The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohdamirnudin, 2021-02-08 00:43:02

BUKU PENGURUSAN SEPINTAR2021

BUKU PENGURUSAN SEPINTAR2021

Buku Pengurusan SBP Integrasi Rawang Tahun 2021
Lampiran 3

DASAR SOKONGAN KOKURIKULUM

DASAR SOKONGAN 1
“ Sekolah – sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini
hendaklah menggalakkan murid-muridnya mengambil bahagian dan membuat kerja – kerja amal
untuk masyarakat setempat, bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah, gerakerja –
gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai
bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian “
( Perkara 5.3 SPI Bil / 1985 KP ( BS ) 8591/Jld ( 929)
DASAR SOKONGAN 2
Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan
anggota masyarakat setempat.
( Rujuk Subperkara 4.2.1 dan subperkara 5.2 dalam SPI Bil 4 / 11985 KP 8591-11(32) bertajuk
“ Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat “)
DASAR SOKONGAN 3
Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid – murid bergiat dalam kegiatan Pasukan
Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah – sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru – guru
dan murid – murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan
kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi – agensi kerajaan atau pertubuhan
bukan kerajaan yang berdaftar.
( Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24 / 1998 )
DASAR SOKONGAN 4
Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan
pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan
penglibatan ibubapa yang berminat untuk menyertai lawatan – lawatan tersebut.
( Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 12 / 2000)

126

Buku Pengurusan SBP Integrasi Rawang Tahun 2021
Lampiran 3

DASAR SOKONGAN 5
Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan
bahawa murid – murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka
secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani.

( Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 18 / 2000)

DASAR SOKONGAN 6
Sekolah hendaklah memberikan penghargaan kepada guru-guru dan murid – murid atau orang
perseorangan ( atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing – masing dalam bidang
kokurikulum di sekolah ) Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan / kemenangan
semata – mata tetapi hendaklah juga diberi kepada murid – murid yang mempunyai sifat disiplin
yang baik.

( Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1 / 1985 )

DASAR SOKONGAN 7
Sekolah mewujudkan peluang kepada murid – murid mengembangkan bakat dan potensi diri
masing – masing dalam bidang kokurikulum yang mereka minati ke peringkat yang lebih
tinggi sehinggalah ke peringkat antarabangsa.
Murid – murid juga sebaik – baiknya diberi peluang memperagakan bakat dan kecemerlangan
masing – masing kepada masyarakat awam.

PENUTUP
Dasar- dasar Utama dan Dasar – dasar Sokongan Pelaksanaan Kokurikulum di sekolah
perlulah direalisasikan dalam kerangka Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Lebih banyak penunjuk yang kuantitatif perlu dirumuskan untuk menghasilkan suatu penanda
aras ( benchmarking ) bagi menentukan prestasi pelaksanaan kokurikulum yang lebih objektif
dan komprehensif.

127

Buku Pengurusan SBP Integrasi Rawang Tahun 2021
Lampiran 3

KETETAPAN KOKURIKULUM
SBP INTEGRASI RAWANG
2021

MUQADDIMAH

Dokumen perancangan aktiviti adalah amat penting dalam merancang perjalanan sesuatu unit.
Di dalamnya, terdapat perkara-perkara penting seperti ahli jawatankuasa, taqwim, sasaran dan
anggaran perbelanjaan. Tanpa perancangan, sesuatu unit itu tidak akan dapat berjalan dengan
sempurna.

Dalam usaha untuk menjadikan Sepintar sebagai sekolah yang cemerlang dari sudut
kokurikulum, Unit Kokurikulum sentiasa berusaha untuk menambah baik segala aktiviti berkaitan
kokurikulum. Oleh itu sebuah perancangan yang teliti amat perlu untuk merealisasikan harapan ini.
Perancangan yang hendak dibuat kena mengambil kira juga Perancangan Strategik Organisasi.
Perancangan yang telah dipersetujui bersama oleh panel pengurusan sekolah dan difahami oleh
setiap warga sekolah.

Sehubungan itu, Unit Kokurikulum di dalam menetapkan hala tuju Kokurikulum sekolah
ini, ia merujuk Aspirasi Murid Sepintar dan Rukun 15 SEPINTAR.( Rujuk lampiran ) . Di dalam
Rukun 15 SEPINTAR ia mengandungi ikrar untuk murid SEPINTAR merealisasikan aspirasi
sekolah dalam aspek Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum.

Adalah diharapkan semua yang dirancang ini akan dapat dilaksanakan dengan sempurna demi
merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Serta bakal melahirkan murid- murid Tahfiz
yang profesional, berjiwa keusahawanan dan pemimpin yang hebat di dalam bidang teknokrat
dan seumpamanya.

FALSAFAH

Kokurikulum di SEPINTAR adalah suatu usaha kolektif yang berterusan untuk melahirkan pelajar
yang berkeperibadian unggul “towering personality” serta menjadi insan, warganegara dan pemimpin
yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan agama, bangsa, negara dan dunia.

VISI

MENJANA KECEMERLANGAN KOKURIKULUM SBPI RAWANG AGAR DAPAT
BERSAING DI PERINGKAT KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA MENJELANG
2025

MISI

Menumpukan aktiviti Kokurikulum dengan memenuhi 5 bidang iaitu:

1. Perancangan Yang Menyeluruh
2. Kepimpinan Guru dan Murid Yang Cemerlang
3. Kemahiran Yang Tinggi Dalam Sukan Sunnah
4. Infrastruktur Yang Cemerlang
5. Pelaporan dan Dokumentasi

128

Buku Pengurusan SBP Integrasi Rawang Tahun 2021
Lampiran 3

BIDANG KEBERHASILAN YANG DIKEHENDAKI

a. Memantapkan kemahiran berkomunikasi dan keyakinan bercakap di khalayak ramai melalui
aktiviti-aktiviti bahas, debat, syarahan, sudut pidato, pembentangan hasil kerja dan
seumpamanya.

b. Mamantapkan keupayaan membuat kerja, dan menyelesaikan masalah melalui aktiviti-aktiviti
luaran anjuran persatuan dan unit beruniform seperti perkhemahan serta program-program
keceriaan

c. Menyemai bakat kepimpinan pelajar dengan cara melibatkan mereka semaksima mungkin dalam
pengurusan aktiviti kelab dan persatuan dan guru lebih bertindak sebagai fasilitator dan penasihat.

d. Memupuk semangat juang dan tidak mudah mengalah melalui aktiviti sukan dan permainan.
e. Menanam budaya berdisiplin dan berakhlak melalui aktiviti-aktiviti Badan Beruniform.
f. Menanamkan budaya suka menyumbang khidmat bakti kepada ahli masyarakat melalui

aktiviti kokurikulum.
g. Menonjolkan gaya kepemimpinan murid dan ketrampilan diri dalam rutin kehidupan murid

di sekolah atau di luar sekolah.
h. Menggalakkan murid memiliki jiwa keusahawan dan kesukarelawan.
i. Memberikan peluang untuk murid bersaing dalam pertandingan peringkat Kebangsaan dan

Antarabangsa.
j. Menggalakkan murid mempunyai kemahiran asas memanah, berkuda dan berenang yang

merupakan antara Sukan Sunnah Rasullullah saw.
k. Memastikan pencapaian keseluruhan GPS Kokurikulum di bawah GPS 2.00 setiap tahun

di dalam sistem PAJSK ( Penilaian Aktiviti Jasmani Sukan Kokurikulum ).

