Bidang : Akademik
Tajuk : Orientasi Ke Alam Sekolah Menengah
Objektif : Pada akhir sesi murid dapat :
1. Mengetahui aliran pengajian yang wujud di sekolah menengah.
Masa : 60 minit
Sasaran : Tahun 6
Bahan : Lampiran A 6A & Kertas A4.
Langkah- : Set Induksi:
langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling menulis nama sekolah- sekolah
berasrama penuh
1. Murid menyebut nama sekolah yang di tulis.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling memaparkan contoh
nama-nama sekolah menengah mengikut kategori;
i. Sekolah Berasrama Penuh
ii. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
iii. Sekolah Sukan
iv. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
v. Sekolah Menengah Harian(Kawalan)
vi. Sekolah Menengah Harian
vi. Sekolah Seni.
vii.Sekolah Berasrama Penuh Integrasi
3. Murid menyenaraikan nama sekolah yang berdekatan
dengan persekitaran mereka.
4. Murid mengenalpasti syarat kelayakan yang perlu untuk
memasuki sekolah pilihannya.
1
Contoh :
Kelayakan ke SBP/SBPI – 5A/ aktif kokurikulum/ Kepimpinan
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling menjelaskan fokus
aliran bagi setiap kategori sekolah menengah yang
dinyatakan serta kelebihannya.
Penilaian : Murid mencatat maklumat yang diberi oleh Guru Bimbingan dan
Rumusan : Kaunseling
Pendedahan tentang kepentingan mencapai kecemerlangan bagi
setiap mata pelajaran membolehkan pelajar memilih sekolah yang
dikehendaki.
Falsafah : Kenali potensi diri untuk merebut pelbagai bidang yang sedia ada
mengikut citarasa.
2
Lampiran A 6A
A. Sekolah Berasrama Penuh:
1. Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)
2. Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
3. Kolej Tunku Kurshiah (KTK)
4. Maktab Tentera Di-Raja (MTD)
5. Sekolah Menengah Sains Sabah (SMESH)
B. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama:
1. Kolej Islam Sultan Azlan Shah,Klang, Selangor
2. SMKA Sheikh Abd Malik ,Kuala Terengganu,Terengganu
3. SMKA Maahad Hamidah ,Kajang, Selangor
4. SMKA Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
5. SMKA Sheikh Hj Mohd Said, Seremban,Negeri Sembilan
C. Sekolah Sukan :
1. Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2. Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor Bahru, Johor
D. Maktab Rendah Sains Mara :
1. Maktab Rendah Sains Mara Tun Ghaffar Baba, Jasin, Melaka
2. Maktab Rendah Sains Mara, Jeli, Kelantan
E. Sekolah Seni :
1. Sekolah Seni Johor Bahru.
2. Sekolah Seni Kuching, Sarawak.
F. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi:
1. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak
2. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng
3. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol
4. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan
5. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu
3
Bidang : Akademik
Tajuk : Kemahiran Belajar Berkumpulan
Objektif : Pada akhir sesi murid dapat :
1. Menguasai teknik kemahiran belajar berkumpulan.
2. Meningkatkan keyakinan diri.
3. Meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik.
Masa : 60 minit
Sasaran : Tahun 6
Bahan : Mengikut tajuk yang dipilih
Langkah- : Set induksi :
langkah “Ice breaking” - aktiviti pembentukan kumpulan.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menjelaskan teknik-teknik
belajar secara berkumpulan.
i. Teknik satu (Round Robbin) – semua murid
membaca dan memahami sesuatu topik dan
membentangkannya, atau,
ii. Teknik pelbagai topik (Jigsaw) – setiap murid
membaca dan memahami topik tertentu dan
membuat pembentangan.
2. Murid dikehendaki:-
i. Masuk mengikut kumpulan yang ditetapkan.
ii. Melantik ketua dan penolong kumpulan.
iii. Menentukan nama, etika dan motto kumpulan.
(mempraktikkan teknik di atas)
3. Pembentangan hasil kumpulan
Penilaian : Murid dapat mempraktikkan teknik belajar secara berkumpulan
4
Rumusan : Teknik belajar secara berkumpulan sangat berkesan bagi
meningkatkan keyakinan diri dan prestasi akademik murid.
Falsafah : Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
5
Bidang : Akademik
Tajuk : Kemahiran Mendengar - Proses Mendengar.
