51 7.0 Refleksi LAMPIRAN 1-5 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu/ Perkara yang difokus - Pemerhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas matapelajaran bahasa Melayu. 2. Analisis Isu/ Perkara yang difokus 2.1 Kekuatan - Penggunaan teknik didik hibur mampu menarik minat murid. - Teknik penyoalan selepas perbincangan mampu meningkatkan kemahiran inkuiri murid. - Perbincangan sewaktu PdP mampu memupuk sikap bekerjasama antara murid. - Latihan pengukuhan yang diberikan pada setiap akhir sesi PdP melalui lembaran kerja. 2.1 Kelemahan - Masih ada murid yang kurang menguasai topik yang dipelajari 3. Cadangan penambahbaikan - Mengadakan sesi pemulihan bagi murid yang terlibat.
52 LAMPIRAN 1-5 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu/ Perkara yang difokus - Temubual dan perbincangan dengan pihak sekolah 2. Analisis Isu/ Perkara yang difokus 2.2 Kekuatan - Berlaku interaksi aktif dengan pihak pentadbir SK Mulong 1 - Banyak maklumat yang dikumpul dan pengetahuan baru diperoleh. 2.2 Kelemahan - Masih ada jawapan yang belum diperoleh daripada aktiviti temubual. 3. Cadangan penambahbaikan - Pemilihan soalan perlulah lebih mendalam supaya responden dapat menghurai jawapan dengan tepat.
53 LAMPIRAN 1-5 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu/ Perkara yang difokus - Pemerhatian Terhadap Pelaksanaan Program Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) 2. Analisis Isu/ Perkara yang difokus 2.3 Kekuatan - Program dihadiri oleh ramai ibu bapa. - Pembentangan kewangan dilakukan secara teliti dan telus - Hubungan antara ibu bapa dan guru sangat memberangsangkan. 2.3 Kelemahan - Masih ada ibu bapa yang kurang mempercayai pihak sekolah. 3. Cadangan penambahbaikan - Mengadakan lebih banyak program yang melibatkan ibu bapa dan guru serta murid-murid.
54 8.0 Laporan Akhir Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan program yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan memberi peluang kepada pelajar meneroka budaya sekolah sebagai institusi pendidikan dan memahami profesion perguruan di sekolah untuk menjadi pendidik yang lebih berwibawa. Pengalaman Berasaskan Sekolah ini wajib dilaksanakan oleh semua pelajar PISMP sebanyak 3 kali. PBS di SK Mulong 1 adalah PBS kali pertama bagi saya dan masih banyak ilmu yang perlu saya pelajari. Sebagai persiapan menjalani PBS 1, pensyarah telah memberi taklimat tentang peraturan dan tugasan yang perlu saya selesaikan selama tempoh PBS. Seorang guru perlu mematuhi peraturan dan menjaga adab sebagai pendidik. Bukan itu sahaja, persiapan untuk menjalani PBS juga merangkumi penyediaan fokus tugasan, penyediaan borang rasmi dan soalan temubual serta soal selidik yang berkaitan tugasan sebelum hadir ke sekolah. Saya telah mencetak beberapa borang pelaksanaan PBS, borang kehadiran dan borang laporan perkembangan pelajar. Pada hari pertama, saya telah melapor diri kepada Guru Besar dan Guru Besar memberikan sedikit taklimat setelah meneliti dokumen yang telah saya kemukakan. Saya juga dikehendaki untuk melapor diri kepada Penolong Kanan Hem dan Penolong Kanan Pentadbiran untuk mengesahkan pelaksanaan PBS. Kemudian manual pengurusan sekolah diberikan kepada saya untuk memudahkan saya memahami pengurusan sekolah dengan lebih baik. Guru Besar juga turut memperkenalkan saya dengan guru pembimbing untuk memudahkan urusan pengumpulan data berhubung tugasan. Di samping itu, tugasan dilaksanakan menggunakan instrumen pemerhatian, temubual dan juga melalui senarai semak. Antara maklumat yang difokuskan adalah tentang pengurusan sekolah dari aspek kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum dan komuniti serta dasar-dasar pendidikan masa kini yang dilaksanakan di sekolah dari aspek kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum dan komuniti. Saya turut mendokumentasikan setiap fasa saya menjalankan aktiviti untuk memasukkan data ke dalam e-portfolio PBS 1 dan senarai semak yang telah disediakan memudahkan saya sewaktu proses mengumpul maklumat. Maklumat tambahan pula diperoleh melalui pencarian internet sebagai rujukan.
