PENDIDIKAN MUZIK SK VANESSA VOON
2 1. BIODATA DIRI NAMA: VANESSA VOON TARIKH LAHIR: 17 OGOS 2003 JANTINA: PEREMPUAN AGAMA: KRISTIAN BANGSA: IBAN ALAMAT KAMPUS: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS BATU LINTANG, JALAN COLLEGE,93200 KUCHING, SARAWAK. ALAMAT RUMAH: TAMAN TIARA BARU, JALAN BRAYUN, 95000 SRI AMAN, SARAWAK. NO TELEFON: 011-40207249 ANGKA GILIRAN: 2021042340227 PROGRAM: PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN: PISMP JUN 2021/2026 KUMPULAN: PENDIDIKAN MUZIK SK E-MEL: [email protected]
3 ISI KANDUNGAN BIL KANDUNGAN HALAMAN 1 PRINSIP PENGAKAP 4 2 BENDERA PENGAKAP 8 3 SEJARAH PENGAKAP (WOSM) 10 4 SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA 11-12 5 ISTIADAT RASMI PERTUBUHAN 13-16 6 CARTA ORGANISASI PENGAKAP IPGMKBL KLM29 17 7 KAEDAH PENDAFTARAN AHLI PENGAKAP 18 8 PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP (LELAKI DAN PEREMPUAN) 19-21 9 PERTOLONGAN CEMAS 22-24 10 SIMPULAN/IKATAN 25-27 11 GAJET/PIONEERING 28-35 12 ASAS KAWAD KAKI 36-40 13 ASAS PERKHEMAHAN 41-46 14 JALAN LASAK DAN PANDU ARAH 47-50 15 MALAM KEBUDAYAAN 51-53 16 LAGU PENGAKAP 54-58 17 IKHTIAR HIDUP 59-68 18 PERMAINAN KECIL PENGAKAP KANAK-KANAK 69-76 19 CERITA HUTAN 77 20 UJIAN LENCANA 78-79 21 PERANCANGAN TAKWIM YANG BERORIENTASIKAN SEKOLAH RENDAH 80-86 22 LAPORAN AKTIVITI PERJUMPAAN 87-95 SUMBER RUJUKAN 96-97
4 PRINSIP-PRINSIP ASAS PENUBUHAN PENGAKAP Definisi Pengakap: Pergerakan Pengakap diertikan sebagai pergerakan sukarela,bebas daripada politik untuk melatih generasi muda, terbuka kepada semua tanpa mengira asal usul, bangsa dan kepercayaan agama selaras dengan prinsip dan kaedah yang diilhamkan oleh pengasasnya. Matlamat: ◆ Matlamat sesuatu pergerakan adalah sebab disebalik kewujudannya. ◆ Matlamat untuk melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi fizikal, intelek, sosial dan rohani serta tanggungjawab terhadap masyarakatnya, negaranya dan seterusnya masyarakat antarabangsa. Prinsip: Prinsip dalam pergerakan Pengakap boleh didapati daripada Persetian dan Undang-Undang Pengakap. Tiga prinsip pengakap ialah: 1. Kepercayaan kepada Tuhan. 2. Tanggungjawab kepada masyarakat dan negara. 3. Perkhidmatan kepada diri sendiri.
5 LAMBANG DAN MAKSUD LOGO PENGAKAP DUNIA 1) Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga. 2) Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan melambangkan Undang-undang Pengakap. 3) Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan Pengakap. 4) Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia. 5) Warna ungu-warna Pengakap Sedunia. 6) Warna putih-kesucian dan kebersihan.
6 LAMBANG DAN MAKSUD LOGO PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA 1. Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu: i. Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara ii. Menolong orang setiap masa iii. Menurut undang-undang Pengakap. 2. Dua bintang pecah lima berwarna hijau menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh. 3. Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap" 4. Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia" 5. Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam". 6. Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia". 7. Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. 8. Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap iaitu: i. Kuning - Pengakap Kanak-Kanak ii. Hijau - Pengakap Muda iii. Merah - Pengakap Remaja
7 COGAN KATA PENGAKAP MALAYSIA COGAN KATA PENGAKAP KANAK-KANAK: a) Untuk murid tahap dua sekolah rendah iaitu berumur 9 tahun hingga 12 tahun. b) Cogan kata mereka ialah “Buat Sehabis Baik”. c) Mempelajari asas kepengakapan bagi membuat persediaan yang rapi dan menimba ilmu pengetahuan. d) Membentuk tingkah laku dan persepsi yang positif terhadap kepengakapan.
8 BENDERA RASMI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA Bendera Persekutuan Pengakap Malaysia mula diperkenalkan sejak pendaftarannya dengan Biro Antarabangsa Pengakap dan dengan sedikit perubahan ia digunakan sehinggalah sekarang. Rupa bentuk pembuatannya adalah hasil gabungan bendera Malaysia dan lambang Persekutuan. Keseluruhan bendera tidak termasuk bendera Malaysia dan lambang Persekutuan adalah berwarna hijau gelap. Bendera Persekutuan berukuran 183 cm panjang dan 91.5 cm lebar. Bendera-bendera ini dikibarkan di semua Ibu Pejabat, Pusat/Institut Latihan dan Pasukan-Pasukan Persekutuan. Bendera ini dikibarkan setiap hari mulai jam 8.00 pagi sehinggalah 6.30 petang mengikut tatacara dan penghormatan tertentu. • Terdapat 3 kelopak pada lambang Pengakap Malaysia yang membawa maksud “Persetiaan Pengakap” iaitu: -Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara -Menolong orang pada setiap masa -Menurut undang-undang Pengakap • Pada kedua-kedua kelopak terdapat bintang pecah lima yang berwarna hijau. Dua bintang pecah lima ini mewakili 10 undang-undang Pengakap. • Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan “Persaudaraan Pengakap”. • Bintang pecah 14 yang terdapat di tengah kelopak pula melambangkan 14 negeri yang terdapat dalam Malaysia. • Bulan Sabit yang terdapat di bawah kelopak menandakan Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam.