Objektif : Pada akhir sesi murid dapat :
1. Memahami teknik mendengar yang berkesan.
2. Menjalankan aktiviti berkaitan dengan proses mendengar.
Masa : 60 minit
Sasaran : Tahun 6
Bahan : Kad ayat dan kad perkataan
Langkah- : Set Induksi : (Permainan Telefon Rosak)
langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid-murid berdiri dan
menunjukkan kad ayat. Murid akan berbisik kepada rakan sebelah
ayat tersebut dan murid yang terakhir akan menulis ayat tersebut
di papan hitam.
.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling akan membacakan satu
petikan perenggan. (pilihan guru mengikut kesesuaian
tahap murid)
2. Murid akan diminta untuk menyebut semula petikan
perenggan tersebut.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan tentang
langkah-langkah dalam proses mendengar:
i. Dengar- tumpuan (hati, fikiran dan mata)
ii. Faham
iii. Menyatakan semula
iv. Buat catatan
4. Guru mengulang semula langkah 1 dan 2 di atas.
6
Penilaian : Murid dapat menyebut semula petikan perenggan yang dibaca oleh
Guru Bimbingan dan Kaunseling.
Rumusan : Kemahiran mendengar akan meningkatkan proses mengingat.
Falsafah : Tumpuan asas pembelajaran.
7
Bidang : Akademik
Tajuk : Kemahiran Mendengar - Main Peranan (lakonan P.Ramlee )
Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:-
1. Meningkatkan kemahiran mendengar, mengingat dan
mengungkapkan dialog.
Masa : 60 minit
Sasaran : Tahun 6
Bahan : Kertas A4 dan lampiran A 6B
Langkah- : Set induksi :
langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan skrip dialog
mengikut kumpulan.
1. Murid melakonkan atau menuturkan semula dialog yang
diedarkan.
2. Murid lain mencatat isi penting (kata kunci) daripada
dialog tersebut.
Penilaian : Murid dapat menguasai kemahiran mendengar melalui
kaedah main peranan.
Rumusan : Maklumat tidak dapat diperolehi dengan tepat jika tidak
menguasai kemahiran mendengar.
Falsafah : Kemahiran mendengar sangat penting dalam keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran.
8
Lampiran A 6B
Contoh Dialog Lakonan
KEMAHIRAN MENDENGAR
(Petikan dialog Filem P.Ramlee - Seniman Bujang Lapok)
Polis : Mak Cik Ni isteri Pak Mat Tempe ya?
Isteri Pak Mat Tempe : Ya dari petang tadi minta hutang
Polis : Ooo dari petang tadi dia pergi minta hutang ya Makcik Pak Mat Tempe berada
di General Hospital
Isteri Pak Mat Tempe : Dia memang begitu kadang-kadang sampai 2 bulan 3 bulan
orang tak bayar hutang
Sudin : Mak Cik,Mak Cik Encik ni cakap Pak Mat Celepok pong pong berlanggar
motokar
Isteri Pak Mat Tempe : Pak Mat kau memang begitu selalu naik basikal tak pernah
naik motokar
Sudin : Pak Mat Tempe belanggar dengan motokar (Suara Kuat)
Isteri Pak Mat Tempe : Ha berlanggar motokar em emem em
Sudin : Encik soundnya rosak ,kesian.
9
Bidang : Akademik
Tajuk : Kemahiran Mencatat Nota – Peta Minda Tulang Ikan
Objektif : Pada akhir sesi murid dapat :
1. Mengetahui kegunaan dan kepentingan peta minda dalam
proses pembelajaran dan ulangkaji.
Masa : 60 minit
Sasaran : Tahun 6
Bahan : Lampiran A 6C (Contoh Peta Minda), 2 jenis Bahan Bacaan
(mengikut tahap murid), Kertas Mahjung
Langkah- : Set Induksi :
langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoaljawab berdasarkan peta
minda yang ditunjuk. Rujuk Lampiran A 6C.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menggunakan bahan
bacaan yang diedarkan.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan isi-isi penting
dalam bahan bacaan tersebut.
3. Murid diminta mencatat isi-isi penting dalam peta minda.
4. Edarkan kepada murid bahan bacaan dan minta murid
berbincang serta mencatat isi penting menggunakan peta
minda di dalam kumpulan masing-masing.
5. Setiap kumpulan membentangkan peta minda yang
dihasilkan.
