INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR TAHUN AKADEMIK : Semester 2 Tahun 2 MPU3441a KOKURIKULUM – UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI KADET PROGRAM : PISMP AMBILAN: JUN 2021/2026 SEMESTER: DUA NAMA PENSYARAH: PN HJH AZIBAH BINTI BAHAROM NAMA PELAJAR: HIBRINA BINTI YAHYA ANGKA GILIRAN: 2021152340246 NO KAD PENGENALAN: 031109-01-1160 TARIKH HANTAR: 8 MAC 2024 Pengesahan pelajar: Saya mengesahkan bahawa maklum balas telah diberikan oleh pensyarah. Catatan (jika ada) Tandatangan Pelajar: Tarikh: 8 MAC 2024 TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN (INDIVIDU)
NAMA : HIBRINA BINTI YAHYA UNIT : PBKK2 AMBILAN : JUN 2021/2026 PENSYARAH : PN. AZIBAH BINTI BAHAROM IPGM KAMPUS RAJA MELEWAR BUKU LOG PERSATUAN PANDU PUTERI
Isi Kandungan
Isi Kandungan
Biodata Diri HIBRINA BINTI YAHYA IPGM KAMPUS RAJA MELEWAR NAMA NO. KP OPSYEN TARIKH LAHIR ALAMAT NO. TEL E-MAIL ; ; ; ; ; ; ; HIBRINA BINTI YAHYA 031109-01-1160 BIMBINGAN DAN KAUNSELING 9 NOVEMBER 2003 LOT 14752, JALAN SEMERAH INDAH, TAMAN SEMERAH INDAH, 82000 PONTIAN, JOHOR 01159657646 [email protected]
Penghargaan Saya ingin menyatakan kesyukuran kepada Tuhan kerana dapat menyiapkan tugasan kerja kursus Unit Beruniform (MPU3441) ini dalam tempoh yang ditetapkan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Hjh Azibah binti Baharom yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang pelaksanaan kursus ini. Saya juga amat berterima kasih dan bersyukur kepada ibu bapa dan rakan-rakan yang turut membantu saya secara langsung mahupun tidak. Semoga segala kebaikan yang dikongsikan dibalas dengan ganjaran oleh Allah SWT. Terima kasih
SEJARAH PANDU PUTERI
Sejarah Pandu Puteri Sejarah Perkembangan World Association Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) Di satu perhimpunan pengakap di Crystal Palace pada tahun 1909, muncul sekumpulan remaja wanita yang meminta untuk menyertai perhimpunan ini. Ini dibuktikan sebagai pemangkin untuk pergerakan Pandu Puteri pada hari ini. Mereka telah menarik perhatian pengasas Pengakap, Lord Robert Baden-Powell dan dalam masa beberapa bulan, kumpulan perempuan ini telah mempunyai nama dan programnya sendiri. Baden-Powell memilih nama “Girl Guides” dengan rujukan kepada Guides Corps di India. Girl Guides atau Pandu Puteri tidak mengambil masa yang lama untuk membawa impak. Pada tahun 1910, adik Baden-Powell iaitu Agnes telah mengadaptasikan buku “Scouting for Boys” untuk kegunaan Pandu Puteri dan seterusnya, pergerakan Pandu Puteri dilahirakan. Pada tahun yang sama, Sir Robert yang baru bersara mula bergerak secara sepenuh masa dalam Pengakap dan Pandu Puteri. Beliau berjumpa dengan OlaveSoames semasa satu lawatan promosi diadakan dan seterusnya berkahwin dengannya. Pada tahun 1918, Olave dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri United Kingdom dan pasangan ini meneruskan usaha mereka dalam mengembangkan Pandu Puteri di seluruh dunia. Rentetan itu, muncullah Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) yang merupakan pertubuhan rasmi dengan menggabungkan persatuan-persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri di seluruh dunia. Terdapat 145 organisasi ahli yang bergabung dengan WAGGGS dan mereka ditadbir mengikut lima rantau - Afrika, Arab, Asia Pasifik, Eropah dan Hemisfera Barat. WAGGGS mempunyai 10 juta orang ahli individu. Melalui organisasi ahlinya, WAGGGS menyediakan program pendidikan bukan formal yang berkualiti untuk remaja dan wanita muda dalam mengembangkan kepimpinan dan kemahiran hidup yang diperoleh daripada pengalaman yang dilalui.
Pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Pusat Pentadbiran Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) telah berpindah dari Singapura ke Wisma Pandu Puteri, Kuala Lumpur pada tahun 1957 dan PPPM telah ditubuhkan di bawah Akta Parlimen dalam tahun 1958. Sehingga kini, PPPM mempunyai 18 buah cawangan di seluruh negara dengan bilangan ahli melebihi 282147 orang. PPPM ialah sebuah persatuan yang bebas, tidak terlibat dengan parti politik atau mana- mana badan kerajaan, tidak berasaskan keuntungan, malah bercorak memberikan pendidikan tidak formal untuk anak gadis dan wanita remaja. Pada tahun 1957, PPPM dengan rasminya menjadi Ahli Bersekutu Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia ataupun World Association of Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) dan diterima sebagai ahli Tenderfoot dalam tahun 1960. Pada tahun 1966 PPPM diterima sebagai Ahli Penuh WAGGGS (Full Member). PPPM mempunyai komitmen dalam melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan negara dan bangsa melalui visi PPPM, “Menerajui perkembangan potensi gadis dan wanita untuk membawa perubahan. Setelah 104 tahun berada di Malaysia, PPPM telah menyumbang ke arah melahirkan pemimpin wanita yang hebat, cemerlang serta berwibawa di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Untuk perincian yang lebih jelas, sila rujuk jadual berikut. Sejarah Pandu Puteri Sejarah Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Sejarah Pandu Puteri Sejarah Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Sejarah Pandu Puteri Sejarah Persatuan Pandu Puteri Malaysia
CARTA ORGANISASI PERSATUAN PANDU PUTERI
LEMBAGA EKSEKUTIF KEBANGSAAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Carta Organisasi
YANG DIPERTUA CAWANGAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Carta Organisasi
STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA LEMBAGA EKSEKUTIF KEBANGSAAN (LEK) Carta Organisasi
JAWATANKUASA PERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS RAJA MELEWAR Carta Organisasi KAPTEN DHANYA A/P KANAN KUMPULAN KENANGA TING WEN LING VENESSHA S. JAMES KUMPULAN SIANTAN ANGGAYAARASI A/P MATHAVAN LOGENI A/P KANAN SINDU A/P CHINATAMBEE KUMPULAN TERATAI DOH WAI WOON VETRISA DOIS DIONG SHI YI KUMPULAN KESIDANG HIBRINA BINTI YAHYA NUR AINA TASHA BINTI ABU BAKAR PREMILA A/P UTHIRAPATHY PENOLONG KAPTEN NUR AINA TASHA BINTI ABU BAKAR KUMPULAN MELUR DHANYA A/P KANAN SONIA RAJ A/P SAVRAJ KANNIAH SITI NURATHIRAH NABILA BINTI SHAWAL KUMPULAN CEMPAKA KAYALVILI A/P CHANDRASEGARAN NURUL USYAIRAH BINTI NOR URIZ SITI AISYAH BINTI SHUHAIZAT BENDAHARI PREMILA A/P UTHIRAPATHY SETIAUSAHA ANGGAYAARASI A/P MATHAVAN
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PANDU PUTERI
Pengurusan dan Pentadbiran Pandu Puteri PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN - PROSEDUR PENDAFTARAN Pendaftaran Ahli Baharu Pendaftaran Ahli Baharu melalui sistem e-Daftar di sekolah/ daerah/ cawangan masing-masing. Ahli Seumur Hidup Isi borang Ahli Seumur Hidup di laman sesawang Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Yuran sebanyak RM250 sekali bayar sahaja Kelayakan : Ahli berumur 35 tahun Ahli PPPM yang kurang 35 tahun perlu bayar pendahuluan RM5 bagi setiap tahun sehingga umur 35 tahun Contoh : jika berumur 35 tahun, (RM5 x 5 tahun) + RM250 = RM275 Cetak atau scan borang dan hantar ke ibu pejabat bersama bayaran atau bukti pembayaran Pendaftaran Pasurkan Baharu / Semula Isi borang pendaftaran pasukan / semula secara atas talian di laman sesawang PPPM. Salinan borang yang telah ditandatangani hendaklah dicetak dan dihantar ke ibu pejabat bersama-sama bayaran atau bukti pembayaran. Yuran Keahlian Kebangsaan Tahunan : RM2 seorang setiap tahun (untuk ahli Pandu Pyteri Tunas / Remaja / Renjer) 1. RM5 seorang setiap tahun (untuk ahli Pandu Puteri Kadet / Siswi / Dewasa / Pemimpin / Guild Trefoil) 2. 3.Dibayar setiap tahun semasa pendaftaran semula 4.Dibayar sebelum 31 April setiap tahun.
Pengurusan dan Pentadbiran Pandu Puteri Cara Pembayaran Bayaran melalui Pesuruhjaya Daerah / Ketua Pesuruhjaya Cawangan atau dibayar terus kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Dibayar secara tunai, wang pos atau cek berpalang atas nama “PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA” di ibu pejabat, Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Bayaran dimasukkan terus ke akaun Persatuan Pandu Puteri Malaysia (CIMB Bank) Nama akaun : Persatuan Pandu Puteri Malaysia Nombor akaun : 1426-0006320-004 (Faks, pos atau email salinan transaksi bank ke Persatuan Pandu Puteri Malaysia). Sila dapatkan resit daripada pihak yang menerima bayaran yuran sebagai bukti pembayaran LENGKAPKAN BORANG-BORANG PENDAFTARAN BERIKUT : Borang Pendaftaran 2 - Borang Senarai Nama Ahli Dewasa - Pemimpin Borang Pendaftaran 3 - Borang Senarai Nama Ahli Pasukan Catatan : Borang-borang tersebut boleh dimuat turun atau diperoleh daripada Pesuruhjaya Daerah / Ketua Pesuruhjaya Cawangan atau ibu pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Sertakan salinan Sijil Pendaftaran Pasukan / Guild (untuk Pendaftaran Semula dan Pemberian Nama Baru Pasukan / Guild). Jelaskan pembayaran yuran yang berkenaan.
