The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DMU 2023 MESIN PENCUCI KULIT KERANG

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mni6768, 2023-02-10 03:24:59

MESIN PENCUCI KULIT KERANG

DMU 2023 MESIN PENCUCI KULIT KERANG

Keywords: MESIN PENCUCI KULIT KERANG

MESIN PENCUCI KULIT KERANG OLEH : MUHAMMAD SYAKIR BIN SUPPRI MUHAMMAD BUQHORI BIN HELMI MOHAMED FARHAN BIN SALAHUDEEN NAMA PENYELIA: ENCIK NOR AZMAN SAMSURI DMU 4563 LAPORAN PROJEK TAHUN AKHIR PENYELENGGARAAN INDUSTRI [ PI ] BAGI MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA KEPERLUAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA (IKTBN) BUKIT MERTAJAM SESI 2/2021


i PENGHARGAAN Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaan dan hidayah dari - Nya dapat kami menyiapkan kertas cadangan bagi “ Final Year Project “ yang bertajuk “ MESIN MENCUCI KULIT KERANG” Ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa yang saya hormati kerana sentiasa memberi kasih sayang, dorongan, doa, peringatan dan panduan hidup yang amat saya perlukan sehingga projek ini dapat disempurnakan dengan jayanya. Sesungguhnya segala pengorbanan yang telah dilakukan amat saya sanjungi dan saya ingati sepanjang hayat ini. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ketua Jabatan Mekanikal Industri Puan Norhayati serta selaku penyelaras projek tahun akhir Puan Nor Rumaizah Binti Azmi dan Ketua Bahagian Mekanikal Industri Encik Harmizi Bin Rahim. Selain itu, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia kumpulan kami Encik Nor Azman Bin Samsuri yang sentiasa bersabar dalam memberi sokongan, nasihat, dan bimbingan yang banyak membantu dalam menjayakan projek ini. Akhir kata, sekalung penghargaan untuk semua tenaga pengajar Mekanikal Industri kerana menyumbang ilmu kepada kami bagi menyiapkan projek ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memberikan sumbangan, cadangan, dan membantu dalam menyiapkan projek ini.


ii PENGAKUAN PELAJAR Saya akui projek ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Saya dengan ini berjanji sekiranya projek yang dilaksanakan melanggar syarat yang tertera diatas, segala hasil kerja saya akan digagalkan dan didapati sebagai tidak melengkapi diploma dan bersetuju untuk dikenakan sebarang tindakan undang-undang dibawah peraturan Institut Kemahiran Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam. Tandatangan: Tarikh: 31 JANUARI 2023 Nama Pelajar: MUHAMMAD SYAKIR BIN SUPPRI No Pelajar: 023281 Kursus: DIPLOMA PENYELENGGARAAN INDUSTRI ( TAHAP 4 ) Institut: INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA BUKIT MERTAJAM Tajuk Projek: MESIN MENCUCI KULIT KERA


iii PENGAKUAN PELAJAR Saya akui projek ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Saya dengan ini berjanji sekiranya projek yang dilaksanakan melanggar syarat yang tertera diatas, segala hasil kerja saya akan digagalkan dan didapati sebagai tidak melengkapi diploma dan bersetuju untuk dikenakan sebarang tindakan undang-undang dibawah peraturan Institut Kemahiran Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam. Tandatangan: Tarikh: 31 JANUARI 2023 Nama Pelajar: MUHAMMAD BUQHORI BIN HELMI No Pelajar: 023265 Kursus: DIPLOMA PENYELENGGARAAN INDUSTRI ( TAHAP 4 ) Institut: INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA BUKIT MERTAJAM Tajuk Projek: MESIN MENCUCI KULIT KERANG


iv PENGAKUAN PELAJAR Saya akui projek ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Saya dengan ini berjanji sekiranya projek yang dilaksanakan melanggar syarat yang tertera diatas, segala hasil kerja saya akan digagalkan dan didapati sebagai tidak melengkapi diploma dan bersetuju untuk dikenakan sebarang tindakan undang-undang dibawah peraturan Institut Kemahiran Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam. Tandatangan: Tarikh: 31 JANUARI 2023 Nama Pelajar: MOHAMED FARHAN BIN SALAHUDEEN No Pelajar: 405497 Kursus: DIPLOMA PENYELENGGARAAN INDUSTRI ( TAHAP 4 ) Institut: INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA BUKIT MERTAJAM Tajuk Projek: MESIN MENCUCI KULIT KERANG


v PENGAKUAN PENYELIA Saya dengan ini memperakui bahawa telah membaca laporan ini dan segala yang terkandung adalah hasil kerja sebenar pelajar. Projek ini mematuhi skop dari kualiti serta memenuhi syarat dan undang-undang di bawah peraturan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara ( IKTBN ) Bukit Mertajam. Nama Penyelia: ENCIK NOR AZMAN BIN SAMSURI Tandatangan: Tarikh: 31 JANUARI 2023 PENGAKUAN PENYELARAS Saya dengan ini memperakui bahawa telah membaca laporan ini dan segala yang terkandung adalah hasil kerja sebenar pelajar. Projek ini mematuhi skop dari kualiti serta memenuhi syarat dan undang-undang di bawah peraturan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara ( IKTBN ) Bukit Mertajam. Nama Penyelaras: PUAN NOR RUMAIZAH BINTI AZMI Tandatangan: Tarikh: 31 JANUARI 2023


vi ABSTRAK Sektor perikanan merupakan salah satu cabang dalam bidang Industri Kecil Sederhana (IKS). Dalam sektor ini, penternak kerang yang menternak secara kecil-kecilan atau sederhana dapat meningkatkan lagi ekonomi negara. Oleh itu, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penternak-penternak kerang bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti pengeluaran. Kebanyakkan penternak kerang akan membasuh dan membersihkan kerang dengan menggunakan kaedah manual bagi mengasingkan kerang dengan kotoran seperti selut. Bagi menyelesaikan masalah-masalah berkaitan hasil kerang yang dicuci tidak bersih maka satu projek inovasi mencuci kerang telah dihasilkan. Alat ini dinamakan Mesin Pencuci Kulit Kerang yang mampu membersihkan dan mengasingkan kotoran seperti selut. Produk ini tidak menggunakan bahan yang boleh mencemarkan pemeliharaan alam sekitar. Bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan projek ini ialah motor DC, gegelung jaring, kotak gear, kotak suis kawalan, set pergerakan rantai dan keluli lembut. Projek inovasi ini direkacipta dengan bersifat mudah alih yang disertakan roda penggerak. Kelebihan utama alat ini ialah ianya dikawal sepenuhnya secara semi automatik dan mampu membersihkan kerang pada kuantiti yang banyak. Dapatan ini juga membuktikan Mesin Pencuci Kulit Kerang mampu menjimatkan masa dan meningkatkan produktiviti berbanding kaedah manual.


