Kata LATIHAN Kunci 1) Apakah kesan yang akan berlaku jika penyelenggaraan sesebuah mesin tidak dijalankan dengan sempurna 2) Melalui rajah di bawah, terangkan dengan ringkas cara penyelenggaraan mesin perolehan 3) Nyatakan kesan yang akan berlaku pada pam vakum dan stesen pengecas jika penyelenggaraanya tidak dilakukan dengan sempurna 4) Adakah mesin perolehan sesuai dilakukan penyelenggaraan secara mencegah kerosakkan dan nyatakan sebabnya 5) Mengapakah minyak pam vakum perlu dilakukan penukaran 6) Jika semua mesin-mesin yang digunakan dalam penyejukbekuan dan penyamanan udara tidak diselenggara, adakah ianya mendatangkan kesan kepada sistem dan apakah kesan tersebut 7) Bagaimana sesebuah organisasi perlu menerapkan amalan melakukan penyelenggaraan peralatan dan mesin-mesin kepada juruteknik di tempat kerja 82
ANNEX 1 : PERATURAN-PERATURAN KUALITI ALAM SEKELILING 83
84
85
86
87
88
89
90
91
92
93
94
ANNEX 2 : CARTA ENTALPHY TEKANAN REFRIGERAN R-12 95
R-22 96
R-134a 97
R-410a 98
JAWAPAN LATIHAN BAB 1 Soalan 1 - Peraturan 3 : Larangan penggunaan refrigeran - Peraturan 4 : Penggunaan refrigeran tertakluk kepada kelulusan - Peraturan 5 : Syarat ke atas orang yang menggunakan refrigeran - Peraturan 7 : Larangan pelepasan refrigeran Soalan 2 Larangan Import - Larangan mutlak terhadap pengimportan bahan CFC, Halon dan Karbon Tetraklorida (CCI₄) - Melaksanakan kawalan kuota pengimportan HCFC melalui mekanisme Permit Kelulusan (AP) - 40 jenis HCFC mendapat Permit Kelulusan (AP) yang diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Larangan Eksport - Larangan mutlak terhadap pengeksportan bahan CFC, Halon dan Karbon Tetraklorida (CCI₄) - Melaksanakan kawalan kuota pengimportan HCFC melalui mekanisme Permit Kelulusan (AP) - 40 jenis HCFC mendapat Permit Kelulusan (AP) yang diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Soalan 3 - Kontraktor servis penyaman udara dan penyejukan - Pemilik bangunan dengan chiller atau sistem penyejukan - Semua pengendali refrigeran Soalan 4 Tindakan yang boleh diambil adalah : - Berikan amaran kepada syarikat juruteknik tersebut bekerja - Melakukan pemerhatian dan pemeriksaan terhadap syarikat juruteknik tersebut. 99
- Jika terdapat aduan lakukan denda dan tidak membenarkan syarikat tersebut beroperasi. (JAWAPAN LAIN DITERIMA) Soalan 5 - CFC dilepaskan di udara dan bergerak ke atas ke stratosfera - CFC dipukul dan dipecahkan oleh sinaran UV matahari di stratosfera. atom klorin dibebaskan - Atom klorin memukul dan memecahkan molekul ozon yang membentuk lapisan ozon pelindung kita. atom klorin boleh menghabiskan seratus tahun memecahkan molekul ozon di stratosfera. - Semasa lapisan ozon berkurangan, lebih banyak sinar UV boleh melalui dan membahayakan kita. Soalan 6 - Klorofluorokarbon (CFC) - Hidroklorofluorokarbon (HCFC) - Halon - Metil bromide Soalan 7 Sinaran UV Penerangan UV-A Tidak diserap langsung dan tidak berbahaya UV-B Sebahagiannya diserap oleh lapisan ozon dan sinaran adalah merbahaya kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. UV-C Diserap sepenuhnya oleh lapisan ozon dan sinaran boleh membawa maut. Soalan 8 Protokol Montreal Protokol Montreal merupakan perjanjian yang telah dipersetujui oleh Bangsa-Bangsa Bersatu dalam langkah menangani isu pencemaran alam sekitar berkaitan dengan isu penipisan lapisan ozon secara global. 100
Pindaan Kigali Pindaan Kigali adalah bertujuan untuk mengurangkan (phase-down) penggunaan hidroflorokarbon (HFC) bagi membantu mengurangkan kesan perubahan iklim. HFC mempunyai Potensi Pemanasan Global (GWP) yang tinggi iaitu sehingga 14,800 kali ganda berbanding karbon dioksida (CO²). Di bawah Pindaan Kigali, Malaysia perlu mengurangkan penggunaan HFC sebanyak 80% daripada garis asas (baseline) pada tahun 2045. Penggunaan HFC akan dibekukan berdasarkan garis asas di Malaysia bermula pada 1 Januari 2024. Soalan 9 - Melindungi alam sekitar - Mengurangkan penipisan lapisan ozon - Menyedarkan masyarakat bahawa bahan pendingin mendatangkan kesan yang banyak kepada tumbuhan, manusia dan haiwan - Melatih seseorang juruteknik bahawa pentingnya pengurusan bahan pendingin dengan betul. - Dapat mengurangkan penggunaan bahan pendingin yang boleh mendatangkan bahaya - Mengelakkan sesebuah syarikat penyejukbekuan dan penyamanan udara melanggar peraturan yang ditetapkan. (JAWAPAN LAIN DITERIMA) Soalan 10 - Syarikat penyejukbekuan dan penyamanan udara perlu menyediakan latihan untuk juruteknik bagi menguruskan bahan pendingin dengan betul. - JAS perlu memberikan amaran dan denda pada pengguna, atau syarikat dan juruteknik penyejukbekuan dan penyamanan udara atas pembebasan bahan pendingin dengan sengaja - Kurangkan penggunaan refrigeran yang menipiskan lapisan ozon (JAWAPAN LAIN DITERIMA) 101
