The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-42378144, 2023-03-15 03:43:30

LATIH TUBI BM KERTAS 2

LATIH TUBI TOPIKAL KERTAS 2

LATIH TUBI T BAHASA MELAYU KERTAS 2 PANITIA BAHASA MELAYU NAMA : __________________________ KELAS : __________________________ GURU : __________________________ KALYANI A/P MURUGIAH MUNSYI DEWAN


BAHASA MELAYU KERTAS 2


Bahasa Melayu Kertas 2 (1103/2) Masa 2 jam 30 minit Kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A: Sistem Dan Aplikasi Bahasa [35 markah] Soalan 1 - Morfologi Soalan 2 - Sintaksis Soalan 3 - Penyuntingan Soalan 4 - Bahasa Melayu Standard Soalan 5 - Peribahasa Bahagian B : Pemahaman [35 markah] Soalan 6 - Petikan Umum Soalan 7 - Petikan Sastera Soalan 8 - Novel Bahagian C: Rumusan [30 markah] Soalan 9 - Rumusan


BAHAGIAN A SOALAN 1 MORFOLOGI


BAHAGIAN A : SOALAN 1 : MORFOLOGI MORFOLOGI CONTOH GOLONGAN KATA KATA TUGAS Kata Hubung dan, dengan, jika, lalu, kerana, serta, yang, bahawa, sambil, tetapi, kecuali, manakala, atau, malahan, tatkala, walaupun, supaya, agar, apabila, sementara, sungguhpun, jikalau, hingga, sekiranya Kata Sendi Nama di, ke, oleh, untuk, demi, kepada, pada, daripada, tentang, dari, dalam, dengan, sejak, bagai, seperti, umpama, laksana, akan, bagi, terhadap, hingga, sampai, antara Kata Bilangan satu, dua, sepuluh, seratus, segala, semua, sesetengah, kedua-dua, para, beribu-ribu, sekumpulan, separuh, setengah, segelintir, suku, tiap-tiap, setiap, masing-masing, pertama, kedua, ketiga Kata Tanya (?) siapa, berapa, mengapa, bila (ASBaBB MaMe) Kata Pemeri ialah, adalah Kata Seru (!) amboi cis, wah, aduh. Kata Arah atas, tengah, sudut, barat Kata Bantu sedang, akan, telah, masih Kata Penguat terlalu, paling, sungguh, sangat, amat, sangat, ter-, nian, betul, sekali, benar Kata Penegas juga, memang, pun, -lah, -tah, -kah, hanya, sahaja, lagi, jua Kata Nafi bukan, tidak Kata Perintah tolong, jangan, usah, harap, minta, sila Kata Pembenar benar, betul, sungguh, memang KATA NAMA Kata Nama Am hospital, sekolah, kereta, guru, adik Kata Nama Khas Hospital Putrajaya, Sekolah Menengah Tinggi Kajang Kata Ganti Nama saya, kami, awak, kalian, mereka, dia, itu, ini, sana, sini, situ, bila-bila, mana-mana, siapa-siapa KATA KERJA Transitif (KK + Objek) menendang, menggoreng, menuduh, beroleh Tak Transitif (Tiada objek) Tidur, duduk, mandi, senyum, lari KATA ADJEKTIF (kata sifat) Warna hijau, merah, putih, kemerah-merahan Ukuran tinggi, rendah, panjang, besar, kecil Bentuk bulat, leper, bujur, lonjong, silinder Jarak jauh, hampir, dekat, rapat Waktu lama, baharu,lewat, cepat Perasaan (+ akan) sayang, kecewa, rindu, sedih Pancaindera pahit, masin, masam, tawar, merdu, nyaring, halus, kasar, manis, cantik, ayu, tampan, busuk, wangi, tengik, hapak, hanyir, hancing Cara lambat, perlahan, deras, laju Sifatan malas, rajin, gemuk, kurus, buncit


Panduan Pemarkahan 1. Satu perkataan yang betul 1 markah, ayat yang lengkap 1 markah. 2. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk (“…”) dengan mematuhi tanda baca dengan betul. 3. Boleh menggunakan ayat pasif. 4. Kata yang diuji salah tetapi ayat yang dibina betul, berikan 0 markah. 5. Calon menyalin/ meniru keseluruhan ayat daripada bahan atau mana-mana bahagian dalam keseluruhan kertas soalan, berikan 0 markah. 6. Perkataan digunakan sebagai kata nama khas atau peribahasa, berikan 0 markah. 7. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, berikan 0 markah. 8. Maksud ayat tidak jelas / umum/ tidak bermakna/ tidak logik/ fakta tidak benar berikan 0 markah. 9. Tolak 1 markah bagi kesalahan ejaan/ jalan bahasa / tanda baca daripada keseluruhan markah. PEMBENTUKAN KATA CONTOH: Kata Tunggal (Tiada imbuhan) makan, lari, manfaat, keluarga, sedih, ibu Kata Terbitan (Ada Imbuhan) makanan, pelarian, bermanfaat, berkeluarga Kata Majmuk Bentuk mantap: antarabangsa, jawatankuasa, bumiputera, kakitangan, setiausaha, warganegara, suruhanjaya, matahari, beritahu, olahraga Bentuk biasa (ditulis jarak): kereta api, tengah hari, atur cara, rumah sakit, lebuh raya, alat tulis, kertas kerja, gambar rajah,kenal pasti, ibu bapa Kata Ganda buku-buku, tolong-menolong, bukit bukau, gotongroyong, sampah sarap,kuih-muih, mandi-manda, gunungganang, bebola, jejari, lintang-pukang, kacau-bilau, remuk-redam TIPS MENJAWAB SOALAN SISTEM BAHASA Baca, fahami dan patuhi arahan soalan. Contoh arahan: (….Senaraikan dua kata tunggal dan dua kata majmuk. Kemudian bina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan.) • Wajib senaraikan perkataan yang dikehendaki terlebih dahulu. • Diikuti dengan membina satu ayat bagi setiap perkataan yang dipilih. Bina ayat lengkap yang mengandungi Subjek dan Predikat. ➢ Ayat mestilah jelas menunjukkan maksud perkataan yang dipilih. ➢ Tidak boleh menambah sebarang imbuhan. (Tertakluk kepada arahan soalan). ➢ Tidak digunakan sebagai kata nama khas atau peribahasa.


CONTOH SOALAN Soalan 1: Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan empat kata majmuk. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Jam telah menunjukkan pukul 9.00 pagi. Jalan raya masih lengang dan beberapa kenderaan yang lalu boleh dikira dengan jari. Keadaan ini memang luar biasa kerana selalunya jalan ini sesak sehingga kenderaan tersekat berjam-jam lamanya. Bandar raya menjadi kosong. Sesekali kedengaran bunyi deruman lori membawa muatan. Terima kasih rakyat Malaysia kerana menyahut seruan kerajaan supaya duduk diam-diam di rumah. Itulah penangan wabak pandemik COVID-19 yang telah melanda seluruh dunia. Kita sebagai warganegara Malaysia hendaklah mematuhi saranan kerajaan demi kebaikan bersama. Sumber: Internet [8 markah] Langkah-langkah menjawab: 1. Baca petikan. 2. Kenal pasti golongan kata atau bentuk kata yang ditanya dalam soalan dan gariskan. Rujuk soalan di atas, golongan kata yang diminta ialah kata majmuk. 3. Senaraikan kata majmuk yang telah dikenal pasti dan pilih empat sahaja kata majmuk yang anda faham maksudnya. 4. Bina ayat lengkap dengan menggunakan kata majmuk yang telah dipilih. Contoh jawaban: Kata Majmuk Ayat jalan raya (1 markah) Kemalangan jalan raya itu melibatkan seorang penunggang motosikal dengan pejalan kaki. (1 markah) bandar raya (1 markah) Bandar raya Kuala Lumpur sangat cantik kerana terdapat pokok bunga yang dijaga dengan baik. (1 markah) terima kasih (1 markah) Murid-murid kelas 5 Cempaka mengucapkan terima kasih kepada guru mereka. (1 markah) warganegara (1 markah) Beberapa orang warganegara asing telah ditangkap oleh pihak polis kerana terlibat dalam pergaduhan. (1 markah)


