan ilmu manfaat kepada para pelajar untuk melakukan amal ibadat dan program ini boleh menjadi ruang untuk pelajar muhasabah serta memperbaiki diri untuk menjadi seorang muslimin muslimat yang lebih baik lagi. Program iftar ini turut disertai oleh Dekan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Dr Kamarul Azman Khamis, Pengarah Pusat Islam UUM Ustaz Zar Ei Zakaria dan ahli Jawatankuasa Pembangunan Siswa Inasis Yayasan Al-Bukhary dan Bank Muamalat (JKPS YMU) bagi memeriahkan lagi suasana program ini. OLEH: NURUL NATASHYA SINTOK S eramai 300 orang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menghadiri program iftar di surau laluan C yang berdekatan Poster Program Iftar Jama'ie 12 | BENTARALOKA


Para Peserta CAK-CAK LEBARAN bekerjasama menganjurkanprogram Cak!Cak! Lebaran. Bertujuan untuk mencipta kenangan antara sesama pelajar YMU. Program Cak! Cak! Lebaran anjuran biro kesenian dan kebudayaan berlangsung pada 16 Mei 2023, bertempat di perkarangan tempat letak kereta Inasis Bank Muamalat, Universiti Utara Malaysia. Seramai 200 orang pelajar menghadiri majlis Cak! Cak! Lebaran YMU yang diadakan bermula jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang. Sambutan lebaran YMU turut disertai oleh Pengetua YMU, Kapten Dr. Mohd Adib bin Abd Muin, barisan jawatankuasa pembangunan siswa serta pelajar YMU yang berbilang kaum terdiri daripada cina, melayu dan india. “Saya berharap majlis jamuan raya ini boleh dibuat sekali lagi untuk masa akan datang nanti, ujar Pengetua YMU. Pengarah Program, Nur Farah Farhana binti Abdullah berkata, besar harapan saya agar program ini membolehkan pelajar merasa diri mereka dihargai dan diraikan bagi menyambut kemenangan berpuasa selama sebulan di bulan Ramadan. Terima kasih juga kepada para hadirin yang bersama-sama hadir dan memeriahkan program ini,” katanya lagi. Jamuan raya yang dipenuhi dengan nostalgia pelajar dengan tatacara pemakaian yang bertemakan raya seperti baju melayu dan baju kurung. Pelbagai jenis juadah raya yang disediakan oleh pihak katering cafe bank muamalat seperti sambal kacang, sate, nasi impit, nasi hujan panas yang berasal dari negeri Terengganu serta juadah ayam masak hitam yang menjadi masakan negeri Sarawak. Suasana kembali dimeriahkan dengan nyanyian lagu raya dan turut mempersembahkan barisan pelajar YMU yang membawa dendangan lagu raya yang dikenali ramai seperti lagu selamat berhari raya, satu hari di hari raya dan warna warni aidilfitri. B OLEH : SHAHIRA SAFIYYA SINTOK uat julung kalinya, Jawatankuasa Pembangunan Siswa Inasis Yayasan AlBukhary dan Bank Muamalat CAK-CAK LEBARAN 13 | BENTARALOKA


SINAR KEHIDUPAN BAHARU: HASIL KEPIMPINAN KAUM HAWA yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) INASIS itu sendiri baru- baru ini. Program ini telah berlangsung secara maya melalui Facebook Live INASIS Muamalat dan disertai seramai 315 orang pelajar UUM. Penceramah jemputan merupakan seorang usahawan muda berjaya iaitu dikenali sebagai Encik Khairi bin Zakaria yang merupakan Founder Grafikprint.My. Beliau merupakan graduan lepasan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam jurusan perniagaan dan berjaya bergraduasi pada tahun 2016. Menurut pengarah program, Nurul Ain menyatakan bahawa program ini bertujuan untuk menggalakkan serta menyemai sikap keusahawanan dalam kalangan pelajar disamping sebagai satu alternatif INASIS ini bagi mendapatkan reka bentuk baju rasmi INASIS Muamalat. “Program ini merupakan program susulan daripada program “Design Your Creativity” dimana tujuan program ini adalah untuk mereka bentuk baju rasmi INASIS Muamalat. Pemenang bagi program ini akan menerima hadiah berbentuk wang tunai bernilai RM95 bagi tempat pertama, kedua dan ketiga.” Encik Khairi menjelaskan tentang cara untuk memulakan perniagaan kepada pelajar semasa masih bergelar Mahasiswa agar para pelajar tahu sedikit sebanyak tentang asas perniagaan disamping mempraktikkannya apabila mereka melangkah keluar dari Universiti. Tambahan pula, beliau banyak memberi penekanan kepada para pelajar untuk berani mengambil risiko bagi memulakan sebuah perniagaan pada peringkat awal. Malah, penceramah muda itu juga menceritakan pengalaman beliau menceburi bidang perniagaan ini. Menurut Encik Khairi, syarikatnya masih dalam fasa untuk berkembang ke arah yang lebih baik setelah menghadapi pelbagai cabaran untuk menjalankan perniagaannya. Beliau juga berkongsi cerita dimana pensyarahnya merupakan salah seorang yang mendorongnya untuk memulakan perniagaan apabila melihat beliau minat untuk berniaga semasa di kafe di Universitinya “Perniagaan dapat membantu kita sebagai seorang pelajar untuk mencari wang saku sampingan tanpa mengganggu ahli keluarga kita dengan hanya menggunakan prasarana yang disediakan oleh pihak kerajaan dan Universiti.” – ujar beliau. “Sebagai seorang muslim, kita seharusnya bertawakal kepada Allah SWT dan berdoa agar segala urusan harian kita dipermudahkan. Dalam perniagaan, kita akan merasa impak apabila kita jatuh dalam perniagaan dan nikmat apabila kita di puncak perniagaan. Selain usaha, kita mestilah berserah kepada Allah SWT dan yakin agar diri kita boleh berjaya suatu hari nanti.” – katanya lagi. Encik Khairi telah menjawab kesemua soalan yang ditujukan oleh peserta di ruangan komen Facebook Live dan ini sedikit sebanyak membantu mereka menjawab persoalan mereka tentang perniagaan di usia muda. Pengarah program turut berkata bahawa program ini merupakan salah satu program yang dilakukan oleh pihak INASIS untuk memenuhi Key Performance Indicator (KPI) dan telah berjaya mencapai KPI mereka bagi tahun 2022/2023. Harapan Nurul Ain adalah supaya para pelajar mendapat pendedahan dan pengetahuan yang padat dan jelas untuk memulakan perniagaan pada peringkat awal disamping berjaya mengekalkan perniagaan dalam industri perniagaan pada jangka masa yang panjang melalui program sebegini. I OLEH : ATHIRAH AZIZ SINTOK napan Siswa (INASIS) Muamalat Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan program keusahawanan, "Design Your Business” Poster program Design Your Business 14 | BENTARALOKA


sukan Suksis Zon Utara (SUTRA) Edisi ke-11 yang bakal berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang pada 16 hingga 18 Jun 2023. Kejohanan SUTRA merupakan acara tahunan bagi seluruh Kor SUKSIS universiti awam yang berada di zon utara. Kejohanan SUTRA Edisi ke-11 ini bakal melibatkan sebanyak lima buah universiti awam iaitu USM selaku tuan rumah, Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh. Sehubungan itu, pelatih-pelatih Kor SUKSIS UUM giat membuat latihan intensif pada setiap petang selama sebulan bagi menghadapi acara yang dipertandingkan. Antara sukan yang dipertandingkan bagi edisi kali ini ialah bola sepak, bola tampar, bola jaring, sepak takraw, petanque, futsal, badminton, dan acara balapan. Tujuan utama pelatih Kor SUKSIS melibatkan diri dalam kejohanan SUTRA adalah untuk menguatkan ketahanan mental dan fizikal selain daripada mengeratkan hubungan antara pelatih Kor SUKSIS dari universiti lain. Menurut Presiden Kor SUKSIS UUM, Muhammad Ammar Ilman Bin Anuar, persiapan Kor SUKSIS menghadapi kejohanan SUTRA berada pada fasa yang sangat baik. “Kor SUKSIS UUM akan menghantar seramai 69 orang pelatih untuk bertanding dalam acara yang dipertandingkan pada kejohanan SUTRA akan datang,” kata beliau. "Kejohanan kali ini sedikit mencabar bagi Kor SUKSIS UUM kerana bilangan keanggotaan yang tidak mencukupi berbanding universiti lain yang menghantar anggota seramai 100 orang secara keseluruhan namun ia bukan penghalang untuk kami tetap bersaing,” tambahnya. “Kesemua pelatih Kor SUKSIS UUM memberikan kerjasama dan komited semasa latihan intensif bagi memastikan kejuaran adalah milik Kor SUKSIS UUM,” ujar beliau lagi. “Selaku tuan rumah bagi kejohanan SUTRA akan datang, Kor SUKSIS UUM akan cuba sehabis baik untuk bertanding secara sihat dan memberikan sokongan bagi edisi kali ini agar berjalan lancar,” kata beliau lagi ketika ditemu ramah di pejabat Kor SUKSIS UUM baru-baru ini. Pada Kejohanan SUTRA edisi lalu, Kor SUKSIS UUM turut serta walaupun kurang bernasib baik bagi menjuarai secara keseluruhan kejohonan SUTRA tersebut. K OLEH : ATIKAH ROSLAN SINTOK elab Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) Universiti Utara Malaysia (UUM) sedia gempur Kejohanan Seramai 69 orang pelatih Kor SUKSIS bersama Pegawai Penyelaras dan barisan jurulatih seusai latihan petang di padang Kor SUKSIS 15 | BENTARALOKA KOR SUKSIS UUM SEDIA GEMPUR KEJOHANAN SUTRA EDISI KE-11


UUM pada hari Sabtu bersamaan dengan 4 Februari 2023. Majlis yang telah dihadiri oleh sekurang- kurangnya 200 pelajar telah berlangsung dari jam 6:30 petang hingga 9:30 malam. Yang Berusaha Profesor Dr. Ahmad Martadha Mohamed Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) turut dijemput bagi merasmikan majlis tersebut. Biro Kerohanian dan Hal Ehwal Siswi INASIS Yayasan Al-Bukhary telah bekerjasama dengan JKPS setiap INASIS, Majlis Pengetua INASIS dan Pusat Islam bagi mengadakan Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat Perdana UUM bersempena Peperiksaan Akhir Semester A221. Bagi memudahkan pergerakan para pelajar untuk ke Stadium Pusat Sukan, mereka telah berkumpul di stesen bas setiap INASIS sebelum dibawa ke lokasi majlis. Majlis dimulakan dengan Bacaan Doa’ & Yasin yang telah diketuai oleh saudara Aidid Bin Nor Akbar yang merupakan presiden INASIS Grant merangkap Biro Kerohanian dan Sahsiah INASIS Grant. Manakala solat Hajat, Maghrib & Isya’ telah diimamkan oleh Al- Fadhlil Ustaz Firdaus Bin Ahmat, Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam UUM. Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian daripada Profesor Dr. Ahmad Martadha. Dalam ucapannya, beliau turut mendoakan agar semua pelajar dapat menjawab peperiksaan dengan sebaik mungkin Menurut salah seorang pelajar yang hadir pada hari tersebut, iaitu Aisya Imani yang merupakan pelajar Semester 4 program Ijazah Sarjana Muda Komunikasi telah berkongsi kegembiraanya mengenai program ini kerana bagi beliau, majlis ini telah memberi ketenangan hati kepadanya untuk menduduki peperiksaan akhir tahun dengan baik dan turut berharap agar program seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang. “Saya berasa bersyukur dengan kemudahan bas yang telah disediakan kerana ia memudahkan pergerakan pergi dan pulang ke INASIS.” Ucap salah seorang pelajar yang menginap di INASIS Bank Rakyat. Selain itu, surat jemputan dihantar kepada setiap pengetua inasis melalui pejabat di inasis atau pejabat tempat Pusat Tanggungjawab masing-masing. Jemputan kepada semua pengetua juga dihantar secara langsung melalui aplikasi WhatsApp Majlis Pengetua oleh Tuan Haji Fairus Abd Majid yang merupakan mantan pengerusi majlis pengetua merangkap pengarah muzium pengurusan. Menurut pengarah program majlis ini, Basyir yang merupakan JKPS INASIS Yayasan Al-Bukhary, telah menyatakan bahawa yang turut hadir untuk majlis tersebut adalah Pengetua INASIS Yayasan Al-Bukhary & Bank Muamalat, En Ilyas Bin Sofian dan pengetua INASIS Petronas & Sime Darby, Tuan Haji Fairus Abd Majid. Menurutnya lagi, Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat Perdana UUM telah disempurnakan dengan jayanya. M OLEH : NUR SYAMIMI SINTOK Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat Perdana UUM telah diadakan buat julung kalinya di Stadium Pusat Sukan Suasana ketika berlangsungnya Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat Perdana UUM 16 | BENTARALOKA BACAAN YASIN & SOLAT HAJAT PERDANA UUM


Program ini telah diadakan pada 9 sehingga 21 April yang lalu kesinambungan dari menyambut ketibaan bulan Ramadan yang barakah. Penganjuran kempen itu telah disempurnakan oleh Pengetua Inasis Yayasan AlBukhary (YAB), Yang Berusaha Dr Mohd Adib Abdul Muin. Kempen poster Ramadan Al- Kareem 1444H yang berlangsung pada bulan Ramadan yang lalu, membabitkan mahasiswa serta mahasiswi Inapan Siswa Yayasan AlBukhary, Universiti Utara Malaysia (UUM). Kesemua poster Ramadan itu dihasilkan sepenuhnya oleh Biro Kerohanian YAB dengan kerjasama skuad BKS iaitu Biro Kerohanian dan Hal Ehwal Siswi. Sepanjang kempen itu berlangsung, sebanyak 30 keping poster yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran dan Hadis telah dimuat naik serta dikongsi melalui aplikasi Whatsapp, Telegram, Facebook dan Instagram untuk tatapan pelajar-pelajar inasis tersebut. Daripada 30 keping poster yang dihasilkan, 1 hari terdiri daripada 1 poster berunsur mesej-mesej Islamik akan dimuat naik melalui platform media sosial tersebut. POSTER RAMADAN AL-KAREEM 1444H YAB OLEH: HANIS NABILA SINTOK Tambahnya lagi, program ini merupakan titik tolak dalam usaha meningkatkan kefahaman dan pengetahuan pelajar inapan siswa Yayasan Al-Bukhary. Sementara itu, penganjuran kempen ini juga memberi fokus dalam menggalakkan pelajar inapan siswa Yayasan Al-Bukhary menghayati makna mesej dan nilai islamik yang dikongsi melalui poster. Dalam pada itu, ia juga dapat memupuk nilai-nilai akhlak dalam kalangan pelajar inasis Yayasan Al-Bukhary. Penganjuran kempen poster ini dapat dijadikan sebagai alternatif dalam meningkatkan imej inasis Yayasan Al-Bukhary (YAB) dalam melahirkan mahasiswa mahasiswi yang berakhlak mulia. Berbentuk sebagai kempen, poster Ramadan ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan suasana positif kepada penghuni Inasis Yayasan Al- Bukhary serta dapat meningkatkan keyakinan diri dan semangat pelajar Inasis Yayasan Al-Bukhary dalam memperbanyakkan amal ibadah. Pengarah program merangkap Jawatankuasa Pembangunan Siswa Kerohanian YAB, Saudara Basyir Ashraf berkata, kempen ini terdiri daripada perkongsian poster kerohanian dengan ayat-ayat suci Al- Quran dan kata-kata hikmat merupakan program kerohanian yang melibatkan pelajar-pelajar islam dari Inasis Yayasan Al-Bukhary bagi tujuan menggalakkan pelajar-pelajar YAB supaya beribadah dan taat kepada Allah SWT sepanjang Ramadhan. Sedutan Poster Program Kempen Ramadhan Al-Kareem 1444H YAB Jawatankuasa Pembangunan Siswa Kerohanian serta pelajar telah menggerakkan satu program Ramadhan yang bertemakan kerohanian, Kempen Poster Ramadhan Al-Kareem 1444H yang berlangsung pada awal sehingga akhir bulan Ramadhan yang lalu. ersempena bulan Ramadhan, Inapan Siswa BYayasan AlBukhary (YAB) 17 | BENTARALOKA


