”Saya telah terpilih kerana saya berani tampil kehadapan, berani memberi perintah dengan baik, berani menunjukkan kebolehan diri dan sangat aktif dalam menjalankan semua halangan” katanya lagi. Antara pencapaian lain, Sue berjaya memenangi tempat ketiga dalam acara badminton bagi kategori perseorangan wanita dalam Sukan Antara Suksis Zon Utara (SUTRA) bagi sesi 2021/2022. PERKONGSIAN TIPS KEJAYAAN Menerusi perkongsian bersama Sue, beliau turut menyatakan bahawa pembahagian masa tidak menjadi masalah untuknya. Bagi beliau, masa latihan dan belajar adalah pada waktu yang berbeza. Oleh itu, mudah baginya untuk membahagikan masa antara semua perkara itu. Bagi saya, perkara yang paling penting sekali ialah kita perlu bijak mengutamakan perkara yang penting dahulu. Dengan cara ini, kita akan mampu untuk terus bergiat aktif dalam apa jua bidang yang diminati.” “Jangan banyak memberi alasan, jangan malas, dan jangan buang masa. Jika diamalkan tiga perkara ini, Insya-Allah semuanya akan berjalan lancar” tambahnya lagi. Sue juga turut mengingatkan bahawa rehat fizikal dan mental itu sangat diperlukan oleh seorang pelajar. Tidak cukup rehat akan menyebabkan kita kurang fokus dalam setiap perkara yang kita lakukan. Beliau turut berpesan untuk mengejar citacita dengan penuh semangat dan keyakinan. Jangan pernah berputus asa walaupun banyak rintangan yang perlu dilalui. Pasukan Northern Panthers Pasukan Kor SUKSIS UUM 50 | BENTARALOKA
SUKAN MEMBANTU MAHASISWA BERGIAT AKTIF OLEH: SARVESNEE SINTOK fokus terutama dalam kalangan belia. Ramai belia pada hari ini tidak lagi berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Mereka hanya meluangkan masa mereka dengan alatalat elektronik seperti telefon pintar, komputer dan sebagainya. Ini menunjukkan, minat para belia terhadap sukan seringkali menurun. P ada era moden ini, sukan merupakan salah satu bidang yang perlu diberi perlu diberi Perkara ini amat membimbangkan. Sukan memainkan peranan penting dalam pembangunan dan perkembangan pelajar dari segi fizikal dan juga mental. Penglibatan dalam sukan menawarkan banyak faedah. Oleh itu, pelajar perlu menyedari faedah bersukan. Antara faedah bersukan dalam kalangan mahasiswa adalah memberi kecergasan fizikal. Hal ini akan membantu pelajar untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat dan juga aktif. Aktiviti sukan yang kerap dapat membantu dalam pencegahan yang merupakan isu besar dalam kalangan belia Malaysia. Selain itu, sukan mempunyai kesan yang baik terhadap kesihatan mental kerana aktiviti ini membantu untuk mengurangkan tekanan serta membina kesejahteraan emosi. Aktiviti sukan seperti senaman, dapat mencetuskan pengeluaran endorfin, yang secara semula jadi meningkatkan perasaan seseorang. Hal ini dapat membantu mengurangkan kebimbangan, kemurungan dan gangguan kesihatan mental lain yang biasa dihadapi oleh mahasiswa. Mengambil bahagian dalam aktiviti sukan dapat meningkatkan prestasi akademik mahasiswa. Menurut satu kajian, senaman yang konsisten mampu meningkatkan kapasiti fokus. Bermain sukan boleh meningkatkan kejelasan mental, yang boleh menggalakkan produktiviti mahasiswa. Oleh yang demikian, Biro Sukan dan Rekreasi dari INASIS Bank Muamalat UUM, telah mengambil satu inisiatif untuk meningkatkan kesedaran mahasiswa UUM terhadap sukan dengan mengajurkan Program Athlete Night Talk. Sesi perkongsian Cik Shazwana Ajak di Dewan Mawar 54 | BENTARALOKA Program Athlete Night Talk program ini telah berlangsung pada 28 November yang lalu di Dewan Mawar UUM dengan menjemput Cik Shazwana Ajak atlet Silat Olahraga Malaysia yang terkenal sebagai penceramah jemputan untuk program tersebut. Pengarah program, Nur Fatin berkata, program ini dianjurkan untuk menggalakkan mahasiswa UUM untuk menceburi bidang sukan dan pendedahan mengenai pengurusan masa sebagai seorang atlet dan juga pelajar.
