PDPC BERKUALITI, SAHSIAH TERPUJI, KOKURIKULUM DIUNGGULI
3
11
19
22
29
30
32
34
63
76
114
177
235
KATA ALU-ALUAN
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Assalamua/aikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.
Penerbitan majalah sekolah merupakan satu usaha pihak sekolah dalam merancang dan
melaksanakan kepelbagaian agenda yang dimanifestasikan sebagai dokumentasi
maklumat dan sumber rujukan semua warganya dan juga pihak lain yang berkepentingan.
Majalah sekolah merupakan wadah yang amat penting dalam memupuk semangat
kecintaan yang tinggi terhadap sekolah serta penerapan watak dan budaya sekolah dalam
kalangan warganya. Majalah sekolah yang diterbitkan ini akan menjadi salah satu medium
bagi semua warga sekolah mencapai aspirasi sistem dan aspirasi murid Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Sepanjang tahun 2020 dan hingga hampir pertengahan tahun 2021 kita semua menempuh
krisis penularan COVID-19 dengan pelbagai cabaran, namun saya yakin cabaran ini tidak
akan menjadi penghalang kepada semua warga sekolah untuk menggapai kejayaan dan
kecemerlangan. Dalam masa yang sama, kita juga perlu mengimbangi segala hasrat ini
dengan memastikan sekolah kekal menjadi institusi yang selamat untuk semua warganya.
Cabaran perubahan dan krisis disebabkan COVID-19 seharusnya dijadikan titik permulaan
untuk kita semua mengubah cara berfikir serta tindakan kepada pemikiran serta tindakan
yang lebih kreatif dan inovatif dalam segala perancangan dan pelaksanaan.
Terima kasih kepada semua warga sekolah kerana memberi peluang kepada saya untuk
menyampaikan kata alu-aluan di dalam penerbitan majalah sekolah kali ini. Tahniah dan
syabas juga saya ucapkan kepada kepada semua warga sekolah khususnya sidang
redaksi kerana telah berjaya menerbitkan majalah ini. Semoga majalah ini menjadi
kebanggaan semua warganya.
DATIN SRI HAJAH NOR ZAMANI ABDOL HAMID
KA TA ALU-ALUAN
PENGARAH PENDIDIKAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI
KEDAH
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Ucapan terima kasih kepada warga sekolah kerana sudi memberi ruang dan peluang
kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majalah sekolah bagi tahun
2021.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas buat warga sekolah khususnya sidang redaksi
majalah sekolah yang telah berjaya meneruskan penerbitannya bagi tahun 2021.
Semoga majalah ini mampu meningkatkan rasa cinta kepada sekolah serta menyemai
budaya penyayang dalam kalangan warga sekolah.
Pelbagai idea dan pemikiran baharu telah dan sentiasa dijelmakan di peringkat
kementerian bagi memantapkan sistem pendidikan yang telah sedia ada atau terkini
untuk diimplementasikan di sekolah demi mencapai misi dan visi yang telah ditetapkan.
Anjakan pemikiran yang menjangkau masa depan dan merentasi pelbagai disiplin
keilmuan serta kemahiran itu perlu digarap secara mapan agar kepimpinan sekolah dan
guru sentiasa komited bagi menyedia dan melahirkan modal insan yang mampu
menghadapi cabaran global pada hari ini. Harapan saya adalah kita sama-sama
bergerak seiring dalam membentuk murid yang boleh mendepani masa hadapan, murid
yang boleh mengisi peluang pekerjaan dan berupaya mencipta peluang pekerjaan dan
murid yang boleh mencipta teknologi yang bakal mengubah dunia.
Saya amat yakin bahawa penerbitan majalah sekolah pada tahun 1nr yang berwajah
baharu dalam bentuk 'anyflip' merupakan satu manifestasi kolaboratif, komitmen,
kreativiti dan pemikiran kritis semua warga sekolah yang disokong oleh pihak ibu bapa
serta komuniti yang merupakan satu sistem jalinan dan jaringan secara menyeluruh
yang perlu ada di setiap sekolah. Teruskan usaha dan tindakan positif ini.
Akhir kata, marilah kita sama-sama memacu pendidikan negeri Kedah agar sentiasa
cemerlang dan gemilang. Saya juga mendoakan kesejahteraan buat seluruh warga
sekolah untuk terus berusaha mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam bidang
akademik dan kokurikulum.
