The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RAK BUKU DIGITAL KV SHAS KUALA LIPIS, 2023-02-10 04:04:16

DCA 2022 LANDSCAPE

MODUL DCA 2022 LANDSCAPE

51 | D C A 2 0 2 2 Rajah 2.9: Kerja meratakan kawasan iv. Kerja menambak kawasan • Kerja menambak kawasan dilakukan sekiranya di kawasan cadangan tapak landskap yang ingin dibina itu terdapat kawasan yang berlubang-lubang atau berpaya serta tidak rata. • Kerja menambak sangat penting bagi memastikan permukaan tanah adalah rata, kawasan yang ditambak lebih kemas dan kerja pelandskapan dapat dijalankan dengan baik tanpa ada halangan atau rintangan. • Selain itu, tambakan dilakukan sekiranya kawasan yang hendak dilandskapkan terdapat halangan lain seperti kawasan paya ataupun berair.


52 | D C A 2 0 2 2 Rajah 2.10: Kerja menambak tanah. 2.1.3 Kerja Mengukur dan Menanda Kawasan • Aktiviti mengukur dan menanda kawasan pembinaan landskap adalah amat perlu bagi memastikan ukuran pada lukisan adalah sama dengan ukuran yang akan ditanda pada tapak sebenar. • Kerja mengukur dan menanda kawasan dilakukan selepas kerja persempadanan dan pembersihan siap sepenuhnya. Kerja mengukur dan menanda kawasan pembinaan landskap kejur pula perlu merujuk pada pelan reka bentuk yang telah dibuat agar ianya bertepatan dengan reka bentuk pada pelan landskap. • Penggunaan alatan seperti pita ukur dan juga kayu penanda amat penting agar proses kerja yang dilakukan berjalan lancar. Sebelum kerja penandaan dan pengukuran tapak dibuat, pelan reka bentuk landskap perlulah disiapkan terlebih dahulu. Ini kerana melalui pelan reka bentuk landskap, barulah proses penandaan dan pengukuran dapat dibuat. Pastikan pelan reka bentuk landskap yang dibuat hendaklah menggunakan skala yang betul agar kerja penandaan dan pengukuran dibuat mengikut skala dan kaedah pengukuran yang betul.


53 | D C A 2 0 2 2 Rajah 2.11: Kerja mengukur kawasan 2.2 Pembinaan Landskap Kejur 2.2.1 Pengenalan Landskap Kejur Landskap terbahagi kepada dua jenis iaitu landskap lembut dan landskap kejur. Landskap lembut melibatkan penggunaan elemen-elemen semulajadi seperti tumbuhan dan air. Manakala landskap kejur melibatkan elemen-elemen buatan manusia dan keras seperti batu, kayu, lampu dan wakaf. 2.2.1.1 Kepentingan Landskap Kejur Gabungan beberapa bentuk komposisi yang terdiri daripada lankskap kejur dan landskap lembut dapat menghasilkan satu landskap yang lengkap dan memberikan keceriaan. Rekabentuk adalah kekal, tidak oleh diubah kedudukannya seperti contoh wakaf dan air terjun buatan. Elemen ini memainkan peranan penting dalam pembentukan sesebuah laman.


54 | D C A 2 0 2 2 2.2.1.2 Aspek Penggunaan Landskap Kejur 1. Aspek kesesuaian contohnya penggunaan tar atau bitumen sebagai lantai halaman taman dalam kawasan bercuaca panas adalah pemilihan kurang tepat kerana permukaan menjadi panas menyebabkan tidak ramai pengguna menggunakan taman tersebut. 2. Aspek keselamatan iaitu bahan permukaan yang licin, tajam dan mudah karat mestilah dielakkan terutamanya penggunaan taman yang melibatkan kanak-kanak. 3. Aspek penyelenggaraan adalah penting untuk memanjangkan hayat jangka masa penggunaan dan kewujudan sesuaitu elemen. Elemen yang ditekankan haruslah memilih bahan yang rendah penyelenggaraan untuk menjimatkan masa dan kos serta mengelakkan pembaziran. 2.2.1.3 Rasional Penggunaan Landskap Kejur 1. Bertujuan untuk menampung kehendak yang tidak dapat dilakukan oleh landskap lembut seperti wakaf dan kerusi taman. 2. Ciri-ciri landskap kejur yang tidak terdapat pada lanskap lembut seperti lukisan mural pada tembok. 3. Memberikan kesan sampingan yang menarik pada keindahan lanskap. 4. Elemen landskap kejur mempunyai tempoh penggunaan yang lama dan tahan lasak. 5. Elemen landskap kejur mudah dibentuk dan dicorakkan mengikut kehendak pengguna. 6. Elemen landskap kejur tidak perlu dijaga setiap hari dan penyelenggaraan adalah secara berkala. 2.2.1.4 Panduan Penggunaan Landskap Kejur 1. Tema atau konsep projek landskap 2. Fungsi sesuatu elemen landskap kejur 3. Saiz dan skala elemen landskap kejur 4. Kemudahan mendapatkan bahan binaan projek 5. Ketahanan