Pengurusan dan Pentadbiran Pandu Puteri KUASA PENGANJUR Tanggungjawab Kuasa Penganjur ialah ; meluluskan pendaftaran tahunan unit Pandu Puteri dengan ibu pejabat Persekutuan Pandu Puteri Malaysia. Merupakan salah seorang daripada dua penurun tandatangan rasmi (official signatories) - seorang lagi ialah pemimpin kumpulan] bagi akaun simpanan atau semasa untuk unit Pandu Puteri itu. Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpin Pandu Puteri. Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit Pandu Puteri Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktiviti luaran (seperti rombongan, kembara, perkhemahan dan sebagainya) Menyelia dan mengawal kemajuan unit Pandu Puteri di sekolahnya
PRINSIP-PRINSIP ASAS DALAM PANDU PUTERI
Perlembagaan Pandu Puteri Perlembagaan ini telah diluluskan oleh satu mesyuarat Majlis Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, di Kota Kinabalu, Sabah, pada hari Jumaat, 9 Jun 2006. Berikut ialah Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. MUKADIMAH Kepanduan bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 dan pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Semenjak tahun 1928 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan Malaysia. Ordinan Pandu Puteri 1953 telah digantikan oleh Akta Pandu Puteri 1953. Akta ini telah disemak pada tahun 1991. Perlembagaan ini merupakan asas pentadbiran seluruh pergerakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, sebagai sebuah pergerakan yang bebas, tidak terlibat dalam sebarang parti politik atau mana-mana badan kerajaan, tidak berasaskan keuntungan, dan bercorak kependidikan untuk kanak-kanak perempuan dan gadis, berteraskan Prinsip Asas Kepanduan, yang berdasarkan nilai rohaniah dan membaktikan untuk pembelajaran kanak-kanak perempuan dan gadis menerusi kaedah-kaedah yang telah diilhamkan oleh Pengasasnya seperti yang tertera di bawah. PERKARA 1 – NAMA, STRUKTUR DAN LOKASI Persatuan ini dinamakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah persatuan yang tersendiri. Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia terletak di Kuala Lumpur, Malaysia PERKARA 2 – KRITERIA KEANGGOTAAN, PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG Persatuan Pandu Puteri Malaysia mentaati Prinsip Asas Kepanduan, yang berteraskan Persetiaan dan Undang-Undang Asal, seperti yang diilhamkan oleh Pengasasnya, Robert Baden-Powell. Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah keseluruhannya tadbir kendiri, bebas daripada sebarang pertubuhan politik dan tidak akan terlibat dalam sebarang parti politik. Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah organisasi yang tidak berasaskan keuntungan. Setiap ahli digalakkan untuk melafaz Persetiaan dan Undang-Undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Persetiaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti berikut: Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya: menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya Malaysia, menolong orang setiap masa, dan mematuhi Undang-Undang Kepanduan. Undang-Undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti yang berikut: Seorang Pandu Pueteri boleh dipercayai. Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia. Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain, Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain. Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan-santun. Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar. Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah. Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan. Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat. Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan. 2.1 Kaedah Kaedah dan program yang digunakan diambil daripada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia yang merangkumi : Komitmen melalui Persetian dan Undang- undang Perkembangan kendiri yang progresif Pembelajaran melalui perbuatan Kerjasama berpasukan menerusi sistem kumpulan dan latihan untuk kepimpinan yang bertanggungjawab Kerjasama aktif antara remaja dan orang dewasa Khidmat masyarakat Aktiviti luar Simbolisme Perlembagaan Pandu Puteri
Bahagian Kepanduan 5 hingga 25 tahun Pandu Puteri Pra-Tunas 6 tahun ke bawah Pandu Puteri Tunas 6 hingga 12 tahun Pandu Puteri Remaja 12 hingga 15 tahun Pandu Puteri Renjer 15 hingga 18 tahun Pandu Puteri Kadet +18 tahun Pandu Puteri SIswi +18 tahun Pandu Puteri Dewasa +18 tahun 2.2 Keanggotaan Keanggotaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah secara sukarela dan terbuka kepada semua kanak-kanak perempuan dan gadis tanpa membezakan agama, bangsa, kerakyatan yang lain dengan pembayaran yuran keanggotaan tahunan. Keanggotaan merangkumi kategori-kategori yang berikut: Ahli aktif Setiap Ahli Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan atau yuran keanggotaan seumur hidup kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia. USUL 13 – Keanggotaan seumur hidup dibuka kepada dewasa berumur 35 tahun ke atas dengan pembayaran yuran keanggotaan seumur hidup. Persatuan Pandu Puteri Malaysia membayar kuota untuk setiap Ahli Aktif kepada Persatuaan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi: Perlembagaan Pandu Puteri
Bahagian Dewasa +18 tahun Pemimpin Tidak Berwaran +18 tahun Penolong Pemimpin +18 tahun Pemimpin +18 tahun Jurulatih +18 tahun Pesuruhjaya +18 tahun Guild Mantan Pesuruhjaya +18 tahun Guild Pandu Puteri Raja +18 tahun Guild Trefoil +18 tahun Ahli Tidak Aktif Setiap Ahli Tidak Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia tetapi Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak membayar kuota untuk setiap Ahli Tidak Aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Ahli-ahli Tidak Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi Ahli Aktif yang telah bersara daripada keahlian yang aktif, atau lekaki dan perempuan dewasa + 18 tahun, yang telah mendaftar sebagai Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri yang berkehendak untuk diikaitkan dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri menyumbang bantuan teknikal dalam bidang kewangan, perhubungan awam, projek-projek khidmat dan pembangunan serta terknologi maklumat. Perlembagaan Pandu Puteri
