The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by chai24-687, 2023-07-16 21:13:18

K1 CHAI CHIEW YIAN SEJ SJKC 2 TUGASAN 3

K1 CHAI CHIEW YIAN SEJ SJKC 2 TUGASAN 3

Tugasan 3 Pengurusan Portfolio Pembentukan Penerapan Tatasusila Awal Kanakkanak Melalui Aktivitiaktiviti Seni Berdasarkan Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak


NAMA : CHAI CHIEW YIAN ANGKA GILIRAN : 2020072340258 NO. KAD MATRIKS: P19074535 NO. KAD PENGENALAN : 010920- 13-0828 KUMPULAN : PISMP AMBILAN JUN 2020 SEJARAH SJKC 2 KOD DAN NAMA KURSUS : STSK 3013 PEMUPUKAN TATASUSILA MELALUI SENI DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAKKANAK NAMA PENSYARAH : DR JASLINAH MAKANTAL


Hasil dan Kesan Isi Kandungan 01 Pendahuluan 02 Konsep dan Prinsip Tatasusila Awal Kanak-kanak 03 Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak 04 Aktiviti-aktiviti Seni dalam Penerapan Tatasusila Awal Kanak-kanak 05 Pemerhatian dan Penilaian 06 07 Kesimpulan 08 Lampiran


01 PENDAHULUAN -Latar Belakang -Tujuan Portfolio


Penerapan tatasusila adalah penting dalam membentuk sahsiah kanak-kanak. Aktiviti seni memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk mengungkapkan diri mereka dengan kreativiti dan imaginasi. Pendidikan awal kanak-kanak bertujuan untuk memupuk pembangunan fizikal,sosial,emosi,kognitif,dan moral kanak-kanak. Melalui aktiviti seni seperti melukis,mewarna,membuat kraf tangan dan bermain drama dalam memupuk penerapan tatasusila awal dalam kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak dapat belajar tentang kerjasama, saling menghormati, menghargai kepelbagaian budaya dan mengendalikan emosi mereka dengan baik. Portfolio ini akan membincangkan pembentukan penerapan tatasusila awal kanak-kanak melalui aktiviti-aktiviti seni. Latar Belakang


Merekod aktiviti-aktiviti seni yang berkualiti yang dapat memupuk sikap dan tingkah laku positif kanak-kanak. Merekod keberkesanan aktiviti-aktiviti seni dalam mengamalkan nilai-nilai tatasusila awal kanak-kanak secara berkesan. Tujuan Portfolio


-Pengertian Tatasusila Awal Kanak-Kanak -Konsep Dasar Tatasusila -Prinsip-prinsip Tatasusila Awal KanakKanak 02 KKOONNSSEEPP DDAANN PPRRIINNSSIIPP TTAATTAASSUUSSIILLAA AAWWAALL KKAANNAAKK-- KANAK


Pengertian Tatasusila Awal Kanak-Kanak


KONSEP DASAR TATASUSILA


Keadilan: Menghormati hak-hak individu, memberikan perlakuan yang adil, dan tidak melakukan diskriminasi Kebenaran : Berpegang pada kejujuran, integritas, dan ketepatan dalam ucapan dan tindakan. Kehormatan: Menghormati orang lain, termasuk penghargaan terhadap usia, kedudukan, dan kebijaksanaan. Prinsip-prinsip Tatasusila Awal KanakKanak


KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAKKANAK 03


KOMPONEN KURIKULUM


Ekspresi Kreatif Memberi kesempatan untuk meneroka idea, meluahkan perasaan dan mengembangkan imaginasi mereka. •Perkembangan Kemampuan Motorik •Seni melibatkan kegiatan fizikal seperti melukis, mewarna, mengunting dan menampal. •Ini membantu mengembangkan keterampilan motorik halus Perkembangan Kemampuan Sosial dan Emosi Kanak-kanak dapat belajar untuk bekerjasama, berkomunikasi dengan rakan. Mengembangkan keterampilan sosial seperti menghargai pendapat orang lain, menunggugiliran dan memberi respon yang positif kepada kawan. Perkembangan Kemampuan Motorik Seni melibatkan kegiatan fizikal seperti melukis, mewarna, mengunting dan menampal. Ini membantu mengembangkan keterampilan motorik halus Peranan Seni dalam Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak


Hubungan antara Seni dan Pembentukan Tatasusila Awal Kanak-Kanak


04 AKTIVITI-AKTIVITI SENI DALAM PENERAPAN TATASUSILA AWAL KANAK-KANAK -Seni Kreatif -Permainan Muzikal -Teater


KREATIF SENI


Perkembangan kreativiti: Melibatkan diri dalam seni kreatif dapat merangsang kreativiti dan pemikiran inovatif. Proses menciptakan karya seni mengasah kemampuan untuk berfikir di luarkotak dan mencari penyelesaian yang unik. Kesejahteraan Emosi: Seni kreatif dapat memiliki kesan positif dalam kesejahteraan emosi. Melukis, menulis atau menyertai kegiatan seni yang berbentuk terapi ekspresif dan membantu mengurangkan stres. Perkembangan Keterampilan: Terlibat dalam seni kreatif juga dapat membantu mengembangkan keterampilan teknik dan artistik. Proses belajar dan berlatih dalam seni memperkaya pemahaman tentang warna dan teknik yang relevan. Komunikasi dan pemahaman antara budaya: Seni kreatif membolehkan pertukaran idea dan perspektif antara budaya. Melalui seni, kanak-kanak dapat memahami dan menghargai perbezaan budaya, menghubungkan dan pelbagai pengalaman dengan orang-orang dari latar belakang yang berbeza. Tujuan dan Manfaat Seni Kreatif


Tahun: 2 Merah Tarikh : 15 Julai 2023 Bilangan murid: 15 orang Masa: 10:00 a.m. – 10:30a.m. Bidang: Menggambar Aktiviti: Gosokan Tema: Objek Buatan Manusia Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika Tajuk: Si Rama-rama Objektif Pembelajaran: 1. Murid dapat menyatakan dan menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam menghasilkan lukisan bunga teknik gosokan. 2. Murid dapat menerapkan tatasusila melalui seni kreatif yang dijalankan. Standard Kandungan KE 3.3 Menzahirkan idea kreatif dalam penghasilan karya seni (Ekspresi Kreatif) Standard Pembelaajran KE3.3.3 Mumbuat corak dan rekaan mengikut kreativiti sendiri Bahan bantu mengajar: Duit syiling, daun, sikat, pensel warna, contoh lukisan rama-rama, kertas yang mempunyai outline rama-rama, lagu rama-rama Elemen Merentas Kurikulum: Kreativiti dan inovasi, keusahawanan Kemahiran Berfikir: Kemahiran membanding beza, kemahiran menilai, kemahiran meneroka Nilai-nilai murni: Menyayangi haiwan, hormat-menghormati Rancangan Pembelajaran Seni Kreatif


Set Induksi (5 minit) - Guru memasang lahu ramarama di dalam kelas. - Guru meminta murid untuk menyanyikan lagu bersama. - Guru mengaitkan lagu tersebut dengan tajuk yang akan dipelajari hari ini iaitu “Si Rama-Rama” . - Murid mendengar lagu yang dipasang oleh guru. - Murid menyanyika n lagu ramarama secara beramairamai beserta dengan gaya. - Murid memahami kaitan lagu dengan tajuk yang akan dipelajari. BB M: Lagu rama - rama


Langkah 1 (5 minit) - Guru menunjukkan contoh lukisan teknik gosokan yang telah siap. - Guru kemudian menunjukkan cara bagaimana mendapatkan hasil gosokan yang betul. - Guru menunjukka n cara menghasilkan lukisan teknik gosokan menggunaka n duit syiling, daun dan sikat. - Murid melihat contoh lukisan teknik gosokan yang telah siap. - Murid melihat demonstrasi yang dibuat oleh guru tentang cara teknik gosokan yang betul. - Murid melihat cara menghasilkan lukisan teknik gosokan menggunakan duit syiling, daun dan sikat. BBM: contoh lukisan teknik gosokan, contoh lukisan ramarama


Langkah 2 (18 minit) - Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan. - Setiap kumpulan diberikan outline gambar ramarama. - Guru membimbing murid sepanjang aktiviti dijalankan di dalam kelas. - Guru menerapkan nilainilai murni sepanjang aktiviti dijalankan iaitu menyayangi haiwan dan saling menghormati ketika berinteraksi dengan ahli kumpulan. - Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan. - Setiap murid dalam kumpulan akan mula mewarnakan kertas yang mempunyai outline gambar ramarama menggunakan bahan-bahan yang dibekalkan iaitu duit syiling, daun dan sikat. - Murid menerapkan nilai-nilai murni sepanjang aktiviti dijalankan iaitu mendengar dan menghormati pendapat ahli kumpulan dan juga menyayangi haiwan. BBM: kertas mempu nyai outline ramarama, duit syiling, daun, sikat, pensel warna


