The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Wei Wern Chew, 2020-12-22 11:50:09

eBuletin PPATM 2020

eBuletin PPATM 2020

51

Kursus Pegawai Ikhtisas KKD Siri 90/2020

Oleh: Lt M (Dr) Ahmad Hazim bin Nazri
Pada 14 September 2020 hingga 25 Oktober 2020, Kursus Pegawai Ikhtisas KKD Siri
90/2020 telah berlangsung di Institut Latihan Kesihatan Angkatan Tentera (INSAN),
KemTerendak Melaka. Seramai 33 orang penuntut telah terpilih untuk menghadiri
kursus. Pecahan penuntut terdiri daripada 24 Pegawai Perubatan, tiga Pegawai
Pergigian, seorang Pegawai Farmasi dan lima Pegawai Tugas Am.
Majoriti penuntut kursus ini telah menjalani latihan ketenteraan di Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia (UPNM) dan juga di AkademiTentera Darat (ATD). Hal ini memberi
cabaran kepada saya untuk menyesuaikan diri dengan penuntut lain yang mempunyai
latihan asas ketenteraan. Saya menyedari bahawa banyak perkara yang perlu saya
pelajari daripada para penuntut yang lebih berpengalaman terutamanya dari segi aspek
rejimental. Suasana kursus semasa negara berhadapan dengan ancaman Pandemik
Covid-19 turut memberi pengalaman baru kepada saya dan penuntut-penuntut lain.

IKHTIAR TETAP ADA

52

Sepanjang kursus berlangsung,

penuntut telah banyak mempelajari

tentang sistem pentadbiran dalam

Perkhidmatan Kesihatan Angkatan

Tentera (PKAT). Penuntut turut

didedahkan tentang peranan PKAT

semasa peperangan yang

menjelaskan tentang aturgerak

Batalion Perubatan ketika peperangan

yang merangkumi 4 tahap penjagaan

kesihatan kepada anggota tentera

yang terlibat dengan peperangan.

Kursus ini turut menerapkan aspek disiplin sebagai seorang pegawai yang penuh
dengan nilai regimental. Kami telah dilatih untuk hidup secara berkumpulan dan
membuang sikap mementingkan diri sendiri. Selain itu, kursus ini turut menerapkan
latihan fizikal dan jasmani bagi mengekalkan kecergasan sebagai seorang pegawai
tentera. Saya secara individu berasa amat teruja mengikuti latihan fizikal dan jasmani
yang dilaksanakan terutamanya latihan dan ujian berjalan laju sejauh 12 Kilometer.
Aktiviti seperti ini menguji tahap kerjasama sepasukan antara penuntut-penuntut
kursus. Kami juga diarahkan untuk berbaris pada Jam 0630 setiap hari untuk latihan
fizikal sebelum ke kelas akademik.

Selama empat hari, semua penuntut kursus telah menyertai Kursus Jurulatih Asas

Pertolongan Cemas dan Kursus Asas Bantuan Trauma. Kami didedahkan tentang cara-

cara melaksanakan pertolongan cemas bagi pesakit yang mengalami serangan jantung,

tercekik dan juga lemas.

Selain itu, kursus ini

turut mendedahkan

tentang cara-cara

menyelamatkan kasualti

semasa peperangan

mengikut jenis

kecederaan dan

keutamaan. Kami turut

diberi ujian secara teori

dan pratikal bagi kedua-

dua kursus ini.