Sekian, terima kasih.
"SELAMAT MAJU JAYA"
(HAJI ROZAINI BIN AHMAD, AMK., BCK.)
Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
KATA ALU-ALUAN
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KUALA MUDA/YAN
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Terlebih dahulu saya panjatkan kesyukuran ke Hadrat Allah s.w.t kerana dengan
limpah kurniaNya diberi ruang dan kesempatan untuk saya mencoret sedikit bingkisan
bagi mewakili warga pendidikan daerah Kuala Muda/Yan (PPDKMY). PPDKMY
merakamkan ucapan tahniah kepada Sidang Redaksi Majalah BESTARI di atas kejayaan
menerbitkan majalah tahunan sekolah ini yang merupakan wadah perjuangan kerjasama
yang erat antara para guru dan pelajar.
Sesungguhnya, kejayaan ini melambangkan semangat permuafakatan, usaha dan
komitmen warga sekolah dalam merakamkan momen-momen penting bagi dikongsi
bersama semua warga pendidikan, para pelajar, ibubapa dan masyarakat umum.
Perkongsian ilmu ini menjadi satu landasan usaha yang berterusan dalam
memperkembangkan bakat dan kemahiran yang dipupuk dalam kalangan pelajar.
PPDKMY menaruh harapan yang tinggi dan kepercayaan yang tidak berbelah bagi
kepada semua warga sekolah dalam melaksanakan program-program pembangunan
seperti yang dihasrat oleh kerajaan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM). Hasrat untuk melihat kualiti kemenjadian murid dan kualiti sekolah menjadi
objektif utama dalam merentasi dunia pendidikan hari ini.
Harapan saya, semoga semua warga pendidikan tidak kira di peringkat mana
sekalipun sentiasa cakna dalam membangunkan tiga perkara utama iaitu sikap
(attitude), kemahiran (skills) dan pengetahuan (knowledge). Semoga perkongsian
maklumat yang diacarakan sebegini rupa mampu untuk memberi rangsangan kepada
semua warga pendidikan dan masyarakat dalam memartabatkan pendidikan di negara
ini. Hayati slogan kita, moga kita tiba ke destinasinya.
‘KMY BERASPIRASI TINGGI, MEMACU KE PERSADA
IMPIAN’ ‘KAMI MAJU DENGAN YAKIN’
MUKHTAR BIN MANSOR B.C.K,P.K.
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KUALA
MUDA/YAN
KATA ALU- ALUAN PENGETUA SMK BANDAR SUNGAI PETANI
Bismilahirohmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, saya diberi kesempatan untuk mencoretkan
kata-kata dalam Majalah BESTARI pada tahun ini. Tahniah diucapkan atas kesungguhan
Jawatankuasa Majalah untuk menerbitkan majalah BESTARI 2021 secara anyflip buat pertama
kalinya yang bermaklumat dan menjadi dokumentasi bermakna buat warga sekolah..
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2022 kepada
semua warga pendidik dan para pelajar yang saya kasihi. Terima kasih atas komitmen serta
usaha gigih warga sekolah untuk sama-sama menjayakan aktiviti sekolah sama ada dalam
bidang kurikulum dan kokurikulum. Walaupun negara kita dilanda wabak Covid-19 yang begitu
memberi cabaran kepada bidang pendidikan, para guru telah menunjukkan kreativiti dan
berusaha untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dalam pelbagai cara kepada semua pelajar.
Saya sangat berharap agar semua warga sekolah dapat menjadikan SMK Bandar Sungai Petani
sebagai sebuah institusi pendidikan yang mampu melahirkan para pelajar yang cemerlang dan
dapat mengharumkan nama sekolah ke peringkat yang tinggi,.
Sepanjang tahun 2021, kita berhadapan dengan pandemik Covid-19 yang memberi impak
kepada pendidikan negara. Waima negara dalam fasa endemic Covid-19, saya begitu
mengharapkan agar semua warga sekolah menjaga SOP agar penularan Covid-19 dapat
dielakkan. Kita juga turut bersiap siaga dengan pematuhan SOP di sekolah demi menjamin
kesihatan dan keselamatan para guru dan para pelajar semasa keberadaan di sekolah.
