1 TINTA HIJRAH KEKASIH ALLAH (Catatan perjalanan satu persatu dari Makkah ke Madinah) Rasulullah SAW merentasi padang pasir, gunung ganang dan laluan pantai sejauh lebih kurang 480 km selama 8 hari untuk sampai ke Madinah. Bergerak dari Makkah pada 1 Rabiulawal dan tiba di Quba' pada 8 Rabiulawal tahun 1H. Tahun 2011, sekumpulan pengkaji dari Jabatan Perangkaan dan Geologi Arab Saudi cuba merentasi laluan hijrah ini berbekalkan catatan ahli sejarah dan berbantukan alatan moden termasuk drone. Ekspedisi yang bermula dari Jabal Thur itu hanya tiba di Quba' selepas 11 hari. Benarlah apa yang disebut oleh para sahabat, bahawa Rasulullah SAW berjalan laju. Tempoh 8 hari itu adalah dikira perjalanan dari Gua Thur ke Quba'. Namun jika dikira dari permulaan baginda keluar dari rumah Khadijah pada malam dikepung, bermalam 3 hari di gua dan singgah di Quba' 4 hari sebelum masuk ke Kota Madinah, maka tempoh keseluruhannya ialah 15 hari. Sebaik berjaya membolosi kepungan kaum musyrikin, baginda keluar dari rumah Khadijah menuju ke rumah Abu Bakar. Ketika tiba di Hazwarah (الحزورة (baginda bersabda, ْي من ِك ما خر ْجت ب أر ِض هللاِ إلى هللاِ، ولوال أ َّن أهل ِك أخرجون ُّ .وهللا إن ِك لخي ُر أر ِض ِهللا، وأح Demi Allah sesungguhnya engkau (wahai kota Makkah) adalah bumi Allah yang paling baik dan paling dikasihi Allah. Kalaulah aku tidak dihalau oleh pendudukmu, nescaya aku tidak tinggalkanmu." Hari ini lokasi Hazwarah ini ditanda dengan menara Masjidil Haram arah Barat Daya. Baginda terus menuju ke rumah Abu Bakar yang terletak 309 meter dari kaabah. Bersama Abu Bakar, baginda berjalan menuju ke Gunung Thur (ثور غار (sejauh 5500 meter dari kaabah. (Sukatan laluan semasa agak berbeda). Mereka mendaki gunung yang berketinggian 748 meter itu. Hampir di puncak, terdapat sebuah gua. Lalu Abu Bakar masuk ke dalamnya, memeriksa kalau-kalau ada binatang berbisa di dalamnya. Abu Bakar mengoyak bajunya lalu menyumbat beberapa lubang yang ada di situ sebagai langkah keselamatan untuk melindungi diri Rasulullah SAW dari sebarang bahaya. Baginda bersembunyi di dalam Gua Thur (ثور غار (selama 3 malam; malam Jumaat, malam Sabtu dan malam Ahad. Abdullah anak Abu Bakar datang setiap malam melaporkan perkembangan yang berlaku di Makkah. Waktu dinihari dia pulang ke Makkah agar tidak dilihat oleh kaum musyrikin. Asma' anak Abu Bakar juga sering datang ke gua menghantar makanan. Khadamnya, Amir bin Fuhairah pula memelihara kambing berhampiran gua.
2 Setelah 3 malam berada di gua berkenaan, baginda turun dari Gunung Thur pada Subuh Isnin, 1 Rabiulawal. Perjalanan mereka dipandu oleh seorang musyrik yang mahir sebagai penunjuk jalan, iaitu Abdullah bin Uraiqit Al Laithi. __________________________ HARI PERTAMA 1 Rabiulawal 1H (Isnin) 16 Sept 622M Turun dari Jabal Thur melintasi pergunungan Busyaimat (شيماتُب جبال , (menuju ke Wadi Uranah (عرنة وادى (melalui Barat Padang Arafah bersebelahan lokasi Masjid Namirah dan terus ke arah selatan Jeddah. Setelah berada jauh di arah barat daya, baginda mula bergerak ke arah utara menjadikan pergunungan Busyaimat di sebelah kanan dan pergunungan Abu Izam (عظام أبو جبال (di sebelah kiri. Baginda melintasi perkampungan Raudhah Ummil Hashim ( الهشيم أم روضة ( yang terletak di selatan Wadi Fatimah (فاطمة وادي (iaitu perkampungan Bani Khuza'ah. Perjalanan hari pertama dihentikan di Kura' Al Ghamim ( الغميم كراع .(Baginda berhenti rehat dan bermalam di situ. __________________________ HARI KEDUA 2 Rabiulawal 1H (Selasa) 17 Sept 622M Hari kedua perjalanan lebih mencabar dengan cuaca yang sangat panas. Baginda bergerak dari Kura' Al Ghamim melintasi barat Asafan. Lokasi ini adalah kawasan yang dikira sebagai tempat bermulanya penduduk Makkah dikira sebagai musafir dan boleh qasar dan jamak sembahyang. Asafan (juga disebut Usfan عسفان (adalah tempat yang kemudiannya Allah menurunkan ayat mengharuskan solat khauf dalam peperangan. Perjalanan diteruskan melintasi perkampungan Harrah Naqra (نقرى حرة ,(Wadi Uwaija' (عويجاء وادي (serta berjalan menyusuri Jabal Al-Akhal (األخل جبل (di sebelah kiri dan Harrah Uwaija' (عويجاء حرة (di sebelah kanan. Seterusnya baginda sampai di Harrah Al Bakawiyah ( البكاوية حرة (dan Wadi Qudaid (وادي قديد (iaitu kampung Ummu Ma'bad. Berlaku satu perkara luar biasa yang tercatat dalam sejarah. Kambing yang tidak bersusu mampu mengeluarkan susu yang banyak sebaik didoa dan disapu oleh baginda. Kisahnya sangat menarik. (Sila baca Fiqh Al-Harakah; Hj Abd Hadi Awang, Jilid 1, halaman 246-247). Lokasi Wadi Qudaid ini sering menjadi tempat jemaah umrah zaman kini berhenti rehat, solat dan makan nasi. Ia adalah kawasan lembah yang luas memanjang 150 km dari Laut Merah. Selepas itu baginda meneruskan perjalanan hingga sampai di Wadi Kulyah (كلية وادى .(Di sini terdapat banyak rumah penduduk. Ketika sampai di wadi inilah berlaku peristiwa
3 menakjubkan berkaitan Suraqah bin Malik yang cuba untuk membunuh atau menangkap Rasulullah untuk mendapatkan hadiah 100 ekor unta. Kisah ini juga sangat menarik. Boleh rujuk Fiqh Al-Harakah Jilid 1 halaman 244. Perjalanan hari kedua berakhir di Juhfah 183 ,(الجحفة (km dari Makkah. Ia adalah lokasi miqat makani bagi jemaah haji yang datang dari arah Mesir dan Syam. __________________________ HARI KETIGA 3 Rabiulawal 1H (Rabu) 18 Sept 622M Hari ketiga baginda meneruskan perjalanan dari Juhfah hingga ke Wadi Laqaf (لقف وادي . ( Destinasi pertama selepas Juhfah ialah Ghadir Khum (خم غدير ,(iaitu tempat baginda berhenti sewaktu pulang dari Hajjatul Wada'. Dalam peristiwa berkenaan baginda menyampaikan khutbah dan memuji Saidina Ali dalam khutbahnya. Perjalanan diteruskan menuju ke Ma'u Ahya' (أحياء ماء .(Kawasan ini kemudiannya tercatat dalam sejarah pengutusan pasukan 80 orang mujahidin pimpinan Ubaidah bin Al Harith bin Abdul Muttalib untuk menyekat rombongan Abu Sufyan. Baginda turut melalui satu laluan selesa sejauh 1800 meter di satu tempat dikenali .(وادي الحامضة) Hamidhah Wadi dan) مقرح ال ن ِرِّ جلي ) Rijlain Muqarrih sebagai Baginda turut melintasi kawasan perkuburan lama di Tal'ah Ummil Hab (حبَ dan) تلعة أم ال Harrah Al Qasibah (القصيبة رة ِّح .(Dari situ baginda menuruni lembah ke Wadi Al Far'u (وادي الفرع . (Di Baratnya Jabal Mulaisa' (المليساء .( __________________________ HARI KEEMPAT 4 Rabiulawal 1H (Khamis) 19 Sept 622M Perjalanan Rasulullah SAW pada hari keempat menuju ke Madlajah Liqif (لقف مدلجة (hingga ke Bir Talub (الطلوب بئر .(Baginda merentas Wadi Majah (مجاح وادي (dari arah timur ke barat hingga ke Wadi Qahah (القاحة وادي .( Perjalanan diteruskan melalui delta Ummu Kasyad, Wadi Ujairid, Batnu Rubu' dan Wadi Zi Sullam di bahagian lebih utara. Baginda turut melalui Al Ghathriyanah (الغثريانة (yang terkenal sebagai laluan para nabi dan ulamak menuju ke Makkah. Hari keempat baginda bermalam di Bir Talub (الطلوب بئر .( __________________________ HARI KELIMA 5 Rabiulawal 1H (Jumaat) 20 Sept 622M Hari kelima, baginda SAW meninggalkan Bir Talub melintasi sebuah perkampungan tua di Al 'Araj (العرج .(Dalam peristiwa Fathu Makkah, Al 'Araj tercatat sebagai salah satu tempat pasukan Islam berhenti.
4 Baginda bermalam di Wadi Al 'Araj. __________________________ HARI KEENAM 6 Rabiulawal 1H (Sabtu) 21 Sept 622M Perjalanan hari keenam bermula di Jabal Rukubah (ركوبة جبل (dan berakhir di Wadi Reem (ريم وادي .(Jabal Rukubah adalah bukit yang memisahkan pergunungan Auf (عوف جبال (dan .(جبل ورقان) Waraqan Perjalanan diteruskan menyusuri Jabal Masyrawan (مشروان جبل (di sebelah kanan menuju ke Wadi Reem. Pada zaman dahulu Jabal Waraqan dikenali sebagai Jabal Hamat (حمت .(Diriwayatkan dalam satu riwayat dhaif, dalam perjalanan Rasulullah SAW untuk menunaikan haji wada' baginda bertanya kepada para sahabat, "Tahukah kamu apa nama bukit ini?" Para sahabat menjawab, "Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui." Baginda lantas bersabda: ِرك ألَهِله في ِه ِرك في ِه وبا هَّم با َّ ِة الل ِل الجنَّ َح َم ٌت جَب ٌل من جبا هذا "Inilah Hamat, salah satu bukit syurga. Ya Allah berkatilah padanya dan berkatilah penduduknya." Ketika tiba di Wadi Reem, baginda bertemu Abu Ma'bad Al Khuza'i, suami kepada Ummu Ma'bad. Beliau memeluk Islam di situ. Baginda berehat di situ untuk meneruskan perjalanan keesokan harinya. __________________________ HARI KETUJUH 7 Rabiulawal 1H (Ahad) 22 Sept 622M Setelah seminggu dalam permusafiran, hari Ahad 6 Rabiulawal terasa sudah begitu hampir dengan Al Madinah. Baginda melalui kawasan yang banyak telaga dikenali sebagai Abyar Al Masyi. Lokasi itu diumpamakan RnR bagi para musafir. Kedudukannya hanya 28 km dari kota Madinah. Baginda meneruskan perjalanan melalui Wadi Aqiq (العقيق وادي .(Ia dikenali sebagai wadi yang diberkati. Pada zaman Saidina Umar, batu-batuan wadi ini digunakan untuk melantaikan Masjid An Nabawi. Baginda melangkah penuh semangat hingga penghujung hari ketujuh di Al Jathjathah (الجثجاثة .(Kota Madinah hanya tinggal 16 batu dari kampung ini. __________________________ HARI KELAPAN 8 Rabiulawal 1H (Isnin) 23 Sept 622M Baginda meninggalkan kampung itu menuju ke Quba' melalui jalan Az Zobiy (الظبى .( Perjalanan hari kelapan turut melintasi kawasan berbukit dikenali sebagai Hamra' al-
5 Asad. Ia satu lokasi penting dalam sejarah Islam. Apabila kaum musyrikin menang dalam perang Uhud, mereka berhimpun di Hamra' al-Asad merancang untuk meneruskan serangan ke atas umat Islam. Namun berita kemaraan tentera Islam ke arah mereka menyebabkan mereka meraa gerun dan seterusnya melarikan diri pulang ke Makkah. Baginda terus melangkah melalui Raudhah Khakh (خلخ روضة (menuju ke perkampungan Al Asbah (العصبة (dan seterusnya ke perkampungan Bani Anif (أنيف بنى (dan akhirnya baginda tiba di Quba' (قباء (dengan selamatnya. PERISTIWA DI QUBA' Di Quba' baginda berhenti di kawasan Bani Amru bin Auf. Ketibaan Rasulullah SAW dan Abu Bakar disambut meriah oleh penduduk tempatan. Mereka yang tidak mengenali Rasulullah mengerumuni Saidina Abu Bakar. Sehinggalah apabila Abu Bakar memayungi baginda dengan serbannya, barulah mereka tahu siapa Rasulullah yang sebenar. Baginda singgah di rumah Kalthum bin Hadam. Ada pendapat lain mengatakan baginda tinggal di rumah Saad bin Khaithamah. Baginda tinggal di Quba' selama 4 hari iaitu Isnin 8 Rabiulawal hingga Khamis 11 Rabi'ulawal 1H. Di Makkah, Saidina Ali mengambil masa selama tiga hari untuk memulangkan barangbarang simpanan penduduk Makkah yang diamanahkan kepada Nabi SAW. Selepas itu Ali segera bergerak meninggalkan Makkah dengan berjalan kaki. Ali sempat mendapatkan Rasulullah SAW ketika baginda masih di Quba'. Dalam tempoh itu juga baginda mengasaskan masjid pertama didirikan atas dasar taqwa iaitu Masjid Quba'. MASUK KE MADINAH Setelah 4 hari berada di Quba', hari kelima Jumaat 12 Rabiulawal 1H bersamaan 27 Sept 622M, baginda menonggang kenderaannya dengan perintah Allah. Abu Bakar mengikut dari belakang. Rombongan ini turut diiringi oleh utusan Bani Najjar yang merupakan kaum kerabat bapa saudara baginda sebelah ibunya. Mereka datang siap dengan senjata pedang sebagai penghormatan kepada Utusan Allah ini! Sampai di Kg Bani Salim bin Auf, baginda mendirikan Solat Jumaat bersama 100 orang lelaki. Selesai mendirikan solat baginda terus diiringi masuk ke Kota Madinah. Perjalanan baginda diiringi dengan takbir, tahmid dan nyanyian memuji Allah dan Rasul-Nya.
