PEMBANGUNAN PEMIMPIN
PERTENGAHAN
(PANDUAN UNTUK KURSUS
KEPIMPINAN PEMIMPIN
PERTENGAHAN (LCML)
IINNSSTTIITTUUTT AAMMIINNUUDDDDIINN BBAAKKII
NNAATTIIOONNAALL IINNSSTTIITTUUTTEE OOFF EEDDUUCCAATTIIOONNAALL MMAANNAAGGEEMMEENNTT AANNDD LLEEAADDEERRSSHHIIPP
i
PEMBANGUNAN PEMIMPIN PERTENGAHAN
(PANDUAN UNTUK KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN PERTENGAHAN (LCML))
KANDUNGAN
Prakata iii
Kata Alu-aluan Pengarah iv
Jawatankuasa Penyediaan Buku Panduan LCML v
BAB 1 : PENGENALAN 7
21
BAB 2 : MENGURUS KENDIRI 27
33
BAB 3 : MENGURUS TUGAS-TUGAS UTAMA 41
45
BAB 4 : MENGURUS PASUKAN ARRAS DEFFRAAC 49
53
BAB 5 KANVAS STRATEGI ANALISIS DATA 69
77
BAB 6 KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (INSTRUCTIONAL ROUNDS)
BAB 7 ONE PAGE PROJECT MANAGER
BAB 8 : LAPORAN PENYELIDIKAN
LAMPIRAN
SEKALUNG PENGHARGAAN
ii
PRAKATA
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya,
jawatankuasa penulisan Buku PEMBANGUNAN PEMIMPIN PERTENGAHAN (PANDUAN UNTUK
KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN PERTENGAHAN (LCML) dapat menyempurnakan tugas
yang amat berat ini dan dengan jayanya. Tanggung jawab untuk menyiapkan projek ini
telah dimulakan mulai Januari 2018 dan berjaya disempurnakan pada bulan September
2018.
Saya selaku ketua pasukan penulis dan pegawai meja LCML ingin merakamkan jutaan terima
kasih atas kepercayaan yang telah diberikan oleh pihak Pengurusan tertinggi Institut
Aminuddin Baki (IAB) untuk menjayakan projek penulisan ini. Di samping itu juga terima
kasih tidak terhingga kepada pihak PADU yang telah memberikan sokongan kewangan
untuk menjayakan projek penulisan ini.
Terima kasih kepada Timbalan Pengarah Khidmat Latihan Pn. Mitirine Raden yang tidak
jemu memberi bimbingan sepanjang program LCML dimulakan pada tahun 2015. Begitu
juga kepada OIC inisiatif #87 Datin Sitti Haisah, Ketua Pusat Pembangunan Pengurusan
Pendidikan (PPP) En. Abdul Mu’ti Ahmad, Penagarah IAB cawangan Genting Highlands,
Dr Hj. Abd Razak Bin Manaf, Ketua Jabatan Jabatan Asas Pengurusan dan Kepimpinan
Pendidikan (JAPKP) Pn Hamsiah Dahalan, Mantan Ketua Jabatan (JAPKP) Pn. Nor ‘Amimah
Hj. Omar, Mantan Pegawai Meja LCML 2015-2017, En Rusli Wahab, pembina modul,
penyelaras-penyelaras LCML IAB cawangan, tenaga pengajar di IAB induk dan
cawangan-cawangan, pembimbing program Follow Up and Follow Through dan semua
yang menjayakan program LCML.
Terima kasih juga kepada pasukan penulis yang telah bertungkus lumus menyiapkan
projek ini mengikut masa yang telah ditetapkan. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada
Penyelaras Projek penulisan buku ini, Dr. Teoh Hong Kean yang tanpa jemu menyelaras
penulisan dan pengumpulan bahan untuk merealisasikan projek ini.
Semoga penulisan buku ini akan dapat membantu peserta dan semua pihak yang terlibat
dengan program ini mendapat maklumat yang tepat tentang pelaksanaan dan
kandungan kursus LCML.
Sekian. Terima kasih
Dr. Redzuan bin Jantan
Pegawai Meja LCML merangkap
Ketua Pengarang
iii
KATA ALU-ALUAN PENGARAH
Saya merakamkan ucapan tahniah kepada Jawatan Kuasa Penulisan Buku PEMBANGUNAN
PEMIMPIN PERTENGAHAN (PANDUAN UNTUK KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN
PERTENGAHAN (LCML) yang telah berjaya menghasilkan bahan bacaan yang sangat
bermanfaat untuk peserta Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan atau lebih dikenali
dengan nama LCML. LCML merupakan salah satu kursus signature IAB dalam
Inisiatif #87. Kursus LCML dilihat sangat relevan dalam meningkat kualiti kepimpinan
sekolah melalui pengupayaan pemimpin pertengahan. Peranan pemimpin pertengahan telah
mula diberikan perhatian dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan di seluruh
dunia.
Sesungguhnya penghasilan bahan bacaan sebegini sangat signifikan dengan perkembangan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025. Sejajar dengan tanggung
jawab IAB sebagai peneraju inisiatif #87, IAB sentiasa memastikan semua pelanggan
IAB terutamanya peserta kursus ini menerima latihan yang berkualiti seperti yang telah
dijanjikan oleh IAB dalam piagam pelanggan dan Premier Centre IAB Pelan Induk
Kecemerlangan (PIK).
Buku ini diharap dapat memberikan maklumat yang berguna kepada pemimpin-pemimpin
pertengahan di sekolah seluruh Malaysia dalam proses menjadikan pemimpin pertengahan
masa kini menjadi pemimpin cemerlang organisasi sekolah pada masa hadapan. Buku ini juga
boleh dijadikan rujukan oleh pengetua dan guru besar (PGB) dalam merangka pelan
pembangunan pemimpin pertengahan di sekolah masing-masing.
Semoga usaha penulisan sebegini akan diteruskan lagi bagi meningkatkan lagi penghasilan
penulisan ilmiah yang boleh dijadikan rujukan dan koleksi penerbitan IAB sesuai dengan
status IAB sebagai pusat rujukan kepimpinan dan pengurusan pendidikan di Malaysia.
Sekian. Terima kasih.
MISTIRINE RADEN
Timbalan Pengarah Khidmat Latihan
menjalankan tugas
Pengarah IAB
iv
JAWATAN KUASA PENULISAN BUKU
PEMBANGUNAN PEMIMPIN PERTENGAHAN
Penaung
Pengarah Institut Aminuddin Baki
Penasihat
Pn. Mistrine Raden
Timbalan Pengarah Institut Aminuddin Baki
En. Mazlan bin Samsudin
Timbalan Pengarah Institut Aminuddin Baki
En. Abdul Mu’ti bin Ahmad
Ketua Pusat Pembangunan Pengurusan Pendidikan
Ketua Pengarang
Redzuan bin Jantan, PhD
Pegawai Meja LCML
Penyelaras Projek
Teoh Hong Kean, PhD
Panel Penulis/AJK
Hj. Abd Razak bin Manaf, PhD
Rusli bin Wahab
Nor ‘Amimah binti Omar
Norajiah binti Ahmad Dawa
Nor Zamimi binti Mohd Zahari
Norihan binti Azizan
Nor Rajiah binti Ahmad Dawa
Masniah binti Masri @ Masrie
Annilin Apat
Dayang Rahanah binti Awang Mashor
Hilmun binti Baharudin
Norazana binti Mohd Nor
Faridah binti Mohamad
v
Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)
PENGENALAN
7
Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)
PENGENALAN
Rusli Wahab; Nor ‘Amimah Omar; Nor Rajiah Ahmad Dawa; Redzuan Jantan, Ph.D;
Teoh Hong Kean, Ph.D; Dayang Rahanah Awang Mashor
Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengenal pasti 11 anjakan yang perlu
dilaksanakan bagi memacu perubahan yang dihasratkan oleh semua rakyat Malaysia.
Setiap anjakan perlu memberi impak kepada sekurang-kurangnya satu daripada lima
keberhasilan sistem iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan, dan kecekapan. Kualiti
menjadi fokus utama merentasi semua anjakan kerana kualiti merupakan dimensi
penting yang perlu diberikan perhatian segera.
Anjakan kelima dalam PPPM 2013 – 2025, KPM ingin memastikan kepimpinan
berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. Hal ini penting kerana kualiti
kepimpinan sekolah merupakan faktor kedua terpenting selepas kualiti guru dalam
menentukan keberhasilan murid. Sehubungan dengan itu, kepimpinan sekolah bukan
sahaja melibatkan kumpulan pengurusan tertinggi iaitu pengetua, guru besar dan guru
penolong kanan, malah pemimpin pertengahan seperti guru kanan mata pelajaran
dan ketua panitia juga memainkan peranan penting dalam menentukan kemenjadian
murid.