55 Sehubungan dengan itu, saya bersyukur kerana dapat menyelesaikan Pengalaman Berasaskan Sekolah 1 ini kerana dapat memberi pendedahan awal kepada saya tentang alam persekolahan sebagai seorang guru yang berbeza dengan alam persekolahan sewaktu saya menjadi seorang murid. Banyak pengalaman dan pengetahuan baru yang saya perolehi dan akan saya gunakan sebaik mungkin untuk melangkah ke alam sebagai pendidik pada masa hadapan. Setinggi penghargaan saya ucapkan kepada warga SK Mulong kerana telah banyak menyumbang jasa kepada saya untuk membantu saya meneroka alam pendidik melalui perkongsian dan nasihat yang diberi. Pelbagai strategi dan teknik telah dikongsikan oleh mereka kepada saya untuk membantu saya menjadi pendidik cemerlang.
56 RUJUKAN Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2017). Dasar Pendidikan Kebangsaan (Keempat Ed). Kementerian Pendidikan Malaysia. Gamal Abdul Nasir Zakaria, Aliff Nawi, & Zatul Iradah Yusop. (2018). Pengurusan & Pentadbiran Guru Besar ke Arah Pencapaian Sekolah Ugama Teladan: Kajian Kes di Daerah Tutong, Brunei Darussalam. Sains Humanika, 10(3), 57–64. https://doi.org/10.11113/sh.v10n3.1158 Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Dasar memartabatkan Bahasa Malaysia memperkukuhkan Bahasa Inggeris : MBMMBI. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. (2022). Malaysia School Governance (MySG): Garis panduan tadbir urus sekolah rendah. 1– 323. Puhad Ahmad Alim, & NorDaud, I. (2010). Persepsi Ibu Bapa Pelajar Terhadap Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Di Sekolah Kebangsaan. Fakulti Pendidikan, 1997, 1–13. http://eprints.utm.my/id/eprint/11037/ Shamsiah Md Nasir, Mahani Ibrahim, & Anida Idrus. (2022). Pengantar Pengajian Pendidikan. Local Publication (M) Sdn Bhd. SK Mulong 1. (2023). Manual Pengurusan Sekolah. Bahagian Pengurusan Pentadbiran dan Kurikulum Sekolah.
57 LAMPIRAN
58 Maklumat Pengurusan Sekolah LAMPIRAN 2-14 MAKLUMAT UMUM SEKOLAH 1. ARAHAN: Lengkapkan maklumat yang disenaraikan dalam borang berikut: Bil Perkara Catatan / data 1 Nama dan Alamat Sekolah Sekolah Kebangsaan Mulong 1 16010, Kota Bharu, Kelantan. 2 No. Telefon Sekolah 09-7123160 3 Alamat e-mel / Web Sekolah [email protected] 4 Lokasi (Bandar / Luar Bandar) Luar bandar 5 Nama Pengurus Sekolah Puan Rosliza binti Ismail 6 Nama PK Pentadbiran Tuan Haji Mohamad Razi bin Mohamad Nor 7 Nama PK HEM Tuan Haji Muhammad Amali bin Hj. Arifin 8 Nama PK Kokurikulum Encik Rosli bin Ab. Rahman 9 Nama Penyelia Petang - 10 Gred/Tahap Sekolah A 11 Bilangan Guru Lelaki: 17 orang Perempuan: 35 orang 12 Bilangan Guru Mengikut Kelayakan Akademik Siswazah: 48 orang Bukan Siswazah: 4 orang 13 Bilangan Kelas 26 (termasuk pra sekolah) 14 Purata Saiz Kelas 39 orang 15 Jumlah Murid Melayu Cina India Lain-lain Lelaki 400 - - - Perempuan 346 - - - 16 Maklumat-maklumat lain yang menarik perhatian anda tentang sekolah ini a. Sesi persekolahan: Pagi sahaja b. Kokurikulum Tambahan Sekolah Tae Kwon Do dan Softball 746
