The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BSTEM Pembelajaran Bersepadu Prasekolah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sakura2552, 2022-08-26 00:23:32

BSTEM 2017 PRASEKOLAH

BSTEM Pembelajaran Bersepadu Prasekolah

Keywords: STEM,Preschool,Science,Early Childhood,Project Based Learning,Prasekolah,Kurikulum

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SIRI BAHAN SUMBER
SAINS, TEKNOLOGI, ENGINEERING

DAN MATEMATIK (BSTEM)

BSTEM
PEMBELAJARAN BERSEPADU

PRASEKOLAH



SIRI BAHAN SUMBER
SAINS, TEKNOLOGI, ENGINEERING DAN MATEMATIK (STEM)

BSTEM
PEMBELAJARAN

BERSEPADU
PRASEKOLAH

Terbitan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum

2018

Terbitan Februari 2018
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan cara
apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8 Blok E9, Kompleks Kerajaan
Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, MALAYSIA.

CIP/ISBN

ISBN 978-967-420-396-2

KANDUNGAN v
vii
Rukun Negara ix
Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1
Kata Aluan 3
Pendahuluan
Panduan Pelaksanaan BSTEM 9
15
Contoh Pengajaran dan Pembelajaran 1: 17
Lampu Tidur Lestari 19
Pengenalan
Komponen PdP 25
Rancangan PdP 26
Aktiviti PdP 27
Lampiran:
A Rubrik Penilaian Untuk Karya Kreatif Dan Pembentangan 31
B Borang Penilaian Kendiri 34
C Aktiviti Murid Mengikut Langkah 36
38
Contoh Pengajaran dan Pembelajaran 2:
Rumah Kucing 45
Pengenalan 46
Komponen PdP 47
Rancangan PdP 49
Aktiviti PdP 51
Lampiran:
D Rubrik Penilaian Untuk Karya Kreatif Dan Pembentangan
E Borang Penilaian Kendiri
F Aktiviti Murid Mengikut Langkah
Rujukan
Penghargaan



RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya; Memelihara cara hidup yang demokratik;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dinikmati secara adil dan saksama;

Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan

sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

v



FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

vii



KATA ALUAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah dengan izinNya kita berjaya menghasilkan sebuah
buku yang menjadi panduan dan contoh kepada guru dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran STEM di sekolah.
STEM sebagai akronim kepada Sains, Teknologi, Engineering
(Kejuruteraan) dan Matematik, merupakan bidang pengajian yang
merangkumi pengetahuan, kemahiran serta sikap dan nilai murni
dalam disiplin ilmu yang berkaitan.

Selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan
transformasi kurikulum yang melibatkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), STEM sewajarnya diberi
perhatian dan penekanan. STEM memperkukuhkan pembelajaran STEM dengan
aktiviti hands-on, berasaskan penyelesaian masalah dan membuat keputusan.
Contoh aktiviti STEM dengan ciri-ciri tersebut telah dibangunkan dan dikumpulkan di
dalam buku ini. Buku ini mengandungi contoh aktiviti STEM yang melibatkan mata
pelajaran dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik. Aktiviti yang
dicadangkan dalam buku ini adalah bersifat situasi sebenar yang mungkin pernah
dialami sendiri oleh murid. Saya percaya aktiviti yang melibatkan pengalaman murid
seperti ini adalah lebih seronok, menarik minat, meyakinkan dan merangsang daya
fikir mereka. Aktiviti seperti ini diharap dapat menjadi panduan dan pencetus idea
kepada guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bidang STEM di
sekolah.

Pembangunan buku ini melibatkan gabungan tenaga dan kerjasama dari pelbagai
pihak. Oleh itu, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah,
Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri yang terlibat. Semoga
buku ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak dalam usaha melahirkan modal
insan yang menjadi aspirasi negara.

Sekian, terima kasih.

SHAZALI BIN AHMAD
Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
2018

ix



PENDAHULUAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat meningkatkan penyertaan dan minat
murid terhadap STEM melalui Inisiatif Perkukuhan STEM seperti yang ditekankan dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Melalui inisiatif ini KPM
berusaha memastikan bilangan murid yang berpotensi dan berkelayakan adalah
mencukupi untuk menceburi bidang STEM di peringkat tertiari. Pelaksanaan pendekatan
STEM berhasrat melahirkan modal insan yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan
nilai serta membudayakan amalan STEM.

Berdasarkan hasrat KPM, Bahagian Pembangunan Kurikulum telah membangunkan
bahan sumber pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dikenali sebagai Siri Bahan
Sumber Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik (BSTEM). Bahan sumber ini
merupakan lanjutan kepada Buku Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
STEM yang telah dibangunkan sebelum ini untuk membantu guru melaksanakan PdP
STEM di sekolah. Siri BSTEM yang dihasilkan adalah seperti Jadual 1.

Jadual 1: Bahan Sumber BSTEM 2016 dan 2017

BSTEM 2016 Pengajian BSTEM 2017 Pengajian
Kejuruteraan Awam Kejuruteraan Elektrik
Biologi Pengajian
(Sek. Men.) (Sek. Men.) Kejuruteraan dan Elektronik
(Sek. Men.)
Fizik Grafik Komunikasi Mekanikal
(Sek. Men.) Teknikal (Sek. Men.) Sains Rumah Tangga
Reka Bentuk dan (Sek. Men.)
Kimia (Sek. Men.) Teknologi
(Sek. Men.) (Sek. Men.) Sains Tambahan
Matematik Sains Sukan (Sek. Men.)
Tambahan (Sek. Men.) Asas Sains Komputer
(Sek. Men.) (Sek. Men.)
Reka Cipta
(Sek. Men.) Matematik Sains Pertanian
(Sek. Men.) (Sek. Men.) (Sek. Men.)
Sains Komputer
(Sek. Men.) Asas Kelestarian Sains Matematik
(Sek. Men.) (Sek. Ren.) (Sek. Ren.)