IKHTIAR TETAP ADA

53

Di samping itu, setiap penuntut ditugaskan untuk menyiapkan penulisan Kertas Koman
berdasarkan tajuk yang diberikan iaitu berkaitan dengan isu perubatan ketenteraan.
Saya sebagai Pegawai Pergigian, telah diberikan tajuk ‘Peranan Perkhidmatan
Pergigian Semasa Operasi’. Bagi saya tajuk ini menarik untuk dikupas dan merupakan
satu ilmu yang baru untuk saya pelajari. Setiap penuntut turut dikehendaki untuk
membentangkan tajuk Kertas Koman masing-masing kepada para juri yang turut
dihadiri oleh Komandan INSAN, Kolonel (Dr) Mohd Izwan bin Hussin.
Majlis penutup kursus ini dihadiri oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan
KesihatanAngkatanTentera, Leftenan Jeneral Dato Pahlawan (Dr) Hj Md Amin Bin
Muslan. Beliau telah menyaksikan persembahan simulasi peperangan di mana
penuntut menyelamat kasualti yang tercedera semasa peperangan, beliau telah memuji
tahap kesiapsiagaan yang telah ditunjuk oleh semua penuntut.
Secara keseluruhan, Kursus Pegawai Ikhtisasa KKD Siri 90/2020 merupakan satu
pengalaman yang amat bermakna dan telah banyak memberi pengajaran kepada
semua penuntut untuk digunakan sebagai seorang Pegawai Muda KKD.

IKHTIAR TETAP ADA

54
IKHTIAR TETAP ADA

55

Kursus Penyelia KKD Siri 8/2020

Oleh : Koperal Sri Abd Manan bin Misran
(Penuntut Keseluruhan Terbaik Kursus Penyelia KKD Siri 8/2020)

Kursus Penyelia Kor Kesihatan Diraja Siri 8/2020 telah dijalankan pada 14
September 2020 sehingga 18 Oktober 2020 dengan seramai 66 orang penuntut
daripada pelbagai tred dan pasukan
di Institut Latihan Kesihatan
(INSAN) AT, Kem Terendak
Melaka. Kursus ini dilaksanakan
selama 4 minggu dan diberikan
pelajaran dan penekanan terhadap
mental dan fizikal. Selain itu
penuntut diuji pelbagai bentuk
latihan intensif yang merangkumi
pembelajaran secara syarahan dan
praktikal berkenaan aspek
pentabiran perubatan, pentadbiran
logistik, pengurusan sumber
manusia dan aspek rejimental

IKHTIAR TETAP ADA

56

seperti kawad kaki, kawad tongkat ordeli, kawad senjata Colt M4 dan kawad senjata
Colt M16.

Antara aspek-aspek yang mendorong kejayaan saya adalah percaya, tumpuan,
pergaulan, hubungan baik dengan jurulatih, istiqamah, sanggup bekorban dan akhir
sekali, agama.

Saya percaya pada diri sendiri bahawa saya
boleh melaksanakan tugasan dan arahan yang telah
disampaikan oleh jurulatih. Dan saya juga
meletakkan kepercayaan yang ada pada seseorang
itu untuk menerima tugasan dan arahan yang saya
sampaikan. Dan saya tidak pernah ragu-ragu
dengan kemampuan saya mahupun setiap rakan-
rakan saya semasa melakukan apa sahaja dan
sanggup bekorban untuk berjaya. Dengan percaya
itu, saya menganggap bahawa apa sahaja akan
dapat mencapai visi dan misi dalam kehidupan
mahupun kursus.

Dalam kursus yang saya hadiri ini, saya
memberikan tumpuan yang tinggi. Setiap pelajaran
yang disampaikan oleh jurulatih saya akan
menumpukan perhatian dan mendengar dengan
sebaik mungkin. Saya memberi fokus yang tinggi pada setiap perkataan dan pelajaran
yang jurulatih sampaikan.

Dalam pergaulan saya dan penuntut yang lain tiada masalah dan sentiasa memberi
dan menerima segala idea dan nasihat secara berbincang berkumpulan. Dengan cara
itu saya berpendapat yang kami boleh bekerjasama dalam satu kumpulan.
Alhamdulillah hubungan baik saya dan rakan-rakan kursus membuatkan saya lebih
rasa bersemangat dan melicinkan perjalanan kursus.

