PENYEJUKBEKUAN & PENYAMANAN UDARA ZAIDATUL HUSNA BINTI ABU HASHIM Ts. DR. KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL RAHMAN
PENYEJUKBEKUAN & PENYAMANAN UDARA ZAIDATUL HUSNA BINTI ABU HASHIM Ts. Dr. KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL RAHMAN
PENGHARGAAN Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan & ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan dalam usaha menerbitkan modul ini. Penghargaan & ucapan terima kasih khususnya kepada Ts. Dr. Khairul Anuar Bin Abdul Rahman selaku penyelia Projek Sarjana Muda. Pensyarah-pensyarah Penyejukbekuan & Penyamanan Udara. Encik Khairul Fahmi Bin Ali selaku Penolong Jurutera Kanan, keluarga & rakan-rakan. Penghargaan ini tidak lupa juga diberikan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses penerbitan modul ini. I
PRAKATA Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Modul Manual Latihan bagi Juruteknik Servis Penyejukbekuan & Penyamanan Udara ini dihasilkan khusus untuk tenaga pengajar dan bakal juruteknik yang terlibat dalam bidang Penyejukbekuan & Penyamanan Udara. Melalui modul ini, bakal juruteknik akan didedahkan dengan pengendalian refrigeran secara teratur untuk mengelakkan refrigeran terbebas ke atmosfera khususnya semasa kerja-kerja penyelenggaraan & servis dilakukan. Antara topik yang akan dikemukakan ialah Kesan Sistem Penyejukbekuan & Penyamanan Udara terhadap alam sekitar & kesihatan manusia, Alternatif HCFC & sifat-sifatnya dan Penyelenggaraan Peralatan (Mesin Perolehan Vakum dan Penimbang Pengecas). Kandungan modul ini memberikan input yang relevan untuk dilaksanakan oleh tenaga pengajar dan mudah difahami oleh bakal juruteknik, terutamanya dalam memperbaiki atau menambahbaik proses pengajaran dari pembelajaran mengikut perkembangan terkini. Selain itu, modul pembelajaran ini juga menerapkan elemen pembelajaran abad ke 21 dimana setiap pengisiannya disampaikan dengan info tambahan, standard pembelajaran, rujukan video sebagainya. Semoga modul ini dapat dijadikan sebagai rujukan yang dapat membantu serta meningkatkan pengetahuan untuk mendapat input yang positif dalam bidang Penyejukbekuan & Penyamanan Udara. II
KANDUNGAN PENGHARGAAN I PRAKATA II ISI KANDUNGAN III PENGENALAN IKON IV BAB 1: KESAN SISTEM PENYEJUKBEKUAN & PENYAMAN UDARA TERHADAP ALAM SEKITAR & KESIHATAN MANUSIA 1.1 PENGENALAN 1 1.2 UNDANG-UNDANG YANG BERKAITAN DI MALAYSIA 3 1.2.1 Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling 3 (Pengurusan Refrigerant) 1.2.2 Larangan Import 4 1.2.3 Larangan Eksport 5 1.2.4 Individu yang terlibat 6 1.2.5 Peranan & Tanggungjawab Majikan / Juruteknik 7 dalam Sektor Servis 1.3 STRATOSFERA DAN LAPISAN OZON 9 1.3.1 Stratosfera 9 1.3.2 Definisi Ozon 9 III
1.3.3 Pembentukan Ozon 10 1.3.4 Peranan Lapisan Ozon 10 1.3.5 Penipisan Lapisan Ozon 12 1.3.6 Kesan daripada Penipisan Lapisan Ozon 12 1.4 BAHAN PEMUSNAH OZON (BPO) 15 1.4.1 Klorofluorokarbon (Chloroflourocarbons 15 - CFC) 1.4.2 Hidroklorofluorokarbon 16 (Hydrocholorofluorocarbons – HCFC) 1.4.3 Halon 17 1.4.4 Metil bromida 17 1.4.5 Sumber Bahan Pemusnah Ozon 18 1.4.6 Potensi Penipisan Ozon (Ozone Depletion 20 Potential – ODP) 1.5 PROSES PEMUSNAHAN OZON 22 1.6 KEMEROSOTAN ALAM SEKITAR DAN LANGKAH MITIGASI 23 1.7 PROTOKOL MONTREAL DAN PINDAAN KIGALI 23 1.7.1 Ratifikasi Protokol Montreal 24 1.7.2 Pindaan Kepada Protokol Montreal 25 1.7.3 Pindaan Kigali di bawah Protokol Montreal 26 1.7.4 Dasar & Perundangan dalam Pelan Pengurusan 26 Penghapusan HCFC (HPMP) Rumusan 28 Refleksi 33 Latihan 34 BAB 2 : ALTERNATIF HCFC DAN SIFAT-SIFATNYA 2.1 PENGENALAN 35 2.2 JENIS-JENIS REFRIGERAN 35 2.2.1 Refrigeran Tulen 37 2.2.2 Refrigeran Sintetik 37
2.2.2.1 Klorofluorokarbon (CFC) 37 2.2.2.2 Hidroklorofluorokarbon (HCFC) 38 2.2.2.3 Hidroflorokarbon (HFC) 43 2.2.3 Refrigeran Bukan Sintetik 43 2.3 REFRIGERAN CAMPURAN 47 2.3.1 Refrigeran Azeotropik 48 2.3.2 Refrigeran Zeotropik 48 2.3.2.1 Pemecahan (Fractination) Refrigeran 49 Campuran Zeotrofik 2.3.2.2 Mengecas Refrigeran Campuran Zeotrofik 50 2.3.2.3 Luncuran Suhu 50 2.3.3 Jenis-jenis Refrigeran Campuran 51 Rumusan 53 Refleksi 60 Latihan 61 BAB 3 : PENYELENGARAAN PERALATAN (MESIN PEROLEHAN, VAKUM DAN PENIMBANG PENGECAS) 3.1 PENGENALAN 62 3.2 CARA PENYELENGGARAAN MESIN PEROLEHAN 63 YANG BETUL 3.3 PENYELENGGARAAN VAKUM DAN STESEN 65 MENGECAS 3.4 PROSEDUR TETAP OPERASI (SOP) – 66 PENYELENGGARAAN PAM VAKUM (VACUUM PUMP) 3.4.1 Stesen mengecas yang tidak diselenggara 72 dengan baik akan menyumbang kepada isu berikut: 3.4.2 Menyelenggara Penimbang Pengecas 73 3.4.3 Penyelenggaraan Tolok 74 Rumusan 75 Refleksi 81 Latihan 82
Menyatakan objektif pembelajaran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Info Tambahan Pengetahuan tambahan yang berkaitan dengan tajuk yang dipelajari Kata LATIHAN Kata Kunci Aktiviti Imbas Di Sini RUMUSAN Perkataan-perkataan yang penting digunakan dalam modul tersebut. Aktiviti secara berkumpulan, individu atau berpasangan yang boleh dijalankan supaya murid lebih memahami konsep sesuatu pelajaran PENGENALAN IKON PAK 21 Standard Pembelajaran KBAT REFLEKSI Soalan-soalan kemahiran berfikir aras tinggi yang dapat menguji minda pelajar Soalan-soalan berunsurkan KBAR dan KBAT yang disediakan untuk menguji pemahaman murid Memberikan fokus kepada kemahiran berfikir serta kemahiran hidup dan kerjaya yang berteraskan amalan nilai murni Kod QR yang boleh diimbas atau disambungkan ke laman sesawang yang berkaitan Maklum balas daripada murid untuk mengukur tahap penguasaan dalam sesuatu pembelajaran Ringkasan pelajaran yang disediakan dalam bentuk yang mudah IV
