The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RAK BUKU DIGITAL KV SHAS KUALA LIPIS, 2023-02-10 04:04:16

DCA 2022 LANDSCAPE

MODUL DCA 2022 LANDSCAPE

101 | D C A 2 0 2 2 • Coaching and Mentoring- perkhidmatan professional daripada industri / pakar perniagaan yang bertindak / berfungsi sebagai ‘pakar rujuk dan mentor’ berkaitan dalam bidang • Khidmat Nasihat - kemudahan yang disediakan oleh MARA kepada usahawan dan bakal usahawan dalam mendapatkan bimbingan dalam membangunkan usahawan melalui 117 buah Pejabat MARA Daerah dan juga 14 buah Pejabat MARA Negeri. • Program Khas - program–program khas yang dianjurkan di bawah Sektor Keusahawanan merupakan program yang dirangka untuk membangunkan usahawan dalam industri berpotensi secara berpakej SME BANK • Skim Pembiayaan Kontrak ialah pakej pembiayaan yang menggunakan produkproduk bank sedia ada. • Skim Pembiayaan ini adalah untuk pelanggan-pelanggan yang menjadi Kontraktor Utama atau Subkontraktor yang telah mendapat kontrak dari Kementerian, Jabatan atau Agensi Kerajaan. UNIT PENERAJU AGENDA BUMIPUTERA • Menerajui agenda bumiputera seperti yang digariskan dalam “Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera” selaras dengan pelan transformasi negara lainnya, termasuklah Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi


102 | D C A 2 0 2 2 Kerajaan (GTP) dan Strategic Reform Initiatives (SRI) merentasi kementerian dan sektor. • Memacu pelaksanaan agenda bumiputera melalui penerokaan inisiatif-inisiatif baru dan memperkenalkan pembaharuan kepada instrumen sediaada. • Menyelaras pelaksanaan inisiatif-inisiatif pembangunan ekonomi bumiputera melalui kerjasama strategik dengan agensi-agensi kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). • Mengenalpasti, membangun dan menjadi pemudah cara untuk perlaksanaan inisiatifinisiatif di bawah bidang keberhasilan utama ekonomi atau “National Key Economic Area” (NKEA) Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) Sdn Bhd • Malaysia Digital ialah inisiatif strategik nasional oleh Kerajaan Malaysia untuk menggalakkan dan menarik syarikat, bakat dan pelaburan sambil membolehkan perniagaan Malaysia dan rakyat memainkan peranan utama dalam revolusi digital global dan ekonomi digital.


103 | D C A 2 0 2 2 3.4 Dokumen yang Terlibat dalam Urus Niaga Pengenalan Dokumen perniagaan merupakan sumber rekod maklumat urus niaga yang dilakukan sama ada secara tunai atau kredit. Terdapat beberapa dokumen urus niaga yang lazimnya diperlukan dalam sesuatu urusan perniagaan. Dokumen perniagaan dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu: a) Sebelum urus niaga b) Semasa urus niaga c) Selepas urus niaga 3.4.1 Dokumen yang terlibat sebelum urus niaga. i. Nota minta/surat tanya Dokumen dihantar oleh pembeli kepada penjual yang mengandungi maklumat tentang barang yang hendak dibeli. Maklumat yang perlu ada adalah jenis barang, jenama, kuantiti, harga, syarat serahan, syarat pembayaran dan kadar diskaun.


104 | D C A 2 0 2 2 SYARIKAT ABCD No. 88, PERSIARAN WIRA 22, TAMAN GEMILANG 31350 IPOH, PERAK No.Rujukan : 12/X3 Syarikat XYZ 22. Jalan Panglima, 32600 Bota, Perak 8 November 2022 Tuan, Perkara: Senarai Harga Bahan Hiasan Majlis Perkara diatas adalah dirujuk. Pihak kami memohon pihak tuan menyediakan senarai harga bahan hiasan daripada syarikat tuan untuk rujukan kami. Kami amat berbesar hati jika pihak tuan dapat menyediakannya dengan kadar yang segera kepada kami. Sekian, terima kasih. Yang benar, Mazlan (Mazlan Ismail) Pengurus Rajah 3.1 Nota minta/ surat tanya ii. Sebut harga Dokumen dihantar oleh penjual kepada pembeli sebagai jawapan kepada nota minta/ surat tanya. Dokumen yang menyenaraikan harga barang yang diminta oleh peniaga. Maklumat yang diberi adalah harga barang yang hendak dibeli, syarat penghantaran dan pembayaran.


