1
IKHTIAR TETAP ADA
2
IKHTIAR TETAP ADA
3
Dari Meja Pengarang
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah segala puji dan syukur saya panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana
dengan limpah kurnia-Nya yang mengizinkan agar eBuletin Perkhidamatan Pergigian
Angkatan Tentera Malaysia(PPATM) ini berjaya diterbitkan bagi tahun 2020. Buat
pengetahuan semua, ini merupakan julung kalinya Buletin PPATM diterbitkan di dalam
bentuk elektronik PDF. Oleh itu, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan syabas dan
tahniah kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus secara langsung mahu pun
tidak langsung bagi menjayakan usaha yang sangat murni ini.
Buletin PPATM merupakan salah satu platform yang mengumpulkan pelbagai
informasi dan berita terkini berkaitan aktiviti-aktivi yang telah dianjurkan mahupun yang
melibatkan PPATM sepanjang Tahun 2020. Ianya bertujuan bagi menghargai setiap
usaha yang telah dilakukan di peringkat PPATM dan juga untuk berkongsi maklumat
bersama semua ahli PPATM dan warga ATM.
Pendekatan yang diambil untuk menghasilkan eBuletin ini sangat bertepatan dan
seiring dengan keperluan masa kini yang mana sedang berada dalam era revolusi
industri 4.0. Ianya juga membolehkan penyebaran dan capaian eBuletin ini lebih
senang dan meluas kepada semua anggota Tentera Malaysia khususnya dan rakyat
Malaysia amnya, jika dibandingkan dengan pengeluaran secara cetakan yang
memerlukan kos perbelanjaan yang agak besar dan terhad.
Selain itu, ini juga merupakan salah satu usaha yang baik dalam keadaan
Negara kita sedang berusaha menangani dan mengurangkan kes gejala wabak Covid-
19 yang melanda dunia pada hari ini.Oleh itu, sangat perlu untuk kita sama-sama
berdoa serta mengikuti segala Standard Operating Procedure (SOP) yang telah
ditetapkan oleh pihak kerajaan, mudah-mudahan gejala wabak Covid-19 di negara kita
dapat ditangani dengan baik.
Akhir sekali, sayaselaku …………, memohon ribuan kemaafan sekiranya
terdapat kekurangan di dalam eBuletin PPATM pada kali ini. Saya berharap agar ianya
dapat membantu memberikan kemudahan, keselesaan serta berita dan maklumat yang
terkini berkaitan PPATM.
Sekian, Terima Kasih.
IKHTIAR TETAP ADA
4
Perutusan Pengarah Pergigian
Syukur Alhamdulillah saya panjatkan kepada Allah S.W.T. yang Maha Pemurah
lagi Maha Penyayang kerana diberikan kesempatan untuk merealisasikan penerbitan
ebuletin Perkhidmatan Pergigian Angkatan Tentera Malaysia (PPATM) buat julung
kalinya untuk tahun ini. Selawat dan salam juga ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad S.A.W. serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Di kesempatan ini
ingin saya merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada warga sidang ridaksi yang
telah menggembleng tenaga, usaha dan buah fikiran untuk menerbitkan ebuletin ini.
Semoga dengan adanya ebuletin ini, dapat menjadi platform yang baik untuk berkongsi
ilmu, pengalaman dan kepakaran kepada warga PPATM terutamanya dalam aspek
perkhidmatan pergigian.
Setelah beberapa tahun saya menerajui tampuk pemerintahan perkhidmatan ini,
saya berasa amat bersyukur ke hadarat Allah S.W.T. kerana telah diberikan kekuatan
serta petunjuk dalam mencorakkan pemerintahan dan memacu perkhidmatan ini ke
arah kecemerlangan dan kegemilangan. Selain itu, dengan kerjasama dan komitmen
yang padu warga PPATM telah membolehkan saya melaksanakan tanggungjawab
yang diamanahkan. Saya berharap seluruh warga PPATM dapat mengekalkan
kerjasama dan profesionalisme terutama dalam perkhidmatan ini demi meningkatkan
lagi prestasi kita.
Di kesempatan ini, saya ingin menyeru semua warga PPATM agar kekal untuk
menjadi sebuah jabatan yang mampu melaksanakan misi dan amanah dengan sehabis
baik. Misi dan visi jabatan akan sentiasa menjadi panduan bagi memastikan
kelangsungan dan aturgerak dapat dilaksanakan dengan cemerlang.
Pembaca yang dikasihi sekalian, pada tahun ini, Malaysia telah digemparkan
dengan wabak COVID-19. Rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat telah
terjejas akibat wabak ini, tidak terkecuali seluruh warga PPATM. Pelbagai usaha dan
inisiatif telah diambil oleh kerajaan Malaysia dalam usaha untuk membendung dan
menghentikan penularan COVID-19. Kita warga PPATM juga tidak terkecuali untuk
menyahut seruan kerajaan Malaysia dalam menangani wabak ini. Saya juga ingin
merakamkan sekalung penghargaan kepada warga PPATM yang telah diaturgerakkan
untuk menghulurkan bantuan sebagai petugas barisan hadapan yang tidak mengenal
erti penat dan lelah sepanjang tempoh yang penuh getir ini. Tidak dilupakan juga
kepada barisan kepimpinan PPATM yang telah bertungkus lumus dalam menyelaras
hala tuju PPATM untuk menghadapi norma baharu perkhidmatan pergigian.
IKHTIAR TETAP ADA
5
Akhir kata saya mendoakan kesejahteraan kepada seluruh warga PPATM untuk
terus berusaha mencapai kegemilangan. Bersama-samalah kita bergerak senada dan
seirama dalam memajukan Perkhidmatan Pergigian Angkatan Tentera Malaysia.
Wabillahi Wal-taufik Walhidayah Wassalamu’alaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.
Mejar Jeneral Dato’ Pahlawan (Dr) Haji Borhan bin Haji Jasmin
Pengarah Pergigian Angkatan Tentera Malaysia
IKHTIAR TETAP ADA
6
Kandungan
Perutusan Pengarah
Sambutan Hari Ulangtahun PPATM ke-62
Op-Starlight 5
MALBATT 850-7
Covid (KL)
Ceramah Kesihatan
Du’a Time PPATM
E-Taring 2020
monthly CDE online
Hari Pengajian Div
SIAP Refresher Course
MODO Siri ?
Kursus Penyelia KKD
Kursus Sijil Paramedik Kelas 1
Jiwa Murni
Jiwa Murni
Jiwa Murni
Covid Lumut
WOHD Photography Competition
Routine Checkup and Treatment di Istana
Jasamu Dikenang
Disclaimer
IKHTIAR TETAP ADA
7
IKHTIAR TETAP ADA
8
HUT PPATM Ke-62
Oleh: Lt M (Dr) Nurul Aqilah Salim
KUALA LUMPUR: Majlis bacaan tahlil telah diadakan sempena sambutan Hari Ulang
Tahun Perkhidmatan Pergigian Angkatan Tentera Malaysia (PPATM) yang ke-62.
PPATM telah ditubuhkan pada 1 Oktober
1958 dengan tujuan memberikan rawatan
pergigian khusus bagi anggota-anggota
tentera dan juga ahli keluarga demi
memastikan tahap kesihatan dan
kesiapsiagaan anggota sentiasa dalam
keadaan yang terbaik.
