51 ِليࣲم َ َويُ ِجۡر ُكم ِِّمۡن َع َذا ٍب أ ُكۡم َی ٱ ََّّللِ فَلَۡي ِِّمن ذُ نُوبِ ۡر ِض َو َمن َّال يُ ِج ۡب َدا ِع ۡألَ َس ِب ُمۡعِجࣲز ِفی ٱ ٍن ـࣲل ُّمِبي ِٕى َك فِی َضلَ ٰۤ ـ ۟ولَ ُ أ ُۚ ُء ٰۤ ۡوِليَا َ َس لَهُۥ ِمن ُدونِ ِهۦٰۤ أ َو لَۡي "Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): "Diamlah kamu dengan sebulatbulat ingatan untuk mendengarnya!" Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran. Mereka berkata: "Wahai kaum kami! Sesungguhnya kami telah mendengar Kitab (AlQuran) yang diturunkan (oleh Allah) sesudah Nabi Musa, yang menegaskan kebenaran Kitab-kitab Suci yang terdahulu daripadanya, lagi, memandu kepada kebenaran (tauhid) dan ke jalan yang lurus (ugama Islam) "Wahai kaum kami! Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi Muhammad) yang mengajak ke jalan Allah, serta berimanlah kamu kepadanya, supaya Allah mengampunkan sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya. "Dan sesiapa tidak menyahut (seruan) Rasul yang mengajaknya ke jalan Allah, maka ia tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan azab walau ke mana sahaja ia melarikan diri) di bumi, dan ia tidak akan beroleh sesiapapun - yang lain dari Allah - sebagai pelindung-pelindung yang membelanya; mereka (yang demikian sifatnya) adalah dalam kesesatan yang nyata." Demikianlah pertolongan Allah. Setelah hamba Allah di kalangan manusia enggan menerima seruan baginda SAW, tiba-tiba Allah hantar sekelompok jin untuk beriman kepada baginda. Baginda seterusnya meneruskan perjalanan pulang ke Makkah. Singgah seketika di Gua Hira’. Memerhatikan keadaan adakah sesuai untuk masuk ke kota suci itu. Zaid bin Harithah cuba mendapatkan perlindungan dari Al Akhnas bin Syuraiq. Al Akhnas enggan membantu. Dihubungi pula Suhail bin Amru. Suhail juga enggan memberikan perlindungan kepada Rasulullah SAW. Akhirnya seorang tua bernama Mut’am bin ‘Adi menyatakan kesediaannya untuk memberikan perlindungan kepada baginda. Beliau seorang musyrik. Anaknya Jubair bin Mut’am seorang sahabat Rasulullah SAW yang beriman. Mut’am mengerahkan anak-anaknya melengkapkan diri dengan senjata. Dengan bangganya mereka mengiringi Rasulullah SAW masuk ke Makkah hingga sampai ke Masjidil Haram. Ketika Rasulullah SAW dan Zaid tawaf keliling kaabah, mereka berkawal dengan senjata di segenap penjuru. Sesudah itu mereka menghantar baginda pulang ke rumah. Kaum Quraisy hanya mampu memerhatikan sahaja tanpa berani melakukan sesuatu.
52 ISTIGHFAR… Bagaimana seharusnya? Istighfar(استغفار (bermaksud (المغفرة طلب (iaitu memohon keampunan. Oleh kerana setiap manusia punya dosa dan kesilapan, maka sewajarnya istighfar menjadi amalan. Rasulullah SAW sendiri, seorang yang maksum, yang dipelihara oleh Allah dari dosa, namun baginda sentiasa melazimi amalan beristighfar setiap hari. Al Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: َر ِمن َسْب ِعي َن َمَّرةً ْي ِه في اليَوِم أ ْكثَ تُو ُب إلَ َ ِي أل ْستَ ْغِف ُر ََّّللاَ وأ .و ََّّللاِ إنِّ Ertinya: “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar memohon keampunan Allah dan bertaubat kepadanya setiap hari lebih dari 70 kali.” CARA BERISTIGHFAR Islam tidak menetapkan cara dan lafaz tertentu untuk beristighfar. Boleh sahaja kita beristighfar dengan apa-apa sahaja lafaz yang menunjukkan kita memohon keampunan Allah. Asalkan ia tidak bercanggah dengan prinsip Islam. Namun yang terbaik ialah kita melafazkannya sebagaimana yang ditunjukkan oleh Al Quran dan hadis Nabi SAW. ISTIGHFAR DARI AL QURAN 1. Firman Allah dalam Surah Al Qasas ayat 16: ْف ِسي فَا ْغِف ْر ِلى ْم ُت نَ ِنِِّي َظلَ َر ِِّب إ 2. Firman Allah Surah Ali Imran ayat 147: ِري َكافِ ْ ْوِم ال قَ ْ َوان ُص ْرنَا َعلَى ال َمنَا َدا قْ َ ِِّ ْت أ َوثَب ْمِرنَا َ ْس َرافَنَا فِي أ ِ َوإ نُوبَنَا نَا ذُ َن َربَّنَا ا ْغِف ْر لَ 3. Firman Allah Surah Al Baqarah ayat 285 َم ِصي ُر ْ ْي َك ال لَ ِ َوإ َرانَ َك َربَّنَا َ َط ْعنَا ُغْف َوأ َسِم ْعنَا 4. Firman Allah Surah Ali Imran ayat 193 َرار ْب َم َع ا ْألَ نَا َوفَّ َوتَ ِِّئَاِتنَا ْر َعنَّا َسي َو َكِفِّ نُوبَنَا نَا ذُ َربَّنَا فَا ْغِف ْر لَ ISTIGHFAR DALAM HADIS Antaranya: 1. Hadis riwayat Muslim dari Thauban bahawa Rasulullah SAW apabila selesai mendirikan solat maka baginda akan beristighfar 3 kali iaitu dengan lafaz ْستَ ْغِف ُر ََّّللاَ َ ْستَ ْغِف ُر ََّّللاَ، أ َ أ 2. Hadis riwayat Tirmizi dari Zaid bin Harithah bahawa Rasulullah SAW bersabda, bahawa barangsiapa beristighfar dengan lafaz berikut maka Allah akan ampunkan dosanya walaupun dia pernah lari dari medan jihad. الذي ال إلهَ إَّال هو الح ِّى القيوم وأتو ُب إليه َ العظيم أستغف ُر هللاَ 3. Al Bukhari meriwayatkan daripada Syaddad bin Aus bahawa Rasulullah SAW menceritakan tentang Sayyidul Istighfar (penghulu sekalian istighfar) , sesiapa membacanya dengan yakin pada awal siang lalu dia mati pada hari itu, maka dia akan masuk syurga. Barangsiapa membaca pada malam hari lalu dia mati pada malam itu, dia juga akan masuk syurga. Lafaznya:
53 تَنِي وأنا َعْب ُد َك، وأنا علَى َع ْهِد َك وَو ْعِد َك ما ا ْستَ َط ْع ُت، أبُو ُء ِي، ال إلَهَ إَّال أْن َت، َخلَقْ ُهَّم أْن َت َربِّ بُو ُء الل ل َك َّ َ َّي، وأ ل َك بنِ ْعَمتِ َك َعلَ نُو َب إَّال أْن َت ْغِف ُر الذُّ ِي فا ْغِف ْر ِلي، فإنَّه ال يَ بذَ ْنب 4. Muslim meriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib bahawa antara tasyahhud (tahiyyat) dan salam, Rasulullah SAW membaca: ُم به ْعلَ َ ْن َت أ َ َوما أ ُت، ْس َرفْ َ َوما أ ْعلَ ْن ُت، َ ْس َر ْر ُت َوما أ َ َوما أ َّخ ْر ُت، َ ُهَّم ا ْغِف ْر لي ما قَ َّدْم ُت َوما أ َّ الل ْن َت ال َ َوأ ِِّدُم ْن َت ال ُمقَ َ ِ ُر ِي، أ ، ُمَؤ ِّخ ِمنِّ ْن َت َ .ال إلَهَ إَّال أ ADAB BERISTIGHFAR 1. Ikhlas 2. Suci 3. Hadir hati merasakan kebesaran Allah 4. Dimulakan dengan memuji Allah dan salawat 5. Merendah diri dan tawadhuk 6. Menyertakan doa untuk dirinya sendiri dan untuk orang lain 7. Bersiwak sebelumnya 8. Menghadap qiblat KELEBIHAN BERISTIGHFAR 1. Diampunkan dosa 2. Berpeluang masuk ke syurga 3. Terhindar dari kehinaan 4. Diperbaharui iman 5. Rezeki bertambah 6. Menolak azab ASBAB MENDAPAT KEAMPUNAN 1. Islam 2. Beriman dengan Allah dengan sebenar-benar iman 3. Menepati syarat taubat nasuha 4. Istiqamah melakukan ketaatan 5. Tidak meninggalkan amal-amal soleh 6. Istighfar berulang kali dengan istiqamah 7. Istighfar untuk orang yang telah mati Mudah-mudahan Allah menjadikan kita di kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa berzikir, beristighfar dan berdoa insya-Allah. Coretan pagi Jumaat oleh Aris Hazlan Ismail Cabai Hill