55 | D C A 2 0 2 2 6. Kemahiran pekerja atau pembuat 7. Penyelenggaraan 2.2.2 Elemen Landskap Kejur Landskap kejur terbahagi kepada dua elemen iaitu Landskap Kejur Tidak Berinteraksi dan Landskap Kejur Berinteraksi. Landskap Kejur Tidak Berinteraksi adalah satu elemen yang digunakan sebagai memenuhi fungsi semata-mata seperti kaku tanpa berinteraksi dengan pengguna. Contohnya adalah bollard. Bollard digunakan untuk memisahkan antara siar kaki dan jalan raya tanpa memberi reaksi kepada pengguna. Rajah 2.12: Bollard Elemen kedua adalah Landskap Kejur Berinteraksi iaitu satu elemen yang mampu memberi reaksi terhadap pengguna. Contohnya seperti kolam hiasan dimana bunyi air pancut kolam akan memberi reaksi kepada pengguna untuk datang serta dapat menyejukkan kawasan tersebut.


56 | D C A 2 0 2 2 Rajah 2.13 : Kolam dan air terjun buatan 2.2.2.1 Fungsi Landskap Kejur 1. Landskap Kejur Pemisah dan Penutup Elemen ini hanya digunakan untuk memisah dan memberi halangan pergerakan, penglihatan manusia dan kenderaan kepada pengguna sesuatu kawasan. Contohnya adalah bollard yang berfungsi untuk mengawal pergerakan dan penghalang kenderaan dari memasuki kawasan. Rajah 2.14: Bollard


57 | D C A 2 0 2 2 2. Landskap Kejur Permukaan Khusus Elemen ini dibina untuk memberikan permukaan khusus bagi tujuan tertentu seperti lembut, keras dan kasar. Contohnya permukaan laman batu gravel. Penggunaan batu gravel akan menampakkan keindahan pada laman dan faktor kesihatan untuk tujuan refleksologi. Rajah 2.15: Hiasan batu koral putih Rajah 2.16: Permukaan rubber mat


58 | D C A 2 0 2 2 Rajah 2.17: Permukaan tarmac 3. Landskap Kejur Penghubung Elemen ini dibina untuk menghubungkan antara ruang dengan ruang yang lain sebagai tanda memunyai perkaitan satu sama lain. Contohnya seperti tangga, jambatan dan pergola. Jambatan digunakan sebagai penghubung antara satu tempat ke satu tempat lain. Rajah 2.18: Jambatan


59 | D C A 2 0 2 2 4. Landskap Kejur Pelengkap Elemen yang diletakkan di suatu ruang supaya menjadi pelengkap dan lebih baik. Elemen ini juga memberi kebaikan kepada pengguna. Contohnya kerusi taman, lampu, papan tanda atau tempat berteduh. Set meja taman digunakan sebagai pelengkap kemudahan di kawasan taman. Rajah 2.19: Meja hiasan taman 5. Landskap Kejur Tumpu Elemen ini digunakan untuk menarik perhatian pengguna untuk datang ke suatu kawasan contohnya penggunaan arca dan air pancut. Arca berbentuk haiwan merupakan simbolik daya tarikan bagi menarik pengunjung melawat ke sesuatu kawasan.


60 | D C A 2 0 2 2 Rajah 2.20: Arca ikan 2.2.3 Struktur Pembinaan Landskap Kejur Terdapat beberapa jenis binaan landskap kejur yang sering digunakan. Berikut merupakan jenis binaan serta fungsi setiap struktur pembinaan. 1. Laluan pejalan kaki atau siar kaki menggunakan pavement Pavement yang bermotif digunakan di sepanjang laluan pejalan kaki di dalam taman. Biasanya bermula dari pintu masuk utama sehinggalah ke laluan pejalan kaki di sekitar taman. Laluan masuk utama biasanya lebih menyerlah berbanding laluan pejalan kaki lain untuk menonjolkan keutamaan bagi entrance dan sense of welcoming. Ianya menjadi penghubung ruang-ruang yang terdapat dalam taman. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai petunjuk arah kepada penghujung ke mana arah tuju seterusnya dalam meneroka sesebuah taman. Dengan adanya pathway pengguna merasa lebih selesa dan boleh mengelakkan pengguna dari memijak rumput ataupun tanah. Siar kaki menghubungkan kawasan dengan adanya laluan penghubung.


