The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Prosiding ini adalah himpunan kertas kerja yang mengandungi dapatan kajian multi-disiplin tentang isu literasi kesihatan masyarakat luar bandar yang mana fokusnya adalah di Sabah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haryati, 2021-12-07 21:31:44

E-Prosiding Literasi Kesihatan Di Kalangan Masyarakat Luar Bandar Di Sabah

Prosiding ini adalah himpunan kertas kerja yang mengandungi dapatan kajian multi-disiplin tentang isu literasi kesihatan masyarakat luar bandar yang mana fokusnya adalah di Sabah

Keywords: literasi kesihatan,luar bandar,Sabah,GIS

Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Sabah (2020). Buku Perangkaan Tahunan Sabah 2019. Jabatan
Perangkaan Malaysia, Negeri : Kota Kinabalu

Kickbusch, I.S (2001) Health literacy: addressing the health and education divide. Health Promotion
International. Vol 16(3): 289-297

Malaysian Communication & Multimedia Commission (2019). Communications and Multimedia
Pocket Book of Statistics. MCMC: Cyberjaya

Nur Shaslinda Abdul Kadir, Ubong Imang & Colonius Atang (2018) Cabaran Pelaksanaan Program
Gerakan Desa Wawasan dalam Memajukan Kawasan Luar Bandar di Sabah. Geografi. Vol 6(2) :76-
89

Nutbeam, D (2000). Health literacy as a public health goal : a challenge for contemporary health
education and communication strategies into the 21st century. Health Promotion International. Vol
15 (3) : 259-267

Nutbeam, D (1998). Health Promotion Glossary. World Health Organization: Geneva.

Paasche-Orlow, M.K & Wolf, M.S (2007). The Causal Pathways Linking Health Literacy to Health
Outcomes. American journal of Health Behavior. Vol 31 (supplementary 1): S19-S26

Peerson, A & Saunders, M (2009). Health literacy revisited: what do we mean and why does it matter?
Health Promotion International. Vol 24(3) : 285-296

Rajan, R; Kennedy, J & King, L (2013). Is wealthier always healthier in poor countries? The health
implications of income, inequality, poverty, and literacy in India. Social Science & Medicine. Vol 88
: 98-107

Safeer, R.S & Kennan, J (2005). Health Literacy: The Gap Between Physicians and Patients.
American Family Physician. Vol 72 (3): 463-468

Seyed Mohammad Hashemi-Shahri et. al (2020) Sources of news as a necessity for improving
community health literacy about COVID-19. Medical Journal of the Islamic Republic of Iran. Vol 34
(63): 1-3

Williams, M.V et. al (2002). The Role of Health Literacy in Patient-Physician Communication.
Family Medicine. Vol 34 (5): 383-389

Xia Li et.al (2013). Health Literacy in Rural Areas of China: Hypertension Knowledge Survey.
International Journal of Environmental Research and Public Health. Vol 10 (3) : 1125-1138

Zarcadoolas, C; Pleasant, A & Greer, D.S (2005). Understanding health literacy: an expanded model.
Health Promotion International. Vol 20 (2) : 195-203

41

Pemetaan literasi kesihatan dalam konteks kartografi dan sistem
Maklumat Geografi (GIS)

Oliver Valentine Eboy & Nadira Masuari

PENGENALAN

Kajian literasi kesihatan menjadi semakin penting pada masa kini terutama sekali bila berlakunya

pandemik secara global di dunia. Konsep literasi kesihatan yang diperkenalkan pada awal 1970-an
telah banyak digunakan dalam penyelidikan penjagaan kesihatan awam sejak beberapa tahun yang
lalu (Abdurrahman et al., 2017). Walaupun istilah literasi kesihatan telah berkembang pesat di
Eropah Selatan, Asia dan Australia (Sorensen et al., 2012; Kondilis et al., 2008), namun masih
terdapat kajian yang sangat terhad mengenai literasi kesihatan di Malaysia dan kebanyakan kajian
literasi hanya tertumpu pada penyakit tertentu dan kumpulan demografi (Jasmin & Siti, 2013).