54 KISAH-KISAH MEREKA YANG SEJAK DI DUNIA SUDAH TAHU AKAN KE NERAKA ABU LAHAB Tidak ramai. Tetapi ada. Antara mereka ialah Abu Lahab. Permusuhan melampaunya terhadap Islam, meletakkan dirinya dalam senarai ahli neraka sejak dia masih hidup di dunia. Allah menurunkan Surah Al Masad, mengkhabarkan kecelakaan Abu Lahab dan isterinya yang akan dibakar dalam neraka yang apinya marak menjulang. Antaranya lagi ialah ‘Uqbah bin Abi Mu'it dan Ubay bin Khalaf. Dua orang pembesar Quraisy yang sangat rapat. Saling bekerjasama dalam menentang Islam. UQBAH Uqbah pernah meletakkan kekotoran isi perut unta di atas kepala dan belakang Rasulullah SAW ketika baginda sedang sujud di sisi kaabah. Perbuatannya menjadi bahan ketawa pemimpin Quraisy yang lain. Baginda terus sujud sehingga datang Fatimah membersihkan belakang ayahandanya. Setelah bangun dari sujud, baginda menadah tangan dan berdoa, اللهَّم عليك ِن ربيعةَ ب اللهم عليك بشيبةَ ِن ربيعةَ ب اللهَّم عليك المألَ من قري ٍش اللهَّم عليك بعتبةَ ِن خل ٍف ب ِن خل ٍف أو أميةَ ب ِّيِ َب ُ ِن أبي معي ٍط اللهم عليك بأ ب ِن هشاٍم اللهَّم عليك بعقبةَ بأبي جه ِل ب “Ya Allah aku serah kepada-Mu untuk membinasakan pemimpin-pemimpin Quraisy ini. Ya Allah binasakan Utbah bin Rabi’ah, Ya Allah binasakan Syaibah bin Rabi’ah, Ya Allah binasakan Abu Jahal bin Hisyam, Ya Allah binasakan ‘Uqbah bin Abi Mu’it, Ya Allah binasakan Ubay bin Khalaf dan Umayyah bin Khalaf!” Abdullah bin Mas’ud yang meriwayatkan cerita ini berkata: ِلي ِب بدٍر جميعًا ثم ُس ِحبُوا إلى القَ َ ُوا يوم تِل ...فلقد رأيتهم قُ “Aku melihat mereka (yang didoakan oleh Rasulullah SAW itu) semuanya terbunuh dalam peperangan Badar…” Uqbah pernah berpura2 mengucap syahadah di hadapan Rasulullah SAW dengan tujuan supaya baginda sudi makan di majlis kendurinya. Apabila rakannya Ubay bin Khalaf mengetahuinya, dia sangat marah.
55 "Tergamak kau meninggalkan agama nenek moyangmu?" "Tidak, aku tidak meninggalkan agamaku." "Jangan berbohong. Aku sudah mendengar cerita engkau mengucap syahadah di hadapan Muhammad." "Aku hanya berpura-pura. Kerana dia enggan makan kenduriku. Aku tidak mahu merosakkan majlis. Maka aku berpura2 bersyahadah." "Aku masih belum percayakanmu sehingga engkau tendang batang tengkuk Muhammad dan engkau ludah mukanya." Bagi membuktikan yang dia masih kafir dan tidak memeluk agama Islam, Uqbah segera mencari baginda SAW. Dia bertemu baginda sedang sujud berhampiran Darul Nadwah. Batang tengkuk Nabi ditendang dan muka baginda diludah. Rasulullah SAW lantas bersabda, "Andai aku bertemu kamu di luar Makkah, akan ku pancung kepalamu." Ternyata dalam perang Badar, Uqbah ditawan. Rasulullah memerintahkan Ali supaya membunuhnya. Ubay bin Khalaf pula cedera dalam Perang Uhud dan mati dalam perjalanan pulang ke Makkah. Ad Dhahhak berkata, ketika meludah wajah Rasulullah SAW, air liur itu terpercik kembali ke muka Uqbah menyebabkan mukanya bagaikan terbakar. Dua jalur parut jelas kelihatan di kiri dan kanan pipinya dan parut itu kekal sampai hari kematiannya. Kesetiaan dua sahabat (Uqbah dan Ubay) dalam memusuhi Rasulullah SAW menyebabkan Allah menurunkan ayat 27-29 Surah Al Furqan Ketika mereka masih hidup. Allah mengkhabarkan bagaimana keadaan mereka di dalam neraka kelak. Bagaimana mereka saling menyesal menjadi sahabat karib. Juga menyesal memusuhi Rasulullah SAW. Firman Allah: ُت َم َع ٱل َّر ُسو ِل َسِبي ًَل ٌۭ َخذْ ْيتَنِى ٱتَّ ى َي َدْي ِه يَقُو ُل يَ ـلَ ُم َعلَ َّظاِل َيعَ ُّض ٱل َ َوَيْوم فُ ََلنًا َخِلي ًَل ٌۭ ِخذْ تَّ َ ْم أ ْيتَِنى لَ ى لَ تَ َوْيلَ يَ ـ ْك ِ نِى َع ِن ٱلذِّ َّ َضل َ قَ ْد أ َّ ِن َخذُو ًال ل ٌۭ َو َكا َن ٱل َّشْي َط ـ ُن ِل ْۡلِن َس ـ ۗ َءنِى َجآ ِذْ ِر بَ ْعَد إ “Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: "Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul? "Aduhai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib!
56 "Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku. Dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya)".
57 SIAPA PEMILIK GERAHAM SEBESAR JABAL UHUD DALAM NERAKA Selepas pembebasan kota Makkah (Ramadhan 8H / 630M), diikuti kejayaan dalam peperangan Hunain (Syawal 8H / 630M) dan peperangan Tabuk (Rejab 9H / 631M), manusia mula membuka mata kepada Islam. Qabilah-qabilah di seluruh semenanjung Tanah Arab menghantar delegasi bertemu dengan Rasulullah SAW di Madinah. Mereka datang sama ada untuk memeluk agama Islam. Ataupun setidak-tidaknya menyatakan kesediaan mereka bernaung di bawah pemerintahan Islam. Walaupun belum bersedia melafazkan syahadah. Maha benarlah firman Allah dalam surah An Nasr: ِن ٱل َّر ِحيِم ) بِ ُ ح ۡسِم ٱ ََّّللِ ٱل َّرۡح َم ـ ۡ فَت ۡ َوٱل َء نَ ۡص ُر ٱ ََّّللِ ٰۤ َجا َذا ِ ِن إ ٱ ََّّللِ ُو َن فِی ِدي ۡد ُخل َس يَ ۡي َت ٱلنَّا َ َو َرأ ا ٔ َواج ۡ ف (أ َ [Surah An-Nasr 1 - 2] "Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (selepas Fathu Makkah), lalu engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai... " Antara yang tercatat dalam sejarah, delegasi dari Bani Thaqif, dan Hamadan, Al Azad, Bani Al Harith bin Kaab. Juga utusan raja-raja Himyar, rombongan dari Kristian Najran, rombongan Bani Amir, rombongan Abdul Qais dan lain-lain. Antara yang masyhur ialah rombongan dari Bani Hanifah. Kumpulan ini agak pelik. Diketuai oleh seorang yang bernama Musailamah bin Thumamah bin Kathir bin Habib Al Hanafi, masyhur dengan gelaran Musailamah Al Kazzab. Al Kazzab ertinya pembohong besar. Dia datang bertemu Rasulullah SAW di Madinah dengan angkuh. Sambil memegang pelepah tamar, dia menyatakan kesediaan untuk memeluk Islam dengan syarat dia dilantik menjadi pemimpin yang memerintah sebahagian dari wilayah Islam. Rasulullah SAW yang telah mengetahui ketidak jujuran Musailamah lantas menjawab, “Sekiranya engkau minta pelepah tamar itupun aku tidak akan beri kepadamu. Jika engkau berpaling tadah, Allah pasti akan membinasakanmu!” Di kalangan Bani Hanifah ini ada beberapa belas orang yang ikhlas datang menemui Rasulullah SAW lantas memeluk Islam. Salah seorang dari mereka bernama Ar Rajjal bin Unfuwah (وةَ .(ال َّر َّجال بن ُعْنفُ Ar Rajjal seorang miskin. Merasa sangat beruntung mendapat hidayah memeluk Islam. Apabila rakan-rakannya pulang, dia terus tinggal di Madinah untuk mendampingi Rasulullah SAW dan mendalami ajaran agama Islam.
