MESIN PENGISAR RUMPUT TERNAKAN OLEH MUHAMMAD FIRDAUS BIN ZUBIR MUHAMMAD FAISAL BIN RAHMAN MUHAMMAD MUZAMBIR BIN MOHD NOOR SESI 2 / 2021 ME-010-4:2012 TEKNOLOGI MEKANIKAL (PENYELENGGARAAN INDUSTRI) DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA BUKIT MERTAJAM
i PENGAKUAN PELAJAR Saya akui projek ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Saya dengan ini berjanji sekiranya projek yang dilaksanakan melanggar syarat yang tertera diatas, segala hasil kerja saya akan digagalkan dan didapati sebagai tidak melengkapi diploma dan bersetuju akan dikenakan sebarang tindakan undang-undang di bawah peraturan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara ( IKTBN ) Bukit Mertajam. Nama pelajar : MUHAMMAD FIRDAUS BIN ZUBIR No matriks : 023267 Institut : Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit Mertajam ( IKTBNBM ) Kursus : Diploma Kejuruteraan Mekanikal ( Tahap 4 ) Tajuk projek : Mesin Pengisar Rumput Ternakan Tandatangan : Tarikh :31/1/2023
ii PENGAKUAN PELAJAR Saya akui projek ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap satunya saya jelasnya sumbernya. Saya dengan ini berjanji sekiranya projek yang dilaksanakan melanggar syarat yang tertera diatas, segala hasil kerja saya akan digagalkan dan didapati sebagai tidak melengkapi diploma dan bersetuju akan dikenakan sebarang tindakan undang-undang di bawah peraturan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara( IKTBN ) Bukit Mertajam. Nama pelajar : MUHAMMAD FAISAL BIN RAHMAN No matriks : 023251 Institut : Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit Mertajam ( IKTBNBM ) Kursus : Diploma Kejuruteraan Mekanikal ( Tahap 4 ) Tajuk projek : Mesin Pengisar Rumput Ternakan Tandatangan : Tarikh : 31/1/2023
iii PENGAKUAN PELAJAR Saya akui projek ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap satunya saya jelasnya sumbernya. Saya dengan ini berjanji sekiranya projek yang dilaksanakan melanggar syarat yang tertera diatas, segala hasil kerja saya akan digagalkan dan didapati sebagai tidak melengkapi diploma dan bersetuju akan dikenakan sebarang tindakan undang-undang di bawah peraturan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam. Nama pelajar : MUHAMMAD MUZAMBIR BIN MOHD NOOR No matriks : 023286 Institut : Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit Mertajam ( IKTBNBM ) Kursus : Diploma Kejuruteraan Mekanikal ( Tahap 4 ) Tajuk projek : Mesin Pengisar Rumput Ternakan Tandatangan : Tarikh : 31/1/2023
iv PENGAKUAN PENYELIA Saya dengan ini mengakui bahawa telah membaca laporan dan segala yang terkandung adalah hasil kerja sebenar pelajar. Projek ini mematuhi skop dan kualiti serta memenuhi syarat dan undang-undang di bawah peraturan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam bagi tujuan penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia. Nama penyelia : ENCIK MAT AZLI BIN SHAARI Tandatangan : Tarikh :1/2/2023
v PENGAKUAN PENYELARAS Saya dengan ini mengakui bahawa telah membaca laporan dan segala yang terkandung adalah hasil kerja sebenar pelajar. Projek ini mematuhi skop dan kualiti serta memenuhi syarat dan undang-undang di bawah peraturan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam bagi tujuan penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia. Nama penyelaras : PUAN NOR RUMAIZAH BINTI AZMI Tandatangan : Tarikh : 1/2/2023
vi PENGHARGAAN Assalammualaikum warahimatullahi taala wabarakatuh Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kami menyiapkan projek akhir kami yang diberi nama Mesin pengisar rumput ternakan dengan jaya. Pertama sekali kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam kerana memberi peluang kepada kami untuk menghasilkan projek akhir ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan untuk memudahkan kami mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan projek akhir yang dihasilkan oleh kami. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Penyelaras Projek kami pada kali ini Puan Nor Rumaizah Binti Azmi Dan Encik Mat Azli Bin Shaari selaku Penyelia Projek akhir kami yang banyak memberi tunjuk ajar khidmat nasihat, sokongan, dan pertolongan dari segi aspek dan memberi pandangan bagi meningkatkan lagi tahap keberkesanan projek kami yang telah dihasilkan itu. Tidak lupa juga kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih Kepada Ketua Bahagian Penyelenggaraan Industri Encik Harmizi Bin Rahim serta pengajar-pengajar Jabatan Mekanikal yang telah memberi sumbangan dari segi ilmu pengetahuan dan teknikteknik yang berguna bagi membantu memperkukuhkan lagi projek akhir kami ini sehingga berjaya menyiapkan projek akhir ini. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibubapa dan rakan-rakan yang banyak membantu dari segi tenaga dan perkongsian ilmu semasa projek akhir kami dilaksanakan. Selain itu, dorongan dan semangat yang rakan-rakan telah berikan kepada kami amat kami hargai.
