1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (AMBILAN JUN 2022 SEMESTER 3) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 1 (PRKA3151) DISEDIAKAN OLEH NAMA PELAJAR NURUL HUSNA BINTI YUSOF ANGKA GILIRAN 2022192340161 NO. KAD PENGENALAN 030717-03-0838 KUMPULAN/ UNIT A7/ PISMP KOD/ NAMA KURSUS PRKA3151/ PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 1 NAMA PENSYARAH PUAN NOR AFIZAH BINTI MOHD NOOR TARIKH HANTAR 3 JULAI 2023 TARIKH TERIMA MAKLUM BALAS DARIPADA PENSYARAH
2 KANDUNGAN KANDUNGAN................................................................................................................... 2 1.0 Maklumat Penempatan...................................................................................... 6 1.1 Surat Rasmi Pelaksanaan PBS1 ...................................................................... 6 1.2 Surat Pengenalan Diri........................................................................................ 8 2.0 Biodata Pelajar ......................................................................................................... 9 3.0 Pernyataan Profesional........................................................................................ 10 3.1 Pernyataan Sebelum PBS................................................................................ 10 3.2 Semasa PBS........................................................................................................ 11 3.3 Selepas PBS........................................................................................................ 12 3.4 Laporan Pelaksanaan Aktiviti Yang Difokus............................................... 14 4.0 Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan .................................... 17 4.1 Pemerhatian ........................................................................................................ 17 4.2 Senarai Semak.................................................................................................... 25 4.4 Temubual.............................................................................................................. 27 5.0 Kolaboratif ............................................................................................................... 33 6.0 Ilmu Pengetahuan Baru........................................................................................ 49 6.1 Pemerhatian ........................................................................................................ 49 6.2 Senarai Semak.................................................................................................... 49 6.3 Temubual.............................................................................................................. 50 7.0 Refleksi..................................................................................................................... 51 8.0 Laporan Akhir ......................................................................................................... 54 RUJUKAN ....................................................................................................................... 56 LAMPIRAN...................................................................................................................... 57
3 LAMPIRAN I BORANG SEMAKAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) Nama Pelajar NURUL HUSNA BINTI YUSOF No. KP 030717-03-0838 Program PISMP Kumpulan A7 Ambilan JUN 2022 Bidang Teras BAHASA MELAYU Elektif Teras SEJARAH Fasa PBS 1 / 2 3 Tempoh PBS 11 JUN 2023 SEHINGGA 12 JUN 2023 Nama Sekolah SEKOLAH KEBANGSAAN MULONG 1 TAHAP PENCAPAIAN **Tanda jika berken Item Aspek Lengkap Tidak Lengkap Catatan 1. Kehadiran 2. Laporan Perkembangan Pelajar 3. Portfolio individu 4. Kerja Kursus PBS KEPUTUSAN: LENGKAP TIDAK LENGKAP Dengan ini diperakui bahawa pelajar telah Melengkapkan/Tidak Melengkapkan keperluan PBS Tandatangan: Nama: Tarikh:
4 LAMPIRAN 2-10 KANDUNGAN PORTFOLIO PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Diisi oleh Penilai) Bil Tajuk Item Tandakan 1 Maklumat Penempatan 1.1 Surat Pengenalan Diri 2 Biodata 2.1 Nama IPGK 2.2 Gambar 2.3 Nama Pelajar 2.4 No. Kad Pengenalan 2.5 Alamat tetap 2.6 No. Telefon dan E-mel 2.7 Ambilan dan Pengkhususan 2.8 Tahun dan Semester : Tahun___ Semester____ 2.9 Tarikh PBS: 3 Pernyataan Profesional / Kontrak Aktiviti (Lampiran 1-1) 3.1 Pernyataan sebelum PBS 3.2 Laporan pelaksanaan aktiviti yang difokus 4 Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan (pilih yang sesuai) 4.1 Pemerhatian 4.2 Senarai semak 4.3 Temu bual 4.4 Soal selidik 5 Kolaboratif (Lampiran 1-3) 5.1 Perbincangan dengan pengurus sekolah 5.2 Perbincangan dengan guru-guru lain 5.3 Perbincangan dengan kakitangan sekolah 5.4 Interaksi dengan murid 5.4 Perbincangan dengan komuniti sekolah 6 6.1 Pemerhatian 6.2 Senarai semak
5 Ilmu / Pengetahuan Baru Melalui 6.3 Temu bual 7 Refleksi (Lampiran 1-5) 7.1 Aktiviti 7.2 Perbincangan/Interaksi 8 Laporan Akhir Ulasan Penilai: _________________________________________________________________ _____ _________________________________________________________________ _____ Tandatangan : ________________________ Tarikh: _________________ Nama : ________________________
6 1.0 Maklumat Penempatan 1.1 Surat Rasmi Pelaksanaan PBS1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU Peti Surat 11029 Jalan Pantai Baru Telefon 03-2281 4400 59990 KUALA LUMPUR No. Faks 03-2281 4444 Laman Web "1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" Ruj. Kami IPGKBM/UPRAK/13/401/043 Jidf (g ) Tarikh 02 Jun 2023 Guru Besar SK/SJKT/SJKC (Senarai dalam Lampiran) Tuan, PELAKSANAAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 1 (PBS 1) PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) INSTITUT PENDIDIKAN GURU AMBILAN JUN 2022 Perkara di atas dengan segala hormatnya dirujuki. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah tuan dipilih untuk penempatan pelajar bagi pelaksanaan Pengalaman Berasaskan Sekolah 1 (PBS 1) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan Jun 2022 yang sedang mengikuti pengajian di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM).