6 Orang Ansar bukan orang kaya. Namun semua mereka inginkan baginda singgah dan bermalam di rumah mereka. Masing-masing cuba memegang tali unta Rasulullah dengan harapan baginda akan singgah di rumah mereka. Namun Rasulullah SAW berkata, "Biarkan unta ini berjalan sendiri kerana ia mendapat perintah dari Allah." Unta baginda terus berjalan hingga sampai di lokasi tapak Masjid Nabawi, ia berhenti di situ. Rasulullah SAW tidak turun. Unta meneruskan langkahnya. Hingga sampai di suatu lokasi, ia berhenti. Tempat itu adalah perkampungan Bani Najjar, iaitu kerabat bapa saudara sebelah ibunya. Rasulullah SAW turun dan singgah di rumah Abu Ayyub Al Ansari. KETIBAAN AHLI BAIT RASULULLAH Selepas beberapa hari, beberapa orang ahli keluarga baginda dari Makkah tiba di Madinah. Mereka ialah isteri baginda, Saudah, anak baginda Fatimah dan Ummu Kalthum yang datang bersama Usamah bin Zaid dan Ummu Aiman. Turut serta bersama mereka ialah Abdullah bin Abu Bakar bersama keluarga Abu Bakar termasuklah Ummul Mukminin Aisyah. Bersempena hijrah agung ini Rasulullah SAW berdoa: نَا في َصا ِع َها و ُمِِّد َها، واْن ِر ْك لَ ْو أ َش َّد، و َص ِِّح ْح َها، وبَا أ َم َّكةَ ِنَا َك ُحبِّ َمِدينَةَ ْينَا ال ِ ْب إلَ ُهَّم َحبِّ الل ْل َّ قُ ِة َها بال ُج ْحفَ ْ ل ُح َّما َها فَا ْجعَ "Ya Allah, jadikanlah kami mencintai Madinah seperti mana cinta kami kepada Makkah atau lebih dari itu. Sihatkanlah penduduk Madinah, berkatilah kami pada gantang dan cupaknya, pindahkanlah demamnya dan tempatkanlah ia di Juhfah." (Riwayat Al Bukhari dari Aisyah)
7 ABU BAKR YANG TIADA SEUMPAMANYA Para sahabat dibahagikan kepada beberapa kategori. Ia merujuk kepada kelebihan, senioriti dan kemuliaan mereka. Ada yang dikenali sebagai as-Sabiqun al-Awwalun, iaitu golongan yang awal memeluk Islam. Mereka diiktiraf Allah sebagai golongan yang Allah redha kepada mereka, mereka juga redha kepada Allah. 1. Ada kategori Ahlu Badar. Iaitu para sahabat yang terlibat menyertai peperangan Badar. Golongan ini mendapat keampunan Allah bagi semua dosa mereka yang terdahulu dan yang kemudian. 2. Ada kategori al-Khulafa ar-Rashidin. Mereka adalah kumpulan yang paling rapat dengan Rasulullah SAW dan seterusnya menjadi khalifah selepas kewafatan baginda. Selain sunnah Rasulullah, sunnah golongan ini juga diperintahkan supaya diikuti. 3. Ada kategori yang disebut sebagai بالجنة المبشرين العشرة ,iaitu 10 sahabat yang dijanjikan syurga oleh Rasulullah SAW. 4. Demikian juga kategori Ashabu Bai’ati ar-Ridhwan, iaitu mereka yang berbai’ah dengan Rasulullah SAW untuk menuntut bela di atas khabar ‘kematian Uthman’. 5. Kategori sabahat yang sempat dengan dua qiblat juga punya kedudukan dan kemuliaan tersendiri. Dalam ramai sahabat Rasulullah SAW, ada seorang yang kelihatan mendapat kemuliaan berada dalam semua kategori yang disenaraikan di atas. Dalam kumpulan as-Sabiqun al-Awwalun, beliau ada. Di kalangan Ahlu Badar, beliau terlibat. Beliau juga sempat dengan dua zaman yang berqiblat ke Makkah dan ke Baitul Maqdis. Bahkan namanya juga tercatat dalam kategori Khulafa’ ar-Rasyidin dan kategori 10 sahabat yang dijanjikan syurga. Beliau ialah Saidina Abu Bakr as-Siddiq raddhiallahu ‘anhu. Namanya Abdullah. Bapanya Uthman dan lebih dikenali sebagai Abu Quhafah bin Amir bin Amru at-Taimi al-Qurasyi. Bondanya Salma, lebih dikenali sebagai Ummul Khair binti Sakhr bin Amir at-Taimiah alQurasyiah. Isterinya Qatilah binti Abdul Uzza, Ummu Rauman binti Amir, Asma’ binti Umais dan Habibah binti Kharijah. Abu Bakr mempunyai anak bernama Abd Rahman, Abdullah, Asma’, A’isyah dan Ummu Kalthum. Dilahirkan dua tahun selepas kelahiran Rasulullah SAW iaitu tahun 571M. Terkenal sejak muda sebagai seorang yang berakhlak mulia dan tidak pernah sujud kepada berhala.
8 Beliau juga antara orang berada di Kota Suci Makkah. Sebaik sahaja mendengar tentang agama Islam dari mulut Rasulullah SAW, beliau tidak bertangguh untuk menyertainya. Menjadikan beliau lelaki dewasa merdeka pertama memeluk Islam. Abu Bakr sentiasa berada di samping Rasulullah SAW dalam hampir setiap babak yang dilalui oleh baginda. Mengiringi baginda ke mana sahaja. Kecuali peristiwa hijrah ke Taif. Ketika umat Islam mula berhijrah ke Madinah, Abu Bakar setia menunggu Rasulullah SAW. Ketika Nabi bersembunyi di dalam Gua Thur, Abu Bakarlah penemannya. Hampir setiap peperangan, Abu Bakr turut serta bersama baginda. Bahkan ketika baginda sudah uzur dan tidak mampu mengimamkan solat, Abu Bakrlah orang yang diminta oleh baginda mengimamkan solat. Justeru tidak hairanlah para sahabat bersepakat memilihnya sebagai khalifah selepas kewafatan Rasulullah SAW. Bahkan setelah kematiannya, jenazah Abu Bakr dikebumikan bersebelahan dengan pusara Rasulullah SAW. Catatan sejarah mengenainya membuktikan keimanannya yang sangat mantap. Ketika kafir Quraisy bergelak ketawa mempersenda ‘cerita pelik’ Rasulullah SAW berkaitan perjalanannya dari Makkah ke Baitul Maqdis, naik ke langit, turun kembali ke bumi dan pulang ke Makkah dalam tempoh satu malam, Abu Bakr dengan tegas menyatakan, beliau akan percaya apa sahaja yang dikhabarkan oleh baginda walaupun lebih pelik dari itu sekalipun. Satu ‘statement’ yang menyebabkan Abu Jahal dan konco-konconya tercengang. Juga satu kenyataan yang menyebabkan beliau dikenali sebagai as-Siddiq. Saidina Umar pernah berkata, ْو ُو ِز َن إيما ُن أبي بكٍر وإيما ُن النا ِس لرج َح إيما ُن أبي بكٍر ل ”Kalaulah ditimbang iman Abu Bakr dan iman sekalian manusia, nescaya akan lebih berat iman Abu Bakr.” Keimanan Abu Bakr bukan sesuatu yang lahir dari ketaasuban dan fanatik serta semangat membuta tuli, tetapi lahir dari ilmu dan ma’rifat yang kukuh. Dengan sebab itu, ketika sebahagian sahabat tidak dapat menerima kewafatan Rasulullah SAW, dek kerana cinta dan kasih mereka kepada baginda, Abu Bakr dengan tenang berkata, “Siapa yang menyembah Muhammad, sesungguhnya Muhammad telah mati. Namun sesiapa yang menyembah Allah, sesungguhnya Allah (adalah Tuhan) yang sentiasa hidup dan tidak mati.”
9 Lalu beliau membaca firman Allah: ـ ۡعقَ َ أ ىٰۤ ۡم َعلَ ِت َل ٱنقَلَۡبتُ ۡو قُ َ ۟ين َّما َت أ ِ فَإ َ أ ُۚ ر ُس ُل َقۡد َخلَ ۡت ِمن قَۡبِل ِه ٱل ُّ ࣱ َّال َر ُسول ِ َو َم َو َمن ا ُم َح َّمٌد إ ُۚ ُكۡم بِ ِل ۡب َعلَ يَنقَ ٔ َشۡيـ ۡي ِه فَلَن َي ُض َّر ٱ ََّّللَ ى َعِقبَ ۗ َو َسيَ ۡجِزی ٱ ََّّللُ ٱل َّش ـ ِكِر ا ي َن [Surah Ali-Imran 144] Yang bermaksud: "Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh para Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orangorang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu)." Abu Bakr direkodkan berjaya menyatupadukan umat Islam sewaktu mereka hampirhampir bertelingkah soal pemilihan khalifah menggantikan Rasulullah SAW. Selepas pemerintahan Rasulullah, pemerintahan Abu Bakr menjadi model pemerintahan Islam berikutnya. Antara yang menarik, dibawah pemerintahan beliau mula ditetapkan peruntukan gaji yang mencukupi buat ketua negara. Ia bertujuan agar mereka dapat menumpukan sepenuh masa kepada kerja pengurusan negara dan rakyat dan tidak perlu sibuk mencari rezeki dengan perniagaan dan kerjakerja lain. Sistem ini mengejutkan banyak pihak kerana pemerintah dan raja-raja pada zaman itu menjadikan semua hasil negara sebagai milik mereka. Walaupun hanya sempat memerintah selama dua tahaun sahaja, namun beliau berjaya menangani krisis aqidah di kalangan umat Islam apabila munculnya golongan murtad, golongan mengaku nabi dan golongan menolak kewajipan zakat. Ia adalah suatu isu yang sangat besar. Pengikut kumpulan-kumpulan ini juga sangat ramai. Dikatakan pengikut Musailamah al-Kazzab dari Bani Hanifah yang mengaku menjadi nabi berjumpah 40 ribu orang. Bahkan ada orang yang pernah berdamping dengan Rasulullah SAW, turut terpengaruh dengan dakyahnya. Itu baru satu kumpulan. Belum lagi kumpulan-kumpulan nabi palsu yang lain. Selain Musailamah, muncul nabi palsu bernama Tulaihah bin Khuwailid al-Asadi dari Bani Asad. Pengikutnya ramai dari Bani Asad, Bani To’iy dan Ghatafan di negeri Najd.
10 (Setelah tewas dalam peperangan menentang pasukan Khalid bin Al Walid, Tulaihah dikatakan kembali kepada Islam). Sebahagian penduduk Yaman pula mengikuti ajaran nabi palsu dikenali sebagai Al Aswad bin al-‘Insi, atau nama sebenarnya ‘Abhalah bin Kaab bin Ghaus bin al-‘Insi. Kumpulan ini ditewaskan oleh tentera Islam pimpinan Muaz bin Jabal. Manakala Bani Tamim, Bani Taghlib dan Bani Rabi’ah mempernabikan seorang wanita dikenali sebagai Sajah binti al-Harith. Perempuan ini kemudiannya bertaubat dan kembali kepada Islam setelah mendengar berita tewasnya pengikut Tulaihah dan Musailamah di tangan tentera Khalid dan Ikrimah. Cabaran yang dihadapi oleh Abu Bakr selaku Khalifah Islam sangat besar. Beliau bertegas menghadapi golongan murtad ini dengan mengirim 11 pasukan tentara: 1. Pasukan Khalid ditugaskan menyelesaikan isu murtad di kalangan Bani Tamim, Bani Asad dan Yamamah. 2. Pasukan Ikrimah bin Abi Jahal memerangi Bani Hanifah serta membebaskan Oman, Hadhramaut dan menuju ke Yaman. 3. Pasukan Syurahbil bin Hasanah juga membantu pasukan Ikrimah. 4. Pasukan Turaifah bin Hajiz dihantar kepada Bani Sulaim yang merupakan sebahagiaan qabilah Bani Hawazin. 5. Pasukan Amru bin al-‘As memerangi Qudha’ah. 6. Pasukan Khalid bin Sa’id bin al-‘As memerangi perbatasan Syam. 7. Pasukan Al-‘A’la bin al-Hadhrami menyerang Bahrain. 8. Pasukan Huzaifah bin Muhsan al-Ghalfani memerangi kumpulan murtad di Oman. 9. Pasukan ‘Arfajah bin Harthamah al-Bariqi memerangi golongan murtad di Mahrah. 10.Pasukan Al-Muhajir bin Abi Umayyah ditugaskan membantu serangan ke atas Hadhramaut dan Yaman. 11.Pasukan Suwaid bin Muqarrin ditugaskan memerangi kumpulan murtad di pergunungan Tihamah. Ketegasan Abu Bakr dalam memerangi golongan murtad berjaya menghapuskan semua kumpulan berkenaan. Sekaligus berjaya menyelamatkan ummah dari bencana ini. Bayangkan sekiranya kumpulan-kumpulan murtad ini dibiarkan. Baru sahaja kewafatan Rasulullah SAW, sudah muncul berbelas bahkan mungkin berpuluh kumpulan ajaran sesat dan murtad. Apa pula akan jadi kepada umat zaman kemudian. Maka amat benarlah kesepakatan umat ini bahawa, Abu Bakr adalah sebaik-baik manusia selepas Rasulullah SAW.
11 BERKENALAN DENGAN JABAL UHUD Lokasinya sekitar 5 km dari Masjid Nabawi di sebelah utara kota Madinah. Melentang dari arah tenggara ke timur laut. Panjangnya 7 km, lebarnya antara 2 ke 3 km. Ia berketinggian 1077 meter. SEBAB DINAMAKAN UHUD 1. Pandangan pertama: Ia satu-satunya gunung yang terdapat di kawasan itu. Sekelilingnya adalah dataran dan lembah. 2. Pandangan kedua: Ia berasal dari nama seorang penduduk dari Amaliq yang mendiami kawasan berkenaan. 3. Pandangan ketiga: Uhud adalah simbul wahdaniah (keesaan) Allah. STRUKTURNYA Gunung ini terhasil dari lapisan dan susunan batu granit berwarna gelap kemerahmerahan. Sebahagian batunya kelihatan kehijau-hijauan dan hitam. Terdapat lubang-lubang yang dikenali sebagai Maharis yang berperanan menakung air hujan. Juga terdapat gua-gua sebesar 1 setengah meter dan berkedalaman sehingga 10 meter. Terdapat sebuah belahan gua yang dikatakan tempat Rasulullah SAW menyelamatkan diri ketika Peperangan Uhud. Jabal UHUD kaya dengan logam besi pada struktur luaran dan tembaga di bahagian dalam. Meskipun berstruktur batu batan, namun terdapat juga beberapa jenis tumbuhan seperti hamidh, iaitu pokok renek berbunga merah. Juga pokok yang dikenali di kalangan penduduk tempatan sebagai luzan nabi.
12 العوسج والسمر والسلم والسدر والمسيكة (شجرة الريح) pepohon ditumbuhi turut ini gunung itu Selain sebahagiannya (والشكيرة (الشكربل أو الربلة) وشجرية أبو حاد (طرطر) وعشبة شوكة العنب (شوكة اإلبل) والحنظل tak tau menda istilah dlm BM). PERANG UHUD Peperangan Uhud berlaku di sini pada tahun ke 3 selepas hijrah. Tentera Musyrikin diketuai Abu sufyan datang untuk menuntut bela kekalahan mereka dalam perangan Badar setahun sebelumnya. 3000 bala tentera musyrikin ditentang oleh 1000 orang tentera Islam. 70 orang gugur syahid. Rasulullah SAW sendiri cedera dan patah beberapa batang giginya. Seorang tentera musyrikin bernama Ubay bin Khalaf cuba membunuh Rasulullah SAW. Sejak bertahun sebelum itu dia sudah bersiap dengan kudanya untuk membunuh baginda. Namun Rasulullah SAW lebih tangkas melontar sebilah tombak milik seorang sahabat lalu mencederakan batang leher Ubay. Ia hanya kecederaan ringan. Namun membawa kematian kepada Ubay. Itulah satusatunya tentera musuh yang mati di tangan Rasulullah SAW. Baginda pernah bersabda, "Sedahsyat-dahsyat orang yang akan disiksa dalam neraka ialah lelaki yang membunuh nabi dan lelaki yang dibunuh oleh nabi." 68 orang syuhada' termasuk Saidina Hamzah dikebumikan di halaman Jabal UHUD manakala 2 orang lagi yang terbunuh lebih awal dikebumikan di satu perkuburan lain tidak jauh dari situ. FADHILAT UHUD Al Bukhari meriwayatkan dari Anas bin Malik bahawa baginda Nabi SAW pernah bersabda: ُّهُ ِحب َونُ ُّنَا َجبَ ٌل يُ ِحب َه َذا "Inilah bukit yang mengasihi kita dan kita mengasihinya." Anas juga pernah meriwayatkan: ِهْم، فَقَا َل َر َج َف ب َما ُن فَ ْ بُو َب ْكٍر، و ُع َمُر، و ُعث َ ُح ًدا، وأ ُ َ َص ِعَد أ م َّ َّى هللاُ عليه وسل َّي َصل :أ َّن النب
13 "Bahawa ketika Rasulullah SAW mendaki Jabal UHUD bersama Abu Bakar, Umar dan Usman tiba-tiba Uhud bergegar lalu baginda bersabda: ِن ي، و ِصِِّدي ٌق، و َش ِهي َدا ْي َك َنبِ ٌّ ُح ُد فإنَّما َعلَ ُ بُ ْت أ ْ .اث "Diam kamu wahai Uhud. Sesungguhnya di atasmu ada seorang nabi, seorang as siddiq dan 2 orang (yang akan mati) syahid." Al Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: َها، فإنَّه نِ ْف ُر َغ ِمن َدفْ َها ويَ ْي َّى َعلَ َصل َمانًا وا ْحتِ َسابًا، وكا َن معهُ حتَّى يُ ُم ْسِلٍم، إي َم ِن اتَّبَ َع َجنَا َزةَ َّم َر َج َع يَ ْر ِج ُع قَ ْب َل أ ْن تُ ْدفَ َن، فإنَّه َها ثُ ْي َّى َعلَ ُحٍد، و َمن َصل ُ ُل أ ْ َرا ٍط ِمث ِن، ُك ُّل قِي َرا َطْي ِم َن األ ْجِر بِقي َرا ٍط يَ ْر ِج ُع بِقي "Barang siapa mengiringi jenazah orang Islam dengan iman dan ihtisab, dia mendirikan solat ke atasnya serta mengiringi hingga selesai pengebumiannya, maka dia kembali dengan membawa pulang pahala sebanyak 2 qirat, setiap qirat itu sebesar gunung Uhud. Dan sesiapa yang solat sahaja lalu pulang sebelum dikebumikan, maka dia pulang bersama pahala 1 qirat." Selain itu Jabal UHUD seringkali dijadikan objek perbandingan oleh Rasulullah SAW untuk menyatakan sesuatu yang besar atau lebih besar dari UHUD. Dikatakan ketika Abdullah Ibnu Mas'ud memanjat sepohon pokok para sahabat memerhatikan betisnya yang kerdil lalu mentertawakannya. Rasulullah SAW menegur mereka, "Apa yang kamu ketawa? Sesungguhnya betis Abdullah pada hari qiamat kelak lebih berat di atas al mizan daripada jabal UHUD." . Jabal Uhud terletak di koordinate 24°30′37″N 039°36′50″E. Sekitar 4-5 km dari Masjid Nabawi. Ia menyaksikan tumpahnya darah 70 syuhada pada Syawal tahun ke 3 selepas hijrah. Jabal Uhud dikasihi oleh Rasulullah SAW. Seringkali ia dijadikan ukuran pahala dan ganjaran sesuatu amalan.