BAB 2 Soalan 1 - Klorofluorokarbon (CFC) - Hidroklorofluorokarbon (HCFC) - Hidrofluorokarbon (HFC) - Hidrofluoroolefin (HFO) - Refrigeran Campuran Azeotropik - Hidrokarbon (HC) Soalan 2 Refrigeran tulen - Refrigeran tulen mempunyai satu jenis bahan yang tidak bercampur dan tidak akan berubah komposisi apabila melalui proses penyejatan atau pemeluwapan. Refrigeran Sintetik - Refrigeran Sintetik merupakan refrigeran yang selalu digunakan pada industri penyejukbekuan dan penyamanan udara. - Mempunyai safety property yang baik dan tidak membahayakan pengguna Refrigeran Bukan Sintetik - Refrigeran Bukan Sintetik merupakan refrigeran yang selalu digunakan pada sistem HVAC yang memerlukan suhu yang sangat rendah seperti industri makanan Soalan 3 - Refrigeran Azeotropik - Refrigeran Zeotropik Soalan 4 Campuran Azeotropik : Tidak mempunyai luncuran suhu Campuran Zeotropik : Mempunyai luncuran suhu 102
Soalan 5 - Memakai pakaian yang bersesuaian seperti baju bengkel dan safety boot - Memastikan kesemua peralatan berfungsi dan selamat digunakan - mengikuti langkah-langkah mengecas dengan bentul - memastikan bahan pendingin yang digunakan bersesuaian dengan sistem - Mengemas dan menyimpan barang-barang peralatan di tempat yang betul Soalan 6 - Dew Pressure - Bubble Pressure Soalan 7 - Sistem dapat berfungsi dengan baik - Komponen dapat beroperasi dengan baik dan tidak rosak - Membekalkan udara yang memberikan pengguna selesa - Mengurangkan kadar kerosakkan sesebuah penyejukbekuan dan penyamanan udara. - Tidak berlak gangguan pada sistem (JAWAPAN LAIN DITERIMA) BAB 3 Soalan 1 - Jangka hayat mesin menjadi pendek - Hasil servis/senggara menjadi tidak baik - Prestasi mesin kurang baik - Mengambil masa yang lama untuk menyiapkan kerja (merugikan masa dan wang) 103
Soalan 2 1. Bersihkan pemeluwap untuk elakkan pengumpulan habuk 2. Penapis pengering ditutup jika tidak digunakan. Selepas mesin diguna dan beroperasi selama 25-30 kali, gantikan filter drier kerana kapasiti penyerapan akan merosot. 3. Internal filter screen perlu selalu dicuci untuk elakkan penyedutan refrigeran yang lemah. 4. Tolok perlulah keadaan ralat yang sifar, skru diputarkan arah jam dan lawan jam untuk pelarasan. 5. Keluarkan minyak daripada pemisah minyak. (Jika mesin dipasang dengan pemisah minyak). 6. Lakukan perolehan sepenuhnya sisa refrigeran dalam mesin dan singkirkan sisa dengan menggunakan nitrogen kering sebelum mesin disimpan dalam tempoh masa yang lama. 7. Injap salur masuk dan keluar dilindung dan dijaga dengan bersih dan ditutup dengan penutup plastik selepas digunakan. 8. Penapis pengering digantikan mengikut spesifikasi 9. Periksa keadaan hos, pastikan tidak retak dan tersumbat 10. Untuk simpan mesin perolehan dalam jangkamasa yang lama, lakukan proses penyingkiran dengan menggunakan gas lengai seperti nitrogen. 11. Jika prestasi mesin berkurangan dengan ketara, periksa compressor seals dan gantikan jika perlu. 12. Pastikan alat ganti yang penting sentiasa ada. Soalan 3 Vakum - Vakum berkapasiti tinggi memastikan penyingkiran kelembapan dan kapasiti pam yang tinggi mengurangkan tempoh masa vakum. Tanpa penyelenggaraan yang betul, ini akan menyebabkan masa yang lebih lama diperlukan untuk mencapai bacaan mikron vakum yang dikehendaki (500 mikron) - Keperluan tahap vakum tidak tercapai akan turut menjejaskan proses menyingkirkan kelembapan serta akan memberi kesan kepada prestasi sistem penyamanan udara. 104
