BENDAHARI • Bertanggungjawab terhadap hal-hal kewangan
AJK persatuan.
• Membuat penyata dan menyimpan kira-kira
berkenaan kewangan persatuan.
• Menasihati Jawatankuasa Persatuan dalam
pengawasan kewangan dan audit.
• Menyediakan laporan perbelanjaan dan dibentangkan
semasa mesyuarat agung.
• Membantu menjalankan tugas dalam segala program
dan aktiviti yang dilaksanakan dengan sebaik
mungkin.
• Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan.
1.4.4 PENGURUSAN BUKU LOG/FOLIO/LAPORAN AKTIVITI
CARA MENULIS CATATAN/ AKTIVITI
1. Tarikh / hari :
2. Masa :
3. Tempat :
4. Tahap : puteri bongsu/puteri kecil
5. Aktiviti/ catatan :
Tatacara perjumpaan :
a) Pengenalan PPIM
➢membaca ikrar dan menyalin dalam buku log
➢menyalin suluhkata PPIM
➢melukis logo PPIM
b) Pendidikan rohani
➢ceramah/tayangan video
➢sumber makanan
➢adab semasa makan
➢makanan seimbang
➢doa sebelum dan selepas makan
c) Kesihatan dan Pembangunan diri
➢mencatat dan mengelaskan makanan
➢menampal gambar
d) Pesanan guru pemimpin tentang aktiviti minggu seterusnya
e) Tatacara Penutup :
➢membaca tasbih kafarah
➢membaca surah al-Asr
➢berselawat sambil bersalam
1.4.5 TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN
Pengerusi
- menjadi pengerusi mesyuarat, bertanggungjawab untuk memastikan segala mensyuarat dan
aktiviti dijalankan mengikut perlembagaan.
Setiausaha
- menjalankan urusan persatuan mengikut perlembagaan, menyimpan minit dan surat, menulis
laporan mingguan, menyimpan segala rekod dan menyediakan laporan tahunan persatuan.
Bendahari
- bertanggungjawab dalam hal kutipan kewangan persatuan, apabila ada kutipan berlaku beliau
perlu menyerahkan wang dan senarai nama ahli terlibat kepada Guru Penasihat.
Menyediakan Keperluan Asas
- Pensyarah Pemimpin/Ketua Guru Pemimpin/Guru Pemimpin /Guru Pemimpin perlu membeli :
a) Buku Perlembagaan
b) Bendera PPIM
c) Kaset lagu PPIM
d) Lencana Pemimpin dan Puteri
e) Kad Ahli
f) Uniform - Kain merah jambu
g) Buku Panduan Pemimpin
h) Buku Pengurusan dan Pentadbiran PPIM
i) Sukatan Pelajaran
- Menyediakan Keperluan Asas
a) Buku/Rekod Pendaftaran Ahli (Nama dan butir-butir peribadi)
b) Buku/Rekod Kehadiran Pasukan
c) Buku/Rekod Yuran Ahli
d) Buku/Akaun (Penyata Kewangan)
e) Lain-lain Keperluan : fail-fail / Buku Stok/ Cop-cop
1.4.6 PAKAIAN SERAGAM
1.4.7 TAKWIM DAN RANCANGAN AKTIVITI
CONTOH TAKWIM
RANCANGAN AKIVITI TAHUNAN
RANCANGAN AKTIVITI MINGGUAN
RANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN PERINGKAT IPGKRM
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR, SEREMBAN, NEGERI
SEMBILAN
JABATAN PJK DAN KOKURIKULUM
PANDU PUTERI KADET /PENGAKAP /PUTERI ISLAM/ PBSM/ APM/ KRS
(EKSTRA KOKURIKULUM)
PERANCANGAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
SESI OGOS 2022 HINGGA DISEMBER 2022
KETUA PENASIHAT : PN ERANA BINTI JUMLAH AHLI PELAJAR
ABD SEMAN : 39 ORG
PENSYARAH PENASIHAT: 1. PN JUMLAH AHLI
MANORIZA BINTI ABDUL MALEK PENSYARAH: 2 ORG
PENYELARAS UNIT BERUNIFORM :
PN AZIBAH BT BAHAROM
TAJUK AKTIVITI: SASARAN
P&P/ Pensyarah KATOGERI CATAT
Pelajar PROGRAM AN
BENGKEL/KURSUS/ TARIK TEMPA IPGKRM/L
BI FORUM/KONFERENS/SE H T Pihak Luar
L UAR
MINAR
1. Mesyuarat 10 .
Jawatankuasa Ogos
2022 BAIS X X
2. BAIS
Simpulan dan Ikatan 12 BAIS X X
Ogos BAIS X
3. 2022 X
Pembinaan Gajet 19 &
Perkhemahan X
26 XX
4. Pertolongan Cemas Ogos X
(Balutan Anduh) 2022
9 Sept XX
5. Kawad Kaki Statik dan 2022
Formasi X
3-6 Kem X
6. Pengurusan Okt PUSAK
Perkhemahan 2022
O,
7. Perkhemahan Wajib Negeri
MPU3062: Sembila
KOKURIKULUM
n
8. Khidmat Sukarelawan
9. Masakan Rimba
10 Jahitan dan Sulaman X
. XX
11 Amalan Gaya Hidup
. Sihat XX
12 Refleksi dan Penilaian
.