Penilaian : Murid dapat menghasilkan peta minda yang baik.
10
Rumusan : Peta minda merupakan salah satu cara untuk mengingat.
Falsafah : Sesuatu maklumat lebih mudah diingat dalam bentuk peta minda.
11
Lampiran A 6C( Contoh Peta Minda )
12
Bidang : Kerjaya
Tajuk : Kepentingan kerjaya kepada kita .
Objektif : Pada akhir sesi murid dapat :
1. Menyatakan kepentingan pekerjaan ibu bapa atau penjaga.
2. Menyatakan kepentingan kerjaya kepada manusia .
Masa : 60 minit
Sasaran : Tahun 6
Bahan : Carta , Lampiran K 6A
Langkah- : Set Induksi :
langkah Murid meneka perkataan di papan putih
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan definisi kerjaya
dan perbezaan antara kerjaya, pekerjaan dan kerja.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling melekatkan carta kerjaya di
dalam kelas.
3. Murid berbincang dalam kumpulan tentang kepentingan
kerjaya.
4. Ketua kumpulan membentangkan hasil dapatan.
5. Murid menjawab soalan dalam lembaran kerja.
13
6. Guru membuat rumusan.
Penilaian : Murid dapat menjawab soalan dalam lembaran kerja.
Rumusan : Kerjaya boleh merubah kehidupan seseorang individu.
Falsafah : 1. Seseorang individu itu perlu merancang kerjaya untuk jangka
masa panjang.
2. Kerjaya itu amat penting dalam kehidupan manusia demi
mencapai kesempurnaan hidup.
3. Setiap kerjaya mempunyai bidang tugas yang berlainan.
14
Lampiran K 6A
Jawab soalan-soalan berikut.
1. Apakah kepentingan pekerjaan kepada orang ramai?
a. Guru :___________________________________________________
b. Doktor :__________________________________________________
c. Petani :__________________________________________________
2. Pada pendapat anda, apakah kepentingan pekerjaan (yang anda minati) kepada
diri anda?
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
3. Bagaimanakah anda dapat mencapai cita-cita anda?
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
15
Bidang : Kerjaya
Tajuk : Jasa Guruku.
Objektif : Pada akhir sesi murid dapat :
1. Menyenaraikan peranan dan tugas seorang guru dengan lebih
meluas dan terperinci.
2. Menghargai jasa guru.
Masa : 60 minit
Sasaran : Tahun 6
Bahan : Tiada.
Langkah- : Set Induksi :
langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling bercerita tentang kerjaya guru
kepada murid-murid.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan tugasan
kepada murid.
2. Pembentangan hasil dapatan dan ulasan Guru Bimbingan dan
Kaunseling.
Penilaian : Menyiapkan tugasan yang diberikan.
Rumusan : Pengetahuan dalam kerjaya dapat menanam minat murid tentang
kerjaya.
Falsafah : Profesion perguruan adalah satu pekerjaan yang mulia
16
Bidang : Kerjaya
Tajuk : Kerjaya pilihan saya.
Objektif : Pada akhir sesi murid dapat :
1. Menentukan kerjaya pilihan mereka.
2. Memberikan rasional terhadap pilihan mereka.
Masa : 60 minit
Sasaran : Tahun 6
Bahan : Peta minda dan lampiran K 6B
Langkah- : Set Induksi:
langkah Murid memejamkan mata sambil memikirkan kerjaya pilihan
sendiri.
1. Murid-murid menyatakan kerjaya pilihan masing-masing.
2. Perbincangan tentang kerjaya pilihan murid.
3. Murid menyiapkan peta minda dan membuat karangan.
4. Pembentangan hasil dapatan secara rawak.
Penilaian : Mengisi maklumat dalam borang pengurusan grafik dan membuat
karangan.
Rumusan : Setiap murid diberi kebebasan memilih kerjaya.
Falsafah : Kerjaya pilihan berkait rapat dengan minat seseorang.
17
Lampiran K 6B
18
Bidang : Kerjaya
Tajuk : Aku Seorang Doktor.
Objektif : Pada akhir sesi murid dapat :
1. Menyatakan bidang tugas seorang doktor.
2. Membuat pamplet kerjaya seorang doktor.
3. Mengetahui bidang tugas seorang doktor dengan lebih khusus.
Masa : 60 minit
Sasaran : Tahun 6
Bahan : Kertas warna atau kad manila, magik pen, krayon, lampiran K 6C
Langkah- : Set Induksi :
langkah
Murid diminta melakonkan aksi seorang doktor.