61 | D C A 2 0 2 2 Rajah 2.21: Keratan rentas pembinaan pavement 2. Struktur berbumbung Gazebo atau wakaf merupakan struktur berbumbung dan mempunyai tiang sebagai penyokong. Rekabentuk pelbagai dan mengikut konsep rekabentuk. Bahan binaan terdiri daripada material seperti kayu, besi dan lain-lain. Sesetengah tempat di dalam taman juga wujudnya kios. Rekabentuk kios adalah seperti gazebo. Bahan binaanya bergantung kepada konsep rekabentuk. Rajah 2.22: Struktur pembinaan gazebo


62 | D C A 2 0 2 2 3. Lampu Rekabentuk lampu menarik, moden dan mempunyai motif tertentu dalam sesebuah taman. Disamping lampu-lampu utama yang tinggi terdapat juga lampu jenis spotlight yang rendah dan pada permukaan laluan pejalan kaki. Lampu-lampu jenis ini juga dapat menaikkan lagi seri dan suasana taman terutama ketika waktu malam. Keadaan ini juga menjadikan taman ini kelihatan hidup pada waktu malam jika dilihat dari sesuatu sudut. Rajah 2.23: Struktur pembinaan lampu 4. Pagar Fungsi pagar yang berkesan dalam mencetus nilai rekabentuk, privasi dan keselamatan. Ianya bertujuan untuk membahagi kawasan dan sebagai sempadan kawasan. Bahan binaan mengikut konsep rekabentuk contohnya kayu sesuai digunakan bagi landskap yang bercirikan tropika. Bagi rekabentuk moden dan ringkas bahan daripada besi dan batuan merupakan bahan yang sesuai.


63 | D C A 2 0 2 2 5. Air terjun buatan Kegunaan air terjun buatan boleh memberikan suasana yang nyaman dan ketenangan. Pemilihan air terjun ini bergantung kepada tema dan konsep reka bentuk dalam sesuatu taman. Bahan binaannya pula mengikut seseuaian rekabentuk. Rajah 2.24: Struktur pembinaan air terjun buatan


64 | D C A 2 0 2 2 2.2.4 Peralatan dan Bahan Pembinaan Landskap Kejur Antara peralatan dan bahan bagi kerja pembinaan landskap kejur adalah seperti berikut: a. Peralatan dan bahan bagi kerja persempadanan kawasan landskap Jadual 2.1 Peralatan dan bahan kerja persempadanan b. Peralatan dan bahan bagi kerja pembersihan tapak kawasan Penyapu Skop Cangkul Pongkes Pencakar Kereta Sorong Jadual 2.2 Peralatan dan bahan kerja pembersihan Pita Keselamatan Kayu Penanda


65 | D C A 2 0 2 2 c. Peralatan dan bahan bagi kerja mengukur dan menanda tapak kawasan landskap Pita Pengukur Tukul Kayu Penanda Jadual 2.3 Peralatan dan bahan kerja mengukur dan menenda d. Peralatan bagi kerja pembinaan landskap kejur – konkrit, arca dan kayu Alat Kegunaan Shovel / skop - Mencedok bahan konkrit Kereta sorong - Mengangkut bahan / konkrit Baldi - Meletakkan konkrit


66 | D C A 2 0 2 2 Cangkul - Mengaul konkrit Water hose - Menyalur air Water level - Mendapatkan kelarasan Spirit level - Melaraskan kelarasan Scraper / pengikis - Mengikis lebihan konkrit Darby float / perata simen - Meratakan konkrit


67 | D C A 2 0 2 2 Wooden float / perata simen kayu - Meratakan konkrit Trowel / sudip simen - Melepa / meratakan konkrit Line and pin / benang dan pin - Menanda kawasan kerja Hawk - Pemegang konkrit Concrete mixer - Mesin untuk membancuh konkrit


68 | D C A 2 0 2 2 Tukul - Kerja kayu Gergaji - Memotong kayu Mitre saw - Memotong kayu Kertas pasir - Menghaluskan permukaan kayu Pahat dan penukul - Membuat tanggam


69 | D C A 2 0 2 2 Mesin Pemotong Besi (Cut Off) - Memotong besi dan keluli Mesin Gergaji Jig (Jigsaw) - Memotong kayu dan papan Mesin Pelelas (Sander) - Menghaluskan permukaan Mesin Gergaji Meja (Table Saw) - - Memotong kayu dan papan Jadual 2.4: Peralatan bagi kerja membina lanskap kejur


70 | D C A 2 0 2 2 Bahan binaan landskap kejur terdiri daripada dua kategori iaitu: a. Bahan yang diperoleh dari hasil proses keluaran kilang Besi Channel-C Cat berasaskan air / minyak Besi Jaring Halus jenis Wire Mesh Besi Tetulang Simen Batu bata jenis Tanah Liat


71 | D C A 2 0 2 2 Batu bata jenis Konkrit Gentian Kaca (Fiber Glass) Plastik jenis 'Silver Shine' Kepingan getah jenis 'Rubber Mate' Jadual 2.5 Bahan yang diperoleh dari hasil proses keluaran kilang


72 | D C A 2 0 2 2 b. Bahan dari sumber semulajadi Kayu pelbagai jenis Kayu Jenis Papan Papan Lapis Batu-batu Sungai Batu Kerikil (Gravel) Pasir Jadual 2.6 Bahan dari sumber semulajadi