Disediakan oleh :
Tandatangan :
......................................................
Nama : (AZIBAH BINTI
BAHAROM)
KRAF
PERKHEMAHAN
KRAF PERKHEMAHAN
1.0 PENGENALAN
i. konsep khemah
• Khemah ialah tempat perlindungan sementara yang mempunyai kemudahan asas yang
minima terlindung daripada hujan, panas, angin dan binatang.
• Tempat perlindungan adalah tempat perlindungan yang diperbuat daripada kanvas, nilon,
dedaun, buluh dan kayu.
• Berkhemah adalah ikhtiar hidup secara keseorangan atau berkumpulan. Berkemah
persatuan selalunya secara berkumpulan. Dalam aktivit berkhemah, individu perlu
memikul tanggungjawab pengurusan peralatan, makanan dan perlindungan yang berkait
dengan aktiviti perkhemahan.
ii. konsep kraf perkhemahan
• Kraf perkhemahan adalah kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk menghadapi
cabaran alam sekitar dan alam semula jadi dalam kegiatan perkhemahan.
iii. rasional
• Memupuk perasaan cinta terhadap alam semula jadi dan menghayati keindahan alam
flora dan fauna
• Mengamalkan nilai-nilai murni seperti semangat berpasukan, berdikari, memupuk sikap
berani dan jati diri
iv. objektif
• Mendedahkan kepada ahli PPIM pemahamam mengenai habitat dan alam semulajadi
serta mengetahui cara hidup keberadaan di dalam hutan atau tapak perkhemahan
• Memberikan kesedaran kepada ahli PPIM tentang kepentingan menjaga alam sekitar
dengan cara yang berkesan.
1.1 PENGURUSAN DAN PENJAGAAN KHEMAH
i. jenis-jenis khemah:
a) Dome tent:
Dome tent merupakan khemah berbentuk
gelembung dengan penggunaan material
fleksibel. Dome tent bercirikan ringan, mudah
dibawa dan sesuai digunakan untuk berkhemah
di sekolah dan sebagainya.
b) Ridge tent
Khemah ini diperbuat daripada material nylon
yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat.
Khemah ini mempunyai tiang yang melintang di
sepanjang bumbung
c) Bell tent
Bell Tent mempunyai satu tiang tinggi di
puncak khemah. Khemah jenis ini sudah jarang
digunakan dan digantikan dengan khemah
‘DOME’.
d) Frame tent
Khemah jenis besar yang biasa digunakan
untuk perkhemahan keluarga. Cara
pemasangan rangka khemas dahulu dan
diikuti kanvas.
ii. Pengurusan dan keselamatan Khemah
a) pastikan tidak memasak dan makan di dalam khemah untuk mengelakkan semut dan binatang
lain memasuki khemah.
b) pastikan khemah tutup jika tiada orang didalamnya
c) memastikan Kawasan dalam dan luar khemah sentiasa dalam keadaan bersih
iii. Penjagaan Khemah
a) pastikan tiang dan pancang khemah berada dalam keadaan baik. Letakkan pelincir pada zip
dan tiang untuk mengelakkan zip rosak dan memudahkan pengeluaran tiang khemah.
b) cuci dan bersihkan khemah setelah selesai digunakan dan jemur sehingga kering.
c) elakkan penggunakan lilin, mancis dan elakkan aktiviti pembakaran berdekatan dengan
khemah.
1.2 TUJUAN DAN FAEDAH MEMBUAT GAJET
Gajet ditakrifkan sebagai perkakasan atau peralatan perabot seperti pintu gerbang, kerusi, meja,
pagar, rak, ampaian untuk kegunaan perkhemahan atau di dalam hutan. Gajet diperbuat daripada
kayu menggunakan tali dan paku supaya dapat digunakan dan kelihatan kemas sesuai dengan
suasana tempat perkhemahan. Dalam aktiviti perkhemahan, gajet dianggap sebagai pekakas
rumah seperti rak barang, rak dapur, rak kasut dan sebagainya.