14 MASJID AD DAR’I – MASJID SYAIKHAIN Ketika menerima khabar kemaraan tentera musyrikin pada tahun ke-3 hijriyah, Rasulullah SAW segera bermesyuarat dengan para sahabat besar. Lalu baginda menceritakan mimpinya: "Demi Allah aku telah bermimpi dengan sesuatu yang baik. Aku bermimpi seekor lembu disembelih, mata pedang ku berlubang dan aku masukkan tangan ku ke dalam baju rantai yang kukuh." Lembu disembelih bermaksud beberapa org sahabat akan gugur syahid. Pedang berlubang bererti ahli keluarga baginda juga akan syahid. Manakala baju rantai menunjukkan Kota Madinah akan selamat. Baginda berpendapat, umat Islam hanya perlu bertahan di dalam kota sahaja. Mereka hanya perlu menunggu dan menentang musuh di lorong. Manakala wanita dan kanak2 boleh melontar batu dari atas bumbung rumah. Kaum munafiq bersetuju. Termasuk Abdullah bin Ubai. Mereka setuju kerana mudah bagi mereka utk menyorok dan tidak terlibat dalam peperangan. Namun sebahagian besar sahabat kurang bersetuju kerana peperangan di dalam kota pasti akan menyebabkan banyak kerosakan sama ada menang atau kalah. Hamzah bin Abdul Muttalib antara yang paling bersemangat hendak menentang musuh di luar kota. "Demi Tuhan yang menurunkan kitab kepadamu, aku tidak akan menjamah makanan sehinggalah aku dapat menentang mereka dengan pedang ku ini di luar Madinah." Oleh kerana ia suatu mesyuarat dan perbincangan, maka baginda SAW menerima pandangan para sahabat yang ingin bertempur di luar Madinah. Tentera Islam bergerak ke medan tempur. Sebelum tiba di Uhud, mereka singgah di satu tanah milik dua orang tua شيخين .Baginda solat Asar, Maghrib dan Isyak di situ. Tentera Islam terus bermalam di situ sehinggalah waktu Subuh. Melihatkan kesukaran yang terpaksa dihadapi oleh Rasulullah SAW, Saad bin Muaz dan Usaid bin Khudhair mula menyalahkan para sahabat yang mendesak Rasulullah SAW berperang di luar Kota Madinah. Mereka sesal kerana mendesak baginda sedemikian rupa. Para sahabat merasa bersalah. Akhirnya mereka beramai2 menghadap baginda memohon ampun dan menarik balik cadangan mereka yang berbeza dengan kehendak asal Rasulullah SAW.
15 Tiba2 Rasulullah SAW bingkas bangun memakai dua helai baju berantainya (الدرع (lantas bersabda: "Tidak sepatutnya bagi seseorang nabi, apabila telah menyarung baju rantainya (utk berperang) lalu dia menanggalkannya semula. Biarlah sehingga Allah menentukan keputusan di antaranya dan musuhnya." Baginda lantas bergerak menuju ke Bukit Uhud untuk menentang musuh2 Allah. Dikatakan baju berantai yang dipakai oleh baginda ada dalam simpanan di Turkey. Beratnya 200 Kg. Menunjukkan bahawa baginda sememangnya seorang yang dianugerahkan kekuatan fizikal dan mental yang cukup hebat. Kekuatan fizikalnya dikatakan sebanding dengan kekuatan 40 orang lelaki dan melebihi kekuatan Nabi Musa alaihissalam. Tempat berlakunya peristiwa baginda memakai baju berantai (الدرع (itu kini ditanda dengan pembinaan sebuah masjid kecil dikenali sebagai Masjid Ad Dar'i atau Masjid Syaikhain. ANAK2 YG BERANI DAN MUNAFIQ YG PENAKUT Tentera Islam berjumlah 1000 orang. 100 berbaju berantai, termasuk Rasulullah SAW. 50 org berkuda. Namun ada juga pendapat yang mengatakan yang berkuda hanyalah Rasulullah SAW dan Abu Burdah. Pemerintahan Madinah diserahkan kepada Abdullah bin Ummi Maktum. Ketika memeriksa barisan Mujahidin, didapati ada beberapa orang sahabat bawah umur turut serta. Sebahagian mereka disuruh pulang kerana didapati belum sesuai utk terlibat dalam peperangan. Kanak2 itu ialah: 1. Abdullah bin Umar 2. Usamah bin Zaid 3. Usaid bin Zuhair 4. Zaid bin Thabit 5. Zaid bin Arqam 6. Arabah bin Aus 7. Amru bin Hizam 8. Abu Said Al Khudri 9. Zaid Al Ansari
16 10. Saad bin Hubat Dua orang kanak2 dibenarkan ikut serta iaitu Rafi' bin Khadij dan Samrah bin Jundub. Rafi' terpilih kerana dia pandai memanah. Samrah yang asalnya tidak diizinkan, telah memproses, "Walaupun saya lebih kecil dari Rafi', tapi saya lebih kuat." Nabi SAW seterusnya memerintahkan Rafi' dan Samrah beradu kekuatan. Ternyata Samrah berjaya menumbangkan Rafi' yang bertubuh lebih besar darinya. Dengan itu Baginda SAW mengizinkan Samrah untuk turut serta. Rasulullah bermalam di sini dan keesokan harinya, setelah matahari mula menyinar, mereka sudah boleh melihat kumpulan 3000 orang bala tentera musyrikin yang sudah sampai di Uhud. Kaum munafiq yang turut serta mula berasa gerun. Mereka mula mencipta berbagai2 alasan untuk berundur. Abdullah bin Ubay bin Salul turut menghasut orang2 beriman supaya pulang ke Madinah. Hasutan itu hampir2 berjaya mempengaruhi orang2 beriman dari kalangan Bani Haris (Aus) dan Bani Salamah (Khazraj). Tetapi Allah selamatkan mereka dengan menanam kan iman ke dalam hati mereka seperti yg disebut di salam ayat 122 surah Ali Imran: ُمۡؤ ِمنُو َن ۡ َو َّك ِل ٱل يَتَ ۡ َو َعلَى ٱ ََّّللِ فَل ۗ ُهَما ُّ َشََل َوٱ ََّّللُ َوِلي ۡ َن تَف ِن ِمن ُكۡم أ ِٕىَفتَا ٰۤ َه َّمت َّطا ۡ ِذ إ "(Ingatlah) ketika dua puak dari kamu (pada hari peperangan Uhud itu) terasa lemah semangat (untuk meneruskan perjuangan) kerana takut, padahal Allah Penolong dan Pelindung mereka; dan (jika sudah demikian) kepada Allah sahajalah hendaknya orangorang yang beriman itu bertawakal." Seorang sahabat bernama Abdullah bin Hiram cuba menasihati orang2 munafiq. Namun tidak diendahkan. 300 orang pulang ke Madinah. Allah mengisahkan peristiwa ini dalam Surah Ali Imran ayat 167: ۡو لَ ۟ ُوا ۚ قَال ۟ ِو ٱۡدفَعُوا َ ِل ٱ ََّّللِ أ فِی َسبِي ۟ ُوا ـتِل قَ ۟ ۡوا ُهۡم تَعَالَ ۚ َوقِي َل لَ ُۚ ۟ ِذي َن نَافَقُوا َّ ٱل َ َوِليَۡعلَم ٔ ُم قِتَاال نَۡعلَ َو ۡ ف َ ُو َن بِأ يَقُول ُۚ ِن َم ـ ۡۡلِي ُهۡم ِل َر ُب ِمنۡ ۡ ق َ ِر يَۡو َمِٕىٍذ أ ۡ ُكف ۡ ۗ ُهۡم ِلل ُم بِ َما ـ ُكۡم ۡعلَ َ َوٱ ََّّللُ أ م ُۚ ُوبِ ِهۡ ل َس فِی قُ َّلَّتَّبَۡعنَ ِه ِهم َّما لَۡي ُمو َن تُ يَكۡ "Dan juga dengan tujuan Ia hendak melahirkan dengan nyata akan dikatakan kepada mereka: "Marilah berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam), atau pertahankanlah (diri, keluarga dan harta benda kamu)". Mereka menjawab: "Kalaulah kami faham ada peperangan (dengan sebenar-benarnya), tentulah kami mengikut kamu (turut berperang)". Mereka ketika (mengeluarkan perkataan) itu lebih dekat kepada kufur dari dekatnya kepada iman. Mereka selalu menyebut dengan mulutnya apa yang tidak ada dalam hatinya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan."
17 Tentera Islam hanya tinggal 700 orang. Namun mereka tetap melangkah gagah menuju ke Uhud. Dalam perjalanan, mereka terpaksa melintas pagar kebun milik seorang munafiq yang buta. Si munafiq itu menyimbah tanah ke arah tentera Islam yang melalui pagarnya sambil berkata, "Kalau kamu ini Rasulullah aku tidak benarkan kamu masuk ke dalam pagar ini." Beberapa orang sahabat bingkas hendak membunuhnya, namun ditegah oleh baginda, sambil bersabda: "Jangan bunuh dia. Kerana dia buta mata dan buta hati!"
18 BANI HARITH DAN SALAMAH Dalam kitab, tercatat kisah dua qabilah yang turut serta dalam peperangan berkenaan. Bani Harith dan Bani Salamah. Kisahnya begini.... Apabila pasukan Islam seramai 1000 orang tiba di Syaikhan, pemimpin munafiq Abdullah bin Ubay mula buat perangai. Dia membebel tak puas hati itu ini. Akhirnya berjaya mempengaruhi 300 orang untuk berundur pulang ke Madinah. Tinggallah 700 orang tentera yang kekal istiqamah bersama Rasulullah SAW untuk menentang tentera musyrikin. Sebahagian umat Islam juga ada yang hampir terpengaruh. Antara mereka ialah kumpulan Bani Harith (atau Bani Harithah) dari Aus dan Bani Salamah dari Khazraj. Kedua-dua kumpulan ini hampir-hampir menuruti Abdullah bin Ubay berundur ke belakang. Namun Allah menetapkan hati dan iman mereka. Mereka terus berjuang bersama Rasulullah SAW. Jabir bin Abdullah berkata, bersempena peristiwa ini, Allah menurunkan ayat 122 Surah Ali Imran: ُمْؤ ِمنُو َن ْ َو َّك ِل ٱل يَتَ ْ َو َعلَى ٱ ََّّللِ فَل ُهَماۗ ُّ َن تَْف َشََل َوٱ ََّّللُ َوِلي ِن ِمن ُكْم أ َه َّمت َّطآئِ َفتَا ِذْ إ “(Ingatlah) ketika dua puak dari kamu (pada hari peperangan Uhud itu) terasa lemah semangat (untuk meneruskan perjuangan) kerana takut, padahal Allah Penolong dan Pelindung mereka; dan (jika sudah demikian) kepada Allah sahajalah hendaknya orangorang yang beriman itu bertawakal.” PERISTIWA HIBA SELEPAS UHUD Peperangan Uhud sangat mendukacitakan. 70 orang sahabat terbunuh syahid. Antaranya, Hamzah bapa saudara Rasulullah SAW. Berbeza usia sekitar 2 ke 4 tahun sahaja. Hamzah pernah menggembirakan Rasulullah dengan keIslamannya 3 hari sebelum Islamnya Umar. Hamzahlah yang memukul Abu Jahal hingga berdarah kerana memperhina anak saudaranya Muhammad. Hamzah yang dikasihi dibunuh musuh. Uhud menyaksikan tubuhnya dirobek dan dicincang. Uhud menyaksikan Abdullah bin Jahsyi Al Asadi turut dibunuh. Abdullah antara yang awal memeluk Islam di Makkah. Dua kali berhijrah; ke Habsyah dan ke Madinah.
