The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by redzuan5236, 2020-09-17 02:11:38

BUKU PEMBANGUNAN PEMIMPIN PERTENGAHAN

LCML final

Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)

LAPORAN KAJIAN LCML

53

Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)

KEBERKESANAN DAN
IMPAK KURSUS KEPIMPINAN
PEMIMPIN PERTENGAHAN (LCML)

KETUA PENYELIDIK : Dr. Zoolaiha binti Abd. Rahman
PENYELIDIK BERSAMA: Abdul Mu’ti bin Ahmad
Dr. Abd. Razak bin Abd Manaf
PEMBANTU PENYELIDIK:
Dr. Redzuan bin Jantan
Dr. Rohana binti Ab. Rahim
Dr. Rahayu binti Ahamad Bahtiar
Dr. Zarina binti Mohd. Yassin

Noor Zamimi binti Ahmad Zahari

Nor ‘Amimah binti Omar

Indran a/l Subrumaniam

Caroline Michael Umbak

Husney bin Hamzah

Mohd Razali bin Subandi

Hamizi bin Osman

Abdul Mujab bin Sukaimin
Mohd. Sauki bin Razali
Kamal Ariffin bin Jaih
Jamalludin bin Md. Jalil
Nor Rajiah binti Ahmad Dawa

54

Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan dan impak Kursus Kepimpinan
Pemimpin Pertengahan (LCML) yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2017. Keberkesanan
kursus dikenal pasti melalui pencapaian peserta dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca, penilaian
pengetua dan guru besar (PGB) semasa program Follow Up Follow Through (FUFT), dan
pencapaian tahap pengetahuan, kemahiran kepimpinan serta efikasi kendiri selepas menjalani
program FUFT. Impak kursus dikenal pasti melalui pembangunan individu peserta kursus.
Pendekatan kajian menggunakan kaedah kuantitatif melibatkan analisis statistik deskriptif
serta disokong oleh kaedah kualitatif yang melibatkan kaedah temu bual. Soal selidik LC-
ML-I dan LCML-2 yang digunakan dalam kajian ini dibina berdasarkan model Pengurusan dan
Kepimpinan Pertengahan serta adaptasi instrumen Career Decision Self Efficacy-Short Form
(CDSE-SF). Soalan temu bual LCML-3 dibina berdasarkan hasil dapatan kajian rintis LCML
yang mempunyai nilai skor min di bawah 4.00. Dapatan daripada Program Tindak Ikut Tindak
Susul LCML 2017 (FUFT LCML) turut dianalisis bagi mengenal pasti peningkatan
pengetahuan dan kemahiran kepimpinan peserta. Sampel kajian melibatkan 103 peserta
LCML 2017 dipilih secara rawak berstrata bagi memberi respons terhadap soal-selidik
LCML-1 dan temu bual separa berstruktur (LCML-3). Soal-selidik LCML-2 ditadbir kepada 500
guru panitia sekolah peserta kursus LCML dan 100 orang Guru Penolong Kanan. Soal selidik
LCML-I, LCML-2 dan LCML-3 telah ditadbir secara bersemuka bagi tujuan triangulasi. Data
dikumpul dan dianalisis menggunakan perisian SPSS versi-18. Kajian ini akan memberikan
maklumat tentang keberkesanan dan impak kursus LCML 2017 berdasarkan pencapaian
kompetensi dan pembangunan individu peserta kursus secara keseluruhan. Dapatan kajian
juga diharap dapat membantu membangunkan kepimpinan para pemimpin pertengahan
di sekolah serta sebagai penambahan literatur dalam aspek berkaitan kepimpinan pendidikan
khususnya pemimpin pertengahan.

1.0 PENDAHULUAN

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan dan impak kursus Kepimpinan
Pemimpin Pertengahan (LCML) 2017. Pelaksanaan kursus LCML ini adalah bertepatan
dengan maklum balas Mesyuarat Profesional Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
Bilangan 2/2015 bertarikh 2 Julai 2015 yang meminta semua Pengarah melihat semula
inisiatif PPPM gelombang kedua yang bermula pada tahun 2016. Keputusan Mesyuarat
Pengurusan KPM Bil. 4/2015 telah mengambil maklum bahawa Institut Aminuddin
Baki (IAB) akan melaksanakan latihan kepada pemimpin pertengahan sekolah. Rasional
LCML dilaksanakan bertujuan untuk membangunkan kompetensi pemimpin pertengahan
sekolah agar dapat menjalankan tugas dengan berkesan dan cemerlang.

IAB telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan aspirasi Anjakan ke-5 PPPM
(2013-2025) iaitu, memastikan pemimpin yang berprestasi tinggi ditempatkan di setiap
sekolah. Hal ini seiring dengan tujuan dan inisiatif kerajaan untuk melonjakkan kualiti

55

Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)

pendidikan negara dengan memantapkan kepimpinan dan pengurusan sekolah. Bagi
memastikan pemimpin sekolah berprestasi tinggi di tempatkan di setiap sekolah, pelan
tindakan PPPM (2013-2025) menyatakan,

“Objektif Kementerian adalah untuk memastikan setiap sekolah mempunyai
pemimpin sekolah berprestasi tinggi yang berkeupayaan meningkatkan prestasi
sekolah tanpa mengira tahap permulaan sekolah berkenaan. Kementerian juga
akan meluaskan tumpuan bukan sahaja kepada pengetua/guru besar, tetapi juga
merangkumi pengurusan pertengahan sekolah, seperti guru penolong kanan,
ketua bidang dan ketua panitia.”

