The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

e-majalah Bestari buat julung kalinya

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anuarrohizad, 2022-04-23 16:33:19

MAJALAH BESTARI 2021

e-majalah Bestari buat julung kalinya

3 MELATI

GURU TINGKATAN
CIKGU NIRMALA RAMAKRISHNAN

SURYAA NIRASHENI

VALIANT

MOHD RADZI NUR NAJIHAH NSITARTEN

KARTIYANI WEI HAN

PELAJAR YANG TIADA DALAM PHOTO FARIZAT
AVINAASH
MUHD SYARIZAL NUR BADRIQSSYA
YEOG JING WEN NAGAVARSHA
TAN YEEN YEE MUHD RADZI
TAN KAI XI MUHD HANIF
SITI FARISYA MUHD FAZREL
SHIRRAN MUHD AIZAT
RVIN MUHD AFIF
NURWAFA LOW YII JIE
NUR SAFEENA JESSICCA

ALBUM KELAS

TINGKATAN 4



4 MAWAR

CIKGU SAMSIAH BT HASSAN

RA JA SUFI FATIHAH
IMAN

ADAM DANIAL ALIF AIMAN AQIL DANIAL MUHD ANIQ MUHD ARIF

MUHD HAQIMI MUHD HAZIEQ JOSIAH MUHD FAKHRUL DANIAL HAKIM

SYAHYRUL HATIM MUHD IRFAN ONG JUN LIANG MADHANESH PUTERA
ADAM

PUTERI STEPHENIE NADIA NURIN LIM KAI XIN AWRA
NURINA NA JIHA
H FAQIHAH BATRISYIA

NUR NADIA VAISHNAVI NANDITA DAKSHAYANI BATRISYIA AMALIA















ALBUM KELAS

TINGKATAN 5

5 BUNGA RAYA

Afiqah Danial
2021 CIKGU FARAH

“The Challenge We Face Together”LiyanaAlya

Qamarina Khadijah
Ratchana Sharminee

Shanjarshan Wan Nabil

Syafiqah Iman
Harith Haziq Syafiq

Sarwini Haiqal Shuhada Dennis Sze Joo

“Never Give Up” 2021









Cg.Siti Rohana AEszmzaatul Asma Hasmazian Irdina
a

Yashawinee Varnisha Syazwani Fazirah Ezzety

Syasya iliya Iffah Maisarah Athirah

Izzat Adrian Aidil Aiman Ajay Kumar

Amirul Ammar Aniq Balavikneswaran Deepan

Hazim Faris Syed Ahmad Nazreen Ahmad Danial

TIADA DALAM GAMBAR :

Izzuan Danial,Kavindaran , Kuhan Raj, Noor
Fitriah Husna, Sharveeshan .



5 DAHLIA 2021

MALIK CIKGU NOR AFZAN KAMILIA

THANISH YUVARAJ JENARTEN JOTHIPRAGRASH

AIFIN LOQMAN SYED MIRZA HAKIM AZREEN

HARNI SYIEFA KHAYLILA FIRAS HANIM

TAMILSELVI MAHALETCHUMI ROSSALINA TISHA DIVYA

TIADA DALAM GAMBAR

DHIREYSHAN,LEE WEI XIN ,LEE ZI XIAN,IKHWAN, IFFIE, NIZAL, NA ZI QUAN, AKMA



ALBUM KELAS

TINGKATAN 6













CETUSAN MINDA MURID

SEIKAT BAGAI SIRIH, SERUMPUN BAGAI SERAI

Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai merupakan peribahasa yang amat sinonim dengan
kehidupan masyarakat Malaysia. Peribahasa ini berlandaskan konsep kehidupan bermasyarakat iaitu
membawa maksud kepada amalan hidup saling bermuafakat dan tidak berpecah-belah. Walaupun
penduduk Malaysia berbilang kaum namun semangat tolong-menolong sesama masyarakat amat
penting untuk melaksanakan sesuatu perkara. Pernahkah terlintas dalam benak kita tentang apakah
yang dimaksudkan dengan ‘perpaduan rakyat’? Mengikut definisi yang diberikan dalam Kamus
Dewan Edisi Keempat, perpaduan rakyat dapat diertikan sebagai rakyat berganding bahu untuk
melakukan sesuatu dan sentiasa menyelesaikan masalah secara musyawarah. Banyak negara di dunia
menjadikan Malaysia sebagai negara yang patut dicontohi kerana masyarakat dapat hidup dalam
keadaan aman walaupun berbilang bangsa, agama, adat resam dan budaya. Hal ini dikatakan demikian
kerana kebijaksanaan pemimpin kita yang menjadikan perpaduan rakyat sebagai keutamaan bagi
membina sebuah negara bangsa yang maju. Tidak dapat dinafikan, perpaduan rakyat adalah elemen
penting dan harus diberi perhatian kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat
penting bagi negara kita yang bermasyarakat majmuk serta menjamin kestabilan ekonomi dan politik
negara. Hubungan antara masyarakat yang harmoni adalah kunci kepada kemajuan dan kestabilan
negara. Persoalannya, apakah kepentingan mengamalkan hidup bersatu padu dalam kalangan
masyarakat?