BAB 1 KESAN SISTEM PENYEJUKBEKUAN DAN PENYAMAN UDARA TERHADAP ALAM SEKITAR DAN KESIHATAN MANUSIA • Pengenalan - Ozon • Undang-undang yang berkaitan di Malaysia - CFC • Stratosfera dan lapisan ozon - HCFC • Bahan pemusnah ozon (BPO) - Protokol Montreal • Proses pemusnahan ozon - Pindaan Kigali • Kemerosotan alam sekitar dan langkah mitigasi • Protokol Montreal dan Pindaan Kigali Standard kandungan Kata Kunci
Imbas Di Sini Gaya hidup masa kini yang menggunakan tenaga secara intensif telah menyebabkan peningkatan drastik jumlah gas rumah hijau dan bahan-bahan pemusnah ozon di atmosfera. Ini secara langsung telah menyumbang kepada perubahan iklim dan pemanasan global. Pembebasan bahan pemusnah ozon (BPO) ke atmosfera di seluruh dunia telah menyebabkan penipisan lapisan ozon yang serius. Pada tahun 1970-an, saintis telah mendapati tahap penipisan ozon yang begitu ketara dalam stratosfera dan ini telah menghasilkan fenomena yang dikenali sebagai lubang ozon atau 'ozone hole'. Jumlah molekul ozon pada tahun 1990-an adalah kurang daripada separuh jumlah molekul ozon pada tahun 1.1 PENGENALAN tahun 1970-an dan kekurangan ini berterusan sehingga hari ini. Oleh itu, pada tahun 1987, negara di seluruh dunia telah bersetuju dengan inisiatif BangsaBangsa Bersatu untuk mewujudkan Perjanjian Protokol Montreal sebagai langkah untuk menangani isu pencemaran alam sekitar berkaitan dengan isu penipisan lapisan ozon secara global. Malaysia telah mengesahkan keahliannya di Konvensyen Vienna dan turut serta dalam mengesahkan Penggubalan Protokol Montreal mengenai bahan pemusnah ozon pada bulan Ogos 1989. Sehingga Oktober 2001, Malaysia telah mengesahkan semua pindaan dalam tersebut. Malaysia dikelaskan sebagai Negara parti yang beroperasi di bawah Perenggan 1, Artikel 5, Protokol Montreal dan dengan itu layak mendapat bantuan teknikal dan kewangan, termasuk pemindahan teknologi melalui mekanisme kewangan Protokol Montreal. Program Negara Malaysia yang telah diluluskan pada tahun 1992 merangkumi Strategi Kebangsaan dan Pelan Tindakan untuk mengawal penggunaan bahan pemusnah ozon. Sejak itu, Malaysia mengambil langkah-langkah proaktif seperti menjalankan aktiviti di bawah projek penghapusan penggunaan BPO termasuk pelaburan dalam pemindahan teknologi, bantuan teknikal, latihan dan pembangunan kapasiti, penyebaran maklumat, meningkatkan kesedaran dan memperkasakan perundangan tempatan. - Memahami pengisian Pindaan Protokol Montreal - Mengetahui jenis-jenis bahan pendingin - Menyenaraikan kesan Bahan pendingin kepada alam sekitar. Standard Pembelajaran Layari https://www. doe.gov.my/pengurusan udara/protokol-montreal/ untuk mendapatkan maklumat mengenai Protokol Montreal 1
Penggunaan awal BPO dalam sistem penyejukbekuan dan penyaman udara adalah dengan menggunakan refrigeran jenis klorofluorokarbon (CFC). CFC dikenali sebagai "miracle gas" kerana ia mempunyai ciri-ciri refrigeran yang sangat bagus dan tidak mempunyai kesan terhadap kesihatan manusia, sehingga para saintis menemui bahawa pelepasan CFC mengakibatkan fenomena penipisan lapisan ozon. CFC diklasifikasikan sebagai bahan kawalan di bawah Annex A dan Annex B Protokol Montreal dan penggunaan CFC perlu dihapuskan sepenuhnya pada 1 Januari 2010 bagi Negara Artikel 5. Malaysia telah mencapai obligasi Protokol Montreal yang berkenaan dengan CFC melalui pelaksanaan Pelan Penghapusan CFC Negara (NCFCP) dan perundangan tempatan. Refrigeran yang menggantikan CFC adalah bahan HCFC. Hidroklorofluorokarbon (HCFC) diklasifikasikan sebagai bahan kawalan di bawah Annex C Kumpulan-l Protokol Montreal dan tertakluk kepada jadual kawalan yang ditentukan bagi Negara Artikel-5; pembekuan penggunaan tahun 2013 pada paras dasar dan pengurangan sebanyak 10% daripada paras dasar pada tahun 2015 dan penghapusan sepenuhnya pada tahun 2040. HCFC digunakan di Malaysia dalam pelbagai sektor industri iaitu penyaman udara, penyejukbekuan, sektor busa, alat pemadam api dan bahan pelarut. HCFC yang paling banyak digunakan adalah HCFC 22 (R22) dalam sektor penyaman udara dan penyejukbekuan. Malaysia dan negara-negara parti Protokol Montreal yang lain sedang melaksanakan Pelan Pengurusan Penghapusan HCFC (HPMP) dengan menggunakan teknologi alternatif dalam sistem penyaman udara dan penyejukbekuan. Oleh itu, tindakan perundangan dilaksanakan bagi mengawal pengimportan dan penggunaan HCFC dalam sektor pembuatan dan penyelenggaraan sistem penyaman udara dan penyejukbekuan. Jabatan Alam Sekitar (JAS) merupakan agensi yang mentadbir isu-isu berkaitan dengan alam sekitar dan memantau penguatkuasaan aktiviti berkaitan flora dan fauna Info Tambahan 2