LATIHAN 1 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata terbitan berapitan. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Sisa elektronik ialah komponen elektronik yang telah usang atau tidak diperlukan oleh penggunanya.Sisa elektonik mengandungi bahan kimia berbahaya seperti asid, pelarut, raksa, dan plumbum. Bahan kimia ini mengancam kesihatan manusia dalam jangka masa pendek dan panjang. Di Malaysia sisa elektronik dikategorikan sebagai sisa terjadual dalam Jadual Pertama Kod SW110 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974[Akta 127] Buangan Terjadual (2005). Sisa ini dikategorikan sebagai bahan buangan terjadual kerana mempunyai ciri-ciri kebolehnyalaan, menghakis, bertindak balas, dan bertoksik. (Sumber; Akta Kualiti Aalam Sekeliling 1974, Jabatan Alam Sekitar Malaysia) [8 markah] JAWABAN LATIHAN 2 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja pasif dan dua kata nama terbitan. Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan iitu sebagai peribahasa atau nama khas. Jika kita susuri sejarah peradaban Kerajaan Kesultanan Melayu Lama, pakaian merupakan elemen penting untuk menunjukkan status si pemakainya. Pakaian yang ditenun dengan emas dan berwarna kuning hanya dipakai oleh golongan istana. Sementara golongan rakyat memakai busana yang biasa sahaja. Keadaan ini menunjukkan kepada kita bahawa pakaian dapat menentukan ciriciri budaya dan status sesuatu bangsa. Namun pada hari ini fenomena itu telah mengalami transformasi yang besar. Kedudukan dan status bukan satu penghalang untuk memiliki pakaian yang dihajati. Dipetik dan diubah suai daripada Kebudayaan, Keseniaan dan Estetika Buku Teks Tingkatan 5, Bahasa Melayu [8 markah]


JAWABAN LATIHAN 3 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata ganda berimbuhan dan dua kata ganda penuh. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataaan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Musim buah-buahan dianggap sebagai pesta dan perayaan bagi kaum Temuan. Penduduk kampung akan berkongsi mengeluarkan belanja untuk membeli barang-barang keperluan bagi meraikannya. Mereka mengadakan majlis tari-menari sebagai tanda kesyukuran kerana hasil buahbuahan bertambah dan akan berlipat ganda pada musim akan datang. Semua penduduk kampung akan dijemput menghadiri keramaian itu dan tradisi tersebut masih diteruskan hingga kini. Kehadiran tetamu kehormat biasanya disambut dengan permainan alat muzik dan bunyi-bunyian diikuti dengan tarian tradisi yang biasa dipersembahkan. Tarian ini ditarikan oleh anak-anak gadis Temuan yang lengkap dengan pakaian tradisi. Alat muzik utama yang menjadi kegemaran kaum Temuan ialah biola yang biasanya didendangkan dalam majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, perayaan tahun baharu dan lain-lain. Dipetik dan diubahsuai daripada Kebudayaan, Keseniaan dan Estetika Buku Teks Tingkatan 5, Bahasa Melayu [8 markah] JAWABAN


LATIHAN 4 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata sendi nama dan dua kata hubung. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas. Ekonomi negara dapat dijana melalui beberapa sektor untuk mencapai taraf sebagai sebuah negara maju. Sektor pertanian merupakan sektor yang banyak menyumbang kepada ekonomi negara sejak dahulu lagi. Sektor ini mendatangkan banyak kebaikan kepada masyarakat dan negara iaitu dapat mengurangkan kebergantungan terhadap pengimportan bahan makanan dari negara lain. Selain itu, bidang pertanian juga akan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk sekali gus mengelakkan krisis makanan daripada berlaku. Dalam hal ini, kajian dan penyelidikan perlu ditingkatkan bagi memajukan teknologi pertanian negara agar mampu meningkatkan penghasilan dan kualiti produk asas tani bagi memenuhi keperluan rakyat dan permintaan pasaran dunia. Dipetik dan diubahsuai daripada Ekonomi Dinamik, Negara Berwibawa Buku Teks Tingkatan 4, Bahasa Melayu [8 markah] JAWABAN LATIHAN 5 Baca petikan di bawah dengan telitinya dan senaraikan dua kata hubung gabungan dan dua kata hubung pancangan. Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda memahami maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas. Negara kita akan melakukan pengubahsuaian struktur dalam hala tuju ekonominya dengan mengutamakan sektor pertanian serta mengekalkan momentum pertumbuhan sektor perindustrian. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin menyatakan bahawa sektor pertanian bukan sahaja bakal menjadi satu daripada sektor ekonomi yang terpenting dalam usaha memungkinkan pertumbuhan ekonomi negara bahkan meningkatkan taraf hidup petani. Dipetik dan diubah suai daripada Sektor Pertanian Nadi Ekonomi Berita Harian, 27 September 2019. [8 markah]


JAWABAN LATIHAN 6 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata ganda dan dua kata akronim. Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas. Orang ramai mengalu-alukan cadangan kerajaan untuk memperketat undang-undang ke atas pemandu mabuk kerana banyak kes kemalangan membabitkan golongan itu sejak akhir-akhir ini. Dalam soal ini, Kementerian Pengangkutan sedang berbincang dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk merealisasikan cadangan tersebut dengan mengambil pelbagai perkara termasuk pandangan orang ramai. Dipetik dan diubah suai daripada “Hukuman Berat Pemandu Mabuk Tepat pada Masanya” Berita Harian, 15 Julai 2020) [8 markah] JAWABAN


LATIHAN 7 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja aktif dan dua kata kerja pasif. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Migrasi pesta buku ke konsep atas talian satu reformasi besar dalam dunia perbukuan Malaysia. Apatah lagi selepas 38 tahun sejarahnya berpaksikan pada festival fizikal. Tahun ini satu reformasi migrasi mencetuskan kejutan bagi menggantikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2020 yang dibatalkan akibat persekitaran Covid-19 pada April lalu. Senario ini menjadikan PBAKL ditransformasikan ke platform atas talian. Sekali gus, bakal memindahkan set minda pembaca dan penggemar buku ke alihan digital. Ini satu kejayaan besar dan menepati aspirasi Kuala Lumpur Ibu Kota Buku Dunia (KLWBC 2020) yang menyasarkan mekanisme bisnes perbukuan wajar menuju reformasi dagangan atas talian. Dipetik daripada ‘KLWBC 2020: Raikan Pesta Buku Atas Talian Terbesar Di Malaysia’ Oleh Zainal Rashid Ahmad, Astro Awani [8 markah] JAWABAN LATIHAN 8 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata terbitan apitan. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Rampanau popular dalam kalangan masyarakat Dusun di daerah Tambunan, Keningau, dan Ranau di Sabah. Walaupun fungsi utamanya adalah untuk menyeberangi sungai, parit atau kawasan yang becak pada suatu masa dahulu, namun, alat ini juga merupakan sejenis permainan yang mempunyai unsur hiburan dan keseronokan. Rampanau dapat mencerminkan nilai dan norma kehidupan masyarakat. Ketika Pesta Kaamatan, rampanau merupakan acara wajib yang dipertandingkan dan sangat ditunggutunggu oleh penduduk tempatan. Dipetik daripada : Rampanau Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5 Muka surat 20 [8 markah]


