The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by im.jumilah, 2019-12-21 10:54:09

WORKBOOK AMALAN 100 HARI

IMQ TRAINING &






CONSULTANCY





































Anjuran:

IMQ TRAINING & CONSULTANCY SDN BHD

(NS0129123-V)
Business Consultant & Training
No 592 C Jalan Pengkalan Chepa
15400 Kota Bharu Kelantan
Tel: 010-5725369 / 011-27081769
Email: [email protected]

RAHSIA SOP 555, AMALAN 100 HARI, MAGNET REZEKI CARA TUHAN





Workbook SOP 555








Amalan 100 Hari












Assalamu’alaikum Warrahmatullahi wabarakatuh..

Yang diinspirasikan daripada Surah 4 Al-Maidah ayat 55, Allah SWT berfirman :


“Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasulnya, dan orang-orang yang
beriman, yang mendirikan shalat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk kepada
Allah.”



Tidak Untuk Diperdebatkan, Tapi Untuk Dilaksanakan
Tidak Untuk Dipamerkan, Tapi Untuk Diamalkan
Tidak Untuk Diperjual Belikan, Tapi Untuk Dikongsikan
Tidak Hanya Untuk Orang Islam sahaja, Tapi untuk Sekalian Alam
Ikat Ilmu dengan Catitan, Pelihara Ilmu dengan Amalan
Sebarkan Ilmu dengan Lembaran
Hayati “ILMU HIKMAH” dalam Kehidupan



Teman-Teman yang dirahmati dan dikasihi Allah sekalian. Sepertimana yang sudah
saya janjikan sebelum ini khas untuk para alumni saya dan untuk follower khas Tribe
Rahsia Hikmah Diri amnya. Syukur alhamdulillah, dengan izin Allah akhirnya dapat
juga saya menyiapkan Work Book Khas yang bertujuan untuk kita sama-sama
menggunakannya sebagai pedoman dan panduan di dalam mengaktifkan rezeki
mengikut cara Allah (Allah Ways) dan mengundang datangnya rezeki melutut ke kaki
kita.





2 Hakcipta terpelihara @ Copyright IMQ Training & Consultancy
Dilarang meniru, mencetak, mengedar dan mengajar orang ramai tanpa kebenaran bertulis secara
sah. ©

SULIT & PERSENDIRIAN

RAHSIA SOP 555, AMALAN 100 HARI, MAGNET REZEKI CARA TUHAN




Segala apa nukilan saya di sini telah saya konsultasikan dengan banyak pakar dan alim
ulama dan para guru yang memahami bab-bab yang berkaitan. Sehingga harapan saya,
dengan hal tersebut, saya telah meminimakan hal-hal yang dikatakan sesat dan
menyesatkan. Ini kerana memang tujuan saya tidak demikian.

Dan selain itu juga. Apa yang tertulis di sini adalah apa-apa yang telah dipraktikkan
selama 100 hari oleh kawan-kawan yang dikumpulkan di Group Rahsia Amalan 100
hari. Yang sudah tentu saja, mereka semua sudah mendapatkan hasilnya baik secara
lahir mahupun batin.


Sebenarnya sudah terlalu banyak testimoni yang sudah saya terima dan saya simpan,
untuk kemudian nantinya akan saya kongsikan kepada teman-teman semua melalui
Channel SuperMagnet rezeki sebagai penyemangat dalam mengamalkan amalan ini.


Di bahagian akhir Work Book ini, saya juga sertakan bersama beberapa persoalan yang
paling sering muncul di minda teman-teman sekalian yang wajib dibaca sebelum
bingung…


Semoga dengan panduan yang diberikan, teman-teman lebih mudah untuk
melaksanakannya dan punyai gambaran nyata, tentang apa dan bagaimana saya sendiri
dulunya memulai dan mengamalkan. Dan sudah tentu sahaja, mendapatkan hasil yang
luar biasa sebagai akibatnya.

Bagi teman-teman yang sudah mengamalkannya sebelum ini, tentulah sudah mengerti
akan keberkesanannya dan kekuatannya. Dan pastinya, besar keinginan untuk segera
mengaktifkannya.

Permasalahnya di sini adalah kita seringkali merasa kebingungan dalam melaksanakan
satu kaedah atau methodologi jika tidak ada panduannya. Maka atas dasar inilah Work
Book ini dihasilkan.

Tujuannya adalah tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk memudahkan.


Saya sedikitpun tidak berniat dan tidak mahu melayani
sebarang perdebatan yang berkait rapat dengan masalah
dalil dan pertanyaan apakah ini bidáh atau tidak. Kerana
bagi saya, itu hanya membuang masa saya, energi saya dan

juga teman-teman sekalian.





3 Hakcipta terpelihara @ Copyright IMQ Training & Consultancy
Dilarang meniru, mencetak, mengedar dan mengajar orang ramai tanpa kebenaran bertulis secara
sah. ©

SULIT & PERSENDIRIAN

RAHSIA SOP 555, AMALAN 100 HARI, MAGNET REZEKI CARA TUHAN




Namun jika Anda percaya kepada saya. Perlu Anda ketahui bahawa semua ini lahir dari
pengalaman rasa saya sendiri dan juga sudah mengkaji dan mengamalkannya bertahun
lamanya, serta merujuk kepada mereka yang pakar, para ulama dan alim yang
memahami akan ilmu ini. Jadi, kalau masih ada yang bertanya, apa yang pasti saya
tidak akan menjawab. Lebih baik Anda laksanakan sahaja. Atau jika tidak bersetuju,
sila tinggalkan sahaja, atau lakukan sendiri sesuai mengikut cara yang Anda yakini.


Simple kan?

Dan satu lagi jika nantinya dalam Work Book ini Anda akan ketemui angka-angka yang
saya telah sertakan bersama dalam beberapa amalan yang tertentu. Sekali lagi di sini
saya ingin beritahu di sini adalah saya sertakan sebegitu semata-mata untuk
memudahkan Anda mengukur amalan kita sahaja, untuk membiasakan diri dan
konsisten di peringkat dasar.

Jika anda tidak bersetuju dengan angkanya, sekali lagi, Anda boleh mengabaikannya,
atau bahkan menggantinya sesuai dengan kemantapan hati anda. Bagi saya, yang
penting Anda melakukannya daripada sekadar menjadikan angka itu sebagai satu
permasalahan.

Jelas semua ya????!!!!!!





So ini dia….






























