The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 468-12-hanis, 2022-09-17 02:29:42

PORTFOLIO MPU3062

PORTFOLIO MPU3062

IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

EDUP3062
FOLIO PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

SEMESTER 4

NAMA NUR HANIS YASMIN BINTI ZAINUDDIN
NO. KAD 020331110350
PENGENALAN
ANGKA GILIRAN 2021152340185
PROGRAM PISMP
AMBILAN JUN 2021
KURSUS PSVK
PENSYARAH PUAN MANORIZA BINTI ABD MALEK

BIODATA DIRI

NAMA : NUR HANIS YASMIN BINTI
ZAINUDDIN
NO KAD PENGENALAN
KUMPULAN/UNIT : 020331110350
KURSUS/SEMESTER : PENDIDIKAN SENI VISUAL
AMBILAN : PISMP SEMESTER 1 TAHUN 2
ALAMAT EMEL : JUN 2021
ALAMAT RUMAH : [email protected]
: 245 KAMPUNG PALOH TUAN SULONG, 20050 KUALA
NO TELEFON TERENGGANU, TERENGGANU.
: 016 933 1658

PENGHARGAAN

Pertamanya, syukur kehadrat Ilahi kerana mengurniakan saya kesihatan yang baik sepanjang
menyiapkan tugasan ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah saya Puan
Manoriza Binti Abd Malek kerana telah memberikan tunjuk ajar yang baik sehingga saya mampu
untuk menyiapkan tugasan ini.

Selain itu, penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan kepada semua ahli keluarga
saya yang banyak membantu saya dari segi kewangan, tenaga dan sokongan moral. Tidak lupa
juga rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini.

Tugasan ini juga telah membantu saya dalam proses mengulangkaji pelajaran dan saya
sangat berharap saya akan mendapat pencapaian yang cemerlang bagi matapelajaran ini.
Semoga tugasan seperti ini akan terus dijalankan pada masa akan datang untuk meningkatkan
pengetahuan para pelajar.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah
membantu saya secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Saya
juga ingin memohon kemaafan sekiranya terdapat kesilapan yang tidak disengajakan dalam
tugasan ini.

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

BIL. PERKARA
1. Biodata Pelajar
2. Kalendar Perjumpaan
3. Sukatan PPIM
4. Sukatan Pelajaran PPIM Sekolah Rendah
5. Falsafah PPIM
6. Matlamat PPIM
7. Objektif Pertubuhan PPIM
• Pengajian Tinggi
• Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
8. Visi PPIM
9. Misi PPIM
10. Perlembagaan Pertubuhan
• Prinsip-prinsip Asas Pertubuhan
• Perlembagaan Pertubuhan
• Lambang/Logo PPIM
• Cogan Kata PPIM
• Suluh Kata PPIM
• Bendera PPIM
• Lagu PPIM
• Ikrar PPIM
• Undang-undang PPIM
11. Sejarah Penubuhan
• Sejarah Pengasas dan Penubuhan
• Tujuan Penubuhan
• Istiadat-istiadat Rasmi Pertubuhan PPIM
12. Struktur dan Organisasi Pertubuhan
• Carta Organisasi PPIM Peringkat Kebangsaan
• Carta Organisasi PPIM Peringkat Negeri
• Carta Organisasi PPIM Peringkat Daerah/Bahagian
• Carta Organisasi PPIM Peringkat Sekolah
• Carta Organisasi PPIM Peringkat IPG Kampus Raja
Melewar
• Carta Organisasi Unit Kokurikulum IPG Kampus Raja
Melewar
• Fungsi Majlis Tadbir
13. Pengurusan dan Pentadbiran
• Pendaftaran Ahli dan Kumpulan
• Kuasa Penganjur
• Struktur Unit
• Pengurusan Buku Log/Folio/Laporan Aktiviti
• Tanggungjawab Pemimpin
• Pakaian Seragam Ahli dan Pemimpin
• Takwin dan Rancangan Akttiviti
14. Kraf Perkhemahan
• Pengurusan dan Penjagaan Khemah
• Tujuan dan Faedah Membuat Gajet

• Jenis-jenis Gajet dan Kegunaannya
15. Ikhtiar Hidup

• Masakan Solar/Rimba/Kelompok
• Membuat Perangkap
16. Kebudayaan
• Nyanyian / Lagu Perkhemahan
• Permainan
• Malam Kebudayaan
17. Jalan Lasak dan Pandu Arah
• Tujuan
• Peraturan dan Persediaan
• Prosedur Jalan Lasak dan Pandu Arah
• Membaca Kompas/Global/Positioning Satelite