Kepentingan mengamalkan hidup bersatu padu dalam kalangan masyarakat termasuklah
masyarakat yang harmoni dapat dilahirkan. Kehidupan yang harmoni ini dapat diwujudkan jika
kaum-kaum di Malaysia dapat menerima antara satu sama lain tanpa wujud prasangka dan pergeseran
sehingga boleh menimbulkan konflik antara kaum. Pengalaman tragedi 13 Mei 1969 suatu ketika
dahulu banyak mengajar kita supaya menjadikan perpaduan kaum sebagai keutamaan. Kini,
masyarakat pelbagai kaum di Malaysia sudah hidup bersatu padu dan saling memerlukan antara satu
sama lain. Mereka saling bekerjasama, menghormati dan bertolak ansur antara satu sama lain kerana
tidak mahu pisang berbuah dua kali. Keterbukaan pemimpin negara dalam bidang pendidikan banyak
menyumbang ke arah perpaduan kaum. Sebagai buktinya, di Malaysia wujud Sekolah Kebangsaan,
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang masing-
masing menggunakan bahasa ibunda, tetapi pada masa yang sama bahasa lain boleh dipelajari. Hal ini
jelas menunjukkan konsep permuafakatan dalam bidang pendidikan menyebabkan semua kaum di
Malaysia dapat hidup dalam keadaan harmoni kerana perasaan prejudis kepada kaum lain tidak
wujud. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa masyarakat yang harmoni mampu diwujudkan jika
perpaduan antara kaum dapat diperkukuh.

Seterusnya, kepentingan mengamalkan hidup bersatu padu termasuklah dapat menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara merdeka yang sekali gus melestarikan erti kemerdekaan dalam kehidupan masyarakat.
Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk
menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut
kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
Implikasinya, masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah. Perpaduan yang telah
wujud kini adalah warisan daripada nenek moyang yang harus dikekalkan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang
dek panas. Hal ini bertepatan dengan kata-kata pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Malaysia, Tan Sri Lee
Lam Thye yang mengatakan bahawa sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan patriotik adalah
menjadi kewajipan kita untuk mempertahankan keamanan dan keharmonian dengan menahan diri daripada
melakukan perbuatan provokasi dan keganasan yang akan mengakibatkan konflik dan kekacauan. Oleh itu,
jelaslah rakyat akan terus hidup bersatu padu demi memelihara erti kemerdekaan yang telah digapai. Tegasnya,
sudah terang lagi bersuluh bahawa amalan hidup bersatu padu dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara yang merdeka dan melestarikan erti kemerdekaan dalam kehidupan.

Di samping itu, amalan hidup bersatu padu juga secara tidak langsung mampu mengukuhkan ekonomi
negara. Tidak dapat dinafikan bahawa antara sebab utama pelabur asing berani menanam modal di sesebuah
negara adalah kerana kestabilan politik dan perancangan kerajaan yang mesra pelabur. Hal ini dikatakan
demikian kerana mereka tidak mahu modal yang dilaburkan di sesebuah negara akan lesap akibat pergolakan
yang berlaku di sesebuah negara. Malaysia bertuah kerana menjadi destinasi pelabur asing dari Amerika,
Eropah, Jepun, China dan India.Sebagai contoh, pelabur dari China membawa modal sebanyak RM1.5 bilion
untuk dilaburkan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi di Cyberjaya kerana yakin dengan usaha
kerajaan yang bersungguh-sungguh untuk memacu negara menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi.
Sudah tentu modal yang dilaburkan itu mampu menjana pendapatan kepada negara sekali gus menyediakan
peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Pelabur ini berani menanam modal di sini adalah tidak lain dan
tidak bukan kerana kestabilan politik negara ekoran daripada masyarakat yang hidup bersatu padu tanpa
sebarang perbalahan. Sesungguhnya, perpaduan kaum mampu mengukuhkan ekonomi negara.

