The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Prosiding ini adalah himpunan kertas kerja yang mengandungi dapatan kajian multi-disiplin tentang isu literasi kesihatan masyarakat luar bandar yang mana fokusnya adalah di Sabah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haryati, 2021-12-07 21:31:44

E-Prosiding Literasi Kesihatan Di Kalangan Masyarakat Luar Bandar Di Sabah

Prosiding ini adalah himpunan kertas kerja yang mengandungi dapatan kajian multi-disiplin tentang isu literasi kesihatan masyarakat luar bandar yang mana fokusnya adalah di Sabah

Keywords: literasi kesihatan,luar bandar,Sabah,GIS

e ISBN 978-967-26430-1-2

-1-

Kajian Literasi
Kesihatan Di

Kalangan
Masyarakat Luar

Bandar Sabah

Penyunting

Haryati Abdul Karim, Gusni Saat, Oliver Valentine Eboy,
Mohd Yusof Ibrahim, Nadira Masuari

(19 Mei 2021)
Penganjur

Kumpulan Penyelidik Skim Penyelidikan Bidang Utama UMS (SBK0369-2017)

Prosiding - SEMINAR KAJIAN LITERASI KESIHATAN DI KALANGAN MASYARAKAT LUAR
BANDAR DI SABAH, 19 MEI, 2021 UNIVERSITI MALAYSIA SABAH, KOTA KINABALU

Diterbit oleh:
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah
Dicetak oleh Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah
Templet buku percuma oleh Used to Tech (https://usedtotech.com)
Cetakan Pertama Mei 2021

-2-

HAK CIPTA2021
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk
pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada
dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada
Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah dahulu
© Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, 2021
All rights reserved. No part of this publication may be produced or transmitted in any form or by any means,
electronic or mechanical including photocopy, reading, or any information storage and retrieval system,
without permission in writing from the Faculty of Social Science and Humanities, Malaysia Sabah.
Jenis Tulisan, Saiz Font
Times New Roman, 11
Muka Depan

Haryati Abdul Karim

Prosiding ini diterbitkan atas kefahaman bahawa setiap penulis bertanggungjawab terhadap fakta dan
kandungan tulisan masing-masing. Segala pendapat dan kenyataan yang dibuat oleh penulis tidak
mewakili pendirian pihak penerbit. Sidang penyusun hanya membuat penyusunan terhadap format
kertas kerja penuh. Ciri-ciri penulisan ilmiah lain seperti sistem bibliografi, pernyataan sumber rujukan
dan kaedah analisis adalah tanggungjawab penulis masing-masing

e ISBN 978-967-26430-1-2

-3-

Isi Kandungan

Kajian Literasi Kesihatan Di Kalangan Masyarakat Luar Bandar Sabah ...........................2
Prakata ......................................................................................................................8
Pendahuluan ...............................................................................................................9
Isu Pembangunan Kesihatan Luar Bandar di Sabah, dari Perspektif Komuniti..........10
Gusni Saat
Literasi kesihatan di kalangan masyarakat luar bandar sabah: isu komunikai kesihatan
& konteks .................................................................................................................12
Haryati Abdul Karim & Mohd Yusof Ibrahim
Pemetaan literasi kesihatan dalam konteks kartografi dan sistem Maklumat Geografi

(GIS) ............................................................................................................................................42
Oliver Valentine Eboy & Nadira Masuari

-4-

Senarai Jadual
Jadual 1: Komuniti Kajian ................................................................................................ 2
Jadual 2: Struktur Pembangunan Kesihatan Secara Umum................................................... 4
Jadual 3: Isu komponen pembangunan kesihatan peringkat klinik komuniti desa..................... 6
Jadual 4: Isu sistem rangkaian pusat perkhidmatan kesihatan yang terdiri dari klinik komuniti
desa (satelit), hospital daerah (separa-satelit_ dan hospital besar (metropolis) ......................... 7
Jadual 5: Peratusan pemilikan kemudahan komunikasi terpilih dalam seisi rumah berdasarkan
daerah di Sabah............................................................................................................................21
Jadual 6: Peratusan langganan internet mengikut tahun berdasarkan empat daerah ...................22
Jadual 7: Peratusan yang memiliki siaran TV berbayar mengikut tahun dan daerah ..................23
Jadual 8: Peratusan yang memiliki telefon bimbit dari 2014-2019 berdasarkan empat daerah ..24
Jadual 9: Profil sosio-demografik dan sosio-ekonomi responden daripada 31 buah kampung...28
Jadual 10: Pola kekerapan mencari maklumat kesihatan di media (N=371)...............................29
Jadual 11: Kekerapan mereka mencari maklumat kesihatan (N=371) ........................................29
Jadual 12: Kepentingan sumber maklumat - media dan bukan media untuk mendapatkan
maklumat kesihatan .....................................................................................................................30

-5-

Senarai Gambarajah
Gambarajah 1: Peta Tematik Hasil Temubual Informan Luar Bandar ........................................32

-6-

Senarai Rajah
Rajah 1: Perbandingan (a) peta titik berlorek dan (b) peta lorek koroplet perbandaran........... 47
Rajah 2: Perbezaan paparan peta garisan sempadan dan peta kawasan berwarna .................. 48
Rajah 3: Min literasi kesihatan di Missouri Bootheel ........................................................ 49
Rajah 4: Kadar peratus bagi tahap literasi kesihatan di 'bawah asas'di Missouri Bootheel ...... 50
Rajah 5: Analisis Hot/Cold spot (Getis-Ord Gi*) bagi perkadaran daerah dengan populasi
golongan dewasa yang mempunyai literasi prosa terhad ..................................................... 52

-7-

PRAKATA

Bismillahirahman nirrahim, Assalamualaikum wrt wbt & selamat sejahtera
Syukur ke hadrat Illahi, e-Prosiding yang merupakan himpunan kertas kerja yang mengetengahkan dan
mengupas isu literasi kesihatan di kalangan masyarakat luar bandar terutamanya di Sabah daripada
pelbagai disiplin dapat diterbitkan.
Kertas-kertas kerja yang diterbitkan dalam prosiding ini adalah hasil kajian para pengkaji sempena
webinar yang bertajuk “Literasi Kesihatan Di Kalangan Masyarakat Luar Bandar Sabah” yang telah
diadakan bulan Mei 2021.
Dapatan yang dikongsikan dalam prosiding ini merupakan hasil kajian daripada geran penyelidikan
dalaman Universiti Malaysia Sabah (UMS) iaitu Skim Bidang Keutamaan (SBK) (kod: SBK0369-2017) yang
memfokus kepada faktor-faktor mengapa tahap literasi kesihatan di kalangan masyarakat luar bandar
adalah rendah serta konteks kehidupan masyarakat luar bandar yang membawa kepada masalah itu.
Dimensi baru dalam mengkaji isu literasi kesihatan di kalangan masyarakat luar bandar ialah penggunaan
pendekatan Sistem Informasi Geografi (GIS) dalam memetakan pola literasi kesihatan di empat daerah
di Sabah. Kertas kerja ini turut diterbitkan dalam prosiding ini.
Adalah diharapkan kertas-kertas kerja yang ada dapat memberi manfaat kepada semua pihak baik pihak
penggubal dasar, agensi pelaksana yang berkenaan serta para pengkaji untuk menggunakan dapatan yang
ada untuk menambahbaik polisi serta pentadbiran kesihatan awam di peringkat luar bandar.
Jutaan terima kasih kepada pihak UMS, para penyelidik, informan yang terlibat dalam penyelidikan ini
serta semua yang terlibat dalam menjayakan webinar ini sehingga prosiding ini berjaya dihasilkan.

Sekian, terima kasih

DR HARYATI ABDUL KARIM
KETUA PROJEK KAJIAN LITERASI KESIHATAN DI KALANGAN MASYARAKAT LUAR BANDAR SABAH

-8-

PENDAHULUAN

Literasi kesihatan adalah konsep yang kurang diketahui ramai tetapi ia merupakan satu jenis
kemahiran yang penting kepada semua individu. Tanpanya, kita tidak akan tahu apakah dan
bagaimana kita dapat mengelak atau mengurangkan risiko dari mengidap pelbagai penyakit.

Ianya juga membantu seseorang itu membuat keputusan yang tepat berkenaan dengan soal
kaedah rawatan yang terbaik buat diri sendiri mahupun ahli keluarga yang perlu menjalani
rawatan.

Prosiding ini memulakan perbincangannya dengan merungkai isu-isu pembangunan kesihatan
yang dialami oleh komuniti luar bandar. Realiti yang dihadapi mereka ini bertindak sebagai
antara penghalang kepada mereka mendapat perkhidmatan kesihatan yang sepatutnya.

Isu perkhidmatan kesihatan terangkum dalam literasi kesihatan kerana kemudahan mereka
bertemu dan berbincang dengan doktor juga merupakan sumber pengetahuan kesihatan buat
masyarakat luar bandar.

Dalam keadaan di mana pembangunan infrastruktur telekomunikasi yang masih di tahap rendah,
konsultansi dengan petugas kesihatan merupakan satu-satunya sumber pengetahuan kesihatan
bagi masyarakat luar bandar. Mereka ini kebanyakkannya tidak mempunyai kemahiran
menggunakan media sosial untuk mencari maklumat kesihatan dengan sendirinya.

Penyampaian informasi kesihatan di media-massa konvensional mahupun media baharu melalui
pelbagai platform media sosial didapati menimbulkan isu ketersampaian kepada masyarakat luar
bandar. Dapatan kajian bersama para informan di daerah Nabawan, Ranau, Beaufort serta Kota
Belud mendapati disebabkan oleh kemiskinan yang membawa kepada masalah tahap pendidikan
yang rendah menyebabkan strategi komunikasi kesihatan cara lama iaitu melalui bersemuka
seperti ceramah dan bengkel yang bersifat dua hala masih diperlukan untuk tujuan pendidikan
kesihatan.

Strategi komunikasi yang menggunakan media digital dan canggih itu terlalu tinggi laras
bahasanya yang menyukarkan informan memahami mesej kempen kesihatan Kementerian
Kesihatan Malaysia. Arus penyampaian maklumat Pendidikan kesihatan harus bersifat dua hala
iaitu media-massa konvensional dan media baharu serta komunikasi antara perseorangan agar
jurang literasi kesihatan dalam konteks luar bandar tidak menjadi luas.

Penggunaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam projek ini bertujuan untuk memetakan pola
literasi kesihatan di luar bandar Sabah. Ia membantu menunjukkan keadaan sebenar literasi
kesihatan di kalangan masyarakat luar bandar.

Akhir sekali, adalah diharapkan pandangan serta dapatan yang dikongsikan melalui prosiding ini
dapat menyumbang kepada meningkatkan tahap literasi kesihatan masyarakat luar bandar serta
perkhidmatan kesihatan kepada mereka.

-9-

ISU PEMBANGUNAN KESIHATAN LUAR BANDAR DI
SABAH, DARI PERSPEKTIF KOMUNITI
Gusni Saat

Abstrak

Kesihatan merupakan satu dimensi pembangunan mikro, yang tergolong dalam keperluan
asas penduduk sesebuah negara. Kesihatan bukan sekadar komponen pembangunan,
malahan ia mempengaruhi prestasi pembangunan sesebuah negara. Atas sebab
demikian, di Malaysia negara memperuntukkan bajet tahunan yang besar dalam
pembangunan kesihatan.Menggunakan data empirical dan sekunder, Kertas kerja ini
membincangkan isu-isu pembangunan kesihatan luar bandar di Sabah dari perspektif
komuniti. Sebanyak 30 buah komuniti luar bandar dari 5 daerah di Sabah telah dikaji,
menggunakan kaedah temu-bual berstruktur ke atas ketua isi rumah terpilih. Dapatan
kajian menunjukkan, pada keseluruhan tahap kesedaran komuniti terhadap isu kesihatan
adalah tinggi seperti sumber penyakit, penjagaan kesihatan, halangan-halangan
kesampaian kepada pengesanan penyakit, rawatandan penyembuhan. Pada pendapat
komuniti, tahap pembangunan kesihatan luar bandar Sabah masih rendah baik yang
bersifat fizikal, infrastruktur, sumber manusia mahupunperkhidmatan.