(GPS)
• Komunikasi Radio Amatur/UHF VHF
• Membaca Peta Tapo dan Kegunaannya
• Mengesan Tanda dan Simbol
• Laporan Pengembaraan
18. Khidmat Kesukarelawan
• Minggu Kerja
• Bantuan Bencana
• Masyarakat Penyayang
• Hari Peringatan
• Alam Sekitar
19. Simpulan Dan Ikatan
-Simpulan
• Tali Temali
• Enam Jenis Simpulan Asas
• Simpul Manuk
• Simpul Buku Sila
• Simpul Tindih Kasih
• Simpul Bunga Geti
• Simpul Balak
• Simpul Belit
-Ikatan
• Ikatan Seraya
• Ikatan Serong
• Ikatan Lilit Kacang
20. Asas Kawad Kaki
• Bahasa Hukuman
• Kawad Statik dan Dinamik
• Kawad Formasi
21. Asas Perolongan Cemas
• Tujuan dan Prinsip
• Anduh dan Bulatan
• Merawat Luka dan Gigitan
• Melecur, Pitam dan Patah

• Keracunan dan Terseliuh
• Pemulihan Pernafasan
22. Rujukan
23. Lampiran (Jika Ada)

KALENDAR
PERJUMPAAN



SUKATAN
PPIM





FALSAFAH
PPIM

FALSAFAH PPIM

Pergerakan Puteri Islam Malaysia adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang
bergerak pada peringkat kebangsaan, negeri dan daerah di institut pengajian tinggi ,
maktab-maktab perguruan serta sekolah-sekolah menengah dan rendah. Aktiviti yang
dijalankan sebagai ko-kurikulum secara formal dan tidak formal adalah bertujuan
membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri
secara menyeluruh dan bersepadu demi mewujudkan insan PUTERI yang seimbang dan
harmoni dari segi intelek, rohani ,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Allah SWT. Usaha ini adalah bertujuan untuk menterjemahkan ke
dalam diri PUTERI ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan ,
berakhlak mulia ,bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta
mampu dan bersedia memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuranbangsa , masyarakat dan negara selaras dengan ajaran Islam.

MATLAMAT
PPIM

MATLAMAT PPIM

1. Mengimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal dan spiritual
puteri-puteri melalui penyemaian, penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai
pendidikan.

2. Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim di kalangan puteri- puteri.
3. Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam pelbai bidang gerak kerja

kokurikulum sekolah, institut, maktab, kolej dan universiti.
4. Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri.
5. Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan.
6. Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan

ibubapa dan masyarakat, khasnya masyarakat setempat

OBJEKTIF
PERTUBUHAN

PPIM

OBJEKTIF PPIM

Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat institut pengajian tinggi disusun
dengan tujuan seperti berikut:-

1. Melahirkan pemimpin yang cekap, berketerampilan, berwibawa, berdedikasi dan
mempunyai wawasan bagi mewujudkan masyarakat remaja yang mampu:

Menghayati dan mengamalkan ketaatan kepada Allah SWT, rasul SAW dan
pemerintah serta cinta akan negara

Menguasai pelbagai ilmu

Berakhlak mulia

Berbakti kepada masyarakat

2. Membimbing pata pemimpin pelatih PUTERI dari segi intelek, emosi, akhlak, rohani
dan jasmani supaya menjadi insan kamilah, berilmu, berdaya maju

3. menyemai rasa cinta dan selesa dengan ajaran Islam supaya hidup mereka kelak
berasaskan jalan yang yang diredhai Allah S.W.T. dan dapat berbakti untuk
agama,bangsa dan negara.

4. Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri, progresif dan mampu menjadi
penggerak masyarakat.

5. Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi lama
serta menjadi penyambung kesinambungan antara dua generasi tersebut.

MATLAMAT PPIM

VISI DAN MISI
PPIM

VISI PPIM
Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut

• Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip Islam.
• Mempunyai kesihatan diri dan mampu membangunkan diri secara bersepadu

iaitu dari segi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal.
• Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturrahim sesama puteri dan terhadap

diri, keluarga, masyarakat dan negara

MISI PPIM

Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut

• Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan hadis di dalam konteks
alam dan kehidupan yang nyata melalui program- program yang dijalankan.

• Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada masyarakat khususnya
puteri melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik.

• Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran
supaya dapat menyumbang secara positif kepada diri, keluarga dan masyarakat.