73 | D C A 2 0 2 2 Antara bahan struktur binaan landskap kejur adalah: Struktur Binaan Landskap Kejur Cadangan Bahan Binaan Set kerusi dan meja taman jenis simen fero • Rangka asas binaan kerusi dan meja i. Besi dawai BRC saiz ½ x ½ cm ii. Dawai BRC saiz 2 x 2 cm iii. Dawai jaring halus jenis wire mesh • Bancuhan simen untuk melepa i. Simen portland ii. Pasir sungai (halus) • Kemasan i. Cat emulsi warna putih ii. Cat emulsi warna hitam iii. Cat emulsi warna coklat iv. Pengilat Papan Tanda • Rangka asas tulisan papan tanda i. Besi dawai BRC saiz ½ x ½ cm ii. Besi dawai BRC saiz 2x2cm iii. Besi jaring halus jenis wire mesh iv. Besi tetulang • Bancuhan simen untuk melepa i. Simen portland ii. Pasir sungai (halus) • Kemasan i. Cat emulsi warna putih ii. Cat emulsi warna merah iii. Cat emulsi warna coklat iv. Pengilat Arca cendawan hiasan jenis simen ferro • Rangka asas binaan arca cendawan hiasan i. Besi dawai BRC saiz ½ x ½ cm ii. Besi jaring halus jenis wire mesh iii. Besi tetulang • Bancuhan simen untuk melepa i. Simen portland ii. Pasir sungai (halus) • Kemasan i. Cat emulsi warna putih ii. Cat emulsi warna merah iii. Pengilat


74 | D C A 2 0 2 2 Kotak tanaman (Planter box) • Rangka asas binaan kotak tanaman i. Batu bata jenis pasir simen • Bancuhan simen untuk melepa i. Simen portland ii. Pasir sungai (halus) • Kemasan i. Cat emulsi warna hijau ii. Cat emulsi warna kuning iii. Pengilat Wakaf Kayu • Rangka asas binaan wakaf i. Kayu tiang saiz 4 x 4 cm ii. Kayu rangka bumbung saiz 2 x 4 cm iii. Kayu rangka bumbung saiz 2 x 3 cm iv. Bumbung jenis genting simen, tanah liat atau bumbung asbestos • Bancuhan simen untuk tiang dan lantai wakaf i. Simen portland ii. Pasir sungai (halus) iii. Batu kerikil • Kemasan i. Cat minyak pewarna syelek ii. Pengilat Bangku / Kerusi Taman • Rangka asas binaan kerusi taman i. Batu bata jenis pasir simen ii. Besi dawai BRC saiz 2 x 2 cm iii. Besi tetulang • Bancuhan simen untuk melepa i. Simen portland ii. Pasir sungai (halus) • Kemasan i. Batu sungai jenis pebble wash ii. Simen portland iii. Pengilat


75 | D C A 2 0 2 2 Pergola • Rangka asas binaan kayu pergola i. Kayu tiang saiz 4 x 4 cm ii. Kayu alang pergola saiz 2 x 3 cm iii. Kayu alang pergola saiz 2 x 4 cm • Kemasan i. Cat minyak pewarna syelek ii. Pengilat Trellis • Rangka asas binaan kayu trellis i. Kayu tiang trellis saiz 2 x 4 cm ii. Kayu rangka trellis saiz 1 x 3 cm iii. Kayu rangka trellis saiz ½ x 2 cm • Kemasan i. Cat minyak pewarna syelek ii. Pengilat Kerusi Besi Taman • Rangka asas binaan kerusi besi taman i. Besi jenis hollow bar saiz 2 x 2 cm tebal 2 mm ii. Kayu nipis jenis plywood tebal 12 mm • Kemasan i. Cat minyak pewarna syelek


76 | D C A 2 0 2 2 Batu Injak (Stepping stone) • Rangka asas binaan batu injak i. Besi dawai BRC saiz 1 x 1 cm atau 2 x 2 cm • Bancuhan simen untuk melepa i. Simen portland ii. Pasir sungai • Kemasan i. Batu sungai (pebble) ii. Batu sungai (pebble wash) iii. Pengilat 2.2.5 Prosedur Kerja dan Amalan Keselamatan Dalam Pembinaan Landskap Kejur Pembinaan struktur binaan landskap kejur boleh dilakukan di tapak pembinaan landskap selepas pengesahan struktur binaan landskap kejur. Pembinaan ini perlulah mengikut prosedur kerja dan tatacara keselamatan sepanjang kerja binaan dilakukan. Sebelum melaksanakan aktiviti pembinaan landskap kejur, pemeriksaan struktur tapak perlu dilakukan untuk membuat tinjauan bagi proses kerja dan persediaan untuk aktiviti pembinaan berdasarkan lakaran projek atau pelan induk di tapak bina.