Seterusnya hubungan baik dengan jurulatih amat-amatlah penting. Ini kerana
tugasan dan arahan yang disampaikan lebih faham dan mengikut kehendak JL. Pada
saya kita tidak perlu segan atau takut pada seseorang jurulatih. Sesuatu ilmu yang kita
mahukan perlulah berusaha dengan cara mendekati Jurulatih. Dengan kata lain “Bukan
Senang Nak Senang, Bukan Susah Nak Susah”. Ini lah resepi yang berkesan pada
saya kerana impaknya sangat besar.

Dalam ape jua saya laksanakan saya sentiasa istiqamah atau konsisten. Walaupun
saya buat sedikit tetapi berterusan seperti berbaris mengikut masa ditetapkan,
kebersihan kawasan, kebersihan diri dan disiplin diri. Seperti mana yang telah RSM

IKHTIAR TETAP ADA

57

KOR KKD selalu sebut “fokus”. Dengan itu saya focus dengan istiqamah yang saya
lakukan.
Selain itu saya sanggup bekorban apa jua sekalipun untuk saya Berjaya di dalam

kursus ini contohnya bersengkang mata, tahan
lapar, berjauhan dengan anak dan isteri dan
meletakkan komitmen diri sendiri sebagai
kepentingan nombor dua. Manakala di dalam
kursus adalah kepentingan nombor satu. Dengan
cogan kata 10 Bgd Para “Tiada Misi Terlalu Sukar,
Tiada Pengorbanan Terlalu Besar”.
Terakhir sekali adalah agama. Sesibuk mana
skalipun saya akan luangkan masa utk
menunaikan kewajipan saya sebagai seorang
muslim dan melaksanakan kehendak dalam
agama islam. Dengan itu saya sntiasa berdoa dan
mohon kepada Allah SWT supaya cita-cita saya
untuk Berjaya dimakbulkan. Semuanya dari Nya.
Alhamdulillah segala usaha dan doa saya telah pun saya kecapi kini saya mendapat
Anugerah Penuntut Keseluruhan Terbaik, manakala rakan seperjuangan Koperal
Muhamad Fahmi bin Amran telah mendapat Anugerah Penuntu Akademok Terbaik
dalam Kursus Penyelia Kor Kesihatan Diraja Siri 8/2020 ini.

“KHIDMAT DIUTAMAKAN”

IKHTIAR TETAP ADA

58

Koperal Muhamad Fahmi bin Amran
Menerima Anugerah Penuntut
Akademik Terbaik Kursus Penyelia
KKD Siri 8/2020

IKHTIAR TETAP ADA

59
IKHTIAR TETAP ADA

60

Kursus Paramedik Kelas 1 Siri 88/2020

Oleh : Prebet Salnani binti Mohamed
(Penuntut Akademik Terbaik Kursus Paramedik Kelas 1 Siri 88/2020)

Kursus Paramedik Kelas 1 Siri 88/2020 telah dirasmikan oleh Komandan INSAN AT,
Kolonel (Dr) Mohd Izwan bin Hussin, bermula dari 13 Jul sehingga 01 Nov 2020.
Seramai 45 penuntut dari pelbagai unit telah hadir dan tiga penuntut adalah dari Pusat
Pergigian Angkatan Tentera (PPATM).

Kursus tersebut telah memberikan pendedahan kepada saya dan yang lain tentang
keadaan sebenar dalam mengendalikan kes-kes kecemasan, perubatan, pembedahan
dan dokumentasi perubatan. Walaupun saya adalah pembantu pergigian tetapi saya
rasa apa yang saya belajar sedikit sebanyak berkait dengan persekitaran kerja saya
seperti kawalan penyakit berjangkit yang saya boleh pratikkan di tempat saya bekerja.

Sepanjang tempoh empat bulan, saya diberikan kemudahan bantuan belajar yang baik
dari para pengajar dan menjalani latihan klinikal di HAT Tuanku mizan. Banyak ilmu
tentang kesihatan dan penyakit telah saya perolehi dengan baik. Selain dari ilmu
kesihatan, kami juga menjalani latihan fizikal setiap pagi sebelum bermula nya kelas.