PERLEMBAGAAN
PERTUBUHAN

1.0 PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN

1.1.1 PRINSIP-PRINSIP ASAS PERTUBUHAN
(i) Peringkat Persediaan

PIHAK
PENTADBIR

KEBANGSAAN PERHUBUNGAN SEKOLAH
NEGERI

(i) Peringkat sekolah

• Pentadbir di peringkat sekolah perlu mengenalpasti guru-guru untuk lantikan Guru
Pemimpin PPIM dan melantik beberapa orang guru pemimpin yang lain mengikut
keperluan dan bilangan ahli kumpulan pasukan di sekolah berkenaan.

• Menyediakan keperluan dengan keadaan optima bagi menjalankan aktiviti PPIM seperti
kemudahan tempat dan peralatan.

• Memberi pendedahan tentang PPIM termasuk konsep, falsafah, onjektif, matlamat dan
aktiviti kepada pihak sekolah dan PIBG.

• Menghubungi PPIM Negeri untuk mengemukakan nama-nama guru yang masih belum
mengikuti Kursus Asas (Tahap 1) atau tidak memperolehi Sijil dan Tauliah Pemimpin bagi
mendapatkan surat kebenaran untuk menjalankan aktiviti PPIM di sekolah.

Contoh surat kebenaran menjalankan kegiatan PPIM di sekolah

(ii) Prosedur Penubuhan PPIM Di Sekolah

• Guru-guru pemimpin memaklumkan kepada Pengetua atau Penolong Kanan Kokurikulum
tentang penubuhan PPIM dan menerangkan tentang organisasi di peringkat sekolah.

• Menguruskan pendaftaran penubuhan PPIM sekolah dengan mengisi Borang
Pendaftaran Penubuhan PPIM secara online (Format A). Sila cetak sebanyak 4 salinan.
- Salinan 1 kepada Setiausaha Perhubungan Negeri
- Salinan 2 kepada Setiausaha Perhubungan Daerah
- Salinan 3 kepada Setiausaha Jabatan Pendidikan Negeri
- Salinan 4 untuk simpanan sekolah

# Tidak perlu menghantar salinan kepada Setiausaha Kehormat PPIM di Ibu Pejabat
PPIM Kebangsaan kerana pendaftaran penubuhan telah dilakukan secara online.

• Borang pendaftaran boleh diperolehi daripada PPIM Perhubungan Negeri / Daerah
• Ibu Pejabat PPIM akan menghantar Surat Pengesahan Pendaftaran kepada sekolah/

kolej/ universiti dan salinan kepada :
- Pengerusi Perhubungan Negeri

- Setiausaha Perhubungan Negeri
- Jabatan Pendidikan Negeri
• Sekolah juga akan menerima “Kad Perakuan Pendaftaran” beserta Nombor
Pendaftaran.

CONTOH PERAKUAN PENDAFTARAN
1.1.2 PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN

CONTOH PERLEMBAGAAN PPIM DI SEKOLAH

PERLEMBAGAAN
Fasal 1 : Nama dan Alamat
i. Persatuan in adalah dikenali dengan nama ………………………………………………..
ii. Alamat yang didaftarkan bagi persatuan in adalah …………………………………………..
Fasal 2 : Tujuan Persatuan
i. Untuk melatih dan menonjolkan akat kepimpinan.
ii. Untuk membantu program peningkatan kurikulum, motivasi dan mengurangkan
masalah disiplin murid.

iii. memberi peluang kepada murid untuk mengambil bahagian secara aktif melalui aktiviti
yang disediakan.
Fasal 3 : Keahlian
i. Ahli persatuan ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah/menengah.
ii. Pemilihan ahli dibuat berdasarkan minat dan bakat pelajar pada awal tahun.
iii. Guru penasihat boleh mempengaruhi pelajar bagi tujuan menambah bilangan ahli
persatuan.
Fasal 4 : Tanggungjawab dan Hak Ahli
i. Setiap ahli bertanggungjawab untuk menghadiri mesyuarat dan mengambil bahagian
dalam semua aktiviti persatuan.
ii. Setiap ahli juga berhak bersuara, memilih dan dilantik memegang sebarang jawatan
dalam persatuan.
Fasal 5 : Mesyuarat
i. Satu mesyuarat agung perlu diadakan dlam perjumpaan pertama iaitu pada awal tahun
untuk:
- memilih Ahli Jawatan Kuasa persatuan
- kewangan
-ucapan penangguhan
- cadangan-cadangan

ii. Ahli Jawatan kuasa terdiri daripada:
a) Pengerusi
b) Setiausaha
c) Bendahari
d) Enam orang AJK

iii. Mesyuarat AJK perlu diadakan dua kali setahun iaitu pada awal tahun dan pada akhir
tahun berkenaan.
iv. mesyuarat kali pertama akan memberi tumpuan untuk merancang aktiviti tahunan
persatuan.
v. korum-korum bagi mesyuarat agung hendaklah sebanyak 2/3 daripada jumlah
keseluruhan ahli.

