The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROOF Amalan dan prinsip halal -main ebook

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by siffin05, 2021-10-17 10:40:49

PROOF Amalan dan prinsip halal -main ebook

PROOF Amalan dan prinsip halal -main ebook

PRINSIP DAN AMALAN
HALAL

FADHILI MUHAMMAD
SAIFUL NIZAM MUKHTAR

YUSIDAWATI YUSSOF

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

FADHILI BIN MUHAMMAD
SAIFUL NIZAM MUKHTAR

YUSIDAWATI YUSOF

Hak Cipta Terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh
diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi,
ataupun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang
cara, baik dengan cara elektronik, mekanik, fotokopi, perakaman dan
sebagainya, tanpa izin terlebih dahulu daripada POLITEKNIK SULTAN
HAJI AHMAD SHAH

2

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

SENARAI ISI KANDUNGAN

BAB TOPIK MUKASURAT

1.0 PENGENALAN HALAL DAN HARAM

1.1 Sumber Rujukan dan Metodologi Syariah Islam

1.1.1 Sumber Rujukan Utama

1.1.1.1 Al Quran
1.1.1.2 Hadis
1.1.1.3 Al Ijma’ (Consensus)
1.1.1.4 Al Qiyas (Analogy)

1.1.2 Sumber Rujukan Kedua

1.1.2.1 Uruf
1.1.2.2 Al Masalih al Mursalah
1.1.2.3 Sadd Al-Zarai’i
1.1.2.4 Istihsan
1.1.2.5 Istishab
1.1.2.6 Ra’yu as Sahabah
1.1.2.7 Shariat Nabi-Nabi Terdahulu

1.1.3 MS 2393 Prinsip Islam dan Halal-Definisi
dan Penjelasan Istilah

1.1.4 Edict (fatwa) issued by Federal and State Level

1.2 Penerangan Syariah Islam

1.2.1 Definisi Syariah Islam
1.2.2
Kategori Undang-undang Syariah
1.2.2.1 Hukum Taklifi: Fardhu, Sunat, Haram,

Makruh and Harus
1.2.2.2 Hukum Wadh’i: Sebab, Sharat, Halangan,

Sahih dan Batal.

3

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

BAB TOPIK MUKASURAT

1.2.3 Skop Perbahasan Syariah Islam
1.2.3.1 Aqidah
1.2.3.2 Syariah
1.2.3.3 Akhlak

1.2.4 Ciri ciri Keistimewaan Syariah Islam
1.2.4.1 Rabbaniyah
1.2.4.2 Alamiyah
1.2.4.3 Shumuliyyah
1.2.4.4 Waqi’iyyah
1.2.4.5 Tsabitah dan Murunah

1.3 Penjelasan Matlamat Umum Syariah Islam
(Maqasid al Shari’ah)

1.3.1 Menjaga Agama
1.3.2 Menjaga Nyawa
1.3.3 Menjaga Akal
1.3.4 Menjaga Harta
1.3.5 Menjaga Keturunan

1.4 Mengenal Empat Imam Mazhab

1.4.1 Hanafi (80H – 150H)
1.4.2 Maliki (93H – 179H)
1.4.3 Syafi’i (150H – 204H)
1.4.4 Hanbali (164H – 241H )

2.0 PRINSIP HALAL DAN HARAM

2.1 Perbincangan Prinsip-prinsip halal dan haram

2.1.1 Asal Tiap-Tiap Sesuatu Adalah Harus
2.1.2 Menentukan Halal dan Haram adalah Hak

Allah SWT sahaja

4

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

BAB TOPIK MUKASURAT

2.1.3 Mengharamkan yang Halal dan Menghalalkan
yang haram Sama dengan Syirik kpd Allah
SWT

2.1.4 Sebab-sebab asas dilarang perkara yang
haram kerana membawa pencemaran dan
kemudaratan.

2.1.5 Setiap yang Halal Tidak Memerlukan yang
Haram

2.1.6 Apa Saja yang Membawa Kepada Haram
adalah Haram

2.1.7 Mencari Helah Terhadap Hal yang Haram,
Hukumnya adalah Haram

2.1.8 Menjauhkan Diri dari Syubhat Kerana Takut
Terlibat dalam Haram

2.1.9 Menjauhkan Diri dari Syubhat Kerana Takut
Terlibat dalam Haram

2.1.10 Sesuatu yang Haram Berlaku Untuk Semua
Orang.

2.1.11 Keadaan Terpaksa Membolehkan Yang
Terlarang

3.0 MAKANAN YANG HALAL DAN TIDAK HALAL

3.1 Penjelasan Taharah dan Najis (Cleanliness)

3.1.1 Mughallazah
3.1.2 Mukhaffafah
3.1.3 Mutawassitah

3.2 Penjelasan Ibadah Taharah @ Penyucian (Islamic
Cleansing)

3.2.1 Samak
3.2.2 Sertu
3.2.3 Amali samak dan sertu

5

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

BAB TOPIK MUKASURAT

3.3 Perbincangan Kaedah Pelaksanaan Empat Perkara
Dalam Industri Makanan

3.3.1 Istihalah
3.3.2 Istihlak
3.3.3 Jallalah
3.3.4 Umum al Balwa

4.0 SEMBELIHAN HALAL

4.1 Penjelasan Persoalan Penyembelihan Halal

4.1.1 Orang Yang Menyembelih
4.1.2 Binatang Yang di Sembelih
4.1.3 Peralatan Menyembelih

4.2 Bantuan Penyembelihan

4.3 Penerangan Proses Penyembelihan

4.3.1 Sebelum Penyembelihan
4.3.2 Ketika Penyembelihan
4.3.3 Selepas Penyembelihan

4.4 Demonstrasi Proses Penyembelihan melalui
kumpulan

6

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

BAB 1
PENGENALAN HALAL DAN HARAM

7

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

1.0 PENGENALAN HALAL DAN HARAM

Halal dan haram adalah dua hukum yang berlawanan
diantara satu sama lain yang memberi impak ke atas sesuatu itu
dibolehkan atau sebaliknya. Ianya sangat penting untuk difahami
oleh setiap orang Islam dan manusia umumnya dalam menjalani
kehidupan di dunia ini. Sehubungan itu beberapa pengetahuan asas
mengenai Islam sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah SWT dan
RasulNya SAW yang kemudiannya diperincikan pula oleh para
ulama rahimahumullah mesti difahami kenapa sesuatu itu
dibolehkan atau disebut sebagai harus dan dilarang atau disebut
sebagai haram.

Firman Allah SWT:

ْ‫قُسُقلْلطَْاإَِّمًنْنَاَْْوأََحنْمرَْمْتَُْقَرِّولُْبَوْااْلَفَعلََواىِحْاّلمَشِْلََْْْممااَْْظلََْْهتََْرعْلَِمُنم َوهْاَْنَْوَماْبَطَ َنَْْوالإثََْْوالبَغيَْبِغَ ِْيْاْلَِّقَْْوأَنْْتُشِرُكواِْبّلملَِْْماَْْلْْيُنزْلْبِِْه‬

Maksud: Katakanlah: "Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan
yang keji, baik yang nampak ataupun yang tersembunyi, dan
perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar,
(mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang
Allah tidak menurunkan hujjah untuk itu dan (mengharamkan)
mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (al
A’raf: 33)

Sabda Rasulullah SAW:

Hadis dari Abi Abdillah al Nu’man bin Basyir r.anhuma
berkata, aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda:

َْْْ‫ْل‬، َ‫تْقَْْْتأْعََْْلَْلْيََِصَْفْعلََوْلإَاِلَحُْممنُّْْشاُهْلبُِْلمنََْهْكُْاَسَكِلّْثُِدْْتِْْْمَيْرْكُلَِْوُلّقِمَهُْكْعََْنَْْْْوِِِْاإِلحفًْنذَمْااْىِْْْأس‬،‫َْراْتَْشَْوتَعَْبمَِصَْفَلهَِنْياَْهحَِور‬،‫تْحتملَْْْاْقَََكىفَْالْْىَْلاَسْْلمربااَلِْلَدِّْْعُِْيَرشّاَْمبَيُْْْالََْوَيهرِإَِامَُسرمنهْْعُُدِْْتْْاْأَىَُْْْكفلَْلَُلََّْقَرْهَحاَُْودْمَوْْإأَِْْالبْمنََلَِّْْْْساْيِترََْوْفلِِْْْهبََْوأاَمَْبَيَْْْلليىَِْْاْنلدَِيَسيقَهُونِدِلِْهَمِشْْاْْمُُبَْْوُأكُْضعِمُْأغَرَوةًنرْرِْْضْْْإهِِيَمُذ‬،َِ‫اإففَََِوْإَِّلنمَْسَمْنَرْانِاَدِْْْمِْلا‬

8

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

Maksud: Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas dan

perkara yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat

perkara yang syubhat (samar-samar), yang tidak diketahui
oleh kebanyakan orang. Maka siapa yang takut terhadap

syubhat bererti dia telah menyelamatkan agamanya dan

kehormatannya, dan siapa yang terjerumus dalam perkara

syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang

diharamkan. Sebagaimana penggembala yang

mengembalakan haiwan gembalaannya di sekitar (ladang)

yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia

akan memasukinya. Ketahuilah bahawa setiap raja memiliki

larangan dan larangan Allah adalah apa yang Dia(Allah)

haramkan. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad terdapat

segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh jasad ini

dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh badan jasad,

ketahuilah bahawa ianya adalah hati.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

1.1 Sumber Rujukan dan Metodologi Syariah Islam

Rajah 1

9

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

1.1.1 Sumber Rujukan Utama

Sumber yang disepakati Ialah sumber hukum atau masadir
al Syariah yang disepakati (ittifaq) oleh para ulama dan tidak ada
ikhtilaf ke atasnya iaitu al Quran, al Hadis, al Ijma’ dan al Qiyas.

• AL QURAN

Kalam Allah yang bermukjizat, diturunkan ke atas Nabi dan
Rasul akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w. melalui
perantararan Malaikat Jibril, yang termaktub dalam mashaf,
dipindahkan kepada kita secara mutawatir, menjadi ibadah dengan
membacanya yang di mulai dengan surah al Fatihah dan berakhir
dengan surah al Nas.1

• AL HADIS

Segala apa yang diriwayatkan daripada Nabi SAW samaada
percakapan, perbuatan, ikrar dan penerangan sifat khalqiyyah dan
khuluqiyyah Baginda saw.2

Rajah 2

1 Al Syeikh Muhammad Ali Al Sobuni,Al Tibyan Fi Ulum Al Quran.
2 Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah, Al Wasit Fi Ulum Wa Mustalahal Hadis.

10

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

• Hadis Mutawatir

Bahasa : berturut-turut
Istilah : hadis yang diriwayatkan oleh sebilangan besar perawi pada
setiap Tabaqat (zaman Sahabat, Tabi’in dan Tabi’ al Tabi’in), yang
mana bilangan ini mustahil pada akal bahawa mereka sepakat
berdusta terhadap Rasulullah s.a.w

• Hadis Ahad

Bahasa : satu
Istilah : hadis yang yang tidak memenuhi syarat-syarat hadis
mutawatir ataupun yang tidak sampai darjat mutawatir sama ada
perawinya seorang atau pun ramai

• Hadis Sahih

Hadith sahih ialah hadith yang mempunyai sanad yang
bersambung, diriwayatkan oleh perawi yang adil dan
dhabit dan selamat daripada syaz dan juga kecacatan.