58 Ar Rajjal dikagumi oleh para sahabat yang telah lama di dalam Islam. Dia seorang yang sentiasa khusyuk dalam beribadat. Sering membaca dan menghafaz Al Quran. Sifatnya hampir menyamai sifat Abu Hurairah. Oleh kerana mereka agak lewat memeluk Islam, maka mereka cuba sedaya mungkin untuk memanfaatkan ruang waktu yang ada untuk mendalami ilmu-ilmu Islam dan beribadat. Sehinggalah pada suatu hari, ketika Ar Rajjal bersama Abu Hurairah dan beberapa orang sahabat bertemu Rasulullah SAW, baginda menyapa mereka dengan berkata, إن فيكم رجَل ضرسه فى النار أعظم من أحد “Sesungguhnya ada seorang di antara kalian yang gigi gerahamnya lebih besar dari jabal Uhud di dalam neraka kelak.” Kata-kata Rasulullah begitu mengesankan kepada jiwa Abu Hurairah. Setiap hari dia merasa bimbang kalau-kalau kata-kata itu ditujukan kepadanya. Kalau bukan dia, siapakah yang baginda maksudkan akan masuk neraka dan gerahamnya membesar melebihi saiz Jabal Uhud! Kisah ini dicatat oleh Ibnu Kathir dalam kitabnya Al Bidayah Wan Nihayah. Masa terus berjalan. Hari demi hari menyaksikan seorang demi seorang sahabat-sahabat itu meninggal dunia. Namun tiada tanda-tanda su’ul khatimah pada kematian mereka. Hinggalah pada zaman Saidina Abu Bakar As Siddiq Radhiallahu anhu memerintah, kesemua mereka yang hadir sewaktu sabdaan Rasulullah itu telah meninggal dunia melainkan Abu Hurairah dan Ar Rajjal. Abu Hurairah semakin bimbang. Pada musim itu, Negara Islam diuji dengan pemberontakan golongan murtad dan nabi palsu. Bani To’ie, Bani Ghatafan dan Bani Asad mengikut nabi palsu bernama Tulaihah bin Khuwailid Al Asadi. Sebahagian penduduk Yaman mempernabikan Al Aswad bin Al Insi. Bani Tamim, Bani Taghlib dan Bani Rabi’ah menjadi pengikut seorang perempuan bernama Sajah bin Al Harith yang turut mendakwa dirinya sebagai nabi. Manakala Bani Hanifah menjadi murtad dengan sebab mengikut ajaran pembohong besar, Musailamah Al Kazzab. Musailamah memiliki beberapa istidraj lalu mendakwanya sebagai mukjizat. Dia turut mencipta beberapa surah yang didakwanya sebagai Al Quran yang diwahyukan oleh Allah. Kekayaan yang dimilikinya berjaya menarik sokongan sebahagian besar masyarakat Bani Hanifah. Khalifah Abu Bakar mengambil tindakan proaktif untuk menyerang mereka. Namun sebelum serangan dilancarkan, Ar Rajjal menawar diri untuk cuba memujuk Musailamah agar bertaubat. Kebetulan mereka dari qabilah yang sama.
59 Setelah mendapat izin khalifah, Ar Rajjal bergerak ke perkampungan Bani Hanifah. Musailamah tahu kelemahan Ar Rajjal, seorang sahabat yang miskin dan sentiasa hidup dalam kesusahan. Ketibaan Ar Rajjal disambut meriah oleh Musailamah. Diberikan layanan istimewa. Bahkan dijanjikan dengan kekuasaan dan kemewahan hidup. Kemudiannya Musailamah menawarkan kepadanya separuh dari kuasa pemerintahan jika Ar Rajjal setuju untuk berucap kepada orang ramai bahawa (kononnya) dia pernah dengar Rasulullah SAW bersabda, bahawa Musailamah adalah rakan kongsiku dalam kenabian. Tawaran harta, pangkat, kekuasaan dan kemewahan itu mengaburi mata Ar Rajjal, lantas dia bersetuju dengan permintaan Musailamah. Dia keluar ke tengah-tengah khalayak manusia lalu berucap bahawa dia pernah mendengar Rasulullah SAW menyatakan, Musailamah adalah rakan kongsi baginda dalam kenabian. Ucapan Ar Rajjal menjadi fitnah besar kepada Bani Hanifah. Ia menyebabkan semakin ramai orang menyertai agama rekaan itu. Sebahagian ahli sejarah menyatakan fitnah Ar Rajjal menjadi lebih berat daripada fitnah Musailamah. Hingga dikatakan pengikut Musailamah mencapai angka 40,000 orang! Perkembangan itu menyebabkan Abu Bakar tidak boleh menunggu lama. Sebuah pasukan diketuai Khalid bin Al Walid dipersiap untuk menggempur kubu kuat Musailamah. Turut serta dalam pasukan itu ialah Abu Dasmah Wahsyi bin Harb Al Habasyi yang pernah membunuh Hamzah bin Abd Muttalib dalam peperangan Uhud. Dia bertekad menyertai pasukan itu untuk menebus dosanya membunuh Hamzah, dengan membunuh Musailamah pula. Pertempuran sengitpun berlaku. Besar dan kuatnya pasukan Musailamah menyebabkan mereka sukar ditewaskan. Namun dengan kuasa dan kehendak Allah, akhirnya Wahsyi berjaya membunuh Musailamah si pembohong besar itu. Kematian Musailamah menyebabkan pasukannya menjadi kucar kacir. Moral dan semangat mereka lumpuh sama sekali. Untuk apa lagi mereka berperang setelah orang yang mereka dakwa sebagai nabi itu telah mati. Ramai di kalangan mereka terbunuh termasuk Ar Rajjal, sang pemilik gigi geraham sebesar jabal Uhud dalam neraka. Mendengar khabar ini, Abu Hurairah sujud kepada Allah tanda syukur. Bukan syukur Ar Rajjal mati kafir. Tetapi syukur, apa yang disebut oleh baginda Rasulullah SAW itu bukan berkenaan dirinya
60 DUA ORANG YANG SEJAK DI DUNIA DAH TAHU NASIB MEREKA DALAM NERAKA Uqbah bin Abi Mu'it dan Ubay bin Khalaf, dua orang pembesar Quraisy yang sangat rapat. Uqbah pernah berpura2 mengucap syahadah di hadapan Rasulullah SAW dengan tujuan supaya baginda hadir dan makan di majlis kendurinya. Apabila rakannya Ubay bin Khalaf mengetauinya, dia sangat marah. "Tergamak kau meninggalkan agama nenek moyangmu?" "Tidak, aku tidak meninggalkan agamaku." "Jangan berbohong. Aku sudah mendengar cerita engkau mengucap syahadah di hadapan Muhammad." "Aku hanya berpura-pura. Kerana dia enggan makan kenduriku. Aku tidak mahu merosakkan majlis. Maka aku berpura2 bersyahadah." "Aku masih belum percayakanmu sehingga engkau tendang batang tengkuk Muhammad dan engkau ludah mukanya." Bagi membuktikan yang dia masih kafir dan tidak memeluk agama Islam, Uqbah segera mencari baginda SAW. Dia bertemu baginda sedang sujud berhampiran Darul Nadwah. Batang tengkuk Nabi ditendang dan muka baginda diludah. Rasulullah SAW lantas bersabda, "Andai aku bertemu kamu di luar Makkah, akan ku pancung kepalamu." Ternyata dalam perang Badar, Uqbah ditawan. Rasulullah memerintahkan Ali supaya membunuhnya. Ubay bin Khalaf pula cedera dalam Perang Uhud dan mati dalam perjalanan pulang ke Makkah. Ad Dhahhak berkata, ketika meludah wajah Rasulullah SAW, air liur itu mercik kembali ke muka Uqbah menyebabkan mukanya bagaikan terbakar. Dua jalur parut jelas kelihatan di kiri dan kanan pipinya dan parut itu kekal sampai hari kematiannya. Cerita dua orang musuh Islam ini memusuhi Rasulullah SAW menyebabkan Allah menurunkan ayat 27 Surah Al Furqan. Allah mengkhabarkan bagaimana keadaan mereka di dalam neraka kelak. Apa ceritanya? SIAPA BERSAMA QARUN, FIR'AUN, HAMAN DAN UBAY BIN KHALAF DALAM NERAKA? . . Antara yang menarik (menggerunkan sebenarnya) ialah amaran-amaran Rasulullah SAW terhadap golongan yang meninggalkan solat menerusi hadis-hadisnya dan athar bahawa orang yang meninggalkan solat dengan sengaja akan hilang keamanan dari
61 Allah, tiada bahagian di dalam Islam dan yang paling berat hilang status agama dan boleh menjadi kafir. Bagi orang yang beriman, kesemua hadis ini amat menggerunkan. Terlebih menggerunkan apabila membaca amaran baginda dalam hadis riwayat Ad Darimi, Ahmad, Ibnu Hibban dan lain-lain dari Abdullah bin Amru bahawa baginda SAW bersabda: ْظ عليها لم ي ُك ْن له نو ٌر القيامِة، و َمن لم يحافِ َ َيوم َمن حافَ َظ عليها كاَن ْت له نو ًرا وبُ ْرهانًا وَنجاةً ٍف بن َخلَ ِّيِ بَ ُ الِقيامِة مع قارو َن وفِ ْرعو َن وهاما َن وأ َ .وال بُ ْرها ٌن وال َنجاةٌ، وكان يَوم “Barangsiapa memelihara solatnya, dia akan beroleh cahaya, hujjah dan keselamatan pada hari qiamat. Dan barangsiapa yang tidak memelihara solatnya, tiadalah baginya cahaya, hujjah dan keselamatan pada hari qiamat. Dan dia akan dihimpun /disiksa pada hari qiamat bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubay bin Khalaf.” Imam Az Zahab berkata, sebahagian ulamak menafsirkan hadis ini bahawa orang yang meninggalkan solat akan dihimpunkan bersama empat orang yang paling kafir ini kerana mereka disibukkan dengan harta, dengan kekuasaan memerintah, dengan urusan pekerjaan dan dengan perniagaan mereka. 1. Bagi yang tinggalkan solat kerana sibuk menguruskan harta, mereka akan dihimpunkan bersama Qarun yang sombong dengan hartanya. 2. Yang meninggalkannya kerana kuasa pemerintahan, akan dihimpunkan bersama Fir’aun, Raja Mesir yang mengaku Tuhan. 3. Yang meninggalkannya kerana sibuk dengan pekerjaannya akan dihimpun dengan Haman, menteri Firaun. 4. Manakala yang meninggalkan solat kerana sibuk urusan perniagaannya akan dihimpunkan bersama Ubay bin Khalaf. Qarun, Firaun dan Haman telah masyhur kekafiran dan keingkaran mereka. Siapa pula Ubay bin Khalaf? Kisah Ubay pernah saya ceritakan dalam posting saya di wall ini suatu masa lalu berkaitan 3 Ubay pada zaman Rasulullah SAW. Ubay bin Khalaf adik beradik dengan Umayyah bin Khalaf. Dua beradik yang sangat kuat menentang Rasulullah SAW. Syaitan Makkah ini mendapat julukan manusia yang akan merasa siksa paling dahsyat pada hari qiamat. Bukan sekadar menentang dakwah Islam, bahkan Ubay bin Khalaf sangat bercita-cita untuk membunuh Rasulullah SAW. Dia memelihara seekor kuda yang kelihatan gagah. Diberinya makan secukupnya dengan harapan dia akan menunggang kuda itu untuk membunuh Rasulullah SAW.