(Sumber: PPPM 2013-2025, 5-17)

2.0 PERNYATAAN MASALAH KAJIAN

Laporan Kursus Rintis LCML 2016 turut menunjukkan terdapat beberapa penambahbaikan
perlu dilaksanakan dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta kursus seperti
kemahiran menggunakan alat (tools) yang diperkenalkan serta pembinaan pasukan
menggunakan model ARRAS dan DEFRAAC (Zoolaiha, 2017). Rentetan dari permasalahan
yang wujud ini, keberkesanan dan impak Kursus LCML 2017 perlu dikenal pasti bagi
memastikan potensi pemimpin pertengahan ini dapat dibangunkan secara optimum.

3.0 TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan dan impak kursus LCML 2017 dari
aspek pengetahuan, kemahiran dan efikasi kendiri serta impak kursus terhadap pembangunan
individu (ID) dalam kalangan pemimpin pertengahan.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini untuk:

1. Menilai tahap pengetahuan kepimpinan peserta kursus LCML (berdasarkan penilaian
peserta, subordinat dan superordinat) dari dimensi penilaian pembelajaran.
2. Menilai tahap kemahiran kepimpinan peserta kursus LCML (berdasarkan penilaian peserta,
subordinat dan superordinat) dari dimensi penilaian pembelajaran.
3. Menilai tahap efikasi kendiri peserta kursus LCML selepas mengikuti kursus LCML dan
program FUFT.
4. Mengenal pasti bentuk pemantauan yang dilaksanakan peserta kursus terhadap
perancangan pengurusan bidang/panitia sekolah.
5. Mengenal pasti penggunaan alatan (tools) dalam kursus LCML yang diamalkan di sekolah.
6. Mengenal pasti efikasi kendiri peserta dalam menjalankan tugas sebagai GKMP/KP.

56

Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)

7. Mengenal pasti impak kursus LCML terhadap pembangunan individu (ID)
pemimpin pertengahan dari dimensi penilaian perubahan tingkah laku.

5.0 PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah tahap pengetahuan dalam kalangan peserta kursus LCML (berdasarkan penilaian
peserta, subordinat dan superordinat) dari dimensi penilaian pembelajaran?
2. Apakah tahap kemahiran dalam kalangan peserta kursus LCML (berdasarkan penilaian pe-
serta, subordinat dan superordinat) dari dimensi penilaian pembelajaran?
3. Apakah tahap efikasi kendiri dalam kalangan peserta (berdasarkan penilaian peserta, subor-
dinat dan superordinat) selepas mengikuti kursus LCML dan program FUFT?
4. Bagaimanakah bentuk pemantauan yang dilaksanakan peserta terhadap perancangan pengu-
rusan bidang/panitia sekolah?
5. Sejauh manakah penggunaan alatan (tools) dalam kursus LCML diamalkan di sekolah?
6. Sejauh manakah efikasi kendiri peserta dalam menjalankan tugas sebagai GKMP/KP?
7. Apakah impak kursus LCML terhadap pembangunan individu (ID) pemimpin pertengah-
an dari dimensi penilaian tingkah laku?

6.0 KERANGKA KAJIAN

INPUT AKTIVITI OUTPUT/OUTCOME

• UJIAN PRA F PENCAPAIAN IMPAK
• UJIAN PASCA U KOMPETENSI PEMBANGUNAN
KURSUS F
LCML T PEMIMPIN INDIVIDU
PERTENGAHAN PESERTA
• Pengurusan
kendiri • PENGETAHUAN
• KEMAHIRAN
• Tugas Khas • EFIKASI

• Pengurusan KENDIRI
Pasukan

Penilaian Reaksi Penilaian Pembelajaran Penilaian Tingkah Laku
Rajah 1. Kerangka Konseptual Kajian

7.0 TINJAUAN LITERATUR

7.1 Kepimpinan Pemimpin Pertengahan

Pemimpin pertengahan merupakan individu yang penting dalam pengurusan sesebuah sekolah.
Mereka merupakan pengantara pengurusan tertinggi sekolah dengan guru-guru di bawah
tanggungjawab mereka. Modul LCML dihasilkan berdasarkan model pengurusan dan
kepimpinan pemimpin pertengahan IAB yang dirangka khusus untuk pemimpin pertengahan

57

Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)

bagi memenuhi kompetensi yang perlu dikuasai oleh mereka. Terdapat empat objektif
dalam kursus LCML iaitu, (i) mengenal potensi diri sebagai pemimpin pertengahan,
(ii) menterjemah peranan pemimpin pertengahan dalam melaksanakan tugas utama di
sekolah, (iii) membina dan mengurus pasukan dengan berkesan, dan (iv) menyediakan pelan
pembangunan kendiri. Rajah 2 menunjukkan Model Pengurusan dan Kepimpinan
Pertengahan IAB yang digunakan dalam modul Kursus LCML.

Rajah 2

Dalam usaha memastikan peserta kursus mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari
dari kursus LCML, suatu program Program Tindak Ikut dan Tindak Susul LCML (Follow
Up Follow Through - FUFT) telah dijalankan sebagai suatu langkah pemantauan dan penilaian
peserta. Para peserta dipantau bagi memastikan perkongsian ilmu dalam pasukan telah
dilaksanakan di sekolah dan Kanvas Strategi Razak & Nor (2016) diaplikasikan dalam
merancang dan melaksana program penambahbaikan di sekolah masing-masing.