Syarat Hadis Sahih
1. Bersambung sanad pd setiap tabaqat.
2. Perawi bersifat adil .
3. Penjagaan dan ingatan yang baik (hafaz dan tulis ) .
4. Tiada syaz dan illah (ganjil dan cacat).

Tiada syaz: tiada kejanggalan iaitu tidak bertentangan dengan
riwayat hadis yang lebih kuat.
Tiada illah: tiada kecacatan iaitu tidak bertentangan dengan
riwayat hadis yang lebih thiqah.

Hadis Sahih Terbahagi Kepada Dua Iaitu:

1. Sahih lizatih: hadis yang kuat dengan sendirinya tanpa di
perkuatkan oleh hadis lain.

2. Sahih lighairih: hadis yang bersandarkan kekuatan pada hadis
yang lain, yang mana ia pada asalnya adalah hadis hasan.

11

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

• AL IJMA’

Persepakatan semua ulama’ mujtahid dikalangan umat Nabi
Muhammad s.a.w. pada satu-satu zaman terhadap sesuatu hukum
syara’.

• AL QIYAS

Menyamakan sesuatu perkara yang tidak dinyatakan hukumnya,
dengan perkara yang lain yang dinaskan hukumnya, disebabkan
ada persamaan antara keduanya dari segi illah (sebab yang
membawa kepada sesuatu hukum).

1.1.2 Sumber Rujukan Kedua

Ialah sumber hukum yang tidak disepakati dan menjadi
ikhtilaf di kalangan para ulama mujtahid. Hukum-hukum tersebut
telah didirikan diatas dalil zanni yang secara umumnya ada tujuh
iaitu Uruf, Masalih Mursalah, Saddu Zarae’I, Istihsan, Istishab, Ra’yu
as Sahabah dan Syar’u Nabi-Nabi terdahulu. Ia merupakan ciri khas
Islam dalam pengambilan sumber hukum yang bertujuan untuk
menyelesaikan suatu masalah dengan pandangan dan metod yang
berbeza.

• Uruf

Bahasa: Makrifah yang bermaksud pengetahuan.
Istilah: Majoriti yang berlaku atau adat pada sesuatu kaum dari segi
perkataan, pengucapan atau amalan.
Firman Allah SWT:

‫ُخ ِذْالَعفَوَْوأُمرِْبلعُر ِفَْوأَعِرضْ َع ِنْال َجا ِهلِ َْي‬

12

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

Maksud: Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan
yang ma'ruf, serta berpalinglah daripada orang-orang yang jahil.
(al A’raf: 199)

Sabda Rasulullah saw:

Maksu‫ْءر‬d‫ِّي‬:‫َس‬Aِْ‫ل‬p‫ال‬aْ‫د‬-‫ن‬a‫ْع‬p‫و‬a‫ْفه‬y‫ئًا‬aِّ‫َسي‬nْg‫وَن‬d‫لم‬i‫س‬p‫م‬a‫ْال‬n‫آه‬d‫ْر‬a‫ما‬n‫ْو‬gْ،‫ُْن‬o‫َس‬le‫ح‬hْ‫لل‬o‫ْا‬r‫د‬a‫عن‬nْ‫و‬g‫فه‬Iْs‫نًا‬l‫َس‬a‫ح‬mْ‫َن‬s‫و‬e‫م‬s‫سل‬u‫م‬a‫ْال‬t‫ه‬u‫ْرآ‬i‫ما‬tu baik

maka ia di sisi Allah juga baik, dan apa-apa yang pandang oleh orang
Islam sesuatu itu buruk maka ia di sisi Allah itu buruk.3

Contoh:
1. Uruf qauli: kebiasaan menggunakan kalimah lahm kepada

daging tidak kepada ikan.
2. Uruf amali: kebiasan menjual beli tanpa lafaz ijab dan qabul
3. Uruf am: di seluruh dunia memasuki masjid tanpa

menanggalkankasut di anggap menghina kemuliaan masjid.
4. Uruf khas: di Malaysia memasuki rumah orang Islam dengan

menanggalkan kasut tetapi tidak di Eropah.

• Masalih al Mursalah

Bahasa: Mencapai kemaslahatan
Istilah: Menarik manfaat dan menolak kemudharatan.
Setengah ulama’ menamakannya dengan Istislah (‫ )الإستصلاح‬yang
bermaksud beramal dengan kebaikan bagi perkara yang tidak ada
dalil syara’ yang mengatakan ianya diambil kira atau tidak.

Maslahah dari kekuatan pada dirinya (‫ ) ِم ْن َح ْي ُث قُ َّوتِها في ذاتها‬terbahagi
kepada tiga bahagian iaitu dharuriyyat, hajiyyat dan tahsiniyyat
yang bermaksud:
1. Dharuriyyat (‫)ضرورّّيت‬: keperluan asasi samaada berkaitan agama,

jiwa, akal, keturunan dan harta.
2. Hajiyyat (‫)حاجيّات‬: keperluan kebaikan dan kebiasaan bagi

menghindarkan kesempitan hidup tetapi tidak cacat dan tidak
hilang kehidupan tanpanya.

3 Dr. Wahbah Zuhaili, Riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya secara mauquf kepada
Abdullah Ibnu Mas’ud, Usul al Fiqh al Islami.

13

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

3. Tahsiniyyat (‫)تحسيني ّّْات‬: kesempurnaan dan ianya bermaksud
maslahah untuk mendirikan adat yang baik dan akhlak yang
mulia.

Contoh:
Jam’ul Quran dalam satu mushaf oleh Abu Bakar al Siddiq r.a dan
membentuk jabatan-jabatan yang khas dalam pentadbiran kerajaan
oleh Umar al Khattab r.a dan lain-lain.

• Sadd al Zarae’i

Bahasa: Menutup jalan yang menyampaikan kepada sesuatu.
Istilah: Menutup jalan-jalan yang membawa kepada keburukan.

Definisi kalimah al-Zaraei’: Ia adalah kata jama’ dari perkataan
zari’ah yang bermaksud jalan. Ia merupakan jalan yang membawa
kepada mafsadah ataupun maslahah. Namun begitu
penggunaannya lebih banyak kepada jalan yang membawa kepada
kerosakan. Oleh itu sad al-zarai’e adalah menutup jalan-jalan yang
boleh membawa kepada kerosakan ataupun keburukan.

Antara yang dipakai dalam usul fiqh ialah Ma la yutimmul wajib illa
bihi fahuwa wajib(‫) َو َما ََل يَتِ ُّم ا ْل ُو ُجو ُب إ ََّل ِب ِه فهو واجب‬
Maksud “suatu yang wajib tidak dapat dilaksanakan melainkan
dengan melakukan sesuatu yang lain terlebih dulu, maka sesuatu
yang lain terlebih dahulu itu hukumnya menjadi wajib”.

Contoh:
1. Menunaikan fardhu haji itu wajib: maka bagi orang yang

mampu nafkahnya, wajib mencari jalan untuk sampai ke Mekah
bagi menunaikannya.
2. Sembahyang Jumaat itu fardhu: maka meninggalkan kerja atau
berniaga semasa masuk waktu Jumaat hukumnya wajib. Oleh
itu haram berjual beli masa itu bagi orang yang wajib Jumaat
kerana tidak sempurna fardhu Jumaat itu kecuali dengan
meninggalkan jual beli.
3. Menjalankan hukum syara’ ke atas umat Islam hukumnya wajib,
maka tidak dapat dijalankan hukum syara’ tersebut melainkan
dengan adanya kuasa atau kerajaan. Dari itu menubuhkan

14

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

sebuah kerajaan yang mahu menjalankan syaria’t Islam itu
adalah wajib.
4. Pengharaman berkhalwat dengan ajnabi untuk mengelakkan
berlakunya zina.
5. Larangan untuk seorang lelaki meminang pinangan orang lain
untuk mengelakkan permusuhan dan kebencian.

• Istihsan

Bahasa: Menganggap sesuatu itu baik.
Istilah: Berpaling dari mengamalkan hukum kulli(general) kepada
hukum ististna’i (exceptional).

Firman Allah S.W.T:

ْ‫الم ِذي َنْيَستَِمعُوَنْالَقوَْلْفَيَتمبِعُوَنْأَح َسنَْهُْأُولَئِ َكْالم ِذي َنْ َه َدا ُه ُمْاّلمْلَُْوأُولَئِ َكْ ُهمْأُولُواْالأَلبَا ِب‬

Maksud: Iaitu orang orang yang mendengarkan kata, maka
diturutinyalah mana yang baik (paling baik). Merekalah orang orang
yang dipimpinlah oleh Allah, dan merekalah orang orang yang
mengerti. (azZumar: 18)

Contoh:
Wanita berhaidh harus membaca al Quran berdasarkan istihsan dan
haram berdasarkan al Qiyas.
Haram: diqiyaskan kepada orang berjunub yang mana illahnya
ialah sama-sama tidak suci yang diharamkan membaca alQuran.
Harus: berdasarkan istihsan yang mana haidh dengan junub tidak
sama disegi waktu, masa haidh lama dan junub sekejap.

• Istishab

Bahasa: bersama atau bersahabat.
Istilah: sesuatu yang kekal keadaan hukumnya selama mana tiada
sesuatu yang boleh mengubahnya atau menetapkan hukum yang
telah berlaku pada masa kini berdasarkan hukum yang telah
berlaku di masa lalu melainkan terdapat nas yang mengubahnya.4

4 Dr. Wahbah al Zuhaili,Usul al Fiqh al Islami.

15

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

Asal pada sesuatu perkara adalah harus berasaskan kepada firman
Allah SWT:

.ْ.......‫ُهَوْالم ِذيْ َخلَ َقْلَ ُكمْماِْفْالأَر ِضْ َج ِميًعا‬

Maksud: Dialah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi
untuk kamu…...(al Baqarah: 29)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Apabila timbul keraguan
salah seorang kamu dalam solatnya, yang mana dia tidak tahu
(bilangan rakaatnya) sama ada tiga atau empat, maka hendaklah
dibuang keraguan itu dan binakanlah di atas rakaat yang dia yakin,
kemudian hendaklah dia sujud dua kali sebelum member
salam.(Riwayat Muslim)

Dapat difahami dari hadis tersebut bahawa perintah
Rasulullah s.a.w supaya dibina rakaat di atas yang apa diyakini
itulah yang dikatakan Istishab. Oleh itu berdalil dan beramal
dengan konsep Istishab ini adalah pendapat Jumhur ulama’,
termasuk Imam al Syafie, Imam Ahmad, kebanyakan sahabat Imam
Malik dansebahagian dari ulama’ Mazhab Imam Hanafi.5

• Ra’yu al Sahabah

Takrif di sisi ulama’ Usul Fiqh: Mereka yang bertemu dengan
Nabi s.a.w dan beriman, dan juga bersama dengannya dalam
tempoh yang agak lama.
Sabda Rasul s.a.w.:

‫َخيُْأُمِتْقَرِنُْثمْْالم ِذي َنْيَلُوَنُمُْثمْْالم ِذي َنْيَلُوَنُْم‬

Maksud: Sebaik-baik umatku ialah yang hidup pada kurunku,
kemudian yang mengikuti zaman mereka dan kemudian yang
mengikuti zaman mereka. (Riwayat al-Bukhari)

Para ulama’ telah menetapkan bahawa pendapat para
sahabat adalah merupakan ijtihad dan tidak menjadi hujjah pula ke

5 Mohd Saleh Haji Ahmad, Pengantar Syariat Islam,131.

16

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

atas sahabat yang lain, kerana sememangnya berlaku khilaf
dikalangan para sahabat dalam banyak permasalahan.