Menurut laporan Indikator Kesihatan (2003-2010) yang disediakan oleh Kementerian
Kesihatan menunjukkan bahawa masyarakat di Sabah sering terdedah kepada penyakit berjangkit
seperti Tuberkulosis, Kusta dan Hepatitis B. Sebagai contoh, Sabah dicatatkan sebagai kes
penyebaran Hepatitis tertinggi B (TB) di Malaysia, iaitu 5 106 kes pada tahun 2017 (Utusan Borneo,
2018). Selain itu, statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan peningkatan
penyakit tidak berjangkit, di mana peningkatan kes penyakit hipertensi adalah 43%, diabetes
meningkat 88% dan obesiti sebanyak 25% pada tahun 2012 berbanding tahun 2002 (Jasmin & Siti,
2016).

Keadaan seperti itu menunjukkan bahawa tahap literasi kesihatan yang rendah boleh
menyebabkan status kesihatan yang rendah. Ini menunjukkan bahawa pemahaman dan pengetahuan
asas mengenai penjagaan kesihatan diri adalah penting untuk menjaga kesihatan yang baik yang
boleh mempengaruhi kualiti hidup.

-42-

Oleh itu, untuk menunjukkan maklumat yang tepat kepada pihak kesihatan yang ingin
memberikan perkhidmatan kepada golongan yang terlibat, peta literasi kesihatan perlu dihasilkan.
Peta literasi kesihatan memberikan maklumat visual bagi sesiapa sahaja untuk mengetahui kawasan
yang mempunyai golongan masyarakat yang mempunyai tahap literasi kesihatan yang tinggi atau
rendah. Peta literasi kesihatan telah diketahui memainkan peranan penting dalam mengenal pasti dan
mencari tempat-tempat kritikal tahap literasi kesihatan dan mempunyai peranan penting dalam
pengurusan sumber kesihatan yang berkesan dan cekap walaupun dengan data yang terhad.

Walau bagaimanapun, terdapat keperluan untuk mengetahui prosedur atau format pemetaan
yang betul untuk menghasilkan peta literasi kesihatan yang tepat dan boleh dipercayai. Maka dengan
itu, kertas kerja ini dihasilkan bagi menunjukkan prosedur terbaik dalam pemetaan literasi kesihatan
menggunakan pelbagai literatur dari kajian lepas terutamanya yang berkaitan dengan kartografi dan
sistem maklumat geografi (GIS).

1.2 DEFINISI DAN KONSEP
Istilah ‘literasi’ dan ‘literasi kesihatan’ telah ditakrifkan, diperhalusi dan diukur dalam

pelbagai cara selama bertahun-tahun, menanggapi perubahan permintaan yang semakin meningkat
masyarakat yang kompleks (Berkman et al., 2010). Dalam tempoh baru-baru ini minat yang semakin
meningkat terhadap literasi kesihatan sebagai komponen penting dalam komunikasi kesihatan,
kemajuan telah dibuat dalam menentukan istilah.

Literasi kesihatan didefinisikan sebagai kemahiran kognitif dan sosial, yang menentukan
motivasi dan kemampuan individu untuk mendapatkan akses, memahami dan menggunakan
maklumat dengan cara, yang mempromosikan dan mengekalkan kesihatan yang baik (WHO, 1998,
Nutbeam et. al., 2006).

Istilah ‘literasi kesihatan’ telah digunakan selama 30 tahun untuk mencerminkan
persimpangan bidang literasi dan kesihatan (Green et al., 2007). Walau bagaimanapun, beberapa
kekeliruan timbul kerana sebahagian besar literatur yang diterbitkan tidak memfokuskan pada
konsep seperti Nutbeam's (WHO, 1998), tetapi pada konstruk yang lebih terhad (dan mudah diukur)
yang melibatkan kemampuan orang membaca dan bertindak berdasarkan maklumat lisan dan
bertulis dalam persekitaran penjagaan kesihatan (Ishikawa dan Yano, 2008).

43

Salah satu sebab utama mengapa literasi kesihatan sangat penting dalam kesihatan awam
kerana telah terbukti bahawa kemahiran literasi yang lemah membawa kepada status kesihatan yang
rendah yang tidak hanya berlaku di negara membangun tetapi juga di negara maju (Nutbeam, 2008).
DeWalt et al., (2012) menunjukkan bahawa seiring dengan tahap literasi kesihatan yang lebih tinggi;
terdapat peningkatan kualiti hidup yang lebih besar.