vii ABSTRAK Mesin Pengisar Rumput Ternakan yang beroperasi menggunakan Sistem Motor AC merupakan satu projek yang telah dibangunkan oleh kumpulan kami. Pelaksanaan projek ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh penternak yang baru memulakan perniagaan dalam perusahaan ternakan. Tercetusnya idea untuk menginovasikan kaedah manual kepada Mesin Pengisar Rumput Ternakan menggunakan Sistem Motor AC adalah apabila kami melihat para penternak sering menghadapi masalah ketika proses pemotongan rumput dalam skala yang besar. Mengikut kajian dan temubual yang kami lakukan kepada penternak di sekitar Bukit Mertajam, terdapat banyak masalah yang dihadapi oleh mereka. Antara masalah yang dihadapi oleh mereka adalah dari segi masa, boleh berlaku kecederaan dan kekurangan tenaga kerja bagi penternak. Objektif projek ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pertenak tentang kebaikan serta kelebihan menggunakan Mesin Pengisar Rumput Ternakan menggunakan Motor AC berbanding pemotong lain. Selain itu, projek ini dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh para penternak. Projek ini berfungsi menggunakan motor 240 volt, 1/5 HP yang memudahkan kerja pemotongan dalam skala yang besar dan selaras.
viii ABSTRACT Livestock Grass Grinding Machine that operates using AC Motor System is a project that has been developed by our group. The implementation of this project aims to solve the problems faced by farmers who have just started a business in livestock enterprises. The origin of the idea to innovate a manual method to the Livestock Grass Grinding Machine using an AC Motor System was when we saw that farmers often faced problems during the process of cutting grass on a large scale. According to the research and interviews we conducted with farmers around Bukit Mertajam, there are many problems faced by them. Among the problems faced by them are in terms of time, injuries and lack of labor for the breeders. The objective of this project is to give exposure to farmers about the benefits and advantages of using Livestock Grass Grinding Machines using AC Motors compared to other cutters. In addition, this project can solve the problems faced by the farmers. This project works using a 240 volt, 1/5 HP motor which facilitates large scale and consistent cutting work
ix ISI KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGAKUAN PELAJAR i - iii PENGAKUAN PENYELIA iv PENGHARGAAN v ABSTRAK vi ABSTRACT vii ISI KANDUNGAN ix-xii SENARAI JADUAL xii SENARAI GAMBARAJAH xiv-xv LAMPIRAN xvi BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN LAPORAN 1 1.2 PENGENALAN PROJEK 2 1.3 PENYATAAN MASALAH 3 1.4 CADANGAN PENYELESAIAN 4 1.5 OBJEKTIF PROJEK 5 1.6 METODOLOGI 6 1.7 FAEDAH JANGKAAN 7 1.8 KESIMPULAN 8
x BAB 2 SOROTAN LITERATUR 2.1 PENYATAAN MASALAH 9 2.2 TEORI ASAS 10 2.3 OBJEKTIF KAJIAN 11-12 2.4 JENIS MESIN – MESIN 13-14 DIGUNAKAN DAN DIPROSES 2.4 TEKNIK KAJIAN 15 2.5 RUMUSAN 16 2.6 BORANG KAJI SELIDIK 17-19 BAB 3 METODOLOGI 3.0 PENGENALAN 20 3.0.1 CARTA GANTT CHART SEM 5 & SEM 6 21-22 3.1 PROSES PELAKSANAAN PROJEK 23-24 3.1.1 CARTA ALIR PROJEK 25 3.2 GAMBARAJAH BLOK 26 3.2.1 REKA BENTUK BLOK 27-28 3.3 GAMBARAJAH LITAR PROJEK 29 3.4 CARTA ALIR KEFUNGSIAN PROJEK 30 3.4.1 PENERANGAN CARTA ALIR 31 3.5 PROSES KERJA YANG DILAKUKAN 32-35 3.5.1 KOMPONEN YANG DIGUNAKAN PADA PROJEK 32-35 3.5.2 SENARAI PERALATAN YANG DIGUNAKAN 36-40 3.5.3 PROSES KERJA DILAKUKAN 41-45 3.6 KAEDAH PENGUJIAN LITAR 46
xi 3.6.1 MENGESAN KEROSAKAN 46 3.6.2 UJIAN AWAL 46 3.6.3 PROSES PENGUJIAN LITAR BEKALAN KUASA 47 3.7 KOS PEMBANGUNAN PROJEK 48-49 3.8 KESELAMATAN DALAM PENGUJIAN 50 3.8.1 TINGKAH LAKU DAN PAKIAN 51 3.8.2 KESELAMATAN DIRI 51 3.8.3 KESELAMATAN DI BENGKEL 52 3.8.4 KESELAMATAN KETIKA MENGGUNAKAN PERALATAN 52 3.8.5 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 53-54 BAB 4 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN PROJEK 4.0 KEPUTUSAN PENGUJIAN 55 4.1 PROSES PENGUJIAN PRODUK 55 4.1.1 PENGUJIAN KEFUNGSIAN PROJEK 56-57 4.1.2 PENGUJIAN KETAHANAN PROJEK 58 4.1.3 PENGUJIAN TAHAP KESELAMATAN PROJEK 59-60 4.2 PENGUJIAN MASA UNTUK MENGISAR RUMPUT 61 4.3 PERBINCANGAN 62 4.3.1 PENILIAN 63 4.3.2 ANALISIS PROJEK 64 4.3.3 KELEBIHAN PROJEK 65 4.3.4 KAJIAN PERBANDINGAN 66 4.3.5 GRAF PERBANDINGAN 67
