The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NAMA: Zurin Irdina Binti Mohamad Said<br>Unit: Bahasa Melayu Kelas 1 IPGM Kampus Keningau

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-ipgp21014646, 2024-03-18 00:23:43

BUKU LOG UB PENGAKAP

NAMA: Zurin Irdina Binti Mohamad Said<br>Unit: Bahasa Melayu Kelas 1 IPGM Kampus Keningau

MENGIBARKAN BENDERA


Istiadat mengibar bendera merupakan sambungan daripada istiadat Laung Agung. Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu dipatuhi: 1. Akela menyebut “BENDERA” dan petugas PKK yang berada di kedudukan nombor dua dari kiri tiang bendera akan keluar dua langkah dan menuju ke tiang bendera dalam keadaan berkawad. 2. Kemudian petugas ini menyentak tali bendera dan bergerak kebelakang satu langkah dan terus tabik pada bendera. 3. Semua ahli PKK yang lain mengikut tabik pada bendera. Kemudian petugas ini bergerak ke kedudukan asalnya. 4. Akela menyebut “NEGARAKU” , semua PKK mengadap bendera dan menyanyikan lagu Negaraku.


15. Akela menyebut “DOA” , petugas PKK bersebelahan petugas pengibar bendera keluar dua langkah dan menyebut “UP” syarat untuk menadah tangan. 6. PKK lain turut menadah tangan dan seterusnya petugas PKK membacakan doa. 7. Selesai bacaan doa, petugas PKK menyebut “UP” syarat menjatuhkan tangan dan berundur masuk dua langkah semula pada kedudukan asal. 8. Petugas PKK yang ketiga keluar dua langkah dan menuju ke hadapan Akela lalu memberi tanda hormat. 9. Akela memberi tanda hormat dan menjatuhkan tangan diikuti petugas PKK menjatuhkan tangan. 10. Petugas akan membuat laporan kepada Akela. Selesai membuat laporan petugas akan berundur satu langkah ke belakang dan memberi tanda hormat diikuti Akela membalas tanda hormat.


11. Petugas berpusing ke kanan dan masuk barisan dalam keadaan berkawad. 12. Akela menyebut “SENANG DIRI” dan semua PKK dalam keadaan senang diri. 13. Akela memberi taklimat dan kata-kata perangsang kepada PKK. 14. Setelah selesai, Akela menyebut “KELUAR BARIS” , semua PKK keluar baris dengan tiga langkah.


MENURUNKAN BENDERA


1. Semua PKK berada di hadapan bendera. 2. Akela menyebut “SEDIA” tanda semua PKK dalam keadaan sedia. 3. Akela menyebut “BENDERA” , dua petugas PKK keluar dua langkah lalu menghadap bendera sambil memberi hormat pada bendera. (Kedudukan selari dengan tiang bendera petugas pertama dihadapan dan petugas kedua berada di belakang petugas pertama). 4. Semua PKK turut memberi tanda hormat kepada bendera. Semasa perkhemahan atau sebelum sesuatu perjumpaan tamat, bendera yang dikibarkan perlu diturunkan. Berikut merupakan langkah-langkah menurunkan bendera:


5. Petugas pertama membuka tali bendera pada tiang dan menurunkan bendera perlahan-lahan. 6. Petugas kedua menyambut hujung bendera. (Peringatan: Jangan biarkan bendera mencecah tanah). 7. Kedua-dua petugas melipatkan bendera. 8. Kedua-dua petugas masuk semula ke tempat asal dalam keadaan berkawad. 9. Akela menyebut “KELUAR BARIS” semua PKK keluar baris dengan tiga langkah.


STRUKTUR ORGANISASI


STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT NEGARA/KEBANGSAAN KETUA PENGAKAP NEGARA YBHG MEJAR JENB. (B) PROF DATO’ DR HJ. MOHD. ZIN BIN BIDIN KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA TUAN HAJI NASARUDDIN BIN. SHAMSUDDIN a. Berdasarkan Perlembagaan PPM atau POR, DYMM Seri Paduka Bagina Yang Dipertuan Agong mempunyai kuasa untuk melantik rakyat Malaysia yang berkelayakan sama ada dalam kalangan menteri kabinet, mantan menteri kabinet, warganegara Malaysia yang lain sebagai Ketua Pengakap Negara berdasarkan POR 12(I) dan POR 12(4) dalam Perlembagaan PPM. b. KPN secara automatik akan memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara (MPN) c. KPN akan dibantu oleh seorang Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (KPPN) yang dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM berdasarkan POR 11(4) dalam Perlembagaan PPM