7 3. Untuk makluman tuan, tarikh pelaksanaan PBS 1 ialah dari 11/12 hingga 22123 Jun 2023 (2 minggu). Pihak Jabatan Pelajaran Negeri juga telah dimaklumkan tentang pelaksanaan PBS 1 oleh Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia. Maklumat pelajar yang akan melaporkan diri di sekolah tuan bagi menjalani PBS 1 dilampirkan bersama. 4. Kerjasama pihak tuan dimohon untuk mengesahkan kehadiran pelajar dalam Borang Kehadiran PBS dan menilai kemajuan pelajar menggunakan Borang Laporan Perkembangan Pelajar seperti yang dilampirkan. Borang Kehadiran PBS dan Borang Laporan Perkembangan Pelajar hendaklah dikembalikan ke Unit Praktikum IPGKBM melalui pelajar sebaik tamat PBS 1. Pihak institut memohon kerjasama pihak tuan untuk memaklumkan kepada kami dengan kadar segera jika pelajar tidak hadir ke sekolah semasa PBS 1 untuk tindakan selanjutnya. Sekiranya pihak tuan/puan memerlukan maklumat lanjut tentang perkara di atas, bolehlah menghubungi En. Mohd Saifudin bin Mat Piah (Ketua Unit Praktikum) di talian 03-22814410 samb 4506 atau e-mel; [email protected]. Kerjasama dan perhatian pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. "MALAYSIA MADANI" "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Saya yang menjalankan amanah, (HAJAH N ILAH BINTI OSMAN B.c.K) Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Lembah Pantai 59990 Kuala Lumpur
8 1.2 Surat Pengenalan Diri
9 2.0 Biodata Pelajar
10 3.0 Pernyataan Profesional 3.1 Pernyataan Sebelum PBS Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan program yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan memberi peluang kepada pelajar meneroka budaya sekolah sebagai institusi pendidikan dan memahami profesion perguruan di sekolah. PBS dilaksanakan melalui pemerhatian, interaksi dengan pihak sekolah serta penelitian dokumen. Saya telah ditugaskan untuk menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 1 selama dua minggu iaitu bermula dari 11 Jun 2023 sehingga 22 Jun 2023. Pelaksanaan PBS ini adalah pengalaman saya buat kali pertama secara bersemuka sebagai seorang guru pelatih PISMP Ambilan Jun 2022 di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Sekolah Kebangsaan Mulong yang terletak di Jalan Kuala Krai, Kota Bharu, Kelantan telah dijadikan tempat pilihan untuk saya jalani PBS. Pemilihan lokasi sekolah bagi menjalankan PBS adalah berdasarkan jarak yang berdekatan dengan rumah saya iaitu sejauh 2.7 km dan perjalanan mengambil masa selama 10 minit sahaja. Sebelum PBS dilaksanakan, semua pelajar PISMP Ambilan Jun 2022 telah menghadiri taklimat pentaksiran berterusan kursus Pengalaman Berasaskan Sekolah 1 yang disampaikan oleh Dr. Zabedah binti Mohammed selaku pensyarah Unit Praktikum pada 9 Jun 2023 2.30 petang melalui pelantar Google Meet. Taklimat merangkumi perkara penting yang perlu dilakukan oleh guru pelatih supaya dapat menghasilkan tugasan yang lengkap,dan sistematik.
11 Seterusnya, fokus utama tugasan adalah untuk mendedahkan pelajar kepada kecekapan pengurusan dan pentadbiran sekolah yang meliputi pengurusan kurikulum, pengurusan hal ehwal murid, pengurusan kokurikulum serta penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam pengurusan sekolah. Selain itu, PBS juga bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar meneroka maklumat dengan lebih mendalam berkaitan dasar pendidikan masa kini yang diterapkan di sekolah dari aspek kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum dan komuniti melalui program-program yang dianjurkan di sekolah. Maka, kami perlu membahagikan masa selama dua minggu untuk mengumpul maklumat melalui pemerhatian, temu bual dan senarai semak terhadap suasana, budaya dan pengurusan sekolah. Oleh itu, guru pelatih dapat membina kemahiran inkuiri serta meningkatkan pemikiran kreatif dan kritis sebagai persiapan menjadi guru sebenar. 3.2 Semasa PBS Semasa PBS, beberapa pemerhatian telah saya lakukan mengenai sekolah yang menjadi pilihan penempatan untuk menjalani PBS. Pengurusan sekolah menjadi fokus kajian dan berdasarkan maklumat yang dikumpul, pentadbiran sekolah dikendalikan oleh 4 orang pentadbir yang berdedikasi untuk memastikan urusan berkenaan sekolah berjalan lancar. Antaranya ialah Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Kokurikulum. Saya mendapati bilangan guru di sekolah ini adalah seramai 52 orang yang majoritinya guru perempuan melebihi bilangan guru lelaki. Melalui pemerhatian terhadap bilik darjah, setiap kelas mepunyai 4 kelas yang disusun secara berbeza untuk setiap tahun. Susunan bilik darjah kebanyakannya didahului meja murid dan meja guru diletakkan di belakang untuk memudahkan guru mengawal murid-murid semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
12 Di samping itu, saya turut melaksanakan tugasan dengan memerhati cara pengajaran dan menemu bual guru kelas 6 Tekun untuk mengetahui pelaksanaan kurikulum sekolah. Selain itu, saya juga mengikuti program yang dianjurkan di sekolah seperti mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) 2023 yang diadakan di dewan Sri Mulong untuk mendapatkan maklumat berkaitan dasar pendidikan masa kini yang diterapkan di sekolah. Bukan itu sahaja, saya juga melakukan pemerhatian terhadap infrastruktur dan kemudahan serta budaya murid dan guru di sekolah dengan mendokumentasi gambar sebagai bahan sokongan tugasan. 3.3 Selepas PBS Selepas PBS, saya mengemaskini dan menyusun maklumat yang telah dikumpul semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah dengan menyemak semula senarai semak bagi memastikan maklumat disusun dengan lengkap. Melalui PBS ini juga saya memperoleh pengetahuan baru yang mampu membantu saya bersedia untuk menghadapi alam kerjaya sebagai guru pada masa hadapan. Antaranya adalah cara guru menarik minat murid dalam proses PdP iaitu melalui didik hibur seperti berlakon semasa berbincang mengenai sesuatu tajuk dalam proses PdP. Selain itu, pelbagai program dianjurkan di sekolah bagi membina keseimbangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial murid serta menerapkan sikap pengetahuan, sikap kepimpinan dan nilai murni ke dalam diri murid. Selain itu, saya mempelajari cara mengurus masalah disiplin murid dengan menggunakan psikologi dalam pendidikan melalui penerangan dan nasihat Penolong Kanan Pentadbiran. Beliau menyatakan strategi PdP yang mampu menarik minat murid dengan memanipulasi emosi murid terlebih dahulu sebelum memulakan PdP. Beliau sentiasa mengingatkan saya bahawa menjadi seorang guru bukanlah mudah namun demi melahirkan murid yang berwibawa, seorang guru perlulah menguasai kemahiran-kemahiran tertentu untuk menjadi seorang pendidik yang berdedikasi. Tambah beliau lagi, tiada perkara mudah di dalam dunia ini dan tiada perkara yang terlalu sukar untuk kita tempuhi.