Pemimpin pertengahan sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Pengurusan
pertengahan menghendaki individu mengenal pasti dan melibatkan diri dengan
tugas dan jenis manusia yang berbeza seperti guru, pemimpin dan ahli pasukan
(Blandford, 1997). Mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kompetensi
untuk diaplikasikan semasa mereka menghadapi situasi yang rencam.
Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (Leadership Course for Middle
Leaders, LCML) dijalankan atas mandat yang diterima ekoran daripada keputusan
Mesyuarat Profesional KPM Bil. 27/2012. Mesyuarat itu memberi kuasa kepada
semua bahagian yang terlibat dalam melaksanakan inisiatif PPPM 2013-2025.
Sehubungan dengan itu, keputusan Mesyuarat Pengurusan KPM Bil. 4/2015 telah
mengambil maklum bahawa Institut Aminuddin Baki (IAB) melaksanakan latihan
kepada pemimpin pertengahan sekolah.
Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelan Penggantian Pemimpin Sekolah KPM
Bil. 2/2017 bertarikh 15 Disember 2017 telah memutuskan bahawa IAB akan
memperluas kursus untuk pemimpin pertengahan kepada kumpulan sasaran yang
baharu di sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri
(JPN) dan bahagian KPM.
8
Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)
Kursus LCML dimulakan pada tahun 2016 dengan dua kursus rintis yang
melibatkan 60 orang pemimpin pertengahan. Satu kumpulan peserta terdiri daripada
30 orang ketua panitia dari sekolah rendah dan satu kumpulan lagi terdiri daripada
30 orang guru kanan mata pelajaran dari sekolah menengah. JPN yang merangkumi
semua PPD memberi cadangan nama peserta bagi kursus LCML yang ditawarkan.
Pelaksanaan kursus LCML adalah bermatlamat untuk membangunkan kapasiti
pemimpin pertengahan sekolah agar dapat menjalankan tugas dengan berkesan
dan kompeten.
Pemimpin Pertengahan
Pemimpin pertengahan berada antara dua kumpulan; analogi paling mudah
yang boleh digunakan ialah sekeping sandwich. Bahan yang sentiasa menyedapkan
sandwich ialah inti yang berada di tengah-tengah antara dua keping roti tersebut.
Tanpa inti, tiada sandwich; yang ada hanya dua keping roti. Begitulah kepentingan
pemimpin pertengahan dalam sesebuah organisasi seperti sekolah dan institusi
yang lain.
Pemimpin pertengahan merupakan pengantara dan orang yang berada antara
golongan pengurusan tertinggi dan pasukan guru di bawah seliaan mereka (Fleming,
2000). Keadaan ini membolehkan mereka berada bersama-sama guru di peringkat
operasi. Situasi ini membolehkan mereka mendapat pengetahuan operasi yang
lengkap dan menyeluruh. Di samping itu, pemimpin pertengahan mempunyai akses
yang baik dengan pihak pengurusan tertinggi (Segers, 2013). Berbekalkan maklumat
operasi yang lengkap dan menyeluruh serta kemudahan akses dengan pihak
pengurusan tertinggi, hal ini membolehkan pemimpin pertengahan berperanan
sebagai pengantara di antara merealisasikan strategi organisasi dan tindakan dalam
operasian harian.
Dalam kontek sekolah di Malaysia, kumpulan pemimpin pertengahan
dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu P1 dan P2. Kumpulan P1 merupakan
guru penolong kanan dan kumpulan P2 merupakan ketua panitia bagi sekolah
rendah dan guru kanan mata pelajaran bagi sekolah menengah. Kursus LCML
merupakan satu modul kursus kepimpinan yang disediakan khusus untuk pemimpin
pertengahan P2. Pemimpin pertengahan P1 yang terdiri daripada Guru Penolong
Kanan akan mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Kebangsaan
(National Professional Qualification for Educational Leaders – NPQEL) sebagai
persediaan untuk mereka menjadi Pengetua dan Guru Besar (PGB).
Pada peringkat permulaan, LCML ditawarkan kepada pemimpin pertengahan
sekolah iaitu ketua panitia dari sekolah rendah dan guru kanan mata pelajaran dari
9
Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)
sekolah menengah. Mulai tahun 2018, sasaran peserta LCML diperluas kepada
setiausaha unit pengurusan sekolah seperti setiausaha unit Hal ehwal Murid,
setiausaha kurukulum, setiausaha kokurikulum dan yang setaraf; dan pemimpin
pertengahan di PPD, JPN dan bahagian KPM seperti ketua sektor, ketua
penolong pengarah, timbalan PPD, ketua unit dan yang setaraf.
Kompetensi Pemimpin Pertengahan
Kompetensi secara umum boleh ditakrifkan sebagai gabungan pengetahuan,
kemahiran dan sikap bagi menjayakan sesuatu tugasan. Dalam modul LCML
terdapat 14 kompetensi pemimpin pertengahan yang akan dibangunkan untuk
dikuasai oleh seseorang pemimpin pertengahan.
Jadual 1: Kompetensi dan Deskripsi Pemimpin Pertengahan
BIL. KOMPETENSI DESKRIPSI
1. Proaktif Mempunyai kebolehan menetapkan objektif, jadual kerja dan
anggaran perbelanjaan tanpa penyeliaan pihak atasan.
2. Komunikasi Mampu berkomunikasi dengan berkesan.
3. Orientasi Pencapaian Menetapkan objektif dengan jelas dan mempunyai harapan yang
positif dan standard pencapaian yang tinggi.
4. Kerja Sepasukan Mampu bekerja dalam kumpulan.
5. Kreativiti dan Inovasi Mengguna pakai kreativiti, inovasi dan teknologi baharu untuk
mencapai kecemerlangan organisasi.
6. Berfokus Kurikulum Menggalakkan pembelajaran yang berkualiti dan menyelia
pembelajaran murid.
7. Membangun Kapasiti Mampu membina dan membangunkan kapasiti staf dan pemimpin
sekolah.
8. Perkongsian Ilmu Mempunyai kebolehan membangunkan strategi-strategi
peningkatan prestasi dan menggalak komuniti pembelajaran
profesional.
9. Menyelesai Masalah Mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah.
10. Mengurus Perubahan Mempunyai keupayaan menangani perubahan.
11. Penyeliaan Pemantauan dan penyeliaan berkesan.
12. Pembangunan Menyediakan ruang dan peluang kepada murid untuk penglibatan
Instruksional pengajaran – pembelajaran yang bermakna.
13. Membuat Keputusan Membuat keputusan berasaskan data dan maklumat.
14. Pengurusan Sosial Mempunyai kebolehan mencetus respons yang terbaik daripada
orang lain.
14 kompetensi pemimpin pertengahan ini merupakan dapatan kajian keperluan
latihan yang telah ditadbir kepada responden Guru Penolong Kanan Cemerlang di
lima zon di Malaysia untuk mendapatkan kompetensi yang diperlukan oleh pemimpin
pertengahan berdasarkan instrumen Kompetensi Pemimpin Sekolah (KOMPAS).
Dapatan kajian yang diperoleh ditunjukkan dalam Jadual 2.
10
Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)
Jadual 2: Kompetensi berdasarkan Analisis Keperluan Latihan
BIL. KOMPETENSI TAHAP
1. Proaktif Sangat penting
2. Komunikasi Sangat penting
3. Orientasi Pencapaian Sangat penting
4. Kerja Sepasukan Sangat penting
5. Kreativiti dan Inovasi Sangat penting
6. Berfokus Kurikulum Sederhana penting
7. Membangun Kapasiti Sederhana penting
8. Perkongsian Ilmu Sederhana penting
9. Menyelesai Masalah Sederhana penting
10. Mengurus Perubahan Kurang penting
11. Penyeliaan Kurang penting
12. Pembangunan Instruksional Kurang penting
13. Membuat Keputusan Kurang penting
14. Pengurusan Sosial Kurang penting
Responden kajian keperluan berpendapat bahawa mereka memerlukan
pemimpin pertengahan yang mempunyai 14 kompetensi tersebut bagi membantu
pasukan pemimpin sekolah mengurus sekolah dengan baik. 14 kompetensi tersebut
kemudiannya dipetakan menggunakan Kerangka Peranan Pemimpin Pertengahan
(Wooldridge, Schmid & Floyd, 2008) seperti dalam Jadual 3. Jadual 3 merupakan
kerangka yang digunakan dalam modul LCML bagi membangunkan kompetensi
pemimpin pertengahan.