Semasa di dalam kelas, saya memberikan tumpuan sepenuh kepada pengajar. Saya
tidak suka membuat nota tetapi saya suka membuat latihan soalan tentang tajuk apa

IKHTIAR TETAP ADA

61

yang saya pelajari pada minggu tersebut. Jika
tidak faham, saya akan rujuk soalan tersebut
kepada pengajar yang mengajar tajuk itu ataupun
saya bertanya kepada rakan sebilik yang
merupakan rakan sekelas saya juga. Saya
bukanlah seorang yang gemar membaca buku
sebenarnya. Jika mahu mengulang kaji, saya akan
meminta bantuan rakan saya untuk menyoal saya
dengan cara itu saya lebih mudah mengingati apa
yang saya belajar.
Penutup Kursus Paramedik Kelas 1 Siri 88/2020
telah dirasmikan pada 28 Ogos 2020, Saya sangat
bersyukur sekali dapat menjadi Penuntut
Akademik Terbaik. Bertemu dengan kawan-kawan
terbaik yang terpilih menjadi penuntut kursus yang
berasal dari pasukan yang berlainan adalah
sesuatu yang menyenangkan. Kami dapat saling
bertukar pengetahuan dan pengalaman yang kami
miliki dari kursus yang sebelumnya. Berasal dari
latar belakang pendidikan yang berbeza. Dari 45
penuntut yang ada, masing-masing memiliki
keunikan dan karakter yang berbeza-beza. Hal itulah yang menjadikan masa-masa
belajar begitu bersaing hebat serta sihat.

Demikianlah, kisah singkat tentang diri saya. Semoga melalui penulisan ini,
dapat menaikkan semangat para pembaca yang merasakan bahawakurang keyakinan
untuk berjaya. Ingat tanpa usaha, kita tidak akan berjaya.

“Khidmat diutamakan”

IKHTIAR TETAP ADA

62
IKHTIAR TETAP ADA

63

Program Jiwa Murni di
Kampung Orang Asli Sungai Kejar, Gerik

Oleh: PW II Munsi Fairus Khasbollah

Kuala Lumpur: Program Jiwa Murni (PJM) yang menyantuni masyarakat Orang Asli di
Kampung Orang Asli Sungai Kejar, Gerik, Perak telah diadakan pada 25 sept 2020.

Seramai 2 pegawai dan 3 anggota lain-lain pangkat PPATM terbabit dalam program
berkenaan yang turut disertai Cawangan Risik Markas 2 Briged, 4 Rejimen Sempadan
serta 621 Pusat Pergigian Angkatan Tentera (PGAT) yang merupakan anjuran
Cawangan Risik Markas 4 Division.

Pelbagai program dianjurkan termasuk
khidmat pemeriksaan kesihatan dan
pergigian, ceramah agama dan motivasi.
Tujuan pelaksanaan PJM ini adalah
untuk pelan tindakan 4 Divisyen bagi
memenuhi keperluan Tonggak Kelima
Perintah Ulung Panglima Tentera Darat
Ke-28.

IKHTIAR TETAP ADA

64
IKHTIAR TETAP ADA

65

Program Jiwa Murni Sempena
Hari Ulang Tahun Tentera Darat ke-87 – Peringkat Sabah

Oleh: Kapten (Dr) Chew Wei Wern
SABAH: Konvoi Kumpulan Tempur Tentera Darat (TDM) dengan 29 buah pelbagai
jenis kenderaan Tentera Darat telah dilaksanakan bertujuan mempamerkan
ketumbukan TDM di Sabah melalui jelajah “Battle Group” ke hampir semua bandar
utama di negeri Sabah, sempena sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Darat (HUTTD)
ke-87 yang akan diraikan pada 1 Mac setiap tahun. Pelbagai acara menarik telah
diadakan ketika persinggahan di setiap daerah berkenaan seperti pameran aset
ketenteraan, pengambilan perajurit muda, dan pertunjukan pancaragam.