MASA PERLAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM

1. Peringkat Sekolah : Setiap Hari Rabu, Jam 3.15 Hingga 5.00 Petang

2. Perlaksaaan Aktiviti Kelab / Persatuan, Kelab Permainan, Badan Beruniform : Aktiviti Unit-
Unit ini diselang-selikan mengikut taqwim sekolah (rujuk taqwim sekolah).

3. Peringkat Daerah Gombak (MSSDG), Negeri Selangor (MSSS), SBP Zon Tengah, SBP
Kebangsaan dan MSSM (Kebangsaan) adalah mengikut Surat Arahan Semasa.

129

Buku Pengurusan SBP Integrasi Rawang Tahun 2021
Lampiran 3

PERJUMPAAN KOKURIKULUM
1. Perjumpaan Unit Uniform, Kelab Persatuan dan Sukan & Permainan adalah sebanyak 12
kali pada setiap hari Rabu. ( Rujuk Takwim Tahunan Sekolah).

2. Semua guru penasihat setiap unit DIWAJIBKAN hadir dalam setiap sesi perjumpaan
yang diadakan bagi memantau aktiviti murid dan Guru Penasihat perlu menandatangani
Buku Rekod Kehadiran yang telah disediakan.

3. Tempat perjumpaan bergantung kepada Guru Penasihat mengikut kesesuaian aktiviti.
Guru Penasihat perlu memaklumkan perubahan tempat perjumpaan kepada guru bertugas
/ Penyelaras Unit untuk diumumkan kepada murid dalam Perhimpunan Kokurikulum.

4. Setiap perjumpaan perlu direkodkan dalam fail unit masing – masing secara bertaip.
Laporan hendaklah lengkap dengan gambar sebagai bukti.

PELAPORAN KOKURIKULUM

1. Guru Penasihat , Guru Pengiring serta Pengurus Pasukan perlu menyediakan laporan
aktiviti selepas pulang daripada pertandingan atau aktiviti yang disertai.

2. Laporan aktiviti yang perlu dilaporkan bukan pertandingan semata – mata tetapi
termasuk program , lawatan , kursus dan sebagainya.

3. Guru Penasihat , Guru Pengiring dan Pengurus Pasukan perlu menyediakan laporan
dengan menggunakan format pelaporan yang ditetapkan seperti dalam bentuk online ,
softcopy dan hardcopy serta dengan gambar, salinan sijil dan surat menyurat yang
berkaitan.

4. Pelaporan hendaklah dihantar dalam tempoh seminggu selepas menyertai program /
aktiviti untuk diserahkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum, Penyelaras Unit Uniform
/ Penyelaras Sukan Permainan / Penyelaras Kelab Persatuan.

PEMANTAUAN AKTIVITI
1. Pemantauan akan dilakukan sepanjang aktiviti kokurikulum berlangsung. Pegawai
pemantau akan ditentukan mengikut jadual dan mengikut giliran.

2. Pegawai pemantau juga perlu membuat laporan pemantauan dan diserahkan kepada SU
Kokurikulum.
130

Buku Pengurusan SBP Integrasi Rawang Tahun 2021
Lampiran 3

PERUNTUKAN KOKURIKULUM
1. PCG Kokurikulum
2. Tabung PIBG
3. Waran Khas Kementerian Pelajaran Malaysia
4. Penajaan dari Syarikat Swasta dan orang perseorangan

Pemberian wang saku pelajar sewaktu mewakili sekolah adalah seperti berikut:
1. Peringkat Daerah : RM3.00 Seorang
2. Peringkat Negeri, SBP Zon Tengah : RM5.00 Seorang
3. Peringkat Kebangsaan (SBP, MSSM) : RM10.00 Seorang

SENARAI TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA KOKURIKULUM

PENOLONG • Menentukan objektif gerakerja kokurikulum tercapai.
KANAN • Bertanggungjawab dalam pelaksanaan dasar gerak kerja
KOKURIKULUM
kokurikulum.
• Merancang aktiviti kokurikulum sekolah – jangka pendek &

panjang.
• Mengadakan mesyuarat sekurang – kurangnya 4 kali setahun.
• Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.
• Menentukan takwim dan jadual aktiviti.

• Memastikan penglibatan murid menyeluruh.
• Memastikan sekolah megambil bahagian dalam kegiatan

kokurikulum peringkat Daerah , Negeri . Kebangsaan ,
Antarabangsa.
• Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum.
• Menentukan tarikh Temasya Sukan Sekolah, Merentas Desa,
Hari Kualiti dan kegiatan lain.
• Menyelaras dan meluluskan program tahunan setiap unit
kokurikulum.
• Memastikan setiap unit kokurikulum berjalan dengan lancar,
berterusan dan berkesan.
• Menyelesaikan masalah berkaitan aktiviti kokurikulum.
• Menyelaras peruntukan kewangan untuk aktiviti kokurikulum.
• Memantau urusan kewangan bagi wang yang dikutip daripada
para pelajar.
• Menerima laporan stok dan inventori peralatan kokurikulum.

131

Buku Pengurusan SBP Integrasi Rawang Tahun 2021
Lampiran 3

PENGURUSAN • Menerima laporan kegiatan unit kokurikulum pada akhir tahun
daripada s/u kokurikulum, s/u sukan dan penyelaras-penyelaras
PENGURUSAN unit.
SUKAN &
PERMAINAN • Memutuskan pengurniaan sijil dan penghargaan kepada pelajar
yang mencapai taraf kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum.

• Memastikan semua kegiatan kokurikulum direkodkan dalam fail
unit masing-masing di pejabat.

• Memastikan semua kegiatan kokurikulum berjalan mengikut
prosedur yang betul.

• Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.
• Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit

dilaksanakan di sekolah.

• Mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang
kokurikulum.

• Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum.
• Menentukan langkah keselamatan dalam setiap aktiviti

kokurikulum telah diambil.
• Membantu dan mengurus segala penerbitan majalah / artikel

sekolah.
• Menyelaras pembahagian murid dalam kumpulan / rumah dan

meningkatkan pencapaian prestasi aktiviti setiap rumah sukan.
• Mengurus dan menyelia peralatan dan kemudahan

kokurikulum.
• Memastikan rekod – rekod dan data kokurikulum diselenggara

dengan baik.
• Mengenalpasti guru / murid yang berpotensi untuk maju

mengadakan program khas untuk mereka.
• Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan

kewangan yang akan digunakan.
• Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan

murid yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam
bidang masing – masing.
• Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan
sukan dan permainan di semua peringkat.
• Membantu merancang takwim sukan dan permainan.
• Menguruskan pemilihan peserta sukan untuk elit bagi
mewakili sekolah.
• Mengawal dan menilai setiap kegiatan sukan permainan
supaya mencapai matlamatnya.
• Menyelaras dan menyelia aktiviti – aktiviti persatuan dan
kelab yang bercorak akademik.
• Memastikan pelaksanaan program kelab / persatuan berjalan
mengikut jadual.