13 Bukan itu sahaja, saya dapat menyimpulkan bahawa pengurusan sekolah yang sistematik dan efisien merupakan pemangkin paling penting untuk meningkatkan pembangunan sahsiah murid dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan emosi seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, keterampilan guru sebagai strategi menarik perhatian murid juga mampu dijadikan panduan untuk saya aplikasikan pada masa hadapan. Murid akan terdorong untuk sentiasa ke sekolah kerana persekitaran sekolah yang memberikan impak positif terhadap murid untuk menimba ilmu. Kemudahan dan infrastruktur yang mencukupi juga mampu menyediakan pembelajaran yang terbaik untuk murid belajar secara efektif melalui penggunaan bilik-bilik khas dan peralatan sekolah. Jelaslah, murid dan guru dapat memberikan komitmen sepenuhnya terhadap peningkatan kualiti sekolah tanpa halangan.
14 3.4 Laporan Pelaksanaan Aktiviti Yang Difokus. Berpandukan senarai semak yang disediakan, saya telah melaksanakan aktiviti yang dirancang semasa menjalankan PBS. Pelbagai aktiviti dilakukan melalui interaksi dengan pihak sekolah serta murid seperti berikut: Bil. Tarikh Tindakan 1. 11 Jun 2023 (Ahad) • Melapor diri kepada pengawal keselamatan. • Pengawal keselamatan membawa saya berjumpa GPK Hal Ehwal Murid. • GPK Hal Ehwal Murid meminta saya berjumpa Guru Besar. • Melapor diri kepada Guru Besar. • Guru Besar memperkenalkan saya dengan guru dan staf sekolah. • Guru besar memperkenalkan guru panitia bahasa Melayu sebagai guru pembimbing saya. • Penyerahan buku Manual Pengurusan Sekolah oleh GPK Pentadbiran. • Menghadiri perhimpunan rasmi. • Melawat sekitar sekolah dan mengambil gambar. 2. 12 Jun 2023 (Isnin) • Mengumpul maklumat sekolah - Sejarah sekolah - Carta organisasi sekolah - Kemudahan di sekolah • Pemerhatian terhadap program RMTS. • Mendokumentasi suasana program RMTS. • Mendapatkan maklumat tambahan sekolah melalui guru data dan maklumat melalui Puan Wan Nafisah binti Wan Abdul Rahman. • Mendokumentasi persekitaran sekolah. 3. 13 Jun 2023 (Selasa) • Melakukan pemerhatian terhadap proses
15 PdP yang dijalankan di dalam bilik darjah dan kelas pemulihan. • Menemu bual guru bahasa Melayu 6 Tekun, Encik Yusoff bin Ahmad. • Mendokumentasi suasana bilik darjah. • Melakukan pemerhatian terhadap keselamatan dan pengurusan kehadiran murid ke sekolah. • Temu bual pengawal keselamatan. • Mengemaskini laporan. 4. 14 Jun 2023 (Rabu) • Mendokumentasi tentang kawasan pondok keselamatan. • Sarapan bersama guru-guru. • Berinteraksi dengan murid berkaitan program RMTS dan MBMMBI. • Temu bual GPK Kokurikulum, Encik Rosli bin Ab. Rahman. • Mendokumentasi gambar aktiviti kokurikulum. 5. 15 Jun 2023 (Khamis) • Menghadiri program bacaan Yasin. • Menemu bual Guru Penyelaras RMTS, Puan Arini binti Zakaria. • Mendokumentasi gambar murid yang menerima RMTS. 6. 18 Jun 2023 (Ahad) • Menghadiri perhimpunan rasmi. • Menemu bual Guru besar, Puan Rosliza binti Ismail. • Meneliti dokumen pengurusan sekolah. • Mendokumentasi dokumen pengurusan sekolah. • Menemu ramah GPK Hal Ehwal Murid, Encik Muhammad Amali bin Arifin. • Mendokumentasi gambar program anjuran Jabatan Hal Ehwal Murid.
16 7. 19 Jun 2023 (Isnin) • Menemu bual GPK Pentadbiran, Encik Mohamad Razi bin Mohamad Nor. • Mendokumentasi gambar berkaitan pentadbiran dan kurikulum sekolah. • Meneliti dokumen pengurusan kurikulum. 8. 20 Jun 2023 (Selasa) • Mendokumentasi bilik-bilik khas dan sudut-sudut khas sekolah. • Melakukan pemerhatian terhadap pelaksanaan aktiviti pendidikan jasmani. • Menghadiri mesyuarat PIBG. • Mendokumentasi gambar berkaitan mesyuarat PIBG. 9. 21 Jun 2023 (Rabu) • Menemu bual guru Panitia Bahasa Inggeris berkaitan program MBMMBI. • Mendokumentasi gambar berkaitan program MBMMBI. • Mengemaskini laporan tugasan. 10. 22 Jun 2023 (Khamis) • Menghadiri program bacaan Yasin. • Menghadiri majlis pertukaran Puan Naziha binti ke SK Seberang Pasir Mas. • Menyerahkan borang laporan perkembangan pelajar dan borang kehadiran Pengalaman Berasaskan Sekolah. • Bersalam-salaman dengan guru-guru dan memberi cenderahati kepada pihak sekolah.