vi. korum bagi mensyuarat AJK hendaklah sebanyak 2/3 daripada bilangan ahli-ahli
jawatankuasa.
Fasal 6 : Tugas Pegawai atau AJK Persatuan
i. Pengerusi – Menjadi pengerusi mesyuarat, bertanggungjawab untuk memastikan segala
mesyuarat dan aktiviti dijalankan mengikut perlembagaan.
ii. Setuausaha – Menjalankan urusan persatuan mengikut perlembagaan, menyimpan
minit dan surat, menulis laporan mingguan, menyimpan segala rekod dan menyediakan
laporan tahunan persatuan.
iii. Bendahari – Bertanggungjawab dalam hal kutipan kewangan persatuan, apabila ada
kutipan berlaku, beliau perlu menyerahkan wang dan senarai nama ahli terlibat kepada
Guru Penasihat.
Fasal 7 : Punca Kewangan / Pendapatan
i. Kewangan persatuan ini diperoleh melalui:
a) wang SUWA (kokurikulum)
b) sumbangan PIBG
c) derma daripada ahli dan orang ramai
ii. Semua kutipan dan perbelanjaan wang untuk sebarang aktiviti persatuan perlu
mendapat kelulusan pihak pentadbir sekolah dan rekod perbelanjaan mesti disediakan.
Fasal 8 : Pindaan Perlembagaan Persatuan
i. Perlembagaan persatuan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan
mesyuarat agung
ii. Perubahan atau pindaan itu hanya berkuatkuasa setelah mendapat persetujuan Guru
Besar.
Fasal 9 : Tafsiran
Sekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai tafsiran dalam perlembagaan in,
perkara itu hendaklah dirujukkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa. Keputusan
Jawatankuasa mengenai perkara itu adalah muktamad.
Fasal 10 : Pembubaran
Persatuan ini tidak boleh dibubarkan kecuali engan persetujuan Guru Besar atau
pentadbir sekolah.

……………………………….. ………………………………..
(NAMA & T.TANGAN PENGETUA) (NAMA & T.TANGAN PEN. KANAN HEM)

1.1.3 LAMBANG DAN COGAN KATA
LOGO PPIM

• Logo PPIM dibentuk dengan suatu
lingkungan bulat berwarna hijau diapit
dengan lingkungan berwarna kuning
dan di dalam lingkungan hijau bertulis
PERGERAKAN PUTERI ISLAM
MALAYSIA

• Di tengah logo tersebut terdapat suatu

bulatan putih dan di dalamnya ditulis

dengan tulisan jawi bagi permulaan

daripada perkataan “PERGERAKAN

PUTERI ISLAM” (pa pa alif)

• Di bawah logo ini tertulis perkataan
“PEMIMPIN PUTERI” bagi pemimpin-
pemimpin.

PENGERTIAN WARNA

▪ Merah Samar : Melambangkan keharmonian dan kelembutan
▪ Hijau : Agama ; Taqwa sebagai TERAS
▪ Putih : Kesucian
▪ Kuning : Kesetiaan dan ketaatan

COGAN KATA PPIM
SULUH KATA

1.1.4 BENDERA DAN LAGU PERTUBUHAN
BENDERA PPIM

• Bendera PPIM berbentuk segi empat, berwarna merah jambu, dan ditengah-tengah terdapat
lencana pergerakan. Ukuran lencana adalah sepertiga daripada ukuran bendera.
• Penggunaan
- Setiap upacara rasmi
- Tatacara Perjumpaan
• Kedudukan Bendera dalam Tatacara Perjumpaan

Bendera Negeri Bendera Malaysia Bendera PPIM

LAGU PPIM

1.1.5 PERSETIAAN/IKRAR DAN UNDANG-UNDANG PERTUBUHAN

SEJARAH
PENUBUHAN

1.2 SEJARAH UNIT BERUNIFORM

1.2.1 SEJARAH PENGASAS
1. Penubuhan Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diilhamkan oleh YMM
Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama.
2. Tunku Kurshiah diputerikan pada 16 Mei 1911 di Seri Menanti, Negeri Sembilan.
3. Wanita Melayu Pertama bergelar Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
4. Baginda dianugerahkan Pingat Emas Tun Fatimah oleh Majlis Pertubuhan Wanita
Kebangsaan atas derma kurnia baginda menaikkan taraf wanita dan kanak-kanak
dalam bidang kebajikan dan pendidikan.