Sambutan HUT PPATM ke-62 telah
diadakan di Poliklinik Pergigian Hospital
Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM)
dan telah dihadiri oleh para pegawai dan
anggota dari sekitar Lembah Klang.
Sambutan pada tahun ini diadakan secara
sederhana sesuai dengan dasar pematuhan
SOP PKP yang telah ditetapkan oleh
kerajaan bagi membendung wabak
pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara sejak awal tahun lagi.Penjarakan
fizikal dan pemakaian pelitup muka tiga lapis diwajibkan bagi semua pegawai dan
anggota yang hadir pada hari itu.
Majlis bacaan tahlil ini dirasmikan oleh Brigadier Jeneral Dato’ (Dr) Zulkifli bin Zainal
Abidin selaku Ketua Jabatan Poliklinik Pergigian HATTM, beliau menekankan tentang
pematuhan SOP semasa menjalankan rawatan pergigian kepada pesakit dan
menggalakkan warga PPATM untuk bergiat aktif untuk meningkatkan prestasi
Perkhidmatan Pergigian dalam setiap aspek. Majlis diteruskan dengan bacaan Surah
Yaasin dan tahlil yang diketuai oleh Kapten (Dr) Muhammad Khiratti Mat Zainal dan
kemudian disertai dengan acara pemotongan kek dan pulut kuning oleh pegawai-
pegawai kanan.
IKHTIAR TETAP ADA
9
Majlis diakhiri dengan ucapan penghargaan daripada Kolonel (Dr) Normah bin Samsuri
selaku Kolonel Pergigian Dasar Bahagian Pengurusan Kesihatan. Diharapkan agar
PPATM terus cemerlang pada tahun yang akan datang.
Kapten (Dr) Khirat (kiri) mengetuai majlis bacaan
yasin dan tahlil.
Majlis bacaan yasin dan tahlil sempena HUT
PPATM ke 62.
IKHTIAR TETAP ADA
10
IKHTIAR TETAP ADA
11
IKHTIAR TETAP ADA
12
Misi Op-Starlight 5
Oleh : Kapten (Dr) Chew Wei Wern
Pertubuhan Hospital Medan Malaysia di Cox’s Bazar
Sejak November 2017, Hospital Medan Malaysia (HMM) telah ditubuhkan bagi
menampung keperluan rawatan kesihatan kepada ratusan ribu pelarian etnik
Rohingya yang cuba mendapatkan perlindungan di kem pelarian di Cox Bazar,
Bangladesh, akibat konflik dan tindakan keras tentera Myanmar di Rakhine terhadap
mereka.
Misi kemanusiaan ini bermula dengan penglibatan sepasukan 60 orang pegawai
IKHTIAR TETAP ADA
13
perubatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama
daripada beberapa agensi lain seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Majlis
Keselamatan Negara (MKN) dan sekarelawan.
HMM ini berada kira-kira 10 hingga 15 minit dari kem pelarian wilayah Cox's Bazar,
Bangladesh, dan menyediakan perkhidmatan Tahap 3 dengan dilengkapi bilik bedah,
bilik surgeri pergigian, x-ray, unit rawatan rapi (ICU), bilik kecemasan dan bilik
bersalin dengan kapasiti maksimum 100 katil. Antara perkhidmatan yang disediakan
adalah pembedahan am, ortopedik, obstetrik dan ginekologi, bius dan rawatan utama
lain seperti kesihatan keluarga, kecemasan, pergigian, radiologi serta makmal.
Kesungguhan kerajaan dan komitmen tinggi pasukan petugas perubatan di HMM
membolehkannya mendapat pengiktirafan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
sebagai Hospital Medan Tahap 3 terbaik, terlengkap serta paling dipercayai dan
seterusnya menjadi hospital rujukan di daerah berkenaan.
Bantuan Perkhidmatan Daripada Agensi Lain
Tahap perkhidmatan perubatan dan kesihatan
yang baik mendorong ramai pelarian Rohingya
dan penduduk tempatan Bangladesh untuk
mendapatkan rawatan di HMM. Terdapat juga
penambahan enam hospital medan di dalam
kawasan kem pelarian kendalian kerajaan Turki
dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
antarabangsa lain seperti Medecins Sans
Frontieres (MSF), HOPE Foundation, MSF
Spain, Bangladesh Red Crescent Society dan
Friendship sejak pertubuhan HMM.
Pertambahan bilangan hospital medan ini telah
memberi lebih banyak pilihan dan akses
perkhidmatan rawatan kepada pelarian
Rohingya.
IKHTIAR TETAP ADA
14
Jabatan Pergigian di Hospital Medan Malaysia,
Cox’s Bazar
Perkhidmatan pergigian HMM di Kem Pelarian
Rohingya amat dihargai kerana HMM adalah satu-
satunya hospital medan yang menyediakan
rawatan pergigian di Kem Pelarian Rohingya
sehingga November 2019, di mana Hospital Medan
Turki turut membawa masuk perkhidmatan
pergigian yang lengkap dalam kawasan tersebut.
Jabatan Pergigian HMM terdiri daripada seorang
pegawai pergigian, penyelia pergigian dan
juruteknik pergigian. Bilik surgeri pergigian dibina
dengan sebuah kontena yang dilengkapi dengan
sebuah kerusi pergigian dan peralatan pergigian
asas, di mana tim pergigian mampu memberi
rawatan harian dengan sempurna.
Bahasa yang digunakan tidak menjadi halangan
kerana Tim Pergigian selalu dibantu oleh
penterjemah daripada staf tempatan yang juga
banyak membantu dari segi pentadbiran selain
daripada menterjemah bahasa Rohingya dan Bangla kepada petugas HMM.
IKHTIAR TETAP ADA
15
HMM Semasa Pencetusan Pandemik Covid-19 di Bangladesh
Kes pertama Covid-19 di Bangladesh telah didapati pada 8 Mac 2020.
Gusar dengan penularan wabak ini, Tim Op Starlight 5 memandang serius dalam isu ini
dengan memulakan langkah-langkah teliti mengikuti procedur operasi standard (SOP)
pencegahan penularan jangkitan penyakit Covid-19 yang ketat.
Sebuah khemah telah didirikan di hadapan
halaman HMM untuk tujuan saringan
Covid-19. Selain pemeriksaan suhu badan
dan gejala dengan lebih teliti, semua
pesakit dikehendaki mengisi borang
deklarasi yang berkaitan dengan Covid-19.
Urusan farmasi juga telah dialih ke bawah
khemah saringan untuk mengurangkan
kesesakan di dalam hospital.
Semua petugas di kawasan saringan wajib
memakai peralatan perlindungan diri (PPE)
lengkap. Perjarakan sosial antara pesakit
dan tempat duduk turut diamalkan untuk
mengurangkan kontak rapat antara pesakit. Cecair pembasmi kuman turut diletakkan di
setiappenjuru HMM untuk kegunaan semua petugas di HMM.
Evakuasi Anggota Semasa Pandemik Covid-19
Susulan isu penularan wabak COVID-19 di Bangladesh, kerajaan Bangladesh telah
mengisytiharkan perintah berkurung sepenuhnya, dan seterusnya mengumumkan
perancangan sekatan penerbangan terhadap sepuluh negara termasuk India, Turki,
Singapura, Kuwait dan Malaysia.