105 | D C A 2 0 2 2 PERNIAGAAN XYZ 22. Jalan Panglima, 32600 Bota, Perak Tel: 012-1234567 Email : [email protected] Kepada : SYARIKAT ABCD Alamat : No. 88, PERSIARAN WIRA 22, TAMAN GEMILANG 31350 IPOH, PERAK. Perhatian : TUAN MAZLAN Daripada : HONG Date : 12/11/2022 Tuan, Bil Butiran Kuantiti Harga seunit Jumlah (RM) 1 Pasu bunga Korea 5 unit 184.00 920.00 2 Dawai 1 gulung 34.00 34.00 TOTAL 954.00 Sila menghubungi pihak kami jika harga yang diberikan bersesuaian.. Terima kasih. Yang benar, Hong Rajah 3.2 Sebut harga iii. Katalog Katalog ialah buku, bahan, atau risalah bercetak yang mengandungi gambar barang, maklumat ringkas barang dan nombor rujukan barang. Maklumat yang diberi membentangkan produk dan perkhidmatan bagi meyakinkan pembeli secara visual.


106 | D C A 2 0 2 2 Rajah 3.3 Katalog 3.4.2 Dokumen yang terlibat semasa urus niaga i. Nota Serahan Dihantar oleh penjual kepada pembeli bersama-sama dengan barang. Pembeli boleh menyemak barang-barang yang dihantar dan sebagai perakuan bahawa barang-barang telah dihantar dengan selamat dan mengikut spesifikasi yang diminta oleh pembeli. Jenis barang dan kuantiti sahaja disenaraikan. Harga barang tidak dinyatakan


107 | D C A 2 0 2 2 PERNIAGAAN XYZ 22. Jalan Panglima, 32600 Bota, Perak Tel: 012-1234567 Email : [email protected] NOTA PENGHANTARAN KEPADA: SYARIKAT ABCD No. 88, PERSIARAN WIRA 22 TAMAN GEMILANG 31350 IPOH, PERAK. No. Nota Debit: 12/X3 Tarikh : 18/11/2022 Tuan, Perkhidmatan pembekalan bahan dan alatan untuk Hiasan Majlis. Bil Buturan Kuantiti 1 Pasu Bungan Korea 5 unit 2 Dawai 1 roll Sekian terima kasih. Yang benar, Diterima & disahkan bagi Pihak Pelanggan Hong Pengurus ……………………………………………………………… Rajah 3.4 Nota serahan


108 | D C A 2 0 2 2 ii. Invois Dokumen ini dikeluarkan oleh penjual kepada pembeli. Dokumen tersebut memaparkan maklumat menyebut barangan, bilangan dan harga yang ditetapkan bagi barangan atau perkhidmatan yang diberikan.Invois juga menyatakan syarat dan terma bayaran oleh pembeli. INVOIS PERNIAGAAN XYZ 22. Jalan Panglima, 32600 Bota, Perak Tel: 012-1234567 Email : [email protected] KEPADA: SYARIKAT ABCD No. 88, PERSIARAN WIRA 22 TAMAN GEMILANG 31350 IPOH, PERAK. No. Invois: 12/X3 Tarikh : 20/11/2022 Tuan, Perkhidmatan Pembekalan Bahan dan Alatan untuk Hiasan Majlis. Bil Butiran Kuantiti Harga seunit Jumlah (RM) 1 Flower pot- Korea 5 unit 184.00 920.00 2 Wire 1 roll 34.00 34.00 TOTAL 954.00 Terima kasih kerana memilih pihak kami untuk berurusniaga. Semoga anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang telah diberikan. Sekian terima kasih. Yang benar, Hong Pengurus Rajah 3.5 Invois


109 | D C A 2 0 2 2 iii. Borang pesanan Borang pesanan merupakan borang yang digunakan untuk membuat pesanan pembelian barang. Pembeli harus meneliti sebut harga, senarai harga dan katalog. Borang ini dihantar oleh pembeli kepada penjual. Harga yang dinyatakan adalah berdasarkan sebut harga yang dikeluarkan SYARIKAT ABCD PESANAN BELIAN No PO Tarikh: Kepada: ____________________________ ____________________________ ____________________________ Sila bekalkan pesanan berikut dengan kadar segara BIL PERKARA KUANTITI HARGA/UNIT JUMLAH JUMLAH Disediakan Oleh, Diluluskan Oleh, ______________________ ___________________ Nama: Nama: Tarikh: Tarikh: Rajah 3.6 Borang pesanan


110 | D C A 2 0 2 2 3.4.3 Dokumen yang terlibat selepas urus niaga i. Penyata Akaun /nota kredit Penyata Akaun ialah rekod formal kegiatan-kegiatan kewangan sesebuah perniagaan, orang perseorangan atau entiti-entiti yang lain. NOTA KREDIT SYARIKAT ABCD No. 88, PERSIARAN WIRA 22, TAMAN GEMILANG 31350 IPOH, PERAK PERNIAGAAN XYZ 22. Jalan Panglima, 32600 Bota, Perak Tel: 012-1234567 No. Nota Debit: 12/X3 Tarikh: 21 Februari 2022 Akaun tuan dikreditkan dengan butir-butir berikut: Bil Butiran Jumlah (RM) 1 Pasu bunga Korea 920.00 2 Dawai 34.00 Jumlah 954.00 Ringgit Malaysia : Sembilan Ratus Lima Puluh Empat Sahaja Mazlan Pengurus Rajah 3.7 Nota kredit


