The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BDK20622 HIBRINA BINTI YAHYA, 2024-03-16 13:08:38

BUKU LOG UB PPK

BUKU LOG UB PPK

Berjabat Tangan Pandu Puteri Berjabat tangan adalah tanda persahabatan bagi Pandu Puteri. Ia juga menjadi amalan tradisi Pandu Puteri Dunia. Pandu Puteri Malaysia menggunakan kedua-dua belah tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan orang yang tidak berpakaian seragam, bersesuaian dengan budaya kita. Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang lain. Semua Pandu Puteri di negara ini yang berpakaian seragam berjabat tangan menggunakan tangan kiri. Perlakuan ini mempunyai kaitan dengan perlakuan yang serupa dilakukan oleh puak Zulu di Afrika semasa Lord dan Lady Baden-Powell melawat Kenya. Kaum ini sering memegang senjata pada tangan kanan sehingga tidak sanggup meletaknya walaupun sebentar. Hanya tangan kiri sahaja yang boleh digunakan untuk tujuan lain. Termasuk untuk berjabat tangan Lantas itu Lord Baden-Powell terus mengambil perlakuan itu sebagai amalan pengakap dan kemudiannya Pandu Puteri.


LAGU-LAGU PANDU PUTERI


Arah kita jelas ke depan Bendera berkibar, tidak berlipat di dunia Harapan abadi Bersatu untuk kebenaran, persahabatan kukuh Selagi dunia masih ada, akan nyanyi lagu ini Our way is clear as we march on And see our flag on high Is never furled throughout the world For hope shall never die We must unite for what is right In frendship true and strong, until the earth in its rebirth Shall sing our song, shall sing our song Lagu-lagu Pandu Puteri Lagu Dunia Lagu Taps Siang Kami puji, nikmat diberi Matahari, bintang-bintang, langit biru Mana pergi, hidup kami, Tuhan saksi. Thanks and praise, for our days, Neath the sun, Neath the stars, Neath the sky, As we go, thus we know, God is nigh. Lagu Taps Malam Malam datang, siang hilang Dari laut, dari gunung, dari langit Semua selamat, sihat rehat Berkat Tuhan. Day is done, gone the sun From the sea, from the hills From the sky, all is well Safely rest, God is nigh.


SIANTAN MELUR KENANGA Siantan datang berkawan Berani macam pahlawan Melur taat dan setia Berusaha setiap masa Kami bernama Kenanga Berjasa bertenaga CEMPAKA KESIDANG TERATAI Cempaka bersuka ria Menolong orang duka Kami Kesidang datang Menolong pagi dan petang Teratai nama kami Bekerja setiap hari Lagu-lagu Pandu Puteri Tunas LAGU KUMPULAN BERENAM Oh Tuhanku Seruan hamba-Mu, Beri kami nikmat Sepanjang hayat, Selamat tinggal Selamat tinggal, Selamat tinggal Lagu Dunia LAGU PANDU PUTERI LAGU AHLI BAHARU Puteri Tunas bertujuan Menolong dan berkawan Ahli baru suka hati Menjadi Puteri Tunas


BENDERA PANDU PUTERI DAN MAKSUDNYA


LAMBANG MAKNA Tiga rangkaian daun lebar Tiga persetiaan Pandu Puteri. Bintang-bintang pecah 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan. Lencana Pandu Puteri Malaysia di Tengah latar biru Matahari menyinari hidup setiap kanak-kanak di dunia. LAMBANG MAKNA Tiga blok jingga menyerong sederet Tiga bahagian persetiaan Pandu Puteri. Putih di penjuru Komitmen semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia terhadap keamanan. Trefoil dunia dalam latar biru Matahari menyinari kanak-kanak di dunia. BENDERA PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA BENDERA PERSATUAN PANDU PUTERI DUNIA


LAMBANG MAKNA Bulan dan bintang Melambangkan agama Islam sebagai agama Persekutuan negara Bintang pecah 14 Menunjukkan perpaduan 13 negeri dan 1 wilayah persekutuan Warna kuning pada bulan dan bintang Melambangkan warna Diraja Duli Yang Maha Mulia Agong Warna biru tua Menunjukkan perpaduan rakyat berbilang kaum Warna merah Menunjukkan keberanian Warna putih Menunjukkan kesucian dan keluhuran 14 jalur melintang Melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan satu wilayah persekutuan BENDERA KEBANGSAAN MALAYSIA


PAKAIAN SERAGAM PANDU PUTERI


Pakaian Seragam Pandu Puteri Kelip-Kelip Skaf Pandu Puteri Kelip-Kelip berwarna jingga dan dipakai dengan ikatan atau wogel Ahli memakai baju T PPPM, seluar sukan dan kasut sekolah atau kasut sukan Pakaian Seragam Pandu Puteri Tunas


LAMBANG KUMPULAN PANDU PUTERI TUNAS JAWATAN DALAM PASUKAN PANDU PUTERI TUNAS KEDUDUKAN LENCANA PADA SELEMPANG PANDU PUTERI TUNAS