Ahli Kehormat Setiap Ahli Kehormat tidak perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak menjelaskan bayaran kuota untuk setiap Ahli Kehormat kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pangakap Puteri Sedunia. Ahli-ahli Kehormat ialah ahli yang membantu untuk mempromosikan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, seperti Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap-pengakap Malayis, kakitangan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan, orang-orang awm yang terkenal dan penting, serta individu-individu termasuk Pesuruhjaya-pesuruhjaya dan Pemimpin-pemimpin yang tidak lagi memegang waran. Ahli-ahli Kehormat tidak termasuk bekas Ketua Pesuruhjaya, bekas Ketua Pesuruhjaya Cawangan dan bekas ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan akan menjadi ahli Guild Mantan Pesuruhjaya, dan Ahli Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia dengan jemputan. Perletakan Jawatan dan Pembatalan Keanggotaan Seseorang ahli boleh meletakkan jawatan daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bila-bila masa secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaaan dan sekiranya mereka seorang pemimpin atau pesuruhjaya dengan memulangkan waran mereka. Hak istimewa dan kelebihan yang diperoleh daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia dilepaskan dengan serta-merta dengan perletakan jawata tersebut. Keanggotaan mana-mana ahli boleh dibatalkan sekiranya mereka tidak memathui keperluan-keperluan yang termaktub dalam Perlembagaan ini. Satu ‘Court of Honour’ akan diwujudkan dan dianggotai oleh sekurang-kurangnya tiga orang ahli yang terpilih untuk mendengar dan membuat keputusan ke atas setiap rayuan terhadap pembatalan keanggotaan. Keputusan daripada ‘Court of Honour’ adalah muktamad. Perlembagaan Pandu Puteri
PERKARA 3 – TUJUAN DAN OBJEKTIF Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan Ahli Penuh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia iaitu: Mempromosikan kepanduan, ke seluruh Malaysia dengan tujuan memupuk perpaduan dan meningkatkan persefahaman bersama berteraskan Prinsip-Prinsip Asas; Melebarkan sasaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memberikan kepada kanak-kanak perempuan dan gadis peluang-peluang latihan kendiri dalam perkembangan sifat dan watak, kerakyatan yang bertanggungjawab dan khidmat di dalam komuniti sendiri dan dunia. Menggalakkan persahabatan antara kanak-kanak perempuan dan gadis berbilang kaum di dalam Negara dan seluruh dunia. Untuk mempromosikan kepanduan secara aktif dan melibatkan gadis di bawah umur 30 tahun dalam kedudukan pembuat keputusan di Persatuan Pandu Puteri Malaysia. PERKARA 4 – LENCANA USUL 8 : Lencana Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengandungi tiga kelopak dan bintang pecah empat belas di tengah-tengahnya serta tertulis perkataan “Persatuan Pandu Puteri Malaysia” di dalam bulatan di sekelilingnya. Semua hakcipta dan harta intelek ke atas Lencana (keseluruhan atau sebahagian daripadanya), bersama dengan nama baik berkaitan dengannya dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Perlembagaan Pandu Puteri
Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia diberi kebenaran tidak eksklusif untuk menggunakan Lencana sepanjang tempoh Keahlian tetapi tidak mempunyai hak ke atas Lencana. Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak dibenarkan memberikan kebenaran kepada pihak lain untuk menggunakan Lencana tanpa kebenran Lembaga Eksekutif Kebangsaan melalui Ibu Pejabat Kebangsaan. PERKARA 5 – PENAUNG Dengan perkenan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, maka Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Tugas-tugas dan tanggungjawab Penaung Diraja adalah seperti berikut: Mengisytiharkan pembukaan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Menandatangani dan menganugerahkan setiap Sijil Pandu Puteri Raja Menyerikan acara-acara Persatuan Pandu Puteri Malaysia PERKARA 6 – LEMBAGA EKSEKUTIF Lembaga seksektif Persatuan Pandu Malaysia ialah Lembagan Eksekutif Kebangsaan dan ditugaskan dengan pengendalian dan pengurusan Persatuan Pandu Puteri Malaysia antara meesyuarat Majlis Kebangsaan. Lembaga Eksekutif Kebangsaan bertanggungjawab kepada Majlis Kebangsaan. Oleh itu, Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa mutlak untuk menyuraikan Lembaga Ekselutif Kebangsaan juka perlu. 6.1 Keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan Lembaga Eksekutif Kebangsaan terdiri daripada Pegawai-peggawai yang berikut: Yang Dipertua Timbalan Yang Dipertua Ketua Pesuruhjaya Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat Perlembagaan Pandu Puteri
6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan : Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri Pesurujaya Guild Kepanduan 6 Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan : Pesuruhjaya Antarabangsa Pesuruhjaya Program & Latihan Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan Dana) Pesuruhjaya Keahlian Pesuruhjaya Perhubangan dengan Masyarakat Pesurujaya Struktur dan Pengurusan USUL 7 : Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan ahli ex offician yang dilantik dari semasa ke semasa 6.2 Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan Jawatan-jawatan di atas dipenihi melalui pemilihan yang akan berlangsung pada Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebangsaan. Seorang Ahli Aktif perlu dicalonkan sebagai calon untuk jwatan yang tertentu. Setiap pencalonan memerlukan seorang pencadang dan dua penyokong, yang terdiri daripada Ahli-ahli Aktif Persekutuan Pandu Puteri Malaysia. Perlembagaan Pandu Puteri Yang Dipertua Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah isteri Perdana Menteri Malaysia. Sekiranya Perdana Menteri Malaysia seorang wanita, maka Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Perdana Menteri Malayisa.
Perlembagaan Pandu Puteri Timbalan Yang Dipertua Usul 2 calon yang dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua akan memegang jawatan tersebut untuk tempoh tiga tahun. Apabila tempoh tersebut berakhir, calon boleh terus dipilih sebagai Tmbalan Yang Dipertua untuk tempoh tiga tahun selanjutnya tanpa had tempoh keseluruhannya. Ketua Pesuruhjaya Calon yang diplih sebagai Ketua Pesuruhjaya akan memegang jawatan untuk tempoh lima tahun. Tempoh tersebut tidak boleh disambung selanjutnya. Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat 6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan: Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet Pesuruhjaya Pandu Puteri Puteri Pesuruhjaya Guild Kepanduan 6 Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan: Pesuruhjaya Antarabangsa Pesuruhjaya Program & Latihan Pesuruhjaya Kewangan Kewangan dan Dana Pesuruhjaya Keahlian Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat Pesuruhjaya Sktrukur dan Pengurusan Calon-calon yang dipilih sebagai Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat, Pesuruhjaya- Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan dan Pesuruhjaya-pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan akan memegang jawatan untuk tempoh tiga tahun. Calon-calon tersebut boleh terus dipilih untuk tempoh tiga tahun selanjutnya sehingga had tempoh maksimum enam tahun keseluruhannya.