Kata kunci: pembangunan, kesihatan, komuniti, luar bandar.

Pengenalan

Pembangunan kesihatan di Malaysia telah bermula pada pertengahan abad ke-19 oleh colonial

Inggeris (KKM) Di Sarawak pembangunan kesihatan telah diasaskan oleh missionary Cristian
sekitar tahun 1848, sebagai bahagian dari program dakwah Kristian ke atas penduduk native. Di
Sabah pula ia telah diasaskan oleh pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara untuk
keperluan kesihatan penduduk negeri itu.

“Pembangunan” pada hakikatnya adalah proses pembebasan manusia yang menjadi
penduduk sesebuah negara, dari segala bentuk kemunduran dan kemiskinan. Proes ini menurut
Sen (1999) mencakup pelbagai dimensi pembangunan dan strategi sosio-ekonomi. Oleh kerana
petunjuk pencapaian pembangunan adalah tahap kesejahteraan hidup manusia, maka
dimensinya meliputi semua keperluan asasi manusia, seperti ekonomi, politik, pendidikan,

-10-

estetika dan kebersihan, spiritual, dan kesihatan fizikal dan emosi. Ini bermakna,indeks kesejahteran
penduduk sesebuah negara perlu di ukur berdasarkan semua dimensi pembangunan. Di antara
dimensi pembangunan, kesihatan fizikal dan emosi bolehlah dianggap komponen asas
pembangunan. Ini kerana, tanpa kesihatan penduduk yang baik aktiviti pembangunan ekonomi akan
terjejas. Akibatnya sangat serius seperti produktiviti tenaga kerja yang lemah, proses pengeluaran
ekonomi terjejas dan kadar kemiskinan dan kemunduran masyarakatakan meningkat.

Oleh itu, kesihatan merupakan keperluan strategik dan keselamatan yang perlu diberikan
penekanan dalam proses pembangunan mikro dan makro sesebuah negara. Dari perspektif
pembangunan, kebanyakan isu kesihatan seperti punca penyakit, timbulnya isu-isu dalam
pembanhgunan kesihatan, adalah akibatproses pembangunan yang tidak seimbang. Sebagai contoh,
tumpuhan berlebihanterhadap pembangunan ekonomi seperti perindustrian dan mengabaikan system
saliran dan pelupusan sisa perkilangan, ternyata telah menjadi sumber penyakit dalam masyarakat.
Sebagai contoh, kes pencemaran udara dan sungai oleh sisa perkilangan di Johor Bahru pada tahun
2020, menyebabkan banyak penduduk jatuh sakit. Selain itu, wabak Covid 19, adalah pengajaran
yang pahit dan getir dalam isu kesihatan yang berkait dengan eksploitasi sumber semulajadi yang
berlebihan oleh manusia, dalam perindustrian. Kini pendamik ini telah menjadi ancaman
keselamatan local dan global kepada proses pembangunan akibat “lumpuhnya” sistem sosio-
ekonomi.

Tugas utama pembangunan adalah membebaskan warga masyarakat dari semua bentuk
sumber kemunduran. Dalam kontek pembangunan kesihatan, tugas utamanya adalah membebaskan
manusia dalam sesebuah negara, dari sumber yang menjadi ancaman kesihatan seperti pencemaran
alam akibat aktiviti ekonomi, persekitaran yang kotor dan sampah yang tidak terurus, kesedaran dan
pengajaan kesihatan komuniti yang lemah, pendidikan kesihatan masyarakat yang terabai.
Disamping itu, tugas utama pembangunan kesihatan adalah membangunkan sistem perkhidmatan
kesihatan yang sistematik. Komponen sistem perkhidmatan kesihatan adalah pelbagai dan setiap
satunya amat diperlukan kerana fungsi mereka ke arah mewujudkan sistem perkhidmatan kesihatan
masyarakat yang cekap.

Adalah menjadi isu umum dalam masyarakat mundur atau sedang membangun termasuklah
Malaysia, bahawa sistem perkhidmatan kesihatan masyarakat yang sistematik masih belum wujud.
Apa yang cuba dibayangkan apabila berbahas tentang sistem perkhidmatan kesihatan masyarakat
adalah, ia terbentuk dari beberapa komponen yang bersetruktur dan berfungsi. Komponennya terdiri

1

dari aspek fizikal seperti bangunan klinik atau hospital, infastruktur seperti akses sistem
pengangkutan iaitu jalanraya dan kenderaan, bekalan air berih, beklan elektrik, internet dan
telekomunikasi. Faciliti perubatanseperti mesin xray dan pengesanan penyakit terkini; sumbeber
manusia seperti doktor dan para pewagai perubatn yang terlatih serta profesional.

Selain komponen sistem perkhidmatan kesihatan, ia juga melibatkan system rangkaian
perkhidmatan yang saling berfungsi secara timbal-balik, ke arah meningkatkan kualiti perkhidmatan
kesihatan penduduk. Ia bermula denganklinik desa/komuniti kepada hospital daerah dan seterusnya
hospital besar. Proses pengesanan dan rawatan penyakit pesakit perlu melalui system rangkaian
perkhidmatan yang demikian.

Sumber dan jenis penyakit bukanlah suatu yang static sebaliknya ia bersifat dinamik iaitu
berubah mengikut masa dan keadaan. Ini kerana ia mempunyai hubungan sebab dan akibat (causal)
dengan proses pembangunan dan perubahansocial peringkat local dan global. Oleh itu pembangunan
kesihatan merupakan proses yang dinamik dan berterusan. Dalam konteks mayarakat mundur dan
sedang membangun, cabarannya adalah untuk membangun system perkhidmatan kesihatan
masyarakat yang terkini. Persoalannya, dalam konteks Sabah bagaimanakah komuniti melihat isu
pembangunan kesihatan luar bandar? Tujuankertas kerja ini adalah untuk membincangkan isu-isu
pembangunan kesihatan desa dari perspektif komuniti.

Metod

Kertas kerja ini membincangkan isu pembangunan kesihatan desa di Sabah. Kertas kerja ini adalah
bahagian dari hasil kajian penyelidikan UMS bawah grantSBK 0369, yang melibatkan 30 buah
komuniti di enam daerah, seperti dinyatakan dalam Jadual 1: komuniti kajian.

Jadual 1: Komuniti Kajian

Bil Daerah Komuniti
1 Pitas Kg Telaga dan Kg
2 Kota Belud Kg Taburan, Kg Sarang, Kg Pantai Emas, Kg Peladok dan Kg
Kiau.
3 Ranau Kg Tarawas, Kg Sagindai, Kg Matupang, Kg Paginatan, Kg
Maringkan, Kg Tampios, Kg Pinausuk dan Kg Paus.

-2-

4 Beaufort Kg Lubok Weston, Kg Suasa, Kg Bangkalalak, Kg Kurian, Kg
5 Nabawan Batu 61, Kg Kebulu Menanjung, Kg Bakalau, Kg Montenior,
Kg Kota Klias, Kg Batu 58. dan Kg Batu 60.
Kg Salarom Taka, Kg Salarom Baru, Kg Bahagia dan Kg
Tetagas

Data empirikal telah dikumpul menggunakan kaedah temubual berstruktur menggunakan set
borang soalselidik, soalan tidak berstruktur dan pemerhatian terarah. Dalam propses interviu
berstruktur, soalan-soalan susulan telahditanyakan bertujuan mendapatkan maklumat mendalam
tentang isu-isu tertentukesihatan komuniti.

Data empirikal kajian telah di analisis mengikut tema-tema kertas kerja dan fakta-faktanya telah
ditafsir menggunakan perspektif sosiologikal. Tafsiran dan huraian fakta kajian dibuat dalam
rangka konseptual pembangunan kesihatan.

Konseptual

Berpandukan perspektif teori sistem sosial yang dikemukan oleh Talcott Parsons(Ritza, G. 1996.)
kajian ini telah membentuk konseptual pembangunan kesihatankomuniti. Teori sistem menganggap
bahawa sistem sosial sama seperti sistem biologi, mempunyai struktur dan fungsi. Dalam
konseptual pembangunan kesihatan ini, strukturnya terdiri dari komponen-komponen yang berfungsi
secara integrasi bagi kelangsungan proses pembangunan.

Tugas utama pembangunan adalah membebaskan manusia dalam sesebuah negara, dari sumber
yang menjadi ancaman kesihatan seperti pencemaran alam akibat aktiviti ekonomi, persekitaran
yang kotor dan sampah yang tidak terurus, kesedaran dan pengajaan kesihatan komuniti yang
lemah, pendidikan kesihatan masyarakat yang terabai.

Pembangunan kesihatan adalah sebuah sebuah sistem yang mempunyai struktur dan fungsi.
Struktur pembangunan kesihatan terdiri dari tiga bahagian utama iaitu fizikal seperti bangunan
klinik atau hospital, pengangkutan iaitu jalanraya dan kenderaan, bekalan air bersih, beklan
elektrik, internet dan telekomunikasi. Fasiliti perubatan pula seperti mesin xray dan pengesanan

3

penyakit terkini; sumber manusia seperti doktor dan para pewagai perubatan yang terlatih serta
profesional.

Pembangunan kesihatan komuniti luar bandar dalam kertas kerja ini, adalah satu proses
membebaskan komuniti dari sumber pelbagai penyakit, agar warganya selamat dari jangkitan dan
menghidap penyakit. Ia juga melibatkan sistem rangkaian perkhidmatan yang saling berfungsi
secara timbal-balik. Ia bermula dengan klinik desa/komuniti kepada hospital daerah dan seterusnya
hospital besar. Proses pengesanan dan rawatan penyakit pesakit perlu melalui sistem rangkaian
perkhidmatan yang demikain. Proses ini melibatkan perkara- perkara seperti dipaparkan dalam
Jadual 1.

Jadual 2: Struktur Pembangunan Kesihatan Secara Umum

1.Kenal-pasti 2. Menghapuskan 3. Pemeriksaan- 4. Tahap
Sumber Penyakit. sumber penyakit. Rawatan- pembangunan
penyembuhan kesihatan
• Sebar • Pendidikan pesakit
maklumat. kesihatan. • Penilaian
pencapaian
• Tindakan
komuniti+KKM • Penambah-
baikan.

Proses Struktur Pembangunan Kesihatan Komuniti Desa seperti digambarkan dalam Jadual 2,
adalah berlaku pada peringkat klinik komuniti desa. Ia merangkumi struktur dan fungsi komponen
sistem kesihatan.

Struktur dan fungsi komponen sistem kesihatan

Struktur pembangunan kesihatan luar bandar perlu berfungsi menerusi pusat- pusat kesihatan desa-
daerah-pust. Dalam sistem struktur dan fungsi ini seharusnya terdapat tiga pusat kesihatan iaitu
periphery [kelinik komuniti/desa],semi-periphery [hospital daerah] dan satellite [hospital besar].
Antara tiga pusat ini mesti ada hubungan fungsional seperti SOP rujukan pesakit dari klini desa ke
hospital daerah ke hospital besar, yang disking dengan sistem telekomunikasi dan transportasi yang
berkesan.