• Syariat Nabi-Nabi Terdahulu

Iaitu syariat atau ajaran ajaran Nabi-Nabi sebelum Nabi
Muhammad s.a.w yang berkait dengan hukum seperti syariat Nabi
Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan lain-lain. Manakala syariat-syariat
yang di turunkan kepada mereka itu, apakah berlaku pula bagi umat
Nabi Muhammad saw Firman Allah SWT:

‫َّيْأَُيَّهاْالم ِذي َنْءَاَمنُواُْكتِ َبْ َعلَي ُك ُمْال ِّصيَاُمَْك َماُْكتِ َبْ َعلَىْالم ِذي َنِْمنْقَبلِ ُكمْلََعلم ُكمْتَتمُقْوَْن‬

Maksud: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu
berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum
kamu agar kamu bertakwa. (al Baqarah: 183)

Menurut Abdul Wahhab Khallaf, syariat kita hanyalah
memansukhkan dari syariat-syariat yang terdahulu yang mana
hukum hakamnya yang bertentangan dengannya sahaja. Al Quran
apabila ia menceritakan kepada kita hukum syara’ yang terdahulu
tanpa dinaskan pemansukhannya maka ia menjadi syariat bagi kita
secara tidak langsungnya.6

1.1.3 MS 2393 Prinsip Islam dan Halal-Definisi dan Penjelasan
Istilah (Lihat Lampiran)

1.1.4 Edict (fatwa) issued by Federal and State Level (Lihat
Lampiran)

6 Abdul Wahhab Khallaf, Usul al Fiqh, ms 94.

17

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

1.2 Penerangan Syariah Islam

1.2.1 Definisi Syariah

Islam

Bahasa: Aliran dan jalan yang lurus (The doctrine and the straight
way).

Istilah :Hukum-hakam yang disyariatkan oleh Allah SWT untuk
hambanya, sama ada yang berkaitan dengan aqidah, ibadat,
akhlak, muamalat dan sistem kehidupan dalam pelbagai aspek
bagi menjadi peraturan hubungan manusia dengan Allah dan
manusia sesama manusia demi untuk kebahagiaan dunia dan
akhirat.7

Undang-undang Syariah ialah perintah dan peraturan Allah yang
berkaitan dengan kehidupan dan kesejahteraan manusia di dunia dan
di akhirat. Undang-undang Syariah ini adalah komunikasi dari Allah
mengenai perilaku mukallaf yang terdiri dari perintah dan larangan.
Ianya terbahagi kepada dua iaitu taklifi dan wadh'i.

Undang-undang Syariah yang ditakrifkan oleh undang-undang
Malaysia bermaksud undang-undang Islam dalam Mazhab Shafie atau
undang-undang Islam yang terdiri dari Mazhab Maliki, Hanbali dan
Hanafi dan lain-lain yang diluluskan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk
berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan atau Penguasa mana-mana
Negeri yang berkuatkuasa di negeri itu atau fatwa yang diluluskan
oleh Pihak Berkuasa Islam.

7 Manna’ al-Qattan, al Tasyri’ wal Fiqh fil Islam, 13.

18

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

1.2.2 Kategori Undang-undang Syariah.

❖ Hukum Taklifi



Hukum taklifi adalah merupakan hukum tugasan yang
menetapkan arahan supaya melakukan sesuatu perkara atau
arahan meninggalkannya atau memilih di antara melakukannya
atau tidak. Ia terbahagi kepada lima bahagian iaitu wajib, sunat,
haram, makruh dan harus.

• Wajib

sesuatu yang diberi pahala apabila dikerjakan dan berdosa

meninggalkannya. Contohnya seperti amalan solat lima waktu,

puasa pada bulan Ramadan dan sebagainya, firman Allah SWT:
ْ‫بًاْموقوًت‬ ‫ْكِٰت‬s‫َي‬o‫ن‬l‫ِم‬a‫ُؤ‬t‫َع(لَىْالم‬sْe‫ت‬mَ‫كان‬bْaَ‫ٰوة‬h‫مصل‬ya‫ْال‬n‫ِ من‬g‫) ْإ‬
Maksud: itu merupakan
Sesungguhnya

kewajipan yang telah ditetapkan atas orang-orang beriman yang

tertentu waktunya. (an-Nisa’: ayat 103)

19

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

• Sunat

Sesuatu yang diberi pahala jika dikerjakan dan tidak
berdosa apabila meninggalkannya.Contohnya, solat sunat,
bersedekah, puasa sunat dan sebagainya. Amalan-amalan sunat ini
merupakan amalan tambahan atau sokongan untuk menampung
mana-mana kekurangan dalam ibadat wajib yang kurang
sempurna.

Di akhirat kelak, apabila setiap insan dihadapkan ke muka
pengadilan Allah, setiap amalan wajib akan dinilai
kesempurnaannya. Jika kurang sempurna, maka ditanya pula
tentang amalan-amalan sunat seperti solat sunat dan puasa sunat
untuk menampalkan kekurangan pada amalan yang wajib.

• Haram

Sesuatu yang diberi pahala apabila meninggalkan dan
berdosa apabila mengerjakannya di sisi syarak. Hukum ini
berlawanan dengan halal. Terdapat hadis yang diriwayatkan
daripada Nabi SAW:

‫اْلَلاَُلْبَِّريَْواْلََراُمْبَِّريَْوبَ َيْ َذلِ َكْأُُموررُْمشتَبَِها رْت‬

Maksudnya: Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu
jelas. Diantara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat
(samar-samar). (Riwayat Tirmizi: no.1205)

Disamping itu, Islam juga menetapkan supaya kita menjauhi
perbuatan-perbuatan haram seperti memakan harta anak yatim,
menilik nasib, bergaul bebas lelaki dan wanita yang bukan mahram,
Berjudi, mendedahkan aurat dan lain-lain.

• Makruh

sesuatu amalan yang diberi pahala jika ditinggalkan dan
tidak berdosa apabila mengerjakannya. Amalan makruh seperti
memakan makanan yang berbau seperti bawang mentah, petai dan

20

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

segala makanan yang menyebabkan mulut berbau busuk sehingga
mengganggu jemaah lain dalam solat juga dikira makruh.

Nabi SAW sendiri menggemari amalan-amalan sunat dan
membenci perbuatan makruh yang mendekati haram. Ibadat
seperti solat yang dilakukan pada waktu-waktu yang tidak
digalakkan adalah makruh seperti ketika matahari berada tegak di
atas langit, terbit dan juga ketika terbenam.

• Harus

Sesuatu amalan yang tidak berpahala jika dikerjakan dan
tidak berdosa apabila meninggalkannya seperti bersiar-siar,
makan, minum dan sebagainya.

❖ Hukum Wadh’i



Hukum wadh'i boleh ditakrifkan sebagai hukum ketentuan
di mana Allah SWT menjadikan sesuatu perkara sebagai sebab
kepada perkara yang lain atau syarat kepadanya atau halangan
(mani') daripadanya. Ketiga-tiga perkara ini iaitu sebab, syarat dan
halangan dianggap sebagai hukum ketentuan kerana ia akan
menentukan sah atau batalnya sesuatu hukum fiqh.

• Sebab

Sebab terbahagi kepada dua iaitu sebab al waqti dan al-ma’nawi.

1. Sebab al-waqti ialah seperti masuknya waktu solat yang
dijadikan syariat sebagai sebab wajib solat, firman Allah SWT:

‫أَقِِمْال مصلاةَْلُِدلُوِكْال مشم ِسْإَِلْ َغ َسِقْاللمي ِْل‬

Maksud: Dirikanlah salat dari sesudah matahari tergelincir.
(al-Isra`: 78)

2. Sebab al-ma’nawi, seperti mabuk sebagai penyebab
pengharaman arak, sabda Rasul saw:

‫َعنْأَِبْ َسلََمةَْ َعنْاب ِنْعُ َمَرْقَا َلْقَا َلَْر ُسوُلْاّلمِلْ َصلمىْاّلملُْ َعلَيِهَْو َسلمَمُْك ُّلُْمس ِكرََْخررَْوُْك ُّلََْخرْ َحَراْرم‬

21

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

Maksud: Hadis dari Abu Salamah dari Ibnu Umar dia berkata,
"Rasulullah saw bersabda: "Setiap yang memabukkan adalah
khamr, dan semua jenis khamr adalah haram."
(Riwayat Muslim, Ahmad Ibnu Hambal dan Ashab Al-Sunan)

• Syarat

Firman Allah SWً‫يلْا‬Tِ‫َسب‬: ْ‫وِّلمِلْ َعلَىْالنما ِسْ ِح ُّجْالبَي ِتَْم ِنْاستَطَا َعْإِلَيِه‬

“……. dan mengerjakan haji di Baitullah adalah kewajipan
manusia thadap Allah (iaitu) bagi sesiapa yang mampu menyiapkan
diri menuju ke arahnya…….”

Dalam ayat ini Allah SWT telah menjadikan kemampuan
mengerjakan haji sebagai syarat bagi wajibnya haji, dengan maksud
sesiapa yang tidak memenuhi syarat kemampuan tersebut maka
kewajipan haji tidak tertanggung olehnya.

• Halangan

Dari Ali bin Abi Talib r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w

bers‫َْل‬a‫ِق‬b‫يَع‬dْ‫ت‬aّ‫حَم‬: ْ‫ْوعنْالمجنوِن‬،‫ْوعنْال مصبيْحَمّتْيحتلَِم‬،‫ْعنْالنمائِمْحَمّتْيستيق َظ‬:‫ُرفِعْالَقل ُمْعنْثلاثة‬

Maksud: Diangkatkan qalam (tidak dikenakan dosa) ke atas tiga
golongan: orang yang tidur sehinggalah dia jaga (dari tidurnya),
kanak-kanak sehinggalah dia baligh dan orang gila sehinggalah dia
sedar (dari gilanya).

Menerusi hadis ini, baginda saw telah menjadikan tidur,
kecil (usia muda) dan gila sebagai mani' atau halangan daripada
dikenakan dosa terhadap tindakan yang bersalahan dengan syarak.

22

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

• Sah
Sah bermaksud sesuatu amalan yang cukup rukun dan

sempurna syaratnya menurut syarak. Contohnya syarat sah solat
adalah suci daripada hadas besar dan hadas kecil. Amalan-amalan
sama ada yang wajib ataupun yang sunat apabila tidak cukup rukun
atau syaratnya dianggap batal atau tidak sah. Ia tidak akan diterima
oleh Allah SWT sebagai ibadah dan dianggap sia-sia sahaja. Hal ini
menampakkan kejahilan seseorang itu dalam melaksanakan amal
ibadahnya.

• Batal
Maksud batal adalah sesuatu amalan yang tidak cukup

rukun dan syaratnya menurut syarak. Contohnya seperti orang
yang berpuasa di bulan Ramadhan yang tidak berniat puasa.

23

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

1.2.3 Skop Perbahasan Syariah Islam


• • AAqikdiadhah

Bahasa : ikatan atau menyimpulkan sesuatu.
Istilah :kepercayaan, keyakinan atau keimanan yang mantap dan

tidak mudah terurai oleh sebarang pengaruh sama ada dari
dalam atau dari luar diri seseorang. Aqidah Islam ialah
beriman kepada Allah SWT, para malaikat, kitab, rasul, hari
qiamat, qada’ dan qadar dan ianya adalah dari Allah SWT.