Stesen Pengecas - Kurang cas refrigeran : kapasiti penyejukan menjadi kurang - Terlebih cas refrigeran : tekanan menjadi tinggi menyebabkan prestasi penyejukan menjadi kurang dan meningkatkan penggunaan tenaga elektrik. Soalan 4 Sesuai disebabkan penyelenggaraan mencegah kerosakkan merupakan penyelenggaraan berkala dimana dilakukan mengikut 1 bulan sekali, 2 bulan sekali dan sebagainya. Penyelenggaraan ini dilakukan untuk mengelakkan mesin perolehan tersebut rosak selalu dan mesin perolehan tersebut boleh digunakan dalam keadaan selamat. Penyelenggaraan ini tetap dilakukan walaupun mesin perolehan berada dalam keadaan baik. Soalan 5 Untuk mengekalkan kecekapan mesin pam vakum, melindungi mesin tersebut supaya boleh digunakan dalam jangka masa yang lama. Soalan 6 Ianya mendatangkan kesan. Kesannya seperti : - Tidak dapat melakukan recovery yang berkesan kepada sistem. - Tidak dapat melakukan vakum yang berkesan kepada sistem. - Bahan pendingin yang dimasukkan tidak mencukupi atau lebih daripada yang diperlukan disebabkan meternya tidak boleh dibaca. (JAWAPAN LAIN DITERIMA) Soalan 7 - Membangunkan arahan kepada semua pekerja juruteknik - Memberikan latihan kepada juruteknik supaya juruteknik jadikannya sebagai rutin - Melakukan jadual melakukan penyelenggaraan kepada semua pekerja. (JAWAPAN LAIN DITERIMA) 105
Engineer society (2009). HVACR 201. Delmar Cengage Learning, Clifton Park, New York. Hamdan Ali, Shawaludin Md Aris, Mat Misiah Ayob. (1989). Teknologi Penyejukan dan Penyaman Udara. Edusystem Sdn. Bhd. Kuala Lumpur Muhamad Asrul Affendi Mat Nor & Sharul Nizam Yaakop. (2012). Kajian Teknologi Hijau Pemulihan Automatik Bahan Pendingin dalam Penyaman Udara Domestik. E-proceedings of the National Technology Research in Engineering, Design and Social Science Conference. Mohd Fairuz Mohd Bakror, Juzairi Zainuddin. (2003). Menservis Penyejukan dan Penyamanan Udara. Attarbiah Sdn. Bhd. Muhammad Rizal Razman, Abdul Samad Hadi, Jamaluddin Md Jahi & Abdul Hadi Harman Shah (2010). Pengalaman Malaysia terhadap Pendekatan Kuasa dalam Proses Rundingan Protokol Montreal kea rah Pembangunan Mapan. Malaysia Journal of Environmental Management. Muhammad Rizal Razman, Jamaluddin Md Jahi, Abdul Samad Hadi, Zuliskandar Ramli, Kadir Arifin, Kadaruddin Aiyub & Azahan Awang. (2013). Protokol Montreal ke Arah Pembangunan Mapan di Malaysia: Suatu Kajian Pengurusan Persekitaran melalui UNdang-undang Antarabangsa. Prosidinh Seminar Serantau ke-2 Pengurusan Persekitaran di Alam Melayu Nasir Nayan. (2011). Isu-isu dan Pengurusan Alam Sekitar Fizikal. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Protokol Montreal – Jabatan Alam Sekitar. (2023). Doe.gov.my. https://www.doe.gov.my/pengurusan-udara/protokol-montreal/ Rizal Razman, M., Jamaluddin, & Jahi, M. (2010). Kelestarian dalam Perjanjian Alam Sekitar Pelbagai Hala: Sudut Pandangan Malaysia. Malaysian Journal of Environmental Management, 11(2), 33–43. https://core.ac.uk/download/pdf/11491426.pdf Zaini Ujang. (2009). Minda Lestari: Pembangunan Negara dan Pemulihan Alam Sekitar. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia 106 RUJUKAN
ZAIDATUL HUSNA BINTI ABU HASHIM merupakan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat Johor. Beliau dilahirkan pada 7 Julai 1998 di Tapah, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di SMK Syeikh Abdul Ghani dan melanjutkan pelajaran ke Kolej Vokasional Slim River dalam jurusan Teknologi Elektrik. Kini beliau menuntut di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam jurusan Sarjana Muda Pendidikan Teknikal dan Vokasional Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara. Modul Pembelajaran bagi Manual Latihan Juruteknik Servis Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara ini merupakan modul pertama di bawah bimbingan Dr. Khairul Anuar Bin Abdul Rahman. TS. DR. KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL RAHMAN merupakan Ketua Program Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat Johor. Beliau dilahirkan pada 6 Februari 1986 di Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di SMT Tuanku Jaafar, Seremban. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai seorang guru pada tahun 2009 sehingga Jun 2018. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik), dan mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia dalam HVAC tahap 3. Beliau juga seorang penulis buku teks digital subjek MPA Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyamanan Udara Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau melanjutkan lagi pelajaran sehingga bergelar Doktor Falsafah keluaran Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 2016. Kini beliau merupakan seorang pensyarah di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat Johor.