The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROOF Amalan dan prinsip halal -main ebook

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by siffin05, 2021-10-17 10:40:49

PROOF Amalan dan prinsip halal -main ebook

PROOF Amalan dan prinsip halal -main ebook

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

menjaga diri dan keluarganya dari perbuatan maksiat, maka
pelepasan syahwat tersebut dapat dinilai sebagai ibadah yang
berhak mendapat pahala. Untuk itu pula, maka Rasulullah s.a.w.
pernah menyabdakan:

"Pada kemaluanmu itu ada sadaqah. Para sahabat
kemudian bertanya: Apakah kalau kita melepaskan syahwat
juga mendapatkan pahala? Jawab Nabi: Apakah kalau dia
lepaskan pada yang haram, dia juga akan beroleh dosa?
Maka begitu jugalah halnya kalau dia lepaskan pada yang
halal, dia pun akan beroleh pahala." (Riwayat Bukhari dan
Muslim)

Dalam satu riwayat dikatakan: "Barangsiapa mencari
rezeki yang halal dengan niat untuk menjaga diri supaya
tidak minta-minta, dan berusaha untuk mencukupi
keluarganya, serta supaya dapat ikut berbelas kasih
(membantu tetangganya), maka kelak dia akan bertemu
Allah (di akhirat) sedang wajahnya bagaikan bulan di
malam purnama." (Riwayat Thabarani)

Begitulah, setiap perbuatan mubah yang dikerjakan oleh seorang
mu'min, di dalamnya terdapat unsur niat yang dapat mengalihkan
perbuatan tersebut kepada ibadah.

2.1.9 Menjauhkan Diri dari Syubhat Kerana Takut Terlibat
dalam Haram

‫إْتقاء ال ُشَبهات‬

Salah satu daripada rahmat Allah terhadap manusia, iaitu: Ia tidak
membiarkan manusia dalam kegelapan terhadap masalah halal dan
haram, bahkan yang halal dijelaskan sedang yang haram diperinci.
Firman Allah SWT:

ْ‫َوقَدْفَ مص َلْلَ ُكمْماْ َحمرَمْ َعلَي ُكمْإِملَْماْاضطُِررتُمْإِلَيِه‬

Maksud: dan sungguh Allah telah menerangkan kepadamu apa-apa
yang Ia haramkan atas kamu
(al-An'am: 119)

51

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

Masalah halal yang sudah jelas dan boleh saja dikerjakan. Soal
haram pun yang sudah jelas dan ianya samasekali tidak ada
rukhsah atau keringanan untuk melakukannya selama masih dalam
keadaan normal. Tetapi di balik itu ada suatu persoalan, iaitu antara
halal dan haram. Persoalan tersebut disebut dengan nama syubhat,
iaitu suatu persoalan yang tidak begitu jelas antara halal dan
haramnya bagi manusia. Hal ini terjadi berkemungkinan kerana
tasyabbuh iaitu tidak jelasnya dalil dan mungkin juga kerana tidak
jelasnya jalan dalam menerapkan nas atau dalil yang ada terhadap
sesuatu peristiwa. Terhadap persoalan ini Islam memberikan suatu
batasan yang disebut wara' iaitu suatu sikap berhati-hati kerana
takut berbuat haram. Dimana dengan sifat itu seorang muslim
diharuskan untuk menjauhkan diri dari masalah yang masih
syubhat, sehingga dengan demikian dia tidak akan terseret untuk
melakukan perbuatan haram. Cara semacam ini termasuk menutup
jalan bagi melakukan maksiat (saddud az zara'i). Dasar asas
daripada prinsip ini ialah sabda Nabi saw yang mengatakan:

ْْMْْ‫نْس‬،ِ‫ِْْم‬a‫نمَذَِامْواإ‬k‫لَْلواإَِلْرا‬sََْْْْ‫َن‬uَ‫اأ‬،ْْ‫م‬dِْ،‫ْهُْْْف‬:ِ‫ُكُْىلّيْر‬Yْ‫ََْكْحَثَِع‬a‫َْْْوُِِدق‬n‫ْتكَْْمسن‬g‫لُِمْلَُِه‬h‫عَْهلََْماا‬aْ‫شِيَبّْلَُُْبح‬lَّ‫ُْل‬a‫ََقللْلَصُك‬lِ‫ْْلْْلا‬s‫ا‬،ْ‫مْتْنْف‬uِْ‫روْتْإَِْي‬dَ‫ِْهََعْح‬a‫َََْهولََاْلقَو‬h‫َتَْنْبِلْْأََص‬j،َْ‫أش‬e‫َذَمْْا‬،‫ِهْو‬l‫إَُِم‬aْ‫ْهُفِْْْي‬،ًْ‫ةْر‬s‫ْهُكَعْغَُْولّْر‬dِ‫ِأُْضرتَُْمض‬a‫سْارُميَُْد‬nَْ‫ُهولَِدْنِْعَم‬yََ‫نََْْسْأ‬a‫َلَُيِْهْكْا‬nِ‫سادشَيوَْبْند‬gَِِِْْ،‫ْفَوْفل‬hَُِْ‫تْْرْيَْبأْْي‬aْ‫تَِمّىْن‬rَ‫َودْمإِسب‬aََ‫َْسْلِاَْم‬m‫ْلْْأَْفِلََاَْتَْلْرا‬p‫اَا‬،ْ‫َوه‬uْ‫َهْبُُحمْن‬nِ‫لِْرَُُْومّإش‬s‫َرْيااى‬u‫ِىَّعَْم‬d‫يََقِْلْبَْر‬a‫يتَّمْلْلم‬h‫ِِعنْىلَْْااا‬jَ‫ل‬e‫امَْحمرَا‬lِِ‫اْفَل‬aْ‫َمكْْن‬،sِ‫إ‬,

di antara keduanya itu ada beberapa perkara yang belum jelas
(syubhat), banyak orang yang tidak tahu: apakah dia itu masuk
bagian yang halal ataukah yang haram? Maka barangsiapa yang
menjauhinya karena hendak membersihkan agama dan
kehormatannya, maka dia akan selamat,. dan barangsiapa
mengerjakan sedikitpun daripadanya hampir-hampir ia akan
iatuh ke dalam haram, sebagaimana orang yang menggembala
kambing di sekitar daerah larangan, dia hampir-hampir akan
jatuh kepadanya. Ingatlah! Bahwa tiap-tiap raja mempunyai
daerah larangan. Ingat pula, bahwa daerah larangan Allah itu
ialah semua yang diharamkan. (Riwayat Bukhari & Musl

52

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

2.1.10 Sesuatu yang Haram Berlaku Untuk Semua Orang

‫ لا ُُماباة ولاَتْفِرَقة في المَحّرمات‬/ ‫الحرام حرام على الجميع‬

Haram dalam pandangan syariat Islam adalah bersifat
umum dan menyeluruh. Oleh itu tidak ada di dalam Islam sesuatu
yang diharamkan untuk orang Arab (ajam) tetapi halal untuk orang
bukan Arab. Tidak ada sesuatu yang dilarang untuk orang kulit
hitam tetapi halal pula buat orang kulit putih. Bahkan tidak seorang
muslim pun yang mempunyai keistimewaan khusus yang dapat
menetapkan sesuatu hukum haram untuk orang lain, tetapi halal
buat dirinya sendiri.

Apa saja yang diharamkan ianya haram untuk seluruh
manusia dan hal ini berlaku sampai hari kiamat. Contohnya seperti
mencuri hukumnya adalah haram, baik yang mencuri itu seorang
Islam ataupun bukan orang Islam, baik yang dicuri itu milik orang
Islam ataupun milik orang lain. Hukumnya itu berlaku untuk semua
pencuri tanpa mengira keturunan dan kedudukannya. Demikianlah
yang dilakukan Rasulullah saw sebagaimana hadis yang
diriwayatkan:

Rasulullah SAW bersabda: "Demi Allah! Kalau sekiranya Fatimah
binti Muhammad yang mencuri, pasti akan ku potong tangannya."
(Riwayat Bukhari)

Di zaman Nabi sudah pernah terjadi suatu peristiwa
pencurian yang dilakukan oleh seorang Islam, tetapi ada suatu
syubhat yang telah diadakan bagi menuduh orang Yahudi yang
melakukannya. Kemudian salah satu keluarganya yang Islam
melepaskan tuduhan kepada seorang Yahudi dengan beberapa data
yang dibuatnya dan berusaha untuk mengelakkan tuduhan
terhadap rekannya yang beragama Islam itu, padahal dialah
pencurinya, sehingga dia bermaksud untuk mengadukan hat
tersebut kepada Nabi dengan suatu keyakinan, bahwa dia akan
dapat bebas dari segala tuduhan dan hukuman. Waktu itu turunlah
ayat al Quranulkarim yang menyingkap kejahatan ini dan
membebaskan orang Yahudi tersebut dari segala tuduhan.

