The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NAMA: Zurin Irdina Binti Mohamad Said<br>Unit: Bahasa Melayu Kelas 1 IPGM Kampus Keningau

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-ipgp21014646, 2024-03-18 00:23:43

BUKU LOG UB PENGAKAP

NAMA: Zurin Irdina Binti Mohamad Said<br>Unit: Bahasa Melayu Kelas 1 IPGM Kampus Keningau

BUKU LOG PENGAKAP 2024 Disediakan oleh: Zurin Irdina binti Mohd Said PISMP BM 1 MPU3431a Kokurikulum-UB


ISI KANDUNGAN Maklumat Diri Maklumat Pensyarah Penasihat Pengenalan Pengakap Maklumat Unit Sejarah Pengakap Dunia Sejarah Pengakap Malaysia Prinsip Pengakap Tujuan Penubuhan/Dasar Visi & Misi Lambang Cogan Kata Bendera Lagu Rasmi Lagu Pengakap Persetiaan Pengakap Undang-Undang Pengakap Istiadat Pengakap Struktur Organisasi Pelbagai Peringkat Pakaian Seragam Lencana/Pangkat Pengurusan Keahlian Kemahiran Perancangan Takwim Laporan Mingguan


MAKLUMAT DIRI


: ZURIN IRDINA BT M. SAID BIODATA NAMA NO KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN ALAMAT NO TELEFON UNIT AMBILAN :030602-12-0964 :2021012340087 :JAMBATAN 13, KG SIMSIM SANDAKAN SABAH. :01114114510 : BAHASA MELAYU 1 : JUN 2021/2026 TAHUN 2 SEMESTER 2


PENSYARAH PENASIHAT


Dr Jeromie bin Jolly Pensyarah IPGM Kampus Keningau


PENGENALAN PENGAKAP


PENGENALAN PENGAKAP Pergerakan pengakap merupakan sebuah pergerakan sukarela tertua di dunia yang bebas daripada pengaruh politik serta unsur-unsur yang bersifat subversif dan negatif yang bertujuan untuk membimbing golongan remaja sacara fizikal, memupuk semangat dan mengasuh cara perikiran melalui pendidikan tidak formal solaras dengan tujuan, prinsip dan kaedah yang dilhamkan oleh pengasasnya, Sir Lord Baden-Powell of Gilwell. Tumpuan adalah terhadap aktiviti praktikal di luar rumah, khususnya melalui aktiviti perkhemahan dan pengembaraan agar remaja memperoleh banyak ilmu kemahiran dan pengalaman serta mempunyai keyakinan diri yang amat tinggi dan berani dalam menghadapi kchidupan bermasyarakat.


Sebagai sebuah pergerakan yang terbuka kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan, pergerakan pongakap juga merupakan satu pergerakan belia yang bertujuan untuk melatih golongan remaja agar menjadi warganegara yang seimbang dan harmonis daripada segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui latihan-latihan yang berdasarkan kepada Persetiaan dan Undang:Undang Pengakap serta prinsip-pronsip asas yang telah diperturunkan oleh Lord BadenPowell. Kepengakapan adalah suatu kescronokan. Ini adalah kerana keseronokan merupakan satu daripada program pengakap. Lord BadenPowell pernah berkata bahawa "Jika Pengakap itu tidak ada keseronokan makan ia akan kehilangan daya tarikan dan kejayaan*


MAKLUMAT UNIT


UNIT-UNIT PENGAKAP


SEJARAH


Nama Penuh: Robert Stephenson Smith Balden Powell Nama Singkatan: BP Tarikh Lahir: 22 Februari 1857 Tarikh Meninggal Dunia: 8 Januari 1941 Pekerjaan: Bekas Mejar Tentera British


Sejarah Penubuhan Pengakap Dunia Secara tidak langsung, sejarah pergerakan pengakap dunia dimulakan oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell, iaitu seorang bekas Mejar Tentera British yang penuh dengan pengalaman medan peperangan. Pengakap Dunia bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England bersamaan dengan pelaksanaan satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki di pulau itu. Dengan adanya kejayaan pelaksanaan perkhemahan tersebut, beliau telah mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk budak-budak melalui penulisan dan penerbitan buku yang bertajuk “Scouting For Boys ”.