Kesepakatan antara pentadbir dan para guru membolehkan sekolah menjalani sesi
pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan kondusif.
Saya turut merakamkan rasa teruja apabila Majalah Bestari kali ini dapat diterbitkan dalam
bentuk anyflip yang boleh diakses oleh warga sekolah dan para waris.Dalam usaha
membudayakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) kita sedia maklum bahawa
maklumat akan mudah dicapai pada masa ini. Semoga para pendidik dapat memanfaatkan ilmu
yang diperoleh untuk kejayaan pada masa akan datang. Akhir kata, saya mengharapkan agar
SMK Bandar Sungai Petani terus mencipta kecemerlangan dalam semua aspek.
Sekian. Terima kasih.
ZURAIDA BINTI AHMAD
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sungai Petani.
KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya, Majalah BESTARI 2021 dapat
diterbitkan dengan jayanya. Saya mengambil kesempatan ini merakamkan jutaan terima
kasih kepada sidang redaksi majalah sekolah BESTARI 2021 yang memberi keizinan
kepada saya mengucapkan sepatah dua kata dalam majalah BESTARI kali ini.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada warga sekolah
yang sentiasa mengorak kejayaan dalam pelbagai bidang walaupun kita berhadapan
dengan penularan wabak Covid-19. Sesungguhnya, Covid-19 banyak memberi impak
kepada pendidikan di seluruh negara. Saya merakamkan rasa kagum kepada para
pentadbir dan para pendidik yang tetap melaksanakan tugas masing-masing pada
landasan yang betul dan bersemangat dalam mendidik anak bangsa.
PIBG SMK Bandar Sungai Petani amat berperanan penting dalam pembangunan
pengurusan sekolah. Kejayaan PIBG SMK Bandar Sungai Petani menjadi Johan
Pengurusan PIBG terbaik di peringkat negeri Kedah merupakan satu penanda aras
bahawa PIBG di sekolah ini memberikan kerjasama yang jitu dalam kecemerlangan
sekolah. Pemuafakatan antara ibu bapa dan guru sememangnya sangat membantu
dalam mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif.
Akhir kata, semua warga SEMEDAR, teruskan usaha melakar kecemerlangan sekolah.
Saya juga mendoakan semoga SMK Bandar Sungai Petani terus unggul dan mencapai
kejayaan dalam pelbagai bidang.
Sekian,terima kasih.
ENCIK ABDUL AZIZ BIN HAJI MAT PIAH
Yang Dipertua PIBG
SMK Bandar Sungai Petani
KATA ALU-ALUAN KETUA PENGAWAS
SMKBSP
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-
Nya majalah BESTARI tahun 2021 dapat disempurnakan dengan jayanya.
Pada kali ini, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang
tidak terhingga kepada sidang redaksi majalah BESTARI kerana memberi peluang
kepada saya untuk memberikan sepatah dua kata dalam majalah pada tahun ini.
Tahniah saya ucapkan kepada sidang redaksi majalah sekolah BESTARI 2021.
Walaupun kita semua berhadapan pelbagai cabaran akibat wabak Covid-19 tetapi semua
warga SMK Bandar Sungai Petani tetap bersatu tenaga dan usaha yang berterusan agar
majalah BESTARI pada tahun ini tetap diterbitkan mengikut rutinnya. Saya juga amat
berbangga kerana majalah pada tahun ini diterbitkan dalam bentuk anyflip buat pertama
kalinya.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pentadbir sekolah serta guru-
guru di SMK Bandar Sungai Petani, atas keprihatinan semua pihak menyokong
penglibatan para pengawas dalam membantu guru mengurus disiplin sekolah. Segala
kerjasama yang diberikan oleh semua pihak amat saya hargai. Pengawas sekolah telah
menggembleng tenaga untuk sama-sama memastikan sekolah dalam keadaan kondusif
dan memastikan penglibatan pelajar dalm pelanggaran disiplin pelajar dapat ditangani
dengan berkesan.
Sesungguhnya, iklim sekolah yang damai hanya dapat dicapai apabila semua pelajar
saling mengamalkan budaya menghormati antara satu sama lain. Akhir kata, saya
berharap agar warga SEMEDAR akan terus menjaga nama baik sekolah.
PDPC BERKUALITI, SAHSIAH TERPUJI,KOKURIKULUM DIUNGGULI
Sekian, terima kasih.