53

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

Rasulullah saw mencela orang Islam tersebut dan menjatuhkan
hukuman kepada pelakunya, firman Allah SWT:

ْْْْ‫إإِِيَ*مۤمْعنْنيََْْماأَلّنُسلمَتَزوللَنََْناخَكُْْفاإُِملَوَينَِْنحيََْغكِمُطفًْااَلنوًْْراا*ِكْلتَْنمماراَهِ ۤحايَأَِبسنًمْتُْاَِمبوَْلْل*َهَْْۤحيََُوؤََِلّقسلآْتَِْلءِتتَُْخََُفحججااوُكَِددَنلَمتُْلِْْمبمََْعَنََعيِْينناَْاُّْلالهمُكلنملِمماوِْذَْيُِونِسُْهَفنََْْعوْبِايلََْليَمَماِهخََعحْتَيَمأَُاهاَْنرُاةِمَووَْْكِاكإَِيلنْذُلاًّْدأَّْاننليمُْلْيَُبَُفاْْ*يِّْتََُوسَفَوُلهَمَْنمتَْنَْإمُِْكايُمنْنََْْاجللِّّاْللمِدليَََُْخرلَآْلَئاضِْنِّيلمُىلََِْْيحِمَْعنَُنَّخبُْهْالِمَصمَْيقْيَنًومِْاولََمْكْاْ*اْْلََْنوَِقَْوكايَااَخسََمنتمَواِْةاغًّْۤنأَِفلمْلمُِأرَْْثِْبيِامًَّملممنلاَا‬

Maksud: Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu Kitab
dengan benar, supaya kamu menghukum diantara manusia dengan
(faham) apa yang Allah beritahukan kepadamu, dan janganlah kamu
menjadi pembela orang-orang yang khianat. Dan minta ampunlah
kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan
Pengasihani. Dan janganlah kamu membela orang-orang yang
mengkhianati dirinya itu, kerana sesungguhnya Allah tidak suka
berkhianat dan berbuat dosa. Mereka bersembunyi (berlindung)
kepada manusia, tetapi tidak mahu bersembunyi kepada Allah,
padahal Dia selalu bersama mereka ketika mereka mengatur
siasatnya itu di waktu malam, iaitu sesuatu yang tidak diridhai dari
perkataan itu, dan Allah maha meliputi semua apa yang mereka
perbuat. Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang yang membela
mereka di dalam kehidupan dunia ini, maka siapakah yang akan
membela mereka dari hukuman Allah kelak di hari kiamat? Atau
siapakah yang akan mewakili untuk (menghadapi urusan) mereka
itu? (an Nisa': 105-109)

Pernah juga terjadi suatu anggapan dalam agama Yahudi,
bahwa riba itu hanya haram untuk seorang Yahudi jika berhutang
kepada orang Yahudi yang lain. Tetapi berhutang kepada lain
Yahudi tidaklah terlarang. Sifat mereka yang seperti ini diceritakan
juga oleh al-Quran, di mana mereka membolehkan berbuat khianat
terhadap orang lain, dan hal semacam itu dipandangnya tidak salah
dan tidak berdosa.

54

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

2.1.11 Keadaan Terpaksa Membolehkan Yang Terlarang

‫الضروراتُتِبْيُح المْحظورات‬

Islam mempersempit daerah haram dan menutup semua
jalan yang membantu dan memungkinkan membawa kepada yang
haram samaada secara terang mahupun sembunyi. Namun begitu
Islam pula tidak lupa terhadap kepentingan hidup manusia serta
kelemahannya dalam menghadapi kepentingannya itu. Alla SWT
telah membenarkan para hamba-Nya untuk mengambil sekadar
keperluan sebagaimana firman-Nya:

ْ‫إِنم َماْ َحمرَمْ َعلَي ُك ُمْال َميتَةََْوال مدَمَْولَح َمْال ِخَعنلَِزييِهِرْْإَِومنَمْااّْألمُلَِهْ ملَغُْفبِوِهررْلِْمغَرِِحييْارْمّلمْلِْفََم ِنْاضطُمرْ َغ َيَِْبغَْوَلْ َعادْفَلَاْإِث َم‬

Maksud: Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu
bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih)
disebut (nama) selain Allah. Tetapi barangsiapa dalam keadaan
terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan
tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya.
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(al-Baqarah: 173)

Firman Allah SWT yang membawa pengertian yang hampir
sama dengan ini diulang dalam empat surah ketika menyebut
masalah makanan-makanan yang haram. Oleh itu para ahli fiqh
telah menetapkan suatu prinsip yang sangat berharga berkaitan
dengan perkara ini iaitu “al dharuratu tubihul mahzhurat”
(‫ – )الضرورات تبيح المحظورات‬yang bermaksud keadaan terpaksa
membolehkan yang terlarang.

Sehubungan ini para ulama fiqh menetapkan suatu prinsip
lain pula iaitu “al dharuratu tuqaddiru bi qadariha” ( ‫الضرورة تُق ِد ُر‬
‫ – )بقدرها‬yang bermaksud dharurat itu dibolehkan mengambilnya
sekadar yang diperlukan sahaja. Oleh itu benarlah apa yang
dikatakan Allah SWT dalam firmanNya:

ْ‫يُِري ُدْاّلملُْبِ ُك ُمْاليُسَرَْوَلْيُِري ُدْبِ ُك ُمْالعُسَر‬
Maksud: Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak
menghendaki kesukaran bagimu. (al-Baqarah: 185)
dan firman-Nya lagi:

55

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

ًْ‫يُِري ُدْاّلملُْأَنْيُ َخِّف َفْ َعن ُكمَْو ُخلِ َقْالِإن َسا ُنْْ َضعِيفا‬

Maksud: Allah berkehendak untuk memberikan keringanan
kepadamu, karena manusia itu dijadikan serba lemah. (an-Nisa': 28)

LATIH TUBI

Bahagian A: Soalan Objektif

Jawab semua soalan

1. Maksud : “ Dialah Zat yang menjadikan untuk kamu apa-apa
yang ada di bumi ini semuanya. (Al-Baqarah : 29).

Ayat di atas menerangkan…..
A. Kepentingan mencari perkara yang halal
B. Kepentingan mengetahui perbezaan halal, haram & syubhah

dari segi istilah
C. Perkara yang syubhah boleh menjejaskan perkara yang halal

dan haram
D. Ramai orang hanya mengambil berat perkara yang halal dan

mengetepikan yang syubhah

2. Yang berhak menentukan halal dan haram sesuatu perkara
adalah…

A. Allah SWT
B. Allah SWT dan para malaikat
C. Allah SWT dan para anbiyak
D. Semua di atas

3. Mengharamkan sesuatu yang halal seperti bahirah
merupakan perbuatan tercela yang kerana bertentangan dengan
syarak. Amalan tersebut dilakukan oleh…

A. Munafiq Arab
B. Mushrik Arab
C. Muslim Arab
D. Fasiq Arab

56

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

4. Allah SWT menganjurkan beberapa perkara untuk menutup
kesalahan hambanya. Berikut merupakan amalan yang boleh
menghapuskan dosa KECUALI …..

A. Melakukan taubat nasuha
B. Beristighfar setiap waktu memohon keampunan Allah SWT
C. Tidak meredai segala ujian yang ditimpakan Allah SWT ke

atasnya
D. Melazimi perbuatan sedekah ke atas setiap mahkluk Allah

SWT

5. Ibnul Qayyim dalam kitabnya A’lamul Muwaqqi’n (Jilid 2,
Halaman 111) Dan Raudatul Muhibbin (Halaman 10) menerangkan
pengharaman allah SWT atas beberapa amalan iaitu

I. Amalan menilik nasib atau bernujum
II. Amalan berjudi dan bertaruh perlumbaan seperti kuda
III. Amalan berbekan sebulan sekali
IV. Amalan memakan sebarang bentuk khabaits

A. I, II & III
B. I, II & IV
C. II, III & IV
D. I, II, III & IV

6. Maksud : “Sungguh akan ada satu golongan dari umatku
yang menganggap halal minum arak dengan memberikan nama
lain”.

Terjemahan hadis di atas menerangkan….
A. Mencari helah terhadap yang haram, maka hukumnya haram
B. Menetapkan sesuatu hukum kepada qat’ie haram boleh

mencetuskan kecelaruan umat
C. Menentukan setiap perkara yang halal tidak perlu dikaitkan

dengan perkara yang haram
D. Mengharamkan yang halal akan mendatangkan kesan bahaya

kepada individu

7. Apakah natijah bagi perbuatan yang disertai dengan niat
yang baik?

A. Menjadi kesukaan malaikat
B. Boleh berbakti dan bertaqarrub kepada Allah SWT
C. Tidak memberi apa-apa kesan kepada ibadat

57

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

D. Akan menyebabkan timbul rasa riyak dan ujub keran
perbuatan baik itu diketahui manusia

8. Dosa perbuatan haram tidak terbatas kepada pelaku sahaja
bahkan meliputi orang yang bersekutu dengannya melalui
perbuatan dan hartanya.
Kenyataan berikut berkait rapat dengan perbuatan haram yang
ditegah Allah SWT iaitu
A. Bermunajat
B. Memakan makanan haram
C. Meminum arak
D. Mencuri barang orang
9. Apakah definisi wara’?
A. Beramal ibadat dengan meninggalkan segala urusan dunia
B. Bersikap optimis atas setiap ujian Allah SWT
C. Bersikap istiqamah dalam setiap amalan yang baik
D. Bersikap berhati-hati kerana takut berbuat haram
10. Salah satu daripada prinsip syariah bagi membincangkan
perkara atau kaedah yang berkaitan dengan masalah makanan yang
haram dikenali dengan Adh-Dharuratu Tubihul Mahzurat yang
bermaksud….
A. Keadaan darurat yang menyebabkan manusia memilih

yang haram
B. Keadaan terpaksa tetapi tetap terlarang
C. Keadaan yang tidak terpaksa dan sesuai dengan keadaan
D. Keadaan terpaksa yang membolehkan terlarang

58

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

Bahagian B: Soalan Struktur

Jawab semua soalan berikut.