1.2 UNDANG – UNDANG YANG BERKAITAN DI MALAYSIA 1.2.1 Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Pengurusan Refrigeran) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Pengurusan Refrigeran) 1999 mula berkuatkuasa pada 1 Januari 1999 dan dengan pindaan pada tahun 2020 yang berkuatkuasa pada 1 Jun 2020. Larangan penggunaan refrigerant i. Tiada seorang pun boleh menggunakan mana-mana refrigeran yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dalam pengilangan atau pemasangan apa-apa kelengkapan penyejukan atau penyaman udara. Penggunaan refrigeran tertakluk kepada kelulusan i. Tiada seorang pun boleh menggunakan mana-mana refrigeran yang dinyatakan dalam Jadual Kedua dalam pengilangan atau pemasangan apa-apa kelengkapan penyaman udara dengan lebih daripada 2.5 kuasa kuda (25,000 Btu/jam) untuk digunakan sama ada di dalam atau di luar Malaysia tanpa mendapatkan kelulusan bertulis Ketua Pengarah terlebih dahulu. Syarat ke atas orang yang menggunakan refrigeran i. Tiada seorang pun boleh membaiki atau menservis apa-apa kelengkapan penyejukan atau penyaman udara, atau membaiki, menservis atau melaras apa-apa sistem penyejukan atau penyaman udara sekiranya pembaikan, penservisan atau pelarasan itu melibatkan penggunaan refrigeran melainkan jika orang itu seorang yang terlatih yang telah menghadiri manamana kursus bagi pengendalian refrigeran yang diperaku oleh Ketua Pengarah. Peraturan 3 Peraturan 4 P e r Peraturan 5 Standard Pembelajaran - Menyenaraikan peraturan² Kualiti Alam Sekeliling dan undang² di Malaysia serta fungsinya. - Menyatakan individu yang terlibat dengan sektor servis - Memahami peranan & tanggungjawab Majikan / Juruteknik dalam sektor servis 3
Imbas Di Sini Peraturan ii. Mana-mana orang yang menjalankan apa-apa pembaikan, penservisan atau pelarasan di bawah subperaturan (i) – a) Hendaklah mematuhi dokumen panduan teknikal yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah b) Hendaklah memastikan bahawa apa-apa bekas atau produk yang mengandungi refrigeran dilabel mengikut jenisnya dan label itu dipamerkan dan boleh dilihat. iii. Mana-mana orang yang menjalankan apa-apa pemulihgunaan atau kitar semula yang melibatkan penggunaan refrigeran hendaklah menggunakan mesin pemulihgunaan dan kitar semula, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang mengikut standard AHR1 740, ISO 11650 atau EN 35421, atau mana-mana standard antarabangsa lain atau standard Malaysia yang setara. Larangan pelepasan refrigerant i. Tiada seorang pun boleh melepaskan apa-apa refrigeran ke dalam alam sekeliling. 7 1.2.2 Larangan Import Jabatan Kastam DiRaja Malaysia telah memasukkan bahan CFC, Halon dan Karbon Tetraklorida (CCL) ke dalam Jadual Pertama, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2010 pindaan 2020 yang menyatakan larangan mutlak terhadap pengimportan bahan-bahan tersebut. Kabinet Malaysia telah bersetuju pada 25 Mac 2011 untuk melaksanakan kawalan kuota pengimportan HCFC melalui mekanisme Permit Kelulusan (AP). Pindaan Baru Perintah Kastam 2012 P.U (A) 192/2012 telah diwartakan pada 31 Disember 2012 dengan memasukkan senarai HCFC pada Jadual Kedua Perintah tersebut dan mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2013. Pindaan terkini Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) (Pindaan) 2020 dengan memasukkan HFC pada Jadual Kedua dalam Bahagian II dan mula berkuatkuasa pada 1 Mac 2020. Layari https://www. doe.gov.my/2021/10/01/ peraturan-peraturankualiti-alam-sekeliling pengurusan-refrigeran2020/ untuk mendapatkan maklumat mengenai peraturanperaturan alam sekeliling 4
Permit Kelulusan (AP) import akan diproses dan diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi empat puluh (40) jenis HCFC. Dari 1 Januari hingga 28 Februari 2013, permohonan telah diproses secara manual sebelum sistem e-Permit secara online mula digunakan pada 1 Mac 2013. Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) tersebut telah dipinda dan dikemaskini dengan mengambilkira kod "Harmonization Standard" (kod HS) 2017 bagi memastikan keseragaman kod tarif. Perintah ini dikenali sebagai Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017,PU (A) 103/2017 yang telah digazetkan pada 31Mac 2017 dan mula berkuatkuasa pada 1 April 2017. 1.2.3 Larangan Eksport Pada masa yang sama, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia juga telah memasukkan bahan CFC, Halon dan Karbon Tetraklorida ke dalam Jadual Pertama, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2010 (Pindaan) 2020 yang menyatakan larangan mutlak terhadap pengeksportan bahan-bahan tersebut. Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) (Pindaan) (No.3) 2013, P.U (A) 386 telah digazetkan pada 31 Disember 2013 dan mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2014. Permit Kelulusan eksport bagi empat puluh (40) jenis HCFC yang disenaraikan dalam Jadual Kedua, Perintah tersebut akan diproses dan diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar secara manual mulai 1 Januari hingga 31 Mac 2014. Permohonan tersebut diproses melalui sistem e-Permit bermula pada 1 April 2014. Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) tersebut telah dipinda dan dikemaskini dengan mengambilkira kod "Harmonization Standard" (kod HS) 2017 bagi memastikan keseragaman kod tarif. Perintah ini dikenali sebagai Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2017, P.U (A) 102/2017 yang telah digazetkan pada 31 Mac 2017 dan mula berkuatkuasa pada 1 April 2017. Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) telah dipinda pada tahun 2020 dengan memasukkan Selepas butiran 22 dan butir-butir berikut dimasukkan dalam Pindaan Jadual Kedua. Ianya berkuatkuasa pada 1 Mac 2020. Perintah ini dikenali sebagai Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) (Pindaan) 2020. 5