Dalam usaha menghasilkan pemimpin yang berkesan, peranan pemimpin sekolah
bukan sahaja setakat memastikan kesinambungan struktur dan sistem yang sedia ada tetapi
juga mampu menggerakkan orang bawahannya yakni para guru untuk berubah. Pemimpin
pertengahan dilihat mempunyai peranan yang semakin penting kerana dapat membantu
pentadbiran dan kecemerlangan sekolah melalui penurunan kuasa oleh pengetua atau
guru besar. Menurut Harris (2014), pembangunan kapasiti pemimpin pertengahan akan
memperkuatkan kepimpinan distributif dan menggalakkan budaya kolaboratif dalam usaha
mentransformasi penambahbaikan sekolah. Kepimpinan pemimpin pertengahan merupakan
satu strategi yang terancang bagi meningkatkan keupayaan dan kerjasama barisan pertengahan
dalam kebersamaan memacu kejayaan organisasi. Strategi tersebut dapat membangunkan
kapasiti yang meluas dan dalam masa yang sama pemimpin pertengahan mampu
berganding bahu dengan dengan pihak pentadbiran dan bekerja dengan lebih efektif (Fullan,
2010).

58

Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)

7.2 Model Penilaian Kirkpatrick: Penilaian Reaksi, Penilaian Pembelajaran dan
Penilaian Tingkah Laku

Menurut Kirkpatrick (1975, 1994), penilaian reaksi biasanya diukur dengan mentadbirkan
soal selidik pada akhir program latihan. Penilaian reaksi ini juga dikenali sebagai penilaian
kepuasan pelanggan  kerana peringkat ini mengukur persepsi peserta terhadap program
latihan yang telah dihadiri. Penilaian pembelajaran kebiasaannya menggunakan teknik kertas
dan pensel, simulasi pekerjaan ataupun laporan inventori (Kirkpatrick, 1975, 1994). Dalam
kursus LCML ini, ilmu pengetahuan yang diberikan kepada GKMP dan KP terdiri daripada
pengetahuan baharu dan sedia ada. Peserta diperkenalkan dengan penggunaan alatan (tools)
dan kaedah pengumpulan data yang lebih sistematik serta proses membuat keputusan
berasaskan data yang diperoleh (data driven decision making) berpandukan bahan-bahan yang
dibawa daripada panitia dan bidang subjek masing-masing. Penilaian tingkah laku menentukan
sejauh manakah perubahan tingkah laku berlaku disebabkan oleh program latihan yang dihadiri
mereka. Tidak ada hasil akhir yang boleh dijangkakan kecuali perubahan tingkah laku adalah
positif (Kirkpatrick,2000). Oleh itu adalah penting untuk mengenal pasti sama ada pengetahuan,
kemahiran dan sikap yang telah dipelajari, dipindahkan kepada kerja atau tugas yang dilakukan.
Proses penilaian sebegini adalah komplikated dan selalunya sukar untuk dilakukan. Penilaian
tingkah laku dilakukan untuk menilai prestasi kerja, iaitu sejauh mana pengalaman
pembelajaran yang didapati daripada program latihan yang diikuti dapat diaplikasikan ke
dalam bidang pekerjaan peserta.

8.0 KAEDAH KAJIAN

Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan untuk mengenal pasti keberkesanan dan
impak kursus melalui penilaian terhadap tahap pengetahuan, kemahiran dan efikasi kendiri
peserta kursus LCML serta impak kursus LCML melalui pendekatan kuantitatif dan disokong
oleh pendekatan kualitatif melalui kaedah temu bual. Soal selidik LCML-I, LCML-2
dan LCML-3 telah ditadbir secara bersemuka.

8.1 PENSAMPELAN

Kajian ini menggunakan pensampelan rawak berstrata (stratified random sampling). Pemilihan
jenis pensampelan rawak berstrata (Creswell, 2011) ini dipilih bagi menentukan sampel kerana
populasi menunjukkan ketidakseimbangan ciri bagi aspek jantina (lelaki dan perempuan) serta
kumpulan (sekolah rendah dan sekolah menengah). Seramai 103 orang peserta telah dilibatkan
dalam kajian ini yang terdiri daripada 24 (23.3%) guru lelaki dan 79(70.7%) orang guru
perempuan. Daripada jumlah 103 orang ini, 63 orang (61.2%) adalah guru sekolah rendah dan
40 orang (38.8%) adalah guru sekolah menengah. Seramai 103 orang sampel dari populasi
peserta kursus rintis pemimpin pertengahan (LCML) digunakan untuk menjawab Soal Selidik
LCML-I dan temu bual LCML-3. Untuk tujuan triangulasi, kajian juga menggunakan responden
kajian seramai 500 orang guru panitia dari sekolah-sekolah peserta kursus sebagai penilaian
subordinat dan 100 orang Guru Penolong Kanan sebagai penilaian superordinat (Soal
Selidik LCML-2).

59

Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)

8.2 INSTRUMEN

Instrumen Kepimpinan Pemimpin Pertengahan LCML-I dan LCML-2 dibangunkan
berdasarkan model Pengurusan dan Kepimpinan Pertengahan dan adaptasi instrumen Career
Decision Self Efficacy- Short Form (CDSE-SF) oleh Rohana (2010). Satu set soal selidik
LCML-I dan CDSE-SF telah dibina dan diadaptasi oleh kumpulan pengkaji dengan
menggunakan kerangka kepimpinan pemimpin pertengahan. Instrumen ini digunakan untuk
mendapatkan maklumat demografi, menilai peserta kursus LCML dari aspek pengetahuan,
kemahiran dan efikasi kendiri. Instrumen Kepimpinan Pemimpin Pertengahan LCML-3
dibina berdasarkan dapatan penyelidikan kursus rintis LCML bagi item-item min skor di
bawah 4.00 bagi mengenal pasti bentuk pemantauan, penggunaan alatan (tools), efikasi
kendiri dan impak kursus. Penyelidik juga menggunakan dapatan FUFT LCML, keputusan
Ujian Pra dan Ujian Pasca sebagai data tambahan sokongan bagi kajian ini.

9.0 DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian ini merangkumi tahap pencapaian pengetahuan, kemahiran dan efikasi kendiri
berdasarkan soal selidik LCML-1, LCML-2 dan LCML-3.