62 Suatu hari ketika bertembung dengan baginda, dia berkata aku akan membunuh engkau dengan kudaku ini. Baginda lantas menjawab spontan, “Bahkan akulah sebenarnya yang akan (berjaya) membunuhmu!” Sesungguhnya kata-kata baginda menyerap dalam urat nadinya dan sangat menggerunkannya. Dia tahu Muhammad tidak akan bercakap melainkan yang benar sahaja. Ketika berlaku peperangan Uhud, Ubay bin Khalaf sentiasa mencari-cari susuk tubuh Rasulullah SAW. Dia begitu yakin kalau dia tidak membunuh Muhammad, Muhammad pasti akan membunuhnya. Ketika tentera Quraisy bergembira dengan berita palsu yg ditular bahawa Rasulullah SAW telah dibunuh, Ubay tidak menzahirkan kegembiraan seperti rakan-rakannya. Bahkan dia terus memacu kudanya mencari Muhammad. “Aku mesti pastikan dahulu adakah benar Muhammad telah mati. Kerana kalau dia belum mati, akulah yang akan mati.” Tiba-tiba dia sampai di tempat Rasulullah SAW yang sedang dikawal ketat oleh para sahabat. Para sahabat mengadu kepada baginda bahawa Ubay bin Khalaf datang untuk membunuh baginda. Rasulullah SAW meminta sahabat memberi laluan kepada Ubay bin Khalaf. Baginda mengambil tombak Harith bin As Simmah lalu melontarnya ke arah Ubay bin Khalaf. Tombak itu mengenai lehernya dan mencederakannya dengan kecederaan yang ringan. Ubay terus melarikan diri ke arah rakan-rakannya. Dalam perjalanan pulang ke Makkah dia mengerang kesakitan. Rakan-rakannya menegur, “Sikit sahaja kecederaanmu. Kenapa perlu mengerang sebegitu rupa?” Ubay menjawab, “Demi Allah walaupun kecederaan ini sedikit, tetapi aku pasti akan mati. Kerana dahulu di Makkah, Muhammad pernah berkata kepadaku هللا شاء إن قاتلك أنا) Aku yang akan berjaya membunuhmu insya Allah).” “Demi Allah kalau hanya dia meludah sahaja kepadakupun, itu sudah cukup untuknya membunuhku.” Ubay bin Khalaf terus menerus mengerang dan meraung seperti binatang yang kena sembelih. Akhirnya dia mati di pertengahan jalan menuju ke Makkah. Dalam hadith yang diriwayat daripada Abdullah bin Mas’ud, baginda bersabda: ٌم جائ ٌر ي أو إما ٌّ ًّا أو قتلَه نب القيامِة من قت َل نبي َ ِر عذابًا يوم إ َّن أش َّد أه ِل النا
63 “Sesungguhnya sedahsyat-dahsyat azab ke atas ahli neraka pada hari qiamat ialah (dua golongan iaitu) orang yang membunuh nabi atau yang dibunuh oleh nabi dan (golongan kedua ialah) pemimpin yang zalim.” Jika demikian, Ubay bin Khalaf yang telah dibunuh oleh Rasulullah SAW itu, termasuk antara orang yang paling dahsyat azabnya di dalam neraka. Siapakah yang akan berjiran bersama Ubay disiksa di dalam neraka? Mereka ialah orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja! Kalau Ubay bin Khalaf mendapat siksa paling dahsyat, bagaimana pula dengan jiran yang bersamanya! Semoga Allah menyelamatkan kita dan zuriat keturunan kita dari azab Allah di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin.
64 ANDA KENAL SUHAIL BIN AMRU? Ramai yang memegang watak penentang Islam tegar pada zaman awal kerasulan, kemudiannya memeluk Islam dan menjadi pejuang yang hebat. Siapa tidak kenal Amru bin Al As dan Khalid bin Al Walid yang sangat kuat memerangi Islam. Namun kemudiannya memeluk Islam bersama pada hari yang sama dan kemudiannya menjadi pejuang Islam yang istiqamah. Demikian juga anak Abu Jahal, si Ikrimah. Tenaga gabungan bersama Khalid dalam menewaskan pasukan Islam di Uhud. Namun selepas Fathu Makkah, Ikrimah memeluk Islam. Lalu menjadi salah seorang penulis wahyu, mujahid dan da’i menyampaikan Islam ke seluruh semenanjung tanah Arab hingga ke Syam dan Iraq. Demikian halnya dengan Umar bin Al Khattab, Abu Sufyan bin Harb, isterinya Hindun binti Utbah dan ramai yang lain. Salah satu nama dari kumpulan ini yang agak tersembunyi dari pengetahuan ramai ialah Suhail bin Amru. Beliau adalah salah seorang pemimpin Quraisy yang petah berpidato. Turut bersama dalam pasukan Abu Jahal memerangi umat Islam dalam Perang Badar tahun 2 hijriyah. Dia ditawan, lalu keluarganya membayar wang tebusan. SUHAIL DAN PEJANJIAN HUDAIBIAH Ingatkah anda peristiwa ketika Rasulullah SAW bersama wakil Quraisy merangka isi perjanjian Hudaibiyah tahun ke-6 Hijriyah. Apabila baginda mahu supaya ditulis هللا بسم الرحيم الرحمن di kepala surat, wakil Quraisy menolaknya. Apabila baginda perintahkan Ali supaya tulis, “Inilah perjanjian antara Muhammad Rasulullah dengan Quraisy…” Lalu wakil Quraisy itu menolak kalimah ‘Rasulullah’. Sambil berkata: “Kalau kami mengaku engkau utusan Allah, lama dah kami ikut engkau. Yang selama ini kami menentang dan berperang menentangmu kerana kami tidak percaya dan tidak iktiraf kamu utusan Allah. Padam tulisan itu!” Begitu keras sekali wakil Quraisy dan kurang ajarnya dia dalam proses menyiapkan isi perjanjian Hudaibiyah. Bahkan dialah juga yang memasukkan syarat-syarat perjanjian yang berat sebelah.