Jadual 3: Pemetaan Kompetensi mengikut Peranan Pemimpin Pertengahan
BIL. PERANAN KOMPETENSI
1. Mensintesis Maklumat Komunikasi
Membuat Keputusan
2. Menjuarai Alternatif Komunikasi
Kreatif dan Inovatif
Pengurusan Sosial
Proaktif
3. Melaksana Strategi Komunikasi
Menyelesai Masalah
Membuat Keputusan
Kerja Sepasukan
Membangun Kapasiti
Pengurusan Sosial
Proaktif
Orientasi Pencapaian
Pembangunan Instruksional
Perkongsian Ilmu
Berfokuskan Kurikulum
Penyeliaan
11
Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)
4. Memudahcara Penyesuaiaan Komunikasi
Kerja Sepasukan
Kreativiti dan Inovasi
Menyelesai Masalah
Membuat Keputusan
Mengurus Perubahan
Pengurusan Sosial
Proaktif
Pada tahun 1973, Profesor John Adair telah mengetengahkan model Three
Connecting Circles dalam bukunya Action Centred Leadership. Model ini (Rajah 1)
mengemukakan tiga bidang tanggungjawab kepimpinan dan pengurusan iaitu:
• Mengurus / pencapaian tugas-tugas utama
• Mengurus / membangun pasukan atau kumpulan
• Mengurus / membangun individu
Rajah 1: Model Three Connecting Circles (Adair, 1973)
Kemudian, Mbokazi, M. Visser, D., & Fourie, L. (2004), telah mengaplikasikan
model Kepimpinan Berpusatkan Tindakan tersebut dalam kepemimpinan pertengahan
yang menyatakan bahawa pemimpin pertengahan perlu mengurus kendiri, mengurus
tugas utama dan mengurus pasukan (Rajah 1). Mbokazi, et. Al. (2004) berpendapat
bahawa sebagai seorang pemimpin, mereka perlu bijak mengurus kendiri. Mereka
perlu membuat refleksi dan mengenal pasti kekuatan dan penambahbaikan yang
mereka perlu laksanakan dari segi sikap, kemahiran dan pengetahuan. Apabila mereka
berupaya mengurus kendiri, mereka perlu berupaya mengurus tugas utama yang
diamanahkan kepada mereka. Apabila mengetahui bidang tugas dengan jelas akan
12
Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)
membantu mereka melaksanakan tugas tersebut dengan lebih efektif dan berfokus.
Seterusnya mereka perlu bijak mengurus pasukan mereka yang terdiri daripada
ahli panitia atau ahli bidang mereka. Ahli pasukan mereka ini terdiri daripada pelbagai
latar belakang sama ada dari segi sikap, kemahiran dan pengetahuan.
Dalam menjalankan tugas tersebut, pemimpin pertengahan perlu memainkan
peranan dalam menjuarai alternatif, memudahcara penyesuaian, melaksana strategi
dan mensintesis maklumat (Floyd, Schmid dan Wooldrige, 2008). Rajah 2
menunjukkan bahawa pemimpin pertengahan bukan sahaja memainkan peranan
dalam menjuarai alternatif, memudahcara penyesuaian, melaksana strategi dan
mensintesis maklumat, mereka juga perlu bijak dalam mengurus kendiri, mengurus
tugas-tugas utama dan mengurus pasukan.
Rajah 2: Kerangka Pemimpin Pertengahan IAB
Model diadaptasi daripada Model Pemimpin Pertengahan Wooldridge, Schmid & Floyd, (2008), Nonaka
& Takeuchi (1995), Mintzberg (2011) dan Pemimpin Pertengahan Bongani Mbokazi (2004).
Dalam Rajah 2, menjuarai alternatif merujuk kepada keupayaan pemimpin
pertengahan mengemukakan cadangan penyelesaian berdasarkan data dan reshape
konsep strategi organisasi pemimpin tertinggi berdasarkan data. Memudahcara
penyesuaian merujuk kepada keupayaan pemimpin pertengahan menggalakkan
rakan sepasukan untuk mencuba pelbagai idea atau kaedah baharu dalam
13
Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)
melaksanakan tugasan. Melaksana strategi merujuk kepada keupayaan pemimpin
pertengahan membantu rakan sepasukan dalam memastikan strategi organisasi
tercapai. Mensintesis maklumat merujuk kepada keupayaan pemimpin pertengahan
menggunakan data, menyatukan maklumat dan menyalurkan maklumat tersebut
kepada pihak pengurusan bagi membantu pihak pengurusan membuat keputusan
tepat berdasarkan data.
Kompetensi terpenting sebagai pemimpin pertengahan iaitu kompetensi
komunikasi ditunjukkan menggunakan gelungan biru dan merah (Rajah 2).
Pemimpin Pertengahan perlu memastikan maklumat daripada pengurusan
tertinggi sampai kepada para guru dan respons atau maklumbalas guru kembali
kepada pihak pengurusan tertinggi. Begitulah sebaliknya. Maklumat daripada guru
sampai kepada pihak pengurusan tertinggi dan kembali kepada guru segala
maklumbalas dan respons daripada pihak pengurusan tertinggi. Namun, pemimpin
pertengahan bukan sekadar pengantara yang manyampaikan maklumat tetapi perlu
berperanan dalam melunakkan komunikasi antara kedua-dua pihak.
Pemimpin pertengahan perlu menyampaikan segala maklumat dengan
berhemah dan telus tanpa menyembunyi sebarang fakta atau isu. Namun, sebagai
pemimpin pertengahan yang berkesan, beliau akan melunakkan komunikasi dengan
meninggalkan reaksi atau emosi negatif (Nonaka & Takeuchi, 1995).
Pemimpin pertengahan perlu bijak memainkan peranan sebagai seseorang
yang mampu menjuarai alternatif, memudahcara penyesuaian, mensintesiskan
maklumat dan melaksana strategi (Wooldridge, Schmid & Floyd, 2008), dalam
melaksanakan pengurusan kendiri (managing self), pengurusan tugas-tugas utama
(managing task) dan pengurusan pasukan (managing people) dalam Mbokazi et. al.
(2004) dengan menggunakan komunikasi berkesan (Nonaka & Takeuchi, 1995).
Terma bercapah merujuk kepada peranan pemimpin pertengahan dalam
menjuarai alternatif dan memudahcara penyesuaian yang memerlukan pemikiran di
luar kotak. Pemimpin pertengahan memerlukan kompetensi kreativiti dan inovasi
bagi membolehkan mereka dapat memainkan peranan berkesan dalam menjuarai
alternatif dan memudahcara penyesuaian.
Manakala terma berfokus merujuk kepada peranan pemimpin pertengahan
dalam mensintesis maklumat dan melaksana strategi. Di sini, pemimpin pertengahan
perlu fokus dengan data atau isu yang hendak ditangani dan strategi organisasi
yang hendak dicapai.
14
Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)
Rajah 3: Kerangka LCML
Rajah 3 menunjukkan kerangka kursus LCML. Untuk peringkat permulaan,
calon peserta pemimpin pertengahan yang diberi keutamaan ialah pemimpin
pertengahan daripada sekolah iaitu ketua panitia bagi sekolah rendah dan guru kanan
mata pelajaran bagi sekolah menengah.
Peserta akan mengikuti kursus secara bersemuka selama lima hari. Sebelum
peserta meninggalkan IAB, peserta diberikan seorang pensyarah pembimbing. Apabila
peserta balik semula ke sekolah masing-masing, mereka akan melaksanakan tugasan
individu iaitu pelan penambahbaikan sekolah dalam bidang tugas mereka selama
sebulan. Peserta perlu menghubungi pensyarah pembimbing sekurang-kurangnya
sekali seminggu memaklumkan status dan membincangkan isu yang dihadapi melalui
maya atau emel.
Selepas tempoh sebulan mengikuti kursus, pensyarah pembimbing akan turun
ke sekolah peserta LCML mereka untuk melihat dan membincangkan kemajuan peserta
di sekolah masing-masing serta mengadakan temu bual dengan pihak pengurusan
sekolah.
Objektif jangka pendek kursus LCML ini ialah pemimpin pertengahan dapat
mengurus pasukan mereka dengan berkesan dalam memastikan setiap guru
merancang, melaksana dan menilai proses PdPc yang berkesan dan berkualiti berlaku
di dalam bilik darjah masing-masing. Hal ini dapat merealisasikan hasrat KPM untuk
melahirkan pasukan pemimpin berprestasi tinggi di setiap sekolah.
15
Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)
Dalam pelaksanaan sesi bersemuka iaitu peserta mengikuti kursus di IAB,
mereka akan didedahkan dengan tiga tema iaitu Mengurus Kendiri, Mengurus
Tugas-tugas Utama dan Mengurus Pasukan (Jadual 4).