Demi memastikan kesemua jawatan pegawai tidak diperbaharui atau digantikan pada waktu yang sama dan seandainya Majlis Kebangsaan bersidang sekali setiap tahun, Lembangan Eksekutif Kebangsaan harus memastikan bahawa tidak lebih daripada satu pertiga jawatan akan dipilih pada setiap Mesyuarat Agong Tahunan Majlis Kebangsaan. Sekiranya terdapat jawatan yang tidak dipenuhi, seorang timbalan pegawai perlu dilantik, yang akan memegang jawatan tersebut sehingga mesyurat Majlis Kebangsaan tahun berikutnya, di mana pemilihan yang baru akan diadakan. Calon baru tersebut akan dipilih untuk memegang jawatan bagi tempoho tiga (3) tahun sepenuhnya. USUL 3: Sekiranya berkemungkinan, Lembaga Eksekutif Kebangsaan perlu dianggotai oleh Pegawai di dalam kumpulan umur berikut : 30% di bawah umur 35 tahun, 40% di antara umur 35 hingga 60 tahun dan 30% di atas umur 60 tahun. USUL 1: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysai adalah merupakan ahli ex offcio Lembaga Eksekutif Kebangsaan, Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertanggungjawab kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan di dalam pengurusan dan pentadbiran ibu pejabat kebangsaan dan di atas perlaksanaan tugas yang ditetatpkan dari semasa ke semasa oleh Lembaga Ekekutif Kebangsaan. USUL 7: Lembaga Eksekutif Kebangsaan diberi kuasa untuk melantik ahli ex offcio tambahan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaanmengikut keperluan dari semasa ke semasa. 6.3 Kekerapan Mesyuarat Mesyuarat akan diadakan sekali setiap tiga bulan. Lembaga Ekskutif Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya. Timbalan Ketua Pesuruhjaya akan dilantik sebagai pengerusi semasa ketiadaan Ketua Pesuruhjaya. Sekiranya Timbalan Ketua Pesuruhjaya juga tidak hadir, ahli-ahi yang hadir akan melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut. Perlembagaan Pandu Puteri
6.4 Korum and Kuasa Pengundi Mesyuarat-mesyuarat Lembaga Ekskutif Kebangsaan adalah sah di sisi undangundang apabila korum dua pertiga daripada ahli yang mengundi hadir. Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tarikh dua (2) minggu daripada tarikh asal dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah. Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir), keputusan ke atas usul-usul yang dibawa kepada Majlis Kebangsaan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undangundang kecil, dan pembuburan Persatuan Pandu Malaysia memerlukan dua pertiga undi majority. Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh dipanggil oleh sekurangkurangnya satu pertiga daripada keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Tugas-tugas dan tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaan ialah: Bertindak bagi pihak Majlis Kebangsaan antara mesyuarat badan perundangan Bertanggungjawab atas pengurusan hari ke hari Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memastikan pencapaian yang baik. Menetapkan objektif-objektif, mengkaji semula, meluluskan dan memimpin strategi dan perancangan, merangka belanjawan dan mengawasi pelaksaan aktiviti Memastikan dan menyelia pengurusan sumber manusia, pemilihan kakitangan dan pemampasan, pengawasan pelaksanaan tugas personel utama, peancangan pewarisan dan program latihan terancang Menghasilkan dan melaksanakan program-program untuk komunikasi yang berkesan dengan orang awam Mengkaji kecukupan dan integriti sistem laporan perakaunan dan kewangan, system kawalan dalaman, audit dalaman dan sistem untuk mengawal risiko, kawalan kewangan dan pematuhan dengan undang-undang dan peraturan Pandu Puteri Malaysia.Mencalonkan Ketua Pesuruhjaya. USUL 7 : melantik Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia Perlembagaan Pandu Puteri
PERKARA 7 – BADAN UNDANGAN Badan undangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Majlis Kebangsaan, Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa muktamad dalam membuat keputusan dan penggubalan polisi Persatuan Pandu Puteri Malaysia, walaupun antara mesyuarat, tanggungjawab ini boleh diturunkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan. 7.1 Keanggotaan Majlis Kebangsaan Setiap Cawangan dibenarkan menghantar sepuluh (10) wakil utuk hadir dan mengundi di majjlis Kebangsaan. Kesepuluh (10) wakil tersebut perlu terdiri daripada Ahli-ahli yang berumur 18 tahun ke atas. Tiga daripada sepuluh wakil tersebut harus berumur di antara 18 – 35 tahun. Setiap cawangan dibenarkan juga menghantar seorang Sukarelawan Pandu Puteri, seorang Sahabat Pandu Puteri dan seorang Ahli Kehormat untuk hadir tetapi mereka tidak akan dibenarkan mengundi. Keanggotaan Majlis Kebangsaan merangkumi: Perlembagaan Pandu Puteri Pegawai-pegawai Lembaga Eksekutif Kebangsaan juga merupakan ahli Majlis Kebangsaan. Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, Ketua Pesuruhjaya, Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat, enam (6) Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan dan enam (6) Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak tujuh belas (17) undi. USUL 7 : Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia Tiada hak untuk mengundi. Wakil Cawangan USUL 9 : 13 wakil daripada setiap 1615 Cawangan. 10 wakil dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak satu ratus enam lima puluh (160150) undi.
Perlembagaan Pandu Puteri USUL 10 : Majlis Kejurulatihan 10 wakil daripada Majlis Kejurulatihan. Guild Pandu Puteri Raja 1 wakil daripada setiap 14 Cawangan dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak empat belas (14) undi. Guild Trefoil 1 wakil daripada setiap 14 Cawangan dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak empat belas (14) undi. Guild Mantan Pesuruhjaya Setiap ahli yang hadir dibenarkan mengundi. Wakil Kelab Pandu Puteri Dibenarkan mengundi. Ahli-ahli Kehormat: Ketua Pesuruhjaya Persekutuan, Pengakap-pengakap Malaysia, staf Persatuan Pandu Puteri Malaysia kakitangan Kementerian Pelajaran & Kementerian Belia & Sukan Tiada had untuk mengundi. 7.2 Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan Ahli Aktif akan dilantik atau dipilih oleh badan yang mereka wakil untuk hadir dan mengundi di Majlis Kebangsaan selama satu tahun. Tempoh jawatan ini boleh disambung. Jawatan yang tidak dipenuhi akan dibiarkan kosong sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun berikutnya, iaitu pemilihan yang baharu akan berlangsung. Kekosongan ini tidak seharusnya dibenarkan berpanjangan lebih setahun dari tarikh jawatan tersebut dikosongkan. 7.3 Kekerapan Mesyuarat Majlis Kebangsaan akan bersidang dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada setiap tahun tidak lewat dari tarikh 30 Jun. Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan boleh dipanggil melalui permintaan daripada satu per lima daripada ahli Majlis Kebangsaan. Permintaan ini harus dibuat secara bertulis kepada Lembaga Ekskutif Kebangsaan.