-4-

“Komuniti” adalah komponen yang asas dalam pembangunan kesihatan. Ia merujuk kepada
kumpulan manusia berkongsi Kawasan tempat tinggal yang dinamakan kampung. Mempunyai
sentiment kekitaan, ikatan kekeluargaan, bernaung bawah organisasi sosial seperti ketua kampung,
ketua agama danjawatankuasa keselamatan yang diikhtiraf oleh negeri. Oleh itu warga komuniti
saling kenal, dan mengadakan majlis-majlis social dan agama secara kolektif atau saling membantu
(Gusni, 2019). Di Sabah umumnya semua penduduk desa hidup/tinggal dalam komuniti dan
komuniti kampung merupakan unit pentadbiran terkecil dalam pentadbiran sesebuah negara.

Komponen pembangunan kesihatan peringkat klinik komuniti/desa

Ia terdiri dari:-

Pertama,
aspek fizikal. Aspek fizikal seperti bangunan klinik/hospital; fasiliti sepertabekalan air, elektrik,
jalanraya, internet, peralatan perubatan seperti mesin xray, pemeriksaan/pengesanan penyakit,

Kedua,
aspek sumber manusia.
-kakitangan doktor, jururawat.

Ketiga,
aspek perkhidmatan.
-pemeriksaan pesakit bagi menentukan jenis penyakit
-penyembuhan dengan pemberian ubat, khidmat nasihat, rawatan susulan
-waktu operasi dan kualiti perkhidmatan.

Dapatan Kajian

Berpandukan rangka konseptual kajian, dapatannya di bahagikan kepada dua (2) Bahagian.
Bahagian satu (1) komponen pembangunan kesihatan peringkat klinikkomuniti desa-yang terdiri
dari aspek fizikal; kedua, aspek sumber manusia; ketiga, isu faciliti perubatan. Bahagian dua (2)
isu sistem rangkaian pusat perkhidmatan kesihatan yang terdiri dari klinik desa/komuniti (satellite),
hospitaldaerah (semi-satelite); dan hospital besar (metropolis).

5

Isu-isu Komponen pembangunan kesihatan peringkat klinik komuniti desa

Isu aspek fizikal
-ada bangunan
-kurang penyelenggaran
-kurang kesampaian kepada bekalan air bersih
-kurang kesampaian kepada bekalan elektrik
-capaian internet lemah atau tidak ada
-akses jalanraya yang tidak baik

Isu aspek sumber manusia

-kekurangan doktor
-kekurangan jururawat terlatih.

Isu aspek fasiliti perubatan

-kekurangan peralatan perubatan.

Isu aspek perkhidmatan

-akibat kekurangan pegawai perubatan pesakit kurang mendapat rawatan sempurna

-akibat kekurangan peralatan perubatan pengesanan penyakit dihidap para pesakit sukar dikesan.
-pemberian ubat yang bukan ubat penyakit

Jadual 3: Isu komponen pembangunan kesihatan peringkat klinik komuniti desa

1. Infrastruktur 2. Sumber 3. Faciliti 4. Kualiti
Sangat lemah. Manusia Perubatan Perkhidmatan

Lemah Sangat kurang lemah

Sistem rangkaian pusat perkhidmatan kesihatan antara klinik komunitidesa (satellite)- hospital
daerah (semi-satelite)- hospital besar (metropolis)

-6-

Isu sistem rangkaian pusat perkhidmatan kesihatan
-tidak ada hubungan fungsi yang baik antara perkhidmatan klinik desa denganhospital daerah

-pesakit yang dirujuk ke hospital daerah tidak dapat keputusan cepat atau tidakada keputusan yang
tepat tentang apa sebenarnya penyakit pesakit

-banyak pesakit pergi terus ke hospital besar/pusat bagi mendapatkan
pemeriksaan/rawatan;

-tidak ada sistem komunikasi berkesan antara klinik desa dengan hospital daerahdan hospital pusat;

-perkhidmatan perubatan yang tidak cekap di hospital daerah seperti masamenunggu yang lama,
puncak penyakit tidak diketahui.

Jadual 4: Isu sistem rangkaian pusat perkhidmatan kesihatan yang terdiri dari klinik komuniti desa
(satelit), hospital daerah (separa-satelit_ dan hospital besar (metropolis)

1. klinik Hubungn 2. hospital Hubungn 3. hospital Hubungan
daerah (semi- besar Sistematik
komuniti fungsional satelite) fungsional (metropolis).
pembangunan agak baik Antara 2
dea kesihatan Pembangunan dengan 3. Komponen dengan 3 baik.
kesihatan pembangunan Antara 1
(satellite amat lemah tidak kesihatan dengan 2 amat
Pembangunan dengan 2. seimbang terlalu tidak
Kesihatan dengan 3. tertumpuh di memuaskan.
sangat lemah 3. Antara 1
berbanding dengan 3,
dengan 2. kebanyakan
“tidak”
melalui 2.

7

Isu yang sama sering ditimbulkan oleh pemimpin
Doktor Udara

-Astro Awani 21 December 2020.
“Terdapat keperluan rawatan dan kesihatan penduduk luar bandar yang jauh dari klinik dan
hospital”, demikian kenyataan Datuk Safee Afdal, Ketua Menteri yangdisiarkan oleh Berita Astro
Awani pada 21 December 2020. Atas sebab itu beliaumengumumkan bahawa perkhidmatan doktor
udara akan diperkenalkan semula supaya penduduk luar bandar yang terpencil dapat perkhidmatan
kesihatan.

“Sabah perlu infrastruktur, sistem kesihatan lebih baik” Berita Harian online 21
December 2020
-kesukaran pasukan perubatan akses kepada komuniti luar bandar semasa pendamik tahun 2020,

telah mendedahkan lagi isu infrastruktur pengangkutan jalanraya di kawasan luar bandar Sabah.
Menurut laporan akhbar itu, “1/3penduduk luar bandar Sabah tinggal lebih 5 km dari pusat
kesihatan”. Hal ini membayangkan betapa seriusnya masalah pengangkutan jalanraya di Kawasan
luar bandar.

Oleh itu, laporan media lagi “penduduk luar bandar masih perlu memandu melintasi sempadan
negeri (daerah), termasuk melalui jalan berlumpur dan tidak rata, selain menaiki bot dengan
melibatkan banyak masa dan wang terpaksa dibazirkan”.

-Laporan itu juga membangkitkan isu “kekurangan pakar dan peralatan perubatan (di klinik-klinik

komuniti desa) memaksa pesakit yang ingin menerima rawatan atau rawatan lanjut terpaksa di
rujujk ke hospital lain”. Hal ini menunjukkan isufaciliti perubatan, perkhidmatan telah menjejas
fungsi klinik-kilinik komuniti desa di Sabah. - “Sejumlah 24 hospital dan 300 klinik kesihatan kerajaan
di Sabah masih belum dapat menampung keperluan rakyat”, menyebabkan nisbah doktor-pesakit
amat tinggi iaitu 1:856.

-8-

Doktor Luah Kedaifan klinik Luar Bandar Sabah di FB. Free Malaysia Today, 21 December
2020.
-Seorang doctor perubatan di sebuah klinik desa telah meluahkan perasaannya tentang kedaifan
klinik tempatnya bertugas setelah laporannya tidak diambil perhatian oleh pihak KKM. Beliau telah
menyenaraikan tujuh (7) masalah,antaranya ialah infrastruktur bangunan yang rosak; fasiliti klinik
yang rosak; kurang peralatan perubatan seperti set denggi kit;

kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan seperti klinik ditutup sebelum waktunya, sehingga 20
pesakit menunggu giliran menjelang klinik ditutup.

-berdasarkan dapatan kajian ini, walaupun kes ini terjadi di sebuah klinik desa tetapi masalah yang
lebih kurang sama juga dialami oleh klinik-klinik desa lain.

“Masalah klinik luar bandar ditangani sgera” demikian kenyataan Menteri Kesihatan dan
Kesejahteraan Rakyat Sabah yang dilaorkan oleh Harian Express 10 Nov 2019
-Penubuhan Kementerian ini semasa pentadbiran Kerajaan WARISAN+, menunjukkan kesedaran
dan keperhiatinannya terhadap masalah perkhidmatan klinik kesihatan desa di Sabah.
-Menurut Menterinya, Datuk Frankie Poon Ming Fing “kementeriannya akan tidak lama lagi
menangani pelbagai masalah yang dihadapi klinik kesihatan luar bandar, termasuk keuzuran
bangunan, serta kekurangan doktor dan kakitangan”.

Tindakan diambil setelah mendapat gambaran sebenar masalah menerusi lawatanke klinik luar
bandar.

“Tingkat Literasi Kesihatan Rakyat di Luar Bandar (Sabah) Masih Rendah”, demikian
laporan Berita Harian Online pada 21 Disember 2020
-Justeru laporan itu menganjurkan agar pendidikan literasi kesihatan penduduk luar bandar
ditingkatkan, menerusi kandungan digital, penggunaan pendekatan budaya natif kerana masalah
mereka berbeza dengan masalah penduduk bandar.

“Tiga masalah kesihatan semakinmenular di Kawasan luar bandar” demikian kenyataan Ketua
Pasukan Perubatan Sarawak-Dr Tan Tsu Khon yang dilaporkanoleh Utusan Borneo Online, pada

9

21 December 2020. Masalah kesihatan yang dimaksudkan ialah darah tinggi, obesity, dan diabetes.
Kes ini berdasarkan isu kesihatan di Baram, Sarawak.

Kesimpulan

Pada keseluruhanya kesedaran komuniti di empat daerah-Ranau, Kota Belud, Beaufort, Pitas dan
Nabawan adalah pada tahap baik.

-mereka memperoleh pengetahuan tentang sumber penyakit dan kesihatan menerusi pelbagai
sumber seperti TV, Radio, dan Klinik dan medi sosial;

-Dengan itu, mereka boleh memberikan pandangan tentang pembangunan kesihatan, baik
berdasarkan pengalaman peribadi mahupun pengalaman warga komuniti mereka;

-Pandangan mereka ini adalah agak holistil memandangkan ia dibuat berdasarkan pelbagai sumber
maklumat lokal, nasional dan internasional;

-Ini terbukti apabila pandangan komuniti kajian adalah selari dengan isu-isu perkhidmatan
kesihatan yang telah dibangkitkan oleh para pemimpin;

Cabaran pembangunan kesihatan luar bandar.

-sokongan infrastruktur pembangunan kesihatan seperti jalanraya, komunikasi, bekalan air dan
elektrik masih menjadi halangan utama kepada pembangunan kesihatan luar bandar;

-sokongan fasiliti dan kualiti perkhidmatan klinik komuniti desa juga amat lemah.

-Struktur dan fungsi pusat kesihatan luar bandar masih lemah. Contoh punca penyakit gagal dikesan
dan terus diberikan ubat yang tidak berkaitan serta pesakit gagal dirujuk ke doktor pakar di hospital
besar.

-10-

RUJUKAN

Doktor udara akan diperkenal semula di Sabah. Bernama. Astro AWANI News.
Oktober 19, 2019.

Masalah klinik luar bandar ditangani segera: Poon | Daily Express Online -Sabah's Leading
News Portal 21/12/2020

Sejarah KKM. Portal Rasmi KKM.
https://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2531?mid=13).

