Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memainkan peranan penting dalam
membangunkan kemahiran kreativiti dalam kalangan guru dan murid. Misi
KPM ialah membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf
dunia, disamping mengembangkan potensi individu sepenuhnya bagi
memenuhi aspirasi negara. KPM menerusi aspirasi yang digariskan dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2015) menekankan
penerapan Elemen Merentas Kurikulum (EMK) kreativiti di dalam PdP.
Pada masa yang sama Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) telah
meletakkan Penyelidikan dan Inovasi sebagai Kluster 3 yang perlu diberikan
perhatian dalam menjana pemikiran kreatif pelajar dan pensyarah bagi
menjulang aspirasi yang digariskan.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, tiada satu kaedah atau
strategi khusus yang dianggap terbaik untuk diaplikasikan di dalam kelas.
Keberkesanan pengajaran bergantung kepada kreativiti guru dalam
merancang dan mengolah bahan pengajaran mengikut kesesuaian murid
bagi mencapai objektif yang ditetapkan. Oleh yang demikian, dalam sesi
pembelajaran, guru seharusnya memiliki strategi dan kaedah yang khusus
agar murid dapat belajar secara lebih efektif dan efisien. Justeru itu, strategi
pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di dalam kelas bergantung
kepada kemampuan guru untuk membangunkan aktiviti yang sesuai.
Perkara ini boleh diklasifikasikan kepada tiga strategi utama iaitu:
i. Strategi pemusatan guru
ii. Strategi pemusatan murid, dan
iii. Strategi pemusatan bahan
Dalam ketiga-tiga strategi ini guru boleh merancang pengajaran secara
inovatif dengan melibatkan idea yang dikupas sama ada melalui
pendekatan inovasi proses atauapu inovasi produk. Guru memainkan
peranan penting dalam mencorakkan proses pengajaran dan pembelajaran
untuk merangsang murid untuk turut serta secara aktif. Perancangan kreatif
yang dibuat guru melalui manipulasi sumber ataupun idea yang disesuaikan
dengan objektif pengajaran dan pembelajaran mampu menghasilkan satu
pendekatan yang unik dan menarik minat murid untuk belajar. Kreativiti
yang dibangunkan menerusi pengajaran dan pembelajaran boleh
1
Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
mencetuskan pemikiran murid untuk berfikir secara aktif dan meningkatkan
motivasi mereka untuk belajar dalam suasana yang menyeronokkan.
Perubahan dalam iklim pengajaran guru dan pembelajaran murid akan
mengubah struktur dan gaya belajar selaras dengan keperluan PAK-21.
Apakah Kreativiti?
Terdapat banyak maksud yang boleh digunakan untuk menjelaskan tentang
kreativiti dalam pemikiran Kreativiti dikenali sebagai pemikiran
asal, pemikiran kreatif, berdaya cipta, imaginasi yang membina atau
pemikiran berbeza adalah keupayaan untuk mencipta, membuat
pembaharuan, untuk menjana idea-idea atau konsep baru , atau persatuan
baru antara idea dan konsep yang diketahui, yang biasanya membawa
kepada kesimpulan yang baru, menyelesaikan masalah dan menghasilkan
penyelesaian yang asli dan berharga. Kreativiti adalah penghasilan idea
atau konsep, penciptaan atau penemuan yang baru, asli, berguna dan
memuaskan kedua-dua penciptanya dan yang lain untuk beberapa tempoh.
Kreativiti atau pemikiran asli adalah proses mental yang lahir dari imaginasi
dan merangkumi beberapa proses mental yang saling berkaitan. Proses-
proses ini belum dapat diuraikan sepenuhnya oleh fisiologi. Kualiti kreativiti
dapat dinilai untuk hasil akhir dan ini adalah proses yang berkembang dari
masa ke masa dan dicirikan oleh keaslian, kemampuan menyesuaikan diri
dan kemungkinannya untuk mewujudkan konkrit.
Definisi Kreativiti
Kreativiti berasal daripada perkataan Latin “creo” yang membawa makna
untuk mencipta atau membina. Kreativiti adalah suatu konsep yang abstrak,
oleh yang demikian, pelbagai definisi telah dikemukakan oleh para
penyelidik dan para cendekiawan. Menurut perspektif psikologi, kreativiti
didefinisikan sebagai suatu keupayaan untuk menghasilkan sesuatu idea
atau produk yang baru dan bernilai. Kreativiti adalah suatu proses yang
mengakibatkan kepada penghasilan sesuatu yang baru dan berfaedah.
Dalam membangunkan kreativiti guru perlu mempunyai pemikiran divergen,
kebolehan untuk mengambil risiko, fleksibel dalam perlakuan dan tindakan.
Kreativiti juga merujuk kepada kebolehan untuk berfikir dalam cara yang
unik, dengan menghasilkan idea yang luar biasa atau menggabung jalin
idea dalam cara yang berbeza.
2
Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
Dimensi Kreativiti
Terdapat beberapa dimensi yang perlu diberi perhatian iaitu individu yang
kreatif, produk yang kreatif, proses yang kreatif dan persekitaran yang
kreatif.
a. Dimensi pertama iaitu kreativiti sebagai individu yang kreatif
ditentukan berdasarkan ciri-ciri tingkah laku manusia termasuk
keupayaan imaginasi, kebebasan pemikiran, dan keinginan
mencuba perkara yang baru.
b. Dimensi kedua iaitu produk yang kreatif pula merujuk kepada
objek fizikal atau abstrak yang mempunyai ciri yang unik yang
membezakannya dengan produk yang lain.
c. Dimensi ketiga iaitu proses yang kreatif pula merujuk kepada
proses yang berlaku dalam usaha menghasilkan sesuatu idea
kreatif. Jika seseorang individu melakukan proses kreatif
walaupun tiada sebarang produk yang dihasilkan dia masih di
anggap mempunyai kreativiti. Proses-proses asas kreativiti adalah
keaslian, kelancaran, kelenturan dan penghuraian. Keaslian
merujuk kepada proses menghasilkan idea yang unik. Kelancaran
pula merujuk kepada kebolehan untuk menghasilkan idea dengan
bilangan yang banyak. Kelenturan pula adalah keupayaan
menyatakan idea dari pelbagai perspektif dan kategori. Manakala
penghuraian merujuk kepada ketelitian idea yang dihasilkan.
d. Dimensi yang keempat iaitu persekitaran merupakan antara
elemen penting dalam menggalakkan kreativiti. Persekitaran yang
birokratik dan dipenuhi dengan undang-undang kurang
menggalakkan kreativiti.
