5. Murid menyatakan perasaan mereka berdasarkan situasi.
6. Murid membuat rumusan secara keseluruhan betapa
perlunya kita menyayangi orang di sekeliling mereka.
Penilaian : Menyatakan perasaan masing-masing dan membuat rumusan
berdasarkan petikan yang diberi.
Rumusan : Tindakan yang tepat menentukan kesejahteraan hidup.
Falsafah : 1. Manusia memerlukan kasih sayang dalam kehidupan.
2. Kita perlu menghargai kasih sayang ibu bapa semasa mereka
masih ada.
3. Kasih sayang perlu dinyatakan melalui tindakan.
51
Lampiran IB 6B
Masih ada yang sayang
Petikan situasi.
...Kamu tinggal serumah bersama lima orang yang kamu sayang. Pada suatu hari,
rumah yang kamu diami telah terbakar. Semasa kebakaran, kelima-lima orang yang
kamu sayang berada di dalam bilik masing-masing yang berkunci dari luar. Semua
anak kunci berada ditangan kamu.
Kamu berusaha untuk membuka kunci setiap bilik untuk menyelamatkan orang-orang
yang kamu sayang. Semasa kamu cuba membuka kunci bilik yang pertama,tiba-tiba
anak kunci itu terjatuh ke dalam api. Ini bermakna kamu akan membiarkan salah
seorang orang yang kamu sayang meninggal dalam kebakaran itu. Sila potong satu
nama dari senarai orang yang kamu sayang yang akan kamu biarkan mati terbakar.
Kamu pergi ke bilik yang kedua untuk menyelamatkan mereka. Dalam usaha kamu
membuka kunci pintu yang kedua, tiba-tiba kunci itu patah. Ini bermakna kamu terpaksa
korbankan seorang lagi dari orang yang kamu sayang mati terbakar. Sila potong satu
lagi nama dari senarai orang yang kamu sayang.
Kamu pergi pula ke bilik yang ketiga. Kamu berjaya membuka kunci tersebut, tapi
sayangnya pintu bilik itu berkunci dari dalam. Kamu gagal lagi menyelamatkan orang
yang kamu sayang. Sila potong satu nama lagi dari senarai orang yang kamu sayang.
Kamu berlari ke bilik yang keempat, kamu berjaya membuka pintu itu tetapi kamu
dapati bilik itu kosong, penghuni bilik itu mungkin berada di bilik yang terakhir. Kamu
berjaya membuka pintu bilik yang terakhir, memang benar kedua-dua orang yang kamu
sayang berada di dalam bilik itu tetapi kedua-dua mereka pengsan. Dengan tenaga
yang kamu ada, kamu hanya mampu menyelamatkan seorang sahaja di antara mereka.
Sila buat pilihan, siapakah orang yang terakhir yang akan kamu korbankan mati dalam
kebakaran itu.
52
Bidang : Pembangunan Diri Murid
Tajuk : Asas Komunikasi- ‘Aku Pemimpin’
Objektif
: Pada akhir sesi murid dapat :
Masa 1. Murid memahami asas kemahiran kominikasi dengan baik.
Sasaran 2. Murid menyedari potensi dan kebolehan dalam berkomunikasi
Bahan dengan lebih baik.
: 60 minit
: Tahun 6
: Kertas A4
Langkah- : Set Induksi :
langkah Perbincangan spontan tentang kumpulan pemimpin pelajar seperti
Pengawas, Pustakawan, PRS dan lain-lain.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan mengenai
kemahiran asas komunikasi dan tugasan.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling membahagikan kumpulan
mengikut pelbagai kebolehan.
3. Setiap kumpulan diberikan peranan sebagai Pengawas
Sekolah,Ketua Kelas, Pengawas Pusat Sumber,Pembimbing
Rakan Sebaya dan murid biasa.
4. Setiap kumpulan diarah membincangkan satu isu semasa.
Pengawas Sekolah – Kes Buli.
Ketua Kelas – Murid bising di dalam kelas.
Pengawas Pusat Sumber – Murid yang tidak pulangkan buku.
PRS - Murid kurang menghormati guru.
Murid Biasa – Pengawas pilih kasih.