Reka Bentuk dan Pembelajaran -
Teknologi Bersepadu
(Sek. Ren.)
(Pra Sekolah)

1

Bahan sumber ini memberi panduan kepada guru tentang pelaksanaan aktiviti untuk sesi
sebelum, semasa dan selepas PdP STEM. PdP STEM menggunakan strategi inkuiri,
pembelajaran berasaskan masalah dan projek. PdP ini memberi peluang kepada murid
untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan pengalaman
pembelajaran yang mendalam serta diperkaya.
Pembudayaan amalan STEM dalam kalangan murid perlu dilaksanakan bagi
menyediakan murid untuk menghadapi cabaran abad ke-21. Proses PdP STEM yang
mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dapat menghasilkan murid seperti
yang dihasratkan iaitu mempunyai profil berdaya tahan, mahir berkomunikasi, pemikir,
kerja sepasukan, bersifat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, penyayang, prihatin dan
patriotik.
BSTEM 2017 diharap menjadi contoh dan pencetus idea kepada guru dalam
menyediakan aktiviti PdP STEM. Guru digalakkan untuk membangunkan PdP bagi tajuk
lain dalam mata pelajaran ini.

2

PANDUAN PELAKSANAAN BSTEM

Pengajaran dan pembelajaran STEM merupakan satu pendekatan yang melibatkan
pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM untuk menyelesaikan masalah
dalam konteks kehidupan harian, masyarakat dan alam sekitar. Pendekatan ini
menggalakkan murid menyoal dan meneroka persekitaran melalui inkuiri serta
menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar dalam usaha
membudayakan amalan STEM. Inisiatif Perkukuhan STEM dilaksanakan untuk
membudayakan amalan STEM dalam kalangan murid.

BSTEM dibangunkan untuk membimbing guru melaksanakan PdP STEM yang menarik
agar pembelajaran menjadi lebih bermakna. BSTEM mengandungi dua contoh PdP untuk
Pembelajaran Bersepadu prasekolah. Contoh PdP ini diharap dapat memberikan
panduan yang boleh digunakan oleh guru untuk membina aktiviti PdP STEM lain
berdasarkan kurikulum kebangsaan yang diguna pakai. Secara umumnya setiap contoh
PdP dalam bahan sumber ini mengandungi:

1. Pengenalan
2. Rancangan PdP
3. Komponen PdP
4. Aktiviti PdP
5. Lampiran

 Lembaran Kerja Murid
 Borang Penilaian oleh guru
 Borang Penilaian kendiri
 Dapatan Rintis Contoh PdP (Aliran Aktiviti Murid)
6. Rujukan

Pentaksiran dilaksanakan sepanjang aktiviti menggunakan rubrik yang disediakan.
Antara pentaksiran yang dilaksanakan adalah penilaian produk, penilaian pembentangan
dan penilaian kendiri.

3

PdP STEM boleh dilaksanakan melalui beberapa langkah asas seperti yang disyorkan
dalam Buku Panduan Pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik dalam
PdP 1.

Berikut adalah langkah asas aktiviti PdP STEM yang harus dilalui oleh murid:

1 Mengemukakan soalan dan Murid menyiasat dan meneroka untuk mengenalpasti
mendefinisi masalah masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar

Mencari dan mengumpul Murid mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber
2 maklumat berkaitan termasuklah melalui internet, ataupun media cetak dan
sebagainya.
soalan/masalah

3 Merancang dan menjalankan Murid merancang dan menjalankan penyiasatan dalam
penyiasatan bentuk inkuiri

4 Menganalisis dan Murid mengumpulkan data, menganalisis dan
menginterpretasi data mempersembahkan supaya boleh difahami/ digunakan
oleh orang lain

5 Membina penyelesaian dan Murid menunjukkan pemahaman mereka dengan
mereka bentuk penyelesaian menggunakan perkataan mereka sendiri tentang sesuatu
fenomena atau pemerhatian, perwakilan secara grafik
6 Mempersembahkan produk
atau formula boleh juga diterima.
Murid merekacipta dengan mengulangi proses

Munurtiudkmmemenbaenmtabnaghkabnaipkropdruokdudekn(gtaenrmdaissoukokng dengan

jkuasteifidkaashi)sdeactaaradasnistreamkaantiklain diberi peluang untuk

berkomunikasi dan memberikan pendapat

7 Menambah baik produk Murid menambah baik produk bagi menyelesaikan masalah
dan meningkatkan kefungsiannya.

Rajah 1: Langkah Asas Aktiviti PdP STEM

1 Buku Panduan Pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuteruteraan dan Matematik (STEM) dalam Pengajaran dan
Pembelajaran, Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2016.

4

BSTEM mengandungi 3 fasa untuk membimbing guru melaksanakan PdP STEM. Ketiga-
tiga fasa ini memperincikan langkah-langkah yang harus guru ikuti bagi merancang dan
mengurus perjalanan PdP ini dengan berkesan. Berikut adalah langkah-langkah umum
dalam melaksanakan PdP STEM.