111 | D C A 2 0 2 2 ii. Resit Dikeluarkan oleh penjual apabila menerima bayaran daripada pembeli. Bukti penerimaan dan pembayaran yang telah dibuat. RESIT RASMI PERNIAGAAN ABC No. 88, PERSIARAN WIRA 22, TAMAN GEMILANG 31350 IPOH, PERAK. Tel: 019-2134567 Email : [email protected] Diterima daripada : Syarikat XYZ Ringgit Malaysia : Tiga Ribu Lima Ratus Sahaja Untuk bayaran : Untuk menjelaskan sepenuhnya invois No 4321 RM 3 500.00 Tunai/ Cek No. BB 767800 Ali Pengurus Rajah 3.8 Resit Jualan Tunai


112 | D C A 2 0 2 2 3.5 Rancangan Perniagaan 3.5.1 Definasi Rancangan Perniagaan Rancangan Perniagaan atau RP ialah dokumen yang menerangkan secara terperinci berkenaan dengan selok belok sesebuah perniagaan termasuk pelan awal, keperluan modal, rancangan pemasaran, jualan dan unjuran keuntungan. Selain daripada merekodkan informasi penting yang berkaitan dengan sesebuah syarikat dan perniagaan, rancangan perniagaan juga penting dalam usaha untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi institusi kewangan. Rajah 3.9 Rancangan Perniagaan


113 | D C A 2 0 2 2 3.5.2 Kepentingan Rancangan Perniagaan Berikut adalah kepentingan rancangan perniagaan : i. Garis panduan perniagaan Menggariskan segala aktiviti yang harus dijalankan oleh sesuatu pemiagaan. Sebagai garis panduan kepada pemilik perniagaan dan kakitangan perniagaan dalam proses pengurusan dan perjalanan perniagaan. Mengurangkan sebarang kesilapan dan penyelewengan dalam perniagaan. Mencapai keuntungan atau meningkat nilai jualan untuk sesuatu tempoh tertentu. ii. Membantu membuat keputusan Pihak pengurusan akan mengkaji rancangan perniagaan sebelum sebarang keputusan perniagaan atau strategi perniagaan dibuat. iii. Membantu membuat ramalan Membantu usahawan untuk membuat ramalan atau jangkaan mengenaib peniagaannya pada masa akan datang. Ramalan mengenai prestasi jualan atau keuntungan. iv. Menilai prestasi perniagaan Mengkaji prestasi ataupun kejayaan sesuatu pemiagaan dalam satusatu tempah tertentu (Kekuatan dan kelemahan) v. Meyakinkan Pihak Tertentu Meyakinkan pihak bank dan badan kerajaan untuk tujuan pinjaman dan intensif perniagaan. vi. Membantu mencapai objektif Perancangan yang rapi dan langkah-langkah berkesan serta usaha dan dedikasi terhadap pemiagaan akan membantu pencapaian matlamat perniagaan


114 | D C A 2 0 2 2 vii. Memaksimumkan penggunaan masa dan sumber Produktiviti perniagaan dapat ditingkatkan apabila amalan pembuangan masa dapat dikurangkan dan penggunaan sumber secara optimum 3.5.3 Ciri-Ciri Rancangan Perniagaan Yang Baik 1. Fakta dan maklumat yang digunakan adalah benar dan terkini. Diperoleh daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai seperti rekod dan data dalaman perniagaan, statistik kerajaan, data penyelidikan pemasaran dan lain-lain 2. Maklumat atau data yang dikumpul dianalisis secara terperinci dan berasas 3. Maklumat dan data-data yang berubah dari masa ke masa diubah suai dan dikemas kini. 4. Mempunyai satu set penyata kewangan iaitu proforma aliran tunai dan akaun penamat. 5. Memberi fokus kepada keperluan pengguna. Penyediaan Rancangan Perniagaan hendaklah mengambil kira tujuan ianya disediakan, contohnya untuk memohon pinjaman bank, untuk mendapatkan sesuatu tender dan sebagainya 6. Mempamerkan penyelarasan semua fungsi atau aktiviti perniagaan. Contohnya jika ramalan pendapatan perniagaan adalah RM1 juta, maka bahagian pemasaran, pengeluaran, kewangan, sumber manusia dan lain-lain aktiviti perniagaan bertindak sebagai ‘satu pasukan’ bagi mendapatkan sebanyak RM1 juta 7. Menunjukkan keazaman, komitmen dan kecekapan usahawan atau pengurus terbabit 8. Mempunyai pelan tindakan (action plan) yang jelas dan boleh dilaksanakan.