• • SSyyaarriaiahh@ Fiqh

Bahasa : Faham
Istilah : Mengetahui hukum-hukum syara’ yang berkaitan dengan

perbuatan dan perkataan orang-orang mukallaf yang
diambil daripada dalil-dalil yang nyata dan jelas iaitu al
Quran, al Sunnah dan pecahan daripada keduanya yang
terdiri daripada ijma’ dan ijtihad.8

• • AAkkhhlalakk

Bahasa : Perangai, tabiat, budi pekerti dan sifat seseorang.
Istilah : Suatu sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang, yang dari

sifat tersebut timbul satu perbuatan dengan mudah tanpa
pemikiran dan pertimbangan akal terlebih dulu.

❖ Ciri-ciri Keistimewaan Syariah Islam


• ▪ RaRbabbabnainahiyyah

Perkataan Rabbaniyyah (From Allah) ialah katanama yang berasal
dari perkataan Rabb yang bermaksud Ketuhanan iaitu Allah SWT
sebagai pencipta dan pentadbir. Dikatakan segala perbuatan
manusia itu sebagai Rabbaniyyah apabila adanya hubungan yang

8 Al Fiqh al Minhaji, Jld. 1, ms 7.

24

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

kuat (‫ )وثيق الصلة‬dengan Allah SWT, yang memahami segala benda
melalui agama Islam, menerima dan mengajar ajaran berpandukan
Kitab al Quranul Karim, firman Allah SWT:

‫َولَٰ ِكنُْكونُواَْرِمبنِيِّ َيْبِ َماُْكنتُمْتَُعلُِّموَنْال ِكتَا َبَْوبِ َماُْكنتُمْ ّْتَدُر ُسوَْن‬

Maksud: akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi
orang-orang rabbani, kerana kamu selalu mengajarkan al Kitab dan
disebabkan kamu tetap mempelajarinya.
(Aali Imran: 79 )

Di dalam Islam digalakkan merantau keseluruh pelusuk bumi dan
memanfaatkan apa yang baik yang diperolehi darinya. Semua itu
bertujuan supaya manusia bersyukur dengan nikmat yang
dikurniakan oleh Allah dan melaksanakan segala haknya, firman
Allah SWT:

‫……ك ُّلُواِْمنِّْرزِقَْربِّ ُكمَْواش ُكُرواْلَهُْبَل َدةرْطَيِّبَةرَْوَر ٌّبْ َغُفورْر‬.

Maksud: ……………."Makanlah olehmu dari rezeki yang
(dianugerahkan) Tuhanmu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya.
(Negerimu) adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan
Yang Maha Pengampun". (Saba’: 15)

Semua perkara di dalam Islam yang terdiri dari perundangan,
bimbingan dan kaunseling (‫ وتوجيه وارشاد تشريع‬- Legislation, guidance
and counseling) yang bermaksud menjadikan manusia sebagai
hamba Allah yang hidup ikhlas kerana Allah dan tidak ada Tuhan
yang lain selain Allah.9

Dari ini akan terbentuklah negara yang masyarakatnya hidup
menegakkan agama Allah SWT, bersyukur dengan segala nikmat
kurniaanya dan menunaikan pula segala hak-haknya.

• ▪AlaAmlaiymyiayhyah

Alamiyyah yang bererti kesejagatan (universal) yang bermaksud
sesuai untuk semua lapisan manusia dan tempat. Islam merentasi
semua bangsa samaada ianya orang Arab, Melayu, Cina, India, orang

9 Dr. Yusuf al Qardhawi, Madkhal Lima’rifatil Islam, ms 134.

25

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

Asli, Badwi dan juga bangsa-bangsa lain di dunia ini. Ia bukan untuk
segolongan atau satu bangsa sahaja. Ia sesuai di semua tempat sama
ada di Kutub Selatan, Kutub Selatan, Khatulistiwa dan sebagainya,
ia juga sesuai untuk semua zaman samaada zaman Rasulullah saw
atau zaman teknologi moden yang canggih ini (timeless and
borderless). Kesesuaiannya adalah sehingga ke hari qiamat.

Pelaksanaan sistem Islam dan misinya juga tidak terhad
pada sempadan benua dan rupa bentuk. Manusia menurut
pandangan Islam adalah sama, tidak ada batas pemisah di antara
mereka. Segala urusan di dunia ini ada hubungnnya dengan Akhirat
dan kehadiran manusia di dunia hanya sebagai transit atau bersifat
mu’aqqat, wadah yang sebenarnya adalah menyiapkan bekalan
yang secukupnya bagi menghadapi kehidupan yang kekal abadi di

Akhirat, firman Allah SWTْ‫َي‬:‫َوَماْْأَر َسلنَا َكْْإِملَْْرح َمةًْْلِّلَعالَِم‬

Maksudnya: Dan tidaklah kami mengutus kamu,melainkan untuk
menjadi rahmat bagi seluruh alam. (al-Anbiya’:107)

Atas sifat alami dan universal inilah, maka syariat Islam
mampu menjamin kebahagiaan manusia tidak kira warna kulit dan
keturunan serta segala keperluan mereka sepanjang zaman dan
tempat.

• ▪ SyuShmuumliuylyiayhyah

Syumuliyyah (‫ )شمولية‬bermaksud ajaran Islam adalah lengkap dan

menyeluruh (comprehensive). Ruang lingkup ajaran Islam adalah

mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa terkecuali,

iaitu dari sekecil-kecil perkara sampailah ke sebesar-besar urusan.

Ianya merangkumi semua dimensi kehidupan yang meliputi setiap

zaman dan tempat, tanpa mengira warna kulit dan kedudukan.

Risalah Nabi Muhammad saw bukan untuk bangsa yang khusus,
atau negara tertentu dan tidak juga untuk golongan tertentu,

samaada golongan kaya dan sederhana mahupun hamba, firman

Allah SWT: ْ‫قُلَّْۤيْأَُيَّهاْالنما ُسْإِِّنَْر ُسوُلْاّلملِْإِلَي ُكمْ َج ِميًعا‬

Maksud: Katakanlah, wahai manusia! sesungguhnya aku (Nabi

Muhammad saw) adalah utusan Allah kepada kamu semua (al A’raf:

158)

26

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

Syariah Islam merangkumi segenap aspek kehidupan
manusia yang meliputi hubungan manusia dengan Pencipta,
hubungan manusia sesama manusia dan juga hubungannya dengan
makhluk lain. Cara hidup Islam juga memenuhi segala kepentingan
manusia samada dalam bentuk dharuriyyat, hajiyyat dan juga
tahsiniyyat. Manakala agama ciptaan manusia tidak memiliki ciri-
ciri ini kerana agama tersebut tidak menentukkan peraturan yang
bersangkutan dengan akidah, ibadah serta akhlak dan memisahkan
agama dalam konteks kehidupan politik, ekonomi, sosial, sains dan
teknologi untuk mencapai ketamadunan dan kegemilangan dalam
kehidupan.

• ▪WaWq’iayqyia’ihyyah

Perkataan waq’iyyah bermaksud realistic iaitu ajaran Islam bersifat
praktikal dan realiti. Ianya bersesuaian dengan reality kehidupan
manusia dan sentiasa seiring dengan kenyataan hidup manusia.
Islam diturunkan untuk dipraktikkan disemua tempat dan masa,
yang memang berlaku dalam kehidupan manusia seperti kehidupan
berkeluarga, perhubungan sesama manusia, ekonomi, urusan
politik dan seumpamanya. Islam bukan agama yang berbentuk teori
semata-mata iaitu yang berkait dengan persoalan hati dan fikiran,
bukan hanya berbentuk lisan yang memfokus kepada pertuturan
sahaja, malah lebih dari itu kerana Islam adalah agama yang
mencakupi seluruh kejadian manusi dalam seluruh bidang
kehidupannya.

Dalam menetapkans esuatu hukum, Islam sentiasa
mengambil kira realiti semasa, keadaan setempat dan adat yang
diamalkan. Umpamanya jikasesuatu masyarakat telah
mengamalkan sesuatu tatabudaya tertentu dalam menjalankan
aktivit iekonomi atau perniagaan antaramereka, tiada sebarang
keburukan yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam, maka
ia diiktiraf dan diterima dalam Islam. Islam tidak memerintah
manusia untuk beribadat sepanjang masa sehingga mengabaikan
kerja-kerja harian untuk mencari rezeki bagi menampung
keperluan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Malah kerja-kerja
harian ini jika dilakukan dengan betul dan memenuhi syarat-
syaratnya, turut dianggap sebagai ibadat dan pelakunya diberi
pahala yang banyak, firman Allah SWT:

27

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

Maksudْ‫ا‬:َ‫ّدني‬dُ ‫ل‬a‫ْا‬n‫ِْم َن‬c‫ك‬aَ rَ‫ب‬i‫صي‬lِaَ‫ن‬hْ‫ َس‬p‫ن‬aَ‫ْت‬d‫َل‬a‫رةََْو‬aَ‫ِخ‬p‫آ‬a‫رْال‬yَ‫ا‬a‫مد‬n‫ْال‬gُ‫اّلمل‬tْe‫َك‬l‫ت‬aَ ‫ا‬hَ‫اْء‬d‫ َم‬i‫فِي‬aْn‫َِغ‬u‫بت‬g‫وا‬erahkan Allah

kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu
melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi. (al Qasas: 77)

Ringkasnya semua bukti menunjukkan bahawa Islam
adalah realistik, malah telah berjaya diamalkan dengan baik
sehingga Islam dapat membina tamadun yang cemerlang serta
menjadi pelopor dalam pelbagai bidang kehidupan.

• ▪TsaTbsiatbaihtadhadnaMn uMruurnuanhah

Tsabitah bermaksud tetap atau tidak berubah (immutable). Dalam
konteks ajaran Islam, ada perkara yang telah tetap dan tidak boleh
dipinda dan diubah-ubah dasar, prinsip dan pelaksanaannya.
Antara perkara yang termasuk dalam konsep tsabitah adalah aspek
akidah dan hukum-hakam amaliyyah yang dinyatakan
secara qat’i (pasti) dalam al Quran dan al Sunnah.

Konsep tsabitah dalam aspek akidah dapat dilihat dari segi
kepercayaan terhadap Allah SWT yang Maha Esa dan tiada
sekutubagi-Nya. Ianya adalah tetap dan tidak boleh dipinda atau
diubah-ubah. Sementara dalam konteks amaliyyah seperti ibadat
solat, puasa, haji dan zakat telah ditetapkan cara dan waktu
perlaksanaan dalam syariat Islam. Begitu juga beberapa prinsip
dalam muamalat seperti pengharaman riba, gharar (unsur-unsur
yang tidak ketentuan), kewajipan saling meredai dalam berakad
dan lain-lain. Selain itu, hukum jenayah yang diwajibkan dalam al-
Quran dan al Hadith seperti hukum hudud dan qisas tidak boleh
diubah-ubah perlaksanaannya. Begitu juga hukum haram bagi
perkara-perkara yang dijelaskan oleh al Quran dan al Sunnah
seperti khinzir, minum arak, berjudi dan riba. Perkara-perkara ini
ditentukan secara qat’i dan tidak mungkin berubah sampai bila-
bila. Perkara-perkara seperti inilah yang termasuk dalam
konsep altsabitah.