BAJU PANDU PUTERI TUNAS SEMASA PERKHEMAHAN /MELAKSANAKAN AKTIVITI


Pakaian Seragam Pandu Puteri Remaja Pakaian Seragam Pandu Puteri Renjer


Pakaian Seragam Pandu Puteri Kadet Ahli Kadet memakai scarf bewarna ‘royal blue’ yang dilipat lebar 3 jari sebanyak 5 kali. Lencana pelantikan kadet yang bewarna putih di pin pada bahagian tengah scarf. Blaus berlogo yang mempunyai 2 poket dan berpotongan ‘Princess cut’. ‘Shoulder flashes’ dijahit rapat pada kelim bahu kanan dan kiri. Lencana dunia dipakai di sebelah kanan dada sementara nametag di sebelah kiri. Seluar bewarna biru gelap yang berpotongan lurus dan tidak terlalu ketat. Jika bertudung, tudung bewarna hitam kosong tanpa sebarag hiasan dimasukkan ke dalam baju. Kasut perlu bertutup, bewarna hitam dan bertumit rendah. Pakaian Seragam Pandu Puteri Klover Ahli Klover memakai scarf bewarna maroon yang dilipat selebar 3 jari sebanyak lima kali dan dipakai bersama wogel. Lencana pelantikan klover bewarna merah jambu. Blaus berlogo yang mempunyai 2 poket dan berpotongan ‘Princess cut’. ‘Shoulder flashes’ dijahit rapat pada kelim bahu kanan dan kiri. Lencana dunia dipakai di sebelah kanan dada. Jata mengikut cawangan dan dijahit 3 jari (5 cm) dari puncak scarf. Seluar bewarna biru gelap yang berpotongan lurus dan tidak terlalu ketat. Jika bertudung, tudung bewarna hitam kosong tanpa sebarag hiasan dimasukkan ke dalam baju. Kasut perlu bertutup, bewarna hitam dan bertumit rendah.


Pakaian Seragam Pemimpin Pandu Puteri Baju Kurung Berpesak Baju Perjalanan / Aktiviti Baju Kebaya Baju Batik Persatuan Pandu Puteri Malaysia Baju Perkhemahan / Aktiviti


ISTIADAT RASMI PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA


Istiadat Pandu Puteri PENGENALAN Upacara / istiadat ialah satu cara yang dijalankan dengan tersusun dan rapi. Istiadat juga merupakan sesuatu yang “istimewa” dan mempunyai tujuan tertentu mengikut “adat’ yang khas dalam sesuatu perkara serta menjadi amalan sesebuah masyarakat. Contohnya terdapat upacara adat beraja, adat beragama, adat pemerintah, adat bermasyarakat dan sebagainya. Antara tujuan adat istiadat Pandu Puteri dilakukan adalah untuk : Melatih ahli supaya mempunyai asas latihan kawat. Ini dapat membentuk sikap berdisiplin, mematuhi arahan dan menjalankan tugas dengan betul. Memberi kepuasan dan pencapaian yang bermakna di kalangan pemimpin dan ahli melalui aktiviti kepanduan Ahli-ahli dapat mengingati peristiwa yang membanggakan dan membawa kenangan manis. Membentuk daya pemikiran yang kreatif dan bersemangat perpaduan serta muhibah di kalangan ahli. Merupakan satu penghormatan kepada ahli yang diraikan dalam istiadat perlantikan. Gambaran tentang perasaan seseorang yang sentiasa seronok dan gembira di samping membina kecergasan rohani dan jasmani. CIRI-CIRI ISTIADAT PENGETAHUAN ASAS Ahli perlu mengetahui istilah asas kawad untuk diikuti PAKAIAN Ahli perlu memakai pakaian seragam dengan kemas, lengkap dan rapi. MUDAH Ahli mudah mengikutnya, tidak luar keupayaan dari segi rohani dan jasmani. GAYA Cara berdiri, imbangan badan, gerak langkah, cara berjalan perlu untuk mendapatkan kesan segak, cergas dan tampan


Cara 1 : Untuk Pasukan Kecil (Kurang dari 20 ahli) ARAHAN : Kapten mengambil tempat di kiri tiang bendera, jaraknya bergantung kepada bilangan ahli yang ada Kapten dalam keadaan sedia semasa memberikan arahan. Kapten : “Pasukan!” (Ahli pasukan menghadap kapten dalam keadaan sedia) “Pasukan Panji-panji, masuk baris!”. (Pasukan Panji-panji berdiri bahu ke bahu 4 langkah hadapan kapten dalam keadaan sedia. Kapten berpusing ke belakang, bergerak ke tiang bendera, berhenti, berpusing ke belakang semula untuk menghadap pasukan) Sebelum pembentukan ladam kuda, kapten memilih pasukan panji-panji, pembaca doa dan pembaca kata-kata hikmah terlebih dahulu Istiadat Ladam Kuda Pembentukan Ladam Kuda dilakukan sebelum Istiadat Menaikkan Bendera (PanjiPanji). Pelaksanaan Ladam Kuda membolehkan guru pemimpin untuk : Mengenal pasti bilangan ahli Pandu Puteri yang akan terlibat dengan aktiviti Memantau uniform setiap ahli Memberikan arahan untuk aktiviti yang akan dilakukan Istiadat yang membezakan Pandu Puteri dengan pasukan beruniform yang lain Terdapat 2 cara bagi Pembentukan Ladam Kuda:


Kapten : “Pasukan, masuk baris!”. (Ahli-ahli terus bergerak di belakang kedua-dua pengiring dalam keadaan senang diri ) “Pasukan sedia” (Ahli pasukan dalam ke dalam bersedia) Kapten : “Pasukan, hentak kaki… hentak!’’. (Hanya untuk pasukan yang belum mahir berkawad) Kapten : “Ke Formasi Ladam Kuda… cepat jalan ! (Ahli Pandu Puteri bergerak ke hadapan dari sebelah kanan dan kiri pengiring sehingga Formasi Ladam Kuda terbentuk untuk baik.) Kapten : “Berhen…ti!” (arahan berhenti, mesti jatuh pada kaki kiri) Kapten : “ Ke dalam pusing” (semua ahli pusing ke dalam, menghadap kepada kapten) Kapten : “Pasukan bendera , jalankan tugas!” (Pembawa bendera memberi arahan secara perlahan untuk di dengar oleh pasukan panjipanji sahaja) Pembawa bendera : “Pasukan bendera .., cepat jalan!” (Mereka bertiga berjalan terus ke tiang bendera. Arahan ‘berhenti’ diberikan dalam jaeak dua (2) langkah di hadapan tiang bendera) “Berhen…ti!” (Pembawa bendera mengambil satu langkah ke hadaan untuk mengibarkan bendera. Ahli-ahli memberi hormat Pandu Puteri.Lagu Dunia dinyanyikan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris oleh ahli pandu puteri yang lain) Pasukan bendera tidak memberi hormat dan menyanyikan lagu Dunia