Gajet dalam aktiviti perkhemahan diperbuat daripada buluh dan batang kayu diman ianya diikat
menggunakan tali dengan teknik ikatan dan simpulan tertentu. Ikatan dan simpulan ini penting
bagi memastikan gajet yang dibina kukuh dan pasti selamat digunakan. Elakkan penggunaan
paku kerana paku menggambarkan gajet tidak kemas.
i. Antara fungsi gajet ialah:
a. memudahkan pengurusan tapak perkhemahan
b. menggantikan perkakasan dan perabot di rumah
c. aktiviti perkhemahan jadi lebih tersusun dan teratur
ii. tujuan mendirikan gajet adalah untuk:
a. mempraktikkan teori ilmu ikatan dan simpulan secara amali mengikt pembelajaran
aktiviti mingguan.
b. gajet digunakan sebagai tapak penyimpanan, penyusunan dan digunakan untuk
memperagakan perkakasan, peralatan, bahan, pakaian dan maklumat.
c. melindungi barang- barang seperti bahan basah makanan, memasak, menyimpan
kasut dengan tersusun dan ampaian untuk jemur pakaian dan elakkan barangan tercemar
dan dibawa lari binatang.
iii. Faedah mendirikan gajet:
a) menjimatkan kos
b) menjaga alam sekitar supaya bersih dan nyaman.
c) mudah untuk pengambilan dan penyimpanan barangan dan peralatan dengan
keadaan tersusun.
iv. Kaedah mendirikan gajet:
a. menggunakan bahan dan alat yang ada dipersekitaran atau yang dibekalkan tanpa
memerlukan kos yang tinggi.
b. menggunakan ikatan dan simpulan yang kemas dan tepat
c. mendirikan dan Menyusun gajet di tempat yang sesuai di dalam Kawasan
perkhemahan.
v. bahan-bahan untuk mendirikan gajet:
- kayu -dahan pokok
-tali -gergaji
-parang -tin
-papan -dedaun
1.3 JENIS GAJET DAN KEGUNAAN
Gajet perlu didirikan mengikut kesesuaian kerana terdapat pelbagai jenis gajet boleh dibina
sepanjang aktiviti perkhemahan dijalankan. Pembinaan gajet hanya diberkan mengikut waktu
sahaja. Antara gajet yang boleh dibina:
a. pintu gerbang
b. tiang bendera
c. ampaian
d. rak dapur
e. rak kasut
A. Pintu Gerbang
Gajet pintu gerbang amat penting dalam aktiviti perkhemahan.
Pintu gerbang berperanan sebagai pintu utama masuk dan juga
sebagai pusat kawalan. Gajet pintu gerbang sebagai Mercu
tanda perkhemahan . gajet ini Mencantikkan pemandangan di
kawasan perkhemahan. Kegunaan lainnya adalah sebagai
Penanda kawasan sempadan dan kawalan keselamatan
Terletak di bahagian hadapan sekali:
- Bahagian pintu hadapan;
- Bahagian pagar;
- Bahagian pintu belakang.
Variasi pintu hadapan:
- Tulis nama patrol dengan bahan2 semula jadi
- Bahagian pintu yang boleh tertutup sendiri (self-closing type)
Bahagian pagar bertujuan menandakan kawasan sempadan, suasana perkhemahan kemas dan
teratur serta adanya kawalan keselamatan
B. Tiang Bendera
tiang bendera didirikan dengan kayu, buluh, tali dan bendera.
C. Ampaian
Gajet ampaian digalakkan didirikan di Kawasan lapang tanpa bergantung kepada pokok yang
hidup. Bahan diperlukan untuk membuat ampaian adalah buluh, kayu bercabang, batang dan tali.
Kegunaan gadjet:
• Menyidai pakaian
• Menjaga kebersihan dan kekemasan diri di kawasan perkhemahan
D. Rak Dapur
Jenis gadjet:
• Rak pinggan mangkuk
• Rak alatan tajam seperti pisau, parang kapak, dll.
• Meja makan
• Penyangkut cawan/gelas
• Rak penyimpan kayu api/tong gas
• Penyangkut periuk dan cerek untuk masak
Kegunaan gadjet:
• Melindungi makanan dari tercemar
• Memudahkan kerja-kerja memasak dan menghidangkan makanan
• Mengelakkan kemalangan seperti terlanggar peralatan yang tajam
• Peralatan dapur tersusun rapi dan kemas
F. Rak Kasut
gajet rak kasut didirikan untuk meletakkan kasut-
kasut ahli pasukan dalam Kawasan perkhemahan. Tempat
sesuai untuk mendirikan rak kasut adalah di bahagian tepi
khemah ahli.
Contoh lain:
Gajet lubang kering dan lubang basah & Rak
LEMBARAN KERJA
1. Senaraikan langkah untuk mengurus dan menjaga khemah.
2. Apakah jenis gajet yang digunakan ketika perkhemahan dan kegunaannya?
3. Mengapa gajet sangat penting ketika perkhemahan?
IKHTIAR
HIDUP
2.0 IKHTIAR HIDUP
2.1 MASAKAN RIMBA
Masakan rimba membawa maksud Memasak tanpa peralatan atau memasak tanpa
menggunakan perkakas dapur. Sebagai ganti, daun kayu, ranting kayu, batu, ruas buluh, tanah
liat atau lumpur boleh digunakan. Dikenali juga sebagai “Backwoodsman” atau masakan rimba.