Perlembagaan Pandu Puteri 7.4 Korum and Kuasa Pengundian Korum akan dicapai apabila terdapat kehadiran daripada separuh, campur satu daripada jumlah ahli yang mengundi. Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tarikh satu bulan dari tarikh asal mesyuarat yng dipanggil tersebut. Sekiranya korum tidak dicapai pada mesyuarat yang ditunda ini, mesyuarat ini tetap akan dijalankan dengan bilangan ahli yang hadir dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan diamnil kira sebagai sah. Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas hal-hal kewangan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-undang Kecil dan pembubaran Persatuan Pandu Puteru Malaysia memerlukan dua per tiga undi majoriti. 7.5 Tugas-tugas dan tanggungjawab Majlis Kebangsaan Tugas-tugas dan tanggungjawab Majlis Kebangsaan adalah seperti berikut: Memajukan Tujuan dan objektif-objektif Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Menetapkan polisi dan hala tuju Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Memperoleh pelbagai pandangan daripada Ahli Aktif dan Ahli Tidak Aktif tentang isu-isu penting Melantik juruaudit untuk mengaudit kunci kira-kira dan akaun-akaun tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tahunan secara bebas dan menerima laporan kewangan dan laporan tahunan. Memilih atau memberi persetujuan ke atas perlantikan ke Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Mendengar dan membuta keputusan ke atas permintaan untuk menarik balik balik waran-waran Ketua Pesuruhjaya dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya. Membuat pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-undang Kecil ini. Menerima dan meluluskan Perlembagaan Cawangan dan pindaan-pindaan susulan. Membuat keputusan ke atas pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Perkara-perkara lain boleh diperdengarkan dan diundi sekiranya perlu, di Majlis Kebangsaan dengan undi majoriti ahli-ahli Majlis Kebangsaan.
Perlembagaan Pandu Puteri PERKARA 8 – KEWANGAN Dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia diperoleh daripada: Kuota tahunan yang dijelaskan oleh Ahli, dengan jumlah yang ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan. Derma, sumbangan, yuran, pencarian dana, pusaka, harta peninggalan atau sumber dan pendapatan daripada pelaburan. Dana akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia selaras dengan polisi dan perancangan kewangan di mesyuarat Majlis atau Persatuan Cawangan dan tidak kepada mana-mana ahli individu atau kumpulan ahliahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Harta dan sumber yang dimiliki Persatuan Cawangan akan diuruskan oleh Pemegang Amanah masing-masing. Harta dan harta tanah yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia diuruskan oleh jawatankuasa pengurusan, tetapi keputusan jangka panjang tentang penjualan atau pembiayaan harta tersebut harus dibuat oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Sukarelawan tidak akan dibayar untuk menjalankan tanggungjawab mereka, tetapi dibenarkan menerima wang perbelanjaan sekiranya dipersetujui oleh Majlis Kebangsaan. Semua akaun bank yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia harus mempunyai dua penandatangan yang diberikan kuasa untuk setiap transaksi, iaitu salah seorang daripada penandatangan itu ialah Bendahari Kehormat. Jawatankuasa Kewangan yang dipengerusikan oleh Bendahari Kehormat akan mentadbirkan dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia. USUL 5 : Bendahari Kehormat akan menyediakan Penyata Kewangan Tahunan tidak lewat dari tarikh 14 Mei setiap tahun. Audit bebas akan dikendalikan setiap tahun kewangan dan kunci-kunci serta akaun-akaun gabungan akan diperlihatkan kepada Majlis Kebangsaan untuk diluluskan. Tahun kewangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bermula pada 1 Januari hingga ke 31 Disember.
Perlembagaan Pandu Puteri PERKARA 9 – CAWANGAN PERSATUAN Cawangan Persatuan terdiri daripada: Negeri-negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. USUL 9: Maktab Rendah Sains Mara. Lembaga Eksekutif Kebangsaan mempunyai kuasa untuk menentukan Cawangan Persatuan dan isu-isu sokongan akan dimasukkan ke dalam Undang-Undang Kecil. Setiap Cawangan Persatuan mempunyai Perlembagaan Cawangan yang selari dengan Perlembagaan ini. Sekiranya terdapat perkara yang tidak konsisten antara Perlembagaan Cawangan dan Perlembagaan ini, Perlembagaan ini akan mengatasi Perlembagaan Cawangan, namum setiap Cawangan Persatuan diberikan kuasa untuk mengkoordinasi Lembaga Eksekutif Cawangan, tempoh jawatan pegawaipegawainya dan mana-mana perkara yang dibenarkan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Setiap Perlembagaan Cawangan akan dibentangkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan untuk diluluskan. Setiap Cawangan dibenarkan mencalon wakil untuk menghadiri Majlis Kebangsaan untuk tempoh yang ditetapkan. Setiap Cawangan dibenarkan membuat pencalonan untuk pemilihan Pegawai Lembaga Eksekutif Kebangsaan. PERKARA 10 – PINDAAN KE ATAS PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG KECIL Perlembagaan dan Undang-undang Kecil ini boleh dipinda di mesyuarat Majlis Kebangsaan melalui undian dua-pertiga daripada ahli-ahli yang hadir. USUL 6: Pindaan boleh dicadangkan oleh mana-mana ahli Majlis Kebangsaan atau Lembaga Eksekutif Kebangsaan pada bila-bila masa. Pindaan perlu diedarkan kepada ahli-ahli Majlis Kebangsaan empat belas hari bekerja sebelum tarikh mesyuarat Majlis Kebangsaan.