6. Berikan 2 contoh perkara yang halal dan 2 contoh perkara yang

haram.

____________________________________________________________ _____

________________________________________________________________ _____

____________________________________________________________ ____________

7. Nyatakan 4 cara yang Allah SWT tetapkan untuk menutup
kesalahan hamba-hamba-Nya

__________________________________________________________ ___________

________________________________________________________________ _______

__________________________________________________ _____________________

_____________________________________________________ __________________

8. Nyatakan 3 contoh pengharaman Allah SWT ke atas perkara atau

perbuatan

_________________________________ ______________________________________

_______________________________________ ________________________________

__________________________________________ _____________________________

9. Sebutkan 2 hikmah menjauhkan diri daripada perbuatan yang

syubhah

_____________________________________________________________________ __

___________________________________________________________________ ____

10. Jelaskan bagaimana perbuatan mubah boleh bertukar menjadi

ibadat dan berikan contoh

___________________________________________________________________ ____

__________________________________________________________ _____________

59

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

3.0 Makanan Halal dan makanan
tidak halal.

_______________________________________________________________________

60

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

3.0 Makanan halal dan makanan tidak halal.

Makanan halal bermaksud makanan dan minuman dan bahan-
bahan yang dibenarkan di bawah undang-undang Syariah dan
memenuhi syarat-syarat berikut:

• tidak mengandungi sebarang bahagian produk haiwan yang
tidak halal oleh undang-undang Syariah atau mana-mana
bahagian produk haiwan yang tidak disembelih mengikut
undang-undang Syariah.

• tidak mengandungi najis mengikut undang-undang Syariah.
• selamat untuk digunakan, tidak beracun, tidak memabukkan,

atau tidak berbahaya kepada kesihatan.
• tidak disediakan, diproses atau dibuat menggunakan peralatan

yang tercemar dengan najis menurut undang-undang Syariah.
• tidak mengandungi sebarang bahagian manusia atau

derivatifnya yang tidak dibenarkan oleh undang-undang
Syariah.
▪ semasa persediaan, pengendalian, pembungkusan,
penyimpanan dan pengedaran makanannya secara fizikal
dipisahkan dari makanan lain yang tidak memenuhi syarat yang
dinyatakan dalam butiran a), b), c), d), atau e) atau apa-apa
perkara lain yang telah ditetapkan sebagai undang-undang
Syariah.

3.1 Penjelasan Toharah dan Najis

Rajah 3

61

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

3.1 TOHARAH

Bahasa : suci dan bersih.

Iaitu bersih dan bebas daripada segala kekotoran sama ada yang
nyata (hissi) seperti najis atau bentuk ma’nawi seperti perkara yang
mengaibkan atau-sifat-sifat keji.

Syariat : suci dan bersih daripada najis atau hadas.
Iaitu menyucikan najis dan hadas pada badan, pakaian dan tempat
bagi mengharuskan melakukan solat.

Hadas terbahagi kepada dua bahagian iaitu :
1. hadas kecil
2. hadas besar.

Jenis-jenis Najis

Najis adalah berasal dari perkataan Arab. Dari segi Bahasa
ianya bermaksud benda yang kotor. Dari segi syara’ najis
bermaksud semua benda kotor yang menghalang daripada sahnya
sembahyang seperti darah, air kencing dan lain-lain. Ianya
terbahagi dalam dua keadaan iaitu aini dan hukmi.

1. Najis aini ialah najis yang yang dapat dilihat atau yang
mempunyai sifat yang zahir dengan berwarna atau berbau
seperti tahi, air kencing dan darah.

2. Najis hukmi ialah najis yang telah kering dan kesan-kesan
zahirnya telah hilang iaitu sudah tidak ada lagi warna dan bau
pada najis tersebut seperti pakaian yang terkena air kencing,
kemudian ianya kering. Dalam situasi begini sekiranya kita
bersentuh dengan apa-apa yang ada najis sedemikian dan
tangan kita pula dalam keadaan yang kering, maka ianya tidak
memberi kesan najis pada diri kita, melainkan kita menanggung
atau memakai pakaian tersebut.

62

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

Jenis-jenis najis terbahagi kepada tiga iaitu :

1. Mughallazah
2. mukhaffafah
3. mutawassitah.

▪ Mughallazah

Najis Mughalazah ialah najis berat iaitu anjing dan babi serta
keturunannya. Yang dimaksudkan dengan keturunannya ialah anak
yang lahir hasil hubungan jenis anjing atau babi dengan kambing
umpamanya, yang kemudiannya melahirkan anak, maka anak
kambing yang dilahirkan itu adalah najis mughallazah. Begitu juga
dengan semua benda yang ada pada kedua-dua anggota badannya
seperti tulang belulang, air liur, darah, kulit dan seluruh bahagian
luar badan dan dalamannya adalah najis.

Cara menyucikan najis anjing dan babi ialah, pertama:
buangkan ain najis atau apa-apa benda yang ada dan nampak dilihat
terlebih dahulu. Kemudian basuh sebanyak tujuh kali dengan air
mutlak, dan salah satu daripadanya hendaklah dengan air yang
bercampur tanah. Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadith yang
diriwayatkan oleh Muslim:

ْ‫طُهوُرْإنِءْأح ِدكمْإذاَْولَ َغْفيهْالكلبْأنْيَغ ِسلَهْ َسب َعَْْممرةْأُول ُه منِْبلُّتاب‬

Maksud: apabila bekas seseorang kamu dijilat oleh anjing, maka
sucikanlah dengan cara membasuhnya sebanyak tujuh kali. (dan)
Basuhan pertama hendaklah dengan tanah (iaitu air yang
bercampur dengan tanah) – Berdasarkan hadis ini babi diqiyaskan
kepada anjing dari segi najisnya kerana babi adalah lebih teruk
keadaannya berbanding dengan anjing.

▪ Mukhaffafah

Najis mukhaffafah ialah najis ringan, dan ianya adalah air
kencing kanak-kanak lelaki yang berumur kurang dari 2 tahun dan
tidak makan dan minum melainkan susu manusia sahaja.

63

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

Cara menyucikannya ialah memadai dengan hanya
merenjiskan air ke atas tempat kena najis, samaada ianya dalam
keadaan najis aini ataupun hukmi. Renjisan air tersebut pula
hendaklah meratai kesemua tempat kena najis dan tak perlu
mengalirkannya samaada ianya terkena pada badan, pakaian atau
pun tempat. Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan
Muslim daripada Ummu Qais binti Mihsoan r.anha menyatakan
bahawa: beliau bersama dengan anak lelakinya yang kecil, yang
tidak makan apa-apa makanan (maksudnya hanya minum susu
sahaja ibu sahaja), telah datang menemui Rasulullah s.a.w. yang
kemudiannya anak tersebut telah kencing di atas pakaian baginda
s.a.w.:

ْ‫ف َدعاْبماءْفنَ َض َحهْولْيَغسله‬

Maksud: Maka baginda s.a.w. telah meminta air, lalu merenjis-
renjiskan air ke tempat kena najis tanpa membasuhnya (iaitu tanpa
mengalirkan air padanya).

▪ Mutawassitah

Najis mutawassitah ialah najis pertengahan iaitu selain
daripada najis mughallazah dan najis mukhaffafah. Najis
mutawassitah merupakan jenis najis yang paling banyak kita
menghadapinya di dalam hidup kita seharian, contohnya ialah
seperti air kencing, tahi dan darah samaada dari manusia atau
binatang yang selain daripada anjinhg dan babi.