Selepas nyanyian Lagu Dunia, pembawa bendera mengikat tali tiang bendera. Sesudah selesai, pembawa bendera mengambil satu langkah ke belakang. Pembawa bendera memberi arahan : “Pasukan bendera, ke belakang, pusing!”. “Cepat jalan!” (Pasukan bendera balik ke tempat asal masingmasing) Pembawa bendera : “berhen…ti!” “Ke belakang pusing!” Kapten : “Bacaan Doa” (pembaca doa mengambil satu langkah ke hadapan) Pembaca doa : “Up” (Pembaca doa mengangkat tangan, membaca doa. Selesai bacaan doa, pembaca doa berundur satu langkah ke belakang balik ke tempat asal) Kapten : “kata-kata hikmah” (pemberi kata-kata hikmah mengambil satu langkah ke hadapan. Membacakan kata-kata hikmah. Selepas selesai, pembaca kata-kata hikmah berundur satu langkah ke belakang) Kapten : “Pasukan senang diri !” (kapten memberti ucapan atau taklimat ) Kapten : “Pasukan, sedia! Keluar baris !” (semua ahli Pandu Puteri mengambil satu langkah ke hadapan bermula kaki kiri, merapatkan kaki, berpusing ke kanan dan keluar daripada Formasi Ladam Kuda) Jika hendak bersurai Kapten: Pasukan, Ber…su..rai!” (Semua ahli pandu puteri mengambil satu langkah ke hadapan, bermula dengan kaki kiri, merapatkan kaki, memberi Hormat Pandu Puteri, berpusing ke kanan dan terus keluar dari Formasi Ladam Kuda)


Cara 2: Untuk Pasukan Besar (Melebihi 20 orang ahli) ARAHAN : Kapten mengambil tempat di kiri tiang bendera Kapten dalam keadaan sedia semasa memberikan arahan Kapten : “Pasukan!” (Ahli pasukan menghadap kapten dalam keadaan sedia) “Ketua Kumpulan, masuk baris!”. (Ketua kumpulan yang pertama sampai, berdiri dalam jarak empat (4) langkah menghadap kapten. Ketua kumpulan lain masuk sebelah kiri Ketua Kumpulan pertama, berdiri bahu ke bahu) Sebelum pembentukan ladam kuda, kapten memilih pasukan panji-panji, pembaca doa dan pembaca kata-kata hikmah terlebih dahulu. Kapten : “Pasukan, masuk baris!’’. (Kumpulan masuk baris di belakang ketua masingmasing dan berada dalam keadaan senang diri) “Pasukan, sedia!” “Pasukan, hentak kaki… hentak!” (Arahan ini diberikan jika pasukan belum mahir berkawad) Kapten : “Pasukan ke ladam kuda, cepat jalan” (bagi membentuk Formasi Ladam Kuda, Kumpulan 1 bergerak ke kanan diikuti Kumpulan 2 dan Kumpulan 3. Kumpulan 6 bergerak ke kiri diikuti oleh Kumpulan 5 dan Kumpulan 4.) Kumpulan 1 dan 6 akan bertemu dan berselisih di puncak Formasi ladam Kuda (bahu kanan berselisih) dan terus berkawad hingga tiba di mulut Ladam Kuda. Pastikan kedudukan bendera di mulut formasi Ladam Kuda.


Setelah selesai, pembawa bendera memberi arahan untuk menghomati bendera “Pasukan bendera , hormat bendera… hormat” (Pasukan bendera memberi Hormat Pandu Puteri) “Ke Kanan/kiri pusing” (Pasukan bendera berpusing ke kanan/kiri) “Cepat jalan” (Pasukan bendera berjalan ke tempat asal) “Berhen…ti” “Keluar baris”. Pasukan bendera berpusing ke kanan dan keluar baris, mereka balik ke tempat asal masing-masing. Kapten : “Bacaan Doa” (pembaca doa mengambil satu langkah ke hadapan) Pembaca doa : “Up” (Pembaca doa mengangkat tangan, membaca doa. Selesai bacaan doa, pembaca doa berundur satu langkah ke belakang balik ke tempat asal) Kapten : “kata-kata hikmah” (pemberi kata-kata hikmah mengambil satu langkah ke hadapan. Membacakan kata-kata hikmah. Selepas selesai, pembaca kata-kata hikmah berundur satu langkah ke belakang) Kapten : “Pasukan senang diri !” (kapten memberti ucapan atau taklimat ) Kapten : “Pasukan, sedia! Keluar baris !” (semua ahli Pandu Puteri mengambil satu langkah ke hadapan bermula kaki kiri, merapatkan kaki, berpusing ke kanan dan keluar daripada Formasi Ladam Kuda) Jika hendak bersurai Kapten: Pasukan, Ber…su..rai!” (Semua ahli mengambil satu langkah ke hadapan, bermula dengan kaki kiri, merapatkan kaki, memberi Hormat, berpusing ke kanan dan terus keluar dari Formasi Ladam Kuda)