115 | D C A 2 0 2 2 3.5.4 Penyediaan Rancangan Perniagaan Rancangan perniagaan yang lengkap dan jelas adalah penting bagi memberikan gambaran tentang perniagaan yang hendak dimulakan. Berikut adalah maklumat yang diperlukan dalam penghasilan Rancangan Perniagaan. Format Rancangan Perniagaan 1. Format rancangan perniagaan yang disediakan bergantung kepada keperluan dan tujuan utama rancangan perniagaan tersebut disediakan. 2. 12 perkara penting yang harus ada dalam format rancangan perniagaan adalah seperti yang berikut. (a) Ringkasan eksekutif (b) Tujuan rancangan perniagaan/kertas kerja (c) Latar belakang perniagaan (d) Latar belakang pemilik/rakan kongsi (e) Kedudukan tapak projek (f) Objektif projek (g) Rancangan pentadbiran (h) Rancangan operasi (i) Rancangan pemasaran (j) Rancangan kewangan (k) Penutup (l) Lampiran (dokumen-dokumen sokongan) Ringkasan Eksekutif 1. Bahagian ringkasan eksekutif memberi gambaran ringkas secara keseluruhan berkenaan dengan projek perniagaan yang hendak dijalankan. (a) Maklumat pemilik (b) Modal permulaan projek perniagaan (c) Nama perniagaan (d) Alamat tempat perniagaan beroperasi (e) Bentuk milikan perniagaan (f) Aktiviti utama produk atau perkhidmatan (g) Nombor pendaftaran perniagaan atau nombor lesen perniagaan


116 | D C A 2 0 2 2 Pengenalan (Tujuan Rancangan Perniagaan/Kertas Kerja) 1. Bahagian ini memberi gambaran umum berkaitan tujuan rancangan perniagaan tersebut disediakan. 2. Tujuan rancangan perniagaan adalah merujuk kepada objektif dan matlamat yang ingin dicapai oleh perniagaan dan perlu dinyatakan dengan jelas. 3. Tujuan rancangan perniagaan disediakan adalah seperti yang berikut. i. Untuk memohon pinjaman daripada pembiaya ii. Untuk meyakinkan pihak bank bersetuju untuk membiayai kos pelaksanaan projek perniagaan iii. Untuk merancang pelaksanaan perniagaan iv. Untuk meyakinkan pihak pembekal agar memberi kemudahan kredit atas pembekalan barang-barang yang diperlukan untuk projek perniagaan tersebut. Latar Belakang Perniagaan 1. Bahagian ini mengandungi segala maklumat asas berkenaan projek perniagaan yang hendak dijalankan. 2. Maklumat yang perlu ada dalam latar belakang perniagaan adalah seperti yang berikut. (a) Nama perniagaan (b) Lokasi perniagaan dijalankan (c) Nombor pendaftaran perniagaan (d) Tarikh pendaftaran perniagaan (e) Bentuk pemilikan perniagaan sama ada milikan tunggal, perkongsian atau syarikat (f) Aktiviti utama perniagaan (g) Sumber pembiayaan perniagaan (h) Jumlah modal permulaan perniagaan (i) Nama dan alamat pemegang saham (j) Nama dan nombor akaun bank perniagaan


117 | D C A 2 0 2 2 Latar Belakang Pemilik atau Rakan Kongsi 1. Bahagian ini akan menyenaraikan butiran berkaitan maklumat pemilik atau rakan kongsi perniagaan. 2. Butiran yang disenaraikan dalam bahagian ini adalah seperti yang berikut. (a) Nama penuh (b) Tarikh lahir/umur (c) Alamat tetap (d) Nombor telefon (e) Kelulusan akademik (f) Status perkahwinan (g) Pengalaman bekerja (h) Kemahiran yang dimiliki Kedudukan Tapak Projek 1. Kedudukan tapak projek merujuk kepada lokasi atau tempat perniagaan dijalankan. 2. Lokasi perniagaan dan projek mestilah mempunyai kedudukan strategik bagi membantu kejayaan sesebuah perniagaan. 3. Aspek penting yang dipertimbangkan berkaitan dengan kedudukan tapak projek termasuklah lokasi tapak projek, kemudahan fizikal projek, bangunan tempat operasi projek, dan kemudahan asas yang terdapat di kawasan projek dijalankan. Objektif Perniagaan 1. Objektif projek perniagaan terbahagi kepada misi, visi, objektif jangka pendek dan objektif jangka panjang 2. Objektif projek mengandungi beberapa maklumat berkaitan dengan sasaran jualan, sasaran pelanggan, dan sasaran keuntungan yang akan diperoleh. (a) Sasaran jualan • Sasaran jualan ialah anggaran jualan yang boleh dicapai sepanjang tempoh perniagaan dilakukan. • Sasaran jualan ini juga boleh membantu usahawan dalam. mencapai sasaran keuntungan perniagaan.