77 | D C A 2 0 2 2 Rajah 2.25: Kepentingan Pemeriksaan Tapak Rajah 2.26: Aktiviti Lawatan Pemeriksaan Tapak Pembinaan Lanskap Kepentingan Pemeriksan Tapak Memastikan bahan binaan adalah sesuai Menentukan bilangan struktur binaan yang boleh dibina di tapak binaan Memastikan faktor keselamatan di tapak bina Memastikan faktor keadaan struktur tanah di tapak bina dalam keadaan baik Memastikan faktor kebersihan di tapak bina Menentukan kesesuaian saiz struktur binaan dari segi keluasan . ketinggian Menentukan lokasi yang dipilih adalah sesuai Memastikan kawasan tapak binaan ditanda dengan betul Memastikan kemudahan utiliti di tapak bina


78 | D C A 2 0 2 2 2.2.5.1 Melaksanakan Aktivit Pemeriksaan di Tapak Projek Pemeriksaan di tapak pembinaan landskap kejur dilaksanakan untuk memastikan persediaan dan pelaksanaan landskap kejur dapat dijalankan dengan baik. Terdapat dua proses pemeriksaan di tapak pembinaan iaitu sebelum dan semasa pemeriksaan. Rajah 2.27: Carta Alir Sebelum Pemeriksaan Rajah 2.28: Carta Alir Semasa Pemeriksaan Menyediakan borang pemeriksaan Menentukan lokasi pemeriksaan Menyemak lokasi pada pelan induk Membuat pemantauan di tapak bina Bawa borang pemeriksaan Menyemak cadangan bahan struktur binaan Menyemak cadangan bilangan struktur binaan di tapak bina berdasarkan pelan induk Mengenalpasti dan menyemak saiz & struktur binaan di tapak bina Memantau kesesuaian cadangan lokasi pembinaan berdasarkan pelan induk Memantau keadaan struktur tanah di tapak bina Mengenalpasti dan memantau keselamatan di tapak bina Membuat laporan


79 | D C A 2 0 2 2 Rajah 2.29: Pemeriksaan di Tapak Bina Aktiviti pengesahan struktur binaan landskap dijalankan selepas aktiviti pemeriksaan struktur binaan landskap dilaksanakan. Pengesahan struktur binaan landskap ini penting sebelum memulakan aktiviti kerja-kerja pembinaan di tapak bina. Panduan pengesahan struktur binaan adalah seperti berikut: ✓ Hasil laporan pemeriksaan tempat struktur binaan berdasarkan lakaran projek atau pelan induk disertakan. ✓ Lukisan lakaran struktur binaan landskap kejur hendaklah lengkap. ✓ Menyemak cadangan struktur binaan agar selamat digunakan sebagai elemen dalam landskap kejur. ✓ Perincian mengenai senarai alatan dan bahan yang hendak digunakan perlu dinyatakan dengan jelas. ✓ Jadual anggaran jangka masa siap projek perlu dinyatakan untuk memudahkan pemantauan perjalanan proses kerja-kerja binaan di tapak bina.


80 | D C A 2 0 2 2 Jadual 2.7: Contoh jadual anggaran masa menyiapkan projek 2.5.5.2 Melaksanakan Aktiviti Persempadanan dan Pembersihan Tapak Mengikut Keperluan Tapak Pembinaan Landskap Tajuk: Membuat garis sempadan atau persempadanan kawasan. Alatan: Pita keselamatan, kayu penanda, batu sempadan, pagar, tali, tukul dan pita ukur. Langkah Keselamatan: 1. Memakai topi keselamatan. 2. Memakai kasut keselamatan. 3. Pastikan peraturan keselamatan ditapak bina dipatuhi. Prosedur Kerja: Langkah 1: Membersihkan tapak yang hendak dibuat pelanskapan Langkah 2: Mengumpul dan membuang tanaman yang tidak dikehendaki atau yang telah mati termasuk rumput yang terdapat di tapak pelanskapan M O D U L 5 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 Penyediaan lakaran Pemeriksaan tapak binaan Pengesahan projek Penandaan tapak Pembinaan projek Projek tamat/siap Masa / Aktiviti MAC APRIL MEI JUN JULAI


81 | D C A 2 0 2 2 Langkah 3: Meratakan dan memastikan tiada batu atau keadaan yang berlubang Langkah 4: Menambak atau menimbus kawasan yang tidak rata atau berlubang dengan menggunakan cangkul dan ratakan sehingga kemas. 2.5.5.3 Melaksanakan Aktiviti Mengukur dan Menanda di Tapak Pembinaan Landskap Berdasarkan Lakaran Projek/Pelan Induk Tajuk: Melaksanakan kerja-kerja mengukur dan menanda. Alatan: Pita pengukur, kayu penanda, tali, dan pelan pembinaan (setting out plan). Langkah Keselamatan: 1. Memakai topi keselamatan. 2. Memakai kasut keselamatan. 3. Pastikan peraturan keselamatan ditapak bina dipatuhi. Prosedur Kerja: Langkah 1: Rujuk pelan lanskap sebelum kerja penandaan Langkah 2: Cari titik utama atau elemen sedia ada untuk permulaan lanskap


82 | D C A 2 0 2 2 Langkah 3: Ukur tapak mengikut pelan penandaan pada lukisan pelan Langkah 4: Tanda kawasan tapak mengikut reka bentuk dalam lukisan pelan pembinaan 2.5.5.4 Melaksanakan Aktiviti Membina Landskap Kejur Pembinaan struktur binaan landskap kejur boleh dilakukan di tapak pembinaan landskap selepas pengesahan struktur binaan landskap kejur. Pembinaan ini perlulah mengikut prosedur kerja dan tatacara keselamatan sepanjang kerja binaan dilakukan. Aktiviti ini merupakan amali pembinaan landskap kejur yang memerlukan kemahiran dari segi mengenal pasti bahan binaan, struktur binaan, peralatan yang sesuai dan prosedur kerja serta amalan keselamatan ketika berada di tapak pembinaan. Perancangan perlu dilakukan sebelum membina struktur landskap kejur agar pembinaan berjalan dengan lancar mengikut jadual, menggunakan bahan binaan yang sesuai untuk mengelakkan pembaziran kos dan masa