vii ABSTRACT The fisheries sector is one of the branches of the Small Medium Industries (SME). In this sector, small or medium scale cockles breeders can boost the country's economy. Therefore, various efforts have been made by various parties to solve the problems faced by cockles breeders to improve the quality and productivity of production. Most cockles breeders will wash and clean cockles using a manual method to isolate cockle with dirt such as mud. To solve problems related to not being clean cockles then a cockles innovation project was created. This tool is called the Cockles Cleaning Machine which can clean and isolate stains. This product does not use materials that can be harmful to the preservation of the environment. The main materials used to produce this project are DC motors, perforated steel, gearboxes, control boxes, chain movement sets, and soft steel. This innovation project is designed with a mobile feature that comes with a portable tire. The main advantage of this tool is that it is fully semi-automatic and capable of cleaning cockles in large quantities. These findings also prove that the Cockles Cleaning Machine can save time and increase productivity compared to the manual method.


viii ISI KANDUNGAN BAB TAJUK HALAMAN PENGHARGAAN i PENGAKUAN PELAJAR ii - iv PENGAKUAN PENYELIA DAN PENGAKUAN PENYELARAS v ABSTRAK vi ABSTRACT vii ISI KANDUNGAN viii - xii BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN LAPORAN 1 1.2 OBJEKTIF LAPORAN 2 1.3 PENGENALAN PROJEK 3-8 1.4 LATAR BELAKANG MASALAH 9 1.5 PENYATAAN MASALAH 10 1.6 OBJEKTIF PROJEK 11 1.7 METOLOGI 12 1.8 SKOP PROJEK 13 1.9 FAEDAH JANGKAAN 14 1.10 KEPENTINGAN PROJEK 14 1.11 KESIMPULAN 15 BAB 2 SOROTAN LITERATUR 2.1 PENGENALAN 16 2.2 PENYATAAN MASALAH 17 2.3 KAJIAN TENTANG REKA BENTUK 18 – 19 2.4 KAJIAN TENTANG BAHAN 20 – 25 2.5 TEKNIK KAJIAN 26 - 30 2.6 RUMUSAN 31 BAB 3 METODOLOGI 3.1 PENGENALAN 32 3.1.1 GANTT CHART SEM 5 33 3.1.2 GANTT CHART SEM 6 34


ix 3.2 PEMILIHAN PENGATURCARAAN REKA BENTUK 35 - 37 3.3 PEMILIHAN BAHAN DAN KOMPONEN 38 – 41 3.4 GAMBARAJAH BLOK 42 3.5 LITAR PROJEK 43 3.6 CARTA ALIR PELAKSANAAN PROJEK 44 3.7 CARTA ALIR MEMBANGUNKAN PROJEK 45 3.8 CARTA ALIR KEFUNGSIAN PROJEK 46 3.9 PROSES KERJA 47 - 50 3.10 LAKARAN PROJEK 51 - 53 3.11 PERKAKASAN DAN PERALATAN 54 – 57 3.12 LANGKAH – LANGKAH KESELAMATAN 58 – 59 3.13 KOS PEMBANGUNAN PROJEK 60 3.14 PENGUJIAN OPERASI 60 3.15 CARTA ALIR OPERASI MESIN 61 3.16 KESELAMATAN PENGUJIAN 62 - 63 3.17 KESIMPULAN 64 BAB 4 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN 4.1 PENGENALAN 65 4.2 PROSES PENGUJIAN PROJEK 66 4.2.1 MASA OPERASI 66 4.2.2 MENINGKATKAN KADAR PENGELUARAN 67 4.2.3 PENGUJIAN KEFUNGSIAN PROJEK 68 4.2.4 PENGUJIAN TAHAP KESELAMATAN PROJEK 69 4.2.5 PENGUJIAN PERBANDINGAN PROJEK 70 4.3 PERBANDINGAN MASA PROJEK 71 4.3.1 PENILAIAN MASA OPERASI 71 4.3.2 MENINGKATKAN KADAR PENGELUARAN KEPADA 100% 72 – 73 4.4 ANALISIS KESELAMATAN 74


x BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 PENGENALAN 75 5.2 KESIMPULAN 76 5.3 CADANGAN 77 SENARAI JADUAL JADUAL TAJUK HALAMAN 2.1 MEJA HELANG 19 2.2 JENIS LOGAM FERUS 20 – 21 2.3 JENIS POLIMER 22 2.4 JENIS SINTETIK POLIMER 23 2.5 KEBAIKAN DAN KEKURANGAN MOTOR DC 24 3.1 GANTT CHART SEM 5 33 3.2 GANTT CHART SEM 6 34 3.3 KESELURUHAN REKA BENTUK 37 3.4 PERBANDINGAN MATRIKS BAGI SETIAP REKA 37 3.5 PEMILIHAN BAHAN 38 – 39 3.6 PEMILIHAN KOMPONEN 40 – 41 3.7 PERALATAN YANG DIGUNAKAN 54 – 57 3.8 PERALATAN KESELAMATAN 58 – 59 3.9 KOS BAHAN / KOMPONEN 60 4.1 BUTIRAN PEPERIKSAAN SELESAI 66 4.2 PERBANDINGAN MASA 66 4.3 MENUNJUKKAN BERAT KERANG YANG TELAH DIBERSIHKAN 67 4.4 PENGUJIAN KEFUNGSIAN PROJEK 68 4.5 PENGUJIAN TAHAP KESELAMATAN PROJEK 69 4.6 BUTIRAN PEPERIKSAAN SELESAI 70 4.7 PERBANDINGAN MASA 71 4.8 MENUNJUKKAN BERAT KERANG YANG TELAH DIBERSIHKAN 72 4.9 ANALISIS KESELAMATAN 74