132

Buku Pengurusan SBP Integrasi Rawang Tahun 2021
Lampiran 3

PENGURUSAN • Merancang strategi penglibatan kelab / persatuan di peringkat
KELAB / daerah, zon SBP, Negeri, Kebangsaan dan antarabangsa.
PERSATUAN
PENGURUSAN • Memastikan semua guru Penasihat menyediakan Rancangan
BADAN Aktiviti Tahunan unit masing – masing.
BERUNIFORM
• Memastikan Guru Penasihat melengkapkan data PAJSK setiap
SETIAUSAHA murid yang mewakili unit kelab / persatuan.
KOKURIKULUM
• Mengawal dan menilai setiap kegiatan kelab persatuan
SETIAUSAHA supaya mencapai matlamatnya.
SUKAN
• Merancang strategi penglibatan unit beruniform sekolah di
peringkat daerah, Zon SBP, Negeri, Kebangsaan dan
Antarabangsa

• Menyelaras pelaksanaan program unit beruniform berjalan
mengikut jadual.

• Memastikan pelaksanaan program unit beruniform berjalan
mengikut jadual.

• Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
• Membantu pengetua dan PK Kokurikulum dalam pengagihan

tugas kepada guru-guru terutamanya perancangan, pelaksanaan
dan penilaian pelajar.
• Memastikan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti
kokurikulum dipatuhi.
• Memastikan aktiviti kokurikulum berjalan mengikut prosedur.
• Memastikan rekod dan data diselenggara dengan baik dan
lengkap.
• Memastikan borang-borang berkaitan kokurikulum cukup untuk
kegunaan unit kokurikulum.
• Mengenalpasti murid dan guru yang berpotensi dalam aktiviti
kokurikulum dan mengenengahkan mereka ke peringkat yang
lebih tinggi.
• Mendapatkan data mengenai pertandingan-pertandingan yang
boleh disertai oleh pelajar sama ada program tajaan PPD, JPN,
SBP, Unit Sekolah KPM, dan badan-badan lain terutamanya
acara-acara antarabangsa.
• Melengkapkan pelaporan PAJSK , menghantar data dan
membuat dokumentasi.

• Menyelaras aktiviti sukan sekolah.
• Menyediakan taqwim dan aktiviti sukan yang sesuai dengan

aktiviti MSSD / MSSN / MSSM / SBP.
• Membuat perancangan, kertas kerja sukan tahunan sekolah,

melaksanankan seterusnya membuat pelaporan kepada PK
Kokurikulum.
• Menyelia padang dan gelanggang sekolah.

133

Buku Pengurusan SBP Integrasi Rawang Tahun 2021
Lampiran 3

KETUA RUMAH • Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti sukan
SUKAN / dan permainan, khususnya yang melibatkan sukan tahunan
PENOLONG sekolah dan membawa pelajar wakil sekolah.
KETUA RUMAH
SUKAN • Menyelaras penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan dan
permainan luar sekolah.

• Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan
sekolah.

• Memastikan semua peraturan keselamatan berkaitan pelajar
dipatuhi semasa aktiviti sukan dan permainan.

• Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori
peralatan sukan dan permainan sekolah.

• Menjaga setor sukan.

• Menyediakan peraturan dan prosedur penggunaan peralatan
sukan sekolah.

• Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan
sekolah dan luar sekolah untuk dokumentasi dan rekod.

• Sentiasa berbincang dengan pengetua dan PK Kokurikulum
untuk kepentingan sukan sekolah.

• Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah
dalam Buku Rekod Pencapaian Sukan Sekolah.

• Menghadiri kursus peningkatan profesioanalisme dari semasa ke
semasa.

• Membantu Pengetua mengagihkan tugas guru dalam olahraga
dan permainan.

• Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan
oleh Pengetua dan PK Kokurikulum.

• Memastikan adanya senarai lengkap ahli rumah sukan daripada
kalangan guru dan pelajar.

• Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan.

• Membentuk jawatankuasa rumah dikalangan pelajar yang
meliputi olahraga dan permainan.

• Menentukan guru rumah untuk menjadi pengadil dalam
pertandingan peringkat sekolah.

• Memastikan laporan aktiviti serta pencapaian pelajar disediakan
dengan lengkap dan menyerahkannya dari semasa-ke semasa
kepada penyelaras Sistem Rumah.

• Memastikan sentiasa dikemaskini data penyertaan , pencapaian
dan penglibatan murid ahli rumah di dalam Sistem Rumah
ISIS.

• Menyuburkan semangat rumah dan semangat kepunyaan
rumah kepada guru penasihat dan ahli rumah dalam semua
aspek kemenjadian murid.

• Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan
oleh Pengetua dan PK Kokurikulum.

134

Buku Pengurusan SBP Integrasi Rawang Tahun 2021
Lampiran 3

GURU RUMAH • Mengurus latihan rumah sukan pada hari-hari yang ditetapkan.
SUKAN
• Hadir pada waktu latihan rumah sukan.
PENYELARAS
PERSATUAN & • Memilih dan melatih pasukan rumah sukan untuk pertandingan
KELAB / UNIT peringkat sekolah.
BERUNIFORM /
SUKAN & • Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil
PERMAINAN sekolah kepada s/u sukan.

• Merekodkan kehadiran pelajar dan mengambil tindakan terhadap
pelajar yang tidak hadir.

• Mengawasi keselamatan pelajar semasa latihan.

• Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.

• Sentiasa berbincang dengan ketua rumah sukan untuk
meningkatkan prestasi rumah sukan.

• Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan
oleh Pengetua dan PK Kokurikulum.

• Memasukkan data pencapaian murid / ahli rumah ke dalam
Sistem Rumah dalam ISIS.

• Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan / unit beruniform /
kelab sukan.

• Merekod setiap kehadiran Guru Penasihat ketika perjumpaan
unit diadakan.

• Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.

• Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.

• Memastikan aktiviti, suarat menyurat, minit mesyuarat, laporan,
rekod dan data difailkan dengan baik dan sempurna.

• Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan
setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan.

• Memastikan semua unit mendapat buku kokurikulum dan
mengisinya dengan lengkap.

• Mengumpul buku kokurikulum 2 kali setahun untuk semakan s/u
kokurikulum dan PK Kokurikulum.

• Membuat laporan tahunan keseluruhan aktiviti dan pencapaian
kokurikulum mengikut unit dan pelajar.

• Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan
oleh Pengetua dan PK Kokurikulum.

• Menyediakan borang kebenaran ibubapa / penjaga untuk murid
memasuki persatuan / kelab/ unit uniform.

• Menentukan aktiviti, surat menyurat dan minit Mesyuarat
Agung direkodkan dan difailkan.

• Memastikan Peraturan Perlembagaan dan Minit Mesyuarat
Agung direkodkan dan difailkan.

• Menyediakan borang / buku yang diperlukan untuk aktiviti.

• Mengagihkan Kad Kokurikulum kepada guru untuk diedarkan
kepada semua murid.

• Memantau dan menyelia kemasukan data ke dalam sistem
PAJSK online.

135

Buku Pengurusan SBP Integrasi Rawang Tahun 2021
Lampiran 3

• Mengumpulkan Rancangan Aktiviti Tahunan pada awal tahun

untuk edaran, rujukan dan rekod membuat Laporan Tahunan

Keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian Kokurikulum

sekolah.

• Menyediakan rumusan laporan aktiviti sepanjang tahun unit

seliaan masing – masing dan cadangan penambahbaikan yang

perlu dilakukan.

• Memastikan mesyuarat agung dijalankan untuk melantik AJK.

• Memastikan AJK tertinggi menghadiri bengkel kepimpinan unit

kokurikulum pada setiap awal tahun.

GURU • Memastikan buku kokurikulum dilengkapkan.
PENASIHAT
• Memastikan aktiviti persatuan selaras dengan objektif
sekolah.