65 Siapa wakil Quraisy itu? Dialah manusia yang bernama Suhail bin Amru. Dia adalah anak Amru bin Abd Shams bin Abd Wud bin Nasr bin Hasal bin Amir bin Lu’ai. Jika hanya baca sejarah Hudaibiyah sahaja, barangkali kita akan maki rapat Suhail bin Amru. Benci sangat dengan sikap kurang ajarnya di hadapan Rasulullah SAW. Namun hidayah Allah tidak mengenal siapa. Ketika peristiwa Fathu Makkah, Suhail melarikan diri dan bersembunyi kerana bimbang keselamatan nyawanya. Tetapi dia tak tahu nak tuju ke mana. Dia juga menyedari Islam agama yang benar. Dia merasa sia-sia selama ini menyembah berhala. Dalam keadaan dia kesusahan, berhala tidak membantuny Akhirnya dia meminta anaknya Abdullah bin Suhail yang telah lama beragama Islam supaya memohon suaka keamanan daripada Nabi SAW. Baginda mengizinkan dan diberi keamanan kepadanya. Suhail pulang ke Makkah dan mengisytihar diri memeluk Islam. Bukan sekadar kerana takut, tetapi dia Islam dengan penuh kesedaran dan bersedia berjuang untuk Islam. SUHAIL ‘MEMERANGI’ MURTAD Perang Hunain, medan pertama buat Suhail. Dia tidak melepaskan peluang untuk menyertai jihad pertama dalam hidupnya. Sebagai menghargai ketulusan Suhail, sebaik selesai Perang Hunain, Rasulullah SAW memberinya bahagian harta rampasan perang berupa 100 ekor unta. Beliau meneruskan perjuangannya dan turut serta dalam peperangan-peperangan lain bersama Rasulullah SAW. Bahkan perjuangannya diteruskan hingga ke zaman Abu Bakar dan Umar. Pada zaman Abu Bakar, dunia Islam dilanda kejutan gejala murtad yang meruncing. Kumpulan-kumpulan murtad dan nabi palsu bermunculan serata semenanjung Tanah Arab. Jumlah mereka puluhan ribu. Mereka punya kekuatan ketenteraan yang turut mengancam Makkah dan Madinah. Ketika Makkah diancam, gabenornya Attab bin Usaid melarikan diri kerana bimbang keselamatan dirinya. Attab seorang yang berilmu. Namun usianya sangat muda ketika dilantik menjadi gabenor Makkah. Apabila ketua lari, anak buah mula kelam kabut. Ramai yang sudah mula longgar imannya. Ketika itulah Suhail bin Amru muncul dan menjerit memanggil penduduk Makkah. Setelah mereka berkumpul di hadapannya, beliau menyampaikan pidato penuh. Antara lain Suhail berucap:
66 يتِ َّمن ََّّللاِ َه َذا ا ْألَمر َكَما قَا َل َوهللا لَ يَا أهل َم َّكة ُكْنتُم آخر من أسلم فَ ََل تَ ُكونُوا أول من ا ْرتَ َّد َر - م ُسول ََّّللاِ َّ َو َسل ْي ِه َّى ََّّللاُ َعلَ َصل “Wahai orang Makkah. Kalian paling lewat memeluk Islam. Maka janganlah pula menjadi orang yang paling awal murtad keluar dari Islam. Demi Allah, Allah pasti akan berikan kemenangan kepada agama ini seperti yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW.” Ucapan Suhail bagaikan ucapan Abu Bakar di Saqifah hari kewafatan Rasulullah SAW yang berjaya menyuntik semangat umat Islam. Penduduk Makkah kembali teguh pegangan mereka kepada Islam. Attab si gabenor juga akhirnya keluar dari persembunyiannya dan pulang ke Makkah. Suhail meneruskan jihadnya dengan membawa panji-panji Islam ke bumi Syam. Dalam peperangan Yarmuk, Suhail diberi kepercayaan memimpin satu pasukan bala tentera Islam. Beliau membawa semua ahli keluarganya ke Syam kecuali anaknya Hindun binti Suhail. Suhail mendapat kemuliaan terlibat membebaskan bumi Palestin. Pada zaman pemerintahan Saidina Umar, Palestin dan sebahagian Syam dilanda pandemik taun Amwas. Wabak ini melanda pada tahun 18 hijriyah. Ramai penduduk meninggal dunia disebabkan wabak Amwas. Ahli sejarah menganggarkan kematian disebabkan wabak ini antara 25 ribu ke 30 ribu orang. Ada juga yang mengatakan hingga 70 ribu orang. Wallahu a’lam. Ramai sahabat kanan Rasulullah SAW turut terkorban. Antara mereka ialah Abu Ubaidah Al Jarrah, Yazid bin Abi Sufyan, Utbah bin Suhail, Dhirar bin Al Azwar, Al Harith bin Hisyam, Syurahbil bin Hasanah, Muaz bin Jabal dan dua orang isteri serta anaknya, Abd Rahman. Suhail bin Amru juga turut terbunuh disebabkan pandemik taun Amwas ini. Semoga Allah meredhainya, Semoga Allah menemukan kita dengannya di syurga untuk kita mendengar lagi cerita-cerita hebat perjuangannya di dunia dahulu.
67 "ABDULLAH BEREMPAT" IMAM Nawawi di dalam Tahzib al-Asma' menyatakan pada zaman Rasulullah SAW, terdapat 250 orang sahabat yang bernama Abdullah. Namun yang paling masyhur di kalangan mereka ialah Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Az Zubair dan Abdullah bin Amru bin Al 'As . IMAM AHMAD bin Hanbal menggelarkan mereka sebagai Al Abadilah Al Arba'ah (العبادلة .(األربعة Mereka lebih masyhur berbanding para Abdullah yang lain disebabkan perjuangan, ilmu dan usia panjang mereka yang menyebabkan mereka sempat menurunkan ilmu masingmasing kepada generasi berikutnya. Seringkali kita bertemu ungkapan "مذهبهم أو فعلهم أو العبادلة قول هذا "apabila sesuatu isu itu disepakati bersama oleh keempat-empat tokoh ini. ABDULLAH BIN UMAR Beliau adalah anak Umar bin Al Khattab bin Nufail Al Qurasyi Al Adawi. Dilahirkan 3 tahun selepas kenabian. Ibunya Zainab binti Maz'un. Kakaknya adalah isteri Rasulullah SAW, Ummul Mukminun Hafsah. Memeluk Islam sejak kecil, dan berhijrah ke Madinah bersama bapanya pada usia 10 tahun. Ada qaul menyatakan beliau berhijrah sebelum bapanya. Hendak menyertai perang Badar tetapi tidak diizinkan kerana masih kecil. Dikatakan perang Uhud beliau diizinkan menyertainya. Rasulullah SAW mengizinkannya menyertai Khandaq. Usianya ketika itu 15 tahun. Ibnu Umar kemudiannya menyertai peperangan lain bersama Rasulullah SAW dan peperangan selepas kewafatan baginda. Mu'tah, Yarmuk, Fathu Misr, Fathu Afriqia dan lain2 menyaksikan penglibatan Ibnu Umar. Beliau adalah manusia kedua paling banyak meriwayatkan hadis selepas Abu Hurairah iaitu sebanyak 2630 hadis. Disepakati bersama oleh Bukhari dan Muslim 179, Bukhari sahaja 81 dan Muslim sahaja 31. Ibnu Umar adalah sahabat yang paling alim berkaitan ibadat Haji dan seorang yang sangat kuat menuruti sunnah Rasulullah. Beliau berfatwa selama 60 tahun. Beliau adalah sahabat Rasulullah yang paling akhir meninggal dunia di Makkah. Menghembuskan nafas terakhir pada tahun 73H dalam keadaan matanya sudah buta pada usia 84 tahun. رضي هللا عنه و أرضاه
68 ABDULLAH BIN ABBAS Beliau ialah Abdullah bin Abbas bin Abdul Muttalib bin Hashim, sepupu kepada Rasulullah SAW. Dilahirkan 3 tahun sebelum Hijrah oleh ibunya Ummul Fadhil Lubabah binti Al Harith Al Hilaliyah. Digelar Abul Abbas, Ibnu Abbas, Abu Khulafa', Hibrul Ummah, Turjuman Al Quran dan lain2 gelaran yang melambangkan penguasaan ilmunya. Ibnu Abbas adalah manusia kelima paling banyak meriwayatkan hadis selepas Abu Hurairah, Ibnu Umar, Anas dan Aisyah. Sebanyak 1660 atau 1696 hadis dirawayat olehnya. Ibnu Abbas baru berusia 13 tahun ketika baginda SAW wafat. Sebelum wafat baginda pernah berdoa hikmah untuknya. Selepas kewafatan, Ibnu Abbas lebih banyak tinggal di Taif dan menyebarkan ilmu di sana. Sehinggalah menghembuskan nafas terakhir pada tahun 68H dalam usia 71 tahun. رضي هللا عنه و أرضاه \ ABDULLAH BIN AZ ZUBAIR Beliau adalah putera kepada Az Zubair bin Al Awwam bin Khuwailid bin Assd. Digelar Abu Bakr, Abu Khabib, Abu Bakir Al Qurasyi. Beliau adalah bayi Islam pertama lahir di Madinah selepas Hijrah. Dikatakan kelahiran itu berlaku selepas 2 bulan peristiwa Hijrah. Ibunya Asma' binti Abu Bakar. Bapanya Az Zubair dan datuknya Abu Bakar termasuk 10 orang yang dijanjikan syurga. Abdullah bin Az Zubair adalah tokoh besar dalam ilmu, jihad, ibadat dan kemuliaan. Beliau seorang yang sangat kuat qiyamullail, banyak berpuasa juga seorang yang gagah perkasa di medan jihad. Pada usia 7 atau 8 tahun, Az Zubair membawa anaknya itu untuk berbaiah dengan Rasulullah SAW. Ibnuz Zubair meriwayatkan 33 hadis, 1 disepakati bersama Bukhari dan Muslim. 6 riwayat Bukhari dan 2 hadis riwayat Muslim. Beliau adalah seorang pahlawan berkuda yang hebat. Menyertai peperangan Yarmuk, Fathu Maghrib, perang Qostantiniyyah, perang Jamal dan lainnya. Beliau dibai'ah sebagai khalifah selepas kematian Yazid bin Muawiyah tahun 64H atau 65H. Memerintah Hijaz, Yaman, Mesir, Iraq, Khurasan dan sebahagian Syam selama 9 tahun sebelum dibunuh oleh Hajjaj bin Yusuf di bawah pemerintahan Abd Malik bin Marwan tahun 73H. Beliau meninggal dunia dalam usia 72 tahun. رضي هللا عنه و أرضاه (iv)