17 4.0 Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan 4.1 Pemerhatian Melalui pemerhatian terhadap suasana sekolah, bilik khas sekolah, kemudahan dan infrastruktur sekolah, sudut-sudut khas sekolah, proses pengajaran di dalam bilik darjah, susunan dan kemudahan bilik darjah serta ruang keceriaan sekolah dan pemangkin motivasi, pendokumentasian gambar-gambar berkaitan dilakukan sebagai instrumen untuk melengkapkan tugasan. Saya mendapati bahawa kemudahan dan infrastruktur yang disediakan oleh pihak sekolah mampu memberikan keselesaan yang maksima kepada murid- murid. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah memohon beberapa kemudahan untuk melancarkan lagi proses PdP melalui permohonan bertulis kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Malah, para pentadbir dan guru mencapai objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) apabila berupaya untuk melaksanakan kecekapan tinggi dengan memperuntukkan bajet dengan lebih efisien untuk meningkatkan kemenjadian murid. Contohnya membiayai murid untuk masuk ke pertandingan inovasi ke peringkat PPD. Selain itu, kawasan sekolah juga mempunyai persekitaran yang ceria, pelbagai tumbuhan ditanam dan ruang keceriaan dan motivasi dibina untuk menarik minat murid untuk hadir ke sekolah. Di samping itu, melalui pemerhatian saya, pengurusan bilik darjah adalah berada pada tahap terbaik kerana guru-guru sangat komited ketika menjalankan tanggungjawab dan sangat prihatin terhadap murid apabila murid menghadapi masalah. Guru-guru juga menekankan penggantian guru jika terdapat guru yang tidak hadir. Malah guru juga berfikiran kreatif dan kritis melalui perancangan strategi PdP.
18 a) Suasana Sekolah
19 b) Bilik Khas Sekolah
20 c) Kemudahan dan Infrastruktur Sekolah
21 d) Sudut-Sudut Khas Sekolah
22 e) Proses Pengajaran di dalam Bilik Darjah
23 f) Susunan dan Kemudahan di dalam Bilik Darjah
24 g) Ruang Keceriaan Sekolah dan Pemangkin Motivasi
25 4.2 Senarai Semak Saya telah menyediakan senarai semak untuk mendapatkan bahan-bahan serta maklumat yang diperlukan berkaitan tugasan. Berpandukan senarai semak yang disediakan, saya berupaya untuk menggunakan instrumen tersebut untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lengkap dan terperinci. Senarai Semak Bagi Pengumpulan Data di SK Mulong 1, Kelantan. SENARAI SEMAK KEMUDAHAN KELAS Bil Perkara Ada Tiada Catatan 1. Papan Kenyataan / Visi dan Misi Sekolah / Carta Organisasi / Kehadiran / Jadual Bertugas / Carta Hari Jadi / Jadual Waktu / Info Semasa / Carta Ganjaran / Parking Lot / Sudut Mata Pelajaran / 2. Keceriaan Kelas / 3. Kelengkapan Kemudahan / Kerusi dan Meja / Lampu dan Kipas / Jam Dinding dan Papan Putih / LCD Projector / Meja Guru / Tingkap dan Langsir / Sudut Santai / Ruang Menunggu di Luar Kelas / Tong Sampah, Penyapu dan Penyodok /
26 SENARAI SEMAK BILIK-BILIK KHAS Bil. Perkara Ada Tiada Catatan 1. Bilik Guru / 2. Bilik Pejabat / 3. Bilik Gerakan / 4. Bilik Guru Besar dan GPK Pentadbiran / 5. Bilik Alat Pandang Dengar / 6. Bilik Pemulihan / 7. Bilik Perpustakaan / 8. Bilik Peperiksaan dan Penilaian / 9. Makmal Sains / 10. Bilik Reka Bentuk Teknologi/ Bilik Kemahiran Hidup / 11. Makmal Komputer / 12. Bilik Operasi Buku Teks / 13. Bilik Kafa / 14.. Klinik Sekolah/ Bilik Kesihatan / 15. Bilik Bimbingan dan Kaunseling / 16. Bilik Darjah / 17. Bilik Sukan / SENARAI SEMAK NILAI/ PERWATAKAN GURU SEMASA PROSES PDP Bil. Perkara Ada Tiada Catatan 1. Berketerampilan kemas / 2. Menepati masa / 3. Berinteraksi dengan sopan / 4. Berintegriti / 5. Mengamalkan nilai budaya ilmu / 6. Prihatin terhadap murid / 7. Peramah dan mesra / 8. Berupaya menarik minat murid untuk belajar melalui strategi menarik
27 SENARAI SEMAK DISIPLIN MURID Bil. Perkara Ada Tiada Catatan 1. Berpakaian kemas / 2. Menghormati guru / 3. Mendengar arahan guru / 4. Menepati masa / 5. Tidak mengganggu murid lain / 6. Mematuhi peraturan sekolah dan bilik darjah / 7. Melibatkan diri secara aktif semasa perbincangan dalam kelas / 4.4 Temu bual Saya telah melakukan beberapa sesi temu bual berkaitan pengurusan dan pentadbiran sekolah dari aspek kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid, komuniti dan juga berkenaan dasar-dasar pendidikan masa kini yang diterapkan di sekolah di bawah aspek aspek kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid, komuniti. Temubual melibatkan beberapa orang responden seperti guru besar, guru penolong kanan pentadbiran, guru penolong kanan hal ehwal murid, guru penolong kanan kokurikulum, guru panitia, guru penyelaras RMT, guru penyelaras MBMMBI, kakitangan sekolah dan murid. Semua responden memberikan kerjasama yang baik terhadap soalan yang dikemukakan dan saya berupaya mendapatkan keseluruhan maklumat yang diperlukan. Antara temu bual yang dilakukan adalah tentang pengurusan keselamatan murid serta pelaksanaan program RMTS terhadap murid dan saya menemu bual pengawal keselamatan sekolah serta murid untuk mendapatkan maklumat.