4 Hakcipta terpelihara @ Copyright IMQ Training & Consultancy
Dilarang meniru, mencetak, mengedar dan mengajar orang ramai tanpa kebenaran bertulis secara
sah. ©

SULIT & PERSENDIRIAN

RAHSIA SOP 555, AMALAN 100 HARI, MAGNET REZEKI CARA TUHAN




AMALAN - AMALAN UTAMA DALAM RAHSIA SOP 555

1. Sayyidul Istighfar


Ini adalah kuncinya. Jelas, kita semua sudah tahu. Bahawa kunci utama dari datangnya
rezeki melimpah ruah dalam kehidupan kita adalah dengan hadirnya ampunan Allah
dulu untuk kita. Dan hanya ada satu jalan sahaja iaitu melalui Sayyidul Istighfar atau
dipanggil sebagai Penghulu Segala Istighfar. Memohon keampunan kepada Allah.



Bagaimana Istighfar yang baik dan benar itu?

Berdasarkan pemahaman saya, yang saya dapatkan dari guru saya, Istighfar yang baik
dan benar bukannya terletak semata-mata pada hafalannya, tapi pada sejauh mana
kesungguhan kita dalam menyesali dosa dan segala kesalahan kita.

Istighfar yang terbaik adalah istighfar yang diikuti dengan penyesalan. Istighfar
yang benar adalah istighfar yang diikuti dengan harapan akan hadirnya
keampunan Allah untuk kita.


Maksudnya begini. Adalah lebih penting apa yang kita rasa di dalam hati saat
mengamalkannya.

Penyesalan yang mendalam, lebih penting dari rangkaian proses teknik yang
dipersoalkan.

Inilah yang dikatakan sebagai sejatinya Istighfar.



Bilakah waktu terbaik untuk mengamalkannya?


Jawapan yang terbaik bagi pertanyaan ini akan saya sambung dengan satu pertanyaan
lain, “Berapa banyaknya?

Teman-teman yang dirahmati Allah sekalian. Sebenarnya, tidak ada waktu yang khusus
untuk beristighfar. Bila dan dimanapun, seharusnya kita banyak-banyak minta ampun
kepada Allah. Ini kerana sudah hampir pasti, setiap waktu, setiap hela nafas, rasa-
rasanya kita punya dosa.







5 Hakcipta terpelihara @ Copyright IMQ Training & Consultancy
Dilarang meniru, mencetak, mengedar dan mengajar orang ramai tanpa kebenaran bertulis secara
sah. ©

SULIT & PERSENDIRIAN

RAHSIA SOP 555, AMALAN 100 HARI, MAGNET REZEKI CARA TUHAN




Namun berbalik kepada tujuan, untuk memudahkan teman-teman. Dan supaya dapat
dijadikan panduan. Maka ianya merujuk kepada sunnah Nabi Muhammad SAW.


”Wahai sekalian manusia. Taubatlah (Istighfar) kepada Allah kerana aku selalu
bertaubat kepada-Nya dalam sehari sebanyak 100 kali.”(HR. Muslim)

Nah. Itulah minimunnya 100x dalam sehari.

Tapi berdasarkan amalan saya, ianya lebih fokus kepada amalan Sayyidul Istighfar
(Penghulu Segala Istighfar) di mana 1x Sayyidul Istighfar adalah bersamaan dengan
1000x istighfar biasa.



Amalan Sayyidul Istighfar

Riwayat


Sayyidina Jabir ada menjelaskan: Rasulullah saw, bersabda: “Pelajarilah dengan baik
istighfar utama dan amalkanlah”

Makna Sayyid adalah orang yang melebihi kaumnya dalam hal kebaikan dan yang
berkedudukan tinggi dikalangan mereka. Nabi Shalallahu ‘alahi wa Sallam
menamainya sebagai Sayyidul Istighfar (penghulu istighfar atau raja istighfar), yang
demikian itu kerana melebihi seluruh bentuk istighfar dalam hal keutamaan. Dan lebih
tinggi dalam hal kedudukan.



Kandungan Makna


Ini adalah doa agung yang mencakupi banyak makna (taubat, merendahkan diri kepada
Allah Tabaraka wa Ta’ala dan kembali menghadap kepada-Nya).


At-Tayibi menerangkan:
Sayyidul Istighfar mengandung pengertian atas hubungan erat di antara seorang hamba
dengan Tuhannya dan mengandungi pengakuan atas kelalaian dan kelengahan manusia
dalam melaksanakan kewajiban terhadap Tuhan. Padahal manusia telah membuat
perjanjian ketika ia masih dalam rahim ibu (dalam alam roh) bahawa ia dalam hidupnya
akan senantiasa berta’at dan berbakti kepada Tuhan. Mengakui atas nikmat-nikmat
Tuhan, nikmat harta benda, nikmat kelengkapan anggota tubuh dan kesempurnaan
panca indera, kesihatan badan, pikiran, kebahagiaan dan sebagainya.




6 Hakcipta terpelihara @ Copyright IMQ Training & Consultancy
Dilarang meniru, mencetak, mengedar dan mengajar orang ramai tanpa kebenaran bertulis secara
sah. ©

SULIT & PERSENDIRIAN

RAHSIA SOP 555, AMALAN 100 HARI, MAGNET REZEKI CARA TUHAN




Kerana itu manusia senantiasa mohon perlindungan kepada Tuhan, agar nikmat-nikmat
tersebut terpelihara dari kemusnahan, kerana akibat perbuatan dirinya. Disamping itu
manusia mengakui berdosa dan merasa sangat terbatas dalam melaksanakan kewajiban-
kewajiban terhadap Tuhan. Timbul kesadaran dari hati nurani yang tulus ikhlas disertai
dengan pengharapan mohon keampunan Tuhan setiap pagi dan petang.



Fadilah Amalan Sayyidul Istighfar

Rasulullah SAW menerangkan:
“Barangsiapa membaca Sayyidul Istighfar di waktu pagi dengan penuh keyakinan
sesuai arti dan tujuan kalimat tersebut, kemudian ia meninggal pada hari itu, ialah ahli
syurga. Dan siapa yang membaca di waktu petang dengan cara itu, kemudian ia
meninggal pada malam hari, iapun ahli syurga.”

Dari Abdullah bin Abbas, bahwa Rasulullah SAW bersabda :
“Barang siapa memperbanyak istighfar, niscaya Allah menjadikan untuk setiap
kesedihannya jalan keluar; dan untuk setiap kesempitannya kelapangan; dan Allah
memberi-nya rezeki (yang halal) dari arah yang tidak disangka-sangkanya” (HR Ahmad,
Abu Dawud, Ibnu Majah, dan Hakim).


Bagi seorang spiritualis dan pelaku ilmu hikmah, amalan ini merupakan asas spiritual
yang sangat penting. Oleh karenanya hafalkan dan amalkanlah Sayyidul istighfar ini.




Kaedah Amalan Sayyidul Istighfar

Setiap Pagi Selepas Subuh


Anda Wiridkan Sebanyak 41x Selama 40 Hari.

Setelah Selesai 40 Hari, Anda Sambung Sebanyak 7x Setiap Selepas Solat Subuh


Anda Akan Menjadi Seperti Magnet Yang Menarik Rezeki Dari Setiap Arah.