xi SENARAI GAMBARAJAH GAMBARAJAH TAJUK HALAMAN 1.1 KERANG DARAH 6 1.2 KERANG HIJAU 6 1.3 KERANG BULUH 7 1.4 KERANG TIRAM 7 1.5 BULU KERANG 8 1.6 KERANG BERSATU 8 2.1 KERANG REBUS DAN PANGGANG 16 2.2 MESIN PEMBERSIH KERANG SEDIA ADA 18 2.3 MOTOR DC 24 2.4 RANTAI DAN SPOKET 25 2.5 BATANG KELULI 25 2.6 SKRU DAN NAT 25 2.7 BORANG SOAL SELIDIK 27 2.8 BORANG SOAL SELIDIK 28 2.9 SESI TEMUBUAL 29 2.10 SESI TEMUBUAL 30 3.1 IDEA 1 35 3.2 IDEA 2 36 3.3 GAMBARAJAH BLOK 42 3.4 LITAR PROJEK 43 3.5 CARTA ALIR PELAKSANAAN PROJEK 44 3.6 CARTA ALIR MEMBANGUNKAN PROJEK 45 3.7 CARTA ALIR KEFUNGSIAN PROJEK 46 3.8 PROSES MENGUKUR DAN MENANDA KELULI TAHAN KARAT 47 3.9 PROSES MEMOTONG BAHAN UNTUK MEMBUAT BINGKAI 48 3.10 PROSES MENGIMPAL 48 3.11 MEMBUAT PEMASANGAN 49 3.12 MENGECAT MESIN 50 3.13 LUKISAN PEMASANGAN DAN BIL BAHAN 51 3.14 LUKISAN ISOMETRIK 52 3.15 LUKISAN KESELURUHAN PROJEK 53 3.16 CARTA ALIR OPERASI MESIN 61 4.1 PERBANDINGAN MASA 71 4.2 MENUNJUKKAN BERAT KERANG 73


xii SENARAI CARTA ALIR CARTA ALIR TAJUK HALAMAN 3.5 CARTA ALIR PELAKSANAAN PROJEK 44 3.6 CARTA ALIR MEMBANGUNKAN PROJEK 45 3.7 CARTA ALIR KEFUNGSIAN PROJEK 46 3.16 CARTA ALIR OPERASI MESIN 61 DAFTAR LAMPIRAN NO PERKARA HALAMAN 1 AUTOCAD / GAMBAR KERJA / SLIDE PRESENT 78 - 89 2 RUJUKAN 90


1 BAB 1 1.1 PENGENALAN LAPORAN PROJEK Setiap pelajar yang melibatkan diri dalam pengajian di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara adalah diwajibkan membuat sesuatu projek akhir yang mengambil masa 2 semester untuk membolehkan pelajar tersebut dianugerahkan sijil atau peringkat diploma. Bagi pelajar yang berada diperingkat Diploma Kemahiran Malaysia, pelajar perlu mengikuti pengajian di institut selama 6 semester bagi memenuhi skop pengajian di institut ini. Bagi pelajar diperingkat diploma, pelajar diwajibkan melakukan projek akhir pada semester 5 dan semester 6. Ia terbahagi kepada 2 semester, pada semester awal iaitu semester 5 ialah tempoh masa untuk pelajar membentangkan projek yang telah dipilih kepada penyelaras pelajar. Pada semester akhir iaitu semester 6, pelajar diberi tempoh masa untuk menyiapkan projek tersebut bagi pembentangan akhir Projek Tahun Akhir bersama panel luaran. Dengan ini, projek tahun akhir ini sangat penting kerana ia dapat mengetahui keupayaan pelajar tersebut membuat sesuatu projek. Ia juga amat penting untuk melatih para pelajar menjadi lebih mahir dalam bidang mekanikal selaras dengan konsep industri di Malaysia untuk melahirkan pekerja profesional dan berteknologi tinggi serta berkemahiran. Projek “Mesin Mencuci Kulit Kerang” yang kami jalankan adalah untuk memenuhi syarat kelayakan Diploma Teknologi Mekanikal Industri (DMU34) bagi sesi 2/2021 mengikuti syarat – syarat yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) dan Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS).


2 1.2 OBJEKTIF LAPORAN Laporan projek akhir merupakan laporan yang penting yang menyiapkan projek tahun akhir. Laporan projek digunakan untuk merekodkan aktiviti yang dilakukan sepanjang proses dalam menyiapkan projek tahun akhir. Diantara objektif laporan adalah: i. Mencatat dan merekodkan proses kerja yang dilakukan sepanjang menyiapkan perlaksanaan projek. ii. Sebagai memenuhi sebahagian kriteria dalam pemarkahan untuk projek. iii. Membantu pelajar untuk menyiapkan projek dengan lebih sistematik dan mengikut perkembangan seperti yang dirancangkan sebelum ini. iv. Merupakan rujukan kepada untuk membuat laporan eksekutif. v. Merupakan rujukan kepada penyelia, penyelaras dan pengajar unutk memantau perkembangan projek. vi. Sebarang permasalahan yang berlaku dalam menyiapkan projek dapat diketahui dan akan dapat diselesaikan dengan segera. vii. Perkembangan dan permasalahan dalam menyiapkan projek dapat diketahui dengan lebih jelas. viii. Membantu pelajar menyiapkan projek mengikut tempoh masa yang telah ditetepkan.


3 1.3 PENGENALAN PROJEK Kerang adalah nama sekumpulan moluska dua cangkang daripada keluarga Cardiidae. Kerang laut sering dijumpai di pantai di seluruh dunia. Cengkerang ini berbentuk seperti jantung, simetri dan mempunyai tulang di luar yang nyata. Kerang ialah sejenis haiwan yang boleh dimakan dengan kulit kerang (shellfish). Hidupan ini hidup di kawasan pesisir pantai yang berlumpur kerana menepati fitrahnya dan mudah membiak. Malaysia adalah negara yang kedua kepulauan yang memiliki banyak laut selepas Indonesia dan memiliki banyak pantai yang berminat oleh masyarakat dalam mahupun luar negeri. Laut yang dimiliki Malaysia memiliki potensi hasil laut pelbagai jenis makanan-makanan yang memiliki nilai protein dan pemakanan yang tinggi. Beberapa hasil laut yang dimiliki di Malaysia diantaranya adalah jenis ikan, terumbu karang,rumput laut, udang, dan jenisjenis kerang. Seterusnya,Sumatera Utara adalah salah satu wilayah yang ada di Indonesia yang memiliki banyak makanan-makanan laut (Seafood) salah satu yang paling berminat oleh warga Sumatera utara dan warga Malaysia adalah jenis makanan laut (Seafood) adalah kerang. Sebagai contohnya, di Beberapa lokasi pantai di Selangor telah dikenal pasti sebagai habitat kerang seperti Pantai Kuala Selangor, Pantai Remis, Pantai Sekinchan, Pantai Sekendi, Pantai Kg Banting, Pantai BNO (Tebuk Jawa - Teluk Ru) dan Pantai Sg Lang.Siput mempunyai cangkang yang berfungsi untuk melindungi diri dan sebagai tempat tinggal. Cangkerang ini juga mempunyai pelbagai saiz dan warna. Sumatera Utara daerah penghasil kerang adalah Kabupaten Asahan, Batu Bara, Serdang bedagai, Kota Tanjung Balai, dan Kota Medan. Dari seluruh jenis kerang yang ada, jenis kerang yang ada di Malaysia ini adalah yang paling banyak Kerang Batu dan Kerang Bulu.