Penutup (2 minit) - Guru membuat contoh apresiasi terhadap karya lukisan gosokan murid. - Guru membuat rumusan terhadap apa yang telah diajar untuk hari ini. - Semua murid menunjukkan hasil lukisan gosokan yang telah siap dibuat. - Murid mendengar rumusan oleh guru mengenai P&P mereka hari ini. - Murid meluahkan perasaan mereka setelah dapat menghasilkan sebuah karya


Menampakkan nilai-nilai moral : Seni kreatif dapat menjadi media yang kuat untuk menampakkan nilai-nilai moral yang diinginkan dalam masyarakat. Melalui seni visual, kanakkanak dapat menggambarkan kisah-kisah yang dapat mendorong pemupukan sikap positif seperti kejujuran, keadilan dan empati. Mendorong refleksi diri: Seni kreatif dapat merangsang refleksi diri dalam individu. Misalnya, melalui lukisan, seseorang dapat merenungkan nilai-nilai dan tindakan mereka sendiri. Mereka dapat memahami kandungan yang ingin disampaikan melalui lukisan sendiri. Hal ini dapat membantu mengembangkan pertanyaanpertanyaan moral dan membantu seseorang individu untuk memperbaiki diri. Penerapan dalam Pembentukan Tatasusila


Permainan Muzikal membolehkan seseorang untuk meluahkan perasaan diri dengan cara yang unik. melalui muzik, seseorang dapat menyampaikan emosi, cerita atau fikiran. Ini menggalakkan luahan emosi secara kreatif dan mendalam. Permainan muzikal membantu perkembangan keterampilan muzikal seseorang. Ini termasuk kefasihan dalam membaca notasi muzik, pemahaman terhadap rentak muzik, koordinasi tangan dan mata, serta kepekaan terhadap nada. Permainan muzikal membantu perkembangan kognitif. Kajian menunjukkan bahawa muzik dapat meningkatkan kemampuan berfikir abstrak, penyelesaian masalah, tahap fokus dan ingatan. Memainkan alat muzik merupakan satu aktiviti yang melibatkan otak dapat meningkatkan kemampuan kanak-kanak untuk belajar dan mengasah fungsi otak-otak yang lain. Permainan muzikal menggalakkan kolaborasi dan komunikasi. Bermain muzik melibatkan kemampuan untuk berkolaborasi dengan orang lain. Ketika bermain muzik dalam kumpulan, seseorang akan belajar untuk bekerjasama, mendengar pendapat orang lain, menghargai penyertaan masing-masing. Ini dapat membantu meningkatkan keterampilan komunikasi, kerjasama dan saling menghormati. Tujuan dan Manfaat Permainan Muzikal


Tahun: 2 Merah Tarikh : a Bilangan murid: 15 orang Masa: 8:00 a.m. – 8:30a.m. Bidang: Muzik dan gerakan Tajuk: Bunga Mawar Tunjang: Perkembangan Fizikal dan Estetika Pengetahuan Sedia Ada Murid-murid pernah menyanyi beberapa lagu yang lain. Standard Kandungan KE 1.3 Membuat pergerakan mengikut muzik Standard Pembelajaran Murid boleh: KE 1.3.1 Melakukan pergerakan berdasarkan lirik lagu Kemahiran 2.2 Bergerak secara muzikal Objektif Pembelajaran: 1. Murid akan dapat menggerakkan anggota badan mengikut rentak irama muzik. 2. Membuat gerakan yang sesuai dengan lagu atau muzik atau kedua-duanya Bahan bantu mengajar: Carta Lagu, lagu Bunga Mawar, radio Nilai-nilai murni: Bekerjasama, berdisiplin Rancangan Pembelajaran Permainan Muzikal


Langka h/Masa Standard Pembelajaran Aktiviti Pengajaran Catatan Set induksi (5minit) -        Guru bertanya kepada murid sama ada mengetahui lagu “Bunga Mawar” -        Guru menyanyikan lagu “Bunga Mawar” -        Guru meminta murid menyanyi lagu bersama-sama -        Guru memperkenalkan kemahiran yang akan dipelajari oleh murid. -        Murid menjawab pertanyaan guru. -        Murid mendengar dengan teliti guru menyanyikan lagu”Bunga Mawar” -        Murid menyanyikan lagu bersamasama. BBM: Lagu Bunga Mawar