KAEDAH MEMASAK
1. MEMASAK MENGGUNAKAN MAKANAN SEBAGAI BEKAS
- Ubi kentang, bawang besar, capsicum, tomato, labu atau oren dipotong dan isinya
dikeluarkan. Bahagian atas digunakan sebagai penutup.
-Bekas makan dibalut dengan keranjang aluminium dan dimasak dalam bara api.
2. MEMASAK MENGGUNAKAN DAUN
Daun yang lebar sesuai dijadikan bekas memasak makanan seperti ayam dan ikan.
Makanan dibungkus dengan daun dan dimasak atas bara api.
Jenis daun yang boleh digunakan adalah daun pisang, daun kunyit, daun pandan, kobis
dan kulit jagung.
3. MEMASAK MENGGUNAKAN RANTING DAN DAWAI
Ranting boleh dijadikan alat untuk memanggang. Pastikan ranting tidak berasal dari
pokok beracun.
Roti juga boleh dililit menggunakan ranting kayu
Dawai atau penyangkut baju keluli dibentukkan mengikut keperluan.
4. MEMASAK MENGGUNAKAN KEPINGAN BATU
Batu yang digunakan leper dan ketebalan sederhana.
Api dihidupkan atas permukaan batu dan biarkan selama 30 minit. Permukaan batu
dikira cukup panas apabila tirisan air berdesir ketika jatuh atasnya.
Bersihkan permukaan batu dengan kain. Goreng telur,ikan atas permukaan batu yang
panas itu.
Sebelum api dinyalakan, buat lubang berukuran lebih kurang 2 kaki x 1 kaki dengan
kedalaman yang sesuai. Tujuan lubang ini ialah untuk meletakkan ranting kering supaya
tidak ditiup angin.
KEBAIKAN MENGGUNAKAN LUBANG API
➢ Melindungi tiupan angin
➢ Mengawal bara api supaya tidak dipijak
➢ Lebihan bara api boleh terus ditimbus apabila selesai memasak
➢ Mengelakkan lokasi perkhemahan dikesan musuh
2.2 MEMBUAT PERANGKAP
1. PERANGKAP BERUMPAN
Kadangkala serupa sahaja bentuknya dengan perangkap yang tidak menggunakan umpan.
Dengan umpan ia akan menarik perhatian binatang yang hendak ditangkap supaya masuk ke
dalam perangkap. Tentukan terlebih dahulu binatang yang hendak ditangkap dan umpan yang
sesuai bagi binatang tersebut
2. PERANGKAP TIDAK BERUMPAN
Perangkap tidak berumpan bermakna tidak memerlukan apa-apa umpan bagi menarik perhatian
binatang Persediaan memasang perangkap jenis ini adalah dengan cara melihat kepada kesan
perjalanan, tempat binatang bermain atau tempat binatang tersebut mencari makan atau minum
Jerat jenis ini tidak memilih apa jenis binatang Binatang yang biasa dijerat menggunakan
perangkap ini seperti seladang, kijang,landak,rusa dan sebagainya.
3. JERAT BIDAS
Jerat atau perangkap jenis ini boleh digunakan dengan umpan ataupun tidak Jerat jenis ini
menggunakan kayu panjang yang menjadi sebagai pembidas serta tali sebagai penjerat.
Binatang yang sesuai dijerat menggunakan jerat ini ialah seperti ayam hutan, burung dan juga
tupai.
Cara pemasangan jerat bidas:
-Ikat tali jerat pada hujung joran, kemudian buatkan running bowline dihujung tali tersebut
-Ikat kayu pembingkas pada tali joran tersebut.
-Pasangkan kayu lengkung atas denai (laluan) binatang dengan mencacak kedua-dua
hujung di atas tanah.
-Cacak joran. Lenturkan joran. Bakakan kayu pembingkas kepada kayu lengkung dan
dikunci dengan kayu palang. Aturkan kayu para di atas palang dan bukankan gelung tali
seluas yang mungkin di atas para. Jerat akan bingkas apabila para dipijak oleh binatang
tersebut.
LEMBARAN KERJA
1. Apakah kaedah-kaedah lain yang boleh digunakan semasa perkhemahan selain dari
menggunakan kepingan batu?
2. Senaraikan langkah-langkah memasak menggunakan ranting dan dawai.
3. Jerat apakah yang menggunakan kayu panjang sebagai pembidas serta tali sebagai
penjerat?