Al murunah (flexible) yang bermaksud keanjalan yang boleh
berubah mengikut kesesuaian masa dan tempat. Terdapat perkara-
perkara far’ei iaitu ranting dan cabang yang boleh berubah
mengikut kesesuaian dengan perubahan maslahah kehidupan

28

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

manusia. Sebagai contoh, solat adalah perkara yang wajib
dilaksanakan dalam Islam mengikut ketetapan rukun. Walau
bagaimanapun ada pula hukum rukhsah, iaitu satu bentu
kemudahan yang membenarkan solat dilaksanakan secara jama’
atau qasar bagi yang bermusafir. Ini terbukti bahawa hukum Islam
tidak statik, sebaliknya bersifat anjal dan fleksibel dengan
mengutamakan kemudahan dan keselesaan kepada penganutnya,
firman Allah SWT:

ْ‫يُِري ُدْاّلملُْبِ ُك ُمْاليُسَرَْوَلْيُِري ُدْبِ ُك ُمْالعُسَر‬

Maksud: Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak
menghendaki kesukaran bagimu
(al Baqarah: 185)

❖ Matlamat Umum Syariah Islam (Maqasid al Syariah)

Dr. Wahbah al-Zuhaili mendefinisikan maqasid al-syariah sebagai
makna-makna dan tujuan-tujuan yang dititikberatkan dalam semua
hukum atau sebahagian besarnya atau ialah matlamat dari syariat
dan rahsia-rahsia yang diletakkan oleh syariat Islam dalamsetiap
hukum.10

Maqasid al-Syari'ah dikalangan ulama Usul Fikh disebut
juga dengan Asrar al-Syari'ah, iaitu rahsia-rahsia yang terdapat di
sebalik hukum yang ditetapkan oleh syara’, yang berupa
kemaslahatan bagi umat manusia baik di dunia mahupun di akhirat.

Maqasid al-Syari'ah dapat diertikan juga sebagai tujuan dan
objektif yang hendak dicapai dari suatu penetapan hukum. Dr.
Mahmood Zuhdi menyatakan bahawa maqasid al syariah adalah
bukan satu method tetapi pendekatan.11

Pada Umumnya maqasid al-syari’ah bertujuan
menyelamatkan dan memelihara lima perkara asas kepada
kehidupan manusia iaitu agama, nyawa, akal, maruah dan harta.

10 Dr. Wahbah al-Zuhaili, Usul al-Fiqh al-Islami, Dar al-Fikr, Jld. 2, ms. 1017.
11 Dr. Mahmood Zuhdi bin Abd Majid, Maqasid Syariah Sebagai Pendekatan Bagi
Realisasi Ajaran Islam Di

Malaysia: Satu Prospek.

29

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

• Memelihara Agama

Ianya bermaksud bahawa segala perundangan Islambertujuan
menghindarkan manusia dari berlakunya syirik kepada Allah SWT,
lebih-lebih lagi murtad dari agama Islam. Setiap Muslim dan
muslimat wajib memelihara dan mengelakkan daripada melakukan
perbuatan yang boleh membawa kepada murtad. Syariat Islam
sentiasa memelihara penganutnya dengan dasar-dasar Islam yang
teguh dari terjerumus kepada syirik dan kekufuran. Hukuman yang
telah ditetapkan di dalam Islam bagi kesalahan murtad contohnya
ialah penjara sehingga bertaubat, sekiranya enggan bertaubat maka
hukuman mati akan dilaksanakan.

• Memelihara Nyawa

Nyawa adalah amanah dari Allah SWT yang wajib dijaga demi
meneruskan kelangsungan hidup sebagai hamba-Nya di muka bumi
ini. Seseorang yang sengaja membiarkan kehilangan nyawanya
sendiri atau orang lain adalah merupakan satu kesalahan jenayah
dan berdosa besar. Firman Allah SWT:
‫َوَمنْيَقتُلُْمؤِمنًاُّْمتَ َع ِّم ًداْفَ َجَزآُؤهُْ َجَهنمُمْ َخالًِداْفِيَهاَْوَغ ِض َبْاّلملُْ َعلَيِهَْولََعْنَهَُْوأَ َع مدْلَهُْ َع َذاًِبْ َع ِظي ًما‬
Maksud: dan barangsiapa yang membunuh seorang mu'min dengan
sengaja maka balasannya ialah Jahannam(neraka), kekal ia di
dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta
menyediakan azab yang besar baginya.(al Nisa’: 93)

• Memelihara Akal

Akal adalah anugerah dari Allah SWT yang teristimewa dan paling
penting pada diri seseorang manusia. Baik dan buruk, maju dan
mundur seseorang itu ditentukan melalui akal fikirannya manusia
yang waras. Islam sangat memberi penekanan terhadap
pemeliharaan akal dan mencegah sama sekali unsur-unsur yang
boleh merosakkan fungsi akal fikiran seperti pengambilan
minuman keras, dadah dan sebagainya.

30

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

• Memelihara Harta

Islam telah meletakkan undang-undang bagi mencegah
berlakunya pencerobohan dan kecurian keatas hartabenda.
Hartabenda adalah amanah yang wajib dijaga dengan sebaik
mungkin. Islam menggariskan panduan-panduan bagaimana cara
memprolehiharta dan begitu juga cara membelanjakannya. Bagi
keselamatan harta benda Islam memperkenalkan hukuman yang
mesti dikenakan keatas pesalah mencuri, sebagaimana firman Allah
SWT:

‫َوال مساِْرُقَْوال مساِرقَةُْفَاقطَعُواْأَي ِديَُه َماْ َجَزآءَْبِ َماَْك َسبَاْنَ َكاًلِّْم َنْاّلملَِْواّلملُْ َعِزيرزْ َح ِكيرْم‬

Maksud: Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri,
potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang
mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah, dan Allah Maha
Perkasa lagi Maha Bijaksana. (al Maidah: ayat 38)

• Memelihara Keturunan

Menjaga keturunan adalah tanggungjawab yang mesti diberi
perhatian supaya seseorang itu terselamat dari melakukan
perzinaan supaya nasab keturunan, perwalian dan pewarisan anak-
anak yang lahir hasil dari persetubuhan haram itu tidak berlaku.
Orang yang melakukan perzinaan wajib dijatuhkan hukum sebat
dan rejam, sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan
daripada `Ubadah bin as-Somit r.a.:

ْ‫ْوالثميِّ ُبِْبلثي ْب‬،‫ْاجللبِدكُْرمْاِئبةلْبِواكلررْجَجمل ُدِْمائةْونَف ُيْ َسنَة‬،‫ْقدَْ َجَع َلْاُّللََْلُمنْسبيلا‬،‫ْ ُخ ُذواْعني‬،‫ُخ ُذواْعني‬
Maksud: "Ambillah peraturan daripada aku, ambillah peraturan
daripada aku. Sesungguhnya Allah telah memberi jalan untuk
mereka. Perawan dengan jejaka yang berzina hukumannya disebat
sebanyak seratus kali sebat, dan dibuang negeri selama setahun, dan
janda dengan janda yang berzina hukumannya disebat sebanyak
seratus kali sebat dan direjam".
(Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)

31

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

1.4 Pengenalan Empat Imam Mazhab

1.4.1 Hanafi (80H – 150H)

Al Nu’man bin Thabit bin Zautha. Kemudian masyhur dengan
gelaran Imam Hanafi. Dilahirkan pada tahun 80H / 699M di Kufah
dan wafat pada tahun 150H di Baghdad. Hidup dalam generasi tabi’
tabi’in dan ada pendapat yang mengatakan at tabi’in. Berketurunan
Parsi dan dalam empat mazhab yang terkenal tersebut hanya Imam
Hanafi yang bukan berbangsa orang Arab.Waktu ia dilahirkan,
pemerintahan Islam berada di bawah Khalifah Abdul Malik bin
Marwan dari keturunan Bani Umaiyyah kelima dan beliau telah
hidup di dua zaman kerajaan Islam iaitu Amawiyyah dan
Abbasiyyah. Bekerja sebagai peniaga kain di Kufah (Tajir Qumash
bil Kufah).

Usul mazhab ialah al Kitab, sunnah, ijma’, qiyas dan istihsan.
Kitab karangan yang masyhur ialah Fiqhul Akbar dan Musnad.
Dikatakan beliau telah berjumpa Anas bin Malik dan telah
meriwayatkan daripadanya hadis “‫”طلب العلم فريضة على كل مسلم‬. Anak
muridnya yang terkenal ialah Abu Yusuf, Muhammad bin Hasan,
Abu Huzail dan Hasan bin Ziyad.

Masyhur dengan gelaran Hanafi kerana beberapa sebab
antaranya ialah kerana ia mempunyai seorang anak laki-laki yang
bernama Hanifah, maka ia diberi julukan dengan Abu Hanifah.
Sebab kedua ialah dikatakan bahawa semenjak kecil lagi beliau
sangat tekun belajar dan menghayati setiap ilmu yang
dipelajarinya, maka ia dianggap seorang yang hanif iaitu sangat
cenderungnya pada hal-hal berkaitan agama. Dari sebab inilah
beliau masyhur dengan gelaran Abu Hanifah.

1.4.2 Maliki (93H – 179H)

• Hanafi (80H – 150H)

Nama asalnya ialah Malik bin Anas bin Malik bin Abi Amir Al-
Ashabally.Lahir di Madinah pada tahun 93H dan wafat di Madinah
pada tahun 179H. Hidup di dua masa kerajaan Amawiyyah dan
Abbasiyyah. Beliau merupakan guru kepada Imam al
Syafi’i.Kitabkarangannya yang terkenal ialah Muwatta’ (hadis dan
fiqh).Usul mazhabnya ialah al Kitab, al Sunnah, amal Ahlul Madinah,

32

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

Masoalih al Mursalah, Qaul assahabi dan Istihsan. Anak muridnya
(Talamiz) yang masyhur di Mesir ialah Abu Abdullah, Asyhab bin
Abdullah al Qaisi. Di Maghribi ialah Abul Hasan al Tunisi, Abu
Abdullah al Qurtubi(Andalus), di Hijaz dan Iraq ialah Abu Marwan,
Abu Ishaq dan lain-lain.

Ketika Imam Malik berusia 54 tahun, pemerintahan berada
di tangan baginda Al-Mansur yang berpusat di Bagdad. Ketika itu di
Madinah dipimpin oleh seorang gabenor bernama Jaafar bin
Sulaiman Al-Hasymi. Sementara itu Imam Malik juga menjabat
sebagai mufti di Madinah. Di saat timbulnya masalah penceraian
atau talak, maka Imam Malik telah menyampaikan fatwanya,
bahawa talak yang dipaksakan tidak sah, ertinya talak suami
terhadap isteri tidak jatuh. Fatwa ini sungguh berlawanan dengan
kehendak gabenor, kerana ia tidak mahu hadith yang disampaikan
oleh Imam Malik tersebut diketahui oleh masyarakat, sehingga
akhirnya Imam Malik dipanggil untuk mengadap kepada gabenor.

Akhirnya Imam Malik ditangkap oleh pihak kerajaan,
namun ia masih tetap dengan pendiriannya. Gabenor memberi
peringatan keras supaya fatwa tersebut dicabut dengan segera
Kemudian Imam Malik dihukum dengan dera dan diikat dengan tali
dan dinaikkan ke atas punggung unta, lalu diarak keliling Kota
Madinah. Kemudian Imam Malik dipaksa supaya menarik kembali
fatwanya itu.Kerana ketegasannya itu juga, dia telah dihukum sebat
sebanyak 70 kali, yang menyebabkan tulang belakangnya hampir
patah.