Berdasarkan laporan dari Institute for Public Health (2015) menunjukkan bahawa prevalensi
literasi kesihatan di kalangan rakyat Malaysia berada pada tahap terendah, iaitu 6.6%. Dari segi
bandar dan luar bandar di Malaysia, terdapat perbezaan besar antara kadar literasi kesihatan
penduduk bandar dan luar bandar. Didapati bahawa kelaziman literasi kesihatan yang mencukupi di
kalangan penduduk bandar adalah lebih tinggi daripada populasi luar bandar, masing-masing adalah
7.8% dan 2.3%.

Sistem Maklumat Geografi atau GIS merupakan teknologi perisian pemetaan yang telah
diperkenalkan oleh Canada Geographic Information System pada tahun 1960 (David, 1997).
Teknologi GIS boleh digunakan untuk dapatkan data, simpan data, buat analisis dan membangunkan
data ruangan yang diwakilkan dalam bentuk simbol dengan menggunakan komputer berdasarkan
sifat-sifat permukaan bumi yang sebenar (Rosmadi, 2015; Ang, 2015). GIS dapat menghasilkan peta
dan pada masa yang sama dapat membangunkan pangkalan data melalui analisis ruangan dan
pemodelan yang dijalankan dengan lebih mendalam (Mohd Faris, 2006). Setiap item dalam
pangkalan data GIS diwakilkan dengan pelbagai bentuk seperti poligon, titik dan garis yang
mewakili suatu kawasan atau zon (Debats dan Gregory, 2011). Menurut Oliver (2017), GIS
mempunyai kemampuan untuk mengaitkan lapisan data untuk titik yang sama di ruang,
menggabungkan, menganalisis, dan akhirnya memetakan hasilnya. Maklumat spatial menggunakan
lokasi dalam sistem koordinat sebagai pangkalan rujukannya.

Sistem Maklumat Geografi (GIS) adalah biasa digunakan untuk memvisualisasikan data
yang dirujuk secara geografi dalam format peta yang bukan hanya dalam projek penyelidikan tetapi
juga dalam praktik (Takashi & Scott, 2012). GIS adalah sistem komputer untuk menangkap,
mengurus, mengintegrasikan, memanipulasi, menganalisis dan memaparkan data yang secara spatial
dirujuk ke Bumi (Mcdonnell & Kemp, 1995). Oleh kerana kemampuan GIS telah ditingkatkan sejak
beberapa tahun kebelakangan ini, maka ia sesuai dengan era Revolusi Industri 4.0 di mana kemajuan
teknologi komputer dilihat sebagai hal yang penting, analisis spatial kini mendapat pengakuan

-44-

sebagai salah satu alat analisis yang paling kuat yang dapat diaplikasikan dalam pelbagai bidang
pengajian. Dalam konteks penyelidikan, GIS telah banyak digunakan dalam penyelidikan
epidemiologi dan kesihatan awam. GIS dapat digunakan untuk tujuan pengawasan penyakit
(Cromley, 2003); pengesanan kawasan atau populasi berisiko tinggi (Cossman et al., 2003); serta
perancangan program intervensi kesihatan dan kesihatan awam (Holt et al., 2008; Sui & Holt, 2008).
Sebilangan besar penyelidikan sebelumnya yang menggunakan GIS dan yang berkaitan dengan
kesihatan hanya tertumpu pada penyebaran spatial penyakit, pengembangan langkah-langkah
pencegahan dan kawalan penyakit, aksesibilitas ke kemudahan kesihatan, dan sebagainya.

Dengan penggunaan komputer yang meluas sejak tahun 1990an dan pengembangan perisian
pemetaan sistem maklumat geografi (GIS), paparan risiko berasaskan komputer dan kemampuan
untuk menghubungkan risiko relatif ke lokasi geografi muncul sebagai modaliti komunikasi yang
dapat diakses dengan kos yang rendah untuk orang ramai (Lahr dan Kooistra 2010; Severtson 2013).