Cara menyucikan najis mutawassitah ialah dengan
dibuangkan najis dan kesan-kesannya sehingga hilang ain najis
tersebut dan juga sifat-sifatnya, iaitu warna, rasa dan bau.
Kemudian dibasuh dengan cara mengalirkan air ke atas tempat
kena najis tersebut. Tetapi ianya dimaafkan sekiranya terdapat
warna dari kesan-kesan najis yang masih kelihatan disebabkan
susah untuk dihilangkan seperti darah dan sebagainya.
Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan daripada Sayyidina
Ali r.a yang telah berkata: Aku (Ali r.a) adalah seorang yang selalu
keluar ai mazi dan aku merasa malu untuk bertanya kepada
Rasulullah s.a.w. Maka aku menyuruh Miqdad bin al-Aswad
menanyakannya, maka ia telah bertanya. Maka Rasulullah s.a.w.
telah bersabda:

64

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

ْ‫فيهْالوضوء‬

Maksudnya ialah: padanya (dikenakan) wudhu’ dan juga sabda
Rasulullah s.a.w.:

ُْ‫يَغ ِس ُلْذََكَرهْويَتََو مضأ‬

Maksud: dia hendaklah membasuh kemaluannya dan berwudhu’.

3.2 Penjelasan Samak dan Sertu (Islamic Cleansing)

❖ Samak

Samak ialah menyucikan sesuatu daripada kulit binatang
dengan menggunakan bahan-bahan yang bersifat tajam atau
peluntur seperti tawas, bahan kimia dan sebagainya.

Bahan-bahan tersebut dapat menanggalkan dan
menghilangkan semua kekotoran dan lendir yang mengandungi
kuman-kuman penyakit yang melekat pada kulit binatang tersebut.

Sabda Rasulullah saw:

ْ‫إذاْ ُدبِ َغْالأها ُبْفقدْطَُهَر‬

Maksud: Setiap kulit yang disamak ia menjadi suci.
(Riwayat Muslim)

Contoh: Kulit kambing akan disamak terlebih dahulu untuk
menyucikan daging tersebut untuk dibuat kompang atau kegunaan
yang lain.

❖ Sertu

Sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah
iaitu menyentuh anjing, babi dan keturunannya yang sedang basah
akibat terkena hujan, ataupun terkena air liurnya.

65

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

Najis Mughalazah hendaklah disucikan dengan
membasuhnya dengan 6 basuhan air mutlak dan 1 kali basuhan air
yang dicampurkan tanah. Jumlah basuhan adalah 7 kali.

Menyucikan najis mughalazah dengan menggunakan tanah
bertujuan untuk menghilangkan kuman-kuman penyakit yang
terdapat pada badan binatang najis mughalazah. Mengikut ilmu
kedoktoran, kuman-kuman penyakit yang terdapat pada najis
mughalazah tidak dapat disucikan melainkan dengan menggunakan
tanah.

Contoh : Anda terpegang seekor anjing, dan anda hendaklah sertu
tangan anda mengikut cara yang ditetapkan syarak.

3.3 Perbincangan Kaedah Pelaksanaan Empat Perkara Dalam Industri
Makanan

Empat topik telah dikemukakan di sini iaitu Istihalah, Istihlak,
Jallalah dan Umum al Balwa. Ia hanyalah satu bentuk perbincangan
ringkas yang berkaitan dengan halal, haram dan kaedah-kaedah
yang ada hubungan dengan Toharah. Contoh-contoh yang
dikemukakan telah diambil dari pendapat para ulama’ bagi menjadi
panduan dan kajian dalam memahami makanan yang halal dan
makanan yang tidak halal.

Pada umumnya empat kaedah ini adalah merujuk kepada firman

Alْlً‫ا‬a‫غ‬hِ‫سآئ‬Sَ Wًْ‫صا‬Tِ‫ل‬:‫َوإِ منْلَ ُكْمِْفْالأَن َعاِمْلَعَِْبةًُْنّسِقي ُكمِّْماْلِِلفمْشباُِربطُِونَِيِْهِْمنْبَ ِيْفَرثَْوَدمْلمبَناًْ َخا‬

Maksudnya: dan Sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-
benar terdapat pengajaran bagi kamu. Kami memberimu minum
dari pada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang
bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang
yang meminumnya. (al-Nahl: 66)

66

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

Dari ayat tersebut dapat difahami bahawa bahawa susu
yang dihasilkan oleh haiwan ternakan adalah halal walaupun ia
berada di antara najis dan darah haiwan berkenaan. Susu itu
terhasil dari makanan yang dimakan oleh haiwan tersebut yang
kemudiannya dicernakan di dalam perut, yang mana sebahagian
daripadanya menjadi darah, daging dan susu, manakala selebihnya
pula menjadi najis. Perubahan tabie yang telah berlaku kepada
darah yang asalnya haram dimakan, berubah menjadi susu dan
daging yang halal di makan adalah proses istihalah.14

❖ Istihalah

Bahasa : Perkataan bahasa Arab yang bermaksud perubahan atau
pertukaran.

Istilah : bermaksud berubah sifat sesuatu dan tabiatnya dari satu
keadaan kepada keadaan yang lain.

• Menurut kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiah al-Kuwaitiah:
Istihalah bermaksud perubahan sesuatu dari sudut tabie
dan juga sifatnya atau hilang rupa asal.

• Malaysian Standard: Istihalah ialah berubah sesuatu kepada
sesuatu yang lain dengan berubah hakikatnya atau sifatnya
secara semula jadi melalui proses tindakbalas kimia.

• Majlis Penyelidikan dan Fatwa Eropah (2013) menyatakan
istihalah ialah perubahan daripada suatu bahan kepada
bahan yang lain dengan berubah zat dan sifatnya.

Antara contohnya ialah seperti:

▪ Arak berubah menjadi cuka. Ianya adalah perubahan
kandungan, majoriti ulama menyatakan tidak ada beza

14 http://jfatwa.usim.edu.my

67

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

sama ada perubahan itu berlaku dengan sendiri atau hasil
tindakan yang dilakukan oleh seseorang, iaitu perubahan
tersebut berlaku dengan sendiri atau melalui sesuatu. Ia
memberi kesan kepada perubahan hukum dengan sebab
perubahan itu, seperti anggur yang bertukar menjadi arak
maka hukumnya haram, tetapi apabila arakbertukar
menjadi cuka maka hukumnya halal

▪ Darah kijang bertukar menjadi minyak kasturi, bangkai
berubah menjadi garam bila terjatuh di tempat garam.
Ianya adalah perubahan fizikal dan kandungan.

Menurut Ibnu Taimiyah maksud “Istihalah” berdasarkan
kepada pemahaman oleh ramai para fuqaha’ ialah berubah ain najis
kepada ain yang lain yang mengubah hakikatnya. Seperti berubah
bangkai menjadi tanah, yang jelasnya ialah najis-najis bertukar
menjadi suci dengan sebab berlaku proses istihalah.15

Menurut mazhab Syafi’i tidak ada barang najis yang dapat
menjadi suci disebabkan oleh perubahan sifatnya kecuali tiga jenis
iaitu arak dan tempatnya apabila berubah menjadi cuka dengan
sendirinya, kulit selain kulit anjing dan babi yang najis kerana
bangkai, kemudian menjadi suci zahir dan batinnya setelah disamak
dan sesuatu yang berubah menjadi binatang seperti bangkai apabila
menjadi ulat kerana kehidupan baru.

Namun begitu terdapat khilaf dan perbezaan pendapat yang
banyak dikalangan para Imam Mazhab dan lain-lainnya tentang
permasalahan istihalah dan contoh-contoh yang diberikan di atas.

15 Islamweb.net/fatwa

68

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

❖ Istihlak

Bahasa : binasa.

Istilah : kebiasaannya membawa kepada dua pengertian iaitu:
1. Menjadikan sesuatu itu sebagai binasa (halik),
dikatakan: Seseorang istihlak hartanya, iaitu ia
membelanja dan menghabiskannya.
2. Bercampur suatu ain dengan ain yang lain, sehingga
luput sifat yang ada padanya atau ciri-ciri yang
dimaksudkan, di mana ia jadi binasa, sekalipun masih
berbaki, seperti bercampur arak atau susu dalam air
atau cairan yang lebih banyak.

Istihlak ialah sesuatu yang hilangnya ciri-ciri bahan (asal)
dengan sebab ia terurai dalam air atau cecair yang kuantitinya lebih
banyak, sehingga menjadikan ia larut didalamnya lalu memberi
kesan dari segi perubahan hukum. Antara contohnya ialah air najis
yang ditambah atau dimasukkan ke dalam air bersih yang banyak
maka ia dihukum bersih apabila didapati air tersebut tidak
berwarna, tidak berbau dan tidak berasa yang tidak menyenangkan
(Majlis Penyelidikan dan Fatwa Eropah, 2013).