Lakukan Niat Kerana Allah Taala, jangan sampai ada kerna dengan satu kerna.

SEMOGA ALLAH MAKBULKAN SETIAP APA YANG ANDA INGINKAN


Selamat Beramal semua.




7 Hakcipta terpelihara @ Copyright IMQ Training & Consultancy
Dilarang meniru, mencetak, mengedar dan mengajar orang ramai tanpa kebenaran bertulis secara
sah. ©

SULIT & PERSENDIRIAN

RAHSIA SOP 555, AMALAN 100 HARI, MAGNET REZEKI CARA TUHAN













































































8 Hakcipta terpelihara @ Copyright IMQ Training & Consultancy
Dilarang meniru, mencetak, mengedar dan mengajar orang ramai tanpa kebenaran bertulis secara
sah. ©

SULIT & PERSENDIRIAN

RAHSIA SOP 555, AMALAN 100 HARI, MAGNET REZEKI CARA TUHAN




2. Amalan 2 Ayat terakhir Surah At-Taubah


Setiap manusia semuanya ada keinginan yang kuat, ingin rasa mulia, ingin businessnya
maju, ingin berkelapangan rezeki, ingin berkemampuan untuk membayar segala hutang
piutang, ingin sales jualannya meletop, ingin kuat dan sebagainya..Akan tetapi tidak
semua orang dapat mencapai keinginannya kerana kurang ilmu dan pengamalannya.


Maka di sini, saya sangat sangat menganjurkan anda semua agar mengamalkan membaca Ayat-
ayat Al-Quran ini. Barangsiapa yang membaca ayat-ayat ini dan mengamalkannya secara
istiqamah, jadikan sebagai zikrullah dan makanan rohani maka insyaallah

1. Jika lemah akan menjadi kuat
2. Jika hina akan menjadi mulia
3. Jika kalah akan menjadi menang
4. Jika sempit rezekinya akan menjadi lapang
5. Jika susah akan menjadi tenang.
6. Jika hutang akan terbayar

bagaimana kaedah amalannya..??


Dibaca secara istiqamah tujuh kali (7x) setiap selesai sholat fardhu 5 waktu secara rutin. Silalah
amalkan dan semoga Allah SWT senantiasa mengabulkan setiap Doa dan hajat kita, hajat dunia
dan akhirat..Aamiin


Semoga bermanfaat untuk semua.





























9 Hakcipta terpelihara @ Copyright IMQ Training & Consultancy
Dilarang meniru, mencetak, mengedar dan mengajar orang ramai tanpa kebenaran bertulis secara
sah. ©

SULIT & PERSENDIRIAN

RAHSIA SOP 555, AMALAN 100 HARI, MAGNET REZEKI CARA TUHAN






































3. Amalan Ayat 1000 Dinar


Ayat Ath-Thalaq : 2-3 atau yang dikenali oleh sebahagian umat Islam sebagai ayat 1000
dinar memang terkandung pelajaran mengenai pentingnya takwa kepada Allah. Dimana
dalam ayat tersebut tertera janji Allah bahawasanya Allah akan memberikan jalan
keluar dari setiap cubaan, dan janji bahawasanya Allah akan memberikan rezeki dari
arah yang tiada disangka-sangka, kesemuanya itu ditujukan bagi mereka yang bertakwa
kepada Allah. Ayat seribu dinar secara tersurat memang secara terang-terangan
menceritakan tentang keterkaitan antara rezeki dan pertolongan Allah dengan takwa.























10 Hakcipta terpelihara @ Copyright IMQ Training & Consultancy
Dilarang meniru, mencetak, mengedar dan mengajar orang ramai tanpa kebenaran bertulis secara
sah. ©

SULIT & PERSENDIRIAN

RAHSIA SOP 555, AMALAN 100 HARI, MAGNET REZEKI CARA TUHAN




Hikmah Ayat 1000 Dinar

Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:


1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.
2. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, kezaliman
dan bencana alam.
3. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.
4. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan
5. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.



Sejarah Dinamakan 1000 Dinar


Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir.
Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah tiga
kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi yang beliau alami
itu adalah benar.


Pedagang itu pun bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu,
sekali lagi pedagang tersebut bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun
mengajarkanlah akan pedagang itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah
pedagang dengan ayat berkenaan.

Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat yang lain
dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia dilanda angin taufan
yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu hanyalah bertawakkal pada
Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah diajarkan Nabi Khidir.

Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua penumpangnya kembali ke alam
baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda angin, beliau mendapati dirinya terdampar di
tepi pantai sebuah negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun.
Sambil menadah tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan
kebesaran ayat yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di
negeri tersebut.

Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk negeri,
disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah beliau
diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). Begitulah
kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat 1000 dinar.




11 Hakcipta terpelihara @ Copyright IMQ Training & Consultancy
Dilarang meniru, mencetak, mengedar dan mengajar orang ramai tanpa kebenaran bertulis secara
sah. ©

SULIT & PERSENDIRIAN

RAHSIA SOP 555, AMALAN 100 HARI, MAGNET REZEKI CARA TUHAN




bagaimana kaedah amalannya untuk Ayat 1000 dinar ini..??

Dibaca secara istiqamah tujuh kali (7x) setiap selesai sholat fardhu 5 waktu secara rutin.


Dibaca sebanyak tiga kali (3x) setiap selesai Solat Dhuha

Di baca sebelum tidur dan keluar dari rumah

Silalah amalkan dan semoga Allah SWT senantiasa mengabulkan setiap Doa dan hajat kita, hajat
dunia dan akhirat..Aamiin


Semoga bermanfaat untuk semua.




















































12 Hakcipta terpelihara @ Copyright IMQ Training & Consultancy
Dilarang meniru, mencetak, mengedar dan mengajar orang ramai tanpa kebenaran bertulis secara
sah. ©

SULIT & PERSENDIRIAN

RAHSIA SOP 555, AMALAN 100 HARI, MAGNET REZEKI CARA TUHAN



4. Dzikir “Ya Ghaffar Ya Razzaq”



Ini adalah amalan dzikir saya selain istighfar. Yang selalu menjadi pertanyaan teman-
teman adalah bilakah waktu mengamalkannya dan berapa banyaknya?


Khusus dzikir ini, saya sendiri tidak pernah membuat angka pastinya. Ini kerana bagi
saya sebanyak-banyaknya tentulah lebih bagus daripada mulut hanya digunakan untuk
berkata sesuatu yang sia sia dan tidak mendatangkan sebarang faedah dan manfaat.


Tapi jika ini dipermudahkan di dalam checklist amalan harian anda. Maka usahakanlah
seminima 100x sehari.


Saya biasanya melakukan secara rutin setelah selesai solat tahajud sementara menanti
datangnya waktu subuh.