28 Temu bual dengan Pengawal Keselamatan Nama: Wan Ariff bin Wan Mohammad Jawatan: Pengawal Keselamatan Tempat: Kantin Sekolah Tarikh: 14 Jun 2023 Soalan yang dikemukakan. 1) Boleh encik perkenalkan diri encik? Nama saya ialah Wan Arif bin Wan Mohammad. Pengalaman saya sebagai pengawal keselamatan adalah selama 5 tahun. 2) Apakah peranan encik sebagai pengawal keselamatan di sekolah? Peranan saya adalah menjaga keselamatan guru dan murid di sekolah. 3) Bagaimanakah encik mengurus pelawat yang keluar masuk sekolah? Terdapat had masa untuk pelawat masuk ke sekolah kecuali mempunyai hal kecemasan. 4) Adakah sistem Pas Pelawat dan Buku Rekod Pelawat digunakan? Ada satu buku yang perlu diisi oleh pelawat sewaktu masuk dan keluar.
29 5) Bagaimanakah encik menyusun masa bertugas untuk membuat rondaan keselamatan dalam kawasan sekolah? Rondaan dilakukan setiap 2 jam sekali melalui empat penjuru sekolah. 6) Apakah cabaran yang dihadapi ketika melaksanakan tugasan? Sewaktu orang luar masuk tanpa kawalan atau kebenaran ke dalam sekolah.\ 7) Pada pendapat encik, adakah warga sekolah akan terdedah kepada bahaya jika keselamatan sekolah berada pada tahap rendah? Bagi saya, sangat bahayalah kerana kita tidak tahu sifat orang luar itu dan berkemungkinan individu tersebut akan masuk ke dalam sekolah dan mencederakan murid atau guru.
30 Temu bual dengan Murid Nama: Muhd Faziq Hazimi bin Mohd Rudzwani Kelas: 6 Tekun Tempat: Dewan Sri Mulong Tarikh: 14 Jun 2023 Soalan yang dikemukakan. 1) Boleh kamu perkenalkan diri terlebih dahulu? Nama saya Muhd Faziq Hazimi bin Mohd Rudzwani. Saya dari kelas 6 Tekun. 2) Adakah kamu pernah menerima program RMTS? Pernah kerana keluarga saya kurang berkemampuan dan saya perlu berjimat dengan wang yang diberikan oleh ibu bapa saya. 3) Adakah kamu berpuas hati dengan makanan yang disediakan? Saya berpuas hati kerana makanan sedap, banyak dan ada buah. 4) Apakah cadangan untuk menambahbaik kualiti program RMTS? Cadangan saya adalah pihak kantin sediakan lebih banyak makanan dan buat menu sedap serta kurang berminyak.
31 Temu bual guru kelas Temu bual pengawal keselamatan Temu bual bersama murid Temu bual bersama PK Kokurikulum Temu bual Penyelaras Program RMT
32 Temu bual Guru Besar Temu bual PK Pentadbiran Temu bual PK HEM Temu bual Penyelaras RMT
33 5.0 Kolaboratif Melalui temu bual yang dilakukan dengan pentadbir sekolah, guru-guru, kakitangan sekolah dan murid, dapatan maklumat telah saya catatkan dalam rekod kolaboratif yang disediakan beserta tandatangan pengesahan. Kolaborasi yang telah dilaksanakan mampu memberikan maklumat yang lengkap serta berpotensi untuk menyerlahkan lagi keyakinan diri untuk berkomunikasi. LAMPIRAN 1-3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 13 Jun 2023 Masa: 9.45 pagi Tajuk / Perkara : Pengurusan Masalah Disiplin Murid dan Strategi PdP. Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Beliau telah berkhidmat sebagai pendidik selama 23 tahun dan menjawat jawatan ketua panitia. 2. Cara mewujudkan suasana kondusif dalam bilik darjah. 3. Masalah disiplin seperti bertengkar dan suka mengejek. 4. Murid terdiri daripada latar belakang berbeza dan ada murid yang tidak mahu belajar. - Guru perlu tahu mengawal kelas supaya murid dengar arahan. - Aktiviti secara kumpulan. - Beri idea sebelum murid melakukan aktiviti. - Memasukkan unsur lelucon. - Mesra dengan murid. - Beritahu kesalahan murid - Nasihat murid, beri motivasi. - Beri semangat kepada murid.
34 LAMPIRAN 1-3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 14 Jun 2023 Masa : 9.15 pagi Tajuk / Perkara : Pengurusan Kokurikulum di Sekolah. Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Beliau telah menjawat jawatan sebagai PKKO selama setahun. 2. Peranan sebagai PKKO. 3. Jawatankuasa di bawah seliaan 4. Badan beruniform, Kelab dan Persatuan, Sukan dan Permainan. 5. Pelaksanaan aktiviti kokurikulum. 6. Penglibatan murid aktif. 7. Pelaksanaan 1 Murid 1 Sukan. 8. Kekangan murid menyertai sukan atas faktor kesihatan. 9. Pelaksanaan pentaksiran 10. Pencapaian murid 11. Kurikulum tambahan 12. Sokongan ibu bapa 13. Cabaran yang dihadapi adalah kesukaran mengendalikan aktiviti. 14. Cadangan memantapkan program kokurikulum. - Pengurusan berkaitan aktiviti kokurikulum, kelab dan persatuan, sukan dan permainan serta badan beruniform. - Setiausaha Kokurikulum, Setiausaha Sukan, AJK dan - Pelaksanaan berdasarkan takwim yang mengikut bulan. - Terlibat Tae Kwon Do dan Karate serta lawatan sambil belajar iaitu murid dibawa ke tempat menarik untuk mendedahkan mereka kepada dunia luar. - Murid perlu menyertai sukan sekurang-kurangnya 1 sukan. - Tidak menggalakkan murid yang mempunyai masalah kesihatan menyertai sukan. - PAJSK diberi markah setiap tahun. - Murid mewakili sekolah ke peringkat daerah dan negeri dan diberi pengiktirafan sijil. - Kem Bestari Solat diadakan 3 kali setahun, perkhemahan setiap tahun dan sukan tahunan. - Ibu bapa menyokong anak-anak menyertai kokurikulum di sekolah dan hadir ke sekolah. - Mengendalikan guru dengan mengambil tahu keadaan semasa dan tidak memberi tekanan kepada guru.