BIL. Jadual 4: Tema Kursus PERUNTUKAN MASA (JAM)
1. Mengurus Kendiri TEMA 4
2. Mengurus Tugas-Tugas Utama 4
3. Mengurus Pasukan 8
Rajah 4: Kanvas Strategi Analisis Data
Semasa sesi bersemuka selama seminggu (lima hari berkursus) di IAB,
peserta kursus juga didedahkan dengan penggunaan Kanvas Strategi Analisis Data
(Rajah 4). Kanvas Strategi Analisis Data digunakan untuk melaksanakan sesuatu
penambahbaikan berasaskan data. Pada peringkat pengumpulan data, pemimpin
pertengahan boleh menggunakan SKPMg2 Standard 4 untuk mengumpul maklumat
yang berkaitan pengajaran dan pemudahcaraan guru dalam seliaan mereka. Mereka
boleh menghasilkan instrumen yang dibangunkan berdasarkan SKPMg2 Standard
4. Dengan instrumen berkenaan, mereka boleh melaksanakan kajian kepada semua
guru di bawah seliaan mereka. Dalam mengumpul data ini, semakan dokumen juga
boleh digunakan seperti Buku Rekod Mengajar, buku latihan murid, profil guru
dan sebagainya. Semua data yang ada tadi akan dianalisis oleh pemimpin
pertengahan untuk melihat jurang serta mengenal pasti isu-isu yang dikenalpasti
dan perlu dilaksanakan penambahbaikan.
16
Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)
Seterusnya pemimpin pertengahan akan menggunakan School Programme
Check Tool (sPeCt) untuk merancang program penambahbaikan. Dalam sPeCt
terdapat ruangan berkaitan isu-isu atau cabaran penambahbaikan sekolah, program
penambahbaikan dan alat semakan program sekolah. Dalam ruangan isu-isu atau
cabaran penambahbaikan sekolah, maklumat yang dimasukkan adalah berkaitan
isu-isu atau cabaran yang dikenalpasti oleh pemimpin pertengahan hasil daripada
analisis data yang mereka telah buat. Bagi ruangan program penambahbaikan,
pemimpin pertengahan akan menyenaraikan kembali semua program panitia atau
bidang mereka pada tahun semasa. Setelah mereka melengkapkan kedua-dua
ruangan ini, tindakan seterusnya mereka akan menjurus ke ruangan alat semakan
program sekolah. Dalam ruangan ini, pemimpin pertengahan akan menganalisis
sama ada program penambahbaikan yang telah disenaraikan dapat menangani
isu-isu atau cabaran yang telah disenaraikan. Pemimpin pertengahan akan
memastikan sama ada program-program yang disenaraikan itu perlu ditambah,
dihapuskan, dikurangkan atau dikekalkan. Walau bagaimanapun, sekiranya ada
isu-isu atau cabaran yang ada tidak disenaraikan program sebelum ini, maka program
baru perlu diwujudkan. Sehubungan dengan itu, pemimpin pertengahan dapat
membuat perancangan program penambahbaikan yang tepat bagi menangani
isu-isu atau cabaran yang dihadapi.
Selepas program penambahbaikan dikenalpasti, tindakan seterusnya adalah
melaksanakan program yang telah dirancang. Contohnya, pemimpin pertengahan
melaksanakan instructional rounds. Dalam melaksanakan instructional rounds, terdapat
tiga peringkat yang akan dilakukan oleh pemimpin pertengahan. Peringkat pertama
ialah pra instructional rounds, kedua semasa instructional rounds dan ketiga pasca
instructional rounds. Pada peringkat pra instructional rounds, pemimpin pertengahan
akan mengadakan perjumpaan dengan ahli pasukan. Semasa pertemuan itu,
permasalahan akan dikenalpasti dan perbincangan akan diadakan untuk menghasilkan
borang, rubrik dan soalan yang berkaitan. Pada peringkat semasa instructional
rounds, empat atau lima orang guru akan masuk ke kelas yang telah dipersetujui
untuk melaksanakan instructional rounds sambil mengumpul data. Semasa di dalam
kelas, respon murid juga boleh diambil kira sebagai data. Pada peringkat pasca
instructional rounds, data yang dikumpul tadi akan dianalisis. Dapatan daripada
analisis itu merupakan maklumat yang akan digunakan untuk melaksanakan
penambahbaikan.
RUMUSAN
Kursus LCML mendedahkan pemimpin pertengahan sekolah dengan kemahiran
mengurus kendiri, mengurus tugas utama dan mengurus pasukan dengan bantuan
pelbagai alat penambahbaikan sekolah. Peserta kursus LCML akan mengetahui
dan menggunakan 14 kompetensi yang perlu mereka kuasai semasa melaksanakan
pelbagai aktiviti kursus LCML serta mengaplikasikannya semasa mereka
17
Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)
melaksanakan tugas mereka di sekolah masing-masing. Pemimpin pertengahan
akan mendapat bimbingan berterusan daripada pensyarah pembimbing sehingga
pensyarah pembimbing turun ke sekolah pemimpin pertengahan tersebut. Tindakan
ini dapat membangunkan pasukan pemimpin pertengahan yang berprestasi tinggi
di setiap sekolah
18
Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)
RUJUKAN:
Adair, J. (1973). Action-centred leadership. London: McGraw-Hill.
Blandford, S. (1997). Middle Management in Schools. London: Pitman Publishing.
Fleming, P. (2000). The Art of Middle Management in Secondary Schools: a Guide to
Effective Subject and Team Leadership. New York: David Fulton Publisher.
Institut Aminuddin Baki (2009), Kompetensi Pemimpin Sekolah Malaysia (KOMPAS),
Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Mbokazi, M., Visser, D., & Fourie, L. (2004). Management Perceptions of Competencies
Essential for Middle Managers. SA Journal of Industrial Psychology, 30(1), 1-9.
Mintzberg, H. (2009). Managing. San Francisco: Berrett Koehler Publishers.
Nonaka, I., & Takeuchi, H. (1995). The Knowledge-Creating Company, How Japanese
Companies Create the Dynamics of Innovation. New York: Oxford University
Press.
Pietila, N. (2016). Where is the Middle Leadership in Our Schools https://
www.skyward.com/discover/blog/skyward-blogs/skywardexecu-
tive-blog/october-2016/where-is-the-middle-leadership-in-ourschools
diperoleh Januari 2016.
Segers, J. (2013). Middle Managers & Leadership – Part 2: Leading from The Middle:
Future Proof Middle Managers.
https://thefutureleadershipinitiative.wordpress.com/2013/03/04/middle-manag-
ers-leadership-part-2-leading-from-the-middle-future-proofmiddle-managers/
diperoleh pada April 15, 2017.
Sharp, A. (2013). Developing the Leadership Skills of Senior and Middle Managers to
Promote Risk Taking. Economic & Social Research Council. The University of
Nottingham, UK.
Wooldridge, B., & Floyd, S. (1990). The Strategy Process, Middle Management
Involvement and Organizational Performance. Strategic Management
Journal, 11, 231-241.
Wooldridge, B., Schmid, T., & Floyd, S. (2008). The Middle Management Perspective
on Strategy Process: Contributions, Synthesis and Future Research. Journal of
Management, 34 (6), 1190-1221.
19
Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)
MENGURUS KENDIRI
21
Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)
MENGURUS KENDIRI
Noor Zamimi bt Mohd Zahari; Rusli b Wahab; Nor ‘Amimah bt Omar; Nor Rajiah bt Ahmad
Dawa; Redzuan b Jantan, Ph.D; Faridah bt Mohamad
Model Three Connecting Circles Adair (1973) telah menggariskan fungsi pemimpin
yang perlu dicapai untuk kumpulan kerjanya. Dalam keperluan kendiri, pemimpin
harus membantu ahli pasukan mengenal potensi, memberi pengiktirafan
dan keperluan yang lebih mendalam dalam sumbangan dan legasi sebagai seorang
individu terhadap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
Objektif bagi tema ini ialah:
1. Mengenal pasti peranan Pemimpin Pertengahan
2. Melaksana refleksi kendiri
3. Membina Pelan Pembangunan Kendiri
Definisi Konsep Kendiri
Konsep kendiri boleh dilihat dalam dua cara, iaitu tanggapan diri seorang
individu dan proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu (Staats, 1963).
Syarifah Alawiyah (1987) pula menyatakan kendiri merupakan suatu organisasi,
peribadi bagi seseorang individu yang unik dan dinamik lahir daripada interaksinya
dengan persekitaran. Hal tersebut seterusnya akan menentukan ciri tingkah laku
perasaan dan fikiran. Block & Robins (1993) berpendapat bahawa konsep kendiri
seseorang merupakan semua perkara yang dimiliki yang merangkumi sistem,
idea, sikap, nilai dan komitmen seseorang. Konsep kendiri merupakan himpunan
segalan perasaan, harapan dan fantasi individu terhadap dirinya pada masa kini, masa
hadapan atau pada masa lalu (Rohaty, 2003). Oleh itu, konsep kendiri merupakan
satu persepsi yang terbentuk dari interaksi, pengalaman dan persekitaran tentang
kepercayaan, sikap dan nilai yang dipegang oleh seseorang individu tentang
dirinya sendiri merangkumi kekuatan dan kelemahannya buat masa lampau,
masa kini dan masa hadapan.