118 | D C A 2 0 2 2 (b) Sasaran Untung • Sasaran untung merupakan anggaran keuntungan yang bakal diterima oleh perniagaan setelah menolak segala kos perbelanjaan semasa perniagaan berjalan. • Kos perbelanjaan perlu diminimumkan sekiranya usahawan ingin mencapai keuntungan yang tinggi. (c) Sasaran pelanggan • Sasaran pelanggan ialah kumpulan sasaran yang dikenal pasti yang akan menggunakan produk atau perkhidmatan yang akan ditawarkan oleh perniagaan • Strategi pemasaran perlu berfokuskan kepada sasaran pelanggan. Rancangan Pentadbiran 1. Segala maklumat yang berkaitan dengan tenaga kerja dan kos perbelanjaan 2. Perkara yang terkandung dalam perancangan pentadbiran adalah seperti yang berikut. (a) Menyediakan carta organisasi perniagaan (b) Menyediakan spesifikasi tugas mengikut jawatan (c) Menyediakan jadual imbuhan atau gaji (d) Menyediakan anggaran keperluan pejabat Rajah 3.10 Contoh Carta Organisasi


119 | D C A 2 0 2 2 Rancangan Operasi 1. Rancangan operasi melibatkan aktiviti-aktiviti merancang proses pengeluaran sesuatu produk. Rancangan operasi menerangkan kerja berkaitan aktiviti pengeluaran atau perkhidmatan yang perlu dilaksanakan mengikut urutannya untuk menghasilkan sesuatu produk atau perkhidmatan 2. Antara keperluan operasi yang perlu dirancang ialah: (a) carta aliran proses; (b) keperluan bahan mentah: (c) senarai mesin dan peralatan; (d) susun atur ruang operasi; (e) belanja operasi perniagaan; (f) pembahagian tugas pekerja bahagian operasi. Keperluan Rancangan Operasi Huraian Carta aliran proses • Langkah-langkah yang terlibat dalam proses penghasilan output akhir. Keperluan bahan • Senarai bahan yang diperlukan • Jenis bahan, maklumat pembekal, kuantiti, kualiti, dan harga. Senarai mesin dan peralatan • Nama mesin dan peralatan yang perlu ada di bahagian operasi Susun atur ruang operasi • Pelan ruang operasi yang menunjukkan susunan dan letakan loji dan mesin, perabot serta stok bahan mentah dan barang siap. Perabot dan kelengkapan • Menyenaraikan peralatan yang diperlukan oleh perniagaan mengikut jenis, model,unit, kos, kegunaan produk dan pembekal. Belanja operasi perniagaan • Sama ada perbelanjaan aset seperti pembelian mesin dan perbelanjaan bulanan seperti pembelian bahan. Pembahagian tugas • Jawatan dan agihan tugas bahagian operasi perlu disediakan. • Misalnya, pengurus operasi membuat tempahan bahan. .


120 | D C A 2 0 2 2 Rancangan Pemasaran 1. Rancangan pemasaran pula menghuraikan aktiviti perniagaan untuk memasarkan produk dan perkhidmatan yang telah siap diproses. 2. Rancangan pemasaran disediakan dengan mengambil kira keperluan pelanggan, maklumat pesaing, campuran pemasaran dan potensi untuk meluaskan pasaran perniagaan. 3. Analisis pasaran akan dilakukan untuk mengenal pasti jenis produk yang diperlukan oleh pelanggan, trend pasaran terkini, saiz pasaran, dan pesaing yang wujud di sekitar perniagaan. 4. Usahawan boleh membuat ramalan jualan yang boleh dijual oleh perniagaan dalam satu tempoh masa tertentu. 5. Usahawan perlu merangka strategi pemasaran untuk mempromosi produk dan perkhidmatan kepada orang ramai. Rancangan Kewangan 1. Rancangan kewangan disediakan untuk mengetahui keadaan kewangan dengan mengambil kira modal permulaan perniagaan, segala kos yang terlibat, sumber pembiayaan dan pelan pembayaran balik perniagaan. 2. Rancangan kewangan yang lengkap menjadi rujukan penting kepada pihak luar dalam memberikan pinjaman dan menarik pelaburan. 3. Penyata aliran tunai perlu disediakan mengikut bulanan atau tahunan, Penutup 1. Penutup merupakan rumusan dan cadangan terhadap perniagaan yang ingin dijalankan. 2. Dalam ruangan penutup harus membuat satu kesimpulan secara menyeluruh berkaitan dengan produk dan perkhidmatan yang dijalankan. Lampiran 1. Usahawan perlu melampirkan semua dokumen sokongan sebagai bukti tentang perniagaan yang dijalankan. 2. Antara contoh dokumen sokongan adalah seperti yang berikut. (a) Contoh gambar produk (b) Sijil pendaftaran perniagaan


