The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERSONA KAJIAN TINDAKAN & INOVASI 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by stfau06, 2023-03-03 09:04:37

PERSONA KAJIAN TINDAKAN & INOVASI

PERSONA KAJIAN TINDAKAN & INOVASI 2023

BIBBIOGRAFI PENULIS Buku ini ditulis oleh seorang guru Pendidikan Islam SK Seri Samudera. Berpengalaman dalam mengajar selama 13 tahun, memiliki Diploma Pendididikan IPGK Perempuan Melayu Melaka, serta kelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah jurusan Muamalat di Institut Agama Islam Negeri Sumatera Utara, Medan, Indonesia. Sarjana Pendidikan Sekolah Rendah (UPSI), sedang melanjutkan Pengajian di peringkat PHD dalam bidang Pendidikan Sekolah Rendah (UPSI). Antara penulisan penulis adalah : PENULISAN 1) Kesediaan Guru Pendidikan Islam Dalam Melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)-(UPSI) 2) Kesediaan Guru Sains Sekolah Rendah Dalam Melaksanakan PAK 21-(UPSI) 3) Kajian Wanita Dan Gerakan Ekonomi Islam –IAIN SUMATERA UTARA (Indonesia) 4) Pembentang Abstrak Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)-(Peringkat Universiti-PHD) 5) Pembentang Kajian Tindakan Kaedah Latih Tubi (Ulangan) dapat meningkatkan Kemahiran Menulis Jawi.(PPD Manjung) 6) Pembentang Aplikasi Telegram Dan Kesannya Terhadap Prestasi Pdpc Pendidikan Islam Dalam Kalangan 4 Kreatif Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). PPD Manjung. 7) Pembentang Penguasaan Golf Dalam Kalangan Murid 5 Inovatif Meningkatkan PdPc Pendidikan Islam Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)-PPD Manjung. 8) Pembentang Penguasaan Golf Dalam Kalangan Murid 5 Inovatif Meningkatkan PdPc Pendidikan Islam Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)- STEM DIGITAL PENANG- Kebangsaan & Antarabangsa 9) Pembentang Penggunaan MyPaste Terhadap PdPc Pelajaran Jawi Dalam Kalangan Murid 1 Kreatif- At The International Confren On STEM Penang 2022. 10) Pembentang Penggunaan MyPaste Terhadap PdPc Pelajaran Jawi Dalam Kalangan Murid 1 Kreatif- SAH International IPGM Sultan Abdul Halim 11) Pembentang Penggunaan MyPaste Terhadap PdPc Pelajaran Jawi Dalam Kalangan Murid 1 Kreatif- Seminar Antarabangsa Guru-Guru Asia. 12) Kajian Penyelidikan Minat Membaca Dalam Kalangan Murid Meningkatkan Kehadiran Ke Perpustakaan (PSS) INOVASI 1) MyPasyte - Perak & Gangsa – International PIP - Perak - International SAH – Gangsa - International 2) MyMagnet - Sekolah 3) I- Mosaice 22 - Sekolah 4) Bawang -Sekolah


PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang maha Pemurah lagi Maha Mengasihani dan segala Pujian ke atasNya serta selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasullullah S.A.W. Segala puji dan syukur saya panjatkan kepada Ilahi kerana memberikan kekuatan dan semangat bagi menyempurnakan buku PERSONA KAJIAN TINDAKAN & INOVASI Setinggi-tinggi penghargaan saya rakamkan Jutaan terima kasih kepada Guru Besar SK Seri Samudera En. Shahril b Othman, Barisan Pentadbir, Panitia Pendidikan Islam, Pasukan Kajian Tindakan & Inovasi serta rakan guru-guru dan murid di atas kerjasama yang diberikan dalam penghasilan buku ini. Penghargaan ini juga ditujukan khas buat ibu Fatimah Binti Ahmad, suami Mohd Shah b Md Sani serta seluruh ahli keluarga yang sentiasa mendoakan memberi semangat dan menyokong sepenuhnya dari awal hingga ke akhir penghasilan buku kajian ini. Buat sahabat-sahabat yang sentiasa bersama di dalam suka dan duka, jutaan terima kasih diucapkan. Semoga kejayaan ini memberi rahmat dan manfaat buat kita semua. Pembaca boleh menjadikan buku ini sebagai bahan rujukan untuk pencambahan ilmu. Walaubagimanapun, penulis tidak bertanggungjawab terhadap sebarang keputusan yang diambil oleh pembaca sama ada secara langsung atau tidak langsung selepas membaca dan mendapat maklumat dalam buku ini. Sebarang penerbitan semula berbentuk komersil dilarang sama sekali melainkan dengan keizinan penulis. SEMOGA BACAAN INI MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA PEMBACA.


4 Isi Kandungan Bibbiografi Penulis Penghargaan Muka Surat Aplikasi Telegram Dan Kesannya Terhadap Prestasi Pdpc Pendidikan Islam Dalam Kalangan 4 Kreatif Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (Pkp) 5 Penguasaan Golf Dalam Kalangan Murid 5 Inovatif Dapat Meningkatkan Pdpc Pendidikan Islamsepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (Pkp) 16 Penggunaan Mypaste Terhadap Pdpc Pelajaran Jawi Dalam Kalangan Murid 1 Kreatif 27 Inovasi MyPaste 37 Minat Membaca Dalam Kalangan Murid Meningkatkan Kehadiran Ke Perpustakaan (Pss) 44 Rujukan Lampiran


5 APLIKASI TELEGRAM DAN KESANNYA TERHADAP PRESTASI PDPC PENDIDIKAN ISLAM DALAM KALANGAN 4 KREATIF SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) Oleh : Siti Fauziah Binti Mohd Noh Sk Seri Samudera 32040 Sri Manjung Perak [email protected] ABSTRAK Pandemik Covid-19 yang melanda dunia kini telah merubah situasi semasa, terutamanya sektor pendidikan di Malaysia. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi kesan kepada murid Empat Kreatif. Pembelajaran secara fizikal terpaksa bertukar kepada pembelajaran secara dalam talian disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tinjauan awal dapatan melalui pengumpulan data secara pemerhatian.Tujuan kajian dijalankan untuk mengetahui beberapa aplikasi (aplikasi telegram) dalam talian telah dijadikan sebagai kaedah PdPc bagi menggantikan kaedah PdPc secara bersemuka. Kajian kuantitatif dan kualitatif ini mensasarkan seramai 35 murid 4 Kreatif terdiri 18 lelaki 17 perempuan. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap penguasaan pengetahuan, minat 97.1 % manakala kesan terhadap peningkatan prestasi Pendidikan Islam adalah 86%. Secara keseluruhanya hal ini menjelaskan bahawa majoriti murid bersetuju bahawa aplikasi telegram ini dapat meningkatkan prestasi PdPc Pendidikan Islam. Melalui kajian ini diharapkan aplikasi telegram dapat membantu murid menguasai hasil pembelajaran serta dapat menyumbang kepada peningkatan prestasi murid dalam mata pelajaran Pendidikan Islam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kata Kunci : Aplikasi Telegram, Pendemik Covid 19, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Pendidikan Islam, PdPc.


6 1.0 Pengenalan Pandemik Covid-19 yang melanda dunia kini telah merubah situasi semasa, terutamanya sektor pendidikan. Pembelajaran secara fizikal terpaksa bertukar kepada pembelajaran secara dalam talian disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara dalam talian telah menggantikan pembelajaran secara bersemuka. Sepanjang pandemik Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi kesan kepada institusi pendidikan khususnya sekolah rendah. Sepanjang tempoh PKP kaedah pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian telah dilaksanakan bagi memastikan murid dapat mengikuti dan melakukan aktiviti PdPc mereka semasa di rumah. Sehubungan dengan itu, beberapa aplikasi dalam talian telah dijadikan sebagai kaedah PdPc bagi menggantikan kaedah PdPc secara bersemuka. Menurut Khairah (2020), Kementerian Pendidikan telah memberikan garis panduan yang memperincikan peranan dan tanggungjawab pentadbir, guru, ibu bapa dan pelajar untuk memastikan kelancaran pengajaran dan pembelajaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pelaksanaan pembelajaran dalam talian ini memerlukan pelajar membina kemahiran pembelajaran sepanjang hayat. Selaras dengan hasrat KPM antaranya pembelajaran dalam talian bagi meletakkan sistem pendidikan negara setanding negara maju. Ini diterjemahkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dengan menjadikan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa serta memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Dalam masa yang sama Guru perlu memberi maklum balas kepada hasil kerja murid supaya mereka terus bermotivasi untuk menyelesaikan tugasan seterusnya. Di sampaing itu pelajar juga diberi peluang untuk berkomunikasi dengan rakan sekelas bagi membincangkan tugasan dan pembelajaran. Lama-kelamaan, pelajar boleh berdikari untuk meneruskan pembelajaran dalam talian ini (Fatin Aliah Phang, 2020). Melalui pembelajaran dalam talian, penglibatan guru, ibu bapa dan murid amat penting dalam memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. Ini bermakna, kemahiran guru dalam menggunakan peralatan elektronik seperti komputer, internet, Microsoft PowerPoint, video serta aplikasi dalam talian sangat diperlukan dalam memastikan murid mendapat kefahaman, minat dan komitmen dalam sesi pembelajaran. Komunikasi antara guru dan ibu bapa sangat penting semasa tempoh PKP ini untuk memastikan waktu murid di isi dengan sesuatu yang bermakna dan ilmiah. Rumusannya,"Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu" - tema Hari Guru 2021 amat tepat untuk dihayati warga pendidik, dalam usaha kita semua menjadikan pembelajaran sepanjang hayat sebagai sebahagian hidup.Demi anak bangsa yang bakal membawa Malaysia ke era lebih cemerlang, gurulah yang perlu menjadi pemangkin kepada kegemilangan negara. Selamat Hari Guru 2021. 2.0 Refleksi Dari Pencapaian Lalu Guru Pendidikan Islam 4 kreatif ,saya dapati dalam kalangan murid 4 kreatif tahu dan mahir menggunakan aplikasi telegram sebagai PdPc sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Mereka aktif dan sentiasa memberi respon tugasan yang diberikan oleh guru. Ini membuktikan penglibatan mereka secara dalam talian khususnya aplikasi telegram dapat memberi impak positif di samping meningkatkan prestasi PdPc Pendidikan Islam itu sendiri. Hal ini demikian kerana PdPc dalam talian lebih menyeronokan, selain itu mereka boleh menyiapkan tugasan pada bila-bila masa tanpa terikat dengan waktu seperti mana PdPc secara