• Memastikan adanya peraturan / perlembagaan.

(sila rujuk BAB (12) • Memastikan rekod yuran dan kehadiran pelajar sempurna.
• Membantu merancang aktivit tahunan unit.
Tanggungjawab
• Memastikan semua rekod kewangan (perolehan dan
Jawatankuasa dalam perbelanjaan) direkodkan dengan sempurna.
Undang-undang • Memastikan semua prosedur kokurikulum dipatuhi.
Tubuh Persatuan) • Mengiringi pelajar dalam rombongan.

• Memastikan keselamatan pelajar semasa aktiviti.

• Mengiringi / bersama dengan pelajar di dalam kenderaan yang

membawa pelajar untuk menyertai sebarang aktiviti

kokurikulum

• Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang

ditetapkan.

• Memastikan minit mesyuarat dan laporan kegiatan disediakan

dan difailkan.

• Menguruskan surat menyurat dan segala keperluan untuk

kegiatan luar sekolah.

• Menentukan papan kenyataan digunakan sepenuhnya.

• Memastikan tiada unsur subversif tersebar / disebarkan di

kalangan ahli.

• Mencadangkan nama ahli – ahli yang layak menerima Sijil

Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum.

• Melaporkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum tentang

perkembangan persatuan / kelab / unit uniform.

• Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan

oleh Pengetua dan PK Kokurikulum.

• Membentuk Jawatankuasa

• Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat

murid dalam permainan.

• Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang

pakar.

136

Buku Pengurusan SBP Integrasi Rawang Tahun 2021
Lampiran 3

GURU • Memastikan undang – undang permainan dan perlawanan

PERMAINAN dipatuhi.

• Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan

takwim kokurikulum sekolah.

• Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan / Kelas /

Tingkatan / Sekolah

• Menguruskan pengankutan untuk pasukan sekolah ke

pertandingan luar sekolah.

• Memastikan guru sentiasa bersama pelajar di dalam kenderaan

yang membawa pelajar ke lokasi pertandingan.

• Melaporkan dan merekodkan keputusan -keputusan

pertandingan yang disertai.

• Menguruskan surat kebenaran ibubapa / penjaga untuk

pertandingan yang disertai.

• Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan

pengurusan.

• Menyemai semangat kesukanan di kalangan murid.

• Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa

dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi untuk digunakan.

• Merancang aktiviti tahunan dengan Guru Rumah Sukan.

• Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah –

langkah untuk mempertingkatkannya.

• Merekod nama – nama pemain dan pasukan yang cemerlang

( Johan Daerah / Negeri / wakil Daerah / Negeri dan Negara.

• Menjalankan tugasan lain yang diarahkan oleh Pengetua /

Penolong Kanan Kokurikulum dari semasa ke semasa.

• Menentukan objektif sukan sekolah tercapai.

• Merancang aktiviti sukan sekolah jangka pendek / panjang.

• Mengenalpasti TOV ( take of value ) dan merancangkan

aktiviti sukan.

• Merancang strategi peningkatan dan penglibatan dalam sukan.
JAWATANKUASA • Menggunakan sepenuhnya kepakaran dalam bidang sukan
MAJLIS SUKAN
yang ada di sekolah.
SEKOLAH
• Meningkatkan kemahiran guru melalui klinik sukan.

• Menambahkan kepakaran untuk peningkatan sukan sekolah

melalui kursus dalaman / luaran.

• Memastikan adanya peraturan berkaitan dengan aktiviti

sekolah bagi menjamin keselamatan, kelancaran dan kelicinan

pelaksanaan.

PENGERUSI & • Menghadiri bengkel kepimpinan kokurikulum.

NAIB • Membuat perancangan aktiviti tahunan unit dengan lengkap.

PENGERUSI • Mengisi buku kokurikulum dengan lengkap.

(PELAJAR) • Memastikan rekod ahli, no KP, yuran dan kehadiran lengkap.

137

Buku Pengurusan SBP Integrasi Rawang Tahun 2021
Lampiran 3

(sila rujuk BAB (12) • Menetapkan AJK pelaksana untuk setiap program yang

Tanggungjawab dirancang di kalangan ahli.

Jawatankuasa dalam • Membuat laporan bagi setiap aktiviti yang dijalankan.

Undang-undang • Sentiasa berbincang dengan guru penasihat untuk meningkatkan

Tubuh Persatuan) keberkesanan unit.
• Menjalankan aktiviti mengikut prosedur yang ditetapkan.

• Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan

oleh Pengetua dan PK Kokurikulum dan guru penasihat.

SETIAUSAHA • Membantu pengerusi dan naib pengerusi merancang, melaksana

(sila rujuk BAB (12) • dan melaporkan aktiviti.
Tanggungjawab • Menyediakan surat menyurat bagi aktiviti yang dijalankan.
Jawatankuasa dalam • Mencatat minit semasa mesyuarat.
Undang-undang • Memastikan semua rekod lengkap dalam buku kokurikulum.
Tubuh Persatuan) Sentiasa berbincang dengan guru penasihat untuk meningkatkan
keberkesanan unit.

• Menjalankan aktiviti mengikut prosedur yang ditetapkan.

• Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan

oleh Pengetua dan PK Kokurikulum dan guru penasihat.

BENDAHARI • Membuat kutipan derma unit daripada pelajar.

• Membuat belanjawan bagi aktivit yang dijalankan.

• Mengesyorkan sumber kewangan untuk aktivit yang ingin

(sila rujuk BAB (12) dijalankan.

Tanggungjawab • Merekodkan keluar masuk wang semasa setiap aktiviti.

Jawatankuasa dalam • Menyediakan laporan kewangan tahunan dengan lengkap dalam
buku kokurikulum.
Undang-undang
• Sentiasa berbincang dengan guru penasihat untuk meningkatkan
Tubuh Persatuan) keberkesanan unit.

• Menjalankan aktiviti mengikut prosedur yang ditetapkan.

• Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan

oleh Pengetua dan PK Kokurikulum dan guru penasihat.

AJK • Membantu pengerusi dan naib pengerusi merancang, melaksana

dan melaporkan aktiviti.

• Sentiasa berbincang dengan guru penasihat untuk meningkatkan

(sila rujuk BAB (12) keberkesanan unit.

Tanggungjawab • Menjalankan aktiviti mengikut prosedur yang ditetapkan.

Jawatankuasa dalam • Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan
oleh Pengetua dan PK Kokurikulum dan guru penasihat.
Undang-undang

Tubuh Persatuan)

138

Buku Pengurusan SBP Integrasi Rawang Tahun 2021
Lampiran 3

TATACARA MURID SEMASA MENJALANKAN AKTIVITI KOKURIKULUM

1. SUKAN DAN PERMAINAN

• Murid hendaklah melaporkan tahap kesihatan yang terkini sebelum menjalankan
aktiviti

• Memakai pakaian yang sesuai sewaktu aktiviti dijalankan. Termasuk kasut yang
bersesuaian dengan aktiviti.

• Memakai uniform yang melambangkan identiti muslim / muslimah dan tertera
lambang sekolah dengan jelas.