1.2.4 Individu yang terlibat Semua pengendali refrigeran Pemilik bangunan dengan chiller atau sistem penyejukbekuan Pengilang / Pengeluar sistem penyaman udara untuk bangunan dan kenderaan atau peralatan (instrument) Jabatan Alam Sekitar Bengkel penyaman udara automotif Kontraktor servis penyaman udara dan penyejukbekuan Pengimport / Pengeksport HCFC & HFC Jabatan Kastam DiRaja Malaysia 6
1.2.5 Peranan dan Tanggungjawab Majikan / Juruteknik dalam Sektor Servis Majikan dan juruteknik dalam Sektor Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara perlu memainkan peranan dalam mematuhi keperluan perundangan dan seterusnya mengurangkan perlepasan refrigerant kea lam sekitar. Tanggungjawab majikan termasuk : Majikan termasuk pemilik bangunan hendaklah memastikan semua juruteknik adalah bertauliah sebelum mereka melakukan apa-apa aktiviti penyelenggaraan Majikan menekankan aspek alam sekitar dalam program latihan pekerja bagi meningkatkan kesedaran alam sekitar dalam organisasi tersebut Majikan hendaklah menjalankan latihan dalaman secara berkala kepada juruteknik servis bagi meningkatkan lagi kemahiran mereka. 7
Bincangkan di dalam kelas anda berkaitan kesan jika majikan atau juruteknik tidak memainkan peranan dan tidak bertanggungjawab dalam kerja Sektor Servis dan berikan cadangan untuk mereka sentiasa memainkan peranan dan sentiasa bertanggungjawab Aktiviti Tanggungjawab juruteknik servis termasuk : Juruteknik servis perlu ditauliahkan sebelum mereka menjalankan sebarang aktiviti servis untuk memastikan mereka mempraktikkan amalan baik dan memahami kepentingan penggunaan recovery machine Juruteknik servis harus memahami kesan-kesan alam sekitar semasa menjalankan aktiviti servis bagi memastikan pembebasan refrigeran adalah minima Juruteknik servis seharusnya boleh memberi khidmat nasihat kepada pelanggan mengenai kesan penggunaan alat penyaman udara kepada alam sekitar. 8
STRATOSFERA DAN LAPISAN OZON Imbas Di Sini 1.3 1.3.1 Stratosfera Stratosfera berada pada ketinggian 10 hingga 50 kilometer dari permukaan bumi. Lapisan ozon lazimnya ditemui di bahagian bawah stratosfera iaitu kira-kira 20 hingga 30 kilometer dari aras laut. Rajah 1.1 : Lapisan Stratosfera 1.3.2 Definisi Ozon Molekul ozon adalah terdiri daripada tiga atom oksigen. Molekul-molekul ozon membentuk lapisan ozon dalam stratosfera yang terletak di bahagian atas atmosfera. Lapisan ozon adalah penting bagi semua hidupan di bumi di mana ia menghalang sinaran ultraviolet matahari yang berbahaya. Molekul ozon adalah sentiasa bertindakbalas dalam lapisan ozon tersebut. Walaubagaimanapun, jumlah molekul ozon adalah agak stabil. Ozon juga terhasil secara semula jadi semasa ribut petir melalui cas elektrik dalam petir. Proses pembentukkan molekul ozon dalam lapisan ozon adalah seperti berikut : - Memahami tentang stratosfera, pembentukan ozon, peranan lapisan ozon dan penipisan lapisan ozon. - Menyenaraikan kesan-kesan daripada penipisan lapisan ozon. - Menerapkan kepentingan menjaga lapisan ozon dalam diri untuk mengelakkan kesan yang serius kepada manusia, haiwan dan tumbuhan. Standard Pembelajaran Layari https://www. youtube.com/watch?v=J0bx2 BuxT-I untuk melihat video mengenai Stratosfera, Ozon dan Pembentukan Ozon 9
Tenaga daripada sinaran matahari memecahkan molekul oksigen (O₂), kepada dua atom oksigen tunggal (O dan O) Salah satu atom oksigen tunggal tersebut bertindakbalas dengan molekul oksigen bagi membentuk molekul ozon (O + O₂ → O₃). 1.3.3 Pembentukan Ozon Rajah 1.2 : Pembentukan Ozon 1.3.4 Peranan Lapisan Ozon Lapisan ozon adalah sangat penting kepada kehidupan kita kerana ia menyerap sinaran radiasi ultraviolet (UV) yang berbahaya daripada matahari. Selain daripada sinaran yang boleh dilihat, sinaran matahari yang sampai ke bumi mengandungi UV yang berbahaya kepada hidupan semulajadi. Ketebalan lapisan ozon bertindak sebagai penapis untuk menyerap hampir kesemua sinaran UV yang berbahaya daripada sampai ke permukaan bumi seperti di Rajah 1.3. Ahli-ahli sains telah mengkelaskan sinaran UV kepada 3 jenis: UV-A, UV-B dan UV-C. 10
UV-A : Tidak diserap langsung dan tidak berbahaya UV-B : Sebahagiannya diserap oleh lapisan ozon dan sinaran adalah merbahaya kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. UV-C : Diserap sepenuhnya oleh lapisan ozon dan sinaran boleh membawa maut. Rajah 1.3 : Peranan Lapisan Ozon 11