53
Penilaian 5. Setelah selesai, wakil kumpulan membentangkan hasil
perbincangan dengan menggunakan kemahiran asas
komunikasi.
6. Perbincangan mengenai aplikasi asas komunikasi dan kritikan.
7. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan .
: Membentangkan hasil perbincangan dengan menggunakan
asas komunikasi.
Rumusan : Setiap individu memiliki asas komunikasi dan boleh ditingkatkan
melalui proses latihan.
Falsafah : 1. Setiap individu boleh berkomunikasi dan telah memiliki asas
komunikasi.
2. Kemahiran berkomunikasi boleh ditingkatkan melalui proses
latihan.
3. Komunikasi yang berkesan member impak dalam kehidupan
seharian.
54
Bidang : Pembangunan Diri Murid Tahun 6
Tajuk : Semangat Cintakan Sekolah –‘ Sekolahku Sayang’
Objektif
: Pada akhir sesi murid dapat :
Masa 1. Mengetahui elemen semangat cintakan sekolah
Sasaran 2. Memahami dan mengaplikasi elemen semangat cintakan
Bahan sekolah.
: 60 minit
: Tahun 6
: Kad Tugasan (Lampiran PD 6A)
Langkah- : Set Induksi :
langkah Murid membincangkan lokasi-lokasi menarik di persekitaran
sekolah.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan mengenai sesi
lawatan dan kad tugasan.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling membahagikan pelajar kepada
kumpulan.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling membahagikan lokasi lawatan.
(Lawatan dalam kawasan sekolah seperti kantin,surau,taman
bunga dan lain-lain)
4. Tugasan semasa lawatan ialah membuat laporan. (Rujuk kad
tugasan)
5. Masa lawatan diberikan ialah 10 minit dan kembali semula ke
kelas dan membentangkan laporan.
6. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan.
55
Penilaian : Pembentangan laporan dan elemen semangat cintakan sekolah
Rumusan : Sekolah kita tanggungjawab kita.
Falsafah : 1. Semangat penyayang merupakan sifat semulajadi/naluri
manusia.
2. Semangat boleh ditingkatkan melalui tanggungjawab dan
pemupukan berterusan.
3. Pemupukan memerlukan usaha secara kolektif dan bersepadu.
56
Lampiran PD 6A
KAD TUGASAN
LAPORAN PEMANTAUAN KEBERSIHAN
NAMA KUMPULAN :
______________________________________________________________
LOKASI PEMANTAUAN :
______________________________________________________________
MASALAH KEBERSIHAN :
1. ………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………
2. ………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………
3. ………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………….
4. ………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………
5. ………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………
57
CADANGAN TINDAKAN:
1. ………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………….
2. ………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………..
3. ………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………..
4. ………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………
5. ………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………….
TANDATANGAN KETUA KUMPULAN : ………………………………………….
NAMA KETUA KUMPULAN : …………………………………………
TARIKH : …………………………………………
58
Bidang : Pembangunan Diri Murid
Tajuk : Potensi Diri – ‘Aku Boleh!’
Objektif : Pada akhir sesi murid dapat :
1. Menyenaraikan kebolehan dan kelemahan diri.
2. Mengetahui cara-cara untuk meningkatkan kebolehan diri serta
membaiki kelemahan diri.
Masa : 60 minit
Sasaran : Tahun 6
Bahan : Lampiran PD 6B
Langkah- : Set Induksi :
langkah
Membincangkan beberapa ciri yang dimiliki oleh idola pelajar
secara umum
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberikan penerangan
secara umum mengenai kebolehan dan kelemahan individu.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan lampiran PD 6B
3. Murid mengenal pasti dan mengisi kebolehan dan kekurangan
diri dalam lampiran PD 6B
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling memilih secara rawak murid
untuk membentangkan hasil kerja masing-masing.
5. Soal jawab dan sumbang saran tentang bagaimana untuk
meningkatkan kebolehan diri dan membaiki kelemahan diri.
59
6. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan .
Penilaian : Kebolehan murid menilai diri (kebolehan dan kekurangan)
Rumusan : Jadikan kebolehan sebagai “highway” untuk mencapai kejayaan
dan kelemahan diri sebagai cabaran dan perangsang.
Falsafah : 1. Setiap individu mempunyai kebolehan dan kelemahan masing-
masing.