MUHAMMAD NAZREEN BIN NASRULNIZAM
Ketua Pengawas
SMK Bandar Sungai Petani
KATA ALU-ALUAN KETUA EDITOR MAJALAH
BESTARI
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera
Alhamdulliah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan-Nya, majalah BESTARI
2021 dapat diterbitkan secara maya dengan kerjasama semua pihak. Saya merakam
kan jutaan terima kasih kepada warga pendidik yang banyak memberi kerjasama kepada
jawatan kuasa Majalah sekolah untuk memastikan majalah sekolah dapat direalisasikan
dalam bentuk anyflip.
Sebagai penasihat Majalah BESTARI, saya sangat berharap agar majalah Bestari pada
tahun 2021 dapat menjadi wadah informasi kepada warga sekolah dalam usaha untuk
memaparkan aktiviti-aktiviti sekolah pada tahun 2021 merangkumi bidang kurikulum dan
kokurikulum. Jawatankuasa Majalah Bestari sentiasa ingin memastikan Majalah
BESTARI dapat menjadi salah satu medium untuk pihak sekolah berkongsi kejayaan
sekolah dalam pelbagai bidang.
Dalam kesempatan ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK guru
Majalah dan AJK Sidang Redaksi yang banyak memberi sumbangan idea untuk
menghasilkan majalah ini. Saya sangat berharap agar Majalah BESTARI pada tahun ini
dapat memberi impak positif kepada warga sekolah .
Akhir kata, saya berharap agar warga SMK Bandar Sungai Petani akan terus maju jaya
dalam semua bidang dan mencapai kejayaan yang diharapkan.
Sekian. Terima kasih.
ZURAIDA BT ISA
Ketua Editor Majalah BESTARI
Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri, serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara.
VISI SEKOLAH
SMK Bandar Sungai Petani mengupayakan
sistem pendidikan yang berkualiti dan berkesan
untuk melahirkan insan cemerlang dari segi
intelek, kognitif, afektif dan sosial menjadi
generasi yang dapat menjamin kesejahteraan
bangsa dan negara.
MISI SEKOLAH
Melestarikan Pendidikan Berkualiti
Untuk Membangunkan Potensi
Individu Bagi Memenuhi Aspirasi
Negara
MOTO SEKOLAH
BERILMU BERBAKTI
.
SLOGAN SEKOLAH
PDPC BERKUALITI, SAHSIAH TERPUJI,
KOKURIKULUM DIUNGGULI
2021
IKRAR RUKUN NEGARA
Maka Kami
Rakyat Malaysia
Berikrar akan menumpukan
Seluruh tenaga dan usaha kami
Untuk mencapai cita-cita tersebut
Berdasarkan atas prisip-prinsip berikut:
Kepercayaan kepada Tuhan
Kepercayaan kepada Raja dan
Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kedaulatan dan Kesusilaan
IKRAR PELAJAR
Bahawanya kami pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Bandar Sungai Petani
BERIKRAR :
Akan mematuhi segala peraturan sekolah dan
menjadi pelajar yang berdisiplin
dalam meningkatkan imej sekolah ini.
Memberi sepenuh komitmen dalam bidang
akademik, kokurikulum dan peningkatan sahsiah
demi kemajuan diri, keluarga, agama, bangsa dan
negara.
Menjaga kedaulatan negara, menghormati rukun
negara dan sentiasa berusaha untuk mencapai
Pelan Pembagunan Pendidikan Malaysia.