FASA 1. Mengenal pasti strategi PdP STEM berdasarkan pengetahuan,
SEBELUM kemahiran dan nilai yang hendak diajar.

PdP 2. Menyediakan senario/ situasi / masalah yang sesuai bagi tujuan
di atas.

3. Membina soalan yang dapat mencetus pemikiran murid
terhadap situasi yang dikemukakan sehingga akhir sesi PdP.

4. Menyediakan bahan (soft and hardcopy) dan peralatan yang
diperlukan serta mencari tempat dan tarikh yang sesuai bagi
PdP ini.

FASA 5. Mengemukakan senario/ situasi / masalah sebagai set induksi
SEMASA bagi mencetus minda murid.

PdP 6. Mengedarkan lembaran kerja murid sebagai garis panduan
kepada murid melaksanakan tugasan ini.

7. Menggalakan murid menjana idea semasa perbincangan
kumpulan dalam proses penyelesaian masalah/ melengkapkan
tugasan (dengan soalan-soalan yang telah disediakan guru
semasa Fasa Sebelum PdP).

8. Memberi respons dan menilai produk /pencapaian murid.

FASA 10. Membuat refleksi terhadap PdP yang telah dilaksanakan.
SELEPAS
11. Menambah baik rancangan PdP ini bagi kelas yang akan
PdP datang.

Rajah 2: Panduan pelaksanaan PdP STEM

PdP yang menarik, relevan dan mempunyai impak tinggi terhadap murid adalah
bergantung kepada perancangan, persediaan, pelaksanaan dan refleksi guru sepanjang

5

proses PdP. Guru perlu memastikan PdP dapat dijalankan dengan berkesan serta
memberi peluang kepada murid untuk memperolehi pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang dihasratkan.

6

Contoh Pengajaran dan Pembelajaran 1
Lampu Tidur Lestari

7

8

PENGENALAN

Lampu tidur lestari merupakan satu aktiviti projek dilaksanakan oleh murid prasekolah.
Aktiviti ini memfokuskan kepada Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL), projek dan
inkuiri. Aktiviti ini juga menggalakkan murid melakukan penerokaan dan memperoleh
pengalaman pembelajaran melalui aktiviti hands on. Murid didedahkan dengan suatu isu
berkaitan cahaya untuk mereka selesaikan dengan menghasilkan satu produk. Murid
mengaplikasikan pengetahuan tentang cahaya dan juga dapat menerapkan nilai
menghargai alam sekitar serta mereka cipta untuk kegunaan diri dan rakan. Cadangan
masa melaksanakan aktiviti ini adalah 5 minggu tetapi ia bergantung kepada kreativiti
dan fleksibiliti guru untuk menyesuaikan dengan situasi sekolah, murid dan faktor-faktor
lain.

Panduan pelaksanaan aktiviti ini perlu difahami oleh guru bagi memastikan aktiviti PdP
lancar dan berkesan. Sehubungan itu, guru perlu meneliti persiapan dari aspek bahan,
peralatan, ruang kerja, tempoh masa, bahan rangsangan, paparan video dan kos yang
diperlukan sepanjang pelaksanaan aktiviti ini. Guru juga sewajarnya menggalakkan
murid menghasilkan produk yang mesra alam dan mempunyai kos yang minima.
Langkah-langkah untuk melaksanakan aktiviti lampu tidur lestari adalah seperti berikut:

Sebelum PdP Minggu 1

 Menyediakan BBM.
 Menyediakan instrumen pentaksiran.
 Mendapatkan maklumat berkaitan konsep cahaya.
 Menyediakan persekitaran kelas berkaitan tajuk.
 Menyediakan alat, bahan dan radas seperti yang dinyatakan

dalam contoh PdP.

Semasa PdP  Mencetus minda murid dengan set induksi. (tayangan video/
memberikan bahan rangsangan).

 Memberikan senario berkaitan dengan pernyataan masalah.
 Menayangkan video mengenai kejadian siang dan malam.
 Bertindak sebagai fasilitator dalam aktiviti semasa aktiviti

soal jawab.

SelepasPdP  Mengenal pasti bahan untuk sesi PdP seterusnya.
 Menilai serta menambahbaik contoh PdP berdasarkan

kemampuan murid.

9

Sebelum PdP Minggu 2

 Menyediakan BBM.
 Menyediakan pelbagai bahan/alat sumber cahaya.

Semasa PdP  Bertindak sebagai fasilitator dalam aktiviti semasa
SelepasPdP penerokaan murid terhadap cahaya daripada pelbagai
Sebelum PdP sumber.
Semasa PdP
 Mengaitkan senario dengan aktiviti meneroka bayang-
bayang.

 Membimbing murid untuk meneroka bayang-bayang.

 Mengenal pasti bahan PdP untuk sesi PdP seterusnya.
 Mentaksir hasil kerja murid.
 Menilai serta menambahbaik contoh PdP berdasarkan

kemampuan murid.

Minggu 3

 Menyediakan semula penyataan masalah yang akan
dibincangkan untuk mendapatkan cadangan projek oleh
murid.

 Membuat perbincangan dengan penyelaras makmal
komputer di sekolah untuk aktiviti murid meneroka mencari
melalui teknologi maklumat.

 Menggalakkan murid untuk memberi cadangan
menghasilkan lampu tidur berdasarkan senario yang diberi.

 Membimbing murid mendapatkan idea dan maklumat
berdasarkan gambar yang diperoleh melalui teknologi
maklumat.