(Yahya dan Noor Sharliana, 2011).
Pemupukan Kreativiti dalam PdP
Pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru kurang dapat
mencetuskan kreativiti murid. Hal ini disebabkan guru lebih banyak
mengawal pembelajaran dan bersifat autokratik. Murid lebih banyak bersifat
sebagai penerima pasif dan menghalang kreativiti mereka ditonjolkan.
Pendekatan ini menyebabkan murid kurang berfikir secara kritis dan kreatif
3
Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di bilik darjah.
Pembelajaran dianggap berlaku apabila murid dapat menjawab soalan
dengan betul ataupun kesilapan diperbetulkan oleh guru melalui tunjuk cara.
Aktiviti berfikir secara kreatif dan kritis dalam kalangaan murid tidak berlaku.
Hal ini menyebabkan matlamat kemenjadian murid dalam membangunkan
kemahiran 4K + 1N seperti yang dihasratkan oleh oleh KPM akan gagal
untuk dicapai. Kesan daripada pembelajaran yang berorientasikan
peperiksaan telah menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran
kurang menggalakkan kreativiti murid di mana proses pembelajaran lebih
didominasi oleh guru dan murid hanya bertindak sebagai penerima pasif.
Hal ini disebabkan oleh keutamaan yang diberi fokus oleh guru hanyalah
untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan mengakibatkan penekanan
diberikan terhadap elemen kognitif dan meminggirkan elemen afektif serta
psikomotor. Impaknya kreativiti murid tidak diberikan perhatian dalam
mempertimbangkan proses pelaksanaan PdP.
Kesimpulan
Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang saling berkait. Sama ada
berkaitan dengan urusan kehidupan biasa atau dalam bidang kerjaya.
Kedua-dua elemen ini memberikan impak yang besar kepada kemajuan
seseorang individu dan organisasi. Oleh itu, kedua-duanya menjadi agenda
yang besar dan sangat diambil berat oleh sektor kerajaan serta sektor
swasta. Banyak usaha yang dilakukan untuk meningkatkan kreativiti dan
daya inovasi dalam kedua-dua sektor itu. Kreativiti ialah kebolehan atau
keupayaan mencipta, mewujud dan menghasilkan sesuatu yang baharu
atau dalam bentuk baharu dan asli. Kreativiti memerlukan daya imaginasi
tinggi, penerokaan dan kebolehan membina hubungan baharu terhadap
maklumat lama dan sedia ada. Kreativiti pula boleh menghasilkan inovasi
iaitu idea atau cara untuk menambah baik proses atau cara lama yang lebih
efektif dan berkesan atau lebih menarik. Melalui inovasi, kita perlu
menggunakan minda kreatif dan daya imaginasi tinggi. Kedua-dua elemen
ini sangat diperlukan untuk membawa negara ke arah kemajuan dan
berdaya saing. Oleh sebab itu guru perlu mempunyai kreativiti dalam
membangunkan pengajaran dan pembelajaran dengan memanipulasikan
pelbagai sumber dan idea bagi membentuk kemenjadian murid.
4
Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
IDEA UTAMA
5
Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
Tugasan ini bertujuan untuk mencetuskan kemahiran 6K dalam kalangan
pelajar. Aktiviti dijalankan secara hands on bagi membolehkan penerokaan
aktif berlaku. Pelajar diberikan bahan-bahan dan dikehendaki berfikir secara
kreatif dan kritis dalam kumpulan bagi menghasilkan produk seperti yang
diarahkan.
ARAHAN KERJA
Syarikat anda telah diberi tanggungjawab untuk menghasilkan sebuah
kereta lumba. Beberapa orang pakar daripada kalangan jurutera,
jurubina, pakar fizik, pakar komputer dan sebagainya telah dilantik oleh
syarikat anda untuk membina kereta lumba tersebut.
BAHAN-BAHAN
a) Botol mineral pelbagai saiz
b) 4 penutup botol (untuk dijadikan tayar)
c) Lidi (untuk dijadikan gandar kereta)
d) Belon (untuk menggerakkan kereta lumba) / Gelang getah
e) Penyedut minuman
f) Gunting / Pisau
g) 4 penutup botol (untuk dijadikan tayar)
h) Gam UHU / Gam Gajah / Salotape
i) Pembaris
j) Kertas Mahjong
6
Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
FASA PERANCANGAN
Bincangkan dalam kumpulan dan lakarkan kereta lumba yang akan
kumpulan anda hasilkan. Berikan justifikasi berkaitan dengan reka
bentuk model yang dicadangkan.
FASA PELAKSANAAN
Berdasarkan lakaran reka bentuk yang telah dipersetujui, bina kereta
lumba tersebut dengan menggunakan bahan-bahan yang disenaraikan.
FASA AKHIR (PENILAIAN)
a) Seterusnya uji kelajuan kereta lumba yang dihasilkan oleh
kumpulan anda.
b) Bandingkan dengan dengan hasil kumpulan lain
c) Buat refleksi berkaitan senario yang anda perhatikan.
Model kereta lumba
digerakkan dengan
menggunakan belon
Model kereta lumba
digerakkan dengan
menggunakan gelang
getah dan kipas
7
Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
Tugasan ini bertujuan untuk mencetuskan kemahiran 6K dalam kalangan
pelajar. Aktiviti dijalankan secara hands on bagi membolehkan penerokaan
aktif berlaku. Pelajar diberikan bahan-bahan dan dikehendaki berfikir secara
kreatif dan kritis dalam kumpulan bagi menghasilkan produk.
ARAHAN KERJA
Kedai anda bercadang untuk menjual kek pelbagai perisa dan ruba
bentuk untuk menarik lebih ramai pelanggan. Beberapa orang pakar
masakan dikedai anda diberi tanggungjawab untuk melaksanakan tugas
ini. Hasilkan beberapa jeniss kek cawan dengan pelbagai perasa dan
hiasan untuk tujuan ini.
BAHAN-BAHAN
a) Plaster syiling (Plaster of Paris)
b) Bekas kek cawan
c) Pewarna air
d) Berus lukisan
e) Bekas pembancuh
f) Hiasan kek cawan
8
Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
FASA PERANCANGAN
Bincangkan dalam kumpulan dan lakarkan beberapa kek cawan yang
ingin dihasilkan. Sertakan cadangan hiasan bagi kek cawan yang ingin
dihasilkan. Berikan justifikasi mengapa anda memilih untuk
menghasilkan kek cawan tersebut.