9 PERSETIAAN PENGAKAP Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya, dengan seberapa daya upaya saya, akan: Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara; Menolong orang pada setiap masa; Menurut Undang-Undang Pengakap. TUJUAN PERSETIAAN PENGAKAP DIWUJUDKAN 1. Berpegang teguh kepada pelaksanaan prinsip-prinsip kepengakapan yang dilafazkan yang menjurus kepada kebaikan dan kesejahteraan hidup. 2. Dapat memahami, menghayati dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. 3. Melahirkan insan daripada segi JERIS melalui pengamalan Persetiaan Pengakap.
10 3.SEJARAH PENGAKAP (WOSM) Sejarah pengakap bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England. Pergerakan Pengakap bermula apabila satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki dilaksanakan di pulau berkenaan dan perkhemahan ini telah diilhamkan oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell. Beliau merupakan seorang bekas Mejar Tentera British yang penuh pengalaman dari medan pertempuran. Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki, beliau telah mengarang sebuah buku berjudul “Scouting for Boys” pada tahun 1908. Buku yang dikarang oleh Baden Powell ini telah memikat hati budak-budak, maka dengan itu, wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap telah berkembang di England, Autralia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Seterusnya, pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap telah ditubuhkan di Amerika Syarikat, Ghana, India dan berkembang di seluruh dunia. Pada tahun 1919, Baden Powell telah mewujudkan satu tapak perkhemahan pertama di dunia yang dikenali sebagai Gillwell Park di London dan setahun kemudian, Jambori Pengakap Sedunia yang pertama telah diadakan di Olympiad, Old Deer Park, Richwood, London. Semasa Jambori tersebut Baden Powell telah dilantik sebagai Pengakap Agung (Chief Scout) bagi seluruh dunia.
11 4. SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA Pengakap mula berkembang di Malaysia apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengakap Kanak-kanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910 iaitu dua tahun selepas Baden Powell mengasaskan Pergerakan Pengakap ini di England. Negeri Melayu pertama yang memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang oleh G.M Laidlow. Akan tetapi, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M Laidlow meninggal. Seterusnya, pada tahun 1927, Pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang dan mereka memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman iaitu seorang ahli pendidikan yang terkenal telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915 Di Perak pula, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler. Seterusnya, pada tahun 1922, Pergerakan Pengakap telah bermula di Kedah dan di Johor pula. Pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu Bakar. Manakala negeri Melaka dan Negeri Sembilan telah memulakan Pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brustone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915.
12 Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia. 1. F.C Sands di Singapura (1910) 2. H.R Cheesman di Pulau Pinang (1915) dan Johor (1928) 3. I.R Wheeler di Perak (1926) 4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922) 5. R.Brunnston di Melaka (1925) 6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan (1925) 7. Ameen Akhbar di Selangor (1926) 8. A.J Cracle di Terengganu (1926) 9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan (1927) 10. Perlis dibawah naungan Kedah (1931) 11. Rev Canon Thomas Cecil Alexander di Sabah (1913) Sarawak (1915) Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia.
13 5. ISTIADAT RASMI PENUBUHAN ISTIADAT PENGAKAP PENDAHULUAN: Mengikut Kamus Dewan definisi istiadat ialah peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan, adat dan telah menjadi majlis rasmi. Definisi ini sinonim dengan pergerakan pengakap yang mempunyai peraturan yang diwarisi serta menjadi tradisi dan digunakan di seluruh dunia. Istiadat ini mesti dilakukan dengan betul sama ada dari segi susunannya atau peraturannya. Percubaan untuk menokok tambah atau mengurangkannya akan hanya menimbulkan kekeliruan dikalangan ahli-ahli pengakap. ISTIADAT-ISTIADAT DALAM PENGAKAP: Terdapat banyak istiadat-istiadat pengakap yang bertulis dan tidak bertulis diantaranya ialah; 1. Hormat Pengakap 2. Isyarat Pengakap 3. Istiadat Perbarisan 4. Istiadat Membaca Persetiaan Pengakap 5. Istiadat Melantik Masuk Pengakap (selepas mendapat Lencana Keahlian) 6. Istiadat Melantik Pengakap Baru 7. Istiadat Bendera i. Cara Melipat ii. Pengibaran Bendera iii. Nyanyian Lagu Negaraku/Negeri iv. Doa v. Taklimat 8. Istiadat Laung Agung (Pengakap Kanak-Kanak) 9. Istiadat Membawa Bendera 10. Istiadat Berpindah Naik/Istiadat Meningkat i. Daripada Pengakap Kanak-Kanak kepada Pengakap Muda ii. Daripada Pengakap Muda kepada Pengakap Remaja iii. Daripada Pengakap Remaja kepada Pengakap Kelana 11. Istiadat Pengakap Kelana i. Istiadat pembukaan ii. Istiadat penutupan