Kaedah istihlak pada umumnya diambil berdasarkan hadis yang
masyhur berkenaan air yang melebihi dua kolah, di mana Nabi SAW
bersabda yang maksudnya:

“Apabila air mencapai dua kolah, ia tidak akan
membawa kepada kekejian (kotoran)”
(Aun al-Ma‘bud. Syarh Sunan Abi Daud, Juz. 10)

Hadis ini menunjukkan bahawa air najis atau yang haram,
apabila bercampur dengan air banyak atau cairan bersih,
diistihlakkan didalamnya tanpa membawa sebarang perubahan
padanya samada warna, rasa atau bau, maka ia kekal sebagai bersih
dan halal, tidak terkesan dengan bahan najis yang sedikit itu atau
seumpamanya (Ibn Taymiyyah, 2004). Adapun air yang bercampur
(istihlak) najis menurut mazhab Syafi’i jika air tidak sampai dua
qullah, maka ia menjadi najis, walaupun air tersebut tidak berubah.
Sekiranya melebihi dua qullah maka dihukum bersih sekalipun

69

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

terkena benda-benda najis, jika tidak dikesan ada perubahan pada
sifatnya sama ada warna, rasa, atau baunya (al-Syirbini, t.th)

Imam al-Sayuti dalam kitab al-Asybah Wa al-Naza’ir
mengatakan terkeluar dari kaedah: ْ‫( اذاْاجتمعْاْللالْواْلرامْغلبْاْلرام‬apabila
berhimpun sesuatu yang halal dengan yang haram ianya akan jadi
haram) pabila perkara haram itu diistihlakkan atau seumpamanya.
Jika seorang muhrim (orang dalam ihram) memakan sesuatu yang
telah teristihlak dalamnya bahan wangian, maka tiada dikenakan
fidyah. Jika bercampur cecair dengan air secara teristihlak
dalamnya, harus digunakan semuanya untuk bersuci atau susu
seorang ibu dicampur dengan air secara teristihlak dalamnya, maka
anak itu tidak menjadi mahram secara susuan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-6 yang bersidang pada 10
Oktober 1983 telah membincangkan “Penyuntikan Highly Purified
Insulin Daripada Babi”. Muzakarah telah memutuskan bahawa
hukum menyuntikkan insulin daripada najis mughalazah (babi)
bagi tujuan perubatan pesakit kencing manis adalah harus kerana
darurat. Begitu juga hukuman bagi mereka yang menjalankan
penyuntikannya.

Malaysia mempunyai pendirian tersendiri terhadap kaedah
istihalah dan istihlak dalam penghasilan produk halal, amalan
semasa menunjukkan pendapat mazhab Syafie diutamakan dalam
membuat keputusan terhadap isu hukum yang membabitkan
kaedah istihlak dan istihalah. Perkara ini dapat dilihat melalui
keputusan-keputusan hukum membabitkan isu istihlak dan
istihalah. Walaubagaimanapun, dalam sesetengah isu pendapat
mazhab lain juga diterima sekiranya bersesuaian dengan maqasid
syariah dalam membawa kebaikan dan menolak kemudaratan.16

16 JANUARY 2019 | VOL. 15| NO. 1 ISSN: 2232-1047 eISSN: 0127-8886
www.jfatwa.usim.edu.my

70

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

❖ Jallalah

Jallalah (‫ )جلالة‬bermaksud haiwan yang membesar dengan
memakan makanan bernajis samaada unta, lembu, kambing, ayam,
itik dan sebagainya yang terdiri daripada haiwan-haiwan yang
boleh dimakan.

Menurut ad-Dumairi rmh di dalam kitabnya Hayah al-Hayawan al-
Kubra menyatakan: al-Jallalah itu adalah binatang yang makan tahi
dan najis-najis sama ada binatang itu unta, sapi, kambing, ayam,
angsa, ikan atau selainnya daripada binatang yang boleh dimakan.
(Wafat: 27 Okt. 1405)

Menurut Malaysian Standard, al-Jallalah bermaksud: “Binatang
yang dagingnya berbau busuk disebabkan memakan najis dan
hidup di persekitaran najis”

Menurut istilah sains al Jallalah dikenali sebagai Coprophagia
(Coprophagous). Ianya adalah haiwan yang memakan najis atau
kotor. Coprophagia berasal dari bahasa Yunani copros (najis) dan
phagein (makan).

Menurut Ibnu Rusyd di dalam kitanya Bidayatul Mujtahid: “al-
Jallalah adalah (haiwan) memakan najis, dan terdapat perbezaan
pandangan tentang hukum memakannya, ekoran daripada
perbezaan pandangan dalam mengambil athar @ hadis”.
(Kitab al At’imah wal Asyribah. Bidayatul Mujtahid wa Nihayatul
Muqtasid. Ibnu Rusyd)

Hadis dari Ibnu Abbas r.anhuma:

‫أَنمهْ َعلَيِهْال َصلاةَْوال َسلامَْنَىْ َعنْْلومْاْلَلمالَةَْوالباَنا‬

Maksud: Sesungguhnya Nabi saw melarang dari memakan daging
haiwan al Jallalah dan meminum susunya.

(Riwayat al Tirmizi, Abu Daud dan lain-lain)

71

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

Dari Amru bin Syu’aib dari bapanya dan dari datuknya telah
berkata:

ْ‫رسولْاللْصلىْاللْعليهْوسلمْعنْْلومْاْلمرْالأهليةْوعنْاْللالةْعنْركوبهاْوأكل‬
‫ْلومهاَْْْْنى‬

Maksud: Rasulullah SAW melarang (memakan) daging
himar dan haiwan al-Jallalah dilarang menunggangnya
serta memakan dagingnya. (Riwayat Ahmad, Nasa’i dan Abu
Daud)

Mengikut pendapat Ibnu uthaimin r.h sebagai memetik dari
Kitab Riadhus Salihin: Sekiranya haiwan itu makan makanan yang
baik dan kadang-kala pula makan makanan bernajis dan makan
makanan yang baik melebihi makanan bernajis maka ia tidak
termasuk dalam jallalah, bahkan ianya suatu yang mubah(harus).
Oleh itu apa yang biasanya dilakukan oleh sesetengah penternak
ayam yang kadang-kala telah memberi makanan yang kotor dengan
tujuan untuk memberi kekuatan dan penyuburan maka ianya
bukanlah sesuatau yang haram. Selagi makanan yang baik itu
melebihi yang tidak baik maka hukumnya adalah berpihak kepada
yang lebih banyak. (Riadhus Salihin/434) 17

❖ Umum al Balwa

Umum al balwa bermaksud kesukaran yang menyeluruh, firman
Allah SWT:

.ْ........ْ‫ ُهَوْاجتَبا ُكمَْوماْ َجَع َلْعليكمْفىْال ِّدي ِنِْمنْ َحَرج‬.........

Maksud: Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak
menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan.
(al-Haj: 78)

Berdasarkan ayat tersebut, para pakar perundangan Islam
menggariskan satu kaedah perundangan iaitu apabila berlaku
kesulitan, maka perlu diberikan kemudahan atau keringanan. Antara

17 https://islamqa.info/ar/221752

72

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

konsep yang berkaitan dengan kaedah tersebut ialah Umum al-
Balwa. Kaedah umum al-balwa mempunyai peranan yang besar
dalam proses mengeluarkan ijtihad. Ia merupakan salah satu
justifikasi dalam menjelaskan sesuatu hukum syarak berkaitan isu
semasa.

Menurut Muslim bin Muhammad bin Majid al-Dusari, Umum
al-Balwa bermaksud, isu yang berlaku secara menyeluruh ke atas
orang mukallaf atau keadaan orang mukallaf yang berkaitan dengan
pertanggungjawaban tertentu berkenaan isu tersebut serta wujud
kesukaran menghindarinya atau tidak mampu menghilangkannya
melainkan dengan bertambah kesulitan yang memerlukan
kemudahan dan keringanan.18

Contoh berubah hukum:

▪ Air liur kucing hukum asalnya ia adalah najis kerana kucing
berkemungkinan makan benda najis. Namun, atas dasar umum
al-balwa, iaitu kucing adalah binatang peliharaan yang hidup di
persekitaran hidup manusia, jika dihukumkan bekas jilatan
kucing pada bekas air adalah najis, maka ia akan menimbulkan
kesulitan kepada hidup masyarakat. Maka hukum air daripada
bekas jilatan kucing tidak menjadi najis. (al-Suyuti, al-Ashbah
wa al-naza’ir, 164)

▪ Hukum asal menerima upah daripada amal soleh adalah
haram. Contohnya, haram guru yang mengajar al-Quran
daripada menerima gaji, juga gaji imam, bilal dan sebagainya.
Namun atas alasan umum al-balwa, iaitu jika hukum itu kekal
ia akan menjadikan tugas tersebut diabaikan serta guru al-
Quran, imam, bilal dan seumpamanya akan terjejas keperluan
hidup mereka, maka berubah hukum kepada harus menerima
upah atau gaji. (Ibnu Qudamah, al-Mughni, 8/136)

▪ Isu wanita menjadi orang gaji di rumah. Menurut hukum asal,
seorang wanita diharamkan keluar rumah melainkan ditemani
oleh mahramnya. Begitu juga seorang wanita diharamkan
tinggal di rumah yang tiada mahramnya. Namun pada zaman
kini atas dasar umum al-balwa maka diharuskan seorang

18 Umum al-balwa: Dirasah nazariyah tatbiqiyah, 61

73

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

wanita menjadi orang gaji di rumah orang lain tanpa ditemani
oleh mahramnya, dengan syarat terhindar daripada fitnah. (al-
Dusari, Umum al-balwa: Dirasah nazariyah tatbiqiyah, 446)

Islam telah menetapkan satu dasar hukum yang mudah
untuk diamalkan sepertimana firman Allah SWT dalam surah
al-Nisa’: 28

ًْ‫يُِري ُدْاّلملُْأَنُْيَِّف َفْ َعن ُكمَْو ُخلِ َقْالِإن َسا ُنْ َضعِيفا‬
Maksud: Allah hendak memberikan keringanan kepada kamu
kerana manusia dijadikan bersifat lemah.