5. Doa Nabi Adam


Tidak lengkap rasanya, kalau seorang hamba sedang ingin menjemput keampunan
Allah, tetapi tidak membaca “Moyangnya” Istighfar di atas muka bumi ini.

Ini adalah doa mohon keampunan yang pertama di dunia. Sebelum ada lagi amalan
solat, sebelum diterima korban. Doa Nabi Adam inilah yang menjadi amalan pertama
yang dilakukan oleh umat manusia di atas muka bumi ini.

Dan biasanya saya mengamalkannya setelah selesai waktu sholat Dzuhur dan Sholat
Asar.

Kenapa?


Guru saya pernah menceritakan satu riwayat. Bahawa kononnya Nabi Adam diterima
taubatnya setelah ratusan tahun lamanya, itu terjadi waktu Asar.

Saya berwasilah kepada dua waktu tersebut. Agar semoga, Allah juga mengampuni
dosa-dosa saya. Dan kemudian menjadi penyebab dari terbukanya pintu-pintu rezeki
level tertinggi yang selama ini mungkin tertutup tanpa saya sedari.


Berapa banyaknya?

Minimun saya rutinkan membacanya sebanyak 33x setelah sholat dzuhur dan Asar.



13 Hakcipta terpelihara @ Copyright IMQ Training & Consultancy
Dilarang meniru, mencetak, mengedar dan mengajar orang ramai tanpa kebenaran bertulis secara
sah. ©

SULIT & PERSENDIRIAN

RAHSIA SOP 555, AMALAN 100 HARI, MAGNET REZEKI CARA TUHAN














































6. Doa Nabi Yunus


Sebenarnya inilah dzikir Istighfar yang kekuatannya amat dahsyat dan luar biasa. Saya
sertakan bersama doa nabi Yunus ini ke dalam senarai amalan bukannya tanpa sebab.


Tentu sekali teman-teman sudah melihat bagaimana hebatnya seperti yang telah
dikisahkan di dalam Al-Quran. Kerana doa inilah nabi Yunus terselamat dan ditambah
dengan berimannya para pengikutnya, bahkan tanpa beliau “bekerja”. Maka dengan ini
saya membuat keputusan untuk mengamalkan doa ini.

Bilakah waktu untuk membacanya?


Saya biasanya mengamalkan membacanya pada 3 waktu : Setelah Sholat Maghrib,
Setelah Sholat Isyak dan Setelah Sholat Subuh.






14 Hakcipta terpelihara @ Copyright IMQ Training & Consultancy
Dilarang meniru, mencetak, mengedar dan mengajar orang ramai tanpa kebenaran bertulis secara
sah. ©

SULIT & PERSENDIRIAN

RAHSIA SOP 555, AMALAN 100 HARI, MAGNET REZEKI CARA TUHAN




Kalau ditanya kenapa?

Kerana di ketiga waktu itu, langit telah menjadi gelap. Dan saya ingin menyamakan
Timing dan Frekuensi saya dengan keadaan Nabi Yunus pada ketika itu. Dan saya
berharap, semoga dengan hal yang sedemikian, saya mampu untuk mendapatkan
wasilah berupa TERANG-nya segala urusan saya.


Berapa banyaknya?

Minimunnya saya akan membacanya 33x di setiap waktu.
























































15 Hakcipta terpelihara @ Copyright IMQ Training & Consultancy
Dilarang meniru, mencetak, mengedar dan mengajar orang ramai tanpa kebenaran bertulis secara
sah. ©

SULIT & PERSENDIRIAN

RAHSIA SOP 555, AMALAN 100 HARI, MAGNET REZEKI CARA TUHAN



7.Sholat Taubat



Sholat Taubat ini, meskipun hanya 2 rakaat, paksa diri untuk melakukannya setiap hari.
Jadikan rutin.


Saya sendiri memaksakan diri untuk melakukannya setiap hari. Waktu yang terbaik
adalah sebelum tidur.

Kenapa?

Saya ingin, dosa-dosa saya di suatu hari tersebut, baik yang sengaja mahupun tidak
disengajakan boleh saya taubat. Dan juga boleh minta keampunan kepada Allah.


“Agar dosa saya hari ini, tidak menghambat rezeki saya di esok hari”.

Jelas teman-teman semua.



8. Sholat Dhuha


Barangkali sudah ada di antara teman-teman kita sudah melazimkan amalan ini.


Maka bagi yang sudah terbiasa, silakan sahaja untuk teruskan.

Boleh 2 rakaat, boleh 4 rakaat, boleh 6 rakaat. Bahkan boleh juga 12 rakaat.


Yang pentingnya adalah : DILAKUKAN dan KONSISTEN

Kalau secara peribadinya, lebih terbiasa melazimkan yang 6 rakaat. Hal ini kerana
dalam satu hadits disebutkan sedemikian.

“Barangsiapa yang sholat dhuha dua rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang
yang lalai. Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat, maka dia ditulis
sebagai orang yang ahli ibadah. Barangsiapa yang mengerjakan enam rakaat, maka
dia diselamatkan di hari itu. Barangsiapa mengerjakan lapan rakaat, maka Allah tulis
dia sebagai orang yang taat. Dan barangsiapa mengerjakannya dua belas rakaat,
maka Allah akan membangunkan sebuah syurga untuknya.”(HR. At-Thabrani)








16 Hakcipta terpelihara @ Copyright IMQ Training & Consultancy
Dilarang meniru, mencetak, mengedar dan mengajar orang ramai tanpa kebenaran bertulis secara
sah. ©

SULIT & PERSENDIRIAN

RAHSIA SOP 555, AMALAN 100 HARI, MAGNET REZEKI CARA TUHAN




Dalam beberapa tafsir, ada yang menterjemahkannya. Maksud dari diselamatkan di hari
itu adalah “Dicukupkan rezekinya di hari itu’.


Maka di sini saya mengharapkan. Dengan sebab Sholat Dhuha yang 6 rakaat ini, Allah
menjamin rezeki saya dan keluarga pada hari itu. Sehinggakan saya tidak perlu lagi
khuatir, dan mampu untuk tenang dan fokus untuk terus beristighfar kepada Allah tanpa
terganggu dengan urusan rezeki.



9.Sholat Tahajud


Kalau yang satu ini. Jawabannya sudah terang lagi jelas. Kenapa amalan ini masuk ke
dalam checklist? Ya, kerana memiliki banyak sekali manfaat dan fadilatnya.

Ianya bermula dari kesihatan, mulai dari ditinggikan derajat kita, ketenangan hati,
dikabulkan segala doa, dan banyak lagi.

Selain daripada itu, bangunnya seseorang itu di waktu tahajud adalah sebuah bentuk
komitmen akan keimanan dan ketakwaan. Yang tentu mengisyaratkan, bahawa sesiapa
sahaja yang bangun di waktu malam dan mendirikan tahajud. Maka orang itu pastilah
orang-orang yang bersungguh-sungguh untuk memperbaiki dirinya.