Bagi Imam Malik hukuman semacam itu, bukanlah
mengurangi pendiriannya, bahkan semakin bertambah teguh
jiwanya. Ia tidak pernah takut menerima hukuman asalkan ia
berada pada jalan kebenaran. Imam al-Laits, seorang alim yang
menjadi mufti Mesir ketika itu, saat mendengar bahawa Imam Malik
dihukum lantaran fatwanya ia berkata: “Aku mengharap semoga
Allah mengangkat darjat Imam Malik atas setiap pukulan yang
dijatuhkan kepadanya, menjadikan satu tingkat baginya masuk ke
syurga.”

33

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

1.4.3 Syafi’i (150H – 204H)

Abu Abdullah, Muhammad bin Idris al Qursyi al Hasyimi. Nasabnya
berhubung dengan Rasulullah saw pada datuknya Abd Manaf.
Dilahirkan di Ghazzah, Palestin atau Syam pada tahun 150H iaitu
pada tahun wafatnya Abu Hanifah. Beliau wafat di Mesir pada
malam Jumaat, iaitu pada akhir bulan Rajab tahun 204H dan
dikebumikan selepas Asar pada hari Jumaat tersebut, makamnya
terletak di perkuburan kaki Bukit Muqattam.

Penghijrahan beliau bermula dari palestin ke Mekah,
Madinah, Yaman, Baghdad dan akhir sekali Mesir. Penghihijrahan
ke Mekah ketika beliau berumur 2 tahun dan di Mekah beliau
menjadi murid kepada Muslim bin Khalid al Zanji, dibenarkan mula
mengeluarkan fatwa pada umur 15 tahun.

Kemudian berhijrah ke Madinah dan berguru dengan Imam
Malik dan menghafaz kitab Muwatta’ dalam tempoh 9 malam.
Berhijrah ke Yaman dan kemudiannya ke Baghdad pada tahun
183H – 195H. Imam Ahmad bin Hanbal telah berjumpa dengan
Imam Syafi’ie di Mekah pada tahun 187H dan bertemu pula di
Baghdad pada tahun 195H dan mempelajari darinya fiqh dan
usulnya.

Di Baghdad Imam Syafi’ie telah mengarang kitabnya yang
diberi nama “al Hujjah” yang kemudiannya dikenali dengan
“Mazhab al Qadim”. Beliau seterusnya berhijrah ke Mesir pada
tahun 200H dan melahirkan“Mazhab al Jadid” dan kitab
karangannya semasa di Mesir ialah “Al Risalah” dalam Usulfiqh dan
“al Umm” dalam fiqh. Usul Mazhab beliau ialah al Quran, al Sunnah,
Ijma’ dan Qiyas.

Usaha beliau dalam memperkembangkan Mazhabnya itu
bolehlah dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu:

• Makkah: 186H – 195H
• Baghdad: 195H – 197H
• Mesir: 199H – 204H

34

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

1.4.2 Hanbali (164H – 241H)


Beliau ialah Abu Abdullah, Ahmad bin Hanbal bin Hilal, dilahirkan
pada 164H dan wafat pada 241H di Baghdad. Merantau untuk
menuntut ilmu ke Kufah, Basrah, Makkah, Madinah, Yaman, Syam
dan Jazirah. Belajar dengan Imam Syafi’ie semasa di Baghdad.
Seorang ahli hadith (muhaddithin) yang beramal dengan khabar
aahad bila sah sanadnya.

Usul Mazhab beliau ialah fatwa Sahabi, ijma’, qiyas, istishab,
masoalih al mursalah dan saddu al zaraei’. Beliau tidak mempunyai
kitab karangan dalam ilmu fiqh dan para ashabuhu mengambil dari
kata-kata, perbuatan dan soal jawab beliau. Namun begitu beliau
mempunyai kitab “Musnad” dalam hadith yang mempunyai hampir
40,000 hadis.

Imam Ahmad telah berjumpa dengan Imam Syafi’i sebanyak
2 kali dan mempelajari darinya ilmu fiqh dan usulnya, iaitu kali
pertama mereka bertemu:

▪ di Mekah pada tahun 187H dan bertemu pula untuk
kali kedua

▪ di Baghdad pada tahun 195H.
Pada masa pemerintahan Khalifah al Ma’mun, beliau telah
mengarah Imam Ahmad supaya mengatakan bahawa “al Quran itu
makhluk”, beliau enggan dan sanggup menerima hukuman dengan
disebat dan dipenjara kerana perkara tersebut.

35

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

LATIH TUBI

Bahagian A: Soalan Objektif
Jawab semua soalan
1. Maksud: “Sesungguhnya perkara halal itu jelas dan perkara haram
itu jelas. Di antara keduanya terdapat yang syubhat (samar-samar) yang
tidak diketahui oleh kebanyakan orang”. (Riwayat Bukhari & Muslim).
Ayat di atas menerangkan…..
A. Kepentingan mencari perkara yang halal
B. Kepentingan mengetahui perbezaan halal, haram &

syubhah dari segi istilah
C. Perkara yang syubhah boleh menjejaskan perkara yang halal dan

haram
D. Ramai orang hanya mengambil berat perkara yang halal dan

mengetepikan yang syubhah
2. Apakah yang dimaksudkan dengan sumber utama undang-
undang Islam (Syariah)?
A. Sumber hukum yang disepakati ulama terdahulu
B. Sumber hukum yang disepakati ulama kontemporari
C. Sumber hukum yang mengandungi Al-Quran dan Al-Hadis sahaja
D. Sumber hukum yang mengandungi Al-Quran, Al-Hadis, Ijmak &

Qiyas
3. Bagi memastikan kesahihan sesuatu hadis, perawi mestilah
bersifat….
I. Adil
II. Kuat ingatan
III. Lelaki
IV. Tiada shaz(ragu)
A. I, II & III
B. I, II & IV
C. II, II & IV
D. I, II, III & IV

36

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

4. Sumber hukum yang disepakati sebahagian ulama. Didirikan atas
dalil zanni.

Yang mana satukah antara berikut TIDAK berkaitan dengan perkara
berikut.
A. Istihsan
B. Istishab
C. Masolihul Mursalah
D. Nasikh Mansukh

5. Maksud: “Suatu yang wajib tidak dapat dilaksanakan, melainkan
dengan melakukan sesuatu yang terlebih dahulu itu hukumnya wajib.

Situasi yang sesuai bagi menerangkan maksud hadis tersebut ialah…
A. Larangan untuk seorang lelaki meminang pinangan orang Iain

untuk mengelakkan permusuhan
B. Hukum menuntut ilmu ke atas wanita
C. Suruhan untuk meninggalkan amalan wajib ketika berhadas besar
D. Sebahagian ayat-ayat Al-Quran dimansuhkan kerana hukum

berubah

6. Hukum syariah terbahagi kepada dua iaitu hukum taklifi dan
hukum wadhi’. Pilih padanan yang sesuai dan tepat .

Taklifi Wadh’i
I Wajib Sebab
II Sunat Syarat
III Haram Halangan
IV Harus Batal

A. I, II & III
B. I, II & IV
C. II, III & IV
D. I, II, III & IV

7. Berikut merupakan amalan-amalan yang makruh dilakukan
KECUALI…..

A. Memakan bawang mentah sebelum bersolat Jemaah tanpa
berkumur

B. Solat ketika matahari terbenam
C. Berkumur secara berlebihan di bulan puasa
D. Menilik nasib

37

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

8. Bagaimanakah sesuatu perbuatan itu dikira sah dari sudut
syarak?
A. Amalan tersebut cukup rukun dan sempurna syaratnya
B. Amalan tersebut dilaksanakan dengan ikhlas sekalipun ada rukun

yang tidak sempurna
C. Amalan tersebut dilakukan secara istiqamah
D. Amalan tersebut boleh dilakukan di setiap waktu dan ketika

• Beliau dikenali sebagai Al-Nu’man bin Thabit.
• Lahir di Kufah pada tahun 80H(699M).
• Berketurunan Parsi
• Hidup di era Kerajaan bani Uthmaniyyah

9. Siapakah tokoh yang dimaksudkan di atas?
A. Imam Syafie
B. Imam Maliki
C. Imam Hanafi
D. Imam Hanbali
10. Maqasid Syariah bertujuan memelihara perkara-perkara yang
menjadi asas dalam kehidupan manusia iaitu…
I. Keselamatan masa
II. Keselamatan nyawa
III. Keselamatan harta
IV. Keselamatan maruah
A. I, II & III
B. I, II & IV
C. II, III & IV
D. I, II, III & IV

38

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

Bahagian B: Soalan Struktur

1. Syariah merupakan undang-undang dan peraturan yang
ditetapkan Allah SWT kepada manusia bertujuan untuk dijadikan
panduan hidup hingga ke hari kiamat. Sumber rujukan yang utama bagi
syariah ialah …..

I. __________________________________________________________________
II. __________________________________________________________________
III. __________________________________________________________________
IV. __________________________________________________________________

2. Nyatakan 5 kategori hukum taklifi (hukum tugasan yang
menetapkan arahan sesuatu itu perlu dilakukan atau ditinggalkan).

I. __________________________________________________________________
II. __________________________________________________________________
III. __________________________________________________________________
IV. __________________________________________________________________
V. __________________________________________________________________

3. Sebutkan 3 klasifikasi hadis berdasarkan sifat perawi
hadis(kualiti)

I. __________________________________________________________________
II. __________________________________________________________________
III. __________________________________________________________________

4. Nyatakan definisi Syariah Islam dari segi bahasa & istilah
______________________________________________________________ _________
_____________________________________________________________________ __

5. Sebutkan 4 ciri-ciri keistimewaan Syariah Islam.

i. _________________________________________________________________
ii. _________________________________________________________________
iii. _________________________________________________________________
iv. _________________________________________________________________
v. _________________________________________________________________

39

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

2.0 PRINSIP HALAL DAN HARAM DI
DALAM ISLAM

40

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

2.0 PRINSIP HALAL DAN HARAM DI DALAM ISLAM

2.1 Definisi Halal, Haram dan Makruh

Halal: ialah perkara mubah (dibolehkan) yang terbuka dari ikatan
bahaya/larangan dan syari’at mengizinkan untuk melakukannya.

Haram: ialah perkara yang ditegah oleh syara’ dari melakukannya
dengan tegahan yang sungguh-sungguh’, yang mana sesiapa
melakukannya akan mendapat balasan buruk di hari akhirat, dan
kadang-kadang balasan tersebut boleh juga dikenakan di dunia
mengikut perundangan syari’at Islam.

Makruh: ialah perkara yang dilarang oleh syara’, akan tetapi
larangan yang tidak kuat. Yang mana larangannya berada di
peringkat yang lebih rendah dari haram, pelakunya tidak dikenakan
balasan siksa sebagaimana perkara haram. Tetapi sekiranya
melakukan secara berterusan tanpa mempedulikan larangan
makruh ianya boleh membawa kepada haram.

2.1.1 Asal Tiap-Tiap Sesuatu Adalah Mubah

‫الأصل في الأشياء الإباحة‬

Tidak ada sesuatu pun yang haram melainkan setelah ada
nas yang sah dan tegas dari syara’. Kalau tidak ada nas yang sah
contohnya yang berdasarkan kepada sebahagian hadis dhaif atau
tidak ada nas yang tegas yang menunjukkan haram, maka hal
tersebut tetap sebagaimana asalnya iaitu mubah atau harus.

