97 c. Laporan kesihatan d. Hasil-hasil temubual dan rujukan e. Menyediakan fail diri setiap murid pemulihan yang mengandungi: f. Borang Pencalonan g. Borang Latar Belakang Murid Pemulihan h. Borang pengumpulan Maklumat i. Ujian Saringan dan Diagnostik j. Lembaran Kerja k. Hasil-hasil penilaian yang dijalankan. l. Maklumat-maklumat lain yang berkaitan dengan murid pemulihan. m. Menjadi Ahli Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah. n. Menjadi Setiausaha Jawatankuasa Program Pemulihan Khas. o. Menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. v. Jadual Waktu: Guru Pemulihan Khas mempunyai agihan masa seperti berikut: a. Masa untuk mengajar – 990 minit seminggu b. Masa untuk persediaan dan panduan ialah 120 minit seminggu. Jumlah masa terlibat dengan program pemulihan ialah 1110 minit seminggu. Masa untuk persediaan dan panduan hendaklah digunakan untuk: a. Membuat rundingan dengan ibu bapa atau penjaga b. Membuat persediaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. c. Mengemas kini rekod-rekod. d. Bimbingan dan kaunseling kepada murid. e. Runding cara dengan guru kelas atau guru mata pelajaran tentang perkembangan murid di kelas biasa. f. Runding cara dengan guru besar untuk meningkatkan mutu pencapaian murid. g. Mengemas kini sudut-sudut pameran pembelajaran. h. Sentiasa berusaha mempertingkat kemajuan pencapaian kemahiran murid. Faktor penting dalam pengurusan jadual waktu: a. Tentukan masa yang diperlukan mengikut keperluan kelas. b. Berpandukan jadual waktu induk sekolah c. Selaraskan dengan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. d. Catatkan waktu Panduan dan Persediaan. e. Pamerkan jadual waktu kelas Pemulihan Khas di dalam bilik darjah. f. Edarkan salinan jadual waktu kepada pentadbir sekolah dan kepada kelas yang teribat. g. Jika perlu kerjasama daripada Jawatankuasa Pembentukan Jadual Waktu Sekolah
71