14 iii. Istiadat perlantikan iv. Istiadat penyampaian v. Istiadat perpisahan 12. Istiadat penganugerahan lencana-lencana dan sijil (ahli pengakap) 13. Istiadat penganugerahan tauliah serta pingat-pingat (pemimpin pengakap) 14. Istiadat penyampaian Manikayu 15. Istiadat atau peraturan perkhemahan 16. Istiadat pemeriksaan pagi 17. Istiadat malam kebudayaan 18. Isyarat Tangan 19. Panggilan Wisel 20. Kawad Tongkat 21. Istiadat majlis ceramah, majlis mesyuarat, majlis perasmian dan sebagainya. CONTOH ISTIADAT PENGAKAP ISTIADAT BENDERA: Dua istiadat bendera ialah; 1. Istiadat mengibarkan bendera 2. Istiadat menurunkan bendera 1. ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA; a. Ahli pengakap dalam keadaan sedia dalam bentuk ladam kuda menghadap ke tiang bendera. b. Pemimpin bertugas akan melaporkan dan meminta kebenaran daripada Ketua Perkhemahan / Pemimpin Kumpulan untuk memulakan Istiadat Bendera. c. Pemimpin bertugas akan balik ke tempatnya dan memberi arahan ‘Bendera’. Semua ahli menghadap ke arah bendera. Petugas keluar terus ke tiang bendera,
15 berhenti satu langkah di hadapan tiang bendera. Petugas menarik tali bendera dengan tangan kanan, bergerak selangkah ke belakang dan memberi hormat kepada bendera – semua pemimpin dan ahli-ahli pengakap menghormati bendera. Semua menjatuhkan tangan selepas petugas menjatuhkan tangannya. Petugas balik ke tempatnya di dalam barisan. d. Ini akan diikuti pula dengan nyanyian lagu kebangsaan. Pemimpin bertugas akan memberi arahan ‘Menyanyikan Lagu Negaraku’. Semua pemimpin dan ahli-ahli pengakap menyanyikan Lagu Negaraku bersama-sama. e. Diikuti pula dengan bacaan doa. Pemimpin bertugas akan memberi arahan ‘Doa’. Petugas akan bergerak satu langkah ke hadapan dan memberikan arahan ‘Ap’ dan doa dibacakan. Ahli pengakap yang bukan beragama Islam berdoa mengikut cara agama masing-masing dengan menundukkan kepala. Selepas tamat doa dibaca, petugas memberikan arahan ‘Ap’ untuk menurunkan tangan. f. Pemimpin bertugas akan melapurkan sekali lagi bahawa istiadat selesai dan menjemput Ketua Perkhemahan / Pemimpin Kumpulan untuk memberikan ucapan / taklimat / teguran dan sebagainya. g. Setelah selesai ucapan oleh Ketua Perkhemahan / Pemimpin Kumpulan, Pemimpin bertugas akan memberikan arahan ‘Keluar Baris’. Istiadat mengibarkan bendera tamat. 2. ISTIADAT MENURUNKAN BENDERA; a. Dua orang pengakap dengan pakaian uniform diperlukan bagi menyempurnakan istiadat ini. b. Pengakap hamper ke tiang bendera. Seorang membuka tali ikatan dan seorang lagi bersedia dengan wisel. c. Pengakap meniup wisel panjang sekali. Semua yang hadir dikehendaki berdiri sedia. d. Pengakap menurunkan bendera perlahan-lahan dan pastikan bendera tidak menjejak ke bumi. e. Bila bendera telah diturunkan, pengakap meniup wisel sekali panjang menandakan istiadat menurunkan bendera tamat. f. Kedua-dua pengakap bertugas hendaklah melipat bendera berkenaan dan menyerahkannya kepada pemimpin / urusetia.
16 ISTIADAT LAUNG AGUNG (PENGAKAP KANAK-KANAK)
17 6. CARTA ORGANISASI PENGAKAP IPGMKBL KLM29
18 7. KAEDAH PENDAFTARAN AHLI PENGAKAP
19 8. PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP (LELAKI DAN PEREMPUAN)
20
21
22 9. PERTOLONGAN CEMAS BANTUAN KECEMASAN Bantuan Kecemasan ialah bantuan awal atau rawatan yang diberikan kepada mangsa atau orang yang cedera (dipanggil pesakit) sebelum ketibaan ambulans atau pakar yang berkelayakan. Pengakap bukanlah orang yang pakar dalam bidang berkenaan dengan pertolongan cemas tetapi Pengakap hanya sekadar memberi rawatan sementara sebelum dihantar ke hospital atau klinik. Pertolongan cemas perlu dipelajari oleh setiap orang. Pengakap kerana hidup seseorang pengakap sentiasa mengembara, dengan ini sudah tentu risiko menghadapi kemalangan adalah tinggi. OBJEKTIF BANTUAN KECEMASAN 1. Untuk Menyelamatkan Nyawa - Jika tidak sedar diri (pengsan) pastikan bahawa saluran udaranya tidak terganggu. - Pastikan ia bernafas. - Hentikan pendarahannya. 2. Untuk Mengelakkan Kecederaan Menjadi Bertambah Teruk - Jangan alihkan pesakit kecuali terpaksa elakkan sebarang kecederaan bertambah parah. - Selesakan dan berikan keyakinan kepada pesakit. - Berikan lindungan daripada kesejukan, kepanasan dan keadaan yang lembab.
23 3. Mendapatkan Bantuan Kecemasan - Dapatkan bantuan seseorang untuk memanggil ambulans atau doktor dengan kadar segera. - Pastikan anda sentiasa berada disisi pesakit sehingga bantuan sampai. PERATURAN AM PERTOLONGAN CEMAS 1. Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu. 2. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu 3. Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya sahaja dengan tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa. 4. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital. PERATURAN-PERATURAN PENTING PERTOLONGAN CEMAS 1. Sebelum memberikan rawatan atau bantuan pertolongan cemas, pengenalan punca penyakit adalah penting. Ini dapat diketahui menerusi kesan-kesan kejadian, tanda-tanda yang terdapat pada pesakit, misalnnya lebam dan tanda-tanda lain daripada keadaan biasa pada pesakit, contohnya pucat dan sebagainya. 2. lakukan pertolongan cemas dengan tertib dan segera, senyap tanpa gugup (panik). 3. Pulihkan nafasnya jika pernafasannya terhenti. 4. Tahu tempat-tempat yang terkeluar darah. 5. Jaga atau tenangkan pesakit supaya dia tidak terkejut. 6. Jangan benarkan pesakit banyak bercakap atau bercakap tenatang perkara yang tidak penting. 7. Beri semangat dan perangsang kepada orang yang cedera dengan kata-kata manis, misalnya “Luka anda adalah sedikit sahaja “, atau “Anda akan segera sembuh “. 8. Jangan biarkan orang berkumpul mengelilinginya, untuk mengadakan pengudaraan yang selesa. 9. Jangan tanggal pakaiannya jika tidak perlu. 10. bawa segera berjumpa dengan doktor atau ke hospital. 11. Beritahu keluarga atau sahabat handai pesakit.