Akhir sekali, imej negara di persada dunia akan dapat ditingkatkan melalui amalan hidup bersatu
padu. Kita boleh melihat sendiri sikap toleransi dan hormati-menghormati yang dicerminkan oleh masyarakat
kita apabila menyambut perayaan kaum masing-masing. Sebagai contoh, kaum Melayu menghormati perayaan
Tahun Baru Cina yang diadakan, malahan turut serta memeriahkan perayaan tersebut dan berkongsi euforia
momen-momen terindah bersama. Keadaan inilah yang menarik perhatian pelancong-pelancong asing untuk
datang ke Malaysia bagi menyaksikan suasana yang amat jarang dilihat di negara asal mereka. Mereka sudah
pasti akan berkongsi pengalaman manis dan unik tersebut melalui media-media sosial yang akan ditonton oleh
penduduk-penduduk seantero dunia yang pasti akan membuka mata masyarakat dunia terhadap negara kita.
Perpaduan kaum menjadikan rakyat Malaysia mudah untuk bergaul mesra dengan masyarakat luar kerana
terbiasa hidup dalam komuniti yang rencam. Konsekuensinya, masyarakat Malaysia boleh bersikap ramah
dengan para pelancong yang datang dari pelbagai pelosok dunia. Intihanya, perpaduan rakyat secara tidak
langsung dapat meningkatan imej negara kita sebagai negara yang sejahtera, bertoleransi dan bersatu padu di
mata dunia.

Berdasarkan huraian-huraian yang telah dijelaskan, izharlah bahawa amalan hidup
bersatu padu sememangnya banyak memberi maslahat dan kesan dalam kehidupan kita.
Konklusinya, masyarakat di negara ini perlulah bersatu padu dan memupuk perpaduan antara
satu sama lain. Sebagai rakyat Malaysia , kita seharusnya bersyukur dengan keamanan yang
berjaya kita kecapi hari ini di samping dapat mengekalkan keharmonian antara kaum yang
berbilang bangsa dalam sebuah komuniti. Oleh hal yang demikian, walaupun ada perbezaan
ideologi politik, kita haruslah menanganinya sebaik mungkin supaya tidak menjadi tegang
serta menjaga hubungan baik sesama masyarakat dengan keharmonian yang telah terbina
sekian lama. Biar matahari terus bersinar, biar pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia
terus gemilang. Ingatlah bahawa sekali sahaja perpaduan hancur, maka sukarlah untuk kita
membinanya kerana ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semuanya. Jika rakyat bersatu
padu dengan mengetepikan perbezaan, tentulah perpaduan dan permuafakatan dapat
dikecapi. Oleh itu, saya menyeru supaya kekalkanlah perpaduan yang telah kita bina ini agar
aspirasi kepimpinan negara untuk menjadi negara maju dapat direalisasikan. Tun Dr.
Mahathir Mohamad pernah berkata “…untuk membentuk sebuah negara yang bersatu padu
serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama, bangsa itu mestilah sejahtera,
berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompoknya. Menikmati kehidupan bersama
yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa
Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa
tersebut...” Semoga masyarakat terus hidup aman dan harmoni dengan berpegang kepada
prinsip hidup bermasyarakat seikat bagai sirih, serumpun bagai serai.

Dikarang oleh :

Afiqah Umairah binti Anuar (5 Melur)

Tempat Ke-5, Pertandingan Menulis Esei Peringkat Negeri Kedah 2021

MANISNYA BERBUDI BAHASA

Petang itu, seorang wanita 40-an berdiri di hadapan cermin yang tinggi . Wajahnya sangat
rupawan seperti tidak dimamah usia dan bibirnya tetap dioles dengan gincu merah menyala. Kediaman
mewah wanita itu terletak Kampung Permata Jauh.

Di perkarangan rumah mewah itu kelihatan kanak-kanak bermain baling selipar iaitu permainan
tradisional masyarakat melayu. Kanak-kanak tersebut merupakan pasangan kembar lelaki yang berumur
12 tahun hasil perkahwinan Cek Embong dan arwah suaminya, Nik Armada. Sejak pemergian suaminya,
Cek Embong mengalami kemurungan dan sering naik marah. Dia menguruskan kedai peninggalan arwah
suaminya. Sikap Cek Embong yang pemarah dan sering bercakap kasar dan tidak mempunyai budi
bahasa dengan orang kampung membuatkan mereka tidak suka akan Cek Embong.