Definisi Konsep Reflektif
Definisi Refleksi
Refleksi menurut kamus dewan ialah bayangan, gambaran seolah-olah melihat
ke dalam cermin dan fikiran. Refleksi merupakan aktiviti mengkaji semula proses
keberkesanan pengajaran yang telah dilakukan melalui renungan dengan tujuan
mempertingkatkan kemahiran guru. Refleksi juga boleh dilihat sebagai menjadikan
satu situasi bermasalah dalam amalan seseorang itu sebagai satu cara memperoleh
pemahaman atau pengertian baru dalam amalannya. Hanipah (2004) mendefinisikan
22
Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)
refleksi sebagai satu proses merenung, menganalisis dan mencari alasan dan
seterusnya membuat cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri yang dilakukan
secara berterusan.
Definisi Konsep Reflektif
Konsep reflektif ialah guru akan berusaha menilai semula hasil dapatan
pengajaran dan pembelajaran yang telah berlangsung dan seterusnya membuat
analisa tentang kekuatan, kekurangan dan kelemahan serta berusaha
memperbaikinya untuk menghasilkan pengajaran yang lebih berkesan pada masa
akan datang.
Konsep amalan refleksi ini dimulakan oleh Dewey (1993), yang melihat refleksi
sebagai sesuatu tindakan yang aktif, dan mengambil kira apa sahaja kepercayaan atau
bentuk pengetahuan yang menyokong dan membuat kesimpulan tentang
pengetahuan tersebut. Menurut Dewey lagi, proses membuat refleksi bermula
apabila mereka mengalami kesukaran, atau berhadapan dengan masalah yang
tidak dapat diselesaikan dengan segera.
Budaya Penambahbaikan Berterusan
Secara ringkas, Kaizen ialah budaya kerja harian yang memfokus kepada
usaha menambahbaik secara berterusan di dalam sesuatu proses atau cara kerja
di setiap keseluruhan bahagian dan ia melibatkan semua pekerja. Kaizen adalah
cara berfikir dan mengatur segala-galanya dari cara bekerja kendiri dan cara bekerja
bersama-sama pasukan (Henry, 2014). Sasaran penting ialah menyingkirkan
pembaziran yang seterusnya dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti. Oleh itu,
kaizen merupakan satu budaya penambahbaikan secara berstruktur dan berterusan.
Rajah 1: Borang Place Mat
23
Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)
Dalam modul ini seorang pemimpin pertengahan akan diperkenalkan dengan
penggunaan alat pembelajaran seperti Borang Place Mat, Borang Business Model
You dan Borang Imperatif Moral. Aktiviti menggunakan Borang Place Mat bersaiz
A5 (Rajah 1) diadakan untuk mencapai mereka mengenal pasti peranan Pemimpin
Pertengahan. Peserta akan dibahagikan kepada beberpa kumpulan dan satu
kumpulan terdiri daripada 5 orang ahli. Setiap ruangan akan diisi oleh setiap ahli
tanpa berbincang. Bahagian tengah borang dibiarkan kosong. Setelah siap mengisi
dalam ruangan yang disediakan, semua ahli akan berbincang dan mendapat satu
jawapan yang dipersetujui bersama-sama ahli lain. Dalam erti kata yang lain, jawapan
kumpulan itu akan ditulis di bahagian yang berada di bahagian tengah.
Kendiri Imej Rakan 2
Rakan 1
Sumbangan
Penambahbaikan
Legasi
Rajah 2: Borang Imperatif Moral
Aktiviti berikutnya ialah Give-one Get-one. Aktiviti ini diadakan untuk pemimpin
pertengahan membuat reflektif pengurusan kendiri menggunakan Borang Imperatif
Moral (Rajah 2). Aktiviti ini dimulakan dengan setiap orang mengisi borang bahagian
kendiri, berkaitan dengan imej sekarang, sumbangan legasi dan penambahbaikan
yang akan dibuat. Mereka diberi masa selama 7 minit. Selepas itu mencari rakan
dalam ahli kumpulan dan menulis respon rakan ke dalam borang tersebut dalam
masa 7 minit juga. Seterusnya 7 minit lagi diberi masa untuk menulis respon daripada
rakan dalam kumpulan lain. Secara tidak langsung, aktiviti ini juga digunakan untuk
meningkatkan kompetensi komunikasi berkesan dalam kalangan peserta. Fasilitator
akan menggunakan dapatan yang telah diperoleh oleh setiap peserta dan
membantu opeserta membuat refleksi kendiri tentang imperatif moral mereka. Antara
soalan yang diajukan ialah apakah imej anda sebagai pemimpin pertengahan selepas
kursus ini? Apakah penambahbaikan yang akan anda lakukan selepas selesai
kursus ini? Apakah legasi yang akan anda tinggalkan kepada subordinat dan organisasi
anda selepas anda meninggalkan kedudukan kepimpinan anda?
24
Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)
Rajah 3: Borang Business Model You
Aktiviti terakhir untuk pemimpin pertengahan membuat refleksi ialah dengan
menggunakan Borang Business Model You (Rajah 3). Ada 8 soalan yang perlu diisi mengikut
kotak yang disediakan. 8 soalan berikut akan memandu peserta merefleksi diri dan pasukan
mereka:
1. Apakah tugas anda?
2. Siapa yang membantu anda?
3. Bagaimana anda membantu?
4. Siapa yang anda bantu?
5. Bagaimana anda berkomunikasi dengan mereka?
6. Bagaimana anda membantu merek?
7. Apa yang anda dapat?
8. Bagaimana anda merancang masa depan/aktiviti/program pasukan anda?
Fasilitator akan membantu peserta mencungkil lebih mendalam lagi tentang diri dan pasukan
pemimpin pertengahan dengan menggunakan soalan-soalan tersebut. Peserta akan mencatat
di ruang yang disediakan mengikut kotak-kotak soalan tersebut.
Rumusan
Tema Mengurus Kendiri ini menunjukkan bahawa seorang pemimpin pertengahan
perlu bijak mengendalikan diri dan kerap melakukan refleksi bagi tujuan menambahbaik
secara berterusan dan hal tersebut disokong oleh Mintzbeg (2004) dan Boud et.al.(2006).
Sehubungan itu amalan refleksi amat penting untuk dibudayakan. Pelan pembangunan
Kendiri merupakan panduan untuk merancang secara sistematik bagi tujuan penambahbaikan
kendiri.
25
Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)
RUJUKAN
Adair, J. (1973). Action-centred leadership. London: McGraw-Hill.
Block, J., & Robins, R. W. (1993). A longitudinal study of consistency and
change in self-esteem from early adolescence to early adulthood.
Child Development, 94, 909–923
Boud.D.,Cressey.P.I,Docherty P (2006) Preluctive Reflection of Work, Learning
for Changing Organizations. Routledge, New York.
Dewey, J. (1993). How we think: a re-statement of the relation of reflective thinking to
the education process. Boston: DC. Heath, & Co
Hanipah Hussin. (2004). Learning to Be Reflective From Theory to Practices Malaysia
Experiences. Tanjung Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Henry, A. (2014). Get Better at Getting Better: The Kaize Productivity Philosophy
diperolehi 13 April 2018, https://lifehacker.com/get-better-at-getting-better
-the-kaizen-productivity-p-1672205148
Mintzberg.H (2004) Managers Not MBA: A Hard Look at soft Practise of Managing
and Management Development. Berretr-Kochlers Publisher.
Rohaty Mohd. Majzub. (2003). Pendidikan prasekolah: Cabaran Kualiti
(Syarahan Perdana). Bangi: Penerbitan Malindo Sdn. Bhd
Sharifah Alawiyah Alsagoff (1987). Psikologi Pendidikan I. Petaling Jaya: Longman
Malaysia Sdn. Bhd.
Staats, A. W. (1963). Complex Human Behavior. New York: Holt, Rinehart & Winston
26
Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)
MENGURUS TUGAS-TUGAS UTAMA
27
Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)
MENGURUS TUGAS-TUGAS UTAMA
Norihan Azizan; Rusli Wahab; Rusli b Wahab, Nor ‘Amimah bt Omar; Nor Rajiah bt
Ahmad Dawa; Redzuan Jantan, Ph.D; Masniah Masri @ Masrie; Annilin Apat.