Dengan mengambil kira situasi semasa, kerajaan Malaysia telah mengambil tindakan
pantas bagi memastikan setiap rakyatnya selamat dievakuasi pada 26 Mac 2020.
Kepulangan petugas perubatan HMM ke tanah air membolehkan pengoperasian penuh
Hospital Angkatan Tentera (HAT) di seluruh negara dalam sebahagian daripada usaha
keseluruhan kerajaan untuk menangani penularan pandemik Covid-19 yang ketika ini
sedang menunjukkan trend peningkatan semula.
IKHTIAR TETAP ADA
16
Penutupan Hospital Medan Malaysia
Kini, kerajaan telah memutuskan operasi Hospital Medan Malaysia (HMM) di Cox's
Bazar, Bangladesh ditamatkan lebih awal iaitu pada tahun 2020 berbanding mandat
operasi sehingga Disember
2021.
Dijangkakan seawal 2021,
proses pengunduran HMM akan
bermula. Setelah semuanya
selesai, Tim OSL akan ditutup
pengoperasiannya secara rasmi.
Kami berharap segala
sumbangan yang diberikan oleh
Kerajaan Malaysia dan bantuan-
bantuan aset dari negara-negara
OIC yang lain seperti UAE, Arab
Saudi dan Brunei akan tetap
terpahat dalam ingatan
Bangladesh amnya, dan pelarian
Rohingya khususnya.
“Khidmat Diutamakan”
IKHTIAR TETAP ADA
17
IKHTIAR TETAP ADA
18
Misi MALBATT 850-7
Oleh : Kapt (Dr) Muhammad Amar bin Adam
Sejak Tahun 1960, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah terlibat dalam misi
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di seluruh dunia dengan pelbagai jenis
operasi iaitu pemerhati, pengaman dan pemantau. Mulai tahun 2007 ATM telah diberi
mandat PBB untuk melaksanakan misi pengaman di Selatan Lubnan yang dikenali
sebagai United Nation Interim Forces in Lebanon (UNIFIL).
Bermula daripada MALCON, ATM sehingga
kini telah terlibat sebanyak 15 misi.
Pencapaian dan kejayaan pasukan ATM
dalam misi UNIFIL telah menyebabkan PBB
memberi mandat baru untuk menubuhkan
MALBATT 850 mulai 2013. Misi ini diberi
kawasan tanggungjawab di bahagian Sektor
Barat, Selatan Lubnan. Kecemerlangan dan
kejayaan ATM khasnya MALBATT telah
memberi keyakinan kepada masyarakat
IKHTIAR TETAP ADA
19
Lubnan dan PBB untuk ATM meneruskan mandat dan operasi pengaman di UNIFIL.
Penugasan utama MALBATT 850 adalah melaksanakan operasi pengaman dan
komposisi MALBATT 850 ini, terdiri daripada pegawai dan anggota ketiga-tiga
perkhidmatan ATM, Angkatan
Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan
pegawai kewangan KEMENTAH.
Tempoh penugasan bagi setiap
MALBATT 850 mulai 2013 adalah untuk
tempoh setahun.
Peperangan antara Pejuang Bersenjata
Hezbollah dengan Israel Defence Force
(IDF) yang berlaku selama 34 hari
mulai 13 Julai hingga 14 Ogos 06 telah
berakhir melalui Resolusi 1701 Majlis
Keselamatan Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB) bertarikh 11
Ogos 06.
Salah satu perkara utama Resolusi 1701 Majlis Keselamatan PBB adalah seperti
berikut, PBB akan menghantar pasukan pengaman berkekuatan 15,000 anggota di
kawasan antara sempadan negara Lubnan dengan negara Israel yang dikenali sebagai
Blue Line dengan Sungai Litani yang meliputi kawasan seluas 1,100 kilometer persegi
bagi memisahkan IDF dengan Pejuang Bersenjata Hezbollah. Lebanese Armed Forces
(LAF) dikehendaki mengaturgerakkan anggotanya di kawasan berkenaan bagi menjaga
keselamatan dan kedaulatan wilayah Lubnan.
Elemen Perubatan Dan Pergigian
Penglibatan elemen perubatan dan pergigian
di dalam MALBATT sudah sinonim dengan
misi UNIFIL sejak penubuhannya.
Berkekuatan seramai 4 pegawai perubatan, 1
pegawai pergigian dan 26 anggota lain-lain
pangkat, elemen ini berupaya untuk
beroperasi dan memberikan rawatan kepada
anggota MALBATT dan juga kepada orang
awam agar sentiasa siap sedia dalam segala
rintangan sepanjang menjalani tempoh misi
selama 1 tahun di bumi Lubnan.
IKHTIAR TETAP ADA
20
Bertempat di hospital medan, elemen perubatan mampu untuk beroperasi pada tahap
Level 1+ Field Hospital dengan merangkumi wad pesakit yang mampu menempatkan 6
pesakit, bilik isolasi, farmasi, bilik rawatan, hygiene dan perigigian.
Tim Pergigian MALBATT 850-7 dalam Misi UNIFIL
Kehadiran Tim Pergigian dalam MALBATT
antara keunikan setiap misi luar negara
terutamanya dalam misi UNIFIL. Hal ini
kerana, antara negara battalion atau troop
countributing countries (TCC) yang terlibat
dalam misi ini dari 45 (TCC), hanya Malaysia,
Indonesia, Korea, Ghana, dan India sahaja
yang mampu memberikan rawatan pergigian
kepada anggota tentera, staf-staf United
Nation (UN) dan juga orang awam. Ini
menjadi satu kebanggaan kepada Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) khususnya dan
Malaysia secara amnya kerana mampu
memberikan khidmat nasihat dan rawatan pergigian walaupun berada di bumi asing. Ini
terbukti dengan penerimaan orang awam dengan kehadiran tim pergigian dalam
penglibatan Civilian Military Coordination (CIMIC) programme yang mengalu-alukan tim
pergigian yang diadakan seminggu sekali kepada penduduk kampung dan daerah
dalam KTJ MALBATT.
Tim ini terdiri daripada satu pegawai pergigian dan dibantu oleh penyelia pergigian,
pembantu pegawai pergigian dan juruteknik pergigian. Diketuai oleh Kapt Dr
Muhammad Amar bin Adam, walaupun mempunyai keanggotan tim yang kecil, ini tidak
menjadi penghalang untuk memberikan rawatan pergigian yang terbaik kepada pesakit
yang memerlukan rawatan.
Hospital Medan MALBATT 850 juga dilengkapi dengan bilik rawatan yang tersendiri
mampu untuk memberi pelbagai jenis rawatan termasuk tampalan, cabutan, root canal
therapy (RCT), pembedahan kecil, gigi palsu (denture), scaling, intra-oral Xray dan
nasihat penjagaan gigi. Selain itu, tim pergigian MALBATT juga dilengkapi dengan dua
buah Mobile Dental Chair yang sering digunakan untuk program CIMIC dan Active
Dental Support (ADS) di Kem Tibnine.
IKHTIAR TETAP ADA
21
Winning Hearts and Minds
Untuk mencapai matlamat Winning Hearts and
Minds, pendekatan interaksi sosial terhadap
penduduk setempat dilaksanakan dengan
perancangan aktiviti yang tersusun melalui Key
Leader Engagement (KLE), program perubatan dan
pergigian, sukan dan sosial, aktiviti kemasyarakat
dan foot market walks.