**********************************************************

Jatmika, merupakan seorang gadis yang bersopan santun baharu sahaja menamatkan
pembelajaran dalam bidang pendidikan. Dia akan menjadi seorang guru Bahasa Melayu kerana baginya
ilmu berbahasa perlu diterapkan dalam kalangan kolompok masyarakat agar sentiasa menjadi orang yang
dihormati dan disenangi.

Jatmika bergegas berlari dengan pantas menaiki tangga kerana takut terlewat hari pertamanya
untuk menerima taklimat sebelum menjalani latihan sebagai seorang guru praktikal. Selesai sesi talimat,
Jatmika memberitahu temannya, Maya bahawa dia akan berkhidmat sebagai guru praktikal di sebuah
sekolah di pedalaman.

***********************************************************

Bayu dan Budi menunggang basikal di halaman rumah dan secara tidak sengaja Bayu terlanggar
sebuah pasu bunga . Cek Embong meluru ke bawah rumah selepas mendengar bunyi yang kuat. Matanya
membulat dan mukanya merah padam menzahirkan kemarahan selepas melihat kejadian itu. Cek
Embong menjerit dengan menghamburkan kata-kata kasar kepada kedua-dua anaknya dan menggapai
rotan yang panjang di atas meja dan melibas rotan itu ke kaki Bayu dan Budi. Tiba-tiba, telefon Cek
Embong berdering di sudut meja. Seperti kebiasaan, Sarah menjadi mangsanya. Sarah menelan air liur
kelat dan kuping telinganya sudah tebal dengan majikannya itu. Sarah memohon maaf kerana
mengganggu majikannya. Dia cuba menjelaskan situasi yang berlaku sebaik mungkin. Orang tua yang
selalu berkunjung ke kedai mereka dianggapnya seperti neneknya sendiri. Nek Pah kelihatan seorang
yang baik dan tidak jemu-jemu memberitahu bahawa Cek Embong itu anaknya. Cek Embong mengetap
bibirnya seperti sudah dapat meneka siapa “nenek” tersebut. Cek Embong segera ke kedainya.

Riak wajah nenek itu terukir senyuman dan menjerit “Wahai anakku Embong”.

“Apa anak-anak, Aku bukan anak engkau!” Terpacul kata-kata kasar dari mulut Embong.

Tanpa menunjukkan sebarang ekspresi empati, Embong mengheret orang tersebut keluar dari
kedai. Mata nenek tersebut bergenang sayu.

Dua belas tahun yang lepas, Cek Embong melarikan diri dari rumah. Dia tidak betah hidup
serba miskin. Tatkala Cek Embong berhijrah ke kota, dia berkenalan dengan seorang jejaka yang
tampan dan berada. Cek Embong menggunakan kejelitaannya, memikat hati pemuda itu dan tidak
pulang-pulang setelah mereka berkahwin.

Memori silam itu bermain sejenak di fikiran Cek Embong. Nek Pah bangun dan memeluk
Cek Embong dan mengatakan bahawa dia rindu akannya. Cek Embong menolak Nek Pah sekali
lagi dan menjerit mengatakan ibunya sudah mati.

“Tidak mengapalah kalau kau tidak kenal aku lagi, Tidak mengapalah kalau kau dah anggap aku
mati tapi kau tetap anakku sampai bila-bilapun.”

“Aku pergi dulu ya, ibu datang lagi ye, Embong” Itulah kalimat lembut yang sering Nek Pah
ucapkan.

Sarah memerhatikan adegan ini dengan penuh pilu. Nalurinya memberontak agar membantu
Nek Pah, tapi apalah dayanya. Dia telah melayan orang tu itu sebaik-baiknya setiap kali Nek Pah
berkunjung ke situ.

*********************************************************

Jam menunjukkan jam 9 pagi, bas akan bergerak sebentar lagi dan hati Jatmika penuh debar
kerana membayangi tugas yang akan dipikulnya sebagai seorang pendidik. Masa bergerak pantas
dan akhirnya Jatmika sudah sampai ke destinasi. Di hadapannya terdapat papan tanda yang usang
tertulis ‘SELAMAT DATANG KE KAMPUNG PERMATA JAUH’. Jatmika segera ke rumah
yang telah siap disewa .