7 bersemuka. Hal ini menunjukkan semua murid 4 kreatif tidak ketinggalan dalam menerima tugasan yang telah diberikan oleh guru. Di samping itu, setiap daripada mereka mempunyai capaian internet, gajet yang bagus dan ini membolehkan mereka dapat mengekses tugasan dengan pantas. Murid juga diberi peluang untuk berkomunikasi dengan rakan sekelas bagi membincangkan tugasan dan pembelajaran. Lama-kelamaan murid boleh berdikari untuk meneruskan pembelajaran dalam talian ini (Fatin Aliah Phang, 2020). Konklusinya, tahap pengetahuan guru dalam teknologi amat penting dalam memastikan PdPc semasa tempoh PKP berjalan dengan lancar dan mencapai objektif pembelajaran serta menarik minat murid untuk menjalani proses pembelajaran walaupun berada di rumah. 3.0 Latar Belakang Kajian Saya ditugaskan mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam dan berpengalaman lebih dari sepuluh tahun mengajar subjek tersebut bermula dari SK Malim, Melaka, SK Nahkoda Muhammad Taib, Segari. Dan pada masa kini SK Seri Samudera, Seri Manjung, Perak. Pada awal tahun 2021 saya telah diamanahkan mengajar kelas 4 Kreatif yang mana bilangan murid seramai 35 orang. Seramai 35 orang murid kelas tersebut tahu dan mahir menggunakan gajet. Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), aplikasi telegram adalah medium yang telah digunakan oleh saya. Atas kesedaran dan ingin tahu dengan mendalam setelah permerhatian dan membuat muhasabah, saya mula merancang serta memberi fokus kepada penghasilan kajian terhadap murid 4 Kreatif. Dalam kajian ini juga saya ingin mengetahui adakah murid tahu, minat, perasaan,peningkatan prestasi Pendidikan Islam, tahap penguasaan mereka dan Kesan terhadap diri apabila menggunakan aplikasi telegram semasa PdPc Pendidikan Islam. Hasil perbincangan dengan rakan sejawat melalui Professional Learning Community (PLC) menggunakan medium google meet , saya mengutarakan pandangan untuk melaksanakan kajian tindakan terhadap murid 4 kreatif untuk melihat sejauh mana keberkesanan aplikasi telegram dan kesannya terhadap prestasi PdPc Pendidikan Islam. Dapatan perbincangan tersebut, mereka menyokong sepenuhnya kajian ini perlu dilaksanakan lebih-lebih lagi di musim pendemik covid 19. Kajian ini dijalankan untuk memastikan murid tahun 4 Kreatif dapat mengaplikasikan telegram dengan baik sejajar dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara dalam talian menggantikan pembelajaran secara bersemuka sepanjang pandemik Covid-19 iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Diharap kajian ini dapat menjawab persoalan aplikasi telegram dan kesannya terhadap prestasi PdPc Pendidikan Islam dalam kalangan murid 4 Kreatif SK Seri Samudera serta meningkatkan kemahiran guru memberi tugasan secara dalam talian. 4.0 Fokus Kajian Fokus kajian ini adalah memastikan agar murid 4 Kreatif menerima dan melaksnakan tugasan yang diberikan oleh guru dengan menggunakan aplikasi talegram sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kajian ini juga memberi perhatian kepada kesannya terhadap prestasi PdPc Pendidikan Islam. Susulan daripada itu, cabaran kepada guru amat tinggi untuk berjuang dalam memastikan kelas tetap dijalankan walaupun berlaku krisis disebabkan oleh pandemik Novel Coronavirus


8 (Covid-19). Bagi memastikan murid tidak keciciran dari mendapatkan pembelajaran dan pendidikan dalam tempoh PKP, guru perlu mengharungi kebiasaan baharu atau lebih dikenali sebagai the new normal dalam proses PdPc. Diharap kajian tindakan ini dapat menyelesaikan persoalan aplikasi telegram dan kesannya terhadap prestasi PdPc Pendidikan Islam dalam kalangan 4 Kreatif sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sekaligus menjadikan mata Pelajaran Pendidikan Islam di minati. Semoga kajian ini menjadi satu inovasi serta implementasi di peringkat Sekolah Rendah dan Menengah sekirannya berlaku pendemik. 5.0 Objektif Umum Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap aplikasi telegram dalam usaha meningkatkan prestasi PdPc Pendidikan Islam 4 Kreatif SK Seri Samudera. 6.0 Objektif Kajian 1) Murid tahu menggunakan aplikasi telegram. 2) Murid minat menggunakan aplikasi telegram. 3) Murid dapat meningkatkan prestasi PdPc Pendidikan Islam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 7.0 Persoalan Kajian 1) Adakah murid tahu menggunakan aplikasi telegram? 2) Adakah murid minat menggunakan aplikasi telegram? 3) Adakah murid dapat meningkatkan prestasi PdPc Pendidikan Islam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)? 8.0 Kumpulan Sasaran Kumpulan sasaran 35 orang murid 4 Kretif iaitu 18 lelaki dan 17 perempuan. Kesemua murid tersebut mempunyai gajet dan menginstall aplikasi telegram. Kumpulan Sasaran 35 Murid 4 Kreatif Lelaki Perempuan 18 17 Table 1 : (Menunjukkan Sasaran Murid 4 Kreatif)


9 9.0 Metodologi / Model Kajian Kajian ini menggunakan MODEL KURT LEWIN (1946; 1948 untuk mengenal pasti fokus isu yang menjadi keperihatinan. Pengumpulan data awal bagi mengesahkan dan mengenal pasti isu sebenar. Rajah 2 :( Model Kurt Lewim 1946 ; 1948) 10.0 Tinjauan masalah menggunakan instrumen berikut : 1. Pemerhatian. 2. Chat telegram 3. Voice telegram 4. Rakaman Video 5. Kajian Soal Selidik 11.0 Perancangan Tindakan Bagi menarik perhatian murid ,saya telah merancang aktiviti dengan mewujudkan tugasantugasan yang berbentuk dokumen word, google form,Chat serta voice telegram dan sebagaianya. Kemudian dihantar ke apliksi telegram. Namun demikian aktiviti ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan sedia ada murid tentang aplikasi telegram. Tempoh masa yang diambil sepanjang tempoh Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 12.0 Pelaksanaan Tindakan Satu kajian tindakan intervensi telah dijalankan bagi mengenal pasti tahap pengetahuan,minat dan kesan terhadap peningkatan prestasi PdPc Pendidikan Islam murid sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melalui pemerhatian, chat, voice, rakaman video dan kajian soal selidik di aplikasi telegram. 12.1 Pemerhatian Pemerhatian terhadap murid telah dijalankan semasa proses (PdPc) dalam talian telegram secara langsung contohnya pengedarkan tugasan melalui link google form,meet dan word.


10 12.2 Chat telegram Perbualan (Chat) aplikasi telegram telah dilakukan terhadap murid bagi mendapatkan respon atau maklumat tentang aplikasi telegram sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 12.3 Voice & Rakaman Video Beberapa voice dan rakaman video melalui aplikasi telegram telah dibuat terhadap murid untuk mendapatkan maklum balas mengenai persoalan-persoalan yang berkaitan aplikasi tersebut. 12.4 Kajian Soal Selidik Satu kajian soal selidik menggunakan flatform google form dilinkkan (https://forms.gle/fX7RPG1MbhG3cH9L8) kemudian di hantar ke aplikasi telegram 4 Kreatif bagi membolehkan murid merespon kajian tersebut. 13.0 Dapatan /Analisa Kajian a) Pemerhatian Rajah 3 : (Menunjukkan pemerhatian ke atas aplikasi telegram) Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran mendapati murid tahu dan minat melibatkan diri dalam menyiapkan tugasan yang diberi. Hal ini menunjukkan bahawa segala tugasan diterima tanpa gagal. Oleh yang demikian aplikasi telegram sangat membantu murid sepanjang PdPc (PKP) berlangsung, malahan murid dapat memberit tumpuan dan kerjasama serta seronok bersama-sama rakan sekelas dalam talian.


11 b) Chat Talegram Rajah 4 : (Menunjukkan Perbualan (Chat) Aplikasi Telegram Hasil perbualan (Chat) di dalam aplikasi telegram dapati murid berjaya mengikuti PdPc Pendidikan Islam. Melalui data yang diperolehi juga membuktikan bahawa murid telah menguasai penggunaan medium tersebut. c) Voice & Rakaman Video Rajah 5 : (Menunjukkan Voice & Rakaman Video Aplikasi Telegram) Hasil perbualan (voice & rakaman video) di dalam aplikasi telegram dapati murid berjaya mengikuti PdPc Pendidikan Islam. Melalui data yang diperolehi juga membuktikan bahawa murid telah menguasai penggunaan medium tersebut


12 d) Kajian Soal Selidik Rajah 6 : (Menunjukkan Kajian Soal Selidik di Telegram) Hasil kajian soal selidik yang telah dilinkkan dalam aplikasi telegram 4 Kreatif mendapati seramai 35 orang murd telah memberi respon dan maklum balas. Respon berbentuk skala tertutup (skala likert) dan skala terbuka (Bebas mengemukan pandangan dan pendapat) telah di jawab. Rajah 7 : (Carta Pie Mennjukkan Respon Kajian Aplikasi Telegram Dan Kesannya Terhadap Prestasi PdPc Pendidikan Islam Dalam Kalangan 4 kreatif Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)


13 Daripada data yang dipaparkan Carta Pai rajah 7 melalui soalan (secara tertutup pilihan jawapan disediakan) dapatlah dirumuskan bahawa seramai 34 (97.1%) orang murid merspon “tahu” manakala “minat” 97.1%, sementara soalan berkaitan dengan “perasaan” 97.1 % begitu juga dengan soalan “peningkatan prestasi” 97.1% tidak ketinggalan juga “tahap penguasaan” yang diberikan pada 6-10 (97.1%). Secara keseluruhanya hal ini menjelaskan bahawa majoriti murid bersetuju bahawa aplikasi telegram ini dapat meningkatkan prestasi PdPc Pendidikan Islam. Rajah 8 : (Histogram menunjukkan kesan terhadap diri apabila menggunakan Aplikasi Telegram Semasa PdPc Pendidikan Islam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)) Berdasarkan data soalan terbuka (bebas memberi pandangan) yang ditunjukkan dari histogram di atas maka dapat dirumuskan bahawa kesan terhadap diri murid apabila menggunakan aplikasi telegram semasa PdPc Pendidikan Islam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah seramai 3 (86.%) mengatakan bagus, 22 (62.9%) baik, 2 (5.7%) ok, manakala rata-rata 7 (2.9%) mengatakan amat baik, bagus sangat,membatu meningkat prestasi dan sangat berkesan. Sementara 1 (2.9%) tak tahu. Keseluruhanya menjelaskan bahawa aplikasi telegram dapat meningkatkan prestasi PdPc Pendidikan Islam kepada murid sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


14 Jadual 9 : (Menunjukkan Bilangan Soalan, Murid,Serta Peratusan Sasaran 4 Kreatif) Daripada paparan maklumat dalam jadual di atas, penyertaan kumpulan sasaran 4 Kreatif, secara keseluruhanya, 35 orang murid merespon soal selidik. Seramai 34 orang murid merespon soalan 1-5 dengan peratusan 97.1% manakala respon soalan 6, seramai 3 orang dengan peratusan 86%, 22 merespon 62.9% dan 2 orang merepon 5.7%. walaubagaimanapun 1 orang merespon 2.9%. keseluruhan data yang ditunjukkan dalam jadual maka dapat dirumuskan bahawa majaroti murid tahu,minat serta murid dapat meningkatkan Prestasi PdPc Pendidikan Islam Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sebagai kesimpulan hasil kajian yang telah dijalankan melalui pemerhatian,temubual (chat & rakaman video) serta soal selidik dalam aplikasi telegram, kajian ini telah menjawab persoalan dan objektif. Murid tahu dan minat terhadap penggunaan aplikasi telegram semasa PdPc Pendidikan Islam, secara tidak langsung memberi kesan positif dan dapat meningkat prestasi mereka. Mereka lebih yakin berada bersama rakan sekelas melakukan aktiviti PdPc secara dalam talian (aplikasi telegram) semasa di rumah menggantikan kaedah PdPc secara bersemuka. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan menjadi satu alasan bagi murid 4 Kreatif untuk tidak mengikuti PdPc Pendidikan Islam. Bil Soalan Bil Murid Perkara Peratus % 1 Adakah anda tahu menggunakan Aplikasi Telegaram? 34 Tahu 97.1 2 Adakah anda minat menggunakannya? 34 Minat 97.1 3 Bagaimanakah perasaan anda bila menngunakannya bagi mata pelajaran Pendidikan Islam? 34 Suka 97.1 4 Adakah aplikasi telegram dapat meningkatkan prestasi Pendidikan Islam anda? 34 Ya, Pretasi Meningkat 97.1 5 Berikan tahap penguasaan anda. 34 Penguasaan 6-10 97.1 6 Apakah kesan terhadap diri anda apabila menggunakan aplikasi telegram bagi PdPc Pendidikan Islam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)? 3 22 2 Bagus Baik Ok 86 62.9 5.7 7 amat baik,bagus sangat,membatu meningkat prestasi, sangat berkesan 2.9 1 Tak tahu 2.9