35 - Beri latihan seawal tahun 4 untuk sukan dan permainan untuk kecemerlangan murid sehingga mencapai tahun 6.
36 LAMPIRAN 1-3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 15 Jun 2023 Masa : 12.00 tengah hari Tajuk / Perkara : Pelaksanaan Program RMTS. Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Beliau menjawat jawatan sebagai penyelaras RMT selama 2 tahun. 2. Pelaksanaan RMT melibatkan murid dari golongan keluarga berpendapatan rendah. 3. Peranan sebagai penyelaras. 4. Pemilihan makanan untuk diagihkan kepada murid. 5. Permohonan RMT. 6. Penyediaan makanan - Kerajaan telah menaikkan jumlah per kapita RMT RM310 setahun. - Memastikan program pelaksanan berjalan lancar. - Memastikan murid mendapatkan makanan yang mencukupi setiap hari. - Menyemak jumlah murid yang layak mendapat bantuan RMT. - Menguruskan agihan makanan dengan pengusaha kantin. - Mengikut menu yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. - Menukar menu - Pengemaskinian data murid dalam APDM dan kelayakan murid adalah secara automatik. - Tidak boleh dihidang secara buffet tetapi diagihkan secara individu.
37 7. Pelantikan pembekal makanan. 8. Proses pengurusan pengagihan RMT 9. Penyediaan dokumen berkaitan RMT 10. Cabaran pelaksanaan RMT adalah masa untuk pengurusan dokumen dan proses kemaskini data murid adalah terhad. 11. Kebaikan Program RMT - Mengurangkan penggunaan wang saku. - Menggalakkan murid mengambil sarapan pagi dan mengutamakan pengambilan buah-buahan. 12. Kelemahan program 13. Program tidak melibatkan semua murid dan ada murid yang turut menginginkan bantuan RMT. - Diurus oleh pengusaha kantin secara tidak langsung kerana program RMT telah ditetapkan oleh KPM. - Semakan kelayakan dilaksanakan 2 minggu sebelum hari pertama persekolahan. - Menandatangani perjanjian pembayaran peruntukan RMT. - Melanjutkan program RMT untuk murid yang memerlukan pada masa akan datang.
38 LAMPIRAN 1-3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 18 Jun 2023 Masa : 9.00 pagi Tajuk / Perkara: Pengurusan Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia di Sekolah. Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Beliau telah berkhidmat sebagai seorang pendidik selama 33 tahun dan berkhidmat sebagai guru besar selama 7 tahun. 2. Bidang tugas beliau terdiri daripada 9 bidang utama. 3. Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi 4. Pengurusan Kurikulum 5. Pengurusan Kokurikulum 6. Pengurusan Hal Ehwal Murid 7. Pengurusan Kewangan 8. Pengurusan Pentadbiran Pejabat 9. Pengurusan Kemudahan Fizikal 10. Pengurusan Pembangunan Sumber Manusia 11. Pengurusan Perhubungan Luar 12. Guru besar seorang pemimpin instruksional 13. Pengoperasian berdasarkan manual pengurusan sekolah mengandungi perancangan strategik. 14. Laporan dokumentasi akan dihantar kepada Ketua Panitia dan Setiausaha setiap jawatankuasa. 15. Perancangan dibentangkan kepada guru besar dan selepas selesai program. Dokumentasi disimpan dalam fail. - Bertanggunggjawab mengajar di kelas berbeza dengan organisasi kepimpinan lain (minimum 6 waktu) - Pengurusan merujuk kepada manual pengurusan - KP dan SU melakukan perancangan strategik. - Setiap Penolong Kanan akan menyimpan setiap fail tersebut.
39 16. Pelantikan guru berdasarkan kelayakan dan kecenderungan. 17. Memastikan kecekapan AKP dan guru. 18. Jika tidak tercapai 19. Perubahan Tingkah laku murid menandakan guru berjaya mencapai target. 20. Pengurusan Aset dan sumber kewangan. 21. Pentadbiran Pejabat 22. Perhubungan luar sekolah 23. Hubungan antara guru dengan murid, guru dengan ibu bapa, komuniti dengan sekolah. 24. Ibu bapa tidak telus dan masih tidak mempercayai pihak sekolah sepenuhnya. 25. Cabaran pengurusan sekolah semasa PKP sewaktu wabak Covid19. 26. Aspek yang ingin diwujudkan pada masa akan datang - Pelantikan Guru Panitia adalah bermula gred DG44 berdasarkan pengalaman yang telah berkhidmat sebagai guru selama 8 tahun dan minat terhadap bidang tugas. - Melalui PBPPP, AKP dan guru melaksanakan tugas mereka berdasarkan sasaran matlamat mereka. - Buat coach dan mentoring - KP membuat perancangan dan peruntukan akan diberi kepada semua jawatankuasa. - Dua orang ditugaskan untuk merekod aset yang diterima dari pihak kerajaan. - Kerosakan disemak dan diganti jika perlu dan mesyuarat diadakan untuk pengurusan aset. - Peruntukan murid dikendali oleh PK HEM dan bantuan diagihkan mengikut tarikh. - Sekolah gred A mempunyai CC ketua pembantu tadbir, PT kewangan dan PPM. - Sedia bekerjasama dengan pihak luar, menghantar surat untuk komuniti dan agensi yang ada di luar. Contohnya KIAS menghantar pelajar bidang pendidikan membuat latihan di sekolah. Giant dan SWCORPS. - Buat baik untuk mendapatkan kepercayaan. - Buat hari terbuka seperti Hari Kantin dan Gotong- Royong untuk merapatkan hubungan. - Mengikut SOP yang ditetapkan. Meningkatkan kemenjadian murid dan mengelakkan sebarang isu negatif.