Bagi program perubatan dan pergigian, sebanyak
21 aktiviti yang telah dilaksanakan di luar kem
seperti di municipality, rumah sakit dan rumah
pesakit (home visit). Melalui program ini, ia secara
tidak langsung memberi sedikit sebanyak
pengalaman manis buat anggota perubatan dan
pergigian semasa menjalani program misi
pengaman. Pendekatan secara pemberian rawatan
dan perubatan secara percuma kepada warga
Lubnan sangat-sangat dihargai oleh penduduk
sekitar.
Manakan tidak, faktor sosio ekonomi yang lemah
dan kos rawatan perubatan yang mahal diambil
peluang oleh penduduk tempatan untuk
mendapatkan rawatan sebaik-baiknya yang
diberikan oleh tim perubatan dan pergigian
MALBATT.
IKHTIAR TETAP ADA
22
IKHTIAR TETAP ADA
23
Penglibatan PPATM Dalam Usaha Menangani COVID-19
Oleh: Leftenan Kolonel (Dr) Atina Najhan binti Mohd Idris
Diterjmah: Kapten (Dr) Wan Mohamad Firwan bin Wan Mohamad Fauzi
Sejak Disember 2019, dunia digemparkan dengan kewujudan virus baru yang
dinamakan Covid-19. Penularan virus ini merebak dengan pantas dan agresif
menyebabkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan Covid-19
sebagai darurat kesihatan dunia. Penularan ini merentas benua dan mula memasuki
negara kita Malaysia akhir Februari 2020. Pada 11 Mac 2020, WHO mengisytiharkan
Covid-19 ini sebagai pandemik setelah sebanyak 114 negara terkesan, 118,000 orang
dijangkiti dan 4000 orang maut dalam masa tiga bulan.
Setelah mengambil kira kes Covid-19 di Malaysia saban hari makin meningkat pada
awal Mac 2020, kerajaan Malaysia mengambil langkah pantas dengan melaksanakan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa 18 Mac 2020 bagi mengekang
penularan Covid-19. Kali ini, anggota keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjadi barisan hadapan dari aspek keselamatan
dan sekatan jalan raya, dan badan-badan lain yang terlibat secara langsung dan tidak
IKHTIAR TETAP ADA
24
langsung. Tidak ketinggalan, tim daripada Perkhidmatan Pergigian Angkatan Tentera
Malaysia (PPATM) juga dipanggil bagi membantu menentang virus ini.
Dari klinik pergigian tentera yang selesa berhawa dingin, ke medan lapangan
berbumbungkan langit dan hangat matahari, misinya tetap sama, menentang musuh
halus. Tim PPATM terdiri daripada Pakar Pergigian, Pegawai Pergigian dan anggota
Lain-Lain Pangkat.
Taklimat Dan Latihan
Sebelum misi bermula, tim PPATM diberi taklimat dan latihan mengambil sampel oleh
Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan Crisis Preparedness and Response
Centre (CPRC) di Airport Management Centre (AMC), KLIA. Tatacara pemakaian
peralatan
perlindungan
peribadi (PPE)
yang tepat dan
selamat adalah
perkara utama.
Cara menguruskan
sampel-sampel
juga penting agar
tiada sampel yang
tersalah maklumat
dan data.
Tempat pertama tim PPATM ditugaskan di Balai Ketibaan, Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 dan 2. Para penumpang yang baru tiba di KLIA
perlu disaring tahap kesihatan mereka. Bagi warga emas dan mempunyai masalah
kesihatan, mereka perlu diambil
sampel kerana mereka adalah
golongan berisiko tinggi. Dan bagi
yang bergejala, akan diperiksa oleh
pegawai perubatan terlebih dahulu
sebelum diambil sampel. Bagi yang
lain, akan terus ke pintu keluar KLIA
dan menaiki bas untuk pergi ke pusat
kuarantin yang dikhaskan.
Tidak sampai seminggu di KLIA, tim
PPATM diarahkan untuk bertukar
IKHTIAR TETAP ADA
25
tempat ke Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
(JKWPKL) dan diletakkan di bawah Pejabat Kesihatan Daerah Kepong (PKD Kepong)
bagi membantu mengambil sampel
kawasan-kawasan yang berisiko dan rekod
jangkitan yang tinggi. Salah satu tempatnya
adalah Pasar Borong Kuala Lumpur
(PBKL), seramai 15,000 penduduk, dan
sampel telah diambil dalam masa lima hari,
sebaik sahaja Menteri Kanan Keselamatan
Majlis Keselamatan Negara (MKN)
mengumumkan PKP Diperketatkan (PKPD).
Dalam masa yang sama, tim PPATM juga
berpeluang mengambil sampel di Dewan
Komuniti Batu Muda, Selayang yang
berskala kecil.
Pada 20 April 2020, tim PPATM mula
bertugas di kawasan PKPD PBKL untuk mengambil sampel berskala besar. Kawasan
PKPD ini dipagari kawat berduri, anggota tentera dan polis sentiasa membuat rondaan,
kedai-kedai dan pejabat-pejabat semua ditutup, macam tempat perang gayanya.
Dalam menjayakan misi ini, pasukan
bantuan dari negeri-negeri lain seperti
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan,
Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan,
Pahang, badan bukan kerajaan (NGO)
seperti MERCY, IMARET dan ada juga
yang datang atas kapasiti persendirian turut
menyertai dalam pengambilan sampel.
Badan-badan kerajaan seperti Angkatan
Pertahanan Awam Malaysia (APM),
Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA),
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
pula banyak membantu dari segi logistik seperti mendirikan khemah, mengagihkan
makanan dan sumbangan kepada penduduk, menguruskan sampah-sampah dan
sebagainya. Ketika ini, pangkat dan jawatan, dari agensi mana, bukanlah suatu isu.
Semua pihak menggembleng tenaga dan keringat untuk melandaikan lengkungan
Covid-19.
IKHTIAR TETAP ADA
26
Tugasan Mopping
Setelah 5 hari menyaring penduduk PBKL, tim PPATM terlibat dengan tugasan
mopping. Tugasan ini memerlukan pasukan-pasukan kecil untuk membuat lawatan
rumah ke rumah setiap penduduk di PBKL. Tujuannya adalah memastikan semua
penduduk sudah disaring dan
memakai gelang merah jambu
serta tidak keluar rumah tanpa
urusan yang penting seperti
yang diarahkan KKM.
Setelah selesai, tim PPATM
membantu PKD Kepong dalam
mendokumentasikan data-data
dan keputusan penduduk PBKL
ke dalam sistem komputer bagi
memudahkan rujukan kelak.
Panas Dan Dahaga Ibarat
Sauna Atau Ketuhar Bergerak
Selesai tugasan di PKPD PBKL
hampir 2 minggu, tim PPATM digerakkan pula ke Chow Kit pada 5 May 2020. Tugasan
yang sama cuma cabarannya kali ini adalah cuaca yang agak panas dikelilingi
bangunan-bangunan tinggi. Bahangnya amat terasa, apatah lagi apabila menyarungkan
PPE lengkap. Dan lebih menduga adalah ianya bulan Ramadhan. Ada yang dehidrasi
dan terpaksa berbuka puasa mengambil kira faktor kesihatan dan nyawa seperti
pandangan daripada Mufti dan Menteri Agama. Begitulah hemahnya agama Islam.