15 14.0 Implikasi Terhadap Peserta Kajian Hasil pemerhatian yang ditunjukkan oleh murid dalam aplikasi telegram sebelum pelaksanaan kajian ini menunjukkan pengetahuan dan minat terhadap peningkatan prestasi PdPc Pendidikan Islam membanggakan. Namun apabila di minta untuk melibatkan diri dalam kajian ini murid memberi kerjasama yang jitu. 100% mewakili 35/35 dalam kalangan murid 4 Kreatif memberi respon perspektif positif, sekaligus meningkatkan pengetahuan, minat dan prestasi PdPc Pendidikan Islam Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 15.0 Implikasi Terhadap Amalan Kendiri Melalui aplikasi telegram satu perubahan telah ditunjukkan oleh murid dari segi pengetahuan dan minat terhadap PdPc Pendidikan Islam murid rasa diberi perhatian serta yakin bersama rakan-rakan yang lain di dalam talian . Murid juga memberi kerjasama dalam semua aktiviti yang dirancang, malah tidak rasa tertekan mengikuti setiap aktiviti, serta berani mencuba walaupun melakukan kesilapan pada awalnya. 16.0 Implikasi Terhadap Kurikulum Kajian ini menunjukkan pengajaran dan pembelajran melalui aplikasi telegram berpotensi untuk meningkatkan PdPc Pendidikan Islam di samping meningkatkan keyakinan murid untuk menguasai objektif pembelajaran. Rumusan Jika pelajar lebih tertarik kepada facebook berbanding portal e-pembelajaran maka aplikasi telegram juga mampu dijadikan platform untuk pembelajaran. Aplikasi telegram dapat membantu menguasai hasil pembelajaran. Jelas bahawa keupayaan memberikan kidmat pendidikan yang terbaik kepada murid semasa wabak COVID 19 ini memerlukan usaha dan tenaga yang luar biasa dari semua pihak, ibu bapa,pendidik dan murid. Justeru ,tema “BERGURU DEMI ILMU,BINA GENERASI BAHARU” 2021 sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan tahun ini amat bertepatan dengan situasi semasa yang sedang dialami oleh negara kita dan seluruh dunia. Semoga perkongsian ini dapat membantu buat guru-guru bagi memastikan murid tidak jauh ketinggalan. Diharap kajian ini dapat menyumbang kepada peningkatan prestasi murid dalam mata pelajaran Pendidikan Islam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)


16 PENGUASAAN GOLF DALAM KALANGAN MURID 5 INOVATIF DAPAT MENINGKATKAN PDPC PENDIDIKAN ISLAMSEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) Oleh : Siti Fauziah Binti Mohd Noh Sk Seri Samudera 32040 Sri Manjung Perak [email protected] ABSTRAK Pandemik Covid-19 yang melanda dunia kini telah merubah situasi semasa, terutamanya sektor pendidikan di Malaysia. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi kesan kepada murid lima Inovatif. Pembelajaran secara fizikal terpaksa bertukar kepada pembelajaran secara dalam talian disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tinjauan awal mendapati murid kurang menunjukkan minat terhadap PdPc Pendidikan Islam melalui pengumpulan data secara pemerhatian.Tujuan kajian dijalankan untuk mengetahui penguasaan google form sebagai kaedah PdPc bagi menggantikan kaedah PdPc secara bersemuka. Kajian kuantitatif dan kualitatif ini mensasarkan seramai 35 murid 5Inovatif terdiri 21 lelaki 14 perempuan. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap penguasaan pengetahuan 75%, mahir 65 % , minat 95%, sikap 65%. Secara keseluruhanya hal ini menjelaskan bahawa majoriti murid bersetuju bahawa google form dapat meningkatkan prestasi PdPc Pendidikan Islam. Melalui kajian ini diharapkan google form dapat membantu murid menguasai hasil pembelajaran serta dapat menyumbang kepada peningkatan prestasi murid dalam mata pelajaran Pendidikan Islam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kata Kunci : Google Form, Pendemik Covid 19, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Pendidikan Islam, PdPc.


17 1.0 Pengenalan Pandemik COVID-19 telah membawa suatu perubahan yang besar kepada dunia kini dalam pelbagai sektor dan industri. Antara perubahan besar yang terkesan akibat dari pendemik ialah sistem pendidikan sesebuah negara. Hal ini boleh dilihat melalui perubahan medium pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan kini. Kini, sektor Pendidikan Islam di Malaysia turut memperlihatkan para guru Pendidikan Islam mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran secara atas talian semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Oleh itu, beberapa cabaran yang dihadapi oleh guru Pendidikan Islam dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran sepanjang pendemik COVID 19. Justeru, melalui pembelajaran dalam talian, penglibatan guru, ibu bapa dan murid amat penting dalam memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. Ini bermakna, kemahiran guru dalam menggunakan peralatan elektronik seperti komputer, internet, Microsoft PowerPoint, video serta aplikasi dalam talian sangat diperlukan dalam memastikan murid mendapat kefahaman, minat dan komitmen dalam sesi pembelajaran. Komunikasi antara guru dan ibu bapa sangat penting semasa tempoh PKP ini untuk memastikan waktu murid di isi dengan sesuatu yang bermakna dan ilmiah 2.0 Refleksi Dari Pencapaian Lalu Saya guru kelas dan guru Pendidikan Islam 5 Inovatif, saya dapati dalam kalangan murid 5 Inovatif menunjukkan kurang minat terhadap PdP Pendidikan Islam. Hal demikian kerana saya telah melakukan pemerhatian semasa PdP Pendidikan Islam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana PdP dijalankan atas talian. Apa yang hendak saya luahkan di sini adalah Pendidikan Islam sering di ambil mudah dan di pandang sebagai mata pelajaran elektif sebilangan murid. Hal ini kerana mereka menganggap mata pelajaran Pendidikan Islam kurang penting. Mereka mengangap mata pelajaran Pendidikan Islam sebagai satu bebanan kepada mereka kerana terpaksa berhadapan dengan pecahan bidang yang terdapat dalam mata pelajaran tersebut seperti quran,aqidah,ibadah,adab jawi, sirah dan amali. Sebagai contoh bidang tilawah Al-Quran mempunyai beberapa pecahan kemahiran yang perlu dipelajari dan dikuasai seperti bacaan surah, hafazan,dan pengertian surah dan sebagainya. Ini menyebabkan mereka terasa terbeban. Manakala hafazan pula memerlukan penumpuan yang penuh dan teliti terhadap surah-surah yang di hafal berbeza dengan mata pelajaran yang lain. 3.0 Latar Belakang Kajian Saya ditugaskan mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam dan berpengalaman lebih dari sepuluh tahun mengajar subjek tersebut bermula dari SK Malim, Melaka, SK Nahkoda Muhammad Taib, Segari. Dan pada masa kini SK Seri Samudera, Seri Manjung, Perak. Pada awal tahun 2021 saya telah diamanahkan mengajar kelas 5 Inovatif yang mana bilangan murid seramai 35 orang. Seramai 35 orang murid kelas tersebut tahu dan mahir menggunakan gajet.


18 Atas kesedaran dan ingin tahu dengan mendalam setelah permerhatian dan membuat muhasabah, saya mula merancang serta memberi fokus kepada penghasilan kajian terhadap murid 5 Inovatif. Dalam kajian ini juga saya ingin mengetahui adakah murid tahu, minat serta menunjukkan sikap terhadap penggunaan google form dan kesan terhadap diri apabila menggunakannya semasa PdPc Pendidikan Islam. Hasil perbincangan dengan rakan sejawat melalui Professional Learning Community (PLC) menggunakan medium google meet , saya mengutarakan pandangan untuk melaksanakan kajian tindakan terhadap murid 5 Inovatif untuk melihat sejauh mana keberkesanan google form dan kesannya terhadap prestasi PdPc Pendidikan Islam. Dapatan perbincangan tersebut, mereka menyokong sepenuhnya kajian ini perlu dilaksanakan lebihlebih lagi di musim pendemik covid 19. Kajian ini dijalankan untuk memastikan murid tahun 5 Inovatif dapat menguasai google form dengan baik sejajar dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara dalam talian menggantikan pembelajaran secara bersemuka sepanjang pandemik Covid-19 iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Diharap kajian ini dapat menjawab persoalan penguasaan google form dan kesannya terhadap prestasi PdPc Pendidikan Islam dalam kalangan murid 5 Inovatif SK Seri Samudera serta meningkatkan kemahiran guru memberi tugasan secara dalam talian. 4.0 Fokus Kajian Fokus kajian ini adalah memastikan agar murid 5 Inovatif menerima dan melaksnakan tugasan yang diberikan oleh guru dengan menggunakan medium google form sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kajian ini juga memberi perhatian kepada kesannya terhadap prestasi PdPc Pendidikan Islam. Bagi memastikan murid tidak keciciran dari mendapatkan pembelajaran dan pendidikan dalam tempoh PKP, guru perlu mengharungi kebiasaan baharu atau lebih dikenali sebagai the new normal dalam proses PdPc. Diharap kajian tindakan ini dapat menyelesaikan persoalan dan kesannya terhadap prestasi PdPc Pendidikan Islam dalam kalangan 5 Inovatif sekaligus menjadikan mata Pelajaran Pendidikan Islam di minati. Semoga kajian ini menjadi satu inovasi serta implementasi di peringkat Sekolah Rendah dan Menengah sekirannya berlaku pendemik. 5.0 Objektif Umum Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap penguasaan google form dalam usaha meningkatkan prestasi PdPc Pendidikan Islam 5 Inovatif SK Seri Samudera. 6.0 Objektif Kajian 1) Murid tahu menggunakan google form. 2) Murid mahir, minat dan sikap menggunakan google form. 3) Murid dapat meningkatkan prestasi PdPc Pendidikan Islam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


19 7.0 Persoalan Kajian 1) Adakah murid tahu menggunakan google form? 2) Adakah murid minat menggunakan google form? 3) Adakah murid dapat meningkatkan prestasi PdPc Pendidikan Islam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)? 8.0 Kumpulan Sasaran Kumpulan sasaran 35 orang murid 5 Inovatif 21 lelaki dan 14 perempuan. Kesemua murid tersebut mempunyai gajet dan email. Table 1 : (Menunjukkan Sasaran Murid 5 Inovatif) 9.0 Metodologi / Model Kajian Kajian ini menggunakan MODEL LEWIN,1948 untuk mengenal pasti fokus isu yang menjadi keperihatinan. Pengumpulan data awal bagi mengesahkan dan mengenal pasti isu sebenar. Rajah 2 :( Model Lewim, 1948) Kumpulan Sasaran 35 Murid 5 Inovatif Lelaki Perempuan 21 14


20 10.0 Tinjauan awal masalah berikut : 10.1 Pemerhatian Saya telah melakukan pemerhatian terhadap murid semasa proses (PdPc) dalam talian secara langsung contohnya pengedarkan tugasan secara word murid kurang berminat dan menunjukkan respon yang tidak memberansangkan. Rajah 3 : Menunujukkan Pemerhatian Melalui Icon Mata 10.2 Chat telegram Perbualan (Chat) telah dilakukan terhadap murid bagi mendapatkan respon atau maklumat tentang tugasan berbentuk word kurang mendapat sambutan, malah mereka menyarankan kaedah google form. Rajah 4 : Menunjukan Perbualan Murid Melalui Chat Telegram