PASUKAN TENPIN BOLING YAB JUARA OLEH : ZHI KANG SINTOK Pasukan Tenpin Boling Inasis Yayasan Al-Bukhary (YAB) kategori lelaki berjaya menjuarai Piala Kejohanan Piala Naib Canselor 2023 yang diadakan pada 20 Jun 2023. Pertandingan ini disertai sebanyak 14 pasukan mewakili pelbagai inasis termasuk pelajar perumahan Taman Universiti. Pasukan Inasis YAB berjaya mengutip 1,801 mata menewaskan pasukan Inasis MISC (1434) dan Inasis TNB (1423) yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga. Setiap pemenang membawa pulang pingat, hamper serta cenderahati. Dengan teknik yang luar biasa dan ketangguhannya dalam menghadapi tekanan, Muhammad Luqman Daniel menyumbangkan skor tertinggi bagi pasukannya dan memberikan sumbangan besar dalam mengejar gelaran juara. “Kami sangat bangga dengan pencapaian ini. Pasukan kami telah berlatih secara intensif untuk mencapai potensi yang terbaik. Kejuaraan ini adalah hasil dari kerjasama pasukan kami,” kata Muhammad Luqman Daniel. Menurut beliau lagi, persediaan dan latihan akan diteruskan untuk membuahkan hasil dalam pertandingan seterusnya. Mereka menunjukkan kerjasama dan strategi yang kuat, memberikan penampilan yang gemilang di pertandingan ini. Prestasi Pasukan Tenpin Boling Inasis YAB ini tidak hanya menjadi kebanggaan bagi pasukan mereka, tetapi juga bagi seluruh penduduk Inasis YAB.Kesemua atlet juga mampu mengejar gelaran juara dalam setiap sukan yang dipertandingkan dalam Piala Kejohanan Piala Naib Canselor 2023 ini. Inasis YAB menyertai sebanyak 3 acara dalam Piala Kejohanan Piala Naib Canselor 2023 ini, iaitu sukan bola sepak, bola jaring dan tenpin boling. Pengetua Inasis Yayasan al-bukhary dan Bank Muamalat (YMU) sangat gembira dan titipkan ucapan tahniah kepada atlet-atlet Inasis YAB dan berharap agar kesemua atlet meneruskan perjuangan mereka untuk mengharumkan nama Inasis YAB. Pasukan Tenpin Boling Inasis Yayasan Al-Bukhary (YAB) kategori lelaki berjaya menjuarai Piala Kejohanan Piala Naib Canselor 2023 uhammad Luqman Daniel, salah satu ahli Pasukan MInasis YAB, telah dinobatkan sebagai pemain terbaik bagi kategori lelaki. 18 | BENTARALOKA


MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI OLEH : PUI SHAN SINTOK Pembangunan Siswa (JKPS) YMU, diketuai oleh Nurul Huda Binti Khalib sebagai pengarah program berserta ahli sekretariat surau laluan C dan induk masjid. Program ini telah diadakan di kawasan lapangan berhadapan dengan Surau Laluan C di kawasan Inasis Yayasan Al-Bukhari. Objektif Program Majlis Ramah Mesra Aidilfitri adalah mengeratkan ukhuwah dan silaturrahim antara pelajar inasis Yayasan Al-Bukhari dan Muamalat dengan Sekretariat Surau Laluan C di UUM. Tambahan pula, program ini dapat mewujudkan persefahaman dan saling bantu- membantu dalam kalangan sekretariat dan menyemarakkan semangat kerjasama serta menanam nilai-nilai murni kepada mereka. Di samping itu, tujuan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri adalah memupuk keyakinan dan sikap tidak berptus asa dalam diri sekretariat melalui program-program yang dijalankan. Ia juga dapat memupuk sikap positif di kalangan sekretariat. Program ini dijalankan secara terbuka kepada pelajar-pelajar UUM yang beragama islam dan bukan islam melalui Google Form. Ini dapat memupuk dan memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan pelajar-pelajar yang berbeza kaum. Sehubungan dengan itu, program ini disertai oleh 150 orang peserta- peserta muslim dari semua inasis seperti Tm, Mas, SME Bank, Bank Rakyat, dan lain-lain. Program ini dapat menyediakan makanan dan minuman yang menarik dan lazat kepada tetamu dan peserta-peserta pada hari itu. Selain itu, antara tetamu yang hadir ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri ialah Prof. Dr. Mohamad Khadafi Bin Hj. Rofie (Pengarah Pusat Islam), Dr. Mohd Adib Bin Abd Muin (Pengetua Inasis YAB dan Muamalat), Ustaz Mohd Firdaus Ahmat (Penolong Pegawai Tadbir), Wan Norzuhaidi Bin Wan Abdullah, dan Mohd Azhar Bin Ahmad (Pembantu Tadbir). "Tahniah kepada secretariat Laluan C untuk menjayakan program Majlis Hari Raya Aidilfitri pada malam ini. Peserta-peserta boleh menyambut bersama dengan sahabat yang tidak dapat pulang ke kampung dan berharap agar dapat menjalinkan hubungan mesra dan baik antara pelajar-pelajar dan pihak pengurusan.” dikatakan oleh Muhammad Zikri Bin Ahmad Sohor(Presiden Surau Laluan C) kepada semua. Majlis Ramah Mesra Aidilfitri dapat djalankan dengan lancar dan berjaya pada hari itu kerana hasil kerjasama dan bantuan yang jitu daripada pengarah program dan ahli sekretariat. “Saya sangat gembira pada program Majlis Hari Raya Aidilfitri yang dijalankan pada hari itu kerana dapat meraikan hari raya bersama dengan rakan-rakan dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Melalui program ini, saya dapat mempelajari erti bekerjasama dalam menjayakan program ini dan berharap agar program ini dapat diadakan pada setiap tahun.” menurut setiausaha surau laluan C, Nur Fatin Fatin Emeilia Bt. Sapuan (Setiausaha Surau Laluan C).Oleh itu, melalui program ini, hubungan siratulrahim antara ahli sekretariat serta pelajar inasis ymu dapat dieratkan sekaligus menaikkan nama YMU. Ahli-ahli Sekretariat Surau Laluan C menyambut peserta-peserta pada hari itu. ajlis Ramah Mesra Aidilfitri telah dianjurkan olehJawatan Kuasa MKepimpinan dan 19 | BENTARALOKA


PU RAHMAT, NAJWA LATIF MERIAHKAN FESTIVAL BELIA UUM OLEH : ALIA UMAIRA SINTOK (JKPS) INASIS Yayasan AlBukhary dan INASIS Bank Muamalat (JKPS YMU) pada 8 hingga 10 Disember 2022 menampilkan 14 jenis aktiviti dan program yang menarik beserta gerai-gerai jualan. Sebanyak 50 gerai jualan yang berada di festival tersebut, terdiri daripada pelbagai jenis makanan dan minuman viral seperti aiskrim gulung, koktail buah dan popia pisang yang dijual oleh peniaga- peniaga luar dan ahli JKPS sendiri. Terdapat juga aktiviti indoor yang dikenali sebagai Golden Time, di mana para pelajar berpeluang bermain congkak, batu seremban dan ceper. Kehadiran PU Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan turut memeriahkan festival melalui salah satu pengisian berunsur kerohanian iaitu penyampaian ceramah perdana bertajuk Cinta Akhir Zaman. Pelbagai jenis persembahan yang dibawakan oleh pelajar UUM yang berbakat dalam bidang nyanyian dan tarian sama ada secara solo mahupun berkumpulan sewaktu acara Under the Star ConcertPasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) UUM juga tidak ketinggalan dalam membuat persembahan pada malam penutup festival tersebut di mana mereka telah menampilkan pertunjukkan khas kawad kaki untuk tontonan semua pengunjung. Festival tersebut turut dimeriahkan dengan lakonan epik daripada Kor Sukarelawan Polis SIswa/Siswi (SUKSIS) yang melakonkan babak kecekapan pihak polis dalam menangkap penjenayah serta ketangkasan mereka menggunakan senjata. Pengetua INASIS YMU, Encik Mohd Ilyas Soffian meluahkan perasaan terujanya dengan mengatakan bahawa festival yang dijalankan pada kali ini sangat proaktif dengan pengisian program dan aktiviti yang memberi peluang kepada pelajar menguasai pelbagai jenis soft skills. Festival ini juga dihadiri oleh penyanyi terkenal, Najwa Latif yang tampil sebagai artis jemputan pada hari terakhir festival yang membawakan lima buah lagu sewaktu majlis penutup. Husna Iwani berkata festival ini merupakan satu inisiatif bagi mengembangkan bakat terpendam pelajar khususnya dalam bidang keusahawanan dan pengendalian program. “Pengisian program dan aktiviti bermanfaat yang dijalankan sepanjang festival mampu melahirkan mahasiswa yang bersifat holistik dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum”, katanya. Menurut Pengarah Program, Husna Iwani, festival ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan pelajar terhadap bidang keusahawanan dan mengalakkan pelajar untuk lebih aktif dan kompetitif dalam menceburi pertandingan atau aktiviti yang dijalankan semasa festival berlangsung. Kehadiran PU Rahmat dan Najwa Latif memeriahkan festival MU YOUTH FESTIVAL 2.0: The Northern Lights anjuran YJawatankuasa Pembangunan Siswa 20 | BENTARALOKA


ATHLETE NIGHT TALK: GALAK PELAJAR CERGAS FIZIKAL Program ini berlangsung di dewan Mawar, dengan menjemput Cik Shazwana Ajak atlet Silat Olahraga Malaysia sebagai pencermah jemputan. Seramai 50 orang telah terlibat dalam Program Athlete Night Talk ini termasuk Encik Ilyas Soffian , Pengetua bagi INASIS Yayasan AlBukhary & Bank Muamalat, En Farhan Ismail, Penolong Pengetua INASIS Bank Muamalat, En Muhammad Hafidz baharudin ,Penolong Pengetua INASIS Bank Muamalat, felofelo INASIS Bank Muamalat serta dengan para mahasiswa UUM. Menurut pengarah Program Athlete Night Talk, Nur Fatin Syazwani Binti Md Julaini, program ini bertujuan untuk menggalakan pelajar menceburi bidang sukan dan mendapat pendedahan mengenai pengurusan masa sebagai seorang atlet dan pelajar. Hal ini bertujuan untuk menggalakkan para pelajar untuk bersukan bagi meningkatkan kesihatan dan kecergasan fizikal mereka.Oleh itu, pelajar perlu memahami dan menyedari kepentingan bersukan. Selain itu, dalam program ini terdapat sesi perkongsian bersama dengan Cik Shazwana Ajak atlet Silat Olahraga Malaysia. Beliau juga telah menjelaskan bahawa pelajr mestilah bijak dalam mengurus masa dan meluangkan masa dengan lebih berfaedah.“Kunci kejayaan sebagai atlet dan juga sebagai pelajar ialah disiplin dalam menguruskan masa.” Ujah beliau lagi. Selain sesi perkongsian, terdapat juga sesi cabutan bertuah dan sesi soal jawab bersama Cik Shazwana Ajak. Kehadiran beliau dalam program ini dapat menyuntik semangat mahasiswa UUM untuk mula menceburi bidang sukan. Kedatangan atlet silat Olahraga Malaysia yang terkenal seperti, Cik Shazwana Ajak ke program ini dapat meningkatkan reputasi INASIS Bank Muamalat dan juga UUM. OLEH : SARVESNEE KRISHNAN SINTOK Cik Shazwana Ajak telah menjuarai beberapa pingat buat negara antaranya, Gold dalam Sea games 2017, Silver World Champ 2022, Silver Sea games 2022, Silver Asian Championship 2019 dan sebagainya. Beliau telah mengkongsikan pengalaman dan strategi beliau kepada pelajar. Poster Hebahan Program Athlete Night Talk iro sukan dan rekreasi INASIS Bank Muamalat UUM, telah Bmenganjurkan Program Ahlete Night Talk pada 28 November2022 yang lalu. 21 | BENTARALOKA


SENGATAN SERANGGA BERBAHAYA ANCAM KESELAMATAN PELAJAR Program yang dihadiri oleh 400 peserta ini disiarkan secara langsung di atas talian menggunakan platform Facebook INASIS Bank Muamalat UUM. Penceramah program iaitu Leftenan (PA), Muhammad Hilmi Bin Yaakob, merupakan seorang Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Kedah yang berpengalaman dan berkemahiran dalam bidang keselamatan terutamanya berkaitan gigitan dan sengatan serangga. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan dan ilmu pengetahuan khas kepada pelajar UUM berkenaan kepentingan menjaga keselamatan daripada haiwan berbisa. Banyak kes berkenaan gigitan dan sengatan serangga sering berlaku terhadap pelajar tidak kira di mana jua berada. Hal ini dikatakan demikian kerana, kita tidak dapat menjangkakan di mana dan bila serangga tersebut akan menghampiri kita. Beberapa ilmu dikongsikan, antaranya ialah berkenaan cara bagaimana ingin melaksanakan pertolongan cemas, teori bagi menjauhkan diri daripada serangga bahaya serta petua keselamatan tentang gigitan dan sengatan serangga. “Antara pertolongan cemas yang boleh dilakukan sekiranya dipatuk ular ialah dengan menyedut kawasan yang dipatuk lalu ludah dan basuh bisa ular tersebut bagi tujuan untuk menghentikan penyerapan toksin masuk ke dalam tubuh badan”, kata Tuan Hilmi. “Manakala teori bagi menjauhkan diri daripada serangga bahaya pula ialah dengan mengelakkan diri daripada berkunjung ke kawasan hutan atau semak serta elakkan memakai wangian yang kuat. Disarankan juga untuk menggunakan krim anti serangga”. “Sekiranya disengat, amalkan petua seperti menggunakan ubat gigi, cuka epal, lidah buaya dan madu untuk mengurangkan sengatan tersebut. Letakkan atau sapu ubat tersebut pada tempat sengatan dan lihat perubahannya” ujar beliau lagi. Di akhir program, sesi soal dibuka kepada para pelajar UUM terhadap penceramah berkenaan informasi yang tidak difahami. Program selama satu setengah jam ini mendapat sambutan yang hangat sekali gus meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar untuk sentiasa berwaspada ketika mengunjungi sesuatu tempat atau melakukan sebarang aktiviti demi menjamin keselamatan diri. OLEH : FATIN HUSNA SINTOK napan Siswa (INASIS) Bank Muamalat Universiti Utara Malaysia (UUM) telah I menganjurkan satu program perkongsian ilmu bertajuk “Safety Tips About Bites & Stings” baru-baru ini. 22 | BENTARALOKA Poster Program “Safety Tips About Insect Bites & Stings”


KEPIMPINAN UUM OLEH: JAYA SRI SINTOK Muamalat (JKPS YMU) yang telah bekerjasama bersama beberapa kelab lain bagi menjayakan program kepimpinan, iaitu rangkaian pelan atau kursus ini dirancang untuk membantu pelajar memperoleh pengetahuan dan kemahiran kepimpinan yang diperlukan untuk memimpin dan menguruskan aktivitiaktiviti di sekolah dan dalam masyarakat. Program kepimpinan adalah suatu rangkaian pelan atau kursus yang dirancang untuk mengembangkan kemahiran kepimpinan seseorang. Seterusnya, kesedaran diri juga dapat dibangunkan kepada mahasiswa dah mahasiswi melalui program tersebut. Program ini dapat mendorong pelajar untuk mengenali kelebihan dan kelemahan mereka dalam isu kepimpinan untuk dipraktikkan pada masa akan. Komunikasi kepimpinan adalah proses yang penting dalam mempengaruhi, memotivasikan, dan mengarahkan orang lain. Sebagai seorang pemimpin, kemampuan untuk berkomunikasi dengan efektif sangatlah penting. Komunikasi efektif dalam kalangan muda adalah sangat penting. Selain itu kepimpinan juga dapat membantu dalam pengurusan konflik dalam mana-mana situasi. Kemahiran dalam menguruskan konflik adalah penting bagi pemimpin. Teknik pengurusan konflik sangat membantu dalam mengelakkan masalah yang mungkin akan berlaku pada masa akan datang. Langkah- langkah pengurusan konflik iaitu mengenal pasti konflik, mengadakan interaksi terbuka, mengumpul data mengenai konflik tersebut, fokus pada masalah penting atau serius, mencari beberapa jalan penyelesaian, memilih jalan penyelesaian yang bagus dan terakhirnya mencuba untuk menyelesaikan konflik tersebut. Bekerjasama dalam pelbagai bidang ini dapat melibatkan lebih banyak pemimpin atau kemahiran kepimpinan tersendiri dari negara-negara Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) untuk bekerjasama dalam berbagai bidang ini. Antara aspek yang penting dalam kepimpinan ASEAN muda adalah diplomasi budaya. Hal ini kerana, untuk memperkuat hubungan antara negara-negara ASEAN melalui pengenalan dan pemahaman terhadap budaya masing-masing. Tujuan memperkuatkan diplomasi budaya antara kalangan muda ASEAN, dapat menciptakan ikatan yang lebih erat di antara negara-negara anggota. Program ini juga dapat mengembangkan pemahaman masing-masing dengan lebih baik dan memperkuatkan solidariti dan integrasi budaya di seluruh Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Dengan itu, sudah tentu program yang diadakan oleh pihak berkenaan dapat menggalakkan semua mahasiswa dan mahasiswi meningkatkan kepimpinan yang efektif dan menjaga kelompok atau sesebuah organisasi dengan terjamin dan efektif dengan menggunakan nilainilai, dan budaya yang telah dipegang secara mendalam. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan individu dalam memimpin dan menguruskan sesuatu kumpulan atau organisasi. Tujuan utamanya adalah untuk membantu para peserta agar dapat mengembangkan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi pemimpin yang efektif pada masa hadapan. Panel jemputan, Prof. Sahid Teguh Widodo, S.S., M. Hum., Ph.D guru besar Fakulti Ilmu Budaya Universiti Sebelas Maret Surakarta telah memberi perkongsian semasa program berlangsung pada 9 Mei melalui platform Webex, Facebook Live, INASIS Yayasan AlBukhary (YAB), dan INASIS Bank Muamalat. Kepimpinan Sebuah program kepimpinan biasanya melibatkan pelbagai elemen yang dirancang untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran, dan sikap kepimpinan. Antara pembangunan kemahiran yang dapat dicapai oleh peserta yang menyertai program ini ialah aspek komunikasi pembangunan kemahiran melalui program ini peserta yang telah menyertai akan mengenali aspekaspek seperti komunikasi verbal dan bukan verbal, kemahiran mendengar dengan berkesan, pembentangan, dan negosiasi. Ahli kumpulan penganjur program Kepimpinan Muda Asean : Diplomasi Budaya rogram Kepimpinan yang diadakan bersama barisan Jawatankuasa Pembangunan Siswa PINASIS Yayasan Albukhary dan INASIS Bank 23 | BENTARALOKA