ISTIADAT 1 : ISTIADAT TETAP Merupakan istiadat yang idak boleh diubah dan dijalankan seragam atau sama bentuknya oleh pasukan di seluruh dunia. JENIS : Lingkungan Puteri Tunas Perlantikan Ahli Baru Hormat Besar a) ISTIADAT LINGKUNGAN PUTERI TUNAS Pengenalan Lingkungan ini diadakan pada setiap permulaan perjumpaan pasukan. Semua pasukan mempunyai satu pennant untuk menunjukkan tempat perjumpaan pasukan. Setiap kumpulan berenam masuk ke dalam lingkungan dengan rekaan kumpulan mengikut tema. Cara Pelaksanaan 1.Semua Ahli Baru duduk bertinggung di tengah lingkungan Semua Puteri Tunas berpegang tangan, skip ke kiri dahulu, kemudian ke kanan sambil menyanyi “ Lagu Puteri Tunas” . 2. Tiap-tiap Kumpulan Berenam kemudiannya bergilir-gilir tanpa atau berpegang tangan masuk ke tengah lingkungan sambil menyanyi lagu kumpulannya 3. Kumpulan berenam), sekali ke kiri, dan sekali ke kanan 4. Kemudian keluar ke lingkungan asal Istiadat Pasukan Pandu Puteri Tunas


a) ISTIADAT PERLANTIKAN AHLI BAHARU Pengenalan Istiadat ini dilakukan apabila Pandu Puteri menerima ahli baharu Seorang Ahli Baru mestilah terlebih dahulu lulus ujian Pra-Persetiaan sebelum dilantik menjadi seorang Puteri Tunas . Istiadat perlantikan dijalankan oleh Kakak Setia yang berwaran / Pesuruhjaya / Pemimpin yang layak. Cara Pelaksanaan Siapkan sebuah taman rekaan, sebuah besin berisi air atau cermin di tengahtengah taman. 1. Hiaskan kelilingnya dengan pasu bunga atau diaturkan daun dan bunga yang telah gugur di sekeliling kolam. 2. 3.Istiadat Perlantikan dimulakan dengan Lingkungan Puteri Tunas . 4.Semua Ahli Baru memakai pakaian seragam yang lengkap. Setelah selesai istiadat Lingkungan Puteri Tunas. Siti Setia akan membawa Ahli Baru ke kolam yang disediakan. Ahli Baru dipusingkan oleh Siti Setia di hadapan kolam 5. AHLI BARU: Pusingkan saya dan tunjukkan saya rupa Puteri Tunas. Saya lihat dalam air, nampak rupa saya sendiri. ( Ahli Baru dibawa ke hadapan Kakak Setia ) SITI SETIA: ( mengadap Kakak Setia dan memberi hormat) Kakak Setia, saya membawa Ahli Baru dari kumpulan…….yang telah lulus PraPersetiaan dan hendak menjadi Puteri Tunas. ( memberi hormat dan berundur ke tempatnya) KAKAK SETIA: ( mengadap Ahli Baru) Adakah anda hendak menjadi Puteri Tunas? Istiadat Pasukan Pandu Puteri Tunas


KAKAK SETIA: ( Jika Ahli Baru bersetuju ) mari dekat dengan lambang ini ( pennant TP) dan lafazkan Persetiaan anda sebagai seorang Puteri Tunas. AHLI BARU: Dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia akan menjalankan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya Malaysia, menolong orang setiap hari, terutamanya mereka di rumah, dan mematuhi undang-undang Puteri Tunas. ( Kakak Setia menyematkan lencana Tunas Puteri pada skaf Ahli Baru) KAKAK SETIA: Sekarang anda seorang Puteri Tunas dalam Pasukan ……Saya yakin anda akan bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk kebaikan Pasukan Puteri Tunas ini. (Kakak Setia menghulurkan tangan kiri sambil berjabat tangan dengan Puteri Tunas) Seterusnya semua ahli Pasukan akan memberi hormat kepada Ahli Baru dan ia membalas hormat. Kemudian Ahli Baru dibawa masuk ke Kumpulan Berenamnya. Melafazkan Persetiaan hendaklah dijalankan secara individu kerana dapat membuktikan Ahli Baru benar-benar menghayati ikrar Persetiaan yang dilafaznya. b) ISTIADAT HORMAT BESAR Pengenalan Satu upacara khas menyambut /mengalu-alukan / mengucapkan tahniah kepada Pesuruhjaya dan pemimpin, Ahli Baru yang telah dilantik , Puteri Tunas yang mendapat lencana dan aktiviti kepanduan yang lain Cara Pelaksanaan 1.Dimulakan dengan Lingkungan Puteri Tunas. Semua Puteri Tunas berdiri tegak dalam lingkungan dengan kedua-dua belah tangan dalam bentuk kuntum bunga tertutup separas di bawah dagu. 2. Selepas tetamu khas dibawa masuk ke tengah Lingkungan, semua Puteri Tunas akan beraksi seperti bunga beransur kembang melalui hadapan muka masing-masing dan arahkan kedua-dua belah tangan ke bahu sebelah kiri. 3. Kemudian semua bertepuk tangan serentak di sebelah kiri atas bahu sebanyak empat kali sambil mengucapkan “selamat datang”. 4. Ubah arah bertepuk tangan di atas bahu kanan sambil mengucapkan “selamat datang”. 5. 6.Selepas itu semua berdiri tegak dan memberi isyarat hormat sambil senyum. Istiadat Pasukan Pandu Puteri Tunas