Perlembagaan Pandu Puteri PERKARA 11 – PEMBUBARAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia hanya akan berlangsung melalui satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan yang diadakan untuk tujuan ini. Korum untuk mesyuarat ini ialah dua per tiga daripada ahli Majlis Kebangsaan. Cadangan untuk pembubaran harus disokong oleh dua per tiga undi majority daripada ahli-ahli yang hadir. Setelah Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibubarkan, sekiranya masih terdapat dana atau asset selepas semua hutang dan liabiliti dijelaskan, dana atau asset tersebut harus diagihkan sepertimana yang dipersetujui di Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan, iaitu pengundian untuk pembubaran telah berlangsung. Organisasi yang menerima dana atau asset tersebut harus mempunyai tujuan-tujuan yang sama dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Perlembagaan ini berkuat kuasa pada 24 September 2005, diterima oleh Majlis Kebangsaan pada 9 Jun 2006 dan disemak pada 30 Mei 2007.
Dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia akan menjalankan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan negara saya Malaysia, menolong orang setiap masa dan mematuhi undang-undang Pandu Puteri. Persetiaan Pandu Puteri
Persetiaan Pandu Puteri Pandu Puteri Tunas menunaikan kewajipan kepada Tuhan Segala benda yang hidup dalam dunia ini adalah ciptaan Tuhan. Setiap kali kita memandang atau menggunakan benda-benda yang ada di sekeliling kita, ini menunjukkan kita telah menikmati segala ciptaan Tuhan. Oleh sebab adanya segala ciptaan Tuhan, kita boleh hidup senang. Oleh itu, kita tidak boleh melupakan Tuhan dan sentiasa bersyukur kepadanya. Kita mengingati Tuhan dengan mengamalkan ajaran agama. Pandu Puteri Tunas menunaikan kewajipan kepada Raja Kita mesti taat kepada Raja kita. Kita mesti mematuhi undang-undang negara kita dan menyokong para pemimpin negara. Jika rakyat tidak mematuhi undang-undang sudah tentu negara akan menjadi huru-hara. Pandu Puteri Tunas menunaikan kewajipan kepada Negara Kita hendaklah menyokong dan melibatkan diri dalam semua kegiataan untuk memajukan negara. Kita harus berusaha meningkatkan ekonomi negara kita demi keselesaan hidup rakyat. Dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia akan menjalankan kewajipan saya kepada Tuhan, raja dan negara saya malaysia, menolong orang setiap masa dan mematuhi undang-undang Pandu Puteri. Pandu Puteri Tunas menolong orang setiap hari terutamanya mereka di rumah Kita hendaklah menolong orang lain untuk meringankan tugas mereka. Mereka sudah tentu akan berasa gembira. Di rumah, kita harus membantu ibu, bapa, adik-beradik dan ahli keluarga yang lain. Di sekolah, kita harus membantu guru dan rakan-rakan. Hal ini sudah tentu akan menggembirakan mereka.
Undang-undang Pandu Puteri Seorang pandu boleh dipercayai. Seorang pandu puteri sentiasa taat setia. Seorang pandu puteri suka menolong orang lain. Seorang pandu puteri bersahabat dengan semua orang dan pandu puteri yang lain. Seorang pandu puteri sentiasa bersopan santun. Seorang pandu puteri melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar. Seorang pandu puteri sentiasa menurut perintah. Soerang pandu puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam masa kesulitan. Seorang pandu puteri sentiasa berjimat cermat. Seorang pandu puteri suci dalam pemikiran, perkataan dan perbuatan.
Undang-undang Pandu Puteri Boleh dipercayai ; Setiap ahli pandu puteri mestilah bercakap benar, sanggup melakukan sesuatu mengikut arahan pandai menjaga diri-sendiri, keluarga, agama dan negaranya. Peribadi yang baik dan mulia harus ditunjukkan pada setiap masa. Suka menolong orang lain ; Pandu puteri harus tahu dan berusaha untuk melakukan apa sahaja agar dirinya berguna kepada keluarga, agama, bangsa dan negara. Menolong orang pada setiap masa harus dijadikan amalan. Bersahabat dengan semua orang dan bersaudara dengan pandu puteri yang lain ; Pandu puteri akan bersahabat dengan sesiapa sahaja tanpa mengira warna kulit, agama, bangsa dan kebudayaan. Ke mana sahaja pandu puteri menjelajah, mereka akan diterima oleh rakan mereka. Pandu puteri juga akan menjalinkan persahabatan dengan orang lain yang bukan dalam kalangan pandu puteri sahaja. Sentiasa bersopan santun : Pandu puteri harus sentiasa menghormati dan berbudi kepada sesiapa sahaja. Dengan ini peribadi yang mulia akan terbentuk dan mereka akan disanjung oleh masyarakat. Sentiasa berjimat cermat : Pandu puteri harus bijak menggunakan wang atau berbelanja tanpa membazir. Selain itu, pandu puteri juga harus pandai menggunakan masa, menjimatkan masa, menjimatkan makanan dan apa jua keperluan harian Menyayangi haiwan dan alam sekitar : Pandu Puteri perlulah mempunyai rasa sayang yang tinggi terhadap haiwan dan alam sekitarnya. Perkara ini dapat mewujudkan dunia yang seimbang memandangkan setiap hidupan di muka bumi ini saling memerlukan antara satu sama lain. Bertutur dengan sopan : Seorang Pandu Puteri mempunyai kemahiran komunikasi yang baik. Mereka bukan sahaja menggunakan bahasa yang sopan ketika bercakap, tetapi juga menggunakan nada suara yang lembut dan penuh berhemah. Percakapan yang berilmiah menujukkan keperibadian Pandu Puteri sebagai seorang yang berwibawa.