69 ABDULLAH BIN AMRU Beliau ialah putera kepada Amru bin Al 'As bin Wa' il bin Hashim in Said Al Qurasyi As Sahmi. Dikatakan nama asalnya ialah Al 'As, namun setelah memeluk Islam ditukar namanya oleh Rasulullah SAW kepada Abdullah. Beliau memeluk Islam lebih awal dari bapanya. Abdullah berbeza usia dengan bapanya hanya 12 tahun sahaja. Ada pendapat kata 11 tahun atau 20 tahun. Wallahu a' lam. Beliau digelar Abu Muhammad, Abu Abdirrahman dan Abu Nasir. Ibunya Rabtah binti Munabbih bin Hajjaj. Antara kelebihannya, beliau seorang yang alim, pintar, kuat beribadat dan diiktibarkan sebagai antara ulama'us sahabah. Beliau banyak meriwayatkan hadis sehingga Abu Hurairah pernah berkata, ِي إَّال عبد هللا بن عمرو فإنَّه كان يكتب وكنت ال أكتب ا عن رسول هللا صلى هللا عليه وسلم منِّ ما كان أحٌد أكثر حديثً "Tidak ada sesiapa yang meriwayat hadis lebih banyak dariku selain Abdullah bin Amru. Cuma dia menulis dan aku tidak menulis." Beliau sudah pandai menulis sejak sebelum memeluk Islam. Beliau juga menguasai bahasa Suryani dengan baik. Dicatatkan 700 di riwayat olehnya, 7 disepakati bersama oleh Bukhari dan Muslim. 8 hadis Bukhari sahaja dan 20 riwayat Muslim sahaja. Seperti bapanya, Abdullah bin Amru turut menyertai banyak peperangan. Peperangan Yarmuk menyaksikannya menjadi pemegang bendera bapanya. Turut menyertai pasukan Muawiyah dalam peperangan Siffin. Pernah seketika menjadi gabenor di Kufah. Ahli sejarah berkhilaf dalam menentukan tahun beliau meninggal dunia antara tahun 65, 67, 68 atau 73 Hijriyah. Usianya ketika itu sama ada 72 atau 92 tahun. Bahkan tempat kematian juga menjadi khilaf besar para ahli sejarah sama ada Makkah, Taif, Mesir atau Syam. رضى هللا عنهم ورضوا عنه Semoga Allah merahmati mereka, memberkati anak cucu mereka dan menggolongkan kita bersama mereka di syurga kelak, amin ya rabbal alamin.
70 BERGEGAR ARASY DENGAN KEMATIAN SAAD Jabir bin Abdullah dan Anas bin Malik meriwayatkan bahawa pada hari kematian Saad bin Muaz, Rasulullah SAW bersabda: ِن ُمعَاٍذ َمْو ِت َس ْعِد ب ا ْهتَ َّز العَ ْر ُش ِل “Telah bergegar arasy dengan sebab kematian Saad bin Muaz!” Siapa Saad? Saad bin Muaz bin Nu’man adalah pemimpin qabilah Aus di Madinah. Beliau menerima Islam di tangan Mus’ab bin Umair sebelum peristiwa hijrah. Setelah menerima Islam, Saad gigih berdakwah kepada masyarakat Madinah. Selepas Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, Saad menyertai semua peperangan utama bersama baginda, iaitu Badar, Uhud dan Ahzab. Peperangan Ahzab sangat mencabar umat Islam. Mereka terpaksa berkerja keras dalam keadaan cuaca yang sangat sejuk untuk menyiapkan khandaq (parit besar) bagi menghalang kemaraan musuh. Mereka juga sentiasa berjaga-jaga siang dan malam bimbang pencerobohan musuh. Pihak musuh datang dari segenap penjuru dalam jumlah yang ramai. Musuh dari luar terdiri dari pasukan Quraisy, Ghatafan, Bani Asad dan lain-lain yang berjumlah 10,000 orang. Dari dalam Madinah umat Islam terpaksa berhadapan dengan pengkhianatan Yahudi Bani Quraizah. Bani Quraizah bekerjasama dengan Bani Nadhir membantu pasukan Quraisy untuk memerangi umat Islam. Peperangan Ahzab tidak berlaku pertempuran berdepan seperti Badar dan Uhud. Namun kedua-dua pihak saling melakukan serangan dari jauh menggunakan panah. Dalam suasana yang gawat itu, Saad bin Muaz terkena panahan musuh. Dalam keadaan cedera parah, beliau berdoa kepada Allah: “Ya Allah jika masih ada pertembungan dengan Quraisy, maka hidupkanlah aku terus untuk memerangi mereka. Sesungguhnya tiada satu kaum yang aku suka perangi selain dari kaum yang menyakiti rasul-Mu, mendustakannya dan menghalaunya. “Ya Allah jika Engkau menetapkan tiada lagi pertembungan antara kami dengan mereka, maka mati syahidkanlah aku. Namun jangan Engkau matikan aku sebelum aku berpuas hati dengan tindakan balas ke atas pengkhianatan Yahudi Bani Quraizah.” Allah memaqbulkan doa Saad dengan tidak mematikannya sehingga dia sempat menyaksikan operasi ke atas Bani Quraizah.
71 Sebaik sahaja tamat peperangan Ahzab, Rasulullah SAW dan para sahabat pulang ke rumah masing-masing. Setelah mandi dan membersihkan tubuh, tiba-tiba malaikat Jibril menegur Rasulullah SAW, “Adakah kamu sudah meletakkan senjata wahai Rasulullah?” Rasulullah SAW menjawab, “Ya.” Jibril berkata, “Kami para malaikat belum meletakkan senjata. Sesungguhnya Allah memerintahkanmu supaya menggempur kampung Bani Quraizah.” Mendengar perintah berkenaan Rasulullah SAW segera mengerahkan para sahabat bergerak ke perkampungan Bani Quraizah. 3000 orang dari kalangan Muhajirin dan Ansar terlibat dalam operasi ini. Setelah 25 hari dikepung mereka akhirnya menyerah kalah. Kaum lelaki diikat dan diasingkan dari kaum wanita dan kanak-kanak. Beberapa orang dari kalangan Aus datang memohon simpati Rasulullah SAW agar baginda meringankan hukuman ke atas kaum Yahudi itu. Sebelum kedatangan Islam, qabilah Aus adalah rakan tahaluf Yahudi Bani Quraizah. Rasulullah SAW bersabda, “Adakah kamu setuju aku serahkan kepada pemimpin kamu untuk menjatuhkan hukuman ke atas Yahudi Bani Quraizah ini?” Mereka menjawab, “Ya kami setuju.” Baginda lantas memerintahkan dipanggil Saad bin Muaz. Saad yang cedera parah dibawa dengan menaiki keldai. Apabila Saad tiba, Rasulullah SAW memerintahkan para sahabat supaya bangun berdiri menghormati pemimpin mereka. Beberapa orang Aus datang merayu agar Saad meringankan hukuman ke atas pengkhianat-pengkhianat itu. Saad hanya mendiamkan diri. Setelah itu Saad berkata, “Sekarang tibalah masanya untuk Saad memutuskan hukuman kerana Allah tanpa peduli celaan orang yang mencela.” “Sesungguhnya dengan ini maka aku jatuhkan hukuman ke atas pengkhianatpengkhianat ini, orang lelakinya hendaklah dibunuh, harta mereka dirampas, wanita dan kanak-kanak dijadikan tawanan!” Mendengar ketegasan Saad, Rasulullah SAW lantas bersabda, ل سموا ٍت ِ قد حكْم َت فيهم بحكِم المل ِك من فو ِق سبع “Demi sesungguhnya engkau telah menghukum dengan hukum Tuhan pemilik tujuh petala langit!” Selepas peristiwa berkenaan, Saad semakin tenat. Rasulullah SAW memerintahkan sahabat mendirikan khemah di dalam Masjid Nabawi untuk Saad. Ini untuk memudahkan baginda berdamping dengannya.