Langkah 1 (10 minit) -        Guru berbincang dengan murid mengenai gerakan yang sesuai untuk lagu” Bunga Mawar” -        Guru menunjukka n kepada murid pergerakan yang telah dibincangkan bersama dengan murid. -        Guru menyuruh murid menyanyi sambil bergerak. -        Murid memberi pendapat mengenai gerakan yang sesuai untuk lagu”Bunga Mawar” -        Murid memerhati dengan teliti pergerakan yang telah dibincangka n bersama murid. -        Murid menyanyi sambil bergerak. BBM: Radio, Lagu Bunga Mawar


Langkah 2 (10 minit) -        Guru membahagikan murid kepada tiga kumpulan. -        Guru memberi penerangan kumpulan yang bergerak. -        Guru memberi peluang kepada murid untuk berbincang dalam kumpulan. -        Guru meminta murid membuat persembahan; menyanyi dan bergerak mengikut kumpulan. -        Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan. -        Murid mendengar penerangan guru. -        Murid berbincang dengan ahli kumpulan tentang gerakan persembahan yang akan dilakukan. -        Murid membuat persembahan iaitu menyanyi dan bergerak mengikut kumpulan. BBM: Radio, Lagu Bunga Mawar


Penutu p (5 minit) -        Guru memberi markah pertandingan antara kumpulan. -        Guru mengumumk an kumpulan yang menang. -        Guru meminta murid menyanyikan lagu bunga mawar sambil melakukan pergerakan. -        Murid memerhati kan markah pertandinga n yang diberi oleh guru. -        Murid menyanyik an lagu Bunga Mawar sambil melakukan pergerakan. BBM: Radio, Lagu Bunga Mawar


Permainan muzikal melibatkan kerjasama dan kolaborasi antara individu. Ketika kanak-kanak bekerjasama dalam membentuk muzik atau memainkan alat muzik bersama, mereka akan belajar untuk mendengar pendapat orang lain bagi mencapai tujuan yang sama. Dengan menerapkan kerjasama dalam kehidupan sehari, sudah pastinya dapat membantu membentuk tatasusila yang melibatkan nilai-nilai seperti saling menghormati, saling percaya dan bertoleransi. Penerapan dalam Pembentukan Tatasusila 1. Perkembangan Empati Permainan muzikal dapat membantu individu untuk berasa empati terhadap orang lain. Melalui muzik dan aktiviti muzik, inidivdu dapat belajar untuk mendengarkan dengan cermat dan memahami perasaan orang lain. 2. Memupuk kerjasama 3. Mendorong kesedaran budaya Muzik merupakan satu bahagian yang penting bagi mewakili sesebuah identiti etnik. Dalam permainan muzikal, individu dapat belajar dan menghargai pelbagai jenis muzik dari pelbagai budaya. Ini membantu dalam pembentukan tatasusila yang melibatkan nilai-nilai toleransi, penghagraan terhadap dan kepelbagaian budaya. Melalui pemahaman dan apresiasi terhadap muzik pelbagai budaya, individu dapat belajar untuk menghormati dan menghargai budaya orang lain.


Peningkatan keterampilan sosial: Melalui penyertaan dalam aktiviti teater, individu dapat memperkembangkan keterampilan sosial seperti bekerjasama, komunikasi, empati dan pengelolaan konflik. Teater juga membantu dalam membangunkan kepercayaan sendiri. Meningkatkan keupayaan imaginasi: Dalam proses menghasilkan sebuah teater, kanak-kanak akan berbincang untuk membuat pilihan yang kreatif, mencari idea-idea baharu dan berfikir di luar kotak bagi menghasilkan aktiviti teater yang menarik. Meningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah: Dalam aktiviti teater, semua ahli akan berhubung dan berkomunikasi bagi menyelesaikan masalah yang muncul dalam isi drama. Melatih daya ingatan dan meluahkan emosi: Aktiviti teater mewajibkan kanak-kanak untuk menghafal sejumlah dialog, lirik lagu sehingga gerakan muzik. Semua ini memerlukan daya ingatan yang baik. Tambahan lagi, ketika kanak-kanak menyanyi, emosi dapat diluahkan melalui teater. Tujuan Teater Teater membantu kanak-kanak untuk memahami, menghayati dan menerapkan nilai-nilai tatasusila. Bermain teater merupakan satu proses pembelajaran. Kanakkanak akan belajar untuk mengenal diri dan masyarakat melalui aktiviti drama yang mencerminkan kehidupan individu serta masyarakatnya. Melalui aktiviti drama, kanak-kanak dibimbing untuk berkomunikasi secara lisan dan bukan lisan dengan berkesan. Aktiviti ini secara tidak langsung menggalakkan interaksi dan kemahiran berkomunikasi dengan jelas. Bukan itu sahaja, aktiviti ini menggalakkan kanakkanak memahami permasalahan masyarakat dan cuba menjadikan persoalan sebagai satu pengajaran di dalam drama. Manfaat Teater