 Membimbing murid menghasilkan lakaran lampu tidur
berdasarkan idea yang diperoleh dari aktiviti pencarian
melalui teknologi maklumat.

 Merangsang murid untuk berkomunikasi tentang lakaran
yang sedang dihasilkan.

 Memberi cadangan penambahbaikan terhadap hasil lakaran
murid disepanjang proses menghasilkan lakaran.

10

 Berkomunikasi dengan ibu bapa untuk membantu anak
menghasilkan lampu tidur di rumah.

SelepasPdP  Menilai serta mengubahsuai bahan PdP berdasarkan
Sebelum PdP kemampuan murid.

Minggu 4

 Menyediakan beberapa contoh lampu tidur menggunakan
pelbagai jenis bahan dan sumber tenaga.

Semasa PdP  Membimbing murid untuk bercerita tentang lampu tidur yang
akan dihasilkan setelah berbincang dengan ibu bapa.

 Menggalakkan murid untuk bersoal jawab tentang cadangan
lampu tidur yang akan dihasilkan oleh rakan.

 Berkomunikasi dengan ibu bapa untuk membantu anak
menghasilkan lampu tidur di rumah.

SelepasPdP  Memberi lakaran semula kepada murid untuk dibawa pulang
Sebelum PdP bagi menghasilkan lampu tidur bersama-sama ibu bapa.

 Membuat refleksi PdP dan penambahbaikan untuk sesi PdP
seterusnya.

Minggu 5

 Mengumpul semula hasil lampu tidur yang telah dihasilkan
oleh murid bersama-sama ibu bapa menggunakan pelbagai
jenis bahan dan sumber tenaga.

 Menyediakan instrumen penilaian pembentangan dan
bahan.

 Menyediakan instrumen penilaian kendiri.

11

Semasa PdP  Membimbing murid untuk menghasilkan hiasan pada lampu
SelepasPdP tidur masing-masing.

 Membimbing murid untuk menguji nyalaan lampu tidur.
 Menjadi fasilitator dalam pembentangan hasil kerja murid.
 Menggalakkan murid bersoal jawab dalam pembentangan

yang dilakukan oleh rakan.
 Menggalakkan cadangan berhemah dalam kalangan murid

dan memastikan murid jelas dengan konsep dan justifikasi
saintifik bagi penambahbaikan.
 Membuat penilaian menggunakan borang penilaian rubrik
prototaip/ pembentangan manakala murid pula mengisikan
penilaian kendiri.

 Memastikan murid melengkapkan borang penilaian kendiri.
 Membuat kesimpulan.
 Membuat refleksi/impak PdP.
 Menyimpan laporan murid yang telah diterima dalam

portfolio murid.
 Menyimpan beberapa hasil kerja yang baik sebagai bahan

contoh/ pameran dalam aktiviti di sekolah.

12

Sepanjang proses PdP guru haruslah menerapkan amalan STEM dan pembelajaran
mendalam agar PdP tersebut bermakna. Pengalaman pembelajaran murid dalam
menghasilkan produk ini digambarkan dalam setiap sesi PdP bersemuka seperti dalam
Carta 1.

MINGGU 1 1. MENGENAL PASTI MASALAH
2. MENGUMPUL MAKLUMAT

MINGGU 2 3. MENJANA IDEA KREATIF DALAM REKA BENTUK BEBERAPA LAKARAN

4. MEMILIH LAKARAN REKA BENTUK
TERBAIK

5. MENGENAL PASTI JENIS ALAT, BAHAN DAN RADAS TERBAIK

6. i. MEMBINA PROTOTAIP BERDASARKAN LAKARAN TERBAIK

MINGGU 3 6. ii. MENGUJI KEBERKESANAN PROTOTAIP
MINGGU 4
MINGGU 5 TIDAK PROSES
PENAMBAH
BERJAYA
YA BAIKAN

7. MEMBUAT PERSEMBAHAN PROJEK

SOAL JAWAB

8. MENDOKUMENTASIKAN PROJEK

Carta 1: Aliran pelaksanaan aktiviti murid menghasilkan lampu tidur lestari
13

14

KOMPONEN PdP

Pendekatan STEM menekankan pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai
STEM untuk menyelesaikan masalah dalam konteks kehidupan harian, masyarakat dan
alam sekitar. Pendekatan STEM yang berterusan akan membawa pembudayaan amalan
STEM dalam kalangan murid.

Konteks:

/ Kehidupan Harian

/ Alam Sekitar

/ Masyarakat Tempatan dan Global

Kemahiran Abad 21:

/ Kreativiti dan Inovasi
/ Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
/ Komunikasi dan Kolaborasi
/ Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi
/ Kemahiran Hidup dan Kerjaya
/ Nilai dan Etika

Pengintegrasian STEM:

Sains:  Menyiasat sumber cahaya
 Meneroka bayang-bayang
 Mengaplikasi kegunaan cahaya dalam kehidupan seharian

Teknologi: Teknologi maklumat dan komunikasi

Kejuruteraan: Mereka bentuk lampu tidur tanpa menggunakan sumber tenaga
elektrik

Matematik:  Pranombor  Konsep nombor  Bentuk dan ruang

15

Bahan Sumber:

Alat, Bahan  Lampu, lampu suluh,lampu solar,lampu cas semula
dan Radas  Pelita
yang  Lilin
diperlukan:  Objek untuk menghasilkan bayang-bayang
 LCD
(Cadangan)  Kotak kasut
 Glow in the dark
 Telefon bimbit