Imbas Di Sini 1.3.5 Penipisan Lapisan Ozon Semenjak 60 tahun yang lalu aktiviti manusia telah menyumbang kepada penipisan lapisan ozon. Pada tahun 1970- an, ahli sains telah menemui kejadian penipisan ozon yang berlaku dalam lapisan stratosfera, menghasilkan fenomena yang dikenali sebagai ‘Lubang Ozon’ seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.4. Rajah 1.4 : Lubang Ozon 1.3.6 Kesan daripada Penipisan Lapisan Penipisan lapisan ozon menyebabkan radiasi sinaran UV Ozon -B yang berbahaya menembusi ke permukaan bumi dan membawa kesan buruk kepada semua hidupan di bumi. Pendedahan kepada sinaran UV yang lebih tinggi boleh membawa kesan yang serius ke atas manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Berikut adalah beberapa contoh kesan sinaran UV: a) Kerosakan Hidupan Laut • Plankton (mikroorganisma pada lapisan pemukaan lautan) adalah terancam oleh peningkatan sinaran UV. Plankton merupakan organisma pertama dalam rantaian makanan akuatik. Kewujudan plankton adalah amat penting bagi memastikan keseimbangan ekosistem marin seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.5. • Pengurangan plankton boleh menganggu rantaian makanan dari sungai, tasik dan lautan, dan boleh menyebabkan kepupusan beberapa spesies hidupan akuatik. • Kehilangan kepelbagaian hidupan di lautan, sungai dan tasik juga akan mengurangkan hasil tangkapan ikan. Layari https://ww w.youtube.com/watch?v= aU6pxSNDPhs untuk melihat video mengenai Penipisan Lapisan Ozon 12
Rajah 1.5 : Rantaian Makanan Laut b) Pengurangan Pengeluaran Bijirin dan Tanaman Beberapa spesies tanaman utama di dunia menerima kesan yang lebih teruk apabila terdedah kepada peningkatan sinaran UV, di mana pendedahan kepada sinaran UV boleh menyebabkan pertumbuhan tanaman tersebut terencat dan berpenyakit. Spesies tumbuhan yang terlibat adalah seperti gandum, beras, barli, oat, jagung, kacang soya, kacang, tomato, timun, kubis bunga, brokoli dan lobak merah. Rajah 1.6 : Penyakit Tanaman 13
Bincangkan dalam kumpulan, cara-cara untuk mengurangkan kesan daripada penipisan lapisan ozon ini ? c) Kesan kepada kesihatan manusia • Kanser kulit • Katarak, buta dan penyakit mata lain. Sinaran UV boleh merosakkan beberapa bahagian mata, termasuk kanta, kornea, retina dan konjunktiva • Melemahkan sistem imunisasi manusia (immunosuppression). Rajah 1.7 : Kanser Kulit dan Kelemahan Sistem Imunisasi d) Kerosakan Bahan – bahan Pembinaan • Kayu, plastik, getah, kain dan bahan-bahan pembinaan lain yang rosak disebabkan oleh sinaran UV seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.8. Rajah 1.8 : Kerosakkan bahan binaan dengan pantas 14
BAHAN PEMUSNAH OZON (BPO) Standard Pembelajaran 1.4 Bahan kimia yang memusnahkan lapisan ozon adalah dinamakan bahan pemusnah ozon (BPO). Bahan kimia ini adalah buatan manusia. Jenis-jenis BPO yang utama adalah : CFC adalah bahan yang hanya terdiri daripada atomatom klorin, fluorin dan karbon sahaja. CFC telah dibangunkan pada tahun 1928 dan ia adalah bahan yang selamat, stabil, tidak mudah terbakar, rendah toksik dan murah. CFC digunakan sebagai refrigeran (dalam peti sejuk dan penyaman udara), bahan propelan dalam penyembur aerosol, pelarut, agen pengembang busa dan lain-lain aplikasi. 1.4.1 Klorofluorokarbon (Chlorofluorocarbons – CFC) Rajah 1.9 : Contoh CFC - Menyenaraikan jenis-jenis Bahan Pemusnah Ozon (BPO) - Memahami penggunaan Bahan Pemusnah Ozon (BPO) dalam pelbagai aplikasi 15
Setiap tong bahan pendingin mempunyai kod dan warna yang berbeza-beza HCFC adalah bahan yang terdiri daripada atom hidrogen, klorin, florin dan karbon. Ia digunakan secara meluas pada tahun 1990-an sebagai pengganti CFC dalam sektor penyejukbekuan, busa, pelarut, aerosol dan alat pemadam api. HCFC juga digunakan sebagai bahan mentah dalam pengeluaran bahan kimia lain. Walaupun ia mempunyai potensi penipisan ozon (ODP) yang lebih rendah daripada CFC tetapi penggunaan HCFC dalam kuantiti yang banyak dan dalam pelbagai aplikasi boleh memberikan kesan penipisan lapisan ozon yang serius. Tambahan pula, kebanyakkan HCFC mempunyai potensi pemanasan global (GWP) yang tinggi sehingga 2000 kali ganda GWP berbanding karbon dioksida. 1.4.2 Hidroklorofluorokarbon (Hydrocholorofluorocarbons - HCFC) Rajah 1.10 : Contoh HCFC Info Tambahan 16
1.4.3 Halon Halon digunakan dalam sistem pemadam api tetap dan mudah alih. Rajah 1.11 : Contoh alat pemadam api jenis Halon Metil bromida digunakan sebagai racun makhluk perosak dalam fumigasi tanah, rawatan kuarantin pra-perkapalan dan penyelenggaraan rumput di padang golf. Rajah 1.12 : Rawatan Rumput menggunakan Methyl Bromide 1.4.4 Metil Bromida 17
1) HCFC digunakan sebagai refrigeran dalam alat penyaman udara dan peralatan penyejukan lain 2) 2) HCFC merupakan agen pengembang dalam industri pembuatan busa. 3) Digunakan sebagai pelarut untuk operasi pembersihan dalam industri perkakasan (precision industry) 4) Digunakan sebagai aerosol dalam produk kosmetik dan produk kesihatan 5) Digunakan dalam sistem pemadam kebakaran 6) Digunakan sebagai agen pembasmian makhluk perosak dalam aplikasi kuarantin pra-perkapalan. 1.4.5 Sumber Bahan Pemusnah Ozon Bahan Pemusnah Ozon (BPO) digunakan dalam pelbagai aplikasi seperti : 18
a) Penyaman udara bangunan dan kenderaan b) Sistem Penyejukbekuan c) Alat Pemadam Api 19
d) Aerosol e) Busa Rajah 1.13 : Sumber Bahan Pemusnah Ozon (BPO) 20 1.4.6 Potensi Penipisan Ozon (Ozone Depletion PotentialODP) Potensi penipisan ozon (ODP) adalah ukuran keupayaan sesuatu bahan untuk menipiskan ozon berbanding CFC-11, yang menjadi asas kepada ODP dengan nilai 1.0. Jadual 1.1 menunjukkan nilai ODP bagi bahan refrigeran.