2. Anggaplah kebolehan sebagai batu loncatan mencapai kejayaan
dan kelemahan sebagai peluang untuk membaiki diri.
3. Setiap orang tidak seharusnya merasa rendah diri terhadap
kelemahan yang ada.
60
Lampiran PD 6B
KEBOLEHAN
1. ____________________ 2. _____________________
3. _________________ 4. ____________________
Kebolehan
5. _______________ 6. ____________
1. _____________ 2. _________________ KENALI
DIRI
Kekurangan
3. ______________ 4. __________________
5. _______________ 6. __________________
KEKURANGAN
61
Bidang : Pembangunan Diri Murid
Tajuk : Pengurusan Diri - ‘Aku cantik dan kemas’
Objektif : Pada akhir sesi murid dapat :
1. Memperincikan skop bidang pengurusan diri setiap individu.
2. Menguruskan diri dengan kemas dan bersih.
Masa : 60 minit
Sasaran : Tahun 6
Bahan : Lampiran PD 6C
Langkah- : Set Induksi :
langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling berbincang mengenai amalan
harian mengenai kebersihan diri.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan tentang
perlunya murid-murid menguruskan diri dengan kemas.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab mengenainya.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan lampiran.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengarahkan murid
melakukan perbincangan kumpulan.
5. Murid membentangkan hasil perbincangan masing-masing.
6. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara
keseluruhan tentang pengurusan diri.
62
Penilaian : Menyiapkan latihan yang diberikan.
Rumusan : Banyak perkara yang perlu diberi perhatian dalam menguruskan
diri dengan lebih baik. Setiap murid perlu mengurus diri dengan
lebih teliti.
Falsafah : 1. Pengurusan diri yang teliti akan dapat mendidik individu
mendisiplinkan diri seterusnya membina jatidiri yang unggul.
2. Setiap bidang yang diurus dengan baik akan menyumbang
kepada kecemerlangan diri dan organisasi.
3. Murid yang dapat mengurus diri dengan baik akan
meningkatkan nilai harga diri.
63
Lampiran PD 6C
Senaraikan cara anda menguruskan diri di dalam petak yang disediakan.
Tubuh badan
Pakaian
Masa belajar di sekolah & di rumah
Kesihatan & pemakanan
64
Bidang : Pembangunan Diri Murid
Tajuk : ‘Aku Dengar, Aku Faham’
Objektif : Pada akhir sesi murid dapat :
1. Menyedari kepentingan komunikasi dua hala.
2. Memahami betapa pentingnya berinteraksi antara satu sama
lain.
Masa : 60 minit
Sasaran : Tahun 6
Bahan : Lampiran PD 6D, Kertas lukisan atau Kertas A4
Langkah- : Set Induksi:
langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling bertanyakan pelajar sama ada
minat melukis.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengarahkan murid
menyediakan kertas lukisan.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling memilih seorang murid
memberi arahan untuk diikuti oleh murid lain tanpa sebarang
pertanyaan. Arahan diulangi 2 kali sahaja berpandu lampiran.
3. Selesai langkah kedua murid diminta melukis kali kedua
dengan arahan yang sama tetapi kali ini dibenarkan bertanya.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan lukisan yang
sebenar(Rujuk Lampiran PD 6D) untuk dibandingkan dengan
lukisan yang dihasilkan oleh murid-murid.
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling menggalakkan murid
65
berbincang aktiviti yang telah dilakukan dengan memberi fokus
kepada kesukaran komunikasi sehala.
6. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengaitkan kepentingan
peranan berinteraksi.
7. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan.
Penilaian : Menyiapkan arahan yang diberikan.
Rumusan : Setiap murid perlu berkomunikasi untuk mendapatkan maklumat.
Falsafah : 1. Setiap murid perlu berinteraksi bagi mewujudkan komunikasi
yang sihat dalam usaha membangunkan peribadi yang
harmoni.
2. Murid yang dapat berkomunikasi dengan baik akan
meningkatkan kemesraan perhubungan sesama rakan.
66
Lampiran PD 6D
67
Bidang : Pendidikan Pencegahan ( Inhalan )
Tajuk
Objektif : Buku Skrap - Jenis dan Kesan Penggunaan Bahan Kimia
Masa : Pada akhir sesi murid dapat :
Sasaran 1. Murid dapat bekerjasama dalam menyiapkan sesuatu kerja.