Sabah perlu infrastruktur, sistem kesihatan lebih baik. Berita Harian Online,21/12/2020.

Peningkatan kualiti perkhidmatan kesihatan di Sabah keutamaan kerajaan |Utusan Borneo Online
21/12/2020.

Tiga masalah kesihatan semakin menular di kawasan luar bandar | Utusan Borneo Online
21/12/2020.

Tingkat literasi kesihatan rakyat di luar bandar. Berita Harian Online,21/12/2020.

Gusni Saat. 2019. “Komuniti”, sebagai Konsep dan Metod dalam PenyelidikanSains Sosial:
Tafsiran Sosiologikal, Akademika 89(3), Oktober 2019: 53-62
https://doi.org/10.17576/akad-2019-8903-05

Ritza, G. 1996. Modern Sociological Theory. 4th edition. New York: McGraw-Hill Companies,
Inc.

Sen, A. (1991). Development as Freedom. Oxford: Oxford University Press.

11

LITERASI KESIHATAN DI KALANGAN MASYARAKAT
LUAR BANDAR SABAH: ISU KOMUNIKAI KESIHATAN &
KONTEKS

Haryati Abdul Karim
Mohd Yusof Ibrahim

Abstrak

Kertas kerja ini bertujuan untuk mengetengahkan isu komunikasi kesihatan yang dikaitkan
dengan tahap literasi kesihatan yang rendah di kalangan masyarakat luar bandar Sabah dan
bagaimana pendekatan komunikasi awam seperti ceramah kesihatan masih diperlukan untuk
meningkatkan literasi kesihatan mereka. Kajian Tinjauan Morbiditi dan Kesihatan
Kebangsaan Malaysia melaporkan kadar prevalens literasi kesihatan rakyat Malaysia di
kategori 3 (adequate health literacy) di tahun 2015 adalah sejumlah 6.6 peratus (Institut
Kesihatan Umum, 2015). Dalam kajian itu juga, kadar prevalen yang tinggi bagi tahap literasi
kesihatan penduduk negeri Sabah adalah di kategori 1 (Limited Likely Literacy) (Institut
Kesihatan Umum, 2015). Ini bermakna tahap literasi kesihatan penduduk Sabah berada di
kategori paling asas. Lantaran itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji mengapa ia berlaku
dengan memfokus di kawasan luar bandar dengan pelbagai kempen pendidikan kesihatan
dilakukan. Kajian dua tahun ini dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif seperti
pendekatan komunikasi awam seperti ceramah kesihatan masih diperlukan untuk
meningkatkan literasi kesihatan mereka. Kajian Tinjauan Morbiditi dan Kesihatan
Kebangsaan Malaysia melaporkan kadar prevalens literasi kesihatan rakyat Malaysia di
kategori 3 (adequate health literacy) di tahun 2015 adalah sejumlah 6.6 peratus (Institut
Kesihatan Umum, 2015). Dalam kajian itu juga, kadar prevalen yang tinggi bagi tahap literasi
kesihatan penduduk negeri Sabah adalah di kategori 1 (Limited Likely Literacy) (Institut
Kesihatan Umum, 2015). Ini bermakna tahap literasi kesihatan penduduk Sabah berada di
kategori paling asas. Lantaran itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji mengapa ia berlaku
dengan memfokus di kawasan luar bandar dengan pelbagai kempen pendidikan kesihatan
dilakukan. Kajian dua tahun ini dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif seperti

-12-

temuramah dengan 42 informan dari Nabawan, Ranau, Kota Belud dan Beaufort di tahun
2017-2019. Bagaimanapun, kaedah tinjauan menggunakan borang soal-selidik juga
digunakan kerana maklumat tentang penggunaan media untuk maklumat kesihatan adalah
terbatas di Sabah. Hasil kajian mendapati selain dari faktor kemiskinan, tahap pendidikan
yang rendah menyebabkan masyarakat tidak mempunyai kemahiran digital dan media untuk
mencari dan memahami informasi kesihatan di media baru. Faktor celik huruf yang rendah
menyebabkan mereka tidak memahami maklumat kesihatan yang disampaikan di media sosial
sehingga mereka bergantung kepada komunikasi bersemuka untuk tujuan itu. Di samping itu,
pelbagai masalah komunikasi timbul seperti keterbatasan akses kepada informasi kesihatan
dalam masyarakat yang dikaji menyebabkan literasi kesihatan mereka berada di tahap
rendah.Sumber maklumat kesihatan mereka adalah daripada doktor apabila mereka sakit.
Kata kunci : literasi kesihatan, luar bandar, Sabah, komunikasi , informasi

Pengenalan

Isu literasi kesihatan di Malaysia mula diberi perhatian apabila ia dimasukkan di dalam skop kajian

tinjauan Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi Malaysia (2015). Didapati masyarakat luar bandar
memiliki tahap literasi kesihatan Adequate Literacy (tahap literasi yang tertinggi) yang amat rendah
iaitu 2.3 peratus berbanding masyarakat bandar pada 7.8 peratus (NHMS 2015). Sabah, antara negeri
yang mencatat kadar prevalen bagi kateogri Likely Limited Level (tahap yang terendah) pada 0.9
percent iaitu tertinggi berbanding tahap literasi kesihatan sederhana dan tinggi (Institut Kesihatan
Umum, 2015).

Kajian literasi kesihatan kemudiannya diperhalusi dan diulangi dalam kajian tinjauan
Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi pada tahun 2019. Dapatan menunjukkan Sabah mencatatkan
tahap Limited Literacy Level iaitu tahap literasi yang paling rendah pada 43.2 peratus berbanding
negeri-negeri lain (Institut Kesihatan Umum, 2019). Ini bermakna Sabah mencatat tahap literasi
kesihatan yang paling rendah di Malaysia merangkumi kawasan luar bandar. Keadaan ini perlu diberi

13

perhatian kerana ia mempunyai implikasi besar terhadap kos pengurusan, rawatan dan penjagaan
kesihatan yang tinggi di pihak kerajaan terhadap masyarakat Sabah. Di samping itu, jumlah kes
penyakit di Sabah juga akan meningkat jika literasi kesihatan rakyat terus rendah.

Oleh kerana, data yang ada hanyalah data statistik yang memberikan gambaran umum tentang
tahap literasi kesihatan di Sabah melalui kajian oleh Institut Kesihatan Umum Malaysia maka kajian
ini dijalankan untuk memahami dengan lebih lanjut akan masalah ini. Kertas kerja ini memfokuskan
dari sudut komunikasi memandangkan literasi kesihatan adalah hasil daripada program pendidikan
kesihatan yang mana komunikasi kesihatan merupakan alat untuk mencapai literasi kesihatan yang
disasarkan. Jika literasi kesihatan masyarakat rendah, maka perhatian perlu diberi kepada pendekatan
komunikasi yang digunakan. Untuk mencapai literasi kesihatan yang tinggi, pihak kesihatan awam
harus peka kepada bagaimana mesej kesihatan itu harus disampaikan kepada khalayak sasaran. Ini
bermakna pemilihan saluran komunikasi harus bersesuaian dengan faktor sosio-demografi serta
sosio-ekonomi khalayak yang disasarkan. Apa yang kritikal ialah apakah maklumat kesihatan yang
dapat difahami oleh khalayak ramai khususnya masyarakat luar bandar.

Buat masa ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan literasi kesihatan sebagai
keupayaan kognitif dan sosial seseorang untuk mendapatkan akses kepada maklumat kesihatan bagi
membolehkannya membuat keputusan yang tepat mengenai kesihatan mereka (Nutbeam, 1998).

Bagi melihat situasi literasi kesihatan di luar bandar Sabah, takrifan ini digunakan di empat
daerah di Sabah iaitu Ranau, Nabawan, Kota Belud dan Beaufort. Selain itu, kajian ini juga ingin
melihat aspek keupayaan atau kebolehan mereka mendapat akses kepada maklumat kesihatan,
konteks kehidupan mereka serta kekangan yang dihadapi oleh mereka dalam aktiviti ini untuk melihat
lebih jauh soal literasi kesihatan mereka.

-14-

Perlu ditegaskan di sini, disebabkan ketiadaan data yang memberi gambaran keseluruhan
tentang akses media dan informasi kesihatan masyarakat luar bandar Sabah maka kajian kuantitatif
melalui kajian tinjauan telah dijalankan bagi menyokong dapatan kajian kualitatif.

Literasi Kesihatan dan masyarakat

Isu tahap literasi kesihatan yang rendah di kalangan masyarakat luar bandar sewajarnya perlu diberi
perhatian. Ini kerana ia boleh dikaitkan dengan tahap kesihatan seseorang (Xia Li et. Al, (2013). Bagi
masyarakat luar bandar pula, wujud pandangan bahawa masalah kemiskinan menjadi faktor utama
yang menghalang mereka daripada mencapai tahap literasi kesihatan yang tinggi. Keadaan
kemiskinan bermakna ramai mereka tidak memperolehi tahap pendidikan yang tinggi sekaligus
pengetahuan (knowledge) mereka juga adalah rendah. Paasche-Orlow & Wolf (2007) berpendapat
faktor kemiskinan serta faktor sosio-ekonomi yang lain seperti tahap pendidikan turut menyumbang
kepada tahap literasi kesihatan yang rendah.

Bagaimanapun, tanggapan ini disangkal melalui kajian Rajan, Kennedy & King (2013) yang
berpendapat bahawa pendapatan yang tinggi tidak semestinya membawa kepada literasi yang tinggi.
Ini kerana ia berbalik kepada sikap seseorang itu untuk mahu menerima maklumat kesihatan yang
disampaikan.

Persoalannya, apakah literasi sahaja cukup untuk menjamin kesihatan masyarakat setempat?
Selain itu, apakah faktor yang membentuk literasi seseorang apalagi tentang kesihatan terutama dalam
konteks masyarakat luar bandar? Estacio (2013) menghujah bahawa faktor persekitaran seperti
politik, ekonomi dan sosial yang mempengaruhi kehidupan masyarakat kelas bawah turut membentuk
pengertian ‘kesihatan’ mereka.

15

Rajan, Kennedy & King (2013) menegaskan bahawa faktor kemiskinan dan peningkatan
literasi dan bukan meningkatkan tahap pendapatan purata dapat memastikan literasi kesihatan
masyarakat luar bandar yang lebih baik.

Dapatan Susmita Das et.al (2017) bagi masyarakat luar bandar Bangladesh mendapati
masyarakat luar bandar Bangladesh yang berpendidikan rendah ataupun tidak berpendidikan
bergantung kepada komunikasi kesihatan antara mereka dengan kakitangan kesihatan mahupun
pengamal perubatan kampung (village doctor) untuk meningkatkan pengetahuan mereka mengenai
kesihatan.

Oleh yang demikian, mereka mengesyorkan agar usaha besar-besaran dibuat dalam
menyebarkan mesej-mesej kesihatan daripada pihak berkuasa kesihatan. Ini kerana mereka mendapati
44.4 peratus responden wanita dan 36.6 peratus responden lelaki tahu cara-cara mengawal penyakit
diabetis melalui komunikasi bersemuka mereka dengan kakitangan kesihatan. Ini sekaligus
meningkatkan literasi mereka tentang penyakit diabetic sekaligus mencegah diri mereka dari masalah
itu.

Peranan literasi dalam meningkatkan tahap kesihatan masyarakat juga disentuh oleh Seyed
Mohammad Hashemi-Shahri et. al (2020) apabila mereka berpendapat bahawa dengan
mempertingkatkan pengetahuan mereka tentang sumber-sumber informasi maka mereka akan dapat
melindungi diri daripada jangkitan virus Covid-19.