Maka kalau kita memang sedang bertaubat. Tahajud adalah salah satu pendamping
yang paling sempurna.

Bagaimanakah caranya?


Lebih diutamakan setelah tidur. Namun jika terpaksa sangat tidak boleh, atau sangat
khuatir tidak boleh bangun. Demi untuk biasakan diri dengan amalan ini, Anda boleh
lakukan tahajud sebelum tidur. Dalil pendukungnya juga ada. So, santai-santai sahaja.


Jumlahnya? Saya cadangkan supaya lakukan 8 Rakaat Tahajud + 3 Rakaat Witir

Bagi teman-teman yang baru nak bermula tu bolehlah mulai dengan 2 rakaat dulu
ditambah dengan 3 witir. Semakin lama semakin ditambah jumlahnya.

Bila waktunya? Sebaiknya adalah sepertiga malam yang akhir. Iaitu kira-kira setelah
jam 2.00 - 3.00 awal pagi.

Jelas Ya? Cukup mudah kan.




17 Hakcipta terpelihara @ Copyright IMQ Training & Consultancy
Dilarang meniru, mencetak, mengedar dan mengajar orang ramai tanpa kebenaran bertulis secara
sah. ©

SULIT & PERSENDIRIAN

RAHSIA SOP 555, AMALAN 100 HARI, MAGNET REZEKI CARA TUHAN




Kalau susah nak bangun Tahajud?

Cubalah menggunakan bantuan alarm. Sehingga tubuhnya mulai terbiasa.


Tips dari saya:

 Tidur lebih awal.
 Qailullah itulah Tips untuk mudah bangun tahajud iaitu tidur sebentar antara jam
12pm - Zuhur untuk reset jam diri kita untuk bangun tahajud.
 Berdoa minta agar mampu untuk bangun di sepertiga malam.
 Minum 1 gelas air putih sebelum tidur.
 Sholat sunat Taubat sebelum tidur minimun 2 rakaat.
 Dan tidur dalam keadaan masih punya wuduk.
 Baca ayat kursi 3x, 3 qul dan niat nak bangun tahajud.
 Set alarm byk2. Kadang handfone selalu dia termiss alarm tidak bunyi.
 Tepuk bantal : sambil cakap Ya Allah, izinkanlah aku untuk bangun tahajud pada
pukul 3@4 pagi. Niat juga supaya malaikat dapat kejutkan.
 Doa tidur

Insyaallah, dengan beberapa tips ini akan membantu terbangun di malam hari.


Inilah 9 PERKARA AMALAN WAJIB dilakukan tanpa gagal. Pada pandangan saya,
buat teman-teman semua yang baru ingin memulai melazimkan sebuah amalan menjadi
satu habit. Maka lakukanlah terlebih dahulu yang utama tersebut.


Jika sudah menjadi rutin dan mulai sebati dengan tubuh. Maka teman-teman bolehlah
menambahkannya dengan amalan berikut di muka surat seterusnya.


























18 Hakcipta terpelihara @ Copyright IMQ Training & Consultancy
Dilarang meniru, mencetak, mengedar dan mengajar orang ramai tanpa kebenaran bertulis secara
sah. ©

SULIT & PERSENDIRIAN

RAHSIA SOP 555, AMALAN 100 HARI, MAGNET REZEKI CARA TUHAN



10.Sempurnakan 50 Rakaat Setiap Hari



Guru saya pernah berpesan, “Suatu ketika dahulu, Rasulullah SAW berunding agar manusia
tidak perlu melakukan Sholat 50 waktu dalam sehari. Tapi hanya di 5 waktu sahaja. Kita
sebagai umatnya nabi, harus mampu berbuat yang terbaik. Kalau pun belum terbiasa sholat di
50 waktu. Maka usahakanlah agar cukup 50 rakaat setiap hari.


Wah…banyaknya.

Sebenarnya nampak banyak tu, kerana belum terbiasa melakukannya dan belum tahu caranya.

Kan setiap hari sudah sholat wajib 5 waktu sehari semalam dengan total 17 rakaat. Ini bererti
hanya perlu sempurnakan lagi 33 rakaat lagi.


Begini, saya rumuskan begini ya

Sholat Wajib Sehari semalam - 17 Rakaat
Sholat Tahajud + Witir - 11 Rakaat
Sholat Dhuha - 6 Rakaat
Sholat Sunat Rawatib - 12 Rakaat
Sholat Taubat - 2 Rakaat
Sholat Hajat - 2 Rakaat

Dengan begini, maka bukankah total 50 Rakaat jadi lebih mudah.



11.Amalan Rezeki Tidak Disangka-sangka (Hari Ahad)


Hari Ahad jam di antara 7.30 pagi - 11.00 pagi


Seelok-eloknya selepas solat dhuha

Sambung baca Bismillahirrahmanirrahim 313x

Sambung selawat ke atas Nabi 100x


Niat rezeki datang minggu tersebut supaya dengan rezeki tersebut dapat berzakat dan bersedekah
secara istiqamah.






19 Hakcipta terpelihara @ Copyright IMQ Training & Consultancy
Dilarang meniru, mencetak, mengedar dan mengajar orang ramai tanpa kebenaran bertulis secara
sah. ©

SULIT & PERSENDIRIAN

RAHSIA SOP 555, AMALAN 100 HARI, MAGNET REZEKI CARA TUHAN



12.Amalan Menjemput Rezeki dengan Al-Waqiah


Seperti yang kita sedia Maklum, Surah Al Waqiah Memang Terkenal Dengan Surah Rezeki.
Ramai Di Antara Kita Mengamalkan Surah Al Waqiah Bertujuan Menjemput Rezeki


Sebelum Pergi Lebih Jauh, Cuba Kita Baca Terjemahan Surah Al Waqiah.

Surah Ini Menceritakan Tentang Golongan Kanan & Kiri, Ahli Syurga & Neraka. Surah Ini
Lebih Kepada Hari Akhirat

Surah Ke 56 , Juzuk 27 & Mempunyai 96 Ayat


56:27:96

Sebenar-benarnya Apa Yang Perlu Diamalkan Adalah Isi Kandungannya.

Mengingati Hari Akhirat. Persediaan Untuk Ke Sana.


Apa Yang Anda Nampak Sekarang?