1.3 ELEMEN KARTOGRAFI DALAM PEMETAAN LITERASI KESIHATAN

Severtson (2013) menyatakan bahawa peta adalah berguna kepada penyelidik komunikasi kesihatan
kerana grafik dapat meningkatkan pemahaman yang bermakna dan mengatasi halangan literasi
dalam berbagai aplikasi, seperti pendidikan kesihatan pesakit atau masyarakat atau penggunaan
grafik untuk menyampaikan data rekod kesihatan elektronik. Walaubagaimanapun, elemen
kartografi diperlukan bagi mengenalpasti butiran yang perlu dimasukkan ke dalam pemetaan literasi
kesihatan.

1.3.1 Warna
Pengunaan warna adalah penting bagi melakukan komunikasi berkaitan tahap bahaya sesuatu
kawasan. Penggunaan warna lampu trafik (Merah, Kuning dan Hijau) memberikan kesan yang besar
terhadap maklumbalas emosi dan kepercayaan seseorang (Severtson, 2013). Ini disokong oleh Fuchs
et al., (2009) yang menyatakan golongan bukan pakar lebih memilih peta koroplet dengan warna
lampu trafik. Walaubagaimanapun, terdapat kajian yang dibuat melalui kumpulan fokus dan soalan
tinjauan atas talian yang menyatakan warna biru dan merah bagi sebagai mewakili tahap risiko banjir
(Kerkvoorde et al., 2017).

45

1.3.2 Ciri-ciri Interaktif
Dengan perkembangan ICT yang pesat, maka teknologi pemetaan juga semakin berkembang. Pada
masa kini, keperluan pemetaan menjadi semakin tinggi yang mana ciri-ciri interaktif menjadi salah
satu keperluan penting (Oliver, 2017). Pemetaan untuk literasi atau komunikasi kesihatan juga tidak
ketinggalan dalam perkembangan ini.

Ciri-ciri interaktif utama dalam pemetaan moden seperti pan, zoom, kebolehan untuk memilih
kawasan geografi, dan keupayaan untuk berkongsi penemuan dengan orang lain (Stephens et al.,
2017).

Dalam kajian pemetaan dalam laman web untuk profesional kesihatan awam, ciri utama
tambahan termasuk penyediaan metadata yang mencukupi untuk membolehkan penilaian kritikal
oleh pengguna, dan kemampuan untuk membuat tindanan beberapa lapisan data (Maclachlan et al.,
2007).

Dalam kajian lain, keupayaan membahagi paparan skrin untuk membandingkan peta
merupakan ciri yang sangat berguna, yang membolehkan pengguna mengenal pasti corak hasil
spatial lokasi dan kemungkinan faktor risiko berlaku (Cinnamon et al., 2009). Akan tetapi, perlu
berhati-hati untuk mengelakkan dari membuat tafsiran yang salah.

1.3.3 Variasi spatial
Mengenai perwakilan variasi spatial, titik berlorek ditafsirkan sebagai menimbulkan kerumitan yang
lebih besar dan memerlukan lebih banyak masa untuk diproses daripada lorekan koroplet
perbandaran (Severtson dan Vatovec, 2012).

Ini adalah lebih bermakna bagi menyampaikan suatu tahap risiko dan ketidakpastian melalui
titik berlorek berbanding dengan peta lorekan koroplet perbandaran, tetapi peta lorekan perbandaran
memberikan kepercayaan risiko global yang lebih besar daripada peta titik kerana unit persepsinya
lebih besar (Gambaraja 1).

-46-

(a)

(b)

Rajah 1: Perbandingan (a) peta titik berlorek dan (b) peta lorek koroplet perbandaran

Sumber: Severtson dan Vatovec (2012)

Selain itu, bagi mencapai keputusan yang cepat dalam membuat sesuatu pemilihan kecemasan

seperti berlaku kebakaran hutan, adalah baik kalau peta tersebut dibuat dengan warna yang sesuai

berbanding dengan sempadan garis sahaja atau teks (Rajah 2) (Cheong et al., 2016).

47

Rajah 2: Perbezaan paparan peta garisan sempadan dan peta kawasan berwarna

Sumber: Cheong et al. (2016)

1.4 APLIKASI GIS DALAM LITERASI KESIHATAN

Walaupun kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan pemetaan tahap literasi kesihatan di negara Malaysia
masih kurang dilakukan, namun terdapat beberapa kajian pemetaan literasi kesihatan di luar negara telah
dibuat. Contohnya, pemetaan literasi kesihatan di Missouri yang dilakukan oleh Nicole et al., (2009). Kajian
yang dijalankan menggunakan analisis hotspot bagi mengenal pasti kawasan bagi penduduk yang mempunyai
tahap literasi kesihatan terendah di Missouri.