xii BAB 5 KESIMPULAN 5.1 KESIMPULAN 68 5.2 CADANGAN 69 5.3 RUJUKAN 70
xiii SENARAI JADUAL NO TAJUK HALAMAN 2.1 KAEDAH PEMOTONGAN SEDIA ADA 12 3.1 KAEDAH PENGUJIAN LITAR 46 3.6 SENARAI PERALATAN YANG DIGUNAKAN 36-40 3.7 PROSES KERJA DILAKUKAN 41-45 3.9 LANGAKAH-LANGKAH KESELAMATAN 53-54 3.6.2 UJIAN AWAL 46 3.6.3 PROSES PENGUJIAN LITAR BERKALA 47 4.1 PENGUJIAN KEFUNGSIAN PROJEK 56-57 4.1.2 TAHAP KESELAMATAN PROJEK 58 4.1.3 PENGUJIAN MASA UNTUK MENGISAR 61 RUMPUT 4.1 RANGKA KESELURUHAN PROJEK 64 4.3.4 KAJIAN PERBANDINGAN 66 4.3.5 GRAF PERBANDINGAN 67
xiv SENARAI GAMBARAJAH NO. TAJUK HALAMAN 1.1 Contoh produk sedia ada 3 2.1 Gambarajah rumput napier 10 2.1 Kaedah pemotongan sedia ada 15 2.2 Jenis-jenis mesin digunakan atau di proses 13-14 2.4 Kaji selidik bersam kakitangan IKTBN BM 17 2.5 Kaji selidik bersama penternak 18 2.6 Kaji selidik bersam oaring awam 19 3.1 Carta gantt chart sem 5 21 3.2 Carta gantt chart sem 6 22 3.3 Carta alir projek 25 3.1 Gambarajah blok 26 3.2 Lakaran projek 3D 27-28 3.4 Gambarajah litar projek 29 3.4 Carta alir kefungsian projek 30 3.5 Komponen yang digunakan pada projek 32-35 3.5 Proses pengujian kefungsian litar 47 3.8 Jadual kos pembangunan projek 48-49 4.1 Pengujian kefungsian projek 56-57 4.3 Pengujian ketahanan projek 58 4.4 Pengujian keselamatan projek 49-60
xv 4.6 Ujian masa antara kaedah mengunakan mesin 61 4.2 Perbandingan produk 66 4.3 Graf perbandingan produk 67
xvi SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN A : MESIN PENGISAR RUMPUT TERNAKAN YANG TELAH SIAP LAMPIRAN B : MENJALANKAN SOAL SELIDIK MEGENAI PROJEK PADA ORANG AWAM LAMPIRAN C : PROSES PEMASANGAN KOMPONEN LAMPIRAN D : KEPUTUSAN HASIL PEMOTONG RUMPUT NAPIER
1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN LAPORAN Laporan projek akhir ini adalah merupakan satu laporan yang akan menerangkan segalanya tentang produk yang telah dicipta dan juga proses sebelum, semasa dan sehinggalah terciptanya produk yang telah dirancang setelah melakukan perbincangan bersama-sama ahli kumpulan dan penyelia. Segala proses berkenaan tentang projek akhir ini telah dimasukkan dalam laporan akhir ini. Laporan projek akhir ini adalah untuk menerangkan rekabentuk sekaligus membangunkan dan menyiapkan sendiri projek akhir dalam masa yang telah ditetapkan berpandukan NOSS yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan panduan penyediaan laporan tahun akhir dari Kementerian Belia dan Sukan. Tujuan utama dalam menyediakan Projek Tahun Akhir ini adalah untuk memberi latihan, pengalaman, pendedahan yang luas dan juga kemahiran supaya pelajar dapat mengetahui pelbagai ilmu semasa menjalankan sesi pembelajaran selama tiga tahun untuk peringkat Diploma Kemahiran Malaysia di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit Mertajam.
2 1.2 PENGENALAN PROJEK Sebagai memenuhi keperluan persijilan Diploma Kemahiran Malaysia, kami telah memilih projek Mesin Pengisar Rumput Ternakan melalui proses perbincangan dan rekabentuk, projek kami mengambil masa satu tahun untuk disiapkan. Dengan adanya projek akhir Mesin Pengisar Rumput Ternakan menggunakan Sistem Motor AC ini pelajar dapat mengeluarkan potongan rumput dengan cepat dan menjimatkan masa dan mempunyai ciri-ciri keselamatan terhadap produk. Projek ini juga, mempunyai keistimewaan dan fungsi-fungsi tersendiri yang amat berguna bagi pengguna menyelesaikan masalah sewaktu mengisar rumput. Projek ini juga direka khas menjurus kepada kegunaan disektor pengusahaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Selain itu, produk ini dapat membantu pengguna untuk mendapat hasil dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa dan mengutamakan keselamatan.