PJJ UUM DI LIMA’ 23 acara menjangkakan seramai 45,000 pengunjung perdagangan sepanjang tiga hari pameran tersebut. Pengajian Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Universiti Utara Malaysia (UUM) juga menyertai pameran tersebut dan membuka booth yang diisyaratkan oleh Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE). Ini menrupakan kali kedua UUM menyertai pameran LIMA’23 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC). Booth pameran tersebut dibuka dari 23 Mei sehingga pengakhiran pameran, iaitu 27 Mei 2023. Tujuan penyertaan tersebut adalah untuk menarik minat pelajar lepasan pra-universiti untuk mendapatkan maklumat mengenai pengajian lanjut di UUM, terutamanya sarjana muda. Program ini direka bentuk untuk menyediakan pilihan pendidikan yang fleksibel bagi individu yang tidak dapat menghadiri kelas di kampus kerana pelbagai kekangan, seperti komitmen kerja atau batasan geografi. Universiti menyediakan bahan kajian, syarahan dan penilaian melalui platform dalam talian, membolehkan pelajar mengakses bahan kursus dan interaksi antara pensyarah dan pelajar dari jarak jauh. Terdapat ramai pengunjung tidak kira usia atau latar belakang yang melawat pameran PJJ UUM demi menyaksikan penerangan tentang pembelajaran sarjana muda yang diminati. Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’Seri Anwar Ibrahim juga mengunjungi ke booth tersebut dan berinteraksi bersama pensyarah dan mahasiswa UUM. OLEH : AINA NADHIRAH LANGKAWI Booth PJJ UUM menawarkan pelbagai program dan aktiviti berkenaan bidang- bidang seperti:- Sarjana Muda Komunikasi, Pengurusan Awam, Kewangan dan Perbankan Islam, Pentadbiran Perniagaan, dan Pengurusan Industri Kreatif. Program PJJ UUM membolehkan pelajar melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda melalui platform dalam talian dan kaedah pembelajaran jarak jauh yang lain. Ikram Syamin Ahmad Murad Prof Dr Mohd Foad Sakdan, iaitu Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) mengatakan bahawa “Kami warga UUM gembira dengan kesudian YAB Dato’ Seri PM untuk bergambar dan berbual dengan kami walaupun kesibukan beliau untuk melawat pameran yang dianjurkan ini.” Penyertaan UUM dalam pameran LIMA’23 ini dapat menarik tumpuan dan perhatian ramai pengunjung yang mencari peluang untuk menyambung pengajian mereka ke peringkat ijazah sarjana muda. Dr Jauriyah Shamsuddin angkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA) edisi ke-16 Lbermula minggu ini, dengan penganjur 24 | BENTARALOKA


KARNIVAL KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN (3K) MENYATUKAN KOMUNITI DAN MENINGKATKAN SEMANGAT KAMPUS Penyertaan disertai lebih daripada 30 orang pelajar secara fizikal dan sebanyak 50 bagi pengguna Instagram dan Facebook yang turut mengikuti pautan program bagi memeriahkan lagi suasana dalam program tersebut. Suasana menjadi lebih meriah apabila peserta makin meningkat kerana bunyi musik yang dimainkan di dalam dewan menarik perhatian pelajar yang kebetulan lalu di kawasan tersebut. Kemeriahan makin bertambah apabila musik yang digunakan adalah musik yang mengikut trend zaman kini dan berjaya untuk menarik minat generasi muda pada zaman ini. Program IFAD 2023 diadakan sempena Karnival Kebudayaan, Keusahawanan dan Kesenian (3K) yang menjadi program utama Pusat Budaya dan Seni (PBS). “IFAD memberi peluang kepada pelajar UUM untuk menyertai dan menghayati tarian tradisional versi saerodance,” kata Fadhirul Adib. Program ini mendapat sambutan daripada universiti lain dengan penyertaan Assam Don Bosco University yang menghantar tiga orang wakil diketuai oleh Dr. Alpana Choudbury sebagai Head of Department Mass Communication dan juga sebagai rakan strategik. Menurut Pengarah Program, Fadhirul Adib, tujuan IFAD ini dijalankan adalah untukmemupuk nilai kebudayaan yang kian berkurang dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi. “IFAD juga membuka minda semua untuk menjadi lebih kreatif dan berfikiran inovatif dalam mentransformasikan tarian tradisional kepada aerodance tanpa menolak unsur-unsur tradisi kebudayaan,” ujar beliau lagi. GAMBAR AHLI-AHLI JAWATAN KUASA (INDUK) KARNIVAL 3K nternational Folk Aerodance (IFAD) 2023 berjaya menonjolkan tradisi gerak tari tradisi dan moden hasil Ikerja sama kesemua ahli jawatankuasa yang berganding bahu demi menjayakan program ini. 25 | BENTARALOKA Program ini berjaya membuka minda semua pihak setelah IFAD dijalankan di kedua-dua platform atas talian iaitu di aplikasi Instagram dan juga Facebook Kelab Bidasari. Program berbentuk hybrid yang dimaksudkan ini telah membuka peluang kepada pelajar uum secara fizikal, malah di peringkat antarabangsa setelah program ini disiarkan di kedua-dua platform yang telah dinyatakan sekaligus kesemua pengguna platform tersebut boleh menyertai program IFAD secara virtual di mana-mana OLEH : MUHAMAD FAIZ SINTOK


INASIS YMU DALAM OLEH:TAMIL CHELVAAN UCF SESI 2022/2023 SINTOK Seluruh kategori pertandingan ini diwakili oleh Inasis gabungan, kecuali Pertandingan Busana yang secara khusus dihadiri oleh Inasis YAB dan Muamalat (berasingan).Pelajar-pelajar YMU telah menyertai dalam semua acara tersebut dan berjaya meraih tempat pertama dalam pertandingan Khat. Selain itu, dalam pertandingan Teater Pendek, YMU berhasil mendapatkan tempat kedua, dan dalam pertandingan Puisi, YMU berhasil meraih tempat pertama. Untuk pertandinganpertandingan lainnya, peserta dari Inasis YMU menerima penghargaan sebagai bentuk pengakuan atas usaha dan penyertaan mereka. Inasis YMU berhasil meraih tempat kedua di antara semua Inasis lainnya untuk sesi 21/22. Pencapaian ini merupakan suatu kebanggaan kerana Inasis YMU telah berjaya memperbaiki kedudukan berbanding UCF sesi sebelumnya, iaitu sesi 20/21. Dengan keberhasilan ini, JKPS YMU berharap dapat terus mendorong minat dalam seni dan budaya di kalangan para pelajar. Selain memberikan kesempatan untuk mengungkapkan bakat dan keterampilan, program seperti UCF juga dapat memperkuat persaudaraan di antara Inasis dan meningkatkan semangat kesatuan. Pembangunan Siswa (JKPS) inasis Yayasan Al-Bukhay dan Muamalat (YMU) dengan gembira mengambil bahagian dalam program Universiti Utara Malaysia Cultural Festival (UCF). Program (UCF) sesi 2022/2023 yang berlangsung dari 26 hingga 30 Oktober 2022. UCF sesi 2021/2022 diadakan di Pusat Budaya dan Seni, Universiti Utara Malaysia (UUM). Program UCF ini terdiri dari dua kategori utama, yaitu kategori individu dan kategori kumpulan. Sebagai persiapan untuk pertandingan UCF, para pelajar YMU dengan tekun dan dedikasi telah menjalani latihan secara berkala setiap malam di dewan-dewan dan bilik karaoke Inasis YAB dan Muamalat. Untuk setiap kategori, JKPS YMU telah menunjuk pengurus yang bertanggung jawab dalam melatih peserta dari Inasis YAB dan Muamalat.Ain, pengarah program UCF bagi Inasis YAB dan Muamalat, telah menunjukkan pengurusan kelengkapan peserta seperti pakaian, makanan, minuman, serta jadual untuk peserta dan pengurus UCF. Beberapa kategori pertandingan yang diadakan iaitu kategori individu dan kategori kumpulan.Antara pertandingan yang disertai oleh pelajar-pelajar YMU adalah Nyanyian Irama Malaysia, Deklamasi Puisi solo/pasangan, Nasyid, Tarian Tradisi Keluarga Malaysia, Teater Pendek, Busana Klasik, dan Khat. JKPS YMU juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta dan pengurus yang telah bekerja keras dan memberikan yang terbaik dalam mengikuti UCF sesi 2021/2022. Semoga keberhasilan ini dapat menjadi inspirasi dan motivasi untuk meraih prestasi yang lebih gemilang di masa depan. Menurut pengarah program, Ain, terdapat beberapa nilai yang terkandung saat menjalankan program UCF ini. Pertama, nilai kerjasama dan timbal balik antara para pelajar dan pengurus JKPS YMU. Dalam mengurus kebajikan, pakaian, makanan, minuman, serta jadual peserta dan pengurus UCF, Ain memerlukan kerjasama dari semua pihak yang terlibat untuk mencapai satu tujuan yang sama. Dengan sebuah sesi temu duga dengan para peserta dan pihak pengurus, mereka mengatakan bahawa, selama menjalani latihan untuk program UCF, peserta-peserta dari YMU merasakan perpaduan antara kegembiraan, semangat, dan tantangan. Mereka merasa gembira karena memiliki kesempatan untuk mengembangkan bakat dan keterampilan seni dan budaya mereka. Mereka juga merasa termotivasi dan penuh semangat dalam menjalani latihan secara berkala, karena mereka memiliki tujuan yang jelas untuk tampil sebaik mungkin di acara UCF. Namun, di sisi lain, peserta juga menghadapi tantangan dalam menghadapi waktu latihan yang terbatas, menjaga keseimbangan dengan tugas akademik, dan menghadapi tekanan untuk berprestasi di pertandingan. Meskipun demikian, semangat dan antusiasme mereka tetap tinggi, dan mereka bersamasama mengatasi tantangan tersebut dengan dukungan satu sama lain dan dedikasi yang kuat. Menunjukkan kumpulan pelajar yang mewakili inasis YMU dalam UCF sesi 2022/2023 ada tanggal 30 Oktober 2022, Exco Kesenian dan Kebudayaan PJawatan Kuasa Kepimpinan dan 26 | BENTARALOKA


SEWINDU INASIS - 8 TAHUN INAPAN SISWA, DAHULU DPP ASEANIA KINI INASIS YMU OLEH : HAIMAN SYAMIL SINTOK Pada tahun 2008, pihak pengurusan Universiti telah melakukan penstrukturan semula Kolej Akademik dan telah menukar nama Kolej Kediaman kepada Dewan Penginapan Pelajar (DPP) dengan mengekalkan nama korporat tersebut. Sewaktu itu, semua DPP diletakkan di bawah Kolej Akademik mengikut laluan, Laluan A dan B dibawah Kolej Perniagaan (COB), Laluan C dibawah Kolej Sastera dan Sains (CAS) serta Laluan D dibawah Kolej Undang Undang dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS). Pada pertengahan tahun 2010, semua DPP diletakkan dibawah Pusat Penginapan Pelajar (SAC) untuk diletakkan di bawah sebuah sistem yang selaras bagi kemudahan bersama dan memudahkan pemantauan di bawah satu pusat tanggungjawab. 8 tahun sejak pertukaran nama Dewan Penginapan Pelajar kepada Inapan Siswa (INASIS) oleh bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia Ke-7, Professor Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak dari 2016 hingga kini tahun 2023 di Dewan Muadzam Shah pada ketika itu masih terngiang di ingatan warga alumni hingga kini. DPP Aseania diberi nama sebagai Inasis Yayasan Al-Bukhary bersama Inasis Bank Muamalat. Penggabungan Inasis Yayasan AlBukhary dan INASIS Bank Muamalat secara penuh telah dilakukan pada bulan Januari 2020. Malaysia (UUM), merasmikan pertukaran nama Dewan Penginapan Pelajar (DPP) kepada Inapan Siswa (INASIS). Apabila Universiti Utara Malaysia (UUM) ditubuhkan pada 16 Februari 1984 di Kampus Darulaman Jitra, Kedah, ia dikenali sebagai Taman Siswa, dan menyediakan 387 pelajar rumah teres. Akhirnya, UUM mempunyai enam kolej kediaman pelajar yang diberi nama mengikut bentuk bangunan seawal Januari 1989. Kemudian, Unit Perumahan Hal Ehwal Pelajar (HEP) mengambil alih dan menamakan kolej kediaman mengikut turutan siap bangunan semasa berpindah ke kampus di Sintok, Kedah. G18 dan G19 dinamakan Kolej Pertama, G17 dan E14 dinamakan Kolej Kedua, E13 dan E12 dinamakan Kolej Ketiga, D9 dan D11 dinamakan Kolej Keempat, D10 dan C6 dinamakan Kolej Kelima, B4 dan B5 dinamakan Kolej Ketujuh dan A1 dan A2 dinamakan Kolej Kelapan. Berbekalkan cetusan idea Bekas Naib Canselor Ke-2 pada 1992 ketika itu, Dato’ Dr. Othman Yeop Abdullah telah menukar nama kolej kediaman sekali lagi kepada nama badan korporat yang bersetuju menaja kolej-kolej kediaman. Badan korporat yang memberi penajaan ini telah diberi penghargaan dengan penamaan di setiap inasis. Antara nama-nama korporat yang bersetuju ialah MAS, TNB, Pernas, Petronas, EON, Guthrie, Perwaja, Telekom, MISC, Proton dan Aseania. Gambar Ihsan Jabatan Hal Ehwal Pelajar Inasis Yayasan Al-Bukhary dan Inasis Bank Muamalat ewan Mu'adzam Shah pada 30 Ogos 2016, Prof. Dato' Seri Dr. Mohamed Mustafa D Ishak, Naib Canselor Universiti Utara 27 | BENTARALOKA