Hal ini demikian kerana, kawasan yang telah dikenal pasti populasi penduduk yang mempunyai tahap
literasi terendah berkemungkinan dapat dipertingkatkan status kesihatan serta kualiti penjagaan kesihatan
secara berkesan menerusi rancangan program intervensi kesihatan. Untuk memudahkan pengenalpastian
kawasan hotspot tersebut, Nicole et al., (2009) telah membangunkan satu model ramalan dengan menggunakan
data daripada National Assessment of Adult Literacy (NAAL) tahun 2003, di mana ia merupakan satu penilaian
literasi bahasa Inggeris individu dalam kalangan golongan dewasa yang berumur 18 tahun ke atas bagi
mewakili persampelan di kawasan Amerika.

Analisis min skor digunapakai dalam menganggarkan skor literasi kesihatan berdasarkan kepada
kategori yang telah ditetapkan dalam NAAL, iaitu ‘di bawah asas’, ‘sederhana’, atau ‘mahir’. Dengan
menggunakan model tersebut serta data kawasan bancian demografi penduduk (public use microdata areas
(PUMAs) dan kawasan bancian), Nicole et al., (2009) menghasilkan anggaran literasi kesihatan bagi setiap
kawasan geografi.

-48-

Seterusnya, pemetaan dilakukan berdasarkan hasil analisis untuk mengenal pasti kawasan hotspot bagi
tahap literasi kesihatan terendah di Missouri. Hasil dapatan menunjukkan bahawa populasi penduduk yang
tinggal di Bandar Kansas bahagian barat mempunyai anggaran peringkat literasi kesihatan terendah bagi skor
sederhana literasi kesihatan. Terdapat beberapa kawasan yang populasi penduduknya memiliki literasi
kesihatan yang rendah di kawasan Missouri bootheel. Rajah 3 menunjukkan majoriti kawasan bancian di
kawasan tersebut mempunyai min bagi literasi di bawah sederhana, iaitu sebanyak enam buah kawasan yang
mempunyai literasi kesihatan sederhana adalah dikatakan penduduknya hanya memiliki kemahiran literasi
asas.

Rajah 3: Min literasi kesihatan di Missouri Bootheel

Sumber: Nicole et al., (2009)

49

Rajah 4 pula memaparkan beberapa kawasan bancian tertentu di sudut selatan barat Missouri.,
Missouri bootheel, dan beberapa bilangan kawasan luar bandar yang terhad juga mempunyai populasi
antara 40% hingga 50% yang mempunyai literasi kesihatan pada peringkat di ‘bawah asas’.
Kebanyakan kawasan di bahagian tengah Missouri dan di kawasan Missouri bootheel menunjukkan
sebanyak 60% hingga 70% populasi penduduk yang mempunyai tahap literasi kesihatan di “bawah
asas”.

Rajah 4: Kadar peratus bagi tahap literasi kesihatan di 'bawah asas'di Missouri Bootheel

Sumber: Nicole et al., (2009)
Aplikasi GIS juga digunapakai oleh Takashi & Scott (2013) dalam memetakan tahap literasi

kesihatan dalam mengenal pasti taburan literasi kesihatan terhad di kawasan kajian. Kajian yang
dilakukan adalah bertujuan untuk mengenal pasti corak taburan literasi kesihatan terhad
menggunakan analisis spatial seperti spatial autocorrelation sama ada corak taburannya secara
berkelompok, rawak ataupun berselerak. Spatial analisis statistik hotspot juga digunapakai dalam
mengenal pasti kawasan yang mempunyai literasi kesihatan terhad yang tertinggi dan terendah.

-50-

Analisis hotspot menggunakan petunjuk warna (color coding) dalam paparan peta bagi menunjukkan
lokasi yang mempunyai nilai tertinggi dan terendah.