24 12. Prinsip-prinsip dalam pertolongan cemas (PC): • PC adalah berdasarkan prinsip-prinsip perubatan dan surgeri masakini. • PC sebaik-baiknya sahaja Perawat Pertolongan Cemas (PPC) tiba di tempat kecemasan dan berterusan sehingga pesakit dirawat oleh seorang doktor, dipindahkan ke hospital, rumah, atau pulih semula. • PC membolehkan individu-individu yang terlatih di dalam memberi pertolongan memberi bantuan untuk: 1. Menyelamatkan nyawa; 2. Membantu pemulihan; dan mencegah kecederaan daripada bertambah teruk. 3. PC terhad kepada bantuan yang diberikan semasa kecemasan dan tidak termasuk rawatan lanjut ke atas kecederaan. 4. PPC hendaklah bekerjasama dangan PPC yang lain, menggunakan bantuan orang ramai dan bersedia membantu kakitangan perubatan sekiranya perlu. 5. Individu-individu bertindakbalas secara berbeza kepada kecederaan dan penyakit. PC hendaklah bersedia menghadapi perbezaan-perbezaan ini dan menyesuaikan kaedah pertolongan cemas kepada keadaan-keadaan tersebut. 6. Rawatan perubatan ialah rawatan oleh seorang doktor ditempat kejadian di rumah atau di hospital.
25 10. SIMPULAN/ IKATAN BUKU SILA ➢ Simpul adalah ikatan pada tali atau tambang yang dibuat dengan sengaja untuk keperluan tertentu. ➢ Mengikat kain pembalut luka. ➢ Menyambung tali yang sama besar saiznya. ➢ Mematikan ikatan barang-barang. Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula. SIMPUL MANUK ➢ Mengikat tali pada batang kayu atau mengikat tali sampan atau bot semasa berlabuh. ➢ Mengikat khemah pada tiang kayu ➢ Memulakan ikatan pada kayu.
26 TINDIH KASIH ➢ Menyelamatkan orang di dalam kecemasan (menaikkan atau menurukan orang) ➢ Mengikat atau menarik kayu BUNGA GETI ➢ Menyambung dua tali yang tidak sama besar. ➢ Menyambungkan penjuru kain dengan tali seperti mengikat bendera dengan tali.
27 SIMPUL BALAK ➢ Ikatan sementara untuk menurunkan atau menarik beban seperti tongkol kayu dan sebagainya. SIMPUL BELIT ➢ Ikat tali pada tiang untuk mematikan ikatan ke pokok atau pancang ➢ Mudah dibuka semula serta tidak mudah tertanggal IKATAN SERAYA ➢ Mengikat dua batang kayu atau dua batang buluh yang bersilang.
28 IKATAN SERONG ➢ Membuat jambatan, menara, gajet dan menyambung kayu ➢ Merapatkan dan mengikat dua batang kayu yang bersilang LILIT KACANG • Mengikat kayu atau buluh bagi membuat lantai sesuatu gadjet.
29 11. GAJET/PIONEERING GAJET-GAJET PERKHEMAHAN Peralatan yang dibuat oleh pengakap untuk keselesaan sepanjang masa perkhemahan. Hanya gajet-gajet yang diperlukan sahaja dibina di diperingkat awal semasa perkhemahan. Mengenal gajet perkhemahan: Gajet ialah alat yang dibuat atau didirikan semasa perkhemahan daripada bahan sekitar perkhemahan. Aktiviti membuat gajet merupakan pertandingan semasa perkhemahan di antara patrol. TUJUAN MEMBUAT GAJET • Meninggikan taraf penghidupan di kem seperti kebersihan, kemudahan dan keselesaan. • Perekaan membuat gajet disamakan dengan situasi di rumah. • Dalam membina gajet, hendaklah ia mempunyai fungsi. • Dalam membina gajet semangat kekitaan dalam kumpulan dapat diterapkan dan dipraktikkan. • Semangat pertandingan yang sihat. • Dapat melahirkan idea-idea yang baru. • “Feeling of sense of achievement”, serta kejayaan dalam menghasilkan gajet. • Meninggikan mutu perkhemahan. • Mengisi K.M.L./S.T.A. semasa perkhemahan dengan mengisi masa membuat gajetgajet yang berfaedah.
30 BAHAN UNTUK MEMBUAT GAJET • Merujuk kepada situasi keadaan persekitaran perkhemahan. • Diperbuat dari bahan semulajadi. • Pergunakan dari semua bahagian pokok. JENIS / CARA MEMBUAT GAJET • Yang boleh dibeli. • Yang dibuat di rumah terlebih dahulu kemudian dibawa ke kem. • Yang dibuat di kem, tetapi bahan dibawa dari rumah. • Yang dibuat di kem, tetapi bahan dibawa dari luar kem. • Yang dibuat di kem dari bahan semulajadi yang boleh didapati di kawasan kem atau yang berhampiran. JENIS-JENIS GAJET Gambar 1: Gajet Pagar Gambar 2: Gajet Tiang Bendera GAJET KAWASAN PINTU ➢ Gajet pintu terletak dibahagian hadapan sekali di sesuatu kawasan perkhemahan iaitu: ➢ Bahagian pintu hadapan ➢ Bahagian pagar ➢ Bahagian pintu belakang ➢ Variasi-Variasi pintu hadapan ➢ Tulis nama patrol/sekawan dengan bahan-bahan semulajadi ➢ Bahagian pintu yang boleh tertutup sendiri (self-closing type). ➢ Pintu gerbang bukan gadjet tetapi projek perintis.