Bahan 2. Murid mendapat maklumat yang lebih mendalam tentang
jenis dan penggunaan bahan kimia.
3. Murid dapat membina keyakinan diri dan berani
menonjolkan diri di hadapan rakan-rakan dan guru.
: 60 minit
: Tahun 6
: Kertas A4
Langkah - : Set Induksi :
langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan contoh buku
skrap kepada murid-murid.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan tentang
tatacara penghasilan buku skrap.
2. Murid dibahagikan kepada kumpulan berempat dan mereka
diberi masa selama seminggu untuk menyiapkan tugasan
tersebut.
3. Murid mengumpul maklumat berkaitan yang dibawa dari
rumah penggunaan bahan kimia terlarang dari buku,
majalah, internet dan keratan akhbar.
4. Murid berbincang dalam kumpulan tentang susun atur buku
skrap yang hendak dihasilkan mengikut kreativiti masing-
masing.
5. Murid membentangkan hasil kerja kumpulan .
68
6. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan selepas
pembentangan secara menyeluruh dari segi isi, kreativiti
dan kerjasama.
Penilaian : Murid memberi kerjasama dan bertolak ansur dalam mencari
maklumat yang diperlukan.
Rumusan : Penghasilan buku skrap secara kumpulan dapat mendidik murid-
murid dengan budaya bekerjasama, bertolak ansur dan cintakan
ilmu.
Falsafah : Penyalahgunaan dadah membawa bencana.
69
Bidang : Pendidikan Pencegahan
Tajuk : Antara Realiti dan Fantasi
Objektif : Pada akhir sesi murid dapat :
1. Memberi kesedaran kepada murid bahawa penyalahgunaan
alkohol memberi kesan yang buruk pada kesihatan dan
kehidupan sosial.
2. Mengetahui bahawa alkohol adalah antara penyumbang ke
arah masalah sosial dan jenayah.
Masa : 60 minit
Sasaran : Tahun 6
Bahan : Lampiran PP 6A
Langkah- : Set induksi :
langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan tentang apa itu
alkohol dan hukumnya dalam Islam.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bercerita tentang kesan
alkohol.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberi penerangan kepada
murid tentang pengambilan alkohol.
3. Mengedarkan lampiran PP 6A.
4. Murid dipilih secara rawak untuk ke depan membaca lampiran.
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara
keseluruhan.
70
Penilaian : Berdasarkan pemahaman melalui lampiran yang diedarkan.
Rumusan : Alkohol adalah antara penyumbang utama masalah sosial
dikalangan remaja.
Falsafah : 1. Murid peka terhadap bahaya kesan pengambilan alkohol.
2. Pengambilan alkohol adalah haram disisi agama Islam.
3. Keseronokan yang singkat dari pengambilan alkohol membawa
keburukan sepanjang hidup.
71
Lampiran PP 6A
ALKOHOL : ANTARA REALITI & FANTASI
Fantasi Realiti
Penggunaan alkohol membuat seseorang
individu berasa seperti dewasa. Remaja yang tidak mengambil alkohol
adalah lebih matang dan dapat berfikir
Alkohol memudahkan mereka mendapat secara rasional. Mereka juga kurang
ramai kawan dan diterima sebagai bermasalah.
sebahagian dari kumpulan tersebut. Rakan yang tidak mengambil alkohol
boleh lebih dipercayai dan merupakan
Alkohol membuatkan seseorang itu kawan yang sentiasa mengambil berat.
nampak "cool" dan berjaya. Perhubungan antara kawan juga lebih
sihat tanpa penggunaan alkohol.
Alkohol menghilangkan rasa bosan dan Alkohol mengakibatkan mabuk,yang
memberi keseronokan. mana ini jelas tidak "cool" dan juga
merbahaya.