21 10.3 Rakaman Video Beberapa voice dan rakaman video melalui telegram telah dibuat terhadap murid untuk mendapatkan maklum balas mengenai persoalan-persoalan yang timbul berkaitan tugasan word dimasukan ke dalam google form. Rajah 5 : Menunjukkan Rakaman Video Murid Tidak Minat Terhadap Tugasan berbentuk Word 10.4 Kajian Soal Selidik Untuk memastikan keberkesanan google form, saya telah membina satu soal selidik google form dilinkkan (https://forms.gle/fiRAAzqT7iJUhhSf6) untuk mendapatkan maklum balas tentang penggunaan google form. Rajah 6 : Soal Selidik Tugasan Word


22 11.0 Perancangan Tindakan Bagi menarik perhatian murid ,saya telah merancang aktiviti dengan mewujudkan tugasantugasan yang berbentuk google form, Kemudian dihantar group telegram 5 Inovatif. Namun demikian aktiviti ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan sedia ada murid tentang penguasaan google form. Tempoh masa yang diambil sepanjang tempoh Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 12.0 Pelaksanaan Tindakan Satu kajian tindakan intervensi telah dijalankan bagi mengenal pasti tahap pengetahuan,mahir, minat dan kesan terhadap peningkatan prestasi PdPc Pendidikan Islam murid melalui pemerhatian, chat, voice, rakaman video dan kajian soal selidik. 12.1 Pemerhatian Pemerhatian terhadap murid telah dijalankan semasa proses (PdPc) dalam talian telegram secara langsung contohnya pengedarkan tugasan melalui link google form telah dikongsikan kepada murid 5 Inovatif. 12.2 Chat telegram Perbualan (Chat) di telegram telah dilakukan terhadap murid bagi mendapatkan respon atau maklumat tentang penggunaan google form. 12.3 Rakaman Video Beberapa rakaman video telah di ambil untuk mendapatkan maklum balas mengenai persoalan-persoalan yang berkaitan google form. 12.4 Kajian Soal Selidik Satu kajian soal selidik menggunakan flatform google form dilinkkan (https://forms.gle/fiRAAzqT7iJUhhSf6) kemudian di hantar ke aplikasi telegram 5 Inovatif bagi membolehkan murid merespon kajian tersebut. 13.0 Dapatan /Analisa Kajian a) Pemerhatian Rajah 7 : (Menunjukkan pemerhatian ke atas Link Google Form)


23 Berdasarkan pemerhatian terhadap google form yang telah dilinkkan ke kumpulan sasaran mendapati murid telah terima dan melihat tugasan di hantar. ini dibuktikan dengan melihat simbol atau icon “MATA” menunjukkan setiap kali tugasan di hantar melalui google form mencapai seratus lebih kali di lihat oleh murid. Hal ini menunjukkan bahawa segala tugasan diterima tanpa gagal. Oleh yang demikian google form sangat membantu murid sepanjang PdPc (PKP) berlangsung, malahan murid dapat memberit tumpuan dan kerjasama serta seronok bersama-sama rakan sekelas dalam talian. b) Chat Talegram Rajah 8 : (Menunjukkan Perbualan (Chat) di Telegram) Perbualan chat dapati murid berjaya membuka link dan berhasil melaksanakan tugasan yang terdapat dalam google form tersebut serta dapat mengikuti PdPc Pendidikan Islam. Melalui data yang diperolehi juga membuktikan bahawa murid telah menguasai penggunaan medium tersebut. c) Rakaman Video Rajah 9 : (Rakaman) Hasil perbualan rakaman video tersebut di dapati murid memberi respon bahawa mereka tahu, mahir, minat serta sikap, dan memberikan tahap penguasaan lima perlima mereka terhadap google form.


24 d) Kajian Soal Selidik Rajah 10 : (Carta Pie Menunjukkan Respon Kajian Penguasaan Google Form) Hasil kajian soal selidik yang telah dilinkkan dalam telegram 5 Inovatif mendapati seramai 20 daripada 35 orang murid telah memberi respon dan maklum balas. Respon berbentuk soalan tertutup dan terbuka (Bebas mengemukan pandangan) telah di respon. Dapatlah dirumuskan bahawa seramai 15 (75.%) merspon “tahu” 5 (25%) “Tidak Tahu” manakala 13 (65%) “Mahir” , 7 (35.%) “Tidak Mahir”, 19 (95%) “Minat”, 1 (5%) “Tidak Minat”, 13 (65%) “Berubah”, 7 (35%) “Tidak Berubah”, 10 (50%) memberi tahap penguasan 5, 7 (35%) 4 dan 3 (15%) 3. Sementara soalan memberi pandangan rata-rata menjawab “Seronok”. Secara keseluruhanya hal ini menjelaskan majoriti murid bersetuju google form dapat meningkatkan prestasi PdPc Pendidikan Islam.


25 Jadual 11 : (Menunjukkan Bilangan Soalan, Murid, Serta Peratusan Sasaran 5 Inovatif) Daripada paparan maklumat dalam jadual di atas, penyertaan kumpulan sasaran 5 Inovatif, secara keseluruhanya, 20 daripada 35 orang murid merespon soal selidik. Maka dapatlah dirumuskan 75% murid tahu, 65% mahir menggunakan google form sementara 95% murid menyatakan minat dan 65 % berubah apabila menggunakan google form. Manakala tahap penguasaan 50% TP5, 35% TP4 dan 15% TP3, 100% menyatakan seronok. Walaubagaimana pun bagi murid yang belum menguasai akan diberi pendedahan secara berskala, bimbingan serta tutorial berterusan. Bil Soalan Bil Murid Perkara Peratus % 1 Adakah anda tahu menggunakan google form? 15 Tahu 75% 5 Tidak Tahu 25% 2 Adakah anda mahir menggunakan google form? 13 7 Mahir Tidak Mahir 65% 35% 3 Adakah anda minat menggunakan google form? 19 1 Minat Tidak Mint 95% 5% 4 Adakah sika panda berubah bila menggunakan google form? 13 7 Berubah Tidak Berubah 65% 35% 5 Tahap penguasaan anda bila menggunakan google form?. 10 7 3 TP5 TP4 TP3 50% 35% 15% 6 Huraikan pengalaman dan penguasaan anda bila menggunakan google form sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)? 20 Seronok 100%


26 Sebagai kesimpulan hasil kajian yang telah dijalankan melalui pemerhatian,temubual (chat & rakaman video) serta soal selidik dalam telegram, kajian ini telah menjawab persoalan dan objektif. Murid tahu dan mahir, minat dan sikap terhadap penguasaan google form semasa PdPc Pendidikan Islam, secara tidak langsung memberi kesan positif dan dapat meningkat prestasi mereka. Mereka lebih yakin berada bersama rakan sekelas melakukan aktiviti PdPc secara dalam talian semasa di rumah menggantikan kaedah PdPc secara bersemuka. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan menjadi satu alasan bagi murid 5 Inovatif untuk tidak mengikuti PdPc Pendidikan Islam. 14.0 Implikasi Terhadap Peserta Kajian Hasil pemerhatian yang ditunjukkan oleh murid sebelum pelaksanaan kajian ini menunjukkan pengetahuan dan mahir minat terhadap peningkatan prestasi PdPc Pendidikan Islam kurang membanggakan. Namun apabila di minta untuk melibatkan diri dalam kajian ini murid memberi kerjasama yang jitu. 20 daripada 35 orang murid telah mewakili 5 Inovatif dengan memberi respon perspektif positif, sekaligus meningkatkan pengetahuan, mahir, minat dan sikap sekaligus dapat meningkatkan prestasi PdPc Pendidikan Islam Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 15.0 Implikasi Terhadap Amalan Kendiri Melalui google form satu perubahan telah ditunjukkan oleh murid dari segi penguasaan dan minat terhadap PdPc Pendidikan Islam murid rasa diberi perhatian serta yakin bersama rakanrakan yang lain di dalam talian . Murid juga memberi kerjasama dalam semua aktiviti yang dirancang, malah tidak rasa tertekan mengikuti setiap aktiviti, serta berani mencuba walaupun melakukan kesilapan pada awalnya. 16.0 Implikasi Terhadap Kurikulum Kajian ini menunjukkan pengajaran dan pembelajaran melalui google form berpotensi untuk meningkatkan PdPc Pendidikan Islam di samping meningkatkan keyakinan murid untuk menguasai objektif pembelajaran. Rumusan Jika pelajar lebih tertarik kepada facebook berbanding portal e-pembelajaran maka google form juga mampu dijadikan platform untuk pembelajaran ianya dapat membantu menguasai hasil pembelajaran. Jelas bahawa keupayaan memberikan khidmat pendidikan yang terbaik kepada murid semasa wabak COVID 19. Semoga perkongsian ini dapat membantu buat guruguru bagi memastikan murid tidak jauh ketinggalan dan keciciran. Diharap kajian ini dapat menyumbang kepada peningkatan prestasi murid dalam mata pelajaran Pendidikan Islam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


27 PENGGUNAAN MYPASTE TERHADAP PDPC PELAJARAN JAWI DALAM KALANGAN MURID 1 KREATIF Oleh : Siti Fauziah Binti Mohd Noh Sk Seri Samudera 32040 Sri Manjung Perak [email protected] Abstrak Tulisan Jawi dikenali sebagai satu seni penulisan yang telah lama wujud di Nusantara serta kedatangan agama Islam berkait rapat dengan tulisan Jawi pada ketika itu. Tulisan Jawi berasal dari huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan Bahasa Melayu serta diguna pakai dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam sehingga kini. Tinjauan awal mendapati dalam kalangan murid 1 Kreatif kurang mengenali huruf Jawi Tunggal dengan tepat, kurang aktif dan sentiasa memberi maklum balas tidak memberansangkan ketika tugasan diberikan oleh guru. Hal ini demikian kerana mereka tidak mengenali huruf Jawi Tunggal dengan betul dan tepat serta menulis huruf Jawi Tunggal mengikut susunan yang betul. Hal ini menunjukkan sebilangan murid 1 Kreatif ketinggalan dalam menyiapkan tugasan diberikan oleh guru. Kajian kualitatif serta Model Kemmis dan Mc Taggart mensasarkan seramai 8 orang murid. Dalam kajian ini MyPaste diperkenalkan bagi meningkatkan penguasaan murid terhadap huruf Jawi Tunggal mengikut susunan nombor dengan betul dalam kalangan murid tahun 1 Kreatif. Dapatan kajian mendapati murid A (37), B (19), C (37), D (16), E (37), F (37), G (37), dan H (37) memperoleh skor markah menyusun hurun Jawi Tunggal mengikut nombor menunjukkan peningkatan prestasi baik. Implikasi kajian ini memberi impak yang positif dengan penggunaan MyPaste dalam kalangan murid 1 Kreatif dapat mengingat dan menyususun huruf Jawi Tunggal dengan mudah dan cepat. Diharap dengan penggunaan MyPaste tersebut murid dapat menarik perhatian murid terhadap pembelajaran Jawi di samping dapat meningkatkan kefahaman, minat dan aktif dalam pengajaran dan pembejaran khususnya pembelajaran Jawi sekaligus mata pelajaran jawi seronok dan diminati. Cadangan pengkaji kajian seterusnya ialah membuat penambahbaikan MyPaste dalam bentuk aplikasi. Kata Kunci : Huruf, Jawi Tunggal, 1 Kreatif, MyPaste, Nombor,Penguasaan, Pengetahuan,Susun.