ISTIADAT 2 : ISTIADAT REKAAN boleh direka atau dicipta oleh pemimpin dan ahli Puteri Tunas semasa mengadakan perjumpaan JENIS; Lingkungan Pow-wow Pembukaan Pemeriksaan Penutupan Terima kasih Terbang naik Upacara lain berkaitan dengan kepanduan spt. Hari Peringatan A) LINGKUNGAN POW-POW Pengenalan Lingkungan ini diadakan untuk menyampaikan berita, berbincang, menilai kerja atau merancang sesuatu projek khas Lingkungan ini khas untuk ahli, Kakak Setia hanya sebagai Pengerusi Cara Pelaksanaan Upacara ini boleh direka mengikut kreativiti. Semua Puteri Tunas duduk dengan rapat dalam lingkungan. Ada isyarat khas untuk Puteri Tunas jika hendak bercakap / bertanya iatu dengan meletakkan tiga jari tangan kanan ke lantai di hadapannya Puteri Tunas boleh mengundi dengan menggunakan isyarat “undi rahsia “ iaitu Puteri Tunas duduk dengan meletakkan kedua-dua belah tangan di belakang. Jika bersetuju dengan cadangan, tunjukkan satu jari dan jika tidak setuju genggamkan kesemua jari. Siti Setia akan berjalan mengelilingi luar lingkungan dan mengira undi. Upacara untuk keluar dari lingkungan juga boleh direka oleh pemimpin. Istiadat Pasukan Pandu Puteri Tunas


b) UPACARA TERBANG NAIK Pengenalan Upacara ini dijalankan selepas Puteri Tunas lulus Topaz III dan umurnya 11 ke -12 tahun. Puteri Tunas akan diberi Lencana Sayap Puteri Tunas di dalam upacara Terbang Naik ke Pasukan Pandu Puteri . Cara Pelaksanaan Pemimpin terlebih dahulu mengadakan perbincangan atau mesyuarat jawatankuasa dengan pemimpin Pasukan Pandu Puteri Remaja yang terlibat. Dalam perjumpaan itu, tarikh, tempat, penglibatan ahli Pasukan Puteri Tunas, suratmenyurat, bahan yang diperlukan dan sebagainya akan ditetapkan. Mengadakan latihan Pasukan Puteri Tunas melalui Lingkungan Puteri Tunas dan Hormat Besar kepada Pesuruhjaya dan tetamu khas. Pasukan Pandu Puteri remaja pula mengadakan upacara sambutan istiadat Ladam Kuda mengadap Lingkungan Puteri Tunas. . Pasukan Puteri Tunas mengadakan upacara sambutan di mana Kakak Setia / Pesuruhjaya menyematkan “Lencana Sayap” pada Puteri Tunas yang akan terbang naik. Puteri Tunas memberi isyarat hormat dan berjabat tangan dengan Pesuruhjaya / Kakak Setia. Puteri Tunas beraksi sebagai burung terbang sambil mengelilingi lingkungan dan berjabat tangan dengan ahli-ahli pasukannya , kemudian dia diiringi ke arah Ladam Kuda Pandu Puteri Remaja. Pemimpin Pandu Puteri Remaja akan menyambut dan mengadap Puteri Tunas itu lalu bertanya : “Dengan apa anda datang ke sini ?” Puteri Tunas menjawab: “Dengan lencana sayap ini. Saya datang hendak menjadi seorang Pandu Puteri “ sambil menunjukkan lencana sayapnya. Kemudian pemimpin Pandu Puteri memperkenalkan Puteri Tunas kepada ahli Pasukan Pandu Puteri Remaja. Pasukan Puteri Tunas dan Pasukan Pandu Puteri bolehlah mengadakan kegiatan/ aktiviti untuk meraikan dan memeriahkan upacara itu. Istiadat Pasukan Pandu Puteri Tunas


c) UCAPAN TERIMA KASIH Pengenalan Tujuan upacara ini diadakan untuk mengucapkan penghargaan kepada ahli yang telah berjaya atau selesai menjalankan tugas / aktiviti yang berkaitan dengan kepanduan. Contohnya: Puteri Tunas yang telah lulus dan menerima lencana Ujian Program Puteri Tunas / Puteri Tunas telah berjaya / menang dalam acara permainan / pertandingan yang diadakan semasa perjumpaan pasukan. Cara Pelaksanaan Semua Puteri Tunas berdiri tegak dan mengadap ahli yang menang/ lulus ujian. Semua Puteri Tunas mengayunkan kedua-dua belah tangan mereka ke hadapan dan bertepuk sambil mengucapkan tahniah / bagus /baik. Dengan cara yang sama dilakukan sebanyak tiga kali iaitu dimulakan di bahagian hadapan, belakang dan ke hadapan. Ahli yang menerima ucapan itu akan membalas dengan cara yang sama sebanyak tiga kali juga tetapi ucapannya digantikan dengan ucapan terima kasih. d) UPACARA-UPACARA LAIN Walaupun upacara lain Puteri Tunas boleh direka tetapi faktor tempat dan waktu hendaklah diambil kira supaya upacara itu mudah, ringkas, menarik dan tidak menjemukan serta mempunyai kaitan dengan Kepanduan. Setiap upacara yang hendak dijalankan haruslah dibincangkan dengan ahli pasukan. Jika upacara melibatkan penggunaan tempat seperti sekolah, perbincangan dengan ibu bapa dan pihak sekolah perlu untuk mendapat kebenaran dan kerjasama jika diperlukan.Upacara-upacara yang hendak diadakan juga mestilah diberitahu atau dimaklumkan kepada Pesuruhjaya Daerah/Zon dan seterusnya Pesuruhjaya Negeri. Upacara – upcara Kepanduan : Upacara Hari Peringatan Upacara Pesa Puteri Tunas Upacara Hari Terbuka Cuti Pasukan Puteri Tunas Upacara Malam Kebudayaan atau Malam Mesra. Istiadat Pasukan Pandu Puteri Tunas