3 1.3 PENYATAAN MASALAH Pada kebiasaanya rumput-rumput dipotong dengan menggunakan pisau dan papan pemotong atau ianya boleh dikatakan diproses secara manual. Bagi kuantiti rumput yang banyak atau untuk keperluan industry penternakan juga dipotong menggunakan mesin khas bagi mempercepatkan kerja pemotongan. Gambarajah 1.1 Contoh Produk Sedia Ada Pemotongan secara manual ini boleh menimbulkan beberapa masalah. Masalah yang timbul adalah tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan, tidak ada emergency button terjamin sewaktu penggunaan dan mengambil masa yang lama untuk kuantiti yang banyak. Produk sedia ada boleh didapati secara jualan atas talian seperti aplikasi shopee dengan harga RM 2,500 bagi satu unit.
4 1.4 CADANGAN PENYELESAIAN Sebagai jalan penyelesaian kepada masalah yang telah dinyatakan, kumpulan kami mencipta sebuah mesin pengisar rumput ternakan menggunakan sistem motor AC bagi memudahkan proses pengeluaran supaya ianya cepat, menjamin keselamatan dan menjimatkan kos kepada pengguna. Produk Mesin pengisar rumput ternakan menggunakan sistem motor AC mempunyai rekabentuk produk yang selamat kerana boleh digunakan tanpa mengira peringkat umur untuk menggunakannya. Alat ini juga berada dalam keadaan selamat untuk pengguna kerana dapat mengelakkan dari berlakunya kemalangan sewaktu proses pemotongan dijalankan. Disamping itu, harga alat ini adalah mampu dimiliki bagi pengusaha kecil serta ianya mudah untuk diselenggara.
5 1.5 OBJEKTIF PROJEK Matlamat utama projek ini dijalankan adalah untuk mereka bentuk sesebuah mesin pengisar rumput ternakan yang sistematik serta yang dapat berfungsi dengan baik. Objektif bagi projek ini adalah: • Meningkatkan keselamatan pengguna semasa proses pengisar rumput. • Memudahkan proses pemotong bahan bagi kuantiti yang banyak iaitu satu 1kg rumput dan masa yang diambil ialah 4 minit • Menjimatkan kos penyelenggaraan mesin.
6 1.6 METODOLOGI Metodologi merupakan tatacara yang digunakan bagi melaksanakan projek secara terperinci. Langkah-langkah ini sangat penting dalam melaksanakan projek ini bagi memastikan projek ini berjaya disiapkan pada masa yang ditetapkan. Projek kami diberi nama Mesin Pengisar rumput ternakan menggunakan sistem motor AC mempunyai beberapa kaedah untuk membuat projek ini. Antaranya ialah membuat perbincangan berkumpulan untuk mencari masalah yang berkaitan disekitar kami supaya mudah untuk memikirkan projek yang ingin dihasilkan. Selain itu, kami menganalisis setiap masalah yang sering berlaku disekitar kami supaya dapat mengetahui dengan lebih terperinci. Dengan itu, sesuatu projek akan mudah dilaksanakan dan objektif sesebuah projek akan berkaitan dengan projek yang hendak dilakukan. Di samping itu, kami juga menilai projek yang sebelum ini dengan penambahbaikkan untuk projek kami. Cara ini dapat memudahkan kami untuk membuat projek kerana adanya projek yang sedia ada kami dapat belajar dengan mudah jika dibandingkan membuat sesuatu projek yang baru. Projek ini menggunakan sistem motor AC untuk proses mengisar rumput. Sistem motor AC menggunakan 240 volt, 1/5 HP. Motor ini berfungsi untuk mengawal mata pisau semasa proses pemotongan.Menggunakan DIRECT ON LINE (DOL) STARTER sebagai butang ON/OFF untuk menghidupkan dan mematikan mesin.
7 1.7 FAEDAH JANGKAAN Daripada apa yang telah kami jalankan terdapat beberapa faedah jangkaan yang boleh didapati hasil daripada perlaksanaan projek ini antaranya: • Dapat mengelakkan kecuaian penggunaan semasa proses mengisar rumput. • Dapat memudahkan pengguna melakukan kerja untuk proses mengisar rumput dalam kuantiti yang banyak dan selaras. • Dapat memudahkan pengguna dan keselamatan terhadap pengguna • Mesin ini dapat dikawal dengan kawalan push button ON.