1. Murid menyatakan tugas seorang doktor seperti yang telah
dilihat.
2. Murid melakukan sesi soal jawab.
3. Guru menerangkan cara membuat pamplet kerjaya seorang
doktor secara berkumpulan.
4. Guru membuat rumusan dan pamplet yang terbaik dipamerkan
kepada murid-murid.
Penilaian : Murid membuat pamplet kerjaya seorang doktor.
19
Rumusan : Kerjaya seorang doktor begitu diminati oleh kanak-kanak.
Falsafah : Bidang kedoktoran merupakan bidang yang kritikal yang
memerlukan banyak tenaga pakar.
20
Lampiran K 6C
Contoh Pamplet:
Kelayakan Tugas seorang KERJAYA
doktor SEORANG
1. Cemerlang UPSR DOKTOR
(5A) 1. Memeriksa pesakit
2. Cemerlang PMR 2. Menentukan jenis
(8A) penyakit
3. Lulus Matrikulasi 3. Mengenal pasti
3.5 ke atas penyakit dan
menentukan jenis
4. Ijazah perubatan ubat
dan universiti
tempatan atau
luar negeri
21
Bidang : Kerjaya
Tajuk : Ke mana saya selepas ini?
Objektif : Pada akhir sesi murid dapat :
Masa
1. Murid dapat menyatakan apakah sekolah pilihan mereka
selepas Tahun 6
2. Murid dapat mencatat hasrat selepas Tahun 6 dalam bentuk
catatan.
:
60 minit
Sasaran : Tahun 6
Bahan : Contoh keputusan UPSR (Cemerlang dan Gagal) Carta, lembaran
kerja
Langkah- : Set induksi
langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan keputusan UPSR
dan menyoal murid, ke manakah anda selepas ini ?
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling melekatkan carta dan menarik
perhatian murid kepada tajuk modul
2. Sesi perbincangan mengenai carta aliran
3. Murid menulis hasrat mereka dalam bentuk catatan
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling merumus isi berdasarkan
catatan atau tugasan murid.
Penilaian : Murid menulis catatan
22
Rumusan : Maklumat ke sekolah berasrama penuh meransang murid-murid
untuk belajar bersungguh-sungguh.
Falsafah : Setiap insan memiliki hasrat yang tinggi dalam menentukan hala
tuju kehidupan mereka.
23
Bidang : Psikososial Dan Kesejahteraan Mental
Tajuk : Katakan Tidak Pada Buli
Objektif : Pada akhir sesi murid dapat :
1. Menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan buli.
2. Mengelakkan diri daripada dibuli oleh murid lain.
Masa : 60 minit
Sasaran : Tahun 6
Bahan : Surat Khabar yang dibawa oleh murid dan soalan tugasan folio serta
lampiran PS 6A.
Langkah- : Set Induksi : Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan poster
langkah Kata Tidak Pada Buli dan bersoal jawab tentang maksud buli dan
contohnya.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan maksud buli
dengan contoh yang sesuai.
2. Murid dibahagikan kepada lima kumpulan dan mereka dikehendaki
mencari maklumat tentang kes atau kejadian buli melalui akhbar
yang dibawa. (Guru meminta murid membawa surat khabar dari
rumah masing-masing).
3. Murid dikehendaki menyiapkan Folio Anti Buli dalam tempoh
seminggu. (Soalan dan garis panduan folio akan diberikan oleh
guru dalam lampiran PS 6A).
4. Folio yang telah siap dalam tempoh yang ditetapkan akan diadili
dan diberikan penghargaan.
Penilaian : Murid menyiapkan folio secara berkumpulan dan akan diberikan
penghargaan.
24
Rumusan : Gejala buli boleh menyebabkan punca gejala sosial / jenayah salah
laku murid.
Falsafah : 1. Murid akan berasa gembira dan tiada tekanan datang ke sekolah
jika tiada gejala buli.
2. Kita jangan buat perkara yang tidak digemari oleh orang lain
sebagaimana kita tidak suka perkara itu dilakukan ke atas diri kita.