Sambil Beramal Membaca Surah Al Waqiah Sambil Memperbaiki Urusan Ibadah Kita Yang
Lain. Solat Kita, Puasa Kita, Sedekah Kita, Zakat Kita Dan Semua Jenis Ibadah Yang Menjurus
Kepada Kebaikan

Ok. Sekarang saya kongsikan Cara Mengamalkan Surah Al Waqiah


Baca Cara Di Bawah

Subuh : Baca Selesai Solat Subuh


Dhuha : Sesudah Solat Sunat Dhuha

Asar : Selesai Solat Asar


Isyak : Selesai Solat Isyak Ataupun Sebelum Tidur












20 Hakcipta terpelihara @ Copyright IMQ Training & Consultancy
Dilarang meniru, mencetak, mengedar dan mengajar orang ramai tanpa kebenaran bertulis secara
sah. ©

SULIT & PERSENDIRIAN

RAHSIA SOP 555, AMALAN 100 HARI, MAGNET REZEKI CARA TUHAN



13.Amalan Untuk Rezeki Melimpah Ruah dan Keluar Dari Belenggu Hutang


Jangan lupa baca 4 surah :


1) Lepas Subuh : Surah AL - WAQIAH
2) Lepas Dhuha : Surah AR - RAHMAN
3) Lepas Maghrib : Surah YASSIN
4) Lepas Isyak : Surah AL MULK

Paling mudah rezeki berganda-ganda adalah sedekah, dan yakin janji Allah.


Tetapi kalau tiada duit?

Inilah amalan yang baik. Amalkan ya sama2.


Kisah seorang makcik berusia 56 tahun banyak hutang dan terdengar nasihat ustaz Yusof Mansur
tentang 4 surah ini dan diamalkannya setiap hari.


4 bulan kemudian alhamdulillah menjadi seorang peniaga, kemudian jualannya mencecah 1 juta
sebulan .. dengan amalan sahaja.. Allah tunjukkan jalan..



14.Amalan Sedekah Harian & Zakat Bulanan


Hari ini saya ajarkan bagaimana cara nak kira zakat yang perlu keluarkan setiap bulan pada 1hb -
7hb.

Langkah pertama : Lukiskan bentuk Traffic Light (ada kotak Lampu Merah Kuning Hijau)


Langkah Kedua : Tuliskan dikotak Lampu Merah Total Monthly Expenses bersama senarainya
sekali.


contoh: Total Monthly Expenses RM3000.00

Langkah ketiga : Lampu Kuning Tuliskan total amount yang perlu dapat setiap bulan.












21 Hakcipta terpelihara @ Copyright IMQ Training & Consultancy
Dilarang meniru, mencetak, mengedar dan mengajar orang ramai tanpa kebenaran bertulis secara
sah. ©

SULIT & PERSENDIRIAN

RAHSIA SOP 555, AMALAN 100 HARI, MAGNET REZEKI CARA TUHAN





Formulanya:


Total Amount Montly Expenses X 3 kali ganda

RM3000 x 3= RM9000


RM9000 adalah amount yang perlu ada setiap bulan bergantung pada expenses masing-masing.

Langkah keempat : Lampu Hijau, Tuliskan amount bulanan seperti dikotak lampu kuning x 5 %


2.5%- Zakat
2.5% - Sedekah


contoh pengiraan:

RM9000 x 5% = RM450


Kesimpulannya total amount inilah yang perlu dikeluarkan setiap 1hb untuk zakat.

Mampu atau tak nak sedekah dan bayar zakat pd 1hb setiap bulan RM450 ini..??
Atau nak saya tunjukkan bagaimana nak jemput RM450 sujud ke kaki kita

Baik, RM450 sebulan ÷ 26 hari dalam sebulan = ???
Kenapa 26 hari..tolak 4 hari cuti bekerja dalam sebulan.


Formulanya :

Bila dah dapat total amount 5% di lampu hijau bahagikan dgn 26 hari untuk dapat total sedekah
setiap hari yang perlu dikeluarkan .

contoh:


RM450/26 hari = RM17.30

jadi setiap hari amount ini wajib disedekahkan.

SOP lain yang saya kongsikan seperti solat tahajud, dhuha, sedekah istiqamah lakukan. Lakukan
dengan ikhlas






22 Hakcipta terpelihara @ Copyright IMQ Training & Consultancy
Dilarang meniru, mencetak, mengedar dan mengajar orang ramai tanpa kebenaran bertulis secara
sah. ©

SULIT & PERSENDIRIAN

RAHSIA SOP 555, AMALAN 100 HARI, MAGNET REZEKI CARA TUHAN


































































Sample Traffic Light Financial Flow









23 Hakcipta terpelihara @ Copyright IMQ Training & Consultancy
Dilarang meniru, mencetak, mengedar dan mengajar orang ramai tanpa kebenaran bertulis secara
sah. ©

SULIT & PERSENDIRIAN

RAHSIA SOP 555, AMALAN 100 HARI, MAGNET REZEKI CARA TUHAN




Kaedah saya mendidik di sini adalah dengan mempraktikkan ilmu pelaburan langit iaitu
bagaimana nak tarik RM3000 itu datang melutut ke kaki kita, dengan berjasa dengan Allah dulu

Dengan mengeluarkan 10% daripada RM3000 itu untuk zakat dan sedekah. (2.5% zakat + 7.5%
sedekah)

Insyaallah, kalau YAKIN janji Allah dalam Al-quran bab minimun ROI 1000% (Surah 6 ayat
160) dan maksimun ROI 7000% (Surah 2 ayat 261), akan sampai

buatlah, untuk bina Iman kita dengan Allah


kalau sekadar ambil ilmu di sini baru di peringkat PERCAYA

bila bertindak, baru dapat RASA


bila dah dapat RASA, barulah hadirnya Iman



15.Amalan Juzuk Diri di dalam Al-Quran


Bismillah....


"Allah SWT memberikan al Hikmah (kebijaksanaan) kepada orang yang dikehendaki.
Barangsiapa yang diberinya al Hikmah maka ia mendapat banyak kebaikan. Hanya orang-
orang yang mahu berfikir yang dapat mengambil pelajaran / manfaat " . (QS 2 : 269)


Setiap Manusia Memiliki Juz Dan Surahnya Dalam Al-Quran

Untuk pengamal istiqamah ada beberapa manfaat :
a) Meningkatkan fizikal dan stamina seseorang pengamalnya
b) Tidak sakit & letih sepanjang hidup..InsyaAllah...
c) Penyembuhan diri sendiri secara bertahap
d) Melancarkan peredaran darah
e) Menguatkan organ-organ tubuh (Saraf, usus, jantung, otak, paru-paru dll)
f) Mengurangkan darah tinggi
g) Membantu penyembuhan orang lain
h) Menjurus kepada spiritual (Kerohanian)








24 Hakcipta terpelihara @ Copyright IMQ Training & Consultancy
Dilarang meniru, mencetak, mengedar dan mengajar orang ramai tanpa kebenaran bertulis secara
sah. ©

SULIT & PERSENDIRIAN

RAHSIA SOP 555, AMALAN 100 HARI, MAGNET REZEKI CARA TUHAN




Rahsia dari kehidupan yang harmoni - termasuk kesihatan. Anda akan mendapatkan inspirasi
dari orang-orang yang mengalami mukjizat penyembuhan sendiri.