JAWABAN LATIHAN 9 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata adjektif.kemudian anda dikehendaki membina ayat anda sendiri daripada perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas. Air Terjun Telaga Tujuh amat dikagumi dan dikenali sebagai air terjun paling cantik di Langkawi, Kedah. Air hujan yang turun di kawasan gunung yang bebas daripada pencemaran ini akan meresap ke dalam tanah lalu ditapis secara semula jadi sebelum airnya yang jernih masuk ke dalam aliran Air Telaga Tujuh. Air yang jernih ini mengalir dari satu telaga ke telaga yang lain dan akan melalui fasa penapisan semula jadi di setiap telaga sebelum terus mengalir ke laut. Sumber: Bahagian Geopark dan Konservansi Lembaga Pembangunan Langkawi [8 markah] JAWABAN


LATIHAN 10 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan empat kata hubung. Kemudian bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata hubung tersebut untuk menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas. Keluarga bahagia teras keluarga cemerlang. Jika seisi keluarga mengecapi kesenangan dan kebahagiaan sudah pasti pertelingkahan rumah tangga dapat dihindarkan. Ibu bapa yang bersatu dapat menumpukan perhatian terhadap kerjaya dan dapat menyempurnakan tanggungjawab terhadap keluarga. Permuafakatan dalam kalangan anggota keluarga dapat menjamin kerukunan dan kedamaian rumah tangga. Keluarga yang hidup aman dan damai juga mengutamakan gaya hidup sihat. Lazimnya, mereka akan mengamalkan pemakanan seimbang serta beriadah secara konsisten agar setiap ahli keluarga sihat sepanjang hayat. Dipetik dan diubah suai daripada “Pentingnya Keluarga Bahagia” oleh Thaarmamaraj Ramanathan, Dewan Siswa, April 2020. [8 markah] JAWABAN


SOALAN 2 SINTAKSIS


SOALAN 2 : SINTAKSIS- NOTA DAN LATIHAN ANALISIS AYAT Jenis Ayat Keterangan Contoh Ayat Dasar/ Ayat Tunggal. Terdiri daripada SATU subjek dan SATU predikat. Subjek + Predikat i. Abang + ke klinik ii. Bakri + peramah. iii. Farid + pendiam. iv. Adik + membaca komik. v. Adik + minum air. Ayat Majmuk Terbentuk daripada dua ayat atau lebih dan digabungkan dengan kata hubung. i. Abang dan kakak ke klinik. ii. Bakri peramah tetapi Farid pendiam. iii. Adik membaca komik sambil minum. Ayat Biasa Subjek di hadapan Subjek + Predikat Ibu / tidur di bilik. Ayat Songsang Predikat mendahului subjek. Predikat + Subjek Di bilik / ibu tidur. Ayat Penyata Ayat yang mnerangkan atau menyatakan sesuatu. i. Saya tinggal di Taman Seroja. ii. Harga rambutan ini RM5 seikat. Ayat Tanya Untuk bertanyakan sesuatu. i. Di manakah kamu tinggal? ii. Berapakah harga rambutan ini ini? Ayat Perintah Untuk menyuruh atau melarang i. Jangan bising. ii. Sila masuk. Ayat Nafi BUKAN - untuk menafikan FN dan FS TIDAK - untuk menafikan FK dan FA. i. Dia bukan adik saya. ii. Saya tidak mengambil buku Amirah. Ayat Seruan Digunakan untuk melahirkan perasaan. Ada tanda seru pada akhir ayat i. Aduh, sakitnya perutku! ii. Nah, ambil wang ini! SINTAKSIS NOTA Bentuk Soalan Subjek predikat, Pola Ayat Contoh Ayat Pola ayat – FN + FN, FN + FK, FN + FA, FN + FS FN + FN (Frasa Nama + Frasa Nama) Ibu saya (FN) / guru Bahasa Melayu (FN). FN + FK (Frasa Nama + Frasa Kerja) Lima ekor lembu (FN) / sedang meragut rumput di padang (FK). FN + FA (Frasa Nama + Frasa Adjektif) Bunga melur di halaman rumah itu (FN) / sangat wangi (FA). FN + FA (Frasa Nama + Frasa Sendi Nama) Mereka (FN) / ke Cameron Highlands untuk bercuti (FS). Jenis ayat – ayat penyata, ayat perintah, ayat tanya, ayat seruan Ragam ayat – ayat aktif, ayat pasif Susunan ayat – susunan biasa, susunan songsang Ayat tunggal, ayat majmuk – cerakinkan (pisahkan) / gabungkan Cakap ajuk (“…”), cakap pindah, dialog (:) Jenis-jenis frasa – FN, FK, FA, FS


Ayat Aktif Mengandungi kata kerja transitif (meN -) sebagai predikat – KK diikuti oleh objek i. Kami menggoreng ayam (objek) sehingga hangus. ii. Kamal menendang bola (objek) ke tengah padang. Ayat Pasif Objek (yang kena buat) berada di hadapan ayat. i. Ayam kami goreng sehingga hangus. ii. Bola ditendang [oleh] Kamal. LATIHAN 1. POLA AYAT 1.1 Nyatakan pola ayat di bawah ini, sama ada: Frasa nama + Frasa Nama (FN + FN) Frasa Nama+ Frasa kerja (FN + FK) Frasa Nama + Frasa adjektif (FN + FA) Frasa Nama + Frasa sendi nama (FN + FS) i) Kereta merah itu kereta abang. ________________________ ii) Dia rajin belajar. _________________________ iii) Bapa ke pasar membeli ikan dan sayuran. ________________________ iv) Beliau Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. ______________ v) Kucing itu mengiau dengan kuat. ____________________ vi) Adik saya sangat comel. _______________________ 2. AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF 2.1 Tentukan jenis ayat-ayat berikut sama ada ayat aktif atau ayat pasif i) Syair itu didendangkan oleh Damia. ________________________________________ ii) Anis menghadiahkan sebuah dompet kepada suaminya. ________________________________________ iii) Dia merosakkan harta benda awam. ________________________________________ iv) Baju sutera itu dibeli oleh Khalijah. ________________________________________ v) Setiap janji mesti kamu tunaikan. ________________________________________


2.2 Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. i) Kakak memanggil adik yang sedang bermain di halaman. ii) Ibu bapa perlu mengawasi anak-anak mereka supaya tidak terjebak dalam gejala sosial. iii) Puan Ranita menghadiahi anaknya seutas jam tangan setelah lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dengan cemerlang. JAWABAN 1. 2. 3. 3. MENGGABUNG DAN MEMISAHKAN AYAT 3.1 Pisahkan ayat-ayat di bawah menjadi enam ayat tunggal dengan mengekalkan maksud serta struktur asalnya. Membaca merupakan amalan yang baik kerana dapat menambah ilmu seseorang dan dapat digunakan apabila diperlukan. Anak-anak patut digalakkan membaca dengan cara ibu bapa menyediakan bilik bacaan di rumah dan bahan bacaan disimpan dengan kemas dan teratur. JAWABAN 1. 2. 3. 4. 5. 6.