74

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

LATIH TUBI

Bahagian A: Soalan Objektif

Jawab semua soalan

1. Apakah yang dimaksudkan dengan makanan dan minuman yang
memenuhi kriteria yang ditetapkan syarak?

A. Makanan dan minuman dan bahan- bahan yang dibenarkan di
bawah undang-undang Syariah

B. Makanan dan minuman yang diproses mengikut standard ISO
C. Makanan dan minuman yang menjadikan manusia lebih bertenaga

dan kekal aktif
D. Makanan dan minuman yang masih baik dan belum luput tempoh

2. Nyatakan hikmah taharah terhadap seseorang individu itu dari
sudut spiritual?

A. Untuk menyembuhkan penyakit ain
B. Untuk mengelakkan rasa cemburu atas kejayaan orang lain
C. Untuk membersihkan hati daripada sifat-sifat keji dan mengaibkan
D. Untuk menambah pahala bagi setiap perbuatan yang baik

3. Buangkan ain najis terlebih dahulu atau apa-apa benda yang ada.
Kemudian basuh sebanyak tujuh kali dengan air mutlak, dan salah
satu daripadanya hendaklah dengan air yang bercampur tanah.

Pernyataan di atas menerangkan kaedah
A. Menghilangkan najis mukhaffafah
B. Menghilangkan najis mutawassitah
C. Menghilangkan najis mughallazah
D. Proses menyamak kulit haiwan

4. Maksud: Setiap kult yang disamak ia menjadi suci”. (Riwayat
Muslim)
Pilih kenyataan yang paling tepat bagi menerangkan maksud hadis
di atas.

A. Setiap haiwan yang disamak halal kulitnya termasuk anjing dan babi
B. Setiap haiwan yang disamak halal kulitnya kecuali anjing dan babi
C. Setiap haiwan yang disamak perlu disertu untuk menghalalkan

penggunaannya
D. Setiap haiwan yang disamak mestilah dibersihkan mengikut kaedah

penyucian najis berat

75

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

5. Perubahan sesuatu dari sudut tabie atau hilang rupa asal seperti
perubahan arak menjadi cuka. (Al-Mausuah Al-Fiqhiah Al-
Rawahah). Proses ini dikenali sebagai…

A. Istihlak
B. Istihalah
C. Istidlal
D. Istihsan

6. Apakah hukum menggunakan air yang melebihi dua kolah dan telah
dimasuki najis cicak?

A. Sah
B. Tidak sah
C. Haram
D. Makruh

7. Mengapakah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan membenarkan
“Penyuntikan Highly Purified insulin daripada babi terhadap pesakit
diabetes?

A. Atas faktor hajiyyat (kehendak)
B. Atas faktor tahsiniyyat (kesempurnaan)
C. Atas faktor mushkilat (masalah)
D. Atas faktor dharurat (keadaan mendesak)

8. Pilih kenyataan yang BENAR berkenaan haiwan jallalah.

A. Haiwan berbisa dan memakan najis seperti cacing ular
B. Haiwan tidak berkaki dan memakan najis seperti cacing
C. Haiwan berkaki dan memakan najis seperti unta dan itik
D. Haiwan yang hidupnya lebih banyak atas pokok seperti kera dan

memakan tumbuhan

9. Apabila berlaku kesulitan, maka perlu diberikan kemudahan atau
keringanan .

Kenyatan berikut menerangkan salah satu daripada kaedah
perundangan bertujuan untuk kemaslahatan(kebaikan) umum

A. Umumul Balwa
B. Umamul Balwa
C. Ummatul Balwa
D. Umarak Ul Balwa

76

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

10. Kesukaran menghindari sesuatu perkara atau keadaan melainkan
bertambah kesulitan dan kesulitan tersebut perlu diringankan dan
dimudahkan oleh setiap yang mukallaf.

Nyatakan contoh bagi masalah berikut.
I. Bekas jilatan kucing pada bekas air
II. Guru agama menerima upah mengajar agama
III. Wanita bekerja sebagai pembantu rumah untuk nafkah zahir
IV. Musafir yang mengerjakan solat jamak dan qasar

A. I, II & III
B. I, II & IV
C. II, III & IV
D. I, II, III & IV

Bahagian B: Soalan Struktur

11. Nyatakan empat ciri-ciri makanan dan minuman yang dibenarkan
syarak.

I. __________________________________________________________________
II. __________________________________________________________________
III. __________________________________________________________________
IV. __________________________________________________________________

12. Senaraikan klasifikasi hadas dan najis beserta contoh setiap satu.

I. _________________________________________________________________
II. __________________________________________________________________

13. Terangkan kaedah untuk menyamak dan menyertu
I. __________________________________________________________________
II. __________________________________________________________________

14. Nyatakan definisi istihalah dan istiklak beserta contoh
I. __________________________________________________________________
II. __________________________________________________________________

15. Berikan dua contoh haiwan jallalah
I. _____________________________________________________________
II. __________________________________________________________________

77

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

78

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

4.0 SEMBELIHAN HALAL

Penetapan hukum halal atau haram di dalam Islam ke atas
haiwan-haiwan yang boleh dimakan atau sebaliknya adalah
berdasarkan kepada keterangan al Quranulkarim dan Sunnah
Rasulullah saw. Proses penyembelihan mengikut syari’at Islam
merupakan suatu perkara yang wajib dilakukan ke atas binatang-
binatang yang halal bagi membolehkan (halal) ianya dimakan.

Hukum sembelihan yang disyari’atkan di dalam Islam telah
didirikan atas dasar ta’abbud (‫)تعبد‬. Selain daripada itu sebab
musabbab dan maslahat disyari’atkan hukum-hakam sembelihan
tersebut perlulah pula kepada kajian ke atasnya. Syari’at Islam telah
menetapkan bahawa darah hukumya najis dan wajib dihindari
daripadanya dan proses sembelihan yang dilakukan ke atas haiwan
adalah antara lainnya bertujuan menyucikan binatang sembelihan
daripada darah.

4.1 Penjelasan Sembelihan Halal

Syarat-syarat sah sembelihan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:
• syarat kepada orang yang menyembelih
• syarat kepada binatang yang disembelih
• syarat kepada alat yang digunakan untuk menyembelih

❖ Syarat orang yang menyembelih (al muzakki)

1. Penyembelih adalah orang Islam atau Ahli Kitab.

Dalil halal sembelihan Ahli Kitab ialah firman Allah SWT:

‫اليَوَمْأُِح ملْلَ ُك ُمْالطميِّبَا ُتَْوطََعاُمْالم ِذي َنْأُوتُواْال ِكتَا َبْ ِح ٌلّْلم ُكمَْوطََعاُم ُكمْ ِح ُّلَْملُْم‬

Maksud: Di hari ini dihalalkan bagi kamu (makanan) yang baik-baik.
Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan kitab itu
adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah
halal bagi mereka. (al Ma’idah: ayat 5)

79

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

2. Penyembelihan yang dilakukan hanya kerana Allah iaitu atas
nama-Nya sahaja.

Dalilnya, firman Allah SWT:

ْ‫ُحِّرَمتْ َعلَي ُك ُمْال َميتَةَُْوال مدُمَْوَْل ُمْالخِنِزيِرَْوَماْأُِه ملْلِغَ ِيْاّلمِلْبِِه‬

Maksud: Diharamkan kepada kamu (memakan ) bangkai (binatang
yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan
daging babi dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang
selain dari Allah. (al Ma’idah: ayat 3)

3. Syarat orang yang menyembelih ini tiada bezanya samada lelaki
atau perempuan, cuma selain dari mazhab Syafi’ei afdhalnya
adalah lelaki dan apa yang pentingnya dalam mazhab Syafi’ei
tentang syarat penyembelih ialah:
• Ada keupayaan untuk melakukan sembelihan
• Qasad atau niat yang betul dalam sembelihan

❖ Syarat binatang sembelihan

1. Penyembelih mengetahui bahawa binatang yang nak
disembelih ada hayat yang mustaqirrah (hidup yang
sempurna).

2. Maksudnya ialah kematian binatang sembelihan adalah
disebabkan oleh sembelihan, bukan kerana sebab lain seperti
sakit tercekik atau sebagainya, melainkan sembelihan dharurat
ianya diharuskan.