8 1.8 KESIMPULAN Perancangan projek yang kami rancang dan jalankan boleh dikatakan berjaya. Ini boleh dilihat melalui prototaip yang telah disiapkan dimana ini dapat berfungsi mengikut teori dan amali. Kesimpulannya, produk yang dihasilkan ini berfungsi sebagai alat pengisar rumput ternakan menggunakan sistem motor AC dan ia dapat memudahkan lagi proses seperti yang dirancangkan. Selain itu, segala yang dipelajari berkaitan teknologi kejuruteraan dan rekabentuk dapat dipraktikkan serta diaplikasikan dalam penghasilan produk ini. Dengan itu, amat penting bagi setiap perkara yang akan dihasilkan untuk dikaji dan dianalisis terlebih dahulu. Justeru itu, melalui penghasilan produk ini setiap pengiraan dan analisis yang telah dipelajari dapat digunakan bagi menghasilkan produk yang berkualiti, pengiraan dan analisis pemilihan bahan dan komponen adalah amat penting. Terdapat beberapa perkara yang dapat kami pelajari ketika menyiapkan projek ini iaitu: a. Bagi memastikan setiap kerja berjalan dengan lancar, teratur dan sistematik. Perancangan kerja adalah sangat penting supaya produk yang dihasilkan adalah sempurna. b. Dalam mereka bentuk sesuatu projek, pereka bentuk haruslah melengkapkan lukisan rekabentuk seperti pemasangan dan perincian setiap lukisan. c. Semua data-data rekabentuk contohnya dimensi, simbol, nilai-nilai kelegaan (tolerance) dengan tepat dan jelas supaya mudah di fahami oleh pekerja. d. Memikirkan kaedah pembuangan sisa pemotongan yang lebih mudah dan mampu dibuat oleh pekerja. e. Kerjasama dalam kumpulan pada setiap kerja dilakukan adalah amat penting agar mendapat keputusan yang memuaskan melalui percambahan idea dan kerja-kerja pemasangan di bengkel. Kesimpulannya, pada akhir kajian kami terbukti produk ini boleh digunakan dengan berkesan dan selamat.
9 BAB 2 SOROTAN LITERATUR 2.1 PENYATAAN MASALAH Masalah yang dihadapi oleh mesin pengisar rumput ternakan yang sedia ada ialah mesin pengisar rumput ternakan masa kini terlalu besar dan tidak bersesuaian untuk kegunaan penternak secara kecil-kecilan. Mesin Pengisar rumput ternakan ini berukuran 550 mm x 500mm ini juga tidak menggunakan ruang yang banyak dalam satu lokasi. Mesin tersebut juga menggunakan tenaga kerja yang banyak kerana ukuran saiz mesin yang besar untuk dikendalikan oleh seorang pengguna serta tidak mempunyai komponen keselamatan yang lengkap dan mampu menyebabkan berlakunya kemalangan terhadap pengendali mesin.Selain itu, ia juga terlalu padat dengan komponen didalamnya yang menjadikan ianya sukar untuk diselenggara. Oleh yang demikian, masalah tersebut perlu ditangani supaya mesin ini dapat membantu seseorang pengguna memudahkan kerjanya untuk mengisar rumput dalam keadaan yang baik dan sistematik. Masalah reka bentuk yang besar dan sukar dikendalikan oleh seorang pengguna amat penting untuk diatasi dengan sempurna sekaligus dapat membantu penternak muda dan orang tua yang ingin memulakan perniagaan.
10 2.2 TEORI ASAS Mesin pengisar ini bertujuan untuk memotong rumput dalam kuantiti yang banyak dan saiz yang selaras. Anggaran saiz potongan rumput ialah sekitar 2cm sehingga 4cm. Sistem motor AC yang digunakan dapat mempercepatkan proses untuk memotong rumput kepada bentuk kepingan. Kaedah manual yang digunakan sebelum ini menggunakan tenaga kerja yang banyak serta tidak dapat memotong dalam keadaan selaras. Melalui kajian yang dilakukan kepada usahawan yang menjalankan perniagaan pertanian rata-rata berkata kaedah manual yang dilakukan tidak dapat menapung jumlah permintaan daripada pelanggan yang semakin tinggi saban hari. Mesin yang sedia ada juga terlalu mahal sehingga usahawan yang baru menjinakkan diri dalam bidang perniagaan tidak dapat menampung kos yang tinggi untuk membeli sebuah mesin tersebut. Faktor lain mesin ini dicipta ialah untuk memastikan tahap keselamatan yang tinggi serta mudah untuk diselenggara. Hal ini kerana mesin ini tidak mempunyai komponen yang terlalu banyak hingga membebankan pengguna untuk membuat selenggara serta mudah untuk dibersihkan. Mesin ini juga mempunyai pelindung pada rangkanya yang menyebabkan pengguna tidak perlu risau akan keselamatan mereka apabila menggunakannya. Gambarajah 2.1 Gambarajah rumput napier
11 2.3 OBJEKTIF KAJIAN Bagi kajian untuk projek mesin memotong rumput kami telah mengumpul maklumat di laman sesawang dan sumber bertulis. Diantara dari kajian bagi projek ini adalah: 1) Mempelajari cara-cara untuk mencari kaedah, prosedur, kajian, pengumpulan data, maklumat dan pembentangan hasil projek yang telah dipilih. 2) Mengkaji jenis pemotongan rumput yang digunakan pada projek ini. 3) Mengkaji jenis – jenis mesin telah digunakan yang ada di dalam pasaran.