Merujuk kepada Model Kepimpinan Berpusatkan Tindakan oleh John Adair (1973),
pemimpin pertengahan perlu mengurus tugas-tugas utama. Dalam konteks ini,
tanggungjawab yang diberi untuk mencapai prestasi yang diharapkan semasa
melaksanakan tugas-tugas utama ialah :
• Kenal pasti matlamat dan visi untuk kumpulan, tujuan dan hala tuju melalui
pendefinisian aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan (tugasan)
• Kenal pasti sumber-sumber, tenaga kerja, proses, sistem dan alat-alat
pengurusan yang perlu
• Bina pelan untuk mencapai matlamat dalam melaksanakan tugasan iaitu
cara penyampaiannya, pengukurannya, strategi dan juga taktik
• Menentukan tanggungjawab, objektif, akauntabiliti dan kayu pengukurnya
melalui persetujuan dan delegasi
• Menetapkan standard, kualiti, masa and parameter pelaporan
• Mengawal dan memastikan aktiviti berjalan seperti yang ditetapkan
• Memastikan prestasi menyeluruh dicapai mengikut perancangan atau pelan
• Melaporkan kemajuan pelaksanaan dan status dalam usaha mencapai
matlamat
• Kaji semula, penilaian dan mengubahsuai pelan serta kaedah juga sasaran bila
perlu
Adair menekankan tentang pentingnya persekitaran yang menyokong dan motivasi
orang lain untuk memastikan wujudnya suasana kerja yang postif. Oleh itu, pemimpin
pertengahan sangat penting memainkan peranan kepimpinannya untuk memastikan
ahli-ahli pasukannya dapat memainkan peranan mereka dengan berkesan. Pemimpin
perlu pastikan dirinya bermotivasi tinggi untuk bertindak. Mereka perlu merancang
sesuatu yang mencabar potensi individu di bawah mereka dan memastikan berlaku
perkembangan atau progress dengan mewujudkan suasana bekerja yang mem
atau apa-apa bentuk ganjaran dan penghargaan bagi mereka yang patut
menerimanya untuk meningkatkan morel mereka.
Mandat untuk Melaksanakan Tugas Pemimpin Pertengahan
Setiap penjawat awam perlu melaksanakan tugas mengikut deskripsi dan spesifikasi
tugas yang telah ditetapkan oleh Ketua Jabatan. Mandat boleh diterima dalam
28
Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)
pelbagai bentuk. Antaranya Surat-surat Pekeliling, arahan-arahan bertulis dalam
melaksanakan kerja dan sebagainya. Salah satunya ialah Pekeliling Kemajuan
Pentadbiran Awam Bilangan 8 Tahun 1991 mengenai panduan dan penyediaan
Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja. Fail Meja adalah dokumen rujukan bagi
peringkat individu/ jawatan. Dokumen ini, antara lain, mengandungi carta jabatan/
pejabat yang menunjukkan kedudukan individu dalam jabatan/pejabat berkenaan,
objektif Jabatan dan Bahagian di mana individu ini ditempatkan serta prosedur kerja
yang terlibat dengan jawatan individu yang berkenaan. Apabila mereka jelas
mengenai tuju arah jabatan/pejabat dan jelas juga mengenai peranan yang perlu
dilaksanakan serta mempunyai garis panduan yang lengkap bagi menjalankan
kerja, tugas mereka dapat dijalankan dengan cekap dan sempurna serta
mengelakkan kelewatan dalam menyelesaikan sesuatu kerja. Manual Prosedur
Kerja dan Fail Meja adalah alat pengurusan yang dapat menyumbang kepada
peningkatan kecekapan serta keberkesanan jabatan/organisasi. Seharusnya setiap
pemimpin pertengahan juga mempunyai Fail Meja sendiri yang memperincikan
tugas-tugas yang perlu dilaksanakan olehnya. Selain daripada itu, pelaksanaan tugas
juga boleh merujuk pekeliling dan arahan yang lain seperti Surat Pekeliling Ikhtisas
Bilangan 4 Tahun 1986 mengenai Pengurusan Panitia Mata Pelajaran. Pemimpin
pertengahan seperti Guru Kanan Mata Pelajaran dan Ketua Panitia perlu rujuk SPI ini
untuk dijadikan sebagai panduan bagi memperkemaskan panitia di bawah kawalan
mereka. Bagi pemimpin pertengahan lain seperti Setiausaha Sukan atau Kokurikulum,
perlu banyak merujuk kepada SPI berkaitan dalam melaksanakan tugas.
OBJEKTIF
Pada akhir sesi, peserta dapat:
Memetakan tugas pemimpin pertengahan
Menentukan keutamaan bidang tugas pemimpin pertengahan
Menetapkan visi kendiri sebagai pemimpin pertengahan
Cadangan : Masa yang diperuntukkan untuk sesi ini ialah 4 jam.
Langkah 1 (15 minit)
Peserta Pemimpin Pertengahan diminta untuk menggunakan idea-idea daripada
refleksi kendiri dan penambahbaikan Pelan Pembangunan Kendiri melalui Business
Model You untuk melengkapkan kuadron Model Pengurusan dan Kepimpinan
Pemimpin Pertengahan IAB di dalam kertas mahjong. Aktiviti dibuat di dalam
kumpulan masing-masing. Sila gunakan Tool Kit Tugas 1.
29
Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)
Langkah 2 (15 minit)
Peserta didedahkan dengan peranan tugas pemimpin pertengahan dengan
memperkenalkan Pemimpin 3600 dan bagaimana pemimpin pertengahan boleh
memimpin daripada mana-mana kedudukan iaitu ke atas, ke bawah atau secara
mendatar. Peserta diminta memberi contoh-contoh bagaimana seorang pemimpin
pertengahan boleh memimpin pihak atasan, memimpin orang bawahan dan
juga memimpin rakan sekerja. Gunakan Tool Kit Tugas 2.
Langkah 3
Penerangan mengenai penggunaan mandat atau pekeliling atau garis panduan
mengenai tugas pemimpin pertengahan dihuraikan. Seterusnya, pemimpin
pertengahan diminta melaksanakan tugasan berikut di dalam kumpulan
masing-masing berasaskan SPI atau pekeliling atau arahan-arahan pentadbiran:
1. Senaraikan tugas-tugas pemimpin pertengahan (10 min)
2. Tuliskan setiap satu tugas di atas satu keping kad (10 min)
3. Berbincang dan susun mengikut keutamaan kumpulan(30 min). Guna Tool
Kit Tugas 3 : Aktiviti Diamond’s 9.
4. Bincang dan dapatkan dapatan daripada keseluruhan kelas mengenai sembilan
tugas utama yang paling penting, juga menggunakan Aktiviti Diamond’s
9 (30 min). Gunakan kertas mahjong/papan putih.
Langkah 4
Hasil daripada dapatan Langkah 3, pemimpin pertengahan diminta untuk berbincang
dan merancang satu tindakan yang perlu dilaksanakan berasaskan senario yang
diberikan. (Rujuk Tool Kit Tugas 4 : Senario kumpulan masing-masing).
Langkah 5
Dengan menggunakan Pelan Pembangunan Kendiri (Business Model You) untuk
menambahbaik situasi semasa, bandingkan kedua-dua model semasa dan akan
datang serta kenal pasti apakah kompetensi yang perlu dikuasai oleh PP (dibuat
secara individu). Sila gunakan Tool Kit Tugas 5: Pelan Pembangunan Kendiri.
30
Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)
KESIMPULAN
Pemimpin pertengahan mesti memahami dan menentukan keutamaan tugas mereka
mengikut deskripsi kerja masing-masing. Rujukan kepada mandat dalam
melaksanakan tugas sangat perlu untuk memastikan kerja dilaksanakan mengikut
panduan yang sewajarnya. Pada masa yang sama, pemimpin pertengahan perlu
sentiasa peka dengan keperluan semasa dan memantapkan kompetensi mereka
untuk memenuhi tuntutan kerja dan organisasi.
31
Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)
RUJUKAN
Adair, J. (1973). Action-centred leadership. London: McGraw-Hill.
Floyd, S.W. & Wooldridge, B. (1997). Middle Management’s Strategic Influence and
Organizational Performance. Journal of Management Studies, 34 (3), 465-485.
Maxwell, J. C. (2005). The 360 Degree Leader: Developing Your Influence from
Anywhere in the Organization. NA, Tennesse: Thomas Nelson.
Rouleau, L, Balogun, J (2007) Exploring Middle Managers’ Strategic Sensemaking
Role in Practice. Aim Research Working Paper Series. London: ESRC/EPSRC.
https://ssrn.com/abstract=1309585 or http://dx.doi.org/10.2139/ssrn.1309585
Mintzberg. H. (1979). The Structuring of Organisations. Mc Hill University: Prentice
Hall.
32
Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)
MENGURUS PASUKAN
33
Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)
MENGURUS PASUKAN
Hilmun bt Baharudin; Nor Rajiah bt Ahmad Dawa; Norazana bt Mohd Nor
Adair (1973) menegaskan bahawa pemimpin perlu mengurus pasukan agar kejeligitan
pasukan dapat ditingkatkan dan mengekalkan diri sebagai ahli pasukan tersebut.