Tahun: 4 Merah Tarikh : 15 Julai 2023 Bilangan murid: 15 orang Masa: 11:00 a.m. – 11:30a.m. Bidang: Teater Tajuk: Orang Tamak Selalu Rugi Tunjang: Perkembangan Fizikal dan Estetika Kemahiran Kemahiran lisan Objektif Pembelajaran: 1. Murid akan dapat menyatakan watak utama dan watak sampingan dalam drama. 2. Murid dapat berlakon tetaer “Ratu Lebah yang tamak” dengan lancar. Standrad Kandungan KE 2.1 Melakonkan pelbagai watak Standard Pembelajaran Murid boleh : KE 2.1.1 Melakonkan watak menggunakan imaginasi Bahan bantu mengajar: Teks cerita, props teater bercerita Nilai-nilai murni: Sentiasa berbuat baik, bersyukur, bertimbang rasa Rancangan Pembelajaran Teater


Langk ah/Mas a Isi Pembelaja ran Aktiviti Pengajaran Catat an Set induksi (2 minit) - Pernahka h anda menonton drama/ teater? - Apakah drama kegemara n anda? - Guru bertanya kepada murid sama ada pernah menonton drama/teater. - Murid menjawab soalan guru. - Guru mengaitkan isi kandungan pembelajaran dengan aktiviti.


Langkah 1 (10 minit) Teks- Cerita Pendek “Ratu Lebah yang Tamak” Contoh Soalan: 1. Di manakah lebah pekerja mendapatkan madu selain dari pokok bunga? 2. Apakah sikap tidak baik yang ada pada Ratu Lebah? 3. Apakah yang berlaku pada Ratu Lebah dan pekerjanya? 4. Apakah pengajaran yang boleh diperolehi dari cerita ini? - Murid membaca teks cerita pendek “Ratu Lebah yang Tamak”. - Murid diminta untuk membaca teks dan memahami isi kandungan teks. - Guru menanyakan soalan berkaitan dengan teks bacaan. - Murid diminta untuk menyatakan jawapan mereka. BBM :Teks Cerit a


Langkah 2 (15 minit) -        Guru membahagikan murid kepada 3 kumpulan. -        Guru meminta muridmurid untuk berlakon di depan kelas. -        Guru memberi 5 mnit bagi murid untuk membuat perbincangan. -        Murid berlakon dan guru sebagai suara latar belakang.


Penut up (3 minit) Nilai Murni: - Kesyukuran - Berbuat baik - Bertimbang rasa - Guru merumuskan isi pelajaran. - Soal jawab antara guru dan murid berkaitan isi pelajaran dan nilai murni berdasarkan teks teater bercerita.


Menyalurkan nilai-nilai murni Kesedaran sosial Penciptaan empati Teater dapat mengangkat isu-isu sosial yang penting dalam masyarakat. Melalui penggambaran masalah seperti ketidakadilan, diskriminasi, atau pelanggaran hak asasi manusia, teater dapat meningkatkan kesedaran sosial dan mendorong penonton untuk berfikir secara mendalam tentang isu-isu terssebut. Penerapan dalam Pembentukan Tatasusila Cerita dalam teater dapat menggambarkan situasi atau peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seharian yang mana nilai-nilai murni akan diterapkan pada bila-bila sahaja. Teater dapat menciptakan empati dalam kalangan penonton dan pelakon. Melalui pengalaman langsung dengan karakter dan cerita yang dipersembahkan, teater dapat memperluaskan pemahaman penonton tentang persepektif orang lain. Ini dapat membantu mengurangkan prasangka dan meningkatkan pemahaman tentang perbezaan keagamaan, budaya dan tradisi.