31 BAHAGIAN PAGAR • Menandakan kawasan sempadan, suasana perkhemahan yang teratur dan kemas dan adanya kawalan keselamatan. • Berjenis pagar boleh dibuat. Teknik menggunakan pokok-pokok kecil, pokok menjalar dan menggunakan batang kayu. Gambar 3: Gajet Kawasan Memasak Gambar 4: Gajet Penyangkut Cerek Gambar 5 : Gajet Penyangkut Pelbagai Gambar 6 : Gajet Meja Makan
32 GAJET-GAJET KAWASAN DAPUR ➢ Buat dari bahan semulajadi ➢ Selain membuat gejet-gejet dapur buat juga gejet sampingan di dapur seperti: ➢ Rak pinggan mangkuk ➢ Rak alatan tajam seperti pisau, parang dan kapak. ➢ Meja makan ➢ Penyangkut cawan / gelas. ➢ Rak menyimpan kayu api / tong gas. ➢ Gejet gerobok (camp larder). ➢ Gejet lubang basah dan kering. GAJET KAWASAN TEMPAT MEMBASUH ➢ Gajet tempat meletak besen air. ➢ Gajet tempat menyimpan alat pergigian. ➢ Gajet tempat menyimpan sabun. ➢ Gajet mengantung tuala mandi. ➢ Gajet kawasan tempat basuhan. Gambar 7: Gajet Rak Kasut Gambar 8 : Gajet Meja Belajar
33 Gambar 11: Gajet Papan Kenyataan Gambar 12: Gajet Rak Beg GAJET KAWASAN TEMPAT TINGGAL ➢ Semua gejet yang dibuat hendaklah diatur / sususn dengan baik, disamping menjaga kebersihan dan kekemasan diri di kawasan perkhemahan. ➢ Gajet-gajet yang biasa dibuat di kawasan tempat perkhemahan seperti tempat kasut, penyangkut baju, meja tulis, kerusi, gadjet katil, papan kenyataan, buaian, penyangkut lampu, penyapu, tempat letak beg, tempat ampaian, tiang bendera dan lain-lain. ➢ GAJET KAWASAN PENGERINGAN ➢ ➢ Ga Gambar 11: Gajet Amian Baju Baju Gambar 12: Gajet Penyangkut Baju GAJET TEMPAT MENJEMUR KAIN ➢ Ampaian yang kekal tidak boleh digerak dibina dikawasan tempat membasuh.
34 GAJET-GAJET LAIN ➢ Buatlah gadjet lain yang mustahak seperti: ➢ Tiang bendera ➢ Menara memerhati ➢ Gendang / Kantung kem ➢ Gejet pembawa barang (Indian Travois) ➢ Gejet pondok lalang (tempat berteduh) PENEMPATAN GAJET DALAM KAWASAN PERKHEMAHAN • Tidak jauh dari tempat memasak hendaklah disediakan dua lubang iaitu lubang basah dan kering. • Berhampiran dapur dirikan meja dan bangku makan, gejet alatan tajam seperti kapak, gergaji dan parang, gejet gerobok makan, tempat meletak kayu api / tong gas. • Berhampiran pintu masuk dirikan gejet Papan Kenyataan, tempat letak buku dan tempat letak tongkat. PRINSIP MEMBUAT GAJET Gajet yang dihasilkan dengan baik dapat dijadikan panduan semua pengakap. 1) Jangan gunakan kayu atau dahan yang buruk kerana kemungkinan patah atau roboh. 2) Gunakan ikatan yang betul. 3) Gunakan bahan semula jadi. 4) Gajet yang dibuat boleh digunakan dan bukan untuk pameran. 5) Gajet mesti kukuh, dapat digunakan sepanjang masa perkhemahan. 6) Gajet yang baik ringkas tetapi praktikal. 7) Mulakan dengan membuat gajet yang ringkas dahulu. 8) Fikirkan ciri-ciri keselesaan dan keselamatan gadjet. 9) Gajet direka, dibuat dan diletakkan ditempat yang sesuai. 10) Buat gajet ciptaan atau rekaan sendiri.
35 SIMPULAN DAN IKATAN DALAM MEMBUAT GAJET • Ikatan Seraya (Square lashing) – mengikat tiang gadjet kerana memberi sokongan yang kuat pada tiang yang telahg diikat. • Ikatan Serong (Diagonal lashing) – mengikat tiang dan juga sebagai penyambung gejet yang berbentuk serong. • Ikatan Silang Gunting – mengikat dua batang kayu bersama, biasanya diikat pada pintu pagar. • Ikatan ‘Figure of eight lashing’ – mengikat tiga batang kayu bersama, sesuai untuk pembinaan gadjet berbentuk tiga segi. • Ikatan Ular (Snake lashing) – mengikat cara menganyamnya, batang-batang kayu yang kecil diikat kepada batang yang lebih besar. • Simpul Balak (Timber Hitch) – memulakan ikatan serong. • Simpul manuk – memulakan ikatan silang gunting dan ikatan seraya. • Ikatan Pemukat – ikatan gadjet yang memerlukan pengantungan. Ikatan ini digunakan untuk membuat sesuatu loop pada tali. • Whipping – mengemaskan tali yang berlebihan.