Visi Taking the lead in developing the potential of girls and women for change Menerajui perkembangan potensi gadis dan wanita dalam membawa perubahan Misi Girl Guides Association is committed to the development of girls and women of calibre through internationalization of Girl Guiding knowledge, skills and values to benefit the society, country and the world PPPM mempunyai komitmen melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa
Cogan Kata Pandu Puteri Pandu Puteri Tunas Tolong Orang Selalu Pandu Puteri Remaja Selalu Sedia Pandu Puteri Renjer Selalu Sedia - Terus Khidmat Pandu Puteri Kadet Selalu Sedia
LAMBANG MAKNA Bintang pecah 14 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia Tiga rangkaian daun lebar Melambangkan tiga persetiaan Pandu Puteri, iaitu taat pada Tuhan, Raja dan Negara, menolong orang setiap masa dan mematuhi undang-undang Pandu Puteri. Cantuman tiga daun Persaudaraan Pandu Puteri di negara ini. Logo dan Lambang Pandu Puteri LOGO PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Lencana rasmi bagi Persatuan Pandu Puteri Malaysia bewarna hitam dan putih seperti tertera di atas. Logo ini digunakan sebagai lambang pelantikan bagi semua kategori ahli aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
LAMBANG MAKNA Trefoil (Tiga cabang bewarna emas) Melambangkan ikrar Pandu Puteri serta matahari yang bersinar-sinar di langit biru. Bintang-bintang pada cabang trefoil Bintang penunjuk jalan iaitu persetiaan dan undang-undang Pandu Puteri. Segi tiga ke atas (Jarum) Jarum Kompas menunjuk ke arah Utara sebagai petunjuk jalan yang harus dituju dalam Pandu Puteri Tapak / Tangkai Perasaan kasih sayang semua manusia yang sentiasa bernyala dalam jiwa seorang ahli Pandu Puteri. LENCANA DUNIA PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA LENCANA PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA LAMBANG MAKNA Trefoil (Lambang daun) Melambangkan Persetiaan Pandu Puteri Cantuman tiga daun Menunjukkan tali persaudaraan kepanduan yang kukuh Bintang pecah 14 Melambangkan perpaduan antara 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan
LAMBANG MAKNA Bintang pecah 14 Melambangkan perpaduan antara 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan Bulan dan bintang Melambangkan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia Lima bilah keris Lambang Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Perlis, Kedah, Kelantan Terengganu dan Johor Dua harimau di kiri dan kanan Ia merupakan simbol keberani yang perlu dimiliki oleh semua rakyat Malaysia. Nama harimau ini adalah Harimau Malaya Imej pokok pinang dan Jambatan Pulau Pinang Lambang ini terletak di sebelah kiri dan mewakili negeri Pulau Pinang Imej pokok Melaka Lambang ini terletak di sebelah kanan dan mewakili negeri Melaka JATA NEGARA
JATA NEGARA Empat jalur berwarna merah, hitam, putih dan kuning Empat warna yang berada di tengah jata negara mewakili warna bendera Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Hitam, putih dan kuning mewakili negeri Perak Merah dan kuning mewakili negeri Selangor Hitam dan putih mewakili negeri Pahang Hitam, merah dan kuning mewakili Negeri Sembilan Lambang Kota Kinabalu Mewakili negeri Sabah Burung kenyalang Lambang ini yang terletak di sebelah kiri bahagian bawah melambangkan negeri Sarawak Bunga raya Merupakan Bunga Kebangsaan Malaysia Warna kuning pada cogan “Bersekutu Bertambah Mutu” Melambangkan warna Diraja denan tulisan cogan ditulis dengan tulisan jawi dan rumi
Isyarat dan Hormat Pandu Puteri ISYARAT PANDU PUTERI Isyarat Pandu Puteri secara amnya adalah sama dengan Hormat Pandu Puteri. Perbezaan antara kedua - duanya adalah dari segi kegunaan dan kedudukan tangan. Isyarat Pandu Puteri digunakan semasa seseorang itu diterima menjadi ahli Pandu Puteri dan semasa Pandu Puteri memperbaharui ikrar. Isyarat Pandu Puteri melambangkan persaudaraan dan rasa kasih sayang seseorang terhadap Pandu Puteri dan dunia. Caranya adalah seperti berikut: 1.Pandu Puteri berdiri tegak dalam kedudukan sedia. Tangan kanan dihanyunkan ke atas bahu dengan cergas dan tangan kiri dirapatkan terus ke badan. 2. 3.Siku berhampiran badan. 4.Lengan tegak dengan jari di paras sama dengan bahu. 5.Kedudukan jari samalah seperti dalam hormat Pandu Puteri. 6.Kedudukan tangan kanan adalah pada jarak 15-25 cm dari telinga kanan. HORMAT PANDU PUTERI Hormat atau tabik Pandu Puteri adalah perlakuan menerusi isyarat yang dilakukan oleh Pandu Puteri kepada pegawai-pegawai Pandu Puteri seperti Pemimpin, Ketua dan juga sesama ahli kumpulan. Ia juga diberikan kepada ketua negara, ketua negeri, pembesar dan tetamu kehormat dalam upacara rasmi. Hormat Pandu Puteri hendaklah digunakan oleh Pandu Puteri sebagai tanda menghormati seseorang di dalam acara atau hal-hal yang membabitkan kepanduan. 3 jari melambangkan 3 bahagian persetiaan. Ibu jari di atas jari kelingking melambangkan yang kuat membantu yang lemah. Hormat Pandu Puteri diberikan untuk keadaan berikut: Perjumpaan dengan Pemimpin, Ketua dan orang-orang kenamaan di dalam upacara yang kepanduan. Upacara penerimaan hadiah atau kurniaan. Upacara mengibarkan bendera.
Isyarat dan Hormat Pandu Puteri Cara memberikan hormat adalah seperti berikut: Tiga jari tangan kanan ditegakkan. Ibu jari diletakkan di atas jari kelengkeng yang dibengkokkan, Tangan di angkat sehingga sama tinggi dengan dahi. Sebaik sahaja dapat hormat balas, tangan dijatuhkan dan pandu puteri bolehlah bergerak dari situ.