28 1.0 Pengenalan Tulisan Jawi dikenali sebagai satu seni penulisan yang telah lama wujud di Nusantara serta kedatangan agama Islam berkait rapat dengan tulisan Jawi pada ketika itu. Tulisan Jawi berasal dari huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan Bahasa Melayu serta diguna pakai dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam sehingga kini. Sejarah pendidikan di Malaysia menunjukkan bahawa Pendidikan Islam diajar melalui pelbagai cara dengan menggunakan buku-buku atau teks yang ditulis dalam tulisan jawi. Matlamat pelajaran jawi adalah untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran menulis dan membaca jawi bagi membolehkan pelajar memahami pelbagai bidang ilmu dalam Pendidikan Islam. Pengajaran jawi adalah salah satu daripada bidang di dalam Pendidikan Islam dan terdapat banyak kaedah serta teknik yang perlu digunakan dari semasa ke semasa mengikut tahap kemahiran murid. Oleh itu, kemahiran menulis jawi pastinya memerlukan latihan dan bimbingan bagi melahirkan murid yang mampu dan berupaya menghasilkan tulisan dengan bentuk yang sempurna dengan menggunakan deria dan mental. (Norhawati, 2000, Shazana, 2009) Justeru, penggunaan MyPaste telah diperkenalkan dalam kajian ini bagi pembelajaran dan pemudahcaraan bagi mata pelajaran Jawi dalam kalangan murid tahun 1 Kreatif. Selain daripada itu, penggunaan MyPaste dapat membantu murid menulis huruf Jawi tunggal mengikut susunan Justeru, penggunaan MyPaste telah diperkenalkan dalam kajian ini bagi pembelajaran dan pemudahcaraan bagi mata pelajaran Jawi dalam kalangan murid tahun 1 Kreatif. Selain daripada itu, penggunaan MyPaste dapat membantu murid menulis huruf Jawi tunggal mengikut urutan nombor dengan betul. nombor dengan betul. 2.0 Latar Belakang Kajian Kemahiran menulis adalah penting dalam pendidikan terutamanya di peringkat awal kanakkanak. Walaupun proses pengajaran dan pembelajaran kini perlu seiring dengan teknologi digital namun menurut Jaslinah dan Hillary (2019) menulis dianggap sebagai satu cara untuk meluahkan perkataan melalui huruf yang dibentuk, cara genggaman pensil dan postur badan. Menulis memerlukan kemahiran yang melibatkan kecekapan pancaindera mata, koordinasi tangan dan mata, lengan, ingatan, postur dan kawalan badan (Beaty & Pratt, 2007). Menurut Sapie Sabilan, Mohd Borhan Jamaluddin dan Siti Ngai’sha Mohni (2018) menulis jawi juga memerlukan gabungan keupayaan kognitif dan psikomotor serta koordinasi mata dan otak agar dapat menghasilkan bentuk tulisan Jawi dengan betul. Sekiranya mata dan tangan tidak fokus terhadap huruf yang hendak di tulis akan menjadikan tulisan yang dibentuk tidak tepat. Sebagai rumusan berdasarkan kepada isu-isu yang dijelaskan telah mendorong pengkaji untuk mengkaji pengetahuan, kemahiran dan menyusun huruf Jawi Tunggal dalam kalangan murid-murid tahun satu Sekolah Seri Samudera dengan penggunaan MyPaste iaitu murid dikehendaki mengingat atau menulis huruf Jawi Tunggal mengikut susunan nombor.


29 3.0 Objektif Umum Dalam kajian ini secara umumnya bertujuan mengkaji penggunaan MyPaste bagi meningkatkan pengetahuan,kemahiran dan menyusun huruf Jawi Tunggal mengikut susunan nombor. Bagi mencapai tujuan tersebut, beberapa objektif dan persoalan khusus ditetapkan dalam kajian ini: 4.0 Objektif Kajian 1. Mengenal pasti pengetahuan murid terhadap huruf Jawi Tunggal. 2. Mengenal pasti berkemahiran murid menulis huruf Jawi Tunggal. 3. Mengenal pasti murid menyusun huruf Jawi Tunggal mengikut susunan nombor. 5.0 Persoalan Kajian 1. Adakah murid berpengetahuan terhadap huruf Jawi Tunggal ? 2. Adakah murid berkemahiran menulis huruf Jawi Tunggal ? 3. Adakah murid menyusun huruf Jawi Tunggal mengikut susunan nombor ? 6.0 Penyataan Masalah Menurut Norhawati, 2000 & Shazana, 2009, menguasai kemahiran menulis tulisan jawi bukanlah mudah seperti kemahiran bahasa lain. Ianya memerlukan keupayaan kognitif dan psikomotor, perkembangan dan kecekapan deria motor yang sempurna untuk membentuk dan menghasilkan bentuk huruf di samping memerlukan koordinasi mata dan otak. Ini kerana tulisan jawi merupakan suatu hasil kraf dan seni yang mesti diajar dengan cara dan teknik yang betul sejak awal lagi. Oleh hal demikian itu, kemahiran menulis jawi pastinya memerlukan latihan dan bimbingan bagi melahirkan murid yang mampu dan berupaya menghasilkan tulisan dengan bentuk yang sempurna dengan menggunakan deria dan mental. Manakala menurut kajian Zamferi Ibrahim (2009) mendapati ramai murid yang lemah dan kurang memahami kaedah bagaimana untuk menulis huruf-huruf jawi yang diberikan, sehinggakan mereka sering gagal untuk menulis huruf jawi tunggal yang tepat dan betul. Rumusan pengkaji ingin menjalankan kajian berkaitan MyPaste terhadap 1 Kreatif bagi menyelesaikan masalah murid yang menghadapi kesukaran untuk mengingat dan menyusun huruf Jawi Tunggal mengikut sususnan nombor dengan betul. 7.0 Implikasi Kajian Kajian in adalah memastikan agar murid 1 Kreatif mengetahui, berkemahiran dan menyususn huruf Jawi Tunggal mengikut susunan nombor dengan menggunakan MyPaste. Bagi memastikan murid tidak keciciran dari mendapatkan pembelajaran dan pendidikan semasa PdPc Pelajaran Jawi.Diharap kajian ini dapat menyelesaikan persoalan kajian dalam kalangan 1 Kreatif sekaligus menjadikan mata Pelajaran Jawi di minati. Semoga kajian ini menjadi satu inovasi serta implementasi di peringkat Sekolah Rendah.


30 8.0 Kajian Lepas Dalam kajian ini pengkaji telah mengenal pasti kajian lepas dari beberapa artikel yang dikenal pasti dan dikaji, pengkaji mengumpulkan artikel terbabit berdasarkan fokus kajian yang iaitu perkembangan tulisan Jawi, pengajaran dan pembelajaran Jawi dan penguasaan Jawi. Kesemua artikel tersebut mengupas mengenai perkembangan tulisan Jawi yang mengaitkan isu seperti daya saing dan cabaran tulisan Jawi, pemerkasaan tulisan Jawi, peminggiran tulisan Jawi dan persepsi semasa masyarakat terhadap tulisan Jawi. Misalnya kajian oleh Ibrahim (2019) mendapati tulisan Jawi sangat penting untuk dipelajari oleh sesiapa sahaja sama ada murid sekolah rendah, menengah mahupun orang dewasa. Menurut Hamdzah dan Surat (2020) merumuskan dapatan penkaji lepas mengatakan cabaran pembelajaran Jawi adalah disebabkan faktor kurang minat , Jawi sukar dipelajari dan tidak penting, kaedah pengajaran yang kurang sesuai, pengkaedahan Jawi moden yang mengelirukan, dan kurang mendapat galakan ibu bapa. Sebagai kesimpulan, pengkaji berpandangan MyPaste dapat membantu murid meningkatkan pengetahuan, kemahiran menulis dan menyusun huruf Jawi Tunggal dengan betul serta dapat melestarian dan hala tuju tulisan Jawi sebagai warisan budaya nasional mahupun di peringkat akar umbi sekaligus Pembelajaran Jawi yang berkualiti yang boleh menyemarakkan minat generasi muda hari ini. 9.0 Metodologi Kajian ini menggunakan pendekatan kualitataif yang merujuk kepada Model kajian tindakan Kemmis dan Mc Taggart (1988). Instrumen Ujian Pra dan Ujian Pos digunakan sebagai alat kajian bagi mendapatkan data yang diperlukan berkaitan kajian. Analisis data berdasarkan kedua-dua ujian yang dijalankan . Data-data diperolehi dan direkodkan dalam borang skor dan dianalisis berdasarkan prosuder biasa yang kemudianya akan dijadikan dalam bentuk markah. 10.0 Peserta kajian Terdiri daripada 8 murid 1 Kreatif dari SK Seri Samudera, kelas tersebut terdiri daripada murid yang mempunyai pencapaian sederhana. Rajah 1 : Model Kemmis dan Mc Taggart


31 Merancang Dalam kajian ini pengkaji telah merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan Inovasi MyPaste bagi mengatasi masalah yang timbul semasa tinjauan. Pengkaji memilih Huruf Jawi Tunggal kerana murid sukar dan keliru untuk mengenal pasti kedudukan huruf Jawi Tunggal dengan betul sehingga menyebabkan mereka sukar untuk mengingat kedudukan huruf Jawi Tunggal mengikut susunan nombor. Sebelum kajian dilaksanakan, Ujian Pra dijalankan bagi mengenal pasti penguasaan sedia ada murid sebelum pengukuran dilakukan. Bertindak Dalam kajian ini sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil oleh pengkaji, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah dihadapi. Pengkaji menyediakan Ujian Pra dan Ujian Pos untuk mengumpul data-data. Instrumen ini disediakan untuk merekod penulisan huruf Jawi Tunggal mengikut susunan nombor sebelum kajian dijalankan. Ujian Pra ini mengandungi petak kosong yang bernombor disusuli dengan huruf Jawi sedia ada sebagai panduan. Ujian Pra dan Ujian Pos adalah sama, rasional instrumen yang sama digunakan adalah untuk membandingkan prestasi murid dalam menjawab soalan sebelum dan selepas kajian dijalankan. Rajah 2 : Contoh Ujian Pra Rajah 3 : Contoh Ujian Pos UJIAN POS HURUF JAWI TUNGGAL TARIKH : NAMA : KELAS : ا ة خ غ ف ض ؤ ه ى ث / 37 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 20 19 18 17 16 15 14 13 12 11 30 29 28 26 25 24 23 22 21 37 36 35 34 33 32 31 27


32 Rajah 4 : Contoh Borang Skor Huruf Jawi Tunggal Ujian Pra Satu set soalan Ujian Pra diberikan kepada murid 1 Kraetif bagi mengesan sejauh mana penguasaan mereka terhadap huruf Jawi Tunggal. Masa yang diberikan kepada murid untuk menjawab soalan ialah selama 30 minit. Rajah 5 : Keputusan Ujian Pra Sebelum Penggunaan MyPaste Ujian Pos Satu set soalan Pasca Ujian Pos telah diberikan kepada murid selepas mereka mengikuti sesi PdPc menggunakan inovasi MyPaste. Masa yang diberikan kepada murid untuk menjawab soalan ialah selama 30 minit. Berdasarkan keputusan Ujian Pra, pengkaji telah mengenal pasti beberapa tindakan yang perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah kajian. Maka MyPaste digunakan dan dijalankan ke atas murid seperti berikut: KEPUTUSAN UJIAN POST HURUF JAWI TUNGGAL BIL BILANGAN HUURUF TUNGGAL JAWI JUMLAH BETUL 37 36 35 34 33 32 31 30 29 28 27 26 25 24 23 22 21 20 19 18 17 16 15 14 13 12 11 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 ا ب ت ة ث ج خ ح خ د ذ ر ز س ش ص ض ط ظ ع غ غ ف ف ق ك ض ل م ن و ؤ ه ء ي ى ث 37/37 TUNGGAL JAWI HURUF NAMA MURID 1 2 3 4 5 6 7 8