19 Turut membantu pasukan Islam dalam Peperangan Badar. Sebelum pertempuran di Uhud, Abdullah memohon Rasulullah SAW mendoakannya agar dianugerahkan mati syahid. Ternyata doa baginda dimaqbul Allah. Uhud turut menyaksikan syahidnya Mus'ab bin Umair. Sebelum para sahabat berhijrah, anak bangsawan Makkah ini terlebih dahulu dikirim untuk mengajar orang Madinah tentang Islam. Mus'ab turut terlibat dalam Perang Badar. Dalam Uhud, Mus'ab ditugaskan menjulang panji pasukan Islam. Digenggamnya erat bendera itu hingga senjata musuh merobek jasadnya. Turut terbunuh syahid ialah Syammas bin Usman bin Makhzum. Sepupu kepada Ummu Salamah. Antara orang Makkah yang terkenal kacak. Memeluk Islam sejak awal pengutusan Nabi Muhammad SAW. Dia dibunuh ketika mempertahankan Rasulullah SAW dari serangan musyrikin. Setelah ditikam oleh Abu Khalaf Al Jumahi, dia dirawat di kediaman Abu Salamah. Lalu kemudiannya beliau menghembuskan nafas terakhirnya. Rasulullah SAW memerintahkan agar jenazahnya dikembalikan ke bumi Uhud dan dikebumikan disitu dengan pakaiannya yang dipakai semasa bertempur. Sahabat-sahabat yang gugur syahid dikebumikan. Yang sakit dirawat. Suasana begitu pilu sekali. Setelah itu Rasulullah SAW meminta para sahabat berbaris. َي على ربي ع ِّز و ج َّل ثِن ُ ُووا حتى أ استَ "Berbarislah kalian, aku ingin memuji Tuhanku." Baginda lantas berdoa dengan doa yang agak panjang. ِِّر َب لما باعد َت ، و ال ُمبا ِع َد لما ق َّرب َت َض لما بسط َت ، و ال ُمقَ ه ، اللهم ال قاب ُّ اللهم لك الحمُد كل َعطي َت ، َع لما أ ُمع ِط َي و ال لما من ْع َت ، و ال مان الذي َ المقيم َ ُك النَّعيم اللهم اب ُس ْط علينا من بركاتِك و رحمتِك و فضِلك و رزقِك ، اللهم إني أسأل ال ي ُحو ُل و ال يزو ُل ا بك من سو ِء ما الحر ِب ، اللهم عائذً َ ِة ، و األم َن يوم ْيلَ العَ َ يوم َ ُك النَّعيم اللهم إني أسأل ع ِطينا ُ ، أ و شِِّر ما منَ ْعت منا نا من ْ َر والفسو َق والعصيا َن واجعل ْنه في قلوِبنا ، و َكِِّره إلينا الكف ِ ِ ْب إلينا اإليما َن و َزيِّ اللهم حبِّ الراشدين َر خزايا ، و ال مفتونين نا بالصالحين ، غي نا مسل ِمين ، و أ ْحِينا مسل ِمين و أل ِحقْ اللهم توفَّ
20 ِبون ُر ُسلَك ، و اجع ْل عليهم ِر اللهم قاتِ ِل ج َزك و الكفرةَ دون عن سبيِلك ، و يُكذِّ الذين يصُّ وتوا الكتا َب ، إلهَ الح ِّقِ ُ عذابَك قاتِ ِل الكفرةَ الذين أ "Wahai Tuhanku, bagi-Mu segala kepujian Wahai Tuhanku, tiada siapa dapat menahan apa yang Engkau berikan Tiada siapa dapat dekatkan apa yang Engkau jauhkan Tiada siapa dapat jauhkan apa yang Engkau dekatkan Tiada siapa dapat memberi apa yang Engkau tahan Tiada siapa dapat tahan apa yang Engkau beri. Ya Allah, hulurkanlah kepada kami dari keberkatan-Mu, rahmat-Mu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Ya Allah kurniakanlah kepada kami nikmu-Mu yang berpanjangan yang tidak akan putus dan tidak akan hilang. Ya Allah aku bermohon kepadamu nikmat pada hari yang damai dan keamanan pada hari perang. Ya Allah aku mohon kepada-Mu perlindungan dari keburukan di sebalik apa yang diberikan kepada kami, juga dari kejahatan yang ditolak dari kami. Ya Allah, jadikanlah kami suka kepada iman dan hiasilah ia di dalam hati kami. Jadikanlah kami benci kepada kekufuran, kefasiqan dan maksiat. Jadikanlah kami orang-orang yang cerdik. Ya Allah matikanlah kami sebagai orang Islam, hidupkanlah kami sebagai orang Islam dan tempatkanlah kami bersama orang-orang yang soleh, tidak diperhina dan tidak difitnah. Ya Allah perangilah orang-orang kafir yang menentang agama-Mu, mendustakan rasulMu. Timpakanlah ke atas mereka azab seksaan-Mu ke atas mereka dan perangilah musuh-musuh kami di kalangan orang-orang kafir yang diberi kitab Wahai Tuhan Yang Maha Benar." JIHAD REMAJA DI MEDAN UHUD Syawal masih berbaki beberapa malam. Nostalgia Uhud segar di ingatan. Motivasi buat mereka bergelar orang muda. Tika nafiri jihad ditiupkan, bergegar bumi Madinah menerima larian penghuninya menuju ke medan. Yang berharta membawa karungan dinar dan dirham. Yang berkuda memacu segera. Yang berunta mengheret setia. Yang bersenjata membawa segalanya. Sang wirawati persiap ubatan dan perawatan. Makanan dan miniman diurus segera. Para remaja turut berlumba melapur diri. "Duhai Rasul, bawalah kami bersama. Duhai Rasul, kami juga ingin syahid. Kami juga merindui syurga."
21 Rayuan kumpulan remaja berusia 15 tahun itu amat dihargai oleh Ar Rasul. Namun kementahan usia dilihat kurang sesuai. Mana mungkin membiarkan kanak-kanak mentah bergelumang dengan kilauan pedang, lembing dan tombak terjahan musuh yang gagah perkasa. Lantas baginda menolak permintaan remaja Abdullah anak Umar bin Al Khattab dan Zaid bin Thabit. Usamah bin Zaid, cucu angkat kesayangan Rasulullah turut tidak mendapat keizinan berperang. Juga Usaid bin Zohir, Al Barra' bin 'Azib dan Amru bin Hazmin. Permohonan Rafi' bin Khadij dan rakannya Samurah bin Jundub juga ditolak. Namun Rafi yang berjiwa kental terus berhadap Rasulullah SAW untuk meyakinkan baginda bahawa dia layak untuk berperang. "Ya Rasulallah, walaupun saya masih muda remaja tetapi saya sangat mahir memanah." Akhirnya Rafi' diberi keizinan. Melihat rakannya mendapat keizinan untuk turun bersama pasukan jihad, Samurah sangat sedih. Dengan linangan air mata, dia pulang ke rumah mengadu hal kepada kepada suami ibunya. "Kenapa saya tidak diizinkan sedangkan saya lebih kuat dari Rafi'." Dialog anak kecil ini diketahui oleh Rasulullah SAW lantas baginda memanggil dua kanak-kanak ini untuk bertarung. Ternyata kata-kata Samurah bukan sekadar keangkuhan. Dia berjaya menewaskan rakannya Rafi'. Sekaligus membuktikan kelayakannya berbanding Rafi'. Akhirnya hajat untuk menyarung uniform jihad tercapai jua. Samurah dan Rafi' melangkah gagah ke medan jihad bersama saf panglima dewasa. Kekerdilan tubuh tidak menghalang mereka utk bergerak memartabatkan Islam di persadanya SESUCI CINTA HANZALAH Sesuci Cinta Hanzalah mengisahkan peristiwa seorang sahabat Rasulullah SAW, dikenali sebagai Hanzalah bin Abi Amir, penduduk asal Madinah dari qabilah Aus. Hanzalah meletakkan cintanya kepada Allah, kepada RasulNya serta cintanya kepada jihad dan syahid mengatasi cintanya kepada yang lain.
22 Hanzalah berkahwin dengan Jamilah anak kepada Abdullah bin Ubay bin Salul pada hari pasukan Islam bergerak menuju ke Uhud. Pada malam itu beliau meminta izin daripada Rasulullah SAW untuk bermalam bersama isterinya yang baru dinikahi. Baginda mengizinkan. Apabila terbit fajar, dia sempat solat Subuh bersama dengan Rasulullah SAW. Namun kemudian segera pulang ke rumah. Keadaan di luar semakin getir. Peperangan bila-bila masa sahaja akan meletus. Beberapa orang sahabat diutus memanggil Hanzalah. Mendengar seruan jihad itu, Hanzalah bingkas bangun menyandang senjata untuk bersama dengan pasukan Rasulullah SAW. Boleh sahaja dia mencipa seribu alasan untuk terus bersama isteri barunya dan tidak turun ke medan tempur. Namun cintanya kepada jihad mengatasi cinta kepada sang isteri yang cantik. Hanzalah sangat rindu untuk bertemu Allah yang disembahnya siang dan malam. Hanzalah yakin, sekiranya dia terbunuh dalam peperangan ini, dia akan mendapat keredhaan Allah. Dia akan dianugerahkan syurga yang nikmatnya mengatasi segala nikmat atas muka dunia. Ternyata apabila bertemu musuh, Hanzalah melibas senjatanya tanpa gentar. Cintanya kepada Allah mengatasi gerunnya kepada musuh. Hinggalah apabila beliau berhadapan dengan Syaddad bin Al Aswad Al Laithi dan Abu Sufyan bin Al Haris bin Abdul Muttalib, Hanzalah berjaya dibunuh oleh mereka berdua. Tubuh Hanzalah yang berlumuran darah rebah ke bumi. إن صاحب ُكم تُغَ ِّسله المَلئكة ,sahabat para kepada khabarkan SAW Rasulullah itu Ketika "Sesungguhnya sahabat kamu ini sedang dimandikan oleh malaikat." Para sahabat bertemu dengan isterinya, bertanyakan hal Hanzalah. Jamilah memberitahu, sebaik mendengar seruan jihad, Hanzalah bingkas keluar tanpa sempat mandi hadas. Ketika hendak disempurnakaan pengebumiannya, para sahabat mendapati rambut Hanzalah basah bagaikan orang baru sudah mandi. Berterbanganlah roh Hanzalah menuju cintanya yang abadi! Hanzalah pergi, meninggalkan benih yang kemudiannya menjadi seorang perawi hadith. Termasuk antara Sigharus Sahabah, Abdullah bin Hanzalah adalah orang yang meriwayatkan hadis bahawa Rasulullah SAW tawaf sekeliling kaabah dengan menaiki unta. Wallahu a'lam. SESUCI CINTA HANZALAH Di kala fajar menjenguk alam
23 Kau sedang didakap bahagia Namun kau tinggalkan segalanya Pabila semboyan ditiupkan Rindumu padaNya membutakan mata pada nikmat sementara Rindumu padaNya memanggilmu meninggalkan cinta sementara Co Ya Hanzalah Ya ghasilal mala’ikah Cintamu cinta suci Bahagialah wahai mujahid sejati Dengan redha Ilahi (ada lagi beberapa rangkap yg tidak dilagukan) KEPENDEKARAN NUSAIBAH BT KAAB [Wanita yang mendambakan seluruh kehidupannya pada jalan Allah] BANI NAJJAR di Madinah bersepupu dengan Bani Muttalib di Makkah. Di kalangan mereka, ada sekeluarga yang telah memeluk Islam seawal Baiah Aqabah kedua. Keluarga ini terkenal dengan perjuangan dan jihad mereka yang kental bersama dengan Rasulullah SAW dan khalifah-khalifah selepasnya. Ummu Ammarah atau nama sebenarnya Nusaibah (نسيبة (adalah salah seorang dari mereka. Bapanya Kaab bin Amru bin Auf bin Mabzul bin Amru bin Ghanam bin Mazin bin An Najjar. Ibunya Ar Rabab binti Abdullah bin Habib bin Abdu Harithah bin Malik bin Ghadhab bin Jusyam bin Al Khazraj. Nusaibah pernah berkahwin dengan Zaid bin Asim Al Ansari sebelum Islam. Zaid turut sama memeluk Islam dalam peristiwa Aqabah, terlibat di dalam peperangan Badar dan Uhud. Pasangan ini dikurniakan anak bernama Abdullah dan Habib. Habib turut berjihad bersama bapanya dalam peperangan Badar dan Uhud serta peperangan menentang nabi palsu di Yamamah. Abdullah juga turut serta dalam peperangan menentang Musailamah Al Kazzab. Nusaibah juga pernah bersuamikan seorang lagi ahli Baiatul Aqabah iaitu Ghaziah bin Amru Al Ansari. Mereka dikurniakan anak bernama Dhamrah. Anak ini mati syahid dalam peperangan menentang Parsi di Ma’rakah Al Jisr. Dikatakan Nusaibah mempunyai seorang lagi anak bernama Tamim, namun tidak dipastikan adakah dari zuriat suami pertama atau kedua.
24 ISLAMNYA NUSAIBAH ISLAMNYA NUSAIBAH Pada bulan Zulhijjah tahun 622 Masihi atau lebih tepatnya 3 bulan sebelum baginda berhijrah ke Madinah, satu rombongan dari Madinah datang menunaikan hajii di Makkah. Mereka terdiri dari 73 orang lelaki dan 2 orang wanita. Selain menunaikan haji mereka juga berhasrat untuk bertemu Rasulullah SAW bagi menyatakan keIslaman mereka. Peristiwa Baiatul Aqabah kedua ini dikenali sebagai Baiatul Qital, kerana antara apa yang dijanjikan oleh mereka dalam lafaz baiah itu ialah janji untuk berkorban apa sahaja bagi mempertahankan Rasulullah SAW. Ia juga dikenali sebagai Baiatun Nisa’ kerana terdapat 2 orang perempuan yang turut serta dalam rombongan ini. Salah seorang wanita itu ialah Nusaibah binti Kaab. Setelah memeluk Islam dan pulang ke Madinah, Nusaibah tidak duduk diam. Beliau aktif dalam perjuangan menyebarkan Islam dan turut serta dalam banyak peperangan. Tahun ke 3 selepas hijrah, Nusaibah termasuk barisan wanita yang berkhidmat merawat para mujahidin yang cedera dalam peperangan Uhud. Namun setelah melihat suasana yang gawat di penghujung pertempuran, beliau turut menghunuskan pedang bersama suami dan dua orang anaknya menentang musuh di tengah medan. Peperangan ini menyaksikan Nusaibah mendapat 13 kecederaan akibat libasan pedang dan tombak musuh. Melihat keadaan itu, Rasulullah SAW berdoa kepada Allah agar Nusaibah berjiran diengan baginda di dalam syurga kelak. Tahun-tahun berikutnya Nusaibah terus terlibat dalam jihad menentang Bani Quraizah (5H) dan peperangan Khaibar (7H). Beliau turut menyertai rombongan 1500 orang sahabat bersama Rasulullah SAW untuk menunaikan umrah pada tahun 6H namun dihalang oleh kafir Quraisy. Ketika Saidina Osman bin Affan ditularkan telah dibunuh, para sahabat segera berbaiah dengan Rasulullah SAW untuk berperang menentang Quraisy walaupun mereka tidak membawa kelengkapan peperangan. Peristiwa ini dikenali sebagai Baiatus Syajarah atau Baiatur Ridhwan. Ia berlaku di Hudaibiah. Nusaibah termasuk mereka yang berbaiah dalam peristiwa ini. Lantas Nabi SAW bersabda,
25 َحٌد ِمَّم ْن َبايَ َع تَ ْح َت ال َّش َج َرةِ َ َر أ َال يَ ْد ُخ ُل النَّا “Tidak akan masuk neraka sesiapa yang berbaiah di bawah pokok.” Ini berbetulan pula dengan firman Allah dalam Surah Al Fath ayat 18: يُبَايِعُ ِذْ ُمْؤ ِمِني َن إ ْ لَقَ ْد َر ِض َي ََّّللاُ َع ِن ال ْن َز َل ال َّس ِكينَةَ َ ِهْم َفأ ُوِب ل َ َما فِي قُ وَن َك تَ ْح َت ال َّش َج َرةِ فَعَِلم ِريبًا ًحا قَ ابَ ُهْم فَتْ ثَ َ َوأ ِهْم ْي َعلَ “Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu Ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya." Nusaibah menyaksikan di hadapan matanya perjanjian Hudaibiyah. Pada tahun berikutnya beliau turut serta dengan rombongan menunaikan Umrah Qadha’ seperti yang dinaskan di dalam perjanjian Hudaibiyah. Pada tahun ke 8H, apabila kaum Musyrikin melanggar perjanjian Hudaibiyah, maka Rasulullah SAW menggerakkan 10,000 bala tentera Muslimin untuk memerdekakan Kota Makkah. Seperti biasa Nusaibah tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan pahala berjihad pada jalan Allah. Bahkan setelah Makkah dikuasai, Nusaibah menyertai pasukan mujahidin menentang kemaraan pasukan Hawazin di Hunain. Sessi pertama peperangan menyaksikan serangan bertubi-tubi dari pihak musuh menyebabkan ramai tentera Islam lari bertempiaran. Namun Nusaibah tetap bersama dengan sebilangan sahabat mempertahankan Rasulullah SAW. Dengan pedang terhunus, dia berdiri dan bertempik memanggil golongan Ansar, “أيَّة عادة هذه؟! ما لكم وللِفرار؟” Melihat keteguhan pendiriannya, akhirnya kaum muslimin yang lari mula berpatah balik dan berperang menentang musuh sehingga mencapai kemenangan gilang gemilang. Perang Hunain menyaksikan umat Islam bukan sekadar mencapai kemenangan, bahkan memperoleh harta rampasan perang paling banyak dalam sejarah. Pengagihan harta rampasan kepada tentera Islam di Jaaranah diberi dalam jumlah yang sangat banyak. Ada yang mendapat 50 ekor unta. Ada yang dapat 100 ekor. Ada yang dapat berkilo-kilo emas perak. Namun para sahabat besar dan semua orang Ansar tidak diberi sebarang habuan, termasuk Nusaibah.