Senarai Yang Dipertua PPIM sejak 1969

1.2.2 SEJARAH PENUBUHAN

Penubuhan Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) pada tahun 60an oleh Lembaga
Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) yang diasaskan oleh YMM Tunku Puan Besar
Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama. Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah
menengah. Ketika itu, kurikulum hanya berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan khidmat
masyarakat yang bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin. Pada tahun 1969 JK khas
dalam LKPIM untuk menggerakkan PPIM nama asalnya iaitu Puteri Lembaga.

Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh DYMM Raja Permaisuri
Agong Ke 6 Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku
Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimahallah, di
Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia. Y.A.Bhg. Toh Puan

Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang DiPertua PPIM Pertama. Hari Puteri disambut pada 17
Jun setiap tahun bagi memperingati kelahiran PPIM dan ia pertama kali diadakan di peringkat
kebangsaan pada 20 Jun 1987. Pada Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telah
mengiktiraf ‘Puteri Cemerlang’ dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah
disumbangkan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun.

Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform di
dalam Ko-Kurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di seluruh Malaysia. 23 November
1996, Skuad Puteri telah dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang
bertujuan ntuk meluaskan penglibatan remaja dan wanita lepasan sekolah di dalam kerja-kerja
khidmat masyarakat seperti bantuan bagi mangsa banjir dan program ziarah hospital. PPIM sekali
lagi menempa sejarah apabila dilancarkan di institusi pengajian tinggi pada 8 April 2000 oleh
Y.A.Bhg. Datin Seri Endon Mahmood (Allahyarhamah) di Universiti Islam Antarabangsa.

Pada awal tahun 2004. dibawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri Hajah Hazizah Haji Tumin
(Allahyarhamah), ibu pejabat PPIM telah berpindah ke Darul Puteri. Perasmian Darul Puteri telah
disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti
Almarhum Tengku Abdul Rashid pada 24 Ogos 2005. Pada 24 Mac 2007, kekosongan jawatan
Yang Dipertua telah diisi oleh Y.Bhg. Datin Hajah Badiah Abdul Manan setelah menang tanpa
bertanding pada sesi pemilihan 2007 - 2009 & 2009 – 2011.

1.2.3 TUJUAN PENUBUHAN
PPIM ditubuhkan bertujuan membimbing PUTERI ke arah penyuburan dan pengembangan
potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Allah bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Negara.

1.2.4 ISTIADAT-ISTIADAT RASMI PENUBUHAN
• Tatacara Perjumpaan
• Tatacara Penutupan
• Tatacara Rasmi
- Dalam Dewan
- Luar Dewan

TATACARA PERJUMPAAN - LANGKAH 1

TATACARA PERJUMPAAN - LANGKAH 2



TATACARA PENUTUP – LANGKAH 1
TATACARA PENUTUP – LANGKAH 2

TATACARA PENUTUP – LANGKAH 3
TATACARA PENUTUP – LANGKAH 4



TATACARA MAJLIS RASMI – LANGKAH 1
TATACARA MAJLIS RASMI – LANGKAH 2

TATACARA MAJLIS RASMI – LANGKAH 3
BACAAN DALAM MAJLIS



STRUKTUR DAN
ORGANISASI
PENUBUHAN

1.3 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN
1.3.1 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT KEBANGSAAN



1.3.3 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT IPGKRM

Pengarah IPGKRM
Dr Mazlan Bin Aris

Guru Pemimpin Guru Pemimpin

Pn Erana Binti Abd Pn Manoriza Binti
Seman Abdul Malek

Ketua Pasukan 1 Penghuluwati Ketua Pasukan 2

Nur Aleesa Syahhida Nurfarhanah Binti Siti Khadijah Binti
Binti Amri Mohd Tijar Mohamad Nazree

Naib Penghuluwati

Alyaa Shahila Binti
Mohd Ramzi

Setiausaha
Nelly Mahira Binti Mohd Yusoff

Pen Setiausaha
Siti Nusyahirah Binti Ramlee

Bendahari

Syazwa Nurhanani Binti Mahamad
Muhamejelan

Pen. Bendahari

Nurin Farisya Binti Affandi

AJK Kerohanian

Nurul Ikhwanis Binti
Hasmadi

AJK Sukan & Rekreasi AJK Kebajikan
Nur Husna Binti Hidher
Nurfarah Nabilah Binti
Ahmad samhari