Hari pertamanya bertugas , kehadiran Jatmika disambut baik oleh semua guru di sana.
Keramahan dan tutur kata Jatmika yang berbudi bahasa menyebabkan dia mudah mesra dan cepat
disenangi. Jatmika diberi tugas sebagai guru Bahasa Melayu di kelas 6 Seroja. Jatmika memulakan
tugasnya hari itu dengan mencatat kehadiran pelajar. Dia mendapati sudah tiga hari, dua pelajar
yang sama tidak hadir iaitu Bayu dan Budi.

“Arghhhhhh”, Bayu meraung kesakitan apabila adiknya Budi cuba untuk meletakkan ubat
ke atas lukanya itu.

Mereka tidak hadir ke sekolah kerana malu dengan lebam yang masih merah menyala
akibat sebatan Cek Embong. Mereka tidak pernah merasai kasih sayang seorang ibu.
Seminggu kemudian, Jatmika sangat hairan kerana dua beradik ini tetap tidak hadir ke
sekolah. Jatmika bertekad ke rumah mereka seusai sesi persekolahan.

Cek Embong tetap melaram walaupun di rumah. Rambutnya siap didandan dan kebaya
hitam labuh yang dihiasi manik mewah juga siap tersarung. “Tok..tok..” Cek Embong
mendengus kuat kerana seseorang telah mengganggu harinya. Cek Embong menjeling
Jatmika kerana wajah itu baru kali pertama dikenalinya. Jatmika menghulurkan salam
sambil tersenyum. Jiwanya tersentak apabila salamnya tidak disambut. Namun dia
memulakan bicara dengan tutur kata yang sopan dan memberitahu hajatnya untuk
mengetahui keadaan Bayu dan Budi.

“Saya Jatmika , guru kelas Bayu dan Budi. Bayu dan Budi sihat puan?” Kalimahnya jelas
dan tersusun menyata maksud kehadirannya.

Mendengar sahaja nama anak kembarnya, muka Cek Embong terus merah padam. hatinya
meledak dan Jatmika menjadi objek melepaskan kemarahannya .

“Tak payah ambil tahu. Anak aku urusan aku.” Herdik Cek Embong lalu menghalau
Jatmika.

Jatmika pulang tanpa bicara. Dia merasakan dia hanya menjalankan tanggungjawab tapi
usahanya tidak dihargai tetapi dia tidak berputus asa. Selama seminggu dia berulang alik
melakukan perkara yang sama. Dia percaya bicara lembut dan tutur kata yang sopan
mampu melembutkan hati Cek Embong.

***********************************************************

Suatu hari, setelah penat bermain di luar, ketika Bayu membuka pintu, tidak semena-
mena, Cek Embong menyimbah air panas ke kakinya. Bayu meraung kesakitan. Budi
terkejut melihat tinadakan ibunya yang tiada perikemanusiaan. Sepantas kilat tanpa
disedari, dia menolak ibunya sehingga Cek Embong jatuh dan kepalanya terhentak di
bendul pintu. Budi kaget lalu berlari mencari orang kampung untuk meminta bantuan
akan tetapi orang kampung tidak mahu mencampuri urusan keluarga Cek Embong.

Jatmika dikejutkan dengan suara kanak-kanak menjerit meminta tolong ketika di kedai runcit
membeli barangan kering. Dia segera mengikut Budi ke rumahnya dan cemas melihat keadaan yang
berlaku. Jatmika segera menghubungi pihak hospital sambil memeriksa keadaan Bayu yang lemah
dan Cek Embong yang masih pengsan.

Ambulans membawa Cek Embong dan Bayu ke wad kecemasan untuk diperiksa. Cek
Embong yang telah sedar dari pengsan segera bangun dari katil. Jatmika menghulurkannya secawan
air agar Cek Embong berasa tenang. Cek Embong terlihat Budi di tepi pintu segera memanggilnya.
Budi tersentak dan melihat ke arah Jatmika. Jatmika mengerling ke arah Budi agar segera menuju
ke katil Cek Embong. Budi memberitahu bahawa cikgu Jatmikalah yang menguruskan mereka ke
hospital.

“Maafkan ibu. Abang macam mana?” Itulah perkataan pertama yang keluar daripada mulut Cek
Embong sambil memeluk Budi. Cek Embong mengucapkan terima kasih kepada Jatmika.

Tanpa disedari air mata Cek Embong mengalir, tebayang layanannya terhada Jatmika tempoh hari dan
perbuatan terhadap anak-anaknya. Dalam hatinya masih ada nilai kasih sayang seorang ibu.