3. Darah yang mengalir selepas sembelihan tidak semestinya
menunjukan bahawa itu adalah hayat mustaqirrah.

4. Putus dua saliran (urat) utama iaitu:
• Halkum: saliran pernafasan (Trakea)
• Marih: saliran makanan (Esofagus)

5. Kalaulah tertinggal salah satu darinya maka tidak sahlah
sembelihan tersebut. Sembelihan dilakukan dengan kadar yang
agak segera iaitu tidak dengan cara melambat-lambatkan yang
boleh menyebabkan binatang mati dalam masa penyembelihan

80

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

(mati sebelum putus kedua saliran/urat), kalaulah berlaku
sedemikian maka tidak sah penyembelihan tersebut. Antara
tanda hayat mustaqirrah ialah pergerakan binatang sembelihan
dengan kadar yang agak kuat selepas penyembelihan.

❖ Syarat Alat Sembelihan

1. Alat sembelihan yang tajam dan boleh melukakan dengan
cepat, yang terdiri dari besi, tembaga, timah, kaca, batu dan
sebagainya.

2. Alat sembelihan bukan diperbuat daripada gigi, kuku atau
pun tulang.

Trachea/Pernafasan

Gambarajah 4.1 Esofagus/Makanan

81

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

Gambarajah 4.2
❖ HAYAT MUSTAQIRRAH DAN HAYAT MAZBUHAH

Ramai di kalangan para penyembelih, sekalipun telah
berpengalaman menjalankan kerja-kerja sembelihan, tidak ramai
yang tahu apabila diajukan pertanyaan tentang hayat mustaqirrah,
ini adalah kerana kebanyakannya belajar ilmu sembelihan secara
turun-temurun dan tidak mendalami hukum-hakam sembelihan
secara khusus.

Disyaratkan pada setiap haiwan sembelihan itu mestilah ia
disembelih dengan ada padanya hayat mustaqirrah, iaitu

82

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

hendaklah adanya hayat mustaqirrah itu pada permulaan
digerakkan pisau semasa melakukan sembelihan. Hayat
mustaqirrah bermaksud haiwan sembelihan itu pertamanya ialah
ia masih hidup ketika disembelih sekalipun sebelum pada itu ia
telah mengalami kecederaan atau kesakitan. Maksud hidup di sini
ialah haiwan tersebut masih pada keadaan mempunyai nyawa yang
tetap (nyawa dikandung badan), yang mana setiap pergerakan
haiwan itu adalah atas kemahuan (ikhtiar) haiwan itu sendiri.

Sebagai contoh, sekiranya seekor haiwan seperti lembu,
dilanggar oleh sebuah kenderaan, semasa penyembelihan dibuat
hendaklah dipastikan haiwan itu disembelih ketika ia masih ada
hayat mustaqirrah. Dan tanda-tandanya adalah semasa disembelih,
haiwan itu darahnya terpancar (memancut) dan ia mempunyai
gerak yang kuat seperti adanya rontaan. Sekiranya apabila
disembelih, haiwan tersebut tidak mempunyai gerak yang kuat atau
darahnya tidak memancar, maka ketika itu sembelihan tidak lagi
memberi kesan dan daging haiwan tersebut tidak halal dimakan,
kerana sembelihan tadi sebenarnya berlaku pada ketika haiwan
telah sampai kepada hayat mazbuh (telah tiada nyawa dan menjadi
bangkai). Sekiranya didapati hayat mustaqirrah semasa melakukan
sembelihan tadi, maka halallah dagingnya.

Begitu juga sekiranya berlaku masalah berkaitan pisau
terangkat atau diangkat, jika berlaku sela masa yang panjang untuk
menyambung semula sembelihan tadi, hendaklah dipastikan
haiwan itu masih pada hayat mustaqirrah semasa meletakkan pisau
pada kali yang berikutnya.

Sekiranya tidak ada kelengahan dan disambung dengan segera,
maka tiada masalah jika semasa menyambung sembelihan tadi,
haiwan telah sampai kepada hayat mazbuh, sembelihan tersebut
sah serta halal dagingnya kerana bersegera itu masih dianggap
dalam satu sembelihan.

Sesuatu haiwan itu juga boleh dianggap mempunyai hayat
mustaqirrah bilamana ia mengalami kecederaan tetapi masih boleh
bertahan untuk hidup bagi suatu tempoh masa yang agak panjang.
Ada pendapat yang mengatakan sekiranya ia ditinggalkan, ia boleh
bertahan selama sehari atau dua hari.

83

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

Kesimpulannya, hayat mustaqirrah itu boleh dikenali melalui dua
tanda iaitu:

• Pergerakan haiwan yang kuat
• Darah yang keluar memancar

Memadai jika ada salah satu daripada tanda-tanda tersebut.

❖ Perkara Sunat Sembelihan

1. Menyebut nama Allah ketika sembelihan (dalam mazhab lain
hukumnya adalah wajib).

2. Membaca selawat ke atas Nabi SAW.
3. Memutuskan urat-urat darah yang lain yang mengelilingi urat

hulkum dan marih (wadjain), iaitu:
1) Jagular vein
2) Carotid artery
4. Menggunakan pisau yang betul-betul tajam.
5. Meletakan binatang yang nak disembelih di atas rusuk kiri dan
membiarkan kaki kanan bergerak selepas sembelihan,
melainkan unta ianya disembelih dengan cara berdiri dengan
lutut kirinya terikat.
6. Meletakan binatang sembelihan menghadap ke arah qiblat.

❖ Perkara Makruh Sembelihan

1. Menggunakan alat sembelihan atau pisau yang tumpul.
2. Menunjuk-nunjukan alat sembelihan kepada haiwan yang nak

disembelih.
3. Tidak menyebut nama Allah ketika melakukan sembelihan.
4. Tidak menghadapkan haiwan sembelihan ke arah kiblat
5. Melakukan sembelihan di hadapan haiwan lain yang akan

disembelih.
7. Melakukan sembelihan di waktu malam atau di dalam gelap.
8. Tidak melakukan perkara-perkara sunat sembelihan.

84

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

❖ Hikmah Sembelihan

1. Membiasakan diri manusia supaya sentiasa mematuhi perintah
Allah SWT.

2. Melatih sifat ihsan dan tidak berlaku zalim terhadap binatang.
3. Melasanakan cara menghabiskan nyawa haiwan dengan cara

yang paling mudah mengikut perintah Allah SWT.
4. Membezakan cara sembelihan orang Islam dengan orang bukan

Islam.
5. Bagi menjamin kualiti daging yang lebih bermutu.

❖ BANTUAN @ SOKONGAN SEMBELIHAN
(SLAUGHTERING AIDS)



Kaedah Stunning bermaksud melalikan atau melemahkan

haiwan untuk memudahkan proses penyembelihan yang dilakukan
sebelum penyembelihan. Ia merupakan satu kaedah yang
membantu proses penyembelihan haiwan ternakan menjadi lebih
mudah jika dalam kuantiti yang banyak. Antara haiwan yang biasa
melalui proses stunning ialah lembu, kambing dan ayam.

Tujuan stunning ini dilakukan adalah antaranya untuk:

• Untuk menenangkan haiwan dan memudahkan proses
penyembelihan.

• Mengurangkan risiko.
• Menjimatkan masa.
• Meningkatkan kualiti daging dan produktiviti.

Terdapat pelbagai jenis kaedah stunning yang di
perkenalkan antaranya ialah stunning mekanikal, stunning elektrik,
stunning angin dan pelalian water stunner. (E-Fatwa, 2015)

85

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

1. Pertama adalah kaedah stunning mekanikal atau nama
lainnya Pnematic Percussive Stunning. Ia boleh didefinisikan
sebagai satu kaedah yang menggunakan alat berbentuk
seperti cendawan untuk memengsankan haiwan sembelihan.
Antara syarat kaedah ini diterima dalam Islam ialah
memastikan alat yang digunakan tidak memecahkan
tengkorak haiwan, hanya sekadar menyebabkan haiwan
pengsan sahaja (Zahien, 2006). Kaedah ini biasa di lakukan
ke atas haiwan ternakan besar seperti lembu, kerbau,
kambing dan biri-biri.

3. Kaedah kedua ialah stunning elektrik adalah satu kaedah
yang menggunakan arus elektrik perlahan kepada haiwan
sebelum di sembelih. Kaedah ini akan menyebabkan haiwan
yang terkena kejutan elektrik ini menjadi lali dan pengsan
seketika. Kadar arus elektrik adalah sentiasa dalam kawalan
dan peratusan yang telah di tetapkan.

3. Kaedah stunning angin menggunakan kuasa angin untuk
menjadikan haiwan sembelihan pengsan seketika. Hendaklah
di pastikan tekanan angin yang dikenakan kepada haiwan tidak
menyebabkan kematian, hanya menyebabkan pengsan sahaja
(Zahien, 2006).