Seramai 50 orang telah terlibat dalam Program Athlete Night Talk ini termasuk Encik Ilyas Soffian , Pengetua bagi Inapan Siswa INASIS Yayasan AlBukhary (YAB) & Bank Muamalat, En Farhan Ismail, Penolong Pengetua INASIS Bank Muamalat, En Muhammaf Hafidz baharudin, Penolong Pengetua INASIS Bank Muamalat, felo-felo INASIS Bank Muamalat serta mahasiswa UUM. Program ini mengandungi sesi perkongsian bersama Cik Shazwana Ajak iaitu atlet Silat Olahraga Malaysia. Beliau telah menjelaskan bahawa pelajar mestilah bijak dalam mengurus masa dan meluangkan masa dengan lebih berfaedah. Pencapaian: Beliau juga telah mengkongsikan pengalaman beliau semasa menjuarai beberapa pingat buat negara Gold dalam Sea games 2017, Silver World Champ 2022, Silver Sea games 2022, Silver Asian Championship 2019 dan sebagainya. Beliau juga mengongsikan beberapa strategi kepada para pelajar. Cik Shazwana Ajak telah menekankan cara untuk menguruskan masa sebagai seorang pelajar dan juga sebagai seorang atlet. “Kunci kejayaan sebagai atlet dan juga sebagai pelajar ialah disiplin dalam menguruskan masa.” ujar beliau. Poster program Atlet Night Talk Seterusnya, bagi sesi yang kedua terdapat aktiviti cabutan bertuah dan sesi soal jawab bersama Cik Shazwana Ajak. Beliau telah memberikan komitmen yang sepenuhnya sepanjang Program Athlete Night Talk ini. Kedatangan dan gaya penyertaan beliau dalam program in menonjolkan imej beliau dalam kalangan para mahasiswa UUM. penglibatan beliau dalam menjayakan program ini dapat meningkatkan imej dan reputasi INASIS Bank Muamalat dan UUM.
OLEH: MUHD FAIZ 3K BUKA PELUANG MAHASISWA CEBURI BIDANG SENI K Karnival ini bertujuan untuk mempersembahkan pelbagai unsur budaya, seni dan keusahawanan yang wujud di sekitar UUM. Dalam acara ini, peserta dan pengunjung akan datang mengunjung untuk meraikan kekayaan budaya yang wujud di Malaysia dan juga melihat betapa pentingnya kreativiti dan inovasi dalam dunia keusahawanan. Mohamad Azri Bin Abdullah, Pengarah 3K menyatakan, “Karnival Kebudayaan, Kesenian dan Keusahawanan direka khusus untuk memastikan ciri khas budaya seni bangsa dipelihara, dihayati dan menarik perhatian generasi muda.” arnival Kebudayaan, Kesenian dan Keusahawanan (3K) Universiti Utara Malaysia bertujuan untuk menciptakan ikatan yang SINTOK lebih kuat dengan mahasiswa, staf, dan masyarakat sekitar. Acara ini dapat memberikan pengalaman yang menyenangkan dan inspiratif bagi semua peserta. 3K merupakan program tahunan yang berfokus kepada pembangunan pelajar sejak 2008. 3K telah terbukti memberi impak secara berkala untuk memupuk semangat kekitaan terhadap budaya dan kesenian kita, generasi kini yang kian berkurang. TUJUAN PROGRAM Ahli jawatankuasa (INDUK) KARNIVAL 3K IMPAK POSITIF “Program ini merupakan nilai tambah dalam memberi peluang kepada pelajar untuk menimba ilmu dan pengalaman yang secara tidak langsung sebagai usaha membentuk insan yang berprestasi tinggi dan professional dalam masyarakat” ujarnya lagi. Program 3K ini merupakan program utama dibawah pengawasan Pusat Budaya dan Seni. Program ini berjaya dijalankan dengan penyertaan beberapa kelab di bawah kluster kebudayaan. Sebanyak 10 kelab mengadakan program selari dengan perlangsungan 3K. 51 | BENTARALOKA