3.2. Tulis ayat-ayat di bawah ini semula supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud asal ayat-ayat tersebut. Bahasa berperanan penting dalm kehidupan manusia. Bahasa menjadi alat perantaraan. Bahasa menjadi bahan dagangan dan penyebaran ilmu yang penting juga. Bahasa Melayu ialah jiwa dan identiti bangsa Malaysia. Setiap bangsa dikenal melalui bahasanya. Bahasa akan terus wujud jika bahasa itu menjadi bahasa ilmu. Bahasa Melayu menjadi simbul perpaduan. Bahasa Melayu mampu membangkitkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat negara ini. JAWABAN 1. 2. 3. 4. CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH 4.1 Tulis petikan di bawah ini dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini. Azwan mengajak Aznil pergi ke perpustakaan pada petang nanti. Aznil bertanya Azwan sama ada di perpustakaan tersebut banyak bahan bacaan. Azwan menjelaskan bahawa kawan-kawan mereka memberitahu di perpustakaan tersebut banyak bahan bacaan, terutamanya buku-buku berbahasa Melayu. Aznil terus bersetuju untuk ke perpustakaan dan meminta Azwan datang ke rumahnya pada petangnya untuk pergi bersama-sama. Azwan bersetuju dan berpesan agar Aznil menunggunya pada pukul 3.00 petang. Aznil berjanji akan besiap dengan cepat dan meminta agar Azwan jangan lewat sampai ke rumahnya. JAWABAN


4.2 Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah ini kepada ayat cakap pindah (i) “Semasa berjoging pagi tadi saya terserempak dengan seorang gelandangan yang sedang tidur di pinggir jalan,” kata Yusri kepada Norman. (ii) “Jangan makan makanan yang banyak lemak nanti awak akan mendapat sakit,” kata Fatah kepada Zulripin. JAWABAN 1. 2. 5. AYAT SUSUNAN BIASA DAN AYAT SONGSANG 5.1 Tukar ayat bersusunan songsang di bawah kepada ayat bersusunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya. i) Ditegur oleh guru disiplin agar mengubah sikap mereka pelajar-pelajar yang datang lewat ke sekolah. ii) Tidak menjamin kejayaan hidup kecemerlangan akademik semata-mata. iii) Menyatakan bahawa ayam telur itu sesuai digoreng sahaja tukang masak itu. iv) Sangat sukar untuk Hanna Delisya menyiapkan tugasan tersebut. JAWABAN 1. 2. 3. 4.


5.2 Tukarkan ayat susunan biasa ini kepada ayat susunan songsang. i) Fazura menaikkan bendera ketika Lagu Negaraku dinyanyikan. ii) Penternak itu melepaskan lembunya di kawasan padang rumput itu. iii) Datin Aisyah menaburi pasangan pengantin itu dengan bunga rampai. JAWABAN 1. 2. 3. LATIHAN TAMBAHAN 1 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi ayat yang bergaris. Pesawat udara tanpa pemandu yang lebih dikenali sebagai dron sangat popular dalam kalangan petani moden. Para petani menggunakan dron untuk menyembur racun di sawah mereka. Penggunaan dron dapat menjimatkan masa kerana kerja menyembur racun menjadi lebih cepat. Dron juga boleh digunakan untuk memantau ladang yang luas. Hal ini kerana dron mempunyai kamera yang boleh mengambil gambar dan video. Dipetik dan diubah suai daripada Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 halaman 208 Kementerian Pendidikan Malaysia. [6 markah] JAWABAN 1. Subjek: Predikat: 2. Subjek: Predikat: 3. Subjek: Predikat:


LATIHAN TAMBAHAN 2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian nyatakan ayat yang bernombor itu sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan atau ayat perintah. (i) Nama seperti Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol Ann David, Azizul Hasni Awang dan Rashid Sidek antara ikon besar sukan di Malaysia. (ii) Mereka mencipta nama menerusi bakat dan minat mendalam melalui sukan diceburi serta menjadikan sukan sebagai satu kerjaya. (iii) Persoalannya, adakah kita juga ingin berjaya seperti mereka? (iv) Wahai remaja sekalian, bijaklah memilih karier masing-masing! (v)Usahlah membuang masa dengan terikut-ikut pilihan rakan. (vi) Bukalah mata dan lihatlah pendapatan yang diperoleh atlet negara ini. Sukar untuk kita membayangkan rata-rata mereka memperoleh pendapatan yang sangat lumayan hasil kemenangan, gaji dan tajaan syarikat tertentu. Dipetik dan diubah suai daripada “Sukan Mampu Jadi Kerjaya Menguntungkan” oleh Faizal Jalal, Berita Harian Online, 24 Februari 2016) [6 Markah] JAWABAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. LATIHAN TAMBAHAN 3 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian tukar ayat aktif bergaris kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asal ayat tersebut. Baru-baru ini Fakulti Muzik dan Seni Persembahan Universiti Pendidikan Sultan Idris telah menganjurkan persembahan makyung. Penulis dapat menyaksikan persembahan makyung yang sungguh unik. Penulis juga yakin masa tidak akan terbazir apabila menonton persembahan makyung itu. Ramai penonton menghadiri persembahan seni tradisional makyung yang berlangsung pada pukul 8:30 malam. Meskipun begitu, kehadiran mereka belum dapat menjamin kelangsungan seni persembahan berterusan. Penggiat makyung memerlukan bantuan daripada pelbagai pihak untuk mempromosikan makyung. Promosi menerusi media sosial merupakan salah satu cara menyebarluaskan maklumat tentang seni persembahan ini. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Seni Persembahan Warisan Bangsa Menuju 2050’ oleh Armin Azhari Saleh, Dewan Budaya, Bil.7/2018) [6 Markah]


JAWABAN 1. 2. 3. LATIHAN TAMBAHAN 4 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian tukarkan ayat pasif yang bergaris kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asal ayat. Burung botak upeh atau nama saintifiknya Mycteria cineria sedang diancam kepupusan yang amat serius. Burung botak upeh sering dianggap oleh kebanyakan orang sebagai burung bangau sekiranya dilihat berdasarkan gambar sahaja tanpa membaca namanya. Dahulu, burung ini sering kelihatan di habitat semula jadinya, terutamanya di kawasan paya bakau. Kini, kita perlu ke Zoo Negara dan Zoo Taiping untuk melihatnya dari dekat. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak untuk memulihara burung botak upeh yang semakin kurang bilangannya. Program Pelepasan Semula Botak Upeh di Kuala Gula, Perak telah dijalankan oleh pihak Perhilitan dan Zoo Negara pada tahun 2007 bagi membantu meningkatkan semula populasi burung ini di habitat semula jadi. Dipetik dan diubah suai daripada Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 halaman 176 Kementerian Pendidikan Malaysia. [6 markah] JAWABAN 1. 2. 3.


LATIHAN TAMBAHAN 5 Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Tukar ayat susunan biasa kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Doktor Fiq menopang kepala dengan kedua-dua belah tangannya. Matanya tertancap pada kertas kerja di atas meja. Tangan kiri yang sesekali menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal meresahkan kami. Aku dan Olan hanya berdiri tegak seperti kayu di kiri dan kanannya. Menarik nafas juga tertahan-tahan dan sekali-sekala sahaja. "Kertas kerja ini lengkap dengan kajian masa lalu, masa sekarang, dan masa hadapan. Tetapi, cadangan penyelesaiannya seperti ada yang tidak kena!" Suara Doktor Fiq yang tegas dan keras tiba-tiba memecah kesunyian. Aku dan Olan bertukar-tukar kerlingan. (Dipetik daripada ‘Pencipta Teknologi’, Buku Teks Tingkatan 4,hlm. 206.) [6 Markah] JAWABAN 1. 2. 3. LATIHAN TAMBAHAN 6 Berdasarkan petikan di bawah, bina enam ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa yang berhuruf condong. Sharifah Azah binti Mohamad Alsagoff merupakan seorang tokoh yang disegani dalam bidang budayawan. Azah bergelar anak yatim ketika berusia dua tahun. Ibunya, Azizah binti Jaafar membawa Azah dan abangnya menetap di Johor setelah bapanya meninggal dunia. Azah bekerja sebagai wartawan di Berita Harian selama 12 tahun. Kemudian , Azah menerima jawatan bertugas di Utusan Melayu sebagai Pengarang Rencana. Wanita ini menghembuskan nafas pada 9 Julai 2012 ketika berusia 84 tahun. Pemergian Azah Aziz ditangisi ramai kerana negara kehilangan wanita yang teguh mempertahan nilai budaya. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Azah Aziz : Kartika di Langit Seni’ oleh Zaharah Nawawi Dewan Bahasa dan Pustaka 2001 [6 markah]