Tegasnya, di sini, terdapat perdebatan antara faktor literasi semata-mata sebagai kaedah
meningkatkan mutu kesihatan masyarakat dengan faktor persekitaran sebagai penyumbang kepada
pembentukan literasi masyarakat terhadap kesihatan.

-16-

Kajian ini berpendapat bahawa selain dari faktor persekitaran, faktor pendekatan komunikasi
menyumbang kepada pembentukan literasi kesihatan masyarakat.

Sebagaimana yang ditunjukkan dalam kajian-kajian lepas, komunikasi antara penduduk
dengan kakitangan kesihatan merupakan sumber maklumat dan pendidikan kesihatan buat mereka.
Soalnya, komunikasi yang bagaimana yang dapat membantu proses pendidikan tentang kesihatan?
Konsep Literasi Kesihatan – Satu Perbincangan Kritis

Konsep ini hangat diperdebatkan kerana takrifan yang diberikan oleh Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) dikatakan amat simplistik dan mengandaikan bahawa proses meningkatkan tahap
literasi kesihatan itu berlaku sehala iaitu individu dapat meningkatkan pengetahuan kesihatan mereka
dengan mendedahkan diri mereka pelbagai sumber maklumat kesihatan. Sejauhmana takrifan itu
simplistik? Kita mulakan perbincangan ini dengan mengupas takrifan WHO itu.

Sebenarnya, takrifan WHO itu merupakan adaptasi daripada tiga kategori literasi umum iaitu
Basic/Functional Literacy, Communicative/Interactive literacy dan Critical Literacy (Freebody &
Luke: 1990; Nutbeam, 2000).

Takrifan ini adalah adaptasi daripada tiga kategori literasi iaitu
1.Basic/Functional Literacy – merujuk kepada kemahiran membaca dan menulis yang asas.
2. Communicative/Interactive Literacy – ia bermaksud kemahiran kognitif, sosial dan literasi yang
lebih tinggi daripada kategori Basic/Functional Literacy yang membolehkan individu itu boleh
menggunakan maklumat dari pelbagai sumber serta mengaplikasikan maklumat baru dalam
persekitaran yang sentiasa berubah.

17

3. Critical Literacy – pada kategori ini, ia adalah gabungan kemahiran kognitif dan sosial pada tahap
amat tinggi yang mana individu itu mampu menganalisa sebarang maklumat dan menggunakannya
dalam membuat keputusan dalam hidup.

Hasilnya ialah literasi kesihatan dirujuk sebagai “seseorang itu mempunyai kemahiran
kognitif dan sosial yang akan menentukan motivasi dan kebolehannya untuk mendapatkan akses
kepada, memahami dan menggunakan informasi dalam mana ia dapat mempromosi dan mengekalkan
kesihatan yang baik,” (Nutbeam,1998:10).

Takrifan ini mengiktiraf elemen pemerkasaan terhadap individu iaitu mereka mempunyai
kuasa untuk menentukan tahap kesihatan mereka apabila mereka memiliki informasi yang
mencukupi.

Bagaimanapun, takrifan ini mengundang pelbagai pandangan kerana ianya beranggapan
bahawa literasi itu adalah satu proses sehala tanpa mengambilkira faktor persekitaran di mana
individu atau komuniti itu berada.

Kickbusch (2001) mengetengahkan persoalan pemerkasaan di kalangan masyarakat yang
terpinggir kerana memiliki pengetahuan atau informasi sahaja tidak mencukupi tetapi apa yang
mereka boleh buat dengan pengetahun tersebut.

Selain itu, literasi juga perlu dari pelbagai dimensi literasi seperti literasi asas (fundamental
literacy), literasi sains, literasi sivik serta literasi budaya (Zarcadoolas, Pleasant & Greer : 2005).
Usaha menambahbaik dimensi literasi turut melihat literasi perubatan (medical literacy) dimasukkan
dalam takrifan literasi kesihatan (Peerson & Saunders : 2009).

Kajian lain yang turut menyumbang kepada pengembangan takrifan literasi kesihatan ialah
kajian Frisch, Camerini, Diviani dan Schulz (2011) iaitu terdapat tujuh dimensi dalam literasi

-18-

kesihatan – literasi fungsional, pengetahuan fakta dan prosidur, kesedaran, dimensi kritikal, dimensi
afektif dan sikap.

Literasi kesihatan juga melibatkan komunikasi antara pesakit dengan doktor kerana doctor
merupakan sumber maklumat dan pendidikan kesihatan kepada pesakit. Sekiranya, maklumat
kesihatan tidak sampai kepada pesakit daripada doktor maka pesakit tidak akan memahami
penyakitnya serta penjagaan yang sewajarnya (Safeer & Kenan, 2005).

Secara amnya, literasi kesihatan tidak boleh dilihat sebagai satu proses sehala yang
membabitkan individu dengan aktiviti pencarian maklumat semata-mata tetapi harus dilihat dari sudut
yang lebih holistik. Ia melibatkan kombinasi padu antara strategi penyampaian Pendidikan kesihatan
yang bersesuaian dengan konteks sosio-ekonomi dan demografi masyarakat luar bandar. Apa yang
perlu diperhatikan ialah apakah keadaan hidup mereka yang membolehkan mereka menerima dan
memahami mesej kesihatan sehingga mampu membuat pengubahsuaian kepada gaya hidup yang
lebih sihat?
Latarbelakang empat daerah yang dikaji – Kota Belud, Ranau, Beaufort dan Nabawan

Empat daerah di Sabah telah dipilih dalam kajian ini kerana kajian ini ingin mendapatkan data literasi
kesihatan dari empat kawasan yang terletak di lokasi yang berbeza dari segi geografi. Daerah-daerah
di Sabah dibahagikan mengikut bahagian. Daerah Kota Belud terletak di bahagian Pantai Barat Sabah
iaitu sejauh 77 km daripada bandar Kota Kinabalu dan ini termasuk daerah Ranau di utara negeri
Sabah dan jaraknya adalah 106 km daripada Kota Kinabalu. Bagi daerah Beaufort pula terletak 90
km daripada Kota Kinabalu, ianya terletak di bahagian Pedalaman bersama daerah Nabawan sejauh
166 km.

19

Dua lokasi kajian berada di bahagian Pantai Barat Sabah dan dua lagi di bahagian Pedalaman
Sabah. Daerah Nabawan merupakan daerah yang paling jauh dalam kajian ini. Pemilihan keempat-
empat daerah sebagai lokasi kajian adalah untuk melihat apakah isu literasi kesihatan yang dihadapi
oleh masyarakat itu berbeza dari segi geografi. Faktor kadar kemiskinan juga menjadi sebab kenapa
empat daerah ini dipilih untuk melihat bagaimana keadaan ini mempengaruhi literasi kesihatan
masyarakat luar bandar.

Jika dibandingkan antara empat daerah tersebut, daerah Nabawan direkodkan sebagai
mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi (Nur Shaslinda Abdul Kadir, Ubong Imang & Colonius
Atang: 2018).

Situasi sosio-ekonomi masyarakat di empat lokasi kajian ini menunjukkan bahawa kadar
kemiskinan mutlak bagi Nabawan adalah 35.6 peratus diikuti oleh Kota Belud (34 peratus), Ranau –
26.8 peratus dan Beaufort sebanyak 21 peratus di tahun 2019 mengikut Buku Perangkaan Tahunan
Sabah 2019 (Jabatan Perangkaan Negeri Sabah, 2020).

Dari segi kemiskinan relatif pula, Kota Belud mencatatkan penurunan minima sebanyak 0.1
peratus iaitu 31.2 peratus dalam tahun 2016 kepada 31.1 peratus dalam tahun 2019. Daerah Ranau
pula menunjukkan trend penurunan daripada 26.6 peratus dalam tahun 2016 kepada 21.3 peratus
dalam tahun 2019 (Jabatan Perangkaan Negeri Sabah, 2020).

Kadar kemiskinan relatif bagi Beaufort menunjukkan penurunan daripada 23.3 peratus (2016)
kepada 19.1 peratus (2019) sementara daerah Nabawan, kadar kemiskinan relatifnya adalah 4.2
peratus pada tahun 2016 tetapi angka itu meningkat kepada 12.7 peratus dalam tahun 2019 (Jabatan
Perangkaan Negeri Sabah, 2020).

-20-

Ini menunjukkan daerah Nabawan mengalami peningkatan ketara bagi kemiskinan relatif berbanding
daerah-daerah lain yang mengalamai penurunan dalam tempoh tiga bermula tahun 2016.

Daerah-daerah ini berbeza dari segi populasi etnik iaitu Ranau lebih dominan di kalangan
masyarakat Dusun manakala Nabawan yang terletak di bahagian Pedalaman Sabah pula merupakan
kawasan yang didiami oleh majoriti masyarakat Murut. Bagi daerah Kota Belud, masyarakat dari
sukuk aum Bajau merupakan etnik yang terbesar di sana manakala daerah Beaufort pula terdiri dari
suku kaum Bisaya, Kedayan dan Melayu. Setiap kumpulan etnik ini mempunyai bahasa, budaya dan
kepercayaan masing-masing.

Salah satu aspek dalam literasi kesihatan ialah keupayaan mendapatkan sumber maklumat
kesihatan. Tidak dinafikan sumber-sumber itu boleh diperolehi daripada sumber media konvensional
mahupun baharu.

Media Radio/Hi-fi Televisyen Smartphone Langganan Internet di rumah Siaran TV Berbayar Telefon Bimbit biasa Tablet

Ranau 95.6 93.5 89.3 71.9 62.6 25.9 9.6

Kota Belud 95.5 91.5 87.2 68.9 83.1 24.5 7.3

Beaufort 96.3 95.9 92.4 70.6 76.2 19.3 8.7

Nabawan 95.6 77.8 86.7 71.1 30.2 15.6 2.2

Jadual 5: Peratusan pemilikan kemudahan komunikasi terpilih dalam seisi rumah berdasarkan daerah
di Sabah
(Sumber: Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas Mengikut Negeri dan Daerah
Pentadbiran Sabah 2019)

Jika diteliti maklumat dalam jadual 1, didapati pemilikan radio dan televisyen di keempat-
empat daerah ini adalah tinggi diikuti dengan telefon pintar. Ini merupakan keperluan asas dalam
kehidupan masyarakat kontemporari kerana ia memenuhi keperluan hiburan dan maklumat mereka.
Bagaimanapun, peratusan langganan internet di rumah tidak mencapai 80 peratus ke atas. Sementara

21

pemilikan siaran televisyen berbayar seperti Astro pula tidak sekata. Daerah Nabawan mencatat
pemilikan siaran televisyen berbayar yang terendah iaitu 30.2 peratus sahaja berbanding daerah lain
yang mencatat pemilikan di atas 60 peratus. Ini bermakna penduduk daerah Nabawan tidak dapat
akses kepada pelbagai program-program televisyen lain berbanding Kota Belud, Beaufort dan Ranau.