72 Tidak lama kemudian Saad kembali ke rahmatullah. Rasulullah SAW sangat sedih atas kematian Saad dan bersabda: ِن ُمعَاٍذ َمْو ِت َس ْعِد ب ا ْهتَ َّز العَ ْر ُش ِل “Telah bergegar arasy dengan sebab kematian Saad bin Muaz!” Ketika jenazahnya diusung, beberapa orang munafiq kehairanan bagaimana jenazah itu dirasakan sangat ringan. Lantas baginda SAW memberitahu: إ َّن المَل هُ ُ ئكةَ كان ْت تحمل “Sesungguhnya malaikat mengusungnya.” KENALI SALAMAH Pada zaman Rasulullah SAW terdapat ramai sahabat yang bernama Salamah. Kebanyakan salamah ini ejaannya dalam Arab ialah sin lam mim ta’ marbutah (سلمة .( Namun ada seorang yang agak unik. Namanya Salamah bin Salamah. Dia Salamah. Bapanya juga Salamah. Barangkali untuk membezakan namanya dan bapanya, dieja nama bapanya dengan penambahan alif (لمةَس بن سلمة .( Kesemua Salamah ini ialah lelaki. Antara mereka ialah: 1. Salamah bin Abi Salamah (سلمة أبى بن سلمة( 2. Salamah bin Hisyam(هشام بن سلمة( 3. Salamah bin Aslam bin Haris(حريس بن أسلم بن سلمة( 4. Salamah bin Al Akwa’ (األكوع بن سلمة( (سلمة بن سَلمة بن وقش)Waqasy bin Salamah bin Salamah. 5 Dan para Salamah yang lain. 1. Salamah bin Abi Salamah Antara yang masyhur di kalangan mereka ialah Salamah bin Abi Salamah. Masyhurnya beliau dek kerana perjuangan ibu dan bapanya di awal sejarah Islam. Bapanya Abdullah bin Abdul Asad, namun lebih dikenali sebagai Abu Salamah. Saudara susuan Rasulullah SAW dari Bani Asad. Manakala ibunya Hindun binti Umayyah Al Makhzumiyah atau Ummu Salamah. Salamah dilahirkan di Habsyah, Afrika ketika kedua orang tuanya berada dalam perlindungan Raja Najasyi. Setelah pulang ke Makkah, mereka sekeluarga bersiap untuk berhijrah ke Madinah. Di pertengahan jalan, ahli keluarga Ummu Salamah cuba menghalang keluarga itu dari berhijrah.
73 Ummu Salamah ditangkap dan dibawa pulang ke Makkah. Manakala keluarga Abu Salamah pula merampas bayi kecil itu dan membawa pulang ke perkampungan mereka. Abu Salamah terpaksa berhijrah berseorangan. Tiga beranak itu terpaksa berpisah. Namun beberapa ketika kemudian, Ummu Salamah berjaya berhijrah bersama anaknya Salamah ke Madinah. Hiduplah mereka dengan bahagia di kota Madinah di bawah lembayung pemerintahan Rasulullah SAW. Namun kebahagiaan mereka tidak lama, selepas tiga tahun di Madinah Abu Salamah terbunuh syahid dalam peperangan Uhud. Kesedihan si ibu ini kemudiannya terubat apabila dia dipinang oleh insan paling mulia di atas muka bumi, iaitu Rasulullah SAW. Tinggallah Salamah dan ibunya bersama Rasulullah SAW. Rasulullah SAW telah menikahkan Salamah dengan Umamah binti Hamzah dalam keadaan kedua-duanya masih kanak-kanak. Namun mereka tidak sempat hidup bersama apabila Umamah meninggal dunia terlebih dahulu daripada Salamah. Ada juga pendapat mengatakan Salamah meninggal dunia lebih dahulu. Salamah hidup sehingga zaman Abd Malik bin Marwan. Beliau meninggal dunia di Madinah yang ketika itu gabenornya ialah Aban bin Uthman bin Affan. 2. Salamah bin Hisyam Beliau dari qabilah Bani Makhzum di kalangan Quraisy. Beliau adalah adik kepada musuh Islam, Abu Jahal la’natullah. Salamah bin Hisyam termasuk di antara yang awal memeluk Islam. Pernah berhijrah ke Habsyah. Namun sebaik sahaja pulang ke Makkah, abangnya menangkap dan mengurungnya. Disebabkan itu beliau gagal berhijrah bersama Rasulullah SAW. Sehinggalah selepas peperangan Khandaq, barulah beliau berpeluang hijrah ke Madinah. Beliau menyertai peperangan Mu’tah dan peperangan Fathu Syam. Salamah bin Hisyam terbunuh syahid dalam peperangan Ajnadain. Ada pendapat lain yang mengatakaan beliau meninggal dunia di Marjus Safar pada tahun 14 hijriyyah. 3. Salamah bin Aslam bin Haris Beliau adalah dari keturunan Bani Harithah bin Al Harith dalam qabilah Aus. Salamah bin Aslam seorang mujahid yang hebat. Menyertai semua peperangan bersama Rasulullah SAW. Setelah kewafatan baginda, beliau meneruskan jihadnya bersama pasukan tentera Islam di Iraq dan terbunuh syahid dalam peperangan Al Jisir. 4. Salamah bin Al Akwa’
74 Beliau dari Bani Aslam. Terlibat dalam Bai’ah Ridhwan, peperangan Hunain, Mu’tah dan lain-lain. Ketika berlaku perbalahan umat Islam selepas kewafatan Uthman, Salamah bin Al Akwa’ beruzlah mengasingkan diri. Beliau meninggal dunia dalam usia 74 tahun. 5.Salamah bin Salamah bin Waqasy Beliau seorang sahabat di kalangan Ansar. Terlibat dalam Bai’ah Aqabah pertama dan kedua. Turut serta dalam semua peperangan bersama Rasulullah SAW. Dikatakan, Umar pernah menugaskannya mentadbir Yamamah. Meninggal dunia pada usia 45 tahun di Madinah. IBNU UMMI MAKTUM : [Si Buta Yang Dengan Sebabnya,Allah menegur Rasulullah SAW] Beliau orang Makkah. Orang Madinah memanggilnya Abdullah. Orang Iraq menggelarnya Amru.Bapanya Qis bin Za’idah bin Al Asom bin Rawwahah Al Qurasyi Al ‘Amiri. Ibunya yang digelar Ummu Maktum bernama 'Atikah binti Abdullah bin Ankathah bin Amir bin Makhzum bin Yaqazah Al Makhzumiyah. Abdullah antara penduduk Makkah yang awal-awal memeluk Islam. Matanya buta sejak kecil. Beliau hanya berpeluang berhijrah ke Madinah selepas berlakunya peperangan Badar tahun ke 2 Hijriyah. Beliau berperanan sebagai mu'azzin Rasulullah SAW bersama Bilal, Saad Al Qaraz dan Abu Mahzurah. Kebiasaannya azan pertama Subuh dilaungkan oleh Bilal bin Rabbah. Manakala azan kedua (azan masuk waktu) dilaungkan oleh Abdullah bin Ummi Maktum. Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: إن بَلال يؤذن بليل فكلوا واشربوا حتى ينادي ابن أم مكتوم “Sesungguhnya apabila melaungkan azan pada waktu malam, maka makanlah dan minumlah. Sehinggalah Ibnu Ummi Maktum melaungkan azan (kedua).” Beliau adalah seorang yang sangat dihormati oleh Rasulullah SAW terutama selepas menerima teguran Allah menerusi Surah Abasa.