JAWABAN 1. 2. 3. 4. 5. 6


SOALAN 3 PENYUNTINGAN


SOALAN 3 – PENYUNTINGAN TEKS Cara menjawab soalan penyuntingan teks Bentuk-bentuk kesalahan yang diuji 1. Baca arahan soalan dengan teliti. 2. Garisi jenis kata yang dikehendaki dalam arahan soalan. 3. Baca bahan dengan teliti, kenal pasti dan garisi jenis kata yang dikehendaki 4. SENARAIKAN kesalahan-kesalahan tersebut. 5. Tuliskan pembetulan bagi setiap kesalahan tersebut. 1. Kesalahan ejaan bahasa pinjaman, kesalahan vokal, rapat/jarak, tanda baca (huruf besar/kecil), konsonan berganda (kk,nn,gg), kata sendi ‘di’ dan ‘ke’, 2. Kesalahan imbuhan Me…kan/i, me…i/me…kan, diper…+ KA, memper…/memper…i, 3. Istilah Contoh : sawah terlentang – X, sawah terbentang - √ mengisi makluman – x, mengisi maklumat -√ 4. Bahasa Antara kesalahan yang sering diuji. • hukum D-M → penghawa dingin – X, pendingin hawa - √ • kata majmuk → ulangkaji – x, ulang kaji - √ • kata kerja pasif + KGN diri → (dimakan oleh saya – X, saya makan - √ ), (dibina oleh kami – X, kami bina - √ ), ( mereka bina – X, dibina oleh mereka - √ ) • kata penguat + KA → (amat jelas sekali - √ ), (terpaling cantik – X, paling cantik - √ ), • kata penguat darjah penghabisan → (amat, sungguh, sangat – boleh berpasangan), (paling, ter… → tidak boleh berpasangan) contoh: amat/sungguh/sangat cantik sekali - √ paling cantik sekali – X terpandai sekali - X • kata jamak → barisan para ahli panel – X, para-para murid – X, semua muri-murid – X, kebanyakan guru-guru –X koleksi lagu-lagu – X, deretan kedai-kedai – X, seluruh, segala, • kata bilangan→ kedua ibu bapa – X, kedua-dua ibu bapa - √ beribu pengikut – X, beribu-ribu pengikut - √ • kata ganda → kata yang diucapkan berulang seluruhnya atau sebahagiannya seperti langit-langit, berulang-ulang, rerambut → ada tanda sempang (-). Contoh: saling bantu-membantu – X (saling membantu - √) • Kata sendi nama (ksn) → tidak boleh bersama dalam ayat. Contoh: demi untuk – X, demi/untuk - √ sejak dari – X, sejak/dari - √ • unsur melewah-lewah → maju ke depan – X, maju - √ Panduan pemarkahan ➢ Jika calon tidak menyenaraikan kesalahan – markah ‘0’ walaupun jawaban betul ➢ Jika perkataan yang salah berada pada pangkal/permulaan ayat, pembetulannya hendaklah dimulai dengan huruf besar. ➢ Jika perkataan yang salah bermula dengan huruf kecil, pembetulannya juga bermula dengan huruf kecil kecuali KN khas dan kesalahan ejaan yang melibat huruf besar dan huruf kecil. ➢ Tuliskan satu jawaban yang betul sahaja. ➢ Tuliskan jawaban mengikut jumlah kesalahan yang ditetapkan dalam arahan soalan ATAU mengikut jumlah markah yang diberi (satu jawaban yang betul = 1 markah).


Contoh jawaban 3. Bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. ¹Dari : Zaimah binti Zawawi [email protected] Tarikh : 11 ²Febuari 2022, Khamis, 11.40 pagi Perkara : Pelepasan Muhammad Zuhud – Klinik Sukan Pelayaran dan Latihan Kepada : AHMAD RADZI FAUZAN [email protected] Salam sejahtera, Tuan, Saya seperti nama di atas ingin memaklumkan bahawa anak saya Muhammad Zuhud bin Barakah, murid Tingkatan 5 Gigih Sekolah Menengah Kebangsaan Perdana Permai telah ³dipilihkan oleh Kelab Sukan dan Rekreasi Kuala Lumpur (KSRKL) untuk menghadiri Klinik Sukan Pelayaran Pelayaran dan Latihan bertempat di Labuan pada 1 hingga 4 Mac 2022. Latihan ini meliputi latihan bot ⁴dilaut Labuan bagi persediaan menyertai kejohanan-kejohanan sukan akan dating seperti SUKMA, Sukan SEA dan sebagainya. 2. Sehubungan dengan itu, dilampirkan surat permohonan pelepasan yang baru diterima daripada KSRKL untuk rujukan dan ⁵maklumat pihak sekolah. 3. Kerjasama pihak sekolah amatlah ⁶dihargai oleh saya. Sekian, terima kasih. Yang benar, ZAIMAH BINTI ZAWAWI Jawaban Kesalahan Pembetulan 1. Dari Daripada 2. Febuari Februari 3. dipilihkan dipilih 4. dilaut di laut 5. maklumat makluman 6. dihargai oleh saya saya hargai Bahan 1


LATIHAN 1 Petikan 1 dan petikan 2 di bawah mengandungi beberapa kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam soalan. Anda tidak perlu menyalin petikanpetikan itu. PETIKAN 1 Dalam ledakan ilmu pengetahuan tanpa sempadan dalam era ini, semua pihak mesti sentiasa cakna kepada perubahan dan bersedia untuk mendalami ilmu. Jika kita tidak cakna terhadap perubahan ini, kita akan ketinggalan di dalam arus perkembangan dunia sains dan teknologi. Hal ini dikatakan demikian oleh kerana saban hari pelbagai teori, penemuan dan ciptaan yang canggih dicipta manusia di sentero dunia.SEAMEO RECSAM yang berusat di Pulau Pinang telah melksanakan pelbagai program. Program yang dianjurkan oleh SEAMEO RECSAM ini tidak terhad kepada murid-murid tetapi melibatkan golongan pendidik, termasuk ibu dan bapa. SEAMEO RECSAM telah ditubuhkan pada 1967. Misi penubuhan pertubuhan ini adalah untuk mempromosi dan meningkatkan pendidikan sains dan matematik di kalangan ahli lain-lain negara. Dipetik dan diubah suai daripada ‘SEAMEO RECSAM: Impak Terhadap Dunia Pendidikan’, Oleh Jasmin binti Kamarul, Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] PETIKAN 2 Dipetik dan diubah suai daripada: Kidzpreloved99.blogspot.com [5 markah


PETIKAN 1 PETIKAN 2 BIL SALAH BETUL 1. 2 3 4 5 LATIHAN 2: Petikan 1 di bawah ini mengandungi enam kesalahan dan petikan 2 mengandungi lima kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. PETIKAN 1 Mereka yang lahir sebelum tahun 1990an, pastinya mempunyai pengalaman bermain permainan tradisional seperti batu Seremban, galah panjang, tarik upih, congkak, baling selipar, teng-teng, gasing dan sepak raga. Namun dek peredaran masa, proses pembandaran dan perkembangan teknoloji menyebabkan permainan berkenaan terkena tempias yang mengakibatkannya kian pupus ditelan zaman. Perkara itu diakui oleh Dekan Fakulti Bahasa moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr. Abdul Muati Ahmad bila banyak generasi muda hari ini langsung kurang mengetahui permainan terbabit. Sudah tentu scenario itu sesuatu yang merugikan kerana permainan berkenaan sebahagian dari khazanah warisan masyarakat Melayu yang dilupakan sedangkan permainan ini mempunyai nilai tersendiri dan perlu dipelihara. Dipetik dan diubah suai daripada‘Dekan Permainan Tradisional’, Oleh Nor’ Asyikin Mat Hayin, sumber www.mymetro.com, 16 Januari 2019 [6 markah] BIL SALAH BETUL 1. 2 3 4 5 6