Sumber yang  Blog dan laman sesawang *(pautan video)
disediakan  Video berkaitan cahaya, siang dan malam serta terang dan gelap
oleh guru:  Kad gambar berdasarkan senario

16

RANCANGAN PdP

Tajuk: Lampu Tidur Lestari
Standard Kandungan: SA 5.1 Meneroka alam fizikal dalam kehidupan seharian

Standard Pembelajaran: SA 5.1.1 Menyatakan pelbagai sumber cahaya
SA 5.1.2 Merekod hasil pemerhatian terhadap bayang-

bayang
SA 5.1.3 Menyiasat kegunaan cahaya matahari dalam

kehidupan seharian

Hasil Murid: Lampu tidur lestari

Cadangan Tempoh: 5 minggu

Ringkasan Aktiviti: Senario:
Izzul berusia enam tahun. Izzul baharu mendapat adik.
Ibunya meminta Izzul tidur di biliknya sendiri. Ibunya akan
memadamkan lampu setiap kali sebelum tidur.

Izzul merasakan bila berada dalam keadaan gelap, dia
tidak dapat melihat apa-apa. Bayang-bayang pada
tingkapnya juga amat menakutkan. Setiap malam Izzul
akan menangis ketakutan kerana terpaksa tidur dalam
keadaan gelap.

Sebagai rakan, bagaimana anda dapat membantu Izzul
mengatasi ketakutannya terhadap bayang-bayang dan
gelap?

Apakah pengetahuan, Pengetahuan, kemahiran dan nilai
kemahiran dan nilai yang
murid perolehi setelah • Mengenal pasti sumber cahaya dalam kehidupan
melalui aktiviti ini? seharian.

• Menghubungkaitkan masalah dengan kejadian siang
dan malam serta kegunaan cahaya.

• Mengetahui kejadian bayang-bayang

• Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran saintifik
dalam menyelesaikan masalah.

• Menunjukkan kepekaan terhadap keperluan rakan dan
bertindak sewajarnya.

17

Apakah pengalaman Pengalaman baharu murid
baharu murid setelah
melalui aktiviti ini? • Pengetahuan tentang sifat cahaya.

• Mereka bentuk lampu tidur tanpa menggunakan
sumber tenaga elektrik.

• Nilai mereka cipta dan menghargai alam sekitar.

18

Aktiviti PdP

Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM Penilaian
Formatif
1. Bercerita
tentang MINGGU 1
kejadian siang
dan malam Murid memberi Memberikan Meningkatkan Pemerhatian
respons senario berkaitan kepekaan murid
terhadap dengan kepada isu dan
senario pernyataan masalah dunia
masalah.

2. Mengetahui Menonton video Menayangkan Meningkatkan Soal jawab
video mengenai kepekaan murid
sumber cahaya kejadian siang kepada isu dan
dan malam masalah dunia

https://www.youtu
be.com/watch?v=
qxkNeytIKC0

https://www.youtu
be.com/watch?v=
k41rALnebH0

3. Mengetahui Bersoal jawab Merangsang Memerlukan Pemerhatian
tentang dengan guru murid untuk murid diberi
kejadian siang berkaitan bersoal jawab pelbagai
dan malam kejadian siang tentang kejadian jawapan/
dan malam siang dan malam penyelesaian
dengan justifikasi

19

Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM Penilaian
Formatif
4. Boleh Bersoal jawab
menyatakan dengan guru Mengaitkan Memerlukan Pemerhatian
tentang berkaitan tayangan video
keadaan gelap keadaan terang dengan keadaan murid diberi menggunakan
dan terang dan gelap terang dan gelap
serta sumber serta sumber pelbagai senarai semak
cahaya cahaya
jawapan/

penyelesaian

dengan justifikasi

MINGGU 2

5. Memperoleh Meneroka Menyediakan Melibatkan murid Pemerhatian
maklumat cahaya daripada pelbagai dalam inkuiri dan menggunakan
berkaitan pelbagai sumber bahan/alat penerokaan senarai semak
cahaya yang sumber cahaya terbuka.
dapat (lampu, lampu
dihasilkan oleh suluh, lilin, glow
pelbagai in the dark,
sumber lampu solar,pelita
dan lain-lain)

6. Bercerita Meneroka Mengaitkan Melibatkan murid Pemerhatian
tentang bayang-bayang senario dengan dalam inkuiri dan melalui soal
kejadian menggunakan aktiviti meneroka penerokaan jawab
bayang-bayang pelbagai sumber bayang-bayang terbuka.
cahaya (kotak
cahaya,lampu Membimbing
suluh, LCD dan murid untuk
sebagainya) meneroka
bayang-bayang

7. Mengenal pasti Bersoal jawab Mengaitkan Murid memberi Pemerhatian
kepelbagaian tentang aktiviti aktiviti pelbagai jawapan melalui senarai
situasi, objek, penerokaan penerokaan dengan justifikasi semak
dan jarak yang cahaya dan cahaya dan
menghasilkan bayang-bayang bayang-bayang
pelbagai bentuk yang telah dengan senario
dan saiz dilakukan
bayang-bayang

20

Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM Penilaian
Formatif

MINGGU 3

8. Menjana idea Memberi Meminta murid Murid memberi Temubual
untuk cadangan untuk memberi pelbagai jawapan
menyelesaikan menyelesaikan cadangan untuk dengan justifikasi
masalah masalah senario menyelesaikan
senario yang diberi masalah senario
yang diberi