Aplikasikan Rahsia Juz Diri agar hidup Anda penuh vitaliti, penuh energi dan kesihatan optimum
mulai saat ini juga

Informasi Rahsia Juz Diri Anda akan mengungkapkan bagaimana menemukan jati diri Anda
yang sebenarnya dan potensi Anda sebagai manusia. Anda adalah manusia yang mampu,
memiliki dan berbuat APA SAJA yang dapat difikirkan... Anda hanya perlu tahu caranya yang
sangat mudah dengan mengamalkan Juz Diri anda 1 kali sahaja dalam seminggu.


Informasi Rahsia Juz Diri Anda memungkinkan Anda mewujudkan kehidupan yang benar-benar
Anda inginkan. Anda dapat hidup dalam kelimpahan, kebahagiaan, penuh cinta, sihat dan
berkecukupan.

Begitu Anda mengetahui Juz Diri Anda, Anda akan mendapatkan jalan menuju perwujudan
keinginan hati Anda.


Manfaat amalan ini adalah kekayaan dan rezeki melimpah ruah tanpa susah payah.

Di beri kemudahan yang tak terkira dalam sebarang urusan umpamanya soal kerezekian.

Bagi ahli perniagaan yang mengalami kebangkrupan dalam bisnes, insya Allah dengan
pengamalan Juz Diri masing-masing, usaha perniagaan anda akan kembali pulih dan lancar dan
sukses.


Bagi yang menganggur akan segera mendapat pekerjaan, bagi yang diberhentikan dari jawatan,
dibuang kerja dan sebagainya akan cepat mendapat pekerjaan baru yang bersesuaian dengan
dirinya.

Kemakmuran-Mengembangkan potensi jalur kerezekian dari segala arah, mempelancar usaha
serta memperbaiki sumbatan / halangan rezeki yang diakibatkan oleh pola hidup negatif
mahupun gangguan dari pihak luar.

Menguasai teknik kemakmuran secara mudah, cepat, tepat dan efisien tanpa harus meminta
bantuan kepada orang lain, jin sehingga tercapai keberkahan dan kesejahteraan hidup sepanjang
masa.









25 Hakcipta terpelihara @ Copyright IMQ Training & Consultancy
Dilarang meniru, mencetak, mengedar dan mengajar orang ramai tanpa kebenaran bertulis secara
sah. ©

SULIT & PERSENDIRIAN

RAHSIA SOP 555, AMALAN 100 HARI, MAGNET REZEKI CARA TUHAN




sedikit sebanyak manfaat dari amalan secara istiqamah. Pastikan betulkan NIAT ya, buat kerana
Allah Taala dan Sebelum membaca juz niatkan dalam diri bahwa apa yang anda lakukan semata-
mata ibadah dan mengharapkan redha Allah SWT agar memberikan yang terbaik bagi anda.


Jangan merasa terbebani dengan target yang ingin anda raih dengan bacaan yang sedang anda
amalkan. Minum air laut dulu dan RASA sejauh mana masinnya air laut itu dulu.


Semoga Istiqamah semua.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Juz Diri anda dan surah-surahnya, serta
bagaimanakah cara untuk mengamalkannya,

sila Click & Join link di bawah.


https://t.me/AnalisaDiriJuzDiri



16.Menjaga Wuduk


Ini amalan terakhir yang disenaraikan dari saya. Dan banyak orang mengambil mudah akan hal
ini. Padahal ini juga termasuk salah satu daripada amalan yang mulia.

Kalau kita terbiasa di dalam keadaan beruci, maka akan lebih mudah untuk berdoa, lebih mudah
untuk melakukan amal ibadah. Dan pastinya akan menjaga diri.

Insyaallah dengan senantiasa berada di dalam keadaan berwuduk, kita menjadi memikir 2x untuk
melakukan maksiat seta mengambil harta yang bukan milik kita.


Menjaga wuduk, membuatkan kita lebih mengawal diri. Malu untuk melakukan dosa sementara
wuduk masih terjaga.





















26 Hakcipta terpelihara @ Copyright IMQ Training & Consultancy
Dilarang meniru, mencetak, mengedar dan mengajar orang ramai tanpa kebenaran bertulis secara
sah. ©

SULIT & PERSENDIRIAN

RAHSIA SOP 555, AMALAN 100 HARI, MAGNET REZEKI CARA TUHAN



Checklist Amalan 100 hari



Begini teman-teman yang dihormati sekalian. Jika dipermudahkan dalam bentuk jadual, maka
beginilah methodnya. Table atau Jadual disediakan untuk setiap 7 hari (1 minggu)


Silalah Anda buat sendiri table seperti dibawah untuk catatan diri Anda dan pastikan tandatangan
sebelum Anda tidur di malam hari. Dengan cara inilah sahaja baru kita dapat disiplinkan diri dan
kekal berada dalam keadaan istiqamah dengan izin Allah.


Amalkan selama 100 hari ke depan. Insyaallah banyak keajaiban Tuhan akan berlaku dalam
kehidupan kita.



Checklist Amalan Harian
No Daftar Amalan Sign
1 2 3 4 5 6 7

1 Sayyidul Istighfar
2 2 ayat Surah At-Taubah
3 Ayat 1000 dinar

4 Dzikir Ya Ghaffar Ya Razzaq
5 Doa Nabi Adam

6 Doa Nabi Yunus
7 Sholat Taubat

8 Sholat Dhuha
9 Sholat Tahajud

10 Menjaga Wudhu






















27 Hakcipta terpelihara @ Copyright IMQ Training & Consultancy
Dilarang meniru, mencetak, mengedar dan mengajar orang ramai tanpa kebenaran bertulis secara
sah. ©

SULIT & PERSENDIRIAN

RAHSIA SOP 555, AMALAN 100 HARI, MAGNET REZEKI CARA TUHAN



PERTANYAAN DALAM PROGRAM AMALAN 100 HARI



1. Apakah perlu untuk diteruskan selama 100 hari?

Ya, jika Anda mahukan impak yang maksima dalam kehidupan Anda. Begitulah nasihat saya.



2. Bagaimanakah jika terputus?


Sebagai suatu komitmen yang besar. Nasihat saya, mulai semula dari hari pertama.



3. Jika saya sudah terbiasa dengan Sholat Dhuha 12 rakaat apakah harus mengubahnya
kepada 6 rakaat?

Silakan diteruskan yang sudah biasa dilakukan jika memang sudah terbiasa dengan rakaat yang
banyak.



4. Saya sudah mempunyai amalan dzikir yang lain?Bagaimana sebaiknya?

Silakan diteruskan yang sudah biasa dilakukan. Tidak perlu menggantinya. Cukup
menambahkannya.