% Langganan internet di rumah mengikut tahun

80 70.6 71.9 68.9 71.1
70 53.4 46.7 45.8
60 54.8 22.5 18.4 14.8
Kota Belud Nabawan
50 Ranau

40
30 26.7

20

10

0
Beaufort

2014 2016 2019

Jadual 6: Peratusan langganan internet mengikut tahun berdasarkan empat daerah
(Sumber: My Local Stats Sabah 2019. Pitas; My Local Stats Sabah 2019. Ranau; My Local Stats
Sabah 2019, Beaufort My Local Stats Sabah 2019. Nabawan – Department of Statistics Malaysia,
2020)

Daripada jadual 2, kita dapat lihat perkembangan yang positif dari segi peratusan langganan

internet di rumah di empat daerah yang dikaji pada tahun 2019 apabila kesemua daerah mencatat

peratusan langganan di atas 60 peratus. Jika dibandingkan di tahun 2014 dan 2016, peningkatan ini

sememangnya sesuatu yang memberangsangkan bagi tujuan mengurangkan jurang digital dan

informasi di kalangan masyarakat luar bandar.

-22-

Nabawan 30.2
44.8
47.5

Kota Belud 83.1

60.1
64.5

Ranau 62.6
57.9

70.7

Beaufort 76.2
75.1

81.4

0.0 10.0 20.0 30.0 40.0 50.0 60.0 70.0 80.0 90.0
Tahun 2019 Tahun 2016 2014

Jadual 7: Peratusan yang memiliki siaran TV berbayar mengikut tahun dan daerah
(Sumber: My Local Stats Sabah 2019. Pitas; My Local Stats Sabah 2019. Ranau; My Local Stats
Sabah 2019. Nabawan; My Local Stats Sabah 2019, Beaufort – Department of Statistics Malaysia,
2020)

Daerah Kota Belud mempunyai peratusan pemilikan siaran TV berbayar yang tertinggi pada

tahun 2019 iaitu 83.1 peratus berbanding tiga daerah yang lain. Daerah Nabawan pula menunjukkan

jumlah pemilikan siaran TV berbayar yang terendah iaitu 30.2 peratus tetapi ia juga menunjukkan

penurunan berbanding tahun 2016 dan 2014. Apa yang membimbangkan ialah jurang informasi dan

pengetahuan akan menjadi besar di kalangan masyarakat Nabawan.

23

350.0 99.3 98.3 94.4 97.2
300.0 97.3 96.2 87.5 93.7
250.0 94.8
200.0 98.1 97.1 96.7 Kota Belud
150.0
100.0

50.0
0.0

Beaufort Ranau Nabawan
2014 Tahun 2016 Tahun 2019

Jadual 8: Peratusan yang memiliki telefon bimbit dari 2014-2019 berdasarkan empat daerah

(Sumber: My Local Stats Sabah 2019. Pitas; My Local Stats Sabah 2019. Ranau; My Local Stats
Sabah 2019. Nabawan; My Local Stats Sabah 2019. Beaufort – Department of Statistics Malaysia,
2020)

Ternyata, pemilikan telefon bimbit adalah tinggi berbanding kemudahan komunikasi yang
lain bagi penduduk di daerah Nabawan, Ranau, Beaufort dan Kota Belud apabila jumlah peratusan
pemilikan dari tahun 2014 sehingga 2019, menunjukkan jumlah peratusan melebihi 90 peratus. Jelas
ia adalah keperluan asas buat penduduk di situ kerana ia merupakan alat perhubungan yang penting
yang akan memastikan mereka tidak terputus hubungan dalam segala aspek.

Apa yang dapat disimpulkan daripada data peratusan pemilikan kemudahan komunikasi di
sini ialah meskipun kadar kemiskinan di daerah ini agak tinggi namun penduduk di sini mampu
memiliki sekurang-kurangnya dua jenis media iaitu radio dan televisyen dan satu alat komunikasi
iaitu telefon bimbit sebagai sumber maklumat.

-24-

Metodologi

Sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini, kadar literasi kesihatan masyarakat luar bandar
umumnya adalah rendah. Negeri Sabah dilaporkan mencatat kadar literasi kesihatan yang tinggi bagi
kategori terendah. Keadaan ini menimbulkan beberapa persoalan iaitu:-

1. Apakah sumber maklumat kesihatan mereka?
2.Bagaimana pola pencarian maklumat kesihatan yang dilakukan oleh mereka?

3. Apakah halangan yang menghambat mereka daripada memiliki maklumat kesihatan?

4. Apakah masalah literasi kesihatan mereka disebabkan oleh faktor komunikasi?
Untuk menjawab persoalan-persoalan kajian ini, kajian ini menggunakan kaedah mixed-

method iaitu temubual semi-structured dan kajian tinjauan khususnya untuk persoalan kajian yang
pertama dan kedua. Bagi kaedah temuramah pula, kajian ini menggunakan kaedah temuramah indepth
secara individu melalui kaedah persampelan bola salji.

Sebelum kerja lapangan dibuat, penyelidik telah mendapatkan keizinan daripada pejabat-
pejabat daerah Nabawan, Ranau, Beaufort dan Kota Belud untuk memasuki kampung-kampung yang
dikenalpasti. Dengan bantuan pejabat daerah juga, ketua-ketua kampung telah dimaklumkan akan
kehadiran pasukan penyelidik. Pihak ketua kampung telah memberi izin untuk kami memasuki serta
mendekati penduduk kampung berkenaan. Mereka juga telah membantu memaklumkan penduduk
akan tujuan kehadiran kami selain dari mengumpul penduduk kampung untuk membolehkan kami
mengutip data borang soal-selidik. Pada fasa kedua, pasukan ini telah turun sekali lagi untuk tujuan
temubual mendalam.

25

A.Kaedah tinjauan
Sebanyak 400 borang soal-selidik telah diedarkan tetapi hanya 371 dapat digunakan sebagai dapatan.
Ia melibatkan 31 buah kampung dari empat daerah yang dikaji. Kajian rintis telah dijalankan di Kg
Timbua, Ranau.

Soalan-soalan yang ditanyakan dalam borang soal-selidik itu ialah soalan pola penggunaan
media dan sumber bukan media untuk mendapatkan maklumat kesihatan, kekerapan mereka
menggunakan sumber-sumber maklumat tersebut, tahap literasi mereka terhadap penyakit,
pencegahan penyakit, gejala serta rawatan terhadap sesuatu penyakit.

Di samping itu, borang soal-selidik juga meninjau tahap kesedaran mereka terhadap gaya
hidup sihat termasuk pemakanan yang seimbang. Akhir sekali, responden juga ditanya tentang literasi
kesihatan mereka dari segi komunikasi mereka dengan kakitangan kesihatan serta penggunaan
perkhidmatan kesihatan dalam menangani masalah kesihatan mereka.
B. Kaedah Temubual Mendalam

Kaedah temubual mendalam dengan para informan di empat daerah dibuat secara individu
bagi menjawab persoalan kajian ketiga dan keempat. Kaedah ini membantu penyelidik mendapatkan
gambaran tentang mengapa literasi kesihatan masyarakat luar bandar ini rendah berdasarkan daripada
perkongsian maklumat informan kepada penyelidik.

Seramai 42 orang informan telah dapat ditemubual dan semua proses temubual dibuat atas
dasar sukarela di pihak informan. Mereka ditemubual di kediaman masing-masing setelah
dimaklumkan tujuan kajian ini.

-26-

Meskipun, informan terdiri dari pelbagai etnik namun temubual dibuat dalam bahasa Malaysia tanpa
bantuan penterjemah. Ia berlangsung selama 30 minit sehingga 1 jam.

Kesemua temubual dirakam dan ditranskrip sebelum dianalisa menggunakan kaedah Analisis
Tematik oleh Braun & Clarke (2006).

Hasil kajian

A.Dapatan kajian tinjauan

Daripada 371 orang responden, wanita merangkumi 60.6 peratus daripada jumlah responden
manakala responden lelaki pula adalah 39.4 peratus atau 146 orang yang mengambil bahagian dalam
kajian ini.

Jantina N%
Perempuan 225 60.6
Lelaki 146 39.4

Umur

16-19 13 3.5
20-29 52 14
30-39 83 22.4
40-49 101 27.2
50-59 78 21
60 ke atas 44 12

Tahap Pendidikan

Pendidikan sekolah

rendah 115 31
95 25.6
SRP/PMR 95 25.6

SPM 35 9.4
18 4.9
Tiada pendidikan
5 1.3
formal 5 1.3
3 0.8
STPM

Diploma

Pendidikan universiti

Sijil-sijil kemahiran

Pendapatan

27

RM100-300 93 25.1

RM301-399 56 15.1

RM400-499 50 13.5

RM500-599 57 15.4

RM600-699 24 6.5

RM700 ke atas 90 24.3

Status kelamin

Kahwin 320 86.3

Bujang 37 10

Duda/Janda 14 3.8

Jadual 9: Profil sosio-demografik dan sosio-ekonomi responden daripada 31 buah kampung

(N=371)

Yang jelas daripada profil sosio-demografik para responden, terdapat 31 peratus atau 115
orang berpendidikan di tahap sekolah rendah. Sementara yang menerima pendidikan di peringkat
sekolah menengah iaitu di tahap Tingkatan Tiga dan memiliki Sijil Rendah Persekolahan (SRP) dan
Penilaian Menengah Rendah (PMR) adalah 25.6 peratus (95 orang). Begitu juga mereka yang
memiliki Sijil Persekolahan Malaysia (SPM) iaitu seramai 95 orang atau 25.6 peratus. Namun,
terdapat 35 responden yang tidak menerima sebarang pendidikan formal. Keadaan ini
menggambarkan ada 9.4 peratus yang tahap literasinya rendah.

Dari segi tahap pendapatan, mereka yang berpendapatan RM300 ke bawah sebulan adalah
merupakan golongan yang paling tinggi iaitu 25.1 peratus atau 93 orang manakala mereka yang
berpendapatan RM700 ke atas pula adalah 24.3 peratus atau 90 orang.

Dengan adanya, 40 peratus bilangan yang berpendidikan di peringkat sekolah rendah dan
tidak pernah menerima pendidikan secara formal, persoalannya ialah bagaimana mereka akan
memahami kandungan informasi kesihatan yang disampaikan?

-28-

b. Pola pencarian maklumat kesihatan

Sebagaimana yang ditakrifkan, literasi kesihatan merujuk kepada kemahiran kognitif dan sosial yang
menentukan motivasi seseorang untuk mendapatkan akses kepada maklumat kesihatan. Di sini, kajian
ini juga meneliti pola pencarian maklumat kesihatan para responden.

Media

Kekerapan Televisyen Radio Suratkhabar baharu

Sangat kerap 15 (4%) 5 (1.3%) 7 (1.9) 26 (7%)

Kerap 52 (14%) 15 (4%) 13 (3.5%) 56 (15.1%)

Tidak pasti 12 (3.2%) 10 (2.7%) 5 (1.3%) 8 (2.2%)

181

Kurang kerap (48.8%) 74 (19.9%) 62 (16.7%) 68 (18.3%)

111

Tidak pernah (29.9%) 267 (72%) 284 (64.5%) 213 (57.4%)

Jadual 10: Pola kekerapan mencari maklumat kesihatan di media (N=371)

Apa yang dapat dilihat ialah para responden tidak pernah mencari maklumat kesihatan di

media dan ini dapat dilihat apabila kekerapan di tahap ‘tidak pernah’mencatat peratusan tertinggi di

semua jenis sumber maklumat di media-massa sedangkan akses kepada televisyen, radio serta media

baharu juga ada pada para responden.

Kekerapan mencari maklumat N %
kesihatan

Tidak aktif langsung 163 43.9

Kadang-kadang cuba 142 38.3

Tidak pasti 2 0.5

Sederhana aktif 48 12.9

Aktif mencari 15 4

Jadual 11: Kekerapan mereka mencari maklumat kesihatan (N=371)

29

Selain itu, mereka secara amnya, tidak aktif langsung dalam mencari maklumat kesihatan apabila 163
daripada 371 responden mengaku tidak aktif mencari maklumat kesihatan. Jumlah yang kadang-
kadang mencuba adalah 142 (38.3%) berbanding yang sederhana aktif 48 atau 12.9 peratus dan aktif
mencari adalah 15 (4%).