12 2.3.1 Kaedah Pemotongan Sedia Ada Berikut merupakan mesin atau peralatan mengisar rumput ternakan yang sedia ada didalam pasaran: Jadual 2.1: Kaedah pemotongan sedia ada Kaedah Harga Saiz Keselamatan Selenggara Chopper cutter machine RM 2,342.50 (Mahal) (1,000 x 800 x 1,200mm) Besar Selamat Sukar Napier cutter machine RM 3000 (Mahal) (1,300 x 1,000 x 1,200mm) Besar Tidak Selamat Sukar Pisau Pemotong (Manual) RM30 RINGGIT (Murah) Kecil Tidak Selamat Mudah
13 2.3.2 JENIS – JENIS MESIN DIGUNAKAN ATAU DIPROSES Gambarajah 2.2 Jenis Mesin NAPIER CUTTING MACHINE Mesin pengsiar rumput pelbagai fungsi mengamalkan prinsip pemotongan rumput dengan tangan, ia boleh memotong pelbagai bentuk rumput. seperti kepingan,dan lain lain. Ia digunakan secara meluas untuk memotong dan memproses akar yang keras dan lembut, batang, daun. Mesin itu menggunakan pelbagai teknologi canggih. Seperti mekanisme pengawalan anorganik yang terputus-putus, mekanisme mengiris sentrifugal dan mekanisme bergerak balas, dan sebagainya, dan peranti penghirisan digunakan terutamanya untuk mengisar rumput (batang jagun,rumput napier dan lain-lain), dan ketebalannya boleh diselaraskan secara bebas dalam 1 -10mm. Ciri – ciri: 1. Keluli tahan karat 304 dan aluminium dan bahan-bahan aloi magnesium digunakan oleh peralatan mengisar rumput pelbagai fungsi. 2. Satu penghirisan, satu jalur dan satu pisau dicing dilengkapi dengan mesin ini.
14 3. Operasi yang mudah dan kecekapan tinggi. Gambarajah 2.3 Gambarajah jenis mesin MESIN PENGISAR RUMPUT Mesin pengisar rumput, juga menamakan peralatan slicer pelbagai fungsi dan rumputrumput.Kerana mesin jenis ini terutamanya digunakan untuk mengisar rumput Ia boleh memproses macam-macam jenis rumput. Mesin ini mengisar bentuk sekeping produk yang rapi, menghasilkan seragam tebal 99% untuk memenuhi tuntutan pemprosesan. Ia adalah peralatan pengisar rumput yang sesuai untuk industry besar dan para penternak,Selain itu para penternak boleh mengisar rumput yang banyak dalam sesuatu masa.. Ciri – ciri : 1. Jimatkan masa, simpan buruh dan kecekapan tinggi untuk alat pengisar rumput. 2. Pemotongan cakera cakera berputar; Saiz keping dan ketebalan seragam, memotong tisu segar, tidak merosakkan serat rumput rumput dan lainlain; Ketebalan irisan rumput yang boleh laras (1-8mm).
15 2.4 TEKNIK KAJIAN Kaedah kajian yang dilakukan ialah melalui kaedah temu bual dengan usahawan di sekitar Bukit Mertajam yang menjalankan para penternak. Melalui kaedah temubual ini kami dapat mengetahui masalah yang dialami mereka sekaligus dapat memberikan idea kepada kami untuk membuat mesin ini. Hasil daripada temubual kami bersama para peniaga memaklumkan bahawa mesin pengisar yang sedia ada di pasaran terlalu mahal dan menyebabkan mereka tidak mampu menanggung kos yang besar untuk membeli mesin tersebut. Selain itu, kami juga menjalankan kajian melalui internet mengenai mesin pengisar rumput yang sedia ada di pasaran. Hasilnya, melalui kajian tersebut kami dapat membuat perbandingan mesin yang sedia ada dengan mesin yang akan dibuat oleh kumpulan kami. Hal ini kerana mesin yang sedia ada tidak mempunyai tahap keselamatan yang tinggi serta harganya yang terlalu mahal. Mesin sedia ada juga sukar untuk dikendalikan oleh seorang pengguna dan mempunyai saiz yang terlalu besar.
16 2.5 RUMUSAN Projek Mesin Pengisar Rumput Ternakan menggunakan Sistem Motor AC ini dicipta bagi memudahkan pengguna terutamanya Pengusahaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang sering terbeban dengan tanggungjawab seharian. Projek yang dibangunkan ini diharapkan dapat memberi banyak manfaat kepada pengguna terutamanya dari segi keselamatan mereka sewaktu proses mengisar rumput dilakukan. Pada umumnya, projek ini berfungsi untuk mengelakkan berlakunya kecederaan semasa mengisar yang berpunca dari pisau dan mata sagat. Malah, projek ini juga dapat memberi kesedaran pengguna untuk lebih berwaspada bagi menjaga keselamatan pengguna dan sentiasa melakukan pembersihan selepas digunakan. Dalam tempoh melakukan penyelidikan dan pemerhatian, kami telah mendapatkan khidmat nasihat dari para penternak serta agensi berkaitan dan orang awam mengenai kebaikan dan kelemahan yang terdapat pada projek untuk membuat penambahbaikan. Justeru itu, kajian soal selidik dan sumber internet amatlah penting dalam mengumpul maklumat untuk membangunkan sesebuah projek yang boleh memberi impak positif kepada pengguna.