Para ulama Islam telah menetapkan bahawa segala sesuatu asalnya
mubah dengan berdalilkan ayat-ayat al-Quran seperti:

........ً‫ُهَوْالم ِذيْ َخلَ َقْلَ ُكمْماِْفْالأَر ِْض ََِجيعا‬
Maksud: Dialah Zat yang menjadikan untuk kamu apa-apa yang ada
di bumi ini semuanya"(al-Baqarah: 29)

41

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

Firman Allah SWT:
.ْ........ُ‫َو َس مخَرْلَ ُكمْماِْفْال مس َماَوا ِتَْوَماِْفْالأَر ِضََِْجيعاًِّْمنه‬

Maksud: "(Allah) telah memudahkan untuk kamu apa-apa yang ada
di langit dan apa-apa yang ada di bumi semuanya daripadaNya" -
(al-Jatsiyah: 13)

Hadis Rasulullah saw: (dari Abi ar Darda’ r.a marfu’an)
ْ،‫ْاْفاقبلواْمنْاللْعافيته‬،ّ‫ْكَوَماتَْْكعانهَنْْفَرُبّهوَكَْْعنَفِسروًي‬:‫ذْهْواملاآْيةس‬،‫فْهثوْْتالْالْراهم‬،ْْ‫ْكونمْانْ َسحيمرام‬،‫ماْأح ملْاللْفْكتابهْففهإونْْااْللللْالْلي‬
Maksud: "Apa saja yang Allah halalkan dalam kitab-Nya, maka dia
adalah halal, dan apa saja yang Ia haramkan, maka dia itu adalah
haram; sedang apa yang Ia diamkannya, maka dia itu dibolehkan
(ma'fu). Oleh karena itu terimalah dari Allah kemaafannya itu, sebab
sesungguhnya Allah tidak pernah lupa sedikitpun". Kemudian
Rasulullah saw membaca ayat: dan Tuhanmu tidak pernah
lupa.(Riwayat Hakim dan Bazzar)

2.1.2 Menentukan Halal dan Haram adalah Hak Allah SWT
sahaja

‫تحريم الحلال وتحليل الحرام قرين الشرك بالله‬

Islam meletakkan satu batas yang khusus dalam
menentukan halal dan haram, iaitu dengan melepaskan hak
tersebut dari tangan manusia, walaupun setinggi manapun
kedudukan manusia tersebut dalam bidang agama maupun
duniawinya. Hak tersebut adalah hak dan kuasa Allah SWT sahaja.
Firman Allah:

Maksud: "Apa.ْk..a..h..m...e.rُ‫لمل‬eّ‫ْا‬k‫ِِه‬a‫نْب‬i‫َذ‬t‫ي‬uََْ‫َل‬mْ‫َما‬eْ‫ن‬mِ ‫ِّدي‬p‫ال‬uْ‫َن‬n‫ِّم‬yْ‫م‬aُ‫ََل‬iْ‫وا‬sُ‫ع‬e‫َر‬k‫ َش‬uْ‫ء‬t‫ا‬u‫ُشَرَك‬yْa‫َلُم‬nَْg‫ أَم‬mengadakan

agama untuk mereka, sesuatu yang tidak diizinkan
Allah?......................." (as-Syura: 21)

42

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

Al-Quran telah mengecam ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)
yang telah memberikan kekuasaan kepada para orang yang bijak
dan rahib-rahib untuk menetapkan halal dan haram, dengan
firman-Nya:

ْ‫اَمّتَُذواْأَحبَاَرُهمَْوُرهبَاَنُمْأَرَِبِبًِّْمنْ ُدوِنْاُّهلمَلِوَْْواُسلبَمَْحِاسنيَهَُْحَْعابمماَنْْيَُمرشََِريَُكَْووََمنْاْأُِمُرواْإِلمْلِْيَعبُُدواْإِلَهاًَْوا ِحداًْلمْإِلَهَْإِلم‬

Maksud: Mereka menjadikan rahib dan pendeta mereka sebagai
tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) al Masih
putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan
yang Esa, tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Dia. Maha
suci Allah dari apa yang mereka sekutukan. (at-Taubah: 31)

'Adi bin Hatim (‫ )عادى بن حاتم‬pada suatu ketika pernah datang ke
tempat Rasulullah saw. Pada waktu itu dia lebih dekat dengan
Nasrani sebelum ia masuk Islam. Bila mana dia mendengar ayat
tersebut, ia pun berkata kepada Rasulullah saw: ‫إنهم لم يعبدوهم‬
Mereka tidak menyembah mereka (rahib dan pendeta)
Maka jawab Nabi s.a.w.: "Betul! Tetapi mereka (para pastor dan
pendeta) itu telah menetapkan haram terhadap sesuatu yang halal,
dan menghalalkan sesuatu yang haram, kemudian mereka
mengikutinya, yang demikian itulah penyembahannya kepada
mereka." (Riwayat Tarmizi)

2.1.3 Mengharamkan yang Halal dan Menghalalkan yang
Haram Sama dengan Syirik

‫تحريم الحلال وتحليل الحرام قرين الشرك بالله‬

Islam telah mencela sikap orang-orang yang suka

menentukan haram dan halal itu dengan memberikan satu
tanggungjawab yang berat kerana perbuatan mereka yang
merupakan suatu jenis pengonkongan dan penyempitan terhadap
agama Islam yang sebenarnya telah diberi kebebasan oleh Allah
SWT. Nabi Muhammad sendiri telah berusaha untuk memberantas
perasaan berlebihan ini dengan segala senjata yang mungkin. Di

43

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

antaranya ialah dengan mencela dan melaknat orang-orang yang
suka berlebih-lebihan tersebut, sebagaimana sabdanya:

Maksud: "Ing‫ن‬a‫عو‬tl‫ط‬a‫ن‬h‫كْا!لمت‬M‫ل‬u‫ه‬dْ‫ل‬a‫أ‬hْْ-،m‫ون‬u‫ع‬d‫ط‬a‫ن‬h‫لمت‬a‫ْا‬n‫لك‬b‫ه‬iْn‫ل‬a‫أ‬sْ،a‫َن‬l‫و‬aُ‫ع‬hّ‫نَ ِط‬oَ‫مُت‬r‫ْال‬a‫َك‬ngَ‫َهل‬-ْo‫ل‬r‫أ‬ang yang

berlebih-lebihan itu." (3 kali). (Riwayat Muslim dan lain-lain)

Baginda Rasulullah saw juga telah menjelaskan bahawa antara sifat

risalahnya itu dengan meْ‫ِة‬n‫ َح‬e‫م‬g‫س‬a‫ل‬s‫ْا‬k‫مِة‬a‫ِفي‬n‫ني‬:‫بُعِث ُتِْبْل‬

Maksud: Saya diutus dengan membawa suatu agama yang
bertoleransi. (Riwayat Ahmad)

Iaitu suatu agama yang teguh dalam beraqidah dan tauhid, serta
bertoleransi dalam hal pekerjaan dan perundangan. Lawan
daripada dua sifat ini ialah syirik dan mengharamkan yang halal.
Sabda Rasulullah saw dalam hadis Qudsi Allah SWT berfirman: Aku
ciptakan hamba-hamba-Ku ini dengan sikap yang lurus, tetapi
kemudian datanglah syaitan kepada mereka. Syaitan ini kemudian
membelokkan mereka dari agamanya, dan mengharamkan atas
mereka sesuatu yang Aku halalkan kepada mereka, serta
mempengaruhi supaya mereka mahu menyekutukan Aku dengan
sesuatu yang Aku tidak turunkan kuasa kepadanya. (Riwayat
Muslim)

Oleh kerana itu, mengharamkan sesuatu yang halal dapat
dipersamakan dengan syirik. Al-Quran telah menentang keras
terhadap sikap orang-orang musyrik Arab terhadap sekutu-sekutu
dan berhala mereka, dan tentang sikap mereka yang berani
mengharamkan atas diri mereka terhadap makanan dan binatang
yang baik-baik, padahal Allah tidak mengizinkannya. Diantaranya
mereka telah mengharamkan bahirah (unta betina yang sudah
melahirkan anak kelima), saibah (unta betina yang dinazarkan
untuk berhala), wasilah (kambing yang telah beranak tujuh) dan
ham (Unta yang sudah membunting sepuluh kali; untuk ini
dikhususkan buat berhala).

44

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

2.1.4 Mengharamkan yang Halal mengakibatkan timbulnya

Kejahatan dan Bahaya ‫التحريمُيتِبع الُخبث والضرر‬

Diantara hak mutlak Allah SWT yang menciptakan manusia
dan pemberi nikmat yang tiada terhitung banyaknya, ialah berhak
menentukan halal dan haram, menetapkan perintah-perintah dan
syiar-syiar ibadah dengan sesukanya. Sedang manusia tidak ada
hak sedikitpun untuk berpaling dan melanggar segala ketentuan-
Nya. Justeru itu dalam Ia menentukan halal dan haram dengan
alasan yang ma'qul (rasional) demi kemaslahatan manusia itu
sendiri, Allah tidak akan menghalalkan sesuatu kecuali yang baik,
dan tidak akan mengharamkan sesuatu kecuali yang buruk.

Allah juga mengharamkan hal-hal yang baik kepada orang-
orang Yahudi. Tetapi semua itu merupakan hukuman kepada
mereka atas kedurhakaan yang mereka perbuat dan
pelanggarannya terhadap larangan Allah. Hai ini telah dijelaskan
sendiri oleh Allah dalam firman Nya:

ْ‫َوَعلََِحىَلَْالمتِذْي َظنُُْهَهواُرُُُدهَاواْْأَِوَحْمرامْنَلَاَْواُّكَيْملأَْوِذَْمياْْاظُُفختَرلََْوَطِمْبَِنَعْالظبَمَقِْرذَْلَِوالَكغَْنَِمَجَْزيَنَحامرُمهنَماْْبِبََعلَغييِِهِهممُِْْوشإِمنُحْولََم َُهصاَمِداقُْإِوَلنْمَْما‬

Maksud: Dan kepada orang-orang Yahudi, Kami haramkan segala
binatang yang berkuku dan dari lemak-lemak lembu dan kambing,
Kami haramkan atas mereka lemak dari kedua binatang itu, selain
lemak yang melekat di punggung keduanya atau yang di perut besar
dan usus atau yang bercampur dengan tulang. Demikianlah Kami
hukum mereka disebabkan kedurhakaan mereka dan sesungguhnya
Kami adalah Maha Benar. (al An’am: 146)

Di antara bentuk kedurhakaan Yahudi yang lain dijelaskan oleh
Allah SWT:

‫َوأَفَبِخظُِذلِهمُْمِّمْالَنِّرَِْابلمِْذَويقََندََُْْهنُاوْاُدْواَعْنهَُحْمرَومأَنَاكْلَِعِهلَيمِْهأَممَْواطََيلِّبَْاالنماتِْأُسِْحِلْمبلبَاتِْطلَِلُهْمَوْأََوعبِتَدَصَنِّدِْلهِلمَْكاَعفِِنريَْنَسْبِِمينِلُهْامّْلمِلَعََْذكاثًِِۤبًياْأَْلِْي*ًمْا‬

Maksud: Maka disebabkan kezaliman orang-orang Yahudi, kami
haramkan atas (memakan makanan) yang baik-baik (yang
dahulunya) dihalalkan bagi mereka, dan kerana mereka banyak

45

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

menghalangi (manusia) dari jalan Allah, / dan disebabkan mereka
memakan riba, padahal sesungguhnya mereka telah dilarang
daripadanya, dan kerana mereka memakan harta benda orang
dengan jalan yang batil. Kami telah menyediakan untuk orang-orang
yang kafir di antara mereka itu siksa yang amat pedih.
(an-Nisa': 160-161)