FASA PELAKSANAAN
Berdasarkan rancangan kumpulan anda seperti yang telah dipersetujui,
mulakan penghasilan kek cawan dengan menggunakan bahan-bahan
yang disenaraikan.
FASA AKHIR (PENILAIAN)
a) Susun kek cawan yang telah dihasilkan oleh kumpulan anda.
b) Sediakan pamplet untuk mempromosikan kek yang telah
dihasilkan.
c) Bandingkan dengan hasil kumpulan lain
d) Buat refleksi berkaitan senario yang anda perhatikan.
9
Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
Tugasan ini bertujuan untuk mencetuskan kemahiran 6K dalam kalangan
pelajar. Aktiviti dijalankan secara hands on bagi membolehkan penerokaan
aktif berlaku. Pelajar diberikan bahan-bahan dan dikehendaki berfikir secara
kreatif dan kritis dalam kumpulan bagi menghasilkan produk seperti yang
diarahkan.
ARAHAN KERJA
KIlang kasut anda ingin menghasilkan keluaran terbaru sempena
perayaan Hari Raya yang akan menjelang. Pengurus kilang telah
melantik kumpulan anda untuk melakukan penyelidikan berkaitan
dengan rekaan terbaru yang menjadi pilihan kanak-kanak. Laksanakan
tugasan tersebut secara kumpulan dalam tempoh masa yang
BAHAN-BAHAN
a) Kertas pelbagai warna bagi mewakili pelbagai jenis bahan
b) Selotape
c) Gam
d) Gunting
e) Pisau
10
Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
FASA PERANCANGAN
Bincangkan dalam kumpulan dan lakarkan kasut yang ingin
dicadangkan kepada pengurus kilang untuk dipertimbangkan. Fikirkan
bahan yang akan digunakan dalam membuat kasut yang diilhamkan.
Berikan justifikasi setiap bahan yang akan digunakan dalam
penghasilan kasut tersebut.
FASA PELAKSANAAN
Berdasarkan persetujuan yang diambil dalam kumpulan, hasilkan kasut
yang telah diopersetujui dalam bentuk 3D dengan menggunakan
bahan-bahan yang terpilih. Berikan justifikasi anda dalam pemilihan
bahan tersebut.
FASA AKHIR (PENILAIAN)
a) Letakkan kasut yang telah dihasilkan oleh kumpulan anda di
ruang pameran.
b) Sediakan pamplet untuk mempromosikan kasut anda
c) Bandingkan dengan hasil kumpulan lain
d) Buat refleksi berkaitan senario yang anda perhatikan.
11
Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
Tugasan ini bertujuan untuk mencetuskan kemahiran 6K dalam kalangan
pelajar. Aktiviti dijalankan secara hands on bagi membolehkan penerokaan
aktif berlaku. Pelajar diberikan bahan-bahan dan dikehendaki berfikir secara
kreatif dan kritis dalam kumpulan bagi menghasilkan produk seperti yang
diarahkan.
ARAHAN KERJA
Anda menaiki sebuah kapal terbang untuk ke satu distinasi
pelancungan. Tiba-tiba kapal terbang tersebut mengalami masalah enjin
dan akan terhempas. Anda dikehendaki keluar dengan menggunakan
payung terjun dengan segera sebelum kapal terbang terhempas.
BAHAN-BAHAN
a) Plastik sampah
b) Benang
c) Telur mentah
d) Pembaris
e) Gunting
f) Salotape
12
Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
FASA PERANCANGAN
Bincangkan dalam kumpulan dan lakarkan tiga buah payung terjun
untuk menyelamatkan diri daripada bencana tersebut. Payung terjun
yang di bina perlu mempunyai satu pemboleh ubah yang
dimanipulasikan. Tetapkan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang
terlibat dalam pembinaan payung terjun tersebut.
FASA PELAKSANAAN
Berdasarkan rancangan kumpulan anda bina tiga payung terjun dan
catatkan pemboleh ubah yang terlibat. Pilih satu paying terjun yang
akan anda gunakan. Berikan justifikasi.
FASA AKHIR (PENILAIAN)
a) Lancarkan payung terjun anda dari tempat yang tinggi.
b) Bandingkan hasil terjunan dengan pilihan yang telah anda buat.
c) Bandingkan dengan hasil kumpulan lain
d) Buat refleksi berkaitan senario yang anda perhatikan.
13
Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
Tugasan ini bertujuan untuk mencetuskan kemahiran 6K dalam kalangan
pelajar. Aktiviti dijalankan secara hands on bagi membolehkan penerokaan
aktif berlaku. Pelajar diberikan bahan-bahan dan dikehendaki berfikir secara
kreatif dan kritis dalam kumpulan bagi menghasilkan produk seperti yang
diarahkan.
ARAHAN KERJA
Kedai kek anda ingin memperkenalkan kek terbaru untuk dipromosikan
menjelang Karnival Usahawan Muda. Pelbagai jenis kek perlu dihasilkan
untuk tujuan promosi tersebut bagi menarik perhatian pengunjung untuk
ke gerai pameran anda.
BAHAN-BAHAN
a) Span lembut / span bunga
b) Pisau
c) Pembaris
d) Pewarna air / Pelaka
e) Berus lukisan
f) Plaster syiling (Plaster of Paris)
g) Hiasan
14
Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
FASA PERANCANGAN
Bincangkan dalam kumpulan dan lakarkan kek dalam kedudukan yang
telah dipotong (slice). Tentukan jenis kek yang ingin anda promosikan
di gerai pameran anda. Hiaskan kek tersebut dengan cantik bagi
meningkatkan nilai astetikanya. Berikan justifikasi mengapa kek
tersebut menjadi pilihan anda.
FASA PELAKSANAAN
Berdasarkan rancangan kumpulan anda, hasilkan kek tersebut dengan
menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan. Hias kek tersebut
agar kelihatan cantik dan dapat menarik perhatian pengunjung karnival.
FASA AKHIR (PENILAIAN)
i. Susun kek anda di atas piring dan letakkan di ruang promosi.
ii. Sediakan pamplet untuk tujuan promosi bagi memberi maklumat
pemakanan berkaitan dengan kek yang dihasilkan.
iii. Promosikan kek anda kepada pengunjung karnival.