Adalah lebih baik mengambil alkohol
semasa remaja supaya anda boleh Kegembiraan adalah lebih nikmat
berhenti mengambilnya semasa dewasa apabila seseorang itu mengambil
ketika anda mempunyai lebih bahagian dalam aktiviti sihat dan tidak
tanggungjawab. mabuk. Kegembiraan di bawah
pengaruh alkohol tidak bertahan lama
Alkohol dapat membantu melepaskan dan mudah dilupakan.
anda dari permasalahan dalam hidup. Remaja juga mempunyai tanggungjawab
yang penting. Malahan, Alkohol boleh
mengakibatkan ketagihan hingga ke
peringkat dewasa. Memulakan aktiviti
sihat pada usia yang muda menjadikan
seseorang itu lebih baik dan sihat
apabila dewasa kelak.
Menghilangkan masalah melalui
penggunaan alkohol merupakan
penyelesaian jangka pendek sahaja.
Menggunakan alkohol sebagai cara
untuk menangani masalah adalah tidak
benar. Penggunaannya akan
menimbulkan lebih banyak masalah
dalam jangka pendek dan panjang.
72
Bidang : Pendidikan Pencegahan
Tajuk : Hidup Sihat Tanpa Rokok
Objektif : Pada akhir sesi murid dapat :
1. Kesedaran akan bahaya amalan merokok.
2. Mengetahui dan memahami kandungan rokok yang membawa
kesan yang buruk pada kesihatan.
Masa : 60 minit
Sasaran : Tahun 6
Bahan : Lampiran PP 6B, PP 6C dan PP 6D
Langkah- : Set Induksi :
langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambar-gambar
4. akibat merokok dan poster gambarajah kandungan dalam rokok.
4. 1. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberi penerangan
5. kepada murid tentang isi kandungan dalam sebatang rokok.
2. Mengedarkan lampiran PP 6B dan PP 6C.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan borang soal
selidik kepada murid.
4. Murid mengisi jawapan masing-masing dengan ikhlas.
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara
keseluruhan.
73
Penilaian : Berdasarkan jawapan murid dalam borang soal selidik. (Lampiran
PP 6D)
Rumusan : Terdapat banyak kandungan yang merbahaya dalam sebatang
rokok yang boleh membawa maut.
Falsafah : Hidup sihat tanpa rokok.
74
Lampiran PP 6B
75
Lampiran PP 6C
Diantara bahan-bahan yang terkandung di dalam rokok:
BAHAN TERDAPAT PADA KESANNYA
Acetone
Tar kepingan cat
Naphthylamine
Methanol tar jalan raya penyebab kanser
Nikotine
Pyrene - penyebab kanser
Naphthalene
Cadmiun bahan pembakar roket
Carbon monoxsida
racun serangga dan hama membuat ketagihan
Bezopryrene
Vinyl chloride - penyebab kanser
Hydrogen Cyanide mothballs
Toluidine
Ammonia~pencuci digunakan dalam bateri kereta penyebab kanser
lantai
Urethane gas beracun dalam ekzos penyebab kanser
Toluene kereta
Nickel
Phenol - penyebab kanser
Butane digunakan untuk membuat penyebab kanser
Arsenic PVC
DDT
Polonium-210 racun dalam saluran gas penyebab ketagihan
- penyebab kanser
pencuci lantai
- penyebab kanser
larutan industri
- penyebab kanser
ubat pembasmi dan pembunuh
kuman
bahan bakar pemetik api penyebab kanser
racun semut putih penyebab ketagihan
racun serangga penyebab ketagihan
- penyebab kanser
76
Lampiran PP 6D
BORANG SOAL SELIDIK
Jantina : Lelaki / Perempuan Kelas/Tahun :
1. Senaraikan 3 jenis bahan kimia yang terkandung di dalam sebatang rokok dan
bahaya kepada kesihatan?
Jenis bahan kimia Kesan kepada kesihatan
2. Nyatakan 3 penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok?
3. Adakah anda merokok atau pernah mencuba untuk merokok ?
a. Ya
b. Tidak
4. Pernahkah anda cuba untuk berhenti merokok? (Jika anda menjawab Ya pada
soalan 3)
a. Ya
b. Tidak
5. Nyatakan 3 kesan sosial akibat merokok?
6. Adakah anda sebelum ini telah mengetahui isi kandungan yang terdapat dalam
rokok?
a. Ya
b. Tidak
77
8. Jika Ya, (bagi yang merokok) mengapa anda terus ingin merokok ?
a. Ketagihan
b. Pengaruh rakan sebaya
c. Lain-lain (Sila nyatakan)
9. Setelah anda mengikuti penerangan tentang bahaya dan kandungan rokok ini
apakah persepsi anda terhadap rokok dan perokok?