Allah SWT telah menyediakan cara-cara untuk menutupi
kesalahan hamba-hamba-Nya, bukan dengan mengharamkan
barang-barang yang baik, tetapi dengan beberapa cara antaranya
ialah dengan taubatan nasuha, mengerjakan amalan-amalan yang
baik, bersedekah, menurunkan bala dan musibah. Semua ini dapat
menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukan.
Semua orang Islam mengetahui, bahawa Allah telah
mengharamkan daging babi, tetapi kita tidak mengetahui kenapa ia
diharamkan selain dari ianya kerana kotor dan najis (‫)رجس‬. Tetapi
dengan kemajuan zaman sains dan teknologi, ilmu pengetahuan
telah menyingkapkan bahawa di dalam daging babi itu terdapat
cacing pita dan bakteria yang boleh membunuh (‫)الديدان والجراثيم القتالة‬.
Sabda Rasulullah saw:

ْ‫َْوال ِظِّّل‬،ْ‫َْوقَاِرَعِْةْالطمِريِق‬،ْ‫ْالََْباَزِْفْال َمَواِرِد‬:‫اتمُقواْال َملَا ِع َنْالثملَا َث‬

Maksud: Takutlah kamu kepada tiga pelaknat (tiga perkara yang
menyebabkan seseorang itu mendapat laknat Allah) iaitu: buang air
besar ditempat mata air, di jalan besar dan dibawah pokok.
(Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

2.1.5 Setiap yang Halal Tidak Memerlukan yang Haram

‫في الحلال ما ُيْغِِن عن الحرام‬

Salah satu kebaikan Islam dan kemudahannya yang
dibawakan untuk kepentingan ummat manusia, ialah "Islam tidak
mengharamkan sesuatu kecuali dia memberikan suatu gantian
yang lebih baik untuk digunakan bagi keperluan ummatnya".

46

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

Sebagaimana yang telah diterangkan oleh Ibnul Qayim dalam
kitabnya A'lamul Muwaqqi'in, jilid 2 halaman 111 dan Raudhatul
Muhibbin halaman 10, bahawa:
• Allah mengharamkan mengetahui nasib atau bernujum dengan

membahagi-bahagikan daging pada azlam, sebagai gantinya
Allah menyuruh supaya berdoa istikharah.
• Allah mengharamkan mencari untung dengan menjalankan
riba. Sebagai gantinya Allah menggantikannya dengan suatu
perdagangan yang membawa untung.
• Allah mengharamkan berjudi, tetapi di sebalik itu Ia berikan
gantikannya dengan hadiah harta yang diperolehi dari
berlomba memacu kuda, unta dan memanah.
• Allah juga mengharamkan sutera, tetapi di balik itu Ia berikan
gantinya dengan beraneka macam pakaian yang baik-baik, yang
terbuat dari bulu dan kapas.
• Allah telah mengharamkan berbuat zina dan liwat, Ia berikan
gantinya berupa perkawinan yang halal.
• Allah mengharamkan minum minuman keras, sebagai gantinya
Ia berikan berbagai minuman yang lazat yang berguna bagi
rohani dan jasmani.
• Begitu juga Allah telah mengharamkan semua makanan yang
tidak baik (khaba’its), tetapi di balik itu Ia telah memberikan
gantinya berupa makanan-makanan yang baik (thayyibat).

Allah SWT sama sekali tidak bermaksud hendak menyusahkan
hamba-Nya, bahkan Dia berkehendak untuk memberikan
kemudahan dan kebaikan serta belas kasihan kepada hamba-Nya.
Sebagaimana difirmankan sendiri oleh Allah dalam al-Quran:
ًْ‫يُِري ُدْاّلملُْلِيُبََِّيَْولَيُِريُكُمدْْاَلوميَِذهي ِدَنيَْيَُكتمبِمعُْوُسَنَنَْانلْالممشَِذهيَواَنِِْتمْأَنْنقَْبَتلِِيلُُكوامََْْموييَتلُاًوْ ََعبِْظيَعلَمياًُْكْم*َْْيوُاِّريلملُُدْْاَعّلِلميلُْرمأَْنَحُِْْكيَيِّفرمَْْفْ*َْعْنَواُكّلمملَُْْيوُِريُخْلُِدَْقأَْانلِْإيَنتَُسواَُبنْْ َعَلَضيعِيُكفْما‬
Maksud: "Allah berkehendak akan menerangkan kepadamu dan
memberikan petunjuk kepadamu tentang cara-cara (sunnah) yang
dilakukan orang-orang sebelum kamu, dan Allah juga berkehendak
untuk menerima taubatmu, dan Allah adalah Zat yang Maha
Mengetahui dan Maha Bijaksana. Allah berkehendak untuk
menerima taubatmu, tetapi orang-orang yang mengikuti keinginan
hawa nafsunya itu berkehendak untuk berpaling dengan palingan
yang sangat. Allah (juga) berkehendak untuk memberikan
keringanan kepadamu, sebab manusia itu dicipta dengan keadaan
yang lemah". (al-Nisa': 26-27)

47

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

2.1.6 Apa Saja yang Membawa Kepada Haram adalah
Haram

‫ما أَّدى إلى الحرام فهو حرام‬

Salah satu prinsip yang telah diakui oleh Islam, ialah apabila
Islam telah mengharamkan sesuatu, maka wasilah dan cara apapun
yang dapat membawa kepada perbuatan haram adalah haram. Oleh
kerana itu, kalau Islam mengharamkan zina misalnya, maka semua
pendahuluannya dan apa saja yang dapat membawa kepada
perbuatan itu adalah diharamkan juga. Misalnya, dengan
menunjukkan perhiasan, berdua-duaan (free love), bercampur
dengan bebas, foto-foto telanjang, kesopanan yang tidak teratur
(immoral), nyanyian-nyanyian yang kegila-gilaan dan lain-lain.

Dari sinilah, maka para ulama ahli fiqh membuat suatu kaedah:

‫ما أ ََدَّى إلى الحرام فهو حرام‬

Maksud: Apa saja yang membawa kepada perbuatan haram, maka
itu adalah haram.

Kaedah ini senada dengan apa yang diakui oleh Islam iaitu
bahawa dosa perbuatan haram tidak terbatas pada peribadi si
pelakunya sahaja, tetapi ia meliputi dan termasuk semua orang
yang bersekutu dengan dia baik melalui harta ataupun sikap.
Masing-masing mendapat dosa sesuai dengan keterlibatannya itu.
Misalnya tentang arak, Rasulullah saw melaknat orang yang
meminumnya, yang membuatnya, yang membawanya, yang
diberinya, yang menjualnya, yang membasuh gelasnya, yang
menghidangnya dan lain-lain yang berkaitan dengannya. Begitu
juga dalam masalah riba, akan dilaknat orang yang memakannya,
yang memberikannya, penulisnya dan saksi-saksinya.

Kesimpulannya semua yang dapat membantu kepada
perbuatan haram, hukumnya adalah haram juga. Begitu juga
dengan semua orang yang membantu melakukan perbuatan haram,
maka dia akan terlibat dalam dosanya juga.

48

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

2.1.7 Mencari Helah Terhadap Hal yang Haram, Hukumnya

adalah Haram

‫الَتحاُيِل على الحرام حرام‬

Sebagaimana Islam telah mengharamkan seluruh
perbuatan yang dapat membawa kepada haram dengan cara-cara
yang nampak, maka begitu juga Islam mengharamkan semua helah
untuk berbuat haram dengan cara-cara yang tidak begitu jelas dan
helah syaitan iaitu bisikan syaitan.
Rasulullah saw pernah mencela orang-orang Yahudi yang membuat
suatu helah untuk menghalalkan perbuatan yang haram
sebagaimana sabda Rasulullah saw.:

ْ‫ْفَتَستَ ِحُلّواَْمَاِرَمْاّلمِلِْبَدََنْاْْلِيَِل‬,‫لْتَرتَ ِكبُواَْماْارتَ َكبَ ِتْاليَ ُهوُد‬

Maksud: "Jangan kamu berbuat seperti perbuatan Yahudi, dan
jangan kamu menganggap halal terhadap larangan-larangan Allah
walaupun dengan siasat yang paling kecil.12

Salah satu contoh, misalnya, orang-orang Yahudi dilarang
berburu pada hari Sabtu, kemudian mereka bersiasat untuk
melanggar larangan ini dengan menggali, sebuah parit pada hari
Jum'at supaya pada hari Sabtunya ikan-ikan bisa masuk ke dalam
parit tersebut, dan akan diambilnya nanti pada hari Ahad. Cara
seperti ini dipandang halal oleh orang-orang yang memang
bersiasat untuk melanggar larangan itu, tetapi oleh ahli-ahli fiqh
dipandangnya suatu perbuatan haram, karena motifnya justeru
untuk berburu baik dengan jalan bersiasat maupun cara langsung.

Termasuk berhelah ialah menamakan sesuatu yang haram
dengan nama yang lain dan mengubah bentuk padahal intinya sama
juga. Suatu hal yang tidak diragukan bahawa mengubah nama tidak
sedikit pun dapat mengubah hukum, sedangkan bendanya masih
benda yang sama. Oleh kerana itu, siapapun yang mengubah bentuk
dengan niat sekadar helah supaya dapat makan riba, atau membuat
nama baru dengan niat supaya dapat minum arak, maka dosa riba

12 Dr. Yusuf al Qardhawi, Halal wal Haram fil Islam, 32. Hadis riwayat Abu Abdullah bin
Battah, Kitab Ighatsah al Lahfan jld 1/348.

49

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

dan arak tidak dapat dihilangkan. Untuk itulah, maka dalam
beberapa hadis Nabi disebutkan:

‫لَيَستَ ِحلَ منْطائفةرْمنْأمِتْالخمَرْيُ َس ُّموَناْبغيْاسِمها‬

Maksud: Sungguh akan ada satu golongan dari ummatku yang
menganggap halal minum arak dengan memberikan nama lain.13

Adalah salah satu keganjilan di zaman kita sekarang ini banyak
orang menamakan tarian porno dengan nama seni tari, arak
dinamakan minuman rohani dan riba dinamakan keuntungan dan
sebagainya.

2.1.8 Niat Baik Tidak Dapat Melepaskan yang Haram

‫النية الحسنة لاُتَِربُر الحرام‬

Islam memberikan penghargaan terhadap setiap hal yang dapat
mendorong untuk berbuat baik, tujuan yang mulia dan niat yang
bagus, baik dalam perundang-undangannya maupun dalam seluruh
pengarahannya. Untuk itulah maka Nabi Muhammad s.a.w.
bersabda:

"Sesungguhnya semua amal itu harus disertai dengan niat
(ikhlas karena Allah), dan setiap orang dinilai menurut
niatnya." (Riwayat Bukhari)

Niat yang baik itu dapat menggunakan seluruh yang mubah dan
adat untuk berbakti dan taqarrub kepada Allah. Oleh karena itu
siapa yang makan dengan niat untuk menjaga kelangsungan
hidupnya dan memperkuat tubuh supaya dapat melaksanakan
kewajibannya untuk berkhidmat kepada Allah dan ummatnya,
maka makan dan minumnya itu dapat dinilai sebagai amal ibadah
dan qurbah.
Begitu juga, barangsiapa yang melepaskan syahwatnya kepada
isterinya dengan niat untuk mendapatkan anak, atau karena

13 Sahih Ibnu Majah, Abu Daud dan Ahmad, hadis Ubadah bin Somit

50


Click to View FlipBook Version