5. Saya ingin menjemput keampunan Allah dengan segera, bolehkah saya membaca Sayyidul
Istighfar daripada Istighfar yang biasa?


Yang penting sekali di dalam setiap amalan adalah konsistensi. Jika memang dengan membaca
Sayyidul Istighfar membuatkan Anda lebih merasa mantap hati. Silalah lakukannya. Yang
penting adalah tidak membebankan diri sendiri, yang di pengakhirannya pada malasnya untuk
melazimkan amalan.



6. Saya sedang dalam keadaan bermusafir atau bertugas, bagaimana dengan amalan ini
boleh saya lakukan?

Anda boleh saya menggabungkannya. Yang penting, memenuhi jumlah minimanya.







28 Hakcipta terpelihara @ Copyright IMQ Training & Consultancy
Dilarang meniru, mencetak, mengedar dan mengajar orang ramai tanpa kebenaran bertulis secara
sah. ©

SULIT & PERSENDIRIAN

RAHSIA SOP 555, AMALAN 100 HARI, MAGNET REZEKI CARA TUHAN




7. Bagaimanakah cara menjalankan amalan ini bagi wanita yang sedang berada di dalam
keadaan haid atau nifas?


Bagi kaum perempuan, ini pasti akan terjadi. Istimewanya adalah jika sedang menjalani situasi
sebegini. Maka untuk seluruh amalan sholat tertentu harus ditinggalkan. Namun, pada amalan
doa dan dzikirnya, ianya masih boleh dilakukan secara berterusan.



8. Kerjaya saya hampir selalu bersentuhan dengan bukan mahram (guru, doktor dsb)
bagaimanakah cara saya menjaga wudhu?


Sebenarnya, masih banyak cara untuk menghndari sentuhan. Misalnya tidak dengan menyentuh,
atau menggunakan sarung tangan. Namun jika memang itu sulit untuk dilakukan kerana atas
tuntutan pekerjaan, maka hukum darurat di situ akan berlaku. Maka silalah lakukan wudhu
semampu mungkin Anda. Dan jagalah wudhu semampu mungkin. Dan terus usahakan cara untuk
tidak harus bersentuhan dengan bukan mahram. Kerana itu adalah lebih baik.




9. Saya adalah merupakan seorang perempuan yang berjilbab, saya selalu tidak mampu
untuk berlama-lama menahan wudhu kerana batal. Dan jika saya sering berwudhu, maka
akan membuatkan pakaian saya basah kuyub. Ini membuat tidak selesa, bagaimanakah
caranya?

Yang perlu kita fahami di sini pertama adalah bahawa wudhu itu bukanlah mengairi anggota
badan, tapi membasuh. Banyak yang masih salah faham akan perkara ini, bahawa wudhu itu
seolah-olah harus menggunakan aliran air yang deras. Dan dirasakan tidak sempurna wudhu itu
kalau tidak basah kuyub. Padahal di sini adalah syarat sahnya wudhu bukanlah dilewati air tapi
dibasuh dengan air yang suci lagi menyucikan. Maka jika cara wudhu kita sudah benar, maka
insyaallah yang sedemikian tidak akan terjadi. Boleh lewati link di bawah untuk belajar cara dan
kaedah wudhu yang benar : https://youtube.be/fqDJhak4n_k



10. Sampai bilakah saya boleh mengamalkan amalan ini?

Sampai ke akhir hayat. Ini kerana kita tidak pernah akan mampu lepas dari melakukan dosa.
Maka, amalan penggugur dosa pun tetap terus Anda lakukan. Kecuali Anda sudah yakin bahawa
Anda tidak lagi berdosa. Dan yakin pula boleh lepas dari kesan-akibatnya.









29 Hakcipta terpelihara @ Copyright IMQ Training & Consultancy
Dilarang meniru, mencetak, mengedar dan mengajar orang ramai tanpa kebenaran bertulis secara
sah. ©

SULIT & PERSENDIRIAN

RAHSIA SOP 555, AMALAN 100 HARI, MAGNET REZEKI CARA TUHAN




11. Saya seorang surirumah sepenuh masa. Bagaimanakah agar amalan ini bermanfaat
untuk saya lakukan secara maksimun?


Sebaik-baiknya saranan saya adalah, amalan bagi seorang isteri adalah taat kepada suaminya,
berbakti kepada suaminya dan melayani suaminya. Maka jika Anda ingin mengamalkan amalan
ini, pastikan bahawa suami Anda tahu dan redha Anda untuk menjalankannya. Tanpa itu, tentu
sahaja yang ada justeru malah akan menambah lagi dosa baru. Jadi, jika suami melarang, silalah
hentikannya. Adalah lebih baik berbincang dengan suami.

Namun, jika yang dilarang adalah amalan wajib seperti Sholat 5 waktu, Anda boleh
mengabaikannya. Sebagaimana hadits Rasulullah SAW, “Bahawa tidak ada ketaatan dalam
bermaksiat kepada Allah”.



12. Saya bertanya kepada seorang Ustaz, dan saya diberitahu bahawa tidak boleh
mengamalkannya amalan ini, kerana amalan ini dibuat-buat dan bercanggah dari agama.
Bagaimanakah sebaiknya?


Seperti yang saya sudah tulis di awal mukaddimahnya. Bahawa saya tidak melayani sebarang
perdebatan. Jika memang ustaz atau guru Anda melarang. Silalah ikutkan sahaja. Itu lebih baik
jika memang Anda menyakini akan kebenarannya.

Namun di sini perlu Anda ketahui, bahawa semua amalan di atas, sebenarnya adalah amalan
sunnah yang sudah ada dilakukan sejak zaman berzaman. Di sini saya hanya menyusunnya
semula agar lebih mudah untuk dilaksanakan. Misalnya : Istighfar selepas sholat, Rasulullah juga
melakukannya. Istighfar 100x setiap hari, Tahajud, Witir, Dhuha, Rasulullah juga melakukannya.
Bacaan doa Nabi Yunus dan Nabi Adam ada di dalam Al-Quran, dan tentu sahaja Rasulullah
juga membacanya.


Dan saya juga sudah mengkonsultasikan akan hal ini kepada para ulama dan guru yang tinggi
ilmu agamanya, dan semua yang saya datangi membolehkannya. So, bagi saya silalah lakukan
apa yang Anda yakini. Itu sahaja sudah mencukupi. Dan biarkan sahaja saya dan teman-teman
yang lain yang ingin mengamalkannya. Ini barulah dikatakan adil.
















30 Hakcipta terpelihara @ Copyright IMQ Training & Consultancy
Dilarang meniru, mencetak, mengedar dan mengajar orang ramai tanpa kebenaran bertulis secara
sah. ©

SULIT & PERSENDIRIAN


Click to View FlipBook Version