26 Ketika bertemu dengan golongan Ansar, Rasulullah SAW bertanya mereka adakah mereka mahu membawa pulang unta dan kambing seperti orang lain atau mereka redha pulang ke Madinah bersama Rasulullah SAW. Mereka menjawab, “Bahkan kami lebih redha pulang ke Madinah bersama Rasulullah SAW.” Nusaibah salah seorang daripada mereka. Selepas kewafatan Rasulullah SAW, Nusaibah menyertai pasukan Khalid bin Al Walid menentang golongan murtad dan nabi palsu. Beliau sempat dalam peperangan menentang Bani Tamim dan Bani Hanifah bersama anak-anaknya. Salah seorang anaknya turut terlibat bersama Wahsyi membunuh Musailamah Al Kazzab. Manakala Nusaibah sendiri mendapat 11 kecederaan. Tangannya putus. Khalid membawa untuknya seorang tabib perubatan menggunakan minyak panas. Kesan kecederaan berkenaan akhirnya membawa kepada kematian Nusaibah setahun selepas itu. Waktu itu Abu Bakar telah wafat dan Umar bin Al Khattab menjadi khalifah. Jenazah wanita ini dikebumikan bersama ribuan ahli syurga yang lain di perkuburan Baqi’ Al Gharqad. Nusaibah mengorbankan seluruh kehidupannya untuk Islam. Hampir kesemua peristiwa besar dalam perjuangan Rasulullah SAW turut disertai dan disaksikan oleh Nusaibah. Semoga Allah meredhainya dan menemukan kita dengannya di syurga kelak. AHLI SYURGA YANG TIDAK PERNAH SOLAT 'Amru bin Thabit pernah diajak kepada Islam tetapi dia enggan. Namun dalam peperangan Uhud, para sahabat menemuinya dalam keadaan nazak. Mereka bertanya, "Kenapa kamu datang membantu kami?" 'Amru menjawab, "Aku beriman kepada Allah dan rasulNya." Apabila diberitahu kepada Rasulullah, baginda bersabda, "Dia masuk syurga." Abu Hurairah berkata, "Dia masuk syurga walaupun tidak pernah bersembahyang."
27 KISAH MENARIK ISLAMNYA 3 PANGLIMA QURAISY [USMAN BIN TALHAH - KHALID BIN AL WALID - AMRU BIN AL ‘AS] Tiga sekawan ini mempunyai kisah yang menarik memeluk Islam. Sebelumnya, mereka terkenal sebagai panglima Quraisy yang kuat menentang Islam. Namun mereka datang dari benih yang punya kemuliaan dalam diri masing-masing. USMAN BIN TALHAH BIN ABI TALHAH AL ABDARI Tercatat dalam sejarah sebagai orang yang berjasa menghantar Ummu Salamah ke Madinah walaupun ketika itu dia seorang yang kuat menentang Islam. Ummu Salamah dan anaknya Salamah sebelum itu dihalang oleh ahli keluarganya mengikuti suaminya Abu Salamah berhijrah ke Madinah. Dengan sebab itu setiap hari beliau berduka dan menangis. Kehidupannya yang tidak terurus itu akhirnya menyebabkan ahli keluarga merasa serba salah dan kemudiannya membenarkan Ummu Salamah hijrah ke Madinah. Ummu Salamah berjalan kaki membawa bayinya keluar dari Makkah menuju ke Madinah. Ketika sampai di Tan’im, dia tidak tahu hendak menuju ke mana. Usman bin Talhah merasa simpati lalu menawarkan diri menghantar Ummu Salamah dan anaknya. Setelah melalui perjalanan sekitar 475km, mereka tiba di Quba’. Sambil memandang ke arah Kota Madinah, Usman berkata, “Suamimu berada di negeri ini. Pergilah dapatkannya. Semoga kamu diberkati Allah.” Usman melepaskan Ummu Salamah di situ dan dia pulang ke Makkah. KHALID BIN AL WALID BIN AL MUGHIRAH AL MAKHZUMI Khalid pula seorang anak muda yang punya karisma mengkagumkan. Kafir Quraisy memanfaatkan kepintaran dan keperkasaannya untuk menentang Islam. Peperangan Uhud menyaksikan kepintaran Khalid yang berjaya mengelirukan tentera Islam.
28 Biarpun terkenal hebat menentang Islam, namun Nabi Muhammad SAW menaruh harapan agar Khalid memeluk Islam. Sebagai seorang yang memiliki akal yang pintar, Khalid sedar perjuangannya di pihak Quraisy adalah perjuangan yang tidak benar. Semakin hari semakin bertambah kesedarannya bahawa amalan kaumnya menyembah berhala adalah amalan yang siasia. Namun untuk menerima agama yang dibawa oleh Muhammad, beliau masih keberatan. Sesekali terasa ingin berhijrah ke wilayah Rom dan menganut Yahudi atau Nasrani. Adakalanya beliau berfikir untuk tinggal di Habsyah dan bernaung di bawah agama raja Najasyi yang dirasakannya lebih aman. Sehinggalah suatu hari apabila beliau menerima surat daripada saudaranya, Al Walid bin Al Walid menyatakan bahawa Rasulullah SAW mencarinya sewaktu mengerjakan umratul qadha’. Surat itu juga menyatakan hasrat Rasulullah SAW yang sangat tinggi untuk melihat Khalid memeluk Islam. Hati Khalid berbunga-bunga dan merasa sangat dihargai oleh Rasulullah SAW. Tiba-tiba beliau merasa sangat merindui baginda dan memuncak keinginan untuk memeluk Islam. Sebenarnya sebelum itu beliau pernah bermimpi berada di satu tempat yang sempit dan kering kontang. Lalu kemudiannya dapat melepaskan diri masuk ke negeri yang luas dan subur menghijau. Setelah mimpi itu diceritakan kepada Abu Bakar, beliau menafsirkannya sebagai keluar dari kesempitan syirik kepada kebaikan dan kebenaran Islam. Khalid tidak mahu menangguh lagi hasrat bergerak ke Madinah untuk memeluk Islam, namun merasa agak malu pergi berseorangan. Beliau cuba mengajak sahabatsahabatnya bersama. Rakannya, Safwan bin Umayyah bukan sekadar enggan mengikutinya, bahkan dengan angkuh berkata, “Kalau semua orang masuk Islam dan tinggal aku sahaja, aku tetap tidak akan masuk Islam!” Khalid mengajak Ikrimah bin Abu Jahal. Ikrimah jua enggan. Akhirnya Khalid mengajak Usman bin Talhah. Dan Usman bersetuju. Lalu mereka bergerak menuju ke Madinah…. AMRU BIN AL’AS BIN WA’IL AS-SAHMI Merupakan seorang diplomat Quraisy yang mempunyai kedudukan yang istimewa. Apa tidaknya, beliau adalah anak Al 'As bin Wa’il yang merupakan antara pemimpin Quraisy yang awal-awal menentang dakwah Rasulullah SAW.
29 Selepas peristiwa Hudaibiyah, baginda SAW mengirim utusan dakwah kepada raja-raja Arab dan bukan Arab untuk mengajak mereka kepada Islam. Kepada Raja Najashi, baginda mengutus Amru bin Umayyah Ad-Dhamri. Setelah dibacakan isi kandungan surat Rasullah SAW kepadanya, Najasyi turun dari singgah sananya dan mengambil surat berkenaan, lalu meletakkannya di atas dua matanya serta duduk di atas lantai kerana menghormati surat yang mulia itu. Dalam masa yang sama, kafir Quraisy juga turut menghantar utusan mereka kepada Raja Najasyi untuk memohon diizinkan mereka membawa pulang orang-orang Islam yang mendapat perlindungan di Habasyah. Utusan kafir Quraisy itu ialah Amru bin Al’As. Kebetulan ketika utusan Rasulullah SAW, Amru bin Umayyah Ad Dhamri keluar dari istana Najashi, utusan Quraisy pula tiba di situ. Amru bin Al ‘As masuk menghadap Raja Najasyi dan menyerahkan kepada baginda hadiah yang banyak yang dibawa dari Makkah. Najasyi gembira dengan kunjungan berkenaan dan melayan tetamunya dengan baik. Kebaikan sang raja diambil kesempatan oleh Amru dengan berkata, “Tadi saya melihat ada seorang datang mengadap dan membawa surat. Sebenarnya dia adalah utusan dari musuh kami yang telah melakukan masalah kepada kami, dan membunuh pemimpinpemimpin dan orang bangsawan kami. Serahlah dia kepada saya supaya saya dapat membunuhnya.” Mendengar permintaan berkenaan, Raja Najasyi sangat murka. Baginda bingkas bangun dan menampar muka Amru sehingga berdarah hidungnya. Lantas bertitah, “Hei Amru, tergamak engkau meminta kepadaku supaya aku serahkan kepadamu utusan dari seorang yang didatangi malaikat Jibril yang juga pernah mendatangi Musa dan Isa, supaya engkau membunuhnya!” Amru sangat terkejut dengan reaksi Raja negeri Habasyah itu. Dalam keadaan terketar-ketar Amru bertanya, “Adakah tuanku percaya kepadanya?” Najasyi menjawab, “Ya, aku mengaku di sisi Allah percaya kepadanya. Demi Allah dia dari pihak yang benar. Dan dia pasti akan menang berhadapan dengan penentangpenentangnya seperti mana Allah memenangkan Nabi Musa ketika berhadapan dengan Firaun dan bala tenteranya.” Seterusnya Raja Najasyi memandang Amru dan bertanya, “Adakah kamu berjanji kepadaku untuk masuk Islam?” Terkejut dengan pertanyaan itu, Amru spontan menjawab, “Ya.”
30 Najashi menghulurkan tangannya lalu disambut oleh Amru sebagai tanda berjanji akan memeluk Islam. Setelah itu, Najashi memerintahkan supaya Amru dirawat dan diberi pakaian baru. Dalam perjalanan pulang, pemikiran Amru bertukar 360 darjah. Sebelum ini dia begitu membenci Muhammad. Namun kini dia merasa menyesal terlewat menjadi pengikut Muhammad. Amru menceritakan perasaannya ketika ditampar oleh Najasyi. "Kalaulah ada lubang di bumi untuk menyelamatkan diri nescaya aku masuk ke dalam lubang itu. Dan ketika itulah aku merasa begitu teruk sekali, ketika orang Arab dan bukan Arab juga sudah menerima Muhammad, aku masih belum menerimanya." Setelah menyeberangi Laut Merah, dia tidak terus pulang ke Makkah. Sebaliknya membeli seekor unta untuk dipacu menuju ke Madinah. Dia tidak mahu bertangguh lagi memeluk agama yang benar ini. PERTEMUAN Amru menunggang unta dengan pantas menuju ke Madinah. Dia bimbang tidak sempat memeluk agama Islam dalam baki usianya yang masih tinggal. Di pertengahan jalan, Amru melihat kelibat dua manusia yang sedang berteduh di bawah sepohon pokok. Apabila menghampiri mereka, rupa-rupanya mereka juga adalah panglima Quraisy, Khalid bin Al Walid dan rakannya Usman bin Talhah. Mereka gembira dapat bertemu. Namun agak ragu-ragu dan bimbang untuk menceritakan tujuan masing-masing. Akhirnya ketiga-tiga mereka saling mengaku bahawa mereka dalam perjalanan ke Madinah untuk memeluk Islam di hadapan Rasulullah SAW. Mereka pun meneruskan perjalanan. Di pihak Rasulullah SAW, baginda sangat gembira dengan kedatangan panglima-panglima Quraisy ini. Sebelum itu baginda menyebutnyebut nama Khalid, rupa-rupanya bukan sekadar Khalid yang datang. Amru dan Usman juga turut serta. Ketiga-tiga mereka mengucap syahadah di hadapan baginda menandakan rasminya mereka menganut agama Islam. Amru tidak terdaya mengangkat mukanya di hadapan baginda Rasulullah SAW mengenangkan perbuatannya di masa menentang Islam dahulu. Namun digagahinya
31 juga melafazkan syahadah dan seterusnya berbai’ah dan berjanji setia untuk membela Islam. Mereka juga memohon Rasulullah supaya mendoakan mereka agar Allah mengampunkan kesalahan mereka sebelum memeluk Islam. Baginda memberi jaminan bahawa Allah mengampunkan semua dosa mereka yang telah lalu. Sesuai dengan kedudukan mereka pada masa jahiliyah, maka setelah memeluk Islam mereka diberikan kedudukan yang baik di dalam Islam. Khalid menjadi panglima Islam, Amru diberikan jawatan politik dan Usman diamanahkan sebagai pemegang kunci kaabah.