Hasil analisis yang dilakukan menunjukkan bahawa literasi kesihatan terhad yang tertinggi
adalah di kawasan California, New York dan Texas dan kawasan-kawasan di sekitarnya ekoran
daripada saiz populasi yang besar di kawasan-kawasan tersebut berbanding dengan daerah lain di
Amerika. Perkadaran bagi taburan literasi kesihatan terhad menunjukkan perbezaan antara wilayah
utara dan selatan Amerika Syarikat. Majoriti daerah yang memiliki perkadaran literasi kesihatan
terhad yang tertinggi dilokasikan di bahagian Amerika Selatan. Manakala di Amerika Utara pula,
terdapat beberapa bilangan kelompok yang mempunyai perkadaran yang lebih rendah bagi literasi
prosa terhad, terutamanya dari negeri bahagian tengah ke timur. Secara spesifiknya, beberapa
bilangan statistik kluster yang signifikan yang mempunyai perkadaran yang lebih rendah dikenal pasti
di negeri Dakota Utara, Dakota Selatan, Minnesota, Iowa, Nebraska, Kansas dan Wisconsin. Terdapat
juga beberapa kelompok daerah literasi prosa terhad yang rendah di negeri Michigan, Illinois dan
Indiana (Rujuk Rajah 5).

Corak geografi daerah bagi populasi golongan dewasa dan perkadaran literasi kesihatan
mempunyai corak taburan yang jelas. Hal ini demikian kerana kebanyakan populasi golongan dewasa
yang mempunyai literasi prosa terhad dikenal pasti di daerah yang memiliki jumlah penduduk yang
ramai seperti California, Texas, New York Florida dan Illinois. Hasil dapatan ini menunjukkan
keputusan analisis titik panas atau sejuk (hot/cold spot) adalah konsisten. Hasil analisis spatial
menunjukkan corak taburan bagi tahap literasi kesihatan terhad adalah jenis berkelompok.

51

Rajah 5: Analisis Hot/Cold spot (Getis-Ord Gi*) bagi perkadaran daerah dengan populasi golongan dewasa yang
mempunyai literasi prosa terhad

Sumber: Takashi & Scott (2012)
Hasil pemetaan literasi kesihatan untuk kedua-dua kajian ini menunjukkan keupayaan GIS dalam
membantu memaparkan data literasi kesihatan bagi penduduk dalam kawasan kajian yang terlibat.
Analisis hotspot atau Getis-Ord Gi* dan spatial autocorrelation merupakan analisis yang
digunapakai oleh kedua-dua kajian tersebut. Ini kerana analisis tersebut berkebolehan mengenalpasti
kedudukan tumpuan data yang dikehendaki dan menunjukkan corak taburan data dengan lebih jelas.
Ini boleh membantu pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya dengan cepat di lokasi-
lokasi yang telah dikenalpasti melalui analisis GIS tersebut.

1.4 KESIMPULAN

Kertas kerja ini mengulas kajian lepas yang ada mengenai keberkesanan penggunaan peta
komunikasi berkenaan literasi kesihatan. Walaupun bukti literatur yang ada adalah terhad, ini sudah
memadai untuk membuat saranan penggunaan elemen kartografi dan GIS untuk menghasilkan peta
literasi kesihatan yang baik. Data visualisasi berasaskan GIS yang ditunjukkan melalui kajian-kajian
lepas membolehkan corak taburan maklumat literasi kesihatan dapat ditunjukkan dengan baik dan

-52-

memudahkan pihak yang berkuasa dapat membuat tindakan di lokasi yang tepat terutama sekali
apabila melibatkan kawasan yang besar.

Walaupun begitu, masih banyak cabaran yang perlu ditangani sebelum potensi penuh
teknologi GIS dapat direalisasikan untuk tujuan praktik, perencanaan, dan upaya penelitian
kesihatan masyarakat. Salah satu cabaran terbesar bagi aplikasi kesihatan awam adalah dengan
memasukkan prinsip dan kaedah epidemiologi ke dalam analisis yang akan dipetakan. Cabaran
utama yang lain ialah mengembangkan kaedah dan prosedur untuk memastikan kerahsiaan individu
dan isi rumah masing-masing. Dialog tempatan / negeri / nasional, perkongsian antara agensi dan
awam-swasta yang berterusan, dan piawaian tempatan / negeri / persekutuan yang seragam akan
diperlukan untuk menangani cabaran ini.