15
Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
KOD RAHSIA
Tugasan ini merupakan satu aktiviti permainan yang membangunkan
elemen 6K dalam kalangan pelajar. Aktiviti ini membuka peluang
sepenuhnya kepada pelajar untuk berinteraksi dan bekerjasama dalam
kumpulan. Mereka akan berfikir secara kreatif dan kritis untuk memecahkan
kod rahsia kumpulan lain.
Penggunaan chipertext dalam pembentukan kod rahsia telah diamalkan dari
zaman Rom dan Yunani. Antara teknik yang mudah ialah pembinaan chiper
bentuk lajur. Mesej asal disusun dalam bentuk segiempat dan disusun dari
kiri ke kanan, atas ke bawah. Satu KATA KUNCI ditetapkan dan ditentukan
satu nombor (angka) bagi setiap lajur bertujuan untuk penyusunan.
Katakan , kita menetapkan A = 1, B = 2, C = 3 dan seterusnya dengan kata
kunci = API manakala mesej asalnya : JOM MAKAN NASI
Susunan seperti berikut:
API kata kunci
1 16 9
J OM kedudukan abjad
MA K
ANN petak segiempat dibentuk
ASI mengikut bilangan abjad kata
kunci. Susun mesej asal
dalam kotak segiempat yang
dibina.
Mesej ini akan ‘diencyrpt’ secara transposisi iaitu disusun mengikut nilai
angka yang terkecil kepada terbesar seperti berikut:
JMAA MKNI OANS chipertext ditulis mengikut lajur berdasarkan
nilai angka terkecil kepada yang terbesar
Lajur 1 : JMAA
Lajur 2 : MKNI
Lajur 3 : OANS
JOM MAKAN NASI kata kunci ‘API’ JMAA MKNI OANS
16
Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
ARAHAN KERJA:
Anda diberi tugasan untuk merungkaikan satu mesej penting yang
diterima rakan anda. Untuk mengelakkan mesej itu diketahui orang lain,
mesej itu telah menggunakan satu kata kunci iaitu TERUSKAN. Bantu
rakan anda.
MESEJ DITERIMA :
KEKU UALU ISUM IBA KNUL FUBT BREM AMMU
BAHAN-BAHAN
a) Kertas grid
b) Alat tulis
FASA PERANCANGAN
Bincang dalam kumpulan kamu, apakah strategi yang akan digunakan
untuk memecahkan mesej rahsia itu. Berikan justifikasi kepada setiap
strategi yang dinyatakan.
FASA PELAKSANAAN
Berdasarkan strategi yang dipersetujui bersama, pecahkan mesej rahsia
itu. Tuliskan semula mesej yang diterima.
FASA AKHIR (PENILAIAN)
Bandingan mesej yang berjaya kamu rungkaikan dengan mesej
daripada kumpulan lain. Sekiranya perlu, minta kumpulan yang berjaya
menerangkan proses memecahkan kod rahsia itu.
17
Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
Tugasan ini bertujuan untuk mencetuskan kemahiran 6K dalam kalangan
pelajar. Aktiviti dijalankan secara hands on bagi membolehkan penerokaan
aktif berlaku. Pelajar diberikan bahan-bahan dan dikehendaki berfikir secara
kreatif dan kritis dalam kumpulan bagi menghasilkan produk seperti yang
diarahkan.
ARAHAN KERJA
“KAD TUGASAN”
Syarikat anda telah diberikan tender untuk membina bot laju bagi
kegunaan perlancongan oleh sebuah hotel. Sekumpulan jurubina dan
jurutera telah dilantik untuk melaksanakan tanggung jawab ini.
Bincangkan idea kumpulan anda untuk tujuan tersebut.
BAHAN-BAHAN
a) Botol mineral
b) Belon
c) Selotape / Benang
d) Straw
e) Gelang Getah
f) Pisau / Gunting
18
Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
FASA PERANCANGAN
Bincangkan dalam kumpulan dan lakarkan bot yang akan kumpulan
anda bina di atas kertas mahjong. Berikan justifikasi bagi setiap lakaran
yang anda pilih.
FASA PELAKSANAAN
Berdasarkan rancangan kumpulan anda, hasilkan bot tersebut seperti
yang telah dipersetujui dengan menggunakan bahan yang dipilih.
Fikirkan secara kreatif dan kritis untuk memastikan boat yang anda
bina memenuhi kriteria yang ditetapkan.
FASA AKHIR (PENILAIAN)
a) Uji bot anda di dalam kolam untuk menentukan sama ada hasil
projek kumpulan anda memenuhi kriteria pihak hotel.
b) Buat refleksi bagi menambah baik produk kumpulan anda.
19
Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
Tugasan ini bertujuan untuk mencetuskan penyertaan aktif pelajar dalam
proses PdP. Melalui tugasan ini kemahiran 6K dalam kalangan pelajar
dapat dibangunkan. Aktiviti dijalankan bagi membolehkan proses
pembelajaran yang melibatkan kecerdasan pelbagai dapat dilaksanakan
melalui pendekatan kontekstual yang dapat mengembangkan nilai kreativiti
murid.
ARAHAN KERJA
Anda dikehendaki menghasilkan satu karangan yang bertemakan
perbualan melalui telefon antara dua orang sahabat berkaitan dengan
pengalaman semasa cuti persekolahan. Sebelum anda menulis
karangan tersebut, anda dikehendaki mengumpulkan maklumat melalui
perbualan yang telah anda lakukan Bersama sahabat anda.
BAHAN-BAHAN
a) Tin Susu / Cawan kertas / Botol mineral
b) Tali / Tangsi
c) Paku dan tukul
d) Kertas dan pensel
20
Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
FASA PERANCANGAN
a) Bincangkan dalam kumpulan masing-masing dan bina telefon
dengan menggunakan bahan yang anda pilih.
b) Cuba berkomunikasi untuk menentukan kejelasan telefon yang
anda bina
c) Bincangkan perkara yang akan anda bincangkan dalam
perbualan.
FASA PELAKSANAAN
Mulakan perbualan anda dengan menggunakan telefon tersebut.
Catatkan isi-isi penting yang akan anda gunakan dalam penulisan
karangan nanti.