Sejarah Penubuhan Pengakap Dunia Pergerakan Pengakap tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British serta disambut dengan baik oleh negara-negara seperti Eropah, Asia dan Amerika dalam beberapa tahun sahaja selepas penubuhan Pengakap. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan Pengakap di seluruh dunia. 1920, Jambori Pengakap Dunia telah diadakan untuk pertama kalinya di Olympia Ketika itu, beliau telah diberikan pelbagai penghargaan atas sumbangan beliau, dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia, “Lord Baden Of Gillwell” oleh kerajaan British dan mendapat banyak pingat kebesaran negara.


SEJARAH


Sejarah Penubuhan Pengakap Malaysia Pergerakan Pengakap di Malaysia bermula pada tahun 1910 di Singapura yang diasaskan oleh F.C Sand, iaitu seorang peneroka British. Penubuhan Pergerakan Pengakap di Malaysia telah gagal beberapa kali di Pulau Pinang (1908) dan Selangor (1909). Pergerakan Pengakap di Malaysia telah berkembang ke semua negeri di Tanah Melayu dan Borneo serta memiliki sekurangkurangnya satu pasukan Pengakap pada ketika itu.


Berikut merupakan senarai nama bagi Pengasas Pergerakan Pengakap di negerinegeri Melayu dan Borneo: F.C Sands di Singapura (1910) H.R Cheesman di Pulau Pinang (1915) dan Johor (1928) I.R Wheeler di Perak (1926) E.C Hicks, A.G Stuart, P.R.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922) R. Brunnston di Melaka (1922) Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan (1925) Ameen Akhbar di Selangor (1926) A.J Circle di Terengganu (1926) Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan (1927) Perlis dibawah naungan Kedah (1931) Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah (1913) Sarawak (1915) Senarai nama pengasas Pergerakan Pengakap


Sejarah Penubuhan Pengakap Malaysia Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua. Pada 1987, persekutuan itu telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia yang dianggotai oleh Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Sejajar dengan Singapura keluar dari Gagasan Malaysia, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia pada Ogos 1965.


PRINSIP


Diperkenalkan oleh Pengasas Pergerakan Pengakap, iaitu Lord Baden Powell (1908): PRINSIP-PRINSIP PERGERAKAN PENGAKAP MESTI BERKHIDMAT UNTUK TUHAN BERTIMBANG RASA ATAS KEPERLUAN ORANG LAIN MEMBINA DAN MENGGUNAKAN KEBOLEHAN UNTUK DIRI SENDIRI, KELUARGA DAN MASYARAKAT


TUJUAN


Mengajar mereka tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang berguna untuk awam dan pertukangan tangan yang berguna untuk mereka. Memperbaiki kesuburan jasmani, akal dan rohani mereka. (2) Prinsip-prinsip dan amalanamalan perbadanan hendaklah berdasarkan kepada Ikrar Pengakap dan Undang-undang Pengakap serta prinsip-prinsip dan amalan-amalan lain sebagaimana yang diperuntukkan dalam kaedahkaedah perbadanan. Tujuan:


VISI MISI


Menjelang tahun 2025, Persekutuan Pengakap Malaysia kan dilihat sebagai suatu organisasi yang diurus secara cekap, moden dan berdikari bagi menyediakan program muda remaja yang berkualiti, berteraskan nilai melalui pemimpin yang bertanggungjawab dan berwibawa membangun warganegara yang berguna. VISI


Misi Kepengakapan ialah memberi sumbangan kepada pendidikan generasi muda melalui satu sisstem nilai yang berasaskan kepada Persetiaan dan Undang-undang Pengakap, membantu membina dunia yang lebih baik, di mana penduduknya boleh berdikari sebagai individu serta dapat memainkan peranan yang berguna untuk masyarakat. MISI


LAMBANG


COGAN KATA


Pengakap Kanak-kanak : Buat Habis Baik Pengakap Muda: Selalu Bersedia Pengakap Remaja : Pandang Luas Pengakap Kelana : Berkhidmat COGAN KATA


BENDERA


BENDERA PENGAKAP BENDERA RASMI PERSEKUTUAN


3 kelopak pada lambang bermaksud persetiaan pengakap iaitu taat kepada Tuhan, Raja dan negara, menolong orang setiap masa, menurut undang-undang Pengakap. Bintang pecah lima menandakan undangundang Pengakap yang sepuluh. Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan Persaudaraan Pengakap. Bulan sabit yang terdapat di bawah kelopak menandakan Islam agama rasmi negara. Lingkaran tali berwarna biru tua melambangkan perpaduan rakyat Malaysia dan persaudaraan Pengakap sedunia. Warna kuning, hijau dan merah pada lambang menandakan unit-unit Pengakap. Warna kuning pada bulan sabit dan bintang melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.