KEBUDAYAAN
3.0 KEBUDAYAAN
3.1 LAGU / NYANYIAN PERKHEMAHAN
NYanyian perkhemahan bertujuan Melahirkan ahli kadet yang tahu menyanyikan lagu-lagu rasmi
Negara dan negeri mengikuti protokol yang betul. Menanamkan semangat patriotik dan cintakan
Negara semasa menyanyikan lagu patriotik. Memastikan ahli kadet tahu menyanyikan dan
menghayati seni katalagu KRS dengan baik.
Panduan Mengajar Nyanyian
• Lagu yang baik mempunyai ciri-ciri seperti frasa dan ayat lagu yang pendek, mudah difahami,
• Lagu yang berulang perkataan dan melodinya.
• Melodi, irama dan lirik yang menarik senang diingati.
• Para jurulatih perlu tahu menyanyikan lagu dan lirik lagu yang dipilih sebelum mengajar
kepada para kadet.
• Nyanyikan berulang kali untuk para kadet mendengarkannya.
• Nyanyikan lagu dengan pic yang sederhana tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah.
• Para jurulatih perlu bernyanyi dalam keadaan menghadap para kadet supaya mereka dapat
memperhatikan cara jurulatih bernyanyi.
• Nyanyian jurulatih dan para kadet perlu jelas dan tepat nada serta sebutannya walaupun
menggunakan bahasa lain atau dialek daerah.
LAGU-LAGU RASMI NEGARA
Lagu-lagu rasmi Negara merupakan lagu-lagu yang wajib dihafal dan dihormati oleh setiap rakyat
Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Para jurulatih harus memastikan para kadet mampu
menyanyikanlagu rasmi Negara ini. Para jurulatih juga harus memberi penjelasan tentang
protokol lagu-lagu rasmi Negara ini.
Lagu Negaraku
LAGU RASMI PPIM
Puteri Lembaga Islam Riang Gembira
Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja
Berkorban Untuk Agama Dan Negara
Dunia AkhiratMendapat Bahagia
Berusaha Mencari Pengetahuan
Berbakti Membuat Kebajikan
Belajar Mencapai Kemajuan
Bersemangat Penuh Keimanan
Puteri Lembaga Islam Riang Gembira
Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja
Berkorban Untuk Agama Dan Negara
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia
Link Youtube: https://youtu.be/ot1Fq6K2vxI
(lagu PPIM)
3.2 PERMAINAN
a) API UNGGUN
Api unggun dinyalakan di tempat terbuka dan dinyalakan saat malam hari. Cara membuatnya
dengan menggunakan kayu-kayu kering. Setelah dibakar, duduklah bersama mengelilingi api
unggun itu.
B) ICE BREAKING
Bertujuan untuk membantu kumpulan untuk memulakan proses membentuk diri mereka ke dalam
pasukan. Permulaan perbualan biasanya dibentangkan sebagai permainan untuk ‘memanaskan’
kumpulan dengan membantu ahli-ahli mengenali antara satu sama lain.
C) PERMAINAN TRADISIONAL
Pertandingan permainan tradisional seperti ‘Batu Seremban’ dan ‘Congkak’ diadakan.
Semua peserta melibatkan diri dengan pertandingan.
D) SARANG GAGAK
Permainan ini terdiri daripada 3 orang. Pemain mesti berpusing supaya punggung saling
berhadapan dan memaut lengan untuk membentuk bulatan 3 orang. Setelah berada dalam
bulatan ini, mereka mesti berpusing perlahan dalam satu bulatan. Sekiranya mereka tidak dapat
menjumpai sarang burung gagak, mereka akan keluar.
3.3 MALAM KEBUDAYAAN
Malam kebudayaan didefinisikan sebagai acara kemuncak yang terdapat pelbagai aktiviti bagi
tujuan menghibur bertujuan untuk mengurangkan rasa bosan selepas penat berkhemah.
a) TARIAN BOLLYWOOD
Pakaian bertemakan bollywood.
Penggunaan alat muzik gitar dan sebagainya.
Tarian yang disertai oleh semua ahli kumpulan.
b) TARIAN TRADISIONAL
Pilihan muzik tradisional yang sesuai dan menarik.
Contoh tarian tradisional : Inang, Joget, Endang, Sumazau dan sebagainya.
Berpakaian mengikut tema tarian.
c) SKETSA CERITA RAKYAT
Sketsa cerita rakyat yang berunsur teladan.
Boleh diselitkan dengan lawak jenaka.
Contoh: Si Tanggang, Batu Belah Batu Bertangkup, Bawang Putih Bawang Merah.
d) NYANYIAN KUMPULAN
Pilihan melodi lagu yang terkini dan terkenal.
Aktiviti diadakan secara berkumpulan semua ahli terlibat.
Dengan bantuan alat muzik dan sebagainya.