36 12. ASAS KAWAD KAKI KAWAD KAKI PENGAKAP Kedudukan Senang Diri • Berdiri tegak • Kedua tangan lurus ke belakang • Jari tangan kiri genggam jari kanan yang membentuk ‘isyarat pengakap’ • Kedua kaki lurus dan dijarakkan Kedudukan Rehatkan Diri • Berdiri tegak. • Kedua tangan bengkok ke belakang dan diletakkan di paras pinggang. • Jari tangan kiri genggam jari kanan yang membentuk ‘isyarat pengakap’. • Kedua kaki lurus dan dijarakkan. • Kedudukan Sedia • Berdiri tegak • Mata pandang 200 meter kehadapan • Tangan lurus rapat ke badan • Jari genggam, Ibu jari hala ke bawah selari dengan garisan seluar. • Kaki rapat. Tapak kaki bentuk huruf ‘V’
37 Luruskan barisan • Pengakap barisan hadapan kanan tidak perlu melakukan pergerakan. • Kecuali ’penanda’ keluarkan kaki kiri ke hadapan, • Angkat kaki sedikit ke atas dan hentak kaki ke tanah. • Diikuti kaki kanan diangkat ke hadapan dan dihentak ke tanah di sebelah kaki kiri. • Kedua-dua kaki rapat dan pandang muka ke kanan, • Angkat genggaman tangan kanan supaya menyentuh bahu orang di sebelah kanan. • Apabila barisan sudah menjadi lurus, hentikan pergerakan kaki dan berada dalam keadaan diam. • Arahan ’pandang depan’, jatuhkan tangan kanan dan dengan serentak palingkan muka ke hadapan. Kedudukan ini mesti dalam keadaan ’sedia’. Pergerakan Ke Kanan Pusing • Pusing kaki kanan 90 ke kanan • Kaki kiri ikut semampu boleh • Angkat kaki kiri 90 ke atas dan hentak di sebelah kaki kanan • Kembali ke keadaan sedia Pergerakan ke Kiri Pusing • Pusing kaki kiri 90 ke kiri • Kaki kanan ikut semampu boleh • Angkat kaki kanan 90 ke atas dan hentak di sebelah kaki kiri • Kembali ke keadaan sedia
38 Buka Barisan • Barisan hadapan dan barisan belakang sahaja. • Berada dalam keadaan sedia. • Barisan hadapan bergerak dua langkah ke hadapan • Barisan belakang bergerak dua langkah ke belakang. • Hentak kaki kiri disebelah kaki kanan • Hentak kaki kanan supaya berada dalam keadaan sedia semula. Tutup Barisan • Barisan hadapan dan belakang. • Berada dalam kedudukan ’sedia’. • Apabila mendengar hukuman tutup barisan: -Barisan hadapan bergerak dua langkah ke belakang -Barisan belakang bergerak dua langkah ke hadapan. • Hentak kaki kiri disebelah kaki kanan • Hentak kaki kanan supaya berada dalam keadaan sedia semula. Pergerakan ke Belakang Pusing • Pusing kaki kanan 180 ke belakang ikut arah kanan. • Kaki kiri ikut semampu boleh. • Angkat kaki kiri 90 ke atas dan hentak di sebelah kanan kaki. • Kembali ke keadaan sedia.
39 Langkah Ke Sebelah • Langkah ke sebelah kanan dan langkah ke sebelah kiri. • Pengakap berada dalam kedudukan sedia. • Apabila mendengar hukuman langkah ke sebelah kanan: Pengakap dikehendaki mengangkat dan meletakkan kaki kanan di sebelah kanan kira-kira 20 inci. • Seterusnya, angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. • Apabila mendengar hukuman langkah ke sebelah kiri: Pengakap dikehendaki mengangkat dan meletakkan kaki kiri disebelah kiri kirakira 20 inci. • Seterusnya, angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri supaya dalam kedudukan sedia. Paras • Tujuan arahan paras diberikan supaya barisan dibentuk adalah menarik dan senang membuat pergerakkan. Bentuk paras bergantung kepada jurukawat dan jenis pertandingan yang ingin dilaksanakan. Empat jenis paras yang boleh diberikan iaitu: • Paras ahli tinggi di tengah; • Paras ahli rendah ditengah; • Paras ahli tinggi di kiri; dan • Paras ahli rendah di kiri. Keluar Baris • Pengakap hendaklah berpusing ke kanan • Bergerak 3 langkah ke hadapan dengan kaki kiri bergerak dahulu • Akhirnya berpecah. Bersurai • Arahan ini diberikan apabila semua aktiviti hari tersebut selesai atau tamat. • Apabila hukuman diberikan: -pengakap hendaklah berpusing ke kanan -memberi hormat pengakap • Bergerak 3 langkah ke hadapan dengan kaki kiri bergerak dahulu • Akhirnya berpecah
40 HUKUMAN KAWAD • Baris, baris sedia…, • Baris, senang diri…, • Rehatkan diri…, • Scout…, • Luruskan barisan. • Scout, • Buka barisan, Gerak…, • Ke kanan lurus, • Pandang depan…., • Bergerak ke kanan, ke kanan pusing..., • Menghadap kehadapan, ke kiri pusing…, • Bergerak ke kiri, ke kiri pusing…, • Menghadap kehadapan, ke kanan pusing…, • Menghadap kebelakang, ke belakang pusing…, • Menghadap ke hadapan, ke belakang pusing…, • Dua langkah ke kiri, Gerak…, • Tutup barisan, Gerak…, • Keluar…Baris.