************************************************************

Setelah dua minggu di hospital, Bayu dibenarkan keluar hospital. Jatmika sentiasa
mengambil berat akan Bayu, Budi dan Cek Embong. Cek Embong menyesal dengan sikapnya
selama ini dan insaf akan tingkah laku dan perbuatannya. Dia berharap dia boleh memutarkan balik
masa untuk menjadi insan yang lebih baik. Dia berharap agar dia menjadi seorang yang berbudi
bahasa terhadap orang kampung, menjadi anak yang taat kepada orang tuanya dan ibu yang baik
terhadap anak-anaknya. Dia telah berubah dan menjadi sahabat baik dengan Cikgu Jatmika. Cek
Embong telah mengajak ibunya, Nek Pah tinggal bersama-sama. Dia juga sentiasa membantu orang
kampung yang menjadi pelanggan di kedainya.

Pagi itu, ketika Cek Embong berdiri di hadapan cermin setianya, dia melihat wajah seorang
wanita yang berseri-seri dan bercahaya kerana kebahagiaan dan ketenangan semakin terserlah hasil
daripada manisnya berbudi dan berbahasa.

Hasil nukilan:

Nur Sofiah Solehah binti Sazali (5 Mawar)

Pertandingan Menulis Cerpen Peringkat Daerah KMY 2021

MENUJU KEJAYAAN

Jika ingin menggapai awan
jika ingin mencapai kejayaan
aku berpegang pada janji
tidak mungkin aku mungkiri.

Walau sengsara aku diamkan
sekali aku berniat terus dikotakan
sekalipun bara api yang digenggam
tidak akan ku lepaskan.

Jika kejayaan menjadi impian
tidak kumahu sekadar harapan kosong
tidak sesekali ku bermalasan
setelah langkahku bergerak
tidak akan aku berhenti.

Hasil Nukilan :
Nurul Nadiah binti Janudin (5 Mawar)

RENUNGAN BUAT DIRI

Belajar untuk menerima kenyataan,
Bahawa tidak semua akan kita miliki.

Kehilangan benda tidaklah sakit,
Kesakitan lebih terasa apabila kehilangan orang yang kita sayang.

Peluang pertama perlulah dihargai,
Kerana peluang yang akan datang tidak sama seperti peluang yang pertama.

Apabila hujan boleh mengertikan kesedihan,
Mentari yang cerah boleh melambangkan kebahagiaan.

Apabila menyampaikan kebenaran,
Ingatlah bahawa tidak semua orang boleh menerima kenyataan.

Terlalu susah untuk meyakinkan lalat,
Bahawa bunga lagi wangi daripada sampah.

Sesuatu yang kita inginkan tidak mudah untuk kita miliki,
Walaupun kita sudah mendekatinya.

Perkara yang lepas janganlah dikesalkan, ambillah ia sebagai pengajaran,
Kerana perkara yang akan datang tidak sama seperti perkara yang telah lepas.

Sebuah perjuangan perlulah dihargai,
Jika tidak ia akan menjadi hal yang paling menyakitkan.

Kenangan amat mudah untuk dilupakan,
Tetapi kegagalan amat sukar untuk dilupakan.

Janganlah jadi bintang sebaliknya jadilah langit,
Bintang hanyalah hadir pada waktu malam tetapi langit sentiasa ada walaupun tiada
bintang.

Hasil Nukilan :
Muhammad Fakhrul Farhan bin Abd. Latif (4 Mawar)

COVID-19

Covid-19, Marilah pelusuk alam,
Hadirmu tak diundang, Bersama-sama memutus rangkaian ini
Hadirmu bisa dibendung, Semoga kita,diberkati Allah SWT,
Sekelip mata meracun sukma. Moga kehidupan kita,

Covid-19, Kembali seperti dahulu,
Kehadiranmu menguji kehebatan pelusuk alam, Berjuanglah sehingga terputus
Kerana mu, rangkaian Covid-19,
Pelusuk alam sembunyikan jasad, Agar kita semua,bebas Covid-19.

Gentar tubuh dirasukmu, Kita jaga kita.
Mengubah norma pelusuk alam.

Perintah Kawalan Pergerakan diisytiharkan, Hasil Nukilan:
Demi membunuh rantaian penularanmu, Nur Natasha Amira binti Mohd Sudlan
Dari terus merebak di serata dunia, (4 Bunga Raya)
Namun,ia hadir jua tanpa dijangka,
Tanpa disedari,ia meracuni sukma.

Satu demi satu nyawa tergadai,
Angka sukma dijangkiti kian meningkat,
Seluruh dunia terkesan natijahnya,
Angkara sikap sukma yang
penting diri.

What makes a person beautiful?