9. Menjana idea Mencari idea Membimbing Melibatkan murid Senarai Semak
untuk mereka berkaitan lampu murid untuk dalam inkuiri dan
bentuk lampu tidur tanpa mencari penerokaan
tidur elektrik maklumat terbuka.
menggunakan
TMK

10. Menghasilkan Menghasilkan Membimbing Melibatkan murid
lakaran lampu lakaran reka murid mengaplikasikan
tidur mengikut bentuk lampu menghasilkan kemahiran
kreativiti tidur lakaran lampu proses mereka
tidur bentuk

11. Bercerita Menerangkan Merangsang Memerlukan Pemerhatian
tentang hasil lakaran lampu murid untuk murid terhadap proses
kerja lakaran tidur yang berkomunikasi mengaplikasi dan hasil kerja
lampu tidur sedang tentang lakaran pemahaman
dihasilkan yang sedang kandungan
dihasilkan dan STEM
mencadang
penambahbaikan

12. Memperoleh Berbincang Berkomunikasi Melibatkan murid
idea hasil dari dengan ibu bapa dengan ibu bapa mengaplikasikan
perbincangan berkaitan lampu dan meminta kemahiran
tidur yang akan murid berbincang proses mereka
dihasilkan; dengan ibu bapa bentuk
i. Bahan berkaitan lampu
ii.Sumber tenaga tidur yang akan
iii.lakaran dihasilkan
iv.hiasan

21

Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM Penilaian
Formatif

MINGGU 4

13. Bercerita Menceritakan Meminta murid Murid memberi Temubual
tentang idea lampu tidur yang menceritakan pelbagai jawapan
lampu tidur akan dihasil lampu tidur yang dengan justifikasi
yang akan akan dihasilkan
dihasil

14. Mereka bentuk Menghasilkan Berkomunikasi Melibatkan murid Senarai semak
dan lampu tidur dengan ibu bapa mengaplikasikan
menghasilkan berdasarkan untuk membantu kemahiran
lampu tidur lakaran dengan murid proses mereka
berdasarkan kerjasama ibu menghasilkan bentuk
lakaran dan bapa lampu tidur di
kreativiti rumah

MINGGU 5

15. Menguji fungsi Murid menguji Membimbing Memerlukan Pemerhatian
lampu tidur nyalaan lampu murid murid menggunakan
tidur. menjalankan mengaplikasi senarai semak
eksperimen untuk pemahaman
menguji nyalaan kandungan
STEM

16. Membentangkan Mempamerkan Menilai hasil Memberi peluang Borang
hasil karya dan karya kreatif
kreatif lampu membentangkan lampu tidur murid menambah Penilaian di
tidur dengan hasil karya berdasarkan
yakin kreatif lampu contoh instrumen baik jawapan Lampiran A
tidur tersebut yang disediakan
Melatih diri kepada kelas atau produk
untuk membina untuk penilaian Nota:
soalan yang Instrumen boleh
baik dan diubahsuai
relevan. mengikut keperluan

22

Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM Penilaian
Formatif

17. Membuat Melengkapkan Memastikan Borang
penilaian kendiri Borang Penilaian murid penilaian kendiri
Kendiri melengkapkan Lampiran B
Borang Penilaian
Kendiri

18. Refleksi Guru Membuat
refleksi/impak
pdp

23

24

Lampiran A

Borang penilaian untuk karya kreatif dan pembentangan

[PdP 1: LAMPU TIDUR LESTARI]

Nama Murid: .............................................. Tarikh :…………………...

Kategori Skor

Skor

Pemilihan Sesuai dan diubah Sesuai dan diubah Sesuai dan tidak
Bahan suai secara kreatif suai secara kurang diubah secara
supaya lebih kreatif kreatif
berkesan

Sikap saintifik Bersikap ingin tahu, Kurang Tidak bersikap
sistematik, menunjukkan sikap ingin tahu,
bekerjasama dan ingin tahu, sistematik,
bertanggungjawab sistematik, bekerjasama dan
bekerjasama dan bertanggungjawab
bertanggungjawab

Fungsi Berfungsi dengan Berfungsi dengan Tidak berfungsi
sangat baik dan baik tetapi menepati dengan baik dan
menepati kehendak kehendak tidak menepati
kehendak

Binaan Struktur kukuh Struktur kurang Struktur tidak
kukuh kukuh
Penggunaan Mengaplikasi
TMK kemahiran TMK Kurang Tidak mengaplikasi
secara optimum mengaplikasi kemahiran TMK
kemahiran TMK

25

Lampiran B

Borang Penilaian Kendiri

[PDP 1:LAMPU TIDUR LESTARI]

Nama: ............................... Tarikh: ........................................

Perasaan

Nyata dan lakarkan perasaan kamu

Nota: Instrumen iniboleh digunakan di sepanjang pelaksanaan aktiviti
26

DAPATAN RINTIS CONTOH PDP Lampiran C
(ALIRAN AKTIVITI MURID))

Fasa 1: Pernyataan Senario dan Penyelesaian Masalah

Fasa 2: Lakaran Berlabel dan Pembentangan Penyelesaian Masalah

Fasa 3: Pembinaan Prototaip

27

Fasa 4: Pengujian Prototaip

Fasa 5: Pembentangan dan Penambahbaikan

25

28

29

CONTOH PdP 2:
RUMAH KUCING

30

PENGENALAN

Rumah Kucing merupakan satu projek yang dilaksanakan setelah murid selesai
mempelajari tentang haiwan. Aktiviti ini menggunakan pendekatan inkuiri. Murid
didedahkan dengan suatu isu alam hidupan untuk mereka selesaikan dengan
menghasilkan satu produk. Murid mengaplikasikan pengetahuan tentang haiwan dan
juga dapat menerapkan nilai menghargai alam sekitar serta mereka cipta tempat
perlindungan haiwan. Cadangan masa melaksanakan aktiviti ini adalah 5 minggu dalam
waktu Aktiviti Pembelajaran (AP). Pelaksanaan aktiviti ini adalah fleksibel bergantung
kepada kreativiti guru, persekitaran sekolah, latar belakang dan kesediaan murid serta
faktor-faktor lain.