41 13.ASAS PERKHEMAHAN 1. PERKHEMAHAN ➢ Dalam Pengakap, perkhemahan bertujuan untuk menguji apa yang telah dipelajari oleh ahli pengakap. Contohnya, mengikat, menghidupkan api, mendirikan khemah, dan sebagainya. ➢ Melibatkan bermalam samada satu malam atau lebih,samada dihutan,kawasan sekitar rumah, di pantai, tempat rekreasi dan lain-lain tempat yang sesuai. 2. OBJEKTIF BERKHEMAH ➢ Beri 1 kemahiran tinggi dalam penyediaan tapak khemah berkualiti ➢ Bentuk sikap berdikari, semangat setia kawan, berdisiplin & kepimpinan ➢ Bina kekuatan mental dan fizikal (kesusahan). ➢ Mengalami & menyesuaikan diri dgn kehidupan luar ➢ SEBELUM PERGI BERKHEMAH: i. Mendapat kebenaran daripada pihak berkenaan seperti tuan tanah, pihak sekolah, dan sebagainya. ii. Sekurang-kurangnya seorang pemimpin atau orang dewasa turut serta dalam sesuatu perkhemahan iii. Memaklumkan kepada pesuruhjaya daerah mengenai perkhemahan dengan cara mengisi borang permohonan kebenaran berkhemah. v. Memastikan kawasan perkhemahan tersebut selamat daripada binatang buas, jenayah, keadaan fizikal muka bumi, dan sebagainya. vi. Memastikan segala alatan perkhemahan mencukupi seperti pisau, parang, cangkul, bekalan makanan, dan lain-lain. vii. Memastikan setiap peserta perkhemahan mematuhi peraturan perkhemahan
42 ➢ SEMASA HENDAK BERANGKAT PERLU MEMERIKSA DAN MENELITI: • Maklumat atau keterangan daripada ibubapa / penjaga telah diperolehi dan lengkap. • Semua peserta berada dalam keadaan sihat. • Kelengkapan peralatan individu dan kumpulan dalam keadaan baik. • Memakai pakaian seragam pengakap. ➢ SEMASA TIBA DI TAPAK PERKHEMAHAN: • Menghubungi orang berkenaan. • Mendapatkan sedikit maklumat. • Memeriksa kawasan sebelum mendirikan khemah. ➢ SEPANJANG PERKHEMAHAN: • Semua peserta terlibat secara langsung dalam program. • Mengetahui segala peraturan. • Digalakkan melibatkan penduduk kampong seperti program gotong-royong. ➢ SEBELUM MENINGGALKAN TAPAK PERKHEMAHAN: • Perlu adakan mesyuarat khas. • Meruntuhkan khemah dan binaan seperti gajet. • Membersihkan kawasan perkhemahan. • Mengemaskan dan menyemak keperluan peribadi dan kumpulan. • Memastikan tiada bara api. • Menimbus lubang yang dibuat (jika ada).
43 3. KHEMAH ➢ Khemah adalah alat perlindungan yang diperbuat daripada kain, kanvas atau lain-lain bahan yang boleh digerakkan. ➢ Dalam lain perkataan khemah merupakan satu perkara utama dalam aktiviti berkhemah. Tanpa khemah anda tidak boleh berkhemah. Berikut adalah beberapa jenis khemah: KHEMAH BENTUK A • Khemah nylon berntuk "A" atau poncho (seperti digunkan oleh tentera) yang sesuai digunakan di kawasan tanah rendah atau pantai. • Khemah jenis ini akan memberikan kitaran udara yang baik di tempat-tempat yang agak panas. KHEMAH NYLON BERBENTUK DOME • Sesuai digunakan dipergunungan kerana boleh ditutup dan menghalang dari kesejukan. • Khemah ini boleh memerangkap udara panas di dalam khemah dan menghalang angin sejuk dari menerobos ke dalam. • Dengan ini memberi keselesaan kepada pengguna di persekitaran yang sejuk. KHEMAH NYLON BERBENTUK IGLOO • Khemah nylon berbentuk Igloo adalah sesuai digunakan di pergunungan air batu dan di tempat bersalji. • Fungsinya sama dengan khemah bentuk Dome, cuma ianya lebih memanaskan.
44 4. PERKARA-PERKARA YANG PERLU DI AMBIL PERHATIAN SEBELUM BERKHEMAH. A. PERLINDUNGAN Khemah yang anda miliki perlu memberi perlindungan cuaca seperti hujan, panas, angin dan sebagainya. Disamping itu ianya perlu diberi perlindungan dari serangga. B. KESELESAAN Khemah anda perlu selesa, kerana tempat yang paling utama dalam aktiviti pengembaraan ialah tempat tidur yang selesa. Anda juga perlu mempunyai ruang untuk menyimpan barangbarang anda. C. KALIS AIR Khemah anda mestilah dari yang jenis kalis air. Terdapat beberapa jenis khemah yang tidak kalis air apabila hujan lebat. D. TAHAN LASAK Memandangkan perlunya khemah itu ringan, pembuat khemah mengambil kesempatan membuatnya dengan bahan ringan tetapi tidak tahan lasak. Ini perkara penting yang perlu anda ambil ingatan. Khemah perlu ringan disamping itu mesti tahan lasak dalam mana ianya tidak mudah koyak apabila digunakan untuk satu jangka masa yang sesuai dan manasabah. E. UKURAN Tentukan ukuran khemah yang sesuai sebelum digunakan dan pastikan keselesaan untuk tidur dan menempatkan barang-barang di dalam khemah.