9.1 TAHAP PENGETAHUAN PEMIMPIN PERTENGAHAN

9.1.1 Dapatan Dari Ujian Pra, Ujian Pasca, Soal Selidik LCML-1 (Peserta) dan Dapatan
Dari Soal Selidik LCML-2 (Subordinat dan Superordinat)

9.1.1.1 Pengetahuan (Ujian Pra dan Ujian Pasca)

Penyelidik menggunakan statistik deskriptif dalam bentuk frekuensi dan peratus bagi
membandingkan pencapaian pengetahuan peserta kursus LCML dalam Ujian Pra dan Ujian
Pasca mengikut jenis sekolah iaitu sekolah menengah dan sekolah rendah. Data Ujian Pra dan
Ujian Pasca ini digunakan sebagai data sokongan kepada tahap pengetahuan peserta kursus
dalam penilaian dimensi pembelajaran.

Jadual 1: Perbandingan Pencapaian Pengetahuan Peserta Dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca

Perbandingan pencapaian Sekolah Peratus Sekolah Peratus Jumlah Peratus
dalam Ujian Pra dan Rendah
Ujian Pasca (%) Menengah (%) (%)

Meningkat 55 87.3 36 90.0 91 88.4

Kekal 5 7.9 1 2.5 6 5.8

Menurun 3 4.8 3 7.5 6 5.8

Jumlah 63 100 40 100 103 100

Jadual 1 menunjukkan perbandingan pencapaian pengetahuan peserta kursus LCML dalam
Ujian Pra dan Ujian Pasca. Peningkatan pengetahuan peserta kursus secara keseluruhan ialah
sebanyak 88.4% (91 orang). Sebanyak 7.9% (5 orang) peserta dari sekolah rendah dan 2.5%
(1 orang) dari sekolah menengah tidak menunjukkan sebarang peningkatan selepas kursus
dilaksanakan. Terdapat juga penurunan pencapaian sebanyak 4.8% (3 orang) peserta dari

60

Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)

sekolah rendah dan 7.5% (3 orang) peserta dari sekolah menengah. Secara keseluruhan,
berlaku peningkatan sebanyak 88.4% atau 91 orang peserta dari sekolah rendah dan
sekolah menengah dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca.

9.1.1.2 Tahap Pengetahuan Pemimpin Pertengahan

9.1.1.2.1 Dapatan dari Soal Selidik Lcml-1(Peserta) dan Soal Selidik Lcml-2 (Subordinat
dan Superordinat)

Penyelidik menggunakan statistik deskriptif dalam bentuk min bagi menerangkan tahap pen-
getahuan, kemahiran dan efikasi kendiri dalam kalangan pemimpin pertengahan berdasarkan
respons peserta kursus, subordinat dan superordinat. Dapatan kajian dalam Jadual 2 dipaparkan
bagi menjawab persoalan kajian berikut:

PK1: Apakah tahap pengetahuan dalam kalangan peserta kursus LCML (berdasarkan penilaian
peserta, subordinat dan superordinat) dari dimensi pembelajaran?

Jadual 2: Tahap pengetahuan peserta berdasarkan min skor peserta, penilaian
subordinat dan superordinat

Penilaian Konstruk Min Sisihan Piawai Interpretasi
4.23 .451 Tinggi
Peserta Kursus Pengetahuan 4.22 .506 Tinggi
4.33 .448 Tinggi
Subordinat

Superordinat

Jadual 2 menunjukkan min pengetahuan pemimpin pertengahan peserta berdasarkan
min konstruk dengan nilai Min: 4.23, SP: .451 berada pada tahap yang tinggi. Pencapaian
min pengetahuan pemimpin pertengahan peserta berdasarkan min konstruk dari sudut
penilaian subordinat ialah Min: 4.22, SP: .506 dan penilaian superordinat dengan nilai
Min: 4.33, SP: .448. Berdasarkan penilaian yang dilakukan oleh subordinat dan superordinat
terhadap peserta kursus, didapati pengetahuan peserta kursus adalah pada tahap yang
tinggi. Superordinat memberi penilaian tertinggi terhadap tahap kemahiran peserta
berbanding penilaian subordinat dan peserta kursus. Hal ini menunjukkan penilaian subordinat
dan superordinat menyokong min pengetahuan peserta yang tinggi.

9.2 TAHAP KEMAHIRAN PEMIMPIN PERTENGAHAN

9.2.1 Dapatan dari Soal Selidik Lcml-1(Peserta) dan Soal Selidik Lcml-2 (Subordinat
dan Superordinat)

PK2: Apakah tahap kemahiran dalam kalangan peserta kursus LCML (berdasarkan penilaian
peserta, subordinat dan superordinat) dari dimensi pembelajaran?

61

Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)

Jadual 3: Tahap kemahiran peserta berdasarkan min skor peserta, penilaian subordinat
dan superordinat

Konstruk Min Sisihan Piawai Interpretasi
Kemahiran
Peserta 4.23 .476 Tinggi
Subordinat
4.22 .542 Tinggi
Superordinat
4.32 .464 Tinggi

Jadual 3 menunjukkan tahap kemahiran pemimpin pertengahan dari penilaian superordinat
dengan nilai Min: 4.32, SP: .464 dan subordinat dengan nilai Min: 4.22, SP: .542
berdasarkan soal selidik LCML-2. Min keseluruhan peserta kursus berada pada tahap yang
tinggi (Min: 4.23, SP: .476). Superordinat memberi penilaian tertinggi terhadap tahap
kemahiran peserta berbanding penilaian subordinat dan peserta kursus. Hal ini bermaksud
superordinat sangat menyokong pembangunan kemahiran pemimpin pertengahan.