4. Kaedah keempat ialah Pelalian Water Stunner. Kaedah ini
menggunakan air untuk membantu proses penyembelihan. Air
berfungsi untuk melemahkan kondisi binatang sebelum ia
melalui proses sembelihan. Antara contoh binatang yang biasa
melalui proses ini ialah ayam.

❖ TAMBAHAN:


1. ❖Empat saliran urat yang dikehendaki putus semasa proses
sembelihan:

• trachea (halqum) - trakea (halqum)
• oesophagus (mari’) - esofagus (mari ')
• jagular vein - urat leher
• carotid artery - karotid arteri

86

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

2. Penyembelihan Janin Dalam Perut Induk. Apabila seekor
haiwan yang disembelih dan dalam kandungannya terdapat
janin yang mati, maka janin tersebut halal dimakan
berdasarkan pendapat ulama yang paling sahih. Kerana ia
secara hakikinya telah tersembelih bersama-sama dengan
penyembelihan ibunya. Ini adalah pendapat jumhur kecuali
Abu Hanifah.
Adapun bagi janin yang keluar dalam keadaan hidup dengan
hayat mustaqirah, maka tidak halal dimakan melainkan dengan
disembelih terlebih dahulu. (Abu Malik Kamal, Shahih Fiqhus
Sunnah, 2/365-366 – Maktabah at-Taufiqiyah)

Pendapat ini didukung oleh hadis Abu Sa’id, beliau berkata:

،ُْ‫َنُلِقيِهْأَمََْن ُكلُه‬،ْ‫اِْةُجفَُْأَدقُِاّْمَِِهْلفُْْبكَلُطونِهَُْهإِاْناْْلَِنِشئتَُيمْأ‬:َ‫لمْْالُىكنملُْااقّوَهلُمةَلُْْإَِْوَنعنَلَْذيبَِِهشْئُحَتُوْامَلسْبَلمفََقِإَمَْرمةنََعَْْذوَانلَْكاامْتشَالهَُنِةَْْذَفَِيَنك‬:‫َوقَا َلُْم َس مدردْقُلنَاَسْأََّليَُْرتُْسَروَُسلْواَّللمْلِاّْنلمَِلنقَْاََحلَُصر‬

Maksud:“Aku bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa
Sallam tentang janin. Maka beliau berkata, “Makanlah jika kamu
suka.” Musaddad berkata, kami katakan, “Wahai Rasulullah, kami
menyembelih unta, lembu, dan kambing, kemudian kami dapati janin
di dalam perutnya. Adakah kami perlu membuangnya atau kami
boleh memakannya?” Baginda berkata, “Makanlah jika kamu mahu,
kerana penyembelihannya adalah dengan menyembelih ibunya.”
(Hadis Riwayat Abu Daud, 8/3, no. 2444)

87

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

LATIH TUBI
Bahagian A : Soalan Objektif
Jawab semua soalan
1. Islam telah menetapkan kaedah yang tepat dan sesuai bagi proses
sembelihan yang halal. Antara hikmah utama diwajibkan
penyembelihan ke atas haiwan tertentu ialah untuk…
A. Menyucikan haiwan sembelihan daripada darah yang bersifat

najis.
B. Membuktikan Islam membenarkan pengambilan daging untuk

kesihatan
C. Melatih umat Islam untuk menjadi survivor bila menghadapi

situasi ‘terdesak’
D. Kerana rasa haiwan sembelihan lebih enak dan berkhasiat

berbanding cara lain
2. Maksud: “Di hari ini dihalalkan bagi kamu (makanan) yang baik-baik.

Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan kitab itu
adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah
halal bagi mereka”. (Al-Maidah: 5)
Ayat di atas menerangkan syarat-syarat penyembelih iaitu :
I. Islam
II. Ahli Kitab
III. Wanita
IV. Kanak-kanak yang belum baligh walaupun bukan Islam
A. I, II & III
B. I, II & IV
C. II, III & IV
D. I, II, III & IV

Haiwan sembelihan itu mestilah bernyawa ketika disembelih sekalipun
pada sebelum itu ia telah mengalami kesakitan atau kecederaan

88

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

3. Situasi di atas menerangkan keadaan hayat sesuatu sembelihan.
Pilih jawapan yang BENAR

A. Hayat mazbuhah
B. Hayat mustaqirrah
C. Hayat mustaqimah
D. Hayat musta’dilah

4. Berikut merupakan perkara-perkara sunat sembelihan. Pilih
jawapan yang sesuai.

I. Mengadap kiblat
II. Memutuskan ‘jagular vein’
III. Membaca surah Alfatihah
IV. Menggunakan pisau yang tajam

A. I, II & III
B. I, II & IV
C. II, III & IV
D. I, II, III & IV

5. Yang mana satukah antara berikut TIDAK boleh digunakan untuk
menyembelih secara Islam?

A. Besi
B. Tembaga
C. Kaca
D. Kuku

2 3
1

4
5

89

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

6. 3 dalam rajah di atas merujuk kepada…..

A. Trakea
B. Esofagus
C. Spinal cord
D. Neck vertabrae

7. Ciri-ciri hayat mustaqirrah boleh dikenalpasti dengan tanda-tanda
berikut.

A. Pergerakan haiwan yang kuat dan darah keluar memancut
B. Pergerakan haiwan yang lemah dan tiada darah yang keluar
C. Tiada pergerakan haiwan melainkan darah yang mengalir

perlahan
D. Tiada pergerakan haiwan dan darah yang mengalir

8. Apakah hukum menunjukkan alat sembelihan kepada haiwan yang
akan disembelih?.

A. Harus
B. Sunat
C. Makruh
D. Haram

9. Antara berikut yang mana satukah kenyataan yang BENAR
mengenai kaedah pelalian water stunner .

A. Kaedah yang menggunakan tekanan angin bertujuan untuk
melemaskan haiwan

B. Kaedah yang menggunakan air bagi membantu proses
sembelihan

C. Kaedah yang menggunakan arus elektrik yang perlahan pada
haiwan

D. Kaedah yang menggunakan alat berbentuk cendawan supaya
haiwan sembelihan pengsan

10. Ali memasak janin yang keluar dengan keadaan hayat mustaqirrah
tanpa menyembelih haiwan tersebut. Nyatakan situasi berikut.

A. Haram kerana tidak menyembelihnya
B. Harus kerana janin masih kecil
C. Makruh kerana tidak menyembelihnya
D. Sunat kerana boleh memakan janin hayat mustaqirrah

90

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

Bahagian B: Soalan Struktur

Jawab semua soalan berikut

1. Nyatakan syarat-syarat sah sembelihan
I. __________________________________________________________________
II. __________________________________________________________________
III. __________________________________________________________________

2. Sebutkan 2 syarat penyembelih dan 2 syarat alatan sembelihan
I. __________________________________________________________________
II. __________________________________________________________________
III. __________________________________________________________________
IV. __________________________________________________________________

3. Antara hikmah sembelihan menggunakan kaedah yang
dianjurkan Islam ialah……

I. __________________________________________________________________
II. __________________________________________________________________
III. __________________________________________________________________
IV. __________________________________________________________________
V. __________________________________________________________________

4. Sebutkan 4 kaedah stunning yang membantu proses
penyembelihan.

I. __________________________________________________________________
II. __________________________________________________________________
III. __________________________________________________________________
IV. __________________________________________________________________

5. 4 saliran urat yang dikehendaki putus ketika proses sembelihan:.

I. __________________________________________________________________
II. __________________________________________________________________
III. __________________________________________________________________
IV. __________________________________________________________________

91

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

RUJUKAN

Utama:

Al Quranulkarim

Ma’mur Daud, 1982. Terjemahan Hadis Shahih Muslim I, II, III dan IV, Darul
Fajr Publishing House.

Dr. Mustofa al Khin, Dr. Mustofa al Bugho, Dr. Ali al Syarbaji, 2008. Al Fiqh
Al Manhaji. Dar al

Qalam 1996, Pustaka Salam, Kuala Lumpur.

Dr. Yusuf al Qaradawy (1960). Halal & Haram in Islam. Al Falah.

Garis Panduan Sertu Menurut Perspektif Islam (CetakanKedua) (2013):
JabatanKemajuan Islam

Malaysia.

MS 2393, 2010 Prinsip Islam Dan Halal-Definisi dan Pentafsiran Istilah.
Jabatan Standard Malaysia.

Tambahan :

Haji Idris Ahmad S.H, 2001. Fiqh Syafii Jilid 1, Pustaka Antara Sdn. Bhd.
Kuala Lumpur.

Dr. Wahbah al Zuhaili, 1994. Fiqh & Perundangan Islam Jilid I, Penterjemah
Syed Ahmad Hussain,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia
(YPEIM).

Dr. Wahbah al Zuhaili, al Fiqh al Islami wa Adillatuh, 1984. Darul Fikr,
Damsyiq, Syria.

Dr. Yusuf al Qaradawy (1995). Introduction to Islam. Islamic Inc. Publication
& Distribution.

92

PRINSIP DAN AMALAN HALAL

93


Click to View FlipBook Version