LEMBARAN KERJA
1. Apakah lirik bagi lagu rasmi PPIM di rangkap 1 baris ke 4?
2. Nyatakan tiga panduan yang perlu diikuti semasa menyanyikan lagu rasmi PPIM.
3. Mengapakah kita perlu menyanyikan lagu rasmi negara mengikut protokol yang betul?
JALAN LASAK
DAN PANDU
ARAH
4.0 JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
4.1 TUJUAN
▪ Menguji tahap kekuatan mental dan fizikal kumpulan sasaran
▪ Melatih kesabaran dan ketabahan dalam kesusahan
▪ Memupuk semangat setiakawan dan kerjasama (team building) dalam kalangan
kumpulan sasaran
▪ Memberikan pengalaman baharu
▪ Untuk melatih kecekapan pancaindera (tanda, simbol dan sebagainya)
▪ Mendisiplinkan diri untuk patuh kepada arahan
▪ Mewujudkan pengurusan aktiviti pandu arah dengan berkesan
▪ Melaksanakan aktiviti yang terancang mengikut prosedur pengendalian aktiviti.
4.2 PERATURAN DAN PERSEDIAAN
a. Kebenaran
▪ Memohon kebenaran.
▪ Memaklumkan mengenai aktiviti dan tujuan.
▪ Kebenaran ibu bapa.
▪ Kebenaran penjaga.
b. Persediaan Alatan
▪ Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan di atas peta.
▪ Merupakan ciri-ciri muka bumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas.
▪ Bukan "Check - point" kerana tiada penjaga.
PENANDA KAWALAN
Tujuan: Membantu peserta tiba ke destinasi yang betul.
- Menggunakan objek yang diperbuat daripada kain bewarna merah muda dan putih
sebagai tanda.
- Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk yang unik (puncher) yang unik.
KAD KAWALAN
- Setiap peserta perlu membawa kad kawalan bersama-sama
- Perlu diserahkan kepada penjaga masa di garisan penamat
Isi kandungan kad kawalan:
- Dicatatkan nama peserta
- Masa bermula (start time)
- Tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila tiba di titik kawalan.
PETA UTAMA
❖ Peta yang telah ditandakan dengan landasan
❖ Disertakan dengan keterangan kawalan
❖ Landasan ini disediakan oleh Perancang Landasan.
KETERANGAN KAWALAN
Keterangan asas sebagai panduan:
1. Siri titik kawalan.
2. Kod kawalan.
3. Keterangan mengenai kedudukan titik kawalan.
4. Diperingkat antarabangsa: keterangan tidak ditulis dalam bentuk teks tetapi dalam
bentuk kod/gambar rajah.
LANDASAN
Merupakan panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke titik kawalan yang lain
hingga ke penamat. Landasan ini akan dilukis di atas peta utama dan akan disalin oleh peserta
kemudiannya
Tanda yang berkenaan landasan adalah:
o Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi
o Titik kawalan dengan tanda bulatan
o Titik penamat dengan tanda 2 bualatan bertindih
o 'Leg' adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan.
4.3 PROSEDUR JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
SEBELUM AKTIVITI
1.Persiapan landasan.
2.Taklimat pemimpin kepada ahli-ahli
3.Semakan alatan dan logistik.
4.Semakan peralatan kecemasan.
SEMASA AKTIVITI
1.Semua ahli berkumpul di tempat permulaan aktiviti.
2.Pihak bertugas berada di setiap stesen sebelum ahli dilepaskan.
3.Ketua aktiviti memberi taklimat kepada ahli.
4.Ahli diberikan peralatan/keperluan pandu arah.
5.Kumpulan pertama dibawa ke lokasi permulaan dahulu.
6.Ahli memulakan aktiviti mengikut prosedur yang ditetapkan.
7.Membaca kompas, mengira jarak dan membuat catatan.
8.Ahli diminta bergerak mengikut kemahiran dan kefahaman sendiri secara berkumpulan.
SELEPAS AKTIVITI
1.Pemimpin mengumpulkan semua ahli dan memastikan bilangannya mencukup.
2.Pemimpin mengenal pasti tahap kesihatan dan kecergasan ahli.
3.Semua alatan hendaklah dikembalikan.
4.Sesi disediakan renungan / refleksi
5.Bersalaman antara pemimpin dan ahli.
6.Semua barang disimpan di stor.
6.Semua barang disimpan di stor.
4.4 MEMBACA KOMPAS/GLOBAL / POSITIONING SATELITE(GPS)
ALAT PENUNJUK ARAH
❖ Untuk menentukan arah.
❖ Dijadikan panduan asas bagi ahliahli pengembara menentukan hala tuju di dalam hutan.
❖ Kompas hendaklah digunakan dengan teliti bagi mendapatkan arah yang tepat
ALAT PENUNJUK ARAH
❖ Kompas bearing sudut: Diukur mengikut arah pusingan jarum jam dan jumlah sudutnya
ialah 360 darjah.