9.3 TAHAP EFIKASI KENDIRI PEMIMPIN PERTENGAHAN

9.3.1 Dapatan dari Soal Selidik Lcml-1(Peserta) dan Soal Selidik Lcml-2 (Subordinat
dan Superordinat)

PK3: Apakah tahap efikasi kendiri dalam kalangan peserta (berdasarkan penilaian peserta,
subordinat dan superordinat) selepas mengikuti kursus LCML dan program FUFT?

Jadual 4: Tahap efikasi kendiri peserta berdasarkan min skor peserta, penilaian subordinat dan superordinat

Konstruk Min Sisihan Piawai Interpretasi

Peserta Efikasi Kendiri 4.14 .488 Tinggi

Subordinat 4.21 .514 Tinggi

Superordinat 4.28 .432 Tinggi

Jadual 4 menunjukkan tahap efikasi kendiri pemimpin pertengahan peserta dengan nilai Min:
4.14, SP: .488 dengan interpretasi yang tinggi. Tahap efikasi kendiri pemimpin pertengahan
peserta berdasarkan penilaian superordinat ialah Min: 4.28, SP: .432 dan penilaian subordinat
Min: 4.21, SP: .514. Min keseluruhan peserta kursus berada pada tahap yang tinggi.
Superordinat memberi penilaian tertinggi terhadap tahap efikasi kendiri peserta

berbanding penilaian subordinat dan peserta kursus.

9.4 DAPATAN KUALITATIF SOAL SELIDIK LCML-3

Temu bual telah dilaksanakan terhadap peserta kursus sebagai responden temu bual bagi
menjawab persoalan kajian berikut:

PK4: Bagaimanakah pemantauan dilaksanakan oleh peserta kursus LCML terhadap
perancangan pengurusan bidang/panitia sekolah?

62

Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)

PK5: Sejauh manakah penggunaan alatan (tools) dalam kursus LCML diamalkan di sekolah?

PK6: Sejauh manakah efikasi kendiri peserta kursus LCML dalam menjalankan tugas sebagai
GKMP/KP sekolah?

PK7: Apakah impak kursus LCML terhadap pembangunan individu (ID) pemimpin
pertengahan dari dimensi penilaian tingkah laku?

9.4.1 Pelaksanaan Pemantauan

Analisis maklum balas menunjukkan bahawa sebahagian responden temu bual (36.56%)
menggunakan One page Project Manager (OPPM) untuk memantau perancangan
pengurusan bidang/panitia bagi memastikan apa yang dirancang terlaksana dengan
memberikan impak yang optima. Pemantauan menggunakan Pencerapan SKPMg2/
Pemantauan dan Pemerhatian Pembelajaran dan Pemudahcara (PdPc) menjadi pilihan kedua
iaitu sebanyak 26.88%. Pemantauan seterusnya yang dilaksanakan responden ialah melalui
Professional Learning Community (PLC) seperti Intructional Rounds dan Learning Walk
sebanyak 13.98%. Dapatan analisis juga menunjukkan masing-masing responden temu bual
menggunakan semakan fail panitia, semakan dokumen, semakan buku persediaan mengajar,
senarai semak dan SpeCT sebanyak 8.60%. Manakala pilihan pemantauan yang terakhir
ialah dengan menggunakan Kanvas Strategi Analisis Data/Post Mortem sebanyak 5.38%.

9.4.2 Penggunaan Alatan (tools)

Responden temu bual memberi respons terhadap penggunaan alatan (tools) yang
diperkenalkan semasa kursus LCML dilaksanakan. Data menunjukkan majoriti peserta (91.4%)
menjelaskan penggunaan Kanvas Strategi Data Razak & Nor (2016) kepada semua ahli
panitia, segelintir kecil peserta (8.6%) tidak menjelaskan penggunaan Kanvas Strategi Data
Razak &Nor (2016) kepada semua ahli panitia kerana menganggap penggunaannya tidak
penting dan telah mempunyai strategi sendiri. Majoriti memberikan alasan bahawa mereka
kurang faham dan tidak yakin dengan penggunaan kanvas itu sendiri. Alasan kedua kerana
menganggap penggunaan kanvas untuk pengetahuan sendiri sahaja dan bukan untuk dikongsi
dengan semua ahli. Alasan ketiga menyatakan mereka kesuntukan masa. Mereka hanya
menjelaskan fungsi penggunaan kanvas kepada Ketua Panitia (Sekolah Menengah)
sahaja. Secara keseluruhannya 63.44% responden temu bual berpendapat OPPM, Pencerapan
SKPMg2/Pemantauan dan Pemerhatian PdPc merupakan cara pemantauan utama yang
dipilih terhadap perancangan pengurusan bidang/panitia bagi memastikan matlamat yang
ditetapkan dalam bidang/panitia dicapai.

Dalam melaksanakan pelan pembangunan kendiri, sebahagian besar peserta (85%)
tidak mengaplikasikan alatan (tools) yang diperkenalkan iaitu Business Model You (BMY)
kerana telah mempunyai kaedah yang lain. Secara lebih terperinci, data menunjukkan 29%
peserta menyatakan mereka melaksanakannya secara sepasukan dan hanya 10% membuat

63

Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)

refleksi kendiri. Sebanyak 10% menggunakan lain-lain cara seperti menggunakan SPECT
dan OPPM serta 6% menggunakan senarai semak dan Plan, Do, Check, Action (PDCA).
Seterusnya 6% menyatakan mereka tidak melaksanakan sebarang alatan (tools) yang
diperkenalkan dalam kursus ini. Mereka menggunakan data peperiksaan, soal selidik,
pemerhatian sikap murid dalam membuat penilaian. Dapatan ini menunjukkan bahawa
pengetahuan dan kemahiran penggunaan alatan (tools) yang diterima peserta sepanjang
kursus LCML dilaksanakan secara keseluruhannya telah diaplikasikan di sekolah dan
sebahagiannya mempunyai kaedah tersendiri dalam memantau perancangan pengurusan
bidang/panitia.