32 ANAK ANGKAT RASULULLAH SAW ZAID BIN HARITHAH: Satu-satunya sahabat yang disebut namanya dalam Al Quran. Lahir 43 atau 47 tahun sebelum hijrah. Ertinya Zaid berbeza usia dengan Rasulullah SAW sekitar 10 hingga 13 tahun lebih muda. Namanya Zaid bin Harithah bin Syarahil (atau Syurahbil) bin Kaab. Ayahnya dari Bani Kalb, salah satu perut Qudhaah. Bondanya Su’da binti Thaalabah bin Abd Amir bin Aflat dari Bani Ma’an. Ketika Su’da membawa Zaid menziarahi keluarganya di perkampungan Bani Ma’an, mereka diserang oleh pasukan Bani Qaiyin. Zaid ditawan dan di bawa ke Makkah. Dia dijual di pasar Ukkaz. Hakim bin Hizam membelinya untuk ibu saudaranya Khadijah dengan harga 400 dirham. Selepas berkahwin dengan Rasulullah SAW, Khadijah menghadiahkan hamba itu kepada baginda. Walaupun berstatus hamba, Rasulullah SAW menyayangi Zaid dan melayannya dengan baik. Ketika rombongan haji Bani Kalb datang ke Makkah, mereka bertemu dengan Zaid. Lalu mengkhabarkannya kepada bapa Zaid, Harithah. Harithah datang ke Makkah bersama saudaranya Kaab bersama wang tebusan untuk membebaskan Zaid. Harithah bertemu Rasulullah SAW dan memohon untuk dimerdekakan Zaid dengan bayaran yang dipersetujui bersama. Rasulullah SAW dengan senang hati bersetuju namun menyerahkannya kepada tuan punya badan. Sekiranya Zaid mahu kembali kepada keluarganya, maka dia dibebaskan tanpa sebarang bayaran. Namun jika Zaid mahu kekal bersama Rasulullah SAW, dia boleh kekal. Zaid berkata, “Aku tidak memilih selain dari untuk kekal bersama mu wahai Muhammad. Engkau di sisiku bagaikan bapa dan ibuku.” Harithah terkejut dengan pilihan Zaid. “Bagaimana kamu memilih kekal sebagai hamba dan menolak untuk dimerdekakan.” Di pihak Rasulullah SAW, baginda sangat berbesar hati dengan pilihan Zaid. Baginda menuju ke Hijir lalu bersabda: يا من حضر اشهدوا أن زي ًدا ابني أرثه ويرثني
33 Wahai sekalian yang hadir, persaksikanlah bahawa (aku merdekakan Zaid dan) dia kini adalah anakku. Aku mewarisinya dan dia mewarisiku.” Mendengar perisytiharan Rasulullah SAW itu, Harithah merasa lega. Walaupun anaknya tidak mahu kembali kepadanya, namun sekurang-kurangnya dia sudah kembali menjadi orang merdeka, bukan lagi hamba. Semenjak itu orang ramai tidak lagi memanggil Zaid bin Harithah. Tetapi mereka menggelarnya ‘Zaid bin Muhammad.’ BATALKAN ADAT JAHILIYAH Zaid adalah watak utama dalam proses membatalkan adat dan kebiasaan orang Jahiliyah. Pertama adat membinkan anak angkat kepada bapa angkat. Kedua adat yang mengharamkan seseorang berkahwin dengan bekas isteri anak angkat. Sebaik Zaid dimerdekakan dan dianggap anak oleh Rasulullah SAW, maka orang Makkah memanggilnya Zaid bin Muhammad, bukan Zaid bin Harithah. Allah SWT hendak membatalkan kebiasaan itu lalu menurunkan ayat 4 dan 5 Surah Al Ahzab: ُۚ َذ َء ُكْم ْبنَآ َ َء ُكْم أ ْد ِعيَآ َ َج َع َل أ َح َّق َو ُهَو يَ ْهِدى ٱل َّسبِي َل َو َما ْ َوٱ ََّّللُ يَقُو ُل ٱل ِه ُكْم َو فْ َ ُ ُكم بِأ ْول - ِل -٤ُ كْم قَ ِن نُ ُكْم فِى ٱلِِّدي ْخَو ِ َء ُه ْم فَإ َءابَآ ۟ ُمٓوا ْعلَ ْم تَ َّ ِن ل َس ُط ِعن َد ٱ ََّّللُِۚ فَإ قْ َ ِهْم ُهَو أ ابَآئِ َٔ ْي ُكْم ٱ ْد ُعو ُه ْم ِلـ َس َعلَ ْي َولَ ُۚ ِلي ُكْم َو َمَو ُج ا َّر ِحي ًما َغفُو ًر ٌۭ َو َكا َن ٱ ََّّللُ ُۚ ُكْم ُوبُ ل ـ ِكن َّما تَعَ َّمَد ْت قُ َولَ تُم بِ ِهۦ ْ ْخ َطأ َ َمآ أ فِي ٌۭ - نَا ٌح -٥ Yang bermaksud: “…dan Dia juga tidak menjadikan anak-anak angkat kamu, sebagai anak kamu sendiri. Segala (yang kamu dakwakan mengenai perkara-perkara yang tersebut itu) hanyalah perkataan kamu dengan mulut kamu sahaja. Dan (ingatlah) Allah menerangkan yang benar dan Dia lah jua yang memimpin ke jalan yang betul.” “Panggilah anak-anak angkat itu dengan dibinkan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggilah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seagama dan sebagai ‘maula-maula’ kamu. Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya. Dan (ingatlah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
34 Sebaik turunnya ayat ini, kaum muslimin kembali memanggilnya Zaid bin Harithah. Anak angkat bukanlah anak yang sebenar. Pengambilan anak angkat tidak mengubah hukum berkaitan pewarisan, hal-hal berkaitan sentuhan, aurat dan sebagainya. Sehubungan dengan itu juga isteri kepada anak angkat bukanlah berstatus menantu kepada bapa angkat. Sekali gus apabila anak angkat itu menceraikan isterinya, si bapa angkat tadi boleh berkahwin dengan perempuan itu kerana dia bukan menantu sebenar. Namun di kalangan masyarakat Arab ketika itu, anak angkat dianggap sebagai anak sebenar. Bukan sekadar dibinkan kepada bapa angkat. Bahkan bekas isteri anak angkat tidak boleh dikahwini oleh bapa angkat. Untuk membatalkan kebiasaan Arab Jahiliyah ini, Allah merancang suatu ‘drama’ antara Rasulullah SAW, Zaid dan Zainab binti Jahsyi. Rasulullah SAW diperintahkan mengahwinkan Zaid dengan Zainab. Sampai di suatu masa nanti Zaid akan menceraikan isterinya. Pada waktu itulah Rasulullah SAW akan menikahi Zainab bagi membatalkan adat jahiliyah berkenaan. Ketika Rasulullah SAW berkunjung ke rumah bapa Zainab dan menyampaikan hasrat untuk meminang, Zainab gembira kerana menyangka pinangan itu untuk Rasulullah SAW. Namun baginda memberitahu pinangan itu untuk Zaid. Zainab keberatan untuk menerima Zaid sebagai suami. Zaid seorang anak angkat dan merupakan bekas seorang hamba. Sedangkan Zainab anak orang kenamaan di Makkah. Hampir-hampir Zainab menolak pinangan berkenaan. Namun Allah menurunkan ayat 36 Surah Al Ahzab menegur Zainab. ْم َ هُۥٓ أ ُ َضى ٱ ََّّللُ َو َر ُسول َذا قَ ِ َوَال ُمْؤ ِمنَ ٍة إ ٍۢ ُمْؤ ِم ٍن َو َم َو َمن ا َكا َن ِل ۗ ْمِر ِه ْم َ ِم ْن أ ِخيَ َرةُ ْ ُهُم ٱل ُكو َن لَ َن يَ ًرا أ ٌۭ ا ـ ًَل ٌۭ ُّمبِينً يَ ْع ِص ٱ ََّّلل ٣٦َ َ و َر ُسولَهُۥ فَقَ ْد َض َّل َضلَ Yang bermaksud: “Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang derhala kepada Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.” Dengan turunnya teguran Allah ini, Zainab akur permintaan Rasulullah SAW supaya bernikah dengan Zaid. Katanya, “Jika demikian, aku tidak akan menderhakai Rasulullah SAW.” Al-Baghawi menyebut di dalam tafsirnya, sempena pernikahan Zaid dengan Zainab, baginda menghadiahkan wang sepuluh dinar dan enam puluh dirham, sehelai tudung, perisai, pakaian, selimut, lima puluh cupak makanan dan tiga puluh gantang kurma.
35 Walau bagaimanapun perkahwinan berkenaan berlangsung hanya dengan sebab mentaati dan memenuhi permintaan Rasulullah SAW. Bukan atas dasar cinta dan kasih. Menyebabkan rumah tangga Zaid dan Zainab tidak berseri. Hinggalah suatu hari, Zaid bertemu dengan Rasulullah SAW dan menceritakan masalah rumah tangganya. Lalu Zaid meminta izin untuk menceraikan Zainab. Rasulullah SAW tahu, itulah perancangan Allah dalam ‘drama’ hendak membatalkan adat jahiliyah. Namun Rasulullah masih keberatan lalu meminta Zaid bersabar dan menangguhkan hasrat menceraikan isterinya. Perbuatan baginda ditegur oleh Allah menurusi penurunan ayat 37 Surah Al Ahzab: ِق ٱ ََّّللَ َوتُ ْخِف ْي َك َزْو َج َك َوٱتَّ ْم ِس ْك َعلَ َ ْي ِه أ َعْم َت َعلَ ْن َ َوأ ْي ِه ٱ ََّّللُ َعلَ َ ْنعَم َ ٓى أ ِذ َّ تَقُو ُل ِلل ِذْ ْف ِس َك َما ٱ ََّّلل َو ُ إ ى فِى نَ َو َط ًر ٌۭ َها ى َزْيٌٌۭد ِِّمْن َض َّما قَ ىهُ فَلَ َن تَ ْخ َش ق أ ُّ َح َ َس َوٱ ََّّللُ أ َوتَ ْخ َشى ٱلنَّا ُكو َن ُمْبِدي ِه ـ َكَها ِل َك ْى َال يَ ا َزَّو ْجنَ َمْفعُ ْمُر ٱ ََّّللِ َ َو َكا َن أ اُۚ ِمْن ُه َّن َو َط ًر ٌۭ ۟ َضْوا َذا قَ ِ ِهْم إ ْد ِعيَآئِ َ أ ِ ج ْزَو َ ٓى أ ِف ٌۭ ُمْؤ ِمنِي َن َح َر ٌج ْ و ًال ٣٧َ ع ٌۭ لَى ٱل Yang bermaksud: “Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang yang telah dikurniakan oleh Allah (dengan nikmat Islam) dan yang engkau juga telah berbuat baik kepadanya: "Jangan ceraikan isterimu itu dan bertaqwalah kepada Allah", sambil engkau menyembunyikan dalam hatimu perkara yang Allah akan menyatakannya; dan engkau pula takut kepada (cacian manusia padahal Allah jualah yang berhak engkau takuti (melanggar perintahNya). Kemudian setelah Zaid selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya), Kami kahwinkan engkau dengannya supaya tidak ada keberatan atas orang-orang yang beriman untuk berkahwin dengan isteri-isteri anakanak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (lalu menceraikannya). Dan sememangnya perkara yang dikehendaki Allah itu tetap berlaku.” Beruntunglah Zaid, menjadi satu-satunya sahabat Rasulullah yang namanya disebut Allah di dalam Al Quran. Setelah turunnya ayat ini, Zaidpun menceraikan Zainab. Lalu apabila tiba masanya yang sesuai, Rasulullah SAWpun bernikahlah pula dengan Zainab. Maka dengan itu terbatallah adat Jahiliyah yang selama ini mengharamkan seseorang itu bernikah dengan bekas isteri anak angkatnya. Selain pernah bernikah dengan Zainab, Zaid juga mempunyai isteri lain. Iaitu Ummu Aiman. Hasil perkahwinan dengan Ummu Aiman, beliau dianugerahkan anak bernama Usamah. Usamah adalah cucu angkat yang sangat disayangi oleh Rasulullah SAW.
36 Zaid juga turut memperisterikan dua orang wanita yang memeluk Islam sedangkan bapa mereka adalah orang yang sangat kuat menentang Rasulullah SAW. Wanita-wanita itu ialah Durrah binti Abu Lahab dan Ummu Kulthum binti Uqbah bin Abi Muit. Kedua-duanya adalah wanita yang awal memeluk Islam sejak di Makkah lagi. JIHAD DAN SYAHID Zaid punya pakej lengkap dalam perjuangan Islam. Beliau manusia terawal memeluk Islam selepas Khadijah dan Ali. Beliau berhijrah ke Madinah menuruti jejak Rasulullah SAW. Zaid bersama dengan baginda dalam hampir semua peperangan. Beliau terlibat dalam jihad di Badar, Uhud, Ahzab, Khaibar, Hudaibiyah dan Mu'tah. Sebaik selesai peperangan Badar, Zaid ditugaskan oleh baginda memecut ke Madinah untuk menyampaikan khabar kemenangan kepada penduduk Madinah. Khabar yang berjaya mendiamkan mulut munafiq dan Yahudi yang menularkan kononnya Islam kalah. Zaid turut terpilih sebagai pemegang bendera Islam dalam tujuh operasi jihad. Iaitu Al Qaradah, Al Jamum, Al 'Is, At-Tarf, Hisma, Ummu Qirfah dan Mu'tah. Dalam peperangan Mu'tah, Rasulullah SAW telah memberi isyarat sekiranya Zaid terbunuh, kepimpinan hendaklah digantikan dengan Jaafar bin Abi Talib. Jika Jaaffar juga syahid hendaklah dilantik Abdullah bin Rawwahah memimpin tentera Islam. Ternyata ketiga-tiga nama ini mendapat kemuliaan syahid dimulai dengan Zaid. Zaid ditikam musuh dengan tombak. Syahidnya Zaid berlaku pada bulan Jamadil Awal tahun ke 8 hijriyah dalam usia 55 tahun. Selepas syahidnya Zaid, Rasulullah SAW menziarahi keluarganya. Baginda menangis teresak-esak sebaik melihat anak Zaid, Ruqayyah. Melihat tangisan itu, Saad bin Ubadah bertanya, "Apa ini?" Baginda menjawab, "Inilah kerinduan seorang terhadap kekasihnya." Rasulullah SAW turut memilih Usamah, anak Zaid mengepalai pasukan perang seterusnya. Ada orang tidak berpuas hati atas perlantikan itu. Nabi SAW menjelaskan, "Jika kamu tidak setuju aku melantik Usamah, bererti kamu juga tidak setuju aku melantik bapanya sebelum ini."
37 Lalu baginda menyambung, "Sesungguhnya dia punya kelayakan untuk jawatan itu. Dan dia juga adalah manusia yang paling aku kasih." Pada zaman pemerintahan Umar, anaknya Abdullah bertanya, "Wahai ayah, kenapakah peruntukan Baitulmal diberi kepada Usamah bin Zaid melebihi peruntukan yang diberi kepadaku?" Umar menjawab, ،إنه كان أحب إلى رسول هللا صلى الله عليه وسلم منك .وإن أباه كان أحب إلى رسول هللا صلى الله عليه وسلم من أبيك "Kerana dia lebih dikasihi oleh Rasulullah SAW darimu. Dan bapanya lebih dikasihi oleh Rasulullah SAW dari bapamu."
38 HAKIM BIN HIZAM- SAHABAT YANG LAHIR DALAM KAABAH Hakim bin Hizam. Dialah yang telah membeli Zaid di Pasar Ukkaz dengan harga 400 dirham untuk ibu saudaranya Khadijah. Hakim bin Hizam bin Khuwailid bin Asad bin Abd Uzza dilahirkan 65 tahun sebelum hijrah. Usianya panjang. Hidup sehingga 120 tahun dan meninggal dunia pada tahun 54 hijriyah. Iaitu zaman pemerintahan Muawiyah. Hakim dilahirkan oleh ibunya Ummu Hakim binti Zuhair bin Al Harith bin Asad bin Abd Uzza. Suatu hari Ummu Hakim masuk ke dalam kaabah bersama rakan-rakan wanitanya. Tiba-tiba dia jatuh sakit dan terasa hendak bersalin. Tidak sempat untuk dibawa keluar. Rakan-rakannya membawa hamparan kulit untuk alas dia melahirkan anaknya. Hakim dibesarkan dalam keluarga bangsawan dan berada. Terlibat dalam perang Al Fijar. Aktif berniaga. Bahkan beliau antara orang yang berniaga di pasar Habbasyah di selatan Makkah yang menjadi tempat pertukaran barangan dagang antara orang Makkah dan Yaman. Biarpun lebih berusia dari Rasulullah SAW, Hakim bersahabat baik dengan baginda sejak sebelum dilantik menjadi nabi. Bahkan setelah baginda menjadi rasul, persahabatan mereka masih terjalin, biarpun Hakim lewat memeluk Islam. Ketika baginda telah berhijrah ke Madinah, Hakim yang ketika itu masih musyrik pernah datang ke Madinah semata-mata untuk menyampaikan hadiah yang mahal kepada baginda. Pada tahun 8 hijriyah, berlaku peristiwa pembebasan kota Makkah. Dalam perjalanan ke Makkah, Rasulullah SAW bercakap-cakap dengan para sahabat bahawa baginda sangat berharap agar 4 orang Quraisy meninggalkan agama syirik dan memeluk Islam. Mereka ialah Attab bin Usaid, Jubair bin Mut’im, Suhail bin Amru dan Hakim bin Hizam. Hakim melihat satu demi satu kemenangan Islam, hinggakan kota Makkah juga sudah jatuh ke tangan Islam, akhirnya Hakim terbuka hati untuk memeluk Islam. Ketika masuk ke Makkah, sebahagian orang-orang musyrikin bertempiaran melarikan diri. Mereka bimbang kalau-kalau orang Islam akan menghukum mereka di atas kekejaman mereka menindas orang Islam sebelum hijrah dahulu. Lalu Nabi SAW bersabda: “Siapa masuk ke rumah Abu Sufyan dia selamat. Siapa masuk ke rumah Hakim bin Hizam dia selamat. Siapa masuk ke rumah Budail bin Warqa’ dia selamat. Siapa yang menutup pintu rumahnya dia selamat.”