• Bergerak ke kawasan sukan setelah menerima arahan daripada guru.
• Mesti mengikut arahan guru semasa melakukan kemahiran asas pergerakan dan

permainan.
• Laporkan segala kerosakan alat kepada guru yang bertugas jika alat yang rosak

selepas digunakan. Jika terdapat alatan yang rosak, jangan digunakan dan laporkan
kepada guru.
• Melaporkan kemalangan yang berlaku kepada guru bertugas.
• Sekiranya hari hujan dan adanya kilat, segera tinggalkan kawasan padang atau
lapang. Berlindung di tempat yang berbumbung.
• Mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah, sekolah yang dilawati
sebagai tuan rumah pertandingan di peringkat daerah, zon SBP atau kebangsaan.
• Sentiasa bersedia memberikan khidmat bakti selepas sesuatu acara pertandingan
dijalankan. Samada di sekolah sendiri atau sekolah luar.

2. UNIT BERUNIFORM

• Mesti sihat untuk menjalankan aktiviti dan memakai pakaian yang sesuai.
• Berada di lokasi aktiviti pada tempat dan masa yang ditentukan.
• Ketua Pasukan merekodkan kedatangan ahli.
• Aktiviti dijalankan secara berkumpulan.
• Tunggu arahan daripada Guru Penasihat.
• Sentiasa mematuhi arahan Guru Penasihat.
• Sekiranya berlaku kemalangan ikut tatacara menghadapi kemalangan dan beri

rawatan.
• Pastikan kawasan selamat sebelum didirikan khemah.
• Menjaga adab pergaulan dan pertuturan semasa melakukan aktiviti perkhemahan.
• Sentiasa berwaspada dengan penggunaan peralatan tajam, api dan peralatan

perkhemahan.

139

Buku Pengurusan SBP Integrasi Rawang Tahun 2021
Lampiran 3

• Sentiasa mengutamakan kebersihan sebelum, semasa dan selepas aktiviti
perkhemahan dijalankan.

• Sentiasa bersedia memberikan khidmat bakti selepas sesuatu acara perkhemahan
dijalankan. Samada di sekolah sendiri atau luar sekolah.

3. KELAB / PERSATUAN

• Murid berada di tempat perjumpaan tepat pada masa yang ditetapkan.
• Setiausaha merekodkan kehadiran ahli.
• Memakai pakaian yang telah ditetapkan.
• Mengikut arahan guru sepanjang aktiviti.
• Sekiranya berlaku kemalangan / kecemasan hendaklah diberi rawatan kecemasan

dengan segera dan laporkan kepada guru.
• Sekiranya murid tidak dapat meneruskan aktiviti, guru penasihat hendaklah

melaporkan kepada ibubapa dan menghantar murid pulang atau ke hospital.
• Laksanakan sesuatu aktiviti yang dirancang dengan bersungguh – sungguh hingga

sempurna.
• Pastikan kebersihan dan kekemasan susun atur perabot dilokasi yang digunakan

untuk perjumpaan kelab / persatuan.
• Sekiranya murid tidak dapat menyertai aktiviti kelab / persatuan maklumkan

segera kepada Guru Penasihat / Pengerusi / AJK Kelab / persatuan.

4. AKTIVITI GOTONG ROYONG

• Melengkapkan borang kebenaran ibubapa.
• Memakai pakaian yang sesuai semasa aktiviti gotong royong.
• Mematuhi arahan dan pembahagian kerja oleh guru.
• Penggunaan peralatan yang tajam mesti mendapat pengawasan guru.
• Memaklumkan dengan segera kepada guru sekiranya ternampak serangga /

binatang yang berbahaya.
• Sentiasa bekerja dalam kumpulan.
• Tidak bergurau atau bermain semasa menggunakan peralatan.
• Memastikan peralatan yang digunakan adalah sesuai dalam keadaan sempurna.
• Jika peralatan yang digunakan rosak, maklumkan dengan segera kepada guru.
• Memulangkan semula peralatan gotong royong yang digunakan.
• Membersihkan diri selepas aktiviti gotong royong tamat.

140

Buku Pengurusan SBP Integrasi Rawang Tahun 2021
Lampiran 3

5. LAWATAN SAMBIL BELAJAR

• Murid melengkapkan borang kebenaran waris yang disediakan dan
menyerahkannya kepada guru penasihat.

• Pakai pakaian dan peralatan yang sesuai.
• Pastikan ada pengenalan sekolah dan diri masing – masing.
• Bawa peti kecemasan yang lengkap.
• Catat kedatangan dan naik kenderaan yang digunakan dengan mengutamakan

keselamatan.
• Setelah tiba ke tempat yang dituju ikut arahan guru.
• Lakukan aktiviti dalam kumpulan.
• Sekiranya terpisah daripada kumpulan, jangan panik, tunggu di satu tempat dan

minta bantuan sehingga bantuan sampai.

6. AKTIVITI PERKHEMAHAN

• Lengkapkan borang kebenaran ibubapa / penjaga dan serahkan kepada guru.
• Berkumpul dalam kumpulan dan tunggu arahan guru.
• Pakai baju lengan panjang , seluar yang sesuai dan berkasut sukan.
• Dirikan khemah di kawasan sesuai.
• Tabur serbuk belerang di sekeliling khemah untuk mengelakkan binatang berbisa.
• Bersihkan kawasan sekeliling khemah.
• Jangan tebang dan merosakkan sebarang tumbuhan kerana mungkin beracun.
• Ketua kumpulan jalankan aktiviti kumpulan.
• Hentikan aktiviti sekiranya terdapat tanda-tanda cuaca buruk berlaku.
• Sekiranya diganggu oleh haiwan liar atau kecemasan jangan panik, menjeritlah

meminta pertolongan kecemasan dengan segera.
• Laporkan kepada guru / penyelamat keselamatan.
• Sekiranya berlaku kecederaan dan berterusan, keluar dari kawasan perkhemahan

dan dapatkan rawatan di klinik / hospital berdekatan.
• Bawa peralatan yang lengkap dan peti kecemasan.
• Dilarang membuat aktiviti di air tanpa kehadiran guru / pegawai bertugas /

penyelamat kelemasan.
• Mesti menggunakan jaket keselamatan bagi semua aktiviti di air.

141

Buku Pengurusan SBP Integrasi Rawang Tahun 2021
Lampiran 3

POLISI KESELAMATAN SEMASA MENJALANKAN AKTIVITI KOKURIKULUM

RASIONAL
Dalam usaha untuk menjadikan SEPINTAR sebagai sekolah yang cemerlang dari sudut
kokurikulum, Unit Kokurikulum sentiasa berusaha untuk menambah baik segala aktiviti
berkaitan kokurikulum terutamanya aspek keselamatan.
Dewasa ini banyak aktiviti kokurikulum yang ditawarkan sama ada oleh pihak sekolah ataupun
pihak – pihak lain terutamanya NGO. Justeru itu satu tatacara tindakan yang dapat menjadi
panduan semua pihak perlu disediakan untuk menjaga keselamatan semua pihak.

OBJEKTIF
• Memastikan tiada kemalangan berlaku semasa menjalankan aktiviti kokurikulum.
• Memastikan aktiviti yang dijalankan, dirancang dengan mengambil kira tatacara
keselamatan dan mematuhi dasar Kementerian Pendidikan.
• Memastikan pengurusan peralatan dan diri murid mengikut tatacara yang
disediakan.