Everyone has different perspectives on different subjects. For
example, someone may believe that a rose is more beautiful than a carnation
while others believe that the carnation is a more beautiful flower. When it
comes to beauty, some believe that it is only skin-deep and a person is only
beautiful depending on how they look like. However, others believe that a
person is beautiful depending on their personality.

I, on the other hand, would like to believe that beauty depends on
not only what someone looks like, but also what their personality is like. I
would like to think that a person who is only pretty on the outside but has a
terrible personality is not truly beautiful. However, I would also like to
believe that someone who only has a good personality is also not truly
beautiful.

In my personal opinion, there are three important traits a person
must have in order to truly be beautiful. First of all, I believe that sympathy
is a must-have trait. There are lots of good-looking people but not all of
them are able to feel sympathy for others who are being poorly treated and
they would just simply ignore them instead of trying to help them even a
little bit.

Other than that, I think it’s important for them to be kind when
they can be. Most of the time, people wouldn’t even try to offer help to
others who are struggling with a problem that they excel at and it’s all
merely because they think that it’d be a hassle to deal with.

Third, I believe that they should have a positive attitude. People
who are constantly negative and pessimistic would only think of negative
things instead of positive things. For example, if you did not do your
homework but still have some time left to finish it before the teacher comes
in, they may just tell you to do nothing, stating that it’s inevitable. A person
with a negative outlook tends to get into trouble a lot more.

Those are three traits that I believe one must have to be
considered truly beautiful. However, as the saying goes, “beauty is in the
eyes of the beholder” and this is only my opinion on what counts as true
beauty. In conclusion, I believe that someone must at least be average-
looking, able to sympathise, willing to help others and have a positive
attitude.

BY:
MUHAMMAD IMRAN BIN ABD ALEEM SIDEK
3 MAWAR

A DAY IN MY LIFE – LOCKDOWN EDITION
BY AFIQAH UMAIRAH BINTI ANUAR
5 MELUR
TEMPAT KELIMA

MINI DOCUMENTARY FOR SECONDARY SCHOOLS THE
KEDAH ENGLISH CYBERSPACE CHALLENGE 2021

Hello guys and welcome to a day in my life lockdown edition. My name is Afiqah
Umairah Bt Anuar. I am a seven teen years old student at the SMK Bandar
Sungai Petani, Kedah and along with a large proportion of the world's
population, I am currently on lockdown. I am having online classes at home and
this is what my typical day looks like.
6:00 AM
First thing I do is make my bed and let some daylight into the room.
Then, I grabbed my bathroom stuff head off to hv a shower and pray for Subuh.
I’m notoriously bad at getting up, especially without a morning lecture to force
me out from under the covers. The best way to fake being a morning person was
to charge my phone downstairs overnight. It stopped me wasting time by
scrolling as soon as I opened my eyes, and meant I got to sleep with no
distractions.
7:00 AM
A decent breakfast is the only thing that can transform me into a functioning
human adult.
During lockdown, school is somewhat different than it was before, as it literally
takes me minutes to get ready for school every day. I can also sleep for longer as
there is no school uniform to put on in the morning.
8:00 AM
I make my way into the living room to begin studying. My school day has
become pretty straight forward. I log into the laptop every morning and join
google meet.
My life during quarantine has indeed changed. My everyday routine has been
made different. It has taken some getting used to. I like to be in pyhsical
classroom than online learning environment. I am struggling to use technology
because i need to complete my homework. In pyhsical classes, my teacher can
help me incase of doubts. But in online classes, i have to use the resource by
myself and there is a less communication with my teacher. Even my
concentration is lacking sometimes and screen-time causes irritation for my
eyes. I am trying my best to be a good distance learner. Online learning has been
a challenge at times but as I have had two years of experience it has become a
part of my new everyday life.
12:00 PM

This is my favourite part. I find cooking especially therapeutic, and lockdown

has been a great time to test out new recipes.