121 | D C A 2 0 2 2 (c) Perjanjian perkongsian (d) Logo perniagaan beserta huraian logo (e) Gambar lokasi perniagaan (f) Jadual pelaksanaan projek 3.6 Rancangan Pemasaran 3.6.1 Definisi Pemasaran 1. Secara amnya, pemasaran merujuk kepada strategi, proses, atau kaedah yang berkesan untuk menyalurkan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna 2. Pemasaran termasuk tindakan mewujudkan konsep sesuatu produk, pembangunan produk, penetapan harga, pengagihan produk, dan promosi. 3. Proses pemasaran dikendalikan secara sistematik untuk memuaskan kehendak dan keperluan pengguna di samping meningkatkan jualan syarikat. 3.6.2 Tujuan Pemasaran Perniagaan Tujuan dan matlamat pemasaran kepada usahawan termasuklah: (a) membantu mengetahui cita rasa pengguna melalui penyelidikan pemasaran; (b) membantu memperkenalkan produk kepada pengguna sasaran yang dikenal pasti; (c) membantu meningkatkan jualan dan keuntungan; (d) membantu melaksanakan penjenamaan semula sesuatu produk yang dapat mewujudkan satu imej baharu kepada pengguna di pasaran; (e) memperkenalkan produk sedia ada di sesuatu pasaran baharu; (f) memastikan produk yang dihasilkan akan sampai ke tangan pengguna. Untuk memasarkan produk secara berkesan, usahawan harus merangka satu strategi pemasaran yang lengkap. Pelaksanaan strategi pemasaran yang lengkap mengandungi dua unsur seperti yang berikut:


122 | D C A 2 0 2 2 i. Sasaran Pasaran • Usahawan harus mengenal pasti kumpulan pengguna untuk menyasarkan produknya. • Produk yang dipasarkan dapat memenuhi cita rasa dan kehendak kumpulan sasaran ini. ii. Campuran Pemasaran Campuran pemasaran merujuk kepada empat elemen penting yang dapat menentukan kejayaan perniagaan dalam mencapai matlamat. Unsur campuran pemasaran adalah seperti yang berikut: Rajah 3.11 Campuran/ Elemen Pemasaran (a) Keluaran/produk/barangan (product) • Produk ialah apa-apa sahaja yang boleh ditawarkan kepada pasaran untuk perhatian, pemerolehan atau penggunaan yang mungkin memenuhi kehendak atau keperluan pemerolehan atau penggunaan yang mungkin memenuhi kehendak atau keperluan organisasi,orang, tempat dan idea. • Produk, perkhidmatan, pengalaman adalah bahagian penting untuk kekal menghargai pelanggan dan menarik minat untuk membeli. • Peniaga perlu memastikan kualiti, reka bentuk, prestasi barangan yang ditawarkan benar-benar mencapai piawaian yang telah ditetapkan. • Dari segi pembungkusan, peniaga perlu memastikan cara pembungkusan yang digunakan memenuhi ciri-ciri keselamatan, sesuai dan menarik. Pengguna masa kini sudah mula mencari produk ataupun keluaran yang


123 | D C A 2 0 2 2 mempunyai bungkusan dan pelabelan yang menarik. Hal ini demikian kerana terlalu banyak barangan yang terdapat di pasaran yang menawarkan fungsi yang sama. • Oleh yang demikian peniaga perlu bijak menarik minat pelanggan dengan memastikan pembungkusan selari menepati ciri-ciri asas dapat menunjukkan perbezaan dengan ketara dengan produk pesaing Rajah 3.12 Klasifikasi produk dan perkhidmatan