MAJLIS PENGAKAP NEGARA a. Kuasa tertinggi PPM ialah Majlis Pengakap Negara yang menjalankan tugas utamanya dalam menentukan dasar, urus tadbir dan perjalanan PPM. b. Berdasarkan POR 12(1) dan POR 12(4) dalam Perlembagaan PPM, KPN secara automatik akan memegang jawatan sebagai Yang Dipertua MPN. d. Selain daripada ahli rasmi, MPN juga terdiri daripada ahli-ahli jawatankuasa yang dipilih dan dilantik dalam Mesyuarat Agung PPM. Ahli-ahli dipilih ialah Wakil Ahli yang dipilih ke MPN (sekitar 22 orang) Ahli-ahli yang dilantik ialah: Wakil Majlis Pengakap Negeri Wakil Kementerian Pendidikan Malaysia Wakil Kementerian Belia dan Sukan Wakil Kementerian Kewangan Wakil Persatuan Pandu Puteri Malaysia Wakil Majlis Belia Malaysia


STRUKTUR DAN ORGANISASI P ERINGKAT NEGERI a. Pentadbiran pengakap di peringkat negeri atau PPM negeri diurus tadbir oleh Majlis Pengakap Negeri (MPNg) yang diketuai oleh seorang Yang Dipertua MPNg yang dilantik oleh PPM. b. MPNg menjalankan urus tadbir PPM Negeri berdasarkan UndangUndang Kecil PPM Negeri yang terikat dengan POR PPM. Berdasarkan Undang-Undang Kecil ini, PPM Negeri mempunyai kuasa untuk menubuhkan Jawatankuasa Eksekutif dan Jawatankuasa Tadbir untuk menjalankan tugas-tugas. Ahli MPNg terdiri daripada: a) Penaung b) Yang Dipertua c) Naib Yang Dipertua d) Pengerusi e) Naib Pengerusi f) Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri g) Penolong-penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri h) Ahli Jawatankuasa


CONTOH CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA TADBIR NEGERI SELANGOR


1. Menurut Undang-undang Kecil Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia, Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia atau MPKLMIPG (Bil. 11(a)]. maka hendaklah ada sebuah Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia bagi menjaga dan mengawasi Pergerakan Pengakap di Institut Pendidikan Guru yang berdaftar dan bertauliah yang ditandatangani oleh Kotua Pengakap Negara dan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat, PPM. ii. MPKLMIPG diktiraf sebagai sebuah neger pengakap sama seperti PPM Negeri Perak, PPM Negeri Johor dan seumpamanya. Oleh sebab itu, sistem pentadbiran MPKLMIPG adalah sama seperti sistem pentadbiran yang diamalkan neger PPM Negeri yang lain. Yang membezakan hanyalah disebabkan oleh sedikit perbezaan yang terdapat di dalam Undang-undang Kecil PPM Neger masing-masing. STRUKTUR & ORGANISASI PERINGKAT INSTITUT GURU MALAYSIA


Tugas-tugas MPKLMIPG adalah seperti yang berikut: Memilih jawatankuasa kerja, jawatankuasa kewangan dan jawatankuasa-jawatankuasa kecil yang lain untuk menjalankan tugas-tugas tertentu jika perlu. Menghantar satu salinan laporan tahunan MPKLMIPG kepada Ibu Pejabat PPM tidak lewat daripada 15 November pada setlap tahun Bertindak bersama-sama dengan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri MPKLMIPG dalam semua perkara yang berkaitan dengan kewangan dan harta benda MPKLMIPG mengikut Peraturan-Peraturan dalam Bahagian III, Seksyen V Peraturan, PPM; Menerbit, menyiar dan menjual buku-buku den risalahrisalah yang sesual untuk kegunaan anggota MPKLMIPG dengan syarat kandungan sesuatu penerbitan itu telah disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara; Mencari dan mentadbirkan segala wang, sama ada dican, dermaan, yuran kumiaan atau diterima daripada sebarang punca yang sesual dengan peraturanperaturan ini untuk pembangunan kepengakapan di MPKLMIPG; dan Menguruskan,mesyuaral-mesyuarat,perhimpunanperhimpunan, persidangan-persidangan dan gerakgerak kerja MPKLMIPG secara bersama untuk faedah MPKLMIPG dan para anggotanya.