FASA AKHIR (PENILAIAN)
Fikirkan bagaimanakah anda boleh menggunakan kepesatan teknologi
untuk membuat perbualan secara berkumpulan (family and friends).
Bincangkan dan cuba idea anda untuk mengenal pasti sama ada
cadangan tersebut berfungsi ataupun tidak. Bentangkan idea anda di
hadapan kelas.
21
Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
Aktiviti ini bertujuan untuk mencetuskan kemahiran berfikir secara kreatif
dalam kalangan pelajar. Aktiviti dijalankan secara hands on bagi
membolehkan kemahiran menyelesaikan masalah secara aktif berlaku.
Pelajar diberikan gambar yang mengkehendaki mereka berfikir secara
kreatif dan kritis dalam kumpulan bagi menyelesaikan masalah seperti yang
diberikan.
ARAHAN KERJA
Anda diberikan satu set gambar. Secara berkumpulan anda dikehendaki
menyelesaikan semua set gambar yang diberi. Ambil gambar dan
muatnaik dalam padlet yang disediakan. Catatkan masa yang diambil
bagi menyelesaikan semua masalah tersebut.
Anda juga boleh membuat set permainan ini dengan menggunakan bahan-
bahan yang ada dipersekitaran anda. Bina set permainan tersebut mengikut
ukuran yang diberikan seperti pada rajah di bawah.
Kepingan Tangram:
2 x Tiga segi besar
1 x Tiga segi sederhana
2 x Segi tiga kecil
1 x Segi empat selari
1 x Segi empat sama
22
Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
BAHAN-BAHAN
a) Kertas keras / Kotak
b) Pembaris
c) Gunting / Pisau
d) Pen marker
FASA PERANCANGAN
a) Sediakan alat permainan tangram seperti yang ditunjukkan pada
rajah di atas.
b) Potong mengikut kepingan yang telah ditetapkan.
c) Susun bentuk mengikut kreativiti anda.
d) Seterusnya ambil gambar bagi bentuk yang telah disusun.
e) Hitamkan gambar tersebut supaya tidak memberi sebarang
petunjuk kepada pemain.
FASA PELAKSANAAN
a) Berikan set gambar yang perlu diselesaikan oleh pemain dalam
sampul surat.
b) Peserta dikehendaki menyelesaikan masalah dalam kumpulan
masing-masing. (Aktiviti juga boleh dilaksanakan secara
individu).
c) Setiap kumpulan diberikan masa untuk menyelesaikan masalah
tersebut. (Masa menyelesaikan masalah direkodkan).
d) Setiap kumpulan diberi kekebasan untuk menyelesaikan
masalah yang diberikan.
e) Setiap hasil perlu dirakamkan dan dimuat naik di dalam padlet.
FASA AKHIR (PENILAIAN)
a) Bandingkan keputusan daripada setiap kumpulan.
b) Buat perbandingan masa yang dicatatkan untuk menentukan
pemenang.
c) Buat refelksi daripada aktiviti yang telah dilalui.
23
Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
Soalan Aktiviti
AB
CD
EF
G
24
Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
HIJ
K LM
N OP
Q R
S
25
Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
T
U
V
W
26
Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
X
Y
Z
ZA
27
Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
Aktiviti ini bertujuan untuk mencetuskan kemahiran berfikir secara kreatif
dalam kalangan pelajar. Aktiviti dijalankan secara hands on bagi
membolehkan kemahiran menyelesaikan masalah secara aktif berlaku.
Pelajar diberikan gambar yang mengkehendaki mereka berfikir secara
kreatif dan kritis dalam kumpulan bagi menyelesaikan masalah seperti yang
diarahkan.
ARAHAN KERJA
Kumpulan anda dikehendaki mencipta sebuah kereta bagi pasaran
masa hadapan. Kereta itu mempunyai ciri-ciri unik yang mempunyai
kelajuan yang tinggi. Bangunkan rekacipta bagi kereta tersebut dan uji
dilapangan untuk menentukan tahap kelajuannya.
Bangunkan idea kereta tersebut dengan menggunakan bahan-bahan yang
diberikan. Kumpulan anda tidak boleh menggunakan bahan tambahan.
BAHAN-BAHAN
a) Straw minuman
b) Sehelai tisu makanan / Kertas A4
c) Kadbod / Kotak terpakai
d) Klip kertas
e) Selotape
f) Gunting
g) 4 biji gula candy / butang / penutup botol
h) Lidi
i) Tali pengukur (tali tape)
28
Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
FASA PERANCANGAN
a) Lakarkan idea kereta tersebut secara individu.
b) Bincangkan dalam kumpulan dan lakarkan rajah kereta
berdasarkan persetuan ahli kumpulan.
c) Bangunkan prototaip kereta berdasarkan lakaran yang telah
dipersetujui.
d) Uji kelajuan kereta bagi memastikan kondisinya boleh bergerak.
FASA PELAKSANAAN
a) Sediakan satu landasan untuk menguji kelajuan kereta.
b) Tandakan garis permulaan.
c) Lancarkan kereta yang telah dibangunkan oleh setiap kumpulan.
d) Tiup kereta tersebut.
e) Ukur jarak yang dilalui oleh kereta tersebut.
f) Catatkan dalam jadual.
g) Buat perbandingan keputusan yang telah diperolehi.
h) Buat refleksi dan ubahsuai kereta anda.
i) Uji semula hasil yang telah ditambahbaik.
FASA AKHIR (PENILAIAN)
a) Bandingkan keputusan daripada setiap kumpulan.
b) Buat refleksi bagi mendapatkan hasil yang lebih baik.
29
Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
Aktiviti ini bertujuan untuk mencetuskan kemahiran berfikir secara kreatif
dalam kalangan pelajar. Aktiviti dijalankan secara hands on bagi
membolehkan kemahiran menyelesaikan masalah secara aktif berlaku.
Pelajar diberikan gambar yang mengkehendaki mereka berfikir secara
kreatif dan kritis dalam kumpulan bagi menyelesaikan masalah.
ARAHAN KERJA
Kumpulan anda diberikan beberapa set soduku untuk diselesaikan.
Bincangkan dalam kumpulan bagaimana anda boleh menyelesaikan
masalah yang diberi dalam tempoh masa yang cepat. Ambil masa bagi
setiap kad yang telah diselesaikan.