Tim PPATM bukan sekadar mengambil sampel sahaja, malah berpeluang untuk
melaksanakan tugas Active Case
Detection (ACD) dengan pergi rumah
ke rumah dan mengajak penduduk
hadir untuk membuat saringan, seolah-
olah kempen kesedaran.
Di ambang pengakhiran tugasan, tim
PPATM diberi kesempatan untuk
membuat saringan di Istana Negara,
untuk menyaring petugas-petugas yang
bekerja dalam kawasan Istana Negara
sendiri.
IKHTIAR TETAP ADA
27
Penugasan Saringan Covid-19 Terakhir
18 Mei 2020 adalah tarikh akhir tim
PPATM bertugas sebagai pasukan
bantuan Covid-19. Tempat tugasan
terakhir adalah di Pudu Plaza untuk
menyaring hampir 1300 sampel selama 2
hari.
Menentang musuh yang tidak kelihatan ini
bukanlah suatu perkara yang mudah.
Apatah lagi ianya merebak dengan agresif.
Ianya perlukan kerjasama pelbagai pihak
daripada peringkat kerajaan hinggalah
peringkat rakyat. Terima kasih kepada
semua agensi yang banyak membantu
dalam menghadapi pandemik Covid-19 ini,
dan kami bersyukur rakyat kerana
memberi kerjasama dan kepercayaan
dalam menghadapi pandemik ini.
Terima Kasih, Frontliners!
IKHTIAR TETAP ADA
28
IKHTIAR TETAP ADA
29
Ceramah Kesihatan Pergigian
Kepada Anggota ATM
Oleh : Kapten (Dr) Tengku natasha Eleena binti Tengku Ahmad Noor
KUCHING: Mengikut Perintah Pentadbiran Kesihatan dan Teknikal Angkatan Tentera
Malaysia (AFMATI) Edisi IV 2016, tugas seorang pegawai pergigian adalah
bertanggungjawab untuk memberikan pelajaran asas kepada trup dan keluarganya.
Seringkali kita terlepas pandang bahawa memberi rawatan kesihatan gigi pesakit serta
seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia adalah dengan memberi edukasi kepada
mereka tentang kepentingan dan cara mengekalkan kesihatan gigi mereka.
Pada 24 Ogos 2020, satu ceramahtelah diberikan tentang kesihatan gigi kepada warga
Tentera Udara di Pangkalan Udara Kuching. Ceramah tersebut merangkumi penyakit
IKHTIAR TETAP ADA
30
yang sering kali dilihat di PGAT dan rawatan pergigian yang disediakan di PGAT. Di
akhir sesi ceramah tersebut, sesi quiz dan soal jawab telah dilakukan bagi melihat
pengetahuan peserta setelah
mendengar ceramah pergigian.
Selama sesi soal jawab dilakukan,
terdetik di hati saya bahawa masih
ramai yang mempunyai kurang ilmu
pengetahuan tentang kesihatan gigi
walaupun ia merupakan asas
kehidupan kita dan sesuatu yang boleh
diketik dalam Google. Saya pasti,
setiap orang mempunyai kemudahan akses internet yang mudah, jadi adakah ia
merupakan salah kita sebagai Pegawai Pergigian yang gagal memberikan mereka
edukasi atau mereka yang tidak rajin dalam mengembangkan ilmu pengetahuan
mereka tentang gigi?
Sesungguhnya ubat yang terbaik terhadap
sesuatu penyakit adalah dengan mencegah seperti
kalimat yang sering kita dengarkan, ‘mencegah lebih
baik daripada mengubati’. Beban tugas sebagai
Pegawai Pergigian juga dapat diringankan jika
masalah pergigian dikurangkan dalam kalangan
warga tentera seterusnya dapat membantu
meningkatkan kekuatan Angkatan Tentera Malaysia
seiring dengan matlamat PPATM dalam
meningkatkan angka ‘zero decay’. Dengan itu, saya
menyeru agar seluruhwarga PPATM mengutamakan
pemberian edukasi dan membantu dalam
pencegahan penyakit gigi dan mulut dalam kalangan
tentera dan keluarga.
IKHTIAR TETAP ADA
31
IKHTIAR TETAP ADA
32
Du’a Time PPATM
Oleh : Kapten (Dr) Muhammad Umar Imarah Bin Murtadza
Pada 6 November 20, program Du’a Time PPATM telah dilaksanakan secara maya
yang melibatkan seluruh warga
Perkhidmatan Pegigian Angkatan
Tentera (PPATM). Program ini
telah diadakan julung kali oleh
PPATM, dan antara tujuan
dilaksanakan adalah bagi
memohon perlindungan dan
keselamatan organisasi Kor
Kesihatan Diraja (KKD) secara
umumnya dan Perkhidmatan
Pergigian Angkatan Tentera
khususnya.
Selain itu, rentetan daripada
keadaan semasa kes virus
COVID-19 yang semakin
meningkat, kesembuhan dan
pencegahan turut dipanjatkan
agar keadaan kembali seperti
biasa. Turut hadir bersama
termasuk beberapa bekas
pengarah PPATM iaitu Mej Jen
Dato’ (Dr) Roshidah Binti Ishak
(Bersara), Mej Jen Dato’ (Dr) Sukri Bin Hussin (Bersara) dan Mej Jen Dato’ (Dr) Termizi
bin Junaidi (Bersara) dan beberapa orang veteran KKD.
Majlis bermula pada Jam 1430 dan dimulakan dengan kata- kata aluan dari Kapt (Dr)
Abu Bakar, seterusnya bacaan doa oleh Kapt (Dr) Muhammad Umar Imarah bin
Murtadza, dan selesai pada Jam 1500 dengan sempurna. Semoga program seperti ini
dapat dijadikan program berkala bagi warga PPATM agar dapat mengukuhkan
silaturahim dan mendapat keberkatan dunia dan akhirat.
IKHTIAR TETAP ADA
33
E-Taring 2020:
Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan
Oleh : Leftenan Kolonel (Dr) Sophia Ann
Murray binti Jefry
Penularan wabak Covid-19 telah
menyebabkan banyak perancangan aktiviti
Perkhidmatan Pergigian Angkatan Tentera
Malaysia (PPATM) bagi tahun 2020
tergendala. Malangnya antara aktiviti yang
terpaksa ditangguhkan adalah eksesais
tahunan PPATM yang selalu dinanti-
nantikan oleh seluruh warga PPATM iaitu
EksTaring edisi yang ke-28.
Patah tumbuh, hilang berganti..
Pihak Ahli Jawatankuasa EksTaring ke-28 telah bertungkus lumus merancang
perlaksanaan eksesais seawal bulan Februari 2020 lagi. Pelbagai pengisian aktiviti
telah dirancang dan tempahan lokasi di CREaTE, Alor Gajah, Melaka juga telah dibuat.
Namun, gelombang ketiga Covid-19 telah menyebabkan pihak pengurusan PPATM
membuat ketetapan untuk menangguhkan dahulu eksesais tersebut bagi menjaga
kesihatan dan keselamatan warga PPATM.