4 Kerang adalah spesies kerang yang tergolong dalam keluarga Moluska dan keluarga Arcidae. Terdapat hampir 200 spesies kerang tetapi ia tidak sesuai untuk kegunaan komersial dan pembiakan. Kerang dijual kepada orang ramai di pasar awam, pameran dan jeti nelayan segar. Ia tidak boleh disimpan terlalu lama tanpa dimasak dengan segera kerana kerang akan mati dan menjadi berlumpur. Setelah ditangkap, jangka hayat kerang adalah pendek, hanya bertahan 8 atau 12 jam di darat. Kebanyakan usahawan akan memproses kerang untuk menghasilkan pembekuan dalam yang akan bertahan lebih lama. Kerang memiliki cita rasa yang unik dan nikmat untuk dimakan walaupun dengan pelbagai macam cara pengolahan yang berbeza-beza dan memang banyak menu masakan kerang dan terpulang kepada peminatnya. Jika baru direbus, pasti memerlukan kicap untuk dimakan bersama. Kerang adalah salah satu jenis seafood yang memiliki kandungan pemakanan yang sangat tinggi. Kerang adalah kaya dengan protein, asid amino, asid lemak, Omega 3 dan Omega 6, mineral besi dan selenium, vitamin B12 dan lain-lain. Namun kerang termasuk dalam haiwan yang paling mudah terkena dengan pencemaran dan bakteria yang dari air yang kotor, lumpur, lumut dan sisa. Namun kerang ternyata dapat menyebabkan penyakit bagi yang memakannya apabila telah di proses dengan keadaan yang tidak bersih. Bakteria mahupun logam yang terdapat kerang dapat dikurangkan dengan cara pencucian kerang. Selain selamat untuk dimakan, pembersihan kulit kerang juga berfungsi untuk membantu mengolah kulit kerang menjadi hiasan, bahan kelengkapan, dan lain-lain. Pada umumnya pembersihan kerang terbagi menjadi 2 iaitu secara tradisional dan modern. Sampai saat ini sistem pembersihan pada kulit kerang bukan merupakan sebuah masalah baru bagi industri makanan segera. Pembersihan kulit masih menggunakan cara tradisional, iaitu dengan cara manual. Cara manual tersebut adalah dengan memasukan kerang kedalam


5 bekas (baldi) dan mengacaunya dengan tangan sampai berulangkali untuk mendapatkan kebersihan kulit kerang yang dimaksud. Pencucian dengan cara manual belum tentu menghasilkan kebersihan yang diinginkan walaupun penggunaan air sangat banyak diperlukan. Cara modern yang dimaksud adalah menggunakan teknologi dan penggunaan alat dan mesin pada proses pembersihan kulit kerang. Di Malaysia sudah ada beberapa alat pencuci modern sebelumnya iaitu, mesin pencuci halia, mesin pencuci rumput laut, mesin pencuci buahbuahan, mesin pencuci kacang dan mesin pencuci lobak merah. Maka dengan adanya jenis alat pencuci tersebut penulis mengembangkan alat mesin pencuci tersebut menjadi mesin pencuci kerang agar teknologi tepat diguna dan lebih berkembang. Oleh itu, penggunaan teknologi yang bersesuaian amat diperlukan bagi membantu masalah ini di mana perlu dirangka satu mekanisme mencuci kerang yang diharapkan mampu membersihkan dengan cekap dan tidak memerlukan air yang banyak. Pada asasnya mesin ini telah pun dibuat dan mesin ini sudah pun dijual dipasaran dengan harga yang sangat mahal kerana saiz yang dibuat adalah pada skala industri yang besar. Dalam hal ini, perlu dikaji reka bentuk mesin basuh kerang dengan saiz yang tidak terlalu besar dan boleh digunakan oleh masyarakat, isi rumah, dan peniaga makanan laut yang mempunyai kerang. Antara jenis – jenis kerang yang terdapat adalah seperti berikut :-


6 1.3.1 JENIS-JENIS KERANG Kerang darah Merupakan kerang yang hidup di Teluk Pasifik, tinggal di kawasan berbatu dan sering dipanggil kerang dara. Kerang darah adalah kerang yang mudah didapati di pasaran. Daging kerang yang dilitupi darah berwarna oren dan kelabu berwarna putih dengan jalur coklat. Kerang darah sesuai untuk dimakan bagi pesakit tekanan darah rendah kerana ia kaya dengan zat besi yang boleh menjana semula sel darah merah. Gambarajah 1.1 Kerang darah Kerang hijau Dari namanya, dapat ditebak bahawa kerang hijau mesti mempunyai tempurung hijau, bentuk tempurungnya panjang dan halus serta licin. Kerang hijau sering disebut sebagai kerang kijing di Jakarta dan dipanggil kedaung di Banten. Gambarajah 1.2 Kerang Hijau


7 Kerang buluh Kerang ini mempunyai cangkerang berbentuk buluh kira-kira sebesar jari orang dewasa. Dagingnya berwarna putih dan kebanyakannya terdapat di air Madura. Gambarajah 1.3 Kerang buluh Kerang Tiram Kerang tiram mempunyai kulit yang licin, kenyal dan keras seperti batu karang. Walaupun kerang ini mempunyai tenaga yang rendah, ia juga mengandungi kalsium, vitamin A dan vitamin B12. Gambarajah 1.4 Kerang tiram


8 Bulu Kerang Kerang ini hampir seperti kerang darah, mempunyai bentuk cengkerang, cembung-cembung tetapi mempunyai bulu hitam kecil. Gambarajah 1.5 Bulu Kerang Kerang Bersatu Mempunyai bentuk cangkang. Kerang ini mempunyai keistimewaan selamat untuk dimakan dalam keadaan mentah kerana ia tidak mempunyai bahagian badan penapis. Gambarajah 1.6. Kerang bersatu