IKATAN DAN SIMPULAN


Ikatan Buku Sila Ikatan Buku Sila digunakan untuk mengikat kain pembalut atau kain anduh, menyambung tali yang sama besar saiznya dan boleh digunakan untuk mematikan sebarang ikatan. Ikatan ini direka agar kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula. Teknik : Letakkan hujung A di atas hujung B Masukkan hujung A di bawah B Lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah Simpulan Tindih Kasih Simpulan Tindih Kasih digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak terjerut atau mengikat leher binatang supaya tidak terjerut. ia juga digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut. Ia turut digunakan untuk kerja menyelamat iaitu dengan cara mengikat tali pada pinggang, menyelamatkan mangsa yang terjatuh ke dalam sungai. Teknik : Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan Masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam bulatan tersebut


Ikatan Bunga Geti Ikatan Bunga Geti digunakan untuk menyambung dua utas tali yang tidak sama besar atau tali yang berlainan jenis. Ia juga digunakan untuk menyambung tali penarik bendera dalam flag break Teknik : Mulakan simpul dan masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk simpul Kemudian tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul Simpul Balak SImpul Balak adalah ikatan sementara untuk menurunkan atau menarik beban seperti tongkol kayu dan sebagainya. Ia digunakan untuk mengikat balak, tiang kapal atau bungkusan yang besar supaya mudah ditarik. Permulaan kepada ikatan serong (ikatan balak juga boleh digunakan dalam ikatan untuk membuat gajet selain ikatan manok) Teknik : Menggunakan tali mengelilingi kayu Tarik bahagian tali yang panjang supaya menjadi kemas


Ikatan Simpul Manok Ikatan Simpul Manok digunakan permulaan ikatan ketika mula mengikat pada kayu atau sebagainya. Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak. Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan selamat. Ia juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang gunting. Teknik : Mulakan simpul pada kayu Buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi Tarik hujung tali


PERMAINAN PANDU PUTERI


Permainan Kim Cara bermain : Stesen 1 : Deria Mata dan Ingatan Sebanyak 30 jenis barang diletak di dalam dulang. Contohnya pen, pensel, kerongsang botol minyak, lilin dan sebagainya. Setiap kumpulan diberi masa dua minit untuk melihat dan mengingat benda-benda tersebut. Mereka tidak dibenarkan menulis semasa melihat benda kecil. Setelah cukup masanya, dulang ditutup dan pemain dikehendaki mengingat dan menulis semula barang - barang yang dilihatnya. Pemain yang paling banyak mengingati barang dengan tepat dikira pemenang. Stesen 2 : Deria Sentuh Pemain ditutup matanya dan dikehendaki memegang dengan tangan lapan hingga sepuluh barang. Contohnya jam, lilin, pen, kotak mancis dan sebagainya. Setiap kumpulan diberi masa selama dua minit untuk memegang barang-barang. Kemudian mereka dikehendaki menyenaraikan kembali barang-barang yang dipegang. Pemain yang paling banyak menyenaraikan dengan tepat dikira sebagai pemenang Stesen 3 : Deria Rasa Beberapa larutan disediakan seperti air gula, air garam, air asam jawa, cuka, kopi dan milo. Pemain dikehendaki menutup mata dan seorang petugas akan meletakkan sedikit larutan untuk dirasa dengan lidahnya. Kemudian, pemain perlu menyenaraikan kembali jenis larutan yang dirasai. Pemain paling banyak menyenaraikan dengan tepat dikira sebagai pemenang. Stesen 4 : Deria Bau Sebanyak sepuluh bahan seperti serai, halia, daun kunyit, daun pandan, daun kari, bawang putih, daun sup, belacan, sabun mandi dan daun ulam raja dipilih. Setiap bahan ini dimasukkan ke dalam bunjut kain. Setiap pamain dikehendaki menghidu bahan-bahan ini. Kemudian, pemain perlu menyenaraikan kembali bahan yang dihidu. Pemain paling banyak menyenaraikan dengan tepat dikira sebagai pemenang Stesen 5 : Deria Mata dan Ingatan Sebanyak sepuluh helai daun berlainan jenis dan saiz diletakkan di atas kertas. Setiap kumpulan diberi masa selama satu minit untuk melihat dan mengingat daundaun tersebut. Kemudian, kumpulan diminta membawa kembali satu set daun-daun yang sama dengan set daun-daun yang ditunjukkan dalam tempoh satu minit tadi. Kumpulan yang membawa daun-daun yang tepat seperti ditunjukkan dikira pemenang.


Siapakah Saya? Alat yang diperlukan : Kertas Marker pen Pelekat atau stapler Cara bermain : Permainan dijalankan secara berkumpulan Pilih seorang wakil kumpulan untuk bermain permainan Tentukan tema perkataan untuk diteka oleh kumpulan pihak lawan dan bincang dalam kumpulan untuk tentukan perkataan yang perlu diteka. Tuliskan di atas kertas dan elakkan daripada dilihat oleh pihak lawan. Letakkan kertas pada bahagian dahi pihak lawan. Wakil pemain perlu memberikan bayangan terhadap perkataan yang perlu diteka. Pemain yang dapat teka perkataan dengan betul dikira sebagai pemenang Tepuk 3-3 Cara bermain : Permainan dijalankan secara berkumpulan Setiap pemain perlu membilang satu persatu nombor Apabila nombor yang disebut mengandungi nombor 3, maka pemain haruslah tepuk tangan tanpa membilang nombor tersebut. Contoh ; nombor 3 (tepuk satu kali), nombor 33 (tepuk 2 kali)