59 Latar Belakang Sekolah Sk Mulong 1 adalah sebuah sekolah luar bandar kerana terletak di luar kawasan majlis perbandaran Kota Bharu. Jarak dari pusat bandar adalah kira-kira 15 km dari pusat bandar. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1928 yang bermula daripada sekolah rakyat dan kemudian dinaiktaraf. Sekolah ini mempunyai perubahan seperti sekolah lain yang dahulunya dinding buluh dan beratap nipah berbanding kini yang sudah terdiri daripada bangunan batu. Sekolah Mulong telah berpindah dari Kedai Mulong iaitu pekan Mulong yang berada di hadapan sekolah kepada kawasan yang baru yang lebih luas dan selesa. Tujuan perpindahan adalah kerana kawasan Kedai Mulong tidak sesuai dengan suasana sekolah. Kemudian dinaiktaraf lagi sebagai bangunan baru pada tahun 1974 yang dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir bin Muhammad, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu. Pada tahun 2003, bangunan empat tingkat dinamakan sebagai blok Ibnu Sina telah dibina kemudian bilik komputer dan kini SK Mulong adalah sekolah yang lengkap dengan infrastruktur dan kemudahan. Walaupun SK Mulong tidak mampu menampung bilangan murid yang ramai. Untuk mengatasi maklumat itu, pihak sekolah telah menghantar surat pemakluman bahawa SK Mulong tidak dapat menampung pelajar baharu. SK Mulong berhampiran dengan sekolah menengah yang dikira sebagai sekolah magnet kerana mempunyai hubungan yang rapat. SK Mulong dinamakan sempena tempat terbinanya sekolah yang dikenali sebagai Kedai Mulong yang berasal dari nama sebuah pokok kayu balak. Boleh dikatakan kebanyakan lokasi sekolah luar bandar Kota Bharu dinamakan sempena nama pokok. Antaranya ialah SK Perol, SK Kadok, SK Kampong Keling dan SK Ketereh.
60
61
62
63
64
65
66
67
68 Maklumat Hal Ehwal Murid
69
70
71
72 Program di bawah pengelolaan unit HEM Program Watikah Pelantikan Badan Kepimpinan Murid.
73
74 Maklumat Kokurikulum
75
76 Perjumpaan Kokurikulum Unit Beruniform
77
78 Maklumat Komuniti
79
80
81 • Program MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris) English Week bertema: Cool Jobs Aktiviti Scavanger Hunt Program Save The Earth Go Green bersama syarikat RD Papers dan Panitia bahasa Melayu.
82 Program RMT Guru bertugas Mingguan RMT
83 Murid yang menerima RMT Guru Penyelaran RMT Laporan Penyeliaan Harian RMT Laporan Pemantauan kantin Kupon murid RMT
84 Program penyampaian bantuan Penyampaian bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin kelengkapan persekolahan (KWAPM)
85 PROGRAM SUSU SEKOLAH: PELAKSANAAN TEMPOH INTERIM BAGI KALENDAR AKADEMIK SESI 2023/2024 DI SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
86
87
88 PEMANSUHAN CATATAN NOMBOR PEROLEHAN PADA BUKU TEKS SPBT
89 BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN
90 • 1 Murid 1 Sukan
91
92 Permainan Pentaque Sukan Tahunan Mahrajan Adab dan Nilai MQSS & ILS Peringkat QIT Peringat: Program Tilawah dan Nasyid
93 Mesyuarat Agung PIBG Pendaftaran Ibu Bapa Tabung Derma PIBG
94 Pembentangan Minit Mesyuarat yang Lalu
95