40
41 LAMPIRAN 1-3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 18 Jun 2023 Masa : 10.45 pagi Tajuk / Perkara : Pengurusan Hal Ehwal Murid di Sekolah. Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Beliau telah berkhidmat sebagai pendidik selamat 25 tahun dan menjawat jawatan pk hem selama 9 tahun. 2. Bidang tugas beliau ialah memantau hal berkaitan murid terutama kemenjadian murid di sekolah. 3. Pengurusan pendaftaran murid dilakukan secara atas talian 4. Pengurusan kelas mengikut prestasi. 5. Murid tahap satu tidak mematuhi peraturan dalam menjaga kebersihan, keselamatan dan kesihatan. 6. Masalah disiplin murid paling kerap berlaku adalah seperti kehadiran tanpa sebab dan pergaduhan. 7. Punca masalah disiplin adalah: a) Murid kurang peka terhadap peraturan sekolah. - 17 unit JK memainkan peranan penting bekerjasama. - Semua sistem dilakukan secara online a) Pendaftaran b) Kehadiran murid c) Disiplin murid - Guru mengajar ikut sukatan pembelajaran serta menggunakan pelbagai strategi pengajaran. - Unit 3K (setiap unit ad jk), KBK - Ceramah kesihatan, melalui pengajaran dalam kelas. - Dipantau oleh Badan Disiplin, guru disiplin pengawas, sistem SSDM dan rekon amalan baik. - Beri nasihat atau amaran mengikut salahlaku.
42 8. Punca masalah disiplin adalah: b) Murid kurang peka terhadap peraturan sekolah. 9. Ibu bapa sangat mengambil berat masalah disiplin yang melibatkan kecederaan murid dan mungkin menyalahkan pihak sekolah. 10. Masalah disiplin murid berlaku di luar pengetahuan guru. 11. Kebanyakan murid mempunyai latar belakang keluarga yang miskin dan memerlukan bantuan. - Panggil ibu bapa ke sekolah, masukkan laporan SSDM untuk pengurusan disiplin. - Guru memantau, menguatkuasakan pelaksanaan guru ganti supaya murid berada dalam keadaan terkawal. - Pihak sekolah memberi bantuan dari tabung sekolah serta kerjasama dari pihak JPN, zakat, sumbangan, bantuan Rancangan Makanan Tambahan Sekolah dan Susu 1 Malaysia.
43 LAMPIRAN 1-3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 19 Jun 2023 Masa : 11.15 pagi Tajuk / Perkara : Pengurusan Pentadbiran dan Kurikulum Sekolah. Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Beliau telah berkhidmat sebagai seorang pendidik selama 33 tahun. 2. Peranan sebagai penolong kanan pentadbiran. 3. Perancangan dan Pengoperasi bidang Kurikulum. 4. Memastikan kualiti guru dan murid dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) - Bertanggungjawab dalam hal kurikulum, pentadbiran, keselamatan dan hubungan dengan komuniti serta membantu pengurusan sekolah semasa ketiadaan guru besar. - Merujuk kepada kalendar akademik yang telah ditetapkan oleh KPM dan menetapkan minggu persekolahan. (Merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 5 Tahun 2019) - Guru mesti merujuk DSKP untuk menetapkan Perancangan Pengajaran Tahunan. - 36 minggu untuk pengajaran dan pengajaran dan 5 minggu untuk cuti penggal manakala minggu selebihnya adalah pelaksanaan program. - Guru perlu mematuhi kriteria penulisan RPH. - Pencerapan PdPc guru, merujuk Standard 4 dalam SKPMg2 - Semakan buku latihan murid. - Penggunaan BBM
44 5. Penggunaan bilik khas 6. Khidmat Latihan 7. Penilaian perkembangan murid 8. Penilaian lain selain penilaian akademik 9. Sokongan pihak sekolah dan ibu bapa 10. Kemudahan di sekolah untuk membantu memperkembangkan potensi akademik. - Bilik khas digunakan untuk PdP - Penyelarasan hal ehwal dan kursus latihan dilaksanakan. - Menilai murid melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) terbahagi kepada pentaksiran akademik dan pentaksiran bukan akademik. - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Beliau telah berkhidmat sebagai seorang pendidik selama 33 tahun. - terdiri daripada Pentaksiran Formatif selepas PdP dan Sumatif dilaksanakan 3 kali setahun dan pelaporan PBD direkodkan 2 kali setahun. - Ujian Akhir Sesi Akademik dilaksanakan pada bulan Jun. - Penilaian Aktiviti Jasmani dan Kesihatan (PAJSK), Penilaian Psikometrik (PPSi). - PAJSK dilaksanakan melalui kokurikulum dan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) di bawah pengurusan kurikulum. - Guru memberikan komitmen yang baik dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) membantu jika perlu. - Pusat Sumber Sekolah (PSS) terdiri daripada perpustakaan untuk memudahkan murid membaca, bilik Alat Pandang Dengar dan TVPSS yang dibekalkan oleh pihak Astro untuk murid melaksanakan pembelajaran melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).
45 11. Program Kecemerlangan Kurikulum yang dilaksanakan di sekolah - Makmal komputer membekalkan pembelajaran digital dan pemerolehan bahan digital sebagai sumber pengajaran guru. - Melaksanakan ujian Smart School Qualification Standard (SSQS) untuk menilai kecekapan IT murid. - Dikendalikan oleh panitia setiap mata pelajaran. - High Immersive Programme (HIP) - Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) untuk menggalakkan murid membaca.