STRUKTUR & ORGANISASI PERINGKAT SEKAWAN (SEKAWAN HARIMAU) Pensyarah Penasihat Dr Jerome bin Jolly Puan Phyllis Lim Tuan Medi bin Marau Dr Rayner bin Tangkui Ketua Sekawan Mickland bin Petrol Pen. Sekawan Suraya Nabihah Ahli Aktif: Zurin Irdina binti Mohamad Said Ren Syera A. Emeh Nur Farzanah binti Salim Luthfatul Mawardaah binti Mad Zian Nur Amilea Nadhirah binti Sabree Syazwan Syazmil bin Md Nazmil Nurul Qistina binti Jamaluddin


UNI FORM


Zurin Irdina binti Mohd Said Sekawan 6: HARIMAU


LENCANA


LENCANA KEPANDAIAN PENGAKAP KANAK-KANAK


PENGURUSAN AHLI


PENDAFTARAN AHLI & KUMPULAN Sebuah sekolah hanya boleh menubuhkan 1 kumpulan sahaja. Boleh diwujudkan beberapa pasukan dalam kumpulan itu. Satu kumpulan boleh ditubuhkan dengan 18 orang ahli dan 2 pemimpin. Jika melebihi 48 orang anggota, perlulah dipecahkan kepada beberapa kumpulan. JENIS BORANG Setiap kumpulan perlu didaftarkan dengan PPM. Gunakan beberapa jenis borang: i) Borang PPM 8-Pendaftaran Kumpulan ii) Borang PPM 18-Borang Kawalan iii) Borang PPM 9A-Permohonan Tauliah Pemimpin/Penolong Borang boleh diperoleh dari Pesuruhjaya Daerah, Negeri atau Ibu Pejabat PPM. PENGURUSAN KEAHLIAN


PENDAFTARAN AHLI & KUMPULAN Kumpulan/Anggota yang bau perlu didaftarkan dan kumpulan/anggota yang lama perlu diperbaharui dengan PPM. Yuran Pendaftaran: i) Kumpulan : RM30 (Setahun) ii) Ahli Pengakap: RM5 (Setahun) iii) Pemimpin/Penolong Pemimpin: RM10 (Setahun) Kumpulan/Anggota yang tidak menjelaskan yuran pendaftaran tidak dibenarkan menjalankan latihan/perjumpaan dan pakai pakaian pengakap serta lencana-lencananya. Gantung keahlian mengikut Dasar Pertubuhan dan Peraturan Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia (Peraturan 44-47) Pemimpin kumpulan secara automatik digantung keahlian pemimpin serta tauliahnya. (Peraturan 80) Penggantungan itu sementara Pesuruhjaya Daerah maklumkan kepada kuasa penganjur iaitu memperbaharui keahlian kumpulan dengan segera. PD menarik balik surat penggantungan kumpulan dan tauliahtauliah pemimpin setelah menerima borang pendaftaran. PENGURUSAN KEAHLIAN KEGIATAN Semua kegiatan dijalankan kepada Skim Latihan yang dikeluarkan oleh PPM. i) Program Latihan PKK untuk murid sekolah rendah ii) Program Latihan PM untuk pelajar ting 1-3 iii) Program Latihan PR untuk pelajar ting 4-5 iv) Program Latihan PK untuk pelajar ting 6-remaja


PERANCANGAN TAKWIM


PERANCANGAN TAKWIM BERORIENTASIKAN SEKOLAH RENDAH


PERANCANGAN TAKWIM BERORIENTASIKAN SEKOLAH RENDAH


KEMAHIRAN


GAJET/ KRAF


ASAS KAWAD KAKI


PERTOLONGAN CEMAS (ANDUH & BALUTAN)


IKATAN DAN SIMPULAN Untuk menyambung dua hujung tali yang sama jenis dan saiz. Biasanya untuk menyambung tali khemah/bungkusan/hadiah/ikatan anduh. Mudah dibuka. Dikenali sebagai “left over right and right over left” BUKU SILA (SQUARE/REEF KNOT) Kegunaanya adalah untuk menyambungkan hujung dua tali yang berlainan jenis/berlainan saiz. Menyambungkan penjuru kain dengan tali seperti mengikat bendera dengan tali BUNGA GETI (SHEET/FLAG/COMMON BEND)


IKATAN DAN SIMPULAN Satu simpulan mudah tetapi kemas untuk mengikat hujung tali pada mata kail, pancang khemah, pokok dan sebagainya. LILIT DUA SIMPUL TINDIH KASIH Untuk membuat ikatan yang pantas dan tidak boleh menjerut benda, binatang dan sebagainya. Sesuai digunakan untuk menyelamat, mengikat leher dan sebagainya SIMPUL MANUK Untuk mengikat benda yang licin seperti kayu, hujung pancang khemah, botol dsb. Mudah diikat/disimpulkan dan mudah ditangggalkan/dibuka.