SORAK SEMEDAR
Kami SEMEDAR
SEMEDAR amalkan sepakat
SEMEDAR junjung akademik
SEMEDAR gendong jaya
SEMEDAR pantang menyerah
Kami sanjung SEMEDAR
SEMEDAR terus gah
SEMEDAR tetap gah
Sepakat melakar kecemerlangan
Elemen kemenjadian murid
Menjadi focus warga SEMEDAR
Elokkan sahsiah dan keperibadian murid
Doa menjadi tunjang
Rangkumkan mereka mengikut acuan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
LAGU SEKOLAH
Kami Putra Putri SMKBSP
Berbilang Bangsa dan Agama
Bersedia Untuk Berganding Bersama
Mencapai Wawasan Negara
Berilmu Berbakti Itulah Kata Sakti
Prihatain Penyayang Amalan Kami
Mewujudkan Budaya Yang Harmoni
Untuk Warga SMKBSP
Oh! Tuhan Kami Restuilah Perjuangan Ini
Berkatilah Usaha Murni
Untuk Mencapai Matlamat Kami
Cemerlang Dalam Bidang Pelajaran
Cergas Dalam Arena Sukan
Berjaya Kita Berjaya
Mengahrumkan Nama Negara
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah ini mula ditubuhkan pada tahun 1982 dengan nama asalnya
SMK Khir Johari 2. Pada perigkat awalnya sekolah ini menumpang di
premis SMK Khir Johari Sungai Petani dengan jumlah pelajar 377 orang
dan 16 orang guru. Sekolah ini diterajui oleh Encik Sathiasalam sebagai
Penyelia Petang. Pada tahun 1984 barulah sekolah ini mempunyai pengetua
yang pertama iaitu En. Ahmad bin Abdul.
Pada 08 September 1993, sekolah ini telah diberi imej sendiri dengan
nama SMK Bandar Sungai oleh pengetua pada masa itu Tn Hj Rosli bin
Pin. Pada tahun 2002 sekolah ini mencatatkan sejarah penting apabila telah
berpindah ke kompleks bangunan baru yang terletak di Jalan Pahlawan,
Tasek Apong, Sungai Petani. Sekolah ini mempunyai keluasan tanah
berjumlah 12.8 ekar (5.18 hektar). Sekolah ini mempunyai 8 blok utama.
Sebuah kantin yang selesa turut dibina berhampiran dengan semua
blok bangunan. Dataran Ilmu yang digunakan untuk acara perhimpunan
pula berada di lokasi yang strategik di antara blok C dan D. Sebuah surau
yang luas turut dibina denga nama “Surau Al Mutaqqin” untuk kemudahan
warga SMKBSP.
SMK Bandar Sungai Petani mempumyai 1537 orang pelajar dan 129
orang guru. Pentadbiran sekolah ini dibantu oleh 13 orang staf manakala
kerja-kerja kebersihan dan keceriaan dilaksanakan oleh 5 orang pekerja
kontrak dan mempunyai 4 orang pengawal keselamatan. Kini SMK Bandar
Sungai Petani terus mengorak langkah untuk mencapai impian menjadi
sebuah sekolah yang cemerlang di Kuala Muda Yan.
ENROLMEN MURID
NAMA KELAS L MELAYU JUM L CINA JUM L INDIA JUM
1 P 1 6 P 7 7 P 9
PERALIHAN 120 0 4 1 7 45 2 82
TINGKATAN 1 83 241 13 3 20 40 37 82
TINGKATAN 2 99 121 187 13 7 21 37 42 59
TINGKATAN 3 73 104 176 12 8 27 43 22 73
TINGKATAN 4 84 77 149 15 15 26 40 30 73