Walaubagaimanapun, penangguhan EksTaring ini tidak memudarkan semangat AJK
untuk meneruskan seminar yang telahdirancang. Berbekalkan semangat Ikhtiar Tetap
Ada, pihak AJK, dengan persetujuan Pengarah Pergigian telah memutuskan untuk
menjadikan Eks Taring tahun 2020 ini satu kenyataan dengan mengadakannya secara
maya (virtual). If you cannot come to Ex Taring, we will bring Ex Taring to you. Maka
dengan itu, wujudlah idea untuk menganjurkan satu webinar bersiri yang diberi nama
eTaring 2020.
IKHTIAR TETAP ADA
34
Sejarah tercipta..
Alhamdullillah, buat julung-julung kalinya, eTaring 2020 telah berjaya dilancarkan
bermula daripada 12 November 2020. eTaring 2020 telah dibawakan secara terus atas
talian kepada seluruh warga
PPATM di dalam dan luar
negara melalui aplikasi
Zoom PPATM. Program ini
dibahagikan kepada lima
siri webinar pada setiap
Khamis petang dengan
meliputi 8 topik berbeza.
Topik-topik yang dipilih
adalah berdasarkan
keperluan semasa dan yang
relevan kepada semua
warga PPATM dan
merupakan sebahagian
daripada topik seminar asal
EksTaring ke-28. Setelah
lima minggu bersiaran,
eTraing 2020 berakhir
secara rasminya pada 10
Disember 2020.
eTaring 2020 telah berjaya menarik penyertaan hampir 200 peserta setiap minggu
meliputi warga PPATM di dalam dan luar negara. Jumlah ini jauh melebihi bilangan
peserta yang dapat mengikuti EksTaring jika seminar dilakukan secara bersemuka.
eTaring 2020 juga telah membolehkan warga PPATM bersuamuka dan berkenalan
secara maya melalui video conferencing dengan penyeragaman user name baik secara
berkumpulan ataupun individu. Selain itu, sesi dialog bersama Pengarah Pergigian
yang menjadi amalan di setiap Eks Taring juga telah dapat diteruskan secara maya
pada hari penutup.
IKHTIAR TETAP ADA
35
Hikmah yang tersembunyi..
Penangguhan Eks Taring ke-28 sememangnya merupakan sesuatu yang amat
mendukacitakan. Namun, terdapat banyak hikmah di sebalik dugaan tersebut. Rahmat
yang paling utama adalah peluang untuk mengukuhkan ukwah dan persahabatan
dengan selamat tatkala berada di dalam suasana pandemik sekarang. eTaring 2020
juga telah membolehkan sesi pembelajaran secara berpusat diteruskan dengan
penglibatan peserta yang maksima tanpa mengira sempadan. Selain itu, perlaksanaan
eTaring 2020 telah secara tidak langsung membolehkan setiap pasukan naungan
PPATM mengenalpasti kemampuan sistem teknologi maklumat mereka, baik dari segi
peralatan (komputer, webcam dan mikrofon) atau connectivity masing-masing melalui
mindefnet sebagai persediaan untuk aktiviti-aktiviti PPATM yang dijalankan secara
maya pada masa hadapan.
IKHTIAR TETAP ADA
36
Apa yang penting? KERJASAMA!
Walaupun dicabar dengan kekangan mengadakan perjumpaan secara bersemuka,
PPATM telah membuktikan bahawatiada yang mustahil sekiranya kita tekad melakukan
sesuatu. Semangat tidak mudah mengalah dan sentiasa berusaha untuk mencapai
kesempurnaan merupakan antara sebab eTaring 2020 berjaya dilakukan di bawah
naungan Penasihat, Brigadier Jeneral Datin (Dr) Roza Anon bte Mohd Ramlee,
Pengarah EksTaring, Kol (Dr) Mohd Mizalazrin bin Madzlan dan tim AJK Seminar yang
diketuai oleh Lt Kol (Dr) Sophia Ann Murray. AJK Seminar dibantu oleh tim SIAP
PPATM dan tim AJK Webinar PPATM telah bertungkus-lumus mengadakan mesyuarat
di atas talian dua kali setiap minggu selama 5 minggu berturut-turut. Tim-tim inilah yang
sentiasa memberikan input dan cadangan penambahbaikan serta sentiasa
bekerjasama memastikan eTaring berjalan dengan lancar.
Kejayaan eTaring 2020 bukanlah kejayaan AJK sahaja, tetapi merupakan kejayaan
bagi seluruh warga PPATM. Tanpa sokongan dan maklum balas berterusan dari
segenap lapisan warga PPATM, eTaring 2020 tentulah hanya akan menjadi satu impian
sahaja. Justeru itu, seluruh AJK
EksTaring ke-28 amnya dan
eTaring 2020 khasnya ingin
mengucapkan setinggi
penghargaan kepada seluruh
warga PPATM yang terlibat
secara langsung ataupun tidak
kerana merealisasikan idea
eTaring 2020 ini. Sesungguhnya
penyertaan dan maklumbalas
setiap pegawai dan anggota
telah banyak membantu untuk
menjayakan perlaksanaan
eTaring 2020 ini.
Perjuangan Yang BelumSelesai..
Berlabuhnya tirai eTaring2020 pada 10 Disember 2020 yang lalu tidak bermakna tugas
AJK EksTaring ke-28 telah selesai.Mandat yang baru telah diterima untuk meneruskan
perancangan bagi mengadakan Eks Taring secara fizikal pada tahun 2021. Bersama-
samalah semua warga PPATM mematuhi amalan norma-norma baru pandemik Covid-
19, dan berdoa agar pandemik ini akan berakhir, supaya EksTaring secara bersemuka
dapat direalisasikan pada tahun 2021 nanti.
IKHTIAR TETAP ADA
37
IKHTIAR TETAP ADA
38
CDE Menerusi Maya : Cabaran Baharu
Oleh : Brigedier Jeneral Datin (Dr) Roza
Anon Binti Mohd Ramlee, Kapten (Dr)
Muhammad Khiratti bin Mat Zainal
Pandemik Covid-19 yang sedang menular
di Malaysia dan amat membimbangkan.
Kesannya, aktiviti pengumpulan mata CPD
yang merupakan suatu tanggungjawab
oleh pengamal pergigian pada setiap
tahun mengalami kekangan ketika ini.
Sekreteriat CPD PPATM, Kapt (Dr)
Muhammad Khiratti Bin Mat Zainal telah
berkongsi pandangan serta buah fikiran
Pengerusi Sekreteriat CPD PPATM,
Brigedier Jeneral Datin (Dr) Roza Anon
Binti Mohd Ramlee, mengenai manfaat
serta cabaran e-pembelajaran yang akan
dijadikan kebiasaan kehidupan baharu
bagi warga PPATM selepas ini.
Di Malaysia, pandemik Covid-19 ini telah memberikan impak yang sangat besar kepada
sistem politik, ekonomi, sosial, kesihatan dan pendidikan negara. Malah, ia telah
mengakibatkan operasi pelbagai sektor terjejas, termasuk hospital angkatan tentera
serta pusat pergigian angkatan tentera di seluruh Malaysia. Natijahnya, antara hikmah
perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat (PKPB), adalah warga
PPATM harus menyesuaikan diri
dengan norma kehidupan dan
kebiasaan baharu bertujuan
untuk memutuskan rantaian
wabak dengan memanfaatkan
teknologi dan aplikasi
pembelajaran dan komunikasi
dalam talian.