17 2.6 BORANG KAJI SELIDIK Gambarrajah 2.4: Kaji selidik Bersama kakitangan IKBTN BM
18 Gambarrajah 2.5: Kaji selidik Bersama Penternak
19 Gambarrajah 2.6: Kaji selidik Bersama orang awam
20 BAB 3 METODOLOGI 3.0 PENGENALAN Metodologi merupakan kaedah dan teknik mereka bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian. Metodologi menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan. Tujuan metodologi ialah untuk membantu memahami dengan lebih luas atau lebih terperinci lagi tentang kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian. Peranan yang di mainkan oleh ahli kumpulan juga merupakan faktor yang penting dimana tugas telah dibahagikan bagi menyiapkan tugasan masingmasing. Setiap bahagian bagi sistem memerlukan kajian terperinci. Rujukan dilakukan melalui media elektronik (internet), para pengajar dan sumber - sumber yang berkaitan. Jadual perancangan sepanjang semester disediakan untuk pelaksanaan projek dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan jadual perancangan disediakan bagi memastikan projek dapat dihasilkan tanpa sebarang masalah dan dapat membuat persediaan awal sebelum pembentangan projek akhir.
21 3.0.1 Carta Gantt Chart Semester 5 Jadual 3.1:Gantt Chart Semester 5 FEBRUARI 48 49 50 51 52 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 MEI PENYEDIAN LAPORAN DAN SEMAKAN DENGAN PENYELIA 9 DISEMBER JANUARI MAC APRIL 3 BIL PERKARA KENALPASTI TAJUK PROJEK DAN OBJEKTIF PROJEK 1 KENALPASTI PENYELIA PROJEK 2 PERBINCANGAN BERSAMA PENYELIA TAHUN 2021/2022 LAKARAN REKABENTUK PROJEK KENALPASTI KOMPONEN PROJEK DAN PENYEDIAN BOM KENALPASTI PENYEDIAN KOS DAN PERALATAN 8 PEMBENTANGAN AWAL PROPSAL 4 5 6 7 KENALPASTI KEFUNGSIAN DAN KEBOLEHSAKNAAN PROJEK
22 3.0.2 Carta Gantt Chart Semester 6 Jadual 3.2: Gantt Chart Semester 6 FEB 33 34 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 1 2 3 4 5 12 Menyiapkan Laporan Akhir 13 Persiapan/Latihan Pembentangan Projek 35 9 Membetulkan Kesalahan laporan 10 Pembentangan PTA Bersama Panel Luar 11 Penambahbaikan Sistem Dan Kekemasan 3 Membuat kajian Reka Bentuk Proses Penghasilan Projek Menguji Dan Membaik Pulih Projek Menguji Keserluruhan Projek JANUARI TAHUN 2022/2023 1 Perbincangan Projek Bersama Penyelia 2 DISEMBER Senarai Dan Membeli Bahan Peralatan BIL PERKARA OGOS SEPTEMBER OKTOBER NOVEMBER 8 Pra-pembentangan Projek Akhir 4 5 6 7 Menyiapkan Laporan PTA Dan Bahan Pembentangan PETUNJUK NAMA AHLI KUMPULAN MUHAMMAD FIRDAUS BIN MOHD ZUBIR MUHAMMAD FAISAL BIN RAHMAN MUHAMMAD MUZAMBIR BIN MOHD NOOR EN.MAT AZLI BIN SHAARI NAMA PENYELARAS PN.RUMAIZAH BINTI AZMI CUTI LAPORAN LI NAMA PENYELIA PEPERIKSAAN AKHIR PERANCANGAN PERLAKSANAAN
23 3.1 PROSES PELAKSANAAN PROJEK Proses pelaksanaan projek merupakan kaedah dan teknik mereka bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian. Metodologi menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan. Proses pelaksaanaan projek dapat dilakukan dengan baik kerana adanya jadual perancangan atau carta alir bagi perjalanan projek tersebut. Sesuatu tugas dapat disiapkan dengan sempurna kerana sikap saling bekerjasama dan kecekapan ahli kumpulan yang terlibat. Di samping itu, segala kelemahan yang terdapat pada projek ini dapat dikesan dan diatasi dengan baik. Tambahan pula, dengan adanya carta Gantt untuk semestar 5 dan 6 dapat memudahkan lagi proses perjalanan projek. Setiap proses kerja yang dibuat mengikut minggu yang ditetapkan dapat membantu kami menyiapkan projek Mesin Pengisar Rumput Ternakan menggunakan Sistem Motor AC pada waktu yang tepat. Pada mulanya kumpulan kami berbincang untuk memilih projek yang hendak dilaksanakan dan membuat analisa keatas projek yang kami akan laksanakan. Setelah membuat keputusan, kami mencari sumber dan bahan yang diperlukan daripada hasil perbincangan bersama penyelia projek. Setelah memperolehi segala sumber yang diperlukan, maka kami memulakan untuk membuat laporan tentang projek yang dilaksanakan iaitu keterangan ringkas mengenai projek. Selepas itu, kami melakar gambaran projek bagi memudahkan pelaksanaan projek dilakukan dengan menggunakan perisian dan memulakan pelaksanaan projek kami. Setelah mendapat gambaran sebenar projek, kami mula menyenaraikan peralatan dan komponan yang hendak digunakan semasa pelaksanaan projek dijalankan.