124 | D C A 2 0 2 2 (b) Penentuan/penetapan harga (price) Harga didefinisikan sebagai nilai yang harus dibayar oleh pengguna atau pembeli kepada peniaga sebagai pulangan kepada barangan yang ditawarkan oleh perniagaan. Berikut ialah beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan dalam menetapkan harga barangan yang ditawarkan oleh peniaga: • Jumlah kos sebenar produk yang ditawarkan. • Menilai harga jualan yang ditawarkan oleh pesaing. • Menilai struktur diskaun yang akan diperkenalkan. • Menilai tanggapan pengguna sasaran terhadap nilai produk kita dengan pesaing. (c) Tempat memasarkan (place) • Tempat atau saluran pengedaran adalah untuk memastikan produk sampai kepada pengguna. Aspek yang penting dalam strategi tempat ialah pengguna mendapat akses kepada produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Produk yang ditawarkan perlu berada di tempat yang sesuai dengan kualiti dan kuantiti yang pengguna mahukan. • Pengedaran boleh dilakukan secara langsung atau tidak langsung. Pengedaran langsung ialah pengedaran di mana pemasar berhubung terus dengan pengguna atau terus dari pengeluar kepada pengguna. Manakala pengedaran tidak langsung melibatkan pemborong, peruncit dan orang tengah yang lain. • Faktor-faktor penting dalam pemilihan saluran pengedaran ialah: - Saiz pasaran. - Ciri-ciri produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. - Strategi pemilihan orang tengah. - Saluran pengedaran yang digunakan oleh pesaing. - Keupayaan peniaga dalam merancang saluran pengedaran tersebut.


125 | D C A 2 0 2 2 (d) Promosi/ Iklan • Promosi merujuk kepada komunikasi perniagaan yang digunakan untuk kepada memberitahu, menyedarkan, memujuk dan mempengaruhi pengguna untuk membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan • Tujuan komunikasi ini supaya pemasar boleh menyampaikan mesej kepada pengguna dan mengetahui maklum balas pengguna terhadap tawaran perniagaan. daripada pengiklanan, jualan langsung, promosi jualan dan publisiti


126 | D C A 2 0 2 2 LATIHAN/ PENILAIAN 1. Apakah definisi usahawanan dan peniaga? 2. Terangkan dua sumbangan usahawan kepada masyarakat. 3. Nyatakan empat dokumen yang boleh dijadikan sebagai dokumen sokongan untuk penyediaan rancangan perniagaan. 4. Senaraikan empat elemen pemasaran.


127 | D C A 2 0 2 2 JAWAPAN LATIHAN/PENILAIAN Soalan 1 i. Peniaga Peniaga ialah orang yang menjalankan kegiatan jual beli barangan atau melakukan kegiatan perkhidmatan dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. ii. Usahawan Usahawan ialah orang yang mengusahakan sesuatu perniagaan yang kreatif, inovatif, berani mengambil risiko, mencipta dan merebut peluang perniagaan untuk mendapatkan keuntungan, kepuasan diri serta kemajuan dan kemakmuran masyarakat dan negara. Soalan 2 i. Menyediakan peluang pekerjaan ii. Menghasilkan pelbagai produk dan perkhidmatan Soalan 3 i. Contoh gambar produk ii. Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan iii. Lesen perniagaan iv. Kad perniagaan Soalan 4 i. produk ii. harga iii. pengagihan iv. promosi


128 | D C A 2 0 2 2 SENARAI RUJUKAN Jabatan Pengajian Politeknik. (2013). Hortikultur: Hortikultur Landskap. Putrajaya: Jabatan Pengajian Politeknik. Azuwa, N, Ismail, C.N.A, Badrul, H.F.D, dan Ahmad, S. N. A (2020), Landskap dan Nurseri Tingkatan 4 & 5, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. K. Morgan, Zan ‘Asri Tasir (2020). Perniagaan Tingkatan 4 & 5,: Sasbadi Sdn. Bhd. Selangor https://www.slideshare.net/NURAINANIMAHYUDDIN/perlakkusanaan-landskap-kejurhardscape https://www.google.com/search?q=bollard&client=firefox-b-d&sxsrf=ALiCzsaG5QA4fz_cngtfRVbK3XaJETgDA:1662434415454&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2a hUKEwjPpq7mmv_5AhW1yDgGHX3gDzMQ_AUoAXoECAIQAw#imgrc=ShLgBdpz KaFYxM https://www.google.com/search?q=bollard&client=firefox-b-d&sxsrf=ALiCzsaG5QA4fz_cngtfRVbK3XaJETgDA:1662434415454&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2a hUKEwjPpq7mmv_5AhW1yDgGHX3gDzMQ_AUoAXoECAIQAw#imgrc=IFceXLhBt C4zZM https://www.google.com/search?q=kolam+air+pancut&tbm=isch&ved=2ahUKEwjE68Tw mv_5AhXQi9gFHT3GCRMQ2- cCegQIABAA&oq=kolam+air+pancut&gs_lcp=CgNpbWcQA1DpEFjaM2CENmgAcA B4AIABAIgBAJIBAJgBAKABAaoBC2d3cy13aXotaW1nwAEB&sclient=img&ei=hLw WY8SZMNCX4t4PvYynmAE&client=firefox-b-d#imgrc=hk_8q8mA3xZtcM https://www.google.com/search?q=kolam+air+pancut&tbm=isch&ved=2ahUKEwjE68Tw mv_5AhXQi9gFHT3GCRMQ2- cCegQIABAA&oq=kolam+air+pancut&gs_lcp=CgNpbWcQA1DpEFjaM2CENmgAcA B4AIABAIgBAJIBAJgBAKABAaoBC2d3cy13aXotaW1nwAEB&sclient=img&ei=hLw WY8SZMNCX4t4PvYynmAE&client=firefox-b-d#imgrc=bGjahNBC2tG9fM https://www.google.com/search?q=hardscape+batu+gravel&tbm=isch&ved=2ahUKEwiT kJq9oP_5AhVgyKACHa-BCpUQ2- cCegQIABAA&oq=hardscape+batu+gravel&gs_lcp=CgNpbWcQAzoECCMQJzoGC AAQHhAHUPMgWJhBYKREaABwAHgBgAGiCIgBnyCSAQ8wLjMuMi4yLjAuMS4xL