25
Lampiran PS 6A
SOALAN TUGASAN FOLIO ANTI BULI :
Secara berkumpulan (sekurang-kurangnya 4 orang sekumpulan), anda dikehendaki
mencari bahan melalui media sama ada keratan surat khabar, majalah, internet dan
sebagainya tentang kejadian buli dalam kalangan murid yang semakin menjadi-jadi di
seluruh dunia. Hasilkan sebuah folio berdasarkan garis panduan berikut :
1. Nama kumpulan (Kulit depan folio Anti Buli)
2. Biodata ahli kumpulan
3. Pengenalan
4. Isi kandungan ;
( Tampalan bahan mengikut kreativiti masing-masing )
5. Penutup
26
Bidang : Psikososial Dan Kesejahteraan Mental
Tajuk : Kawal Diri
Objektif : Pada akhir sesi murid dapat :
1. Menyatakan apa yang menyebabkan emosinya
terganggu.
2. Mengetahui bagaimana untuk mengawal emosi apabila berdepan
dengan situasi yang menganggu emosinya.
Masa : 60 minit
Sasaran : Tahun 6
Bahan : Lampiran PS 6B
Langkah- : Set Induksi : Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan
langkah beberapa emosi yang biasa dialami murid. Contoh ” marah dan
sedih ”.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan kad lampiran yang
menggambarkan situasi emosi yang dialami.
2. Murid diberikan kumpulan dan membaca kad lampiran.
3. Murid menyatakan emosi yang dialami berdasarkan kad lembaran
dan menyatakan tindakbalas terhadap emosi tersebut.
4. Murid membentangkan tugasan mengikut kumpulan.
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan dalam setiap
pembentangan.
Penilaian : Murid menyatakan tindakbalas emosi yang dialami.
27
Rumusan : Manusia sentiasa berhadapan dengan pelbagai emosi yang dialami
dan mereka mesti bijak bertindakbalas terhadap emosi tersebut.
Falsafah : 1. Kita mestilah bijak bertindakbalas terhadap emosi yang dialami.
2. Segala emosi yang dihadapi akan mematangkan diri kita jika kita
berjaya menanganinya secara positif.
28
Lampiran PS 6B
Anda menerima berita kematian bapa yang sangat
disayangi. Bapa anda meninggal dunia akibat diserang
penyakit jantung secara tiba-tiba.
1. Bagaimanakah anda bertindak balas apabila
berhadapan dengan situasi itu?
2. Apakah situasi lain yang boleh menyebabkan anda
berperasaan sedemikian?
Semasa anda tiada di rumah, adik anda yang berumur tiga
tahun telah menconteng dan mengoyakkan buku latihan
matematik anda yang terletak di atas meja.
1. Bagaimanakah anda bertindak balas apabila berhadapan
dengan situasi itu?
2. Apakah situasi lain yang boleh menyebabkan anda
berperasaan sedemikian?
29
Bidang : Psikososial Dan Kesejahteraan Mental
Tajuk : Harga Sebuah Kejayaan
Objektif : Pada akhir sesi murid dapat :
1. Menyedari untuk cemerlang dalam hidup mereka seharusnya
dapat menyediakan diri dari segi emosi, rohani, jasmani dan
intelek.
2. Memotivasikan diri ke arah kejayaan.
Masa : 60 minit
Sasaran : Tahun 6
Bahan : Lampiran PS 6C
Langkah- : Set Induksi : Guru Bimbingan dan Kaunseling menceritakan
langkah bagaimana beliau berjaya menjadi seorang guru.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling membahagikan murid kepada
beberapa kumpulan.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan lembaran PS 6C
kepada kumpulan masing-masing.
3. Guru meminta murid memilih tiga kejayaan dan diberikan harga
bagi setiap pilihan dalam lembaran PS 6C yang diedarkan.
4. Murid menceritakan pilihan dan harga kejayaan masing-masing.
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara
keseluruhan.
Penilaian : Murid menyiapkan latihan yang diberikan
30
Rumusan : Kejayaan dalam kehidupan memerlukan usaha dan pengorbanan.
Falsafah : 1. Naluri kehidupan manusia memerlukan kejayaan.
2. Setiap kejayaan tidak akan dapat dicapai tanpa usaha yang
bersungguh-sungguh.
3. Setiap individu saling menyumbang antara satu sama lain.
31
Lampiran PS 6C
Anda diberi RM 100 [Ringggit Malaysia: Satu Ratus sahaja]. Anda diberi peluang untuk
memilih tiga kejayaan yang anda rasa penting bagi diri anda. Anda perlu memberikan
harga bagi setiap kejayaan yang anda pilih dengan nilai wang yang diberi. Anda tidak
dibenarkan memberi nilai harga yang sama bagi setiap kejayaan.