Beliau menegaskan perlunya iklim kerja sepasukan yang baik untuk memupuk
sinergi agar setiap ahli pasukan dapat bertugas secara optimum. Objektifnya adalah
untuk membina dan mengurus pasukan dengan berkesan.
Kerja sepasukan ditakrifkan dalam Kamus Webster’s New World sebagai “tindakan
bersama oleh sekumpulan orang,di mana setiap orang mengutamakan kepentingan
kumpulan daripada kepentingan individu”
Model ARRAS (Yap, 2006) telah diperkenal dan diguna pakai untuk membina pasukan
cemerlang. ARRAS ialah akronim bagi:
A Accept Unconditionally (Terima Tanpa Syarat)
(Hormat)
R Respect (Mengiktiraf)
R Recognise (Menghargai)
A Appreciate (Sokong)
S Support
Membina pasukan adalah sangat penting untuk membangunkan organisasi kerana
kelebihannya, seseorang pemimpin dapat menggabung pelbagai keupayaan,
kepakaran, kemahiran dan pengetahuan setiap ahli pasukannya. Setiap individu ada
kelebihan dan keistimewaan masing-masing yang mampu memainkan peranan yang
penting dan memberi sumbangan kepada pasukan. Setiap ahli pasukan hendaklah
mengutamakan kepentingan kumpulan daripada kepentingan individu dalam kerja
sepasukan kerana amalan ini boleh meningkatkan kualiti pendidikan, menjimatkan
kos, tenaga dan masa. Secara tidak langsung, potensi diri ahli-ahli pasukan ini akan
dapat dioptimumkan, digilap secara aktif dan kreatif untuk menyelesaikan pelbagai
masalah. Kerja sepasukan membantu mewujudkan hubungan sosial yang erat.
Hasilnya ahli pasukan akan merasa diri mereka dihargai dan dipercayai.
Pemimpin perlu mengetuai dan membimbing dalam memacu keharmonian
pasukannya serta menggalakkan semua ahlinya memberi sumbangan dan
mengerakkan mereka ke arah matlamat yang sama. Pemimpin perlu meminimumkan
masalah dalam sebuah pasukannya dan ini memerlukan kerjasama sepasukan
dalam membangunkan potensi diri dan melibatkan komitmen yang tinggi dari
ahli-ahli. Perubahan yang terbaik didokong oleh semangat kerja sepasukan, saling
34
Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)
menyumbang dan penglibatan yang menyeluruh. Keupayaan merangka perubahan
yang terancang menghasilkan impak yang besar dan merupakan nilai tambah dalam
kerja sepasukan.
Pasukan yang efektif merupakan satu unit yang berinteraksi untuk berkongsi
maklumat dalam ruang sempadan tanggungjawab. Produktiviti dan kualiti dapat
diwujudkan apabila setiap ahli memahami erti kerja sepasukan. Pemimpin yang
mengetuai sesebuah organisasi atau pasukan perlu menerima ahli-ahlinya tanpa
menyenaraikan sebarang syarat. Pemimpin tersebut perlu menghormati sesiapa
juga yang dipilih untuk menyertai pasukannya. Kehadiran mereka sebagai ahli harus
diiktiraf dan dihargai. Seorang pemimpin perlu mengenali orang-orang bawahannya,
sering berbincang dan bertukar-tukar pendapat serta pandangan. Pemimpin yang baik
akan berusaha untuk mencungkil potensi, keistimewaan, kewibawaan, pengalaman
dan kelebihan yang ada pada orang-orang bawahan mereka agar mereka dapat
memberi sumbangan yang bermakna dan diperlukan. Kekurangan yang ada tidak
seharusnya dilihat sebagai faktor penghalang kecemerlangan pasukan, sebaliknya
pemimpin ini perlu memberi sokongan dan bimbingan. Kejayaan dan kemantapan
ahli-ahli dalam sebuah pasukan mencerminkan kecemerlangan kepimpinan
pemimpinnya. Di sinilah imej pemimpin terserlah dan kewibawaan mereka dikagumi.
Objektif
Pada akhir sesi, peserta akan dapat:
• Memahami pengurusan pembinaan pasukan
• Menghuraikan mengenai mekanisme berkesan yang dapat membina hubungan
baik sesama ahli pasukan dengan memenangi hati warga sekolah
Langkah 1
Fasilitator menerangkan mengenai model pengurusan pembinaan kumpulan
berkesan ARRAS yang dikaitkan dengan aktiviti membina roket. Model ini
menekankan kepentingan membina hubungan baik dengan ahli pasukan dengan
cara memenangi hati setiap warganya.
Langkah 2
Berdasarkan model pengurusan pembinaan pasukan berkesan ARRAS, fasilitator
meminta para peserta membuat refleksi situasi di sekolah masing-masing
dengan menyenaraikan amalan-amalan pembinaan pasukan semasa serta cadangan
pelaksanaan aktiviti-aktiviti baharu sebagai penambahbaikan. Para peserta juga
diminta untuk turut menyenaraikan impak yang dijangkakan berlaku susulan
pelaksanaan tindakan penambahbaikan berkenaan.
35
Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)
Langkah 3
Fasilitator meminta setiap kumpulan menampalkan tugasan masing-masing yang
telah disiapkan di dinding. Para peserta dibekalkan pelekat mata ikan dan diminta
untuk melakukan aktiviti Gallery Walk ke stesen-stesen kumpulan dengan menampal
pelekat mata ikan tadi pada cadangan aktiviti yang difikirkan baik. Kumpulan yang
terbaik dapat dinilai berdasarkan jumlah mata ikan yang ditampalkan.
Langkah 4
Fasilitator membuat rumusan dengan menekankan kepentingan pembinaan pasukan
yang mantap. Kemantapan sesuatu kumpulan tersebut menjadi asas utama yang
melonjakkan kecemerlangan sekolah. Hubungan baik antara sesama ahli perlu
dibugarkan secara berterusan bagi mencapai matlamat mencemerlangkan
organisasi.
DEFFRAAC
“Kepimpinan bukan mengenai kuasa, status dan kedudukan tetapi ia tentang
keupayaan profesional untuk berkhidmat,” (Yap, 2006).
Model yang kedua ialah Model DEFFRAAC yang berperanan untuk mengurus
perubahan. DEFFRAAC juga menggunakan akronim seperti yang berikut:
D Delegation (Agihan)
E Empowerment (Penurunan Kuasa dengan Keyakinan)
F Follow Up Action (Tindakan Susulan)
F Follow Through Action (Tindakan Penyempurnaan)
R Reflection (Refleksi)
A Action for Further Improvement (Tindakan Penambahbaikan)
A Appreciation (Penghargaan)
S Celebration (Keraian)
Menguruskan pasukan dalam model ini sangat membantu pemimpin terutama dalam
menguruskan tindakan mengagih dan menurunkan kuasa dengan keyakinan.
Melaksanakan tindak ikut dan tindak susul merupakan tugas berat yang memerlukan
masa dan kepakaran. Dari sisi lain, tugas inilah yang paling mencabar dan sering
diabaikan oleh pemimpin. Pada tahap ini, coaching dan permentoran mengambil
tempat. Kegagalan menyempurnakan tugas ini mempamerkan kerja pasukan yang
tidak berjaya.
36
Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)
Apabila tugas telah disempurnakan, pemimpin perlu melakukan refleksi dengan
menyenaraikan kekuatan dan kelemahan untuk membantu melihat impak daripada
tugasan yang diberi. Adalah sangat penting untuk para pemimpin mempunyai
kemahiran mendengar. Seorang pemimpin perlu membenarkan orang bawahannya
mengkritik kepimpinannya. Sekiranya seorang pemimpin boleh memberi nasihat
atau mengulas tingkah laku orang bawahannya, maka mereka perlu bersikap terbuka
menerima komen atau nasihat orang bawahan mereka.
Melalui sesi ini, penambahbaikan sangat penting untuk dilaksanakan untuk
memastikan pasukan yang dipimpinnya mantap, diurus dengan cekap serta
pemimpin berupaya mempamerkan kepimpinan yang berkualiti.
Model ini sangat menuntut amalan penghargaan kepada ahli pasukan. Ucapan terima
kasih atas segala sumbangan dari pemimpin pasukan berupaya membakar semangat
ahli-ahlinya untuk terus memberi sumbangan paling baik. Pemimpin digalak untuk
meraikan kejayaan tersebut sekiranya ada kemampuan.
Objektif
Pada akhir sesi, peserta dapat:
• memahami pengurusan kerja sepasukan yang berkesan berdasarkan model
DEFFRAAC
• menyenaraikan amalan pengurusan sedia ada dan yang akan dilaksanakan
berdasarkan model DEFFRAAC
Langkah 1
Fasilitator menerangkan mengenai model pengurusan pasukan berkesan DEFFRAAC
dengan merujuk kepada contoh-contoh perkongsian amalan pengurusan pasukan
yang berkesan oleh para pemimpin pendidikan.