PETIKAN 2 Peribahasa memang tidak asing dalam kalangan masyarakat Melayu sejak dahulu. Setiap peribahasa mempunyai maksud yang tertentu dan menampilkan pengajaran secara tersirat. Di antara peribahasa yang mashur ialah melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Peribahasa ini bermaksud mendidik anak-anak biarlah ketika anak itu masih kecil. Peribahasa ini tercipta dari ketelitian masyarakat dahulu dalam melihat satu perkara. Jika kita amati sifat buluh, kita akan mendapati bahawa buluh yang telah keras memang sukar untuk dilentur. Tambahan pula, ketika buluh itu masih daripada peringkat rebung, batangnya masih lembut dan mudah dilentur. Demikianlah masyarakat Melayu dahulu dalam melihat sesuatu kejadian alam. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Melentur Buluh Biarlah Daripada Rebungnya’, Oleh Ilham Hamka bin Mazuan, Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, Kementerian Pendidikan Malaysia [5 markah] PETIKAN 2 BIL SALAH BETUL 1. 2 3 4 5 LATIHAN 3 Petikan 1 Dalam petikan 1, terdapat lima kesalahan bahasa manakala, petikan 2 terdapat enam kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Rakyat yang cetek jati dirinya serta terlalu berkiblat maklumat melalui media sosial lebih cenderung untuk dipengaruhi dan dipecahbelahkan. Malah, terkini pun, sebahagian rakyat lebih terpengaruh terhadap maklumat yang tidak sahih. Wujud pula bibit-bibit ‘menjemput’ campur tangan negara luar dalam pentadbiran di negara ini, sedangkan sesebuah negara mempunyai BIL SALAH BETUL 1. 2 3 4 5 6


kedaulatan serta perundangan dan pentadbirannya sendiri. Justeru, semangat patriotisme perlulah terus disemat di setiap hati sanubari warganegara dan perlu dihayati bila-bila masa dan di mana juga berada. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Perkukuh Benteng Patriotisme, Jati Diri’ oleh Dr Ismail Sualman, Berita Harian [5 markah] Petikan 2 Malaysia adalah sebuah negara yang memiliki masyarakat dengan latar belakang budaya yang berbeza, justeru rakyat di negara ini perlu mempunyai asas kukuh dalam nilai perpaduan demi untuk mengekalkan keharmonian generasi akan datang. Pengenalan program pendidikan kenegaraan penting sangat. Untuk itu, rakyat perlu melihat ilmu kenegaraan sebagai benteng yang akan mempastikan negara ini sentiasa dipandu dengan baik oleh generasi muda yang berkualiti dan bertanggung jawab. Banyak kelebihan apabila generasi muda memiliki pengetahuan kenegaraan yang tinggi. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Melahir Generasi Patriotik’ oleh Nurul Hidayah Bahaudin, Harian Metro [6 markah] PETIKAN 1 PETIKAN 2 BIL SALAH BETUL 1. 2 3 4 5 LATIHAN 4 Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Bahan 1 BIL SALAH BETUL 1. 2 3 4 5 6


Seringkali persoalan hak cipta timbul apabila berlaku perompakan hak ekonomi penulisnya. Seorang penulis yang telah mengorbankan sekian waktu dan tenaga dalam menghasilkan karyanya akan berasa sungguh amat kecewa dan tertipu apabila sagu hati yang dijanjikan tidak tiba pada masa yang telah ditetapkan. Yang lebih mengecewakan ialah penulis mengetahui bahawa karyanya telah terjual. Sikap tidak ambil peduli dan meremehkan persoalan hak cipta ini lama kelamaan akan membunuh masa hadapan industri dan peradaban. Apabila terpandang itu tentang perlanggaran hak cipta berlaku, seharusnya kita tidak boleh tangan lepas dan membiarkan kegiatan itu tanpa sebarang usaha untuk bertindak. Dipetik daripada Membina Sikap Peka Hak Cipta oleh Nisah HaronTunas Cipta Bil 6/2020 Dewan Bahasa dan Pustaka [ 6 markah ] Bahan 2 Bagi seseorang penulis dan pengkarya kreative, pandemik COVID-19 menjadi pencetus ilham rasa segar walaupun terpaksa menelan seribu rasa kisah kehidupan yang penuh kepahitan, kesengsaraan, keperitan dan kedudukan. Pada waktu ini, dengan membekalkan pengalaman dan kesungguhan, pengkarya boleh menghasilkan karya sebagai perakam sejarah yang merakamkan segala jerih payah kehidupan manusia memerangi virus merbahaya yang menjadi igauan ngeri di seluruh dunia pada masa kini. Oleh itu, mereka yang menulis karya kreatif bukan sahaja terdiri daripada mangsa COVID-19, malahan karya tersebut juga dapat dihasilkan oleh para doktor, jururawat dan petugas kesihatan. Dipetik dan diubah suai daripada Ilham di Balik Pandemik oleh Noorisa Abdul Khlil Tunas Cipta Bil 6/2020 Dewan Bahasa dan Pustaka [ 5 markah ] PETIKAN 1 BIL SALAH BETUL 1. 2 3 4 5 6


PETIKAN 2 BIL SALAH BETUL 1. 2 3 4 5 LATIHAN 5 Petikan di bawah mengandungi sebelas kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut Bahan 1 Integriti sangat penting. Namun begitu, integriti tidak lahir dengan sendirinya dalam diri setiap individu-individu. Integriti perlu pupuk sejak kecil melalui intitusi kekeluargaan secara turuntemurun. Oleh hal yang demikian, bila seseorang individu mulai memasuki alam pekerjaan, integriti telah pun mendarah daging. Hal ini akan memudahkan mereka menyesuaikan diri dengan budaya kerja positif dan cemerlang di tempat kerja masing-masing selain mengurangkan risiko untuk terjerat dalam aktiviti salahlaku di tempat kerja. Dipetik dan diubah suai daripada Buku Teks Tingkatan 5, Kementerian Pendidikan Malaysia. [6 markah] Bahan 2 Setiap bakal pekerja harus menerima hakikat bahawa era-globalisasi pastinya membawa perubahan dalam aliran pemikiran. Majikan lebih cenderung untuk memilih dan memerlukan calun pekerja yang memiliki kepakaran serta pemahaman merangkumi pelbagai aspek- aspek kemahiran. Beberapa ciri penting perlu ada, iaitu bedikari, berinisiatif, mahir berkomunikasi, pandai menyesuaikan diri, berdisiplin, dan mengamali etika berpakaian. Dipetik dan diubah suai daripada Buku Teks Tingkatan 5,Kementerian Pendidikan Malaysia. [5 markah] PETIKAN 1 BIL SALAH BETUL 1. 2 3 4 5 6


PETIKAN 2 BIL SALAH BETUL 1. 2 3 4 5 LATIHAN 6 Petikan di bawah mengandungi sembilan kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan danbetulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenalpasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Belia sebagai asset dan modal yang amat berharga bagi Malaysia perlu terus digilap dan diteroka potensi mereka, tanpa mengira bidang. Jika diberikan bimbingan dari awal, mereka bukan sekadar dapat mengukir nama di peringkat negara, tetapi pasti pergi lebih jauh lagi. Beliau perlu meneroka sempadan yang belum diteroka dengan menembuskan bidang yang lebih mencabar. Sebelum ini, kerajaan memputuskan hasrat untuk menubuhkan Makmal Transformasi Pembangunan Belia yang bertujuan mengkaji kehendak dan keperluan belia dengan fokus utamanya jenerasi Y yang berumur di antara 10 tahun hingga 28 tahun. Selari dengan iktiraf global kepada warga belia, kerajaan perlu memberikan prihatin serius terhadap program pembangunan belia agar para belia Malaysia kekal berdaya lawan dengan warga belia global yang lain. Dipetik dan diubah suai daripada “Belia Malaysia Menggapai Dunia” oleh Jeniri Amir, Dewan Siswa,Bil.8/2019) [9 markah} BIL SALAH BETUL 1. 2 3 4 5 6 7 8 9 LATIHAN 7