RUJUKAN
Abdurrahman Said Brodur, Emel Filiz & Indrani Kalkan. (2017). Factors Affecting Health

Literacy in Adults: A Community Based Study in Konya, Turkey. International Journal of Caring
Sciences, Volume 10,Issue 1, Page 100.

Ang Kean Hua. (2015). Sistem Informasi Geografi (GIS). Pengenalan Kepada Perspektif
Komputer. Malaysian Journal of Society and Space 11 issue 1, 24 - 31.

Berkman, N.D, Davis, T.C & McCormack, L. (2010). Health literacy: what is it? Journal of
Health Communication. Vol. 15(2): 9-19.

Cheong, L., Bleisch, S., Kealy, A., Tolhurst, K., Wilkening, T., Duckham, M., 2016.
Evaluating the impact of visualization of wildfire hazard upon decision-making under uncertainty.
Int. J. Geogr. Inf. Sci. 30, 1377–1404. https://doi.org/10.1080/ 13658816.2015.1131829

Cinnamon, J., Rinner, C., Cusimano, M.D., Marshall, S., Bekele, T., Hernandez, T., et al.,
2009. Evaluating web-based static, animated and interactive maps for injury prevention. Geospatial
Health 4, 3. https://doi.org/10.4081/gh.2009.206

53

Cossman E. Ronald, Cossman J.S, R. Jackson & A. Cosby. (2003). Mapping high or low
mortality places across time in the United States: a research on a health visualization and analysis
project. Health and Place. Vol. 9, Issue 4, Pages 361-369.

Cromley Ellen, K. (2003). GIS and disease. Annual Review of Public Health. Vol. 24:7-24.
University of Connecticut, USA: Rev Public Health. Retrieved from
https://www.annurev.publhealth.

David, Jb. (1997). The GIS Primer: An Introduction To Geographic Information Systems.
Innovative GIS Solutions. Inc. Fort Collins, Colorado, USA.

Debats, Donald A. dan Gregory, Ian N. (2011). Introduction To Historical GIS and The Study
of Urban History. Social Science History 35(4), 455-463

Dewalt D.A., Schillinger D., Ruo B., Bibbins-Domingo K., Baker D.W., Holmes G.M.,
Weinberger M., Macabasco-O’Connell A., Broucksou K., Hawk V. (2012). Multisite randomized
trial of a single session versus multisession literacy-sensitive self-care intervention for patients with
heart failure. National Library of Medicine. Vol 125:2854–2862.

Fuchs, S., Spachinger, K., Dorner, W., Rochman, J., Serrhini, K., 2009. Evaluating
cartographic design in flood risk mapping. Environ. Hazards 8, 52–70.
https://doi.org/10.3763/ehaz.2009.0007.

Green, J., Lo Bianco, J. and Wyn, J. (2007) Discourses in interaction: The intersection of
literacy and health research internationally. Literacy and Numeracy Studies, 15, 19–37. Greenberg,
D.

Holt James B, Heitgerd Janet L, Andrew L Dent, Kimberlee A Elmore, Brian Kaplan,
Marilyn M Metzler, Koren Melfi, Jennifer M Stanley, Ishikawa, H. and Yano, E. (2008) Patient
health literacy and participation in the health-care process. Health Expectations, 11, 113–122.

Jasmin Arif Shah & Siti Raba’ah Hamzah. (2016). Developing a conceptual model of youth
health literacy in Malaysia. In: International Conference on Youth 2016, 15-17 Nov. Mines
Wellness Hotel, Seri Kembangan, Selangor.

-54-

Keisher Highsmith, Norma Kanarek & Karen Frederickson Coner. (2008). Community
health status indicators: Adding a geospatial component. Preventing Chronic Disease: Public
Health Research, Practice and Policy.

Kerkvoorde, M.V., Kellens, W., Verfaillie, E., Ooms, K., 2017. Evaluation of web maps for
the communication of flood risks to the public in Europe. Int J Cartogr 0, 1–16.
https://doi.org/10.1080/23729333.2017.1371411.

Kondilis Barbara K., Ismene J. Kiriaze, Anastasia P. Athanasoulia & Matthew E. Falagas.
(2008). Mapping health literacy research in the European Union: A bibliometric analysis. Plos
One 3(6): e2519.

Lahr J, dan Kooistra L. 2010. Environmental risk mapping of pollutants: state of the art and
communication aspects. Sci Total Environ 408:3899–3907.