IKHTIAR HIDUP


Kemahiran Ikhtiar Hidup PENGENALAN Ikhtiar hidup atau lebih dikenali dengan survival dalam terjemahan bahasa inggeris yang membawa maksud the will to live, to outlive, state of continuing to live. Bagi makna lain dalam bahasa Melayu ia juga memberi makna kemampuan atau keupayaan sesuatu itu untuk terus hidup berasaskan keadaan persekitaran di mana sesuatu berada.Kemahiran ikhtiar hidup juga adalah satu usaha atau ikhtiar yang hendaklah dilakukan oleh seseorang supaya boleh hidup Ketika menghadapi sesuatu masalah bekalan makanan atau sesuatu ancaman.Terutamanya kemahiran ikhtiar hidup ini perlu ada dalam diri setiap individu sebelum meredah hutan sama ada berseorangan mahupun berkumpulan. SITUASI IKHTIAR HIDUP PUNCA SITUASI IKHTIAR HIDUP Terjadi disebabkan oleh kelalaian manusia pada beberapa peringkata iaitu ;


Prinsip Asas Ikhtiar Hidup KESELAMATAN Aspek utama yang harus ditekankan adalah melibatkan keselamatan nyawa Jauhkan diri daripada perkara yang boleh mengancam nyawa seperti binatang buas, makanan beracun dan lain-lain. USAHA Usaha adalah prinsip yang sangat penting dan tidak terus menyerah dengan ketentuan takdir KAWALAN DIRI Kawalan diri adalah prinsip yang diperlukan sewaktu menghadapi sebarang ancaman atau gangguan. PRINSIP KERJASAMA Setiap tugas perlu dilakukan dengan teratur dan bergilir-gilir bagi mencapai kebersamaan dan kerjasama yang mantap sesama ahli.


ASAS PERTOLONGAN CEMAS


Pertolongan Cemas PENGENALAN Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa yang mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum mangsa rawatan perubatan yang sempurna. TUJUAN & PRINSIP Rawatan sementara waktu yang diberkan kepada mangsa; sebeum tibanya bantuan perubatan. OBJEKTIF Menyelamat nyawa Mengelak mangsa cedera lebih serius Mengurangkan kesakitan Menguruskan pemindahan ke hospital TUJUAN-TUJUAN PERTOLONGAN CEMAS Membantu menyelamatkan nyawa mangsa. Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk. Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa. PRINSIP PERTOLONGAN CERMAS Bertindak segera, cekap dan penuh keyakinan Longgarkan pakaian jika perlu Hentikan darah jika berdarah Kurangkan kejutan dan tenangkan pesakit Jangan gerakkan pesakit melainkan perlu. Dapatkan rawatan segera jika keadaan teruk atau mencemaskan berhubung dengan doktor di klinik atau rumah sakit yang terdekat.


Jenis Balutan Anduh ANDUH LENGAN Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam untuk lebih kemas ANDUH LUTUT Lipat sedikit kain anduh dan letakkannya (seperti dalam gambar rajah di bawah) di atas lutut yang tercedera. Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi bawah lutut kemudian ikatkan buku sila pada atas bahagian lutut Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas kain anduh untuk lebih kemas ANDUH KEPALA Lipat sedikit kain anduh dan letakkannya pada dahi mangsa dan biarkan bucu atas kain anduh berada di belakang kepala. Pegang kedua-dua bahagian hujung kain anduh dan silang ke belakang kepala kemudian dibawa ke dahi dan diikat buku sila Lipat lebihan kain di belakang untuk lebih kemas


Jenis Kain Pembalut Pembalut Segi Tiga Pembalut Lebar Pembalut Kecil Pembalut Gulung Peti Pertolongan Cemas Melengkapkan satu kotak Peti Pertolongan Cemas persendirian dan mengetahui penggunaan bahan yang ada di dalamnya Mengetahui cara mengambil suhu badan dan denyutan nadi untuk tindakan dan rawatan selanjutnya Memberi pertolongan cemas dan bertindak apabila menghadapi keadaan tertentu seperti ; luka, terseliuh, muntah, terbakar, melecur, sengatan serangga, sawan dan lain-lain


Pemulihan Pernafasan Terdapat 5 cara-cara yang mudah apabila melakukan CPR iaitu DRABC. DRABC membawa maksud: D – DANGER (BAHAYA) Situasi bergantung kepada tempat kejadian Mengasingkan mangsa daripada perkara bahaya. R – RESPONSE (TINDAK BALAS) Tindak balas pesakit Kejutkan pesakit, tepuk bahu dan bertanya “kamu OK?” A – AIRWAY (SALURAN PERNAFASAN) Teknik “angkat dahi dan angkut kepala” Periksa lidah ada menggangu pernafasannya B – BREATHING (PERNAFASAN) Melihat dada mangsa Medekatkan pipi saya ke hidung dan mulut mangsa Lihat, rasa dan dengar pernafasan selama 10 minit C – CIRCULATION (PEREDARAN DARAH) Tiada pernafasan normal, mulakan tekanan di dada mangsa