Petikan di bawah mengandungi sepuluh kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Bahan 1 Tujuan utama perlaksanaan dasar MBMMBI ini jelas kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum. Dalam bidang pendidikan, bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa ilmu kerana banyak buku ilmiah samada buku terbitan asal atau pun buku terjemahan digunakan bahasa Melayu sebagai medium untuk menyampaikan ilmu pengetahuan. Semua guru disarankan bahawa memahami sepenuhnya maksud MBMMBI serta dapat memaklumkan hasrat dan matlamat pelaksanaan dasar ini kepada murid murid dan masyarakat dengan jelas. Dengan meletakan bahasa Melayu di tempat yang sepatutnya, kebudayaan bahasa Melayu akan dipelihara dan seterusnya dapat dilestarikan. Umum mengetahui bahawa, dalam masyarakat berbagai etnik, perlu wujud satu medium untuk mereka saling berhubung. Dasar MBMMBI ini diaspirasikan agar satu bentuk komunikasi yang berkesan dapat dilakukan dalam kalangan masyarakat. Dipetik dan diubahsuai daripada rencana “MBMMBI” Buletin Pendidikan, Disember 2010 [10 markah BIL SALAH BETUL 1. 2 3 4 5 6 7 8 9 10


LATIHAN 8 Dalam bahan di bawah terdapat pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Bahan 1 Manusia pada hari ini telah hilang sifat kemanusiaan hinggakan berlakunya kes-kes pembuangan bayi di merata-rata tempat. Antara lokasi yang menjadi pilihan bagi pihak yang tidak bertanggung jawab untuk membuang bayi adalah di kawasan masjid atau surau, di tandas, di tepi jalan, di tempat pembuangan sampah dan lain-lain tempat. Perbuatan membuang bayi ini merupakan satu jenayah yang sangat zalim dan keji. Antara faktor-faktor yang menggalakkan perlakuan negatif ini berleluasa ialah setengah-setengah orang membuat pergaulan bebas dan hanya mementingkan keseronokan hidup yang berpaksikan pada kepuasan nafsu semata-mata. Oleh itu, kita mestilah menerapkan nilai-nilai moral dalam sanubari golongan muda supaya kebejatan sosial yang serious dapat dibendung daripada terus menular dan menjadi kudis dalam masyarakat kami. Dipetik dan diubah suai daripada artikel “Pembuangan bayi-Salah Siapa” Koleksi Rencana Umum, Jilid 2, Hlm. 63 oleh Hj. Samat bin Buang [ 11 markah ] BIL SALAH BETUL 1. 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 LATIHAN 9 Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Bahan 1 Komik merupakan bahan bacaan yang amat golongan kanak-kanak dan remaja gemari, Bahkan, terdapat juga golongan dewasa yang amat meminati bahan bacaan bergambar ini. Pada masa


kini, permintaan terhadap komik semakin tinggi melalui kewujudan pelbagai laman sesawang yang menyediakan anika ragam komik secara dalam talian. Kewujudan laman sesawang ini telah melahirkan genre e-komik atau komik digital. Komik adalah bahan efisien untuk menyampaikan ilmu dan juga maklumat kepada pembaca. Dipetik dan diubah suai daripada “Komik Bukan Sekadar Hiburan” Oleh Nazreen Coklat, Tunas Cipta September 2021 [ 6 markah] Bahan 2 Para-para penyelidik di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah berjaya mencipta teknoloji mesra alam untuk merawat air buangan sisa akhir efluen kilang minyak sawit (POME) dengan menggunakan biojisim tempurung kelapa sawit. Biojisim tempurung kelapa sawit digunakan sebagai sumber untuk meghasilkan karbon teraktif. Teknologi baru yang menggunakan biojisim tempurung kelapa sawit ini selaras dengan keperluan kilang sawit yang diwajibkan bagi merawat POME berdasarkan peraturan ketat Jabatan Alam Sekitar dan syarat pelesenan MPOB. Teknologi baru ini diharapkan dapat meningkatkan imej industri sawit dengan penghasilan minyak sawit yang berkualiti tanpa mencemarkan alam sekitar. Pengeluaran minyak sawit Malaysia perlu lestari dan mampat bagi memastikan alam sekitar terjejas. Dipetik dan diubah suai daripada “Minyak Sawit Berkualiti” Melalui Rawatan Efluen” oleh Ryan Sofea, Dewan Kosmik Oktober 2021 [ 5 markah] PETIKAN 1 PETIKAN 2 BIL SALAH BETUL 1. 2 3 4 5 BIL SALAH BETUL 1. 2 3 4 5 6


LATIHAN 10. Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Bahan 1 Sisa elektronik ialah komponen elektronik yang telah usang atau tidak diperlukan oleh penggunanya. Sisa elektronik mengandungi bahan kimia merbahaya seperti asid, pelarut, raksa, dan plumbum. Bahan kimia ini mengancam kesihatan manusia dalam jangka masa pendek dan panjang. Di Malaysia, sisa elektronik dikategorikan sebagai sisa terjadual dalam Jadual Pertama Kod SW110 Akta Kualiti alam Sekeliling 1974 [Akta 127] Buangan Terjadual (2005). Sisa ini dikategori sebagai bahan buangan terjadual sebab mempunyai ciri-ciri keboleh nyalaan, menghakis, bertindak balas, dan bertoksid. Dipetik daripada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Jabatan Alam Sekitar Malaysia [ 5 markah] Bahan 2 Peranan Badan Bukan Kerajaan (NGO) tidak boleh dikesampingkan dalam usaha mengekal hutan paya bakau. Aktiviti penanaman pokok bakau bersama-sama NGO dan penduduk di kawasan pesisiran pantai yang organisasi ini jalankan telah membuahkan hasil yang baik. Selain menanam pokok bakau, golongan ini giat menganjurkan upacara kesedaran kepentingan hutan paya bakau pada orang awam. Di samping itu, pihak ini menjadi mata dan telinga kepada agensi yang berkaitan untuk melaporkan maklumat aktiviti yang mengancam eko-sistem hutan paya bakau. Kesannya, masyarakat lebih peka dan perihatin terhadap kelestarian hutan paya bakau. [ 5 markah] BIL SALAH BETUL 1. 2 3 4 5 6 7 8 9 10


SOALAN 4 BAHASA MELAYU STANDARD


SOALAN 4 : Bahasa Melayu Standard TIPS MENJAWAB SOALAN 1. Baca dan fahami teks. 2. Kenal pasti perkataan klasik yang perlu digugurkan seperti: maka, alkisah, syahdan, arakian, diriwayatkan, pun, lah, dan bahasa klasik yang tidak digunakanseraya digantikan lalu, ayat songsang seperti fikir baginda -baginda berfikir, sembah patik-patik menyembah, titah baginda-baginda bertitah. 3. Murid tidak boleh menukar ayat cakap ajuk yang menggunakan tanda petik - “........... ”. Murid perlu mengekalkan sahaja ayat tersebut. 4. Murid tidak boleh mengubah bahasa istana seperti gering, murka, santap, berangkat, beradu dan sebagainya. 5. Murid tidak boleh mengubah kata gelaran, pangkat kebesaran, kata panggilan dalam bahasa istana seperti baginda, patik, tuanku, Betara dan sebagainya. Panduan pemarkahan menukarkan Bahasa Melayu klasik kepada bahasa Melayu Standard bagi Soalan 4 Deskripsi Markah 6 - Isi cukup dan lengkap, mengikut urutan dan ayat gramatis 5-6 - Isi cukup dan lengkap, mengikut urutan dan ayat masih gramatis 4 - Isi cukup dan lengkap, mengikut urutan dan ayat kurang gramatis 3 - Isi tidak cukup , mengikut urutan dan ayat gramatis - Isi tidak cukup , mengikut urutan dan ayat kurang gramatis 2 - Isi tidak cukup , mengikut urutan dan ayat tidak gramatis 1 - Ayat disalin bulat-bulat 0 - Isi tidak mengikut urutan 0