CFC merupakan singkatan daripada Klorofluorokarbon HCFC merupakan singkatan daripada Hidroklorofluorokarbon HFC merupakan singkatan daripada Hidrofluorokarbon HC merupakan singkatan daripada Hidrokarbon Refrigeran Jangka Hayat Atmosfera (Tahun) ODP GWP (100 Tahun) CFC CFC-11 (Asas ODP) 50 1 4000 CFC-12 102 1 10900 HCFCs HCFC-22 13.3 0.055 1820 HCFC-123 1.4 0.02 93 HCFC-141b 9.4 0.11 630 HFCs HFC-134a 14.6 0 1300 HFC-245fa 7.3 0 820 R-32 - 0 675 HCs HC-290 (Propane) - 0 3 R-1270 (Propylene) - 0 <2 HFC campuran R-404A - 0 3260 R-407A - 0 1770 R-407C - 0 1530 R-410A - 0 1730 Ammonia R-717 - 0 <1 CO2 R-744 - 0 1 Jadual 1.1 : Nilai Potensi Penipisan Ozon (ODP) dan Nilai Potensi Pemanasan Global (GWP) bagi Refrigeran Info Tambahan 21
PROSES PEMUSNAHAN OZON Standard Pembelajaran 1.5 Rajah 1.14 : Proses Penipisan Ozon BPO dilepaskan ke udara semasa proses pembuatan bahan tersebut, apabila berlakunya kebocoran dan apabila peralatan yang mengandungi BPO tidak dilupuskan dengan betul. Oleh itu, perlaksanaan aktiviti pemerolehan kembali dan kitar semula peralatan yang mengandungi BPO secara sistematik adalah penting bagi mengurangkan kesan terhadap lapisan ozon. Ozon adalah molekul yang stabil dan ia tidak bertindak balas dengan mudah dengan bahan-bahan lain di dalam atmosfera. Oleh itu, molekul ozon bergerak ke atas dan terkumpul di bahagian atas atmosfera. CFC juga adalah molekul yang sangat stabil dan hanya akan terpisah apabila terdedah kepada sinaran UV yang kuat. Apabila ini berlaku, molekul CFC membebaskan atom klorin yang menjadi atom radikal bebas untuk menyerang molekul ozon menyebabkan kemusnahan lapisan ozon. Rajah 1.14 di bawah menunjukkan proses penipisan lapisan ozon tersebut - Memahami Proses Pemusnahan Ozon. 22
KEMEROSOTAN ALAM SEKITAR DAN LANGKAH MITIGASI 1.6 PROTOKOL MONTREAL Standard Pembelajaran Standard Pembelajaran 1. Bahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan 2. Pelajar dikehendaki membuat perbincangan bagaimana untuk menerapkan sikap bertanggungjawab seseorang dalam menggunakan refrigeran 3. Wakil kumpulan perlu memberikan penerangan . Rajah 1.15 : Mitigasi terhadap kemerosotan alam sekitar 1.7 Protokol Montreal merupakan satu perjanjian antarabangsa yang mengawal pengeluaran dan penggunaan CFC, HCFC, HFC Halon, metil klorofom, metil bromide dan karbon tetraklorida. Refrigeran HCFC dan HFC bersama-sama dengan gas rumah kaca yang lain seperti karbon dioksida (CO₂), metana (CH₄), nitrus oksida (NO), sulphur hexafluorides (SF₆) dan perfluorocarbons (PFCs) merupakan punca utama yang menyumbang kepada isu pemanasan global. Oleh itu, penggunaan refrigeran secara bertanggungjawab adalah penting. Pertimbangan yang dibuat pada hari ini memberikan impak kepada generasi akan datang - Mengenalpasti punca Kemerosotan alam sekitar - Mengamalkan langkah mitigasi untuk impak positif pada generasi akan datang - Menyatakan perkara yang terkandung di dalam Protokol Montreal - Menyenaraikan Dasar dan Perundangan dalam Pelan Pengurusan Penghapusan HCFC (HPMP) 23
1.7.1 Ratifikasi Protokol Montreal Sehingga kini, 197 negara telah meratifikasi Protokol Montreal mengenai bahan pemusnah lapisan ozon. Malaysia telah meratifikasi Protokol Montreal mengenai bahan pemusnah lapisan ozon. Malaysia telah meratifikasi protocol tersebut pada 29 Ogos 1989. Status ratifikasi Protokol Montreal dan pindaan bagi Malaysia adalah seperti dalam Jadual 1.2. Jadual 1.2 : Status Pengesahan Protokol Montreal STATUS RATIFIKASI : MALAYSIA KONVENSYEN VIENNA 1985 29 OGOS 1989 PROTOKOL MONTREAL 1987 29 OGOS 1989 PINDAAN LONDON 1990 16 JUN 1993 PINDAAN COPENHAGEN 1992 05 OGOS 1993 PINDAAN MONTREAL 1992 26 OKTOBER 2001 PINDAAN BEIJING 1999 26 OKTOBER 2001 Malaysia berjaya mematuhi obligasi Protokol Montreal dengan penghapusan sepenuhnya penggunaan CFC, Halon dan Karbon Tetraklorida (CCI₄) sejak 1 Januari 2010. Obligasi seterusnya bagi Negara Malaysia adalah penghapusan sepenuhnya penggunaan HCFC pada tahun 2040. 24
1.7.2 Pindaan kepada Protokol Montreal Pada mesyuarat yang ke-19 Negara parti Protokol Montreal Mengenai Bahan Pemusnah Lapisan Ozon yang diadakan pada September 2007 di Montreal, satu perjanjian telah dicapai untuk mempercepatkan penghapusan pengeluaran dan penggunaan HCFC seperti dalam Jadual 1.3. Jadual 1.3 : Jadual Baru Sasaran Penghapusan HCFC bagi Negara Artikel 5 Jadual 1.4 : Sasaran Malaysia untuk Penghapusan HCFCs SASARAN TAHAP PENGGUNAAN MAKSIMUM (ODP TAN) Dari 1 Januari 2013 515.8 Dari 1 Januari 2015 464.2 Dari 1 Januari 2020 335.3 Dari 1 Januari 2025 167.6 Dari 1 Januari 2030 Sektor servis sahaja 12.89 25