“Antara visi dan misi Inasis YMU adalah untuk menjadi pusat kecemerlangan pembangunan pelajar Universiti Utara Malaysia dan menjadi komponen penting dalam mencapai matlamat universiti sebagai pihak pengurusan universiti serta melahirkan pelajar yang berilmu, cekap, berakhlak mulia, cerdas dan pintar,” menurut Presiden JKPS Inasis YAB 2023 iaitu Muhammad Abdul Mustaqim Salleh. Moto Inasis YMU "Nobatkan Kegemilangan Melalui Usaha Dan Komitmen" menjadi kata hikmah warga Inasis YMU menjadikan objektif utamanya adalah demi memastikan zaman kegemilangan Inasis YMU dapat dicapai melalui usaha jitu yang menyeluruh oleh warga Inasis YMU. Nama korporat itu juga dinamakan sempena Yayasan Al-Bukhary iaitu sebuah yayasan amal yang terkenal di Malaysia. Disempurnakan sekali lagi pada 15 Ogos 2003 oleh Yang Berhormat Dato' Seri Dr. Abdul Shukor bin Abdullah sebagai Penasihat Pendidikan Yayasan Al-Bukhary, majlis pelancaran kolej kediaman baru telah dilancarkan bernama INASIS Yayasan AlBukhary. Penamaan semula Kolej Bank Muamalat itu telah dilaksanakan oleh Encik Abdul Rahman Haji Sabar, Naib Presiden Korporat Sokongan Jabatan Eksekutif, Bank Muamalat. Semasa penstrukturan semula Universiti pada tahun 2008, Kolej Bank Muamalat telah ditukar nama kepada Dewan Penginapan Pelajar (DPP) sebelum menjadi INASIS Bank Muamalat. Boleh memuatkan hampir 3200 kapasiti pada bila-bila masa, dan bukan sahaja terletak di lokasi strategik berhampiran Padang Golf lubang 18 UUM, Pusat Sukan UUM dan Pusat Kokurikulum UUM, INASIS YMU juga menjadi rumah kepada pelajar yang terlibat dalam Golf Akademi, Unit Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dan Simpanan Sukarelawan Polis (SUKSIS). Di masa hadapan, Inasis YMU berhasrat dalam membina serta membangunkan pembangunan sektor dari aspek perkhidmatan pelajar yang cemerlang, melalui penyediaan struktur, proses dan sistem yang cekap dan berkesan, dan mekanisme kualiti dan profesional. Visi, Misi dan Moto Gugusan Aseania merupakan nama asal kedua inasis yang telah siap dibina pada 16 Oktober 2000 sewaktu awal penubuhan. Keupayaan kedua buah inasis ini dalam menampung 3200 pelajar pada satu masa terdiri dari empat buah blok kediaman iaitu AP1, AP2, AP3 dan AP4. Bermula pada sesi November 2000, seramai 1500 pelajar telah ditempatkan di sini. Pada Mei 2001 pula, bermulalah pembahagian pentadbiran kedua dua kolej kepada dua iaitu Aseania I dan Aseania II. Kolej Aseania I diwartakan oleh Yang Berbahagia Dato' Seri Dr. Abdul Shukor bin Abdullah iaitu Penasihat Pendidikan Yayasan AlBukhary pada 21 November 2002 sebagai Kolej Kediaman Yayasan Al-Bukhary. Pada 16 September 2003 pula Kolej Aseania II pula diwartakan oleh Tuan Haji Sabar Abdul Rahman, Bekas Naib Presiden Eksekutif Bahagian Sokongan Korporat, Bank Muamalat dan sewajarnya dipanggil sebagai Kolej Bank Muamalat. Sebaris dengan penjenamaan yang baharu dan jitu dalam struktur oleh pihak Universiti pada 2008, Dari nama ‘Kolej’ ditukarkan kepada Dewan Penginapan Pelajar (DPP). September 2016 pula, Inapan Siswa (INASIS) adalah nama panggilan terbaharu selepas DPP. Muhammad Abdul Mustaqim Bin Salleh, Presiden JKPS Inasis YAB. 28 | BENTARALOKA


KEBAIKAN 5R: RETHINK (ZERO WASTE) OLEH: PUI SHAN SINTOK 5R direka untuk mengurangkan bilangan item yang digunakan di samping mengurangkan bilangan barang yang dibuang. 5R adalah penting untuk menangani isu yang boleh berpunca daripada amalan pengurusan sisa yang tidak betul. Selepas sesi ceramah, terdapat sesi soal jawab yang berlangsung selama lebih kurang 45 minit. Banyak soalan diajukan oleh para peserta mengenai isu alam sekita kepada penceramah jemputan. ceramah dalam talian iaitu 5R: Rethink (Zero Waste) pada 8 Jun 2023. Ceramah berjalan dengan begitu lancar, dan ramai pelajar menyertai program ini. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan konsep 5R iaitu reduce, reuse, recycle, refuse, and rethink kepada peserta untuk membina masyarakat melalui penggunaan sumber dan bahan yang berkesan. Penceramah jemputan, Pn Rosnani Nazri, dan juruacara, Putri Nathirah telah menyampaikan ceramah mengenai program ini. Mereka menjemput Pn Rosnani untuk menjadi penceramah dalam program tersebut kerana beliau merupakan pengasas wira sampah Perlis dan mempunyai banyak pengalaman dan pengetahuan tentang kitar semula dan alam sekitar hijau. Selain itu, Putri Nathirah merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Perniagaan Tani. Biro Integrasi, Komuniti, dan Antarabangsa INASIS Bank Muamalat telah mengadakan ceramah dalam talian iaitu 5R: Rethink (Zero Waste) pada 8 Jun 2023. Ceramah berjalan dengan begitu lancar, dan ramai pelajar menyertai program ini. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan konsep 5R iaitu reduce, reuse, recycle, refuse, and rethink kepada peserta untuk membina masyarakat melalui penggunaan sumber dan bahan yang berkesan. Penceramah jemputan, Pn Rosnani Nazri, dan juruacara, Putri Nathirah telah menyampaikan ceramah mengenai program ini. Mereka menjemput Pn Rosnani untuk menjadi penceramah dalam program tersebut kerana beliau merupakan pengasas wira sampah Perlis dan mempunyai banyak pengalaman dan pengetahuan tentang kitar semula dan alam sekitar hijau. Selain itu, Putri Nathirah merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Perniagaan Tani. “Memandangkan kita mempunyai ruang yang terhad di bumi untuk membuang semua sisa, adalah penting untuk menggunakan sumber dengan cekap dan mengurangkan sisa,” kata Pn Rosnani Nazri. SESI SOAL JAWAB “Bagaimana saya harus mula berfikir semula sebagai pelajar di UUM?” tanya peserta bernama Haiman. Pn Rosnani memuji dia bertanya soalan yang sangat bagus dan terus menjawab soalannya Beliau menyatakan bahawa wanita suka membeli belah apa sahaja seperti seperti pakaian dan kosmetik. Tetapi sebelum ingin membeli sesuatu boleh beringat untuk mempertimbangkan sama ada perkara itu diperlukan atau tidak. Ia adalah cara yang lebih mudah untuk berfikir semula untuk pelajar. Selain itu, seorang peserta Aisyah bertanyakan satu soalan kepada Pn Rosnani iaitu apakah isu dalam konsep 5R yang paling penting. “Bagi saya, saya rasa 3R adalah yang paling penting kepada alam sekitar seperti kurangkan, guna semula dan kitar semula. Ia adalah pengurangan sisa boleh dicapai dengan berkesan.” Pn Rosnani menjawabnya. Banyak kata-kata yang memberangsangkan telah dibuat di ruang sembang. Sepanjang perbincangan, kami juga melihat banyak senyuman dan komen ikhlas. Penglibatan pelajar UUM secara aktif dalam program ini telah menaikkan imej dan reputasi universiti. Akhir sekali, Pn Rosnani menyatakan bahawa kita perlu bahawa kita perlu mengubah cara pemikiran kita untuk cuba mengelakkan bahan buangan berakhir di dalam tong sampah. Putri Nathirah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Pn Rosnani kerana sudi menjadi penceramah jemputan dalam ceramah online 5R: Rethink (Zero Waste) ini. Kami berbesar hati dengan kehadiran beliau dalam program ini kerana beliau merupakan pengasas. iro Integrasi, Komuniti, dan Antarabangsa INASIS Bank B Muamalat telah mengadakan 29 | BENTARALOKA


KESELAMATAN PELAJAR UUM TERJAMIN CARA PELAKSANAAN PERTOLONGAN CEMAS, TEORI MENJAUHKAN DIRI DARIPADA SERANGGA BERBAHAYA & PETUA KESELAMATAN TENTANG GIGITAN DAN SENGATAN SERANGGA Meskipun pelajar IPTA sering dinasihatkan dan diberi pendedahan berkenaan keselamatan diri dalam kawasan inasis, namun masih terdapat segelintir pelajar yang enggan memandang serius dan mempratikkannya. Menurut Tuan Hilmi dalam perkongsian tersebut, antara pertolongan cemas yang boleh dilakukan sekiranya dipatuk ular ialah dengan menyedut kawasan yang dipatuk lalu meludah dan membasuh bisa ular tersebut bagi menghentikan penyerapan toksin masuk ke dalam tubuh badan. Manakala teori bagi menjauhkan diri daripada serangga berbahaya pula ialah dengan mengelakkan diri daripada berkunjung ke kawasan hutan atau semak serta elakkan memakai wangian yang kuat. Disarankan juga untuk menggunakan krim anti serangga. “Sekiranya disengat, amalkan petua seperti menggunakan ubat gigi, cuka epal, lidah buaya dan madu untuk mengurangkan sengatan tersebut. Letakkan atau sapu ubat tersebut pada tempat sengatan dan lihat perubahannya” ujar beliau lagi. OLEH : FATIN HUSNA SINTOK K U awasan persekitaran inasis UUM yang dikelilingi dengan kawasan hutan menyebabkan para pelajar berisiko tinggi untuk dihampiri dengan habitat luar seperti serangga berbahaya dan berbisa. Ini menjadi penyebab utama mengapa aspek keselamatan pelajar UUM dipandang serius dan diberi keutamaan. Hal ini agar imej dan reputasi UUM kekal terjamin dan kian meningkat. Pengarah program, Nur Afiqah berkata, objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan dan ilmu pengetahuan khas kepada pelajar UUM berkenaan pentingnya menjaga keselamatan diri. Namun, sebagai tanda prihatin terhadap keselamatan para pelajar, pihak UUM telah mengambil keputusan untuk menganjurkan satu program perkongsian ilmu bertajuk “Safety Tips About Bites & Stings” baru-baru ini. Dua sesi iaitu sesi perkongsian dan sesi soal jawab antara penceramah dengan para pelajar UUM telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung. Program yang bermula dari pukul 10 pagi sehingga 11.30 pagi ini diadakan secara atas talian menerusi platform Facebook Inapan Siswa (INASIS) Bank Muamalat UUM. Seramai 400 peserta yang menghadiri program ini dibenarkan untuk mengajukan sebarang pertanyaan terhadap penceramah berkenaan apa-apa sahaja yang tidak difahami di ruangan komen Facebook semasa sesi soal jawab dibuka. Menurut penceramah program iaitu Leftenan (PA), Muhammad Hilmi Bin Yaakob, banyak kes berkenaan gigitan dan sengatan serangga sering dilaporkan berlaku terhadap para pelajar ketika berada dalam kawasan inasis. Kes ini terjadi disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya ialah faktor kecuaian para pelajar sendiri. Sikap terlupa menutup tingkap dan mengunci pintu dengan sebaiknya membolehkan haiwan dan serangga berbisa masuk ke dalam bilik dan duduk di kawasan tertutup seperti di dalam almari, di bawah katil dan sebagainya. Kawasan-kawasan tertutup sebegitu akan menyebabkan para pelajar tidak menyedari kehadiran habitat luar. Apabila pelajar ingin memakai baju dan sebagainya, tidak mustahil untuk pelajar tersebut berisiko disengat oleh serangga yang melekat pada pakaian. Bagi menjamin keselamatan diri, para pelajar dinasihatkan agar sentiasa berwaspada di mana jua berada. Hasilnya, keselamatan para pelajar akan terjamin. Walau bagaimanapun, Pusat Kesihatan Universiti (PKU) sedia berkhidmat dan menghulurkan bantuan kepada para pelajar UUM pada bila-bila masa. Ia beroperasi seperti biasa mengikut waktu pejabat. Namun, para pelajar perlu menghubungi bahagian kecemasan PKU terlebih dahulu sekiranya ingin mendapatkan perkhidmatan kecemasan pada waktu malam. niversiti Utara Malaysia (UUM) merupakan salah satu Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang terkemuka dan terbesar di Semenanjung Malaysia dengan keluasan 1, 104.3 hektar. Sebaliknya, jika sengatan atau gigitan tersebut kian membengkak dan teruk, maka pelajar disarankan untuk terus rujuk kepada PKU bagi rawatan selanjutnya” tambahnya lagi. Beliau menegaskan bahawa para peserta perlu memandang serius terhadap kes seperti ini kerana ilmu dan pengalaman yang dikongsikan dapat dijadikan sebagai panduan dan persediaan jika sebarang kecemasan berlaku. Sekiranya ia dimanfaatkan dalam kehidupan sebenar, ia mampu membantu diri untuk menghadapi sebarang kecemasan yang berlaku dengan efisien dan efektif. Justeru, keselamatan diri akan terjamin. 30 | BENTARALOKA


DIPLOMASI BUDAYA BANTU ERAT HUBUNGAN GLOBAL OLEH: ZHI KANG SINTOK mengeratkan hubungan global. Pelajar ini mewakili UUM di pentas global melalui pelbagai projek dan program yang mendorong perkongsian budaya, tradisi, nilai, dan informasi. Pelajar dari semua inasis terlibat dalam beberapa program dan projek di bawah pemantauan fakulti UUM dan juga kerjasama dengan syarikat tempatan dan antarabangsa untuk perkongsian budaya. Pelajar UUM berusaha untuk kongsi warisan budaya mereka melalui program-program ini, sekaligus mencipta hubungan lintas budaya di seluruh dunia. Mereka telah berjaya menganjurkan projek diplomasi budaya baru-baru ini. Projek-projek ini menunjukkan keupayaan pelajar dalam penganjuran program termasuk ceramah and seminar. Projek-projek antarabangsa yang dianjurkan oleh pelajar UUM telah menunjukkan latar belakang budaya yang unik. Mereka juga berinteraksi dan bekerjasama dengan pensyarah dari universiti di seluruh dunia. Projek diplomasi budaya yang dianjurkan oleh pelajar UUM menunjukkan impak positif di luar kampus. Usaha mereka telah menarik perhatian daripada wakil kerajaan dan komuniti antarabangsa. Pengarah Pusat Budaya Dan Seni, Asmawiza Haji Hussin memberi pujian kepada pelajar-pelajar yang berdedikasi dengan diplomasi budaya. “Melalui diplomasi budaya, para pelajar telah terdedah kepada pelbagai tradisi dan budaya untuk meluaskan perspektif-perspektif dunia di luar sekeliling mereka,” kata Asmawiza Haji Hussin. Menurut beliau lagi, diplomasi budaya meningkatkan kebolehan pelajar untuk berkomunikasi antara budaya. Diplomasi budaya juga menggalakkan kesedaran diri dan pembangunan pelajar. PROGRAM UNTUK MENINGKATKAN DIPLOMASI BUDAYA "Asean Young Leadership: Diplomation of Culture" merupakan salah satu program diplomasi budaya yang telah dianjurkan oleh pelajar dari Inasis Yayasan AlBukhary dan Inasis Bank Muamalat (YMU). Program ini bertujuan untuk mengurangkan halangan budaya dan meningkatkan komunikasi antara budaya di kalangan komuniti yang berbeza. Program ini mencapai kecemerlangan dalam pelbagai perspektif. Inasis YMU sebagai tuan rumah telah menganjurkan program ini dari 9 malam hingga 10:30 malam pada 9 Mei 2023 melalui Facebook Live. Pensyarah Universitas Sebelah Maret yang juga merupakan seorang alumni UUM, Prof. Sahid Teguh Widodo, S.S., M. Hum., Ph.D. dan pengarah program, Muhammad Syukri bin Mohamad Sa’ad, mengambil bahagian dalam program ini. Program ini telah mencapai penyertaan sebanyak 126 orang melalui Facebook Live. Inasis YMU bekerjasama menganjurkan program ini untuk mempromosikan diplomasi budaya antara pelajar. KEBAIKAN PROGRAM TERHADAP UUM UUM berjuang untuk meluaskan pengaruh mereka dalam program diplomasi budaya. UUM berniat untuk menjalinkan hubungan dengan institusi akademik dan organisasi di seluruh dunia. Hubungan antarabangsa ini memastikan pelajar untuk mendapatkan peluang untuk mengambil bahagian dalam program pertukaran budaya dan menyokong keamanan dunia. Ini merupakan salah satu inisiatif dari UUM dalam usaha memupuk kepelbagaian budaya dan perpaduan antara pelajar. Ini menunjukkan kebolehan mereka dalam mengurus program di peringkat antarabangsa. Reputasi UUM sebagai sebuah pusat antarabangsa untuk diplomasi budaya dipertahankan oleh sebab usaha pelajar UUM untuk meningkatkan pemahaman mengenai kepelbagaian dan diplomasi budaya. elajar dari Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menunjukkan diplomasi budaya yang kuat dengan P meningkatkan pemahaman antara budaya dan 31 | BENTARALOKA Diplomasi budaya bantu erat hubungan global


MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA UUM DAN OLEH : AINA NADHIRAH MAYBANK SINTOK Majlis tersebut diadakan di Studio Pascasiswazah Othman Yeob Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB), UUM Sintok dengan tujuan mengukuhkan perhubungan dalam bidang pendidikan tinggi. Kolaborasi tersebut dijangka memberi impak positif kepada sektor pengajian tinggi negara bagi kedua-dua pihak terlibat. Datuk Nora Abd Manaf, iaitu Pengarah Eksekutif Etiqa General Insurance Berhad, turut dijemput untuk pemeteraian MoU antara UUM dan Maybank. Beliau juga merupakan Felo Bertauliah CIPD CIPD, United Kingdom, Chartered Banker dari Chartered Banker Institute, United Kingdom dan Akauntan Bertauliah Institut Akauntan Malaysia, Malaysia. Dr. Mohd Foad iaitu Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan mewakili UUM, manakala Maybank diwakili oleh Datuk Nora Abd Manaf disaksikan Pengarah CUIC, Prof. Dr. Chandrakantan Subramaniam dan Ketua, Group Resourcing Centre, Marlin Ahmad Nordin semasa mentadatangan MoU. Ia dianggap satu penghormatan kepada universiti ini untuk seseorang yang berjaya seperti beliau untuk menghadiri majlis ini. Beliau juga menghadiri sesi “Up Close With Datuk Nora Abd Manaf” yang bertujuan untuk memupuk pelajar UUM dalam memacu kecermelangan. Seramai 849 graduan Universiti Utara Malaysia berjaya menjawat jawatan di Maybank setelah tamat tempoh pengajian ni universiti ini. Kini, dua dari jumlah tersebut berjaya menjawat jawatan pengurusan tertinggi di Maybank. ada hari Isnin lalu, 12 Jun 2023. Universiti Utara Malaysia (UUM) memeterai Majlis PMenandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UUM dan Maybank. Dua alumni UUM yang menduduki bahagian pengurusan tinggi di Maybank ialah Azizul Kamaluddin, yang memegang jawatan Ketua Pembiayaan Kenderaan, dan Nanda Kumar Subramaniam, yang memegang jawatan Pengarah Program Strategik Kelestarian. Menurut Datuk Nora, kerjasama antara UUM dan Maybank untuk meningkatkan lagi kemahiran pelajar UUM dan seterusnya merapatkan jurang kemahiran yang diperlukan antara akademia dan industri telah menunjukkan hasil yang berjaya dalam beberapa inisiatif. Katanya, “Di Maybank, melalui pelbagai program dan inisiatif seperti Maybank Go Ahead Challenge (MGAC) dan Maybank Young Bankers Internship Programme (MYBIP), kami memastikan kebolehpasaran golongan muda untuk memenuhi keperluan industri dan Kami sentiasa menyasarkan untuk berkongsi hasil.” Datuk Nora juga diberi watikah pelantikan sebagai Profesor Adjung Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) di majlis tersebut. 32 | BENTARALOKA Datuk Nora Abd Manaf, iaitu Pengarah Eksekutif Etiqa General Insurance Berhad, turut dijemput untuk pemeteraian MoU antara UUM dan Maybank


KOR SUKSIS UUM: KETAHANAN FIZIKAL KUNCI KEJAYAAN OLEH: ALIA UMAIRA SINTOK dalam kalangan pelatih-pelatih Kor Sukarelawan Siswa/Siswi (SUKSIS) melalui pelbagai latihan yang mencabar dan menguji kecergasan mereka. Walaupun berhadapan dengan cabaran pembahagian masa antara akademik dan latihan, Kor SUKSIS UUM sentiasa cemerlang dalam menunjukkan prestasi yang baik dan rata-rata pelatih mempunyai ketahanan fizikal dan mental yang cukup kuat ketika menjalani latihan yang dikhususkan. Penglibatan dan komitmen para pelatih Kor SUKSIS dalam apa sahaja program dan aktiviti ketahanan diri sentiasa meningkatkan prestasi dan potensi mereka dalam menguasai pelbagai kemahiran sebagai seorang anggota kadet yang cekap dan berwibawa. PERKHEMAHAN DAN LATIHAN MARA LASUK UJI KETAHANAN KOR SUKSIS UUM Ketahanan fizikal dan mental para pelatih Kor SUKSIS UUM sekali lagi diuji melalui Program Perkhemahan dan Latihan Mara Lasak yang berlangsung selama 2 hari iaitu pada 9 dan 10 Jun 2023. Program ini bertujuan untuk membantu pelatih Kor SUKSIS melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran yang menguji tahap ketahanan dan kecergasan fizikal mereka. Seramai 27 orang pelatih Kor SUKSIS dari Skuad Intermediate dan 42 orang dari Skuad Junior telah menyertai Perkhemahan dan Latihan Mara Lasak yang bertempat di Kem Rimba Iham Kompleks Basikal Lasak, Sungai Batu Pahat, Kangar, Perlis. Pengarah Program Perkhemahan dan Latihan Mara Lasak, Roslina Rosli menyatakan bahawa program tahunan Kor SUKSIS ini bertujuan untuk membina jati diri dan menguatkan mental dan fizikal ahli kadet sebagai persediaan menghadapi apa jua cabaran. “Selain itu, objektif program Perkhemahan dan Latihan Mara Lasak ini juga untuk memberi pendedahan kepada para pelatih Kor SUKSIS UUM dalam menimba pengalaman dan menilai kelebihan masing-masing dalam ujian pemantapan fizikal dan mental pelatih.” Di samping mengeratkan lagi hubungan antara pelatih Kor SUKSIS dari Skuad 19 dan Skuad 20, aktiviti ini juga ingin melatih Kor SUKSIS UUM meningkatkan tahap kecergasan mereka agar sentiasa dapat menunjukkan prestasi dan stamina yang baik dalam apa jua keadaan,” tambahnya lagi. “Walaupun semua aktiviti yang dijalankan agak lasak dan mencabar daya tahan mental dan fizikal kami, saya berasa sangat teruja kerana dapat merasai pengalaman menguruskan diri di hutan dan mempelajari ilmu baru seperti cara mendaki bukit dengan betul,” kata Nur Hidayah, salah seorang pelatih Junior Kor Suksis yang menyertai program tersebut. Ketahanan fizikal pelatih Kor SUKSIS Skuad 19 dan 20 diuji melalui aktiviti rentas halangan, water resistance dan latihan mara lasak. Aktiviti yang dijalankan amat penting dalam melatih daya tahan para Kor SUKSIS dan memupuk semangat kerjasama antara setiap pasukan. Aktiviti latihan mara lasak 13 KM iaitu mendaki hingga ke Puncak Banjaran Nakawan dan berjalan turun kembali ke tapak perkhemahan merupakan salah satu aktiviti yang sangat memerlukan kerjasama dan semangat berkumpulan yang tinggi bagi memastikan semua cabaran berjaya dihadapi. Semasa aktiviti water resistance, setiap kumpulan perlu berjalan semut di dalam air sambil menyanyikan lagu, bermula di tempat permulaan sehingga ke penamat. Sekiranya ahli kumpulan melakukan kesalahan di setiap aktiviti, mereka akan dikenakan tindakan oleh AJK Aktiviti. KEBAIKAN PROGRAM TERHADAP UUM Sebagai seorang pelatih Kor SUKSIS, ketahanan diri dalam aspek fizikal dan mental serta pengurusan emosi amat penting untuk membantu mereka lulus dan berjaya menghabiskan latihan dengan baik. Perkhemahan dan Latihan Mara Lasak mampu membantu meningkatkan disiplin diri para pelatih Kor SUKSIS dengan memenuhi standard pencapaian yang perlu dikuasai mengikut peraturan dan undang- undang yang telah ditetapkan. Jurulatih Kor SUKSIS, Sarjan Masidawati menyatakan bahawa segala aktiviti yang telah dirancang ketika Program dan Latihan Mara Lasak sangat penting dalam meningkatkan keazaman dan sahsiah diri yang berkeperibadian tinggi kerana mereka perlu mengharungi segala rintangan yang disediakan dengan penuh kesabaran dan semangat juang tinggi. Persediaan dan persiapan rapi daripada para pelatih Kor SUKSIS yang menyertai Perkhemahan dan Latihan Mara Lasak ini telah membantu mereka mengasah keterampilan potensi diri masing-masing. Perkara ini meliputi taktik penangkapan yang lebih cekap, latihan menggunakan senjata dengan tangkas dan teknik pertahanan diri yang menguji kebolehan masingmasing. Perkhemahan dan Latihan Mara Lasak melibatkan situasi yang membabitkan penguasaan fizikal dan mental. Ia membantu para pelatih Kor SUKSIS mengawal dan menguruskan kestabilan emosi jika berdepan dengan situasi yang penuh tekanan dan berisiko kerana aktiviti yang dijalankan bertempat di kawasan hutan. Selain itu, para kadet juga akan dilatih untuk menguasai kemampuan membuat keputusan dan menyelesaikan masalah secara berkumpulan. “Penglibatan para pelatih Kor SUKSIS dalam Perkhemahan dan Latihan Mara Lasak ini dapat membantu mereka untuk menilai sejauh mana kemampuan dan keberkesanan dalam mengaplikasikan kemahiran yang telah diperolehi sepanjang menyertai aktiviti yang dijalankan,” kata ASP Prof Madya Dr Mohd Kasri Bin Saidon, Pegawai Latihan Luar sewaktu ucapan majlis perasmian. niversiti Utara Malaysia (UUM) sentiasa proaktif dalam melahirkan graduan yang berdisiplin, berketerampilan Udan mempunyai ketahanan diri yang tinggi khususnya KETAHANAN DIRI 33 | BENTARALOKA Barisan KOR SUKSIS UUM


KESEDARAN MAHASISWA UUM TERHADAP COVID-19 PERLU DIKEKALKAN OLEH: HANIS NABILA SINTOK Sumber FB LIve INASIS Muamalat B erikutan dengan penularan wabak COVID-19, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah berdepan dengan pelbagai detik cemas dalam mengendalikan wabak virus di kampus. Penularan wabak COVID-19 dalam kalangan kakitangan dan pelajar tidak dapat ditangani tanpa kerahan tenaga daripada petugas barisan hadapan. Ekoran daripada penularan wabak COVID-19, INASIS Bank Muamalat di bawah naungan Residen Siswa telah menggerakkan satu program kesedaran tentang COVID-19 dengan kerjasama Pusat Kesihatan Universiti (PKU) pada 24 Disember tahun lalu yang berlangsung secara atas talian menerusi platform Facebook Live INASIS Bank Muamalat. PENGALAMANMENGENDALIKANWABAK VIRUSDIKAMPUS Penolong Pegawai Perubatan Kanan PKU, Encik Mohammad Suhaimi bin Ishak yang berkhidmat di Unit Kecemasan dan Unit Pesakit Luar PKU telah berkongsi pengalaman beliau yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam mengendalikan kes COVID-19 di dalam kampus yang membabitkan staf dan pelajar. Menurut beliau, pihak PKU berdepan dengan kesukaran pada awal penularan wabak COVID-19 kerana mereka tidak mempunyai garis panduan yang khusus untuk mengendalikan kes COVID-19 di dalam kampus. “Kami sebagai petugas barisan hadapan sukar untuk mengetengahkan tatacara pengendalian COVID-19 oleh kerana UUM merupakan badan berkanun berbanding dengan hospital lebih menyediakan semua benda dalam mengendalikan kes COVID-19”, ujar beliau dalam sesi perkongsian tersebut. Tambah beliau, petugas barisan hadapan di PKU hanya membuat saringan bagi kakitangan dan pelajar yang bergejala sahaja sebelum dipanggil oleh Hospital Sultanah Bahiyah untuk menyertai sesi forum bagi mengetahui cara sebenar untuk menguruskan kes COVID-19 di dalam kampus. Dalam pada itu, berikutan kes jangkitan dalam kalangan pelajar semakin meningkat di dalam kampus, tenaga daripada pihak sukarelawan turut dikerah dalam mengendalikan kes COVID-19 di dewan Bukit Kachi. CABARANYANGDIHADAPI Menurut beliau yang berkelulusan Diploma Penolong Pegawai Perubatan, cabaran dalam mengendalikan COVID-19 pada waktu itu agak sukar dalam mengesan kontak rapat dalam kalangan pelajar dan perlu memanggil petugas barisan hadapan daripada Hospital Jitra dan Klinik Kesihatan Changlun untuk membuat saringan di dalam kampus. “Waktu itu menjadi sukar kerana kami tidak terima secara terus mesej daripada pihak KKM tentang prosedur sebenar COVID-19 dan kami banyak berkomunikasi dengan Hospital Jitra dan CAC untuk meminta pertolongan”, jelas beliau. Tambahnya lagi, PKU tidak mempunyai ramai kakitangan untuk mengembleng tenaga dalam 34 | BENTARALOKA


HANIS NABILA SINTOK mengendalikan kes COVID-19 yang berlaku di dalam kampus berbanding hospital besar, ada dalam kalangan mereka terpaksa untuk bekerja selama 12 hingga 24 jam dalam sehari. Mengenai Standard Operation Procedure (SOP), beliau menjelaskan bahawa SOP dahulu sangat jelas berbanding SOP terkini. “Sekiranya pelajar disyaki positif COVID-19 dan memerlukan ubat-ubatan, mereka perlu memberitahu felo inasis, mengisi maklumat melalui google form serta memuat naik status kesihatan di MySejahtera bagi memudahkan kami pihak PKU mengesan dan memantau pelajar yang dijangkiti”, jelas beliau mengenai SOP terbaru yang dikeluarkan oleh PKU. Sumber FB Pusat Kesihatan Universiti KEJAYAANWARGAPKUDALAM MENGENDALIKANWABAKVIRUSDIKAMPUS Sementara itu, penghargaan daripada warga UUM terutamanya para pelajar turut dizahirkan di atas kejayaan pihak PKU dalam mengendalikan COVID-19 di kampus. “Kami daripada pihak PKU sebagai petugas barisan hadapan amat terharu apabila ada pelajar yang membuat ucapan melalui poster, lukisan dan surat sebagai tanda penghargaan kepada kami kerana berjaya mengendalikan kes COVID-19”, jelas beliau. Sumbangan daripada petugas barisan hadapan merupakan sokongan utama yang melandasi kejayaan UUM dalam membendung penularan wabak COVID-19. Menurut Encik Suhaimi yang juga bergiat aktif dalam pengendalian COVID-19 dalam pemberian vaksin, antara pencapaian UUM apabila berjaya meraih seramai 15,271 orang yang menerima suntikan vaksin dengan kerjasama petugas barisan hadapan PKU di pusat vaksinasi UUM. Di samping itu, kejayaan yang diraih oleh UUM berikutan wabak COVID-19 ini juga ialah dalam melancarkan alat perlindungan diri (PPE) dan juga cecair pembasmi kuman. Sumber FB Pusat Kesihatan Universiti SOPTERKINIDIKAMPUS Sejajar dengan penularan wabak COVID-19, corak kehidupan kakitangan dan pelajar di kampus juga berubah. Sehingga kini, proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) masih dilakukan secara hibrid, secara bersemuka dan secara atas talian. Beralih ke fasa endemik, masih ada pelajar yang mengikut SOP dengan memakai pelitup muka di dalam kawasan kampus kerana bimbang penularan wabak COVID-19 masih berlaku. Apabila kesejahteraan dan keselamatan kakitangan dan pelajar sentiasa terjaga, reputasi dan imej UUM juga akan terjaga. Penolong Pegawai Perubatan Kanan PKU, Encik Suhaimi bin Ishak 35 | BENTARALOKA


INASIS YAYASAN AL-BUKHARY LAHIRKAN PALAPES YANG BERTAULIAH P LATARBELAKANG OLEH: AIMAN ZAFRAN SINTOK Sumber daripada Instagram palapes_uum_official asukan latihan pegawai simpanan atau lebih dikenali sebagai PALAPES Universiti Utara Malaysia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mei 1984. Penubuhan PALAPES ini bertujuan untuk menyahut program kerjasama antara Kementerian Pertahanan Malaysia dengan Kementerian Pengajian Tinggi. PALAPES di UUM telah dijadikan sebagai salah satu badan Kokurikulum di UUM dan para pelajar yang menyertai badan uniform ini perlu mengambil masa 3 tahun untuk menamatkan program ini. Badan uniform ini mempunyai tiga jenis iaitu darat, laut, dan udara yang akan memberi cabaran kepada para pelajar dari segi kesabaran, kewibawaan, serta kemampuan mereka. Mengikuti badan uniform PALAPES di universiti bukan hanya satu aktiviti kokurikulum biasa, sebaliknya para pelajar yang berjaya menamatkan latihan dan ditauliahkan sebagai Pegawai Tentera berpangkat leftenan muda berpeluang diserapkan dalam Rejimen Askar Wataniah. Apabila para pelajar menyertai program ini, mereka perlu menamatkan kesemua latihan sebagai syarat pengijazahan. Namun begitu, badan uniform ini tidak mewajibkan kesemua pelajar untuk menyertai dan hanya dibuka kepada para pelajar yang berminat sahaja. FAEDAH Terdapat pelbagai faedah yang disediakan kepada para pelajar yang menyertai badan uniform ini, antaranya diberikan penginapan tetap sepanjang tempoh latihan.Kemudahan ini bertujuan untuk memudahkan pergerakan para pelajar untuk menghadiri latihan.Para pelajar yang menyertai PALAPES akan menginap di Inasis YMU. Selain itu, para pelajar akan diberikan elaunmengikut sesi latihan yang diikuti. Setiap latihan mempunyai jumlah bayaran elaun yang berbeza. Untuk sesi latihan tempatan,para pelajar akan dibayar sebanyak RM 960 dan sesi ini diwajibkan para pelajar untuk menyertai 12 hari latihan. Untuk sesi latihan kem berterusan,para pelajar akan dibayar sebanyak RM409 dan sesi ini mewajibkan para pelajar untuk menyertai 7 hari latihan. Untuk sesi latihan kem tahunan,para pelajar akan dibayar sebanyak RM870 dan sesi ini mewajibkan para pelajar untuk menyertai 15 hari latihan. Para pelajar juga dapat mempelajari ilmu perang. Walaupun masih diperingkat awal, para pelajar akan mempelajari ilmu seperti cara membaca peta, bahasa isyarat dan berpeluang untuk memegang senjata. Melalui badan uniform ini, para pelajar dapat meningkatkan disiplin masa. Disiplin masa akan dilatih dalam diri para pelajar melalui perbarisan. Bagi para pelajar yang berminat untuk menyertai badan uniform ini, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi. Syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh pelajar ialah pelajar mestilahwarga Malaysia dan umur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun. Pelajar juga perlu mempunyai fizikal yang baik dan tidak mempunyai isu kesihatan. 36 | BENTARALOKA