Program ini dijalankan di bawah Pusat Budaya dan Seni (PBS) yang berlangsung di kawasan PBS ialah Dataran Budaya yang menjadi keutamaan program, Dewan Budi Siswa, Dewan Student Accomondation Centre (SAC) dan Auditorium SAC. Pelbagai program dilaksanakan dibawah pengurusan kluster pusat budaya. Antaranya kelab yang terlibat adalah kelab bidasari yang mengadakan program International Folk Aerodance dan kelab Teater Warna iaitu program Penulisan Skrip dan Pengarahan Teater. Selama lima hari program berlangsung, program 3K telah mendapat sambutan sangat baik daripada pelajar UUM sendiri mahupun orang luar. Suasana ketika program berlangsung sangat meriah ditambah pula dengan kehadiran beberapa artis jemputan daripada sub-program yang menyajikan beberapa lagu yang tidak tenggelam zaman. Kebudayaan dan kesenian terserlah lagi apabila wujudnya menampilkan pelbagai persembahan seni tradisional dan kontemporari yang merangkumi tarian dan muzik. Pelajar UUM akan bertindak sebagai peserta dan penghibur dalam persembahan ini, menunjukkan bakat mereka dalam mengekalkan dan mengembangkan budaya tempatan serta menggabungkannya dengan elemen moden. Tarian yang disajikan adalah berbentuk tarian rakyat dimana lagu yang dipilih dan koreografi tarian adalah mudah diikuti dan meriah untuk membangunkan lagi suasana ketika pembukaan program karnival 3K. Selain persembahan seni, karnival juga menampilkan pameran keusahawanan, di mana pelajar dan alumni UUM mahupun artis terkenal akan mempamerkan produk dan inovasi mereka. Pameran ini memberi peluang kepada usahawan muda untuk mempromosikan perniagaan mereka, berkongsi pengetahuan dan membuat hubungan dengan rakan kongsi perniagaan yang berpotensi. Zhiddin Aziz antara artis tiktok yang terkenal dengan kebijaksanaan berbahasa turut menyertai program 3K ini sebagai moderator sub program dan juga berjaya membuka boothnya untuk menjual buku yang berjudul “Wejangan Sedaghe”. Kehadiran jejaka tersebut telah menarik orang ramai untuk mengunjungi program utama tersebut. Bukan setakat itu, terdapat juga gerai-gerai yang menjual makanan, aksesori dan barangan keperluan dikawasan Dataran Budaya. Tarikan kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk membeli keperluan mereka. Program ini dijalankan adalah untuk menggalakan pembangunan minda rakyat Malaysia yang menghargai nilai perpaduan dan keharmonian kaum dalam kalangan mahasiwa dan mahasiswi UUM. Selain itu, semangat kecintaan terhadap warisan seni budaya juga ditekankan untuk mengemblengan sumbangsaran idea kreatif dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi merangkumi pelbagai kaum yang wujud. 52 | BENTARALOKA
Hadirin yang tiba di kawasan program berlangsung kelihatan gembira dengan persembahan dan tarian yang ditonton mereka. Turut juga makanan yang menjadi tumpuan utama sebagai snek untuk bersantapan ketika menonton persembahan kebudayaan menarik. Diharapkan Karnival Kebudayaan, Kesenian dan Keusahawanan UUM akan menjadi acara yang memberi inspirasi dan memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada semua peserta dan pengunjung. Semua pihak diharapkan dapat mengamalkan konsep kemasyarakatan MADANI. Zhiddin berswafoto bersama AJK 53 | BENTARALOKA