75 Setiap kali bertemu, baginda suka perkenalkan kepada sahabat-sahabat bahawa inilah manusia yang dengan sebabnya, baginda ditegur oleh Allah. Baginda juga sering bertanya kalau-kalau Abdullah ada sesuatu hajat dan keperluan. Kemuncak penghormatan, Rasulullah SAW pernah dua kali mengamanahkan Abdullah sebagai ketua dan imam di Kota Madinah sewaktu baginda keluar berperang. Beliau sering ketinggalan dalam tiap kali peperangan disebabkan kecacatan matanya. Namun setelah kewafatan Rasulullah SAW dan Abu Bakar, beliau mendesak para sahabat membawanya ke Iraq untuk menyertai Peperangan Al Qadisiyyah, peperangan yang meruntuhkan Empayar Sasan yang memerintah Parsi. Abdullah berkata, “Serahkan kepadaku bendera. Aku seorang buta dan pasti aku tidak akan melarikan diri. Letakkan aku di tengah-tengah antara dua pasukan.” Dikatakan, beliau terbunuh syahid dalam peperangan Al Qadisiyah. Namun ada juga pendapat mengatakan bahawa beliau sempat pulang ke Madinah dan meninggal dunia di sana. Yang menjadikan namanya masyhur, ialah peristiwa yang berlaku di Makkah sebelum Hijrah. Rasulullah SAW sibuk berdakwah kepada pemimpin dan bangsawan Quraisy yang terdiri daripada Abu Jahal bin Hisyam, Utbah bin Rabi’ah, Syaibah bin Rabi’ah, Abbas bin Abdul Muttalib. Baginda sangat berharap agar VVIP itu memeluk Islam. Ketika baginda sedang rancak menerangkan Islam kepada mereka, tiba-tiba Si Buta Abdullah bin Ummi Maktum datang menghampiri dan meminta baginda mengajarkannya beberapa ayat Al Quran. Rasulullah SAW merasa agak terganggu dengan sebab permintaan itu. Lalu baginda berpaling dari Ibnu Ummi Maktum dengan keadaan muka yang masam. Lantas Allah menegur perbuatan baginda itu dengan diturunkan surah Abasah, antaranya: ى َّز َّك هُ يَ َّ ل * َو َما يُ ْدِري َك لَعَ ى ْع َم َءهُ ا ْألَ ْن َجا َ * أ ى َّ َول * َعبَ َس َوتَ َصَّد ى ْن َت لَهُ تَ َ * فَأ ى َم ِن ا ْستَ ْغنَ َّما َ ْكَر ى * أ ِ ْو يَذَّ َّكُر فَتَْنَفعَهُ الذِّ َ * أ * َو ُهَو ى َء َك يَ ْس َع َم ْن َجا َّما َ * َوأ ى َّز َّك ََّال يَ ْي َك أ ى ا َعلَ * َي ْخ َش َو َم ِكَرةٌ َها تَذْ ِنَّ * َكََّل إ ى َّه ْن َت َعْنهُ تَلَ َ * فَأ “Dia (Muhammad) memasamkan muka dan berpaling, Kerana ia didatangi orang buta. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad) ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran agama yang didapatinya daripadamu)! Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya. Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran), Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya. Padahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya).
76 Adapun orang yang segera datang kepadamu, Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah), Maka engkau berlengah-lengah melayaninya. Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi).” Teguran ini memberi beberapa pengiktibaran, antaranya tidak seharusnya manusia dilayan berdasarkan kedudukan dan statusnya kebangsawanannya. Selepas teguran ini, Rasulullah sentiasa memandang mulia kepada golongan miskin dan orang kurang upaya. Teguran Allah ini juga membuktikan bahawa Al Quran bukan karangan dan ciptaan baginda SAW. Kalau ianya karangan baginda, takkan lah ada ayat yang di tulis oleh si pegarang lalu pengarang itu mengkritik dirinya sendiri!
77 KENALI ANAK-ANAK ABU LAHAB Sejarah mencatat Nabi Nuh, anaknya tidak beriman. Nabi Lut isterinya derhaka. Firaun isterinya ahli syurga. Abu Jahal, anaknya pejuang Islam. Demikian halnya dengan Abdul Uzza bin Abdul Muttalib atau lebih dikenali sebagai Abu Lahab. Tiga dari empat orang anaknya beriman kepada Rasulullah SAW. Walaupun dia bertaraf bapa saudara kepada Rasulullah SAW, dialah orang pertama menentang dakwah baginda secara terang-terangan. Atas ‘jasanya’ mempelopori penentangan kepada Islam, maka Allah menurunkan Surah Al Masad untuk mencela perbuatannya. Bukan sekadar Abu Lahab, bahkan isterinya Arwa binti Harb bin Umayyah atau dikenali sebagai Ummul Jamil turut serta dijanjikan azab menerusi surah berkenaan. Ummul Jamil adalah saudara perempuan Abu Sufiyan bin Harb. Nama Abu Lahab adalah sebaris dengan Abu Jahal, Al As bin Wa’il, An Nadhar bin Al Harith, Uqbah bin Abi Mu’it, Syaibah dan Utbah bin Rabi’ah, Umaiyyah bin Khalaf dan lain-lain syaitan Makkah yang menentang Islam dan menyiksa penduduk Makkah yang menganut Islam. Hasil perkahwinan Abu Lahab dengan Ummul Jamil mereka dikurniakan 4 orang anak. Seorang perempuan tiga lelaki. Durrah, Mu’attab, Utbah dan Utaibah. Hanya Utaibah yang menuruti jejak keji bapa mereka menentang Islam. Mu’attab dan Utbah, walaupun agak lewat, mereka akhirnya beriman kepada Rasulullah SAW dalam peristiwa Fathu Makkah tahun ke 8 hijriyah. Adapun satu-satunya anak perempuan Abu Lahab, Durrah sejak awal lagi telah memeluk Islam. Atas dasar kekeluargaan, Rasulullah mengahwinkan dua puteri baginda dengan Utbah dan Utaibah. Utbah dikahwinkan dengan Ruqayyah. Manakala Utaibah dikahwinkan dengan Ummu Kalthum. Walaupun berstatus menantu merangkap sepupu, apabila baginda dilantik menjadi rasul Utbah dan Utaibah terlibat menentang dakwah Rasulullah SAW. Tidak ketinggalan Mu’attab. Kemuncak penentangan mereka apabila Abu Lahab mengarahkan mereka menceraikan isteri masing-masing yang merupakan puteri Rasulullah SAW. Perbuatan Utaibah sangat keji sewaktu menceraikan isterinya. Waktu itu dia ingin mengikuti bapanya Abu Lahab ke Syam. Katanya, “Sebelum berangkat, aku ingin bertemu Muhammad untuk mencaci makinya terlebih dahulu.”
78 Di hadapan Rasulullah SAW, Utaibah berkata, ِذا هوى، وبالذي دنا فتدلى” ِني كافر بالنجم إ “يا محمد: إ Ertinya, “Wahai Muhammad, sesungguhnya aku kafir kepada ayat هوى ذاِ kepada dan والنجم إ (malaikat Jibril yang disebut dalam ayat) فتدلى دنا ثم“. Sambil dia meludah di hadapan wajah Rasulullah SAW dan kemudiannya menceraikan isterinya Ummu Kalthum. Perbuatan keji Utaibah itu direspons oleh baginda dengan sepotong doa yang menggetarkan jiwa, لبكَك منً كلبا عليه سلط اللهم” Ya Allah lepaskan anjingmu ke atasnya!” Mendengar doa berkenaan, Utaibah menjadi tidak tenang sepanjang perjalanan ke Syam. Sehinggalah apabila mereka tiba di lembah Zarqa’, Jordan, mereka terlihat seekor singa sedang mengaum. Utaibah menggigil ketakutan. Rakan-rakannya bertanya kenapa dia terlalu takut. Jawabnya, “Muhammad telah mendoakan kecelakaan buatku. Doanya tidak pernah tidak maqbul.” Pada waktu malam, ketika mereka tidur, Utaibah tidur di bahagian tengah kerana takutkan singa yang diihatnya siang itu. Ternyata ketika mereka sedang tidur, singa itu datang, mencium kepala semua orang yang tengah tidur. Apabila sampai ke kepala Utaibah, ia bagaikan mengenali kepala musuh Allah ini lalu membahamnya sehingga hancur. Demikianlah balasan orang yang biadap terhadap Rasulullah SAW. Adapun Mu’attab dan Utbah walaupun mereka juga terlibat menentang Islam, namun kejahatan mereka ada batasannya. Ketika 10 ribu bala tentera Islam masuk ke Makkah tahun 8 Hijriyah, kedua-dua mereka lari bersembunyi di suatu tempat berhampiran padang Arafah. Rasulullah SAW bertanya kepada Abbas, “Mana dua anak saudaramu, Utbah dan Mu’attab. Aku tak nampakpun.” Abbas menjawab, “Mereka bersembunyi bersama orang Quraisy yang lain.” Baginda kemudiannya memerintahkan supaya dipanggil kedua-dua orang berkenaan. Setelah di bawa ke hadapan Rasulullah, baginda menyeru mereka supaya menerima Islam. Akhirnya kedua-duanya dengan rela hati mengucap dua kalimah syahadah dan kekal istiqamah bersama Islam hingga ke akhir hayat. Baginda sangat gembira dan mengisytiharkan di hadapan orang ramai.
79 Adapun anak perempuan Abu Lahab yang bernama Durrah itu terlebih awal memeluk Islam dari adik beradik yang lain. Durrah pernah berkahwin dengan Al Harith bin Amir bin Naufal bin Abdu Manaf bin Qusai. Al Harith terbunuh dalam peperangan menentang Islam di Badar tahun ke 2 hijriyyah. Setelah hijrah ke Madinah, Durrah dikahwini oleh Dihyah Al Kalbi. Beliau meninggal dunia pada tahun 20 hijriyah. Semoga Allah merahmati anak-anak Abu Lahab yang beriman kepada Allah.