9 1.4 LATAR BELAKANG MASALAH Terdapat banyak masalah yang dihadapi oleh pekerja perikanan setiap hari. Antara masalah yang dihadapi nelayan ialah mereka tidak mampu membeli mesin pencuci kerang yang mahal sehingga hanya menggunakan cara manual untuk mencuci kerang. Masalah ini dapat dikurangkan. Sekiranya masalah ini berkurangan ia mungkin membantu nelayan menjalankan kerja mereka dengan lebih mudah dan selamat. Mesin ini memberi banyak kelebihan apabila nelayan menggunakannya. Kebiasaannya, jika nelayan bekerja di sektor perikanan mereka akan menghadapi masalah seperti kesukaran untuk menyental. Jadi, mereka harus menggunakan mesin ini untuk memudahkan kerja mereka. Alat ini meringankan beban dan ia juga melindungi permukaan tangan mereka daripada luka akibat permukaannya yang kasar dan tajam. Masalah seterusnya ialah kebiasaannya, tenaga manusia tidak dapat dimaksimumkan. Dengan mesin ini nelayan dapat menjimatkan tenaga untuk mencuci kerang. Sebagai contoh, apabila mencuci kerang dalam kuantiti yang banyak ia memerlukan lebih banyak tenaga apabila mencampurkannya. Disebabkan masalah ini, nelayan terpaksa menghabiskan lebih banyak masa untuk membersihkan kerang sehingga secara langsung ia membawa kepada pembaziran masa. Lebih-lebih lagi, nelayan sukar untuk membersihkan kerang dengan menggunakan tangan kerana mereka hanya menggunakan sarung tangan biasa. Walaupun menggunakan sarung tangan yang murah, tangan nelayan masih boleh cedera dan kerana sarung tangan ini mudah tercabut. Nelayan juga tidak mampu membeli sarung tangan yang berkualiti. Kualiti sarung tangan yang baik adalah sangat mahal. Ia tidak mampu untuk nelayan membelanjakan wang mereka untuk sarung tangan yang berkualiti.


10 1.5 PENYATAAN MASALAH Masalah utama nelayan ialah mesin semasa berada dalam kedudukan statik. Mesin yang ada sekarang adalah berat dan diletakkan berhampiran dengan laut. Kebanyakan mesin tercemar dan berkarat oleh air laut dan alam sekitar. Ada yang tidak boleh digunakan kerana mesin telah berkarat dan sukar diselenggara. Maka mesin ini dicipta untuk meringankan beban nelayan. Selain itu, nelayan menghadapi masalah seperti mengambil masa yang lama untuk mencuci kerang daripada lumpur. Ia juga memerlukan tenaga yang banyak untuk mencuci kerang. Jadi, dengan mesin ini nelayan dapat menjimatkan masa dan tenaga. Mesin ini juga akan membantu wanita yang bekerja di sana. Masalah seterusnya, apabila nelayan membersihkan kerang daripada lumpur, mereka akan membiarkan lumpur itu membanjiri tanah atau di atas lantai dan ia boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar. Ini akan menyebabkan bau dan kotoran pada tempat basuh. Mesin ini mesra pengguna dan tidak mencemarkan alam sekitar. Mesin ini membolehkan untuk mencuci lumpur terus keluar ke tempat yang ditetapkan atau ke longkang. Antara masalah atau kekurangan yang terdapat berdasarkan projek adalah :- • Mesin yang ada semasa adalah tidak boleh bergerak (statik) • Mengambil masa yang lama untuk mencuci kulit kerang • Memerlukan tenaga yang banyak untuk mencuci kulit kerang • Mesin semasa adalah sangat besar dan tidak boleh disimpan • Boleh mendatangkan kecederaan jari kepada nelayan • Menyukarkan nelayan – nelayan terutama kaum wanita


11 1.6 OBJEKTIF PROJEK Objektif projek ini adalah untuk menghasilkan mesin pencuci kerang yang mampu memenuhi keperluan bahan yang memenuhi kriteria di bawah: i. Menghasilkan mesin pencuci kerang yang boleh menjimatkan masa sehingga 60% berbanding kaedah manual. ii. Menghasilkan mesin pembersih kerang yang bergerak daripada statik kepada dinamik. iii. Elakkan nelayan daripada kecederaan (jari)


12 1.7 METODOLOGI Peringkat metodologi menerangkan mengenai kaedah atau teknik yang digunakan sepanjang kajian yang berdasarkan kepada objektif dan skop kajian yang telah dinyatakan. Bagi mencapai kajian yang dijalankan, beberapa kaedah telah digunakan iaitu kaedah pemerhatian, perbualan, pengumpulan data dan seterusnya membuat analisa terhadap data yang diperolehi selama kajian dibuat. Dengan kaedah ini kajian yang dijalankan lebih sempurna dan tersusun serta selari dengan matlamat dan objektif kajian yang dibuat. Oleh itu, pencarian maklumat dan data akan menjadi lebih mudah sekiranya mengetahui kaedah bagi pelaksanaan kajian. Kaedah ini digunakan untuk mendapat seberapa banyak data yang diperlukan untuk melengkapkan kajian ini, setiap proses yang telah direkodkan adalah untuk memudahkan proses pelaporan dan pembentangan dilakukan. Untuk menyiapkan objektif kajian segala langkah dibuat secara berperingkat supaya perjalanan projek dapat disiapkan dengan lancar.


13 1.8 SKOP PROJEK Projek skop adalah elemen penting untuk memastikan projek dapat disiapkan seperti cara jadual berjalan. Jadi, skop projek perlu diikuti untuk mengelakkan projek terkeluar daripada objektif. Skop projek adalah: 1. Kapasiti maksimum mesin pembersih kerang. - Jumlah maksimum berat yang boleh dicuci oleh mesin ini ialah 10kg. 2. Mesin pencuci kerang ini dikendalikan menggunakan motor. - Dengan menggunakan motor, ia menjimatkan masa dan tenaga nelayan untuk mecuci kerang daripada lumpur. 3. Mesin pencuci kerang ini hanya boleh digunakan untuk membersihkan kerang daripada lumpur. - Mesin pembersih kerang ini tidak boleh digunakan untuk mencuci atau membersihkan ikan atau hidupan laut lain.


14 1.9 FAEDAH JANGKAAN Setelah membuat permilihan Mesin Mencuci Kulit Kerang, terdapat beberapa faedah jangkaan yang diperolehi meliputi sumbangan dan harapan daripada kami terhadap apa yang akan terhasil kelak bagi memenuhi objektif yang telah ditetapkan. Antara faedah jangkaannya ialah: 1. Dapat menambah pengetahuan dan ilmu tentang teknologi sebagai pengetahuan apabila kami keluar bekerja di industri. Selain itu, dengan pengetahuan ilmu tersebut individu boleh menggunakan kemahiran merekacipta. 2. Dari aspek nelayan adalah pengguna dapat mengunakan Mesin Mencuci Kulit Kerang ini kerana kosnya yang mampu dimiliki oleh setiap nelayan dengan fungsinya yang pelbagai dalam satu mesin. . 1.10 KEPENTINGAN PROJEK Projek ini boleh memberi banyak manfaat kepada pengguna dalam industri perikanan. Ia mudah alih, mudah digunakan dan menjimatkan masa. Selain itu, mesin inovatif ini mampu membersihkan kerang dalam kuantiti yang banyak. Kualiti kerang yang dihasilkan juga lebih bersih dengan masa yang singkat. Kehadiran mesin ini juga mengurangkan kemungkinan kecederaan kepada nelayan. Seperti yang kita ketahui, permukaan kulit kerang agak kasar dan tajam.