Jadual 12: Kepentingan sumber maklumat - media dan bukan media untuk
mendapatkan maklumat kesihatan

N Minimum Maximum Mean Std. Deviation
371 1.00 44.00
Adakah televisyen penting 3.8491 2.29426
kepada anda dalam
mendapatkan maklumat 371 1.00 5.00 3.0189 1.22460
kesihatan?
Adakah radio penting kepada 371 1.00 43.00 2.9838 2.42949
anda dalam mendapatkan
maklumat kesihatan? 371 1.00 5.00 2.6900 1.29171
Adakah surat khabar penting
kepada anda dalam 371 1.00 5.00 3.3827 1.19419
mendapatkan maklumat
kesihatan? 371 1.00 5.00 4.0997 .69225
Adakah majalah penting
kepada anda dalam 371 1.00 5.00 3.6011 .99859
mendapatkan maklumat
kesihatan?
Adakah internet penting
kepada anda dalam
mendapatkan maklumat
kesihatan?
Adakah ceramah kesihatan
penting kepada anda dalam
mendapatkan maklumat
kesihatan?
Adakah pengetahuan turun-
temurun penting kepada
anda dalam mendapatkan
maklumat kesihatan?

-30-

Adakah informasi kesihatan 371 1.00 5.00 4.2075 .64309

daripada doktor, jururawat

atau kakitangan

hospital/klinik penting kepada

anda dalam mendapatkan

maklumat kesihatan?

Valid N (listwise) 371

Jika dibandingkan dengan sumber maklumat media dan bukan media, didapati responden luar
bandar merasakan komunikasi perseorangan iaitu ceramah kesihatan dan komunikasi antara
kakitangan kesihatan dengan mereka itu sangat penting sebagai sumber maklumat kesihatan.

Pola ini menimbulkan pertanyaan kenapa dan untuk memahami faktor di sebalik pola
pencarian maklumat mereka, temuramah telah dijalankan untuk mendapatkan konteks di sebalik
penggunaan media dalam mencari maklumat kesihatan.

B. Dapatan kualitatif

Setelah dianalisa transkrip temubual, terdapat beberapa pandangan serta isu yang kerapkali
diperkatakan oleh para informan dari empat daerah dan ini diangkat sebagai subtema utama hasil
temubual ini.

Empat subtema yang dikenalpasti itu ialah kondisi sosial, halangan informasi dan komunikasi,
manfaat: komunikasi bukan media serta langkah alternatif yang akhirnya bila dianalisa perkaitannya
membawa kepada satu tema utama iaitu cabaran : literasi kesihatan.

31

Tema : Cabaran – Literasi Kesihatan
Tema ini dikenalpasti kerana ia menggambarkan keadaan sebenar dan keseluruhan isu literasi
kesihatan dari segi komunikasi. Ia juga menyentuh tentang konteks kehidupan para informan serta
halangan yang dihadapi mereka dari segi informasi dan komunikasi.

Keadaan yang mencabar itu juga mendorong mereka mengambil langkah alternatif untuk
mendapatkan sumber maklumat kesihatan.

Gambarajah 1: Peta Tematik Hasil Temubual Informan Luar Bandar
-32-

1. Subtema 1 : Kondisi sosial

Subtema ini dipilih kerana ia memberikan pelbagai faktor dan gambaran persekitaran kehidupan
masyarakat luar bandar yang menjadi punca kenapa mereka sukar mendapat maklumat kesihatan
sama ada di media konvensional mahupun baharu. Keadaan seperti persekitaran media – daif
merujuk kepada bagaimana ada di antara informan yang langsung tidak memiliki sebarang media-
massa di rumah. Apa yang ada hanyalah satu telefon bimbit biasa.

“Saya tidak ada TV, radio, internet sama suratkhabar. Saya tidak tahu apa-apa pasal internet.
Tidak ada kawan yang tolong kasi tahu apa-apa pasal kesihatan,”(Informan wanita 1/34 tahun/Kg
Tampios, Ranau)

“Internet, tidak ada akses di sini. Susah cari maklumat – informasi bila sakit, baru tahu dari
klinik,” (Informan Lelaki 1/40-an/Kg Salarom Baru, Nabawan)

Selain itu, isu kredibiliti maklumat juga menjadi punya mengapa mereka kurang berusaha
mencari maklumat kesihatan kerana mereka ragu-ragu akan kebenaran maklumat yang
disampaikan melalui media baharu.

Subtema – buta IT pula merujuk kepada bagaimana sesetengah mereka tidak mempunyai
pengetahuan langsung tentang cara-cara melayari internet. Ini menyebabkan mereka tidak pernah
menggunakan media baharu untuk mendapatkan maklumat kesihatan.

“Saya tidak pernah cari informasi kesihatan sebab saya tidak pandai. Kalau cari di internet,
saya tidak pandai,” (Informan Wanita 2/58 tahun/Kg Tampios, Ranau)

Masalah seterusnya ialah informan tidak memiliki kemahiran mencari informasi samada di
media konvensional mahupun media baharu.

“Saya tidak tau channel mana yang ada ubat-ubat tu. Kalau saya tengok itu perubatan – saya
tidak tahu cari tu. Internet pun, saya tidak tau guna. Telefon biasa saja, saya ada bukan
smartphone”, (Informan wanita 3/58 tahun/Kg Sarang, Kota Belud)

33

2.Subtema 2: Halangan Komunikasi dan Informasi

Subtema kondisi sosial juga berkait dengan subtema kedua iaitu halangan komunikasi dan

informasi.

Ia meliputi pelbagai masalah berkait dengan komunikasi kesihatan samada ceramah
kesihatan, penyampaian berita mengenai kesihatan di media-massa serta komunikasi antara
perseorangan antara doktor dengan pesakit.

Pelbagai masalah ini dapat dilihat sebagai keadaan yang dialami oleh masyarakat luar bandar
yang menyebabkan pengetahuan kesihatan mereka rendah.

Ceramah kesihatan merupakan sumber maklumat kesihatan yang dapat membantu mereka
terutamanya yang hidup dalam keadaan daif dari segi media-massa serta yang buta huruf. Namun,
masalah yang kerap diutarakan oleh informan ialah kekerapan ceramah ini dilaksanakan serta topik
ceramah kesihatan yang terhad pada waktu timbulnya wabak.

“ Kalau ceramah pulak satu tahun, satu kali saja diadakan di Nabawan. Ceramah sangat
membantu kalau TV sahaja, ada rumah-rumah tidak ada TV jadi dorang tidak dapatlah informasi tu,”
(Informan wanita 4/32 tahun/Kg Salarom Taka, Nabawan)

“Ceramah…kalau boleh, janganlah buat satu tahun sekali. Kalau boleh… kasi kerap sebab
kami mau tau pasal darah tinggi, penyakit perempuan, penjagaan baby, kebersihan begitu,”(Informan
wanita 5/24 tahun/Kg Kurian, Beaufort).

“Kalau dari Jabatan Kesihatan, dorang cuma kasi tahu..jangan biarkan air bertakung nanti
kena denggi. Tempurung jangan di biarkan. Kami harap-harap ada ceramah pasal penyakit lain,”
(Informan lelaki 2/66 tahun/Kg Taburan, Kota Belud).

“Jarang ada ceramah di sini. Cuma untuk para ibu-ibu mengandung saja. Itupun 9 tahun yang
lalu,”(Informan wanita 6/44 tahun/Kg Paginatan, Ranau)

Aspek lain yang menjadi halangan kepada mendapatkan sumber maklumat kesihatan ialah jumlah
kandungan berita tentang informasi kesihatan di media-massa. Para informan mengadu media-massa
tidak konsisten dalam menyediakan maklumat kesihatan dalam program-program yang disiarkan.

“ TV jarang ada program pasal kesihatan. Radio – ada…tapi tidak tetap. Ada juga tapi bukan
tiap-tiap hari. Baru-baru ini ada pasal kanser kanak-kanak, “ (Informan wanita 7/45 tahun/Kg Bt 61,
Beaufort).

-34-

Didapati pertemuan dengan kakitangan kesihatan seperti doktor merupakan sumber maklumat
kesihatan yang utama bagi para informan. Melalui pertemuan dengan doktor, mereka dapat
mengetahui sedikit-sebanyak tentang masalah mereka namun para informan sering mengadu doktor
jarang memberitahu punca penyakit mereka atau keluarga mereka.

“Bila saya bawa anak OKU saya, doktor tanya kenapa dia? Terus dia tulis-tulis saja. Tidak
tanya umur, macam tidak puas hatilah saya. Dia kasi preskripsi saja,” (Informan wanita 7/45 tahun/Kg
Bt 61, Beaufort)

“Saya tidak begitu jelas pasal penyakit. Habis doktor tidak terangkan pada keluarga pesakit,
apa sakit dorang. Kalau tidak ditanya, tidak dikasi tahu. Doktor selalu berbincang sesama sendiri,”
(Informan wanita 8/33 tahun/Kg Pantai Emas, Kota Belud).

“Saya ingin tahu tentang kanser lah. Macam kanser hati sama kanser rahim. Habis saya punya
nenek sama datuk saya, ada.

Doktor tidak pernah terangkan punca kenapa dorang kena kanser. Sebab, kenapa ia berlaku.
Yang saya tau, badan makin kurus, sekali check di Nabawan, baru dikesan padahal lama sudah. Terus
pigi Keningau,” (Informan wanita 9 /28 tahun/Kg Kabangkawang, Nabawan)

Apa yang juga menjadi isu dalam komunikasi pesakit-doktor ialah kemahiran doktor

berkomunikasi dalam bahasa yang lebih mudah difahami oleh pesakit.

“ Kalau doktor sebut itu nama saintifik – saya selalu minta rujuk itu Pembantu Perubatan.
Habis kalau di hospital kerajaan, bahasa doktor saya tidak faham. Kalau di klinik swasta, dia bagi tau
semua tu.

Tidak ada bahasa saintifik. Puas hati lah. Biar kita faham, kalau bahasa doktor, orang-orang
kampung tidak faham. Terpaksa rujuk sama tu Pembantu,” (Informan wanita 10/34 tahun/Kg Pantai
Emas, Beaufort).

3.Subtema 3 : Manfaat-Komunikasi Bukan Media

Subtema ini merujuk kepada mengapa ceramah kesihatan itu penting buat masyarakat luar bandar

iaitu komunikasi perseorangan ini membantu mereka yang warga emas yang tidak ada pendidikan

serta mereka yang tidak mempunyai sebarang media-massa di rumah untuk meningkatkan

pengetahuan kesihatan mereka.

35

Masalah utama di sini ialah masalah kadar celik huruf. Oleh kerana terdapat 31 peratus
menerima pendidikan tahap sekolah rendah sahaja bermakna mereka menghadapi kesukaran
mencerna maklumat kesihatan yang sebenarnya merupakan cabang bidang sains selain dari laras
bahasanya yang tinggi. Ceramah serta komunikasi perseorangan dapat menangani isu kesamarataan
akses kepada maklumat kesihatan. Apabila ada di antara masyarakat luar bandar yang dihambat oleh
masalah taraf Pendidikan yang rendah serta kemiskinan sehingga tidak mampu memiliki sebarang
media-massa, komunikasi bukan media seperti ceramah serta komunikasi orang awam dengan
kakitangan kesihatan dapat membantu mereka.

