Contoh 2
Deposit semasa asal(utama) ialah cek bernilai
RM10 000
Nisbah Rizab 20%
jumlah penawaran wang =deposit semasa asal X pengganda
=RM10 000 X 5
=RM50 000
UNIT EKONOMI AE025
d had-had proses penciptaan kredit
Kesan penggandaan wang terhadap pertambahan
bekalan wang akan terganggu jika,
a. Bocoran wang tunai berlaku
b. Kesukaran mendapatkan peminjam
c. syarat pinjaman yang ketat
d. Keinginan untuk menjaga keutuhan bank
e. suasana pelaburan yang tidak baik
UNIT EKONOMI AE025
a. Bocoran wang tunai berlaku
• Bocoran berlaku apabila peminjam
tidak memasukkan semula wang yang
dipinjam ke dalam akaun semasanya.
• Sebaliknya cek tersebut ditunaikan dan
digunakan sebahagian atau sepenuhnya
untuk berbelanja. Keadaan ini akan
mengurangkan keupayaan bank
mencipta wang.
UNIT EKONOMI AE025
b. Kesukaran mendapatkan peminjam
Jika orang ramai lebih gemar memegang
wang tunai berbanding dengan
memasukkan wang tunai ke dalam
akaun semasa, deposit semasa di bank
perdagangan akan berkurang.
UNIT EKONOMI AE025
c. Syarat pinjaman yang ketat
Pelabur yang ingin meminjam mungkin
tidak dapat menyediakan cagaran yang
dikehendaki oleh bank. Oleh itu bank
perdagangan tidak dapat meluluskan
permohonan pinjaman pelabur yang
menghadapai masalah mengadakan
cagaran. Akibatnya proses penggandaan
wang akan terhalang.
UNIT EKONOMI AE025
d. Keinginan untuk menjaga keutuhan bank
Sekiranya bank perdagangan terpaksa
memegang lebih banyak harta cair
seperti wang tunai dan sekuriti jangka
pendek bagi memenuhi keperluan
pelanggan, bank perdagangan akan
menaikkan rizab mudah tunai.
Jumlah pinjaman akan berkurang dan
keupayaan bank perdagangan untuk
mencipta kredit akan turut berkurang.
UNIT EKONOMI AE025
e. Suasana pelaburan yang tidak baik
• Semasa kemelesetan ekonomi, pelabur
kurang berminat melabur. Oleh itu pelabur
kurang minat untuk meminjamkan wang
daripada bank perdagangan.
• Jika kadar faedah bank dinaikkan, maka
pelabur juga kurang berminat untuk meminjam
wang daripada bank perdagangan.
• Lebihan rizab bank perdagangan yang tidak
dipinjamkan akan mengurangkan jumlah
deposit semasa yang dapat dicipta.
UNIT EKONOMI AE025