46 LAMPIRAN 1-3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 21 Jun 2023 Masa : 10.30 pagi Tajuk / Perkara : Pelaksanaan Program MBMMBI di Sekolah. Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Beliau telah berkhidmat sebagai pendidik selama 21 tahun sebagai guru bahasa Inggeris dan menjawat jawatan ketua panitia bahasa Inggeris. 2. Objektif memartabatkan bahasa Melayu kerana bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa perantaraan. 3. Pelaksanaan program: 4. Pihak unit kurikulum telah membahagikan takwim mengikut bulan. 5. Program anjuran PSS 10 minit membaca: - Memperkukuhkan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. - Gabungkan program panitia bahasa Melayu dan bahasa Inggeris - HIP dan NILAM, bekerjasama dengan jawatankuasa pusat sumber sekolah - Pelancaran bulan bahasa Inggeris pada bulan Julai
47 7. Setiap murid mempunyai tahap penguasaan yang berbeza 8. Pendekatan yang digunakan: 9. Contoh: Modul Bacalah Anakku 10. Bahasa Inggeris 11. Murid lemah perbendaharaan kata. 12. Tiada pentaksiran untuk murid tahun 6 13. Melaksanakan aktiviti di dalam dan di luar kelas. 14. Meningkatkan kosa kata 15. Tidak semua murid menggunakan bahasa Inggeris dan 16. Kebaikannya dapat sambutan daripada guru dan guru komited melaksanakan program. 17. Kesan / kelemahan 18. storytelling tak dapat dilaksanakan kerana murid kurang berminat dan murid lemah kurang yakin berbanding murid yang mempunyai penguasaan tinggi. 19. Harapan terhadap pelaksanaan program - Murid dibenarkan untuk membaca buku yang dibekalkan dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris - Guru membimbing murid lemah melalui program pemulihan 1 jam akhir sebelum pulang - Panitia bahasa Melayu menggunakan pendekatan modular. - Program bantu baca - gabungan panitia, jawatankuasa PSS, pemulihan mempunyai peranan penting untuk - Guru guna kad imbasan Guru melatih murid menulis ayat mudah dan tatabahasa. - Memastikan murid tahun 6 dapat membina ayat mudah. - Melalui pertandingan Spelling Bee dan Scavanger Hunt. Murid berminat dengan program. - Guru membimbing melalui penterjemahan ke dalam bahasa Melayu. - Tukar aktiviti sesuai dengan keupayaan murid.
48 - Program perlu ditambahbaik dan memerlukan komitmen daripada pihak sekolah dan ibu bapa. Memerlukan sumbangan kewangan dan tenaga.
49 6.0 Ilmu Pengetahuan Baru 6.1 Pemerhatian Setelah menjalankan pemerhatian, saya berupaya mengumpul maklumat mengenai sekolah dan mendapat pengalaman baru serta mendalami budaya sekolah tersebut. Melalui pemerhatian yang dijalankan, saya mendapati bahawa pengurusan dan pentadbiran sekolah dari aspek kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid, serta komuniti adalah sangat sistematik dan relevan. Pengurusan masa di sekolah sangat cekap kerana loceng akan berbunyi setiap 30 minit menandakan selesai satu sesi PdP bagi memastikan guru peka terhadap pelaksanaan PdP. Selain itu, guru-guru juga akan mengadakan perbincangan berkaitan perancangan pengajaran dan masalah murid selepas waktu PdP. Malah, sesi pemulihan juga diadakan setiap hari selepas waktu PdP untuk membantu murid meningkatkan kefahaman terhadap sesuatu tajuk yang dipelajari. Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) juga telah ditukarkan kepada Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA). Bukan itu sahaja, sekolah tersebut juga telah memenuhi dasar pendidikan masa kini dari aspek kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid, serta penglibatan ibu bapa dan komuniti melalui kepelbagaian program yang dianjurkan di sekolah. Antaranya ialah Program RMTS, mesyuarat PIBG, Program Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan Program 1 Murid 1 Sukan. Program RMTS dilaksanakan secara aktif melibatkan murid tahun 1 hingga tahun 6 yang terpilih. Dari aspek kokurikulum tambahan, murid menyertai kokurikulum tambahan seperti seni mempertahankan diri Tae Kwon Do selepas waktu PdP. 6.2 Senarai Semak Melalui senarai semak yang telah disusun, pengumpulan maklumat berkaitan kemudahan kelas serta bilik-bilik dan sudut khas di sekolah telah dilaksanakan. Bertitik tolak daripada itu, saya sertakan perincian catatan terhadap nilai dan perwatakan guru, disiplin murid.
50 Dalam senarai semak yang pertama, terbukti bahawa kemudahan setiap bilik darjah yang disediakan kepada murid adalah lengkap dan dapat berfungsi dengan baik. Suasana yang kondusif mampu meningkatkan penglibatan murid secara maksima. Bertitik tolak daripada itu, semua bilik darjah dilengkapi dengan kemudahan asas seperti kerusi, meja, lampu, kipas, papan putih dan lain-lain sekali gus dapat memberikan keselesaan kepada murid dan murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam proses PdP. Maka, guru dapat memastikan peningkatan pencapaian murid dalam bidang akademik mahupun bidang kokurikulum. Bukan itu sahaja, senarai semak nilai dan perwatakan guru serta disiplin murid telah menunjukkan bahawa warga SK Mulong terdiri daripada insan yang hebat kerana mempunyai sahsiah yang cemerlang. Hal ini demikian dapat melahirkan sekolah yang berkualiti tinggi ke arah memenuhi aspirasi yang telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 6.3 Temubual Melalui temubual yang dijalankan, saya juga memproleh pelbagai ilmu pengetahuan baru daripada pihak pengurusan sekolah, guru, kakitangan dan murid-murid. Antaranya adalah bagaimana pihak pentadbir sekolah melaksanakan pengurusan sekolah, mengurus sumber manusia seperti pelantikan guru mengikut gred. Guru diberi jawatan berdasarkan minat dan kelayakan dalam melaksanakan program atau aktiviti di sekolah. Selain itu, pengurusan bilik darjah dari aspek susunan kelas untuk tahun 1 dan tahun 2 dilaksanakan secara inklusif kerana murid-murid ditempatkan di dalam kelas tanpa mengira tahap kecerdasan. Hal ini bagi membolehkan murid beradaptasi dengan suasana pembelajaran pelbagai melalui strategi yang dijalankan oleh guru.