Langkah 2
Fasilitator mengaitkan amalan berdasarkan model DEFFRAAC berdasarkan amalan
pengurusan pasukan dalam melaksanakan program-program kecemerlangan sekolah
seperti Hari Sukan Sekolah dan lain-lain.
Langkah 3
Fasilitator mengedarkan beberapa kajian kes untuk dibincangkan oleh
peserta–peserta dalam kumpulan berdasarkan model ARRAS dan DEFFRAAC
serta dibentangkan mengikut kumpulan.
37
Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)
Langkah 4
Para peserta diminta untuk menyenaraikan amalan yang dilaksanakan di sekolah
berdasarkan model DEFFRAAC secara tulisan atau lukisan melalui aktiviti Graffiti.
Para peserta kemudiannya diminta untuk membuat rumusan mengenai kepentingan
peranan seseorang pemimpin dalam mengurus pasukannya.
38
Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)
Rujukan
https://www.thestar.com.my/news/education/2017/03/26/lessons-on-leadership/
https://www.bharian.com.my/node/154428
Adair, J. (1973). Action-centred leadership. London: McGraw-Hill.
Ab Aziz Yusof (2003). Mengurus pasuka kerja prestasi tinggi. Petaling Jaya: Prentice
Hall.
Maddux, R.B. (1992). Team building: An exercise in leadership.Los Altos, California:
Crop Publications.
Sisodia R., Sheth J. and Wolfe, D. B. (2007). Firms of endearment: How world class
company profit from passion and purpose. New Jersey : Wharton School Publish-
ing.
Yap, K. C. (2006). Visi ke Realiti. Pengalaman Sekolah Menengah Teknik Tawau
menjadi sebuah sekolah cemerlang. Petaling Jaya: Kembara Kreatif.
39
Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)
KANVAS STRATEGI ANALISIS DATA
41
Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)
KANVAS STRATEGI ANALISIS DATA
Teoh Hong Kean, Ph.D; Razak b Manaf, Ph.D; Nor Rajiah bt Ahmad Dawa;
Rusli b Wahab; Nor ‘Amimah Omar; Redzuan Jantan, Ph.D
Sebagai seorang pemimpin, prinsip-prinsip pengurusan yang diguna pakai adalah
kitaran POLC (merancang, mengurus, memimpin dan mengawal). Oleh itu, Kanvas
Strategi Analisis Data (Rajah 4) digubah untuk membantu pelaksanaan projek
penambahbaikan.
Langkah 1
Pemimpin pertengahan harus dapat mengenal pasti mengapa sesuatu projek
penambahbaikan akan dijalankan. Objektif tersebut boleh didapati setelah
berbanincang dengan Pengetua/Guru Besar semasa mensintesiskan maklumat.
Langkah 2
Semasa refleksi, data daripada SKPMg2 Standard 4 dapat diguna pakai sebagai
maklumat awal berkaitan pengajaran dan pemudahcaraan guru dalam seliaan
mereka. Tahap tindakan dan tahap kualiti Standard 4 dirujuk.
Langkah 3
Sebagai contoh, peserta dikehendaki mencatatkan skor tahap kualiti sebenar
Standard 4 dalam kertas graf. Kemudian, skor wajaran untuk tahap kualiti dijadikan
42
Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)
sasaran. Peserta dikehendaki mencari jurang yang paling besar (perbezaan skor)
antara tahap kualiti sebenar dan wajaran. Jurang tersebut menunjukkan isu perlu
diberi keutamaan dalam projek penambahbaikan.
Langkah 4
Peserta kemudiaan perlu menyenaraikan projek dan aktiviti yang dijalankan di
sekolah seperti yang terkandung dalam takwim dalam bahagian program
kecemerlangan sekolah yang dilaksanakan untuk sesuatu bidang dalam sPeCt
(School Program Check Tool).
Selepas itu, peserta dikehendaki mengisi isu yang dihadapi oleh sekolah mengikut
keutamaan dalam bahagian isu/cabaran. Sebagai contoh, jurang yang paling besar
diisi dalam ruang yang pertama dan jurang yang kedua besar dalam ruang kedua.
Peserta dikehendaki membuat refleksi tentang keberkesanan setiap projek dan aktiviti
yang dijalankan terhadap isu yang dihadapi si sekolah. Jika projek itu amat berkesan
untuk menangani isu yang dihadapi dan harus ditambahkan bilangan kekerapan,
maka projek itu dimasukkan dalam ruangan Tambah (Raise) di bahagaian ERRCS
(Eliminate, Raise, Reduce, Delete dan Sustain). Sebaliknya, jika projek yang
dijalankan tidak ada kaitan dengan cabaran yang dihadapi, maka projek tersebut
harus disingkirkan (Eliminate).
Kalau terdapat isu tetapi tidak ada sebarang projek yang ditakwimkan, maka peserta
diminta merancang projek baharu agar isu tersebut dapat ditambah baik.
Langkah 5
Peserta diminta menjalankan projek penambahbaikan di sekolah. Contoh yang
diberikan adalah dalam bentuk Komuniti Pembelajaran Profesional (Professional
Learning Community) alat kolaboratif Instructional Rounds.
Langkah 6
Peserta dikehendaki menjalankan pemantauan yang bersifat mengawal selia.
Penyeliaan yang disarankan berbentuk pemupukan kepimpinan dalam memudahcara
penyesuaian. One Page Project Manager (OPPM) digunakan untuk tujuan ini.
Langkah 7
Peserta sekali lagi harus menilai keberkesanan projek yang dijalankan dengan
menganalisis data terkumpul. Data daripada SKPMg2 Standard 4 dirujuk untuk
memastikan jurang yang dikenal pasti telah dirapatkan.
43
Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)
Langkah 8
Pemimpin pertengahan harus dapat mengenal pasti isu dan cabaran baharu
untuk tindakan susualan yang seterusnya.
44
Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)
KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL
(Professional Learning Community)
45
Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)
KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (Professional Learning Community)
Teoh Hong Kean, Ph.D; Razak b Manaf, Ph.D; Nor Rajiah bt Ahmad Dawa
Dalam usaha penambahbaikan sekolah (school improvement), model Professional
Learning Community at Work (PLC) memaparkan pendekatan sistem. Kolaboratif
dan saling bergantungan daripada pasukan guru yang berketanggungjawaban untuk
mencapai matlamat sama. Proses kerja guru disediakan agar pembelajaran penting
untuk setiap mata pelajaran, tahap dan unit pengajaran diperjelaskan; diwujudkan
pacing yang konsisten; diadakan penilaian umum yang kerap untuk memantau
pembelajaran murid dan bersetuju dengan kriteria yang mereka akan guna pakai untuk
menilai kualiti kerja murid (Patterson, Grenny, Maxfield, McMillan & Switzler, (2008).
Hattie (2003) merumuskan bahawa cara yang terbaik dalam usaha menambahbaik
sekolah adalah menyusun para guru ke dalam pasukan kerjasama dengan
menjelaskan apa yang perlu dipelajari setiap murid dan indikator pembelajaran yang
dapat dikesan, mengumpulkan bukti pembelajaran secara berterusan dan menganalisis
hasil bersama supaya mereka dapat mengetahui strategi pengajaran yang dapat
dijalankan. Beliau menyeru agar sekolah berfungsi sebagai suatu PLC setelah
mensintesis lebih daripada 800 analisis meta.
Pemikiran sistem menumpu pada perhubungan perkaitan dan interaksi antara
komponen sistem yang lebih besar. Tumpuan pemikiran ini adalah untuk mewujudkan
sistem yang hebat yang menggalakkan peningkatan keseluruhan organisasi secara
berterusan. Sehubungan dengan itu, semua murid dijamin mendapat pelan intervensi
yang teratur, pelbagai tahap dan fleksibel tanpa ada keraguan tentang guru yang
mengajar.
Tambahan pula, murid mendapat masa tambahan dan sokongan sekiranya tahap
dan masa pembelajaran masih belum membolehkan mereka mencapai sasaran
pembelajaran; bantuan yang tepat pada masa, sokongan diberi sebaik sahaja terdapat
bukti bahawa murid menghadapi kesukaran dalam pembelajaran (Marzano, 2003).
Instructional Rounds
Instructional Rounds adalah pendekatan jaringan dalam pembelajaran dan perubahan
untuk menambahbaik pengajaran dan pembelajaran berdasarkan buku Instructional
Rounds in Education oleh City, Elmore,
Fiarman dan Teitel (2009). Instructional
Rounds bertujuan untuk meningkatkan outcome murid melalui pemantapan amalan
bilik darjah. Video contoh Instructional Rounds yang dijalankan di Rosemeadow Public
School dapat diakses melalui http://bit.ly/1NP8xzH.
46