CONTOH 1 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Maka hari pun malamlah. Maka dilihat oleh Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu suatu hidangan datang-datang terletak dihadapan Aria Putera itu. JAWABAN Hari mulai malam. Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu melihat hidangan sudah terhidang di hadapan Aria Putera. ***perkataan yang dimerahkan itu digugurkan. CONTOH 2 Maka Laksamana pun menyuruh membawa segala senjata yang banyak-banyak itu, lembing dan tombak dan kayu. Maka diatur oleh Laksamana berkeliling istana itu. Maka dibubuhnya suatu hikmat, radak-meradak dan tetak-menetak sama sendirinya dan kayu itu pun palu memalu, terlalu gemuruh bunyinya. Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan Dalam antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia [ 6 markah ] JAWABAN Laksamana menyuruh/mengarahkan orangnya membawa semua senjata yang banyak, lembing, tombak dan kayu. Laksamana menyusun atur semuanya untuk mengelilingi istana itu. Laksamana membacakan jampi/mantera, radak-meradak dan tetak-menetak sesama sendiri dan kayu itu palumemalu, terlalu kuat bunyinya.


LATIHAN 1 Hatta maka hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun masuk mencuri pula sebuah rumah saudagar yang lain. Setelah sudah banyaklah ia beroleh harta, maka ia pun kembali pada tempatnya pula. Dengan demikian habislah segala harta saudagar yang kaya-kaya itu dicurinya. Maka segala saudagar dan orang kaya-kaya itu pun masuk menghadap raja berdatang sembah, “Ya tuanku, patik mohonkan ampun, Adapun patik sekalian ini habis kecurian tinggal sehelai sepinggang.” Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan Dalam antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia JAWABAN LATIHAN 2 Syahadan, maka kedengaran di Melaka bahawa Cau Pandan sudah mati, sakitnya muntahkan darah ,dadanya seperti kena panah. Telah Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar itu, maka titah baginda, “ Sungguhlah Tuan Sidi Arab ini hamba Allah keramat.” Maka berapa puji baginda akan Tuan Sidi Arab itu dan dianugerahi baginda dengan sepertinya. Dipetik daripada Burung terbang Dipipiskan Lada Dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia JAWABAN


LATIHAN 3 Hatta, maka orang Siam pun datanglah, lalu perang dengan orang Melaka. Ada beberapa lamanya berperang, maka banyaklah rakyat Siam yang mati. Melaka tiada alah. Maka rakyat Siam pun kembalilah, seraya ia pulang segala rotan ikat barang-barangnya semuanya dicampakkannya di hulu Muar. Dipetik daripada Burung terbang Dipipiskan Lada Dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia JAWABAN LATIHAN 4 Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya Maka Laksamana pun berdatang sembah, “Ya tuanku, adapun penjurit yang datang ini bukan barang-barang penjurit, lebih tahunya daripada patik. Jika ada derma kurnia, patik hendak memohon ke bawah duli hendak cuba bermain dengan penjurit penjurit itu.” Maka titah raja, “Adapun Laksamana itu tiadalah dapat jauh daripada kita, jikalau Laksamana pergi berkawal, siapa teman kita di istana ini?” Yang kita harap hanyalah Laksamana, “Maka Laksamana pun berdiam dirinya mendengar titah raja demikian itu. Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan Dalam Antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul , Kementerian Pendidikan Malaysia. [6 markah]


LATIHAN 5 Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asal. Berapa lamanya didengar oleh Patih Gajah Mada penjurit yang tujuh bersaudara yang dititahkan Seri Betara pergi ke Melaka itu sudah mati. Maka Patih pun hairan. Maka Patih Gajah Mada pun fikir dalam hatinya. 'Adapun negeri Melaka itu sukar binasa maka puas hatiku. Adapun seperti khabar penjurit tujuh bersaudara yang di Bukit Cina itu, jika tiada ia mati, nescaya alahlah Melaka itu. Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia [ 6 markah ] JAWABAN LATIHAN 6 Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asal. Maka Laksamana pun membahagi tiga, diambil oleh Laksamana harta itu sebahagi. Maka yang sebahagi Laksamana ambil itu dibahagi tiga pula; yang sebahagi itu didermakan pada segala fakir miskin dan sebahagi lagi diberikan pada segala pegawai yang tiada penguasaan dan sebahagi diberikan pada segala orangnya. Maka segala harta itu pun habislah, suatu pun tiada diambil oleh Laksamana. Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia. [6 markah]


JAWABAN LATIHAN 7 Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asal. Syahadan, pada suatu hari, maka Tun Perak datang menghadap, duduk di tanah sama-sama orang banyak. Maka kata bentara yang bergelar Seri Amerta kepada Tun Perak, “Tuan Tun Perak, segala orang Kelang ini menghadap baginda mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan. Dipetik daripada prosa tradisional, ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ Dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] JAWABAN


LATIHAN 8 Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asal. Maka Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya olang-oleng.Telah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya sekali,dua tiga buah perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya sekali,dua tiga buah perahu Siam alah,lalu ia terus ke sebelah; maka ia berbalik,dilanggarnya pula yang lain,itu pun dua tiga buah perahu Siam alah. Maka Tun Umar pun kembalilah. Maka orang Siam terlalu hairan melihat kelakuan Tun Umar itu. Telah malam, Awi Dicu pun datanglah. Dipetik daripada prosa tradisional, ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ Dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] JAWABAN LATIHAN 9 Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asal. Maka kata Seri Nara Diraja, "Di mana kamu sekalian tahu? Jikalau demikian sia- sialah cula dibeli oleh bapaku sekati emas di benua Keling itu." Dan telah sudah lepas idah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu. Maka menjadi muafakatlah Seri Nara Dira dengan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan seperti saudara sejalan jadi. Maka sembah Seri Nara Diraja pada Sultan Muzaffar Syah, "Tuanku, baiklah Paduka Raja dijadikan bendahara, kerana ia sedia anak bendahara." Maka Paduka Raja pun dijadikan bendahara. Dipetik daripada prosa tradisional, ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ Dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah]


JAWABAN LATIHAN 10 Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asal. Adapun Cau Pandan itu, lagi di benua Siam, maka berasa kepada dadanya seperti kena panah, maka Cau Pandan pun sakit muntahkan darah lalu mati. Maka tidaklah jadi Siam menyerang Melaka, sebab mati Cau Pandan itu. Syahadan, maka kedengaran di Melaka bahawa Cau Pandan sudah mati, sakitnya muntahkan darah, dadanya seperti kena panah. Telah Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar itu, maka titah baginda, "Sungguhlah Tuan Sidi Arab ini hamba Allah keramat." Dipetik daripada prosa tradisional, ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ Dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] JAWABAN


SOALAN 5 PERIBAHASA


SOALAN 5 – Peribahasa Panduan soalan Peribahasa Simpulan Bahasa Bidalan Aspek yang diuji Perumpamaan Perbilangan Pepatah Kata -kata hikmah Nota: Calon diminta menulis jawaban mengikut kehendak soalan. Contohnya, jika soalan meminta tiga peribahasa, tuliskan tiga peribahasa sahaja. Sekiranya calon menulis lebih daripada yang diminta, jawaban tidak akan disemak. Contoh : Dialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian berikan maksud peribahasa tersebut. Damia : Fatin, awak sudah pergi ke ekspo jualan pakaian di Tapak Pesta Teluk Kemang? Fatin : Belum, tapi saya tahu ada ekspo tersebut. Sebelum ini ekspo sebegini Bentuk soalan Peribahasa Beri maksud peribahasa Mengisi tempat kosong Menyatakan peribahasa mengikut situasi Menyatakan peribahasa yang maksud hampir sama Menyatakan peribahasa yang maksudnya berlawanan


Click to View FlipBook Version