39 Makkah diambil alih pemerintahannya dengan aman dan damai. Kebanyakan penduduknya diberi keamanan. Kesemua 4 orang yang diharapkan keIslam mereka oleh Rasulullah SAW, telah memeluk Islam. Beberapa hari selepas membebaskan kota Makkah, baginda SAW mendapat khabar Bani Thaqif dan Hawazin sedang bergerak untuk memerangi umat Islam. Rasulullah SAW mengumpulkan para sahabat untuk berjihad menentang musuh. 10,000 tentera yang datang dari Madinah bergabung dengan 2,000 orang Makkah yang baru memeluk Islam. Mereka bergerak keluar dari Makkah pada hari ke 19 selepas Fathu Makkah menuju ke Hunain. Dalam perjalanan, seorang penunggang kuda datang menemui Rasulullah SAW dan berkata, “Saya telah meninjau di sebuah bukit dan mendapati kabilah Hawazin semuanya membawa bersama unta tunggangan, unta ternak dan kambing-kambing mereka.” Rasulullah SAW tersenyum dan bersabda, “Itulah harta rampasan untuk umat Islam esok hari insya-Allah.” Peperangan Hunain menyaksikan pasukan Thaqif dan Hawazin yang berjumlah 30,000 orang tewas di tangan tentera Islam yang berjumlah 12,000 orang. Inilah peperangan pertama dalam Islam yang disertai oleh Hakim bin Hizam. Peperangan Hunain menyaksikan umat Islam memperoleh harta rampasan yang banyak. Sebanyak 24 ribu ekor unta dan 40 ribu ekor kambing berjaya dirampas. 200 auqiyah perak turut menjadi milik tentera Islam. Rasulullah SAW memilih Jaaranah sebagai tempat untuk mengagih-agihkan harta rampasan kepada tentrera Islam. Oleh kerana ramai yang menyertai peperangan itu terdiri dari orang-orang Makkah yang baru memeluk Islam, maka Rasulullah SAW memberi kepada mereka habuan rampasan perang melebihi orang lain. Abu Sufyan diberi 40 auqiyah dan 100 ekor unta. Anaknya Muawiyah dan Yazid masingmasing diberi 100 ekor unta. Al Harith bin Kildah diberi 100 unta. Safwan bin Umayyah diberi satu lembah unta dan kambing. Hakim bin Hizam diberi 100 ekor unta. Lalu dia minta tambahan. Rasullah memberinya tambahan 100 ekor. Diminta sekali lagi tambahan, Rasulullah menambah lagi. Akhirnya baginda bersabda: َخ َذهُ بإ ْش َرا ِف َ ْف ٍس بُو ِر َك له فِي ِه، و َمن أ َوةِ نَ َخ َذهُ ب َس َخا َ َمن أ َوةٌ، ف ْ ُحل َما َل َخ ِض َرةٌ ُم، إ َّن هذا ال َح ِكي يا يَا َخْي ٌر ِم َن اليَ ِد ال ُّسْفلَى ْ ْشبَ ُع، اليَ ُد العُل ُك ُل وَال يَ ْ ِذي يَأ َّ َر ْك له فِي ِه، َكال ْم يُبَا ْف ٍس لَ نَ
40 “Wahai Hakim sesungguhnya harta ini adalah bagaikan buah segar yang manis (ia tidak akan kekal dan pasti musnah). Sesiapa yang mengambilnya dengan kemurahan hatinya, dia akan diberkati. Sesiapa yang mengambil hanya untuk kekayaan dirinya, ia tidak diberkati. Seumpama orang yang makan tapi tidak kenyang. Tangan di atas adalah lebih baik dari tangan di bawah.”Riwayat Al Bukhari Mendengar sabdaan Rasulullah SAW itu, Hakim segera menginsafi dirinya lalu berkata: دْنَيا ِر َق ال ُّ فَا ُ َح ًدا بَ ْعَد َك شيئًا حتَّى أ َ أ ُ ْر َزأ َ َح ِّقِ ال أ َك بال َرسو َل ََِّّللا، والذي َبعَثَ يا “Wahai Rasulullah, Demi Allah yang mengutuskanmu dengan kebenaran, aku berjanji tidak akan meminta-minta dari sesiapapun sepanjang hidupkan sehinggalah aku berpisah dengan dunia.” Hakim mengotakan janjinya. Dia tidak pernah meminta atau mengambil harta orang lain sepanjang hidupnya. Pada zaman pemerintahan Abu Bakar, beliau dipanggil untuk diberikan peruntukan negara yang sememangnya diberi kepada semua orang. Hakim enggan menerimanya. Pada zaman pemerintahan seterusnya, Khalifah Umar cuba memanggilnya untuk memberikan harta fai’. Hakim tetap enggan menerimanya. Lalu Umar mengisytiharkan kepada khalayak ramai bahawa Hakim mengotakan janjinya dengan Rasulullah SAW. Umar berkata: ُم ْسِل ِمي َن علَى َح ِكيٍم َم ْع َش َر ال ْش ِهُد ُكْم يا ُ ِي أ إنِّ ُخ َذهُ ْ ْن يَأ َ بَى أ ْ ْيِء فَيَأ ْعِر ُض عليه َحقَّهُ ِمن هذا الفَ َ ِي أ نِّ َ أ “Wahai sekalian orang Islam, aku bersaksi kepada kamu tentang Hakim. Bahawa aku telah menawarkan kepadanya untuk memberi haknya dalam harta fai’ tetapi dia enggan menerimanya.” Hakim istiqamah dengan pendiriannya sehingga beliau meninggal dunia pada zaman pemerintahan Muawiyah bin Abi Sufyan dalam usia 120 tahun. Semoga Allah merahmati Hakim bin Hizam, sahabat Rasulullah SAW anak kelahiran dalam kaabah.
41 PUTERI RASULULLAH ZAINAB -PUTERI SULUNG RASULULLAH SAW Lahir di Makkah 10 tahun sebelum bapanya menjadi Rasul, 23 tahun sebelum hijrah ke Madinah iaitu pada tahun 600M. Zainab adalah puteri sulung Rasulullah SAW. Namun tidak dapat dipastikan siapa lahir dahulu antaranya dan Al Qasim. Bondanya Khadijah binti Khuwailid punya saudara perempuan bernama Halah binti Khuwailid. Halah ada anak lelaki bernama Abu Al-‘As bin Al-Rabi’. Zainab dikahwinkan dengan sepupunya itu sebelum usia 10 tahun. Setelah bapanya diutus sebagai Rasul, Zainab tidak bertangguh untuk beriman dan beragama Islam. Berbeza suaminya yang memilih kekal sebagai musyrik. Namun Abu Al-‘As sangat kasih kepada isterinya. Pernah kaum Quraisy memintanya menceraikan isterinya seperti mana yang dilakukan oleh Utbah dan Utaibah anak Abu Lahab. Abu Al-‘As tidak menceraikan Zainab, bahkan dia berkata, “Zainab tiada yang seumpamanya di kalangan seluruh wanita Quraisy. Hasil perkongsian hidup ini, mereka dianugerakan sepasang cahaya mata, Umamah dan Ali. Umamah dikahwinkan dengan Ali bin Abi Talib selepas kematian Fatimah. Selepas kematian Ali bin Talib, dia dikahwinkan pula dengan Al Mughirah bin Naufal. Manakala Ali bin Abu Al-‘As meninggal dunia sewaktu masih kecil. Inilah cucu Rasulullah SAW yang diriwayatkan didukung oleh baginda ketika mendirikan solat Subuh. Ketika umat Islam berhijrah ke Madinah, Zainab tidak dapat berhijrah kerana masih menjadi isteri kepada Abu Al-‘As yang belum beragama Islam. Dua tahun selepas itu, Abu Al-‘As terlibat menyertai pasukan Quraisy memerangi umat Islam di Badar. Nasibnya kurang baik. Dia ditawan oleh Abdullah bin Jubair Al Ansari. Seramai 70 orang bilangan musyrikin yang ditawan. Umat Islam membebaskan sesiapa yang dapat membayar tebusan. Suatu hari Zainab mengirimkan rantainya untuk dijadikan bayaran tebusan bagi membebaskan suaminya. Rantai itu dibawa oleh iparnya Amru bin Al-Rabi’ ke Madinah. Apabila dilihat oleh Rasulullah SAW, hatinya sangat tersentuh kerana rantai itu asalnya kepunyaan Khadijah, isteri yang sangat dikasihi. Lalu baginda meminta izin daripada tentera Islam agar membebaskan Abu Al-‘As tanpa bayaran berkenaan. Mereka mengizinkan. Lalu rantai itu dikembalikan kepada Zainab.
42 Sebelum dibebaskan, Rasulullah SAW meletakkan syarat kepada Abu-Al’As. Bahawa dia hanya akan dibebaskan jika bersedia melepaskan isterinya Zainab untuk berhijrah ke Madinah. Abu-Al’As bersetuju. Lalu dia bergerak pulang ke Makkah. Sebagai memenuhi janjinya kepada baginda, Zainab diminta supaya bersiap untuk berhijrah. Hindun mahu membantu persiapannya. Namun tidak diizinkan. Setelah itu isteri yang dikasihi itu diserahkan kepada saudaranya Kinanah bin Al-Rabi’ untuk dibawa ke Madinah dengan menaiki haudaj yang disediakan di atas belakang unta. Mereka keluar siang hari. Di pertengahan jalan, mereka dihalang oleh dua orang kafir Quraisy bernama Habbar bin Al Aswad dan Nafi’ bin Abdu Amru. Mereka mengancam menggunakan tombak untuk menghalang perjalanan hijrah ini. Dalam kekecohan itu, Zainab jatuh dari haudaj dan kandungannya gugur. Kinanah cuba mempertahankan Zainab. Abu Sufyan datang dan meleraikan perbalahan. Abu Sufyan juga meminta Kinanah membawa pulang iparnya itu dan jangan berhijrah di siang hari. “Tunggulah malam hari baru kamu bawa Zainab keluar. Kita baharu sahaja kalah dalam perang Badar. Alangkah hinanya kita di mata penduduk Makkah.Sudahlah kalah, anak Muhammad pula bebas dibawa keluar dari Makkah di siang hari.” Sehingga tiba waktu yang sesuai, maka Zainab dibawa keluar dan diserahkan kepada Zaid bin Harithah yang diutus Rasulullah SAW untuk membawa pulang Zainab. Peristiwa ini berlaku sebulan selepas peperangan Badar. Mengenai dua orang yang mengancam Zainab sehingga keguguran itu, Rasulullah SAW menghantar satu pasukan untuk memburu mereka dan bersabda, “Jika kamu jumpa mereka, bakarlah mereka.” Namun setelah pasukan itu mahu bergerak, Rasulullah memanggil mereka dan memperbetulkan perintahnya, َر ال يُعَ ْحِرقُوا فُ ََلنًا وفُ ََلنًا، وإ َّن النَّا َمْرتُ ُكْم أ ْن تُ ُو ُه َم إنِّ ا ِي أ تُل ُمو ُهما فَاقْ َها إَّال ََّّللاُ، فإ ْن و َج ْدتُ ِ ُب ب . ذِّ “Sebelum ini aku perentahkan kami membakar orang itu. Tetapi api tidak boleh digunakan untuk mengazab melainkan oleh Allah. Justeru jika kamu jumpa orang itu, bunuhlah mereka.” Berbahagialah Zainab tinggal bersama bapanya di Madinah. Namun kesihatannya tidak berapa baik, kesan dari kejadian yang berlaku semasa hendak berhijrah. Suatu hari Abu-Al’As memimpin pasukan bersama 170 orang petugas dan sejumlah barang dagangan penduduk Makkah. Ketika melintasi kawasan di bawah penguasaan Madinah, pasukan itu ditahan oleh orang Islam, harta mereka dirampas.
43 Abu-Al’As merayu kepada Rasulullah SAW agar mereka dibebaskan. Rasulullah SAW menerima rayuannya. Harta dikembalikan, tawanan dibebaskan. Namun baginda memberi amaran, “Jangan lagi kembali ke sini jika kamu masih kekal sebagai seorang musyrik.” Kata-kata itu sungguh memeri kesan dalam jiwa Abu-Al’As. Apa lagi yang perlu ditunggu. Islam sememangnya agama yang benar. Mengapa masih enggan menerimanya. Akhirnya Abu-Al’As membuat keputusan untuk memeluk Islam. Namun dia perlu melunaskan amanah penduduk Makkah. Dia membawa pulang semua barang dagangan. Setelah diagih-agihkan dan dikembalikan kepada para pelabur, AbuAl’As mengisytihar dirinya sebagai seorang Islam. Rasulullah SAW sangat gembira di atas keIslaman Abu-Al’As. Baginda kemudiannya mengembalikan Zainab kepadanya. Ulamak berbeza pendapat sama ada mereka dinikahkan semula dengan akad yang baharu atau dikekalkan sebagai suami isteri dengan akad asal. Wallahu a’lam. Pada tahun ke 8 hijriyah (629M) dalam usia menghampiri 29 tahun, Zainab kembali ke rahmatullah. Rasulullah SAW mengajar para muslimat cara menguruskan jenazah wanita secara terperinci. Baginda memerintahkan agar dimandikan dengan bilangan ganjil iaitu 3 basuhan, lima, tujuh atau lebih. Hendaklah dimulakan dengan membasuh bahagian kanan dan anggota wudhuk terlebih dahulu. Gunalah air daun bidara. Dan tamatkan dengan kapur barus. Ummu Atiyah berkata setelah selesai memandikan, kami menyikat rambutnya dan mendandannya dengan tiga dandanan. Setelah itu Rasulullah SAW menyerahkan kainnya yang dikenali sebagai hiqwah untuk dipakaikan menutupi tubuh Zainab yang mulia. Demikianlah perjalanan akhir Zainab radhiallahu anha dengan sentuhan akhir dari ayahandanya sendiri yang merupakan rasul utusan Allah kepada seluruh alam. KENALI RUQAYYAH : PUTERI KESAYANGAN RASULULLAH Ruqayyah (ـةَّـي َۚق َر ( ُadalah puteri kedua Rasulullah SAW dan Khadijah selepas Zainab. Lahir 20 tahun sebelum hijrah dan 7 tahun sebelum kenabian (603M). Ketika berusia 10 tahun dikahwinkan dengan Utbah bin Abu Lahab. Setelah datangnya seruan Islam Ruqayyah memeluk Islam. Namun suaminya kekal sebagai musyrik. Utbah hanya memeluk Islam selepas peristiwa Fathu Makkah.
44 Selepas ternyata penentangan mertuanya Abu Lahab kepada dakwah Rasulullah SAW, Allah menurunkan Surah Al Masad mencela perbuatan Abu Lahab. Abu Lahab sangat marah lalu memerintahkan Utbah supaya menceraikan isterinya. Abu Lahab turut memerintahkan seorang lagi anaknya bernama Utaibah supaya menceraikan isterinya kerana dia juga adalah puteri Rasulullah SAW, iaitu Ummu Kulthum. Utbah patuh arahan bapanya, lalu menceraikan Ruqayyah yang belum lagi didukhul olehnya. Beberapa lama kemudian Rasulullah SAW mengahwinkan Ruwayyah dengan sahabat baginda, Uthman bin Affan. Ketika itu penentangan Quraisy terhadap dakwah Islam semakin memuncak. Ramai sahabat yang ditangkap dan disiksa. Bahkan ada yang dibunuh. Lalu pada bulan Rejab tahun ke-5 selepas kenabian, baginda mengarahkan sebahagian sahabat supaya berhijrah ke Habsyah untuk menyelamatkan iman masing-masing. Habsyah dipilih kerana ia diperintah oleh raja yang baik. Lalu berlakulah hijrah kali pertama di kalangan umat Nabi Muhammad SAW diketuai oleh Saidina Uthman. Ruqayyah turut sama menemaninya. Turut bersama dalam hijrah ini ialah Abu Huzaifah bin Utbah bin Rabiah dan isterinya, Sahlah binti Suhail, Az Zubair, Mus'ab, Abd Rahman bin Auf, Abu Salamah, Ummu Salamah, Uthman bin Maz'un, Amir bin Rabi'ah dan isterinya Laila binti Abi Hathmah, Abu Sabrah dan Suhail bin Baidha'. Para sahabat bergerak berjalan kaki meninggalkan Makkah menuju ke pantai Syu'aibah. Lokasi ini lebih kurang 90 km dari Makkah dan 75 km dari Jeddah sekarang. Kaum Musyrikin dapat menghidu pergerakan ini lalu cuba mengejar dari belakang. Namun Allah menyelamatkan umat Islam. Dua buah kapal dagang di Pelabuhan Syu'aibah bersedia untuk bergerak ke Afrika. Umat Islam menaiki kapal berkenaan dengan selamat. Mereka terus berlayar merentasi Laut Merah yang ketika itu dikenali sebagai Laut Qalzum menuju ke arah Sudan dengan tambang setengah dinar seorang. Kapal berkenaan kemudiannya berhenti di kepulauan Iri (عيرى (yang kini dikenali sebagai Kepulauan Ar-Rih (الريح (yang terletak 111 batu nautika dari Port Sudan. Inilah negeri luar pertama yang memberi layanan yang baik kepada umat Islam. Para muhajirin memanfaatkan kebaikan penduduk pulau berkenaan untuk mendapatkan bekalan air minum dan makanan bagi meneruskan perjalanan ke Habsyah. Mereka kemudiannya meneruskan pelayaran ke arah selatan sehingga sampai ke Pelabuhan Adulis yang berada di bawah kekuasaan Kerajaan Aksum. Kerajaan ini diperintah oleh raja yang digelar Najasyi (Negus). Nama sebenarnya ialah Ashamah bin Abjur.