LAPORAN


LAPORAN MINGGUAN LAPORAN MINGGU 1 UNIT UNIFORM PENGAKAP Tarikh: 10 Januari 2024 Masa: 7.30 - 9.30 pagi LAPORAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN PERHIMPUNAN KALI PERTAMA SEMUA UB Pada 10 Januari 2024, seramai 165 orang pelajar IPG Kampus Keningau, dan seramai 56 orang ahli pengakap telah berkumpul di perkarangan bagi perhimpunan kali pertama. Perhimpunan ini telah dihadiri oleh semua pensyarah penasihat yang terlibat dalam kursus unit beruniform. Dalam perhimpunan kali pertama ini, Ketua UB, Puan Phylis Lim telah menyampaikan taklimat berkenaan tatacara perhimpunan rasmi yang sebenar. AKTIVITI LAUNG AGUNG Aktiviti diteruskan dengan pengenalan istiadat laung agung oleh penasihat, Dr Jerome. Pada awanya, istiadat laung agung dijalankan dalam kumpulan yang besar iaitu kesemua ahli pengakap dan diketuai oleh penasihat sebagai Akela. Setelah itu, istiadat laung agung diteruskan dalam sekawan masing-masing. PEMILIHAN SEKAWAN Perjumpaan pengakap dimulakan dengan memperkenalkan pensyarahpensyarah penasihat bagi setiap kelas. Seterusnya, aktiviti dimulakan dengan pemilihan sekawan. Kesemua 56 orang ahli pengakap diminta membentuk 4 barisan dan menyebut nombor 1-6. Sekawan ditentukan berdasarkan nombor yang sama.


LAPORAN MINGGUAN LAPORAN MINGGU 1 UNIT UNIFORM PENGAKAP Tarikh: 10 Januari 2024 Masa: 7.30 - 9.30 pagi NILAI TAMBAH: Mengetahui tatacara melaksanakan perhimpunan rasmi dengan betul. Bersua kenal dengan rakan-rakan melalui sistem sekawan. .


LAPORAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN PERHIMPUNAN KEDUA SEMUA UB Pada 17 Januari 2024, seramai 165 orang pelajar IPG Kampus Keningau, dan seramai 56 orang ahli pengakap telah berkumpul di perkarangan bagi perhimpunan kali kedua. Perhimpunan ini telah dimulakan dengan ucapan oleh Pengarah IPGM Kampus Keningau, Tuan Doti bin Asing. Salah seorang ahli daripada Sekawan 1 bertugas untuk istiadat mengibarkan bendera dan ahli sekawan yang lain juga turut menggalas tugas dalam menjayakan perhimpunan. LAPORAN MINGGUAN LAPORAN MINGGU 2 UNIT UNIFORM PENGAKAP Tarikh: 17 Januari 2024 Masa: 7.30 - 9.30 pagi Sekawan Bertugas: Sekawan 1 AKTIVITI LAUNG AGUNG Aktiviti diteruskan dengan melakukan istiadat laung agung yang dipelajari pada minggu yang lalu. Istiadat ini diketuali oleh salah seorang ahli yang dipilih secara rawak oleh penasihat. PENGENALAN KEPADA PERSETIAAN PENGAKAP Aktiviti diteruskan lagi dengan pengenalan kepada persetiaan pengakap. Ahli-ahli diminta untuk menghafal persetiaan pengakap dalam sekawan masing masing. Setelah itu, setiap sekawan diminta untuk melafazkan kesetiaan pengakap di hadapan penasihat masingmasing.


LAPORAN MINGGUAN LAPORAN MINGGU 2 UNIT UNIFORM PENGAKAP Tarikh: 17 Januari 2024 Masa: 7.30 - 9.30 pagi Sekawan Bertugas: Sekawan 1 NILAI TAMBAH: Mengetahui cara-cara melaksanakan istiadat laung agung dengan betul. Mendalami dan menghayati Persetiaan Pengakap . .