Berdasarkan senario ini,
Sekreteriat CPD PPATM
disokong kuat oleh Sekreteriat
SIAP PPATM telah mengambil
inisiatif baharu dengan
IKHTIAR TETAP ADA
39
menganjurkan sesi
pembelajaran berterusan
melalui platform atas
talian menggunakan
aplikasi Zoom untuk
semua warga PPATM.
Sesi webinar yang
pertama ini telah
dilaksanakan pada tarikh
22 Oktober 20, di mana
pegawai yang terlibat
pada ketika itu ialah
Mejar (Dr) Aminah Binti
Jalil (selaku moderator majlis), Mejar (Dr) Nur Awanis Binti Mohamed Alang (selaku
pembentang pertama) dan Kapt (Dr) Muhammad Khiratti Bin Mat Zainal (selaku
pembentang kedua). Bagi memaksimumkan matlamat ini, Sekreteriat SIAP PPATM
telah berusaha melanggan sendiri aplikasi Zoom demi menyediakan platform yang
boleh diakses secara percuma dan mengikut keselesaan oleh seluruh warga PPATM.
Rentetan peristiwa itu, penggunaan platform atas talian semakin meningkat menerusi
perlaksanaan beberapa siri webinar e-taring yang bermula pada tarikh 12 November 20
sehingga 10 Disember 20. Sambutan webinar tersebut amat menggalakkan dalam
kalangan warga PPATM. Usaha ini harus dilihat dari sudut pandangan yang positif
sebagai dorongan bagi pembelajaran berterusan dan pemerkasaan kemahiran warga
PPATM supaya dapat terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada seluruh warga
ATM khususnya.
Manfaat Menerusi Pembelajaran Berterusan Menerusi Dunia Maya
Sememangnya pembelajaran berterusan menerusi dunia maya memberikan pelbagai
manfaat kepada seluruh
warga PPATM. Antaranya
ialah, maklumat yang
diperoleh lebih cepat, mudah
dan dapat menjimatkan masa.
Proses berinteraksi berupaya
dilaksanakan pada jarak yang
tiada sempadan, berdasarkan
prinsip ‘anywhere, anytime,
anyone’.
Seterusnya, pendekatan ini
membolehkan mana-mana
warga PPATM
mengendalikan webinar yang
IKHTIAR TETAP ADA
40
dapat dilakukan di lokasi yang berbeza tanpa melibatkan kos yang tinggi.
Secara tidak langsung, kos perbelanjaan dan penginapan dapat dijimatkan. Di samping
tu, kita berupaya untuk berkongsi atau memuat turun bahan digital tambahan pada bila-
bila masa semasa webinar sedang dilangsungkan. Malah, kandungan webinar tersebut
boleh disimpan untuk kemudahan penilaian pada masa hadapan.
Cabaran Menerusi Pembelajaran Menerusi Dunia Maya
Kekangan seperti masalah capaian internet, kemudahan infrastruktur termasuk
ketiadaan atau kerosakan alat peranti digital pintar di sesetengah PGAT dan tidak
semua warga PPATM celik
teknologi maklumat terutamanya
golongan yang dikategorikan
sebagai ’orang lama’ dalah antara
cabaran yang dapat diatasi.
Sekreteriat CPD PPATM dibantu
Sekreteriat SIAP PPATM telah
mengenal pasti pendekatan yang
lebih holistik demi memastikan
proses pembelajaran berterusan
dalam talian berjalan lancar pada
hari mendatang. Antaranya,
penggantian komputer yang
mengalami kerosakan di setiap
PGAT, mempertingkatkan akses
capaian internet dan jalur lebar,
terutama PGAT di kawasan luar bandar, memberikan latihan kepada warga PPATM
bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran penggunaan dan pengendalian
pembelajaran atau persidangan secara maya, dan memperkasakan pasukan teknikal
webinar yang berkebolehan untuk memastikan semua sistem berfungsi setiap masa
sepanjang pengendalian pembelajaran atau persidangan secara maya.
Persediaan PPATM Untuk Berhadapan Dengan Revolusi Industri 4.0
Semua warga PPATM perlu berlapang dada, meningkatkan ilmu pengetahuan,
efisiensi, kemahiran, perubahan sikap yang positif dan kesiapsiagaan dalam menerima
normal baharu pembelajaran berterusan atas talian ini, kerana kita harus sedar jika
tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Kesiapsiagaan ini akan dapat dizahirkan apabila setiap formasi di dalam PPATM
mampu menganjurkan sendiri webinar atau telesidang untuk dikongsikan dengan
IKHTIAR TETAP ADA
41
seluruh warga PPATM. Hal ini penting dalam menyiapkan warga PPATM bagi
menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0 dan seterusnya bersedia menjadi generasi
celik digital agar tidak ketinggalan ditelan arus permodenan.
Umum mengetahui, setiap perubahan yang hendak dilakukan tidak mampu berlaku
dalam sekelip mata. Tuntasnya, ia memerlukan strategi yang rapi, masa, sokongan dan
dorongan yang kuat daripada pelbagai pihak. Justeru itu, perancangan yang rapi telah
dibuat oleh Sekreteriat CPD bagi memastikan sesi pembelajaran berterusan dalam
talian menggunakan aplikasi Zoom dapat diteruskan sepanjang tahun 2021 ini. Sebagai
contoh, sesi webinar pada tahun 2021 telah disusun mengikut bidang kepakaran
masing-masing dan ia akan dilaksanakan pada setiap hari khamis sekurang-kurangnya
dua kali sebulan. Pemantauan berterusan akan sentiasa dilaksanakan bagi memastikan
pembelajaran dalam talian dapat diteruskan seperti yang dirancang. Selain itu, bagi
mengoptimumkan penggunaan aplikasi Zoom ini,kami juga menggalakkan seluruh
wargaPPATM di setiap formasi pasukan untuk menganjurkan mensyuarat dalam talian
seberapa yang kerap. Semoga pembelajaran berterusan dan komunikasi menerusi
dunia maya ini dapat disesuaikan menjadi amalan harian, dan memberikan impak yang
positif kepada seluruh warga PPATM. InsyaAllah, di mana ada kemahuan di situ ada
jalan.
Ikhtiar Tetap Ada.
IKHTIAR TETAP ADA
42
IKHTIAR TETAP ADA
43
Jelajah International Caries Detection And Assestment System
(ICDAS)
Oleh : Kapt (Dr) Muizzuddin Bin Hj Ab Rahman
KEM TERENDAK, MELAKA : International Caries Detection And Assestment (ICDAS)
merupakan sistem pengesanan dan pengkelasan karies yang terkini dan telah
diperkenalkan sejak tahun 2002. Sistem ni akan diguna oleh semua Pakar dan Pegawai
Pergigian Perkhidmatan Pergigian Angkatan Tentera Malaysia (PPATM) bagi
menggantikan sistem pengesanan karies gigi yang terdahulu.
Pada 10 dan 11 Mac 20, jawatankuasa ICDAS PPATM telah menganjurkan Jelajah
ICDAS 2020 siri 1/2020 bertempat di Institut Latihan Kesihatan Angkatan Tentera
(INSAN) dan di Pusat Pergigian Angkatan Tentera Terendak, Kem Terendak Melaka.