Membawa tema “Tentera Darat
Bersama Rakyat Sedia Sebilang Masa”,
pelbagai acara menarik telah diatur dengan
pembabitan TDM bersama rakyat serta
pemimpin tertinggi negeri bermula pada 18 Jan
20 di Tawau, sehingga acara kemuncak pada 1
Mac 20 depan di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

IKHTIAR TETAP ADA

66

Program Jiwa Murni (PJM) telah berjaya
dilaksanakan di beberapa lokasi terpilih dengan
kerjasama anggota ATM khususnya Pasukan
Perkhidmatan Pergigian Angkatan Tentera
Malaysia (PPATM) dengan Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) di Tawau, Semporna,
Lahad Datu, Sandakan dan Kota Kinabalu.
Antara perkhidmatan pergigian yang disalurkan
kepada orang awam adalah pemeriksaan dan
rawatan pergigian, saringan kanser mulut,
ceramah kesihatan pergigian dan sebagainya.
Antara objektif PJM ini adalah untuk
menyebarkan kesedaran dan menperdalam
pengetahuan orang ramai mengenai kesihatan
mulut, kanser mulut dan cara pencegahannya.

IKHTIAR TETAP ADA

67
IKHTIAR TETAP ADA

68

Majlis Penutup Hari Kesihatan Pergigian Sedunia (WOHD) 2020

Oleh: Kapten (Dr) Chew Wei Wern
Kelana Jaya : Hari Kesihatan Pergigian Sedunia (WOHD) disambut setiap tahun pada
20 Mac. Ini adalah satu hari antarabangsa untuk meningkatkan kesedaran di seluruh
dunia mengenai isu-isu tentang kesihatan mulut dan kepentingan menjaga kebersihan
mulut untuk setiap lapisan rakyat di dunia ini.
Tahun ini beberapa rancangan WOHD 2020
tidak dapat direalisasikan disebabkan oleh
wabak COVD-19 yang melanda sedunia ini,
maka ia tidak menghalang Upacara Majlis
Penutup WOHD 2020 tetap disambut dengan
cara yang ringkas pada 19 September 20 di
Wisma Malaysian Dental Assocation (MDA).
Kehadiran PPATM telah diwakili oleh YBhg.
Brig. Jeneral Datin (Dr) Roza Anon bt
Mohamad Ramlee yang mewakili Pengarah

IKHTIAR TETAP ADA

69
Perkhidmatan Pergigian Angkatan Tentera Malaysia.
Majlis penutup yang diadakan secara ringkas di Wisma Persatuan Doktor Pergigian
Malaysia (MDA) itu boleh ditonton secara langsung melalui platform Facebook
Malaysian Dental Students Association. Sesi penyampaian hadiah untuk pemenang
pertandingan Fotografi WOHD 2020 juga telah dilaksanakan dan seorang pegawai
PPATM, Kapten (Dr) Chew Wei Wern telah mendapat tempat keempat dalam kategori
Dental practitioners and Graduates Awaiting Posting.
Antara aktiviti promosi dan kempen lain yang telah dilaksanakan sepanjang tahun ini
termasuk aktiviti promosi melalui radio, TV dan aktiviti kemasyarakatan di Projek
Perumahan Rakyat Tempatan, sesi webinar dan bengkel berkaitan kesihatan pergigian
sewaktu pandemik.
Adalah dijadikan harapan agar tema Hari Kesihatan Pergigian Sedunia pada tahun ini
iaitu ‘Say Ahh: Unite for Mouth Health’ dapat mencapai matlamat dan objektifnya dalam
menyampaikan kesedaran mengenai kepentingan kesihatan pergigian yang baik bukan
sahaja dalam kalangan anggota kesihatan pergigian malahan kepada seluruh rakyat
Malaysia.