BAHAN-BAHAN
a) Set permainan soduku
b) Pembaris
c) Pensil
d) Pemadam
30
Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
FASA PERANCANGAN
a) Lakarkan kotak matrik seperti yang ditunjukkan pada rajah di atas
b) Masukkan beberapa nombor di dalam kotak yang disediakan.
c) Uji setiap kotak untuk mendapatkan penyelesaiannya.
FASA PELAKSANAAN
a) Sediakan beberapa set permainan soduku
b) Anda boleh mendapatkannya daripada laman sesawang atau buku
khas yang berkaitan dengan soduku.
c) Berikan kepada setiap kumpulan dan minta mereka
menyelesaikannya dalam tempoh masa yang ditetapkan.
d) Catatkan masa yang digunakan untuk menyelesaikan masalah
tersebut.
e) Bandingkan dengan keputusan yang diambil oleh kumpulan lain.
FASA AKHIR (PENILAIAN)
a) Bandingkan keputusan anda dengan kumpulan lain.
b) Buat refleksi dalam kumpulan bagi mendapatkan strategi terbaik
dalam menyelesaikan masalah.
31
Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
Aktiviti ini bertujuan untuk membangunkan kemahiran berfikir dalam
menyusun strategi kreatif dalam kalangan pelajar. Kemahiran mengingat
dan mengatur strategi dalam melaksanakan aktiviti ini mampu
membangunkan pelajar yang kritis dalam penyelesaian masalah dengan
membangunkan strategi, jaringan serta jalinan bagi mencapai matlamat.
Aktiviti ini membangunkan kemahiran berkolaboratif dan berfikir secara
kreatif dan kritis dalam kumpulan bagi mencapai matlamat ke arah kejayaan.
ARAHAN KERJA
Kumpulan anda telah dilantik sebagai pakar dalam peperangan antara
tiga penjuru. Oleh sebab itu kumpulan anda perlu menyusun strategi
bagi mengalahkan pihak lawan. Susun strategi terbaik dalam
menghadapi pihak lawan dalam peperangan di padang pasir dengan
menggerakkan bala tentera pasukan anda. Sebagai pakar perancangan
strategik, kumpulan anda perlu menyusun stategi terbaik berdasarkan
peralan ketenteraan yang disediakan.
BAHAN-BAHAN
a) Plot kertas grid 10 x 10 cm (2 keping)
b) Arahan tugasan
c) Pensil
32
Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
FASA PERANCANGAN
a) Lukis petak grid seperti yang ditunjukkan pada rajah.
b) Susun strategi peperangan kumpulan anda dengan melorekkan
kawasan susun atur kenderaan perang.
c) Anda boleh menyusun sama ada secara horizontal ataupun vertikal.
FASA PELAKSANAAN
i. Setiap pasukan diberikan mata bonus 50,000 markah.
ii. Sediakan dua set yang sama susn atur kenderaan perang.
iii. Jangan tunjukkan kedudukan pasukan anda pada pihak lawan.
iv. Pastikan anda mempunyai strategi dalam permainan ini.
v. Lancarkan peperangan dengan kumpulan yang anda sasarkan
dengan menyebut kenderaan yang disasarkan dengan
menggunakan kedudukan nombor baris dan lajur.
vi. Nyatakan juga sama ada tembak ataupun musnah.
vii. Tembak bermakna anda akan dapat markah sekiranya sasaran
anda kena sipi.
viii. Musnah bermaksud anda yakin bahawa kedudukan itu tepat dan
anda akan memperolehi markah penuh.
ix. Markah akan ditolak sekiranya sasaran anda salah ataupu sipi.
x. Pemenang akan ditentukan dengan mengira jumlah mata akhir
yang dikumpulkan.
FASA AKHIR (PENILAIAN)
i. Bandingkan keputusan akhir kumpulan markah yang dikumpul.
ii. Buat refleksi bagi mendapatkan maklumbalas berkaitan dengan
strategi yang digunakan.
iii. Bagaimanakah anda dapat mengaplikasikan strategi ini dalam
amalan kerja seharian anda.
33
Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
Matrik kedudukan:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
A
B
C
D
E
F
G
H
I
J
Skala kenderaan:
3 buah jip peronda bersaiz 2 x 1
2 buah kereta kebal 3 x 1
34
Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
1 buah kereta pemusnah bersaiz
4x1
1 buah makmal bergerak bersaiz
5x1
Arahan permainan:
i. Setiap kumpulan akan diberikan mata bonus permulaan sebanyak
500,000 markah.
ii. Pasukan anda dikehendaki menyusun kedudukan peralatan perang
dalam kedudukan strategik sama ada secara vertikal atau horizontal.
iii. Pastikan kedudukan yang anda susun tidak diketahui oleh pasukan lain.
iv. Buat dalam dua salian dan satu salinan perlu diserahkan kepada
urusetia untuk semakan.
v. Anda dikehendaki menembak pasukan lawan dengan menyebut baris
dan lajur bagi kenderaan yang menjadi sasaran.
35
Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
Contoh:
a) Makmal bergerak : C-3,4,5,6,7 : Tembak / Musnah
b) Tembak bermakna sipi dan markah 5,000 x bilangan kotak
akan dipungut
c) Musnah bermaksud anda yakin dan akan dapat markah penuh
50,000
vi. Jika anda yakin sasaran itu tepat, anda perlu jerit musnah.
vii. Pasukan yang menjadi sasaran perlu menyemak sasaran yang disebut
oleh pasukan lawan.
viii. Pasukan lawan perlu memaklumkan sasaran dengan menyebut::
a) “Lari sasaran” jika tidak kena
b) “Sipi” jika sebahagian kena
Pemarkahan:
No Kenderaan Markah Musnah Markah sipi
1 Jip peronda
2 Kereta pemusnah 1,000 markah 200 markah
3 Kereta kebal
4 Makmal bergerak 5,000 markah 500 markah
5 Lari sasaran
10,000 markah 1,000 markah
50,000 markah 5,000 markah
0 markah 0 markah
36
Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
Aktiviti ini bertujuan untuk membangunkan kemahiran bekerja secara
berpasukan dalam kalangan pelajar. Aktiviti dijalankan secara hands on
bagi membolehkan kemahiran menyelesaikan masalah secara aktif dapat
dibangunkan secara berpasukan. Pelajar diberikan bahan yang
mengkehendaki mereka berfikir secara kreatif dan kritis secara
berkumpulan bagi mencapai kejayaan bersama.