9.4.3 Efikasi Kendiri

Dari aspek efikasi kendiri peserta kursus, didapati majoriti responden temu bual (86%)
mempunyai efikasi kendiri yang tinggi dalam menjalankan tugas sebagai GKMP/KP di sekolah
masing-masing. Hal ini dibuktikan melalui maklum balas positif seperti mereka sanggup
memperbaiki diri dari segi merancang program atau aktiviti panitia berdasarkan penggunaan
Kanvas Strategi Data Razak & Nor (2016), memperbaiki komunikasi atau interaksi serta
berbincang dengan superordinat dan subordinat, menambah pengetahuan dan pengalaman
dengan menjalankan latihan in-house, seterusnya menyebar luas ilmu yang mereka ada kepada
subordinat. Mereka juga sentiasa akur kepada arahan yang diberi oleh superordinat.
Selain merancang program yang ditugaskan, mereka juga merancang pembangunan diri
sendiri dan pasukan. Mereka yakin dapat membina pasukan yang mantap dengan mencuba
pelbagai kaedah serta sentiasa berfikiran positif untuk memotivasikan diri sendiri.
Mereka sentiasa mengenal pasti isu-isu dalam bidang tugas semasa membuat refleksi diri.
Mereka mengamalkan kaedah pembahagian bidang tugas mengikut kepakaran sub ordinat
dan menjalankan pelbagai strategi PdPc yang berkaitan PAK 21.

Segelintir responden temu bual (14%) mempunyai efikasi kendiri yang rendah dalam
menjalankan tugas sebagai GKMP/KP di sekolah masing-masing. Mereka tidak berminat
untuk kekal dengan jawatan mereka sekarang kerana tidak berpuas hati dengan bidang tugas
yang diberikan kepada mereka. Alasan mereka ialah tidak berminat terhadap bidang
pengurusan tetapi lebih berminat kepada PdPc sahaja. Mereka sedar bahawa mereka
tidak mempunyai bakat kepimpinan. Ada yang berpendapat peluang perlu diberi kepada
guru yang lebih muda kerana dikatakan mereka lebih berfikiran jauh. Segelintir daripada
mereka merasakan tidak layak untuk menjadi pemimpin dan mereka memerlukan tugas yang
lebih jelas berdasarkan kepakaran mereka. Pihak superordinat perlu menyedari tentang
kepakaran guru dan tugas yang sesuai untuk guru tersebut.

9.4.4 Impak Kursus

Berdasarkan 14 kompetensi pemimpin pertengahan yang telah diberi penekanan dalam
kursus LCML, pemimpin sekolah memberikan respons yang positif terhadap kompetensi
peserta sepanjang menjalankan tugasan di sekolah terutama dalam mencerakinkan Kanvas

64

Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)

Strategi Data Razak & Nor (2016) serta mengaplikasi instrumen yang telah dibekalkan untuk
memudahkan kerja buat yang dilaksanakan di sekolah. Kebanyakan peserta dapat menjalankan
sesi perkongsian dengan jelas bersama pemimpin sekolah, guru-guru antara bidang dan
panitia. Taklimat dan sesi perkongsian telah dilaksanakan oleh GKMP dan KP di sekolah
masing-masing melalui ‘learning walk’, ‘online discussion’, bengkel peningkatan
profesionalismekepada ketua dan ahli panitia, bengkel pelaksanaan kanvas strategi analisis
data, bengkel pelan penambahbaikan sekolah, penataran LCML kepada pentadbir, perkongsian
ilmu LCML bersama guru kanan dan PLC ‘peer coaching’. Dari analisis temu bual yang
dijalankan didapati kekerapan membimbing ketua panitia / ahli panitia untuk perkongsian
kursus ini telah dijalankan oleh peserta kursus melebihi 4 kali dalam tahun semasa, dan tiada
peserta yang memberikan maklum balas tidak pernah melaksanakan kursus. Sebahagian
peserta berupaya menjadi role model pemimpin pertengahan terbaik kerana dapat
menyebarluaskan ilmu yang diperoleh kepada semua warga sekolah hingga ke peringkat
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Majoriti peserta kursus sangat proaktif dalam
pembangunan dan pengurusan sekolah. Seramai empat (4) orang peserta kursus telah terlibat
membentangkan kertas kerja berkaitan dengan pemimpin pertengahan di Seminar Nasional
dan Kolokium LCML yang telah diadakan. Hal ini menunjukkan kursus LCML telah
berjaya membangunkan pembangunan individu dengan lebih menyeluruh.

10.0 DAPATAN FUFT

Data sokongan hasil dari pemantauan FUFT sepanjang 2017 tentang aspek kekuatan peserta
dan aspek yang memerlukan penambahbaikan ditunjukkan oleh Jadual 5.