83 | D C A 2 0 2 2 Landskap Mengikut Prosedur Kerja dan Tatacara Keselamatan Tajuk: Amali membuat kotak tanaman (planter box). Alatan dan Bahan: Batu bata jenis pasir simen, simen jenis portland, pasir sungai, sudip simen dan timbang air. Langkah Keselamatan: 1. Mesti memakai pakaian amali yang sesuai untuk kerja amali. 2. Memakai kasut dan topi keselamatan serta sarung tangan. 3. Pastikan alat diguna dengan baik dan dibersihkan selepas penggunaan. 4. Berdisiplin ketika membuat amali. 5. Sentiasa mematuhi arahan yang diberikan. Rajah 2.30: Contoh aktiviti melepa mortar pada binaan landskap kejur


84 | D C A 2 0 2 2 Rajah 2.31: Contoh lakaran binaan kotak tanaman


85 | D C A 2 0 2 2 Langkah 1: Mengukur dan menanda serta meratakan tapak Langkah 2: Menyusun dan mengikat batu bata dengan bancuhan mortar simen membentuk kotak tanaman seperti dalam lukisan kerja Langkah 3:Menguji dan menentukan bahan binaan batu dengan alat penimbang air untuk mendapatkan binaan yang rata Langkah 4: Melakukan kemasan pada kotak tanaman yang siap dibina Langkah 5: Menanam pokok hiasan ke dalam kotak tanaman Langkah 6: Kotak tanaman yang telah siap 2


86 | D C A 2 0 2 2 Tajuk: Amali membuat kerusi kayu taman. Alatan dan Bahan: Kayu rangka kerusi saiz 2 x 3 cm, kayu papan saiz ½ x 4cm, gergaji, pita ukur, pembaris sesiku L, kertas pasir, tukul, paku saiz 2cm dan 1 ½ cm, cat minyak pewarna syelek dan pengilat. Langkah Keselamatan: 1. Mesti memakai pakaian amali yang sesuai untuk kerja amali. 2. Memakai kasut dan topi keselamatan serta sarung tangan. 3. Pastikan alat diguna dengan baik dan dibersihkan selepas penggunaan. 4. Berdisiplin ketika membuat amali. 5. Sentiasa mematuhi arahan yang diberikan. Rajah 2.32: Contoh lakaran binaan kerusi taman


87 | D C A 2 0 2 2 Prosedur Kerja: Langkah 1: Mengukur dan menanda menggunakan pita ukur, pembaris, sesiku L dan pensel Langkah 2: Memotong kayu dengan menggunakan gergaji tangan atau mesin pemotong kayu Langkah 3: Memasang kayu yang telah dipotong dengan menggunakan tanggam atau paku. Permukaan kayu perlu dilicinkan menggunakan kertas pasir Langkah 4: Lakukan kemasan dengan menyapu cat syelek dan cat pengilat pada kerusi kayu Langkah 5: Kerusi kayu yang telah siap


88 | D C A 2 0 2 2 Tajuk: Amali membuat kerusi taman simen fero. Alatan dan Bahan: Besi dawai BRC saiz ½ x ½ cm, besi jaring halus jenis wire mesh, dawai besi, gunting besi, simen jenis portland, pasir sungai, cat emulsi warna hitam, cat emulsi warna coklat dan cat pengilat. Langkah Keselamatan: 1. Mesti memakai pakaian amali yang sesuai untuk kerja amali. 2. Memakai kasut dan topi keselamatan serta sarung tangan. 3. Pastikan alat diguna dengan baik dan dibersihkan selepas penggunaan. 4. Berdisiplin ketika membuat amali. 5. Sentiasa mematuhi arahan yang diberikan. Rajah 2.33: Contoh lakaran binaan kerusi taman jenis simen fero


89 | D C A 2 0 2 2 Prosedur Kerja: Langkah 1: Mengukur, menanda dan memotong dawai BRC dan dawai jarring halus wire mesh Langkah 2: Membentuk dawai BRC menjadi kerangka bulat seperti lakaran binaan kerusi simen fero Langkah 3: Membancuh campuran mortar simen dan melepa pada bahagian luar kerangka kerusi simen fero sehingga siap menjadi seperti log kayu Langkah 4: Kerusi yang siap dilepa dilorek hingga siap menjadi seperti bentuk ukiran log kayu Langkah 5: Melakukan kemasan dengan mengecat pada struktur simen fero, setelah ianya siap dilorek dan kering serta dibuang gerigis pada bahagian permukaan struktur simen fero tersebut.