ARAHAN KERJA
Kumpulan anda dikehendaki memyeimbangkan struktur yang diberi bagi
memastikan bahan yang diletakkan tidak jatuh daripada tempat asalnya.
Keseimbangan antara setiap ahli pasukan adalah sangat penting bagi
memastikan bahan yang disediakan dapat kekal dalam kedudukannya
seperti asal.
BAHAN-BAHAN
i. Batang paip PVC sepanjang 2 meter
ii. Dua biji guli
iii. Dua ring penyangkut kunci
iv. Tape binding
2 meter
37
Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
FASA PERANCANGAN
a) Sediakan satu paip pvc 2 meter dengan diameter 2 cm.
b) Tandakan 3 bahagian dengan masking tape.
c) Sediakan juga dua biji guli yang boleh dimasukkan ke dalam paip
pvc tersebut.
d) Sediakan juga dua rantai kunci yang boleh disangkutkan pada paip
pvc.
FASA PELAKSANAAN
a) Setiap kumpulan terdiri daripada tiga orang ahli.
b) Duduk dalam kedudukan selari dan dalam sempadan yang telah
ditetapkan mengikut pembahagian pvc.
c) Gunakan hanya jari telunjuk untuk memegang paip pvc tersebut.
d) Duduk dalam keadaan mencangkung dan pastikan kedudukan pvc
adalah seimbang.
e) Masukkan guli didalam paip pvc.
f) Kumpulan dikehendaki berdiri dan mengangkat paip pvc tanpa
menjatuhkan guli yang telah dimasukkan.
g) Ulang semula dan bergerak dalam keadaan mencangkung.
h) Catatkan masa yang diambil untuk satu pergerakan yang lengkap.
FASA AKHIR (PENILAIAN)
a) Bandingkan masa yang diambil dengan kumpulan lain.
b) Buat refleksi bagi memahami tujuan pelaksanaan aktiviti tersebut.
38
Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
Aktiviti ini bertujuan untuk membina kemahiran bekerja secara berpasukan
dan membangunkan idea kreatif dalam kalangan pelajar. Aktiviti dijalankan
secara hands on bagi membolehkan kemahiran mencetuskan idea kreatif
dan kemahiran menyelesaikan masalah secara aktif dapat dibangunkan
secara berpasukan. Pelajar diberikan bahan yang memerlukan mereka
berfikir secara kreatif dan kritis dan membangunkan reka cipta secara
berkumpulan bagi mencapai kejayaan bersama.
ARAHAN KERJA
Kumpulan anda dikehendaki membina satu landasan menuju ke puncak
menara yang mempunyai sekurang-kurangnya empat bahagian yang
melengkung. Tinggi menara tersebut adalah dua meter. Gunakan
kreativiti kumpulan anda untuk membina landasan ke puncak menara
tersebut dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan.
BAHAN-BAHAN
a) Kertas surat khabar lama
b) Kotak
c) Selotape
d) Sebiji guli
FASA PERANCANGAN
a) Lakarkan satu rajah pembinaan landasan bagi kumpulan anda.
b) Sediakan bahan-bahan untuk tujuan pembinaan landasan.
c) Rancangkan pembinaan landasan yang memenuhi kriteria soalan
tugasan yang diberikan.
d) Pastikan guli dapat melalui landasan dari puncak hingga ke hujung
landasan yang dibina.
39
Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
FASA PELAKSANAAN
a) Letakkan guli digarisan permulaan di puncak menara.
b) Lepaskan guli dan mulakan pengiraan jam randik.
c) Catatkan masa yang diambil oleh guli untuk menuruni landasan dari
puncak menara.
d) Catatkan masa yang diambil.
e) Ulang semula untuk mendapatkan nilai purata.
FASA AKHIR (PENILAIAN)
i. Bandingkan masa yang diambil dengan kumpulan lain.
ii. Masa yang terpanjang diambil oleh guli untuk menuruni landasan
dikira sebagai pemenang.
iii. Buat refleksi bagi memahami tujuan pelaksanaan aktiviti tersebut.
2 meter
40
Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
Aktiviti ini bertujuan untuk mebangunkan kemahiran kreatif pelajar dalam
mengolah bahan buangan menjadi bahan baharu yang boleh digunakan
semula. Melalui aktiviti ini kemahiran bekerja secara berpasukan dan
membangunkan idea kreatif dalam kalangan pelajar dapat dilaksanakan.
Aktiviti ini boleh merangsang pencetusan idea kreatif dalam kalangan
pelajar. Aktiviti dijalankan secara “hands on” di lapangan dan memberi satu
persekitaran pembelajaran di luar bilik darjah. Pelajar dapat
membangunkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis secara
berkumpulan melalui pembelajaran aktif. Pada masa yang sama masalah
bahan buangan dapat dikurangkan melalui pengolahan semula idea kreatif.
ARAHAN KERJA
Kumpulan anda dikehendaki membina satu landasan menuju ke puncak
menara yang mempunyai sekurang-kurangnya empat bahagian yang
melengkung. Tinggi menara tersebut adalah dua meter. Gunakan
kreativiti kumpulan anda untuk membina landasan ke puncak menara
tersebut dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan.
41
Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
BAHAN-BAHAN
a) Tuala lama
b) Simen
c) Kotak atau tin untuk membentuk
d) Air
e) Cat
f) Varnis
g) Berus lukisan
FASA PERANCANGAN
a) Lakarkan rajah atau bentuk pasu yang dikehendaki.
b) Lukiskan saiznya mengikut skala bagi menentukan kesesuaiannya
dengan bahan yang akan dihasilkan.
c) Sediakan bahan-bahan untuk pembinaan pasu.
FASA PELAKSANAAN
a) Gunting tuala lama mengikut saiz pasu yang dikehendaki
b) Bancuhkan simen dengan air mengikut kuantiti yang sesuai.
c) Rendamkan tuala sehingga sekata.
d) Letakkan pasu tadi pada acuan kotak atau tin yang digunakan untuk
membentuk.
e) Jemur sehingga kering.
f) Warnakan pasu mengikut kreativiti masing-masing.
g) Sapukan varnis untuk mengilatkannya.
FASA AKHIR (PENILAIAN)
a) Bandingkan hasil anda dengan kumpulan lain.
b) Bincangkan bentuk-bentuk lain yang anda boleh hasilkan mengikut
kesesuaian aktiviti.
c) Buat refleksi daripada aktiviti tersebut.