Jadual 5: Aspek Kekuatan Peserta Kursus Rintis LCML

Bil. Aspek Kekuatan Peserta LCML Cemerlang Baik Sederhana Lemah

Peratus(%) Peratus(%) Peratus(%) Peratus(%)

1 Proaktif 62.59 35.25 1.92 0.24

2 Komunikasi 75.30 23.50 1.20 0.00

3 Orientasi Pencapaian 60.67 36.69 2.64 0.00

4 Kerja sepasukan 77.22 21.58 1.20 0.00

5 Perkongsian ilmu 60.91 36.45 2.40 0.24

6 Kreativiti dan Inovasi 35.97 57.79 6.00 0.24

7 Berfokus Kurikulum 67.15 31.41 1.44 0.00

8 Membangun Kapasiti 45.80 49.88 4.32 0.00

9 Mengurus Perubahan 51.56 45.80 2.64 0.00
10 Penyeliaan 48.44 46.04 5.28 0.24

11 Pembangunan Instruksional 64.99 32.61 2.40 0.00

12 Membuat Keputusan 55.18 41.93 2.89 0.00

13 Pengurusan Sosial 59.47 37.65 2.88 0.00

14 Menyelesai Masalah 54.20 42.93 2.40 0.48

65

Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)

Jadual 5 menunjukkan aspek kekuatan peserta kursus LCML yang diperoleh hasil
triangulasi antara pensyarah pembimbing, pengetua atau guru besar sekolah peserta dan
analisis dokumen yang dijalankan semasa program FUFT. Didapati aspek kekuatan peserta
dengan peratus cemerlang tertinggi (77.22%) ialah kerja sepasukan dan yang kedua tertinggi
ialah komunikasi (75.30%) manakala peratus cemerlang terendah ialah kreativiti dan inovasi
(35.97%). Hal ini menunjukkan peserta kursus telah mempunyai pengetahuan dan kemahiran
dalam mengendalikan kerja sepasukan dengan berkesan kerana mempunyai kemahiran
komunikasi yang baik. Aspek kreativiti dan inovasi perlu dibangunkan dalam kalangan
pemimpin pertengahan.

Berdasarkan respons yang diberikan oleh pemimpin sekolah dan pentadbir kanan
yang menilai peserta LCML sewaktu pemantauan FUFT dilaksanakan, majoriti mereka
menekankan langkah penambahbaikan mengikut urutan keutamaan iaitu kemahiran, sikap dan
pengetahuan. Dapatan ini adalah bersamaan dengan dapatan temu bual yang telah dijalankan.
Langkah penambahbaikan yang disarankan paling mengutamakan aspek kemahiran iaitu
bagaimana peserta mengaplikasikan setiap alatan (tools) yang akan digunakan dalam
menjalankan peranan untuk mengurus kendiri, melaksanakan tugas-tugas utama dan
membangun pasukan. Jika diterjemahkan dalam konteks teori, maka setiap peserta LCML
mestilah memiliki tahap pengetahuan, kemahiran dan efikasi kendiri yang tinggi untuk
menjadi agen perubahan di sekolah.

11.0 CADANGAN DAN RUMUSAN

Penggunaan alatan (tools) yang diperkenalkan dalam kursus LCML seperti Kanvas Strategi
Data Razak dan Nor (2016) dan Business Model You (BMY) perlu dijadikan sebagai satu
budaya kerja dalam kalangan pemimpin pertengahan. Dalam slot perbengkelan, pensyarah
perlu memastikan peserta memahami penggunaan Kanvas Strategi Data Razak & Nor (2016).
Hal ini disokong dengan dapatan temu bual yang mendapati majoriti responden temu bual
bersetuju tentang peranan penggunaan Kanvas Strategi Data Razak & Nor (2016) dalam
membantu menjana strategi panitia. Begitu juga semasa FUFT dijalankan, pembimbing perlu
memberi penekanan penggunaan BMY dalam Pelan Pembangunan Kendiri. Hal ini perlu
memandangkan hanya segelintir pemimpin pertengahan sahaja (15%) mengaplikasikan BMY
sekembali mereka ke sekolah. Sebahagian besar peserta tidak mengaplikasikan BMY kerana
mereka memberi alasan telah mengaplikasikan kaedah yang lain yang telah menjadi budaya
kerja mereka.

Kebanyakan peserta bersikap positif, proaktif dan mempunyai kesediaan yang tinggi
untuk melaksanakan tangungjawab sebagai pemimpin pertengahan. Mereka juga mempunyai
kemahiran dalam melaksanakan tugas sebagai pemimpin pertengahan yang baik. Terdapat
sebilangan kecil peserta LCML masih perlu ditingkatkan tahap kemahiran mereka sebagai
pemimpin pertengahan. Peluang yang diberikan kepada mereka dalam kursus ini berjaya
membantu meningkatkan kompetensi dan potensi mereka dalam kepimpinan.

66

Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)

Kajian ini diharapkan dapat membantu pihak IAB dan khususnya Pusat 3P dalam
membangunkan potensi pemimpin pertengahan dengan lebih berkesan. Pengetahuan,
kemahiran kepimpinan dan efikasi kendiri merupakan kompetensi yang penting dalam
membentuk kepimpinan pemimpin pertengahan agar mereka bersedia dan jelas dengan bidang
tugas yang perlu dilaksanakan di sekolah. Peningkatan dalam pengetahuan, kemahiran dan
efikasi kendiri peserta kursus serta perkembangan pembangunan individu merupakan suatu
petunjuk keberkesanan dan impak kursus LCML dalam membantu membangunkan potensi
pemimpin pertengahan. Hal ini sejajar dengan pendapat Fleming (2013) yang menyatakan
bahawa pemimpin pertengahan di sekolah memerlukan bantuan dan pembangunan yang
terancang untuk memaksimumkan potensi masing-masing. Kajian ini juga diharapkan dapat
memenuhi keperluan membangunkan kepimpinan pemimpin pertengahan dengan membantu
memberi suatu perspektif baharu tentang peranan yang perlu mereka laksanakan
sejajar dengan kehendak PPPM (2013-2025).

RUJUKAN

Cresswell, J.W., & Plano Clark, V. L. (2011). Designing and conducting mixed method research
(2nd ed.). Thousand Oaks, CA: Sage.

Fleming, P. (2013). The art of middle management in secondary schools: A guide to effective
subject and team leadership. David Fulton Publisher: New York.

Fullan, M. (2010).  All Systems Go: The Change Imperative for Whole-system
Reform. Thousand Oaks, CA: Corwin Press.