Bil Kejayaan Nilai
[RM]
1. Melaksanakan perintah Tuhan.
2. Menghormati guru pada setiap masa.
3. Melaksanakan tugas yang diberi oleh guru tepat pada
masanya.
4. Mendapat keputusan 5A dalam Peperiksaan UPSR.
5. Lulus semua mata pelajaran dalam Peperiksaan UPSR.
6. Melaksanakan tugas yang diberikan oleh ibu di rumah.
7. Menjadi anak yang taat kepada kedua ibu bapa.
8. Menjadi insan yang berguna sepanjang hayat.
9. Menjadi seorang murid yang berkepimpinan dan berakhlak
mulia.
10. Menjadi murid yang berjaya dan berwawasan dalam hidup.
32
Bidang : Psikososial Dan Kesejahteraan Mental
Tajuk : Cermin Diri
Objektif : Pada akhir sesi murid dapat :
1. Mengenali diri tentang kelebihan dan kelemahan diri .
2. Memperbaiki diri agar cemerlang dalam hidup.
Masa : 60 minit
Sasaran : Tahun 6
Bahan : Kertas A4, cermin, lampiran PS 6D
Langkah- : Set Induksi :
langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan cermin kepada
murid-murid.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bertanyakan kepada murid
tentang kegunaan cermin?
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan kertas A4.
3. Murid menjawab / menulis tentang diri masing-masing
berdasarkan kertas A4 yang diedarkan.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerapkan tentang aktiviti
dalam kertas A4 tujuannya.
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan dengan
mengaitkan lembaran dengan cermin yang ditunjukkan.
Penilaian : Menyiapkan latihan yang diberikan dan menyatakan / komen diri
berdasarkan cermin.
33
Rumusan : Terdapat kelemahan dan kelebihan dalam diri seseorang insan.
Falsafah : 1. Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kelemahan diri.
2. Manusia perlu memperbaiki kelemahan diri untuk cemerlang.
3. Kehidupan memerlukan persiapan diri bagi menghadapi pelbagai
cabaran.
4. Dalam kehidupan dunia ini kita tidak bersendirian malah
memerlukan antara satu sama lain.
34
Bil Pernyataan Lampiran PS 6D
1. Saya berasa saya cantik/lawa Ya Tidak
2. Saya datang dari keluarga yang kaya
3. Saya berasa saya seorang yang pandai
4. Saya yakin boleh berjaya dalam pelajaran
5. Saya yakin boleh mencapai cita-cita
6. Saya mampu capai kejayaan tanpa bantuan orang lain
7. Orang lain tidak penting dalam hidup saya
8. Kejayaan saya hasil usaha sendiri
9. Kepandaian saya adalah satu anugerah
10. Saya tidak perlu kepada orang lain dalam kehidupan saya
35
Bidang : Psikososial Dan Kesejahteraan Mental
Tajuk : Bijak Bicara
Objektif : Pada akhir sesi murid dapat :
1. Mengenali diri tentang kelebihan dan kelemahan diri di hadapan
kelas.
2. Menyedari tentang betapa pentingnya komunikasi yang berkesan
dalam kehidupan seharian mereka.
3. Menyedari bahawa mereka perlu berani dan yakin pada diri untuk
berkomunikasi dengan baik di hadapan rakan masing-masing.
Masa : 60 minit
Sasaran : Tahun 6
Bahan : Lampiran PS 6E
Langkah- : Set Induksi :
langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling berbicara tentang satu topik.
Contohnya, ’Aku Seorang Guru’.
1. Murid berkomunikasi secara lisan di hadapan kelas berdasarkan
topik yang disediakan oleh guru atau pilihan sendiri. Pertandingan
secara berkumpulan.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengadakan sesi soal jawab
tentang topik-topik yang dibicarakan oleh murid tentang nilai yang
terdapat dalam cerita yang disampaikan.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan / kesimpulan
secara keseluruhan.
Penilaian : Murid bercerita berdasarkan situasi / topik yang diberi .
36
Rumusan : Murid hendaklah bijak berkomunikasi sesama rakan, guru, ibu bapa
dan masyarakat.