Peserta Jelajah ICDAS ini terdiri daripada 10 pegawai termasuk Pakar dan Pegawai
Pergigian PPATM dari Pusat Pergigiaan Angkatan Tentera (PGAT) di bawah naungan
Divisyen ketiga Infantri Malaysia.
IKHTIAR TETAP ADA
44
Program selama dua hari ini
melibatkan beberapa sesi
syarahan bertajuk Caries
Etiopathology, A New Paradigm in
Caries Detection & Assestment
dan ICDAS. Syarahan ini
bertujuan untuk memberi
pengenalan kepada penyakit
karies gigi dan pengenalan kepada
sistem ICDAS. Beberapa siri
bengkel juga telah diadakan,
melibatkan bengkel pra-klinikal
iaitu latihan mengenalpasti dan pengelasan tahap-tahap karies gigi mengikut
pengelasan ICDAS yang terkini menggunakan model dari gigi sebenar yang telah
dicabut akibat kerosakan karies gigi. Bengkel secara klinikal, iaitu pemeriksaan karies
gigi secara langsung terhadap pesakit turut diadakan bagi memberi kefahaman yang
lebih mendalam kepada peserta. Semua peserta diminta untuk membuat pemeriksaan
karies gigi terhadap gigi pesakit bagi menguji tahap kefahaman peserta dan
kemudiannya perbincangan kes diadakan bagi membincangkan penemuan dan
pengelasan yang
dibuat.
Pengesanan karies
gigi seawal akan
membantu dalam
membuat
perancangan
rawatan yang
sesuai. Oleh hal
demikian, ICDAS
telah diperkenalkan
bagi membantu
para pegawai
pergigian dalam mengenalpasti dan merekodkan tahap penyakit karies gigi dengan
lebih spesifik. Sistem ini merupakan sistem skor yang menggunakan kod untuk
merekodkan tahap severity dan klasifikasi karies gigi seawal perubahan visual pada gigi
sehingga terbentuknya kaviti. Sistem ini dapat membantu para pegawai pergigian
dalam merancang jenis-jenis rawatan sama ada secara preventif ataupun conservatif
yang bersesuaian dengan tahap kerosakan pada gigi pesakit.
IKHTIAR TETAP ADA
45
Program Jelajah ICDAS yang dianjurkan oleh PPATM ini dibuat secara berperingkat
dan hanya melibatkan kumpulan kecil Pegawai Pergigian PPATM dalam satu-satu
masa. Aktiviti program yang dijalankan termasuklah sesi syarahan, bengkel pra-klinikal,
bengkel klinikal dan perbincangan secara terbuka antara pakar dan pegawai pergigian
sangat membantu dalam memahami sistem ICDAS dengan lebih jelas dan menyeluruh.
Diharapkan agar peserta akan dapat mempraktikkan dan memahirkan diri dalam
menggunakan sistem ICDAS ini di pasukan masing-masing selaras dengan persetujuan
PPATM, Kementerian Kesihatan dan Fakulti Pergigian di seluruh Universiti Malaysia
untuk menggunakan sistem ICDAS ini secara menyeluruh bermula pada tahun 2022.
IKHTIAR TETAP ADA
46
IKHTIAR TETAP ADA
47
Sistem Informasi Automasi Perigigan (SIAP)
Oleh: Leftenan (Dr) Taasvinie Nahenthran
Sejak 10 Ogos 2020, Perkhidmatan Pergigian Angkatan Tentera Malaysia (PPATM)
telah menganjurkan kursus Sistem Informasi Automasi Pergigian (SIAP) Refresher
Course bagi seluruh warga PPATM yang berlangsung selama 2 bulan. Ia telah
diagihkan kepada 5 kumpulan, bermula dengan Train the Trainer.
Train the Trainer disertai oleh 12 pegawai pergigian yang telah dilatih seminggu
sebelum memulakan kursus SIAP Refresher Course untuk berkongsi ilmu mereka
dengan pegawai pergigian dan anggota
yang lain.
SIAP Refresher Course ini telah dijalankan
secara empat siri dan disertai 58 orang
pegawai dan Lain-lain Pangkat. Perkara-
perkara yang merangkumi kursus ini terdiri
daripada penggunaan semua aplikasi di
dalam sistem SIAP ini.
IKHTIAR TETAP ADA
48
Sistem SIAP mempunyai 12 aplikasi untuk penggunaan harian PPATM, iaitu
Dental Readiness Management System (DRMS)
DRMS Specialist Module
Queue Calling
Picture Archiving & Computer System (PACs)
Sistem Pengurusan Material (SPerM)
Sistem Pengurusan Aset Pergigian (SPAG)
Office Management System (OMS)
Document Management System (DMS)
WebMail DSMAF
Administrative Service Performance Intergrated Reporting (ASPIRe)
Continuing Professional Development (CPD)
Portal
Sepanjang kursus ini, setiap aplikasi diajar secara terperinci untuk memudahkan
pemahaman dan pengendalian bagi pegawai dan anggota yang terlibat di unit mereka
tersendiri. Aplikasi DRMS pula telah diajar mengikut spesifikasi pesakit iaitu golongan
askar, awam (dewasa) dan awam (kanak-akanak).
Sepanjang dua bulan ini, pelbagai soalan telah dikemukakan kepada fasilitator dan
soalan-soalan tersebut telah dijawab secara teliti dan terperinci untuk mengurangkan
kekeliruan yang dialami sepanjang penggunaan sistem ini. Pada hari terakhir pula, satu
ujian telah dijalankan untuk mengasah balik apa yang telah dipelajari sepanjang minggu
tersebut. Dengan itu, kursus tersebut ditamatkan dengan jayanya.
Sejarah SIAP…
Sistem SIAP ini telah diwujudkan sejak
tahun 1997 yang dinamakan Trident. Ia
merupakan sistem online pergigian
yang pertama diwujudkan di seluruh
Malaysia. Setelah beberapa siri
peningkatan taraf dan
penyelenggaraan oleh syarikat BIT
Group Sdn Bhd, ia kini mempunyai
aplikasi-aplikasi yang tersendiri di
mana informasi setiap pegawai dan
anggota dapat diintegrasikan dengan
HRMIS, MLHR dan juga antara aplikasi SIAP sesama sendiri. Sistem ini juga
mempunyai aplikasi di mana dokumen-dokumen terkini boleh disimpan secara
IKHTIAR TETAP ADA
49
persendirian atau boleh disimpan untuk pengaksesan yang lain. Perkara-perkara
tersebut merupakan beberapa pencapaian PPATM dalam bidang informasi teknologi
ini.
Sistem ini masih dalam proses pembaikan dan pemulihan. Senggaraan sistem ini akan
dilakukan mengikut peringkat untuk memudahkan lagi penggunaan aplikasi-aplikasi
baru yang telah diwujudkan. Sistem SIAP ini boleh mendatangkan banyak kebaikan
kepada semua warga PPATM pada masa yang akan datang, secara tidak langsung
mengundang ke arah masa hadapan “GO GREEN, GO PAPERLESS”.
IKHTIAR TETAP ADA
50
IKHTIAR TETAP ADA