Harris, A. (2014). Distributed Leadership Matters. Thousand Oaks, CA: Corwin Sage Press.

Kirkpatrick, D. L. (2000). Evaluating training programs: the four levels - the ASTD Handbook of
Training Design and Delivery. Virgina: The American Society of Training and
Development.

Kirkpatrick, D. L. (1994). Evaluating training programs   -The Four Levels(1st ed.). San
Francisco, CA: Berret-Koehler Publishers, Inc.

Kirkpatrick, D. L. (1975). Evaluating training programs. Wisconsin: American Society for
Training and Development, Inc.

Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 - 2025. Atas talian:
https://www.moe.gov.my/index.php/my/dasar/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-
2013-2025.

Zoolaiha Abd Rahman. (2017). Penilaian Kursus Rintis LCML terhadap tahap
pencapaian pengetahuan, kemahiran dan efikasi kendiri pemimpin pertengahan
sekolah. Laporan Penyelidikan: Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek.

67



Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)

LAMPIRAN

69

Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)

Alat Pembelajaran Kendiri 1: Place Mat

Aktiviti ini diadakan untuk mencapai objektif Mengenal pasti peranan Pemimpin
Pertengahan.

Langkah 1

Satu kumpulan terdiri daripada 5 orang ahli. Setiap ruangan akan ditulis (diisi) oleh
setiap ahli tanpa berbincang.

Langkah 2

Setelah siap mengisi dalam ruangan yang disediakan, semua ahli akan berbincang
dan mendapat satu jawapan yang dipersetujui bersama-sama ahli lain. Dalam erti kata
yang lain, jawapan yang sama itu akan ditulis (diisi) di bahagian yang berada
di bahagian tengah.

Alat Pembelajaran Kendiri 2: Give- one Get- one

Aktiviti ini diadakan untuk mencapai objektif Membuat reflektif pengurusan kendiri
(Imperatif Moral).

Kendiri Imej Rakan 2
Rakan 1

Sumbangan

Penambahbaikan

Legasi

70

Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)

Langkah 1
Bagi aktiviti ini dimulakan dengan setiap orang mengisi borang bahagian kendiri,
berkaitan dengan imej sekarang, sumbangan,legasi dan penambahbaikan yang akan
dibuat. Masa diberi 7 minit.
Langkah 2
Selepas itu mencari rakan dalam ahli kumpulan dan menulis respon rakan ke dalam
borang tersebut dalam masa 7 minit.
Langkah 3
Seterusnya 7 minit lagi diberi masa untuk menulis respon daripada rakan
dalam kumpulan lain. Secara tidak langsung kita jugatelah meningkatkan komunikasi
berkesan dalam kalangan peserta.
Alat Pembelajaran Kendiri 3: Business Model You
Aktiviti ini dipilih untuk mencapai objektif Merangka pelan pembangunan pengurusan
kendiri

Adaptasi daripada Clark et. al. (2012)

Langkah 1
Setiap orang peserta akan mengisi borang Business Model You sebagai panduan untuk
merefleksi diri dan membantu merancang bagi tujuan penambahbaikan dari pelbagai
aspek yang dipilih. Contoh Kompetensi Sekarang dan Kompetensi Akan Datang.

71

Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)

Alat Pembelajaran Tugas 1: 4 Kuadron Model Pengurusan dan Kepimpinan Pemimpin Pertengahan IAB

MENJUARAI ALTERNATIF MEMUDAHCARA PENYESUAIAN

MENSINTESIS MAKLUMAT MELAKSANA STRATEGI

Alat Pembelajaran Tugas 2: Refleksi Pemimpin 360

Aktiviti Aktiviti Aktiviti

72

Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)

Alat Pembelajaran Pasukan 3: Diamond’s Nine

73

Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)

Alat Pembelajaran Pasukan 1: Kertas Graf
74

Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)

Alat Pembelajaran Pasukan 2: sPeCt


75

Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)

Alat Pembelajaran Pasukan 3: One Page Project Manager (OPPM)


76

Buku Pembangunan Pemimpin Pertengahan (Panduan Untuk Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML)

PENGHARGAAN

Kami ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang idea dan
buah fikiran serta pandangan. Terutama kepada:

Dr. Amin bin Senin, KPPM
Pn. Mistrine Raden, TPL
En. Mazlan bin Shamsudin, TPP
En. Abdul Mu’ti bin Ahmad, KP PPP
Dr. Hj. Abd. Razak bin Manaf, Pengarah IAB GH
Hj. Nik Fakharudin, KP PDSP
En. Azwan bin Wamin, KJ JP PDSP
Pn. Hamsiah binti Dahalan (WSL Inisaitf #87 PADU) KJ JAPKP mulai Mei 2018
Pn. Nor’Amimah binti Hj. Omar KJ JAPKP sehingga Mei 2018
Datin Sitti Haisah (OIC Inisiatif #87 PADU),
En. Zairi bin Zainal Abidin (WSL Inisiatif #87 PADU)
En. Hamizi bin Osman
Hj. Mujab bin Sukaimi
En. Sauki bin Mohd Razali

Ketua-ketua Pusat
Ketua-ketua Jabatan
En. Rusli bin Wahab (Pegawai Meja LCML 2015 hingga 2017)
Dr. Redzuan bin Jantan (Pegawai Meja LCML 2018)
Cik Norajiah binti Ahmad Dawa (Penggubal Modul LCML)
Pn. Hjh Norehan binti Azizan (Penggubal Modul LCML)
Penyelaras-penyelaras LCML cawangan IAB
Tenaga Pengajar LCML
Pensyarah-pensyarah pembimbing FUFT
peserta-peserta kursus LCML
dan semua individu yang terlibat dengan LCML samada secara langsung atau tidak langsung.

77


Click to View FlipBook Version