DI NEGERI-NEGERI LAIN :


LAGU RASMI


Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi isan yang berguna Persetiaan Pengakap Teras dipegang bersama Menolong orang setiap masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami banggasa junjug cita-cita Pengakap, Pengakap Mlalaysia


LAGU PENNGAKAP


Dipercayai, Taat Berguna, Bersaudara Berbudi Kasihkan Binatang, Menurut Perintah, Tabah Hati, Berjimat. Suci fikiran, suci perkataan, suci perbuatan. Undang-Undang Pengakap


DI sini senang, Di sana senang, Di mana-mana hatiku senang, Di sini senang, Di sana senang, Di mana-mana hatiku senang, Tangan dilambai-lambai, Punggung digoyang-goyang, Kaki dihentak-hentak, Pusing belakang Tangan dilambai-lambai, Punggung digoyang-goyang, Kaki dihentak-hentak, Gaya unggul. Di Sini Senang


Yip pi ya ya, Yip pi yip pi ya ya ya, Kami pilih pengakap sahaja, Siang jadi kenangan, Malam jadi impian, Cintaku semakin mendalam. Kami Pilih Pengakap


PERSETIAAN


Bahawa Dengan Sesungguhnya Saya Berjanji Dan Bersetia Yang Saya Dengan Seberapa Daya Upaya Saya Akan Taat Kepada Tuhan, Raja Dan Negara Menolong Orang Pada Setiap Masa Menurut Undang-undang Pengakap.


UNDANG-UNDANG


Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya. Pengakap adalah seorang yang taat kepada yang Dipertuan Agong serta Raja-Raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakap, ibubapa, majikannya dan orang-orang bawahannya. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa. Pengakap adalah bersahabat kepada sekalian orang dan bersaudara kepada lainlain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agama sekalipun. Pengakap adalah baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.


Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang. Pengakap adalah seorang yang menurut perintah dan suruhan ibu bapanya, ketua patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengan tiada bantahan. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya di masa susah. Pengakap adalah jimat dan cermat.


ISTIADAT PENGAKAP


LAUNG AGUNG


1. Akela berteriak PEK! (bermaksud PKK berhenti, diam dan dengar arahan seterusnya dalam keadaan sedia). 2. Akela berteriak PEK! PEK! PEK! Lalu melebarkan kedua tangan separas bahu yang menunjukkan isyarat untuk membentuk bulatan kecil. 3. Sambil berteriak PEEEEK, PKK berlari menghampiri Akela lalu membentuk bulatan mengelilingi Akela mengikut sekawan. Akela mendepa tangan dan PKK pula berpegangan tangan. Laung Agung merupakan istiadat yang perlu dijalankan setiap kali membuat perjumpaan atau semasa perkhemahan Pengakap. Berikut merupakan urutan istiadat Laung Agung yang perlu dijalankan: LAUNG AGUNG


4. Akela angkat tangan tinggi sedikit. PKK mengangkat tumit. Akela menurunkan tangan rapat ke peha, PKK segera melepaskan pegangan sesama mereka lalu duduk mencangkung rapat manakala tangan berada di sisi luar kedua belah peha lalu berteriak “AKELA, KITA BUAT HABIS BAIK.” Sebaik sahaja menyebut “BAIK” , PKK terus berdiri dlm keadaan sedia menghadap Akela. 5. Petugas dari sekawan bertugas memberi hormat kepada Akela dan mencabar sambil berteriak ”KAMU BUAT HABIS BAIK?” (intonasi menyoal). PKK yang membalas hormat sambil menjawab ”KAMI BUAT HABIS BAIK.” 6. Akela membalas hormat dalam keadaan sedia.


Click to View FlipBook Version