129 | D C A 2 0 2 2 jGYAQCgAQGqAQtnd3Mtd2l6LWltZ8ABAQ&sclient=img&ei=Y8IWY9PSLeCQg8U Pr4OqqAk&bih=643&biw=1366&client=firefox-bd#imgrc=iV48GpecFmg1sM&imgdii=1WPh9vzmBYbM9M https://www.google.com/search?q=hardscape+rubber+mat+playground&tbm=isch&ved= 2ahUKEwi_1oTouP_5AhU6CLcAHUMjChwQ2- cCegQIABAA&oq=hardscape+rubber+mat+playground&gs_lcp=CgNpbWcQAzoEC CMQJ1CzE1j4O2DmPWgAcAB4AIAB8gGIAZkNkgEFNi42LjGYAQCgAQGqAQtnd3 Mtd2l6LWltZ8ABAQ&sclient=img&ei=6NsWY7_CAbqQ3LUPw8ao4AE&bih=643&bi w=1366&client=firefox-b-d#imgrc=EoN_thbEL1FVoM https://www.google.com/search?q=hardscape+tarmac&tbm=isch&ved=2ahUKEwjY3vT4 uP_5AhWnErcAHV9WAmIQ2- cCegQIABAA&oq=hardscape+tarmac&gs_lcp=CgNpbWcQAzoECCMQJzoFCAAQg AQ6BggAEB4QCFCkKFjzNWCLPGgBcAB4AIABlQGIAZMHkgEDMC43mAEAoAE BqgELZ3dzLXdpei1pbWfAAQE&sclient=img&ei=C9wWY5itGael3LUP36yJkAY&bih =643&biw=1366&client=firefox-b-d#imgrc=1xgIIxfoR62OfM https://www.google.com/search?q=hardscape+jambatan&tbm=isch&ved=2ahUKEwjnsc Lquf_5AhX4lNgFHdoDCQ0Q2- cCegQIABAA&oq=hardscape+jambatan&gs_lcp=CgNpbWcQAzoECCMQJzoFCAA QgAQ6BggAEB4QCDoECAAQHjoECAAQGFCNFVjpH2DUImgAcAB4AIABvAOIAe 0RkgEJMS4zLjEuMi4ymAEAoAEBqgELZ3dzLXdpei1pbWfAAQE&sclient=img&ei=- dwWY6fRKPip4t4P2oekaA&bih=643&biw=1366&client=firefox-bd#imgrc=4YKul0aaq5ujFM https://www.google.com/search?q=hardscape+meja+taman&tbm=isch&ved=2ahUKEwjY k-3dvP_5AhUqi9gFHf7wAPgQ2- cCegQIABAA&oq=hardscape+meja+taman&gs_lcp=CgNpbWcQA1AAWABgAGgAc AB4AIABAIgBAJIBAJgBAKoBC2d3cy13aXotaW1n&sclient=img&ei=BOAWY9iBGa qW4t4P_uGDwA8&bih=643&biw=1366&client=firefox-b-d#imgrc=-aRI_skhpoPfM&imgdii=2YaKc5eqwMoFlM https://www.google.com/search?q=hardscape+arca+lumut&tbm=isch&ved=2ahUKEwiRr K6Bw__5AhXFyKACHTTGB04Q2- cCegQIABAA&oq=hardscape+arca+lumut&gs_lcp=CgNpbWcQAzoECCMQJ1DHOli - b2CbdWgBcAB4AIABogmIAecnkgEPMC4yLjIuMC4xLjAuMi4ymAEAoAEBqgELZ3d zLXdpei1pbWfAAQE&sclient=img&ei=meYWY9H7HcWRg8UPtIyf8AQ&bih=643&bi w=1366&client=firefox-b-d#imgrc=DC1ibj_t_EGs7M


Click to View FlipBook Version