❖ Kompas mata angin 16: Berpandukan empat mata angin yang utama.
PERKARA-PERKARA PENTING SEMASA MENGGUNAKAN KOMPAS
▪ Memeriksa bearing kompas (arah yang hendak dituju) bagi memastikan arah yang betul
dan tepat.
▪ Tentukan sesuatu objek sebagai tanda supaya anda boleh terus menghala ke arah yang
hendak dituju dengan mudah, misalnya pokok besar, benda yang ganjil atau gatu besar
yang berada di persekitaran.
LANGKAH-LANGKAH BAGI MENCARI KEDUDUKAN SUATU TEMPAT DI ATAS PETA
- Letakkan peta di atas permukaan yang rata.
- Tandakan kedua-dua tempat yang hendak dicari bearing sudutnya, misalnya A dan B.
- Lukiskan kedudukan arah mata angin utara selatan.
- Ini dapat dilakukan dengan melukis garisan yang selari dengan mana-mana garisan gred yang
berhampiran.
- Sambungkan kedua-dua titik A dan B dengan satu garis lurus.
- Gunakan jangka sudut bagi mengukur sudut bermula dari utara mengkut arah pusingan jarum jam
sehingga ke garisan yang menyambungkan kedua-dua titik tersebut. 1
AKTIVITI PENGGUNAAN KOMPAS
Aktiviti orienteering atau pandu arah
Mengenal arah mata angin
Mencari arah mata angin
Mencari kiblat
Praktikal mencari bearing (arah mata angin)
Latihan di kawasan sekolah.
Menggunakan peta
Merintis hutan menggunakan Kompas
Pertandingan mencari bearing di hutan
Mencari harta karun
4.5 KOMUNIKASI RADIO AMATUR/UHF VHF
Suatu perkhidmatan radio komunikasi yang digunakan bagi tujuan latihan diri, perhubungan dan
penyiasatan teknikal yang dijalankan oleh individu yang memegang lesen radio amatur. Dapat
digunakan bagi menghubungkan seseorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke
seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.
Penggunaan radio amatur sangat praktikal terutamanya apabila kita berkonvoi ke dalam hutan
belantara.
FUNGSI RADIO AMATUR
Komunikasi melalui radio amatur tidak seperti penggunaan telefon bimbit kerana liputannya tidak
terbatas kepada kawasan berpenduduk sahaja. Amat berguna terutamanya kepada agensi-
agensi penyelamat. Membolehkan anda berhubung dari mana-mana tempat pada setiap masa.
Menerima dan menghantar semula audio ke tempat yang lain pada jarak yang lebih jauh. Di
dalam keadaan darurat seperti bencana alam, peranan radio amatur amat menonjol di dalam
memberikan kemudahan perhubungan.
Pada mulanya komunikasi menggunakan radio amatur hanyalah sekadar bercakap sahaja. Kini,
sistem perhubungan yang dahulunya menggunakan sistem anolog kini telah bertukar kepada
sistem digital yang membenarkan kita bukan hanya dapat bercakap sahaja malahan dapat
melihat sebagaimana sebuah televisyen yang boleh dipancarkan hampir ke sebahagian besar
dunia.
OPERATOR RADIO AMATUR
Hanya mereka yang telah diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat Radio Amatur.
Terbahagi kepada dua kelas lesen iaitu
Lesen A: Ujian Teori Radio dan Kefahaman Peraturan Radio.
Lesen B: Ujian Kod Morse dan ujian-ujian teori dan radio.
4.6 MEMBACA PETA TOPO DAN KEGUNAANNYA
Peta yang menunjukkan maklumat topografi dan firtur-fitur yang ada di atas permukaan bumi.
Contoh: bukit, sungai, jalan dl. Peta yang baik membolehkan untuk kita membayangkan apa
yang ada di tempat tersebut dari segi saiz, jarak, ketinggian dan lain-lain.
KEGUNAAN PETA TOPOGRAFI
-maklumat tentang kepelbagaian bentuk dan ketinggian muka bumi & jenis tumbuhan yang ada
-Memberi maklumat tentang kewujudan, kolasi dan jarak antarar fitur yang ada di bumi
- Penting untuk pihak tentera bagi mempertahankan negara.
4.7 MENGESAN TANDA DAN SIMBOL
Tanda dan symbol Digunakan semasa pengembaraan di dalam hutan atau mendaki bukit. Ahli
pasukan dapat mengesan kedudukan anda dengan cepat sekiranya sesat di dalam hutan.