90 | D C A 2 0 2 2 2.5.5.5 Melaksanakan Aktiviti Kemasan Binaan Landskap Kejur Selepas aktiviti pembinaan landskap kejur dilaksanakan, aktiviti seterusnya adalah kemasan pada binaan landskap kejur yang telah siap. Aktiviti kemasan ini bertujuan untuk mencantikkan dan menyerlahkan lagi binaan landskap kejur tersebut. Terdapat dua jenis aktiviti kemasan iaitu kemasan simen dan kemasan mengecat. Kemasan cat 1: Binaan simen konkrit Kemasan cat 2: Binaan besi Kemasan cat 3: Binaan kayu Kemasan cat 4: Mural Dinding Jadual 2.8: Panduan kemasan cat untuk aktiviti mengecat binaan lanskap kejur


91 | D C A 2 0 2 2 Kemasan Simen 1: Lantai Kemasan Simen 2: Pebble wash Jadual 2.9: Panduan kemasan simen untuk binaan lanskap kejur KESIMPULAN Dalam topik ini, pelajar akan didedahkan dengan kerja-kerja awalan yang terlibat dalam pembinaan landskap kejur, elemen-elemen yang ada dalam pembinaan landskap kejur, struktur-struktur dalam pembinaan landskap kejur, peralatan dan bahan pembinaan yang digunakan dalam landskap kejur serta amalan keselamatan dan prosedur kerja dalam pembinaan landskap kejur.


92 | D C A 2 0 2 2 LATIHAN/ PENILAIAN 1. Nyatakan 3 kerja awalan di tapak pembinaan landskap kejur. 2. Senaraikan kerja-kerja pembersihan tapak yang biasa dilakukan dalam kerja pelandskapan. 3. Apakah aspek penggunaan landskap kejur? 4. Senaraikan panduan penggunaan landskap kejur 5. Nyatakan kegunaan bollard dalam landksap kejur. 6. Senaraikan lima bahan bagi kerja-kerja pembinaan kerusi taman jenis simen fero. 7. Nyatakan tiga contoh binaan landskap kejur.


93 | D C A 2 0 2 2 JAWAPAN LATIHAN/PENILAIAN Soalan 1 i. Persempadanan ii. Pembersihan tapak iii. Mengukur dan menanda Soalan 2 i. Kerja membersih kawasan ii. Kerja merata kawasan iii. Kerja menambak Kawasan Soalan 3 i. Aspek kesesuaian ii. Aspek keselamatan iii. Aspek penyelegaraan Soalan 4 i. Tema atau konsep projek landskap ii. Fungsi sesuatu elemen landskap kejur iii. Saiz dan skala elemen landskap kejur iv. Kemudahan mendapatkan bahan binaan projek v. Kemudahan mendapatkan bahan binaan projek vi. Ketahanan vii. Kemahiran pekerja atau pembuat viii. Penyelenggaraan Soalan 5 Bollard digunakan untuk memisahkan antara siar kaki dan jalan raya tanpa memberi reaksi kepada pengguna.


94 | D C A 2 0 2 2 Soalan 6 i. Simen ii. Dawai BRC iii. Wire Mesh iv. Cat emulsi v. Pengilat vi. Pasir halus Soalan 7 i. Pondok ii. Pergola iii. Kotak tanaman iv. Kerusi meja jenis simen fero v. Kerusi meja jenis kayu


95 | D C A 2 0 2 2 NOTA KURSUS KANDUNGAN 3 MARKETING AND BUSINESS IN LANDSCAPE


96 | D C A 2 0 2 2 TOPIK 3 : PERNIAGAAN DAN PEMASARAN DALAM LANDSKAP 3.0 Pengenalan Kompetensi ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran pengurusan dan perniagaan yang komprehensif serta meliputi keperluan industri yang semakin berkembang. Keusahawanan merupakan suatu aktiviti perniagaan yang dijalankan untuk memastikan produk yang dihasilkan dapat dijual atau berada di pasaran. Usahawan dan peniaga dapat dikenal pasti melalui ciri-ciri yang dihurai. Selain itu, dokumen yang digunakan dalam aktiviti urus niaga diperkenalkan untuk memastikan usahawan atau peniaga dapat menjalankan aktiviti perniagaan dengan lebih terancang dan teratur. Objektif 1) Menyatakan maksud dan ciri-ciri usahawan dan peniaga. 2) Menerangkan agensi yang membantu usahawan dan peniaga dalam bidang latihan dan kewangan 3) Menerangkan dokumen yang terlibat dalam transaksi 4) Menyediakan Rancangan Perniagaan yang tersusun dengan baik secara profesional 3.1 Pengenalan Usahawan dan Peniaga Bidang keusahawanan merupakan salah satu cabang kerjaya yang dapat meningkatkan taraf hidup individu dan masyarakat malah turut dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara. Selain itu, bidang ini juga menawarkan banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.