1:00 pm
After being in ‘focus mode’ all morning, lunch is a great time to
decompress. Chatting about what you’ve just read, learnt or written
with flatmates, family, or even just your cat helps keep it clear in
your mind. It’s also a good chance to mentally congratulate yourself
on the studying you have achieved so far!
1:40 PM
After praying Zuhur, i take a short break to watching the television.
Also don’t forget to stay hydrated everyday okay! Yayaa like that!
2:00 PM
I also take a short nap just for 30 minutes.
2:30 PM
Then, I do the laundry as well as folding the clothes.
5:00 PM
After praying Asar, I take my cat for a walk around the garden.
Hmm, where is my cat? Haa there she is! Oww look at her face, so
cute! Haish!
I know you are cute but please do not too close with my phone! What
do you want to show me huh? Your nose?!
7:30 PM
After having a dinner with my family and praying Maghrib together, I
will read the Al-Quran and
8:00 PM
Straightly doing my homework while waiting for Isyak.
I quickly learnt that feeling wracked with guilt if I didn’t feel
motivated was exhausting and unproductive. Instead, I made sure I
praised myself for anything I did get done. Whether it was writing one
paragraph or reading one chapter, it was better than nothing.
10:00 PM
It's time to sleep guys!
Getting a good night’s sleep also helped me to think more clearly and
get better at tackling lockdown stress or anxiety.
Good night people, bubyee

RISE WHEN YOU FALL

The day I fell and almost gave up,
It felt like the darkest night when there was no moonlight,

But then I thought to myself,
If there was a bad moon at night, there would always be a good sun

in the day.

Life is hard,
With questions yet unanswered,
I seem clueless for a reason but yet I keep inquiring,
To get through the way, finding the lost me,
Hoping that I’d find it and make a right turn along the journey.

I’ll learn and keep on learning to find it,
With hardship and pain, all sweat and tears,
I keep on my slow pace without turning back,
Believing the answers are beyond the mind.

Dusk has fallen,
But there’s always the moon that can brighten the night,

When it turns to dawn, new challenges await,
I learn to fall, for a chance to rise,

I see the moment of everything on my climb of life,
I’ll become wiser when I’m at the top of the mountain.

BY
NUR JUMAHAYATI BIN ABD RANI
3 MAWAR





《凡事靠自己》 CHENG CAI ZI 钟采恣 5 MELUR

凡事靠自己,是自立的表现,亦是良好的品质。人生是自己的,
应当要由自己主宰,应该要靠自己的能力去追求,完成自己的人生目
标,人生才算完美。我们不能一昧地依靠他人,没有谁有义务要帮我
们做任何事。倘若我们一直依赖他人,那么我们的人生不是自己的,
而是别人的。只有靠自己,才能在成功的那一刻体会到满满的成就感
和喜悦。因此,凡事靠自己,找到属于自己的人生目标,才是正道。

人生是离不开困难的。当遇到困难时,不要惊慌,靠自己的能力
去解决。若我们一次次地让别人替我们解决困难,我们将成为别人眼
中的弱者,我们将错过提升自己以及改变自己的机会,错失了一次宝
贵的经验。反之,若我们勇敢地踏出这一步,靠自己的能力面对困难,
便能在重重困难里一点一滴地累积实战经验,提升自己的能力,让自
己更强大。当再次迎来困难时,你将无所畏惧,定能披荆斩棘,奋然
向前。所以,凡事只有靠自己,才能成为真正的强者,真正的赢家。

人终究是孤独的,靠得了别人也只是一时,最终还是要靠自己。
凡事靠自己,才会感到踏实和满足,得来的东西才是属于自己的。然
而,在现今社会中,有许多的年轻人不是靠父母,就是靠朋友,常常
向父母伸手要钱,却不靠自己的努力去外面拼一拼,天天都活在迷茫
中,感觉脚下踩的每步都是虚的,不经意间就会跌到。父母和朋友不
会一辈子都陪在我们身边帮助我们。因此,不管是在学习上,工作上,
还是任何事情,我们都必须要靠自己去努力、去争取,自给自足,才
是真真正正地脚踏实地。如此一来,只有靠自己,我们才能不被社会
淘汰,才能在这个社会上站稳脚跟,一步步地向前走。

此外,凡事靠自己,得到后才会珍惜。当我们通过自己的努力去
争取某样东西时,得到后我们会格外珍惜,因为这是我们努力过的证
明。在自己努力的过程中,我们尝尽的酸甜苦辣,是别人体会不到的。
就好比白手起家的人比拿着父母的钱肆意挥霍的富二代更懂得珍惜,
因为那是他们一步一脚印所打拼下来的,这让他们更加珍惜以自己能
力所得到的一切。因此,凡事靠自己,我们才能知道靠自己所得到的
更值得我们去珍惜,去努力。

所谓靠山山倒,靠人人倒,还是靠自己最好。人生只有一次,要不枉
此生,便只能靠自己努力,一步一脚印的去奋斗,才能在一次次的困
境中成长,直至成功。因此,凡事靠自己,既为真理。


Click to View FlipBook Version