33 Rajah 6 : Table Menunjukkan Penggunaan MyPaste Kepada Murid. 1. Memperkenalkan inovasi MyPaste kepada murid 1 Kreatif. 2. Murid dibekalkan dengan kad MyPaste yang telah dicetak. 3. Murid diminta membuat menulis semula huruf Jawi Tunggal mengikut susunan nombor sebagaimana MyPaste. 4. Memberikan ruang masa kepada murid dalam masa setengah jam untuk menghafal huruf Jawi Tunggal dengan menggunakan MyPaste. 5. Murid membentangkan hasil yang telah dibuat secara individu. 6. Guru meminta wakil murid-murid untuk membuat rumusan bagi keseluruhan tajuk yang telah dipelajari. Rajah 7 : Keputusan Pasca Ujian Pos Selepas Penggunaan MyPaste Memerhati Dalam kajian ini pemerhatian telah dibuat ke atas tingkah laku murid semasa proses PdPc berlangsung mendapati kebanyakan murid pasif, bosan dan lebih banyak mendiamkan diri serta tidak dapat berinteraksi dengan baik. Ini adalah disebabkan murid-murid tidak mengenal huruf Jawi Tunggal dengan sepenuhnya. Setelah MyPaste diperkenalkan murid menzahirkan minat mereka terhadap PdPc Pelajaran Jawi. Mereflek Rajah 8 : Garaf Menunjukkan Keputusan Ujian Pra Dan Ujian Pos 3 3 12 5 8 4 5 5 37 19 37 16 37 37 37 37 0 10 20 30 40 A B C D E F G H KEPUTUSAN UJIAN PRA DAN UJIAN POS Ujian Pra Ujian Pos


34 Penilaian terhadap kejayaan kajian ini dilakukan dengan mengadakan pasca Ujian Pos kepada peserta kajian untuk melihat keberkesanan pengguanaan MyPaste dapat membantu penguasaan murid terhadap huruf Jawi Tunggal mengikut susunan nombor. Keputusan Ujian Pra dan pasca Ujian Pos yang telah dijalankan adalah seperti yang ditunjukkan dalam graf. Hasil dapatan ini meyakinkan pengkaji bahawa semua murid boleh dibimbing untuk berjaya sekiranya guru menggunakan teknik atau kaedah yang berkesan. Rumusan dalam kajian ini pengkaji menghuraikan metodologi yang digunakan dalam kajian termasuklah pendekatan kualitataif, peserta kajian ,instrumen kajian dan analisisi data. Data yang dikumpul dijangkakan dapat memberi maklumat yang secukupnya untuk pengkaji menilai penggunaan MyPaste dalam kalangan murid 1 kreatif. 11.0 Dapatan Kajian Analisis Data Ujian Pra Rajah 1 : Borang Skor Keputusan Ujian Pra Huruf Jawi Tunggal Mengikut Susunan Nombor Rajah 2 : Graf Menunjukan Keputusan Markah Ujian Pra Berdasarkan borang Skor dan Graf Ujian Pra tersebut dapatlah pengkaji membuat kesimpulan bahawa sebelum penggunaan MyPaste diperkenalkan murid berpengetahuan, berkemahiran menulis sederhana dalam menyusun huruf Jawi Tunggal mengikut susunan nombor dengan betul. Murid A (3), B (3), C (12), D (5), E (8), F (4), G (5), dan H (5). Murid memperoleh skor markah menyusun hurun Jawi Tunggal mengikut nombor kurang memuaskan. KEPUTUSAN UJIAN PRE POST HURUF JAWI TUNGGAL BILANGAN HUURUF TUNGGAL JAWI MARKAH 37 36 35 34 33 32 31 30 29 28 27 26 25 24 23 22 21 20 19 18 17 16 15 14 13 12 11 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 ا ب ت ة ث ج خ ح خ د ذ ر ز س ش ص ض ط ظ ع غ غ ف ف ق ك ض ل م ن و ؤ ه ء ي ى ث 37/37 TUNGGAL JAWI HURUF NAMA MURID 1 A 3 / / / 2 B 3 / / / 3 C 1 2 / / / / / / / / / / / / 4 D 5 / / / / / 5 E 8 / / / / / / / / 6 F 4 / / / / 7 G 5 / / / / / 8 H 5 / / / / / BIL 3 3 12 5 8 4 5 5 A B C D E F G H KEPUTUSAN UJIAN PRA


35 Analisis Pasca Ujian Pos Rajah 3 : Borang Skor Keputusan Pasca Ujian Pos Huruf Jawi Tunggal Mengikut Susunan Nombor Rajah 4 : Graf Menunjukan Keputusan Markah Pasca Ujian Pos Berdasarkan borang Skor dan Graf Ujian Pos tersebut dapatlah pengkaji membuat kesimpulan bahawa selepas penggunaan MyPaste diperkenalkan, murid berpengetahuan, berkemahiran menulis meningkat dalam menyusun huruf Jawi Tunggal mengikut susunan nombor dengan betul. Murid A (37), B (19), C (37), D (16), E (37), F (37), G (37), dan H (37). Murid memperoleh skor markah menyusun hurun Jawi Tunggal mengikut nombor menunjukkan peningkatan prestasi baik. Jadual 1 : Jadual Perbandingan Keputusan Markah Ujian Pra Dan Ujian Pos Menyusun Huruf Jawi Tunggal Mengikut Susunan Nombor Sebelum Dan Selepas Menggunakan MyPaste. Peserta Kajian Ujian Pra Ujian Pos A 3 37 B 3 19 C 12 37 D 5 16 E 8 37 F 4 37 G 5 37 H 5 37 KEPUTUSAN UJIAN POST HURUF JAWI TUNGGAL BILANGAN HUURUF TUNGGAL JAWI MARKAH 37 36 35 34 33 32 31 30 29 28 27 26 25 24 23 22 21 20 19 18 17 16 15 14 13 12 11 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 ا ب ت ة ث ج خ ح خ د ذ ر ز س ش ص ض ط ظ ع غ غ ف ف ق ك ض ل م ن و ؤ ه ء ي ى ث 37/37 TUNGGAL JAWI HURUF NAMA MURID 1 A 3 7 / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / 2 B 1 9 / / / / / / / / / / / / / / / / / / / 3 C 3 7 / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / 4 D 1 6 / / / / / / / / / / / / / / / / 5 E 3 7 / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / 6 F 3 7 / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / 7 G 3 7 / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / 8 H 3 7 / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / BIL 37 19 37 16 37 37 37 37 A B C D E F G H KEPUTUSAN UJIAN POS


36 Berdasarkan kepada data yang telah dianalisis dan dibincangkan sebelum ini, dapat dilihat dengan jelas bahawa penggunaan MyPaste memudahkan murid mengingat dan menyusun huruf Jawi Tunggal dengan betul dan berkesan. Analisis Ujian Pra dan pasca Ujian Pos dijalankan dengan membandingkan skor pelajar bagi kedua-dua ujian tersebut menunjukkan bahawa terdapat peningkatan prestasi selepas sesi pengajaran menggunakan kaedah baharu yang dijalankan. (Othman Lebar,2015). 12.0 Kesimpulan Salah satu kaedah yang pengkaji fikirkan sesuai untuk diaplikasikan di dalam pembelajaran bersama murid dengan menggunakan MyPaste kerana ia dapat membantu mengingat dan menyusun huruf Jawi Tunggal dalam kalangan 1 Kreatif untuk mencapai prestasi mencapai lebih tinggi daripada sebelumnya. MyPaste ini menekankan pennyususunan huruf Jawi Tunggal mengikut susunan nombor dengan betul. Ini akan menjadikan murid dapat memahami dengan mudah dan akhirnya dapat mengingat apa yang dipelajari dalam tempoh masa yang singkat berbanding dengan kaedah hafalan yang biasa. Kajian ini jelas menunjukkan bahawa murid-murid seronok menggunakan MyPaste mudah serta dapat membantu mereka untuk mengingat dengan cepat. Perasaan minat dan seronok belajar yang timbul di dalam diri mereka itu secara tidak langsung akan memudahkan mereka mengingati apa yang dipelajari. Maka dengan itu, penggunaan MyPaste dalam proses PdPc Pendidikan Islam khususnya Mata Pelajaran Jawi adalah amat tepat bagi memudahkan ingatan murid berkaitan tajuk huruf Jawi Tunggal. Selain itu, aktiviti murid menyusun huruf Jawi Tunggal (MyPaste) juga dapat merangsang kemahiran berfikir murid selaras dengan kehendak pendekatan pedagogi abad ke 21 yang berpusatkan murid dengan mengambil kira standard asas PAK21 iaitu komunikasi, kolaboratif, kreativiti, pemikiran kritis dan nilai murni.Selain itu,unsur KBAT juga dapat diterapkan melalui MyPaste.Tidak ada satu model khusus untuk melaksanakan pembelajaran terbeza kerana pembelajaran ini bergantung kepada pengetahuan sedia ada, minat dan kebolehan murid. Oleh itu, guru perlu memilih dan menyesuaikan kandungan untuk memenuhi minat, kebolehan dan gaya pembelajaran murid.(Pegawai SISC+ PPD Seberang Prai Tengah,2019). Rumusan, MyPaste dicipta untuk menarik minat murid untuk menguasai huruf Jawi Tunggal dengan baik manakala objektif khususnya pula ialah murid-murid dapat mengetahui, berkemahiran menulis dan menyusun huruf Jawi Tunggal mengikut susunan nombor dengan mudah dan cepat. 13.0 Implikasi Kajian Kajian ini memberi impak yang positif dengan penggunaan MyPaste dalam kalangan murid 1 Kreatif dapat mengingat dan menyususun huruf Jawi Tunggal dengan mudah dan cepat.Cadangan pengkaji kajian seterusnya ialah membuat penambahbaikan MyPaste dalam bentuk aplikasi.