TINGKATAN 5 10 76 165 2 11 9 6 33 20
TINGKATAN 6 BAWAH 3 81 30 1 7 3 3 14 11
TINGKATAN 6 ATAS 473 20 22 66 2 221 8
JUMLAH BESAR 30.83 19 971 4.30 54 120 14.41 409
498 63.30 7.82 188 26.66
(%) 32.46 3.52 12.26
L LAIN-LAIN JUM BUKAN WARGANEGARA JUM. BESAR
1 P 1 JL JP JB
2 0 4 L P JUM 15 3 18
7 2 12 000 172 163 335
3 5 5 101 143 158 301
1 2 4 000 152 109 261
2 3 4 000 129 124 253
2 2 3 000 141 127 268
0 1 0 000 20 42 62
18 0 33 000 7 29 36
1.17 15 000 779 755 1534
2.15 101 50.78 49.22 100
0.98 0.07 0.00 0.07
ENROLMEN GURU SEKOLAH
BIL JANTINA M PAGI JUM
15 KAUM L
1 LELAKI 56 CI 0 18
2 PEREMPUAN 71 21 0 61
14 0 79
JUMLAH 35
JANTINA M PETANG JUM
3 KAUM L
LELAKI 23 07
PEREMPUAN 26 CI 1 32
13 1 39
JUMLAH 53
66
JANTINA JUMLAH
KESELURUHAN
LELAKI
PEREMPUAN 25
93
JUMLAH 118
ENROLMEN AKP SEKOLAH
BIL JANTINA M KAUM JUM
6 L
1 LELAKI 7 CI 06
2 PEREMPUAN 13 00 07
00 0 13
JUMLAH 00
Barisan Pentadbir
PENGETUA
ZURAIDA BINTI AHMAD
PK PENTADBIRAN PK HEM PK KOKURIKLUM
NORLIDA BINTI HASHIM ZUBIR BIN ABD RAHIM HARSIAH BINTI SAYUTI
PK PETANG PK TINGKATAN 6
AZHAR BIN DUN ROHANA BINTI
HUSSAIN
KETUA BIDANG KETUA BIDANG KETUA BIDANG KETUA BIDANG
BAHASA KEMANUSIAAN SAINS & TEKNIK &
ROHIZAH BINTI MAZIAH BINTI MATEMATIK VOKASIONAL
RAMLI AWANG AZNIDA BINTI CHE MULIATI BINTI
MUSTAFFA FADHIL
JAWATANKUASA
MAJALAH BESTARI 2021 CIKGU HARSIAH BINTI SAYUTI
SETIAUSAHA CIKGU ZURAIDA BINTI ISA
PENOLONG SETIAUSAHA CIKGU AMALINA BINTI JOHARI
AJK CIKGU MOHD AZRUL BIN MOHD NOR
CIKGU MUZAIDA BINTI MUSTAFFA
CIKGU NOOR AZIZAH BINTI ABD SAMAD
CIKGU LENG CHA BOH
CIKGU ANUAR BIN ROHIZAD
CIKGU NARAYAN RAO A/L SUBRAMANIAM
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
MOHD FADZIL BIN NUR ILYANI BINTI
ABDULLAH IBRAHIM
NOORDAINI BINTI NOR AFIZAH BINTI
MIHAD MOHD AMRI
Bidang Bahasa
GURU BAHASA MELAYU
KP BAHASA MELAYU MUZAIDA BINTI NIK NAZIAN BINTI
MAIZATON BINTI MUSTAFFA NIK MAN
JAAFAR
SAHARIZAN BINTI MOHD AZRUL BIN SITI KHALIJAH BINTI
MOHD RADZI MOHD NOOR ISMAIL
SH. MUNIRA BINTI ROHIZAH BINTI JULAIKHA BINTI
SY.MOHAMMAD RAMLI ABU TALIP
Bidang Bahasa
GURU BAHASA MELAYU
AZHAR BIN DUN NORMALA BINTI MARTINI BINTI
WAHAB MAHMUD
HASLINA BINTI NORIZA BINTI HARUN ROADAH BINTI
HASHIM OSMAN
SITI RAHMAH BINTI
MAT IDRIS
Bidang Bahasa
GURU BAHASA INGGERIS
KP BAHASA INGGERIS SITI ROHANA BINTI SANGGEETHA A/P
HALIMATON SAODAH BT DARUS RAJENDRAN
ABDULLAH
DAHLIANA BINTI ANUAR BIN ROHIZAD
MOHD DAGANG
AMALINA BINTI KALA A/P THILAGAVATHI A/P
JOHARI RAMAKRISHNAN KUBBUSAMY
Bidang Bahasa
GURU BAHASA CINA
KP BAHASA CINA LEE AI BEE
LENG CHA BOH
GURU BAHASA TAMIL
KP BAHASA TAMIL PAVANY A/P
NIRMALA A/P KRISHNAN
RAMAKRISHNAN
Bidang Sains dan Matematik
GURU SAINS