97 | D C A 2 0 2 2 3.1.1 Pengertian i. Peniaga Peniaga ialah orang yang menjalankan kegiatan jual beli barangan atau melakukan kegiatan perkhidmatan dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. ii. Usahawan Usahawan membawa maksud orang yang mengusahakan sesuatu perniagaan. Usahawan sebagai seorang yang kreatif dan inovatif, berani mengambil risiko, mencipta dan merebut peluang perniagaan untuk mendapatkan keuntungan, kepuasan diri serta kemajuan dan kemakmuran masyarakat dan negara. iii. Perniagaan Perniagaan adalah satu bentuk organisasi yang melibatkan urus niaga jual beli barang atau perkhidmatan antara penjual dan pembeli bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. iv. Keusahawanan Satu proses menggembleng sumber seperti tanah, modal, bahan mentah, sumber manusia, teknologi dan maklumat oleh usahawan secara kreatif dan inovatif untuk menghasilkan barang atau perkhidmatan bagi memenuhi kehendak dan keperluan pengguna. 3.2 Ciri-ciri Usahawan dan Peniaga 3.2.1 Ciri-ciri Usahawan i. Cekap mengambil peluang ii. Kemahiran berkomunikasi iii. Kemahiran membuat keputusan iv. Berani mengambil risiko perniagaan v. Kreatif dan inovatif vi. Berupaya menghasilkan barang baru secara kreatif dan inovatif


98 | D C A 2 0 2 2 vii. Mementingkan kejayaan dan kepuasan bukan keuntungan viii. Berinisiatif dan bertanggungjawab ix. Komitmen tinggi x. Yakin dan optimistik xi. Mahir mengurus xii. Membina pasukan xiii. Berdikari 3.2.2 Ciri-ciri Peniaga i. Operasi berskala kecil • Aktiviti perniagaan yang dibentuk biasanya bermula dengan skala yang kecil dan ahli terdiri daripada keluarga. ii. Tidak mencipta barang sendiri • Peniaga mendapatkan barang sedia ada di pasaran dan dijual dengan harga yang telah ditetapkan oleh mereka berdasarkan perkadaran tertentu. • Mereka biasanya mendapatkan barangan dari usahawan. iii. Mengelakkan risiko perniagaan • Peniaga mengelak daripada mengambil risiko kerana risiko akan menyebabkan mereka menghadapi pelbagai kesulitan. • Mereka sedaya upaya mengelak daripada risiko agar perniagaan mereka tidak menemui kegagalan. iv. Membeli barang untuk dijual semula bagi mendapat keuntungan • Peniaga membeli barang dari sumber atau usahawan dengan harga yang rendah dan menjualnya dengan harga yang lebih tinggi. • Keuntungan sesuatu urus niaga ditentukan berdasarkan harga barangan yang diperoleh dari pengusaha.


99 | D C A 2 0 2 2 v. Mampu mengurus wang, pekerja, stok supaya perniagaan teratur dan sistematik • Faktor utama peniaga memulakan perniagaan adalah berorientasikan keuntungan. • Peniaga perlu bijak dalam melakukan urusan berkaitan kewangan, pekerja dan stok bagi memastikan kelancaran aktiviti perniagaan mereka. 3.3 Agensi Yang Terlibat Membantu Usahawan dan Peniaga dalam Latihan dan Kewangan Agensi yang terlibat memainkan peranan yang sangat penting terutama dalam memberikan pembiayaan dan modal permulaan dalam sesebuah perniagaan. Kita perlu merujuk kepada agensi yang telah diluluskan dan dipercayai ketelusannya dalam memberikan pembiayaan kepada bakal usahawan. Selain itu agensi terlibat membantu memberi khidmat latihan asas keusahawanan, kursus peningkatan kemahiran pengurusan dan perniagaan seperti pemasaran, kewangan dan kendalian perniagaan kecil dan sederhana. 3.3.1 Agensi yang mengurus pendaftaran perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia • Agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan • Membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam • Mengawalselia pematuhan perundangan korporat dan pendaftaran perniagaan • Aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang komprehensif


100 | D C A 2 0 2 2 3.3.2 Agensi yang memberi latihan keusahawanan dan bantuan kewangan TEKUN NASIONAL • Menyediakan pembiayaan mikro yang mudah, cepat dan mesra usahawan • Menyediakan khidmat bimbingan dan sokongan kepada usahawan tekun • Mewujudkan komuniti dan jaringan usahawan • Memupuk budaya keusahawanan dan menabung di kalangan usahawan • Memastikan pinjaman yang dikeluarkan dapat dikutip semula mengikut jadual agar dapat disalurkan semula kepada usahawan lain PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD • Menambah jumlah dan meningkat kualiti usahawan bumiputera dalam sektor industri dan komersil • Menggalakkan pembentukan usahawan bumiputera yang berdaya tahan di dalam industri strategik • Menyalur budaya keusahawanan di kalangan usahawan bumiputera dan melengkapkan mereka dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman SEKTOR KEUSAHAWANAN MARA • Program Berstruktur- program ini dilaksanakan secara stand alone atau berpakej termasuk Latihan Keusahawanan, Rancangan Perniagaan, Coaching, Penempatan Industri, Simulasi dan sebagainya.


Click to View FlipBook Version