LAPORAN MINGGUAN LAPORAN MINGGU 3 UNIT UNIFORM PENGAKAP Tarikh: 24 Januari 2024 Masa: 7.30 - 9.30 pagi Sekawan Bertugas: Sekawan 2 LAPORAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN PERHIMPUNAN KETIGA SEMUA UB Pada 24 Januari 2024, seramai 165 orang pelajar IPG Kampus Keningau, dan seramai 56 orang ahli pengakap telah berkumpul di perkarangan bagi perhimpunan kali ketiga. Perhimpunan ini telah dimulakan dengan ucapan oleh Timbalan Pengarah IPGM Kampus Keningau, Puan Naimah bt Kadir. AKTIVITI LAUNG AGUNG Aktiviti diteruskan dengan melakukan istiadat laung agung. Istiadat ini diketuai oleh salah seorang ahli daripada sekawan 2 iaitu sekawan yang bertugas. Setelah itu, laung agung dilaksanakan dalam sekawan masing-masing dengan saling ganti-mengganti untuk menjadi Akela. AKTIVITI PERMAINAN KUMPULAN Aktiviti diteruskan lagi dengan permainan kumpulan. Dalam permainan ini, salah seorang penasihat iaitu Puan Phylis Lym telah menjadi juri. Setiap sekawan diminta untuk mengebom sekawan lain. Misalnya “Harimau Bom Harimau Bom Harimau Bom.....Rajawali”. Sekawan yang memenangi permainan ialah sekawan rajawali.


LAPORAN MINGGUAN LAPORAN MINGGU 3 UNIT UNIFORM PENGAKAP Tarikh: 24 Januari 2024 Masa: 7.30 - 9.30 pagi Sekawan Bertugas: Sekawan 2 NILAI TAMBAH: Mengeratkan silaturrahim sesama ahli. Membentuk semangat pengakap yang kuat. Memupuk nilai bekerjasama . .


LAPORAN MINGGUAN LAPORAN MINGGU 4 UNIT UNIFORM PENGAKAP Tarikh: 31 Januari 2024 Masa: 7.30 - 9.30 pagi Sekawan Bertugas: Sekawan 3 LAPORAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN PERHIMPUNAN KEEMPAT SEMUA UB Pada 31 Januari 2024, seramai 165 orang pelajar IPG Kampus Keningau, dan seramai 56 orang ahli pengakap telah berkumpul di perkarangan bagi perhimpunan kali keempat. Perhimpunan ini telah dimulakan dengan ucapan oleh Pengarah IPGM Kampus Keningau, Puan Doti bin Asing. TAKLIMAT Setelah perhimpunan, kesemua ahli pengakap diminta untuk bergerak ke Dewan Kuliah untuk menjalankan aktiviti. Kesemua ahli diminta untuk duduk dalam sekawan di mana satu barisan, satu sekawan. Penasihat, Puan Phylis Lim memberikan taklimat berkenaan tatacara yang betul apobila melaksanakan kuliah di dalam dewan sebagai ahli pengakap. Setelah itu, beliau meneruskan aktiviti dengan menyampaikan taklimat berkenaan pengenalan Pengakap menggunakan slaid pengajaran.


LAPORAN MINGGUAN LAPORAN MINGGU 4 UNIT UNIFORM PENGAKAP Tarikh: 31 Januari 2024 Masa: 7.30 - 9.30 pagi Sekawan Bertugas: Sekawan 3 NILAI TAMBAH: Mengetahui tatacara melaksanakan perhimpunan rasmi di dewan dengan betul. Melatih daya fokus yang tinggi. .