KP SAINS NURUL ASNIE KU AZMILIA
SAMSIAH BINTI BINTI AHMAD BINTI KU
AZMAN
HASSAN
VIJAY A/L NORLIDA BINTI ZAINUN BINTI MAZIDAH BINTI
ANBALAGAN HASHIM ABDULLAH MUHAR@MAHAR
SURIATI BINTI NORIZAH BINTI SITI NOR ANA
TAIB MADRO BINTI
SALEHUDIN
Bidang Sains dan Matematik
GURU SAINS
KP KIMIA AZNIDA BINTI
FARAH WAHIDA CHE MUSTAFA
BINTI AZIZAN
KP BIOLOGI KP FIZIK KP SAINS SUKAN
ANIS FARHAN
BINTI ARZMI ZAFRULLAH KHAN BIN MOHD ZAMRI
BIN SAMSUDIN
ABDUL RASHID KHAN
Bidang Sains dan Matematik
GURU MATEMATIK
KP MATEMATIK NOR AFZAN KP MATEMATIK
ZURAINA BINTI BINTI ABD TAMBAHAN
AHMAD RAZAK ROSMARIA BT
ISAK
HARSIAH BINTI HARUN BIN CHE SANISAH BINTI
SAYUTI OMAR MD SAAD
KOID SHER NEE NURUL FARINA TONG MEI CHAI
BINTI MUSTAPA
Bidang Kemanusiaan
GURU SEJARAH
KP SEJARAH LAI CHIANG WUU ZUIRAINI BINTI
HASMALINA ZAINOL
BINTI HASSAN
ROZEIANA BINTI HASLINA BINTI SHARIFAH
MOHD SUKRI HASHIM MUNIRA BINTI
SYED MOHAMA
SITI RAHMAN NURASHIHA BINTI MAINOHAZIANA
BINTI MAT IDRIS ABD GANI BINTI MOHD
NOH
Bidang Kemanusiaan
GURU GEOGRAFI
KP GEOGRAFI ZURAIDA BINTI ZUBIR BIN ABD
ROHIZAH BINTI AHMAD RAHIM
RAMLI
MAZIAH BINTI SITI KHALIJAH ZAFIDAH BINTI
AWANG BINTI ISMAIL RAZAK
GAN CHUNG LAN SITI SAKINAH NURASHIHA
BINTI ISMAIL BINTI ABD GANI
Bidang Kemanusiaan
GURU PENDIDIKAN ISLAM
KP PENDIDIKAN MARIANI BINTI
ISLAM MOHAMAD
NAIMAH BINTI
HASHIM
FAKHRURAZI BIN ANISAH BINTI
GHAZALI SHAHRIN
SITI KHATIJAH UMI KALSOM
BINTI MANSOR BINTI ISMAIL
Bidang Kemanusiaan
GURU PENDIDIKAN MORAL
KP PENDIDIKAN ZUBIR BIN ABD AZHAR BIN DUN
MORAL RAHIM
JULAIKAH BINTI
ABU TALIP
SUHAILA BINTI FADZLIE BIN LAI CHIANG WUU
DOLAH MOHD FAUDZI
ZAFIDAH BINTI SITI SAKINAH ROADAH BINTI
RAZAK BINTI ISMAIL OSMAN
Bidang Kemanusiaan
GURU PENDIDIKAN JASMANI DAN
KESIHATAN
KP PJPK ZURAIDA BINTI ZURAIHAN BINTI
NOORLIZAH ISA HANAFIAH
BINTI ROSLIH
SANGGGEETHA ZAFIDAH BINTI NORMALA BINTI
A/P RAJENDRAN RAZAK WAHAB
MOHD ZAMRI BIN FADZLIE BIN SOMASUNDRAM
SAMSUDIN MOHD FAUDZI A/L S.I. PATHAM
Bidang Kemanusiaan
GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL
KP PENDIDIKAN MASRIYAH BINTI TAN PEIH HOW
SENI VISUAL ABDULLAH
HASLINA BINTI
SAARI
MASNI BINTI LE E AI BEE NOORLIZAH BINTI
OMASIL ROSLIH
Bidang Teknik & Vokasional
GURU REKA BENTUK & TEKNOLOGI
KP RBT MULIATI BINTI KP SnRT KP GKT
ZURAIDA BT ISA FADHIL NOR KHUZAINI NOOR FAZILAH
BINTI YUSOFF BINTI HASHIM
ASRUL KUSAIRY LIM HOOI KEi RASHEDI BIN
BIN AHMAD ABD RASHID
NORYATI BINTI ROSLINA BINTI LIM CHAI HOAY
YAACOB MOHAMAD
SALLEH
Bidang Teknik & Vokasional
GURU PRINSIP AKAUN
KP AKAUN NARLIZA BINTI
ZURAIHAN BINTI MOHD YATIM
HANAFIAH
GURU PERNIAGAAN
KP PERNIAGAAN SHOPINAH BINTI
MOHAMAD
ERNA BINTI YATIM
ASKANDAR
KP EKONOMI
SUHAILA BINTI
DOLAH