Panduan pelaksanaan aktiviti ini perlu difahami oleh guru bagi memastikan aktiviti PdP
dapat berlangsung dengan lancar dan berkesan. Sehubungan itu, guru perlu meneliti
persiapan dari aspek bahan, peralatan, ruang kerja, tempoh masa, bahan rangsangan,
paparan video dan kos yang diperlukan sepanjang menjayakan aktiviti ini. Di samping itu,
aspek keselamatan dan kebersihan perlu diberi penekanan. Guru perlu menggalakkan
murid untuk menghasilkan produk yang mesra alam dan mempunyai kos yang minima.

Langkah-langkah untuk melaksanakan Projek Rumah Kucing adalah seperti berikut:

Sebelum PdP MINGGU 1
Semasa PdP
 Menyediakan BBM.
 Menyediakan instrumen pentaksiran.
 Menyediakan maklumat berkaitan haiwan.

 Mempamerkan pelbagai gambar tempat tinggal haiwan
peliharaan kepada murid.

 Merangsang murid dalam setiap aktiviti soal jawab yang
dilakukan.

 Menjadi fasilitator di sepanjang aktiviti penerokaan di luar
kelas prasekolah.

 Membimbing murid untuk bercerita berkaitan aktiviti
penerokaan yang telah dijalankan.

31

SelepasPdP  Membuat ulasan dan rumusan berkaitan tempat tinggal
haiwan.

 Membuat refleksi PdP dan penambahbaikan untuk sesi PdP
seterusnya.

Sebelum PdP MINGGU 2

 Menyediakan tayangan video berkaitan senario.
 Menyediakan soalan yang akan dikemukan dalam sesi soal

jawab.
 Menyediakan tugasan untuk murid meneroka menggunakan

teknologi maklumat.

Semasa PdP  Merangsang murid untuk memberi pelbagai jawapan atau
SelepasPdP penyelesaian terhadap isu dengan justifikasi.

Sebelum PdP  Memberi tugasan kepada murid untuk dibincangkan
Semasa PdP bersama-sama ibu bapa di rumah.
Selepas PdP
 Membuat refleksi PdP dan penambahbaikan untuk sesi PdP
seterusnya.

Minggu 3
 Menyediakan lakaran pelan rumah.
 Menyediakan instrumen pentaksiran.

 Melakukan perbincangan dengan murid berkaitan hasil
perbincangan mereka dengan ibu bapa.

 Menyediakan beberapa contoh gambar rumah kucing yang
telah siap dibina.

32

Sebelum PdP Minggu 4
Semasa PdP  Menyediakan BBM dan peralatan membina rumah kucing.
Selepas PdP  Menyediakan instrumen pentaksiran.

 Membimbing murid membina rumah kucing berdasarkan
lakaran.

 Memberi cadangan untuk murid menambahbaik hasil kerja.
 Bersoal jawab dengan murid.

 Membuat persediaan untuk aktiviti selanjutnya.
 Melengkapkan instrumen pemerhatian murid.
 Membuat refleksi PdP bagi tujuan penambahbaikan.

Sebelum PdP Minggu 5
Semasa PdP
 Menyediakan BBM.
Selepas PdP  Menyediakan instrumen pentaksiran.
 Menyediakan ruang pembentangan untuk murid.

 Memberi galakkan dan bimbingan kepada murid untuk
menyoal.

 Menjadi fasilitator di sepanjang pembentangan murid
 Memberi cadangan dan pandangan untuk penambahbaikan

hasil kerja murid.
 Membimbing dan menggalakkan kemahiran murid memberi

jawapan dengan justifikasi.

 Membuat refleksi PdP dan penambahbaikan untuk sesi PdP
seterusnya.

33

KOMPONEN PdP

Pendekatan STEM menekankan pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai
STEM untuk menyelesaikan masalah dalam konteks kehidupan harian, masyarakat dan
alam sekitar. Pendekatan STEM yang berterusan akan membawa pembudayaan amalan
STEM dalam kalangan murid.
Konteks:

/ Kehidupan Harian

/ Alam Sekitar

/ Masyarakat Tempatan dan Global

Kemahiran Abad 21:
/ Kreativiti dan Inovasi
/ Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
/ Komunikasi dan Kolaborasi
/ Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi
/ Kemahiran Hidup dan Kerjaya
/ Nilai dan Etika

Pengintegrasian STEM:

Sains:  Sikap saintifik
 Kemahiran proses sains
 Penerokaan ke atas haiwan
 Keperluan asas haiwan

Teknologi: Teknologi maklumat dan komunikasi

Kejuruteraan: Pembinaan rumah haiwan

Matematik:  Pranombor  Konsep nombor  Bentuk dan ruang

34

Bahan Sumber:

Alat, Bahan  Kanta
dan Radas  Cecair pembasmi kuman (Sanitiser)
yang  Kertas sebak/Kertas lukisan/Kertas A4
diperlukan:  Alatan untuk merekod ( kamera/buku nota)
 Kotak (pelbagai saiz)
 Alat tulis
 Kertas warna
 Warna air/cat
 Berus
 Bekas pembancuh warna
 Botol plastik
 Bakul
 Contoh lakaran pelan rumah
 Aksesori (bahan hiasan – riben, manik, dll)

Sumber yang  Blog dan laman sesawang *(pautan video)
disediakan  Video berkaitan keperluan tempat tinggal haiwan peliharaan;
oleh guru:  (Contoh tempat tinggal kucing peliharaan dan kucing terbiar)
 Video dan gambar rumah kucing yang dibina sendiri

35

RANCANGAN AKTIVITI

Tajuk: Rumah Kucing

Standard Kandungan: SA 1.1 Menunjukkan sikap saintifik dan nilai murni
SA 2.1 Membuat pemerhatian menggunakan kelima-
lima deria
SA 2.3 Membuat pengukuran
SA 2.6 Berkomunikasi
MA 6.2 Menghasilkan binaan berdasarkan bentuk
yang biasa dijumpai di persekitaran
MA 6.3 Membuat pelbagai binaan mengikut kreativiti

Standard Pembelajaran: SA 1.1.1 Menunjukkan sikap ingin tahu dan
bekerjasama
SA 2.1.1 Memerhati persekitaran menggunakan deria
SA 2.4.1 Membuat andaian yang mudah dan
munasabah berdasarkan pemerhatian
SA 2.4.2 Membuat andaian yang munasabah
berdasarkan pemerhatian
SA 2.6.2 Menerangkan pemerhatian melalui hasil kerja
atau lisan
SA 3.3.1 Menamakan haiwan
SA 3.3.5 Mengenal pasti tempat tinggal haiwan
MA 6.3.3 Membuat binaan menggunakan pelbagai
bahan mengikut kreativiti dan
MA 6.3.4 menceritakannya
Membuat pelbagai binaan yang kukuh dan
stabil menggunakan pelbagai bahan
mengikut kreativiti

Hasil Murid: Rumah Kucing

Cadangan Tempoh: 5 minggu

36

Ringkasan Aktiviti: Senario:

Kucing tidak bertuan kerap datang ke prasekolah dalam
keadaan kurus dan kotor. Keadaan bertambah teruk
apabila hujan lebat menyebabkan kucing dalam keadaan
basah dan menggigil kesejukan. Kucing mencari tempat
berlindung di tepi rak kasut sambil mengiau ketakutan dan
kelaparan.

Anda sebagai murid prasekolah, bantu untuk mengatasi
masalah kucing tersebut dengan membina rumah kucing
yang sesuai.

Apa pengetahuan, Pengetahuan, kemahiran dan nilai
kemahiran dan nilai yang  Mengetahui pelbagai jenis haiwan di persekitaran
murid perolehi setelah  Mengenal pasti tempat tinggal haiwan di persekitaran
melalui aktiviti ini?  Mengenal pasti keperluan asas haiwan
 Menghubungkaitkan masalah haiwan terbiar dengan

kelangsungan hidup
 Mengaplikasi kemahiran proses sains
 Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran saintifik

dalam menyelesaikan masalah.
 Menunjukkan kepekaan terhadap keperluan haiwan
 Menunjukkan kasih sayang terhadap haiwan

Apa pengalaman baharu Pengalaman baharu murid:
murid setelah melalui  Pengetahuan tentang haiwan
aktiviti ini?  Prihatin terhadap keperluan haiwan
 Mereka bentuk dan membina rumah haiwan
 Nilai mereka cipta dan menghargai alam sekitar

37

AKTIVITI PdP

Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM Penilaian
MINGGU 1 Formatif

1. Mengetahui Bersoal jawab Menyediakan Meningkatkan Pemerhatian
tempat tinggal berkaitan dengan pelbagai gambar kepekaan murid menggunakan
haiwan tempat tinggal tempat tinggal kepada isu dan senarai semak
peliharaan haiwan peliharaan haiwan masalah dunia
peliharaan

2. Boleh Menyatakan Merangsang Meningkatkan Pemerhatian
menyatakan keperluan tempat murid untuk kepekaan murid melalui soal
keperluan tinggal kepada menyatakan kepada isu dan jawab
tempat tinggal haiwan keperluan tempat masalah dunia
haiwan tinggal kepada
haiwan

Mengaitkan
keperluan tempat
tinggal kepada
haiwan lain.

3. Boleh Aktiviti Menjelaskan Melibatkan Pemerhatian
menjalankan kumpulan: berkaitan tugasan murid dalam
penyiasatan iaitu memerhati inkuiri dan
terhadap Meneroka haiwan dan merekod penerokaan
haiwan melalui di luar kelas haiwan terbuka
pemerhatian prasekolah
dan merekod Nota: Guru Melibatkan
hasil perlu murid dalam
memastikan kerja
kebersihan berpasukan
dan yang produktif
keselamatan
murid

4. Boleh merekod Merekod melalui Menyediakan alat Murid memberi Pemerhatian
dapatan melalui lukisan/ tulisan/ untuk aktiviti pelbagai
lukisan/tulisan/g gambar yang meneroka (kanta jawapan dengan
ambar diambil pembesar, buku justifikasi
nota /kamera)

38


Click to View FlipBook Version