Imbas Di Sini 1.7.3 Pindaan Kigali di bawah Protokol Montreal Malaysia telah meratifikasi Pindaan Kigali kepada Protokol Montreal mengenai Bahan Penipisan Lapisan Ozon di bawah Konvensyen Vienna bagi Perlindungan Lapisan Ozon. Instrumen bagi ratifikasi ini telah dikemukakan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berpusat di New York, Amerika Syarikat pada 21 Oktober 2020 melalui Kementerian Luar Negeri. Ratifikasi ini menunjukkan komitmen negara dalam melindungi alam sekitar khususnya lapisan ozon dalam menangani perubahan iklim. Pindaan Kigali ini telah berkuatkuasa mulai 1 Januari 2019. Sehingga kini, 110 buah negara telah meratifikasi pindaan tersebut termasuk Malaysia. Objektif utama Pindaan Kigali adalah bertujuan untuk mengurangkan (phase-down) penggunaan hidroflorokarbon (HFC) bagi membantu mengurangkan kesan perubahan iklim. HFC mempunyai Potensi Pemanasan Global (GWP) yang tinggi iaitu sehingga 14,800 kali ganda berbanding karbon dioksida (CO²). Di bawah Pindaan Kigali, Malaysia perlu mengurangkan penggunaan HFC sebanyak 80% daripada garis asas (baseline) pada tahun 2045. Penggunaan HFC akan dibekukan berdasarkan garis asas di Malaysia bermula pada 1 Januari 2024. 1.7.4 Dasar dan Perundangan dalam Pelan Pengurusan Penghapusan HCFC (HPMP) Dalam usaha untuk mencapai sasaran penghapusan HCFC, Malaysia telah membangunkan dasar dan Tindakan perundangan yang digariskan dalam Pelan Pengurusan Penghapusan HCFC (HPMP) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.5. Layari https://www .doe.gov.my/2021/0 9/30/malaysiakomited-dalamperlindunganlapisan-ozon-daniklim-bumi-melaluiratifikasi-pindaankigali-di-bawahprotokol-montreal/ untuk mendapatkan maklumat mengenai Pindaan Kigali 26
TAHUN TINDAKAN PERUNDANGAN YANG DIRANCANG 2012 Mewujudkan sistem kuota import dan Approved Permit (AP) bagi pengimportan HCFC berdasarkan paras dasar HCFC (515.8 ODPT- purata penggunaan tahun 2009/2010) Pindaan kepada peraturan sedia ada bgi mengawal penggunaan, import, pembuatan dan pemasangan peralatan mengandungi HCFC. 2013 Perlesenan untuk mengeksport HCFC Penguatkuasaan Sistem Kuota dan Approved Permit (AP) Larangan bagi membina dan meningkatkan kapasiti pengeluaran peralatan yang menggunakan HCFC Mewujudkan sistem insentif bagi mempromosikan penggunaan alternatif kepada HCFC Pensijilan juruteknik yang mengendalikan HCFC 2015 Larangan ke atas pembuatan, pemasangan dan import alat penyaman udara yang menggunakan HCFC (2.5 HP ke bawah) untuk digunakan di Malaysia Larangan mengimport pra-campuran polyol yang mengandungi HCFCs Memasukkan HCFCs dalam senarai gas yang dikawal. 2020 Larangan ke atas pembuatan, pemasangan dan pengimportan semua peralatan yang menggunakan HCFC kecuali bagi kegunaan perlu (essential use) Larangan penggunaan HCFC 141b sebagai agen pengembang Larangan penggunaan HCFC dalam pembuatan dan pemasangan sistem pemadam api baru 2025 Tiada pemasangan peralatan dan produk baru menggunakan HCFC 2030 AP dihadkan kepada 2.5% daripada paras dasar untuk kegunaan servis sahaja 2040 Larangan mutlak ke atas import dan penggunaan HCFC. Jadual 1.5 : Tindakan Perundangan bagi HPMP Malaysia 27
Protokol Montreal Protokol Montreal merupakan perjanjian yang telah dipersetujui oleh BangsaBangsa Bersatu dalam langkah menangani isu pencemaran alam sekitar berkaitan dengan isu penipisan lapisan ozon secara global. Pindaan Kigali di bawah Protokol Montreal Pindaan Kigali adalah bertujuan untuk mengurangkan (phase-down) penggunaan hidroflorokarbon (HFC) bagi membantu mengurangkan kesan perubahan iklim. HFC mempunyai Potensi Pemanasan Global (GWP) yang tinggi iaitu sehingga 14,800 kali ganda berbanding karbon dioksida (CO²). Di bawah Pindaan Kigali, Malaysia perlu mengurangkan penggunaan HFC sebanyak 80% daripada garis asas (baseline) pada tahun 2045. Penggunaan HFC akan dibekukan berdasarkan garis asas di Malaysia bermula pada 1 Januari 2024. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling Peraturan 3 larangan penggunaan refrigeran Peraturan 4 Penggunaan refrigeran tertakluk kepada kelulusan Peraturan 5 syarat ke atas orang yang menggunakan refrigeran Peraturan 7 Larangan perlepasan refrigeran RUMUSAN 28
Larangan Import Bahan CFC, Halon dan Karbon Tetraklorida (CCL) telah diletakkan ke dalam Jadual Pertama, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2010 pindaan 2020 yang menyatakan larangan mutlak terhadap pengimportan bahan-bahan tersebut. Larangan Eksport Bahan CFC, Halon dan Karbon Tetraklorida (CCL) telah diletakkan ke dalam Jadual Pertama, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2010 pindaan 2020 yang menyatakan larangan mutlak terhadap pengimportan bahan-bahan tersebut. Individu yang terlibat a) Pengilang/Pengeluar sistem penyaman udara untuk bangunan dan kenderaan atau peralatan (instrument) b) Kontraktor servis penyaman udara dan penyejukbekuan c) Pemilik bangunan dengan chiller atau sistem penyejukbekuan d) Bengkel penyaman udara automotive e) Semua pengendali refrigeran f) Pengimport / Pengeksport HCFC & HFC g) Jabatan Alam Sekitar h) Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Peranan dan Tanggungjawab Majikan / Juruteknik dalam Sektor Servis Tanggungjawab Majikan • Memastikan semua juruteknik bertauliah sebelum melakukan penyelenggaraan. • Menekankan aspek alam sekitar dalam program latihan untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar • Menjalankan latihan dalaman secara berkala pada juruteknik untuk meningkatkan kemahiran 29