Falsafah : 1. Setiap individu perlu bijak berkomunikasi untuk mencapai
kecemerlangan diri.
2. Komunikasi yang berkesan akan dapat melahirkan individu yang
cemerlang.
37
Lampiran PS 6E
Murid bercerita di hadapan kelas berdasarkan satu tajuk di bawah.
Murid pilih hanya satu tajuk sahaja.
38
Bidang : Keibubapaan
Tajuk : Peranan bapa
Objektif : Pada akhir sesi murid dapat :
1. Menyedari tanggungjawab bapa terhadap anak-anak.
2. Menjelaskan tanggungjawab anak kepada bapa.
3. Membuat rumusan tentang peranan bapa.
Masa : 60 minit
Sasaran : Tahun 6
Bahan : Kertas A4
Langkah- : Set Induksi :
langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta seorang murid
melakonkan watak seorang bapa yang bertanggungjawab
dan seorang murid melakonkan watak seorang bapa yang
tidak bertanggungjawab.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab
dengan murid tentang peranan dan tanggungjawab
bapa.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid
memberikan contoh bapa yang bertanggungjawab.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan
kepada murid kepentingan cara berkomunikasi yang
berkesan dengan bapa.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid
membuat rumusan berkaitan dengan tajuk yang
dibincangkan.
39
Penilaian : Murid membuat rumusan tentang peranan dan cara
Rumusan berkomunikasi yang berkesan dengan bapa.
: Setiap bapa perlu dihormati , dikasihi dan ditaati.
Falsafah : 1. Bapa merupakan anugerah Ilahi yang perlu dihargai.
2. Bersyukur kerana masih mempunyai bapa.
3. Hormat menghormati, bertanggungjawab sesama
keluarga adalah amalan yang mulia.
4. Anak yang baik mendoakan kesejahteraan bapa sama
ada yang masih hidup atau yang telah meninggal
dunia.
40
Bidang : Keibubapaan
Tajuk : “Graf Hayat Keluargaku”
Objektif : Pada akhir sesi murid dapat :
1. Melakarkan graf hayat peristiwa pahit manis ahli keluarga
masing-masing.
2. Mengenalpasti perasaan setiap ahli keluarga.
Masa : 60 minit
Sasaran : Tahun 6
Bahan : Lampiran IB 6A dan pensel
Langkah- : Set Induksi:
langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling menceritakan perihal dirinya
sepanjang beberapa tahun lalu.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid
menceritakan tentang peristiwa yang dialami dalam
keluarga sepanjang lima tahun yang lalu.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan lampiran graf
hayat.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid membina
graf hayat yang menggambarkan tahap suka duka ahli
keluarga dalam tempoh lima tahun lalu.
4. Murid membentangkan hasil graf hayat.
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling mencungkil peristiwa yang
berlaku dan konflik jiwa yang dialami oleh murid melalui sesi
soal jawab.
41
Penilaian : Murid melengkapkan graf hayat setiap ahli keluarga dengan jelas.
Rumusan : Membantu murid memahami bahawa setiap individu mengalami
pelbagai peristiwa suka duka dalam hidup.
Falsafah : 1. Menghargai kepelbagaian pengalaman yang penuh bermakna.
2. Perasaan suka duka membantu kita mengurus diri agar menjadi
lebih baik.
42
Lampiran IB 6A
GRAF HAYAT AHLI KELUARGA
50
S
40
U
K 30
A
20
10
TAHUN 2005 2006 2007 2008 2009
10
D
20
U
K 30
A
40
50
43
Bidang : Keibubapaan
Tajuk
Objektif : Ibuku sayang
: Pada akhir sesi murid dapat :
1. Memahami peranan Ibu terhadap mereka.
2. Menyatakan peranan ibu terhadap mereka.
3. Membuat rumusan tentang peranan ibu dalam
kejayaan mereka.
Masa : 60 minit
Sasaran : Tahun 6
Bahan : Tiada
Langkah- : Set Induksi :
langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling bercerita tentang kisah Si
Tanggang. Guru Bimbingang dan Kaunseling bersoal jawab
dengan murid berkaitan dengan kisah cerita tersebut.
1. Kaunseling meminta murid memberikan contoh
pengorbanan ibu terhadap anak.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan kepada
murid tentang kepentingan ibu dan peranannya terhadap
anak-anaknya.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid membuat
rumusan.