15 1.11 KESIMPULAN Industri kelapa merupakan industri penting kepada negarakerana ia menyumbang kepada sosioekonomi negara khususnya dalam pembasmian kemiskinan dikalangan pengusaha kedai minuman. Secara keseluruhan dalam bab ini seperti latar belakang projek, penyataan masalah, objektif kajian, dan skop kajian telah membincangkan untuk mengatasi isu alat pengupas kelapa lama. Industri kerang merupakan industri penting kepada negara kerana ia menyumbang kepada sosioekonomi negara khususnya dalam pembasmian kemiskinan dikalangan nelayan. Secara keseluruhan dalam bab ini seperti latar belakang projek, penyataan masalah, objektif projek, dan skop projek telah membincangkan untuk mengatasi isu alat mencuci kulit kerang lama.


16 BAB 2 SOROTAN LITERATUR 2.1 PENGENALAN Dalam sektor perikanan, kerang laut mempunyai nilai pasaran yang baik di Malaysia serta negara jiran lain seperti Indonesia, Thailand dan Singapura. Oleh itu, sektor perikanan telah memperuntukkan dana dan menyediakan mesin mencuci kerang ke jeti nelayan bagi membantu memudahkan kerja nelayan membersihkan kerang. Tujuan perikanan adalah untuk memberi inisiatif kepada nelayan untuk mengatasi halangan semasa mencuci kerang. Sebelum wujudnya mesin ini, nelayan sekadar mencuci kerangnya dengan kaedah mencuci tangan secara manual. Ini akan mengakibatkan kecederaan pada bahagian tapak tangan atau tangan nelayan jika dia tidak memakai sarung tangan. Di Malaysia, kerang yang direbus dan dibakar menjadi tarikan utama restoran makanan laut dan sering dimakan selepas direbus atau dibakar dengan rasa yang enak yang pastinya menaikkan selera. Gambarajah 2.1 Kerang Rebus dan Panggang Semasa perayaan, kerang dihidangkan sebagai carik dan ia juga dimasukkan sebagai char kuey teuw utama. Selain itu, kerang sambal juga sedap dengan nasi lemak. Masakan kerang sangat sinonim dengan masyarakat Asia Tenggara terutamanya Malaysia, Thailand, Indonesia dan Brunei.


17 2.2 PENYATAAN MASALAH Beberapa masalah yang terdapat pada sistem cuci kerang yang sedia ada ialah mesin cuci kerang masa kini adalah sangat besar. Mesin cuci kerang sedia ada tidak boleh bergerak (statik) dan juga tidak boleh disimpan kerana mesin itu memerlukan ruang yang banyak Oleh yang demikian, masalah tersebut mestilah di hadapi supaya sesebuah sistem pengerakan mesin beroperasi lebih baik dan sistematik. Secara keseluruhan, pengawalan sistem dan motor serta rekabentuk mekanikal adalah amat penting untuk mendapatkan keputusan yang sempurna sekaligus dapat mengatasi masalah-masalah sistem pergerakan yang wujud masa kini. Purata mesin cuci kerang sedia ada bersaiz besar ini menyebabkan lebih ruang diperlukan untuk meletakkan mesin ini.


18 2.3 KAJIAN TENTANG REKA BENTUK Gambarajah 2.2 Mesin Pembersih Kerang Sedia Ada Melalui kajian literatur, didapati semua reka bentuk mesin sedia ada adalah agak besar. Jadi ia menjadi salah satu masalah untuk mengekalkan mesin di tempat yang sepatutnya. Selain itu, mesin itu statik dan agak berat. Mesin juga diletakkan secara mendatar dan tidak mempunyai roda. Mesin basuh kerang sedia ada menyatakan dengan menggunakan mesin ini dapat meringankan beban nelayan untuk mencuci kerang dalam kuantiti yang banyak. Sebagai bukti, mesin itu mencuci 10kg kerang dalam masa 8 minit. Kajian ini dilakukan oleh ahli kumpulan bersama seorang nelayan di situ.


19 Jadual 2.1 Meja Helang Pemaju projek Rujukan Bagaimana untuk beroperasi Bahan utama Kos Mohamed Seman Bin Mohamed Ali Setiap ahli kumpulan telah membuat kajian tentang jeti nelayan seperti Pantai Merdeka, Juru dan Bagan -Nelayan memasukkan kerang ke dalam mesin. -Mengepam air laut untuk menjangkiti kerang -Mesin putaran dengan 10kg Kerang dalam 8 minit untuk dibersihkan - Rantai besar - Motor DC - Batang besi - Keluli lembut - Tong plastik RM 1500


20 2.4 KAJIAN TENTANG BAHAN Selepas membuat kajian tentang bahan dalam mesin sedia ada dan bahan yang digunakan pada proses pembuatan. Bahan-bahan tersebut disenaraikan di bawah: Jadual 2.2 Jenis Logam Ferus Bahan Kebaikan Keburukan Chromium ❖ Boleh ditempa dengan mudah ❖ Mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap hakisan ❖ Kuat dan keras ❖ Sukar untuk bekerja dengannya ❖ Arus elektrik boleh mengalir melaluinya dengan mudah ❖ Menyerap haba dengan cepat Besi ❖ Mudah dipalsukan ❖ Boleh ditempa ❖ Tahan lasak ❖ Mudah teroksida kepada udara ❖ Hakisan boleh berlaku ❖ Elektrik boleh mengalir dengan mudah Keluli lembut ❖ Tahan lasak ❖ Ketahanan terhadap haba ❖ Boleh ditempa dan boleh ditempa dengan mudah ❖ Tiada kakisan ❖ Mudah dikimpal ❖ Berat ❖ Mahal ❖ Hakisan boleh berlaku di atasnya ❖ Menyerap haba dengan mudah