10. Kini setelah anda telah mengetahui tentang bahaya rokok, adakah anda bersedia
untuk membantu diri anda sendiri dan orang yang merokok terutama dalam keluarga
anda sendiri untuk berhenti merokok?
a. Ya
b. Tidak
Terima kasih.
78
Bidang : Pendidikan Pencegahan
Tajuk : Remaja dan Wawasan 2020.
Objektif : Pada akhir sesi murid dapat :
1. Menjadi pembimbing yang berkesan untuk membantu
membasmi gejala penyalahgunaan dadah.
Masa : 60 minit
Sasaran : Tahun 6
Bahan : Lampiran PP 6E
Langkah- : Set Induksi:
langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling memilih secara rawak
seorang murid untuk bercerita tentang kehidupan
sehariannya. Guru Bimbingan dan Kaunseling
mengaitkan kehidupan seharian yang normal dengan
kehidupan seorang penagih dadah.
1. Murid menyenaraikan ciri-ciri kehidupan seorang
penagih.
2. Murid menyenaraikan ciri-ciri tingkah laku yang
dapat meningkatkan produktiviti diri dan rakan.
3. Perbincangan dan soal jawab.
Penilaian : 1. Soal jawab dengan pelajar.
2. Murid menjawab soalan berdasarkan lembaran
kerja yang diberi.
Rumusan : Perkongsian maklumat yang berterusan di samping
mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan mampu
mengelakkan murid terjerumus di dalam penyalahgunaan
dadah.
79
Falsafah : Maklumat yang tepat serta keupayaan komunikasi yang
berkesan dapat membantu mencegah penyalahgunaan
dadah.
80
Lampiran PP 6E
NAMA : ..........................................................
TAHUN : ..........................................................
JAWAB SOALAN BERIKUT : -
1. Senaraikan ciri-ciri kehidupan seorang penagih.
a. ................................................................................................................
b. ................................................................................................................
c. ................................................................................................................
2.Apakah kesan penggunaan dadah kepada setiap individu.
a. ......................................................................................................................
b. ......................................................................................................................
3. Senaraikan kesan penggunaan pil.
a. .......................................................................................................................
b. .......................................................................................................................
4.Apakah kesan penggunaan syabu terhadap individu.
a. ......................................................................................................................
b. ......................................................................................................................
5. Adakah perbuatan menghidu gam membahayakan? Jika ya, tuliskan kesan
perbuatan berkenaan.
a. ......................................................................................................................
b. ......................................................................................................................
81
Bidang : Pendidikan Pencegahan
Tajuk : Pendidikan Pencegahan HIV / AIDS
Objektif : Pada akhir sesi murid dapat :
1. Murid menyenaraikan punca-punca jangkitan penyakit HIV / AIDS
2. Murid menyatakan cara-cara mencegah jangkitan pada
diri dan ahli keluarga.
Masa : 60 minit
Sasaran : Tahun 6
Bahan : Petikan akhbar berkaitan kesihatan, risalah HIV / AIDS, lampiran
PP 6F
Langkah- : Set Induksi – membaca petikan kesihatan di akhbar.
langkah
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab dengan murid
berdasarkan teks petikan yang ditunjukkan.
2. Murid dapat menganalisa gambar (Lampiran PP 6F)
3. Murid menulis karangan pendek tentang pencegahan
HIV/AIDS.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan mengenai
punca dan akibat penyakit HIV / AIDS.
Penilaian : Murid dapat menulis karangan bertajuk “Cara-cara mencegah
jangkitan HIV/AIDS pada diri dan ahli keluarga”
Rumusan : Perkongsian maklumat yang berterusan di samping mempunyai
kemahiran komunikasi yang berkesan mampu mengelakkan murid
82
terjerumus di dalam penyalahgunaan dadah.
Falsafah : Penyakit HIV/AIDS boleh dielak dari dijangkiti sekiranya manusia
mengamalkan cara hidup yang sihat.
83
Lampiran PP 6F
84