45 5. PERALATAN PERKHEMAHAN a. Khemah yang sesuai. b. Bag galas c. Dapur (gas atau minyak – bahan tambahan serta alat gantinya) d. Pelita (jenis minyak atau gas bersama alat gantinya) e. Messtin, pinggan, sudu , garpu dan lain-lain. f. Botol air, kole dan bekas minuman. g. Pisau dan pembuka tin h. Lampu picit serta beteri dan lat gantinya. i. Mancis dan lilin atau bahan penyala api. j. Kotak pertolongan cemas. k. Kotak ikhtiar hidup. l. Tali m. Ponco atau baju hujan. n. Parang/kapak kecil. o. Bekas air tambahan. p. Selimut atau bag tidur. q. Pakaian selengkapnya r. Uniform Pengakap (bagi perkhemahan pengakap) 6. MEMILIH TAPAK PERKHEMAHAN Teknik memilih tapak perkhemahan 1) Tapak perkhemahan bertanah rata dan luas. 2) Sumber/punca air berhampiran. 3) Terdapat pancaran cahaya matahari untuk mengeringkan khemah jika basah. 4) Terlindung daripada tiupan angin secara terus. 5) Pemandangan yang menarik. 6) Periksa sekitar kawasan perkhemahan (untuk keselamatan)
46 TEMPAT YANG HARUS DIHIDARKAN 1. Kawasan khemah yang lembab dan berair (khemah basah dan ketidakselasaan berlaku) 2. Dikawasan tanah yang berlumpuh (mengotorkan khemah) 3. Berhampiran belukar atau semak samun atau kawasan lalang (elak gangguan serangga contoh nyamuk, haiwan kecil contoh ular dan jika kawasan lalang ia mudah terbakar). dikawasan ini juga menyukarkan pergerakan. 4. Diatas tebing curam (risiko tergelicir atau tanah runtuh) 5. Dikawasan berbatu yang tajam, akar pokok yang timbul di permukan tanah (merosakan khemah) 6. Dibawah pokok mati atau berdahan mati (risiko dahan patah dan menghempap khemah) 7. Dibawah pokok besar dan daunya rimbun (risiko dahan patah jika ribut atau hujan lebat) 8. Dibawah pokok yang beracun atau berhampiran dengannya (sepeti pokok rengas-risiko gatal-gatal), juga pokok yang berduri. 9. Diatas denai binatang (laluan binatang) atau laluan manusia 10. Berhampiran tempat sumber makanan/minum haiwan di sekitarnya (risiko diserang haiwan dan juga akan menakutkan haiwan) 11. Dikawasan kotor atau berhampiran dengan sampah sarap.(penyakit) 12. Terlalu dekat dengan sungai (risiko berlaku ibu air)
47 14. JALAN LASAK DAN PANDU ARAH TUJUAN 1. mewujudkan pengurusan aktiviti pandu arah dengan lebih berkesan dan mengikut prosedur yang ditetapkan. 2. mempunyai sistem pengurusan aktiviti panddu arah yang mantap. 3. melaksanakan aktiviti yang terancang mengikut prosedur pengendalian aktiviti. PERATURAN & PERSEDIAAN 1. Kebenaran • Sebelum kita memulakan sesuatu aktiviti perkhemahan, perkara yang amat penting sekali ialah memohon kebenaran. Kebenaran daripada ibu bapa ataupun penjaga adalah perlu dan kita harus memaklumkan mengenai aktiviti serta tujuannya kepada mereka ataupun orang yang terdekat dengan kita. 2. Persediaan Alatan ➢ Titik kawalan (control point) • Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati oleh peserta. • Biasanya merupakan ciri-ciri muka bumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas. • Titik kawalan bukanlah “check-point” kerana ia tiada penjaga dititik. ➢ Penanda Kawalan • Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul. • Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih sebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m). • Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik. ➢ Kad Kawalan • Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acara sebagai bahan bukti atau pengesahan. • Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti.
48 • Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa di garisan penamat untuk mencatat masa penamat. ➢ Peta utama • Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan kawalan. • Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan ➢ Keterangan Kawalan • Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan berkenaan. Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan keterangan mengenai kedudukan titik kawalan. • Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk ‘teks’ tetapi dalam bentuk kod/gambar rajah. ➢ Landasan • Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke titik kawalan yang lain hingga ke penamat. Landasan ini akan dilukis diatas peta utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya. • Tanda yang berkenaan landasan adalah: ✓ Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi. ✓ Titik kawalan dengan tanda bulatan. ✓ Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertindih. ✓ ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan. KOMPAS • mendapatkan arah yang tepat.
49 Kompas bearing sudut: Diukur mengikut arah pusingan jarum jam dan jumlah sudutnya ialah 360 darjah. Kompas mata angin 16: Berpandukan empat mata angin yang utama. Perkara-perkara penting semasa guna kompas i. Memeriksa bearing kompas (arah yang hendak dituju) bagi memastikan arah yang betul dan tepat. ii. Tentukan sesuatu objek sebagai tanda supaya boleh terus menghala ke arah yang hendak dituju dengan mudah, misalnya pokok besar, benda yang ganjil atau gatu besar yang berada di persekitaran.
50 Langkah-langkah bagi mencari kedudukan sesuatu tempat di atas peta: i. Letakkan peta di atas permukaan yang rata. ii. Tandakan kedua-dua tempat yang hendak dicari bearing sudutnya, misalnya A dan B. iii. Lukiskan kedudukan arah mata angin utara selata. ini dapat dilakukan dengan melukis garisan yang selari dengan mana-mana garisan gred yang berhampiran. iv. Sambungkan kedua-dua titik A dan B dengan satu garis lurus. v. Gunakan jangka sudut bagi mengukur sudut bermula dari utara mengkut arah pusingan jarum jam sehingga ke garisan yang menyambungkan kedua-dua titik tersebut. AKTIVITI PENGGUNAAN KOMPAS I. mengenal arah mata angin. II. mencari arah mata angin. III. mencari arah kiblat. IV. praktikal mencari bearing (arah mata angin). V. latihan di kawasan sekolah. VI. menggunakan peta. VII. merintis hutan menggunakan kompas. VIII. pertandingan mencari bearing di hutan. IX. mencari harta karun. X. aktiviti orienteering atau pandu arah.