PERANAN IBUBAPA
• Mengambil tahu aktiviti kokurikulum yang diikuti oleh anak-anak jagaan masing
– masing.
• Meneliti dan mengisi borang – borang yang disediakan oleh pihak sekolah yang
berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan.
• Memastikan anak berada dalam keadaan sihat.
• Memaklumkan kepada pihak sekolah tentang tahap kesihatan anak jagaan masing
– masing.
• Memastikan ada surat pengesahan doktor jika anak tidak sesuai untuk mengikuti
sebarang aktiviti.
• Menandatangani borang pengesahan kebenaran untuk menjalankan aktiviti.
• Menyediakan bahan keperluan anak jagaan sepanjang aktiviti dijalankan.
• Mengenalpasti guru – guru yang menguruskan aktiviti dan menyimpan nombor
telefon guru berkenaan / pihak sekolah.

142

Buku Pengurusan SBP Integrasi Rawang Tahun 2021
Lampiran 3

PERANAN GURU

• Peka terhadap Surat Pekeliling yang diedarkan serta memahami isi
kandungannya.

• Memahami dan mematuhi tatacara tindakan sebelum , semasa dan selepas aktiviti
dijalankan.

• Menyimpan rekod profil dan juga kegiatan murid serta dikemaskini.
• Merekod sebarang kemalangan semasa aktiviti dalam Buku rekod Kemalangan.
• Mengenalpasti pelajar yang tidak sihat atau mempunyai surat pengesahan

perubatan tentang sesuatu penyakit yang perlu dikecualikan daripada menjalankan
aktiviti.
• Menyediakan surat makluman kepada ibubapa / penjaga tentang sesuatu aktiviti
yang dijalankan.
• Mengedarkan borang kebenaran ibubapa / penjaga untuk dipenuhkan dan
dikumpulkan semula aktiviti dijalankan. Borang itu difailkan dalam Fail
Kebenaran Menyertai Aktiviti di bilik Penolong Kanan Kokurikulum.
• Hadir di tempat aktiviti 10 minit sebelum aktiviti dimulakan dan mengawasi
murid.
• Mencatat kehadiran murid.
• Memastikan aktiviti yang dilakukan mengikut kesesuaian dan kemampuan murid.
• Memastikan kawasan yang digunakan dalam keadaan yang selesa dan selamat.

AKTIVITI PERKHEMAHAN DAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR

• Mestilah mempunyai Sijil Pertolongan Cemas atau Sijil Kelayakan dalam sesuatu aktiviti
yang dijalankan.

• Jika guru tidak mempunyai sijil kelayakan yang diperlukan, tenaga pengajar atau
kakitangan lain yang terlibat dalam aktiviti yang dijalankan mesti mempunyai sijil
kelayakan yang diperlukan.

• Memohon kebenaran daripada Jabatan Pendidikan Negeri dan juga pihak polis
bergantung kepada jenis aktiviti yang dijalankan.

• Menyediakan senarai barang – barang keperluan murid.
• Menyediakan surat makluman kepada ibubapa / penjaga.
• Mengedarkan borang keperluan ibu bapa dan dikumpulkan semula sebelum aktiviti

dijalankan.
• Menyediakan peraturan yang lengkap sepanjang aktiviti dijalankan.
• Pengawasan dan penyeliaan yang rapi.
• Mengkaji dan meninjau tempat aktiviti yang hendak dijalankan.
• Mengatur program yang sesuai.
• Murid perlu berdisiplin sepanjang aktiviti dijalankan.

143

Buku Pengurusan SBP Integrasi Rawang Tahun 2021
Lampiran 3

Lampiran 1
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI SUKAN DAN KOKURIKULUM

PANDEMIK COVID – 19

1.Tujuan
1.1 Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum ini disediakan sebagai
rujukan dan panduan kepada pentadbir serta guru – guru di sekolah rendah, sekolah menengah,
Kolej Vokasional dan Kolej Tingkatan Enam di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (
KPM) serta Institusi Pendidikan Swsta ( IPS) yang berdaftar dengan KPM.

1.2 Garis Panduan ini hendaklah dibaca bersama – sama dengan :
1.2.1 Garis panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia ( rujukan Surat Siaran Kementerian Pendidikan
Malaysia Bilangan 5 Tahun 2020 bertarikh 4 Jun 2020)

1.2.2 Standard Operating Procedure ( SOP ) Pembukaan Sektor Sukan dan
rekreasi yang dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan ( KBS );
dan

1.2.3 Surat Pekeliling Ikhtisas, surat siaran dan arahan serta peraturan
berkaitan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia dari semasa ke
semasa.

1.3 Garis panduan ini juga merangkumi pelaksanaan aktiviti sukan bagi tujuan
pengajaran dan pembelajaran ( PdP ).

2.Peranan dan Tanggungjawab
Peranan dan tanggungjawab umum pihak yang terlibat adalah seperti berikut :
2.1 Pentadbir Sekolah

2.1.1 Memaklumkan kepada guru / jurulatih bahawa aktiviti sukan dan
kokurikulum secara bersemuka termasuk amali di luar bilik darjah dalam
matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan ( PJPK )
serta Sains Sukan adalah dibenarkan dengan mengambil kira penjarakan
fizikal, kebersihan dan keselamatan.

144

Buku Pengurusan SBP Integrasi Rawang Tahun 2021
Lampiran 3

2.1.2 mengadakan sesi taklimat prosedur pelaksanaan aktiviti kepada guru /
jurulatih serta warga sekolah.

2.1.3 memberikan penerangan dan kefahaman berterusan kepada murid dan / jurulatih
mengenai kepentingan amalan penjarakan fizikal, kebersihan serta keselamatan diri
bagi mencegah penularan jangkitan COVID – 19.

2.1.4 menyebarluaskan prosedur dan panduan pelaksanaan aktiviti supaya
mudah dirujuk oleh guru serta murid.

2.1.5 memaklumkan jadual terkini aktiviti kepada ibu bapa / penjaga.

2.1.6 memastikan murid yang bergejala tidak dibenarkan menyertai aktiviti.

2.1.7 memastikan murid mempunyai imuniti badan yang rendah mendapat kebenaran
daripada ibubapa / penjaga sebelum menyertai aktiviti.

2.1.8 memastikan aktiviti yang dijalankan oleh guru mematuhi prosedur yang telah
ditetapkan.

2.1.9 memastikan penganjuran pertandingan / kejohanan dilaksanakan berdasarkan
SOP yang sedang berkuatkuasa dengan mengambil kira penjarakan fizikal,
kebersihan dan keselamatan diri, dan

2.1.10 memberikan penekanan kepada aspek kebersihan sebelum, semasa dan selepas
aktiviti dijalankan.

2.2 Guru Penasihat Sukan dan Kokurikulum
2.2.1 merancang aktiviti mengikut kesesuaian tempat / ruang dalam kawasan

sekolah dengan mengambil kira penjarakan fizikal.
2.2.2 melaksanakan aktiviti yang bersesuaian dengan kemudahan peralatan

dan mengikut ketetapan sekolah.

2.2.3 melaksanakan aktiviti secara bersemuka atau secara dalam talian, dan

2.2.4 memastikan pelaksanaan aktiviti mematuhi garis panduan sedia ada.