SINAR KEHIDUPAN BAHARU : HASIL KEPIMPINAN OLEH: ATHIRAH AZIZ KAUM HAWA SINTOK Inapan Siswa (INASIS) Bank Muamalat menawarkan peluang keemasan dan juga sinar kehidupan baharu kepada pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan melalui program Design Your Business. Bukan itu sahaja, apa yang lebih menarik lagi perhatian adalah kesemua Jawatankuasa Kepimpinan Pembangunan Siswa (JKPS) INASIS Bank Muamalat dipimpin dan ditadbir oleh kaum hawa. Keunikan mereka ini membuktikan bahawa wanita juga mampu untuk mentadbir organisasi dengan baik dan cemerlang. Program ini diadakan secara percuma kepada pelajar UUM dengan menjemput penceramah jemputan iaitu Encik Khairi bin Zakaria yang merupakan pengasas Grafikprint.My. Beliau mempunyai kedai miliknya sendiri pada usia yang muda di Napoh, Kedah. Keunikan program ini adalah dijalankan serentak bersama satu lagi program iaitu Design Your Creativity dimana program ini bertujuan memberi ruang kepada pelajar untuk menyerlahkan kreativiti mereka melalui penghasilan reka bentuk baju rasmi INASIS. Program ini adalah bertujuan untuk menyemai sikap keusahawanan dalam kalangan pelajar disamping sebagai satu alternatif bagi mendapatkan reka bentuk baju rasmi INASIS Bank Muamalat dimana ia dianggap sebagai sinar kehidupan baharu kepada pelajar UUM setelah mereka melangkah keluar dari Universiti. idak dinafikan, setiap pelajar akan menghadapi masalah kewangan Tsemasa belajar. Program ini diketuai oleh Nurul Ain, pengarah program dan turut dibantu oleh beberapa AJK yang lain. Program ini juga turut mendapat sokongan dari Pengetua INASIS Bank Muamalat dan juga Timbalan Naib Canselor setelah mendapat kelulusan kertas kerja. Sebanyak 6 orang pelajar menyertai program Design Your Creativity dan juga seramai 315 Pelajar UUM menyertai program Design Your Business di platform rasmi INASIS Bank Muamalat pada 26 Disember 2022, baru-baru ini. Bagi pemenang program Design Your Creativity, mereka memperoleh hadiah berbentuk wang tunai iaitu RM50 berserta jersey percuma bagi tempat pertama, RM30 bagi tempat kedua dan juga RM15 bagi tempat ketiga. Menurut pengarah program, Nurul Ain telah mengekpresikan perasaan gembira beliau apabila ramai pelajar UUM telah menyertai program ini kerana mereka dapat mendedahkan diri mereka dengan asas perniagaan ketika bergelar mahasiswa. “Kami dapat melaksanakan Key Performance Indeks (KPI) pada tahun 2022/2023 INASIS Bank Muamalat disamping memberi ruang kepada pelajar UUM untuk mendedahkan diri mereka dengan asas perniagaan” “Orang muda terutamanya pelajar kini takut untuk menceburi bidang perniagaan kerana mereka risau tentang risiko dan cabaran yang akan dihadapi semasa mereka menjalankan perniagaan. Namun, ini merupakan titik tolak dalam mempersiapkan diri untuk menjadi seorang usahawan muda yang berjaya.” – ujarnya lagi. Penceramah jemputan program ini, Encik Khairi menceritakan tentang pengalaman beliau semasa menceburi bidang perniagaan ini pada peringkat awal dimana beliau dimana mengalami kejatuhan dalam perniagaannya namun beliau berazam dan bersemangat untuk mengekalkan perniagaannya sehingga kini. Beliau memberi pesanan kepada pelajar bahawa seorang usahawan yang berjaya haruslah tahu untuk menepati masa dengan pelanggannya dan beliau sangat menekankan tentang perancangan masa apabila seseorang itu menceburi bidang perniagaan kerana ia merupakan elemen yang penting untuk berinteraksi dengan pelanggan. 37 | BENTARALOKA


Sebagai seorang pelajar, semestinya wang saku akan diperolehi daripada ahli keluarga sendiri untuk menampung kehidupan di Universiti. Namun, perniagaan adalah salah satu cara untuk seseorang pelajar itu memperolehi wang saku lebihan selain daripada bergantung kepada ahli keluarga. Apabila seseorang pelajar itu memulakan perniagaan pada peringkat awal, wang saku yang diperolehi hasil daripada perniagaan itu dapat menampung kehidupan seseorang pelajar apabila mereka mengetahui dan mempunyai ilmu dalam perniagaan. Oleh itu, banyak kebaikan yang diperolehi apabila pelajar memulakan perniagaan semasa mereka masih bergelar mahasiswa. PROGRAM SUSULAN BAGI PEMILIHAN BAJU RASMI INASIS Sebagai seorang pelajar, semestinya wang saku akan diperolehi daripada ahli keluarga sendiri untuk menampung kehidupan di Universiti. Namun, perniagaan adalah salah satu cara untuk seseorang pelajar itu memperolehi wang saku lebihan selain daripada bergantung kepada ahli keluarga. Apabila seseorang pelajar itu memulakan perniagaan pada peringkat awal, wang saku yang diperolehi hasil daripada perniagaan itu dapat menampung kehidupan seseorang pelajar apabila mereka mengetahui dan mempunyai ilmu dalam perniagaan. Oleh itu, banyak kebaikan yang diperolehi apabila pelajar memulakan perniagaan semasa mereka masih bergelar mahasiswa. Turut mengekspretasikan perasaan mereka iaitu Loh En Xin, pemenang tempat kedua dan juga Nayli Hani, pemenang tempat ketiga memberitahu bahawa mereka turut gembira dan bangga apabila baju rekaan mereka menjadi sebahagian daripada INASIS itu. Mereka turut mengucapkan tahniah kepada pemenang tempat pertama. Menurut temubual bersama pengarah program, kesemua pelajar INASIS Bank Muamalat adalah pelajar perempuan dimana ini merupakan salah satu tarikan bagi Inasis itu. Ini melambangkan bahawa kekuatan Inasisitu adalah berpunca dari kuasa wanita yang mentadbir Inasis itu. Mengikut baju rasmi INASIS Bank Muamalat itu, di bahagian belakang baju itu turut menggunakan slogan “Women Are Power” yang merujuk kepada kesemua pelajar INASIS Bank Muamalat adalah terdiri daripada pelajar perempuan. Harapan pengarah program, Nurul Ain berharap agar lebih ramai pelajar melibatkan diri dalam program-program sebegini untuk mereka mendapatkan ilmu asas tentang keusahawan bagi mempersiapkan diri mereka ke tahap yang lebih baik pada masa hadapan. Semoga sedikit sebanyak program ini dapat memberikan manfaat kepada pelajar UUM untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Gambar ahli JKPS INASIS Bank Muamalat. 38 | BENTARALOKA


YAB – SIAP SIAGA, FRISBEE MENJELMA OLEH: SHAHIRA SAFFIYA SINTOK (JKPS YAB) mengadakan program “Throw Like A Pro” pada 16 Jun 2023 dan ia merupakan sebuah acara olahraga yang menarik. Program bertempatkan di Padang Inasis YAB, Sintok Dengan program yang diadakan, ianya dapat memberi pendedahan tentang sukan frisbee dalam kalangan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM). Malahan, pendedahan ini membantu meningkatkan kualiti sukan frisbee melalui dokongan dan latihan yang diadakan. Pada semester ini (A222), pengendalian dan persiapan program di bawah urusan kelab frisbee dan JKPS YAB. Gabungan dua kelab ini membuat satu peminjaman barangan persiapan misalnya 2 khemah, 2 meja dan 6 buah hingga 8 kerusi disediakan daripada pihak inasis YAB. Mereka membuat pinjaman peralatan teknikal seperti pembesar suara mudah alih dan mikrofon daripada unit asasi sendiri. “Saya sangat menghargai penyertaan pelajar UUM dalam sukan frisbee ini dan cuba untuk mempelajarinya sendiri,” kata Pengarah Program Throw Like A Pro, Adila Ashreen Binti Roslan. Seramai 35 orang yang terdiri daripada pelajar semester 4. “Dimulakan dengan pembahagian peserta kepada kumpulan sebanyak lima kumpulan yang terdiri dari warna putih, hitam kuning, merah dan biru. Aktiviti “Throwing and Catching” dijalankan bagi membuka peluang untuk para pelajar melakukan aktiviti riadah sihat bersama sukan frisbee. Bertujuan juga untuk memperbanyakkan lagi pendedahan tentang sukan tersebut. Tambahan, Games Rules and Hand Signals, Basic Stacking and Tactical serta Fun Games and Big Circle menjadi tumpuan dan tarikan utama. Anjuran program ini berjaya melatih para peserta yang cuba untuk mempelajari cara sebenar untuk bermain frisbee. “Saya rasa teruja dan menarik hendak belajar benda baru dengan pembelajaran bagaimana kaedah lempar dan tangkap, malahan dapat berinteraksi dengan ramai pelajar inasis yang berlainan”, ujar salah seorang peserta yang hadir ke program itu. Sebagai sebahagian daripada sukan frisbee ini, Yayasan Al- Bukhary ingin mewujudkan interaksi sosial dengan memberi peluang semua jantina untuk bermain kerana ia juga merupakan sukan campuran jantina. Kesemua peserta yang menghadiri program dihidangkan dengan makanan yang dibantu oleh kafeteria Yab; nasi ayam masak merah, air soda bikarbonat dan hidangan sampingan sayuran. Perbezaan Persiapan Kendalikan Sukan Frisbee Dua bulan yang lalu, kelab frisbee UtaraBlues telah mengadakan aktiviti sukan frisbee-Kesemua permohonan dibuat dari kelab mereka sendiri termasuk kelengkapan alat sukan, kon dan cakera frisbee. “Daripada jumlah 21 orang, 7 orang dari kelab frisbee sendiri dan 14 sukarelawan menjadi ahli pengurusan sukan frisbee di bawah JKPS YAB. “Saya rasa seronok sebab ini kali pertama saya dapat pengalaman berkolaborasi bersama JKPS YAB serta membesarkan rangkaian kenalan yang sedia ada,” kata Pengerusi Kelab Frisbee, Muhammad Asyraf Najhan Al-Faaruuqi Bin Roszaidi. “Frisbee membantu masyarakat menjadi sebahagian komuniti yang dilatih bekerja dalam kumpulan,” katanya lagi. uat pertama kalinya, kelab frisbee yang telah berkolaborasi dengan ahli Jawatankuasa B Pembangunan Siswa Yayasan Al- Bukhary Taklimat ringkas berkenaan tatacara permainan sukan frisbee 39 | BENTARALOKA Taklimat ringkas berkaitan tatacara permainan sukan frisbee


ROSLINA KOMITED KEKAL JUARA OLEH: AISYA IMANI SINTOK menentang Inasis MISC dan Inasis Grantt bagi mengekalkan kejuaraan Piala Naib Canselor 2023. Kejohanan Piala Naib Canselor ini melibatkan tiga sukan iaitu bola sepak, tenpin boling dan bola jaring yang berlangsung di Arena Sukan, Padang Pusat Sukan UUM dan Aman Bowl, Aman Central pada 7 Jun 2023 hingga 12 Julai 2023. Pasukan bola jaring YAB telah berjaya menundukkan MISC, 10-9 dan akan terus mengekalkan kemenangan pada setiap perlawanan akan datang. Warga Inasis YAB turut hadir bagi memberi sokongan kepada atlet dan memeriahkan suasana pertandingan. Dengan semangat yang tinggi, Roslina Rosli, salah seorang atlet bola jaring YAB berusaha sebaik mungkin dalam memenangi keseluruhan permainan bola jaring dalam menentang pasukan lain yang sama hebatnya. Roslina Rosli berkata, mengulas keperluan dalam memenangi Kejohanan Piala Naib Canselor ini, perbincangan strategi masih dilakukan bersama selepas melihat cara permainan pasukan lain untuk mengasah lagi kecekapan dan kelincahan ahli pasukannya. Cabaran yang dihadapi Namun begitu, permainan mereka setakat ini tidak mengikut rentak yang mereka mahukan kerana dua perlawanan tersebut tidak mengikut percaturan dan matlamat yang mereka telah tetapkan semasa perlawanan berlangsung. Tidak dinafikan pasukan bola jaring Inasis YAB gementar untuk menghadapi perlawanan seterusnya menentang Inasis MAS yang turut sama hebat kerana mempunyai momentum pasukan yang kuat. “Walaupun kami telah memenangi dua kemenangan dalam perlawanan awal ini, tetapi kedudukan pasukan kami masih tidak selesa dan perlu menambah mata bagi mencapai matlamat pasukan hingga kejohanan ini tamat,” katanya. Hal ini kerana walaupun mereka telah memenangi perlawanan tersebut tetapi dalam carta kedudukan liga kumpulan A, pasukan mereka masih di kedudukan yang ke-3 selepas Inasis MAS dan Inasis Bank Rakyat. Dalam memastikan kemenangan kekal di kedudukan yang selesa, pasukan bola jaring Inasis YAB akan berlatih setiap hari bagi meningkatkan stamina dan strategi pasukan mereka. Oleh itu, Roslina Rosli dan ahli pasukannya dapat kekal fokus bagi mencapai matlamat yang mereka tetapkan sebelum pasukan lain merebut keselesaan mereka sekarang ini memandangkan YAB telah memenangi Kejohanan Piala Naib Canselor selama dua tahun berturut-turut. YAB mempunyai baki 4 perlawanan lain menentang Inasis MAS, Bank Rakyat, Petronas dan Tradewind sebelum Kejohanan Piala Naib Canselor 2023 melabuhkan tirainya. Roslina Rosli bertekad untuk memberikan yang terbaik bagi mengumpul mata dalam setiap perlawanan akan datang bagi meraih kejuaraan Piala Naib Canselor edisi 2023. Selain bola jaring, atlet sukan lain yang tersenarai dalam pasukan bola sepak dan tenpin boling juga bertungkus lumus bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka untuk merebut nama dalam Kejohanan Piala Naib Canselor 2023 ini. Pencapaian dalam meraih kejohanan Piala Naib Canselor 2023 Beliau mendedikasikan jaringan terakhir ketika YAB mengatasi Grantt 13-1 pada 13 Jun lalu semasa minitminit terakhir untuk penutup perlawanan pada hari tersebut. Kemenangan pasukan bola jaring Inasis YAB bukan sahaja memberi peluang kepada mereka untuk terus kekal dalam kedudukan teratas tetapi menaikkan imej dan nama YAB sebagai salah satu inasis yang dapat melahirkan atlet yang berkualiti. Dengan pencapaian YAB dalam merangkul kemenangan menentang Inasis MISC dan Inasis Grantt tersebut telah membawa sinar kejayaan yang baik kepada pasukan bola jaring untuk kekal bersemangat dalam pertandingan seterusnya. tlet bola jaring dari INASIS Yayasan AlBukhary (YAB) terus bermain agresif dan konsisten Adengan memenangi dua perlawanan awal Perlawanan di antara pasukan Inasis YAB dengan Inasis MISC di Gelanggang Bola Jaring, Arena Sukan, UUM. 40 | BENTARALOKA