24 Kami mula mengira anggaran kos yang diperlukan untuk projek ini. Setelah peralatan dan litar, kami mula membuat pemasangan komponan bagi menghasilkan litar yang diperlukan. Setelah litar dan projek telah siap dipasang, projek perlu diuji terlebih dahulu bagi mengelak kerosakan atau ketidakfungsian projek bagi memudahkan untuk mengesan kerosakan pada projek atau litar. Setelah selesai, projek berfungsi dengan baik seperti yang dikehendaki. Maka projek ini telah berjaya dilaksanakan mengikut perancangan. Akhir sekali, apabila projek telah berfungsi dengan jayanya kami terus mengambil langkah akhir dalam pelaksanaan projek iaitu menyediakan laporan lengkap mengenai projek.
25 3.1.1 CARTA ALIR PROJEK Jadual 3:3 Carta alir projek MULA Mengadakan perbincangan bersama penyelia bagi memilih tajuk projek Membuat lakaran projek Mengenalpasti dan membeli komponen projek Membuat litar elektrik projek Memasang komponen dan membuat kekemasan pada projek Menyediakan laporan dan membuat semakan dengan penyelia Pra pembentangan projek Pembentangan projek TAMAT Tidak Pengujian projek
26 3.2 GAMBARAJAH BLOK Berikut merupakan gambarajah blok projek yang digunakan untuk menghidupkan motor bermula dari menghidupkan bekalan kuasa utama hingga ke motor AC 240 Volt. Gambarajah 3.1: Gambarajah blok proses menghidupkan projek HIDUPKAN BEKALAN SUIS UTAMA MCB MAGNETIC CONNECTOR HIDUPKAN DOL STARTER MOTOR AC240 V MULA PROSES KELUAR SPEED CONTROLLER
27 3.2.1 REKA BENTUK PROJEK Reka bentuk projek yang ringkas serta mudah dikendalikan oleh seorang pengguna sahaja. Menerapkan sistem keselamatan yang tinggi serta mudah untuk diselenggara kerana tidak mempunyai komponen yang terlalu banyak Gambarajah 3.2: Lakaran Projek 3D
28 Gambarajah 3.3: Lakaran Autocad 1 dan 2
29 3.3 GAMBARAJAH LITAR PROJEK Litar elektik ini digunakan untuk menghidupkan motor serta proses pemotongan. Dengan bantuan penyelia kami telah menghasilkan sebuah litar elektrik untuk digunakan dalam projek kami seperti berikut . Gambarajah 3.4:Litar Projek
30 3.4 CARTA ALIR KEFUNGSIAN PROJEK Jadual 3.4: Carta alir kefungsian MULA HIDUPKAN SUIS MEMASUKKAN RUMPUT KEDALAM CORONG RUMPUT DI POTONG RUMPUT YANG DIPOTONG TURUN SALURAN KELUAR YA RUMPUT YANG TELAH KELUAR DIAMBIL TAMAT
31 3.4.1 PENERANGAN CARTA ALIR Projek ini terdiri daripada beberapa komponen utama seperti: Bekalan kuasa 240 Volt Direct On Line Starter Kapasitor Motor AC 240 Volt Single Phase Speed Controller Sebelum menggunanakan mesin ini, pengguna perlu menghidup kan suis bekalan kuasa terlebih dahulu. Selepas suis dihidupkan Tekan butang ON dan speed Control untuk kelajuan yang kita mahukan pada mesin untuk menggerakkan mata pisau untuk proses Mengisar rumput. Mata pisau dikawal oleh shaft yang disambung kan dengan talisawat kepada motor AC 240 Volt. Kapasitor digunakan untuk mengawal arus elektrik ke motor.
32 3.5 PROSES KERJA YANG DILAKUKAN Jadual 3.5: KOMPONEN YANG DIGUNAKAN PADA PROJEK BIL KOMPONEN FUNGSI 1 Direct On Line (DOL) Starter a. Berfungsi untuk menghidupkan dan mematikan sebuah motor elektrik satu fasa atau tiga fasa. b. Mengelakkan motor terbakar apabila berlaku litar pintas.
33 2 Speed Controller untuk mengawal kelajuan motor dengan menukar terus frekuensi atau amplitud. 3 Motor AC 240 Volt Single Phase a) Untuk menggerakkan mata pisau dengan menggunakan tali sawat yang bersambung dengan takal dan aci.