Tanggungjawab Juruteknik • Pastikan sudah bertauliah sebelum memulakan penyelenggaraan supaya dapat praktik amalan baik dan memahami kepentingan penggunaan recovery machine • Memahami kesan-kesan alam sekitar semasa menjalankan aktiviti servis bagi memastikan pembebasan refrigerant adalah minima • Memberi khidmat nasihat kepada pelanggan mengenai kesan penggunaan alat penyaman udara kepada alam sekitar Stratosfera dan lapisan ozon Stratosfera berada pada ketinggian 10 hingga 50 kilometer dari permukaan bumi. Lapisan ozon lazimnya ditemui di bahagian bawah stratosfera iaitu kira-kira 20 hingga 30 kilometer dari aras laut. Lapisan ozon adalah penting bagi semua hidupan di bumi di mana ia menghalang sinaran ultraviolet matahari yang berbahaya. 1) Tenaga daripada sinaran matahari memecahkan molekul oksigen (O₂), kepada dua atom oksigen tunggal (O dan O) 2) Salah satu atom oksigen tunggal tersebut bertindakbalas dengan molekul oksigen bagi membentuk molekul ozon (O + O₂ → O₃). Peranan Lapisan Ozon Peranannya adalah menyerap sinaran radiasi ultraviolet (UV) yang berbahaya daripada matahari. Selain daripada sinaran yang boleh dilihat, sinaran matahari yang sampai ke bumi mengandungi UV yang berbahaya kepada hidupan semulajadi. Ketebalan lapisan ozon bertindak sebagai penapis untuk menyerap hampir kesemua sinaran UV yang berbahaya daripada sampai ke permukaan bumi a) UV-A : tidak diserap langsung dan tidak berbahaya b) UV-B : sebahagiannya diserap oleh lapisan ozon dan sinaran adalah merbahaya kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. c) UV-C : diserap sepenuhnya oleh lapisan ozon dan sinaran boleh membawa maut. 30
Kesan Penipisan Lapisan Ozon Menyebabkan radiasi sinaran UV-B yang berbahaya menembusi ke permukaan bumi dan membawa kesan buruk kepada semua hidupan di bumi. Pendedahan kepada sinaran UV yang lebih tinggi boleh membawa kesan yang serius ke atas manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan Kesan Sinaran UV Bahan Pemusnah Ozon (BPO) 1) Kluorofluorokarbon (CFC) • Atom-atom klorin, fluorin dan karbon 2) Hidroklorofluorokarbon (HCFC) • Atom hidrogen, klorin, florin dan karbon 3) Halon 4) Metil bromida Sumber Bahan Pemusnah Ozon 1) HCFC digunakan sebagai refrigeran dalam alat penyaman udara dan peralatan penyejukan lain 2) HCFC merupakan agen pengembang dalam industri pembuatan busa. 3) Digunakan sebagai pelarut untuk operasi pembersihan dalam industri perkakasan (precision industry) 4) Digunakan sebagai aerosol dalam produk kosmetik dan produk kesihatan 5) Digunakan dalam sistem pemadam kebakaran Kerosakkan hidupan laut Pengurangan Pengeluaran Bijirin dan Tanaman Kesan kepada kesihatan manusia Kerosakkan Bahan Binaan dengan pantas 31
6) Digunakan sebagai agen pembasmian makhluk perosak dalam aplikasi kuarantin pra-perkapalan. Proses Pemusnahan Ozon Molekul ozon bergerak ke atas dan terkumpul di bahagian atas atmosfera. CFC juga adalah molekul yang sangat stabil dan hanya akan terpisah apabila terdedah kepada sinaran UV yang kuat. Apabila ini berlaku, molekul CFC membebaskan atom klorin yang menjadi atom radikal bebas untuk menyerang molekul ozon menyebabkan kemusnahan lapisan ozon BPO dilepaskan ke udara semasa proses pembuatan bahan tersebut, apabila berlakunya kebocoran dan apabila peralatan yang mengandungi BPO tidak dilupuskan dengan betul 32
REFLEKSI Selepas mempelajari modul ini, pelajar dapat : Lemah Sederhana Cemerlang 1. Memahami pengisian Pindaan Protokol Montreal 2. Mengetahui jenis-jenis bahan pendingin 3. Menyenaraikan kesan Bahan Pendingin kepada alam sekitar. 4. Menyenaraikan peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling dan undangundang di Malaysia serta fungsinya. 5. Menyatakan individu yang terlibat dengan sektor servis. 6. Memahami peranan & tanggungjawab Majikan / Juruteknik dalam sektor servis 7. Menyenaraikan kesan-kesan daripada penipisan lapisan ozon 8. Menerapkan kepentingan menjaga lapisan ozon dalam diri untuk mengelakkan kesan yang serius kepada manusia, haiwan dan tumbuhan 9. Menyenaraikan jenis-jenis Bahan Pemusnah Ozon (BPO) 10. Memahami penggunaan Bahan Pemusnah Ozon (BPO) dalam pelbagai aplikasi. 11. Memahami Proses Pemusnahan Ozon 12. Mengenalpasti punca kemerosotan alam sekitar 13. Mengamalkan langkah mitigasi untuk impak positif pada generasi akan datang 14. Menyatakan perkara yang terkandung di dalam Protokol Montreal 15. Menyenaraikan Dasar dan Perundangan dalam Pelan Pengurusan Penghapusan HCFC (HPMP) Perkara 33
Kata LATIHAN Kunci 1) Senaraikan peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Pengurusan Refrigeran). 2) Nyatakan perkara-perkara yang terkandung dalam larangan import & larangan eksport bagi refrigeran. 3) Nyatakan 3 individu yang terlibat dengan undang-undang sektor servis di Malaysia 4) Jika seseorang juruteknik tidak menguruskan refrigeran dengan betul semasa melakukan servis, apakah tindakan yang perlu dikenakan mengikut Jabatan Alam Sekitar (JAS) 5) Jelaskan bagaimana Proses Pemusnahan Ozon berlaku 6) Senaraikan empat Bahan Pemusnahan Ozon 7) Terangkan 3 jenis sinaran UV dibawah Sinaran UV Penerangan UV-A UV-B UV-C 8) Terangkan secara ringkas tentang peranan Protokol Montreal dan Pindaan Kigali diwujudkan di bawah Jabatan Alam Sekitar (JAS) 9) Bincangkan kelebihan Perjanjian Protokol Montreal & Pindaan Kigali diwujudkan di Malaysia 10) Bincangkan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengurangkan penipisan lapisan ozon 34
kkkkk BAB 2 ALTERNATIF HCFC DAN SIFAT – SIFATNYA • Pengenalan - Refrigeran • Jenis-jenis Refrigeran - CFC • Refrigeran Campuran - HCFC - HFC Standard kandungan