AJK Majlis/Program AJK Rencam

Fazliana Asyiqin Binti Nur Natasya Aleya Binti
Yusuf Yunos

1.3.4 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT SEKOLAH

1.3.5 FUNGSI MAJLIS TADBIR
• Memperkasa dan memartabatkan profesionalisme ahli di dalam bidang masing-masing
dan seterusnya menjadi contoh/rujukan kepada semua pihak
• Menjadi salah satu institusi yang menggerak, mengeratkan dan mengukuhkan hubungan
kebajikan, kerjasama dan kesejahteraan bekerja sesama ahli.
• Menjalin hubungan dan kerjasama dengan badan dan pertubuhan lain yang mempunyai
matlamat dan kepentingan yang serupa.
• Menjadi salursan rasmi kepada ahli untuk bertemu dan berbincang sesama ahli serta
dengan pihak pengurusan yang berkaitan.

PENGURUSAN
DAN

PENTADBIRAN

1.4 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

1.4.1 PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN

Pendaftaran Ahli :
a) Borang Kebenaran Ibu bapa :
✓ Sebelum didaftarkan kebenaran daripada ibu bapa perlu diperolehi.
b) Borang Ahli
✓ Guru Pemimpin perlu mengedarkan Borang Ahli kepada pelajar untuk diisi dan kemudian
disampaikan kepada Jawatankuasa Perhubungan Negeri untuk mendapatkan Nombor
Pendaftaran.
✓ Keratan borang hendaklah dikembalikan kepada sekolah.
c) Pendaftaran Pensyarah/Guru Pemimpin dan Ahli Tidak Beruniform
✓ Guru-guru Pemimpin dan ahli-ahli tidak beruniform perlu mendaftar dengan
menggunakan Borang Permohonan Menjadi Ahli (Tidak Beruniform). Borang hendaklah
disahkan oleh Perhubungan Negeri dan keratan hendaklah dihantar ke Ibu Pejabat PPIM.

Pembahagian ahli Mengikut Pasukan dan Menamakan Kumpulan :
a) Jumlah ahli setiap pasukan tidak melebihi 40-50 orang dan terdiri daripada beberapa
kumpulan.
b) Setiap kumpulan adalah terdiri daripada 10-15 orang.
c) Nama setiap kumpulan adalah terpulang kepada sekolah berkenaan.
d) Nama setiap pasukan hendaklah ditentukan oleh negeri masing-masing mengikut format
berikut:-
✓ Pada tahun 1988 Sekolah Seri Puteri Kuala Lumpur menubuhkan PPIM dengan ahlinya
seramai 85 orang.

1.4.2 KUASA PENGANJUR

• Menyelia dan mengawal kemajuan unit PPIM di tempatnya.
• Salah seorang daripada dua penurun tanda tangan rasmi bagi akaun simpanan atau

semasa untuk unit PPIM itu.
• Meluluskan pendaftaran tahunan unit PPIM dengan ibu pejabat beruniform

Pergerakan Puteri Islam Malaysia.
• Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpin PPIM
• Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit PPIM di mana

perlu.
• Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktiviti luaran.

1.4.3 STRUKTUR UNIT • Mempengerusikan setiap mesyuarat.
PENGERUSI • Meneliti minit mesyuarat dan memastikan segala

NAIB PENGERUSI keputusan mesyuarat adalah wajar dan mengikut
SETIAUSAHA agenda yang ditetapkan.
• Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat
NAIB SETIAUSAHA dari semasa ke semasa.
• Bertanggungjawab menjalankan tugas Pengerusi
semasa ketiadaannya.
• Bertanggungjawab membantu Pengerusi menyelia
tugas AJK Persatuan.
• Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat
dari semasa ke semasa.
• Mengurus surat-menyurat.
• Mencatat minit mesyuarat atau laporan.
• Menyimpan fail atau dokumen berkaitan dengan
persatuan.
• Membantu Setiausaha menjalankan segala tugas dan
tanggungjawabnya.
• Berkerjasama dengan Setiausaha.
• Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari
masa ke masa.
• Bekerjasama dengan Bendahari Kehormat dalam
menyediakan Peruntukan Tahunan dan Penyata
Kewangan.


Click to View FlipBook Version