LAPORAN MINGGUAN LAPORAN MINGGU 5 UNIT UNIFORM PENGAKAP Tarikh: 7 Februari 2024 Masa: 7.30 - 9.30 pagi Sekawan Bertugas: Sekawan 4 LAPORAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN PERHIMPUNAN KELIMA SEMUA UB Pada 24 Januari 2024, seramai 165 orang pelajar IPG Kampus Keningau, dan seramai 56 orang ahli pengakap telah berkumpul di perkarangan bagi perhimpunan kali ketiga. Perhimpunan ini telah dimulakan dengan ucapan oleh Ketua Unit Kokurikulum, Tuan Nukili bin Nurasek. AKTIVITI KAWAD KAKI Aktiviti pengakap dimulakan dengan pengenalan terhadap kawad kaki. Demonstrasi kawad kaki telah disampaikan oleh Tuan Medi di tepi Dewan Tan Sri Suffian Koroh. Demonstrasi tersebut meliputi asas-asas dalam kawad kaki dan kedudukan sekawan dalam baris. Penasihat juga sempat menjelaskan pentingnya menguasai kemahiran kawad kaki kerana ianya termasuk dalam pentaksiran berterusan bagi kursus ini. AKTIVITI KAWAD MENGIKUT SEKAWAN Aktiviti diteruskan lagi dengan setiap sekawan dikehendaki menjalankan aktiviti kawad mengikut ketua sekawan masing-masing. Setiap sekawan bebas untuk menjalankan aktiviti kawad di sekitar Dewan TSSK. Tujuan aktiviti kawad ini dilakukan mengikut sekawan adalah untuk persediaan bagi pentaksiran berterusan ujian kawad.


LAPORAN MINGGUAN LAPORAN MINGGU 5 UNIT UNIFORM PENGAKAP Tarikh: 7 Februari 2024 Masa: 7.30 - 9.30 pagi Sekawan Bertugas: Sekawan 4 NILAI TAMBAH: Membina semangat berpasukan dan bekerjasama. Melatih daya fokus yang tinggi. Membentuk jati diri unggul. .


LAPORAN MINGGUAN LAPORAN MINGGU 7 UNIT UNIFORM PENGAKAP Tarikh: 24 Januari 2024 Masa: 7.30 - 9.30 pagi Sekawan Bertugas: Sekawan 5 LAPORAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN PERHIMPUNAN KEENAM SEMUA UB Pada 24 Januari 2024, seramai 165 orang pelajar IPG Kampus Keningau, dan seramai 56 orang ahli pengakap telah berkumpul di perkarangan bagi perhimpunan kali keenam. Perhimpunan ini telah dimulakan dengan ucapan oleh Pengarah IPGM Kampus Keningau, Tuan Doti bin Asing. PERBINCANGAN PB Aktiviti pengakap dimulakan dengan perbincangan Pentaksiran Berterusan mengikut sekawan masing-masing. Tujuan perbincangan dilakukan sesama sekawan adalah untuk menjana idea dan pendapat daripada setiap ahli. AKTIVITI KAWAD MENGIKUT SEKAWAN Aktiviti diteruskan lagi dengan setiap sekawan dikehendaki menjalankan aktiviti kawad mengikut ketua sekawan masing-masing. Setiap sekawan bebas untuk menjalankan aktiviti kawad di sekitar Dewan TSSK. Tujuan aktiviti kawad ini dilakukan mengikut sekawan adalah untuk persediaan bagi pentaksiran berterusan ujian kawad.


LAPORAN MINGGUAN NILAI TAMBAH: Bekerjasama dalam membuat persiapan PB bersama sekawan. Membina kekuatan mental dan fizikal yang kental. . LAPORAN MINGGU 7 UNIT UNIFORM PENGAKAP Tarikh: 24 Januari 2024 Masa: 7.30 - 9.30 pagi Sekawan Bertugas: Sekawan 5


LAPORAN MINGGUAN LAPORAN MINGGU 8 UNIT UNIFORM PENGAKAP Tarikh: 28 Januari 2024 Masa: 7.30 - 9.30 pagi Sekawan Bertugas: Sekawan 6 LAPORAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN AKTIVITI KAWAD MENGIKUT SEKAWAN Aktiviti diteruskan lagi dengan setiap sekawan dikehendaki menjalankan aktiviti kawad mengikut ketua sekawan masingmasing. Setiap sekawan bebas untuk menjalankan aktiviti kawad di sekitar Dewan TSSK. Tujuan aktiviti kawad ini dilakukan mengikut sekawan adalah untuk persediaan bagi pentaksiran berterusan ujian kawad. PERHIMPUNAN KETUJUH SEMUA UB Seramai 165 orang pelajar IPG Kampus Keningau, dan seramai 56 orang ahli pengakap telah berkumpul di perkarangan bagi perhimpunan kali keenam. Perhimpunan ini telah dimulakan dengan ucapan oleh Ketua Unit Kokurikulum IPGM Kampus Keningau, Tuan Nukili Nurasek. Salah seorang ahli daripada Sekawan 6 bertugas untuk istiadat mengibarkan bendera dan ahli sekawan yang lain juga turut menggalas tugas dalam menjayakan perhimpunan.


Click to View FlipBook Version