Maclachlan, J.C., Jerrett, M., Abernathy, T., Sears, M., Bunch, M.J., 2007. Mapping health
on the Internet: a new tool for environmental justice and public health research. Health Place 13,
72–86. https://doi.org/10.1016/j.healthplace.2005.09.012

McDonnell, R & Kemp, K. (1995). International GIS dictionary. John Wiley & Sons, Inc,
United Kingdom.

Nicole Lurie, Laurie T. Martin, Teague Ruder, Jose J. Escarce, Bonnie Ghosh-Dastidar, Dan
Sherman, Chloe E. Bird & Allen Freemont. (2009). Estimating and mapping health literacy in the
state of Missouri. Santa Monica, CA: RAND Corporation. Retrieved from
http://www.rand.org.pubs/working_papers/WR735.html.

Nutbeam, D. (2008). The evolving concept of health literacy. Social Science Medicine. Vol
67: 2072-2078.

Oliver V. Eboy. (2017), Tourism Mapping: An Overview of Cartography and the Use of
GIS. Bimp-Eaga. Journal for Sustainable Tourism Development, Vol 6(1), 61-67.

Peerson, A., & Saunders, M. (2009). Health literacy revisited: what do we mean and why
does it matter?. Health promotion international, 24(3), 285-296.

55

Rosmadi Fauzi. (2015). Isu, Cabaran dan Prospek Aplikasi dan Perlaksanaan Sistem
Maklumat Geografi di Malaysia. Malaysian Journal of Society and Space 11 issue 2, 118 –
127.

Severtson, D.J., Vatovec, C., 2012. The theory-based influence of map features on risk
beliefs: self-reports of what is seen and understood for maps depicting an environmental health
hazard. J. Health Communication. 17, 836–856. https://doi.org/10.1080/ 10810730.2011.650933.

Severtson DJ. 2013. The influence of environmental hazard maps on risk beliefs, emotion,
and health related behavioral intentions. Res Nurs Health 36:330–348.

Stephens, S.H., DeLorme, D.E., Hagen, S.C., 2017. Evaluation of the design features of
interactive sea-level rise viewers for risk communication. Environ Commun 11, 248–262.
https://doi.org/10.1080/17524032.2016.1167758.

Stieb, D. M., Huang, A., Hocking, R., Crouse, D. L., Osornio-Vargas, A. R., & Villeneuve,
P. J. (2019). Using maps to communicate environmental exposures and health risks: Review and
best-practice recommendations. Environmental research, 176, 108518.

Sui Daniel Z. & Holt James B. (2008). Visualizing and analysing public- health data using
value-by-area cartograms: Toward a new synthetic framework. Cartographica Journal, Vol. 43,
Issue 1, pp. 3–20.

Takashi Yamashita & J. Scott Brown. (2012). An exploratory analysis of American adults’
health literacy at county-level. Miami University, Oxford, USA. Retrieved from
https://paa2012.princeton.edu/papers/

Utusan Borneo. (2018). Tibi kekal masalah kesihatan utama di Sabah. Retrieved from
https://www.utusanborneo.com/

World Health Organization (WHO). (1998). Health Promotion Glossary. WHO:Geneva.
Retrieved from http://www.who.int/health promotion/

-56-

Sekalung Penghargaaan Diucapkan kepada

Penduduk kg Timbua, Paginatan, Maringkian, Matupang, Saginai Lama,
Tampios, Ranau;

Penduduk Kg Sarang, Taburan, Pantai Emas, Peladok, Kiau, Lobong-Lobong;
Kota Belud;

Penduduk Kg Bt 61, Bt 58, Suasa, Bangkalalak, Kurian, Batu 60, Lubok
Weston, Kota Klias, Beaufort;

Penduduk Kg Salarom Taka, Salarom Baru, Bahagia, Melampoi,
Kabangkawong, Tetagas, Nabawan;
Pejabat Daerah Ranau
Pejabat Daerah Kota Belud
Pejabat Daerah Beaufort
Pejabat Daerah Nabawan
Universiti Malaysia Sabah
Perpustakaan Negara
Secretariat webinar

57

e
e ISBN 978-967-26430-1-2

-58-


Click to View FlipBook Version