37 PROJECT REPORT / LAPORAN PROJEK A. PROJECT INFORMATION / MAKLUMAT PROJEK Title / Tajuk : (MyPaste) Category / Kategori : (GURU) Name of Group & Organisation / Nama Kumpulan & Organisasi : PENDIDIKAN ISLAM SK SERI SAMUDERA Name of Group Member(s) (Group Leader’s Name on Top) / Nama Ahli Kumpulan (Nama Ketua Kumpulan di atas sekali) : 1. SITI FAUZIAH BINTI MOHD NOH Name of Coach / Nama Jurulatih / Pembimbing : 1. 2. B. ABSTRACT / ABSTRAK MYPASTE Siti Fauziah Binti Mohd Noh SK Seri Samudera 32040 Manjung Raya,Seri Manjung Perak. [email protected] ABSTRAK MyPaste adalah kad mari mengenal serta mengingat huruf Jawi Tunggal mengikut susunan nombor dengan betul. MyPaste dihasilkan dengan berlatar belakang gambar permandangan berwarna warni, mengandungi huruf Jawi Tunggal bernombor mengikut susunan serta ringkas dan padat.MyPaste merupakan cetusan idea salah seorang ahli kumpulan Panitia Pendidikan Islam SK Seri Samudera.Berdasarkan kajian tinjauan awal mendapati dalam kalangan murid 1 Kreatif kurang mengenali huruf Jawi Tunggal dengan tepat, kurang aktif dan sentiasa memberi maklum balas tidak memberansangkan ketika tugasan diberikan oleh guru.Matlamat MyPaste dihasilkan adalah untuk membantu murid untuk menguasai huruf Jawi Tunggal mengikut susunan dengan betul di samping dapat mengetahui dan menulis huruf Jawi Tunggal dengan baik serta dapat menarik minat murid terhadap mata pelajaran Jawi sebagai mata pelajaran menyeronokkan. Melalui MyPaste murid dapat mengingat huruf Jawi Tunggal dengan mudah dan


38 cepat, jimat masa serta berkesan. Selain itu, ia juga dapat dijadikan sebagai bahan bantu mengajar (BBM) dalam PdPc, pembelajaran kendiri dan pembelajaran hayat. Diharap dengan penggunaan MyPaste tersebut murid dapat menarik perhatian murid terhadap pembelajaran Jawi di samping dapat meningkatkan kefahaman, minat dan aktif dalam pengajaran dan pembejaran khususnya pembelajaran Jawi sekaligus mata pelajaran jawi seronok dan diminati. Cadangan pengkaji kajian seterusnya ialah membuat penambahbaikan MyPaste dalam bentuk aplikasi. Kata Kunci : Huruf Jawi Tunggal, Nombor, Susunan C. INTRODUCTION / PENGENALAN Tulisan Jawi dikenali sebagai satu seni penulisan yang telah lama wujud di Nusantara serta kedatangan agama Islam berkait rapat dengan tulisan Jawi pada ketika itu. Tulisan Jawi berasal dari huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan Bahasa Melayu serta diguna pakai dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam sehingga kini. Pengajaran jawi adalah salah satu daripada bidang di dalam Pendidikan Islam dan terdapat banyak kaedah serta teknik yang perlu digunakan dari semasa ke semasa mengikut tahap kemahiran murid. Oleh itu, kemahiran menulis jawi pastinya memerlukan latihan dan bimbingan bagi melahirkan murid yang mampu dan berupaya menghasilkan tulisan dengan bentuk yang sempurna dengan menggunakan deria dan mental. (Norhawati, 2000, Shazana, 2009) Justeru, penggunaan MyPaste telah diperkenalkan dalam kajian ini bagi pembelajaran dan pemudahcaraan bagi mata pelajaran Jawi dalam kalangan murid tahun 1 Kreatif. Selain daripada itu, penggunaan MyPaste dapat membantu murid menulis huruf Jawi tunggal mengikut susunan nombor dengan betul. D. OBJECTIVE(S) / OBJEKTIF Dalam kajian ini secara umumnya bertujuan mengkaji penggunaan MyPaste bagi meningkatkan pengetahuan,kemahiran dan menyusun huruf Jawi Tunggal mengikut susunan nombor. Bagi mencapai tujuan tersebut, beberapa objektif dan persoalan khusus ditetapkan dalam kajian ini: Objektif Kajian 4. Mengenal pasti pengetahuan murid terhadap huruf Jawi Tunggal. 5. Mengenal pasti berkemahiran murid menulis huruf Jawi Tunggal. 6. Mengenal pasti murid menyusun huruf Jawi Tunggal mengikut susunan nombor.


39 E. BEFORE INNOVATION / SEBELUM INOVASI Dalam kajian ini sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil oleh pengkaji, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah dihadapi. Pengkaji menyediakan Ujian Pra untuk mengumpul data-data. Instrumen ini disediakan untuk merekod penulisan huruf Jawi Tunggal mengikut susunan nombor sebelum kajian dijalankan. Ujian Pra ini mengandungi petak kosong yang bernombor disusuli dengan huruf Jawi sedia ada sebagai panduan. Rajah 1 : Contoh Ujian Pra Ujian Pra Satu set soalan Ujian Pra diberikan kepada murid 1 Kraetif bagi mengesan sejauh mana penguasaan mereka terhadap huruf Jawi Tunggal. Masa yang diberikan kepada murid untuk menjawab soalan ialah selama 30 minit. Rajah 2 : Keputusan Ujian Pra Sebelum Penggunaan MyPaste


40 Rajah 3 : Borang Skor Keputusan Ujian Pra Huruf Jawi Tunggal Mengikut Susunan Nombor Peserta Kajian Ujian Pra A 3 B 3 C 12 D 5 E 8 F 4 G 5 H 5 Jadual 1 : Jadual Keputusan Markah Ujian Pra Menyusun Huruf Jawi Tunggal Mengikut Susunan Nombor Rajah 4 : Graf Menunjukan Keputusan Markah Ujian Pra Berdasarkan borang Skor dan Graf Ujian Pra tersebut dapatlah pengkaji membuat kesimpulan bahawa sebelum penggunaan MyPaste diperkenalkan murid berpengetahuan, berkemahiran menulis sederhana dalam menyusun huruf Jawi Tunggal mengikut susunan nombor dengan betul. Murid A (3), B (3), C (12), D (5), E (8), F (4), G (5), dan H (5). Murid memperoleh skor markah menyusun hurun Jawi Tunggal mengikut nombor kurang memuaskan. KEPUTUSAN UJIAN PRE POST HURUF JAWI TUNGGAL BILANGAN HUURUF TUNGGAL JAWI MARKAH 37 36 35 34 33 32 31 30 29 28 27 26 25 24 23 22 21 20 19 18 17 16 15 14 13 12 11 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 ا ب ت ة ث ج خ ح خ د ذ ر ز س ش ص ض ط ظ ع غ غ ف ف ق ك ض ل م ن و ؤ ه ء ي ى ث 37/37 TUNGGAL JAWI HURUF NAMA MURID 1 A 3 / / / 2 B 3 / / / 3 C 1 2 / / / / / / / / / / / / 4 D 5 / / / / / 5 E 8 / / / / / / / / 6 F 4 / / / / 7 G 5 / / / / / 8 H 5 / / / / / BIL 3 3 12 5 8 4 5 5 A B C D E F G H KEPUTUSAN UJIAN PRA


41 F. AFTER INNOVATION / SELEPAS INOVASI Rajah 5 : Table Menunjukkan Cara Penggunaan MyPaste Kepada Murid. Ujian Pos Satu set soalan Pasca Ujian Pos telah diberikan kepada murid selepas mereka mengikuti sesi PdPc menggunakan inovasi MyPaste. Masa yang diberikan kepada murid untuk menjawab soalan ialah selama 30 minit. Ujian Pra dan Ujian Pos adalah sama, rasional instrumen yang sama digunakan adalah untuk membandingkan prestasi murid dalam menjawab soalan sebelum dan selepas kajian dijalankan. Rajah 6 : Keputusan Pasca Ujian Pos Selepas Penggunaan MyPaste 1. Memperkenalkan inovasi MyPaste kepada murid 1 Kreatif. 2. Murid dibekalkan dengan kad MyPaste yang telah dicetak. 3. Murid diminta membuat menulis semula huruf Jawi Tunggal mengikut susunan nombor sebagaimana MyPaste. 4. Memberikan ruang masa kepada murid dalam masa setengah jam untuk menghafal huruf Jawi Tunggal dengan menggunakan MyPaste. 5. Murid membentangkan hasil yang telah dibuat secara individu. 6. Guru meminta wakil murid-murid untuk membuat rumusan bagi keseluruhan tajuk yang telah dipelajari.


42 Rajah 7: Borang Skor Keputusan Pasca Ujian Pos Huruf Jawi Tunggal Mengikut Susunan Nombor Jadual 2 : Jadual Keputusan Markah Ujian Pos Menyusun Huruf Jawi Tunggal Mengikut Susunan Nombor Selepas Menggunakan MyPaste. Rajah 8 : Graf Menunjukan Keputusan Markah Pasca Ujian Pos Berdasarkan borang Skor dan Graf Ujian Pos tersebut dapatlah pengkaji membuat kesimpulan bahawa selepas penggunaan MyPaste diperkenalkan, murid berpengetahuan, berkemahiran menulis meningkat dalam menyusun huruf Jawi Tunggal mengikut susunan nombor dengan betul. Murid A (37), B (19), C (37), D (16), E (37), F (37), G (37), dan H (37). Murid memperoleh skor markah menyusun hurun Jawi Tunggal mengikut nombor menunjukkan peningkatan prestasi baik. Peserta Kajian Ujian Pos A 37 B 19 C 37 D 16 E 37 F 37 G 37 H 37 KEPUTUSAN UJIAN POST HURUF JAWI TUNGGAL BILANGAN HUURUF TUNGGAL JAWI MARKAH 37 36 35 34 33 32 31 30 29 28 27 26 25 24 23 22 21 20 19 18 17 16 15 14 13 12 11 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 ا ب ت ة ث ج خ ح خ د ذ ر ز س ش ص ض ط ظ ع غ غ ف ف ق ك ض ل م ن و ؤ ه ء ي ى ث 37/37 TUNGGAL JAWI HURUF NAMA MURID 1 A 3 7 / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / 2 B 1 9 / / / / / / / / / / / / / / / / / / / 3 C 3 7 / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / 4 D 1 6 / / / / / / / / / / / / / / / / 5 E 3 7 / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / 6 F 3 7 / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / 7 G 3 7 / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / 8 H 3 7 / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / BIL 37 19 37 16 37 37 37 37 A B C D E F G H KEPUTUSAN UJIAN POS


43 G. NOVELTY & UNIQUENESS / KEASLIAN & KEUNIKAN MyPaste mudah digunakan dan mudah di bawa kerana MyPaste adalah sejenis kad biasa. Praktikal MyPaste sesuai bagi murid Pra Sekolah dan murid Tahun 1 khususnya mata Pelajaran Jawi, Bahasa Arab dan Pendidikan Islam.Murid boleh mengingat huruf Jawi Tunggal mengikut urutan nombor dengan betul kerana kad MyPaste jarang berada di pasaran. Kos murah kerana ianya hanya sekadar kertas A4 yang di print di jadikan dalam bentuk kad. H. IMPACT & USE / IMPAK & KEGUNAAN Kajian ini memberi impak yang positif dengan penggunaan MyPaste dalam kalangan murid 1 Kreatif dapat mengingat dan menyususun huruf Jawi Tunggal dengan mudah dan cepat.Cadangan pengkaji kajian seterusnya ialah membuat penambahbaikan MyPaste dalam bentuk aplikasi Selain itu, aktiviti murid menyusun huruf Jawi Tunggal (MyPaste) juga dapat merangsang kemahiran berfikir murid selaras dengan kehendak pendekatan pedagogi abad ke 21 yang berpusatkan murid dengan mengambil kira standard asas PAK21 iaitu komunikasi, kolaboratif, kreativiti, pemikiran kritis dan nilai murni.Selain itu,unsur KBAT juga dapat diterapkan melalui MyPaste.Tidak ada satu model khusus untuk melaksanakan pembelajaran terbeza kerana pembelajaran ini bergantung kepada pengetahuan sedia ada, minat dan kebolehan murid. Oleh itu, guru perlu memilih dan menyesuaikan kandungan untuk memenuhi minat, kebolehan dan gaya pembelajaran murid.(Pegawai SISC+ PPD Seberang Prai Tengah,2019). Rumusan, MyPaste dicipta untuk menarik minat murid untuk menguasai huruf Jawi Tunggal dengan baik manakala objektif khususnya pula ialah murid-murid dapat mengetahui, berkemahiran menulis dan menyusun huruf Jawi Tunggal mengikut susunan nombor dengan mudah dan cepat. I. COMMERCIALISATION POTENTIAL/ POTENSI PENGKOMERSILAN Boleh diaplikasikan murid Pra Sekolah, Sekolah Rendah khususnya murid tahun 1. MyPaste memberi impak yang positif dapat mengingat dan menyususun huruf Jawi Tunggal dengan mudah dan cepat.Cadangan pengkaji kajian seterusnya ialah membuat penambahbaikan MyPaste dalam bentuk aplikasi kemudian membuat cetakan untuk dijual.