44
Penilaian : Murid dapat membuat rumusan tentang peranan ibu terhadap
Rumusan mereka.
: Maha pentingnya mendapat keberkatan dari ibu bagi
memperolehi kesejahteraan hidup.
Falsafah : 1. Setiap ibu menyayangi anak-anak mereka.
2. Ibu merasa gembira apabila dapat melahirkan anak,
walaupun terpaksa mengadai nyawa.
3. Ibu boleh menjaga 10 orang anak, tetapi seorang anak
belum tentu dapat menjaga seorang ibu.
45
Bidang : Keibubapaan
Tajuk
Objektif : Salasilah Keluarga dan Peranan
Masa : Pada akhir sesi murid dapat :
Sasaran 1. Memahami salasilah keluarga dan peranan.
Bahan 2. Menjelaskan tentang salasilah keluarga dan peranan.
3. Membuat rumusan berkaitan dengan tajuk yang
dibincangkan.
: 60 minit
: Tahun 6
: Kertas A4
Langkah- : Set Induksi ;
langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambar-
gambar berkaitan dengan sebuah keluarga.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab dengan
murid tentang keahlian dalam sebuah keluarga.
2. Murid menceritakan perihal dirinya dalam keluarga.
3. Murid menghasilkan salasilah keluarga masing-masing.
4. Murid menyatakan peranan dan tanggungjawab setiap ahli
keluarga.
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid membuat
kumpulan dan membentangkan tugasan masing-masing
dalam kelompok kecil.
6. Murid membuat rumusan berdasarkan tajuk yang
dibentangkan.
46
Penilaian : Murid berupaya menceritakan salasilah keluarga asas dan
membuat rumusan berdasarkan tugasan yang diberikan.
Rumusan : Membantu murid mengetahui dengan lebih jelas tentang
kepentingan salasilah keluarga asas.
Falsafah : 1. Setiap ahli keluarga perlu menghormati hak masing–masing
dan saling bekerjasama.
2. Melahirkan budaya “Yang tua dihormati yang muda
disayangi”.
3. Mengamalkan sikal berkasih sayang, berkerjasama, hormat
menghormati dan bertanggungjawab.
47
Bidang : Keibubapaan
Tajuk : Kepimpinan Dalam Keluarga
Objektif : Pada akhir sesi murid dapat :
1. Memahami maksud kepimpinan dengan baik.
2. Menyatakan ciri-ciri kepimpinan.
Masa : 60 minit
Sasaran : Tahun 6
Bahan :
Gambar Pemimpin dan Kertas A4
Langkah- :
langkah Set Induksi :
Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambar-
gambar pemimpin negara kepada semua murid.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid
menyatakan senarai pemimpin negara, negeri dan
keluarga.
2. Murid diminta untuk membentuk 4 kumpulan.
3. Murid diminta membincangkan perkara di bawah
secara kumpulan.
i. Ciri-ciri Kepimpinan
ii. Peranan Pemimpin Dalam Sebuah Keluarga
4. Setiap kumpulan diminta membentangkan hasil
perbincangan.
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan cir-ciri
pemimpin yang sebenar.
48
Penilaian : Murid memberi penerangan yang lengkap berkaitan ciri-ciri
pemimpin yang diketahui melalui pembentangan.
Rumusan : Murid berkeupayaan menilai kepentingan pemimpin dalam
sesebuah organsasi.
Falsafah :
1. Setiap daripada kita mempunyai ciri-ciri kepimpinan
dalam diri.
2. Kepimpinan yang baik menjamin kesejahteraan
bersama.
49
Bidang : Keibubapaan
Tajuk : Masih Ada Yang Sayang
Objektif : Pada akhir sesi murid dapat :
1. Menyedari kepentingan kehadiran ahli keluarga dalam kehidupan
mereka.
2. Menggunakan kemahiran berfikir dalam membuat pilihan.
3. Membuat rumusan berdasarkan petikan yang diberi.
Masa : 60 minit
Sasaran : Tahun 6
Bahan : Lampiran IB 6B
Langkah- : Set Induksi :
langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab mengenai orang
yang mereka sayangi.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan cara aktiviti
yang akan dijalankan.
2. Murid diminta menyenaraikan 5 orang yang paling disayangi
dalam ahli keluarga.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling membacakan situasi yang
disediakan (imaginasi).
4. Murid membayangkan / imaginasikan situasi yang
diperdengarkan.
50