145

Buku Pengurusan SBP Integrasi Rawang Tahun 2021
Lampiran 3

3.Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum

3.1 Sebelum

3.1.1 Kehadiran guru / jurulatih dan murid berdasarkan kepada jadual
dan penggiliran aktiviti sukan dan kokurikulum

3.1.2 Pelan susun atur disediakan dengan mengoptimumkan penggunaan
padang, gelanggang dan ruang lain yang bersesuaian.

3.1.3 Peralatan berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk digunakan.

3.1.4 Murid digalakkan menggunakan peralatan sendiri seperti raket badminton, tali
ikatan dan alat muzik.

3.1.5 Bilik mandi / persalinan / tandas berada dalam keadaan bersih.

3.1.6 Bilangan murid yang menggunakan bilik mandi / persalinan / tandas dihadkan
mengikut kapasiti bilik.

3.2 Semasa

3.2.1 Penjarakan fizikal dan prosedur sedia ada perlu dipatuhi bagi aktiviti
berikut :
a. Satu ( 1 ) hingga tiga ( 3 ) meter bagi aktiviti statik seperti aktiviti regangan

dan memanaskan badan ; dan

b. Tiga ( 3 ) hingga lima ( 5 ) meter bagi aktiviti dinamik seperti latihan sukan,
kawad kaki dan tarian.

3.2.2 Maklumat disampaikan secara lisan tanpa melibatkan sentuhan fizikal.
Sekiranya penjarakan fizikal tidak dapat dilaksanakan atau sentuhan tidak
dapat dielakkan, pemakaian pelitup separuh muka ( face mask ) dan mencuci
tangan dengan sabun dan air / pensanitasi tangan ( hand sanitizer ) perlu
diamalkan.

3.2.3 Murid hendaklah membawa air minuman, makanan, pakaian, tuala muka
dan peralatan peribadi sendiri serta tidak dibenarkan berkongsi dengan murid
lain.

146

Buku Pengurusan SBP Integrasi Rawang Tahun 2021
Lampiran 3

3.3 Selepas

3.3.1 Peralatan dibersihkan / disanitasi dan disimpan dengan baik
selepas digunakan.

3.3.2 Ruang / tempat yang digunakan dibersihkan selepas aktiviti dijalankan.

3.3.3 Murid tidak dibenarkan bersentuhan dan bersalaman selepas tamat aktiviti.

3.3.4 Murid dan guru / jurulatih perlu mencuci tangan dengan air dan sabun /
pensanitasi tangan ( hand sanitizar ) selepas tamat aktiviti.

3.3.5 Murid dan guru / jurulatih perlu meninggalkan kawasan sekolah dengan kadar
segera selepas tamat aktiviti.

4.Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum dengan Penglibatan
Agensi Luar

4.1 Agensi luar perlu mengambil tindakan seperti berikut :

4.1.1 Mendapatkan kebenaran KPM untuk melaksanakan aktiviti di sekolah.
4.1.2 Mematuhi semua SOP yang ditetapkan oleh KPM.
4.1.3 Memastikan jurulatih / pengajar bukan guru / peserta dari luar merekod kehadiran
dan mengimbas suhu badan di pintu masuk utama sekolah serta memakai pelitup
4.1.4 separuh muka ( face mask ) sebelum dan selepas aktiviti. Pemakaian pelitup separuh
4.1.5 muka semasa aktiviti tidak digalakkan.
4.1.6 Mendapat kebenaran bertulis daripada ibu / bapa / penjaga sekiranya aktiviti /
4.1.7 latihan melibatkan murid dilaksanakan di luar sekolah.
Memastikan murid dan guru / jurulatih / pengajar bukan guru serta peserta dari luar
mencuci tangan dengan air dan sabun / pensanitasi tangan selepas tamat aktiviti.
Memastikan peralatan yang digunakan secara berkongsi dibersihkan, disanitasi
dan disimpan dengan baik, dan
Memastikan murid dan guru / jurulatih / pengajar bukan guru serta peserta dari luar
meninggalkan kawasan sekolah dengan segera selepas tamat aktiviti.

147

Buku Pengurusan SBP Integrasi Rawang Tahun 2021
Lampiran 3

Lampiran 2

RUJUKAN 1 TARIKH TAJUK
2003 Peraturan – Peraturan Pendidikan (
BIL RUJUKAN
1 Akta Pendidikan 1996 Kurikulum Kebangsaan ) 1997

( Akta 550) dan Peraturaan- 2003 Peraturan – Peraturan Pendidikan (
peraturan Terpilih Persatuan Sekolah ) 1998

( Hingga 15 Dis 2003) 29 Oktober Federation Of Malaya
2 Akta Pendidikan 1996 1988 The Education Ordinance 1957

( Akta 550) dan Peraturaan- 7 Julai 2006 ( No.2 Of 11957)
peraturan Terpilih The School ( Tours ) Regulations
11 Januari
( Hingga 15 Dis 2003) 2010 1957
3 Perundangan Persekolahan di
9 Februari Surat Pekeliling Kewangan
Malaysia 2010 Bil 2 / 2006
( 1950 – 11987 )
Kadar Baru Peruntukan
4 KP. 1574 / 44 / C ( 52) Kokurikulum Kepada Sekolah

5 KP. ( BSSK – KOKU) 305/5 Surat Siaran Pengurusan
JLD. 2 (3) Kokurikulum Bil 1 / 2010
Jawatankuasa Pemandu / Induk
6 KP. ( BSSK – KOKU) 305/5 Pusat Kokurikulum Negeri dan
JLD. 2 ( 7) Pusat Kokurikulum Daerah

Surat Siaran Pengurusan
Kokurikulum Bil 2 / 2010
Garis Panduan Pelaksanaan

Program Pendidikan
( Kokurikulum ) Tajaan Agensi

Luar.

148

Buku Pengurusan SBP Integrasi Rawang Tahun 2021
Lampiran 3

Lampiran 3

RUJUKAN 2

SURAT PEKELILING IKHTISAS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA YANG
BERKAITAN DENGAN AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH ( SUKAN DAN
KOKURIKULUM ), PAKAIAN MURID DAN SURAT SIARAN PENGURUSAN
KOKURIKULUM

A. KESELAMATAN TARIKH TAJUK
BIL RUJUKAN 6 April 1984 Peraturan Mengenai Masuk Ke Kawasan
1 SPI Bil. 1 / 1984 Sekolah Untuk Membuat Tinjauan/
11 Mac 1988 Pemerhatian / Temuduga Dengan Guru-guru
2 SPI Bil . 8 / 1988 16 Mei 1991 dan Murid- murid di Sekolah Serta
3 SPI Bil. 4 / 1991 15 Feb 1993 Mendapat Maklumat – maklumat Sekolah
4 SPI Bil. 3 / 1993 6 Apr 1995 Oleh Organisasi / Individu Luar
5 SPI Bil. 1 / 1995
31 Mac 1998 Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah
6 SPI Bil. 6 / 1998 9 Apr 1998
7 SPI Bil. 8 / 1998 Pelaporan Kejadian Tidak Diingini di
14 Ogos 1998 Sekolah
8 SPI Bil. 17 / 1998
11 Sept 1998 Lapor Kepada Polis Salahlaku Yang
9 SPI Bil. 21 / 1998 10 Jun 1999 Berbentuk Jenayah
10 SPI Bil. 8 / 1999 14 Mac 2000
11 SPI Bil. 6 / 2000 30 Mac 2000 Keselamatan Diri Pelajar Semasa
12 SPI Bil. 9 / 2000 Pengajaran Pendidikan Jasmani Dan
Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum dan
Sukan di dalam dan di luar Kawasan
Sekolah.

Menjaga Kesihatan Pelajar di Sekolah

Garis Panduan dan Syarat-syarat
Penggambaran di Kawasan Sekolah, Maktab
Perguruan dan Politeknik oleh Pihak Luar.