-Instrumen Penilaian (Senarai Semak) -Pengamatan dan Penilaian Proses Pembentukan Tatasusila melalui Aktiviti Seni -Penilaian Pencapaian 05 PEMERHATIAN DAN PENILAIAN


Instrumen dan Unsur Penilaian Nama Murid: Umur Murid: Pemerhati: Tarikh Pemerhatian: Tandakan (/) pada petak skor yang disediakan mengikut petunjuk diberikan seperti berikut: 1= tidak memuaskan 2= memuaskan 3= sederhana 4= baik 5=sangat baik


Ulasan Keseluruhan:


Pemerhatian penuh Mengenal aspek yang ingin dilihat menggunakan senarai semak semasa aktiviti seni dijalankan. Temu Bual Memahami persepsi kanak-kanak mengenai tatasusila Pengalaman sendiri Kanak-kanak menyatakan perasaan setelah aktiviti seni dijalankan Penilaian Karya Seni Karya Seni yang dihasilkan menggambarkan tatasusila kanak-kanak Pengamatan dan Penilaian Proses Pembentukan Tatasusila melalui Aktiviti Seni Kaedah Pengumpulan Data


Analisis Data Pengumpulan Data Membaca Data Memilih Data Memaparkan Data Interpretasi Data Memperbaiki Data Membuat Kesimpulan


Rubrik Penilaian Rubrik penilaian adalah alat yang membantu dalam memberikan pedoman dan kriteria yang jelas kepada murid. Murid akan mengikut kriteria yang sedia ada bagi menjalankan aktiviti seni Penilaian Pencapaian Matlamat Refleksi Murid membuat refleksi berkenaan aktviti seni yang telah dilakukan. Penilaian formatif Membantu murid memahami di mana mereka berada dalam proses pembelajaran dan memberi kesempatan kepada mereka untuk meningkatkan pemahaman dan keterampilan mereka.


HASIL DAN KESAN 06 -Perkembangan Tatasusila Awal KanakKanak melalui Aktiviti Seni -Kesan terhadap Pembelajaran dan Kreativiti Kanak-kanak -Kesan terhadap Perkembangan Sosial Kanak-kanak


Kerjasama Kanak-kanak belajar untuk bekerjasama dengan rakan sebaya dalam menyiapkan aktiviti teater. Ekspresi Diri Aktiviti seni membantu kanak-kanak untuk menyampaikan emosi mereka yang sukar untuk diluahkan dengan kata-kata melalui seni kreatif dan membantu mereka membina kesedaran diri dan mengenali perasaan sama ada diri dan orang lain. Tanggungjawab Aktiviti seni kreatif membantu membina sikap bertanggungjawab kanak-kanak memandangkan mereka akan bertungkus lumus untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Hargai perbezaan Aktiviti teater membolehkan kanakkanak mengenali perbezaan latar belakang, budaya dan agama. Kreativiti Permainan muzikal menggalakkan kreativiti kanak-kanak dalam menghasilkan lagu. PERKEMBANGAN TATASUSILA AWAL KANAK-KANAK MELALUI AKTIVITI SENI


Pembelajaran Melalui aktiviti seni, kanak-kanak dapat belajar dalam persekitaran yang lebih seronok. Secara tidak langsug, emosi kanak-kanak akan menjadi stabil dan fenomena ini memudahkan guru untuk menjalankan proses PdP dengan lancar dan dapat menerapkan nilai-nilai tatasusila dengan mudah. Kreativiti Aktiviti seni memberi peluang dan mendorong kanak-kanak untuk mengembangkan kreativiti, berfikir di luar kotak ketika menyiapkan tugasan mereka. Ini secara langsung dapat memupuk insan yang mencapai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Kemahiran komunikasi Melalui aktiviti seni, kanak-kanak belajar untuk berkomunikasi, berbincang dan menerima pendapat orang lain. Kanak-kanak juga akan belajar untuk menggunakan cara yang betul dan sopan bagi menyelesaikan masalah ketika konflik berlaku bagi menyiapkan tugasan yang diberi. Peningkatan empati Melalui aktiviti seni, kanak-kanak dapat mengungkapkan dan memahami perasaan dan emosi orang lain. Mereka akan belajar untuk berfikir dari perspektif orang lain, dan ini menjadikan mereka menjadi lebih peka dan sensitive terhadap perasaan dan keperluan orang lain. Pengurusan emosi Aktiviti seni memberikan ruang yang selamat kepada kanak-kanak untuk meluahkan emosi dan perasaan mereka. Mereka dapat melukis, membuat kraf tangan, bermain permainan muzik untuk mengatasi tekanan mereka. Aktiviti seni dapat membantu kanak-kanak untuk mengenal pasti, memahami dan mengendalikan emosi mereka dengan cara yang positif. KESAN TERHADAP PERKEMBANGAN SOSIAL KANAK-KANAK


Click to View FlipBook Version