PERKHEMAHAN PANDU PUTERI


Konsep Perkhemahan PENGENALAN Perkhemahan bermaksud mendirikan khemah untuk tempat kediaman sementara untuk berteduh dan bermalam di kawasan hutan atau lapang dengan menggunakan bahan sedia ada. Kini, berkhemah atau perkhemahan menjadi satu aktiviti kegiatan kokurikulum di luar bilik darjah. Perkhemahan sering dikaitkan dengan pertubuhan unit beruniform. Berkhemah merupakan salah satu cabang ilmu yang menguji tahap kemampuan mental dan fizikal untuk menggunakan sumber-sumber yang terhad dengan kemudahan yang terhad. Aktiviti ini juga dapat menguji kesanggupan seseorang ketika menghadapi kekurangan dan ketidakselesaan dalam sesuatu keadaan. Oleh itu, pengurusan perkhemahan terdiri daripada tiga kategori iaitu, sebelum, semasa dan selepas. OBJEKTIF PERKHEMAHAN Melatih kadet untuk berdikari dan bersedia menghadapi keadaan serba kekurangan. Melatih kadet menyelesaikan segala tugasan dengan penuh tanggungjawab. Memberi pendedahan tentang kehidupan di luar yang lebih mencabar. Merapatkan hubungan silaturahim antara kadet. Menanam sikap bekerjasama dalam kadet. Memberi peluang kepada pelajar dalam mempraktikkan segala kemahiran dan kecekapan yang ada pada mereka. TUJUAN PERKHEMAHAN Berkhemah sebagai cara pendidikan Berkhemah sebagai cara ibadat. Perkhemahan untuk orientasi sosial. Berkhemah untuk rekreasi. Berkhemah untuk menghargai alam semula jadi dan mencari ketenangan. Berkhemah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan. Perkhemahan membuka mata perihal kesihatan.


Gajet Perkhemahan GAJET-GAJET PERKHEMAHAN Aktiviti membuat gajet semasa perkhemahan merupakan perkembangan kemahiran fizikal, mental dan kematangan berperngakap. Menurut kamus Komprehensif Bahasa Melayu ia bermaksud alat atau mesin yang kecil. Binaan yang dibuat menggunakan bahan-bahan di sekitar perkhemahan. Dicantum atau dikukuhkan menggunakan tali pengikat bagi menggantikan perabot rumah semasa di tapak perkhemahan PRINSIP MEMBUAT GAJET Gunakan bahan semula jadi dan ikatan yang betul dan kukuh • Gajet boleh digunakan atau berfungsi dan bukan untuk pameran Mulakan dengan membuar gajet yang mudah dahulu. Jangan gunakan kayu atau dahan yang buruk kerana kemungkinan patah atau roboh FAEDAH MEMBUAT GAJET Mengetahui cara untuk hidup apabila berada di dalam hutan Memahami habitat dan alam semula jadi Mengalakkan masyarakat untuk mengaplikasi kemahiran dan teknik kraf perkhemahan dalam kegiatan luar Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar dengan cara yang sepatutnya Memupuk perasaan cinta terhadap alam semulajadi dan mensyukuri ciptaanya TUJUAN MEMBUAT GAJET ·Meninggikan taraf penghidupan di kem seperti kebersihan, kemudahan dan keselesaan Perekaan membuat gajet disamakan dengan situasi di rumah. Dalam membina gajet, hendaklah ia mempunyai fungsi. Dalam membina gajet semangat kekitaan dalam kumpulan dapat diterapkan dan dipraktikkan. Semangat pertandingan yang sihat. Dapat melahirkan idea-idea yang baru. “Feeling of sense of achievement”, serta kejayaan dalam menghasilkan gajet. Meninggikan mutu perkhemahan. Mengisi masa terluang semasa perkhemahan dengan membuat gajet-gajet yang berfaedah.


Jenis-jenis Gajet Gajet kawasan pintu Gajet tempat kasut Gajet ampaian pakaian Gajet tiang bendera Gajet papan kenyataan Gajet makanan


Kegunaan Gajet GAJET KAWASAN PINTU Gajet pintu terletak di bahagian hadapan sekali di sesuatu kawasan perkhemahan iaitu: Bahagian pintu hadapan (pilihan) Bahagian pagar Bahagian pintu belakang Jenis kepelbagaian pintu hadapan o Tulis nama ahli kumpulan atau nombor kumpulan Bahagian pintu yang boleh tertutup sendiri (self-closing type) Pintu gerbang bukan gadjet tetapi projek perintis. Bahagian Pagar Menandakan kawasan sempadan, suasana perkhemahan yang teratur dan kemas dan adanya kawalan keselamatan. Pelbagai jenis pagar boleh dibuat Direka dengan menggunakan pokok-pokok kecil, pokok menjalar dan menggunakan batang-batang kayu. Bahagian pintu belakang Mewujudkan sempadan Kawasan mempunyai perlindungan GAJET KAWASAN DAPUR Buat dari bahan semula jadi Selain membuat gajet-gajet dapur juga gejet sampingan di dapur seperti: Rak pinggan mangkuk Rak atasan tajam seperti pisau, parang dan kapak Meja makan Penyangkut cawan / gelas Rak menyimpan kayu api / tong gas Gajet gerobok (camp larder) Gajet lubang basah dan kering


Kegunaan Gajet GAJET KAWASAN TEMPAT MEMBASUH Gajet tempat meletak besen air. Gajet tempat menyimpan alat pergigian. Gajet tempat menyipan sabun. Gajet mengantung tuala mandi. Gajet kawasan tempat basuhan GAJET KAWASAN TEMPAT TINGGAL Semua gajet yang dibuat hendaklah diatur / susunan dengan baik, disamping menjaga kebersihan dan kekemasan diri di kawasan perkhemahan. Gajet-gajet yang biasa dibuat di kawasan tempat perkhemahan seperti tempat kasut Penyangkut baju Meja tulis Kerusi Gajet katil Papan kenyataan Buaian Penyangkut lampu Penyapu Tempat letak beg Tempat ampaian Tiang bendera GAJET TEMPAT MENJEMUR KAIN Ampaian yang kekal tidak boleh digerek dibina di kawasan tempat membasuh.


MASAKAN RIMBA DAN MASAKAN SOLAR


Click to View FlipBook Version