P Nor Hamidah Binti Amran, 22, pelajar jurusan Linguistik dan Teknologi Maklumat dengan Kepujian dari Universiti Utara Malaysia (UUM) cekal melibatkan diri dalam aktiviti ko-kurikulum meskipun sibuk dengan tugas hakiki sebagai seorang pelajar universiti. Sejak dari sekolah menengah, Nor Hamidah telah menceburi dunia sukan dan badan beruniform. Beliau telah melibatkan diri dan cemerlang dalam sukan bola jaring dan Kadet Polis. Kini, di UUM beliau melibatkan diri dalam badan beruniform Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Laut menyinari jalan dalam hal ehwal ketenteraan. Bukan itu sahaja, Nor Hamidah gemar akan cabaran di luar kemampuannya. Baginya, menghadapi cabaran adalah satu cara untuk menguji kebolehan dirinya dan memperoleh pengalaman yang berharga. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa menjaga keseimbangan antara kehidupan peribadi, pengajian, sukan, dan badan beruniform bukanlah mudah. Menurut beliau, antara cabaran terbesar baginya adalah menguruskan masa untuk memberikan yang terbaik kepada semua organisasi yang beliau sertai. Selain itu, masa bersama keluarga di rumah semasa cuti semester terpaksa dikorbankan untuk latihan yang telah ditetapkan. Menjadi ahli PALAPES Laut bukanlah satu paksaan, sebaliknya ia merupakan minat peribadi Nor Hamidah walaupun pada awalnya ibu bapa beliau melarang untuk mengikuti PALAPES Laut kerana risau beliau tidak dapat menguruskan masa dengan baik. Namun, beliau menyahut cabaran kerana minat dalam dirinya tentang kehidupan ketenteraan. Tambahan beliau, beliau ingin menjadi mahasiswa yang aktif di universiti. Ini menjadi punca Nor Hamidah mengambil keputusan untuk meneruskan penglibatan dalam sukan dan badan beruniform di UUM. BAHAGI MASA KUNCI KEJAYAAN OLEH: TAMIL CHELVAAN SINTOK Nor Hamidah bersama rakan sepasukan dalam kejohanan Malaysia Sports League 2022 englibatan dalam kedua-dua sukan dan badan beruniform sebagai ahli aktif sewaktu bergelar mahasiswa bukanlah satu tugas yang mudah. SEBABUTAMAMENGIKUTIPALAPESLAUT Antara faktor utama yang mendorong beliau untuk menyertai PALAPES Laut ialah peluang unik yang diberikan kepada semua pelatih yang tidak mungkin diperolehi daripada badan organisasi lain. Melalui penglibatan ini, beliau juga dapat memperbaiki diri tentang disiplin, kepimpinan, tanggungjawab dan kerjasama antara pasukan. Nor Hamidah gemar menghadapi cabaran yang luar dari batas kemampuan dirinya kerana menurut beliau, cabaran teresbut memberi pengajaran dan pengalaman yang tidak ternilai. Dalam PALAPES Laut beliau belajar untuk mengatasi halangan dan mencapai sasaran yang mungkin pada mulanya kelihatan sukar. Ia membantu dalam pembangunan kepercayaan diri dan memupuk ketabahan mental yang diperlukan dalam kehidupan. BIJAKATURMASAKUNCIUTAMA Walau bagaimanapun, Nor Hamidah mengambil langkah berjaga dalam mengatur masa. Sebelum bermula minggu baru, beliau akan memastikan semua aktiviti dan program yang beliau sertai telah ditetapkan tarikh dan masa. Dengan perancangan yang rapi, beliau mampu menjalani kesemua aktiviti harian sewajarnya di antara tugas hakiki sebagai seorang mahasiswa dan aktiviti kokurikulum lain. Nor Hamidah berkata, bagi mereka yang ingin menyertai PALAPES Laut, jadilah seorang yang berani untuk mencuba kerana peluang itu hanya datang sekali. Apabila peluang itu muncul, gunakanlah dengan sebaik mungkin kerana ia merupakan pengalaman yang berharga. Tambahnya lagi jangan berhenti ketika penat, tetapi berhentilah seketika untuk menghargai diri dan yang paling penting, berada dalam persekitaran yang positif. Dengan penglibatan ini, beliau melihat ianya sebagai satu peluang untuk tumbuh dan memperluas batasan dirinya. Bagi Nor Hamidah, badan beruniform adalah satu pengalaman yang memberikan nilai tambah kepada kehidupan dan membantu membentuknya menjadi individu yang berdedikasi dan berdaya saing. Kejayaan Nor Hamidah dalam bidang sukan dan badan beruniform memberikan inspirasi kepada ramai golongan muda untuk terus mengejar kecemerlangan dalam bidang yang mereka minati. Dengan semangat yang tinggi dan komitmen yang kuat, beliau membuktikan bahawa kita mampu mencapai apa sahaja yang kita impikan. CABARANSEBAGAIMAHASISWADANPELATIH 41 | BENTARALOKA


DIPLOMASI BUDAYA BANTU ERAT HUBUNGAN GLOBAL OLEH: ZHI KANG SINTOK mengeratkan hubungan global. Pelajar ini mewakili UUM di pentas global melalui pelbagai projek dan program yang mendorong perkongsian budaya, tradisi, nilai, dan informasi. Pelajar dari semua inasis terlibat dalam beberapa program dan projek di bawah pemantauan fakulti UUM dan juga kerjasama dengan syarikat tempatan dan antarabangsa untuk perkongsian budaya. Pelajar UUM berusaha untuk kongsi warisan budaya mereka melalui program-program ini, sekaligus mencipta hubungan lintas budaya di seluruh dunia. Mereka telah berjaya menganjurkan projek diplomasi budaya baru-baru ini. Projek-projek ini menunjukkan keupayaan pelajar dalam penganjuran program termasuk ceramah and seminar. Projek-projek antarabangsa yang dianjurkan oleh pelajar UUM telah menunjukkan latar belakang budaya yang unik. Mereka juga berinteraksi dan bekerjasama dengan pensyarah dari universiti di seluruh dunia. Projek diplomasi budaya yang dianjurkan oleh pelajar UUM menunjukkan impak positif di luar kampus. Usaha mereka telah menarik perhatian daripada wakil kerajaan dan komuniti antarabangsa. Pengarah Pusat Budaya Dan Seni, Asmawiza Haji Hussin memberi pujian kepada pelajar-pelajar yang berdedikasi dengan diplomasi budaya. “Melalui diplomasi budaya, para pelajar telah terdedah kepada pelbagai tradisi dan budaya untuk meluaskan perspektif-perspektif dunia di luar sekeliling mereka,” kata Asmawiza Haji Hussin. Menurut beliau lagi, diplomasi budaya meningkatkan kebolehan pelajar untuk berkomunikasi antara budaya. Diplomasi budaya juga menggalakkan kesedaran diri dan pembangunan pelajar. PROGRAM UNTUK MENINGKATKAN DIPLOMASI BUDAYA "Asean Young Leadership: Diplomation of Culture" merupakan salah satu program diplomasi budaya yang telah dianjurkan oleh pelajar dari Inasis Yayasan AlBukhary dan Inasis Bank Muamalat (YMU). Program ini bertujuan untuk mengurangkan halangan budaya dan meningkatkan komunikasi antara budaya di kalangan komuniti yang berbeza. Program ini mencapai kecemerlangan dalam pelbagai perspektif. Inasis YMU sebagai tuan rumah telah menganjurkan program ini dari 9 malam hingga 10:30 malam pada 9 Mei 2023 melalui Facebook Live. Pensyarah Universitas Sebelah Maret yang juga merupakan seorang alumni UUM, Prof. Sahid Teguh Widodo, S.S., M. Hum., Ph.D. dan pengarah program, Muhammad Syukri bin Mohamad Sa’ad, mengambil bahagian dalam program ini. Program ini telah mencapai penyertaan sebanyak 126 orang melalui Facebook Live. Inasis YMU bekerjasama menganjurkan program ini untuk mempromosikan diplomasi budaya antara pelajar. KEBAIKAN PROGRAM TERHADAP UUM UUM berjuang untuk meluaskan pengaruh mereka dalam program diplomasi budaya. UUM berniat untuk menjalinkan hubungan dengan institusi akademik dan organisasi di seluruh dunia. Hubungan antarabangsa ini memastikan pelajar untuk mendapatkan peluang untuk mengambil bahagian dalam program pertukaran budaya dan menyokong keamanan dunia. Ini merupakan salah satu inisiatif dari UUM dalam usaha memupuk kepelbagaian budaya dan perpaduan antara pelajar. Ini menunjukkan kebolehan mereka dalam mengurus program di peringkat antarabangsa. Reputasi UUM sebagai sebuah pusat antarabangsa untuk diplomasi budaya dipertahankan oleh sebab usaha pelajar UUM untuk meningkatkan pemahaman mengenai kepelbagaian dan diplomasi budaya. elajar dari Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menunjukkan diplomasi budaya yang kuat dengan P meningkatkan pemahaman antara budaya dan 42 | BENTARALOKA Diplomasi budaya bantu erat hubungan global


YAB-FASILITI BAHARU RINGAN BEBAN PELAJAR OLEH: SOBRI SARIB SINTOK yang menetap di YAB. Inasis YAB sebelum ini tidak mempunyai kemudahan dobi dan hanya menyediakan beberapa mesin basuh di blok menggunakan syiling dan wang ringgit. Kekurangan mesin basuh di inasis ini mengakibatkan pelajar perlu membasuh baju menggunakan tangan atau membasuh di tempat lain yang menyediakan perkhidmatan dobi layan Para pelajar terpaksa pergi ke inasis lain atau dobi luar untuk mencuci pakaian dan ia juga memakan masa dan kos yang banyak. Objektif utama dobi ini dibina adalah untuk memudahkan warga Universiti Utara Malaysia (UUM) terutama pelajarpelajar yang menetap di inasis YAB. Dobi ini diusahakan dan dimiliki oleh Roslan Ismail, 49, bersama adik-beradiknya yang lain iaitu Rehan dan Rafiee. Perniagaan ini adalah hak milik bersama dan adalah hak milik bersama dan merupakan perniagaan bersama keluarga. Syarikat dobi ini juga beroperasi di bawah naungan syarikat R TECH JATI SERVICES SDN BHD. Ibu pejabat utama syarikat ini berpangkalan di Kuala Lumpur. Beliau juga berpengalaman selama 20 tahun dalam mengusahakan perkhidmatan dobi layan diri di seluruh Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Fasiliti tersebut mengambil masa selama enam bulan untuk siap dibina kerana banyak faktor yang perlu dititik beratkan di dalam pembinaan dobi ini. Faktor utama yang perlu diambil berat melibatkan pendawaian elektrik yang besar bagi fasiliti ini. Fasiliti dobi ini telah siap dibina pada pertengahan bulan Mei 2023 dengan kos perbelanjaan sebanyak RM350,000.00. Keunikan dobi yang terdapat di inasis YAB ini menggunakan teknologi terkini iaitu touch screen dan menggunakan e-wallet sepenuhnya manakala dobi di tempat lain masih menggunakan kaedah lama iaitu token dan syiling. Khidmat dobi ini sangat mesra pelanggan dan sangat cepat. Pengguna boleh menggunakan ewallet bagi pembayaran atas talian. Cara pembayaran atas talian menggunakan "touch and go". Pengguna hanya perlu mengimbas QR kod untuk membayar secara atas talian. Dobi tersebut dilengkapi dengan 8 mesin basuh dan 4 pengering baju. Pelembut kain dan sabun pencuci juga disediakan secara percuma khas untuk pengguna-pengguna di YAB. Kadar bayaran dobi layan diri ini juga berpatutan sesuai dengan kemampuan pelajar iaitu RM5 sahaja untuk mencuci dan mengering. Pengguna boleh menambah masa dengan kadar bayaran RM1 sahaja atau lebih sesuai dengan keinginan pengguna. Masa yang diperuntukkan untuk mencuci pakaian adalah selama 26 minit manakala untuk mengeringkan pakaian juga selama 26 minit. Pada waktu menunggu jni, pelajar berpeluang hntuk melakukan aktiviti lain seperti mengulangkaji pelajaran ataupun makan di kafeteria untuk mengisi kekosongan waktu. Cafe YAB merupakan tempat tumpuan aktiviti utama pelajar, kewujudan dobi memudahkan pelajar mencuci pakaian sambil melakukan aktiviti lain seperti makan dan mengulangkaji pelajaran di kafeteria. Pada waktu kemuncak seperti waktu malam kafeteria akan dipenuhi oleh ramai pelajar yang membeli makan malam. Kewujudan dobi ini sedikit sebanyak mengurangkan beban pelajar. Rentetan dari itu, kemudahan ini menggalakkan lagi peniaga-peniaga kecil di kafeteria tersebut untuk berniaga kerana kafeteria inasis YAB akan menjadi satu perhentian para pelajar untuk menjalankan aktiviti harian. Menerusi sesi temu bual bersama Aizat Fadzilah, Pelajar yang menetap di Inasis YAB berpendapat bahawa "saya bersyukur tidak perlu pergi jauh dengan menaiki bas ke V-Mall untuk mencuci pakaian" katanya. Pelajar-pelajar juga berpeluang untuk memanfaatkan dobi baharu sekaligus menjadi generasi pertama yang berpeluang menggunakan dobi. napan Siswa (Inasis) Yayasan Al-Bukhary (YAB) telah mewujudkan satu fasiliti baharu iaitu I kemudahan Dobi untuk kegunaan pelajar-pelajar 43 | BENTARALOKA Dobi Inasisi Yayasan Al-Bukhary


IMRAN BURU GELARAN PEGOLF PROFESIONAL DI PERSADA DUNIA OLEH: ANIS OTHMAN SINTOK persada dunia sebagai pemain golf profesional. Imran mula menceburi sukan golf sejurus selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Ipoh, Perak dan dilatih oleh Nazamuddin Yusof,bekas atlet negara selama empat tahun. Berdasarkan prestasi dalam tiga pertandingan pertama yang disertai, Imran menempah kedudukan dan berada di dalam senarai atlet terbaik untuk ditawarkan bagi menyambung pengajian di UUM oleh Akademi Golf Nasional (AGN). Tiga perlawanan penting yang menjadi sebab utama Imran dapat menyambung pengajian di UUM dan menjadi atlet di UUM berlangsung di Horizon Hills, Johor Bahru, Kelantan Golf Club, Kelantan dan Darul Aman Golf Club, Kedah. Kini, Imran dilatih hebat oleh Wan Rosni Wan Chik, ketua jurulatih UUM National Golf Academy (UUMNGA) dan masih lagi merupakan ahli AGN. Imran mula menyertai perlawanan golf seawal usia 17 tahun dan merupakan pemain golf amatur sehingga usia 25. Di usia 26 tahun, Imran berjaya melayakkan diri untuk berada di kelompok pemain golf profesional hingga kini. Sepanjang karier beliau sebagai atlet golf, Imran telah menyertai kira-kira 15 pertandingan. Menurut beliau, untuk mendapatkan gelaran pemain golf profesional bukanlah satu jalan yang mudah. Setiap pemain golf perlu menjalani ujian sama ada melalui Profesional Golf Malaysia (PGM) ataupun Profesional Golf Association Malaysia (PGAM). Tambahan beliau, sijil profesional yang dikeluarkan oleh PGM hanya sah bagi menyertai pertandingan yang dijalankan di dalam Malaysia sahaja. Namun begitu, sijil profesional yang dikeluarkan oleh PGAM sah untuk diguna pakai bagi menyertai pertandingan bertaraf antarabangsa di negara-negara lain. Kejohanan utama bagi pemain golf amatur ialah Tan Sri Mahyuddin Cup manakala kejohanan utama bagi pemain golf profesional ialah Ahmad Sarji Cup. Keduadua kejohanan ini merupakan kejohanan terbesar di Malaysia dan merupakan kejohanan tahunan bagi sukan golf. erbekalkan azam yang jitu dan teguh, Muhammad Imran Marzuki, 27, seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian dan juga merupakan seorang pemain Bgolf profesional Universiti Utara Malaysia (UUM) bekerja keras untuk mencipta nama di Imran menyertai pertandingan perseorangan dan kemenangan terbaik beliau adalah ketika di kejohanan PGM Danau Championship yang berlangsung di Kuala Lumpur dengan skor terbaik 81, 79 dan 76. Kejuaraan itu menaikkan semangat Imran untuk terus berlatih bagi meningkatkan prestasi dan menambah baik kedudukan sebagai pemain golf profesional. Sepanjang penggal 2023, Imran telah menyertai tiga kejohanan iaitu MENA TOUR, MIRAI CUP dan HILUX CUP. Kini, Imran sedang sibuk membuat persiapan terakhir untuk kejohanan VIOS CUP yang akan berlangsung pada 20 hingga 22 Jun di Templar Park. Selepas menyertai kejohanan di peringkat antarabangsa yang berlangsung di dalam negara untuk tempoh 2 tahun, beliau berharap agar dapat menyertai kejohanan All Thailand Circuit dan juga Asean Tour. PERJALANAN SEBELUM MENJADI PEMAIN GOLF PROFESIONAL Imran 44 | BENTARALOKA