Gambar pemenang Tempat Keempat dalam Pertandingan Fotografi WHO 2020

IKHTIAR TETAP ADA

70
IKHTIAR TETAP ADA

71

Pemeriksaan Dan Rawatan Berkala Di Istana Negara

Oleh: Kolonel (Dr) Ahmad Fahmi Mohamad Bustaman

Pada 3 Nov 2020, DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong Al Sultan
Abdullah Ri’ayatudin Al-Mustafa Billah Shah telah perkenan untuk menerima kunjungan
daripada Pasukan Rawatan Pergigian Perkhidmatan Pergigian ATM (PPATM) yang
telah diketuai oleh Mej Jen Dato’ (Dr) Mohd Ilham bin Hj Haron ke istana negara bagi
pemeriksaan dan rawatan pergigian berkala.

Pasukan yang terdiri daripada dua orang Pakar Pergigian Klinikal PPATM, seorang
Pembantu Pergigian dan seorang Juruteknologi Pergigian telah membuat pemeriksaan
dan rawatan pergigian di Klinik Pergigian di Istana Negara. Ia merupakan sesi berkala
yang telah dijadualkan oleh pihak Istana Negara. Klinik Pergigian di Istana Negara
dilengkapi dengan sebuah kerusi pergigian beserta X-ray merupakan sebahagian
daripada kemudahan yang telah disediakan di Istana Negara.

IKHTIAR TETAP ADA

72
Sesi pemeriksaan dan rawatan pergigian tersebut telah mengambil masa selama 45
minit. Selepas rawatan, DYMM Tuanku meluangkan masa untuk mendengar taklimat
rawatan pergigian serta pendidikan pergigian yang telah diberikan oleh Pakar Pergigian
Klinikal yang bertugas. Demonstrasi penjagaan pergigian menggunakan Disclosing
tablet juga telah dilakukan bagi memberikan penerangan yang lebih baik kepada DYMM
Tuanku. Baginda menzahirkan rasa puas hati kepada pemeriksaan dan rawatan yang
telah diterima.

IKHTIAR TETAP ADA

73
IKHTIAR TETAP ADA

Jasamu Dikenang 74

Coretan Mej (Dr) Muhammad Hilmi bin Mohd Ghazali (B)
Saya telah berkhidmat selama 10 tahun dalam PPATM dan tamat perkhidmatan secara
rasmi pada 2 Julai 20. Unit pertama saya adalah Elemen Pergigian Batalion Kedua
Perubatan, PU Butterworth (2010-2016). Seterusnya saya bertugas di bumi Lubnan
PBB - UNIFIL (2016-2017), 631 PGAT (ESSCOM) pada 2017-2018, dan akhir sekali di
622 PGAT Alor Setar pada 2019-2020.

Semasa berkhidmat, Yang Berbahagia
Pengarah PPATM selalu mengingatkan dan
menekankan perkara Gerak/Latih (Klinikal),
Pengurusan dan Lojistik (GAQ) dalam sistem
pengurusan klinik seharian. Perkara ini saya
adaptasikan ke dalam sistem pengurusan
klinik pergigian swasta setelah menceburkan
diri dalam bidang keusahawanan.

Saya sekarang berkerja di Klinik Pergigian
Prodenta, Pulau Pinang. Pelbagai
pengalaman telah saya tempuhi sepanjang 10 tahun perkhidmatan dalam PPATM, ada
yang manis, dan ada yang pahit. Walau bagaimanapun, pengalaman tersebut
mematangkan saya dalam mengharungi hidup sebagai seorang Pegawai Tentera dan
Doktor Pergigian. Yang penting terus berusaha dan jangan putus asa. Selamat maju
jaya kepada semua warga PPATM, terus relevan dan cemerlang khususnya dalam
perkhidmatan KKD dan menyumbang khidmat kepada ATM.

KHIDMAT DIUTAMAKAN – IKHTIAR TETAP ADA

IKHTIAR TETAP ADA

75

Coretan Mej (Dr) Siti Fairuz binti Ab Ghani (B)

Sekarang saya bekerja di klinik milik saya
sendiri iaitu Klinik Pergigian Kausar
Melaka. Alhamdulillah, sudah hampir dua
tahun beroperasi sejak 3 Januari 2019.
Memang berbeza sekarang semasa
membuat rawatan, terutamanya tiada lagi
uniform hijau! Hihi (just jokes!)