Memasukkan Elemen Mencegah Rasuah
Dalam Kurikulum Sekolah dan Institusi
Pengajian Tinggi

Persediaan Menghadapi Bencana Alam
Perkhidmatan

Keselamatan Diri Murid Dalam Perjalanan
Pergi dan Balik Sekolah

Menangani Masalah Keselamatan , Dadah
dan Gangster.

Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa
Pengajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum dan
Sukan di Dalam dan Di Luar Kawasan.

149

Buku Pengurusan SBP Integrasi Rawang Tahun 2021
Lampiran 3

13 SPI Bil. 9 / 2000 10 Mei 2000 Tambahan Kepada SPI Bil 9 / 2000
30 Mei 2006 Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa
14 SPI Bil . 6 / 2006 17 Nov 2009 Pengajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum dan
15 SPI Bil. 8 / 2009 Sukan di Dalam dan Di Luar Kawasan.

B. AGENSI LUAR Pemantapan Pelaksanaan Skim Takaful
BIL RUJUKAN Pelajar Sekolah Malaysia ( TPSM ) Bagi
1 SPI Bil. 6 / 1988 Semua Murid Pra Sekolah, Sekolah Rendah
2 SPI Bil. 9 / 1988 dan Sekolah Menengah di Sekolah – Sekolah
3 SPI Bil. 12 / 1988 Kerajaan dan Bantuan Kerajaan
4 SPI Bil. 12 / 1998
Langkah – langkah Keselamatan Semasa
5 SPI Bil. 24 / 1998 Mengikuti Aktiviti / Program Lawatan di
Luar Waktu
6 SPI Bil . 9 / 2004
TARIKH TAJUK
7 SPI Bil. 3 / 2008 1 Mac 1988 Panduan Tajaan Oleh Syarikat / Badan
17 Jun 1988 Perniagaan di Sekolah
29 Jun 1988
19 Mei 1998 Permohonan Kursus Melalui Kedutaan-
Kedutaan Asing
10 Okt 1998
Larangan Menjalankan Jualan Terus di
16 Sept 2004 Sekolah – sekolah

31 Mac 2008 Garis Panduan dan Syarat-syarat
Penggambaran di Sekitar Kawasan Jabatan
dan Bahagian Kementerian Pendidikan
Malaysia oleh Pihak Luar.

Penglibatan Guru dan Murid Dalam
Aktiviti Pasukan Pakaian Seragam
Anjuran Agensi Kerajaan dan Pertubuhan
Bukan Kerajaan

Panduan Penglibatan Murid – Murid
Sekolah Dalam Program atau Aktiviti
Anjuran Agensi – Agensi Selain Daripada
agensi di Bawah Kementerian Pelajaran
Malaysia

Mengundang Orang – Orang Kenamaan Ke
Upacara Sekolah dan Penggunaan Premis
Sekolah oleh Pihak Luar.

150

Buku Pengurusan SBP Integrasi Rawang Tahun 2021
Lampiran 3

C. LAWATAN TARIKH TAJUK
BIL RUJUKAN 28 Julai 2000 Lawatan Pendidikan Murid di Hari
1 SPI Bil. 12 / 2000 Persekolahan
25 Sept 2000 Peraturan Secara Pentadbiran Supaya Ibu /
2 SPI Bil. 15 / 2000 Bapa / Penjaga Dibenar Menandatangani
1 Ogos 2002 Borang Rasmi
3 SPI Bil. 5 / 2002 6 Jun 2007 Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan
4 SPI Bil. 5 / 2007 Garis Panduan Lawatan Murid

D. KELAB / PERSATUAN / PASUKAN PAKAIAN SERAGAM

BIL RUJUKAN TARIKH TAJUK
1 SPI Bil. 1 / 1985 2 Jan 1985 Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan
2 SPI Bil . 4 / 1992 10 Feb 1992 Pelajar Sekolah
3 SPI Bil . 2 / 1997 2 Apr 1997
Panduan Penubuhan dan Pengurusan
4 SPI Bil 3 / 1998 9 Mac 1998 Persatuan Silat Sekolah
5 SPI Bil 7 / 1999 10 Jun 1999
6 SPI Bil. 8 / 2000 15 Mac 2000 Pengiktirafan Persatuan Seni Bela Diri
7 SPI Bil 13 / 2000 3 Ogos 2000 Sebagai Pasukan Pakaian Seragam
8 SPI Bil. 17 / 2000 16 Nov 2000 Sekolah
9 SPI Bil . 20 / 2000 16 Dis 2000
10 SPI Bil. 5 / 2006 30 Mei 2006 Penggunaan Barang Permainan Elektronik
Robot Kit di Sekolah Menengah

Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di
Sekolah

Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab
Komputer / Teknologi Maklumat Sekolah

Pendaftaran Kegiatan Seni Bela Diri di
Sekolah – Sekolah

Penubuhan Kelab Rukun Negara di Sekolah
– Sekolah

Panduan Penubuhan Persatuan Agama
Bukan Islam di Sekolah – Sekolah

Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di
Semua Sekolah Rendah dan Menengah
Kerajaan dan Bantuan Kerajaan

151

Buku Pengurusan SBP Integrasi Rawang Tahun 2021
Lampiran 3

E. AKTIVITI TARIKH TAJUK
BIL RUJUKAN 1 Jun 1984 Garis Panduan Mengenai Aktiviti – Aktiviti
1 SPI Bil. 3 / 1984 10 Mac 1998 Kebudayaan di Sekolah
2 SPI Bil . 7 / 1998
3 Jan 1989 Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan
3 SPI Bil. 1 / 1989 11 Okt 1995 atau Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan
4 SPI Bil. 8 / 1995 atau Badan Induk Sukan
4 Dis 2000
5 SPI Bil. 18 / 2000 15 Jan 2007 Penyertaan Pelajar Dalam Kegiatan Sukan
6 SPi Bil. 2 / 2007 di Sekolah
7 Ogos 2007
7 SPI bil 8 / 2007 Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan
27 Nov 2008 atau Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan
8 SPI Bil. 6 / 2008 11 Dis 2010 atau Badan Induk
9 SPI Bil. 16 / 2010
Penggalakan Aktiviti Fotografi di
Kalangan Murid Sekolah

Peruntukan Waktu Untuk Kegiatan
Kokurikulum di Sekolah – Sekolah Rendah
dan Menengah

Garis Panduan Pemakaian Pakaian
Kokurikulum Di Hari Persekolahan Dan
Perhimpunan Bulanan kokurikulum
Panduan Pengurusan dan Pelaksanaan
Program Bumi Hijau Sekolah

Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu
Sukan ( 1 M 1S )

F. LAPORAN TARIKH TAJUK
15 Jan 1986 Rekod Kedatangan dan Laporan Gerak
BIL RUJUKAN Kerja Kokurikulum Pelajar
1 SPI Bil . 2 / 1986

G. PAKAIAN MURID

BIL RUJUKAN TARIKH TAJUK
1 SPI Bil. 8 /2007 10 Jul 2007 Garis Panduan Pakaian Kokurikulum di
Hari Persekolahan dan Perhimpunan
Bulanan Kokurikulum.

H. KEWANGAN TARIKH TAJUK
15 Jan 1986 Panduan Perbelanjaan Peruntukan
BIL RUJUKAN Kokurikulum Sekolah
1 SPI Bil. 2 / 1986

152




Click to View FlipBook Version