Menjadi seorang pelajar dan atlet bukanlah satu tugas yang mudah. Imran perlu bijak membahagi masa untuk keluarga, pelajaran dan sukan. Setiap hujung minggu, Imran akan mengorbankan masa latihan untuk pulang ke kampung halaman di Kuala Lumpur demi bertemu anak dan isteri tercinta. Dalam melakar nama sebagai pemain golf profesional di mata dunia, Imran kini mula memikul tanggungjawab sebagai Exco Tajaan dan Logistik bagi UUMNGA dan berkhidmat sebagai pembantu pengurus di Bukit Beruntung Golf Club. Impian Imran untuk terus mara di kejohanan bertaraf antarabangsa masih lagi diperjuangkan demi mengajar tujuan utama untuk menjadi pemain golf profesional yang dikenali serata dunia. Besar harapan beliau untuk menjadikan sukan golf sebagai satu kerjaya tetap di masa akan datang. Beliau juga berharap agar dapat terus kekal di dalam sukan ini dan menjadi seorang atlet golf profesional yang terkenal di persada dunia. Menurut beliau, UUMNGA kebiasaannya akan menghantar seramai lima atlet untuk mewakili UUM bagi menyertai pertandingan dan ditaja penuh oleh pihak universiti. Walau bagaimanapun, atlet lain masih bebas untuk menyertai pertandingan dan harus membiayai yuran pertandingan sendiri. Kejayaan atlet golf UUM bukan hanya menaikkan nama universiti, malah turut menaikkan nama UUMNGA dan juga Inasis Yayasan Al-bukhary sebagai penempatan dan penginapan rasmi atlet golf UUM. Inasis Yayasan Al-bukhary tidak asing lagi dikenali sebagai Inasis golfer sejak 2010 dan masih berdiri teguh sehingga hari ini. UUMNGA mula diasaskan pada 2012 dan berkembang kepada Akademi Golf Nasional pada 2016, dan kemudian memperkenalkan Pioneer Bachelor Program pada tahun 2019. CABARAN YANG DIHADAPI Imran di Kejohanan PGM Danau 2022 45 | BENTARALOKA


R SEMARAKKAN KEBERKAHAN BULAN SUCI RAMADAN Program Iftar Jama'ie Laluan C bernilai RM2,500 di surau laluan C, baru-baru ini. Pengarah program, Nor Arsiqin binti Mohd Yusof berkata, pihaknya mengadakan program iftar ini dengan kerjasama Pusat Islam UUM bagi mengambil peluang untuk meraikan hubungan kekeluargaa dan persahabatan dengan menyediakan pelbagai jenis juadah untuk berbuka. Ramadan adalah bulan yang paling ditunggutunggu dan dinanti-nantikan oleh umat Islam. Ramadan adalah bulan suci yang penuh dengan keberkatan di mana setiap muslimin dan muslimat berlumba-lumba untuk menggandakan pahala. Bulan suci Ramadhan merupakan bulan keberkatan untuk bertaubat kerana ia adalah bulan yang penuh keberkatan dan keampunan. Manfaat bulan Ramadhan begitu banyak. Setiap umat Islam pasti akan berlumba untuk melakukan ibadah lain disamping menunaikan kewajipan berpuasa kerana ganjaran pahala yang ditawarkan dari awal hingga akhir bulan mulia ini. Segala amalan akan dilipat gandakan ganjarannya dalam bulan yang suci ini. Oleh yang sedemikian, muslimin dan muslimat dapat melakukan ibadah puasa ini dengan khusyuk apabila mereka mengetahui betapa banyaknya ganjaran pahala yang diperoleh oleh mereka dalam bulan yang suci ini. Puasa bermaksud menahan diri dari makan dan minum dari pagi hingga malam pada bulan Ramadhan. OLEH: NURUL NATASHYA SINTOK amadhan kali ini lebih bermakna buat 300 orang warga pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), apabila mendapat peruntukan Majlis Apabila menjelang Ramadhan, setiap umat Islam mesti mula membuat persiapan untuk menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini. KELEBIHAN BERPUASA DAN JENIS AMALAN YANG BOLEH DIPERBANYAKKAN SEPANJANG BULAN RAMADHAN Pegawai Tadbir Pusat Islam UUM, Ustaz Muhammad Kamil Bin Yazid berkata, Allah SWT menawarkan fadhilat yang berbeza-beza ini kepada mereka yang memperbanyakkan ibadah di bulan Ramadhan. Inilah nikmat yang dikurniakan Allah SWT kepada hamba-Nya dan mereka menggunakan detik ini untuk memperbanyakkan ibadah. "Ramadhan adalah peluang terbaik untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT," katanya. Menurut beliau, umat Islam harus memanfaatkan bulan suci ini untuk melakukan amalan-amalan seperti bersedekah, membaca al-Quran dan bertaubat. Ramadhan bukan sahaja satu ibadah yang memerlukan kesabaran dan menahan lapar dan dahaga, malah ia juga mewajibkan setiap umat Islam menjaga diri daripada perbuatan yang bertentangan dengan Allah SWT,” katanya. Menghadapi ujian Ramadhan, persediaan yang mencukupi pastinya merupakan bekalan yang paling berguna. Dalam pada itu, Ustaz Muhammad Kamil mengatakan, inilah kesempatan untuk kita tingkatkan amal ibadah. Syaitan sudah dikurung, tiada alasan untuk mencari reda Allah, minta kepada Allah dan berdoa kepada-Nya. "Doa dalam bulan Ramadhan adalah paling mustajab jika kita buat dengan bersungguh-sungguh dalam mencari redha-Nya,” jelasnya lagi. Oleh itu, jangan bertangguh, rebut semua peluang sebelum Ramadhan meninggalkan kita. 46 | BENTARALOKA


ibadah puasa dengan sempurna walaupun terpaksa menghadiri kelas seperti biasa demi menjadi insan yang berilmu. Ini termasuk para pelajar di Universiti Utara Malaysia (UUM) yang masih berpusu-pusu untuk ke kelas dengan menaiki bas walaupun dalam keadaan cuaca yang terik sehingga mencecah di antara 35 hingga ke 37 darjah Celcius pada bulan April baru-baru ini. Kebanyakan mahasiswa tidak berdepan dengan sebarang masalah untuk membiasakan diri dengan rutin harian mereka walaupun terdapat perubahan dari segi waktu operasi kafeteria dan penutupan pintu pagar utama sewaktu bulan Ramadhan. PROGRAM IFTAR PADA BULAN RAMADHAN Apabila bercakap tentang bulan Ramadhan, ia boleh dikatakan bahawa Inapan Siswa (INASIS) Yayasan AlBukhary antara salah satu inasis yang aktif ketika bulan tersebut. Hal ini kerana, di Laluan C yang merupakan laluan utama INASIS Yayasan AlBukhary dan INASIS Bank Muamalat, tersergam indah sebuah surau yang dinamakan Surau Laluan C yang terletak bersebelahan dengan Padang INASIS Yayasan AlBukhary. Pada bulan yang mulia itu, Pusat Islam UUM telah mengedarkan makanan dan minuman untuk juadah berbuka secara percuma bagi para pelajar yang menyambut Ramadhan di kampus. Surau Laluan C dijadikan salah satu tempat bagi mereka mengedarkan juadah berbuka, begitu juga dengan Masjid Sultan Badlishah dan Masjid Kachi. Program iftar ini juga terbuka untuk semua pelajar dan kakitangan UUM. Selain itu, pelajar-pelajar juga boleh melakukan solat sunat tarawih secara berjemaah di surau tersebut. PENGALAMAN MAHASISWA MENYAMBUT BULAN RAMADAN DI UUM Bagi penuntut jurusan Ijazah Sumber Manusia dengan Kepujian UUM, Wan Shuhada, 24, tahun ini adalah kali pertama dia menjalani ibadat puasa di kampus dan mengakui bahawa banyak perkara yang dapat dipelajari olehnya. Katanya, berpuasa di kampus telah memberi pengalaman yang sangat berbeza berbanding di rumah kerana menurutnya, dia lebih berdikari ketika puasa di kampus kerana terpaksa menyediakan makanan dan minuman untuk sahur dan berbuka dengan sendiri. “Berpuasa di kampus lebih seronok kerana dapat bersahur, berbuka dan menunaikan solat sunat tarawih bersama rakan-rakan. “Hanya pada bulan Ramadan kami dapat berkumpul sebegini kerana pada bulan yang lain kami membawa haluan masing-masing disebabkan jadual yang sibuk dan berbeza,” tambahnya lagi. KAFETERIA INASIS YAYASAN ALBUKHARY Meskipun pelajar-pelajar diberi makanan dan minuman percuma di Surau Laluan C, juadah di kafeteria INASIS Yayasan AlBukhary tetap menjadi pilihan mereka yang lain. “Sambutan jualan di kafeteria tetap memuaskan, malah lebih ramai yang datang walaupun ketika bulan puasa. Kadang-kadang, kami sampai tidak cukup tangan untuk menguruskan semua pesanan yang dibuat oleh pelajar yang terlalu ramai.” ujar Alia, juruwang di kafeteria INASIS Yayasan AlBukhary. “Ini mungkin juga kerana di kafeteria INASIS Yayasan AlBukhary, terdapat pelbagai jenis juadah yang menarik seperti kuih muih, burger dan masakan panas. Air di sini juga ada banyak pilihan jadi pelajar tidak mudah jemu” ujar beliau lagi. Waktu operasi kafeteria yang fleksibel juga memberi kemudahan kepada pelajar bukan islam kerana mereka tidak perlu tunggu waktu berbuka untuk membeli makanan dan minuman. Kafeteria INASIS Yayasan AlBukhary beroperasi dari pukul 11 pagi, dan tutup seketika untuk menyediakan juadah berbuka dan sambung beroperasi sehingga 12 malam. Jadi semua pelajar dapat membeli makanan pada masa yang ditetapkan. “Saya sangat bersyukur kerana kami masih dapat membeli makanan untuk makan tengahari kerana kebanyakan kafe di sini hanya mula beroperasi apabila waktu berbuka” kata Sugha, salah seorang pelajar berbangsa India yang juga merupakan pelajar yang menetap di INASIS Yayasan AlBukhary. RUTIN RAMADAN YMU: APA WARGA BUAT? OLEH: NUR SYAMIMI SINTOK edatangan bulan yang mulia ini tidak sama sekali menghalang pelajar-pelajar Institusi KPengajian Tinggi (IPT) untuk menjalankan Surau Laluan C yang merupakan salah satu lokasi untuk Program Iftar anjuran Pusat Islam UUM. 47 | BENTARALOKA


Program Kepimpinan yang diadakan bersama barisan Jawatankuasa Pembangunan Siswa INASIS Yayasan Albukhary dan INASIS Bank Muamalat (JKPS YMU) yang telah telah bekerjasama bersama beberapa kelab lain bagi menjayakan program kepimpinan, iaitu rangkaian pelan atau kursus ini dirancang untuk membantu pelajar memperoleh pengetahuan dan kemahiran kepimpinan yang diperlukan untuk memimpin dan menguruskan aktiviti-aktiviti di sekolah dan dalam masyarakat. Program kepimpinan adalah suatu rangkaian pelan atau kursus yang dirancang untuk mengembangkan kemahiran kepimpinan seseorang. PELAN KEPIMPINAN UUM – KEMBANG KEMAHIRAN MAHASISWA. OLEH: JAYA SRI SINTOK Program ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan individu dalam memimpin dan menguruskan sesuatu kumpulan atau organisasi. Tujuan utamanya adalah untuk membantu para peserta agar dapat mengembangkan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi pemimpin yang efektif pada masa hadapan. Panel jemputan, Prof. Sahid Teguh Widodo, S.S., M. Hum., Ph.D guru besar Fakulti Ilmu Budaya Universiti Sebelas Maret Surakarta telah memberi perkongsian semasa program berlangsung pada 9 Mei melalui platform Webex, Facebook Live, INASIS Yayasan AlBukhary (YAB), dan INASIS Bank Muamalat. Sebuah program kepimpinan biasanya melibatkan pelbagai elemen yang dirancang untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran, dan sikap kepimpinan. Kepimpinan: Antara pembangunan kemahiran yang dapat dicapai oleh peserta yang menyertai program ini adalah aspek komunikasi pembangunan kemahiran melalui program ini peserta yang telah menyertai akan mengenali aspek-aspek seperti komunikasi verbal dan bukan verbal, kemahiran mendengar dengan berkesan, pembentangan, dan negosiasi. Seterusnya, kesedaran diri juga dapat dibangunkan kepada mahasiswa dah mahasiswi melalui program tersebut. Program ini dapat mendorong pelajar untuk mengenali kelebihan dan kelemahan mereka dalam isu kepimpinan untuk dipraktikkan pada masa akan. Komunikasi kepimpinan adalah proses yang penting dalam mempengaruhi, memotivasikan, dan mengarahkan orang lain. Sebagai seorang pemimpin, kemampuan untuk berkomunikasi dengan efektif sangatlah penting. Komunikasi efektif dalam kalangan muda adalah sangat penting. Selain itu kepimpinan juga dapat membantu dalam pengurusan konflik dalam mana-mana situasi. Kemahiran dalam menguruskan konflik adalah penting bagi pemimpin. Teknik pengurusan konflik sangat membantu dalam mengelakkan masalah yang mungkin akan berlaku pada masa akan datang. Langkah- langkah pengurusan konflik iaitu mengenal pasti konflik, mengadakan interaksi terbuka, mengumpul data mengenai konflik tersebut, fokus pada masalah penting atau serius, mencari beberapa jalan penyelesaian, memilih jalan penyelesaian yang bagus dan terakhirnya mencuba untuk menyelesaikan konflik tersebut. Bekerjasama dalam pelbagai bidang ini dapat melibatkan lebih banyak pemimpin atau kemahiran kepimpinan tersendiri dari negara-negara Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) untuk bekerjasama dalam pelbagai bidang ini. Antara aspek yang penting dalam kepimpinan ASEAN muda adalah diplomasi budaya. Hal ini kerana, untuk memperkuat hubungan antara negara-negara ASEAN melalui pengenalan dan pemahaman terhadap budaya masing-masing. Tujuan memperkuatkan diplomasi budaya antara kalangan muda ASEAN, dapat menciptakan ikatan yang lebih erat di antara negara-negara anggota. Program ini juga dapat mengembangkan pemahaman masingmasing dengan lebih baik dan memperkuatkan solidariti dan integrasi budaya di seluruh Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Dengan itu, sudah tentu program yang diadakan oleh pihak berkenaan dapat menggalakkan semua mahasiswa dan mahasiswi meningkatkan kepimpinan yang efektif dan menjaga kelompok atau sesebuah organisasi dengan terjamin dan efektif dengan menggunakan nilai-nilai, dan budaya yang telah dipegang secara mendalam. 48 | BENTARALOKA Peserta dan penceramah kepimpinan


BIJAK URUS MASA ANTARA SUKAN DAN KOR SUKSIS B PENCAPAIAN OLEH: NISA RASHID SINTOK ergelar seorang pelajar bukanlah sesuatu yang mudah. Namun itu bukanlah satu penghalang buat Nor Suhadah Binti Mohamad, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian, Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk terus bergiat aktif. Suhada, 22 atau lebih dikenali sebagai Sue merupakan seorang pelatih KOR Sukarelawan Siswa Siswi (SUKSIS) dan juga turut mewakili UUM dalam sukan bola baling. “Saya ingin menyertai pasukan Kor SUKSIS kerana saya berminat dengan badan beruniform dan ingin bergelar seorang pegawai polis seperti inspektor.” “Rasanya, tidak salah juga sekiranya saya ingin mengikut jejak langkah ayah saya yang juga merupakan seorang anggota badan beruniform negara” ujarnya lagi. Gadis kelahiran Pengkalan Hulu, Perak ini memulakan minatnya dalam permainan bola baling sejak dari umur 12 tahun lagi. Katanya, sukan tersebut merupakan sukan pertama yang diperkenalkan kepadanya. Menurut Sue lagi, beliau akan menjadikan perkara pertama yang hadir dalam diri sebagai minatnya. “Saya akan kejar minat saya sehingga saya betul-betul puas. Selagi ada peluang untuk capai minat saya, saya akan ambik peluang itu sehabis boleh dan memanfaatkannya” katanya. Hasil daripada sifatnya yang optimis dan bersungguh-sungguh, pasukan Northern Panthers UUM berjaya merangkul gelaran naib juara di Mini Tournament Alor Setar yang bertempat di Alor Setar Futsal Court. Bukan itu sahaja, pasukan ini juga turut memenangi tempat kelima di Telok Kumbar Tournament. Bertempat di Dewan Wisma Adnan Saidi, Palapes, beliau telah dilantik menjadi Timbalan Presiden Wanita bagi sesi 2022/2023. Memperoleh 63 undian daripada 90 undian, iaitu terdiri daripada 58 undian daripada pelatih senior dan 32 undian daripada pelatih junior. Hal ini telah membuatkan diri beliau layak untuk memegang jawatan besar itu. Kemampuan beliau tidak dapat disangkal lagi apabila beliau turut dipilih sebagai Pelatih Terbaik Wanita di SUKSIS INTEGRATION CHALLENGE (SIC) bagi sesi 2021/2022. Nor Suhada Binti Mohamad 49 | BENTARALOKA


Click to View FlipBook Version