Kini, semua peraturan kerja dan hidup
perlu ditetapkan dan dipatuhi sendiri. Tiada
lagi arahan daripada pihak atasan.
Sekiranya tidak patuh dengan peraturan
sendiri, alamatnya terbabaslah dari
landasan. Yang paling penting, lepas
bersara semua keputusan dalam semua
perkara, kita yg tentukan sendiri.

Saya sangat merindui PPATM.
Terutamanya suasana kerja harian di
PGAT, staf yang bekerja bersama, aktiviti seperti jiwa murni, Eks Taring, aktiviti
bersama unit lain dalam kem seperti Pasak Bumi dan lain-lain. Kekadang apabila
teringat kenangan-kenangan tersebut, saya akan
ceritakan pada staf saya. Mereka seronok dengar
pengalaman saya semasa dalam tentera.

Akhir kata, bagi yang masih berkhidmat, teruskan
khidmat anda dengan sepenuh hati. Kerja yang kita buat
jika ikhlas dari hati, akan sampai ke hati juga. Jika ada
cita-cita lain atau perancangan lain pada masa hadapan,
perlu rancang sebaiknya, selidik, dan buat hingga
berjaya di samping doa dan usaha berterusan.
InsyaAllah di mana-mana pun boleh berjaya. Seperti
tagline PPATM:

IKHTIAR TETAP ADA
PPATM SENTIASA DIHATIKU

IKHTIAR TETAP ADA

76
Coretan Mej (Dr) Farha (B)
Saya ingin mengucapkan terima
kasih atas segala pengalaman dan
pengajaran yang telah saya kutip
sepanjang 10 tahun perkhidmatan
saya bersama PPATM.
Terima kasih kerana telah
mendidik saya menjadi seorang
insan yang mempunyai jati diri
yang tinggi dan mengajar saya
untuk menjadi pemimpin kepada
insan di sekeliling saya.

Coretan Mej (Dr) D’Noor Liyana binti Tajudin (B)
Saya kini bekerja di Klinik Pergigian Dr DNoor di
Pinggiran Batu Caves, Selangor.
Gembira dan syukur kerana pernah menjadi
sebahagian daripada warga Perkhidmatan Pergigian
Angkatan Tentera Malaysia (PPATM)
Semoga warga PPATM sentiasa diberikan kesihatan
yang baik dan PPATM terus cemerlang.

IKHTIAR TETAP ADA

77

Coretan Mej (Dr) Syakirah binti Abdul
Rahman (B)

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera..
Terima kasih tidak terhingga kepada semua
warga PPATM terutama sekali kepada
pegawai & anggota yang pernah bekerjasama
dengan saya di HTD Gemas, MALBATT 850-
2, INSAN AT & PGAT Terendak.
Semoga PPATM terus maju jaya.

PPATM tetap di hati.
Klinik Pergigian Nusrah Caw Batu
Berendam, Melaka
IG: @gigi.by.dr.shaky

IKHTIAR TETAP ADA

78

Coretan Mej (Dr) Ilain San Mohammad Drais (B)

Melalui peluang keemasaan ini, ingin saya merakamkan jutaan terima kasih dan
setinggi penghargaan kepada Bahagian Perkhidmatan Kesihatan khususnya PPATM
kerana memberi saya peluang untuk saya memulakan karier saya sebagai Pegawai
Pergigian, mematangkan saya serta membuka banyak peluang berharga dan
pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang 10 tahun perkhidmatan. Kini
permulaan saya untuk membantu lebih ramai masyarakat di luar ini serta dapat
mempelajari ilmu perniagaan sebagai ilmu yang baru di samping dapat memberi fokus
yang lebih kepada keluarga dan anak-anak.

IKHTIAR TETAP ADA

79
IKHTIAR TETAP ADA

80
IKHTIAR TETAP ADA

81
IKHTIAR TETAP ADA


Click to View FlipBook Version