42
Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
Aktiviti ini bertujuan untuk membangunkan kemahiran kreatif pelajar dalam
mengolah bahan buangan persekitaran menjadi bahan baharu. Aktiviti
melibatkan daya kreativiti pembelajaran secara merentas kurikulum dengan
mengaplikasikan pelbagai mata pelajaran. Selain itu elemen 4K + 1N dapat
dikembangkan. Aktiviti ini dapat merangsang pemikiran idea kreatif dalam
kalangan pelajar melalui aktiviti “hands on”. Stategi pembelajaran di luar
bilik darjah boleh digunakan bagi membawa satu persekitaran pembelajaran
yang berbeza. Fasilitator perlu menetapkan satu tema bagi memastikan
pelajar dapat memberi fokus terhadap pembinaan collage masing-masing.
ARAHAN KERJA
Kumpulan anda dikehendaki membina satu collage daripada sumber-
sumber tumbuhan kering yang ada dipersekitaran. Semua sumber perlu
dikatkan pada sekeping kertas lukisan untuk membentuk imeh
berdasarkan tema yang ditetapkan oleh fasilitator. Imej tersebut perlulah
memberi makna berdasarkan tema yang ditetapkan.
43
Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
BAHAN-BAHAN
a) Kertas lukisan / Sugar paper
b) Gam
FASA PERANCANGAN
a) Bincangkan dalam kumpulan berkaitan tema yang diberikan.
Lakarkan rajah collage yang dikehendaki.
b) Kumpulkan bahan-bahan yang sesuai untuk membina collage
tersebut.
FASA PELAKSANAAN
a) Gamkan bahan-bahan tumbuhan yang dikumpukan mengikut
bentuk yang telah dipersetujui.
b) Jemur untuk mengeringkan hasil yang telah dibuat.
c) Bincangkan berkaitan imej yang dibuat dalam kumpulan.
d) Bentangkan hasil kumpulan anda kepada kumpulan lain
FASA AKHIR (PENILAIAN)
a) Bandingkan hasil kumpulan anda dengan idea daripada kumpulan
lain.
b) Bincangkan bentuk-bentuk lain yang anda boleh hasilkan mengikut
kesesuaian aktiviti.
c) Buat refleksi daripada aktiviti tersebut.
44
Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
MUZICAL STICK
Aktiviti ini bertujuan untuk membina hubungan sebelum sesuatu proses PdP
dijalanka dengan membina hubungan antara pelajar atau peserta. Kaedah
pelaksanaannya sama seperti permainan merebut kerusi. Dalam permainan
ini pelajar perlu mempunyai kepekaan dan menyusun strategi bagi
memastikan pencabarnya dapat disingkirkan. Aktiviti ini akan
membangunkan minat, motivasi dan kejelekitan antara peserta sebelum
sesuatu aktiviti susulan diteruskan. Aktiviti ini amat sesuai dijalankan pada
peringkat awal aktiviti bagi mencetuskan penyertaan aktif peserta.
ARAHAN KERJA
“KAD TUGASAN”
Anda dikehendaki membentuk satu bulatan. Setiap peserta perlu
memegang sebatang kayu yang dijadikan tongkat. Ikut arahan fasilitator
semasa aktiviti dijalankan. Anda dikehendaki bergerak dalam kumpulan
mengikut arah jam. Pergerakan anda akan diiringi dengan alunan muzik
sambil mengetuk tongkat. Pastikan anda merebut tongkat yang
dilepaskan oleh rakan dihadapan anda semasa muzik dihentikan.
BAHAN-BAHAN
a) Kayu mop
b) Muzik / Radio / Laptop
c) Pembesar suara
45
Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
FASA PERANCANGAN
a) Sediakan semua peralatan yang diperlukan seperti di atas.
b) Pastikan terdapat ruang yang luas untuk aktiviti.
FASA PELAKSANAAN
a) Minta semua peserta berada di kawasan lapang yang telah
ditetapkan.
b) Setiap peserta diberikan sebatang kayu yang sama saiz.
c) Peserta perlu berada dalam bentuk satu bulatan.
d) Peserta dikehendaki bergerak mengikut pusingan jam sambil
mengetuk kayu masing-masing..
e) Mainkan muzik yang sesuai.
f) Hentikan muzik mengikut keperluan fasilitator.
g) Peserta dikehendaki melepaskan kayu ditangan dan menyambut
kayu yang dilepaskan oleh rakan yang lain apabila muzik
dihentikan.
h) Peserta yang gagal menyambut kayu akan disingkirkan.
i) Ulang langkah di atas sehingga seorang pemenang dikenal pasti.
Nota:
(Permainan ini sama seperti kerusi berirama)
FASA AKHIR (PENILAIAN)
a) Duduk dalam kumpulan besar.
b) Peserta dikehendaki membuat refleksi daripada permainan ini.
c) Peserta yang menang boleh berkongsi idea dan strategi yang
digunakan.
d) Peserta yang tersingkit juga boleh berkongsi kelemahan yang
dilakukan semasa permainan ini.
e) Peserta dikehendaki membuat rumusan.
46
Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH
(PROBLEM-BASED LEARNING)
47
Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
Apakah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)
Pembelajaran yang menggunakan masalah sebenar yang relevan serta
bermakna sebagai fokus dalam proses pembelajaran. PdPc yang mencabar
pemikiran murid untuk mendapatkan cadangan penyelesaian masalah
berdasarkan situasi sebenar.
PBM melibatkan :
a. Penentuan masalah
b. Pemahaman masalah
c. Penyelesaian masalah
• A learning/teaching methodology based on the principle of using
problems as a starting point for the acquisition of new knowledge.
• A learning/teaching methodology designed to create learning
through experience and the reinforcement of existing knowledge.
• PBM adalah pedagogi berpusatkan murid di mana murid belajar
tentang sesuatu subjek/perkara melalui pengalaman secara
penyelesaian masalah terbuka (open-ended problem) yang terdapat
dalam bahan pencetus/suasana.
• Proses PBM tidak memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah
dengan jawapan yang telah ditetapkan, tetapi ia membolehkan
pembangunan kemahiran dan sifat yang diinginkan yang lain
termasuk pemerolehan pengetahuan, kerjasama dalam kumpulan
dan komunikasi.
Ann Lambros, PHD (2008)
SEAMEO RECSAM
48
Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
49
Pemikiran Idea Kreatif : Santai tapi Sampai
50