45 RAJA NAJASYI Raja Najasyi memberikan layanan yang baik kepada umat Islam dan membenarkan mereka tinggal di negerinya sehingga keadaan mengizinkan untuk mereka pulang. Kaum Musyrikin sangat marah dengan penghijrahan ini. Untuk mengelirukan umat Islam, ditularkan khabar kononnya kaum musyrikin telah ramai-ramai menerima Islam. Lalu menyebabkan sebahagian sahabat yang tinggal di Habsyah mengambil keputusan untuk pulang ke Makkah. Termasuklah Uthman dan isterinya Ruqayyah. Namun sebaik sahaja menghampiri Makkah, mereka mendapat tahu berita itu tidak benar. Bahkan tekanan Quraisy terhadap umat Islam semakin meningkat. Mereka lalu kembali ke Habsyah. Semakin hari mereka semakin terbiasa dengan kehidupan di Habsyah dan kebaikan penduduknya. Di Habasyah Ruqayyah dianugerahkan Allah seorang putra lelaki lalu diberi nama Abdullah. Pada tahun ke 14 kenabian mereka mendapat khabar bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat di Makkah telah berhijrah ke Madinah. Ruqayyah dan suaminya Uthman terasa sangat rindu kepada baginda. Lalu mereka kembali menyeberang ke Tanah Arab dan bergerak menuju ke Madinah. Peristiwa ini berlaku sebelum peperangan Badar. Menjelang peperangan badar, Ruqayyah jatuh sakit. Dikatakan beliau terkena demam campak. Ketika tentera Islam hendak berangkat ke Badar, Rasulullah SAW mengizinkan Uthman menemani isterinya di Madinah. Walaupun tidak menyertai pasukan Badar, namun beliau mendapat fadhilatnya dan diberikan bahagian harta rampasan. Baginda turut memerintahkan Abu Umamah bin Tha’labah Al Ansari yang sudah berada dalam saf tentera supaya kembali ke Madinah menjaga ibunya yang sudah tua dan sedang sakit. Rasulullah SAW sengaja menyuruh Uthman menemani isterinya, seolah-olah baginda mendapat isyarat bahawa usia Ruqayyah sudah tidak lama. Ruqayyah menghembuskan nafas terakhir pada bulan Ramadhan tahun ke-2 hijriyah (624M) dalam usia 21/22 tahun. Kematian Ruqayyah berlaku pada hari ketibaan Usamah bin Zaid ke Madinah yang diutus Rasulullah untuk mengumumkan khabar gembira kemenangan tentera Islam di Badar. Saidina Usman bersama Zaid, anaknya Usamah dan para sahabat lain menyempurnakan pengebumian Ruqayyah di Perkuburan Baqi’.
46 Ketika pasukan tentera pulang ke Madinah, Rasulullah SAW segera ke Perkuburan Baqi’ dan berdiri di kubur puteri yang disayanginya itu lalu berdoa memohon rahmat dan keampunan buat Ruqayyah. Dua tahun selepas itu, meninggal dunia pula anak Ruqayyah bernama Abdullah yang dilahirkan di Habsyah. Abdullah meninggal dunia dalam usia 6 tahun. Kesedihan Saidina Uthman mendapat simpati Rasulullah SAW. Sememangnya baginda menyayangi Usman. Bahkan sangat menghormati menantunya itu. Lalu baginda menghawinkan seorang lagi puterinya, Ummu Kulthum dengan Uthman. Ummu Kulthum juga sebelum itu berpengalaman menjadi menantu Abu Lahab, sama seperti kakaknya. Namun Abu Lahab memerintahkan anaknya Utaibah menceraikan Ummu Kulthum selepas turunnya surah Al Masad. Utaibah kekal kafir sehingga ke akhir hayatnya dan mati dibaham binatang buas dalam perjalanan ke Syam. Uthman kemudiannya digelar sebagai Zu Nurain (orang yang memiliki dua cahaya) kerana pernah memperisterikan dua orang puteri Rasulullah SAW. KENALI UMMU KULTHUM: PUTERI KETIGA RASULULLAH SAW _____________________________________ Khadijah melahirkan Ummu Kulthum (كلثوم ُأم (di Makkah enam tahun sebelum kerasulan, 19 tahun sebelum hijrah (604M). Tiada kepastian apa nama sebenarnya. Tidak dapat dipastikan nama sebenarnya, walaupun ada segolongan syiah mengatakannya Aminah. Wallahu a’lam. Nama yang bermula dengan Abu, Ibnu atau Ummu biasanya bukan nama sebenar. Jika disandarkan kepada anak atau bapa ia dikenali sebagai kun’yah. Jika hanya sekadar gelaran, ia adalah laqab. Boleh jadi Ummu Kulthum adalah laqab kerana beliau tidak punya anak. Adapun kalimah Kulthum كلثوم ُmempunyai dua makna. Pertama orang yang berpipi tembam. Kedua sejenis kain sutera yang biasanya diikat di atas hujung tiang bendera. Ummu Kulthum pernah dikahwinkan dengan Utaibah, anak Abu Lahab. Disebabkan kebencian Abu Lahab kepada Nabi SAW, dia memerintahkan anaknya menceraikan Ummu Kulthum. Utaibah pergi ke rumah Rasulullah SAW untuk menceraikan isterinya sambil berkata, “Wahai Muhammad, aku kafir kepada agamamu, aku ceraikan anakmu, kamu tidak suka kepada aku dan aku tidak suka kepadamu.” Dia kemudiannya menolak hingga terkoyak baju baginda SAW. Nabi SAW berdoa kepada Allah, “Ya Allah lepaskanlah anjing-anjing-Mu menerkam orang ini!”
47 Allah maqbulkan doa baginda. Ketika dalam perjalanan ke Syam, Utaibah diterkam oleh singa dan dia mati dalam keadaan kafir. Ummu Kulthum berhijrah ke Madinah bersama adiknya Fatimah, Ali dan Ahli Bait yang lain selepas hijrahnya Rasulullah SAW. Pada tahun ke-3 selepas hijrah beliau dinikahkan dengan Usman dalam keadaan beliau masih dara. Sebelum itu Uthman telahpun berkahwin dengan kakaknya Ruqayyah binti Rasulillah. Ruqayyah meninggal dunia pada Ramadhan tahun ke-2 iaitu ketika peperangan Badar. Sebelum bernikah dengan Ummu Kulthum, Umar telah menawarkan kepada Uthman anaknya Hafsah. Uthman tidak menjawab kerana beliau pernah mendengar Rasulullah menyebut tentang Hafsah. Apabila diketahui hal ini, maka Nabi SAW bersabda, “Mahukah aku tunjukkan kepada Uthman calun isteri yang lebih baik untuknya, dan calun suami yang lebih baik untuk Hafsah?” Lantas Uthman dikahwinkan dengan Ummu Kulthum. Manakala baginda sendiri mengahwini Hafsah. Diriwayatkan bahawa baginda pernah menyebut, “Tidak aku kahwinkan Usman dengan Ummu Kulthum melainkan dengan perintah wahyu dari langit.” Pernikahan Uthman-Ummu Kulthum berlangsung pada Rabiul Awwal tahun ke-3 dan mereka tinggal bersama bermula Jamadil Akhir tahun yang sama. Mereka tidak dikurniakan anak. Ummu Kulthum meninggal dunia pada tahun ke 9 hijriyah (630M) dalam usia 27 tahun. Jenazahnya dimandikan oleh Asma’ binti Umais dan Safiyah binti Abd Muttalib sambil disaksikan oleh Ummu Atiyyah Al Ansariyyah. Setelah jenazah disembahyangkan oleh baginda dan umat Islam, ia diturunkan ke liang lahad oleh Ali, Al Fadhal dan Usamah. Dikatakan Abu Talhah Al Ansari turut serta di dalam kubur setelah diizinkan oleh baginda. Baginda bertanya, “Siapakah di kalangan kamu yang tidak bersama isterinya malam tadi?” Abu Talhah menjawab, “Saya.” Lalu baginda menyuruhnya turun ke dalam kubur. Selesai pengebumian, baginda duduk di atas kubur dalam keadaan pipinya dibasahi air mata. Baginda mendoakan kebaikan untuk puteri kesayangannya. At Tabarani meriwayatkan sebuah hadis yang panjang, antara lain baginda menyebut: فلو كن عشرا ن عثمان، وما زوجته إال بوحي ً أال أبا أيم؟ أال أخا أيم يزوجها عثمان؟ لزوجته من السماء “Siapakah di kalangan kalian punya anak atau adik perempuan yang tiada bersuami, kahwinkanlah dengan Uthman. Sekiranya aku punya 10 anak perempuan nescaya aku
48 kahwinkan mereka dengan Uthman. Dan aku tidak kahwinkannya melainkan dengan perintah wahyu dari langit.” Hadis ini menunjukkan kebaikan dan kelebihan Uthman dan kasihnya baginda kepadanya. Wallahu a’lam.
49 DAKWAH TAIF DAN TAWARAN MALAIKAT Pada Ramadhan tahun 10 kenabian, Nabi Muhammad SAW diuji dengan kematian bapa saudaranya Abu Talib. Tiga hari kemudian isteri baginda Khadijah pula meninggal dunia. Betapa sedihnya baginda, hinggakan tahun itu dikenali sebagai الحزن عام) tahun dukacita). Dengan kematian kedua-dua orang yang disayanginya itu, dakwah Islam semakin ditekan oleh pihak musuh. Seakan-akan tidak ada lagi penduduk Makkah yang sudi untuk menerima seruan dakwah baginda. Dengan tekad dan semangat untuk menyebarkan agama Allah, pada bulan berikutnya (Syawal tahun 10 kenabian) dengan ditemani oleh anak angkatnya Zaid bin Harithah, baginda bermusafir ke Taif. Merentasi padang pasir dan gunung ganang sejauh 80 ke 100 km dengan penuh kepayahan. Harapan baginda, jika penduduk Makkah sudah tidak mahu menerima Islam, moga-moga penduduk Taif bersedia menerimanya. Sebagai adab, ketika sampai di Taif, baginda berkunjung ke rumah pemimpin Taif untuk menyatakan hasrat kedatangannya. Baginda bertemu tiga bersaudara yang memimpin masyarakat Taif, Abd Yalil, Mas’ud dan Habib. Malangnya tiga bersaudara ini menolak mentah-mentah dakwah baginda. Abd Yalil berkata, “Aku tidak percaya sekalipun betul kamu diutus oleh Tuhan!” Mas’ud pula berkata, “Tiada orang lainkah yang lebih layak untuk Tuhan lantik sebagai rasul-Nya?” Manakala Habib dengan lebih sombong berkata, “Demi Allah aku tidak mahu bercakap dengan orang ini. Kiranya benar dia rasul, ia suatu yang merbahaya. Jika dia berbohong, tiada keperluan untukku berbicara dengannya.” 10 hari baginda berada di Taif, bertemu setiap pemimpin dan rakyatnya. Menyampaikan seruan dan ajakan yang akan menyelamatkan mereka di dunia dan di akhirat. Malangnya setiap pemimpin yang ditemui pasti berkata, “Berambus kamu keluar dari negeri kami ini.” Tidak cukup dengan itu mereka mengerah hamba abdi dan budak-budak bodoh menghalau Rasulullah SAW dengan lontaran batu. Baginda terpaksa berundur menyelamatkan diri sehingga sampai di kebun Utbah dan Syaibah bin Rabiah dengan tubuh berlumuran darah. Di sana baginda bermunajat dengan munajatnya yang masyhur. Di situ juga baginda bertemu dengan Adas, pekerja kebun yang beriman kepada Allah dan Nabi Yunus.
50 Allah yang Maha Mendengar rintihan nabi-Nya mengutuskan malaikat untuk menerima arahan dari baginda apa sahaja yang dikehendakinya. Dalam Sahih Al Bukhari, Saidatina Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi SAW sendiri bercerita peristiwa itu, antara lain baginda bersabda: ق ْد ِري ُل، فَنادانِي فقا َل: إ َّن ََّّللاَ ِني، فََن َظ ْر ُت فإذا فيها ِجْب تْ َّ ِسي، فإذا أنا ب َسحابَ ٍة ق ْد أ َظل ْ ْع ُت َرأ َرفَ فَ َت فيهم ُمَرهُ بما ِشئْ ْ ِل ِلتَأ َك ال ِجبا ْي َك َملَ َث إلَ ْي َك، وق ْد َبعَ َعلَ دوا ُّ َر َك، وما ْو َل َقْو ِم َك لَ ، َسِم َع قَ ُك ُ ْطِب َق عليهُم فَنادانِي َملَ َت أ ْن أ َت، إ ْن ِشئْ َّم قا َل: يا ُم َح َّمُد، فقا َل ذل َك فِيما ِشئْ َّي، ثُ َ َعلَ م َّ َسل ِل فَ ال ِجبا ِن ،األ ْخ َشَبْي َ م َّ َّى هللاُ عليه وسل ي صل ُّ :فقا َل النَّب .بَ ُك به شيئًا ْل أ ْر ُجو أ ْن يُ ْخِر َج ََّّللاُ ِمن أ ْصَلبِ ِهْم َمن َي ْعبُ ُد ََّّللاَ و ْح َدهُ ال يُ ْشِر “…Lalu aku mendongak ke langit. Aku lihat segumpal awan sedang melindungiku. Tibatiba aku terlihat Jibril. Dia memanggilku dan berkata: Sesungguhnya Allah mendengar kata-kata dan cercaan mereka kepadamu. Dia mengutuskan malaikat penjaga gunung untuk kau perintahkan apa sahaja engkau kehendaki. "Malaikat gunung memanggilku dan memberi salam, lantas berkata, Wahai Muhammad, aku tunaikan apa sahaja yang engkau mahu. Jika engkau kehendaki akan ku hempap mereka dengan banjaran-banjaran gunung ini.” Lalu Nabi SAW bersabda: “Bahkan aku berharap Allah melahirkan zuriat keturunan mereka yang menyembah Allah dan tidak mensyirikkan-Nya.” . PERTOLONGAN ALLAH MENGIRINGI PERJALANAN PULANG DARI TAIF Dalam perjalanan pulang dari Taif, baginda berhenti rehat beberapa hari di Lembah An Nakhlah. Lebih kurang 55km dari Makkah.Tanpa disedari ketibaan baginda di situ diperhatikan oleh sekumpulan jin. Mereka begitu asyik mendengar ayat-ayat suci Al Quran. Lalu pulang memanggil kaum mereka menyatakan kekaguman mereka kepada wahyu Allah ini. Peristiwa ini dikhabarkan Allah menerusi firman-Nya di dalam Surah Al Ahqaf ayat 29 hingga 31: َّم ۚ فَلَ ۟ ن ِصتُوا َ أ ۟ ٰۤوا ُ َح َض ُروهُ قَال َّما ۡر َءا َن فَلَ قُ ۡ ِج ِّنِ يَ ۡستَ ِمعُو َن ٱل ۡ ا ِِّم َن ٱل ٔ لَۡي َك نَفَر ِ إ ٰۤ نَا ۡ َص َرف ۡ ِذ َو ِض َی إ ا قُ ُّمنِذِري َن ى قَۡو ِمِهم لَ ِ إ ۟ ۡوا َّ ى ُم ل َو ُ مو َس ن َبۡعِد ِز َل ِمٍۢ ن ُ ـبًا أ ِنَّا َسِمۡعنَا ِكتَ إ ٰۤ يَ ـقَۡو َمنَا ۟ َم قَال ا َبۡي َن ُوا ِ ِّ ا ل ٔ َصِِّدق ࣲق ُّمۡستَِقيࣲم ى َطِري لَ ِ َح ِّقِ َوإ ۡ لَى ٱل ِ يَ َد ُ كم ۡي ِه َيۡهِد ٰۤی إ ۡغِفۡر لَ بِ ِهۦ يَ ۟ َو َءا ِمنُوا َی ٱ ََّّللِ َدا ِع ۟ ِجيبُوا َ أ ٰۤ يَ ـقَۡو َمنَا