1. TANDA IKUT JALAN INI
-Boleh digaris pada tanah
-Menggunakan batu-batu kecil dan disusun seperti anak panah
-Menggunakan ranting kayu membentuk anak panah
2. BEBERAPA LANGKAH KE HADAPAN
-Bermaksud ada sesuatu di hadapan atau ada berita baik di hadapan
Contoh: ada surat tertanam 5 langkah ke hadapan
-Ranting kayu digunakan membentuk anak panah
-Melorek di atas tanah
3. ADA AIR ARAH SINI
-Bermaksud terdapat sungai atau takungan air mengikut arah
-Dilorek atau dilukis di atas tanah
4. TUNGGU DI SINI
-Bermaksud anda tidak boleh bergerak
-Anda boleh berehat atau menunggu arahan seterusnya di sini
-Dihasilkan dengan meletakkan batu besar di bawah, diikuti batu serdehana di atas dan
batu kecil di atas sekali
Juga boleh dilukis atas tanah atau menggunakan ranting
4.8 LAPORAN PENGEMBARAAN
Melaporkan aktiviti kepada balai polis ataupun ranjer taman yang bertugas ditempat yang anda
hendak tuju untuk memaklumkan mereka bahawa aktiviti perkhemahan akan dilaksanakan dalam
kawasan mereka.
Tujuannya:
• memudahkan mereka membuat rondaan keselamatan
• memudahkan mereka melakukan kerja-kerja menyelamat apabila bantuan
diperlukan
• mohon penerangan lebih terperinci daripada mereka mengenai keadaan Kawasan
LEMBARAN KERJA
1. Nyatakan aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam kalan lasak dan pandu arah.
2. Apakah nama simbol yang memberi maksud bahawa anda tidak boleh bergerak dan
dibenarkan berehat dan boleh dihasilkan dengan menggunakan batu besar di bawah dan batu
kecil di atas?
3. Apakah tujuan melaporkan laporan perkhemahan kepada ranjer semasa melakukan aktiviti
perkhemahan?
SIMPULAN DAN
IKATAN
5.0 SIMPULAN DAN IKATAN
Ikatan dan simpulan memainkan peranan penting dalam sesuatu kerja menyelamat.
Penggunaan tali sebagai medium penyelamatan adalah satu perkara yang terbukti efektif.
Simpulan dan ikatan perlu diketahui dalam proses membuat gadjet, perlu dipelajari lebih
dahulu supaya gadjetnya kekal. Simpulannya perlulah ketat dan kuat.
Jenis-jenis tali:
-tali fiber asli (tali sabut,tali kapas, tali gentian manila)
-tali fiber buatan (tali nylon, tali karamental, tali nylon
5.1 SIMPULAN
JENIS SIMPULAN FUNGSI TEKNIK
SIMPUL MANUK
• Digunakan Teknik :
untuk mengikat a)Mulakan simpul
tali pada tiang pada kayu.
atau balak.
• Tidak mudah b)Kemudian, buat
terburai dan satu lagi simpulan
kayu dapat di atas simpulan
ditarik ke tempat tadi.
yang
dikehendaki c) Tarik hujung tali.
dengan selamat.
• Juga digunakan
semasa
memulakan dan
mematikan
ikatan seraya
dan silang
gunting.
SIMPUL BUKU SILA • menyambung 2 • letakkan
SIMPUL TINDIH KASIH tali yang sama hujung a
saiz. dan b di
atas satu
• mengikat sama lain.
pembalut segi
tiga semasa • masukkan
pertolongan hujung a
cemas. dibawah b.
• kemudian,
lakukan
ikatan yang
sama
dengan
memasukka
n b di
bawah
• Digunakan untuk a) Mulakan ikatan
membuat tanjul dengan
yang tidak boleh membentuk satu
menjerut. bulatan.
• Untuk b) Kemudian,
menyelamat masukkan hujung
orang dengan tali ke dalam
memasukkan bulatan tersebut.
tanjul itu keliling c) Masukkan
badan mangsa. hujung tali ke
bawah tali dan
masukkan kembali
ke dalam bulatan
tersebut.
SIMPUL BUNGA GETI • Menyambung 2 a) Mulakan simpul.
SIMPUL BALAK
SIMPUL BELIT tali yang tidak
sama saiz. b) Kemudian
• Mengikat tali ke masukkan hujung
suatu tanjul. tali B supaya
bersilang untuk
membentuk simpul
seperti rajah
c) Seterusnya tarik
kedua-dua tali
tersebut untuk
membentuk simpul.
• Untuk mengikat a) Gunakan tali
hujung tali ke dengan
tiang atau pokok mengelilingi kayu.
dengan mudah.
• Agar kayu itu b) Tarik bahagian
tidak licin dan tali yang panjang
mudah digerak- supaya menjadi
gerakkan. kemas.
• Untuk
memulakan
ikatan serong.
• Kegunaannya a. Lilit tali
adalah untuk pada kayu 2 kali
mengikat hujung bermula dari
tali pada tiang, bawah
pokok, gelung b. Bahagian
atau tali yang tali A di bawa ke
lain supaya ia