21 Stainless Steel ❖ Sukar untuk dihakis ❖ Mudah dikimpal ❖ Mempunyai kekuatan yang tinggi ❖ Tidak berkarat ❖ Ketahanan terhadap haba ❖ Sukar untuk melakukan apa-apa kerja kerana ia sangat sukar ❖ Sangat mahal ❖ Mudah untuk mengalirkan elektrik Aluminium ❖ Cahaya ❖ Mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap hakisan ❖ Boleh ditempa ❖ Mudah ditempa ❖ Mudah menjadi mesin ❖ Terlalu lembut ❖ Mudah menyerap haba ❖ Mudah untuk mengalirkan elektrik ❖ Sukar untuk dikimpal ❖ Mudah rosak Tembaga ❖ Boleh ditempa ❖ Mudah ditempa ❖ Cahaya ❖ Mudah untuk bekerja ❖ Tahan lasak ❖ Mahal ❖ Mudah untuk mengalirkan elektrik ❖ Menyerap haba dengan mudah


22 Jadual 2.3 Jenis Polimer Bahan Kebaikan Keburukan Polyetylena (PE) ❖ Rintangan suhu tinggi ❖ Ketahanan penuaan ❖ Modulus tinggi ❖ Kos rendah ❖ Sukar untuk tersebar dalam bitumen ❖ Masalah ketidakstabilan ❖ Kandungan polimer yang tinggi diperlukan untuk mencapai sifat yang lebih baik ❖ Tiada pemulihan anjal Polypropylena (PP) ❖ Tiada peningkatan kelikatan penting walaupun jumlah polimer yang tinggi diperlukan (kemudahan pengendalian dan susun atur) ❖ Penembusan rendah ❖ Meluaskan julat keplastikan dan meningkatkan rintangan beban pengikat ❖ Masalah perpisahan ❖ Tiada peningkatan dalam keanjalan atau sifat mekanikal ❖ Keletihan haba yang rendah rintangan retak Polyvinyl chloride (PVC) ❖ Kurangkan keretakan ❖ Pelupusan PVC ❖ Bertindak kebanyakannya sebagai pengisi


23 Jadual 2.4 Jenis – jenis Sintetik Polimer Bahan Kebaikan Keburukan Thermoplastics ❖ Ringan ❖ Kos pemprosesan yang rendah ❖ Kekuatan tinggi ❖ Cair ❖ Cacat apabila terdedah kepada tahap tekanan yang tinggi ❖ Lesap Kimia Thermoset ❖ Kekalkan kekuatan dan bentuknya walaupun dipanaskan ❖ Tidak boleh dikitar semula ❖ Tidak boleh dibentuk semula atau dibentuk semula Elastomer ❖ Bahan Kitar Semula ❖ Rintangan ❖ Lembut ❖ Kos yang agak tinggi ❖ Jika dipanaskan pada suhu yang agak tinggi, mereka cenderung kehilangan harta ‘getah’ mereka Synthetic fibre ❖ Lebih murah daripada serat asli ❖ Mudah dicuci dan cepat kering ❖ Synthetic fibre lebih mudah terbakar ❖ Kerosakan dengan basuhan panas


24 2.4.1 KOMPONEN Gambarajah 2.3 Motor DC Seperti yang diketahui, mana-mana motor mempunyai dua komponen utama di dalamnya, iaitu belitan medan dan belitan angker. Penggulungan medan menghasilkan gegelung angker menyerupai konduktor kepingan yang disimpan ke dalam medan magnet. Disebabkan oleh medan magnet, angker mengalami daya dan yang menyebabkan untuk menjana tork yang mencukupi untuk memutarkan aci motor. Kini, klasifikasi utama motor DC boleh dilakukan oleh sambungan berbeza penggulungan medan dan penggulungan angker. Dalam erti kata lain, boleh dikatakan, jenis motor DC adalah semata-mata berdasarkan bagaimana gegelung medan dan angker bersambung antara satu sama lain. Jadual 2.5 Kebaikan dan Kekurangan Motor DC Kebaikan Keburukan Motor DC Kurang kecekepan ● Kehilangan arus aruhan ● Slip motor Perlukan lebih ilmu untuk memandu Kedudukan pemutar perlu dikesan pada bila-bila masa untuk memacunya dan gegelung pemegun hendaklah ditenagakan mengikut kedudukan pemutar


25 Gambarajah 2.4 Rantai dan Sproket Untuk menghantar tenaga dari enjin ke tayar yang kami gunakan gegancu dan rantai. Spoket berdiameter besar dipasang pada tayar manakala spoket diameter lebih kecil dipasang pada enjin. Gambarajah 2.5. Batang Keluli Untuk mencipta pemegang untuk projek kami, kami telah memutuskan untuk memilih keluli. Sebab mengapa kami memilihnya kerana rintangannya yang panjang, mempunyai ketebalan dan rintangan kakisan. Gambarajah 2.6 Skru dan Nat Bolt digunakan Bersama nat untuk mengikat dan mengetatkan dua atau lebih komponen. Ianya terdiri daripada pelbagai jenis (ditentukan oleh bentuk kepalanya). Bolt yang sering digunakan ialah skru kepala segi empat dan segi enam manakala saiz bolt ditentukan oleh panjang dan diameter batang.


26 2.5 TEKNIK KAJIAN Sebelum menghasilkan projek banyak perkara atau aspek yang perlu dititik berat dan dikaji dengan teliti untuk memastikan projek ini berjalan dengan lancar dan selamat. Bagi membangunkan projek ini kami telah melakukan temubual bersama nelayan dan dewan makan. Melalui kaedah temubual ini kami dapat mengetahui masalah yang di hadapi mereka sekaligus dapat memberikan idea kepada kami untuk membuat mesin ini. Hasil daripada temubual kami bersama Puan Syikin (pengurus dewan makan) beliau memaklumkan bahawa mesin cuci kerang sedia ada di pasaran sangat besar dan tidak boleh disimpan kerana mesin itu memerlukan ruang yang banyak Selain itu, kami juga menjalankan kajian melalui internet mengenai mesin cuci kerang sedia ada di pasaran. Hasilnya melalui kajian tersebut kami dapat membuat perbandingan mesin yang sedia ada dengan mesin yang akan dibuat oleh kumpulan kami. Hal ini kerana mesin sedia ada sangat besar serta tidak boleh bergerak secara dinamik. Mesin sedia ada juga sukar untuk dikendalikan oleh seorang pengguna dan mempunyai saiz yang besa


27 2.5.1 BORANG SOAL SELIDIK DAN TAHAP PENILAIAN BERSAMA PIHAK BENGKEL, DAN PIHAK DEWAN MAKAN Gambarajah 2.7 Borang soal selidik bersama pengurus dewan makan pihak IKTBN Bukit Mertajam