44 MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN MURID MENINGKATKAN KEHADIRAN KE PERPUSTAKAAN (PSS) Oleh : Siti Fauziah Binti Mohd Noh Sk Seri Samudera 32040 Sri Manjung Perak [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk melahirkan murid berilmu dan bermaklumat dengan menjadikan amalan membaca sebagai satu budaya, selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan slogan MALAYSIA MEMBACA. Hasil tinjauan mendapati murid SK Seri Samudera masih ketinggalan jauh kerana aktiviti membaca oleh murid tidak berlaku lebih-lebih lagi masa rehat dan masa terluang, ruang koridor, kantin, sudut bacaan mahupun bilik darjah tidak kelihatan. Pendekatan kajian ini berbentuk kuantitatif serta instrumen soal selidik kemudian dianalisis menggunakan Statistik Pakage For The Sosial Sciencs (SPSS) Version 25. Peserta kajian seramai 119. Dapatan kajian menunjukkan peratusan kekerapan mengikut tahun mengunjungi PSS adalah murid tahun 3 dan 4 (26.1%), kekerapan murid mengunjungi PSS tinggi pada bulan Mei (32.8%), manakala jenis buku Bukan Fiksyen (35%) lebih diminati dan dibaca oleh murid. Sementara bilangan buah buku yang dibaca adalah 2 buah (39%). Kekerapan murid mengunjungi PSS adalah (20.2%). Kesimpulan kajian ini mendapati murid suka membaca buku Bukan Fiksyen kerana maklumat secara digital dan capaian internet mudah diakses melalui gajet seperti telefon, komputer, TV dan sebagainya. Diharap kajian ini dapat diimplementasikan khususnya guru Media, Nilam sebagai panduan untuk meningkatkan kehadiran murid ke Pusat Sumber Sekolah (PSS) dengan merancang pelbagai aktiviti menarik khususnya di SK Seri Samudera. Kata Kunci : Bukan Fiksyen, Fiksyen BM, Fiksyen BI , Kekerapan, Minat, Membaca, PSS.


45 1.0 Pengenalan Kempen Membaca telah dijadikan sebagai agenda tahunan dengan tujuan melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan bermaklumat dengan menjadikan amalan membaca sebagai satu budaya berrmula pada tahun 2006. Slogan Kempen Membaca “Bangsa Membaca Bangsa Berjaya” mula digunakan secara meluas di seluruh negara sehingga ke hari ini. Kempen Membaca Kebangsaan dimantapkan lagi melalui pemerkasaan persekitaran asas galakan membaca dan ketersediaan mental rakyat secara agresif, kreatif dan inklusif sebagai asas kukuh bagi merealisasikan pelaksanaan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) 2021-2030. Disamping menyokong hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan slogan #MALAYSIA MEMBACA. Fungsi penubuhan perpustakaan adalah untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid khususnya murid di Sekolah Rendah. Program Galakan Membaca Kebangsaan (2018-2022), terdiri empat objektif antaranya : 1) Menanam budaya membaca ke arah melahirkan masyarakat berpengetahuan 2) Pemikir dan kreatif 3) Meningkatkan tahap pembacaan rakyat Malaysia 4) Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan cintakan ilmu Objektif tersebut bermatlamat menjadikan Malaysia sebuah negara membaca dan melahirkan masyarakat berilmu bertaraf dunia. Antara Program Galakan Membaca yang telah dilaksanakan bagi memupuk minat membaca dan membentuk budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya murid Sekolah Rendah adalah seperti Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit, Quran Hour, Program Literasi Media dan maklumat, Cabaran Minda Kreatif, pertandingan bercerita, kuiz dan teka silang kata serta banyak lagi programprogram berbentuk ilmiah yang dilaksanakan bagi merangsang minda dan menggalakkan masyarakat untuk minat membaca. Selain itu, budaya membaca menjadi sangat penting bagi mana-mana masyarakat di abad ke-21, terutamanya kanak-kanak khususnya murid sekolah rendah yang akan menjadi pemimpin masa depan, kerana budaya membaca adalah asas kepada pertumbuhan dan pembangunan sesuatu masyarakat, Noor Azmi Ibrahim (1998). Sebagai rumusan pengkaji ingin meneroka sejauhmana minat membaca dalam kalangan murid khususnya murid SK Seri Samudera hadir ke Pusat Sumber Sekolah (PSS) sekaligus melihat kepada peningkatan kehadiran dan minat.


46 2.0 Penyataan Masalah Hasil Kajian Interim Tabiat Membaca Rakyat Malaysia (2014), menunjukkan secara keseluruhannya rakyat Malaysia membaca sebanyak 15 naskhah buku setahun bagi tujuan untuk menambah ilmu pengetahuan, mengisi masa lapang, sebagai bahan hiburan dan motivasi serta untuk tujuan pendidikan. Pembentukan budaya membaca di sekolah masih lagi ketinggalan jauh kerana aktiviti membaca oleh murid sekolah tidak berlaku lebih-lebih lagi ketika masa rehat ataupun masa terluang ketika ketiadaan guru. Di ruang-ruang koridor sekolah, kantin, sudut bacaan mahupun bilik darjah tidak kelihatan murid membaca buku di waktu rehat. Walaupun terdapat murid yang datang ke Pusat Sumber Sekolah, akan tetapi aktiviti membaca berlaku pada skala yang kecil. Di mana boleh dinisbahkan antara 3:10 murid yang hadir ke Pusat Sumber Sekolah. Murid-murid hanya bermain dan membelek-belek buku tetapi tidak dibaca. Dalam kajian ini pengkaji ingin melihat sejauhmana minat membaca dalam kalangan murid meningkatkan kehadiran ke Pusat Sumber Sekolah (PSS) khususnya di SK Seri Samudera. 3.0 Objektif Umum Kajian ini bertujuan mengenal pasti minat membaca dalam kalangan murid meningkatkan kehadiran ke Pusat Sumber Sekolah (PSS) di SK Seri Samudera. 4.0 Objektif 1) Mengenal pasti Fiksyen dan Bukan Fiksyen 2) Menegnal pasti kekerapan murid ke Pusat Sumber Sekolah (PSS) 3) Mengenal pasti minat murid mendapat ilmu di Pusat Sumber Sekolah (PSS) Persoalan Kajian 1) Adakah murid membaca buku Fiksyen dan Bukan Fiksyen ? 2) Adakah murid kerap ke Pusat Sumber Sekolah (PSS)? 3) Adakah murid minat mendapat ilmu di Pusat Sumber Sekolah (PSS) ? 5.0 Metodologi Dalam kajian ini pengkaji menggunakan pendekatan kuantitatif dengan penentuan saiz populasi berdasarkan Krejcie & Morgan (1970) iaitu murid SK Seri Samudera 600 bersamaan saiz peserta kajian adalah 234. Instrumen kajian berbentuk soal selidik. Pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik sebanyak 250, namun pengkaji telah menerima semula borang soal selidik yang telah dijawab sebanyak 119. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan Perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) version 25 yang kemudianya akan dijadikan dalam bentuk frequensi bilangan peserta, kekerapan dan peratusan.


47 Jadual 1 : Menunjukkan Saiz dan Populasi berdasarkan Krejcie Dan Morgan (1970) Rajah 1 : Menunjukkan Buku Fiksyen Dan Bukan Fiksyen


48 6.0 Dapatan Dapatan melalui analisis deskriptis frequensi mencari bilangan peserta, peratusan, kekerapan bagi menjawab objektif dan persoalan kajian jenis baca buku Fiksyen dan Bukan Fiksyen yang di baca serta kekerapan dan minat murid mendapatkan ilmu di Pusat Sumber Sekolah (PSS). Analisis Data Soal Selidik Soalan 1 : Anda Murid Tahun Jadual 1 : Menunjukkan Tahun, Bilangan dan Peratus murid kerap ke Pusat Sumber Sekolah(PSS). Berdasarkan jadual 1 di atas menunjukkan kekerapan mrid mengikut tahun yang hadir ke Pusat Sumber Sekolah (PSS). Murid tahun 1 dan 2 sepanjang bulan April hingga Julai tiada 1 orang murid pun yang mengunjungi PSS. Manakala murid tahun 3 dan 4 seramai 31(26.1%) diikuti murid tahun 5 seramai 28(28.5%) serta 29(24.4%) bagi murid tahun 6 bagi tempoh April hingga Julai 2022. Sebagai rumusan pengkaji mendapati hasil soal selidik yang telah diedarkan untuk soalan 1 peserta kajian kebanyakkan murid tahun 3 dan 4 kerap mengunjungi Pusat Sumber Sekolah(PSS). Graf 1 : Carta Pie Menunjukkan Kekerapan Murid Mengikut Tahun Mengunjungi Pusat Sumber Sekolah (PSS) Tahun Frequency Percent Tahun 1 0 0 Tahun 2 0 0 Tahun 3 31 26.1 Tahun 4 31 26.1 Tahun 5 28 23.5 Tahun 6 29 24.4 Total 119 100.0 1 0% 2 3 26% 4 26% 5 24% 6 24%


49 Soalan 2 : Berapa kalikah anda mengunjungi Pusat Sumber Sekolah (PSS)? Jadual 2 : Menunjukkan Kekerapan Bilangan dan Peratus Bulan April ke Pusat Sumber Sekolah(PSS). a) April Berdasarkan jadual 2 tersebut kekerapan murid mengunjungi Pusat Sumber Sekolah (PSS) pada bulan April adalah Tidak Kerap 32(26.9%), Kerap 39(32.8%), Sangat Kerap 23(19.3%) sementara Senantiasa 25(21.0%). Sebagai rumusan pengkaji mendapati pada bulan April, hanya 39(32.8%) sahaja mengungjungi PSS, ini bermakna masih ada murid minat membaca dan menganggap pentingnya membaca. Hal demikian ini kerana Tidak Kerap hampir menyamai Kerap. Graf 2 : Carta Pie Menunjukkan Peratusan Kekerapan Murid Mengunjungi PSS Bulan April Item Frequency Percent Tidak Kerap 32 26.9 Kerap 39 32.8 Sangat Kerap 23 19.3 Senantiasa 25 21.0 Total 119 100.0 Tidak Kerap 27% Kerap 33% Sangat Kerap 19% Senantiasa 21% APRIL


50 Jadual 3 : Menunjukkan Kekerapan Bilangan dan Peratus Bulan Mei ke Pusat Sumber Sekolah(PSS). b) Mei Berdasarkan jadual 3 tersebut kekerapan murid mengunjungi Pusat Sumber Sekolah (PSS) pada bulan Mei adalah Tidak Kerap 32(26.9%), Kerap 39(32.8%), Sangat Kerap 21(17.6%) sementara Senantiasa 27(21.0%). Sebagai rumusan pengkaji mendapati pada bulan Mei, hanya 39(32.8%) sahaja mengungjungi PSS, ini bermakna masih ada murid minat membaca dan menganggap pentingnya membaca. Hal demikian ini kerana Tidak Kerap hampir menyamai Kerap. Graf 3 : Carta Pie Menunjukkan Peratusan Kekerapan Murid Mengunjungi PSS Bulan Mei Item Frequency Percent Tidak Kerap 32 26.9 Kerap 39 32.8 Sangat Kerap 21 17.6 Senantiasa 27 22.7 Total 119 100.0 Tidak Kerap 27% Kerap 33% Sangat Kerap 17% Senantiasa 23% MEI


Click to View FlipBook Version