“ Kalau ada ceramah, dia bagi tau, sekurang-kurangnya siapa yang faham, dia boleh kasi tau
lah. Kalau tidak berapa faham ceramah, boleh tanya doktorlah,” (Informan wanita 11/45 tahun/Kg
Bahagia, Nabawan)

Pertemuan dengan doktor untuk pemeriksaan berkala juga membantu informan memahami

tentang punca penyakit mereka.

“Dari doktor, baru saya tau yang garam bikin darah tinggi,” (Informan wanita 12/41 tahun/Kg
Maringkian, Ranau)

“Saya punya gout ini sebab saya tidak makan sayur dan doktor ada cakap jangan selalu makan
karabau (kerbau), ketam semua tu,”(Informan lelaki 2/66 tahun/Kg Taburan, Kota Belud).

Didapati kebanyakan pengetahuan mereka tentang masalah kesihatan mereka datang daripada
pertemuan mereka dengan doktor. Ini bermakna sumber pengetahuan dan maklumat kesihatan mereka
amatlah terhad.

4.Subtema 4 : Langkah Alternatif

Bagi informan yang masih muda iaitu dalam lingkungan usia 20-30-an, mereka mengatasi masalah
akses kepada informasi dan komunikasi dengan mencari sendiri maklumat kesihatan di internet.
Mereka ini celik dengan penggunaan teknologi komunikasi dan informasi dan seringkali melayari
Google untuk mencari punca serta rawatan penyakit yang melanda keluarga mereka.

Ini satu cara apabila mereka tidak mendapat penjelasan yang mencukupi daripada para doktor
yang ditemui. Selain itu, mereka melayari internet untuk mengetahui lebih dalam lagi tentang
penyakit yang dihidapi keluarga mereka.

-36-

Sumber atas talian

Bagi setengah informan yang celik dalam menggunakan internet, media sosial seperti
Facebook dan Google merupakan sumber mereka mendapatkan maklumat lebih tentang kesihatan.
Lazimnya, mereka menggunakan Facebook dan Google untuk menambah pengetahuan mereka
tentang penyakit yang dihidapi keluarga mereka.

“Ada juga saya cari maklumat. Saya taip penyakit anak saya – cara mau kesan sama cara
mengatasi penyakit dia. Saya google juga penyakit lain macam malaria, bisul, batuk-batuk sama darah
tinggi. Habis mama mentua saya ada darah tinggi,” (Informan wanita 13/22 tahun/Kg
Tatagas,Nabawan)

“Internet… guna sebab saya mau tau…kesan dan cara merawat gout bapa saya. Kami banyak
guna internet lah di sini. Habis senang dapat informasi,”(Informan wanita 8/33 tahun/Kg Pantai Emas,
Kota Belud)

“Daripada internet, kalau perlu betul-betul, kita boleh dapat info kesihatan di FB,” (Informan
wanita 14/45 tahun/Kg Bahagia, Nabawan)
Apabila mereka tidak mendapat maklumat daripada doktor maka mereka mengambil inisiatif mencari

sendiri maklumat kesihatan di internet.

Peranan sosial radio etnik

Subtema ini ditemui dalam temuramah dengan informan berbangsa Murut di Nabawan. Oleh kerana
keadaan di daerah itu yang agak jauh di pedalaman maka radio menjadi media yang penting buat
penduduk di sana.

“Radio… sebab ada siaran bahasa Murut maka (ia) sangat membantu kalau ada orang yang
tidak pandai baca. Nah! Dorang boleh dengarlah. Kalau warga emas, dorang minat mau dengar tu
(siaran bahasa Murut),” (Informan wanita 4/32 tahun/Kg Salarom Taka, Nabawan)

Ini merupakan satu-satunya subtema yang mengetengahkan kepentingan radio etnik kepada
masyarakat dari segi penyampaian maklumat. Menurut informan ini, radio siaran bahasa Murut
banyak menyampaikan nasihat sertai informasi yang berguna tentang kesihatan terutamanya bagi
mereka yang tidak berpendidikan.

37

Jaringan non-formal

Jaringan non-formal bermaksud jaringan komunikasi melalui rakan-rakan atau sanak-saudara yang
mengkongsikan informasi kesihatan kepada informan sama ada melalui perbualan atau perkongsian
informasi melalui Whatsapp dan Pesanan Mesej Ringkas (SMS).

“Dulu, saya minum susu kambing tapi lain saya rasa macam badan lemah-lemah. Kadang-
kadang badan rasa tiada apa-apa (tidak berkesan). Kawan saya kasi tau, susu kambing ni ada bikin
darah tinggi,”(Informan wanita 15/58 tahun/Kg Sarang, Kota Belud).

“ Ada juga kawan-kawan yang hantar maklumat tapi kurang tepat. Selalu melalui telefon
sebab ada penyakit,” (Informan wanita 5/24/ Kg Kurian, Beaufort).

“Ibu-ibu ‘membawang’ mestilah kongsi-kongsi maklumat yang dorang ambil dari internet,”
(Informan wanita 16/55 tahun/Kg Tampios, Ranau)

Namun, ini hanyalah sumber maklumat yang kecil sahaja kepada para informan kerana ramai
di antara mereka yang tidak aktif menggunakan SMS mahupun Whatsapp dalam berkomunikasi.

Perbincangan

Daripada temubual dengan para informan, didapati komunikasi merupakan faktor yang penting dalam
penyebaran maklumat kesihatan kepada mereka. Apabila proses komunikasi itu tidak berjalan lancar
serta penyampaian informasi tidak mencukupi maka sesetengah mereka akan mencari jalan untuk
mendapatkan maklumat yang diperlukan.

Bagi masyarakat luar bandar, pendekatan komunikasi bersemuka seperti ceramah kesihatan
itu amat diperlukan kerana ia bersifat interaktif, dua hala dan membolehkan mereka bertanya terus
kepada kakitangan kesihatan.

Isu kredibiliti maklumat di media baharu, ketiadaan media-massa di rumah serta buta huruf
juga menjadi penyebab mengapa ceramah itu menjadi penting buat mereka sehingga mereka mahu
ceramah ini dibuat dengan lebih kerap.

Konsep literasi kesihatan yang terpakai menimbulkan beberapa isu iaitu isu literasi media,
literasi digital, kemahiran mencari maklumat dan isu bahasa yang tidak diperhatikan. Meskipun
kebanyakan mereka ada televisyen namun mereka tidak ada pengetahuan dan kemahiran untuk

-38-

memahami mesej yang disampaikan. Misalnya, program kesihatan seperti MedikTV menggunakan
laras bahasa perubatan yang hanya difahami mereka yang berpendidikan tinggi dan berada di bandar.
Terdapat informan yang memberitahu mereka menghadapi kesukaran mengikuti program itu kerana
penggunaan istilah perubatan yang meluas.

Seterusnya, soal motivasi dan kemahiran kognitif untuk mencari maklumat kesihatan
bukanlah isu utama dalam soal literasi kesihatan. Isu yang kritikal ialah masyarakat luar bandar tidak
ada kemahiran dan pengetahuan mencari maklumat kesihatan terutama di internet. Masalah utama di
sini ialah jurang pengetahuan dan kemahiran (knowledge and skill gap) yang besar dalam masyarakat
luar bandar untuk mengetahui cara bagaimana maklumat kesihatan, di mana hendak dicari maklumat
tersebut serta memahami maklumat kesihatan yang sebahagian besarnya dalam bahasa Inggeris.

Keadaan ini menyebabkan jurang literasi kesihatan antara masyarakat bandar dan luar bandar
menjadi besar. Satu cara untuk merapatkan jurang ialah pihak berkuasa kesihatan perlu
memperkasakan pendidikan kesihatan awam mereka dengan menggunakan pendekatan komunikasi
awam – ceramah secara konsisten. Topik-topik yang disampaikan perlu menyentuh soal penyakit-
penyakit bukan berjangkit seperti darah tinggi, jantung, kanser dan kencing manis kerana masyarakat
luar bandar umumnya sudah mengidap penyakit-penyakit ini maka mereka memerlukan maklumat
lebih dalam soal penjagaan kesihatan mereka. Mereka juga amat prihatin dalam soal penjagaan diri
mereka.

Komunikasi antara doktor-pesakit juga dilihat sebagai sumber maklumat kesihatan yang
kritikal berdasarkan kepada dapatan kajian ini. Informan hanya mengetahui tentang masalah
kesihatan mereka serta puncanya ketika bertemu dengan doktor. Aspek ini juga harus diberi perhatian
kerana komunikasi antara doktor-pesakit adalah pendekatan komunikasi yang sesuai untuk pesakit
yang mempunyai tahap literasi yang rendah (Williams et.al : 2002).

Kesimpulan

Secara amnya, dapat disimpulkan di sini, komunikasi merupakan jambatan antara pihak berkuasa
kesihatan dengan masyarakat luar bandar dalam soal meningkatkan literasi kesihatan mereka.
Pendekatan komunikasi yang sesuai dan tepat akan dapat membantu meningkatkan pengetahuan
kesihatan masyarakat luar bandar yang mana tahap literasi kesihatan mereka berada di tahap asas.

39

Penghargaan

Kajian ini dibiaya di bawah Skim Bidang Keutamaan (UMS) dengan membawa kod SBK0369-2017.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada UMS kerana tanpa biaya dana dari pihak universiti, kajian ini
tidak dapat dijalankan.

Rujukan

Braun, V & Clarke, V (2006). Using thematic analysis in psychology. Qualitative Research in
Psychology. vol 3: 77-101

Das, S et.al (2017). Health literacy in a community with low levels of education: findings from
Chakaria, a rural area of Bangladesh. BMC Public Health. Vol 17 (203) : 1-10

Department of Statistics Malaysia (2020). My Local Stats Sabah 2019. Nabawan. Department of
Statistics Malaysia: Putrajaya

Department of Statistics Malaysia (2020). My Local Stats Sabah 2019. Pitas. Department of Statistics
Malaysia: Putrajaya

Department of Statistics Malaysia (2020). My Local Stats Sabah 2019. Ranau. Department of
Statistics Malaysia: Putrajaya

Department of Statistics Malaysia (2020). My Local Stats Sabah 2019. Beaufort. Department of
Statistics Malaysia: Putrajaya

Estacio, E.V (2013). Health literacy and community empowerment: It is more than just reading,
writing and counting. Journal of Health Psychology. Vol 18(8) : 1056-1068

Freebody, P & Luke, A (1990). Literacies programs: Debates and demands in cultural context.
Prospect: an Australian journal of TESOL. Vol 5 (3) : 7-16

Frisch, A et. al (2011). Defining and measuring health literacy : how can we profit from other literacy
domains? Health Promotion International. Vol 27 (1) : 117-126

Institute for Public Health (2015). National Health and Morbidity Survey 2015. Vol 11: Non-
Communicable Diseases, Risk Factors & Other Health Problems. Institute for Public Health,
Ministry of Health Malaysia : Kuala Lumpur

Institute for Public Health (2019).NCDs. Non-Communicable Diseases: Risk Factors and Other
Health Problems. National Health and Morbidity Survey 2019. Technical Report – Volume 1.
Institute for Public Health, Ministry of Health Malaysia : Kuala Lumpur

Jabatan Perangkaan Malaysia (2020). Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah Dan Kemudahan Asas
Mengikut Negeri Dan Daerah Pentadbiran Sabah. Jabatan Perangkaan Malaysia: Putrajaya

-40-


Click to View FlipBook Version