28 Gambarajah 2.8 Borang soal selidik bersama pengajar IKTBN Bukit Mertajam


29 2.5.2 SESI TEMUBUAL BERSAMA ,PENGAJAR, PIHAK DEWAN MAKAN IKTBN BUKIT MERTAJAM. Gambarajah 2.9 Sesi temubual bersama pengajar IKTBN Bukit Mertajam


30 Gambarajah 2.10 Sesi temubual bersama pihak dewan makan di IKTBN


31 2.6 KESIMPULAN Secara rumusnya, alat mencuci kerang mempunyai generasi tradisional ke berteknologi mesin auto dari masa ke masa. Alatan ini memberi impak yang besar seperti kemudahan melakukan kerja dan jumlah kerang yang diperolehi. Dari segi sector pertanian juga telah berkembang secara mendadak dengan adanya teknologi serba canggih dan keselamatan lebih dititikberatkan melalui penambah baik alat tersebut. Faktor kos pengeluaran yang semakin meningkat meliputi kos pembangunan, kos bahaninput, tenaga kerja, kos pelbagai dan kos luar jangka. Oleh itu, sektor industri kerang dapat ditingkatkan di Malaysia terutama dalam menangani peningkatan ke atas keperluan bahan mentah bagi menghasilkan produk yang efektif kepada pengguna


32 BAB 3 METODOLOGI PROJEK 3.1 PENGENALAN Keberkesanan kajian ini adalah untuk mendapatkan data dan maklumat mesin sedia ada ini sama ada membantu mengurangkan beban nelayan atau sebaliknya. Selain itu, kerang juga mendapat perhatian dan perhatian yang besar dalam kalangan rakyat Malaysia. Selain itu, kesukaran untuk membersihkan kerang membawa kepada idea untuk mencipta Mesin Pembersih Kerang. Bagi memastikan projek dapat mencapai objektifnya, mesin yang berkesan dan cekap perlu diwujudkan. Dengan cara ini, mesin ini boleh digunakan untuk meningkatkan kuantiti kerang yang boleh dibersihkan dalam masa yang singkat, sekaligus menjimatkan tenaga, masa, dan juga beban nelayan. Selain itu, bab ini memfokuskan kepada proses pembuatan Mesin Cuci Kerang. Secara keseluruhannya, gantt chart sem 5 dan sem 6 yang menunjukkan proses penyediaan projek ditunjukkan dalam jadual 3.1 dan jadual 3.2.


33 3.1.1 GANTT CHART SEM 5 Jadual 3.1 Gantt Chart Sem 5


34 3.1.2 GANTT CHART SEM 6 Jadual 3.2 Gantt Chart Sem 6 FEB 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 1 2 3 4 5 PERANCANGAN PERLAKSANAAN AHLI KUMPULAN CUTI PEPERIKSAAN AKHIR NAMA PENYELIA NAMA PENYELARAS MOHAMED FARHAN BIN SALAHUDEEN EN. NOR AZMAN BIN SAMSURI PN. RUMAIZAH MENGUJI KESELURUHAN PROJEK MENYIAPKAN LAPORAN PTA DAN BAHAN PEMBENTANGAN MUHAMMAD SYAKIR BIN SUPPRI MUHAMMAD BUQHORI BIN MOHD HELMI PERSIAPAN/LATIHAN PEMBENTANGAN PROJEK PENAMBAHBAIKAN SISTEM DAN KEKEMASAN MENYIAPKAN LAPORAN AKHIR PEMBENTANGAN PTA BERSAMA PANEL LUAR PRA PEMBENTANGAN PROJEK AKHIR MEMBETULKAN KESALAHAN LAPORAN SENARAI MEMBELI BAHAN PERALATAN MEMBUAT KAJIAN REKA BENTUK PROJEK PENGHASILAN PROJEK PERBINCANGAN PROJEK BERSAMA PENYELIA PERKARA DISEMBER JANUARI PETUNJUK BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 TAHUN 2022/2023 OGOS SEPTEMBER OKTOBER NOVEMBER


35 3.2 PEMILIHAN PENGATURCARAAN REKA BENTUK Untuk mendapatkan idea atau pemilihan konsep reka bentuk yang terbaik, sesi sumbangsaran telah diadakan bagi menjana idea reka bentuk mereka sendiri. Terdapat dua reka bentuk mesin pencuci kerang yang berpotensi untuk dicipta iaitu: Idea 1: Gambarajah 3.1 Idea 1 Idea 1 menggunakan kaedah kawalan manual untuk membersihkan kerang. Nelayan perlu mengayuh pedal rangka basikal untuk mencipta putaran di hadapan. Projek idea ini menggunakan komponen seperti spoket dan bateri. Mesin ini agak berat dan tidak mempunyai roda.


36 Idea 2: Gamabarajah 3.2 Idea 2 Idea 2 mempunyai reka bentuk yang jauh berbeza daripada idea 1. Mesin ini telah diubah suai dengan menukar kaedah kawalan daripada manual kepada separa auto. Mesin ini bersaiz lebih kecil tetapi ia padat dan mudah dibawa ke jeti untuk disimpan. Menggunakan komponen seperti motor, aci, bateri, spoket, rantai, pengawal, dan juga plat aluminium.


37 Jadual 3.3 meringkaskan kedua-dua reka bentuk untuk tujuan perbandingan. Jadual 3.3 Keseluruhan reka bentuk Ciri-ciri dan Kebaikan Keburukan Idea 1 a) Manual b) Menggunakan rangka basikal a) Tidak fleksibel Idea 2 a) Semi-auto b) Mudah untuk disimpan c) Saiz kecil d) Fleksibel a ) Tidak boleh menggunakan lebih daripada 5 jam dalam satu masa Reka bentuk terbaik akan dipilih berdasarkan kaedah penilaian matriks. Terdapat enam kriteria yang perlu dipertimbangkan untuk memilih konsep reka bentuk yang terbaik. Jadual 3.4 menunjukkan perbandingan kriteria yang dipersoalkan. Jadual 3.4 perbandingan matriks bagi setiap reka bentuk No. Kriteria Idea 1 Idea 2 1 Kekuatan (Strength) 3 4 2 Kos bahan 4 5 3 Reka bentuk komersial 2 5 4 Mudah alih 3 5 5 Keupayaan untuk mencuci kerang 3 5 6 Menjimatkan tenaga 2 4 Catatan; skala (1) mewakili sangat tidak berpuas hati, skala (2) tidak berpuas hati, skala (3) mudah, skala (4) berpuas hati dan skala (5) sangat berpuas hati.


Click to View FlipBook Version